Tugasan 3 Falsafah Pendidikan Barat

  • Uploaded by: Samathanam Samuel
  • 0
  • 0
  • March 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan 3 Falsafah Pendidikan Barat as PDF for free.

More details

  • Words: 982
  • Pages: 3
Loading documents preview...
Pilih satu aliran falsafah pendidikan yang berdasarkan citarasa anda. Mengapa? Falsafah pendidikan pilihan saya ialah Falsafah Rekonstruktivisme. FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT Falsafah pendidikan Barat dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu falsafah pendidikan tradisional Barat dan falsafah pendidikan moden Barat. Dalam bahagian-bahagian tersebut pula mempunyai beberapa cabang-cabang lain. Contohnya dalam bidang falsafah pendidikan tradisional Barat terdapat cabangcabang lain iaitu perenialisme dan esensialisme. Dalam bidang falsafah pendidikan moden Barat pula ialah progresivisme dan rekonstruksionisme. Setiap falsafah pendidikan (perenialisme, esensialisme, pregresivisme dan rekonstruksionisme) mempunyai akar di dalam satu atau lebih falsafah umum seperti idealisme, realisme dan pragmatisme. Sebagai contoh, aspek-aspek idealisme dan realisme boleh didapati dalam esensialisme dan perenialisme serta pragmatism menimbulkan progresivisme dan rekonstruksionisme. Daripada falsafah pendidikan moden saya memilih falsafah pendidikan rekonstruksionisme. FALSAFAH PENDIDIKAN MODEN – REKONSTRUKTIVISME Falsafah pendidikan Konstruktivisme didefinisikan sebagai pembelajaran yang bersifat generatif, yaitu tindakan mencipta sesuatu makna dari apa yang dipelajari. Konstruktivisme sebenarnya bukan merupakan gagasan yang baru, apa yang dilalui dalam kehidupan kita selama ini merupakan himpunan dan pembinaan pengalaman demi pengalaman. Ini menyebabkan seseorang mempunyai pengetahuan dan menjadi lebih dinamis. Pendekatan konstruktivisme mempunyai beberapa konsep umum seperti: 1. Pelajar aktif membina pengetahuan berasaskan pengalaman yang sudah ada. 2. Dalam konteks pembelajaran, pelajar seharusnya membina sendiri pengetahuan mereka. 3. Pentingnya membina pengetahuan secara aktif oleh pelajar sendiri melalui proses saling mempengaruhi antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru. 4. Unsur terpenting dalam teori ini ialah seseorang membina pengetahuan dirinya secara aktif dengan cara membandingkan informasi baru dengan pemahamannya yang sudah ada. 5. Bahan pengajaran yang disediakan perlu mempunyai perkaitan dengan pengalaman pelajar untuk menarik minat pelajar. TOKOH-TOKOH REKONSTRUKTIVISME Rekonstruktivisme dipelopori oleh George Count dan Harold Rugg pada tahun 1930, ingin membangunkan masyarakat baru, masyarakat yang pantas dan adil. Beberapa tokoh dalam aliran iniialah Caroline Pratt, George Count, dan Harold Rugg. PANDANGAN REKONSTRUKTIVISME DAN PENERAPANNYA DI DALAM BIDANG PENDIDIKAN. Aliran rekonstruktivisme berkeyakinan bahawa tugas penyelamatan dunia merupakan tugas semua umat manusia atau bangsa. Karananya pembinaan kembali daya inetelektual dan spiritual yang sihat akan membina kembali manusia melalui pendidikan yang tepat atas nilai dan norma, yang benar pula demi generasi sekarang dan generasi yang akan datang, sehingga terbentuk dunia baru dalam pengawasan umat manusia. Kemudian aliran ini memiliki persepsi bahawa masa depan suatu bangsa merupakan suatu dunia yang diatur, diperintah oleh rakyat secara demokratik dan bukan dunia yang dikuasai oleh golongan tertentu. Demokrasi yang benar bukan hanya teori tetapi mesti menjadi kenyataan, sehingga dapat diwujudkan suatu dunia dengan potensi-potensi teknologi, mampu meningkatkan kualiti kesihatan, kesejahteraan dan kemakmuran serta keamanan masyarakat tanpa membezakan warna kulit, keturunan, nasionalisme, dan agama (kepercayaan).

