Ulum Hadith

  • Uploaded by: aslam
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ulum Hadith as PDF for free.

More details

  • Words: 22,727
  • Pages: 116
Loading documents preview...
ULUM HADITH MOHD FAUZI MOHD AMIN A. IRWAN SANTERI DOLL KAWAID MOHD ZOHDI MOHD AMIN SHUMSUDDIN YABI NOORNAJIHAN JAAFAR NURUL ASIAH FASEHAH MUHAMAD

ISI KANDUNGAN

Tajuk 1

Pengenalan kepada Ulum Hadith

Tajuk 2

Sejarah Ulum Hadith

Tajuk 3

Hubungan Hadith dengan Al-Quran

Tajuk 4

Istilah-Istilah berkaitan Ulum Hadith

Tajuk 5

Pembahagian hadith diterima atau ditolak (Hadith Makbul)

Tajuk 6

Daif disebabkan sanad

Tajuk 7

Daif disebabkan sanad

Tajuk 8

Daif disebabkan perawi

Tajuk 9

Hadith Maudhuk

Tajuk 10

Ilmu berkaitan matan

i

TAJUK 1



Bab Pengenalan kepada Ulum Hadis

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir anda mengikuti unit ini anda dapat:

1. Mengetahui kedudukan hadith dalam Islam; 2. Mengetahui definisi hadith dari segi bahasa dan istilah syarak; 3. Membezakan antara hadith, al-Quran dan Hadith Qudsi; 4. Menjelaskan pembahagian ilmu hadith riwayah dan dirayah.

1.1

Hadith

PENDAHULUAN

merupakan

sumber

rujukan

yang

kedua

selepas

al-Quran.

Oleh sebab kedudukan hadith yang tinggi dan penting dalan Islam, maka adalah penting bagi sesiapa yang mahu memahami agama Islam dengan sebenar untuk mengetahui perkara yang berkaitan dengannya.

1

Oleh demikian, topik ini akan membencangkan kedudukan hadith dalam Islam, definisi hadith dari segi bahasa dan istilah syarak, perbezaan antara hadith, al-Quran dan Hadith Qudsi dan pembahagian ilmu hadith riwayah dan dirayah.

1.2

KEDUDUKAN HADITH DALAM ISLAM

Segala yang datang daripada Rasulullah SAW sama ada untuk menguatkan apa yang ada pada hukum syarak, menjelaskan atau mentafsirkannya dinamakan Hadith Nabawi. Hadith ini sama ada bersumberkan wahyu daripada Allah SWT atau melalui ijtihad Rasulullah SAW.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Nisa’ ayat 59 yang berbunyi:

ُْ

ْ

َ َ َ َّ

َُ

َ

ُ

َ

َّ

َ

ُ ‫يعوا الله وأط‬ ُ ‫يا أ ُّي َها الذين َآمنوا أط‬ َ ُ َّ ‫يعوا‬  ‫ولي األ ْم ِر ِمنك ْم‬ ِ ِ ِ ِ ‫الرسول وأ‬ Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman taatilah Allah SWT dan taatilah Rasul SAW dan pemerintah di kalangan kamu.

Dan sabda Nabi SAW:

ُ ُ ْ َ ّ ، ‫كتاب هللا‬ ْ ‫فيك ْم َأ ْم َر ْين‬ َ : ‫مس ْك ُت ْم بهما‬ َّ ‫لن َتض ُّلوا ما َت‬ « ‫رسول ِه‬ ‫وسنة‬ ‫» تركت‬ ِ ِ ِ Maksudnya: Telah Aku tinggalkan dua perkara selagi mana kamu (Malik, t.th, no. hadith: 899)

Berdasarkan ayat ini, jelaslah bahawa segala yang keluar daripada mulut Nabi SAW adalah wahyu daripada Allah SWT. Ini membuktikan bahawa hadith merupakan komponen kedua yang diturunkan Allah SWT melalui Jibrail a.s., sementara komponen yang satu lagi adalah al-Quran. 2

Melihat kepada fungsi dan peranan hadith, tidak mungkin umat Islam dapat memahami syariat serta hukum Islam sekiranya tidak merujuk kepada hadith. Contoh yang paling mudah, syariat mendirikan solat lima waktu sehari semalam. Terdapat banyak ayat alQuran yang menunjukkan bahawa Allah SWT memerintahkan umat Islam agar mendirikan solat. Namun demikian umat Islam pasti tidak dapat menunaikan kewajipan ini sekiranya tidak merujuk kepada hadith Nabi SAW yang menjelaskan waktu-waktu solat dan cara bagaimana melaksanakannya. Terdapat banyak lagi contoh yang menunjukkan bahawa umat Islam perlu berpegang kepada hadith dalam melaksanakan kewajipan serta menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim. Hal ini akan dibincangkan dalam topik seterusnya, iaitu peranan hadith. Justeru kedudukan dan kepentingan hadith dalam Islam tidak dapat disangkal lagi sekalipun sentiasa wujud golongan yang cuba menolaknya.

1.3

DEFINISI ILMU HADITH

Sebelum anda dijelaskan dengan definisi ilmu hadith, adalah lebih baik anda mengetahui definisi perkataan hadith. Definisi perkataan hadith akan dijelaskan dari segi etimologi atau bahasa dan dari segi terminologi atau istilah.

1.3.1

Definisi Hadith

Perkataan hadith berasal dari perkataan bahasa Arab yang merangkumi beberapa makna baharu lawan qadim, berita atau khabar, kejadian atau peristiwa yang telah lama berlaku atau baru berlaku, perutusan atau perkataan, kisah atau cerita.

3

Perkataan hadith disebut dalam al-Quran sebanyak 18 kali. Anda boleh lihat Perkataan hadith disebut dalam al-Quran sebanyak 18 kali. Anda boleh lihat dalam al-Nisa’, 4: 140; al-An’am, 6: 68, al-A’raf, 7: 185; al-Kahfi, 18: 6; Taha, 20: dalam al-Nisa’, 4: 140; al-An’am, 6: 68, al-A’raf, 7: 185; al-Kahfi, 18: 6; Taha, 20: 9; Luqman, 31: 6; al-Ahzab, 33: 53; al-Zumar, 39: 23; al-Jathiah, 45: 6; al9; Luqman, 31: 6; al-Ahzab, 33: 53; al-Zumar, 39: 23; al-Jathiah, 45: 6; alDariyat, 51: 24; al-Thur, 52: 34; al-Najm, 53: 59; al-WaqiÑah, 56: 81; al-Qalam, Dariyat, 51: 24; al-Thur, 52: 34; al-Najm, 53: 59; al-WaqiÑah, 56: 81; al-Qalam, 68: 44; al-Mursalat, 77: 50; al-Nazi’at, 79: 15; al-Buruj, 85: 17; al-Ghasiyah, 88: 68: 44; al-Mursalat, 77: 50; al-Nazi’at, 79: 15; al-Buruj, 85: 17; al-Ghasiyah, 88: 1. 1. Perkataan hadithan disebut dalam al-Quran sebanyak lima kali. Anda boleh Perkataan hadithan disebut dalam al-Quran sebanyak lima kali. Anda boleh lihat dalam al-Nisa’, 4: 42, 78, dan 87; Yusuf, 12: 111; al-Tahrim, 66: 3 lihat dalam al-Nisa’, 4: 42, 78, dan 87; Yusuf, 12: 111; al-Tahrim, 66: 3 Perkataan ahadithan disebut dalam al-Quran sebanyak lima kali. Anda boleh Perkataan ahadithan disebut dalam al-Quran sebanyak lima kali. Anda boleh lihat dalam YËsuf, 12: 6, 21, dan 101; al-Mu’minun, 23: 44; Saba’, 34: 19. lihat dalam YËsuf, 12: 6, 21, dan 101; al-Mu’minun, 23: 44; Saba’, 34: 19.

Antara maksud perkataan hadith yang disebut dalam al-Quran adalah: percakapan, perkataan atau kisah yang keluar dari mulut, cerita mengenai sejarah, ditujukan kepada al-Quran sebagai kalam (perkataan) Allah, perkhabaran atau berita sama ada berhubung dengan soal keagamaan atau keduniaan pada zaman silam atau masa kini.

Manakala dari segi istilah, terdapat pelbagai definisi hadith yang diberikan para muhaddithin. Antara makna perkataan hadith dari segi istilah adalah: 1. Imam Ibn Hajar menghuraikan (852) maksud hadith adalah “Sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah SAW” Definisi ini berbentuk umum dan mujmal. Ulama kemudiannya memperincikan lagi maksud perkataan hadith. 2. Jamal al-Din al-Qasimi (1925) mendefinisikan hadith sebagai

“Sesuatu yang

disandarkan kepada Nabi SAW sama ada berbentuk sabda, perbuatan, taqrir atau sifat baginda SAW”.

4

3. Muhammad ‘Ajjaj al-Khatib (1967) berpandangan bahawa hadith adalah “Setiap yang disandarkan kepada Nabi SAW sama ada berbentuk perkataan, perbuatan, taqrir atau sifat, sama ada sifat fizikal atau akhlak; sirah sama ada sebelum atau sesudah menjadi Rasul SAW”.

Menurut Mustafa al-Siba’i (1988) definisi ini merupakan definisi yang diberikan kebanyakan para muhaddithin. Definisi ini sinonim dengan makna sunah. Namun begitu sesetengah ulama cenderung untuk membezakan makna hadith dan sunah. Sayyid Sulaiman al-Nadwi (1953) menyatakan bahawa sunah merupakan nama bagi perbuatan atau amalan Rasulullah SAW yang diterima secara mutawatir sedangkan hadith ialah periwayatan secara lafdzi bagi sabda, perbuatan dan keadaan Rasulullah SAW.

1.3.2

Definisi Ilmu Hadith

Mustalah hadith ialah satu ilmu untuk mengetahui istilah-istilah yang digunakan dalam ilmu hadith. Orang yang mula menyusunnya ialah Qadi Abu Mahmud al-Ramahramzi (360 Hijrah).

Ilmu hadith merupakan ilmu berkaitan kaedah atau usul yang dapat dikenali dengannya hal ehwal sanad dan matan dari segi penerimaan atau penolakannya.

Berikut adalah takrifan yang muktabar berkenaan ilmu hadith.



Definisi hadith oleh Ibn Hajar:

َ ‫مْل‬ َ َْ َُ ْ َ َ ُ ْ َ ْ ُْ َّ ‫اع َد َّالت ْي َي َت َو‬ َّ ‫ص ُل ِب َها إ َلى َم ْعر َف ِة‬ ‫الر ِاوي َوا ْر ِوي‬ ِ ِ ‫ِعلم الح ِدي ِث هو مع ِرفة القو‬ ِ ِ

5

Maksudnya: Ilmu hadith adalah pengetahuan mengenai kaedah-kaedah yang menghantarkan kepada pengetahuan tentang rawi (periwayat) dan marwi (materi yang diriwayatkan).



Definisi hadith oleh al-Sayuti:

ْ َ ‫مْل‬ َّ ‫ال‬ ُ ‫ُه َو ِع ْل ٌم ب َق َوا ِن ْي َن ُي ْع َر ُف ِب َها َأ ْح َو‬ ‫الس َن ِد َوا ت ِن‬ ِ Maksudnya: Ilmu hadith adalah ilmu tentang kaedah-kaedah untuk mengetahui kondisi sanad dan matan.

1.4

PEMBAHAGIAN ULUM HADITH

ILMU HADITH

ILMU HADITH

ILMU HADITH

RIWAYAH

DIRAYAH

Rajah 1.1: Pembahagian Ulum Hadith Ulama telah membahagikan ilmu hadith kepada beberapa bentuk pembahagian. Antara pembahagian ilmu hadith yang masyhur adalah pembahagian ilmu hadith riwayah dan ilmu hadith dirayah.

1.4.1

Ilmu Hadith Riwayah

Pengertian

Ilmu yang menyatakan tentang apa yang disandarkan kepada Rasulullah berbentuk perkataan, perbuatan, 6

pengakuan atau sifat baginda.

1. Mengetahui kedudukan sesuatu hadith.

Faedah

2. Menanamkan sifat berhati-hati dalam berhujah dengan hadith Nabi SAW. 3. Mengetahui kehebatan ulama-ulama terdahulu dalam meletakkan sesuatu kaedah bagi menerima atau menolak sesuatu hadith.

Tajuk Yang Dibahaskan

Keadaan sesuatu sanad dan matannya sama ada ia boleh diterima atau tidak.

Nama Lain

Ilmu Mustalah Hadith, Ulum Hadith, Usul Hadith

Pengasas

Al-Qadi Abu Muhammad al-Ramahurmuzi (360 H)

1. Al-Muhaddis al-Fasil Bayna al-Rawi Wa al-WaÑi karangan al-Raharmuzi. Rujukan

2. Ma’rifat Ulum Hadith karangan al-Hakim al-Nisaburi. 3. Nukhbah al-Fikr Fi Mustalah Ahlu Athar karangan Ibn Hajar Asqalani

1.4.2

Ilmu Hadith Dirayah

Pengertian

Ilmu yang mempelajari tentang kaedah-kaedah untuk mengetahui bahagian hal ehwal sanad, matan, cara-cara menerima dan menyampaikan hadis, sifat-sifat rawi dan lain lain.

7

1. Mengetahui apa-apa yang disandarkan kepada Rasulullah SAW berbentuk perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat Baginda Rasulullah SAW. Faedah

2. Beramal dengan apa yang terkandung dalam hadith Nabi SAW. 3. Meneladani apa yang terkandung dalam hadith Nabi SAW.

Tajuk yang dibahaskan

Perkataan, perbuatan, Rasulullah SAW.

Nama Lain

Kajian teks hadith

1.5

pengakuan

atau

sifat

Pengasas

Muhammad bin Muslim bin Shihab Al-Zuhri (124 H)

Rujukan

Kutub Sittah

Baginda

PERBEZAAN ANTARA AL-QURAN, HADITH DAN HADITH QUDSI  Al-Quran ialah kalam Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dengan perantaraan Malaikat Jibrail. Ia dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah al-Nas.  Hadith Nabawi ialah apa yang datang dari Rasulullah SAW sama ada berbentuk perkaaan, perbuatan,pengakuan dan sifat.  Hadith Qudsi ialah apa yang Rasulullah SAW sandarkan kepada Allah SWT atau Nabi SAW meriwayatkan bahawa ia dari kalam Allah SWT.

Contoh periwayatan hadith Qudsi:

‫ يقول اللع تعالى‬، ‫ قال اللع تعالى‬:‫قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬ ... 8

... ‫قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم فيما يرويه عن ربه عز وجل‬

Contoh hadith Qudsi:

،‫ فإن ذكرني في نفسه ذكرته في نفسي‬،‫ وأنا معه إذا ذكرني‬،‫أنا عند ظن عبدي بي‬ ‫مإل خير منهم‬ ٍ ‫مإل ذكرته في‬ ٍ ‫وإن ذكرني في‬ Maksudnya: Aku bersama sangkaan hambaku terhadap Ku. Aku bersamanya apabila ia mengingati Ku. Jika ia mengingati Ku dalam dirinya, nescaya Aku mengingatinya dalam diri Ku, jika ia mengingati Ku di khalayak, nescaya Aku mengingatinya di khalayak yang lebih baik dari itu. (Bukhari, 1990, no. Hadith: 2675; Muslim, 1990, no. Hadith: 2061)

1.5.1

Bil

Perbezaan antara al-Quran dan Hadith Qudsi

al-Quran

Hadith Qudsi

Berlaku cabaran terhadap kafir Quraish untuk mendatangkan 1

Tidak berlaku cabaran sedemikian.

ayat seumpama ayat al-Quran dan mereka tidak mampu.

9

2

3

4

5

1.5.2

Dinasabkan kepada Allah SWT

Dinasabkan kepada Allah SWT dan

sahaja.

Rasulullah SAW.

Kesemua ayat al-Quran dinaqal

Kebanyakkannya khabar ahad dan

secara mutawatir dan hujahnya

penghujahannya tidak kuat. Kadang kala

adalah tepat

sahih, hasan dan mungkin daif.

Lafaz dan maknanya dari Allah

Lafaznya dari Allah SWT dan maknanya

SWT.

dari Nabi Muhammad SAW.

Bacaan al-Quran adalah ibadat

Bacaannya bukan lah ibadat dan tidak boleh

dan dibaca dalam solat.

dibaca dalam solat.

Perbezaan antara Hadith Nabawi dan Hadith Qudsi

 Hadith Nabawi: Lafaz dan maknanya dari Rasulullah SAW.  Hadith Qudsi: Lafaznya dari Rasulullah SAW, manakala maknanya dari Allah SWT.

RUMUSAN Di akhir topik ini, anda telah mempelajari: 

Kedudukan hadith dalam Islam, iaitu sumber hukum kedua selepas al-Quran.



Definisi hadith dari segi bahasa dan istilah syarak.



Pembahagian ilmu hadith kepada ilmu hadith riwayah dan ilmu hadith dirayah dari segi pengertian, faedah, tajuk perbincangan, nama lain, pengasas dan rujukan.

10



Perbezaan antara al-Quran, hadith dan hadith Qudsi.

LATIHAN

Berdasarkan perbincangan di atas, jawab soalan di bawah; 1.

Jelaskan definisi hadith dari segi bahasa dan istilah.

2.

Huraikan tiga hubungan hadith dan al-Quran.

3.

Bezakan antara ilmu hadith riwayah dan ilmu hadith dirayah.

4.

Nyatakan contoh rujukan bagi ilmu hadith riwayah dan ilmu hadith dirayah.

TAJUK 2



Sejarah dan Perkembangan Ulum Hadis 11

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir anda mengikuti unit ini anda dapat:

2.1

1.

Mengetahui sejarah dan perkembangan Ulumul Hadith

2.

Mengenal pasti peraturan-peraturan periwayatan hadith pada zaman

3.

Mengetahui Sejarah Penulisan Hadith Zaman Nabi S.A.W

4.

Mengetahui Sejarah Penulisan Hadith Khulafa ar-Rashidin

5.

Mengetahui Sejarah Penulisan Hadith Zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz

g‫الصحابة‬

PENDAHULUAN

Pada dasarnya Ulumul Hadith telah lahir sejak mula periwayatan hadith di dalam Islam, terutama setelah Rasul SAW wafat, ketika umat merasakan perlunya menghimpun hadith-hadith Rasul SAW kerana adanya kebimbangan hadith-hadith tersebut akan hilang atau lenyap. Para sahabat mula giat melakukan pencatatan dan periwayatan hadith. Mereka telah mula menggunakan kaedah-kaedah tertentu dalam menerima hadith, namun mereka belum menuliskan kaedah-kaedah tersebut.

Adapun dasar dan landasan periwayatan hadith di dalam Islam dijumpai dalam Alquran dan hadith Nabi SAW. Dalam QS. Al-Hujarat ayat 6, Allah memerintahkan orang-orang yang beriman untuk meneliti dan mempertanyakan berita-berita yang datang dari orang lain, terutama dari orang fasik. Firman Allah SWT:

َ َ َ َ ْ ُ َ َ ُ َ ُ َ َ َّ َ َ ‫اس ٌق ِبن َب ٍأ ف َت َب َّي ُنوا أن ت ِص ُيبوا ق ْو ًما ِب َج َهال ٍة‬ ِ ‫ (يا أ ُّي َها ال ِذين آمنوا ِإن جاءكم ف‬:‫قال سبحانه وتعالى‬ َ َ ْ َ ْ ‫َف ُت‬ )‫ص ِب ُحوا َعلى َما ف َعل ُت ْم ن ِاد ِم َين‬

12

yang artinya: “Hai orang-orang yang telah beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita maka periksalah berita tersebut dengan teliti agar kamu tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaan (yang sebenarnya) yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu”.(QS. Al-Hujurat: 6). Sementara dalam hadith disebutkan,

ً َّ َّ َ َ َّ َ َ َ ،‫ع َمقال ِتي ف َبلغ َها‬gَ ‫ض َرالل ُه ْام َرأ َس ِم‬ ‫ (ن‬:‫ قال رسول هللا ﷺ‬:‫َع ْن عبد هللا بن مسعود رضي هللا عنه قال‬ َ َ َ َ ََْ )‫ َو ُر َّب َح ِام ِل ِف ْق ٍه ِإلى َم ْن ُه َو أفق ِه م ْن ُه‬،‫ف ُر َّب َح ِام ِل ِف ْق ٍه غ ْي ِر ف ِق ٍيه‬ “(Semoga) Allah membaguskan rupa seseorang yang mendengar dari kami sesuatu (hadith), lantas dia menyampaikannya (hadith tersebut) sebagaimana dia dengar, kadang-kadang orang yang menyampaikan lebih hafal daripada yang mendengar ”. (HR. At-Tirmizi)

Dalam ayat al Quran serta hadith tersebut jelas terdapat suatu prinsip ketentuan mengenai pengambilan suatu berita sekaligus tata cara dalam menerima suatu berita tertentu; dengan cara melakukan tabayyun (memperjelasnya) serta menelitinya dan agar hati-hati dalam menyampaikan suatu berita kepada orang lain.

Dalam rangka melaksanakan perintah Allah dan Rasul-Nya itu, maka para sahabat telah menetapkan ketentuan-ketentuan dalam menyampaikan suatu berita sekaligus dalam hal menerimanya, terutama ketika mereka meragukan terhadap kejujuran dari orang yang menyampaikan berita tersebut. Atas dasar ini, maka nampak jelaslah kedudukan serta nilai sanad dalam rangka untuk menerima atau menolak suatu berita. Dalam muqadimah Sahih Muslim, dari riwayat Ibnu Sirin:

ّ : ‫ "لم يكونوا يسألون عن اإلسناد فلما وقعت الفتنة قالوا‬: ‫عن ابن سيرين رحمه هللا قوله‬ ،‫سموا لنا رجالكم‬ َ ُ ‫في ْؤخذ‬ ُ ‫في ْن َظ ُر إلى أهل السنة‬ ُ ."‫ ُوي ْنظر إلى أهل البدعة فال يؤخذ حديثهم‬،‫حديثهم‬ 13

“Dikatakan Semula mereka tidak pernah mempertanyakan tentang sanad, kemudian setelah timbul fitnah, mereka baru mempertanyakannya: ‘Sebutkanlah kepada kami orang-orang yang meriwayatkan hadits kepada kamu sekalian‘. Lalu jika ternyata mereka yang meriwayatkan hadits tersebut adalah orang-orang Ahli Sunnah maka terimalah hadits itu, sebaliknya, jika ternyata memang orang-orang Ahli Bid’ah, maka janganlah kamu mengambil hadits yang diriwayatkannya.

Berpijak pada prinsip bahawa suatu hadith itu tidak dapat diterima kecuali sesudah dikatahui sanadnya, maka munculah ilmu ‫الجرح والتعديل‬ Jarh wa Ta’dil, dan ilmu mengenai pembicaraan terhadap rawi-rawi hadith, serta (cara) pembicaraan terhadap rawi-rawi hadith, serta (cara) mengetahui sanad-sanad yang ‫ متصل‬muttasil dan yang

‫منقطع‬ munqati’,

dan mengetahui cacat-cacat yang tersembunyi. Bahkan telah muncul

pula pembicaraan pada sebahagian rawi-rawi yang tercela. Meskipun masih sangat sedikit sekali kerana sedikitnya rawi-rawi yang benar-benar tercela pada masa awalnya.

Kemudian para ulama telah memperluas skop pembahasan dalam masalah yang demikian itu, hingga lahirlah pembahasan dalam beberapa cabang yang berhubungan dengan hadits dari segi pencatatannya, cara menerimanya serta menyampaikannya, dan mengetahui nasikh-mansukhnya, gharibnya dan hal-hal selainnya, demikian itu para ulama melakukan secara lisan.

Dalam kitab Mabahits Ulumil Hadith, Syaikh Manna Khalil al-Qattan menyimpulkan bahawa dasar kewujudan dan perkembangan Ilmu Hadith ada 2 (dua) hal, iaitu adanya: (1) dorongan agama, dan (2) dorongan sejarah. Berikut merupakan gambar rajah yang menerangkan perkara di atas:

14

Pertama: Dorongan Agama

Bahawasanya umat manusia memperhatikan warisan pemikiran yang dapat menyentuh dan membangkitkan kehidupan mereka, memenuhi kecintaan hati mereka, menjadi pijakan kebangkitan mereka, lalu mereka terdorong untuk menanamkannya pada anakanak mereka agar menjadi orang yang memahaminya, hingga warisan itu selalu hadir di hadapan mereka, membimbing langkah dan jalan mereka.

Jika umat lain begitu perhatian terhadap warisan pemikiran mereka, maka umat Islam yang mengikuti risalah Nabi Muhammad SAW juga tidak kalah dalam memelihara warisan yang didapatkan dari Nabi SAW dengan cara periwayatan, menukil, hafalan, dan menyampaikannya, serta mengamalkan isinya, kerana itu bahagian dari eksistensinya, dan hidup umat ini tidak bererti tanpa agama. Oleh kerana itu, Allah mewajibkan dalam agama untuk mengikuti dan mentaati Rasul-Nya, Melaksanakan semua yang dibawa beliau, dan meneladani kehidupannya.

Kedua : Dorongan Sejarah

15

Dalam sejarah, umat manusia banyak menghadapi tentangan dan halangan sehingga mendorong untuk menjaga warisan mereka dari penyusupan yang menyebabkan terjadinya fitnah dan saling bermusuhan serta tipu muslihat.

Umat Islam yang telah merobohkan tiang kemusyrikan, dan memecahkan benteng Romawi dan Parsi, menghadapi musuh-musuh ketat, tahu benar bahawa kekuatan umat ini terletak pada kekuatan agamanya, dan tidak dapat dihancurkan kecuali dari agama itu sendiri, dan salah satu jalannya adalah pemalsuan terhadap hadith. Dari sini, kaum muslimin mendapat dorongan yang kuat untuk meneliti dan menyelidiki periwayatan hadith, dan mengikuti aturan-aturan periwayatan yang benar, agar mereka dapat menjaga warisan yang agung ini dari penyelewengan dan penyusupan terhadapnya sehingga tetap bersih, tidak dikotori oleh aib maupun oleh keraguan.

