Loading documents preview...
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)
TOPIK 4
FIQH MUAMALAT
HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, pelajar akan dapat: 1. Mengenalpasti dan mengkategorikan asas muamalat Islam 2. Membandingbeza muamalat Islam dengan muamalat konvensional 3. Mengklasifikasi konsep halal dan haram dari sudut pemakanan dan pekerjaan
GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK Fiqh Muamalat
A. Asas Muamalat Islam
Jual beli
Hutang
Saham
Pinjaman
Riba
Sewaan
B. Konsep Halal Haram dalam ISlam Pemakanan
Pekerjaan
Gadaian
Perbezaan Muamalat Islam Dengan Muamalat Konvensional
JAPIM IPG KPI
Page 1
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083) PENGENALAN
Topik empat ini adalah berkaitan dengan beberapa persoalan penting dalam aspek muamalat Islam yang akan dipelajari oleh pelajar PPISMP Semester 2. Pelajar akan didedahkan tentang asas muamalat Islam, perbezaaan antara muamalat Islam dan muamalat konvensional serta menganalisis asas muamalat Islam seperti jual beli, jual beli saham, pinjaman, hutang, riba, sewaan dan gadaian. Topik ini juga akan membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat berkaitan konsep halal dan haram dalam Islam dari sudut pemakanan dan pekerjaan. Diterangkan juga
bagaimana cara yang diperlukan oleh seseorang
muslim untuk
menganalisis dan mencerakin aspek halal dan haram dalam pemakanan dan pekerjaan..
A.
ASAS MUAMALAT DALAM ISLAM
1.0
Pengenalan Manusia tidak boleh hidup bersendirian tanpa bantuan orang lain, hal tersebut adalah
merupakan satu fitrah. Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia, dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukarmenukar, pinjam-meminjam dan sebagainya. Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masingmasing yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam . Muamalat yang dimaksudkan ialah perhubungan antara manusia sesama mereka untuk mendapat keperluan masing-masing dengan cara yang baik sesuai dengan ajaran dan tuntutan agama serta landasan syarak. Segala harta yang ada di alam ini samada di muka bumi, dilaut atau di dasar adalah milik Allah s.w.t secara mutlak.Manusia disuruh memiliki harta yang di sediakan oleh Allah s.w.t melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran yang di anugerahkan kepadanya.Mereka yang memiliki harta kekayaan di dunia adalah sebagai pemegang amanat Allah s.w.t dan bertanggungjawab terhadap harta-harta tersebut. Firman Allah S.W.T :
JAPIM IPG KPI
Page 2
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083) Maksudnya : Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan,maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantau dan makanlah daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t dan ingatlah kepada Allah s.w.t jualah (tempat kembali kamu) di bangkitkan (maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaannya) (Surah Al-Mulk : 15) Mencari harta kekayaan amat di galakkan oleh Islam,kerana harta merupakan alat bagi mencapai kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat. menunaikan tanggungjawabnya terhadap agama. Dalam mencari harta kekayaan,umat Islam di kehendaki menggunakan sebahagian daripada hartanya pada jalan kebaikan dan kebajikan untuk faedah bersama. Bagi memastikan kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh manusia dilaksanakan dengan baik dan mencapai keredhaan Allah s.w.t. Islam lah menggariskan beberapa peraturan bagi mencapai matlamat tersebut. 1.1
Peranan Muamalat Mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera. Muamalat yang di jalankan berlandaskan syariat Islam akan melahirkan masyarakat yang aman dan jauh daripada sebarang penipuan,pemerasan,ketidakadilan,memonopoli harta dan sebagainya,inilah matlamat muamalat dalam Islam demi kesejahteraan umat manusia. Muamalat dalam Islam bertujuan menghindarkan berlakunya sebarang penindasan sesama manusia. Islam menegah umatnya melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak baik yang akan menyusahkan pihak yang di tindas. Supaya semua kegiatan ekonomi yang dijalankan bersih daripada sebarang perbuatan yang dilarang oleh Allah s.w.t,kita hendaklah meninggalkan perkara-perkara yang keji seperti riba’,rasuah,menipu atau sebagainya yang dilarang oleh Allah s.w.t. Bermuafakat secara Islam melahirkan manusia yang berakhlak mulia dalam menjalankan suatu amanat Allah s.w.t. Memudahkan manusia untuk merasai kurniaan Allah s.w.t dengan cara yang betul dan diredhainya. Sekiranya tiada peraturan bermuamalat,manusia akan melakukan apa saja untuk memperoleh harta yang banyak,mereka juga akan mengunakan harta mengikut nafsu tanpa memikirkan kepentingan orang lain. Mengalakkan manusia supaya rajin bekerja untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga,masyarakat dan negara. Melahirkan masyarakat yang saling bekerjasama, tolong –menolong dan bantumembantu untuk kebaikan dan kebajikan bersama.
JAPIM IPG KPI
Page 3
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083) Supaya harta kekayaan yang disediakan oleh Allah s.w.t tidak hanya di monopoli oleh golongan tertentu sahaja. Semua manusia berhak mendapat dan memiliki harta mengikut keupayaan masing-masing asalkan dengan cara yang betul dan diredhai Allah s.w.t 1.2
Kelebihan Muamalat Memperolehi harta kekayaan dengan cara yang diredhai oleh Allah s.w.t. Seseorang itu dapat menggunakan sebahagian daripada hartanya pada jalan kebajikan. Seseorang yang menggunakan hartanya untuk faedah orang lain akan beroleh pahala daripada Allah s.w.t. Orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah akan mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Firman Allah s.w.t:
Maksudnya : Berimanlah kamu kepada Allah dan rasulnya dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian daripada harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil,maka orang yang beriman antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian daripada harta itu pada jalan Allah) maka tetap beroleh pahala yang besar. (Surah Al-Hadid : 7 )
Peraturan-peraturan dalam bermuamalat mengikut Islam secara tidak langsung melahirkan manusia yang berakhlak mulia .
Mewujudkan masyarakat yang adil,bertanggungjawab,amanah,jujur dan terhindar daripada melakukan perbuatan yang tidak baik.
JAPIM IPG KPI
Page 4
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)
Antara kesan-kesan yang timbul sekiranya muamalat yang dijalankan tidak mengikut syariat Islam termasuklah : a) Membawa kepada pergaduhan dan permusuhan b) Melahirkan sebuah masyarakat yang tidak aman. c) Melahirkan individu yang bersikap mementingkan diri sendiri. d) Mendapat harta dengan cara yang tidak halal. e) Menggunakan harta pada perkara-perkara yang tidak diredhai oleh Allah dan membazir. f) Melahirkan manusia yang bersifat tamak, kedekut, haloba dan sanggup menindas orang lain demi kepentingan diri sendiri.
