Unit 1 Peralatan Jahitan

  • Uploaded by: Che Din
  • 0
  • 0
  • August 2022
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Unit 1 Peralatan Jahitan as PDF for free.

More details

  • Words: 4,171
  • Pages: 31
Loading documents preview...
P erala tan Menjahi t |1

UNIT PELAJARAN 1 PERALATAN MENJAHIT

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. 2. 3. 4.

Menyenaraikan kategori peralatan menjahit. Menerangkan ciri dan fungsi peralatan menjahit. Menyenaraikan bahan jahitan. Menerangkan ciri dan kegunaan bahan menjahit.

PENGENALAN Peralatan dan bahan menjahit adalah keperluan yang sangat penting kepada tukang jahit. Pemilihan yang betul akan memberi kepuasan dalam penggunaannya yang maksimum. Penggunaan yang maksimum pula akan menghasilkan rekaan pakaian yang berkualiti.

ISI KANDUNGAN Kategori Dan Peralatan Jahitan Alatan mengukur Alatan mendraf

Alatan memotong

Kategori Peralatan Menjahit

Alatan menjahit

Alatan menanda

Alatan menekan Rajah 1.1: Kategori Peralatan Menjahit

P erala tan Menjahi t |2

Ciri Dan Fungsi Peralatan Jahitan Peralatan Mengukur CIRI

Pembaris lurus

 Pilih yang diperbuat dari plastik yang kukuh dan logam yang tidak berkarat.  Pastikan nombor dan tanda ukuran yang jelas dan tepat pada kedua bahagian  Permukaan yang licin dan rata

CIRI  Pilih yang diperbuat dari gentian kaca,fabrik dan PVC  Pastikan nombor dan tanda ukuran yang jelas dan tepat pada kedua bahagian  Kukuh dan tidak memeri  Kedua-dua hujung dikukuhkan dengan logam

KEGUNAAN  Membuat garisan lurus dengan tepat  Memastikan kedudukan ira selari  Mengukur dan menanda kerja mendraf dan penyesuaian pola  Menanda kelepet

Pita Ukur

KEGUNAAN  Mengambil ukuran badan  Mengambil ukuran lurus dan melengkung

P erala tan Menjahi t |3

Alatan Mendraf

Ciri

Lengkuk Perancis

 Pilih yang diperbuat dari plastik,kayu atau logam yang kukuh dan tidak berkarat  Mempunyai bentuk lengkungan yang elok dan permukaan rata serta tepi yang licin

Ciri

 Untuk membuat garisan melengkung seperti garis puteri, keruk lengan, garis leher dan sebagainya  Memudahkan kerja mendraf dan penyesuaian pola

Stilleto

 Diperbuat dari keluli yang tidak berkarat  Mempunyai hujung yang tajam

Ciri  Pilih yang diperbuat dari plastik yang kukuh dan logam yang tidak berkarat.  Pastikan nombor dan tanda ukuran yang jelas dan tepat pada kedua bahagian  Permukaan yang licin  Penjuru bersudut tepat

Kegunaan

Kegunaan  Untuk menanda kedudukan lisu pemadan dan kocek  Untuk membuat lubang mendatang dan lubang butang berbentuk lubang kunci

Pembaris sesiku L

Kegunaan  Membuat garis bersudut tepat  Membuat garisan lurus  Memastikan ira selari dan serong  Memudahkan kerja mendraf dan penyesuaian pola

P erala tan Menjahi t |4

Alatan Memotong Ciri  Pilih yang tajam  Diperbuat dari keluli tahan karat  Pilih yang mempunyai tangkai berbentuk melengkung  Skru yang tidak mudah longgar  Untuk mengawal kerja menggunting dengan baik pastikan tangkai mempunyai saiz yang berbeza Ciri

 Untuk menggunting fabrik

 Panjangnya 12-15cm  Mempunyai skru yang berfungsi untuk menentukan saiz lubang butang.

