Topik 3

  • Uploaded by: Hoo Xue Hua
  • 0
  • 0
  • March 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Topik 3 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,069
  • Pages: 28
Loading documents preview...
KKWK3013 BAB 3 Hj. Jalani bin Hj. Hussain,MMgt;UPM IPGK Ipoh

TANGGUNGJAWAB DAN MEMBUAT KEPUTUSAN KEWANGAN

Pengenalan Taraf hidup rakyat Malaysia yang semakin meningkat sangat memerlukan kemahiran pengurusan kewangan termasuk mempunyai simpanan yang mencukupi bagi mengelakkan sebarang masalah kewangan. Ini kerana wang merupakan salah satu keperluan yang penting bagi setiap individu dalam memenuhi kebanyakan matlamat yang ingin dicapai. Tabiat dan amalan mengenai perbelanjaan, simpanan serta pengetahuan pengurusan kewangan yang bijak dan berhemat merupakan salah satu kemahiran hidup yang sangat penting.

1. Keputusan Kewangan Secara Bertanggungjawab Bagi sesetengah individu, bebanan kewangan yang tidak pernah mempunyai kesudahan boleh menjejaskan kesejahteraan hidup. Kebanyakan punca masalah kewangan yang berlaku sebenarnya bermula dari amalan serta tingkah laku individu itu sendiri dalam mengendalikan kewangan mereka. Ini termasuklah berbelanja melebihi pendapatan, lebihan penggunaan kredit, banyak membeli mengikut kehendak dari keperluan serta tidak mempunyai simpanan untuk masa kecemasan. Justeru itu, pengguna perlu bertanggungjawab ke atas setiap keputusan kewangan yang dibuat.

1.1 Keputusan Kewangan Pada Setiap Peringkat Kehidupan Perancangan kewangan adalah satu proses berterusan yang membantu dalam menguruskan kewangan dengan membuat keputusan bijak bagi mencapai matlamat kewangan yang diidamkan. Jelas sekali setiap individu ingin memastikan pengurusan kewangan diurus dengan bijak dan tidak menjadi beban kepada orang tersayang apabila ketiadaan kita kelak.

Lima fasa kehidupan individu yang memerlukan perancangan dan pengurusan kewangan yang berhemat. 1. Tahun Permulaan Lingkungan umur 18-24 tahun 2. Tahun Perkembangan Lingkungan umur 25-34 tahun 3. Tahun Penstabilan Lingkungan umur 35- 44 tahun 4. Tahun Pengumpulan Lingkungan umur 45 – 54 tahun 5. Tahun Persaraan Umur lebih 55 tahun

Fasa Kehidupan dan Pengurusan Kewangan Lingkungan Umur 18-24: Peringkat penting dimana pilihan mengenai pendidikan, peluang pekerjaan dan pilihan kemudahan kewangan akan mendatangkan kesan ke atas kewangan anda di masa akan datang Lingkungan Umur 25-34: Anda berkemungkinan memilih untuk berkahwin, membeli rumah serta meningkatkan kerjaya. Bagi keselesaan akan datang, fahami segala implikasi kewangan bagi setiap keputusan anda Lingkungan Umur 35-44: Anda akan mempunyai pendapatan yang cukup stabil Namun masih dibebani dengan pelbagai bentuk komitmen kewangan

Fasa Kehidupan dan Pengurusan Kewangan Lingkungan Umur 45-54: Anda mula memikirkan tentang persaraan. Pilihan anda mengenai gaya hidup, perbelanjaan dan pelaburan akan memberikan kesan Lingkungan Umur Lebih 55: Peringkat keemasan dimana anda boleh mencuba hobi baharu, pergi melancong dan meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan sahabat. Tahap keselesaan di peringkat ini bergantung kepada pengurusan kewangan dan simpanan anda.

1.2 Sikap Dan Nilai Individu Dalam Mempengaruhi Keputusan Kewangan Memang tidak dapat dinafikan bahawa sikap dan nilai yang menjadi amalan dan pegangan dalam diri individu banyak mempengaruhi keputusan kewangannya. Secara umum, nilai merujuk kepada norma, etika, keagamaan dan rujukan lain yang menjadi pegangan dalam hidup seseorang. Sikap pula merangkumi perasaan, pemahaman dan kecenderungan individu memperlakukan sesuatu perkara. Sikap berkait rapat dengan motif dan menjadi landasan kepada tingkah laku individu. Dari aspek pengurusan kewangan, nilai yang tersemai dalam diri individu akan dihayati dan membentuk sikap yang baik dan positif dalam amalan pengurusan kewangan peribadi. Sikap positif membawa erti perilaku yang baik dan sesuai dengan nilai-nilai dan norma-norma kehidupan yang dituntut oleh masyarakat. Dari segi pengurusan kewangan peribadi, sikap positif tercermin dalam kehidupan yang sederhana, gemar menabung dan amalan belanja berhemat.