Dan di antara langkah yang dilaksanakan pada zaman ‫الصحابة‬sahabat adalah:

16

Setelah munculnya kegiatan pemalsuan hadith dari pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab, maka beberapa aktiviti tertentu dilakukan oleh para Ulama Hadith dalam rangka memelihara kemurnian hadith, iaitu seperti:

17

Demikianlah kegiatan para ulama hadith di abad pertama Hijrah yang telah memperlihatkan pertumbuhan dan perkembangan Ilmu Hadith. Bahkan pada akhir abad pertama itu telah terdapat beberapa klasifikasi hadith, iaitu:

18

Dari macam-macam hadith tersebut, juga telah dibezakan antara hadith maqbul, yang pada masa berikutnya disebut dengan hadith sahih dan hadith hasan, serta hadith mardud yang kemudian dikenal dengan hadith dha’if dengan berbagai jenisnya.

Pada abad kedua Hijrah, ketika hadith telah dibukukan secara resmi atas prakarsa Khalifah Umar bin Abdul Aziz(w. 101H) dan diterajui oleh Muhammad ibn Muslim ibn Syihab al-Zuhri (w. 124H), para ulama yang bertugas dalam menghimpun dan membukukan hadith tersebut menerapkan ketentuan-ketentuan Ilmu Hadith yang sudah ada dan berkembang sampai pada masa mereka. Mereka memperhatikan syaratsyarat hadith sahih, demikian juga keadaan para perawinya. Hal ini dilakukan lantaran semakin banyaknya para penghafal hadith yang telah wafat.

Pada abad ketiga Hijrah yang dikenal dengan masa keemasan dalam sejarah perkembangan Hadith, maka bermulalah ketentuan dan perumusan kaedah-kaedah Hadith ditulis dan dibukukan, namun masih bersifat spara. Yahya ibn Ma’in (w. 234H/848M) menulis tentang Tarikh ar-Rijal, Muhammad ibn Sa’ad (w. 230H/844M) menulis Al-Tabaqat, Ahmad ibn Hanbal (241H/855M) menulis Al-‘Ilal, dan lain-lain.

19

Pada abad keempat dan kelima hijrah bermulalah ditulis secara khusus kitabkitab yang membahas tentang Ilmu Hadith yang bersifat komprehensif. Selanjutnya, pada abad setelah itu muncul karya-karya di bidang Ilmu Hadith ini yang sampai saat ini masih menjadi rujukan utama dalam membicarakan ilmu hadith. Adapun ulama yang pertama kali menyusun kitab dalam bidang ini adalah al Qadhi Abu Muhammad al Hasan bin Abdurrahman bin khallad ar Ramahurmuzi (wafat pada tahun 360 H),

ّ

kitabnya‫ ( )املح دث الفاص ل بين ال راوي وال واعي‬Al Muhaddits al Fashil Baina al Rawi wa al Wa’i.   2.2

PENULISAN HADITH ZAMAN NABI SAW

Pada zaman Rasulullah SAW penulisan hadith belum bermula. Ini kerana beberapa faktor seperti berikut:

2.2.1

Hadith Larangan Kepada Para Sahabat r.a. daripada Menulis Hadith

َ َ ْ َ َّ ‫اَل‬ ُ ْ -‫يدالخ ْد ِر ّي رضي هللا عنه أ َّن َر ُسو لل ِه –صلى هللا عليه وسلم‬ ٍ ‫عن أ ِبى َس ِع‬ 20

ْ َ َْ َ َ َ َ َ ‫«ال َت ْك ُت ُب‬ .»‫واع ِ ّنى َو َم ْن ك َت َب َع ِ ّنى غ ْي َرال ُق ْر ِآن فل َي ْم ُح ُه‬ ‫قال‬

Maksudnya: “Janganlah kalian menulis sesuatu pun daripada aku (Muhammad) melainkan al-Quran. Barangsiapa yang menulis daripadaku selain daripada al-Quran maka padamkanlah ia.” )Imam Muslim, babTathabbut Fi al-HadithWaHukmuKitabihi.no. hadith 7702)

Larangan ini kerana dikhuatiri akan bercampur dengan al-Quran. Ini kerana pada zaman Rasul SAW ayat-ayat al-Quran ditulis dipelepah-pelepah tamar, batu dan daun kering. Sekiranya hadith juga disalin di atas bahan-bahan tersebut, kebarangkalian ia untuk bercampur dengan ayat al-Quran adalah tinggi.

Namun demikian, terdapat segelintir sahabat Nabi SAW yang menulis hadith Nabi SAW untuk simpanan peribadi. Antara mereka adalah Abdullah bin Amru dan Zaid bin Thabit. Penulisan yang tidak dilakukan secara terbuka ini telah pun mendapat keizinan daripada Rasulullah SAW.

2.2.2

Hadith Yang Menunjukkan Sahabat Menulis Hadith Secara Peribadi

‫ النبي صلى هللا عليه وسلم أحد أكثر‬g‫«مامن أصحاب‬:‫ رضي هللا عنه قال‬g‫ّأن أباهريرة‬ »‫حديثا عنه مني إالما كان من عبدهللا بن عمرو فإنه كان يكتب وال أكتب‬

Maksudnya: “Tidak terdapat seorang pun daripada sahabat Rasul SAW yang lebih banyak meriwayatkan hadith daripadaku (Abu Hurairah) melainkan Abdullah bin Amru kerana beliau mencatat hadith dan aku tidak mencatatnya”. (HR Imam Muslim, babTathabbut Fi al-HadithWaHukmuKitabihi, no. hadith113)

21

Hadith di zaman Rasulullah SAW adalah dalam keadaan selamat dan bebas daripada syak. Ini kerana adanya Rasulullah sebagai tempat rujukan bagi segala jenis masalah dan pertelingkahan. Hal yang demikian berbeza di zaman Khulafa’ al-Rashidin. Setiap sahabat r.a. mempunyai pendapat dan pendirian yang berbeza antara satu sama lain. Bahagian seterusnya akan membincangkan secara ringkas bagaimana keadaan hadith di zaman Khulafa’ al-Rashidin.

2.3

PENULISAN HADITH DI ZAMAN KHULAFA AL-RASHIDIN

Setelah kewafatan Rasulullah SAW bermulalah pemerintahan Khulafa’ al-Rashidin. Antara sikap para sahabat pada zaman itu adalah mereka begitu teliti dalam meriwayatkan hadith Rasulullah SAW. 2.3.1

Bukti Bahawa Para Sahabat r.a. Berhati-Hati Meriwayatkan Hadith

22

Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab (w. 23H), pembukaan kota-kota Islam yang baru rancak dilakukan. Beliau meminta para sahabat agar menghafal alQuran dan mengurangkan periwayatan hadith. Perkara yang sama berlarutan sehingga ke zaman Saidina Uthman bin Affan (w. 35H). Hadith terus dipelihara dalam ingatan para sahabat. Perkara besar yang berlaku dalam sejarah Islam pada zaman ini adalah pengumpulan al-Quran. Oleh kerana berlakunya perselisihan berkaitan penulisan al-Quran di kalangan para sahabat, Saidina Uthman mengambil jalan untuk menyelaraskan penulisan al-Quran kepada rasm uthmani, yang meraikan perbezaan penulisan di kalangan imam-imam. Al-Quran mengikut rasm uthmani inilah yang diterima sepakat oleh para sahabat untuk digunakan dan disebarkan kepada semua kota Islam. Manakala pada zaman khalifah Ali bin Abu Talib (w. 40H), pergolakan politik mula tercetus. 2.3.2

Umat Islam Terbahagi Kepada Tiga Golongan

23

Pergolakan ini memberikan kesan yang besar kepada hadith Nabi SAW. Setiap golongan menggunakan hadith untuk menegakkan pendapat dan pendirian mereka. Pada zaman ini jugalah munculnya hadith-hadith palsu. Antara hadith palsu yang direka adalah hadith yang mengagungkan Saidina Ali dengan menyatakan bahawa Saidina Ali bin Abu Talib adalah khalifah pertama yang patut dilantik bagi menggantikan Rasulullah SAW.

2.4

PENULISAN HADITH SELEPAS ZAMAN KHULAFA AL-RASHIDIN

Kurun pertama berlalu tanpa menghasilkan satu bentuk penulisan hadith. Hadith terus tersimpan dalam ingatan para sahabat. Pergolakan yang berlaku pada penghujung kurun pertama mendesak hadith untuk ditulis dan dikumpul. Hal ini berlaku pada awal zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz (99H). Faktor Penulisan Hadith pada Zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz

24

Khalifah Umar bin Abdul Aziz mengutus surat kepada para sahabat r.a. yang berada di merata negara untuk menulis hadith yang ada dalam ingatan mereka dan mengumpulkannya dan menulisnya secara peribadi dan menyerahkannya kepada beliau untuk dikumpulkan. Ini kerana beluau bimbang terhadap kematian ramai para sahabat dalam peperangan di samping kemunculan golongan-golongan yang cuba memalsukan hadith Nabi SAW.

Atas faktor inilah ulama mula menyusun kaedah tertentu bagi membezakan hadithhadith yang benar dan palsu serta kekuatan sesuatu hadith untuk dijadikan hujah. Sejak itu bermulalah penulisan ilmu ulum hadith. Kegiatan menulis hadith giat dilakukan pada zaman itu kerana ulama telah mengeluarkan fatwa bahawa harus untuk menulis hadith, kadang kala sunat bahkan wajib.

Keadaan ini berterusan sehingga kurun ke 3 hijrah yang dikenali sebagai zaman “zaman emas”. Pada kurun inilah terhasilnya kitab-kitab hadith yang masyhur sehingga ke hari ini, seperti Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Tirmizi, Sunan Abu Daud, Sunan Ibnu Majah dan Sunan al-Nasai. RUMUSAN Di akhir topik ini, anda telah mempelajari: 1. Sejarah dan perkembangan Ulumul Hadith. 2. Sahabat dilarang menulis hadith kerana dikhuatiri akan bercampur dengan al-Quran. 3. Para sahabat meriwayatkan hadith yang diyakini dan menyampaikan dengan lafaz yang tepat. 4. Khalifah Umar bin Abdul Aziz mengutus surat kepada para sahabat r.a. yang berada di merata negara untuk menulis hadith yang dihafal.

25

LATIHAN

Berdasarkan perbincangan di atas, jawab soalan di bawah; 1. Senaraikan peraturan-peraturan periwayatan hadith pada zaman ‫الصحابة‬ 2. Jelaskan tiga cara memelihara kemurniaan hadith 3. Huraikan sebab larangan kepada para Sahabat r.a. daripada menulis hadith. 4. Apakah faktor berlakunya penulisan Hadith pada zaman Umar bin Abdul Aziz?

AKTIVITI

Buat latihan secara berkumpulan yang tidak melebihi 3 orang dalam setiap kumpulan dan bincangkan persoalan-persoalan berikut: 1. Senaraikan dasar lahir dan berkembangnya Ilmu Hadith serta klasifikasi hadith 2. Huraikan hadith larangan kepada Para Sahabat daripada menulis hadith. 3. Jelaskan kenapa terdapat Sahabat yang menulis hadith pada zaman Rasulullah.

26

TAJUK 3



Hubungan Hadis Dengan al-Quran

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir anda mengikuti unit ini anda dapat: 1. Mengenali fungsi Hadith terhadap Quran 2. Hubung kait antara hadith dan Quran

3.1

PENDAHULUAN

Bab ini akan menerangkan tentang hubungan antara Hadith dengan Quran atau fungsi Hadith terhadap Quran.

3.2

FUNGSI HADITH TERHADAP QURAN

Yang dimaksudkan dengan fungsi Hadith (al-Sunnah) ialah peranannya dalam menerangkan hukum-hakam dan syariat Islam di dalam al-Quran samada menjelas, mentafsir, menguatkan atau mengeluarkan pengajaran-pengajaran yang tidak didapati di dalam al-Quran. Para ulama menjelaskan bahawa hadith mempunyai fungsi berikut:-

27

1.

Hadith sebagai memperkuat, menyokong dan mengukuhkan hukum yang ada seperti di dalam al-Quran.

2.

Hadith sebagai penghurai dan pentafsir kepada ayat al-Quran dengan pelbagai cara kerana Rasulullah SAW lebih mengetahui maksud dan tujuan ayat-ayat alQuran.

3.

Hadith sebagai penetapan tasyri’ iaitu mendatangkan sesuatu hukum yang tidak ada di dalam al-Quran.

4.

Hadith sebagai sumber untuk mengetahui dan mengenal nasakh (‫ )نسخ‬dan mansukh (‫)منسوخ‬.

5.

Hadith sebagai mentaqyidkan hukum yang dimutlakkan di dalam al-Quran.

6.

Hadith sebagai mengkhususkan hukum yang umum di dalam al-Quran.

Berikut akan diterangkan secara terperinci fungsi hadith terhadap al-Quran:

3.3

Al-Hadith menyokong dan menguatkan (ta'kid) nas-nas al-Quran

Hadith menguatkan al-Quran bermaksud sesuatu perkara yang disebutkan di dalam alQuran kemudian datang hadith menyebutkan pula perkara yang sama, yang demikian itu hadith dianggap sebagai menguatkan dan menyokong kepada apa yang telah disebutkan dalam al-Quran itu. Ini bermaksud hukum tersebut mempunyai dua dalil iaitu daripada al-Quran dan dikuatkan oleh hadith. Seperti perintah Allah SWT di dalam al-Quran wajib mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan sebagainya. Seperti firman Allah SWT:

ََ ْ َّ ْ َ ۡ َ َ ٰ َ َّ ْ ُ َ َ ٰ َ َّ ‫وا‬ َّ ‫ه ُه َو َم ۡو َل ٰٮ ُك ۖۡ‌م َفن ۡع َم ٱمۡل َ ۡو َل ٰى َون ۡع َم‬g ‫ٱلل‬ ‫ٱلن ِص ُير‬ g ‫فأ ِق ُيم‬ ِ ِ ِ ‫ٱلصلوة و َءاتوا ٱلزكوة وٱعت ِص ُموا ِب‬

28

Firman Allah, "Oleh yang demikian dirikanlah sembahyang dan berilah zakat serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah. Dialah Pelindung kamu, maka (Allah yang demikian sifat-Nya), Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik pemberi Pertolongan". (Al-Haj : 78)

Firman Allah SWT lagi tentang perintah menunaikan solat:

َ َ َّ ْ ُ َ َ َ َّ ْ ُ َ َ ‫الزكاة‬ ‫وأ ِقيموا الصالة وآتوا‬ Maksudnya: Dan dirikanlah sembahyang dan keluarkanlah zakat. (al-Baqarah 2:83)

Nas Quran ini dikuatkan oleh Hadith Rasulullah SAW :

َ َّ ‫َ اَل َ اَّل‬ َّ َّ َ َّ ُ ُ َ َ َ َّ ُ ْ َ َ َ َ ْ َ َ َ ُ ‫ " ُبن َي ْ اَل‬:‫الل ُه َع َل ْي ِه َو َس َّل َم‬ ‫ه َوأ َّن‬gُ ‫ ش َه َاد ِة أ ْن ِإل َه ِإ الل‬،‫س‬ ‫ قال رسول الل ِه صلى‬،‫قال عبد الل ِه‬ ِ ِ ٍ ‫اإلس م على خم‬ َ َ ُ ُ ُ َ َ ُ ُ ْ َ ً َّ َ ُ َ ‫ض‬ َ ‫ص ْوم َر َم‬ َ َ ْ َ ْ ّ َ َ َ َّ َ َ ‫َّ اَل‬ " ‫ان‬ ِ ‫ و‬،‫ وح ِج البي ِت‬،‫ و ِإيت ِاء الزك ِاة‬،‫ و ِإق ِام الص ِة‬،‫محمدا عبده ورسوله‬ )‫ باب قول النبي صلى هللا عليه وسلم بني اإلسالم على خمس‬.‫ كتاب اإليمان‬.‫(مسلم‬ Maksudnya: Islam didirikan atas lima rukun: Syahadah bahawa tiada Tuhan yang lain yang berhak disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad SAW adalah Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan puasa di bulan Ramadhan.

Diriwayatkan oleh Muslim. Kitab Iman. Bab Qaul Nabi SAW Bunia al-Islam 'ala Khamsin. Contoh lain, seperti nas Quran tentang hukum mengeratkan persaudaraan dalam Islam.

29

Seperti firman Allah SWT:

َّ ُ َ َ َ ‫الل َه َل َع َّل ُك ْم ُت ْر َح ُم‬ َ ُ ْ ُ ‫َّ َ مْل‬ ْ ‫ون إ ْخ َو ٌة َف َأ‬ ‫ون‬ ‫ص ِل ُحوا َب ْي َن أخ َو ْيك ْم َو َّات ُقوا‬ ِ ‫ِإنما ا ؤ ِمن‬ Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah itu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Surah al-Hujarat 49:10)

Datang pula hadith menguatkan nas al-Quran tentang hukum persaudaraan dalam Islam. Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dalam kitab al-Mazalim wa al-Ghadhob bab la yuzlimul muslim:

ُ ‫َ ُ مْل‬ ُ ‫َ َّ َ ْ َ َّ ْ َ ُ َ َ َ َ َّ ُ َ ْ ُ َ َ ْ َ َ ُ َ َّ َ ُ َ َّ َ َّ َّ ُ َ َ ْ َ َ َّ َ َ َ مْل‬ ‫م أخو ا ْس ِل ِم‬gُ ‫ "ا ْس ِل‬:‫ال‬ ‫ ق‬،‫ه صلى الله علي ِه وسلم‬gِ ‫ أن رسول الل‬،‫أن عبد الل ِه بن عمر ر ِضي الله عنهما أخبره‬ َ َ َ َ ً ُ َ ً ُ َّ َّ َ َ َ ‫ َو َم ْن َك‬،‫ه َواَل ُي ْسل ُم ُه‬gُ ‫َي ْظل ُم‬ َ ‫الل ُه في َح‬ ‫ َو َم ْن ف َّر َج َع ْن ُم ْس ِل ٍم ك ْر َبة ف َّر َج الل ُه َع ْن ُه ك ْر َبة‬،‫اج ِت ِه‬ ‫اج ِة أ ِخ ِيه كان‬ ‫ان ِفي ح‬ ِ ِ ِ ْ ْ َّ َ َ َ ُ ْ "‫ َو َم ْن َست َر ُم ْس ِل ًما َست َر ُه الل ُه َي ْو َم ال ِق َي َام ِة‬،‫ات َي ْو ِم ال ِق َي َام ِة‬ ِ ‫ِمن ك ُرب‬ ‫اَل‬

Bermaksud: Sesaorang Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain, tidak menzaliminya, tidak menyerahkannya ke tangan penindas. Sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya Allah akan memenuhi hajatnya. Sesiapa yang membantu kesulitan seorang Muslim Allah akan membantu kesulitannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutup aib seorang Muslim Allah akan menutup ai’bnya pada hari kiamat.

30

Ayat al-Quran di atas telah dikuatkan oleh hadith:-

َ َ ْ َ َ َ ُ ‫َ ْ ُ َ َ َ َ َّ ُ َ ْ ُ َ َ َ َ َ َ ُ ُ َّ َ َّ َّ ُ َ َ ْ َ َ َّ َ ُ َ إْل ْ اَل‬ ‫ ش َه َاد ِة أ ْن‬،‫س‬ ٍ ‫ "ب ِني ا ِ س م على خم‬:‫ قال رسول الل ِه صلى الله علي ِه وسلم‬:‫ قال‬،‫ع ِن اب ِن عمر ر ِضي الله عنهما‬ َ َ َّ ُ ُ َ ً َّ َ ُ َّ َ َ ُ َّ ‫اَل َ َ اَّل‬ َ ‫ض‬ َ ‫ص ْوم َر َم‬ َ َ ّ َ ْ َ َ َّ َ َ ‫َّ اَل‬ ‫ان‬ ِ ‫ و‬،‫ والح ِج‬،‫ و ِإيت ِاء الزك ِاة‬،‫ و ِإق ِام الص ِة‬،‫" ِإله ِإ الله وأن محمدا رسول الل ِه‬

Bermaksud:-"Bersabda Nabi SAW, Dibina Islam diatas lima rukun, mengucap syahadah Lailaahaillallahu Wa Anna Muhammadan Rasulullahi, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji, berpuasa dibulan ramadhan".

Banyak lagi hadith yang terdapat di dalam kitab hadith sama ada yang berbentuk larangan ataupun suruhan, sebenarnya Rasulullah SAW diutuskan sebagai penerang dan pentafsir al-Quran.

Firman Allah SWT:

ّ َ ْ َ َ ْ َ َ َ ُ ُّ َ َ ّ َ ْ َ ‫الذ ْك َر ل ُت َب ّي َن ل َّلناس َما ُن ّز َل إ َل ْيه ْم َو َل َع َّل ُه ْم َي َت َف َّك ُر‬ ‫ون‬ ِ ‫ِبالب ِين‬ ِ ِ ِ ِ ِ ‫ات والزب ِر وأنزلنا ِإليك‬ ِ ِ ِ Maksudnya: Dan kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran yang memberi peringatan supaya engkau menerangkan kepada manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkannya. (Surah al-Nahl 16:44)

Hadith datang mentafsirkan dan menguatkan nas-nas al-Quran dengan pelbagai cara kerana Rasulullah SAW lebih mengetahui maksud dan tujuan ayat-ayat al-Quran.

31

3.4 Hadith menerangkan dan memperincikan hukum-hukum dalam al-Quran yang datang secara ringkas (Mujmal) Mujmal ertinya satu nas yang samar-samar, tidak boleh ditanggungkan atas salah satu dan dua maksud dan tidak jelas yang mana satu yang dimaksudkan.

Terdapat nas al-Quran yang diturunkan secara mujmal yang memerlukan keterangan dan tafsiran daripada Hadith Nabi SAW, seperti firman Allah SWT tentang ibadat sembahyang yang terdapat di dalam ayat berikut:

َ َّ َ ُ ُ َ ْ َ ْ َ ُ ْ ُ َ َّ َ ‫الة َوم َّما َر َز ْق َن ُاه ْم ُينف ُق‬ ‫ون‬ ‫ال ِذين يؤ ِمنون ِبالغي ِب وي ِقيمون الص‬ ِ ِ Maksudnya: Meraka yang beriman dengan persoalan ghaib dan mereka mendirikan solat dan daripada apa yang kami rezkikan mereka menafkahkannya. (Surah al-Baqarah 2 :3)

Ayat di atas adalah ayat yang mujmal kerana tidak diterangkan waktu-waktu yang diwajibkan sembahyang, bilangan rakaat, bacaan yang wajib dibaca, cara-cara ruku’, sujud dan sebagainya. Oleh yang demikian fungsi hadith ialah memperincikan satu persatu segala apa yang tidak disebutkan oleh al-Quran mengenai cara solat lalu dijelaskan melalui perbuatan Rasulullah SAW, seperti hadith yang diriwaykan oleh Bukhari. Baginda bersabda:

‫صلوا كما رأيتموا ني أصلي‬ Maksudnya: Hendaklah kamu mengerjakan sembahyang seperti apa yang kamu lihat aku melakukan Sembahyang. 32

3.5

Hadith Menerangkan Ayat al-Quran yang Mutlak

Maksud mutlak ialah hukum-hukum yang disebut oleh al-Quran secara mutlak atau terlepas bebas daripada sebarang ikatan dan batasan. Kemudian hukum mutlak itu dibatasi atau ditentukan pula oleh hadith. Peranan hadith ini disebut sebagai “Taqyid alMutlak”. Seperti al-Quran mengharamkan bangkai dan darah secara multak melalui firmanNya:

َ ْ ُ َ ‫َ ُ مْل‬ ْ ْ ‫ُح ّ ِر َم ْت َعل ْيك ُم ا ْي َتة َوال َّد ُم َول ْح ُم ال ِخن ِز ِير‬ Maksudnya: "Diharamkan ke atas kamu bangkai, darah dan daging babi". (Surah al-Maidah 5 :3)

Pengharaman bangkai dan darah ini adalah mutlak tetapi telah dibatasi oleh hadith dengan beberapa pengecualian seperti bangkai ikan dan belalang serta hati dan limpa.

Sebagaimana dalam dalam hadith: Bermaksud: “Dihalalkan bagi kita dua jenis bangkai dan dua jenis darah, bangkai itu ialah bangkai ikan dan belalang, manakala dua jenis darah ialah darah hati dan limpa”.

Dengan berpandukan hadith ini yang menyatakan halal bagi kita memakan bangkai belalang, ikan, hati dan limpa, kerana hukumnya telah dikecualikan oleh hadith tadi.

33

3.6

Hadith Mengkhususkan Ayat al-Quran Yang Umum

Terdapat beberapa ayat al-Quran yang disebut secara umum, tetapi datang hadith mengkhususkan ayat al-Quran itu. Dengan cara ini, dapatlah difahami maksud dan kehendak dari sifat umum al-Quran itu. Seperti firman Allah SWT:

َ ُ ّ ّ ُ ُ َ َ ْ َ َّ ُ ‫وصيك ُم الل ُه ِفي أ ْوال ِدك ْم ِللذك ِر ِمث ُل َح ِظ األنث َي ْي ِن‬ ِ ‫ي‬ Terjemahan: "Allah berpesan supaya pembahagian harta kepada anak-anak itu ialah bahagian anak lelaki itu adalah menyamai dua bahagian anak perempuan". (Surah al-Nisa 4:11)

Hukum dalam ayat di atas ialah semua anak berhak mendapat harta warisan peninggalan ibu atau bapa yang meninggal, termasuk juga para Nabi dan anak mereka. Tetapi terdapat hadith yang menentukan bahawa yang meninggal itu bukan para Nabi kerana harta peninggalan Nabi tidak boleh dijadikan pesaka. Dalam hal ini Nabi Muhammad SAW bersabda:

‫النورث ما تركنا صدقة‬ Bermaksud: Kami tidak diwarisi kerana segala peninggalam kami adalah menjadi sedekah. Diriwayatkan oleh al-Bukhari.