Kegunaan

Gunting kertas



 Pilih yang tajam  Diperbuat dari keluli tahan karat  Pilih yang mempunyai tangkai berbentuk melengkung  Skru yang tidak mudah longgar  Untuk mengawal kerja menggunting dengan baik pastikan tangkai mempunyai saiz yang berbeza Ciri

Kegunaan

Gunting fabrik

Gunting lubang butang

Untuk menggunting fabrik

Kegunaan  Khas untuk menggunting lubang butang

P erala tan Menjahi t |5 Ciri

Kegunaan

Gunting sulam

 Panjangnya 7-10cm  Diperbuat dari keluli yang tahan karat  Mempunyai hujung yang melentik untuk memudahkan menggunting bahagian berkelok

Ciri

 Digunakan semasa menyulam  Menggunting benang, lubang butang dan bahagian yang runcing

Kegunaan

Gunting gerigi

 Panjangnya 19-23cm  Pilih gunting yang tajam

CIRI

 Mentrim bahagian tepi fabrik yang tidak mudah berjerumbai.

Kegunaan

Pemotong fabrik

 Pilih yang tajam  Pilih yang mempunyai mata yang rata

 Untuk memotong fabrik pada bahagian lurus dan melengkung .

P erala tan Menjahi t |6 Ciri

Peretas

 Diperbuat dari keluli tahan karat  Panjang lebih kurang 8cm  Mata yang tajam dan mempunyai penutup

Ciri  Pilih yang tajam dan tidak mudah berkarat

Kegunaan  Untuk membuka yang tersilap  Untuk menebuk butang

Snipper

jahitan lubang

Kegunaan  Untuk menggunting benang dan lubang butang  Menggunting bahagian yang sempit dan kecil  Untuk snip kelim dan basi kelim

P erala tan Menjahi t |7

Peralatan Menanda Ciri

Roda surih

 Pilih mengikut kesesuaian fabrik  Untuk mata yang bergerigi sesuai untuk semua jenis fabrik  Untuk mata yang rata sesuai untuk fabrik nipis,halus dan berkait  Diperbuat dari keluli tahan karat  Pilih yang mempunyai roda yang mudah digerakkan Ciri

 Untuk memindahkan garis pemadan ke fabrik  Untuk memindahkan tanda dan garis lain dalam penyesuaian pola  Mesti digunakan bersama kertas karbon tukang jahit  Untuk mengelakkan kerosakan pada fabrik jangan tekan terlalu kuat.

Kapur tukang jahit

 Pilih kapur yang tidak mudah pecah  Terdapat dalam pelbagai warna dan bentuk  Pilih warna mengikut kesuaian dengan fabrik  Kapur yang diperbuat dari lilin tidak sesuai digunakan untuk semua fabrik kerana kesannya susah untuk dihilangkan Ciri

 Pilih yang tajam

 Pilih yang tidak mudah berkarat  Pilih mengikut ketebalan fabrik iaitu peniti yang halus untuk fabrik yang halus dan peniti yang pendek untuk kertas

Kegunaan

Kegunaan  Menandakan garisan gunting dan pemadan pada fabrik  Membuat dan memindahkan tanda pola pada fabrik  Sentiasa asah kapur supaya bahagian tepi sentiasa tajam dan akan menghasilkan garisan halus semasa menanda supaya tidak mengotorkan fabrik

Jarum peniti

Kegunaan  Untuk menyemat pola pada fabrik  Untuk menyemat kepingan fabrik sebelum menjahit  Digunakan semasa proses mengacu pakaian

P erala tan Menjahi t |8 Ciri  Pilih warna yang sesuai dengan warna fabrik

Kertas karbon tukang jahit

Kegunaan  Digunakan dengan pensil tukang jahit atau pensil yang tajam untuk memindahkan tanda pola ke fabrik  Untuk memindahkan motif sulaman

Alatan Menekan Ciri

Seterika kering

 Pilih yang mempunyai berat lebih kurang 2.5kg  Mempunyai pelaras suhu mengikut jenis fabrik  Mempunyai tapak penekan yang licin Ciri  Pilih yang mempunyai berat lebih kurang 2.5kg  Mempunyai pelaras suhu mengikut jenis fabrik  Mempunyai tapak penekan yang licin  Lubang wap terdapat di hujung tapak

Kegunaan  Menggosok fabrik dan pakaian  Menekan setiap proses jahitan dan bahagian pakaian  Pilih yang mudah digunakan dan dijaga

Seterika wap

Kegunaan  Menggosok fabrik dan pakaian  Menekan setiap proses jahitan dan bahagian pakaian  Pilih yang mudah digunakan dan dijaga

P erala tan Menjahi t |9 Ciri

Fusing machine

 Pilih saiz yang sesuai  Terdapat pelarasan suhu

Ciri

 Untuk meratakan permukaan proses jahitan  Untuk melekatkan lapik dalam dengan mudah dan rata  Menetapkan lisu