2.0
JUAL BELI (AL-BAY’)
2.1
Pengertian
Bahasa : Pertukaran sesuatu dengan sesuatu yang lain. Istilah syarak : Menukar harta atau benda yang mempunyai nilai mengikut cara-cara tertentu yang diharuskan oleh syarak dengan lafaz ijab dan kabul
2.2
Hukum
Hukum asal jual beli adalah harus. Ini bertujuan bagi menyempurnakan hajat manusia yang memerlukan sesuatu sebagai pemilikan. Syariat ini termaktub dalam al-Quran dan al-Hadis. Malah, telah diakui oleh ijmak ulama.
a) Dalil al-Quran Firman Allah s.w.t :
“ … Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba….” ( Al-Baqarah : 275 )
b) Dalil Al-Hadis
JAPIM IPG KPI
Page 5
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083) Nabi s.a.w ditanya mengenai pekerjaan apa yang paling suci lalu jawab baginda :
، ﻋﻤﻞ اﻟﺮﺟﻞ ﺑﯿﺪه: اي اﻟﻜﺴﺐ اطﯿﺐ ؟ ﻓﻘﺎل: " ﺳﺌﻞ اﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﯿﮫ وﺳﻠﻢ ." اى ﻻ ﻏﺶ ﻓﯿﮫ وﻻ ﺧﯿﺎﻧﺔ،وﻛﻞ ﺑﯿﻊ ﻣﺒﺮور “ ...Pekerjaan tangan seseorang dari setiap jual beli yang baik-baik iaitu jual beli yang tidak sambil (menipu barang dagangan) lagi pula tidak khianat .”
c) Ijmak Ulama : Seluruh ulama bersepakat bahawa jual beli adalah harus untuk keperluan dan kepentingan dalam kehidupan. Imam al-Syafie berkata, “Asal bagi semua jual beli adalah harus jika kedua-dua orang yang berjual beli itu reda dengan barang yang dijual beli itu, kecualilah jenis jual beli yang dilarang Rasulullah s.a.w.” (Al-Syafie : 1981)
2.3
Rukun Jual Beli a) Penjual dan Pembeli
seorang yang baligh, berakal dan mampu menguruskan barangan dengan baik; dilakukan atas kemahuan sendiri dan bukan secara paksaan dan bebas
membuat pilihan kecuali dalam kes yang melibatkan undang-undang;
penjual dan pembeli adalah dua orang individu yang berlainan;
beragama Islam bagi jual beli yang melibatkan al-Quran, al-Hadis dan kitab yang
mengandungi ayat al-Quran di dalamnya;
pembeli bukan seorang yang kafir harbi (yang boleh diperangi) jika barangan yang dibeli
adalah peralatan senjata.
b) Barang jualan
hendaklah wujud dan boleh diserahkan semasa akad jual beli dilakukan kecuali dalm jual beli al-Salam dan al-Istishna’;
JAPIM IPG KPI
bersih dan suci; Page 6
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)
berfaedah menurut syarak dan bernilai menurut Islam
kepunyaan penjual atau wakilnya;
diketahui oleh penjual dan pembeli tentang kadar, jenis dan sifatnya.
c) Harga
bayaran adalah bernilai atau laku dalam pasaran;
bayaran jelas jumlahnya;
bayaran adalah milik pembeli;
bayaran boleh diserahkan kepada penjual walaupun secara hukum ( sah jual beli dengan cek
atau kad kredit )
jenis matawang bayaran diketahui oleh penjual dan pembeli
d) Ijab dan Qabul
Tawaran (ijab) hendaklah berterusan dan tidak diubah hinggalah telah diterima (qabul);
ijab dan qabul berlaku dalam satu majlis dan tidak wujud tempoh yang lama antara kedua-duanya;
ijab dan qabul tidak diselangi dengan percakapan atau perkataan lain yang tidak berkaitan dengan akad;
wujud persamaan ijab dan qabul walaupun berlainan lafaz;
akad jual beli tidak boleh dikaitkan dengan sesuatu yang tidak berkaitan dengan akad;
akad jual beli tidak boleh dihadkan untuk tempoh tertentu.
2.4
Bentuk – Bentuk Jual Beli
a)
Jual beli yang dibenarkan : - Bay’ al-Tauliah : menjual barangan yang dibeli dan telah diterima dengan harga asal ketika dibeli tanpa keuntungan; - Bay’ al-Isyraq : menjual sebahagian barangan yang dibeli dan telah dengan sebahagian harga asal ketika dibeli tanpa keuntungan; - Bay’ al-Murabahah : menjual barangan yang dibeli dan telah diterima dengan harga asal ketika dibeli dengan tambahan keuntungan pada
JAPIM IPG KPI
Page 7
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083) kadar yang tertentu; - Bay’ al-Wadhi’ah : menjual barangan yang dibeli dan telah diterima dengan harga asal ketika dibeli dengan diturunkan sedikit harga; - Al-Sarf / Tukaran matawang : jual beli dua barangan yang keduaduanya dalam bentuk matawang; - Bay’ al-Salam : jual beli barangan secara tempahan tetapi perlu bayaran pendahuluan dan ada tempoh penyerahannya; - Bay’ al-Istishna’ : jual barang yang belum wujud dan tidak memerlukan mendahulukan dengan bayaran dan tempoh penyerahannya boleh ditentukan dan boleh tidak ditentukan; - Bay’ al-Wafa’ : kontrak jual beli dengan menjual harta tetap yang tidak boleh dipindahkan kepada pembeli seperti tanah dan rumah.
b)
Jual beli yang haram dan tidak sah : - Jual beli barangan yang haram untuk kegunaan maksiat atau keburukan. Contohnya, menjual patung berhala ataupun dadah; - Jual beli yang mempunyai unsur perjudian. Contohnya, membeli sesuatu barang sebagai pertaruhan untuk mendapat hadiah lumayan; - Jual beli yang mempunyai unsur penipuan. Contohnya, menjual buah- buahan yang diperagakan elok di bahagian atas tetapi buruk didalam serta dibawahnya; - Jual beli yang mengandungi dua akad (kontrak) dalam satu. Contohnya, kita menjual kereta kepada seseorang dengan harga RM10,000 secara tunai dan dengan harga RM2,000 secara ansuran selama setahun; - Jual hutang dengan hutang. Contohnya, kita ada berhutang RM100 dengan Ahmad. Pada masa yang sama, Borhan membayar hutang dengan kita RM100. Kemudian, kita meminta Borhan membayar hutang kita sebanyak RM100 itu kepada Ahmad; - Jual beli barangan yang tidak sempurna hak milik. Contohnya, kita menjual suatu barangan yang dibeli tetapi belum diserahkan barangan itu kepada kita oleh pemiliknya; - Jual beli barangan gharar, tiada kepastian dan tidak boleh diserahkan kepada pembeli. Contohnya, menjual burung di udara atau
JAPIM IPG KPI
Page 8
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083) ikan di lautan. - Jual beli barangan yang belum wujud. Contohnya, menjual buahbuahan putik yang masih dipokok atau anak lembu yang masih dalam kandungan; - Jual beli barangan bersyarat. Contohnya, kita berkata “ aku jual keretaku ini dengan syarat engkau jual kereta engkau kepadaku.”