Hadith di atas adalah sebagai mentakhsiskan ayat 11 surah al-Nisa. Begitu juga melibatkan pembunuh adakah harus menerima harta pesaka, sedangkan ada hadith

34

yang melarang pembunuh dari menerima harta pesaka. Seperti Rasulullah SAW bersabda dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Tarmizi:

‫َ ْ َ ُ َ ْ َ َ َ َّ ّ َ َّ َّ ُ َ َ ْ َ َ َّ َ َ َ ْ َ اَل‬ ُ ‫ "القا ِت ُل َي ِرث‬:‫ال‬ ‫ ع ِن الن ِب ِي صلى الله علي ِه وسلم ق‬،‫"عن أ ِبي هريرة‬ Maksudnya: Pembunuh tidak mendapat apa-apa daripada harta pesaka orang yang dibunuhnya. Oleh itu dua hadith di atas adalah untuk mengkhususkan atau mengeluarkan mereka yang tidak termasuk di dalam umum ayat itu. 3.7

Hadith Membina Sesuatu Hukum Yang Tidak Disebut oleh Al-Quran

Hukum dan ketetapan di dalam al-Quran pada keseluruhannya berbentuk umum yang merupakan hukum dasar dan prinsip. Hadith berperanan mendatangkan hukum yang tidak disebutkan oleh al-Quran, iaitu membina hukum yang tidak ditnyatakan dalam alQuran.

Umpamanya pengharaman memakai emas dan sutera bagi lelaki, haram memperisterikan perempuan dengan ibu saudaranya sebelah ayah atau sebelah ibu dalam satu masa.

Dalam soal keharusan memakan daging haiwan yang ditangkap oleh haiwan pemburu yang terlatih. Kalau haiwan pemburu itu belum terlatih maka kita diharamkan daripada memakan haiwan hasil buruannya kerana dicurigai haiwan buruan yang ditangkap itu untuk diri haiwan pemburu itu sendiri. Persoalan yang timbul ialah bagaimanakah jika haiwan yang terlatih itu menangkap buruan untuk dirinya sendiri berdasarkan tandatanda bahawa buruan itu telah dimakan olehnya. Jika berlaku demikian, hukum memakan haiwan buruan itu telah dijelaskan dalam hadith berikut:- Diriwayatkan oleh Bukhari dalam kitab zabaih wa said bab iza akala al-kalbi. Muslim kitab said bab said bil kilab mualimah. yang bermaksud:35

َ ُ َ َ َ َّ ُ ‫َ َ َ َ ْ ُ َّ َّ َ َّ َّ ُ َ َ ْ َ َ َّ َ َ َ َ َ َ ْ َ ْ مْل‬ ‫ َو ِإذا‬،‫ ِ"إذا أ ْر َسل َت كل َب َك ا َعل َم فق َت َل فك ْل‬:‫ال‬ ‫ فق‬،‫ سألت الن ِبي صلى الله علي ِه وسلم‬:‫ قال‬،‫َع ْن َع ِد ّ ِي ْب ِن َحا ِت ٍم‬ َ َ ُ ْ َ ‫ُ ْ ُ ُ ْ ُ َ ْ َ َ ُ َ َ ُ َ ْ ً َ َ َ َ َ اَل‬ َ ُ ْ َ ‫َ َ َ اَل‬ َ َ َ َ ‫ َس َّم ْي َت َعلى‬g‫ ف ِإ َّن َما‬،‫ ف تأك ْل‬:‫ال‬ ‫ ق‬،‫ أر ِسل كل ِبي فأ ِجد معه كلبا آخر‬:‫ قلت‬،‫أك َل ف تأك ْل ف ِإ َّن َما أ ْم َسك ُه َعلى ن ْف ِس ِه‬ َْ َ َْ ُ َ َ ."‫كل ِب َك َول ْم ت َس ِ ّم َعلى كل ٍب آخ َر‬ Maksudnya:Daripada Abi Hatim RA:- Dan aku pernah bertanya Rasulullah SAW tentang (anjing pemburu), lalu beliau bersabda:- Apabila kamu melepaskan anjing kamu yang terlatih (dan kamu membaca dengan nama Allah) jika binatang itu mati kamu makanlah, jika anjing itu memakannya maka janganlah kamu makan lagi, kerana dikhuatiri bahawa haiwan yang ditangkapnya adalah untuk dirinya sahaja. Saya bertanya lagi: Saya lepaskan anjing saya tetapi dapati bersama anjing saya itu ada anjing lain (keliru anjing yang mana menangkap binatang itu), Nabi menjawab: Janganlah kamu memakannya kerana kamu hanya membacakan nama Allah pada anjing kamu bukan kepada anjing yang satu lagi.

3.8

Hadith adalah Sumber Untuk Mengetahui Nasakh (‫ ) نسخ‬dan Mansukh (

‫)منسوخ‬ Para ulama tidak berselisih pendapat tentang keharusan nasakh al-Quran dengan alQuran. Begitu juga nasakh hadith dengan hadith jika ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti hadith mutawatir mestilah dimansuhkan oleh hadith mutawatir juga. Menurut al-Imam al-Syafi’I al-Quran boleh dimansuhkan oleh al-Quran, al-Quran tidak boleh dimansukhkan oleh hadith kerana hadith tidak setaraf dengan al-Quran. Hadith hanya berperanan sebagai penerang dan penjelas sesuatu ayat yang telah dimansuhkan oleh ayat yang lain. Dengan itu hadith berperanan sebagai mensabitkan nasakh dan mansukh. Pendapat al-Imam al-Syafi’i ini berdasarkan hujah bahawa al-Quran lebih kuat dan kukuh daripada hadith. Sedangkan nasakh al-Quran hanya boleh berlaku jika yang 36

memasukkan itu lebih baik atau sekurang-kurangnya setaraf dengan ayat yang dimansuhkan. Dua persoalan yang timbul ialah bolehkah al-Quran memansukhkan hadith dan hadith memansukhkan al-Quran. Dalam kes al-Quran memansuhkan hadith kebanyakan ulama berpendapat perkara itu harus. Umpamanya mengadap ke Baitul Maqdis di dalam sembahyang dinasakhkan dengan mengadap ke Ka’abah. Para sahabat dan Nabi Muhammad SAW pada awal-awal tahun hijrah mengadap ke Baitul Maqdis dalam sembahyang mereka, dan tidak ada satu pun dalam al-Quran yang menerangkan hal ini. Selepas itu arah kiblat sembahyang dinasakhkan dengan firman Allah SWT:

ْ َ َ ْ َ ً َ ْ َ َّ َ ّ َ ُ َ َ َ َّ َ ‫َ ْ مْل‬ ُّ َ َ َ َ ‫ض َاها ف َو ِ ّل َو ْج َه َك شط َر ا ْس ِج ِد ال َح َر ِام‬ ‫ق ْد ن َرى تقل َب َو ْج ِه َك ِفي السماء فلنو ِلينك ِقبلة تر‬ Maksudnya: Sesungguhnya Kami (sering) melihat mukamu mengadah ke langit, maka sesungguhnya Kami akan memalingkan kamu ke Kiblat yang kami sukai. Palingkanlah mukamu ke Masjid al-Haram. (Surah al-Baqarah 2:144)

Sementara dalam persoalan hadith menasakhkan al-Quran kebanyakan ulama berpendapat perkara itu tidak harus, sama ada hadith itu Mutawatir, Masyhur atau Ahad. Namun sebaliknya sebahagian ulama, Mazhab Hanafi, Imam Malik dan jumhur ulama kalam berpendapat al-Quran boleh dinasakhkan oleh hadith sama ada hadith Mutawatir (golongan Asya’irah dan Mu’tazilah) atau hadith Masyhur, tetapi tidak dengan hadith Ahad.

Contoh sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Majah kitab wasaya bab la wasiyah liwarith berbunyi:

َّ َّ َ َّ ُ َ َ َ َ ْ ََ ّ َ َ َ ْ ‫َع ْن َأ َن‬ ُ ‫يل َع َل َّي ُل َع ُاب َها َف َسم ْع ُت ُه َي ُق‬ ُ ‫الل ُه َع َل ْي ِه َو َس َّل َم َي ِس‬ :‫ول‬ ‫ول الل ِه صلى‬ ِ ِ ‫ ِإ ِني لتحت ناق ِة رس‬:‫ قال‬،‫س ب ِن م ِال ٍك‬ ِ ‫َ ّ َ َّ ُ َ اَل اَل‬ َ ُ َ َ َ َّ "‫َو ِص َّية ِل َو ِار ٍث‬ ‫ أ‬،‫ه ق ْد أ ْعطى ك َّل ِذي ح ٍق حقه‬gَ ‫ِ"إ َّن الل‬ 37

Maksudnya: Sesungguhnya Allah memberikan setiap yang berhak akan haknya, tiada wasiat untuk yang menerima pusaka. Hadith ini Masyhur atau Mutawatir seperti yang didakwa oleh al-Imam al-Syafi’e.

Hadith ini memansukhkan ayat Quran berikut:

ُ ُ ‫َ مْل‬ ُ ْ َ ‫َ َ ْ ُ َ َ َ َ َ َ ُ مْل‬ ْ َ ‫َ َ َ ْ ْ َ ُ ْ َ َ ْ َ ْ َ مْل‬ ‫وف َح ًّقا َعلى ا َّت ِق َين‬ ِ ‫ين ِبا ع ُر‬g ‫ك ِت َب عليك ْم ِإذا حض َر أحدك ُم ا وت ِإن ت َرك خي ًرا الو ِص َّية ِللو ِالدي ِن واألق َر ِب‬

Maksudnya: Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiatlah untuk ibu bapa dan kaum kerabatnya secara makruf. (Ini adalah kewajipan orang-orang yang bertaqwa). (Surah al-Baqarah 2:180)

Ayat di atas bermakna, seseorang yang mempunyai banyak harta hampir menemui maut, ia wajib meninggalkan harta pusaka secara wasiat kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat tanpa melihat sama ada mereka itu golongan yang berhak menerima harta pusaka melalui Faraid atau pun tidak.

Hadith ini telah memansukhkan hukum wajib meninggalkan wasiat kepada kedua ibu bapa dan mereka yang berhak menerima harta pusaka secara faraid. Golongan yang tidak mengharuskan hadith menasakhkan al-Quran termasuklah Imam al-Syafi’I dan Ahmad bin Hanbal, menurut satu riwayat daripadanya dan kebanyakkan

38

ahli al-Zahir, mereka berhujah dengan beberapa ayat al-Quran antaranya ialah firman Allah SWT:

ّ َ َْ ََْ ََ َ ‫م َو َل َع َّل ُه ْم َي َت َف َّك ُر‬gْ ‫الذ ْك َر ل ُت َب ّي َن ل َّلناس َما ُن ّز َل إ َل ْيه‬ ‫ون‬ ِ ِ ِ ِ ِ ‫وأنزلنا ِإليك‬ ِ ِ ِ Terjemahan: Dan kami pula yang menurunkan kepada mu (wahai Muhammad) kitab suci alQuran yang memberi peringatan supaya engkau menerangkan kepada manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkannya. (Surah al-Nahl 16 :44)

Mereka berpandangan ayat ini menunjukkan tugas hadith ialah menerangkan al-Quran dan bukan menasakhkannya. Sekiranya hadith menasakhkan al-Quran, pasti ia terkeluar daripada fungsi asalnya iaitu menerangkan al-Quran. RUMUSAN Di akhir topik ini, anda telah mempelajari: 1. Fungsi Hadith menerangkan hukum hakam dan syariat Islam di dalam al-Quran. 2. Hadith mengukuhkan, mensyarahkan atau mengeluarkan pengajaran yang tidak didapati dalam al-Quran.

LATIHAN 1. Berikan dua contoh hadith yang menerangkan ayat al-Quran. 2. Jelaskan bagaimana hadith membina sesuatu hukum yang tidak disebut oleh alQuran. 3. Bolehkah al-Quran memansukhkan hadith dan hadith memansukhkan al-Quran?

39

TAJUK 4



Istilah-Istilah Berkaitan Ulum Hadis

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir anda mengikuti unit ini anda dapat: 1. Membezakan makna-makna istilah-istilah yang diterangkan dalam unit ini; 2. Membezakan istilah hadith, sunah, khabar dan athar; 3. Membezakan antara Mutabi’ Tam dan Mutabi’ Naqis dan Syahid; dan 4. Membezakan gelaran-gelaran yang diberikan kepada mereka yang mahir dalam bidang hadith. 4.1

PENDAHULUAN

Terdapat beberapa istilah yang digunakan dalam ulum hadith. Setiap pelajar perlu mengetahui takrif setiap istilah tersebut bagi memudahkan pembelajaran bagi unit yang seterusnya.

Istilah- istilah yang akan dijelaskan pada topik ini adalah: al-Hadith, al-Khabar, alSunnah, al-Athar, Sanad, Isnad, Matan, al-Musnad, al-Musnid, al- Mutabi’, al-Syahid, al-Muhaddith, al-Hafiz, al-Hakim, al-Hujjah, Amirul Mukminin fi al- Hadith, Sahabah, Tabi’ dan Tabi’ al-Tabi’in.

4.2

DEFINISI AL-HADITH

Dari Segi Bahasa: Berita, sesuatu yang baru.

40

Dari Segi Istilah: Apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan atau pengakuan 4.3

AL-SUNNAH

Dari Segi Bahasa: Jalan yang biasa dilalui sama ada baik atau buruk. Dari Segi Istilah: Istilah Sunnah digunakan dalam tiga bidang yang berbeza, iaitu:

1. Menurut Ulama Hadith: Pengertian yang sama dengan al-Hadith, iaitu apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan atau pengakuan.

2. Menurut Ulama Usul: Apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW sama ada

dalam bentuk

perkataan,

perbuatan

atau pengakuan yang

menthabitkan hukum. Mana-mana hadith yang tidak menthabitkan hukum, tidak dinamakan sunah. Dari pandangan inilah timbulnya istilah sunah tashrii‘yyah dan sunah bukan tashrii’yyah.

3. Menurut Ulama Fiqh: Salah satu daripada hukum yang lima, iaitu: wajib, sunah, harus, haram dan makruh. Sunah pada pandangan ini bermaksud, apa yang diganjarkan dengan pahala sekiranya dilakukan dan tidak berdosa sekiranya ditinggalkan. 4.4

AL-KHABAR

Dari Segi Bahasa: Berita Dari Segi Istilah: Terdapat perbezaan dalam memberikan definisi al-Khabar, iaitu:

41

1. Pengertian yang sama dengan al-Hadith, iaitu apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan atau pengakuan.

2. Apa yang disandarkan selain kepada Nabi Muhammad SAW iaitu yang disandarkan kepada sahabat dan tabi’in sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan atau pengakuan. Pada pandangan ini al-Athar adalah untuk hadith mawquf dan maqtu’.

3. Apa yang lebih umum daripada makna al-Hadith, iaitu al-Khabar apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad dan selain daripada Baginda SAW, manakala al-Hadith hanya apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW. 4.5

AL-ATHAR

Dari Segi Bahasa: Kesan daripada sesuatu. Dari Segi Istilah: Terdapat perbezaan dalam memberikan definisi al-Athar, iaitu:

1. Pengertian yang sama dengan al-Hadith, iaitu apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan atau pengakuan.

2. Apa yang disandarkan selain kepada Nabi Muhammad SAW iaitu yang disandarkan kepada sahabat dan tabiin sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan atau pengakuan. Pada pandangan ini al-Athar adalah untuk hadith mawquf dan maqtu’.

42

3. Apa yang lebih umum daripada makna al-Hadith, iaitu al-Athar apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad dan selain daripada Baginda SAW manakala al-Hadith hanya apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW.

4.6

SANAD

Dari Segi Bahasa: Sesuatu yang disandarkan atau digantungkan kepadanya, seperti dinding dan lain-lain.

Dari Segi Istilah: Jalan periwayatan yang menyampaikannya kepada matan hadith atau dengan kata lain turutan perawi yang merawikan hadith tersebut, bermula dengan perawi terakhir dan berakhir dengan Nabi Muhammad SAW sekiranya marfu’, berakhir dengan sahabat sekiranya mawquf dan berakhir dengan tabi’in sekiranya maqtu’. Ia juga dikenali dengan istilah Tariq atau Wajah. Seperti contoh di bawah, sanad adalah daripada

‫ حدثنا الحميدي عبد هللا بن الزبير‬sehingga ‫قال سمعت رسول هللا صلى هللا عليه و سلم يقول‬:

Contoh:

‫ قال‬،‫ قال حدثنا يحيى بن سعيد األنصاري‬،‫ قالحدثنا سفيان‬،‫حدثنا الحميدي عبد هللا بن الزبير‬ ‫ يقول س معت عم ر ب ن‬،‫ أن ه س مع علقم ة ب ن وقاص الليث ي‬،‫أخ برني محم د ب ن إ براهيم التيمم ي‬ ‫ا‬gg ‫ (إنم‬:‫ قال س معت رس ول هللا ص لى هللا علي ه و س لم يقول‬،‫الخطاب رض ي هللا عن ه عل ى املن بر‬ ‫ا‬gg ‫ة ينكحه‬gg ‫ى امرأ‬gg ‫و إل‬gg ‫يبها أ‬gg ‫ا يص‬gg ‫ى دني‬gg ‫ه إل‬gg ‫ت هجرت‬gg ‫ن كان‬gg ‫ فم‬،‫ا نوى‬gg ‫ء م‬gg ‫ل امرى‬gg ‫ا لك‬gg ‫ وإنم‬،‫األعمال بالنيات‬ )‫فهجرته إلى ما جاهر إليه‬ )Bukhari, 1990, no Hadith: 1(

4.7

ISNAD

Dari Segi Bahasa: Penyandaran sesuatu kepada sesuatu. 43

Dari Segi Istilah: Istilah ini digunakan dalam dua keadaan, iaitu:

1. Menyandarkan hadith kepada perawinya. Dalam konteks ini, istilah isnad adalah masdar, tidak dijama’kan. 2. Pengertian

yang

sama

dengan

sanad,

iaitu

jalan

periwayatan

yang

menyampaikannya kepada matan hadith. Dalam konteks ini ia boleh dijama’kan kepada Isnadan.

4.8

MATAN

Dari Segi Bahasa: Terdapat tiga makna, iaitu: 1. Sesuatu yang kuat dan keras. 2. Sesuatu yang timbul di permukaan bumi. 3. Sesuatu yang terletak di belakang.

Dari Segi Istilah: Lafaz-lafaz yang berakhir padanya sanad sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan atau pengakuan. Seperti conoh di bawah, matan adalah daripada

‫إنما األعمال بالنيات‬

sehingga ‫ما هاجر إليه‬

Contoh:

‫ قال‬،‫اري‬gg‫عيد األنص‬gg‫ن س‬gg‫ى ب‬gg‫ا يحي‬gg‫ قال حدثن‬،‫فيان‬gg ‫ا س‬gg‫ قالحدثن‬،‫ر‬gg‫ن الزبي‬gg ‫ ب‬g ‫د هللا‬gg ‫ا الحميدي عب‬gg‫حدثن‬ ‫ن الخطاب‬g‫ر ب‬g‫معت عم‬g‫ يقول س‬،‫ي‬g‫ن وقاص الليث‬g‫ة ب‬g‫مع علقم‬g‫ه س‬g‫ أن‬،‫ي‬g‫براهيم التيمم‬g‫ن إ‬g‫د ب‬g‫برني محم‬g‫أخ‬ ،‫ (إنما األعمال بالنيات‬:‫لى هللا عليه و سلم يقول‬g‫ول هللا ص‬g‫ قال سمعت رس‬،‫رضي هللا عنه على املنبر‬ ‫ فمن كانت هجرته إلى دنيا يصيبها أو إلى امرأة ينكحها فهجرته إلى ما‬،‫وإنما لكل امرىء ما نوى‬ )‫جاهر إليه‬ )Bukhari, 1987, no. Hadith: 1(

4.9

MUSNAD

44

Dari Segi Bahasa: Penyandaran sesuatu kepada sesuatu. Dari Segi Istilah: Istilah ini digunakan dalam dua makna, iaitu:

1. Kitab yang terkandung di dalamnya riwayat bagi sahabat Nabi SAW yang tertentu. Seperti Musnad al-Humaidi, Musnad Imam Ahmad dan lain-lain.

2. Hadith muttasil (tidak terputus sanadnya), marfu’ (disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW). Kerana itu, Kitab Sahih Bukhari di kenali sebagai al-Jami’ alMusnad al-Sahih.

3. Masdar bagi perkataan isnad, iaitu menyebut sanad bagi hadith yang tidak disebut sanadnya. Seperti Musnad al-Shihab karangan al-Qudha’i dan Musnad al-Firdaus karangan al-Dailami. Kitab-kitab tersebut telah dihasilkan pada awalnya tanpa disebut sanad pada hadith-hadithnya, kemudian, al-Qudha’i dan al-Firdaus menghasilkan kitab yang berasingan yang mana hadith- hadith tadi disebut sanad padanya.

4.10

AL-MUSNID

Dari Segi Bahasa: Pelaku bagi perkataan isnad. Dari Segi Istilah: Perawi yang merawikan hadith dengan sanadnya sama ada dalam keadaan mengetahui ilmu hadith atau tidak.

4.11

AL-MUTABI’

Dari Segi Bahasa: Pelaku bagi taba’a iaitu turut sama. Dari Segi Istilah: Perawi yang turut meriwayatkan hadith tunggal yang diriwayatkan oleh perawi lain, daripada syeikh yang sama atau sama ada 45

atas daripada syeikh

mereka, dari sudut lafaz dan makna atau pada makna sahaja, dengan syarat sama pada sahabat. Al-Mutaba’ah terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:

1. Al-Mutaba’ah al-Tammah: Iaitu berlaku persamaan bagi perawi dari awal sanad (syeikh mereka).

2. Al-Mutaba’ah al-Qasirah: Iaitu berlaku persamaan bagi perawi di pertengahan sanad (atas daripada syeikh mereka).

 Al-Mutaba’ah Al-Tammah

Contoh:

‫ن أبى‬gg‫ ع‬،‫ة‬gg‫بى طلح‬gg‫ن أ‬gg‫ن معدان ب‬gg‫ ع‬،‫د‬gg‫بى الجع‬gg‫ن أ‬gg‫الم ب‬gg‫ن س‬gg‫ ع‬،‫ن قتادة‬gg‫ ع‬،‫روى شعبة ب ن الحجاج‬ .) ‫ ( أيعجز أحدكم أن يقرأ فى ليلة ثلث القرآن‬:‫الدرداء عن النبى صلى هللا عليه وسلم قال‬ (Bukhari, 1987, no hadith: 65)

Hadith yang sama turut diriwayatkan oleh

‫ار‬gg ‫ العط‬adalah

mutabi’ tam kepada

mutabi tam kepada

‫ار‬gg ‫ان العط‬gg ‫أب‬.

. ‫ أبان العطار عن قتادة‬Dalam keadaan ini, ‫ان‬gg‫أب‬

‫عبة‬gg ‫اج ش‬gg ‫ بن الحج‬dan ‫عبة‬gg ‫اج ش‬gg ‫ بن الحج‬juga

merupakan

Ini disebabkan mereka meriwayatkan hadith

(sahabat) daripada syeikh yang sama iaitu

‫درداء‬gg ‫و ال‬gg ‫أب‬

‫قتادة‬.

 Al-Mutaba’ah al-Naqisah

Contoh:

َْ َ َ ‫َّ َ َ مْل‬ َ َ ‫َ ْ َ َ َ ُ ً َ ْ ُ ُ َ َّ ً مْل‬ ُ َ )‫ضالة ِفى ا ْس ِج ِد فل َي ُق ْل ال َر َّد َها الل ُه َعل ْي َك ف ِإ َّن ا َس ِاج َد ل ْم ت ْب َن ِل َهذا‬ ‫ )من س ِمع رجال ينشد‬:‫حديث‬ )Muslim, 1984, no hadith: 1288( 46Abu Hurairah dan Buraidah daripada Hadith yang sama turut diriwayatkan oleh Nabi SAW.

4.12

AL-SYAHID

Dari Segi Bahasa: Saksi.

Dari Segi Istilah: Perawi yang turut meriwayatkan hadith tunggal yang diriwayatkan oleh perawi lain, dari sudut lafaz dan makna atau pada makna sahaja, dengan syarat berbeza pada sahabat.

Contoh:

‫ه‬gg ‫ علي‬g ‫لى هللا‬gg ‫بى ص‬gg ‫ن عائش ة زوج الن‬gg ‫ ع‬،‫ن عروة ب ن الزبي ر‬gg ‫ ع‬،‫ان‬gg ‫ن كيس‬gg ‫الح ب‬gg ‫ن ص‬gg ‫ ع‬،‫ك‬gg ‫روى مال‬ ‫ه‬gg ‫ علي‬g ‫لى هللا‬gg ‫بى ص‬gg ‫ن عائش ة زوج الن‬gg ‫ ع‬،‫ن عروة ب ن الزبي ر‬gg ‫ ع‬،‫ان‬gg ‫ن كيس‬gg ‫الح ب‬gg ‫ن ص‬gg ‫ ع‬،‫ك‬gg ‫روى مال‬ ‫ى‬gg‫د ف‬gg‫فر وزي‬gg‫الة الس‬gg‫فر فأقرت ص‬gg‫ر والس‬gg‫ى الحض‬gg‫ن ف‬gg‫ن ركعتي‬gg‫الة ركعتي‬gg‫ت الص‬gg‫ فرض‬:‫ت‬gg‫ا قال‬gg‫لم أنه‬gg‫وس‬ ‫ى‬gg‫د ف‬gg‫فر وزي‬gg‫الة الس‬gg‫فر فأقرت ص‬gg‫ر والس‬gg‫ى الحض‬gg‫ن ف‬gg‫ن ركعتي‬gg‫الة ركعتي‬gg‫ت الص‬gg‫ فرض‬:‫ت‬gg‫ا قال‬gg‫لم أنه‬gg‫وس‬ .‫صالة الحضر‬ .‫صالة الحضر‬ (Muslim, 1984, no hadith: 1602) (Muslim, 1984, no hadith: 1602) Hadith yang sama turut diriwayatkan oleh Hadith yang sama turut diriwayatkan oleh

‫ عن عائشة‬،‫ عن عروة بن الزبير‬،‫ عن ابن شهاب الزهري‬،‫سفيان بن عيينة‬. ‫ عن عائشة‬،‫ عن عروة بن الزبير‬،‫ عن ابن شهاب الزهري‬،‫سفيان بن عيينة‬. 4.13

AL-MUHADDIS

Dari Segi Bahasa: Orang yang berkata-kata atau menyampaikan sesuatu.