1.3 Etika Dalam Keputusan Kewangan Peribadi Etika atau akhlak merujuk kepada prinsip kelakuan individu. Sifat etika yang dimiliki oleh setiap individu berbeza dan seringkali apa yang diamalkan sebagai prinsip kelakuan individu yang baik tidak semestinya sama dengan individu lain. Etika individu dibentuk oleh gabungan beberapa faktor seperti berikut:

• Pengaruh keluarga Kanak-kanak seringkali mencontohi atau mengikut etika dari kelakuan ibu bapa mereka. Sekiranya ibu bapa menunjukkan sikap jimat cermat dalam perbelanjaan dan pengurusan kewangan mereka, maka tabiat ini akan menjadi etika hidup dalam diri kanak-kanak berkenaan.

• Pengaruh rakan Pengaruh rakan merupakan faktor yang kuat mempengaruhi etika seseorang. Kita mungkin boleh mengetahui perwatakan dan peribadi seseorang dengan melihat perwatakan rakan mereka. Dari aspek pengurusan kewangan peribadi, jika anda berkawan dengan individu yang mengamalkan pengurusan kewangan secara berhemat, sudah pasti sifat dan tabiat rakan anda akan diteladani oleh anda. Sebaliknya, berkawan dengan individu yang boros berbelanja akan memakan diri anda menjadi seorang yang boros berbelanja juga.

• Pengalaman hidup Banyak peristiwa penting, sama ada positif atau negatif, bergantung kepada pengalaman hidup seseorang. Contohnya, perbuatan pinjaman haram yang dilakukan tidak mendapat tentangan atau hukuman, maka seseorang akan beranggapan kegiatan tersebut tidak menjadi satu kesalahan. Ini merupakan sebab mengapa pihak Bank Negara Malaysia dan agensi-agensi yang lain sentiasa mengawasi kegiatan-kegiatan yang melanggar peraturan kewangan seperti pengambilan deposit haram, pinjaman haram dan pelbagai penipuan kewangan.

• Nilai peribadi dan prinsip moral Seseorang yang terlalu mementingkan kejayaan pangkat dan kewangan sering kali bertindak berdasarkan kepentingan peribadi tanpa mengira kesannya terhadap orang lain. Individu yang tidak berpegang kepada nilai peribadi yang murni dan mudah terjebak dalam kegiatan memberi atau menerima rasuah.

• Faktor keadaan Faktor keadaan juga boleh menyebabkan seseorang melanggar etika diri dengan alasan mempertahankan tindakan dirinya. Misalnya, seorang pekerja mengambil wang syarikat untuk menyelesaikan hutang peribadi.

1.4 Tingkah Laku Tidak Beretika Dan Kesan Terhadap Masyarakat Pada masa kini, ramai yang sengsara angkara meminjam wang daripada saluran tidak berlesen, seperti ‘Ah Long’. Tidak kurang pula yang mendapat surat amaran dan saman daripada institusi kewangan kerana gagal membayar balik pinjaman dimana pinjaman diambil untuk menyertai skim-skim cepat kaya, permainan wang dan sebagainya. Malah, ada sesetengah yang hutangnya menjadi 'warisan' yang terpaksa ditanggung oleh ahli keluarga. Ramai yang mengalami kegawatan kewangan akibat desakan dan pengaruh ahli keluarga dan rakan untuk menyertai skim-skim cepat kaya. Tingkah laku yang tidak beretika yang menjadi amalan individu dan pengusaha skim-skim penipuan kewangan sememangnya memberi kesan negatif terhadap masyarakat.

Individu yang dipengaruhi oleh rakan-rakan yang boros berbelanja atau yang dipengaruhi untuk menyertai skim-skim cepat kaya dan perjudian akan terjebak dengan tabiat yang sama. Untuk meneruskan tabiat ini, individu berkenaan akan mula meminjam dari ahli keluarga dan rakan. Tidak cukup dengan meminjam, kumpulan ini akan beralih kepada ceti haram, ‘Ah Long’ dan peminjam yang tidak berlesan. Faedah yang dikenakan terlalu tinggi sehinggakan pinjaman sekecil RM1 000 boleh berganda dengan faedah bulanan sehingga RM10 000. Bila pinjaman tidak dilunaskan, Ah Long pula bertindak mencari peminjam atau ahli keluarga lain dan memeras ugut sehingga mendapat kembali wang mereka. Siapa yang harus dipersalahkan?