c)
Jual beli yang haram tetapi sah : - Membeli atau menjual barang yang sedang dalam tawaran orang lain; - Monopoli dalam jual beli. Contohnya, membeli barang dengan tujuan menyekat orang lain membeli atau supaya orang lain tidak menjualnya; - Jual beli hadir libad (orang bandar kepada orang desa), iaitu membeli daripada orang yang tidak mengetahui harga sebenar, samada mereka dari desa ataupun dari bandar; - Jual beli tulaqqi al-Rukhban (memintas perdagangan), iaitu menyekat penjual dari desa yang tidak mengetahui harga pasaran di tengah jalan untuk membeli dengan harga yang murah; - Jual beli najasy, iaitu membeli barang dengan tujuan orang lain terikut – ikut membelinya hingga mereka mambayar dengan harga yang lebih tinggi; - Membeli barangan yang halal untuk tujuan maksiat. Contohnya, membeli ayam tetapi digunakan untuk memuja keramat; - Jual beli sewaktu azan solat Jumaat (kepada mereka yang diwajibkan solat Jumaat). Ia bermula daripada imam menaiki mimbar hinggalah selesai menunaikan solat; - Mengurangkan sukatan dan timbangan.
3.0
JUAL BELI SAHAM
3.1
Pengertian
JAPIM IPG KPI
Page 9
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083) Bahasa : berasal daripada perkataan arab sahm mempunyai pelbagai makna antaranya ialah nasib atau bahagian seperti firman Allah s.w.t. dalam surah al-Saafaat ayat 141:
“...dengan satu keadaan Yang memaksa) maka Dia pun turut mengundi, lalu menjadilah ia dari orang-orang Yang kalah Yang digelunsurkan (ke laut)”
Istilah syarak : ialah sejenis tertibatan yang dikeluarkan oleh syarikat sebagai alat pemilikan.
Menurut pandangan ahli-ahli ekonomi, saham dimaksudkan kepada dua perkara: 1. Bahagian tertentu pemodal sesebuah syarikat harta dan bahagian ini mewakili sebahagian tertentu modal syarikat menerusi pemilikan skrip saham bagi setiap pemodal. Ini dilihat sebagai suatu cara bagi pengesahan hak miliknya dalam sesebuah syarikat.
2. Skrip saham atau dokumen yang sah yang diberikan kepada setiap pemodal sebagai mengesahkan pemilikannya kerana setiap saham yang diberi kepada pemodal memberikannya suatu hak dalam syarikat mengikut peraturan yang selayaknya. Jumhur fuqaha’ muasirin berpendapat bahawa Islam secara umumnya mengharuskan penerbitan dan jual beli saham, dengan syarat tidak mengandungi unsur-unsur yang haram seperti riba, gharar, perniagaan benda yang haram dan unsur-unsur haram yang lain. Oleh itu, hukum sesuatu saham berbeza mengikut sifat saham tersebut dan jenisnya . 3.2
Hukum
Hukum urusniaga saham mengikut jenis aktiviti perniagaan sesuatu syarikat :
a. Syarikat yang aktivitinya halal. Hukumnya harus bermuamalah dengan saham syarikat ini tanpa sebarang khilaf.
b. Syarikat yang aktivitinya haram. Seperti bank yang mengamalkan riba, syarikat pembuatan arak dan sebagainya. Hukumnya haram secara ittifaq.
JAPIM IPG KPI
Page 10
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083) c. Syarikat yang aktivitinya syubhat. Syarikat yang mengeluarkan perkhidmatan dan barangan yang halal, tetapi kadangkala bermuamalah dengan uruniaga yang haram , seperti syarikat barangan elektrik, ubat-ubatan, kenderaan dan lain-lain yang membiayai aktiviti syarikat dengan pinjaman ribawi atau urusniaga yang melibatkan riba.Para fuqaha’ mu’asirin berselisih pendapat tentang masalah ini kepada 3 pendapat :
i. Pendapat pertama : Haram bermuamalah dengan saham syarikat ini selagimana tidak 100% halal. ii. Pendapat kedua : Harus bermuamalah dengan saham ni tetapi dengan syarat, berdasarkan kaedah fiqh dan nas yang terbina di atas asas memudahkan dan mengangkat kesusahan iii. Pendapat ketiga : Makruh
3.3
Rukun Saham :
3.4
pemegang saham pinjaman kadar tertentu daripada keuntungan syarikat
Pelaburan Saham Menurut Pandangan Islam :
saham tersebut mestilah bebas daripada unsur riba'
pelaburan saham bukanlah di dalam syarikat korprat atau perdagangan yang berurus niaga dalam perkara-perkara haram
saham yang dibeli mestilah tidak mempunyai unsur-unsur spekulasi
4.0
PINJAMAN ( AL-‘ARIYAH)
4.1
Pengertian
Bahasa : sesuatu yang dipinjam pergi kemudiannya kembali. Ia juga bermaksud saling bertukar dan mengganti sesuatu.
JAPIM IPG KPI
Page 11
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083) Istilah syarak : bermaksud mengambil manfaat daripada sesuatu barang tanpa membayar imbuhan. ‘Ariyah adalah kontrak memberi kebenaran kepada peminjam untuk menggunakan manfaatnya sahaja dan bukannya untuk tujuan pemilikan.
4.2
Hukum
Hukum pinjaman adalah harus selaras dengan dalil al-Quran, al- serta ijmak ulama
a) Dalil al-Quran al-Ariyah masih berada dalam konsep tolong menolong yang digalakkan dalam Islam. Firman Allah s.w.t :
“ Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran” ( Al-Maidah : 2)
b) Dalil al-Hadis Konrak pinjaman merupakan perintah dan amalan Rasulullah s.a.w. sendiri semasa hayat baginda. Antaranya, hadis diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “Siapa yang mempunyai tanah,hendaklah ini hibah (memberikannya) atau meminjamkannya.” (Riwayat Muslim)
4.3
Rukun dan syarat sah al-‘Ariyah
Terdapat empat rukun dalam al-Ariyyyah iaitu : a) Peminjam b) Pemberi pinjaman c) Barang pinjaman d) Lafaz pinjaman
Secara amnya,suatu kontrak pinjaman akan tamat jika mengalami salah satu perkara berikut: a) peminjam memulangkan barangan pinjamannya JAPIM IPG KPI
Page 12
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083) b) pemilik menuntut semula barangnya, walaupun tempoh pinjaman belum tamat c) salah satu pihak meninggal dunia d) salah satu pihak hilang kelayakan seperti muflis, gila atau bodoh
5.0
HUTANG (AL-QARD)
5.1
Pengertian
Bahasa : pengasingan sebahagian dari sesuatu. Dalam aspek ini, seolah-olahnya si pemberi pinjam telah mengasingkan sebahagian dari harta miliknya untuk diberi pinjam kepada si peminjam yang akan mengembalikan semula kepada si pemberi pinjam dalam tempoh tertentu
Istilah syarak : al-Qard ialah pinjaman yang dilakukan untuk sesuatu kegunaan samada dari wang ringgit atau lainnya yang akan dipulangkan samada dalam bentuk zat yang sama ataupun tidak.
a) Dalil al-Quran Al-Qard telah disyaricatkan melalui al-Quran, al-Sunnah dan al-Ijmac. Selain “Ayat Hutang” di atas masih ada ayat al-Quran lain yang menyentuh tentang al-Qard, diantaranya firman Allah swt:
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik iaitu dengan mengeluarkan hartanya di jalan Allah, maka Allah akan melipatgandakan balasan baik kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah-lah yang menyempitkan dan melapangkan rezki dan kepadaNyalah kamu akan dikembalikan.”