Dari Segi Istilah: Orang yang berkecimpung dalam bidang hadith sama ada ilmu hadith riwayah atau dirayah, mendalami sanad-sanad dan kecacatan sesuatu hadith, mengetahui perawi-perawi hadith dan riwayat-riwayat yang ada pada zamannya serta 47

benar-benar melibatkan diri dalam periwayatan hadith tersebut. Menghafaz sejumlah besar daripada matan dengan mengambil kira daripada kitab-kitab yang sahih, faham dan mengetahui perkara-perkara yang luar biasa sehingga tahu membezakan perkaraperkara tersebut. Kedudukan muhaddis di sini lebih tinggi daripada musnid.

Contoh:

a.

Umar bin Ubaidillah

b.

Yazid bin Abdul Samad Abu al-Qasim al-Dimashqi

4.14

AL-HAFIZ

Dari Segi Bahasa: Orang yang menjaga.

Dari Segi Istilah: Kedudukan yang lebih tinggi daripada al-Muhaddis kerana apa yang diketahuinya pada setiap tabaqah lebih banyak daripada apa yang tidak diketahui. AlHafiz dikatakan adalah mereka yang memahami dan menghafaz 100 000 hadith sanad dan matannya, perihal setiap perawi dari segi jarh wa ta’dil dan sejarah mereka.

Contoh: a.

Al- Khatib Al-Baghdadi

b.

Imam al-Zihbi

4.15

AL-HUJJAH

Dari Segi Bahasa: Bukti

48

Dari Segi Istilah: Kedudukan yang lebih tinggi daripada al-Hafiz. Al-Hujjah adalah mereka yang memahami dan menghafaz 300,000, hadith sanad dan matannya, perihal setiap perawi dari segi jarh wa ta’dil dan sejarah mereka.

Contoh: a.

Sufyan bin ‘Uyainah

b.

Said bin Mansur

4.16

AL-HAKIM

Dari Segi Bahasa: Hakim atau qadi.

Dari Segi Istilah: Kedudukan yang lebih tinggi daripada al-Hujjaj. Al-Hakim adalah orang yang mengetahui kebanyakan daripada hadith dan apa sahaja yang berkaitan dengannya sama ada dari sudut matan dan sanad, jarh wa ta’dil, perawi dan sebagainya.

Contoh:

a.

Abu Ahmad Al-Hakim bin Muhammad nin Muhammad bin Ahmad bin Ishak Al-Naisaburi.

b.

Abu Abdullah Al-Hakim Muhammad bin Abdullah Al-Naisaburi. (pemilik Kitab Al-Mustadrak `ala Sahihaini)

4.17

AMIRUL MUKMININ FI AL- HADITH

Dari Segi Bahasa: Pemerintah Dari Segi Istilah: Golongan yang mempunyai martabat yang tinggi dari segi hafazan, keyakinan dan ilmunya yang mendalam bidang hadith serta kecacatannya. 49

Contoh:

a.

Imam Bukhari

b.

Imam Muslim

4.18

SAHABAH

Dari Segi Bahasa: Sahabah adalah kata jamak daripada perkataan “sahabi” yang berasal daripada perkataan “sahbah” yang bererti persahabatan. Maka sahabah ertinya sahabatsahabat. Dari Segi Istilah: Setiap orang yang berjumpa dengan Rasulullah SAW dalam keadaan dia beriman kepadanya dan meninggal dalam keadaan Islam meskipun pernah diselangi murtad menurut pendapat yang sahih. Definisi ini menunjukkan bahawa: 1. Melihat sahaja sudah dikira seorang itu seorang sahabat walaupun dia tidak bercakap atau berjumpa dengan Baginda Rasullullah SAW secara berdepan; 2. Umur dan jantina tidak diambil kira. Ertinya kanak-kanak dan wanita juga dikira sahabat; 3. Jika melihat ketika beliau sudah wafat tidak dikira sahabat; dan 4. Jika pertemuan dengan Baginda SAW berlaku dalam keadaan dia masih kafir tidak dikira sahabat. 5. Orang yang murtad dan mati dalam keadaan murtad tidak dikira sahabat.

4.19

TABI’IN

Dari Segi Istilah: Tabi’in adalah orang yang bertemu dengan sahabat dalam keadaan Islam dan dia mati dalam Islam.

50

4.20

TABI’ TABI’IN

Dari segi istilah: Tabi’ al-Tabi’in adalah orang yang bertemu dengan Tabi’in dalam keadaan Islam dan dia mati dalam Islam.

RUMUSAN

Pada akhir topik ini, anda telah mempelajari beberapa definisi yang berhubung dengan ulum hadith, seperti: al-Hadith, al-Khabar, al-Sunnah, al-Athar, Sanad, Isnad, Matan, alMusnad, al-Musnid, al- Mutabi’, al-Syahid, al-Muhaddith, al-Hafiz, al-Hakim, al-Hujjah, Amirul Mukminin Fi al- Hadith, Sahabah, Tabi’ dan Tabi’ al-Tabi’in.

LATIHAN

1. Jelaskan definisi hadith dari segi bahasa dan istilah. 2. Apakah perbezaan antara hadith, sunah, khabar dan athar. 3. Apakah perbezaan antara Mutabi’ Tam dan Mutabi’ Naqis dan Syahid. 4. Apakah perbezaan antara sanad dan matan.

51

Hadis Diterima TAJUK 5  dan Ditolak (Hadis Maqbul) HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir anda mengikuti unit ini anda dapat: 1. Mendefinisikan Hadith Mutawattir, Hadith Sahih li Zatihi, Hadith Hasan li Zatihi, Hadith Sahih li Ghairihi dan Hadith Hasan li Ghairihi; 2. Menerangkan ciri-ciri dan perbezaan hadith-hadith tersebut; 3. Menjelaskan syarat-syarat setiap hadith tersebut; 4. Mengenal pasti hukum beramal dengan hadith-hadith tersebut. 5.1

PENDAHULUAN

Antara topik yang penting dalam Ilmu Hadith adalah topik berkaitan penerimaan dan penolakkan terhadapnya. Ia juga diistilahkan sebagai topik Hadith Maqbul dan Mardud. Topik ini akan membincangkan secara khusus berkaitan hadith-hadith yang diterima iaitu Hadith Mutawattir, Hadith Sahih li Zatihi, Hadith Hasan li Zatihi, Hadith Sahih li Ghairihi dan Hadith Hasan li Ghairihi. Kepentingan topik ini bukan sahaja kerana banyak perbahasan ilmu hadith adalah berkisar pada topik ini, tetapi juga kerana kaitannya yang rapat dengan persoalan sah-batal atau diterima-ditolak amalan seorang Muslim. 5.2

DEFINISI HADITH MAQBUL

Definisi dari segi bahasa: Ism Wazan Majhul daripada perkataan ‘Qubila’

ُ (‫)ق ِب َل‬

iaitu

sesuatu yang diterima Definisi dari segi istilah: Hadith yang boleh diterima untuk dipercayai dan diamalkan.

52

Pembahagian Hadith Maqbul terbahagi kepada dua; hadith yang diterima berdasarkan bilangan perawi iaitu hadith Mutawattir, dan hadith yang diterima berdasarkan kekuatan perawi iaitu hadith Sahih dan Hasan. Hadith Sahih terbahagi pula kepada dua iaitu Sahih li zatihi dan Sahih li ghairihi. Hadith Hasan juga terbahagi kepada dua iaitu Hasan li zatihi dan Hasan li ghairihi. Gambaran pembahagian hadith maqbul adalah seperti berikut:

Hadith Maqbul

Mutawatir

Sahih

Mutawatir

Mutawatir

Lafzi

Maknawi

Hasan

Sahih

Sahih

Hasan

Hasan

Li Zatihi

Li Ghairihi

Li Zatihi

Li Ghairihi

Rajah 5.1 Pembahagian Hadith Maqbul

5.3

HADITH MUTAWATIR (‫)املتواتر‬

Hadith Mutawatir adalah hadith yang diterima kerana jumlah perawi yang meriwayat sesebuah hadith. Definisi dari segi bahasa: adalah Ism Fa’il daripada perkataan tawatur (‫ )ت ََواتُر‬yang bererti BERTURUT-TURUT. Definisi dari segi istilah: ialah hadith yang diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang ramai pada setiap peringkat generasi dan mustahil bagi mereka untuk melakukan penipuan.

53

bersepakat

Berdasarkan definisi ini, terdapat beberapa syarat-syarat utama bagi Hadith Mutawatir. Syarat-syarat tersebut adalah: Jadual 5.1 Syarat-syarat Hadith Mutawatir Diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang ramai pada setiap generasi. Jika terdapat pada satu peringkat yang sedikit jumlah perawinya, sekirakira jumlah mereka boleh dikira, maka hadith tersebut tidak lagi dianggap Mutawatir.

1.

Terdapat beberapa pandangan dalam mengehadkan bilangannya ialah antaranya 5, 10, 20, 40, 70, 317 orang. Tetapi pendapat jumhur ulama adalah tiada bilangan khusus bagi perawi Hadith Mutawatir. Asalkan mereka ramai dan sukar dikira jumlahnya. 2.

Mustahil mereka bersepakat untuk menipu. Cara pengriwayat hendaklah melalui salah satu pancaindera. Jika cara pengriwayat sesuatu hadith itu adalah dengan cara berfikir dan

3.

sebagainya, ia bukan mutawatir. Contohnya: semua orang berfikir secara logik lalu bersepakat bahawa alam ini adalah baharu. Maka perkara tersebut tidak dikira Mutawatir. Jadual 5.2 Hukum Hadith Mutawatir

Wajib meyakininya sepertimana meyakini sesuatu yang dilihat oleh mata 1.

sendiri. Keabsahannya tidak dapat diragukan kerana hadith tersebut telah diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang ramai.

2.

Semua Hadith Mutawatir adalah Sahih/maqbul (diterima). Wajib beriktikad/meyakini tentang kebenarannya seperti beriktikad

3.

dengan kebenaran al-Quran. Orang yang menolaknya adalah kafir atau murtad.

54

Jenis-Jenis Hadith Mutawatir Terdapat dua jenis Hadith Mutawatir, iaitu: 1. Mutawatir Lafzi

(‫)لفظي‬

: ialah hadith yang diriwayatkan secara ramai dengan

perkataan, ayat dan maksud yang sama. 2. Mutawatir Ma'nawi (‫ )معن وي‬: ialah hadith yang diriwayatkan secara ramai dengan maksud sahaja yang sama sedangkan perkataannya tidak sama. Contoh Hadith Mutawatir Lafzi: Sabda Rasulullah SAW :

ْ ْ َ َْ َ َ َ َ َ ْ َ َّ ‫ ْ َف َل َ َي َّت َْب َّ َوأ ْ َم َق َ َع ُ َد ُه َ ِم َن َّالن ِار‬،‫ب َ ََّعل ُ َّي َ ُ َمت ّ َع ً ِّم ًد َا‬ ‫م َن َكذ‬ ‫ فليتبوأ مقعده ِمن الن ِار‬،‫َم ْن كذ َب َعلي متع ِمدا‬

Siapa yang berdusta ke atasku secara sengaja maka bersiaplah tempatnya di neraka. Siapa yang berdusta ke atasku secara sengaja maka bersiaplah tempatnya di neraka. (al-Bukhari 1987,no. hadith:1291, Muslim 1997, no.hadith:4 dan yang lain(al-Bukhari 1987,no. hadith:1291, Muslim 1997, no.hadith:4 dan yang lainlain) lain) Contoh Hadith Mutawatir Maknawi:

Hadith-hadith berkaitan mengangkat tangan ketika berdoa, terdapat lebih kurang Hadith-hadith berkaitan mengangkat tangan ketika berdoa, terdapat lebih kurang 100 hadith yang menceritakan tentang Nabi SAW mengangkat tangannya ketika 100 hadith yang menceritakan tentang Nabi SAW mengangkat tangannya ketika sedang berdoa namun hadith-hadith tersebut menceritakan perbuatan Nabi SAW sedang berdoa namun hadith-hadith tersebut menceritakan perbuatan Nabi SAW itu dalam situasi yang berbeza-beza seperti Nabi SAW mengangkat tangannya itu dalam situasi yang berbeza-beza seperti Nabi SAW mengangkat tangannya ketika berdoa dalam solat sunat gerhana, Nabi SAW berdoa dengan mengangkat ketika berdoa dalam solat sunat gerhana, Nabi SAW berdoa dengan mengangkat tangannya ketika solat meminta hujan, Nabi SAW berdoa sambil mengangkat tangannya ketika solat meminta hujan, Nabi SAW berdoa sambil mengangkat tangan ketika diminta baginda mendoakan seseorang dan pelbagai keadaan lain. tangan ketika diminta baginda mendoakan seseorang dan pelbagai keadaan lain.

55

5.4

HADITH SAHIH

Hadith Sahih ialah hadith yang diterima berdasarkan kepada kekuatan perawi. Hadith ini terbahagi kepada dua iaitu hadith sahih li zatihi dan hadith sahih li ghairihi. Perbincangan berkaitan hadith sahih sama dengan hadith sahih li zatihi. 5.4.1

Hadith Sahih Li Zatihi (‫)صحيح لذاته‬

Definisi dari segi bahasa: Sahih: sihat, tidak sakit. Li Zatihi: pada dirinya. Definisi dari segi istilah: Hadith yang diriwayatkan secara bersambung sanadnya di antara perawi-perawi yang thiqah lagi tamm dhabt tanpa terdapat Syuzuz dan ‘Illah. Hadith Sahih ini dipanggil Sahih li Zatihi kerana hadith ini menjadi sahih dengan dirinya sendiri iaitu sanad dan matan nya. Ia tidak memerlukan kepada hadith lain untuk membantunya menjadikannya sahih. Berdasarkan definisi di atas, terdapat beberapa syarat-syarat penting bagi Hadith Sahih li Zatihi. Syarat-syarat tersebut adalah: Syarat-syarat Hadith Sahih li Zatihi: 1. Sanad yang bersambung : Iaitu tidak terputus. Maksudnya setiap perawi hadith tersebut perlu menerima hadith yang diriwayatkannya daripada gurunya secara langsung dengan menggunakan salah satu lafaz al-Tahammul dan al-Ada’ yang telah dijelaskan sebelum ini. Jika perkara ini tidak berlaku, hadith tersebut tidak dikira sahih. 2. Perawi yang ‘Adl (‫ )العدل‬: ‘Adl adalah satu sifat musyabbahah bagi perkataan ‘al-‘Adalah’ (‫ )العدالة‬yang bererti budi pekerti yang baik dan bertakwa. Perincian ciri-ciri perawi ‘Adl adalah seperti berikut:

56

Jadual 5.3 Ciri-ciri Perawi ‘Adl 1

Beragama Islam Syarat ini hanya tertakluk untuk menyampaikan hadith. Bagi orang kafir, untuk menerima hadith boleh menerima hadith, tetapi riwayatnya hanya akan diterima selepas dia memeluk Islam. Riwayatnya ketika dia kafir tidak diterima. Ini adalah untuk mengelakkan hadith daripada dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

2

Baligh Syarat ini juga hanya tertakluk untuk menyampaikan hadith. Tiada had umur minimum untuk menerima hadith. Jika seorang kanak-kanak yang belum baligh menerima suatu hadith, riwayatnya hanya diterima jika dia meriwayatkannya selepas baligh. Ini kerana ketika dia belum baligh dia mungkin belum memahami apa yang dia pertuturkan. Ini dapat mengelakkan daripada berlaku kesalahan dalam periwayatan.

3

Berakal

4

Tidak fasik Fasik terdapat dua jenis: 1) Fasik Amalan: Iaitu melakukan dosa besar atau berterusan melakukan dosa kecil dan tidak bertaubat. 2) Fasik Akidah: Fasik Akidah juga terdapat dua jenis: 1) Fasik dengan Bid’ah Mufassiqah: iaitu bid’ah yang tidak akan 57

menyebabkan seorang itu menjadi kafir. Contohnya menuduh tiga khalifah sebelum Saidina Ali r.a. sebagai berdosa kerana merampas hak Saidina Ali r.a. sebagai khalifah. 2) Fasik dengan Bid’ah Mukaffirah: iaitu bid’ah yang menyebabkan seorang itu menjadi kafir. Seperti menganggap Saidina Ali r.a. adalah jelmaan tuhan di muka bumi. Para ulama tidak menerima hadith perawi yang fasik dengan bi’dah mukaffirah dan menerima riwayat perawi yang fasik dengan bid’ah mufassiqah dengan syarat dia tidak menyeru atau mengajak orang lain menyokong pandangannya atau menganut fahamannya. 5

Menjaga Muruah (‫ )املروءة‬: al-Muruah boleh diertikan sebagai tatasusila yang baik di sisi sesuatu masyarakat tertentu. Iaitu masyarakat yang perawi hidup di dalam mereka. Seorang perawi hendaklah menjaga perilakunya dan tidak melakukan perbuatan yang dianggap buruk pada pandangan masyarakatnya. Apabila dia melakukan sesuatu yang dipandang buruk oleh masyarakatnya walaupun perkara tersebut dibolehkan dalam Islam dia dianggap tidak bermuruah. Contohnya makan berjalan, selalu melepak di kedai kopi, sering bermain snuker dan sebagainya.

6

ّ ): Tamm Dhab (‫تام الضبط‬

Tamm ertinya sempurna, kuat. DHABT dari sudut bahasa adalah ikatan. Dari sudut istilah pula adalah kemampuan seorang perawi dalam menyampaikan sesuatu hadith yang diterimanya dengan sempurna walaupun hanya dari sudut maknanya sahaja. Sempurna di sini bermaksud tidak berlaku kesalahan atau kecacatan yang ketara dalam periwayatannya. Maksud syarat ini adalah seorang perawi itu perlu yang mempunyai dhabt yang

58

kuat sebagai perawi hadith sahih. Dhabt terbahagi kepada dua: 1) Dhabt Sadr (‫ )ض بط ص در‬: iaitu kemampuan perawi dalam menyimpan sesuatu hadith dalam ingatan dan menyampaikannya sepertimana dia mendengarnya. 2) Dhabt Kitab (‫ )ض بط كت اب‬: iaitu kemampuan perawi dalam menyimpan sesuatu

hadith

dalam

catatan

tulisan

dan

menyampaikannya

sepertimana dia mendengarnya setelah dia memeliharanya atau mencatatkannya. 7

Tidak terdapat Syuzuz (‫ )شذوذ‬: Definisi Syuzuz: percanggahan periwayatan seorang perawi thiqah dengan periwayatan perawi-perawi thiqah yang lain. * Akan terdapat suatu penjelasan khusus berkaitan istilah ini dalam topik yang akan datang.

8

ّ

Tidak terdapat ‘Illah (‫ )العلة‬: Definisi ‘Illah: Suatu kesilapan halus yang terdapat dalam sesuatu Hadith yang menyebabkannya dianggap bermasalah. Begitu juga terdapat suatu penjelasan lanjut tentang istilah ini dalam topik akan datang.

59

Peringkat Hadith Sahih li Zatihi Terdapat enam peringkat bagi Hadith Sahih li Zatihi. Peringkat teratas adalah yang tertinggi: 1. Hadith yang terdapat dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim; 2. Hadith yang terdapat dalam kitab Shaih al-Bukhari sahaja; 3. Hadith yang terdapat Sahih Muslim sahaja; 4. Hadith yang memenuhi syarat al-Bukhari dan Muslim walaupun tidak terdapat dalam kedua-dua kitab tersebut; 5. Hadith yang memenuhi syarat al-Bukhari sahaja; 6. Hadith yang memenuhi syarat Muslim. Hukum: Ulama bersepakat bahawa wajib beramal dengan Hadith Sahih li Zatihi dalam semua bab agama; akidah, ibadah, mu’amalah, akhlak dan sebagainya. Contoh Hadith Sahih li zatihi: Sabda Rasulullah SAW :

َ َ ُ ُ َّ َّ ْ ْ ُ ُ ْ ْ َ َ ّ ّ ‫خ ْي ً ًرا ُ ُي َ َف ّ ّق ْ ْه ُ ُه في‬ ‫ين‬ ‫ين‬ ‫الد‬ ‫ممنن يي ِ ِرردد الل‬ ِ ِ ‫اللهه ِب ِب ِ ِهه خ ْيرا يف ِ ِقهه ِ ِفي‬ ِ ِ ‫الد‬ Maksudnya: Maksudnya: Barangsiapa Barangsiapa yang yang Allah Allah kehendaki kehendaki menjadi menjadi baik baik maka maka Allah Allah faqihkan faqihkan dia dia terhadap terhadap agama. agama. (al-Bukhari, (al-Bukhari, 1987,no. 1987,no. hadith:69) hadith:69)

5.4.2 Hadith Sahih Li Ghairihi ( ‫لغيره‬

‫)صحيح‬

60

Definisi Istilah: ialah hadith yang pada asalnya adalah Hadith Hasan li Zatihi. Tetapi diangkat menjadi sahih setelah terdapat tariq-tariq lain yang setaraf atau lebih kuat daripadanya dalam hadith yang sama. Sebab ia dinamakan dengan ‘li Ghairihi’ yang bermaksud dengan pihak lain adalah kerana ia menjadi sahih bukan kerana dirinya sendiri adalah sahih. Tetapi kerana dibantu oleh tariq-tariq lain. Kedudukannya: Rendah sedikit daripada Hadith Sahih li Zatihi dan lebih tinggi daripada Hadith Hasan li Zatihi. Ertinya dari segi keutamaan, didahulukan Hadith Sahih li Zatihi ke atasnya dalam penghujahan dan pengamalan. Dan didahulukan dirinya ke atas Hadith Hasan li Zatihi dalam hal-hal tersebut. Hukum: Boleh dijadikan sandaran/hujah seperti Hadith Sahih li Zatihi dalam semua bab agama; akidah, ibadah, mu’amalah, akhlak dan sebagainya. Contoh: Sabda Rasulullah SAW:

‫ْ َ ُ ّ َ اَل‬ ّ ‫َ اَل َل ْواَل َ َأ َ ْن ُ َأ ُش َّق َ َع َل ُى ُأ َّمتأَل َي أَل َ َم ْرُت ُه ْم ب‬ ‫ص ٍة‬ ‫اك ْ َِعن ُد ّك ِل َ اَل‬ ‫الس َو‬ ِ ِ َ ّ ِ ‫ل ْو أ ْن أش َّق َعلى أ َّمتي ِ َم ْرُت ُه ْم ب‬ ‫اك ِعند ك ِل ص ٍة‬ ِ ‫السو‬ ِ ِ ِ

Maksudnya: Jika bukan kerana aku tidak mahu menyusahkan umatku nescaya Maksudnya: Jika bukan kerana aku tidak mahu menyusahkan umatku nescaya .aku akan menyuruh mereka bersugi pada setiap sembahyang .aku akan menyuruh mereka bersugi pada setiap sembahyang (al-Tirmizi, 1980, no. hadith: 22) (al-Tirmizi, 1980, no. hadith: 22)

5.5 HADITH HASAN LI ZATIHI (‫لذاته‬

‫)حسن‬

Definisi dari segi bahasa: Hasan: baik, cantik. Li Zatihi: pada dirinya. Definisi dari segi istilah: ialah hadith yang bersambung sanadnya yang diriwayatkan melalui perawi-perawi yang ‘adl lagi dhabit. Akan tetapi aspek dhabt mereka adalah agak

61

lemah sedikit daripada dhabt perawi Hadith Sahih. Ia turut tidak mengandungi sebarang Syuzuz dan ‘illah. Definisi Hadith Hasan li Zatihi dan Sahih li Zatihi adalah hampir sama. Perbezaan antara keduanya adalah perawi Hasan li Zatihi dhabtnya agak lemah sedikit jika dibandingkan dengan dhabt perawi Hadith Sahih li Zatihi. Sebab itu kedudukannya adalah selepas Hadith Sahih. Apabila sesuatu hadith menjadi hasan kerana dirinya sendiri maka ia dipanggil hadith Hasan

li

Zatihi.

Syarat-syarat Hadith Hasan li Zatihi 1. Sanad yang bersambung 2. Perawi yang ‘adl 3. Perawi yang kurang sedikit dhabitnya berbanding 4. Tidak terdapat sebarang Syuzuz 5. Tidak terdapat sebarang ‘Illah

Rajah 5.2 Syarat-syarat Hadith Hasan li Zatihi Jika diperhatikan dhabt perawi Hadith Hasan li Zatihi adalah lemah sedikit berbanding dhabt perawi Hadith Sahih li Zatihi. Tetapi ini bukan bermakna dhabt perawi Hadith Hasan li Zatihi adalah lemah. Kekurangan tersebut terlalu sedikit. Berikut adalah jadual persamaan dan perbezaan antara ciri-ciri Hadith Sahih li Zatihi dan Hadith Hasan li Zatihi adalah seperti berikut:

62

Jadual 5.3 Perbandingan Hadith Sahih li Zatihi dan Hadith Hasan li Zatihi

No.

Ciri-ciri

Sahih li Zatihi

Hasan li Zatihi

1.

Sanad yang bersambung

Sama

Sama

2.

Perawi yang ‘Adl

Sama

Sama

3.