2. Sumber-Sumber Maklumat Kewangan Dalam proses membuat keputusan kewangan, adalah penting untuk mendapatkan segala maklumat kewangan yang berkaitan dalam membuat keputusan yang tepat, betul dan sahih. Setiap maklumat tidak harus diterima pada nilai muka (face value) dan perlulah bersikap waspada terhadap maklumat yang melibatkan tawaran perniagaan atau pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang tidak munasabah. Sumber-sumber maklumat kewangan boleh diperoleh melalui: Sumber formal • Laman web institusi kewangan, • Media Cetak dan elektronik, • Agen yang dilantik secara rasmi, • Promosi. Sumber tidak formal • Keluarga dan rakan yang berpengalaman

2.1 Menilai Maklumat Kewangan Daripada Sumber Tertentu Sama ada anda berfikir untuk membuat pelaburan, simpanan, mengambil pinjaman atau ingin mengambil satu polisi insurans, pastikan anda meneliti setiap maklumat kewangan daripada sumber-sumber yang sahih dan membuat penilaian secara objektif. Pastikan juga agar maklumat yang dinilai dan dipertimbangkan adalah maklumat terkini dari sumber sumber yang boleh dipercayai dan bukan sekadar maklumat dari orang yang mempunyai kepentingan tertentu. Setiap keputusan kewangan perlu berdasarkan maklumat dan bukannya emosi. Gunakan maklumat daripada pelbagai sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya anda kurang jelas terhadap suatu produk kewangan dan pelaburan, dapatkan nasihat daripada perunding kewangan yang berlesen dan buat keputusan pelaburan hanya setelah menimbangkan kebaikan dan keburukannya. Sentiasa berusaha untuk memahami ganjaran dan risiko sesuatu produk pelaburan itu dan jangan biarkan pelaburan anda tanpa dipantau. Jadilah pelabur bijak dan bersedia untuk menukar strategi pelaburan jika ia sudah tidak konsisten dengan matlamat dan objektif kewangan anda.

2.2 Pelbagai Jenis Penipuan Kewangan Bagaimanakah caranya untuk menjadi pengguna bijak? Kita sedia maklum bahawa skim penipuan wujud dalam pelbagai bentuk tanpa kita sedari. Sebagai pengguna haruslah sentiasa bersedia dengan segala pengetahuan tentang skimskim penipuan. Antara langkah untuk melindungi diri anda dari penipuan kewangan adalah: • memahami maksud penipuan kewangan dan • mengenal pasti jenis-jenis penipuan kewangan.

Penipuan Kewangan di Malaysia • Scam Bungkusan (Parcel Scam) • Scam Wang Hitam (Black Money Scam) • Scam Percintaan (Love Scam) • Scam Pelaburan (Investment Scam) • Scam Macau (Macau Scam)

3. Undang-Undang Perlindungan Pengguna Di Malaysia, dalam konteks pembekalan barang dan perkhidmatan, pengguna dilindungi di bawah beberapa perundangan sedia ada iaitu: • Akta Jualan Barangan 1957 dan Akta Pelindungan Pengguna 1999 berkaitan dengan pembekalan barang dan perkhidmatan. • Akta Sewa Beli 1967 melindungi transaksi sewa beli; • Akta Jualan Langsung 1993 mengawal urusan jualan langsung;

3.1 Kepentingan Undang-Undang Dan Dokumentasi Bertulis Hak dan tanggungjawab pengguna perlu berlaku seiring bagi membolehkan transaksi pembelian barangan atau perkhidmatan memenuhi aspirasi pembeli dan penjual. Kegagalan melaksanakan tanggungjawab masing-masing akan mengakibatkan kepentingan hak keduadua pihak terabai. Undangundang dan agensi penguatkuasa sahaja tidak mampu menjamin kepentingan pengguna dipelihara sepenuhnya tanpa tindakan dan pelaksanaan tanggungjawab oleh para pengguna sendiri.

Mungkin anda pernah berdepan dengan keadaan dimana ketika membuat pembelian suatu barang, anda menjumpai klausa pada invois (dokumen bertulis) yang menyatakan, ‘Barang yang dijual tidak boleh dikembalikan’. Adakah ini bermaksud bahawa anda tidak mempunyai sebarang pilihan untuk menuntut bayaran balik? Akta Perlindungan Pengguna 1999 jelas menyatakan pengguna berhak mendapat ganti rugi. Walau bagaimanapun, klausa ini tidak menyalahi undang-undang. Namun ia boleh mengelirukan para pengguna. Persoalannya, mengapa pembekal menggunakan klausa tersebut? Hal ini kerana, tanpa peraturan yang ditetapkan, sesiapa sahaja boleh membeli barang dan meminta bayaran balik pada hari berikutnya tanpa sebarang alasan.

