Loading documents preview...
TUGASAN 1: ULASAN KRITIS Munsyi Abdulah bin Abdul Kadir atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munsyi merupakan seorang penulis sejarah melayu yang hidup dalam era penjajahan barat dan berkawan baik dengan Stamdford Raffles. Abdullah Munsyi pernah bekerja dengan Stamford Raffles dan beliau juga pernah menjadi penterjemah kepada paderi Thomson di mana beliau merupakan penterjemah kitab bible yang pertama di Tanah Melayu. Oleh sebab itu, tidak menjadi satu kehairanan apabila penulisan beliau lebih kearah barat dan penulisan beliau bercanggah dengan penulisan klasik yang lain. Zubir Usman di dalam buku Anas Haji Ahmad berpendapat bahawa Abdullah ialah pengarang Melayu yang mula-mula keluar dari kebiasaan lama. Beliau mengubah dari menceritakan perkara ghaib kepada cerita yang nyata. Beliau mula menulis mengenai sejarah melayu berdasarkan pengalaman beliau atas dorongan dari Stamford Raffles sendiri. Maka lahirkan sebuah karya yang dikenali sebagai hikayat Abdullah Munsyi yang sarat dengan peristiwa sejarah berdasarkan pengalaman hidup beliau ketika beliau berada di Melaka dan Singapura. Menurut T. Iskandar di dalam buku yang telah deselenggara oleh (Mohamad daud Mohamad, 1987) suatu keistimewaan ialah Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi yang sangat teliti mengarang riwayat hidupnya sendiri hingga tidaklah berapa payah untuk mendapatkan gambaran yang memuaskan tentang pengarang ini dan masanya. Watak yang terdapat di dalam karya penulisan Abdullah Munsyi sememangnya hidup dan tempat-tempat yang wujud berbanding watak yang terdapat dalam karya klasik. Kebiasaannya watak dan tempat yang terdapat dalam karya klasik hanya berbentuk mitos dan lagenda seperti yang terdapat di dalam Salalatus Salatin dan Tuhfat Al-Nafis. Abdullah Munsyi dapat dilihat telah mewujudkan unsur berat sebelah dalam karya penulisannya di mana beliau lebih memihak kepada pihak barat. Abdullah Munsyi telah mengkritik masyarakat melayu yang tidak berusaha untuk memajukan diri dalam bidang pendidikan dan masih berada di tampuk yang lama. Mereka tidak cuba untuk mempelajari ilmu matematik, ilmu pendawaian dan bahasa inggeris bahkan sebaliknya telah menuduh orang yang mempelajari bahasa inggeris telah keluar dari agama islam. Masyarakat melayu pada ketika itu melarang anak-anak mereka dari mempelajari bahasa penjajah. Selain itu juga, masyarakat melayu pada ketika itu masih mempercayai dan taksub terhadap adat resam dan kepercayaan karut marut yang menyebabkan Abdullah Munsyi mengkritik mereka dalam
karyanya. Namun begitu, selain mengkritik beliau juga ada menasihati supaya anak-anak tidak menderhakai ibu bapa mereka dalam karyanya. Selain itu juga, Abdullah Munsyi juga berani mengkritik golongan pemerintah secara terbuka dalam karyanya. Ini jelas bertentangan dengan gaya penulisan tradisional yang mana kritikan dilontarkan melalui sindiran. Menurut (Syed Halim,1985) dalam penulisannya, beliau ada menyebut bahawa Tun Sri Lanang juga tidak ketinggalan menyampaikan beberapa kritikan halus terhadap golongan raja. Tetapi kritikan itu dalam bentuk sindiran. Golongan raja pada ketika itu memiliki satu sikap di mana rakyat tidak boleh mengatasi kekayaan golongan raja. Rakyat akan di hukum sekiranya didapati mencuba mengatasi kekayaan raja. Hal ini meyebabkan rakyat pada ketika itu menjadi malas dan bekerja hanya untuk sekadar keperluan. Sebagai contoh, rakyat perlu mendapatkan kebenaran dari raja sekiranya ingin memakai barangan kemas. Hal ini jelas menunjukkan tentang kekejaman raja pada ketika itu yang membawa kepada kritikan Abdullah Munsyi. Rakyat juga perlu mentaati raja dan bekerja untuk raja. Kesimpulannya Abdullah Munsyi telah memperkenalkan pembaharuan dalam penulisan sejarah di mana penulisannya berdasarkan perkara dan watak yang sememangnya wujud.