Dhabt

Kuat

Kurang Sedikit

4.

Tidak terdapat Syuzuz

Sama

Sama

5.

Tidak terdapat ‘Illah

Sama

Sama

Ke dudukan: Rendah sedikit daripada Hadith Sahih li Zatihi dan lebih tinggi daripada Hadith Hasan li Zatihi. Ertinya dalam keutamaan didahulukan Hadith Sahih li Zatihi ke atasnya dalam berhujah. Dan didahulukan dirinya ke atas Hadith Hasan li Zatihi. Hukum: Boleh dijadikan sandaran/hujah seperti Hadith Sahih li Zatihi dalam semua bab agama; akidah, ibadah, muamalah, akhlak dan sebagainya. Contoh Hadith Hasan li Zatihi: Sabda Rasulullah SAW:

َ ُ ُ َ ْ َ ْ ُ ُّ َ َ َ َ َ ْ َّ َ َ ّ ّ َ ْ َ َ َّ ُ ُ َ ْ َ َ ‫وز ذَ ِل َك‬ ‫الس َ ِت‬ َ ‫ َوُّأقلهم من ي ُج‬،‫السب َ ِعين‬ ِ ‫الس ّت‬ ّ ‫ارمأتمي ِت َميا َمب ْاي َبنين‬ َّ ‫ل ِىإلى‬،َ ‫ينإ‬،‫ين‬ َّ ‫أ ْعأ َمع ُارم ُأ‬ ‫ َوأقل ُه ْم َم ْن َي ُجوز ذ ِلك‬،‫ين‬ ‫الس ْب ِع‬ ِ ِ ِ ِ

.Maksudnya: Umur umatku di antara 60 dan 70 tahun. Sedikit yang melebihi itu .Maksudnya: Umur umatku di antara 60 dan 70 tahun. Sedikit yang melebihi itu (Ibn Majah, 2000, no. hadith: 4236) (Ibn Majah, 2000, no. hadith: 4236)

َْ

5.6 HADITH HASAN LI GHAIRIHI (‫)حسن ِلغي ِره‬ Definisi Istilah: ialah Hadith yang Daif yang diangkat kedudukannya kepada Hasan disebabkan terdapat tariq-tariq lain yang menguatkannya.

63

Di sini dapat difahami bahawa Hadith Hasan li Gharihi pada asalnya adalah Hadith Daif. Ia diangkat menjadi Hasan kerana terdapatnya tariq-tariq lain yang menguatkannya. Terdapat dua syarat untuk mengangkat suatu Hadith Daif:

Jadual 5.4 Syarat-syarat Hadith Hasan li Gharihi 1. Daifnya adalah ringan. Iaitu punca-punca ia dianggap Daif adalah disebabkan oleh sebab-sebab yang ringan. Seperti kelemahan hafalan, sanad yang terputus dan perawi yang tidak dikenali (majhul). Punca-punca ini adalah ringan jika dibandingkan dengan punca-punca lain yang lebih berat daripadanya yang akan dibincangkan nanti. Hadith-hadith yang boleh diangkat menjadi Hasan adalah seperti Hadith: alMursal, al-Mu’dal, al-Munqati’, al-Mudallas, al-Mursal al-Khafiyy, al-Mubham, alMajhul. Jika punca-punca ia menjadi Daif adalah disebabkan sebab-sebab yang berat cont ohnya menipu, tohmahan menipu, bid’ah, fasiq dan banyak melakukan kesilapan dalam periwayatan maka ia tidak dapat diangkat kepada Hadith Hasan li Ghairihi. Istilah-istilah hadith yang selain di atas tadi adalah istilah-istilah hadith yang tidak dapat diangkat kepada Hadith Hasan li Ghairihi. 2. Terdapat tariq lain yang setaraf atau lebih baik kedudukannya daripadanya yang meriwayatkan hadith yang sama.

64

Kedudukan: Rendah sedikit daripada Hadith Hasan li Zatihi dan lebih tinggi daripada Hadith Daif. Ertinya dalam segi keutamaan, di dahulukan kesemua Hadith Sahih dan Hasan li Zatihi ke atasnya ketika berlaku sebarang percanggahan. Dan didahulukan dirinya ke atas Hadith Daif ketika berlaku percanggahan. Hukum: Boleh dijadikan hujah dalam semua bab agama; akidah, ibadah, mu’amalah, akhlak dan sebagainya.

Contoh Hadith Hasan li Gharihi: Sabda Rasulullah SAW:

َ ُ ُ ْ َ ُُ َ َ َّ َ ُ َ َ َ َ ُ َ ْ ‫َ اَل َأاَل ُ َ ُأ ُ َن ُّب ُئ ُك ْم بخ َي ُار ُك‬ َ ‫ َق‬.َ ‫الل ِه‬ ‫ل‬ ‫ارك َ ْم ْأ َ ُط َُول ْك َ ْم ْ أ َ ْع ً َم ًارا َ ِإذ َا ّ َس ُ ِّد ُدوا‬ :‫ال‬ ‫و‬ ‫س‬ ‫ا‬ ‫ي‬ ‫ى‬ ‫ل‬ ‫ب‬ :‫وا‬ ‫ال‬ ‫ق‬ .»‫؟‬ ‫م‬ َ ُ َ َّ ‫ر‬ ُْ ‫«خ ُي‬ ِ َ َ َ َ ُ َ ‫ ق‬.‫ بلى يا َرسول الل ِه‬:‫ قالوا‬.»‫خ َي ِارك ِ ْم؟‬ ِ ْ ِ ّ ‫«خياركم أطولكم أعمارا ِإذا س ِددوا‬ ِ :‫ال‬ ِ ِ ‫أ أن ِبئكم ِب‬

Maksudnya: Mahukah kamu aku beritahu tentang orang yang paling bagus di Maksudnya: Mahukah kamu aku beritahu tentang orang yang paling bagus di kalangan kamu? Orang yang paling bagus di kalangan kamu adalah mereka yang kalangan kamu? Orang yang paling bagus di kalangan kamu adalah mereka yang paling panjang umurnya jika mereka berlaku benar. paling panjang umurnya jika mereka berlaku benar. (Abu Ya’la, 1986, no. hadith:3496) (Abu Ya’la, 1986, no. hadith:3496)

Kesimpulan daripada topik ini, terdapat beberapa syarat untuk menerima dan berhujah dengan sesuatu Hadith. Iaitu: 1. Perawi yang ramai disetiap peringkat 2. Sanad yang bersambung 3. Perawi yang ‘Adl. 4. Dhabit (sama ada kuat atau lemah sedikit). 5. Terdapat tariq lain yang membantu. 6. Tidak terdapat Syuzuz. 7. Tidak terdapat ‘Illah.

65

RUMUSAN Pada akhir topik ini, anda telah mempelajari: 

Definisi Mutawatir adalah hadith yang diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang ramai pada setiap peringkat generasi yang secara kebiasaannya mustahil mereka dapat bersepakat melakukan penipuan. Sedangkan definisi Hadith Ahad adalah sebaliknya.



Syarat-syarat Hadith Mutawatir adalah diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang ramai pada setiap generasi, mustahil mereka bersepakat untuk menipu dan cara pengriwayat adalah dengan pancaindera.



Wajib beriktikad dengan Hadith Mutawatir seperti mana beriktikad dengan kebenaran al-Quran. Orang yang menolaknya dihukum sebagai kafir atau murtad. Semua Hadith Mutawatir adalah Sahih.



Hadith Mutawatir memberikan keyakinan dan kepastian bahawa suatu hadith itu benar wujud.



Definisikan Hadith Sahih li Zatihi adalah hadith yang diriwayatkan secara bersambung sanadnya melalui perawi-perawi yang thiqah lagi tamm dhabt tanpa terdapat Syuzuz dan ‘Illah.



Syarat-syarat Hadith Sahih li Zatihi adalah sanad yang bersambung, diriwayatkan oleh perawi-perawi yang thiqah dan tamm dhabt juga tidak terdapat sebarang Syuzuz dan ‘Illah.



Definisi Hadith Hasan li Zatihi adalah sama dengan definisi Hadith Sahih li Zatihi kecuali pada bahagian dhabt, iaitu dhabt perawi Hadith Hasan li Zatihi adalah kurang sedikit daripada dhabt perwai Hadith Sahih li Zatihi.



Hadith yang paling sahih adalah hadith yang terdapat dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.



Hadith Sahih li Ghairihi pada asalnya adalah Hadith Hasan li Zatihi. Ia dinaikkan menjadi Sahih li Ghairihi kerana dibantu tariq-tariq lain.



Hadith Hasan li Ghairihi pada asalnya adalah Hadith Daif. Dinaikkan menjadi Hasan li Ghairihi kerana dibantu tariq-tariq lain.



Boleh beramal dan berhujah dengan kesemua hadith-hadith tersebut dalam semua bab agama; akidah, ibadah, mu’amalah, akhlak dan sebagainya. 66

LATIHAN Nyatakan pandangan-pandangan ulama yang mengatakan Hadith Maqbul boleh dijadikan hujah. Berdasarkan perbincangan di atas, Cari dua contoh untuk hadith yang dihukum sebagai: 1. Hadith Mutawatir 2. Hadith Sahih li Zatihi, 3. Hadith Hasan li Zatihi, 4. Hadith Sahih li Ghairihi 5. Hadith Hasan li Ghairihi

67

TAJUK 6

68

TAJUK 7

69

TAJUK 8

Hadis Daif (Kecacatan Perawi)



HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir anda mengikuti unit ini anda dapat: 1. Menerangkan jenis hadith daif yang disebabkan oleh kecacatan perawi; 2. Menjelaskan punca kecacatan perawi; 3. Menjelaskan cara-cara mengenali hadith Majhul, Muakhtalat dan Matruk. 8.1

PENDAHULUAN

Telah diketahui sebelum ini bahawa di antara syarat hadith sahih adalah ianya perlu diriwayatkan oleh perawi-perawi yang bersifat Adalah dan Dabt. Syarat tersebut adalah syarat kedua dan ketiga dalam syarat hadith sahih. Maka jika syarat tersebut tidak wujud, iaitu berlaku kecacatan pada salah satu atau kedua-dua sifat ini, maka hadith itu dikira daif. Pada topik ini, perbahasan berkaitan kecacatan perawi dari sudut ‘Adalah dan Dabt akan dibincangakan. Ia membahaskan kecacatan dari sudut kefasikan, alJahalah, al-Muttaham bi al-Wadh dan pelupa. Adapun kecacatan perawi yang berpunca dari sudut memalsukan hadith, akan terdapat perbahasan khusus berkaitan dengannya. 8.2

KECACATAN DARI SUDUT SIFAT ‘ADALAH

8.2.1

FASIK

Seperti yang telah diketahui bahawa sifat ‘Adalah adalah satu sifat yang terkandung dalamnya lima ciri-ciri, iaitu:

70



Islam



Baligh



Berakal



Tidak fasik



Tidak tercalar maruah.

Maka jika satu daripada sifat-sifat ini tidak wujud pada diri seseorang perawi, maka dia dikira tidak mempunyai sifat ‘Adalah dan ini menyebabkan hadith yang diriwayatkan olehnya secara umumnya dikira sebagai daif. Tiga jenis perawi yang akan dibincangkan dalam kecacatan jenis ini; iaitu perawi fasik, perawi al-Majhul dan al-Matruk. 8.2.2

Kecacatan disebabkan kefasikan

Istilah fasik dalam ilmu hadith mecakupi bukan sahaja kefasikan dari sudut amalan, tetapi juga kefasikan dari sudut akidah.

Rajah 8.1: Pembahagian Fasik 8.2.3

Fasik dalam amalan:

Fasik dalam amalan adalah kefasikan disebabkan melakukan dosa besar atau sebab berterusan dalam melakukan dosa kecil. Maka contohnya, jika seorang perawi itu

71

meninggalkan solat, tidak berpuasa, berjudi, minum arak, maka dia dianggap fasik. Hadithnya akan dianggap daif. 8.2.3

Fasik dalam akidah:

Fasik dalam akidah adalah kefasikan disebabkan seorang perawi menganuti satu ideologi atau menyertai mana-mana aliran yang dianggap menyimpang daripada ajaran Ahli Sunnah wa al-Jamaah. Maka jika seorang perawi itu menganuti apa-apa ideologi atau aliran yang dianggap menyimpang daripada aliran Ahli Sunnah wa al-Jamaah seperti fahaman al-Mu’tazilah, al-Murjiah, al-Qadariyyah, Syiah, Ahmadiyyah, pluralism dan sebagainya, dia dianggap fasik. Ia diistilahkan sebagai melakukan bid’ah dalam akidah. Perawi tersebut dipanggil al-Mubtadi’ (orang yang melakukan bid’ah). Hadithnya akan dianggap daif. Punca riwayat perawi tersebut ditolak adalah kerana periwayatannya telah diragui kerana terdapat kebarangkalian pemalsuan hadith dilakukan oleh beliau iaitu demi menguatkan fahaman atau alirannya. Namun begitu, terdapat beberapa pengecualian terhadap perawi-perawi yang diyakini bahawa mereka tidak bersikap fanatik, malah jujur dalam periwayatan mereka. Maka riwayat mereka tidak dianggap daif. Contoh hadith salah seorang perawinya adalah seorang yang beraliran al-Murijiah:

ّ َّ َ ُ ُ ْ ُ َ َ َ َ ُ َُ ْ ْ َ َ َ َ َ ُْ ُ َ َ ‫اع‬ ،‫ال ٍد‬gِ ‫يل ْب ِن أ ِبي خ‬ ِ ‫عن ص ِالح بن محم ٍد‬ ِ ‫ َم‬g‫ عن ِإس‬g،‫ عن ح َّماد بن أ ِبي ح ِنيفة‬،‫الت ْر ِم ِذ ُّي َأبو شع ْي ٍب‬ َّ ُ ُ َ َ َ ُ ُ َ َّ ْ َ َ ْ َ َ ُ ْ َ َ َ َ ْ ُ ‫َو َب َي‬ َ ْ ‫ قال رسول الل ِه‬:‫ يقول‬،‫ س ِمعت ج ِرير بن عب ِد الل ِه‬:‫ قال‬،‫س ب ِن أ ِبي ح ِاز ٍم‬ ‫ َع ْن ق ْي‬،‫ان ْب ُن ِبش ٍر‬ ِ ‫َ َّ َّ ُ َ َ ْ َ َ َّ َ َّ ُ ْ َ َ َ ْ َ َ َّ ُ ْ َ َّ َ َ َّ َ َ َ َ ْ َ َ َ ْ َ َ َ َ ْ َ ْ َ ْ اَل‬ ‫د ِر‬gg‫ب‬g ‫ة ال‬gِ g‫ل‬g ‫ ر ِفي لي‬g‫م‬g ‫ه ذا الق‬g g ‫رون‬gg‫ت‬g ‫ج ل كما‬ g g ‫ ز و‬g‫ع‬g ‫ترون ربكم‬g g‫ ِ«إنكم س‬:‫لم‬g g‫ه وس‬gِ g‫ي‬g ‫لى الله عل‬g g‫ص‬ َ ‫ ُام‬g‫ض‬ َ ‫ُت‬ ٌ:‫ال َح َّماد‬ َ ‫وا َع َلى‬g‫ف ْان ُظ ُروا َأاَّل ُت ْغ َل ُب‬gَ ،‫ه‬g‫ون في ُر ْؤ َيت‬ َ ‫ق‬gَ »‫ها‬gَ ‫ل ُغ ُروب‬gَ ‫ب‬gْ ‫ ْمس َو َق‬g‫وع ال َّش‬g‫ل ُط ُل‬gَ ‫ب‬gْ ‫اَل ٍة َق‬g‫ص‬ ِِ ِ ِ ِ ِ ْ ‫ َو ْال َع‬،‫َي ْعني ْال َغ َد َاة‬ .‫ص َر‬ ِ Ertinya: Daripada Salih bin Muhammad al-Tirmizi Abu Ayyub, daripada Hammad bin Abi Hanifah, daripada ismail bin Abi Khalid dan Bayan bin Bisyr, daripada Qais bin Hazim, beliau berkata, aku mendengar Jarir bin Abdullah berkata; Sabda Nabi SAW: Sesungguhnya kamu akan melihat Tuhan kamu pada hari Kiamat sepertimana kamu melihat bulan purnama ini. Dan kamu tidak akan saling 72

beresak-esak dalam melihat-Nya. Maka jagalah solat sebelum terbit matahari dan sebelum tenggelamnya. (Daruqutni, 1990, no. 105) Hadith ini, dengan sanad lain adalah sahih. Sanad ini menjadi daif kerana di dalam sanadnya terdapat seorang perawi yang bernama Salih bin Muhammad al-Tirmizi Abu Ayyub. Komentar Ibn Hibban terhadapnya adalah beliau adalah seorang yang beraliran murijah (Ibn Hibban, 1976). 8.3

AL-JAHALAH & HADITH MAJHUL

Definisi al-Jahalah (‫ )الجهالة‬dari sudut bahasa bermaksud tidak dikenali atau diketahui. Dari sudut istilah pula adalah satu sifat berkaitan perawi yang tidak dikenali atau diketahui keadaan peribadinya yang sebenar (Tahhan, 2004). Istilah bagi hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang bersifat dengan sifat ini dinamakan hadith al-Majhul. Hadith al-Majhul adalah daif. Hadith Majhul terdapat tiga jenis:

Rajah 8.2: Jenis Hadith al-Majhul 8.3.1

Majhul al-‘Ain

Majhul al-‘Ain: iaitu perawi yang diketahui namanya tetapi hanya terdapat seorang perawi yang meriwayatkan daripadanya dan tidak terdapat sebarang komentar positif

73

daripada ulama terhadap keperibadiannya (Ibn Hajar, 2001). Hadith perawi ini tidak diterima kecuali jika terdapat komentar positif ulama terhadapnya. Contoh riwayat perawi Majhul al-‘Ain

َ َ ْ َ َّ ْ َ ْ َ َّ َ َّ ُ ْ َ ْ َ ْ َ ْ ‫الله ْبن َح‬ َ ‫ َأ ْب‬:‫ال‬ َّ ‫اء ْبن ال‬gِ ‫ط‬ َ ‫ق‬g َ ‫الث َق ِف ّي‬ ُ g ‫ َر ِني َر ُس‬g ‫ص‬ ‫ول‬ ‫ة‬ ‫ر‬ ‫م‬ g ‫ن‬ ‫ب‬ ‫ى‬ ‫ل‬ ‫ع‬ ‫ي‬ ‫ن‬ ‫ع‬ ، ‫ص‬ ‫ف‬ ‫د‬g ‫ب‬ g ‫ع‬ ‫ن‬ ‫ع‬ ، ‫ب‬ ‫ئ‬ ‫ا‬ g ‫س‬ g ‫عن ع‬ ِ ِ ِ ْ َ َ ‫َّ َ َّ ِ ُ َ َ ْ َ ِ َ َّ َ َ َ ْ ٌ ْ ِ َ ُ ٍ َ َ َ َ ْ َ ِ َ َ ْ َ َ ٌ ِ ُ ْ ُ اَل‬ ُ،‫اغس ْله‬ ‫الل ِه صلى‬ ِ " :‫ قال‬، :‫ لك امرأة؟» قلت‬،‫اَل «يا يعلى‬:‫وق قال‬ ٍ ‫هللا عل ْي ِه ْوسل ُم اَلو ِبي َ ردع ُ ِمن ْخل‬ ُ،‫ ْل ُته‬g‫ ُث َّم َغ َس‬،‫ع ْد‬gُ ‫ ْل ُت ُه ُث َّم َل ْم َأ‬g‫ َف َغ َس‬:‫ال‬ َ ‫ق‬gَ »‫د‬gْ ‫ع‬gُ ‫ ُث َّم َت‬،‫ ْل ُه‬g‫اغ ِس‬ َّ‫ ثم‬،‫د‬gْ ‫ع‬gُ ‫ ث َّم ت‬،‫ل ُه‬g‫ ُث َّم اغ ِس‬،‫د‬gْ ‫ع‬gُ ‫ُث َّم اَل َت‬ َ َ ُ ْ َ ُ َ َ ُ ."‫ ث َّم غ َسل ُت ُه ث َّم ل ْم أ ُع ْد‬،‫ث َّم ل ْم أ ُع ْد‬ Terjemahannya: Daripada ‘Ata’ bin al-Saib, daripada Abdullah bin Hafsh, Daripada Ya’ala bin Murrah al-Thaqaf, dia berkata: "Rasulullah SAW ternampak aku dan di tubuhku ada warna minyak wangi. Rasulullah SAW berkata kepadaku: “Adakah engkau sudah berkahwin?”. Aku jawab: “Tidak”. “Basuhlah ia dan jangan memakainya lagi, basuhlah ia dan jangan memakainya lagi, dan basuhlah ia dan jangan memakainya lagi”. Aku kemudian membasuhnya dan tidak memakainya lagi. (al-Nasaiy, 1986, no.hadith: 5214) Di dalam sanad hadith ini terdapat seorang perawi yang bernama Abdullah bin Hafsh. Komentar Ibn Hajar terhadapnya adalah beliau adalah seorang yang majhul, hanya ‘Ata’ bin al-Saib sahaja yang meriwayatkan daripadanya (Ibn Hajar, 1985). 8.3.2

Majhul al-Hal

Majhul al-Hal: dinamakan juga sebagai al-Mastur (yang tertutupi). Ia adalah istilah bagi perawi yang diketahui namanya dan terdapat dua orang atau lebih perawi yang meriwayatkan hadith daripadanya, tetapi tidak terdapat apa-apa komentar positif ulama terhadap keperibadiaanya (Ibn Hajar, 2001). Riwayat perawi ini menurut padangan ulama juga daif jenis ringan. Contoh riwayat perawi Majhul al-Hal:

74

َ َ ‫ َع ْن َد ُاو َد ْبن ْال ُح‬g،‫ة‬gَ g g‫ َعن ْابن َأبي َحب َيب‬،‫ ُكر ُّي‬g g g‫يل ْال َي ْش‬ ُ ‫راه‬gَ g g‫ َّد َث َنا إ ْب‬g ‫ح‬g gَ َ g g g‫يم ْب ُن إ ْس‬ َ ‫اع‬ ‫ َع ْن أ ِبي‬،‫ ْي ِن‬g g g‫ص‬ ‫م‬ ِ ِ َِّ ُ َ َ َ َ َ ‫ِ َّ َِّ ُ ِ ِمْل‬ ِ َ َ َِ ْ َ ُ َ ْ َ ِ َ َ ْ ُ ُ َّ ‫ق‬gَ ‫الطري‬ َ ْ ُ َ َ‫قال‬gَ ‫ َف‬،‫ َة‬g‫النج َس‬ َ َ َ ِ ِ ‫أ‬g‫ فنط‬،‫ ِجد‬g‫د ا س‬g‫ول َالل ِه ِإنا ن ِري‬g‫ ي أْلا َ رس‬:‫ل‬g‫ ِق َّي‬:‫قال‬g َ ‫رة‬g‫ َّعن أ ِب َّي هري‬،‫سفيان‬ ُ ‫ض ُيط ّه ُر َب ْع‬ ً ‫ض َها َب ْع‬ ُ ‫صلى‬ َ ‫ول الله‬ ُ ُ ‫ "ا ْر‬:‫هللا َعل ْي ِه َو َسل َم‬ ."‫ضا‬ ِ ُ ‫َرس‬ ِ Ertinya: Telah mengkhabarkan kepada kami oleh Ibrahim bin Ismail al-Yasykuri yang berkata daripada Ibn Abu Habibah, daripada Daud bin al-Hushain, daripada Abu Sufyan, daripada Abu Haurairah, beliau berkata: Dikatakan wahai Rasulallah: Ketika kami ingin pergi ke masjid, kami memijak jalan yuang kotor. Maka jawab Rasulallah: Tanah adalah saling membersihkan”. (Ibn Majah, 2009, no. hadith: 532) Di dalam sanad hadith ini terdapat seorang perawi yang bernama Ibrahim bin Ismail alYasykuri. Komentar Ibn Hajar terhadapnya adalah beliau adalah seorang yang Majhul al-Hal (Ibn Hajar, 1985). Kedudukan dan Hukum: Da’if. Boleh diangkat martabatnya ke hasan lighairihi kerana tergolong dalam hadith yang kedaifannya adalah ringan. 8.3.3

al-Mubham

Al-Mubham: Maksudnya “Seorang perawi yang tidak disebut namanya dengan jelas dalam sanad”. Riwayat perawi seperti ini adalah ditolak sehingga namanya diketahui. Contoh hadith Mubham:

َ َ ‫ُ َ َ ْ َ َ َّ َ َ َ َ َ َ َ َ َ ً اَل‬ َّ َ َّ َّ َّ َ َ َ ُ ْ َ ‫ه َح َّتى‬gُ g‫ ُع ث ْو َب‬g‫ف‬g ‫ة َي ْر‬g ‫اج‬ g g ‫ ان ِإذا أراد ح‬g‫ك‬g ‫لم‬g g‫ه وس‬gِ g‫لى هللا علي‬g g‫ص‬ ‫ "أن الن ِبي‬:‫م ر‬g g ‫ ع ِن اب ِن ع‬،‫ج ٍل‬g gُ ‫َع ْن َر‬ ْ َ ‫َي ْد ُن َو ِم َن اأْل‬ ."‫ض‬ ‫ر‬ ِ Ertinya: Daripada seorang lelaki, daripada Ibn Umar: beliau berkata: “Bahawa Nabi SAW apabila ingin menunaikan hajat beliau tidak mengangkat pakaiannya sehinggalah beliau rapat dengan bumi”. (Abu Daud 2004, no. hadith: 14)

75

Di dalam sanad hadith ini terdapat seorang perawi yang tidak disebut namanya. Kedudukan dan Hukum: Da’if. Boleh diangkat martabatnya ke hasan lighairihi jika dapat diketahui nama orang tersebut. Sebab hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang bersifat dengan sifat-sifat ini dikira sebagai daif kerana wujud ketidakpastian terhadap keadaan sebenar peribadinya yang boleh menimbulkan syak wasangka terhadap hadith yang diriwayatkan olehnya, maka riwayatnya ditolak.