Press Mitt

 Pilih yang padat dan keras  Bentuk yang elok

Ciri

 Pilih yang sesuai dengan fabrik yang hendak ditekan  Cukup tebal dan tahan panas  Fabrik yang sesuai ialah fabrik kapas, satin dan muslin

Kegunaan  Untuk mengalas semasa menekan bahagian pakaian yang berbentuk dan melengkung seperti kelepet, lisu pemadan, kepala lengan dan garis puteri

Seam roll

 Pilih yang padat dan keras  Bentuk yang elok

Ciri

Kegunaan

Kegunaan  Untuk mengalas semasa menekan kelim pada bahagian yang sempit  Untuk mengalas semasa menekan kelim pada bahagian kecil dan melengkung seperti kepala lengan dan garis puteri

Fabrik menekan

Kegunaan  Melapik pakaian yang hendak ditekan seperti sulaman dan fabrik khas  Mengelakkan pakaian yang ditekan tersebut kotor, pudar dan hangus  Untuk mendapatkan hasil tekanan yang elok dan rata

P e r a l a t a n M e n j a h i t | 10 Ciri

Perenjis

 Terdapat dalam pelbagai bentuk  Pilih yang mempunyai semburan yang rata  Pilih saiz yang sesuai dan mudah untuk digunakan

Ciri

Kegunaan  Melembabkan fabrik sebelum dan semasa menekan atau menggosok

Bod menekan

 Pilih yang ketinggian boleh dilaraskan ketinggiannya  Pilih yang kukuh  Bahagian atas dibalut dengan fabrik yang tahan panas  Pilih yang kukuh

Kegunaan  Menseterika dan menekan pakaian dan proses jahitan semasa menjahit

Peralatan Menjahit Ciri  Pilih jarum yang bermutu dan tidak mudah patah  Pilih saiz yang sesuai dengan benang  Pilih saiz yang sesuai dengan fabrik seperti:  Nombor 9-12 untuk fabrik nipis  Nombor 13 untuk fabrik sederhana tebal  Nombor 14-18 untuk fabrik tebal  Pilih jarum mata bulat untuk fabrik berkait

Jarum mesin

Kegunaan  Menjahit jahitan mesin

P e r a l a t a n M e n j a h i t | 11 Ciri

Jarum tangan

 Boleh didapati pelbagai saiz iaitu dari 1-12  Untuk jahitan biasa gunakan jarum saiz 7-9  Pilih jarum yang bermutu dan tidak mudah patah  Piih yang mempunyai mata yang kecil dan berbentuk bulat

Ciri

 Menjahit jahitan sementara seperti jelujur  Menetapkan kelepet  Menjahit lubang butang kaedah manual

Jidal

 Diperbuat dari plastik atau keluli yang tidak berkarat  Pilih yang sesuai dengan jari

Ciri  Pilih jenama yang menawarkan khidmat selepas jualan  Pilih yang mempunyai alat ganti yang mudah didapati  Dibekalkan dengan buku panduan  Kepala mesin boleh disimpan  Pilih kaki yang kukuh

Kegunaan

Kegunaan  Digunakan pada jari tengah semasa menjahit untuk mengelakkan jari tercucuk jarum

Mesin jahit kaki

Kegunaan  Menjahit lurus, sulam,lubang butang, kelepet, ropol dan zip

P e r a l a t a n M e n j a h i t | 12 Ciri

Mesin jahit mudah alih

 Pilih jenama yang menawarkan khidmat selepas jualan  Pilih yang mempunyai alat ganti yang mudah didapati  Dibekalkan dengan buku panduan  Pilih mengikut keperluan pengguna  Pilih yang mempunyai lampu dan tapak pengawal Ciri

 Menjahit lurus, zig zag, sulam, butang dan lubang butang.  Menjahit zip dan kelepet menggunakan tapak khas

Mesin jahit industri

 Pilih yang boleh menghasilkan hasil jahitan yang bermutu dan berkualiti  Pilih yang mempunyai alat ganti yang mudah didapati  Dibekalkan dengan buku panduan dan mempunyai perkhidmatan selepas jualan  Pilih yang mempunyai pemotong benang automatik  Pilih yang mempunyai tapak penekan yang mudah diangkat tinggi  Pilih yang mempunyai ruang kerja yang lebar untuk memudahkan kerja menjahit Ciri  Pilih jenama yang menawarkan khidmat selepas jualan  Pilih yang mempunyai alat ganti yang mudah didapati  Dibekalkan dengan buku panduan  Pilih mesin yang dwi fungsi iaitu mengemas dan menghias