Apakah yang perlu pengguna lakukan untuk mendapatkan bayaran balik atau penukaran barang? Tidak kira sama ada klausa tersebut sah atau tidak, sebaik sahaja produk itu didapati rosak, pengguna perlu membuat aduan kepada pusat perkhidmatan pelanggan untuk memeriksa barangan yang rosak dan mengemukakan dokumen bertulis seperti rekod pembelian seperti invois atau resit pembelian, kad waranti. Jika hak anda dinafikan, pengguna perlu membuat aduan kepada: • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) atau persatuan pengguna. • Anda boleh membuat tuntutan melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.

4. Kontrak Sebagai Ikatan Perjanjian Kebanyakan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan memberikan jaminan dalam bentuk waranti dan kontrak penggunaan. Waranti dan kontrak ini bertindak sebagai satu ikatan perjanjian di antara pembeli dan penjual, juga merupakan satu strategi pemasaran. Pengeluar memberi jaminan terhadap produk yang dikeluarkan dalam tempoh jaminan yang ditetapkan manakala pengguna dilindungi oleh undang-undang. Merujuk kepada seksyen 2(h) AK 1950 maksud kontrak ialah perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang. Ia adalah perjanjian yang akan mengikat pihak-pihak yang berkontrak. Jika ada pihak yang tidak menepati perjanjian ini, maka pihak lain boleh dan berhak mengambil tindakan undangundang.

Produk kewangan seperti akaun-akaun simpanan, pelaburan, perkhidmatan perbankan dan sebagainya turut mengandungi kontrak dan ikatan perjanjian dalam penggunaannya. Misalnya, jika anda telah menandatangani perjanjian untuk membuat deposit tetap selama 12 bulan, maka pihak bank berhak untuk tidak membayar faedah atas deposit tetap jika anda membatalkan kontrak ini sebelum tempoh matangnya. Contoh lain adalah syarat pihak bank mewajibkan keperluan insurans kebakaran keatas rumah yang dimohon pinjaman atau mewajibkan insurans komprehensif untuk pinjaman kenderaan.

4.1 Hak Dan Tanggungjawab Dalam Ikatan Kontrak Dalam jual beli untuk sesuatu produk dan perkhidmatan yang melibatkan klausa jaminan atau waranti, kedua pihak mempunyai hak dan tanggungjawab untuk menuntut dan memenuhi perjanjian dalam ikatan kontrak berkenaan. Walaupun demikian, tindakan satu penjual mungkin berbeza dengan penjual yang lain. Dengan demikian adalah penting untuk kita selaku pengguna untuk memahami setiap bahagian dalam ikatan kontrak berkenaan. Contohnya, kebanyakan pengguna percaya bahawa sebarang pengubahsuaian yang dilakukan akan membatalkan jaminan. Terdapat juga segelintir yang mengatakan ia tidak akan membatalkan keseluruhan jaminan kereta anda. Kedua-dua pandangan adalah betul, iaitu terdapat syarikat kereta yang akan membatalkan jaminan kereta anda dengan keseluruhannya dan ada yang tidak berbuat sedemikian. Contohnya, Syarikat A akan membatalkan semua jaminan bagi kereta A jika didapati menukar rim kereta. Manakala, Syarikat B hanya membatalkan jaminan kereta B pada bahagian-bahagian yang tertentu sahaja, seperti penyerap hentak, sistem brek dan bahagian-bahagian lain yang menyebabkan kerosakan tersebut.

Tutorial 3 Tuntutan Waranti Televisyen

Encik Maniam telah membeli sebuah televisyen berharga RM12,999 pada tahun 2012. Sebelum beliau membeli televisyen tersebut, pihak syarikat telah memaklumkan bahawa produk tersebut mempunyai waranti selama 5 tahun. Baru-baru ini, televisyen beliau mengalami kerosakan pada panel skrin. En. Maniam telah pergi ke kedai untuk membuat tuntutan waranti seperti yang dimaklumkan. Pihak syarikat tidak mempunyai stok alat ganti bagi membaiki model televisyen tersebut dan menawarkan model televisyen berharga RM3,499 bagi menggantikan model televisyennya. En. Maniam tidak bersetuju dengan tawaran berkenaan kerana merasakan tidak setimpal dengan nilai wang yang beliau bayar sebelum ini. Pada pandangan anda, adakah wajar En. Maniam meminta pihak syarikat menggantikan model yang lebih kurang sama harganya dengan model televisyen terdahulu? Sila berikan pandangan anda secara spesifik.

Sekian…don’t worry be happy

Related Documents

Topik 3
March 2021 0
Topik 3 - Solat
February 2021 0
Topik 7 - Akhlak
February 2021 0
Topik 4 - Muamalat
February 2021 0
Topik 1 - Al-quran
February 2021 0
Topik 5 - Munakahat
February 2021 0

More Documents from "razan"

Topik 3
March 2021 0
Section 15
February 2021 1
Rosewood - Cvl
March 2021 0
Mi 1942.03 Mechanix
March 2021 0