8.4

ُ ) HADITH MATRUK ( ‫املتروك‬

Definisi daripada segi bahasa: berasal daripada perkataan ‘taraka’ yang bermaksud meninggalkan. Perkataan al-Matruk adalah kata sifat bagi orang/benda yang dibuang atau ditinggalkan kerana tidak ada manfaat. Dari segi istilah: Hadith yang terdapat pada sanadnya perawi yang dituduh berdusta. (Tahhan, 2004) Tetapi pendustaanya tidak belaku dalam hadith Nabi SAW. Ianya hanya diketahui pada perkhabarannya pada berita lain. Contoh hadith al-Matruk:

‫لى هللا عليه‬gg‫بي ص‬gg‫ان الن‬gg‫ "ك‬:‫اال‬gg‫ار رضي هللا عنهما ق‬gg‫ابر عن أبي الطفيل عن علي وعم‬gg‫مر عن ج‬gg‫رو بن ش‬gg‫عن عم‬ g."‫ ويقطع صالة العصر آخر أيام التشريق‬،‫ ويكبر يوم عرفة من صالة الغداة‬،‫وآله وسلم يقنت في الفجر‬ Ertinya: Hadith ‘Amru bin Syamr al-Ja‘fi al-Kufi al-Syi‘i, daripada Jabir, daripada Abu al-Tufail, daripada Ali dan Imar, keduanya berkata: Adalah Nabi membaca doa qunut pada solat Fajr (Subuh), membaca Takbir pada hari ‘Arafah pada solat Zuhur dan mengqasarkan solat Asar pada akhir hari-hari Tasyriq. (Ibn Hajar, 1971)

76

Hadith ini adalah dikira matruk disebabkan terdapat seorang perawi bernama Amru bin Syamr. Kedudukan dan Hukum: Da’if. Selepas Hadith Maudhu. Tidak boleh diangkat martabatnya ke hasan lighairihi kerana tergolong dalam hadith yang kedaifannya adalah berat. 8.5

KECACATAN DARI SUDUT SIFAT DABT

Sepertimana yang diketahui bahawa sifat Dabt adalah syarat ketiga dalam syarat hadith yang diterima. Ia adalah sifat yang berkaitan hafalan atau penjagaan hadith di dada atau di catatan perawi. Lawan bagi sifat ini adalah pelupa dan lalai. Maka jika dalam suatu hadith itu, perawinya bersifat dengan lupa atau lalai maka hadith tersebut dikira daif. Sifat lupa terdapat beberapa jenis; ringan (Sayyi’ al-Hifz), sederhana (al-Wahm), berat (Fuhsyu al-Ghalat). Istilah bagi kesemua hadith dalam kategori ini dinamakan daif kecuali satu jenis hadith yang dinamakan al-Mukhtalat. 8.5.1

Hadith al-Mukhtalat ( ‫) املختلط‬

Definisi; hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi yang sifat dabtnya hilang disebabkan faktor yang mendatang, bukan daripada kecil. Iaitu sama ada kerana faktor usia, penyakit atau buku cacatan yang musnah dijilat api (Tahhan, 2004). Perawi yang bersifat dengannya dinamakan al-Mukhtalit. Hadith yang diriwayatkan olehnya dianggap daif jenis ringan. Contoh hadith al-Mukhtalat:

َ َ َ ‫ْ اَل‬ َ َْ َ َّ َّ ُ ‫ح َّد َث َنا ح َّب‬g َ ،‫ز‬gٍ g‫د الل ِه ْب ِن ك ِري‬gِ ‫ي‬gْ ‫ح ة ْب ِن ُع َب‬g َ ‫د الل ِه ْب ُن طل‬gُ ‫ي‬gْ ‫ر ٍف ُع َب‬gِ ّ ‫ط‬ g ‫ح َّدث ِني أ ُبو ُم‬g َ ،‫ ٍار ال ِك ِب ُّي‬g ‫ان ْب ُن َي َس‬ ِ َّ ‫ َعن‬،‫ر َة‬gَ g ‫ي‬gْ ‫ َع ْن َأبي ُه َر‬،‫ ر‬g ‫م‬g ‫ َعن امْل ُ ْج‬،‫م ُّي‬g g ‫ َّد َثني ُم َح َّم ُد ْب ُن َعل ّي ْال َهاش‬g‫ح‬g َ ُ ‫ َّلى‬g g ‫ص‬ َ ‫النب ّي‬ َ‫ َّلم‬g g ‫ه َو َس‬gg ‫ي‬gْ ‫هللا َع َل‬ ِ ِ ِ َ َ ّ َ َّ ُ َّ ْ ُ َ ْ َ ِ ِ ْ َ ْ ِ َ ْ َ َ ْ َ َ ِ َّ َ َ ِ ِ َ ْ َ ‫َ َ ِ َ ْ َ َّ ُ َ ْ ِ َ ٍ ْ َ َ مْل ْ َ ِ أْل‬ ‫ ِل على‬g g ‫ اللهم ص‬:‫ ل‬g‫ق‬g ‫ فلي‬،‫ ل البي ِت‬g‫ه‬g ‫لى علينا أ‬g g ‫ ِإذا ص‬،‫ال ا وفى‬g g ‫ت‬g ‫ره أن يك‬g g ‫ "من س‬:‫ ال‬g ‫ق‬g ِ g ‫ي‬g ‫ال ُ ِبا ِ ك‬g َ ‫مْل‬ َ َ َّ ُ ْ َ َ َّ َ ُ َ ََْ َ ‫ ك َما‬،‫ه‬gg‫ه ل َب ْيت‬g gْ ‫ه َوأ‬gg‫ َوذ ّر َّيت‬،‫ؤمنين‬gg ‫ ات ا‬g‫ه‬gَ ‫اج ه ُأ َّم‬ َ ‫راه‬gَ g‫ل ْيت َعلى آل إ ْب‬g g‫ص‬ ‫د‬gٌ g ‫يم ِإن َك َح ِمي‬ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِِ ِ g gِ ‫ وأزو‬،‫مح َّم ٍد‬ ِ ِ ِ ٌ ‫َمج‬ ."‫يد‬ ِ

77

Ertinya: Telah mengkhabarkan kepada kami oleh Habban bin Yasar al-Kitabiyy, yang berkata telah mengkhabarkan kepadaku oleh Abdullah bin Talhah yang berkata telah mengkhabarkan kepadaku oleh Muhammad bin Ali, daripada al-Mujmir, daripada Abu Haurairah, dari Nabi SAW beliau bersabda: Siapakah yang ingin ditimbang dengan timbangan yang untung? Jika dia berselawat ke atas ahli keluargaku maka katakanlah:

َ َّ َ َ َ ْ َ ْ َ َ َّ ّ ُ َ َ ْ ُ ‫ُ َّ َ مْل‬ َّ َ ََ َ َ ََْ ‫صل ْي َت َعلى ِآل‬ ‫ كما‬،‫ وذ ِري ِت ِه وأه ِل بي ِت ِه‬،‫ات ا ؤ ِم ِنين‬ ِ ‫ وأزو ِاج ِه أمه‬،‫الل ُه َّم ص ِ ّل على ُمح َّم ٍد‬ ٌ ‫يد َمج‬ ٌ ‫يم إ َّن َك َحم‬ َ َْ ‫يد‬ ِ ِ ِ ‫ِإبر ِاه‬ (Abu Daud 2009, no. hadith: 982) Di dalam sanad hadith ini terdapat seorang perawi yang bernama Habban bin Yasar alKitabiyy. Komentar Ibn Hajar terhadapnya adalah ingatannya berubah di akhir umurnya (Ibn Hajar, 1985).

RUMUSAN Di akhir topik ini, anda telah mempelajari: 

Hadith Daif yang disebabkan oleh kecacatan perawi berpunca daripada dua masalah; 1. kecacatan pada sifat ‘Adalahnya (‫) العدالة‬ 2. kecacatan pada sifat Dabtnya (‫) الضبط‬



Hadith daif yang didebabkan kecacatan dari sudut ‘Adalah adalah hadith al-Majhul, al-Matruk dan daif yang disebabkan kefasikan pada akidah.



Hadith perawi fasik dari sudut akidah adalah ditolak jika dia didapati adalah seorang yang fanatik dan menyeru kepada aliran/fahamannya.



Hadith al-Majhul juga daif, tetapi kedaifannya dikira ringan.



Hadith al-Matruk adalah hadith yang diriwayat oleh perawi yang dituduh berdusta.



Hadith al-Mukhtatat adalah hadith yang diriwayat oleh perawi yang sifat dabtnya hilang disebab faktor yang mendatang, bukan asal.

LATIHAN 78

1. Bahaskan mengapa hadith perawi fasik dari sudut akidah perlu ditolak? 2. Jelaskan perbezaan majhul ain dan majhul hal. 3. Jelaskan bagaimana terjadinya Hadith al-Mukhtalat.

79

TAJUK 9

Hadis Mawdu’



HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajian ini pelajar akan dapat: 1- Memahami konsep hadith mawdu’ 2- Mengenali ciri-ciri hadith mawdu’ 3- Memahami dalil daripada Quran dan Hadith tentang haramnya mencipta hadith dan meriwayatkan hadith mawdu’. 4- Dapat mengenali usaha-usaha ulama dalam memelihara hadith daripada diselewngkan 5- Dapat memahami kesan nagatif hadith mawdu’.

9.1

DEFINISI MAWDU’:

Mawdu’ dari sudut Bahasa mempunyai beberapa maksud, antaranya: 1Menggugurkan (Isqat) seperti meletakkan jenayah darinya iaitu menggugurkannya. 2Meninggalkan (al-Tark): Seperti kata unta diletakkan iaitu ditinggalkan di padang. 3-

Rekaan dan pemalsuan (al-Iftira’ wa al-Ikhtilaq): Dikatakan si pulan telah meletakkan cerita iaitu mereka dan menciptanya. Makna ini adalah makna yang sesuai sengan hadith maudu’.

4-

Melekat (al-Mulsaq): Dikatakan si fulan telah meletakkan sesuatu di atas sesuatu yang lain, iaitu melekatkannya dengannya.

80

Mawdu’ dari sudut istilah ianya bermaksud: Khabar yang direka dan dicipta, atau apaapa yang dinisbahkan kepada Rasulullah SAW secara rekaan dan pembohongan tentang apa yang tidak dikatakannya, dilakukan atau diperakukannya (Abu Shahbah, 1973).

Mawdu’ kadang-kadang berlaku ke atas Rasulullah SAW dan juga ke atas sesiapa selepas baginda SAW terdiri dari sahabat dan tabi’en. Akan tetapi jika disebut secara umum ianya secara langsung bermaksud rekaan ke atas Rasulullah SAW. Manakala Mawdu’ ke atas selain baginda dinyatakan ke atas siapa orang tersebut seperti mawdu’ ke atas Ibn Abbas atau mawdu’ ke atas Mujahid.

Sebahagian ulama’ menganggap mawdu’ sebagai jenis dho’if pada darjat yang paling rendah, sebagaimana kata Imam Nawawi: “Ia merupakan rekaan yang dicipta dan dhoi’f yang paling buruk”. Sebaliknya sebahagian ulama’ menganggap hadith maudu’ adalah jenis yang berasingan dan jenis yang tersendiri, lantas mereka membahagikan hadith kepada empat bahagian: “Sahih, Hasan, Dhoi’f dan Mawdu’ (al-Nawawi, 1985). Pendapat ini juga dipersetujui oleh Ibn al-Jawzi dalam kitabnya “al-Mawdu’at” dimana beliau menjadikan hadith mawdu’ sebagai bahagian yang tersendiri. Dalam hal ini beliau menyatakan: “Bahagian keenam ialah al-Mawdu’at, dan pasti ianya adalah mustahil dan bohong. Kadang-kadang ianya adalah mawdu’ pada dirinya dan kadang-kadang direka ke atas Rasulullah SAW sedangkan ianya adalah perkataan orang lain”.

Apa yang disebutkan sebagai mawdu’ pada hakikatnya bukanlah bersumber dari hadith, penamaan hadith mawdu’ sebagai hadith adalah kerana ia merujuk di sudut bahasa, sebagaimana ditunjukkan oleh al-Hafiz al-Sakhawi dalam kitabnya al-Maqasid alHasanah. Kata-kata bohong yang disandarkan kepada Nabi sebagai hadith dapat dibuktikan melalui hadith riwayat Muslim dalam muqaddimah kitabnya Sahih Muslim dari 81

Samurah b. Jundab dan al-Mughirah b. Syu’bah (r.a.) mereka berdua berkata: “Rasulullah SAW telah bersabda: “Barangsiapa yang memperkatakan dariku dengan hadith yang dia lihat atau ketahui yang sebenarnya ia adalah dusta semata-mata maka dia juga salah seorang dari golongan pendusta.” Daripada hadith ini menunjukkan Rasulullah SAW telah menamakan kata-kata dusta sebagai hadith.

Mawdu’ dari sudut kenyataan dan nasnya ada dua jenis:

1-

Pereka hadith mencipta kata-kata dari dirinya sendiri dengan sihgah dan sanad

yang direkanya kemudian menisbahkannya kepada Nabi SAW, kepada sahabat atau tabi’en. 2-

Pereka hadith mengambil kata-kata dari sebahagian sahabat dan tabi’en,

hukama’ dan ahli sufi atau sesiapa yang meriwayatkan dari Isra’iliyyat lalu menisbahkannya kepada Rasulullah SAW agar ianya diterima umum selepas dicipta untuknya sanad yang palsu.

9.2

HUKUM MENCIPTA (AL-WAD’U) DAN MERIWAYAT HADITH MAWDU’

Umat Islam bersepakat secara total tentang pengharaman mencipta hadith kerana ianya merupakan satu pembohongan yang disandarkan kepada Rasul SAW. Pembohongan merupakan suatu yang haram berdasarkan nas al-Qur’an, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maka siapakah yang lebih zalim dari mereka yang mendustai Allah SWT dan mendustai kebenaran ketika ia mendatanginya.” FirmanNya dalam ayat yang lain bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad SAW) sesungguhnya mereka yang mencipta pendustaan ke atas Allah SWT tidak akan berjaya.” Oleh kerana hadith mawdu’ merupakan satu pembohongan maka orang yang menciptanya termasuk di dalam golongan yang diancam azab api neraka sebagaimana 82

dalam hadith Rasulullah SAW yang mutawatir, bermaksud: “Sesiapa yang membohongi ku dengan sengaja maka sediakanlah tempat duduknya dari api neraka.” Demikian juga majoriti para ulama’ salaf dan khalaf sepakat bahawa pembohongan ke atas Rasulullah SAW merupakan satu dosa dari dosa-dosa besar (al-Kabaair).

Sementara itu golongan Karamiyyah bercanggah dengan pendapat Ijmak ulama tentang pengharaman mencipta hadith, apabila mereka mengharuskan mencipta hadith pada targhib dan tarhib (dorongan dan ancaman) yang tidak berkaitan dengan hukum dosa dan pahala sebagai dorongan kepada manusia kepada ketaatan dan mengancam mereka dari kemaksiatan. Demikian juga para ulama’ bersepakat tentang pengharaman meriwayatkan hadith mawdu’ jika diketahui mawdu’nya. Dalam hal ini Imam al-Nawawi berkata: “Diharamkan meriwayatnya jika diketahui tentang mawdu’nya dalam pengertian apapun melainkan sebagai penjelasan”. Diharuskan ketika untuk menjelaskan bahawa ianya adalah hadith mawdu’.

Sebagaimana dikatakan oleh al-Nawawi dalam Syarh Muslim: Adalah haram meriwayatkan hadith mawdu’ bagi sesiapa yang mengetahui ianya adalah mawdu’ atau menyangkakan ianya hadith mawdu’. Barangsiapa yang meriwayatkan hadith dan mengetahui atau menyangkakan ianya mawdu’ maka dia termasuk dalam ancaman haram. Bukti tentang perkara tersebut ialah apa yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW: “Sesiapa yang meriwayatkan dariku satu hadith yang dilihat ianya palsu maka dia termasuk golongan pendusta.” Ia termasuk samada pada perkara hukum hakam atau targhib, tarhib dan pengajaran. Seterusnya beliau menambah lagi: “Sesungguhnya para ahli al-Hal wa al-‘Aqd bersepakat tentang haramnya pembohongan ke atas seseorang manusia lebih-lebih lagi pembohongan ke atas orang yang kata-katanya ialah syara’ dan kalamnya adalah wahyu, manakala pembohongan ke atasnya merupakan pembohongan ke atas Allah SWT. 83

9.3

KEMUNCULAN MAWDU’

Sememangnya diketahui bahawa ciptaan hadith mawdu’ dan pembohongan ke atas Rasulullah SAW tidak berlaku pada zaman kehidupan baginda Rasul SAW bersesuaian dengan kesucian dan kebaikan zaman tersebut. Pendidikan al-Quran yang disemai oleh Nabi Muhammad SAW telah menjadi faktor kepada pembersihan para sahabat r.a dari godaan hawa nafsu yang membawa kepada pembohongan. Keikhlasan dan penerimaan mereka terhadap risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW sememangnya diakui. Oleh yang demikian adalah tidak munasabah menuduh mereka mencipta hadith dan melakukan pembohongan ke atas Rasul SAW.

Para sahabat r.a terutamanya Khulafa’ al-Rasyidin begitu menekankan tentang kesahihan periwayatan perawi. Pada zaman tersebut hadith adalah suci dari sebarang pembohongan dan ciptaan sehinggalah munculnya pelbagai kumpulan dan golongan, demikian juga disebabkan masuknya golongan yang berkepentingan dan mengikuti hawa nafsu yang terdapat dalam masyarakat.

Sebahagian penyelidik menyatakan fitnah yang berlaku pada penghujung zaman pemerintahan Othman (r.a) merupakan titik permulaan kemunculan hadith mawdu’. Perebutan kuasa pemerintahan dalam kerajaan Islam di antara Saidina Ali dan Mu’awiyah bin Abi Sufyan menjadi faktor utama terhadap perpecahan dan kemunculan pelbagai kumpulan agama dan politik di kalangan umat Islam. Kumpulan Syi‘ah adalah golongan pertama yang berani mengada-adakan hadith mawdu’ selepas peperangan Siffin, mereka mencipta hadith tentang kelebihan Saidina Ali dan para pengikutnya dan diikuti pula golongan yang jahil di kalangan Ahl Sunnah. Begitu juga, usaha-usaha yang

84

dijalankan oleh para pengikut setiap kumpulan untuk mengukuhkan pendapat mereka dengan berdasarkan kepada nas-nas al-Qur’an dan hadith yang membawa salah tafsiran terhadap nas-nas tersebut. Lebih teruk dari itu, sebahagian daripada kumpulan itu sanggup mencipta atau membuat hadith-hadith mawdu’ apabila didapati tiada nas dari al-Quran atau hadith yang mengukuhkan pendapat mereka. Justeru itu, munculnya hadith-hadith mawdu’ tentang kelebihan Khulafa’ al-Rasyidin dan pemimpin-pemimpin kumpulan tertentu.

Penyebaran dan penggunaan hadith mawdu’ pada awal kurun pertama dan kedua hijrah tidak meluas kerana terdapat ramai para sahabat dan tabi‘en yang mengetahui serta mampu membezakan di antara hadith sahih dengan hadith mawdu’. Di samping itu, faktor-faktor yang mendorong kemunculan hadith mawdu’ bermula pada pertengahan kurun pertama hijrah.

9.4

SEBAB-SEBAB KEMUNCULAN HADITH MAWDU’

Faktor-faktor yang mendorong kemunculan hadith mawdu’ adalah seperti berikut:-

i- Perbalahan Politik dan Aliran Pemahaman. Perbalahan politik yang muncul setelah kematian Uthman dan berlarutan sehingga zaman pemerintahan ‘Ali telah menyebabkan perpecahan di kalangan masyarakat Islam. Lebih menyedihkan, apabila perbalahan dan percanggahan tersebut adalah berbentuk keagamaan yang mendorong timbulnya pelbagai aliran pemahaman dan politik seperti al-Syi‘ah, al-Rafidah, al-Khawarij dan lain-lain dalam masyarakat Islam. Golongan-golongan tersebut mendapati ruang yang luas untuk melakukan penipuan dari hadith-hadith Rasulullah SAW bagi menyokong serta mengukuhkan pendapat mereka. Golongan al-Rafidhah adalah golongan yang banyak membuat hadith-hadith mawdu’ yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam dan asas-asas akidah Islam.

85

Justeru, sebahagian daripada ulama Islam telah menghukum bahawa golongan alRafidhah terkeluar dari agama Islam. Imam al-Syafi‘e membuat kenyataan terhadap golongan al-Rafidhah: “Aku tidak pernah menjumpai (melihat) golongan yang menurut hawa nafsu bersaksikan (berhujah) dengan penipuan melainkan golongan al-Rafidah”. Imam Malik ketika menjwab pertanyaan tentang golongan tersebut menyatakan: “Jangan bercakap dan jangan meriwayatkan daripada mereka, sesungguhnya mereka pendusta”.

Syi‘ah di antara golongan yang berani mengadakan atau membuat hadith mawdu’ demi mengukuhkan serta menyokong pendirian mereka tentang imamah (kepimpinan) Ali (r.a) dan pemimpin-pemimpin setelah beliau. Ibn Abi al-Hadid dalam Syarh Nahj alBalaghah menjelaskan: “Sesungguhnya pendustaan hadith-hadith tentang kelebihan (hadith-hadith fadhoil) adalah bermula dari golongan Syi‘ah. Mereka pada dasarnya mengada-ngadakan hadith-hadith mawdu’ untuk pemimpin-pemimpin mereka dan yang mendorong mereka untuk membuat hadith-hadith mawdu’ permusuhan di antara mereka. Ketika golongan al-Bakriyah melihat apa yang telah dilakukan oleh golongan Syi‘ah (membuat hadith mawdu’) mereka juga turut berbuat demikian”. Berdasarkan kepada keterangan tersebut, pereka-pereka atau pembuat-pembuat hadith mawdu’ pada permulaannya menulis (mengadakan) hadith-hadith mawdu’ tentang kelebihan-kelebihan seseorang. Dikatakan golongan Syi‘ah adalah golongan pertama berbuat demikian. Mereka telah membuat hadith-hadith mawdu’ tentang kelebihan ahli al-bait dan celaan terhadap Abu Bakr, A’isyah, ‘Umar dan lain-lain para sahabat.

ii- Permusuhan Terhadap Islam. Golongan Zindik yang menzahirkan Islam dan menyembunyikan kekafiran serta kebencian terhadap Islam telah membuat hadith-hadith mawdu’ sebagai usaha mereka untuk menghancurkan dan menghapuskan agama Islam setelah mendapati kesahihan al-Quran terpelihara. Selain itu mereka mencipta beribu-ribu hadith yang berkaitan soal 86

akidah, akhlak, perubatan dan halal haram di samping itu mereka mengakui di hadapan Al-Mahdi bahawa mereka telah mencipta beratus hadith yang telah tersebar di kalangan masyarakat .

Golongan tersebut berkembang pada zaman pemerintahan kerajaan A’bbasiah bertujuan meragukan masyarakat Islam tentang agama mereka. Ibn al-Jawzi menjelaskan hal tersebut: “Ketika mana tiada seseorang pun membuat sebarang penambahan terhadap al-Quran, wujudnya kumpulan-kumpulan yang membuat penambahan, pengurangan, penyelewengan terhadap hadith-hadith Rasulullah SAW. Maka Allah SWT telah membangkitkan (mewujudkan) ilmuan yang mempertahankan naqli dan menjelaskan di antara yang benar dan yang batil dan Allah tidak membiarkan suatu zaman tanpa adanya mereka”.

iii- Galakan Kelebihan Beramal. Golongan yang zuhud dan beramal salih telah membuat hadith-hadith mawdu’ tentang kelebihan beramal, kelebihan surah-surah al-Quran dan perkara-perkara sunat bertujuan menggalakkan manusia melakukan kebaikkan. Begitu juga, mereka membuat hadithhadith mawdu’ yang menakutkan manusia dengan tujuan untuk menghindarkan masyarakat daripada membuat kejahatan. Golongan tersebut berprasangka mereka akan memperolehi pahala dengan berbuat demikian sedangkan pada hakikatnya mereka adalah berdosa. Selain itu, perbuatan mereka telah membuka jalan kepada musuhmusuh Islam untuk membuat hadith-hadith mawdu’. Muhammad Ahmad bin Ghalib yang dikenali sebagai Ghulam al-Halil ketika ditanya: “Hadith-hadith yang engkau perkatakan tentang kelembutan? Beliau menjawab: “Kami telah membuatnya bertujuan untuk melembutkan hati-hati manusia umum”, ketika ulama Islam mengingkari perbuatan mereka dan mengingatkan mereka dengan hadith “Barangsiapa yang berdusta atasku secara sengaja.....”, mereka menjawab “kami berdusta baginya bukan atasnya”. Sesungguhnya Noh bin Abi Maryam mengakui ketika ditanya: “Dari mana

87

kamu meriwayatkan hadith dari ‘Akramah dari Ibn ‘Abbas tentang kelebihan surahsurah al-Quran sedangkan tiada di sisi sahabat ‘Akramah, Beliau menjawab: “Aku telah melihat kebanyakkan manusia telah berpaling dari al-Quran dan sibuk dengan ilmu fiqh Abi Hanifah, kisah peperangan (al-Maghazi) Ibn Ishak lantas aku membuat hadith tersebut”.

Sesungguhnya hadith-hadith tentang kelebihan sesetengah tempat dan waktu telah ditulis dan daripada tulisan tersebut adalah berkaitan kelebihan bulan rejab dan kelebihan berpuasa dibulan tersebut dan kebanyakkan karangan-karangan dipenuhi dengan hadith-hadith kelebihan berpuasa pada bulan rejab.

iv- Kisah-Kisah dan Peringatan.