(Al-Baqarah : 145) JAPIM IPG KPI
Page 13
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083) b) Dalil al-Hadis Hadis Nabi Muhammad saw juga banyak menyebut tentang al-Qard, diantaranya sabdaan Nabi Muhammad saw:
ﻣﺎ ﻣﻦ ﻣﺴﻠﻢ ﯾﻘﺮض ﻣﺴﻠﻤﺎ ﻗﺮﺿﺎ ﻣﺮﺗﯿﻦ إﻻ ﻛﺎن ﻛﺼﺪﻗﺘﮭﺎ ﻣﺮة “...Sesiapa dari kalangan orang Islam yang memberi pinjaman kepada orang Islam yang lain sebanyak dua kali maka seolah-olahnya dia telah memberi sedekah satu kali.” Ulamak juga telah berijmac bahawa al-Qard adalah disyaricatkan dalam Islam. 5.2
Hukum
Hukum al-Qard bagi pemberi pinjam dan yang meminjam adalah bergantung kepada keadaan mereka. Kadangkala hukumnya menjadi wajib dan Kadangkala menjadi sunat dan lain-lain.\ Hukum Al-Qard ke Atas Peminjam (Al-Muqrid) a) Wajib Memberi pinjam menjadi wajib sekiranya orang yang hendak meminjam dalam keadaan terdesak untuk menyara hidupnya atau keluarganya dan si al-muqrid adalah orang yang mampu untuk memberi pinjaman. b) Haram Haram ke atas al-muqrid memberi pinjaman kepada orang yang diyakini akan menggunakan pinjaman tersebut untuk melakukan perkara yang haram seperti menggunakan wang pinjaman untuk berjudi dan sebagainya. c) Sunat Pada umumnya, sunat memberi pinjam kerana perbuatan tersebut boleh membantu menyelesaikan masalah mereka yang memerlukan. d) Makruh
JAPIM IPG KPI
Page 14
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083) Hukum makruh akan terjadi dalam urusan memberi pinjaman sekiranya pinjaman diberi tidak mengikut keutamaan orang-orang yang ingin meminjam dan juga menjadi makruh jika diyakini bahawa orang yang meminjam akan membazirkannya. e) Harus Harus memberi pinjaman jika urusan tersebut bukan untuk membantu orang yang berhajat tetapi hanya sekadar tujuan tertentu seperti memberi pinjaman semata-mata supaya pinjaman tersebut terjamin keselamatannya jika diberi pinjam kepada sesiapa yang boleh dipercayai. Hukum Al-Qard ke Atas yang Meminjam (Al-Muqtarid) a) Wajib Meminjam sesuatu keperluan menjadi wajib jika pinjaman tersebut dilakukan untuk menyelamatkan nyawa seseorang. b) Haram Haram ke atas seseorang yang ingin meminjam sesuatu untuk digunakan dalam perkara yang haram. c) Sunat Disunatkan meminjam sesuatu keperluan jika perkara itu boleh mengurangkan bebanan yang tertanggung. d) Makruh Makruh hukumnya jika meminjam sesuatu semata-mata untuk berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara. e) Harus Diharuskan meminjam sesuatu keperluan sekiranya berhajat dan hajat tersebut tidak sampai ke tahap sunat atau wajib. Kontrak al-Qard ialah mendekatkan diri kepada Allah swt dan berbuat baik sesama insan kerana manfaat pinjaman dirasai oleh al-muqtarid, sedangkan al-muqrid hanya berjasa, berbakti dan berbuat baik kepadanya. Agama Islam sebagai agama yang diterima oleh Allah swt dan yang bersifat al-kamal iaitu sempurna telah mengatur sistem yang terbaik untuk JAPIM IPG KPI
Page 15
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083) menjayakan proses al-Qard. Sistem tersebut diatur supaya tidak ada unsur riba dan rasuah yang diharamkan oleh Allah swt dan supaya tidak ada keraguan, penipuan, penindasan, kezaliman dan sebagainya yang boleh mencemarkan keimanan seseorang.
6.0
RIBA’
6.1
Pengertian
Bahasa : ialah bertambah, lebih atau pertambahan. Apa yang dimaksudkan sini adalah pertambahan modal.
Istilah syarak: Akad dan perjanjian tambahan bagi sesuatu pertukaran barang atau nilai tertentu dengan sebab tangguh sama ada tidak diketahui persamaanya disegi syara’ ketika akad atau diketahui persamaanya waktu akad dan sama ada menangguhkan kedua tukaran itu atau salah satunya.