Kegunaan

Kegunaan  Menjahit lurus, zip, kedut, lisu, kun dan kelepet (menggunakan tapak khas)

Mesin pengemas tepi

Kegunaan  Mengemas tepi kelim, menghias tepi tudung dan ropol

P e r a l a t a n M e n j a h i t | 13

Bahagian Mesin Jahit Kaki Dan Fungsinya 1 2

4

3 3

10 0 11

12 13

5

14 15 6

16 66 66 66 66 6

7

8 9 Nombor 1

Gambar 1.1: Mesin jahit Tradisional Bahagian mesin

Fungsi

Tiang benang

Memegang buku benang

Skru pelaras

Mengawal tekanan tiang penekan jahitan ke atas fabrik

Tuas pemegang benang

Mengawal benang

Tuas angkat

Menaik dan menurunkan tiang penekan jahitan

Ceper penegang benang

Mengawal ketegangan mata jahitan

Gigi penolak

Untuk menolak fabrik semasa menjahit

Tapak gigi penolak

Menutup gigi penolak dan garisan pada gigi penolak dan digunakan sebagai panduan untuk menjahit lurus dan lebar basi kelim serta lebar lisu

2 3 3 4

5 6

7

P e r a l a t a n M e n j a h i t | 14

8

Tapak penekan

Menetapkan fabrik semasa menjahit dan memandu supaya jahitan lurus

Skru pemegang jarum

Memegang jarum

Roda imbang

Mengawal gerakan mesin iaitu memulakan dan memberhentikan jahitan

9

10

Mengawal gerakan jarum mesin 11

Skru pemberhenti jahitan Tayar lereng sekoci

Menjalankan pemusing gelendong semasa mengisi benang

13

Pemegang sekoci

Memegang sekoci semasa mengisi benang

14

Tali mesin

Menjalankan mesin

15

Pelaras jahitan

Melaraskan mata jahitan

16 6

Skru pemegang jarum

Memegang jarum mesin

12

P e r a l a t a n M e n j a h i t | 15

Cara Menggulung Benang Pada Gelendong Untuk Mesin Jahit Kaki

Masukkan benang pemegang benang

pada

tiang

Tarik benang dan gulungkan sedikit ke dalam gelendong

Masukkan gelendong pemegang gelendong

ke

dalam

P e r a l a t a n M e n j a h i t | 16 Tekan tuas pemusing gelendong dan pastikan skru pemberhenti jahitan dilonggarkan

Jalankan mesin untuk menggulung benang

Apabila gelendong telah penuh pemusing gelendong akan berhenti dengan sendirinya dan tuas pemusing akan terangkat

Ketatkan semula skru pemberhenti jahitan dan gunting benang

P e r a l a t a n M e n j a h i t | 17

Cara-Cara Memasang Gelendong Ke Dalam Mesin Pegang sekoci di tangan kiri dan gelendong di tangan kanan. Masukkan gelendong yang telah penuh ke dalam sekoci.

Tarik benang pada laluan benang. Sisipkan benang ke bawah spring sekoci. Tarik benang keluar pada hujung spring sekoci.

Masukkan sekoci ke dalam rumah sekoci

Tarik keluar sisip sekoci dan lepaskan sisip dan tekan sekoci ke dalam rumah sekoci dengan betul

P e r a l a t a n M e n j a h i t | 18

Memasang Benang Dan Menarik Keluar Benang Bawah Masukkan benang mengikut laluan yang ditetapkan

Masukkan benang ke dalam lubang jarum

Pegang benang atas dengan tangan kiri dan turunkan jarum ke dalam tapak gigi penolak. Tarik gelung benang keluar ke atas permukaan dengan jari.

Bawa kedua-dua benang atas dan bawah ke belakang tapak penekan jahitan. Laraskan mata jahitan yang sesuai dengan stail pakaian yang hendak dijahit. Mesin telah tersedia untuk menjahit fabrik.