Kebanyakkan penglipurlara-penglipurlara cuba menarik perhatian masyarakat awam dengan menceritakan tentang kisah-kisah pelik dan ajaib. Begitu juga dengan sesetengah pendakwah-pendakwah jahil yang bertujuan untuk memastikan majlis-majlis yang dianjurkan oleh mereka sentiasa mendapat sambutan masyarakat awam dengan kisahkisah yang menggembirakan dan menakutkan. Golongan tersebut telah mengadakan hadith-hadith mawdu’ yang disandarkan kepada Rasulullah SAW terutamanya tentang gambaran syurga dan neraka.

Imam Nawawi berkata: “Pereka-pereka hadith mawdu’ terbahagi kepada kumpulankumpulan dan yang paling bahaya ialah golongan zuhud yang merekacipta hadith mawdu’ untuk mendapatkan pahala dan hadith-hadith mawdu’ mereka diterima oleh orang-orang yang mempercayai mereka”. Dan faktor-faktor yang mendorong mereka berbuat demikian adalah untuk mendapatkan rezeki, dalam kalangan mereka ada yang mencipta hadith-hadith mawdu’ dan kebanyakkan mereka menggafal hadith-hadith mawdu’.

88

v- Taksub (ekstrem).

Sikap taksub dalam masyarakat Islam telah tersebar dalam pelbagai lapangan seperti taksub kepada bangsa, kumpulan, bahasa, negeri dan pemimpin, contohnya golongan Syu’ubiyun telah membuat hadith mawdu’ yang berbunyi: “Apabila Allah murka maka Dia akan menurunkan wahyu dalam bahasa Arab. Apabila Dia redha maka Allah akan menurunkan wahyu dalam bahasa Parsi”.

Terdapat pihak lain pula mengatakan satu perumpamaan lain iaitu: “Sesungguhnya apabila Allah murka maka Dia akan menurunkan wahyu dalam bahasa Parsi. Apabila Allah redha Dia akan menurunkan wahyu dalam bahasa Arab”. Demikianlah tindakan orang Arab dan Parsi yang sering bermegah-megah dan bersaing sesama mereka. Antara lain, mereka telah menunjukkan kebanggaan terhadap bahasa mereka. “Bahasa pertuturan di Arasy ialah dalam bahasa Parsi”.

Dalam hadith yang lain “Sesungguhnya apabila Allah murka maka Allah akan menurunkan wahyu dalam bahasa Arab. Sekiranya Allah meredhai sesuatu

maka

diturunkan wahyu dalam bahasa Parsi”.

Terdapat juga rekaan hadith mawdu’ yang bermegah-megah dengan bandar. Antara lain mereka mencipa sebuah hadith “Empat syurga di dunia iaitu Mekah, Madinah, Baitul Maqdis dan Damsyiq”. Antara faktor berlakunya demikian ialah perpindahan pusat pemerintahan khalifah dari satu tempat ke satu tempat lain. Terdapat juga unsur ekstrem terhadap para pemerintah dan juga mazhab yang berlaku sekitar kurun ketiga dari kalangan para pengikut yang jahil. Antara bukti kewujudan unsur ekstrem ini ialah hadith yang direka oleh mereka iaitu “Terdapat di kalangan

89

umatku seorang lelaki yang bernama Muhammad bin Idris yang lebih bahaya daripada Iblis. Terdapat juga di kalangan umatku seorang lelaki yang bernama Abu Hanifah yang merupakan petunjuk bagi umatku”. Terdapat sebuah hadith lain yang bermaksud “Akan wujud di kalangan umatku seorang lelaki yang bernama Nu ’man bin Thabit yang digelar Abu Hanifah yang akan menghidupkan agama Allah dan sunnahku”.

vi- Percangahan Fiqh dan Akidah. Terdapat beberapa golongan yang jahil dan fasik dari kalangan pengikut mazhabmazhab fiqh dan akidah. Mereka mencipta hadith-hadith palsu untuk menyokong mazhab mereka. Antaranya “Sesiapa yang mengangkat tangan ketika ruku’ maka batallah sembahyangnya”. Dan juga “Sesiapa yang mendakwa al-Quran itu makhluk dicipta maka kafirlah ia”.

Begitu juga dengan sebuah hadith lain “Berkumur dan memasukan air dalam hidung adalah hampir kepada wajib”. Dan terdapat banyak lagi contoh-contoh berkaitan yang dapat dilihat dalam kitab-kitab yang membicangkan tentang hadith palsu.

vii- Kepentingan Peribadi. Sebahagian

daripada

mereka

membuat

hadith-hadith

palsu

bertujuan

untuk

mendapatkan harta, kedudukan, pangkat atau untuk berdampingan dengan pemerintah dan

para

pembesar.

Justeru

hadith-hadith

palsu

direka

bertujuan

untuk

memperkenalkan sesetengah barangan, makanan, wangi-wangian dan baju untuk menggalakan orang ramai membelinya. Dan hadith-hadith palsu seperti makan al-qisa’ dengan daging, kelapa dengan keju atau dalam memuji kerja atau perniagaan tertentu atau meninggikan sesetengah pekerjaan dari yang lain atau mencela sesiapa yang hendak dicelanya seperti kata-kata mereka: “Guru-guru anak-anak kamu adalah yang jahat di kalangan kamu”.

90

Kebiasaannya sebahagian pembesar ingin menghampirkan diri kepada pemerintah telah membuat hadith palsu untuk mengembirakan mereka. Contoh untuk mendekatkan diri dengan pemerintah sebagaimana terkandung dalam kitab-kitab al-Mawdua’t (hadithhadith palsu) bahawasanya Ghiyas bin Ibrahim berjumpa al-Mahdi dan beliau sedang bermain-main dengan burung merpati, lantas Ghiyas meriwayatkan sebuah hadith masyhur: “Tidak boleh berlumba kecuali pada pedang, khaf dan kuda, kemudian Ghiyath menambah pada hadith itu “aw jinah” (atau sayap) demi megembirakan alMahdi kerana waktu itu dia melihat Mahdi sedang bermain burung merpati dan beliau diberikan 10,000 dirham”, berkata (al-Mahdi) setelah berpaling: “Aku naik saksi cukuplah engkau berdusta kepada Rasulullah SAW. Lalu mengarahkan supaya burung merpati itu disembelih”. Dr Mustafa Sibae‘i melihat sikap pemerintah dan pemimpin yang bertolak ansur dengan pereka-pereka hadith palsu adalah lebih baik bagi al-Mahdi meninggalkan burung merpati dan mendidik sikafir yang jahat ini.

Sebahagian daripada mereka membuat hadith palsu sebagai jawapan kepada penyoalnya atau untuk mengukuhkan fatwa-fatwa yang telah mereka berikan.

viii- Menciptakan Sanad Pada Kata-Kata Yang Baik. Ibn al-Jawzi dalam kitab al-Mawdhua’t menyatakan terdapat manusia mengatakan: “Tidak mengapa apabila sesuatu perkataan yang baik diletakkan padanya sanad”. Terdapat segelintir daripada mereka yang membuat hadith palsu supaya manusia mendengar kata-kata mereka, dan di kalangan mereka juga ada yang mendakwa mendengar (meriwayatkan) dari orang yang tidak pernah didengar.

ix-Pemalsuan Hadith Secara Tidak Sengaja. Kadangkala pemalsuan hadith berlaku secara tidak disengajakan oleh perawi seperti tersilap menisbahkan kata-kata sesetengah sahabat atau selain mereka kepada Rasulullah SAW. Terdapat juga kesilapan dengan memasukan ke dalam hadithnya

91

sesuatu yang bukan darinya sebagaimana berlaku pada Sufyan bin Waki‘ berserta Waraqah Qartamah. Terdapat juga kecacatan dari segi hafalannya, penglihatannya atau dari segi penulisannya yang membawa kesalahan dalam meriwayatkan hadith. Bentuk pemalsuan sebegini merupakan bentuk yang paling bahaya (tersembunyi) kerana perawi tidak menyedarinya. Dan mereka dikenali sebagai golongan yang jujur yang meriwayatkan hadith secara terperinci melainkan daripada pakar pengkritik-pengkritik hadtih. 9.5

USAHA ULAMA MENANGANI HADITH MAWDU’

Ulama Islam telah berusaha bersungguh-sungguh dalam memelihara hadith-hadith nabawi dari segi perawi, hafalan, penyelidikan, penyusunan dan kritikan dan tugas yang penting sekali ialah kritikan ilmiah secara terperinci tentang hadith-hadith dan perawi-perawi

serta

mengkaji

pendusta

dan

pemalsu

untuk

menyelamatkan

(memastikan) sunah nabawi daripada kejahatan dan penyelewengan. Tugas-tugas tersebut adalah seperti berikut :

9.5.1 Memelihara Sanad. Ketika awal permulaan zaman sahabat bermulalah sikap mengambil berat dan penelitian terhadap sanad dan periwayatan hadith. Ibn Sirin mengatakan sebagaimana diriwayatkan dari Imam Muslim dalam muqaddimah sahihnya: “Mereka tidak mempersoalkan tentang sanad. Apabila berlakunya fitnah mereka berkata: Beritahu kepada kami nama-nama perawi. Sekiranya dari Ahli Sunnah maka hadithnya diterima dan jika dari golongan ahli bid‘ah maka hadithnya tertolak”. Penelitian terhadap hadith bermula dari zaman para sahabat yang sempat hidup pada zaman berlakunya fitnah. Persoalan dan penelitian terhadap sanad hadith mula meluas pada zaman para tabi‘ien. Bertambahnya kehendak untuk meneliti dan mengkaji selepas zaman para tabi‘ien disebabkan berleluasanya penggunaan hadith palsu sepanjang zaman. Telah menjadi suatu kewajipan ke atas perawai hadith untuk menyebut sanad sekiranya ingin 92

meriwayatkan hadith. Diriwayatkan dari Ibn Sirin: “Sesungguhnya isnad itu dari agama kalaulah tanpa sanad nescaya sesiapa sahaja akan berkata apa yang ingin dikatakan”. Ibn Mubarak pula menyatakan: “Sesungguhnya ilmu ini adalah agama. Maka perhatikan dari siapa kamu mengambil agama kamu”. Beliau juga menyatakan: “Di antara kita dan bangsa wujudnya nilai-nilai iaitu isnad”. 9.5.2 Memastikan Kebebenaran Hadith. Memastikan kebenaran sesuatu hadith dengan merujuk kepada sahabat, tabi‘ien dan pakar-pakar dalam ilmu ini. Penjagaan Allah terhadap sunah nabinya dengan memanjang umur sebilangan sahabat dan ahli fiqhnya supaya menjadi tempat rujukan apabila berlakunya penyelewengan tentang hadith.

Tidak

dapat

dinafikan

kesungguhan

sahabat

dan

tabi‘ien

yang

melakukan

pengembaraan atau perantauan untuk mendapatkan hadith, memastikan kebenarannya serta mengamalkan sikap berhati-hati dalam menghafal, menyebar serta menerangkan hadith yang diterima atau yang ditolak. Jabir bin Abdullah telah pergi ke Syam dan Abu Ayub telah pergi ke Mesir untuk mendengar hadith. Sebagaimana juga kebanyakkan dari para tabi‘ien apabila mendengar sesuatu hadith bukan dari sahabat akan bertanya adakah sesiapa di kalangan mereka adalah sahabat untuk memastikan kebenaran hadith walaupun terpaksa menempuh kesusahan. Perkara yang sama dilakukan oleh jenerasi tabi‘ien dan tabi‘ tabi‘ien. Tidak terputus pengembaraan atau perantauan dalam mencari ilmu sepanjang masa.

Sufyan al-Thauri menyatakan: “Sekiranya penuntut-penuntut hadith tidak datang kepada aku nescaya aku akan mendatangi mereka di rumah-rumah mereka mengajari hadith”. Pengembaraan atau perantauan mempunyai kesan besar dalam memastikan sesebuah hadith, mengetahui sumbernya serta mengenali perawi dengan lebih jelas lagi. Imam Ahmad telah disoal tentang menuntut ilmu: “Adakah dimestikan sesiapa yang 93

mempunyi ilmu maka ia menulis tentangnya atau ia pergi ke tempat di mana terdapatnya ilmu dan mendengar

daripada mereka? Imam Ahmad menjawab:

“Pergilah menuntut dan menulis dari ahli Kufah, Basrah, Madinah, Mekah dan Syam. Manusia mendengar (menuntut ilmu) daripada mereka”. Diriwayatkan daripada Yahya bin Ma‘in, beliau berkata: “Empat golongan yang tidak boleh diminta petunjuk daripada mereka: Antaranya golongan yang menulis ditempatnya (negeri) sahaja tanpa keluar pergi mencari hadith”.

Ahli-ahli ilmu telah bersungguh-sungguh dalam memelihara hadith dan saling memperingati di antara mereka. Dengan kesedaran yang besar mereka meneliti dan menghafal hadith-hadith sahih, daif dan palsu untuk mengelakkan kekeliruan pada diri mereka.

9.5.3 Kajian Terhadap Perawi Hadith. Kemestian bagi mengetahui tentang hal-hal perawai hadith adalah untuk membolehkan mereka mengenali kebenaran, ketepatan perawi atau sebaliknya, bertujuan untuk membezakan di antara hadith sahih dan hadith doef. Justeru itu mereka mengikuti sejarah hidup perawi dalam pelbagai

keadaan samada yang jelas atau yang

tersembunyi tentang kehidupan mereka.

Mereka mengetahui seluruh keadaan perawi hadith secara terperinci dari segi tahap hafalan dan ketepatan mereka dalam menghafal hadith, serta mengkritik dan memperbetulkan mereka kerana mengharap keredhaan Allah tanpa takut kepada sesiapa pun, serta tiada yang menghalang mereka untuk menolak seseorang perawi dan mereka dikenali dengan kewarakan.

9.5.4

Menetapkan kaedah untuk mengenali hadith mawdu’.

94

Para ulama’ telah meletakkan kaedah umum pembahagian hadith kepada tiga bahagian iaitu Sahih, Hassan dan Dhoe’f. Demikian juga mereka menetapkan kaedah khusus bagi mengenalpasti hadith mawdu’, antaranya:

a) Ciri-ciri mawdu’ pada sanad, iaitu; i- Pengakuan dari perawi yang memalsukan hadith. Sebagaimana Abd alKarim b. Abi al-‘Awja’ mengaku memalsukan 4000 hadith dengan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. ii- Perawi yang terkenal dengan pembohongannya dan perawi thiqah tidak meriwayatkan hadithnya. iii- Wujudnya tanda-tanda (qarinah) yang menunjukkan ciri-ciri pemalsuan seperti meriwayatkan dari syeikh yang telah meninggal atau dari syeikh yang berada di negeri yang tidak pernah dilawatinya. iv- Terdapatnya qarinah yang menunjukkan ciri pemalsuan yang didorong kehendak emosi dan marah seperti golongan rafidhi.

b) Ciri-ciri pemalsuan pada matan hadith i- Lafaz yang lemah (Rakakah al-Lafz). Di mana mereka yang mahir dalam bahasa Arab mengetahui dan merasai bahawa lafaz tersebut lemah dan tidak mungkin daripada Rasulullah SAW. ii- Rosak makna. Sekiranya hadith mengandungi makna yang palsu dan sia-sia, meunjukkan kepada tanda-tanda kepalsuan. Antara yang termasuk dalam kategori ini ialah: i.

Hadith bertentangan dengan rasional akal yang nyata.

ii. Bertentangan dengan kaedah umum dalam peraturan dan akhlak iii. Bertentangan dengan kaedah asas perubatan.

95

Secara amnya Ibn al-Jawzi menyatakan: “Begitu indahnya kata-kata: Setiap hadith yang kamu lihat bertentangan dengan akal, usul, dan riwayah maka ketahuilah ianya maudu’”. iii- Bertentangan dengan Sarih al-Qur’an. Umpamanya jika hadith yang mengingkari kewujudan hari kiamat jelas kepalsuannya kerana ianya telah ditetapkan dalam al-Qur’an al-Karim.

iv- Bertentangan dengan Sarih Sunnah. Demikian juga bertentangan dengan Ijma’.

v- Bertentangan dengan asas akidah dan perkara yang diketahui secara dharuri dalam agama.

vi- Perkara yang diriwayatkan menggambarkan kekurangan para Anbiya’. Ianya adalah diambil dari Isra’iliyyat.

vii- Bertentangan dengan hakikat sejarah yang diketahui umum.

viii- Hadith mengandungi ciri-ciri melampau yang tidak diajarkan oleh Rasulullah SAW. Umpamanya seperti ganjaran pahala yang terlalu besar terhadap amalan yang sedikit atau ancaman yang terlalu keras terhadap kesalahan yang ringan.

ix- Bersesuaian hadith dengan mazhab perawi yang taksub dan melampau. Umpamanya golongan Rafidhi yang meriwayatkan kelebihan Ahl al-Bayt atau golongan Murji’ah tentang konsep irja’.

x- Hadith yang menggambarkan tentang peristiwa yang besar namun tidak terkenal dan tidak diriwayatkan melainkan oleh seorang. Oleh sebab itu

96

golongan Ahli Sunnah Waljamaah menggangap bahawa hadith “Ghadir Khum” adalah palsu dan bohong kerana mustahil para sahabat r.a berpakat untuk menyembunyikan peristiwa tersebut.

9.6

KARYA-KARYA YANG DITULIS BERKENAAN HADITH MAWDU’

Karya yang ditulis bagi mendedahkan hadith mawdu’ sangat banyak ada yang bersifat umum dan ada yang khusus, umpamanya berkenaan hadith Isra’ wa Mi’raj dan kelebihan bulan Rejab. Antara karya-karya tersebut ialah. 

Tadhkirah al-Mawdu’at oleh Abu al-Fadl Muhammad b. Tahir al-Maqdisi

(448-507H). 

Al-Mawdu’at al-Kubra oleh Abu al-Farj ‘Abd al-Rahman b. Al-Jawzi

(596H). 

Al-Mughni a’n Haml al-Asfar fi al-Asfar fi takhrij ma fi al-Ihya’ min al-

Akhbar oleh a’llamah ‘Abd al-Rahim al-I’raqi. 

Al-Lali’i al-Masnu’ah fi al-Ahadith al-Maudu’ah oleh al-Suyuti (m.911H).



Tanzih al-Syari’ah al-Marfu’ah a’n al-Akhbar al-Syani’ah al-Mawdu’ah

oleh Abu al-Hassan Ali b. Muhammad al-Kunani (m.963H). 

Tadhkirah al-Mawdu’at oleh Jamal al-Din al-Fatani (m.986H).



Al-Fawa’id al-Majmu’ah fi al-Ahadith al-Mawdu’ah oleh al-Qadi Abi

Abdillah Muhammad b. Ali al-Syaukani (m.1250H). 

Tahdhir al-Muslimin min al-Ahadith al-Mawdu’ah ala Sayyid al-Mursalin

oleh Muhammad al-Basyir Zafir b. Abdillah al-Maliki al-Azhari (m.1325H). 

Al-Asrar al-Marfu’ah fi al-Ahadith al-Mawdu’ah oleh Ali al-Qari b.

Sultan al-Harwi al-Makki. 

Al-Masnu’ fi ma’rifah al-Hadith al-Mawdu’ oleh Ali al-Qari b. Sultan al97

Harwi al-Makki. 

9.7

Ahadith al-Mi’raj al-Mawdu’ah oleh al-A’llamah al-Fisyi.

KESAN NEGATIF HADITH MAWDU’ DALAM MASYARAKAT.

Dalam membicarakan mengenai hadith mawdu’, ia sudah pasti memberi kesan negatif terhadap masyarakat yang mengamalkannya kerana ia sebenarnya bukan bersumberkan daripada Nabi SAW. Diantaranya ialah:-

1)

Mereka yang beramal dengan hadith mawdu’ akan mendapat kemurkaan Allah

kerana mereka beramal dengan apa yang bukan bersumberkan dari Rasulullah SAW. Mereka sebenarnya beramal dengan apa yang dibohongkan ke atas Rasulullah SAW. 2) Apabila hadith mawdu’ tersebar dan diamalkan di kalangan masyarakat ia akan melahirkan rasa syak dan keraguan masyarakat terhadap kategori-kategori hadith yang lain iaitu sahih, hasan, dan dhoif disamping itu mereka tidak yakin untuk beramal dengan hadith sahih dan hasan. 3) Untuk mengenali hadith mawdu’ antara tanda-tandanya ialah janji akan diberi ganjaran yang besar hasil daripada kerja atau perbuatan yang kecil. Fenomena ini akan menggalakkan dan mendorong seseorang itu melakukan berlebih-lebihan dalam percakapan (mubalaghah fi al-kalam). 4) Orang Islam akan menggunakan cara yang menyanggahi syarak dalam bertawassul, justeru akan membawa kemurkaan Allah. 5) Pengamalan hadith-hadith mawdu’ di kalangan masyarakat akan melahirkan rasa tidak perlu melakukan amalan lain atau merasa sudah memadai dengan amalan yang sedang dilakukan yang bersumberkan hadith mawdu’ dan menganggap amalan lain tidak diperlukan atau tidak berfaedah lagi. 98

6) Pengamalan hadith-hadith mawdu’ boleh membawa kepada keingkaran dan tidak berkeyakinan dalam soal akidah dan seterusnya boleh merosakkan akidah. 7) Pengamalan hadith mawdu’ boleh menyebar dan meluaskan unsur-unsur khurafat, khasnya hadith-hadith mawdu’ yang bersumberkan Israiliyyat. 8) Hadith mawdu’ diantara kesan negatifnya ialah boleh mencipta sumber baru yang berkaitan dengan balasan (dosa) dan ganjaran (pahala) selain itu mereka cipta hukum hakam baru. 9) Hadith mawdu’ yang mereka cipta perkara baru dalam soal iman dan akidah ini akan merosakka iman dan akidah seseorang itu. 10) Hadith mawdu’ boleh menggalakkan seseorang itu berkhilaf dan bercanggahan dengan hukum syarak dan boleh menggagalkan untuk bersatu (berittifak) demi mencapai kebenaran. Seperti hadith:- ‫ إختالف أمتى رحمة‬Maksudnya “Berkhilaf di kalangan umatku merupakan rahmat”. Hadith mawdu’ ini bersalahan dengan usul yang dibawa oleh al-Quran sebagaimana firman Allah:(Al-Nisa’ 4: 82.) ‫ولو كان من عند غير هللا لوجدوا فيه إختالفا كثيرا‬ 11) Pengamalan hadith mawdu’ boleh mnggalakkan akhlak buruk sebagaimana hadith:‫من عشق وكتم ومات فهو شهيد‬ 12) Menggalakkan seseorang itu kekal dalam akhlak yang buruk dan enggan kembali kepada akhlak yang baik, seperti hadith:‫من سعادة المؤمن خفة لحيته‬ 13) Boleh menghapuskan satu kaedah usul fiqh ‫ القياس الصحيح‬seperti hadith:‫من عمل بالمقاييس فقد هلك وأهلك‬ 14) Boleh menyebabkan perbalahan di kalangan orang Islam hasil daripada kecam mengecam diantara mereka seperti hadith mawdu’:‫دعونى من السودان إنما األسود لبطنه وفرجه‬ 15) Boleh menjerumuskan seseorang ke dalam mengharamkan apa yang dihalalkan Allah dan menghalalkan apa yang diharamkan Allah. 16) Pengamalan dengan hadith mawdu’ boleh merosakkan kewibawaan para Sahabat.

99

17) Boleh menggalakkan maksiat dan berterusan dalam melakukannya kerana berpegang dengan hadith mawdu’ yang menggambarkan siksa dari kepanasan api neraka sama dengan air panas di bilik air, ini tidak akan menggerunkan orang yang melakukan maksiat seperti hadith:‫إنما حر جهنم على أمتى مثل حر الحمام‬ 18) Boleh mereka cipta bida’h dalam soal ibadat sebagaimana hadith mawdu’ ‫من توضاء ومسح عنقه لم يغل بأغالل يوم القيامة‬ 19) Boleh memberat-beratkan dalam perkara harus seperti hadith mawdu’:‫من نام بعد العصر فقد عقله فال يلومن إال نفسه‬

RUMUSAN Di akhir topik ini, anda telah mempelajari: 1- Kalimah Mawdu’ dari sudut istilah ianya bermaksud: Khabar yang direka dan dicipta 2- Memahami dalil daripada Quran dan Hadith tentang haramnya mencipta hadith dan meriwayatkan hadith mawdu’. 3- Para ilmu hadith meneliti dan menghafal hadith-hadith sahih, daif dan palsu untuk mengelakkan kekeliruan pada diri mereka. LATIHAN 1- Pada zaman apakah bermula kewujudan hadith mawdu’? 2- Jelaskan dua sebab kemunculan hadith maudu’. 3- Apakah ciri-ciri pemalsuan pada matan hadith? 4- Berikan lima kesan negatif hadith mawdu’ dalam masyarakat.

100

TAJUK 10



Ilmu Berkaitan Matan

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir anda mengikuti unit ini anda dapat: 1. Menjelaskan istilah Nasikh wa Mansukh al-Hadith, Mukhtalaf al-Hadith, Musykil alHadith, Gharib al-Hadith dan Asbab Wurud al-Hadith.; 2. Mengenal pasti syarat-syarat Nasikh wa Mansukh al-Hadith; 3. Menerangkan perbezaan antara Mukhtalaf al-Hadith dan Musykil al-Hadith; 4. Menjelaskan Asbab Wurud al-Hadith. 10.1

PENDAHULUAN

Setelah melalui perbahasan-perbahasan berkaitan hadith dari sudut sanadnya, kini tiba masanya untuk mengetahui perbahasan hadith dari sudut isi kandungannya pula. Topik ini akan membahaskan perkara berkaitan penerimaan-penolakan sesuatu hadith bukan dari sudut syaratnya, tetapi dari sudut isi kandungan hadith. Contohnya bagaimana cara menentukan hadith yang patut diterima ketika berlaku percanggahan antaranya dengan nas-nas yang lain dan apa yang harus dilakukan untuk memahami sesuatu hadith dengan lebih jelas? Topic ini dinamakan sebagai topik “Ilmu Dirayah”, iaitu ilmu berkaitan aspek kefahaman terhadap hadith. Terdapat di bawah topik ini topik Nasikh wa Mansukh al-Hadith, Mukhtalaf al-Hadith, Musykil al-Hadith, Gharib al-Hadith dan Asbab Wurud al-Hadith.