6.2
Hukum
Semua agama samawi dan syariat islam mengharamkan amalan riba.Hal tersebut berdasarkan dalil nas al-Quran dan al-Hadis antaranya ialah:
a) Dalil al-Quran
“...Orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang Yang dirasuk Syaitan Dengan terhuyunghayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka JAPIM IPG KPI
Page 16
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083) mengatakan: "Bahawa Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. oleh itu sesiapa Yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa Yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. dan sesiapa Yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (Surah al-Baqarah : 275 ) b) Dalil al-Hadis Hadis yang menunjukkan pengharaman riba’ ialah :
ُاﻟﻨ ﱠﺒ ِﻲ ﱢ ﺻ َ ﻠ ﱠﻰ ﷲ ﱠ ُ ﻋ َﻠ َﯿ ْ ﮫ ِ و َ ﺳ َﻠ ﱠﻢ َ ﻟ َﻌ َﻦ َ آﻛ َﻞ َ اﻟﺮ ﱢ ﺑ َﺎ و َ ﻣ ُﺆ ْﻠ َﻛ ِﮫُ و َ ﻛ َﺎﺗ ِﺒ َﮫ ٌ و َ ﺷ َﺎھ ِ ﺪ َ ﯾ ْﮫ ِ و َ ﻗ َﺎل َ ھ ُﻢ ْ ﺳ َﻮ َ اء “..Rasulullah S.A.W. telah melaknat pemakan riba, orang yang memberikan riba, orang yang menjadi penulisnya dan saksi-saksinya. Kemudian Rasulullah S.A.W. mengatakan: Mereka semua adalah sama.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dan Ahmad dan Abu Daud dan Tarmizi)
Hadis lain yang menunjukkan bahaya riba’ ialah :
ﺣﺪﺛﻨﺎ ﻋﺒﺪ اﻟﻌﺰﯾﺰ ﺑﻦ ﻋﺒﺪ ﷲ ﺣﺪﺛﻨﺎ ﺳﻠﯿﻤﺎن ﻋﻦ ﺛﻮر ﺑﻦ زﯾﺪ ﻋﻦ أﺑﻲ اﻟﻐﯿﺚ ﻋﻦ اﺟﺘﻨﺒﻮا اﻟﺴﺒﻊ اﻟﻤﻮﺑﻘﺎت ﻗﺎﻟﻮا ﯾﺎ: أﺑﻲ ھﺮﯾﺮة ﻋﻦ اﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﯿﮫ وﺳﻠﻢ ﻗﺎل وﻣﺎ ھﻦ ﻗﺎل اﻟﺸﺮك ﺑﺎﷲ واﻟﺴﺤﺮ وﻗﺘﻞ اﻟﻨﻔﺲ اﻟﺘﻲ ﺣﺮم ﷲ إﻻ ﺑﺎﻟﺤﻖ: رﺳﻮل ﷲ .وأﻛﻞ ﻣﺎل اﻟﯿﺘﯿﻢ واﻟﺘﻮﻟﻲ ﯾﻮم اﻟﺰﺣﻒ وﻗﺬف اﻟﻤﺤﺼﻨﺎت واﻟﻤﺆﻣﻨﺎت اﻟﻐﺎﻓﻼت “...Hendaklah kamu menjauhi tujuh perkara yang membinasakan,sahabat-sahabat bertanya.Apakah ia wahai Rasullullah s.a.w? Jawab Baginda: Syirikkan Allah S.W.T.,melakukan perbuatan sihir, membunuh diri, atau jiwa yang dilarang oleh Allah S.W.T. kecuali dengan cara yang sebenar,makan riba,makan harta anak yatim,lari daripada medan peperangan dan menuduh zina terhadap perempuanperempuan yang baik yang tidak ada perasaan untuk melakukannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
JAPIM IPG KPI
Page 17
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083) 6.3
Jenis-Jenis Riba’ Menurut pendapat Imam Syafi’i, riba yang terdapat dalam konteks jual beli terbahagi
kepada tiga jenis:
Riba al-Fadlu
Riba Nasi’ah
Riba al-Yady
6.3.1 Riba’ Al-Fadlu Riba al-Fadlu ialah riba yang dibayar lebih kepada satu pihak dengan sebab penukaran.Riba al-Fadlu juga jual beli yang disertai dengan tambahan dengan salah satu jenis barang yang sama jenis.Contoh:jual beli sekilo gandum dibayar dengan sekilo setengah gandum. Riba al-Fadlu juga berlaku dalam jual beli duit dengan duit atau wang dengan wang, atau makanan disamping ada pertambahan. Contohnya seseorang yang menjual emas kepada seseorang hingga sesuatu tempoh tertentu dan dibayarnya dengan emas dan tambahan perak. Riba seperti ini berlaku baik benda yang dijual beli sama jenis atau berlainan jenis.
6.3.2 Pembentukan Riba’ Al-Fadlu. Riba al-Fadlu secara umumnya berlaku dalam enam jenis benda iaitu:
Emas.
Perak.
Hintah (biji gandum).
Tamar.
Garam.
Gandum (tepung).
6.3.3 Pengharaman Riba’ Al-Fadlu
Ia diharamkan dengan berdasarkan Hadis dan Qiyas. Antara dalil Hadis ialah:
ﺣﺪﺛﻨﺎ أﺑﻮ ﺑﻜﺮ ﺑﻦ أﺑﻲ ﺷﯿﺒﺔ وﻋﻤﺮو اﻟﻨﺎﻗﺪ وإﺳﺤﻖ ﺑﻦ إﺑﺮاھﯿﻢ واﻟﻠﻔﻆ ﻹﺑﻦ أﺑﻲ ﻗﺎل إﺳﺤﻖ أﺧﺒﺮﻧﺎ وﻗﺎل اﻵﺧﺮان ﺣﺪﺛﻨﺎ وﻛﯿﻊ ﺣﺪﺛﻨﺎ ﺳﻔﯿﺎن ﻋﻦ ﺧﺎﻟﺪ اﻟﺤﺬاء ﻋﻦ أﺑﻲ JAPIM IPG KPI
Page 18
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)
ﻗﻼﺑﮫ ﻋﻦ أﺑﻲ اﻷﺷﻌﺚ ﻋﻦ ﻋﺒﺎدة ﺑﻦ اﻟﺼﺎﻣﺖ ﻗﺎل ﻗﺎل رﺳﻮل ﷲ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﯿﮫ وﺳﻠﻢ اﻟﺬھﺐ ﺑﺎﻟﺬھﺐ واﻟﻔﻀﺔ ﺑﺎﻟﻔﻀﺔ واﻟﺒﺮ ّ ﺑﺎﻟﺒﺮ ّ واﻟﺸﻌﯿﺮ ﺑﺎﻟﺸﻌﯿﺮ واﻟﺘﻤﺮ ﺑﺎﻟﺘﻤﺮ واﻟﻤﻠﺢ ﺑﺎﻟﻤﻠﺢ ﻣﺜﻼ ﺑﻤﺜﻞ ﺳﻮاء ﺑﺴﻮاء ﯾﺪا ﺑﯿﺪ ﻓﺈذ ا اﺧﺘﻠﻔﺖ ھﺬه اﻷﺻﻨﺎف ﻓﺒﯿﻌﻮا .ٍ ﻛﯿﻒ ﺷﺌﺘﻢ إذا ﻛﺎن ﯾﺪا ﺑﯿﺪ Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum,barli dengan barli,tamar dengan tamar dan garam dengan garam sama banyak dengan tunai. Apabila berlainan jenis pula bolehlah kamu jual sekehendak kamu asalkan tunai. (Riwayat Muslim dan Ahmad) Walaupun riba al-Fadlu selalunya terjadi dengan enam jenis barang seperti yang tersebut tadi, namun dalam keadaan lain ia boleh dikiaskan dengan perkara berikut :
Beras
Gula
Dan lain-lain
Oleh itu barangan yang mempunyai unsur riba tersebut boleh dijual dengan yang sama jenisnya,seperti emas dengan emas berdasarkan tiga syarat:
Hendaklah sama sukatan dan timbangan keduanya.
Dengan tunai.
Terima dalam majlis akad.
Barangan jenis riba lain yang tidak sama jenisnya juga seperti gandum dengan
Dengan harga tunai.
Terima dalam majlis akad.
7.0
SEWAAN (AL-IJARAH)
7.1
Pengertian
Bahasa : bermaksud jual beli manfaat. Ia merujuk kepada bayaran atau ganjaran yang diberikan kepada orang yang melakukan sesuatu kerja. ini juga termasuklah upah, sewa atau imbuhan. Istilah : al-ijarah bermaksud kontrak untuk mendapatkan manafaat daripada sesuatu barangan tertentu dengan bayaran tertentu.