P e r a l a t a n M e n j a h i t | 19

Bahan Jahitan

Fabrik Fabrik lapik dalam

Fabrik Lapis

Bahan Jahitan

Kancing

Benang

Trimin

Rajah 1.2: Bahan Menjahit

Fabrik Fabrik adalah salah satu bahan jahitan yang paling penting apabila menjahit sehelai pakaian. Pemilihan jenis fabrik yang tepat akan menghasilkan pakaian yang selesa dipakai,kelihatan menarik apabila digayakan dan berkualiti. Beberapa perkara harus dirancang sebelum memilih fabrik untuk mengelakkan pembaziran. Di antara perkara yang harus dipertimbangkan sebelum memilih fabrik ialah: Pemilihan Fabrik Aspek yang harus dititik beratkan semasa memilih fabrik ialah dari segi berat fabrik, tekstur dan ketebalan fabrik,corak fabrik haruslah sesuai dengan stail pakaian yang hendak dihasilkan  Jenis Pakaian Fabrik juga harus dipilih mengikut jenis pakaian yang hendak dihasilkan seperti pakaian sukan fabrik yang harus dipilih ialah memudahkan pergerakan, menyerap lembapan, selesa dan kukuh. Untuk pakaian seragam pula fabrik yang sesuai ialah kukuh dan selesa dipakai.

P e r a l a t a n M e n j a h i t | 20  Stail Pakaian Stail pakaian juga amat mempengaruhi pemilihan fabrik di mana pakaian yang mempunyai stail kedut lepas sesuai menggunakan fabrik yang lembut, fabrik yang tegap untuk pakaian yang mempunyai stail lisu dan stail seperti skirt kembang payung memerlukan fabrik yang mempunyai gantungan yang elok  Bentuk Badan Bentuk badan juga mempengaruhi pemilihan fabrik seperti corak fabrik yang berjalur tegak tidak sesuai untuk orang yang berbadan tinggi dan kurus dan sebaliknya corak yang berjalur melintang tidak sesuai untuk orang yang berbadan gempal. Untuk tekstur tebal dan berkilat juga tidak sesuai untuk mereka yang berbadan gempal begitu juga yang bercorak besar.  Amaun Fabrik Amaun fabrik yang diperlukan untuk menjahit sesuatu pakaian bergantung kepada ,stail pakaian, saiz pemakai, labuh pakaian, corak dan lebar fabrik  Warna Warna juga penting semasa memilih fabrik di mana ia harus disesuaikan dengan bentuk badan seperti mereka yang berbadan gempal harus memilih warna yang gelap Pilih juga warna fabrik yang boleh dipadankan dengan pakaian yang sedia ada seperti slek, skirt dan sarung.  Penjagaan Pilih fabrik yang mudah dijaga dan dikendalikan serta kukuh  Harga Pilih fabrik yang setimpal dengan harga dan kualiti serta mengikut kemampuan individu

1.2a Gambar 1.2a dan 1.2b: Fabrik bercorak

1.2b

P e r a l a t a n M e n j a h i t | 21

Fabrik Lapik Dalam Lapik dalam adalah bahan jahitan yang digunakan untuk memberi dan mengekalkan bentuk pada pakaian seperti kolar dan ikatan pinggang. Ia juga digunakan pada garis leher, keruk lengan dan lubang butang supaya fabrik menjadi kukuh dan tidak memberi.

Gambar 1.3: Lapik dalam muslin Kategori Lapik dalam

Bertenun Perlu digunting mengikut benang lungsin. Contoh muslin dan kanvas

Tanpa tenun Boleh digunting bebas kerana tidak mempunyai ira contoh vileen

Tanpa perekat

Berperekat

Dilekatkan di sebelah dalam fabrik dan dijahit dengan mesin atau dijahit tangan.Contoh lapik dalam kanvas dan voil

Dilekatkan di sebelah dalam fabrik dengan cara menekan dan mengangkat seterika menggunakan suhu yang sesuai. Contoh kanvas berperekat

P e r a l a t a n M e n j a h i t | 22

Fabrik Lapis Fabrik lapis ialah fabrik yang digunakan untuk memberi bentuk pada pakaian. Selain dari itu ia juga digunakan untuk:    

melindungi fabrik mengukuhkan fabrik dan kelim mengelakkan fabrik dari berkedut memberi drep yang elok pada pakaian menjadikan bahagian dalam pakaian kelihatan lebih kemas

Apabila memilih fabrik lapis hendaklah lebih ringan dari fabrik pakaian dan fabrik yang lembut, nipis dan licin serta bersesuaian dengan warna fabrik pakaian. Contoh fabrik lapis ialah seperti organza,lawn, muslin dan habutai

Benang

Benang juga adalah bahan jahitan yang sangat penting. Pemilihan benang haruslah berkualiti dan kukuh, mempunyai ketebalan yang serata serta tidak mudah kusut. Pilih benang warna yang bersesuaian dengan fabrik. Contoh pilih warna benang sama dengan warna utama fabrik, untuk fabrik bercorak pilih benang yang berwarna sama dengan corak.