PROSES KONSTRUKSI PENGETAHUAN. Pendekatan konstruktivisme mengedepankan untuk membuat siswa peduli pada perananan mereka dalam membangun pengetahuan. Harapannya adalah keyakinan dan pengalaman individu, membentuk apa yang dikenal sebagai dunia. Harapan dan pengalaman berbeza, mengarahkan kepada pengetahuan yang berbeza pula. Fokus dalam proses ini adalah menempatkan berbagai usaha pelajar untuk memahami pembentukan pembelajaran dalam pendidikan. Kesedaran yang timbul pada diri pelajar, bukan bererti guru melonggarkan tanggungjawabnya untuk memberikan pengarahan atau bimbingan. PENERAPAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME 1. Discovery Learning Dalam model ini, pelajar didorong untuk belajar sendiri, belajar aktif melalui konsep-konsep, prinsipprinsip, dan guru sebagai motivatornya. Pertama, guru mengidentifikasi kurikulum. Selanjutnya memandu pertanyaan, menguguhkan tekateki, dan menguraikan berbagai permasalahan. Kedua, pertanyaan yang fokus harus dipilih untuk memandu pelajar ke arah pemahaman yang bermakna. Pelajar lalu memformulasikan jawapan sementara (hipotesis). Ketiga, mengumpulkan data dari berbagai sumber yang relevan, dan menguji hipotesis. Keempat, pelajar membentuk konsep dan prinsip. Kelima, guru memandu proses berfikir dan diskusi pelajar, untuk mengambil keputusan. Keenam, merefleksikan pada masalah nyata dan mengolah pemikiran guna menyelesaikan masalah. Proses ini mengajarkan pelajar untuk memahami isi dan proses dalam waktu yang bersamaan. Dengan kata lain, pelajar belajar menyelesaikan masalah, dan berfikir logik.

2. Pembelajaran Berdasarkan Masalah. Dalam model ini, pelajar dihadapkan pada masalah nyata yang bermakna untuk mereka. Persoalan sesungguhnya dari pembelajaran berdasarkan masalah adalah menyangkut masalah nyata, aksi pelajar, dan kolaborasi diantara mereka untuk menyelesaikan masalah. Pertama, guru memotivasi diri pelajar, dan mengarahkannya kepada permasalahan. Kedua, guru membantu pelajar dengan memberi petunjuk tentang literatur yang berkaitan dengan masalah, dan mengorganisirnya untuk belajar dengan membuat kelompok kerja. Ketiga, guru memberi semangat kepada pelajar untuk mencari lebih banyak literatur, melakukan percubaan, membuat penjelasan untuk mendapatkan jalan penyelesaian. Setelah itu, secara sendiri, kelompok kerja pelajar melakukan penyelidikkan. Keempat, kelompok kerja pelajar membentangkan hasil temuannya, baik itu berupa laporan, video, model, dan dibantu guru dalam menbincangkanya. Kelima, kelompok kerja pelajar menganalisis, dan mengevaluasi proses penyelesaian masalah. Pada bahagian ini pula, guru membantu pelajar dalam merefleksikannya.

Pada model ini, guru dan pelajar bersama-sama dalam proses, pengajaran dan pembelajaran. Mereka bersama-sama untuk mengkaji, membaca, menulis, meneliti, berbicara, guna menuju pada penyelesaian masalah selayaknya dalam kehidupan yang nyata. MENGAPA PILIH FALSAFAH PENDIDIKAN REKONSTRUKTIVISME Ahli-ahli rekonstruktivisme menganggap bahawa sekolah sebagai pemangkin utama untuk meningkatkan keadaan hidup manusia. Mereka juga mempercayai bahawa sekolah boleh memainkan peranan untuk membentuk masyarakat baru yang lebih baik. Sekolah mestilah bersedia menyediakan pelajar kepada perubahan untuk membentuk semula masyarakat supaya dapat disesuaikan dengan keadaan yang berubah. Pendidikan bermatlamat untuk mengasaskan corak budaya baru serta menghapuskan penyakit sosial. Ahli rekonstruktivisme, Theodore Bremald, melihat rekonstruktivisme sesuai dengan kebudayaan dan masyarakat. Tumpuan diberikan kepada perkembangan ekonomi, kebajikan dan masyarakat. Dalam kurikulum mazhab ini terdiri daripada bidang sains sosial terutamanya mata pelajaran kajian sosial yang memberi tumpuan kepada kecenderungan semasa dan masa depan di samping isu-isu tempatan dan antarabangsa. Selaras dengan jenis kurikulum yang ditawarkan, maka guru hendaklah bertugas sebagai agen perubahan dan pembaharuan. Guru perlu bersifat kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Selain itu, peranan guru bukan hanya untuk menyampaikan pengetahuan tetapi berperanan menimbulkan isu-isu sosial yang dianggap penting. Guru juga perlu menerangkan kepada pelajar bentuk masyarakat demokrasi yang merupakan suatu persekitaran baik. Kaedah berpusatkan murid diberikan penekanan di mana murid-murid di ajar kemahiran penyelesaian masalah melalui aktiviti, sumbangsaran, main peranan dan simulasi. Berdasarkan kaedah mengajar yang digunakan oleh guru, murid-murid perlu mengambil bahagian yang aktif agar dapat mencapai matlamat pendidikan. Mereka hendaklah berani untuk mencuba serta sanggup mengubah paradigma lama masing-masing.

Related Documents


More Documents from "saifuddinamran"