7.2
Hukum
JAPIM IPG KPI
Page 19
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083) Hukum al-jarah atau sewaan adalah harus. Jumhur ulama mengharuskannya berpandukan kepada dalil al-Quran dan al-Hadis.
a) Dalil al-Quran Firman Allah s.w.t.:
“ jika mereka menyusukan anak untuk kamu, berikanlah upah kepada mereka.” ( al-Talaq : 6) b) Dalil al-Hadis: Banyak hadis berkaitan amalan perintah Rasulullah s.a.w. yang menunjukkan keharusan sewa. Antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Ibn. Abbs r.a. “ Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. berbekam dan memberikan upah kepada pembekamnya “. (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad)
7.3
Jenis-jenis Sewaan
Sewaan ada dua jenis, iaitu : 1.
Ijarah zimmah : Ialah menyewa sesuatu yang belum ada di hadapan mata sewaktu akad. Sewaan jenis ini diisyaratkan tunai pembayarannya dan menerimanya pada majlis akad.
2.
Ijarah ain : Ialah menyewa / mengupah sesuatu yang sudah ada di hadapan mata sewaktu akad.
7.4
Hikmat-hikmatnya
Di antara hikmat-hikmat sewa menyewa dan upah mengupah ialah :
Memberi kemudahan kepada orang-orang yang tidak memiliki sesuatu barang mendapat faedah daripadanya.
Menambah kelapangan bagi tuan ampunya barang dengan beroleh bayaran sewanya.
Mengeratkan perhubungan di antara satu sama lain.
Supaya anggota masyarakat mendapat kemudahan dan kesenangan hidup.
Menggalakkan pihak-pihak yang mampu supaya sentiasa memberi kemudahan kepada pihak-pihak yang kurang mampu.
JAPIM IPG KPI
Page 20
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083) 7.5
Rukun dan syarat sah al-ijarah
Terdapat lima rukun al-ijarah iaitu : a) Pemberi sewa, mereka dipanggil dengan istilah mu’jir, iaitu orang yang diberi bayaran atau yang diupah b) Penyewa, mereka juga dipanggil dengan istilah musta’jir iaitu orang memberi bayaran atau upah c) Manfaat atau perkhidmatan d) Bayaran atau upah e) Sighah iaitu ijab dan qabul
Contoh Setiap barang yang sah dijualbeli, mendatangkan munafaat dan kekal zatnya, sahlah dipersewakan ; dan setiap mereka yang sah melakukan urusan jualbeli, sahlah bagi mereka menjalankan urusan sewa menyewa ini. Supaya lebih terang, cara sewa menyewa dan upah mengupah, di bawah ini diterangkan contoh-contohnya :
1.
Noriah mengupah
Salmah menyusui anaknya dengan bayaran sebanyak $100.00
sebulan. Noriah dinamakan “orang yang mengupah”, Salmah, dinamakan “orang yang mengambil upah”. Bayaran $100.00 itu dinamakan upah.
2.
Zaid telah menyewa sebuah motokar dari Kota Bharu hendak pergi ke Kuala Lumpur dengan bayaran sebanyak $80.00. Zaid dinamakan “yang menyewa – mustakjir”. Wang sebanyak $80.00 itu dinamakan “sewa- ujrah” dan tuan punya motokar itu dinamakan “pemberi sewa – mukjir”.
3.
Encik Zamri menyewa sebuah rumah kepunyaan Encik Ali dengan sewa sebanyak $50.00 sebulan.
Encik Zamri dinamakan
“yang menyewa – mustakjir” Ali
dinamakan “pembeli sewa – mukjir” dan wang bayaran itu dinamakan sewa – ujrah”
JAPIM IPG KPI
Page 21
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083) 8.0 GADAIAN (AL-RAHN)
8.1
Pengertian
Bahasa : bererti kekal, tetap dan berterusan. Kata “rahnum” dengan kata “gadaian” dalam bahasa Malaysia, ertinya menurut bahasa ialah mempertaruhkan sesuatu umpamanya menggadai nyawa, menggadaikan tanahair dan sebagainya. Istilah syarak : menjadikan sesuatu barang sebagai cagaran kepada sesuatu hutang buat menjelaskan hutang itu ketika tidak kuasa membayarnya.
8.2
Hukum
Hukum al-Rahn atau gadaian adalah harus berdasarkan dalil al-Quran dan al-Hadis serta ijmak ulama. Berikut disertakan dalil tentang keharusan tersebut.
a) Dalil al-Quran
“...Jika kamu dalam musafir (lalu kamu berhutang) sedang kamu tidak memperoleh seorang penulis, hendaklah diadakan barang gadaian yang dipegang ( pemiutang). “ (al-Baqarah : 283)
b) Dalil al-Hadis Ulama fiqh Islami bersepakat bahawa Rasulullah s.a.w. adalah orang pertama yang terlibat dalam melakukan gadaian dalam Islam. Ini diceritakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : “ ...Rasulullah s.a.w. membeli makanan daripada seorang Yahudi secara hutang dengan menggadaikan sebuah perisai besi.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
8.3
Hikmah Gadaian dalam Islam
Berhutang adalah merupakan suatu jalan bagi mengatasi kesulitan perbelanjaan tetapi kadang-kadang orang-orang yang berkemampuan tidak sanggup hendak memberi hutang JAPIM IPG KPI
Page 22
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083) kepada seseorang yang dipercayainya kecuali dengan sesuatu cagaran. Dengan adanya cagaran itu, hutang yang diberikan itu akan terjamin dan terselamat. Memandangkan kepada keadaan inilah Islam mengharuskan bermualamat dengan cara bergadai iaitu berhutang dengan meletakkan suatu pertaruhan atau cagaran supaya terjamin pembayarannya bila mana sampai tempohnya kelak. Dengan cagaran itu, pihak memberi hutang tidak merasa apa-apa keraguan lagi kerana bila sampai tempohnya nanti, walaupun orang yang berhutang itu tidak sanggup menjelaskannya, pemberi hutang yang memegang gadaian itu boleh menjualnya dan mengambil harganya sekadar yang telah diperhutangkannya.
Contoh Ramli memerlukan wang sejumlah $3,000.00. Untuk mendapat wang sejumlah tersebut ia terpaksa berhutang daripada Fakrul dengan menggadaikan kebun getahnya iaitu sebagai cagaran kepada hutangnya itu dengan perjanjian apabila ia tidak dapat melunaskan hutangnya itu dalam tempoh yang telah ditetapkan, Fakhri bolehlah menjual kebun tersebut; dan jika harganya lebih mahal daripada jumlah wang yang diperhutangkan itu, wang selebihnya itu hendaklah diberikan kepada Ramli kerana ianya adalah kepunyaan Ramli. Muamalat hutang dengan cagaran sebagaimana yang tersebut di atas inilah dikatakan rahnun (gadai). Ramli yang memerlukan wang itu dinamakan rahin (penggadai). Fakhrul yang memberikan wang dinamakan murtahin (pemegang gadai). Kebun yang dicagarkan itu dinamakan marhun (yang digadaikan). Wang sebanyak $3,000.00 itu dinamakan marhun bih (hutang gadaian). Muamalat cara ini mestilah dengan ada ucapan di antara si penggadai dan si pemegang gadai.