Gambar 1.4: Benang Jahit Terdapat pelbagai jenis benang mengikut fungsi dan kesesuaiannya dengan fabrik. Tukang Jahit boleh memilih jenis-jenis benang yang sesuai dengan pakaian yang hendak dijahit. Antara jenis-jenis benang ialah:  Benang sulam iaitu benang digunakan untuk menyulam  Benang sintetik iaitu benang yang sesuai untuk kebanyakan fabrik dan kukuh  Benang kapas merserais iaitu benang yang kukuh dan berkilau dan sesuai untuk fabrik dari sumber gentian asli  Benang kenyal/elastik iaitu benang yang digunakan untuk menjahit kedut lepas dan kedut berjalur dan benang ini dililit pada gelendung dengan tangan.

Gambar 1.5: Benang Sulam

P e r a l a t a n M e n j a h i t | 23

Kancing Tujuan menjahit kancing adalah untuk memudahkan untuk menutup dan membuka belah pada pakaian. Selain dari itu ia juga digunakan sebagai hiasan pada pakaian. Apabila memilih kancing perkara yang perlu diambil perhatian ialah kancing mesti bersesuaian dengan jenis fabrik. Contoh fabrik yang tebal gunakan kancing yang besar dan kukuh manakala untuk fabrik yang nipis gunakan kancing yang lebih kecil. Dijahit pada dua lapisan fabrik untuk menjadikan kancing lebih kukuh dan sekiranya kancing dijahit pada selapis fabrik ia perlu diletakkan fabrik pengukuh. Selain itu kancing perlu dijahit di dalam keadaan seimbang, kukuh dan rata. Pelbagai jenis kancing boleh didapati dan boleh dipilih mengikut kesesuaian pengguna. Antara jenis-jenis kancing ialah: Butang  Butang katup  Zip  Cangkuk dan mata  Cangkuk dan palang  Gancu  Velcro Butang Terdapat dua jenis butang iaitu butang bertangkai dan butang tak bertangkai. Di antara perkara yang harus dipertimbangkan semasa memilih butang ialah: - Pilih butang yang bersesuaian dengan stail pakaian. Contoh butang kepala lalat untuk baju cheongsam - Pilih butang yang sesuai dengan fabrik

Gambar 1.6a: Butang

Gambar 1.6b: Butang Bertangkai

Butang Katup Kancing ini tidak sesuai digunakan pada bahagian pakaian yang mempunyai tarikan kerana ia kurang kukuh. Ia sesuai digunakan pada bahagian belah bertindih. Terdapat tiga jenis butang katup iaitu yang diperbuat dari logam dan nikel, logam enamel hitam dan nilon

P e r a l a t a n M e n j a h i t | 24 Zip Zip adalah jenis kancing yang boleh digunakan pada pakaian dan juga pada artikel rumah tangga. Terdapat pelbagai saiz dan warna dan lebih tahan lama. Terdapat dua jenis zip iaitu diperbuat dari nilon dan logam. Faktor yang perlu dipertimbangkan semasa memilih zip ialah:  Pilih zip yang sesuai dengan jenis fabrik  Pilih saiz yang sesuai dengan stail pakaian  Pilih warna yang sesuai dengan fabrik  Pilih yang sesuai dengan kedudukan zip pada pakaian

Gambar 1.7: Zip Cangkuk Dan Mata

Cangkuk dan mata adalah kancing yang kukuh dan boleh didapati daripada logam nikel dan logam enamel hitam. Cangkuk dan mata terdapat pelbagai saiz dan boleh disesuaikan dengan jenis fabrik seperti fabrik nipis untuk bersaiz kecil dan tebal yang bersaiz besar. Terdapat dua jenis mata yang terdiri dari mata logam dan mata ulat-ulat.

Gambar 1.8: Cangkuk dan mata

P e r a l a t a n M e n j a h i t | 25 Cangkuk Dan Palang Jenis kancing ini adalah yang paling kukuh dan biasa digunakan pada ikatan pinggang dan tali pinggang.