101

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

Ilmu Dirayah

Asbab Wurud Mukhtalaf al-Hadith

al-Hadith

Musykil al-Hadith

Gharib al-Hadith

Nasakh wa Mansukh al-Hadith

10.2

DEFINISI ILMU DIRAYAH

( ‫) الدراية‬

Definisi dari segi bahasa: Daripada perkataan ‘dara’ (‫ ) َد َرى‬yang bererti mengetahui. Sebagaimana firman Allah SWT:

َ ۬ ۡ َ ّ َ ُۢ ۡ َ ۡ َ َ َ ً۬ َ ُ ۡ َ َ َّ ٌ۬ ۡ َ ۡ َ َ َ ‌ ُ ‫ض ت ُم‬ ۚ‫وت‬ ٍ ‫وما تد ِرى نفس ماذا تڪ ِسب غد ۖ‌ا وما تد ِرى نفس ِبأ ِى أر‬ Ertinya: Semua diri tidak mengetahui apa yang dia bakal lakukan pada hari esok dan tiada diri yang mengetahui di tempat mana dia akan mati. (Surah Lukman, 31: 34) Definisi dari segi istilah: Ilmu yang membahasakan hadith dari sudut matannya. Ilmu ini terbahagi kepada bahagian perbahasan. Iaitu Mukhtalaf al-Hadith, Nasikh wa Mansukh al-Hadith, Musykil al-Hadith, Gharib al-Hadith dan Asbab Wurud al-Hadith. 10.3

ُ ََ ْ ُ َ ‫ف‬ ILMU MUKHTALAF AL-HADITH (‫الح ِد ْيث‬ ‫)مختل‬

102

Definisi dari segi bahasa: bermaksud perkara yang saling bercanggah. Definisi dari segi istilah: Ilmu berkaitan percanggahan secara zahir yang berlaku di antara hadith-hadith Maqbul. Maksud berlaku percanggahan secara zahir di sini adalah percanggahan yang bukan sebenar. Iaitu apabila dilakukan penelitian, didapati sebenarnya tiada percanggahan yang berlaku. Apa yang berlaku adalah sebenarnya salah faham terhadap pemahaman hadith. Contoh berlaku percanggahan secara zahir: Hadith yang menafikan bahawa penyakit itu boleh berjangkit. Sabda Rasulullah SAW:

‫اَل‬ ‫َع ْد َوى‬ .Ertinya: Tiada penyakit yang berjangkit )Riwayat: al-Bukhari( Hadith ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari. Secara zahirnya, hadith ini bercanggah dengan hadith yang mengarahkan supaya melarikan diri daripada orang yang telah terkena penyakit sopak yang juga diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari. Sabda Rasulullah SAW:

‫وفر من املجذوم كما تفر من األسد‬ Ertinya: Larilah daripada orang yang terkena penyakit sopak sepertimana engkau melarikan diri daripada singa. )Riwayat: al-Bukhari( Secara zahirnya, kedua-dua hadith ini nampak seolah-olah saling bercanggah. Kerana hadith pertama mengatakan bahawa penyakit itu tidak berjangkit. Hadith kedua pula mengarahkan supaya melarikan diri dari penyakit, iaitu seolah-olahnya penyalit itu 103

berjangkit. Tetapi apabila diteliti, sebenarnya tidak berlaku apa-apa percanggahan antara kedua-dua- hadith ini. Kerana, hadith pertama hanya menafikan bahawa semua penyakit itu bermula dengan berjangkit kerana secara logiknya siapa yang menjangkitkan yang pertama jika semua penyakit berjangkit? Arahan pada hadith kedua pula adalah supaya mengelakkan diri daripada menjadikan jangkitan sebagai alasan terkena penyakit. Kerana tidak semestinya sesuatu penyakit itu berasal daripada jangkitan. 10.3.1 Syarat-syarat Hadith Mukhtalaf Terdapat dua syarat pada hadith Mukhtalaf , iaitu: Jadual 10.1: Syarat-syarat Hadith Mukhtalaf 1.

Berlaku percanggahan antara hadith dan hadith. Percanggahan berlaku di antara hadith-hadith MAQBUL sahaja; iaitu di antara Hadith Sahih atau Hasan. Hadith Daif

2.

10.4

tidak termasuk dalam

perbahasan topik ini. َ ‫) ُم ْشك ُل‬ MUSYKIL AL-HADITH (‫الح ِد ْيث‬ ِ

Definisi dari segi Bahasa: Dibaca dengan huruf kaf berbaris di bawah. Berasal daripada َ ْ َ perkataan ‘Asykala’ (‫ )أشك َل‬yang bererti sulit dan sukar. Definisi dari segi istilah: iaitu ilmu yang berkaitan dengan: 1. hadith Maqbul yang sulit difahami dari sudut pengertian. 2. hadith yang secara zahir pengertiannya bercanggah dengan asas-asas agama atau perkara yang sudah menjadi fakta. Maksud percanggahan secara zahir di sini adalah percanggahan yang bukan sebenar. Iaitu apabila diteliti sebenarnya tidak bercanggah. Maksud asas-asas agama pula adalah Quran, Ijma’ dan sebagainya.

104

Contoh: Hadith yang mengatakan bahawa ahli syurga akan dapat melihat Allah SWT pada hari akhirat yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Sabda Rasulullah SAW: ‫ في رؤيته‬g‫ كما ترون هذا ال تضامون‬g‫إنكم سترون ربكم يوم القيامة‬ Ertinya: Sesungguhnya kamu akan melihat Tuhan kamu pada hari Kiamat sepertimana kamu melihat bulan purnama ini. Dan kamu tidak akan saling beresak-esak dalam melihat-Nya. (Riwayat: al-Bukhari) Hadith ini didapati bercanggah dengan ayat al-Quran yang mengatakan bahawa Allah SWT tidak mungkin dapat dilihat oleh mata. Firman Allah SWT: َ ْ ُ َّ َ ‫ار َو ُه َو ُي ْدر ُك اأْل َ ْب‬gُ ‫ص‬ َ ‫اَل ُت ْدر ُك ُه اأْل َ ْب‬ ‫ص َار َو ُه َو الل ِطيف الخ ِب ُير‬ ِ ِ Ertinya: Ia tidak dapat dilihat oleh penglihatan mata, sedang Ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata), dan Dialah Yang Maha Halus (melayan hamba-hamba-Nya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuan-Nya. (Surah al-An’am, 6: 103). Dari segi zahir, seolah-olah ayat Quran ini bertentangan dengan apa yang diriwayatkan dalam hadith tadi. Tetapi apabila disemak tafsiran ulama, sebenarnya tidak berlaku sebarang percanggahan. Kerana ulama menafsirkan bahawa penglihatan yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah penglihatan ketika di dunia. Adapun penglihatan yang disebut dalam hadith pula adalah penglihatan ketika di akhirat. Terdapat dalil ayat Quran yang menunjukkkan bahawa perkara tersebut tidak mustahil boleh berlaku. Contohnya firman Allah SWT:

105

ٌ۬ َ َ ّ َ ٰ َ ٌ َّ ۬ َ ۡ َ ٌ۬ ُ ُ )٢٣( ‫اظ َرة‬ ِ ‫ ِإلى ر ِبہا ن‬ )٢٢( ‫اض َرة‬ ِ ‫ِٕٕٮ ٍذ ن‬gِ ‫وجوه يوم‬ Ertinya: Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; (22)  Melihat kepada Tuhannya. (23). (Surah al-Qiamah, 75: 22-23). Ataupun perkataan (‫ )أدرك‬yang disebutkan dalam ayat berkenaan mempunyai makna yang lebih luas. Iaitu penglihatan yang meliputi segala sudut. Sedangkan penglihatan yang dinyatakan dalam hadith dan nas-nas lain adalah penglihatan yang biasa. Maka penglihatan tersebut boleh berlaku. Penglihatan yang dinyatakan mustahil adalah penglihatan yang menyeluruh (Ibn Hajar, 1960). 10.4.1 Syarat-syarat Hadith Musykil Jadual 10.2 : Syarat-syarat Hadith Musykil

1.

Berlaku percanggahan antara hadith dengan asas-asas agama atau perkara yang sudah menjadi fakta. Percanggahan berlaku hanya di antara hadith-hadith maqbul sahaja; iaitu

2.

Hadith Sahih atau Hasan. Hadith Daif tidak termasuk dalam perbahasan topik ini kerana ia pada awal-awal lagi ia sudah ditolak.

10.4.2 Persamaan Dan Perbezaan Antara Hadith Mukhtalaf Dan Hadith Musykil Terdapat beberapa persamaan di antara Hadith Mukhtalaf dan Hadith Musykil. Persamaan dan perbezaan tersebut dapat dilihat pada jadual berikut. Jadual 10.3 : Persamaan Dan Perbezaan An Antara Hadith Mukhtalaf Dan Hadith Musykil

Hadith Mukhtalaf

Persamaan

Perbezaan

Terdapat percanggahan

Berlaku di antara dua hadith atau lebih. Bukan

secara zahir

di antara hadith dan asas-asas agama atau perkara yang sudah

106

menjadi fakta Berlaku di antara hadith dan asas-asas agama atau perkara yang sudah

Hadith Musykil

menjadi fakta. .

10.4.3 Langkah-langkah Menangani Percanggahan yang berlaku pada Hadith Mukhtalaf dan Hadith Musykil:

Berikut dinyatakan beberapa langkah yang perlu diikuti dalam menangani percanggahan di antara hadith Maqbul: Langkah 1: Berusaha menyatukan antara kedua-dua nas yang kelihatan saling bercanggahan seberapa mungkin. Jika dapat dilakukan, wajib beramal dengan kefahaman kedua-dua nas tersebut. Contohnya pertentangan yang berlaku di antara hadith dan hadith, dan hadith dan ayat Quran tadi. Langkah 2: Jika tidak dapat disatukan, hendaklah diikuti langkah-langkah berikut:

a. Diterima hadith yang paling akhir diriwayatkan oleh Nabi SAW jika dapat diketahui masa ia diriwayatkan. Maka hadith yang diriwayatkan yang terkemudian seolah-olah telah memansuhkan hadith yang diriwayatkan sebelumnya. b. Jika tidak diketahui masa kedua-dua diriwayatkan, maka digunakan kaedahkaedah yang lain untuk menentukan yang manakah akan diterima atau ditolak. c. Jika ia tidak dapat dilakukan juga, atas sebab-sebab tertentu, maka perlu bertawaqquf (berhenti). Iaitu berhenti daripada mengambil apa-apa keputusan.

107

Sama ada menerima atau pun menolak. Hadith dalam kategori ini tidak boleh diamalkan sehinggalah jelas jalan penyelesaian maksudnya yang sebenar. Bilangan Hadith Musykil adalah tidak banyak. 10.5

ْ َ

NASIKH DAN MANSUKH AL-HADITH (‫الح ِدي ِث‬

Definisi Bahasa: Berasal daripada perkataan nasakha

ُ ْ ُ َ ‫اسخ َو َمن ُس ْوخ‬ ِ ‫)ن‬

َ َ (‫ )ن َس خ‬yang bererti membatalkan,

memansuhkan. Definisi Istilah: Ilmu yang berkaitan nas syarak yang maqbul yang membatalkan nas syarak maqbul yang lain kerana faktor masa ia diriwayatkan. Yang dimaksudkan dengan definisi ini adalah apabila terdapat dua nas yang saling bercanggah isi kandungannya dan kedua-duanya tidak dapat disatukan, maka jika diketahui masa kedua-duanya diriwayatkan; iaitu yang mana satu diriwayatkan terdahulu dan yang mana satu diriwayatkan terkemudian maka hadith yang diriwayatkan terkemudian dinamakan AL-NASIKH iaitu yang membatalkan. Ia membatalkan kefahaman yang diambil daripada nas terdahulu. Nas yang terdahulu dinamakan AL-MANSUKH iaitu yang dibatalkan, iaitu yang dibatalkan kefahamannya. Ini adalah cara terbaik dalam menangani apa-apa percanggahan. Sama ada dalam urusan hadith atau dalam urusan seharian. Dalam urusan seharian contohnya. Kaedah yang sama akan dilakukan jika terdapat dua arahan yang berbeza yang saling bercanggah. Maka arahan yang terakhir yang akan digunapakai dan arahan yang awal menjadi terbatal. Terdapat beberapa sebab mengapa nasakh diperlukan dalam beberapa nas agama Islam, antaranya adalah untuk memberi keringanan kepada umat. Seperti firman Allah SWT : َۡ َ َ ُ َ َّ َ َ َ َ َ ۗ ۡ َ َ ُ َۡ َ ۡ ۡ َ َ َ ‫نس َها نأ ِت ِبخ ۡي ۬ ٍر ِّم ۡن َہٓا أ ۡو ِمث ِل َهٓا‌ أل ۡم ت ۡعل ۡم أ َّن ٱلل َه َعل ٰى ك ِ ّل ش ۡى ٍ۬ء ق ِد ٌير‬ ِ ‫ما ننسخ ِمن َءاي ٍة أو ن‬ Ertinya: Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansuhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau

108

yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu? (Surah al-Baqarah. Ayat 106). Pemansuhan bukan sahaja berlaku dalam ayat al-Quran, ia juga berlaku dalam sunnah Nabi SAW. Contohnya hadith yang diriwayatkan oleh Syaddad bin Aus yang mengatakan tukang bekam dan orang yang berbekam terbatal puasa kedua-duanya (diriwayatkan oleh Abu Daud). Ibn Abbas pula meriwayatkan bahawa Nabi SAW pernah berbekam dalam bulan puasa.

Kedua-dua

hadith

ini,

secara

zahirnya

kelihatan

sangat

bercanggah.

Percanggahan ini tidak dapat ditakwilkan. Tetapi apabila diselidiki diketahui bahawa masa hadith Ibn Abbas diriwayatkan adalah lebih terkemudian daripada hadith Syaddad bin Aus. Maka hadith Ibn Abbas dianggap memansuhkan hadith Syaddad bin Aus. Jadual 10.5: Cara mengenal hadith yang memansuhkan dan hadith yang dimansuhkan 1.

Penjelasan daripada Nabi SAW sendiri. Contohnya hadith: ‫نهيتكم عن زيارة القبور فزوروها‬ Ertinya: Dahulu aku melarang kamu daripada melawati kubur. Sekarang lawatilah ia.

2.

Pengakuan sahabat r.a.. Contohnya: ‫كان آخر األمرين من رسول هللا صلى هللا عليه و سلم ترك الوضوء مما غيرت النار‬ Ertinya: Perkara terakhir yang dilakukan Nabi SAW antara dua perkara (berwuduk dan tidak berwuduk) adalah tidak berwuduk kerana memakan daging yang dimasak.

3.

Diketahui masa ia diriwayatkan Contoh: Hadith tentang berbekam di atas.

Bilangan Hadith Nasikh dan Mansukh: Dikatakan bilangannya tidak sampai seratus buah hadith. 109

ْ َ

ْ َ

ُ ‫)غري‬ GHARIB AL-HADITH (‫ب الح ِديث‬ ِ

10.6

َ Definisi dari segi bahasa: Berasal daripada perkataan ‘gharuba’ (‫ )غ ُر َب‬yang bererti asing. Definisi dari segi istilah: Sesuatu perkataan yang kurang difahami dalam sesuatu matan hadith sebab jarang digunakan. Istilah ‘perkataan gharib’ pada sesuatu hadith adalah merujuk kepada suatu perkataan yang asing atau kurang diketahui maknanya. Perkara ini berlaku adalah disebabkan perkataan tersebut jarang digunakan pada percakapan seharian. Jika terdapat suatu perkataan yang berbentuk kurang digunakan dalam sesuatu hadith maka cara mengetahui maknanya adalah dengan merujuk kepada kamus-kamus bahasa Arab, kitab-kitab syarah hadith atau kamus khusus berkaitan perkataan asing dalam hadith (Gharib al-Hadith). Kitab-kitab Rujukan Terdapat beberapa kitab khusus tentang perkataan asing dalam hadith (Gharib al-Hadith) yang terkenal. Antaranya: 

Gharib al-Hadith oleh Ibn Qutaibah



Al-Nihayah fi Gharib al-Athar oleh Ibn Athir



Al-Faiq fi Gahrib al-Hadith oleh al-Zamakhsyari

10.7

ْ َ

ILMU ASBAB WURUD AL-HADITH (‫الح ِديث‬

ُ ‫) َأ ْس َب‬ ‫اب ُو ُر ْو ِد‬

Definisi dari segi bahasa: Asbab adalah kata jamak bagi perkataan sabab yang bererti sebab, punca. Perkataan Wurud pula berasal daripada perkataan warada (‫ َ)و َر َد‬yang bererti datang. Definisi dari segi istilah: Sebab-sebab atau kisah disebalik sesuatu hadith diucapkan atau berlaku.

110

Tidak semua hadith mempunyai sebab atau kisah disebalik ia berlaku atau diucapkan. Hanya terdapat beberapa hadith yang mempunyai perkara tersebut. Sebab-sebab tersebut dinamakan Asbab Wurud. Sabab Wurud terkadang didapati daripada hadith itu sendiri dan terkadang daripada hadith lain. Mengetahui Asbab Wurud bagi sesuatu hadith dapat membantu pada pemahaman yang lebih baik terhadap hadith itu. Namun tidak semua hadith asbab wurud itu statusnya adalah Sahih. Terdapat di antaranya yang statusnya adalah Hasan, Daif malah Maudhu’. Terkadang, terdapat setengah hadith mempunyai lebih daripada satu sebab wurud yang berbeza. Dalam keadaan ini penyelidikan perlu dilakukan untuk mengetahui yang mana satukah di antaranya yang benar-benar sabab wurudnya. Contoh : Sabda Rasulullah SAW :

‫ويل لألعقاب من النار‬ Ertinya : Neraka Wail bagi tumit-tumit (yang tidak sempurna basuhan wuduknya). (Riwayat: al-Bukhari dan Muslim) Sebab hadith ini adalah diucapkan adalah, Abdullah bin ‘Amr berkata:

، ‫أ‬gg g‫الة ونحن نتوض‬gg g‫ا الص‬gg g‫د أرهقتن‬gg g‫ا وق‬gg g‫ فأدركن‬، ‫افرناها‬gg g‫فرة س‬gg g‫لم في س‬gg g‫ه وس‬gg g‫لى هللا علي‬gg g‫بي ص‬gg g‫ا الن‬gg g‫تخلف عن‬ .‫ ويل لألعقاب من النار مرتين أو ثالث‬: ‫فجعلنا نمسح على أرجلنا فنادى بأعلى صوته‬ Ertinya : Nabi SAW di belakang kami dalam suatu perjalanan. Kami bertemu dengan air lalu kami bersegera berwuduk kerana waktu solat sudah hampir habis. Lalu kami hanya menyapu kaki-kaki kami. Rasulullah SAW bersabda dengan suara yang tinggi: “Neraka Wail bagi tumit-tumit” (yang tidak sempurna basuhan wuduknya) dua tiga kali. (Riwayat: al-Al-Bukhari dan Muslim)

111

Terdapat beberapa kitab khusus dalam perkara ini. Antaranya Kitab al-Luma’ fi Asbab Wurud al-Hadith oleh Imam al-Sayuti (wafat 911H).

RUMUSAN Di akhir topik ini, anda telah mempelajari: 

Pengertian Mukhtalaf al-Hadith adalah hadith-hadith yang bercanggah secara zahir di antara hadith dari sudut pengertiannya.



Terdapat dua pengertian bagi Musykil al-Hadith. Iaitu Hadith Maqbul yang sulit difahami atau hadith yang secara zahir pengertiannya bercanggah dengan asas-asas agama atau fakta-fakta.



Nasikh wa Mansukh al-Hadith ialah ilmu yang berkaitan nas syarie yang maqbul yang membatalkan nas syarie maqbul yang lain kerana faktor masa ia diriwayatkan.



Gharib Hadith adalah perbahasan berkaitan perkataan yang kurang difahami dalam sesuatu matan hadith disebabkan ia jarang digunakan.



Asbab Wurud maksudnya adalah sebab-sebab atau kisah di sebalik sesuatu hadith diucapkan atau berlaku.

LATIHAN 1- Apakah perbezaan skop perbahasan di antara Ilmu Dirayah dan Ilmu Riwayah? 2- Adakah Asbab Wurud mempunyai pengaruh dalam menetapkan sesuatu hokum? 3- Sila jelaskan; adakah boleh beramal dengan hadith yang bercanggah?

112

RUJUKAN

A. Irwan Santeri Doll Kawaid, Noor Najihan Jaa'far & Nurul Asiah Fasehah Muhamad. 2012. QAA 1022 Ulum Al-Hadith. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia. Abu Ghudah, Abd al-Fattah Abu Ghudah. 1984. Al-Masnu’ fi Ma’rifah al-Hadith alMaudu’. Beirut: Dar al-Salam. Abu Laith Khair Abadi. 2004. Mu`jam al-Mustalahat al-Hadithiyyah. Malaysia: Dar al Syakir. Abu Laith Khair Abadi. 2005. Ulum Hadith Asiluhu wa Mu`asiruhu. Malaysia: Dar alSyakir. Abu Syahbah, Muhammad Abu Syahbah. 1973. Al-Isra’iliyyat wa al-Maudu’at fi kutub alTafsir. Kaherah: Al-Haiah A’mmah. Ajjaj al-Khatib, Muhammad Ajjaj al-Khatib. 1981. Usul al-Hadith U’lumihi wa Mustalahihi. Dar al-Fikr. Al-Azhari, Muhammad al-Basyir. 1985. Tahdzir al-Muslimin min al-Ahadith al-Mawdhua’h. Tahkik Fawwaz Ahmad. Bairut : Dar al-Kitab al-A’rabi. al-Bukhari, Muhammad Ibn Ismail Abu Abdullah. 1987. Sahih Bukhari. Edisi ke-3. Beirut: Dar Ibn Kathir. Al-I’raqi, Abi al-Fadhl Zainuddin Abdul Rahim. 1990. Fath al-Mughis bi Syarh al-Fiah alhadith. Kaherah :Maktabah Sunnah. Al-Jurjani. 1986. Al-Ta`rifat. Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi. Al-Kannani, Ali Bin Muhammad Bin I’raq al-Kannani. 1981. Tanzih al-Syari‘ah alMarfua’h an ahadith al-Syania’h al-Mawdua’h. Beirut : Dar al-Kutub al-I’lmiah. Al-Nawawi, Mahyuddin Abu Zakaria. (t. t). Al-Sahih Muslim bi syarhi al-Nawawi. Kaherah: Dar Rayyan. Al-Nawawi, Mahyuddin Bin Syarf al-Nawawi. 1985. Al-Taqrib wa al-Taisir Li ma’rifat Sunan al-Basyar. Beirut: Dar al-Kitab.

113

Al-Qattan, Manna’ al-Qattan. 1997. Mabahith fi Ulum al-Hadith. Beirut: Muassasah alRisalah. Al-Sakhawi, Muhammad Abdul Rahman al-Sakhawi. 1985. Al-Maqasid al-Hasanah fi Bayan Kathir min al-Ahadith al-Musytahirah a’la al- Alsinah. Bairut: Dar al-Kitab. Al-Sibaei’, Mustafa al-Sibaei’. 1982. Sunnah wa

Makanatuha fi al-Tasyri’. Beirut: Al-

Maktab al-Islami. Al-Suyuti, Jalaluddin Abdul Rahman Suyuti. 1959. Tadrib al-Rawi fi sharh Taqrib alNawawi. Kahera: Dar al-Hadith. Al-Suyuti, Jalaluddin Abdul Rahman Suyuti. 1998. Al-Laali’ al-Masnu‘ah. Beirut: Dar alkutub ilmiah. Al-Tirmizi. 1980. Sunan Tirmizi. Kerachi: Matba'ah Al-Arab. Ibn al-Jawzi, Jamluddin Abu al-Faraj Abdul Rahman al-Baghdadi. 1983. al-Maudu’at. Beirut: Dar al-Fikr. Ibn Hajar, Mohd Bin Ali Bin Hajar. 1980. Fathu al-Bari bi syarh sahih al-Bukhari. Kaherah : al-Salafiah. Ibnu Majah, Muhammad bin Yazid. 2000. Sunan Ibn Majah. Beirut: Dar Ihya' al-Turath al-'Arabi.Malik ibn Anas. t.th. Muwatta`. Mesir: Dar Ihya` al-Turasth al-Arabi. Kumpulan al-Mujassimah, dinisbahkan kepada ketua mereka iaitu Muhammad b. Karam al- Sajastani. (Ibn Hajar, Abu al-Fadhl Ahmad al-Asqalani. 1986. Lisan alMizan. Beirut: Muassasah al-A’lami. Manna’ Khalil Al-Qathan. 2006. Mabahith Fi ‘Ulum al-Hadith. Kuala Lumpur: Pustaka Jiwa. Mawsili, Abu Ya'la Ahmad ibn 'Ali. 1986. Musnad Abi Ya'la Ahmad ibn 'Ali ibn alMuthanna

al-Mawsili.

Makkah

al-Mukarramah:

Maktabat

Makkah

al-

Mukarramah. Muslim, Ibn Al-Hujjaj Abu Al-Husayn Al-Kushayri Al-Naisaburi. 1984. Al-Jami' al-Sahih. Beirut: Dar Ihya' Turas al-Arabi. Syakir Ibn Manzur. 1988. Lisan al-Arab. t. th. Beirut: Dar al-Sadir.

114

Related Documents


More Documents from "AM"

Ulum Hadith
January 2021 4
03_process Description
January 2021 0
04_material Balance.docx
January 2021 1
Winners Image Pdf
March 2021 0