8.4
Rukun-rukun Gadaian
Dari keterangan-keterangan di atas nyatalah, rukun-rukun gadaian itu empat perkara iaitu :1. al-Rahin (Penggadai) dan al-murtahin (pemegang gadai).
Kedua-duanya
hendaklah:
Keahlian mengurus hartanya (ahliyatut Tabaru). Dengan syarat ini, penjaga, bapa atau lainya, tidak boleh menggadaikan harta kanakkanak dan harta orang-orang gila kecuali jika terpaksa atau ternyata ada keuntunganya.
Akil baligh: tidak sah bagi kanak-kanak dan orang-orang gila.
Tidak dipaksa : melakukan gadai mestilah dengan kehendak sendiri. Tidak sah jika dipaksa.
JAPIM IPG KPI
Page 23
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083) 2. al-Marhun (Barang yang digadai) – barang-barang yang digadai hendaklah barang-barang yang
sah diperjualbelikan.
Barang-barang yang tidak sah
diperjualbelkan, tidak sah ianya digadaikan. 3. al-Marhun bih (hutang) – bayaran atau barang yang diberi kepada penggadai itu mestilah hutang yang dimaklumi. Maka tidak sah jika tidak berupa hutang seumpama benda yang wajib diganti seperti barang yang dirampas, barang pinjaman atau sebagainya. 4. Sighah (Lafaz kontrak)– tidak sah gadaian melainkan dengan ijab dan Kabul. Syarat-syaratnya sama dengan syarat-syarat pada urusan berjualbeli. Maka tidak sah jika diselangi oleh perkataan lain atau berselang lama. Juga tidak sah jika bertaklik dan jika memakai jangka waktu.
8.5
Perbezaan Muamalat Islam dan Konvensional
Perbezaan Sistem Kewangan Islam dan Konvensional boleh dilihat kepada konsep dan operasi. Konsep Kewangan Islam merujuk kepada prinsip-prinsip syariah yang bebas daripada unsur-unsur yang dilarang seperti riba, gharar (keraguan), maisir (judi), tadlis (penipuan), penindasan, ketidakadilan, memonopoli harta dan sebagainya. Manakala konsep sistem kewangan konvensional pula berlandaskan pemberian faedah(riba) dalam hampir semua transaksi,baik dalam pinjaman, overdraf,pajakan,sewa beli simpanan dan kad kredit. Dari sudut operasi pula, Sistem Kewangan Islam adalah berteraskan akad yang telah dipersetujui oleh Syarak seperti Bai’ Bithaman Ajil (BBA), Wadi’ah, Mudarabah, Musyarakah dan sebagainya. Manakala sistem kewangan konvensional pula operasinya adalah tidak berteraskan akad-akad yang sah dari sudut Syarak dan kebanyakkannya terlibat dalam sistem pinjaman yang berteraskan riba. Sistem kewangan Islam pelaburannya bebas dari unsur ketidakpastian (gharar). Setiap pelaburan adalah mengikut hukum islam dan dipastikan tidak terlibat dalam aktiviti yang telah diharamkan seperti perjudian, spekulasi, jualan minuman keras, makanan tidak halal dan sebagainya. Sistem kewangan konvensional pula memberi kebebasan
melakukan
pelaburan untuk memaksimumkan keuntungan dan tidak bercanggah dengan undang-undang Sistem kewangan islam terdiri daripada ulama, ahli akademik dan pakar perbankan islam. Mereka merupakan ahli majlis penasihat syariah sepusat yang ditubuhkan untuk JAPIM IPG KPI
Page 24
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083) mengawal selia dan memastikan perjalanan operasi intitusi perbankan islam adalah konsisten serta sentiasa mengikut hukum syarak.Sistem kewangan konvensional pula mereka pakar dalam urusan perbankan sahaja bagi memastikan bank mencapai keuntungan maksimum
•
MUAMALAT ISLAM Tujuan kerana Allah- konsep ta’awun
•
KONVENSIONAL Tujuan utama ialah keuntungankapitalis dan sosial
•
Tiada unsur riba & penindasan
•
Berasaskan riba/penindasan
•
Berpandukan syariat islam dalam semua urusan
•
Mengabaikan tanggungjawab sosial
•
Harta sebagai alat mendekatkan diri kepada Allah
•
Pengumpulan harta-matlamat hidup
B.
KONSEP HALAL HARAM DALAM ISLAM
2.0
Pengenalan
Dari sudut bahasa halal berasal dari kalimah Arab iaitu halla, yahillu, hillan, wahalalan yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh hukum syarak. Daripada istilah syarak pula halal sebagai sesuatu yang diharuskan, yang terungkai padanya ikatan larangan, dan diizinkan oleh syarak untuk melakukannya. Halal juga didefinisikan sebagai sesuatu yang harus, yang diizinkannya di sisi syarak. Manakala haram dari perkataan Arab harama, menjadi haram iaitu berlawanan dengan al-halal. dan al-haram adalah perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t.. Menurut alQaradawi istilah haram adalah perkara yang telah dilarang oleh syarak daripada melakukannya dengan larangan yang keras, iaitu berupa amaran bahawa sesiapa yang melanggar larangan tersebut akan membawa siksaan Allah s.w.t. di akhirat, juga adakalanya mendapat hukuman syariat di dunia
2.1
PEMAKANAN
JAPIM IPG KPI
Page 25
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083) Makanan merupakan keperluan asas dalam kehidupan manusia. Tanpa makanan kesihatan manusia akan terjejas. Makanan dapat membekalkan haba dan tenaga bagi tujuan menjaga serta mengekalkan suhu badan.Ia juga berfungsi dalam aktiviti pernafasan dan aliran darah bagi semua kerja otot dalam badan serta terlibat bagi proses penggantian zat dalam badan (metabolisme). Selain itu, umat Islam memerlukan makanan untuk tujuan beribadat kepada Allah SWT.Pemakanan dapat di takrifkan sebagai sains yang berkenaan dengan zat, khasiat dan nutrien dalam makanan. Ia merupakan kombinasi satu proses di mana organisma mengambil, menghadam, menyerap, mengangkut, mengguna dan mengkumuh bahan makanan untuk tujuan pembuatan serta membaik pulih komponen dalam badan. Berikut dinyatakan sebab-sebab mengapa kita dituntut untuk makan makanan yang halal:
a. Perintah Tuhan Sebab utama mengapa perlu memakan makanan yang halal ialah kerana memang itu sudah diperintahkan Tuhan kepada kita. Di dalam Al-Quran, Allah berfirman:
“Wahai sekalian manusia ! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal yang baik (halalan tayyiban)". (Surah al-Baqarah: 168)
Rasulullah menegaskan juga di dalam sabdanya: “Mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang Islam.”
(Riwayat Dailami)
b. Mengelakkan daripada azab Neraka
Memakan makanan yang halal boleh mengelakkan seseorang itu daripada ditimpa azab di Akhirat. Maksud Hadis: Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih layak baginya.
(Riwayat Thabrani)
Maksud Al-Hadis: "Tidak akan memasuki syurga daging yang tumbuh daripada yang haram". JAPIM IPG KPI
(Riwayat Ahmad) Page 26
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)
c. Doa makbul
Orang yang makan makanan halal, doanya makbul berbeza dengan orang yang makan makanan haram, terhijab doanya dengan Tuhan.
Rasulullah bersabda: “Betapa banyaknya orang yang rambutnya kusut-masai, badannya berdebu lantaran terlalu lama dalam pelayaran, makanannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan perutnya dipenuhi dari yang haram, diangkatkan kedua tangannya seraya berdoa: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Bagaimana boleh Tuhan mengabulkan doanya.”
(Riwayat Muslim)
d. Diterima Amalan
Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab amalan diterima. Sebaliknya makanan yang haram itu, membuatkan amalan kita tidak diterima Tuhan.
Sabda Rasulullah: “Demi (Allah) yang diri Muhammad ditanganNya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, tiada diterima Allah amal darinya empat puluh hari.” (Riwayat Thabrani)
e. Hati bersih
Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab kepada pembentukan hati seseorang. Ini sepertimana disabdakan oleh Rasulullah: “Hati yang bersih ditempa daripada makanan yang bersih (halal).”
JAPIM IPG KPI
Page 27
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083) 2.2
PEKERJAAN
Pekerjaan ialah satu kegiatan yang dilakukan untuk mendapatkan pendapatan yang halal Pandangan Islam terhadap pekerjaan ialah sesuatu yang mulia, merupakan satu ibadat ,satu cara melahirkan masyarakat yang tolong menolong,juga ianya satu kewajipan yang mesti ditunaikan.Islam menuntut umatnya bekerja kerana ia akan dapat meningkatkan taraf hidup seseorang, membolehkan seseorang itu berdikari tanpa bergantung kepada orang lain, malah ia menjadi tanggungjawab individu. Matlamat bekerja dalam Islam ialah supaya manusia itu dapat mencari rezeki yang halal, membangun dan memajukan ekonomi serta yang paling utama mendapatkan keredhaan Allah Di antara ciri-ciri pekerja dan pekerjaan yang dianggap sebagai ibadah adalah:
a. Pekerjaan yang disertakan dengan niat mendapat keredhaan Allah; b. Pekerjaan itu mestilah perbuatan yang harus atau boleh dikerjakan menurut syarak; c. Tidak meninggalkan perkara-perkara wajib seperti solat. d. Menghasilkan kerja yang berkualiti. e. Dilaksanakan dengan tekun, cekap dan bersungguh-sungguh; f. Berasaskan prinsip syariah seperti amanah, adil dan bertanggungjawab;
g. Menghindarkan diri dari perasaan riak, (menunjuk-nunjuk), ingin dipuji dan terkenal sebagai orang yang rajin, tekun, orang baik dan ingin disebut-sebut sebagai ahli ibadah oleh orang ramai, suka berbangga dengan memberitahu kepada orang lain akan amal kebajikannya dan menghindarkan diri dari merasa bangga kerana ia telah banyak berbuat kebajikan dan amal ibadah.
Rasulullah s.a.w telah memperingatkan umatnya untuk berwaspada dengan pekerjaanpekerjaan yang haram ini. Rasulullah s.a.w. menyebutkan salah satu tanda rosaknya akhlak umat manusia dengan sikap acuh tak acuh mereka terhadap cara mencari harta kekayaan. Di antara mata pencarian yang dilarang adalah:
a. Pekerjaan yang berupa kesyirikan dan sihir, seperti perdukunan, paranormal, peramal nasib, dan hal-hal yang sejenis dan semakna dengannya. JAPIM IPG KPI
Page 28
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)
b. Pekerjaan yang berupa ciri-ciri menuju kesyirikan, seperti menjadi membuat patung, melukis gambar makhluk yang bernyawa, dan hal - hal yang sejenis dan semakna dengannya. c. Jual beli dalam perkara yang diharamkan oleh syariat seperti bangkai, babi, darah, anjing, patung, lukisan makhluk yang bernyawa, minuman keras, narkotik , dan sebagainya. d. Memakan harta riba. e. Menimbun bahan-bahan perdagangan di saat harganya murah dan diperlukan oleh masyarakat dengan tujuan meraih keuntungan yang berlipat ganda pada saat harganya melambung tinggi. f. Perjudian . g. Memakan harta anak yatim secara zalim. h. Mencuri dan merompak . i. Mengurangkan timbangan dan sukatan. j. Rasuah dan penipuan. k. Menunda-nunda pembayaran gaji buruh dan pekerja atau mengurangkan hakhak mereka.
Prinsip-prinsip halal-haram di dalam Islam adalah jelas dan mudah difahami. Justeru itu Islam merupakan agama yang sangat menitikberatkan perkara yang baik dan buruk. Timbulnya halal dan haram di dalam Islam adalah sebagai panduan bagi manusia untuk mengenal pasti sesuatu yang baik ataupun buruk. Namun begitu Islam bukanlah sebuah agama yang rigid, dalam sesetengah keadaan, sesuatu perkara yang ditegah akan dibenarkan untuk melakukannya demi meraikan kemaslahatan manusia. Walau bagaimanapun kelonggaran kepada yang haram tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Ini kerana kewajipan di dalam mencari sesuatu yang halal merupakan kefarduan bagi umat Islam.
JAPIM IPG KPI
Page 29
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)
UJI MINDA
1. Apakah yang dimaksudkan dengan muamalat?. Jelaskan tiga tujuan muamalat. 2. Jual beli adalah perkara yang diharuskan oleh syara'. Terangkan tiga jenis jual beli yang dilarang tetapi sah. 3. Senaraikan rukun jual beli serta nyatakannya secara terperinci. 4. Berikan pengertian sewaan dan sertakan rukun-rukunnya. 5. Jelaskan tiga hikmah diharuskan sewaan. 6. Jelaskan sebab kontrak menjadi batal. Huraikan satu persatu 7. Jelaskan perbezaan muamalat Islam dengan muamalat konvensional. 8. Terangkan konsep halal dan haram dalam pekerjaan?.
JAPIM IPG KPI
Page 30
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083) RUJUKAN
al- Sayyid Sabiq. (1993) Fiqh al-Sunnah. Kaherah: Al-Fath li al-L’lam al-‘Arabi al- Shafie (1981). al-Umm. Beirut. Dar al-Fikr Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, ‘Ali a-Sharbaji. (1987). Al-Fiqh al-Manhaji. Damsyik: Maktaba’ah al Saobah Wahbah al-Zuhayli. (1984). Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu. Beirut: Dar al-Fikr Zaharuddin Abd. Rahman (2007). Wang, Anda dan Islam. Kuala Lumpur: Truewealth Publishing.
JAPIM IPG KPI
Page 31