Gambar 1.9: Cangkuk dan palang Gancu Kancing ini biasa digunakan untuk tali pinggang dan tali hias. Boleh didapati dari pelbagai saiz dan bentuk. Diperbuat dari plastik,logam,kayu, kulit dan sebagainya.

Velcro Diperbuat dari pita nilon dan mempunyai dua bahagian iaitu permukaan yang bergelung halus dan bahagian yang bersirat Trimin Trimin ialah bahan yang digunakan sebagai hiasan rumahtangga.Terdapat pelbagai jenis trimin di pasaran

Trimin Pita jalur serong tepat

pada pakaian dan artikel

Keterangan  Jenis fabrik hendaklah sesuai dengan fabrik pakaian  Warna yang sama dengan fabrik pakaian dan sekiranya hendak dijadikan sebagai hiasan gunakan fabrik yang kontra  Sesuai digunakan pada bahagian melengkung

P e r a l a t a n M e n j a h i t | 26 Pita sika sika

 Terdapat dari pelbagai saiz dan warna  Pilih warna yang sama atau kontra dengan fabrik  Boleh dijahit pada tepi kelepet, sama ada dijahitrata pada fabrik atau sebagai kun alur

Renda

 Pilih yang sesuai dengan dengan fabrik dan stail pakaian.  Digunakan untuk menyudahkan tepi fabrik atau disisipkan antara dua kepingan kain  Diperbuat dari gentian kapas dan nilon dan dibina dengan cara yang berikut iaitu disulam, ditenun, dikait atau kroset

Tali pintal

 Diperbuat dari gentian kapas atau gentian nilon.  Boleh dibuat kun alur tali pintal atau disusup dalam kasing  Boleh didapati dalam berbagai warna dan saiz dari 3mm hingga 25 mm lebar

P e r a l a t a n M e n j a h i t | 27

RINGKASAN 1. Peralatan dan bahan jahitan yang betul digunakan akan menghasilkan jahitan yang kemas dan berkualiti. 2. Peralatan menjahit perlu dijaga dan simpan dengan cara yang betul untuk memastikan jangka hayat berpanjangan dan boleh digunakan dalam keadaan yang sempurna.

PETA KONSEP KATEGORI DAN PERALATAN MENJAHIT

Peralatan Manjahit

Bahan Menjahit

Alatan mengukur

Fabrik

Alatan memotong

Benang

Alatan mendraf

Fabrik lapik

Alatan menanda

Fabrik lapik dalam

Alatan menekan

1. Fabrik lapik dalam Kancing Trimin

KATA KUNCI 1.

Kategori peralatan menjahit

8.

Fabrik

2.

Alatan mengukur

9.

Benang

3.

Alatan memotong

10. Fabrik lapik

4.

Alatan mendraf

11. Fabrik lapik dalam

5.

Alatan menanda

12. Kancing

6.

Alatan menekan

13. Trimin

7.

Bahan jahitan

P e r a l a t a n M e n j a h i t | 28

PENILAIAN KENDIRI 1 2

4

3 3

10 0 11

12 13

5

14 15 6

16 66 66 66 66 6

7

8 9

Gambar 1.10: Mesin jahit Tradisional

1. Rajah 1.10 menunjukkan mesin jahit tradisional. Namakan setiap bahagian yang berlabel dan terangkan fungsi setiap bahagian.

1. Anda dikehendaki menyediakan kepingan fabrik berukuran kertas A4 dan jahit kepingankepingan fabrik tersebut dengan bentuk-bentuk berikut menggunakan mesin jahit tradisional.

a)

P e r a l a t a n M e n j a h i t | 29

b)

c)

P e r a l a t a n M e n j a h i t | 30

RUJUKAN Azmawati Abdul Aziz. (2009). Pola Pakaian, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Selangor Darul Ehsan : Dewan Bahasa dan Pustaka. Azmawati Abdul Aziz, Lamah Abdul Ghani & Zaitun Zakiah. (2002). Pengajian Pakaian Tingkatan 4, Kuala Lumpur: Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia. Faudziah Md Din, Nor Hababiah Hassan & Zahrah Esa (2002). Pengajian Pakaian Tingkatan 5, Kuala Lumpur: Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia. Mariam Abu Bakar. (2004). Panduan Membuat Pakaian, Petaling Jaya. Karya Bistari Sdn. Bhd. Rosli Ibrahim & Salomah Ahmad. (2007). Ekonomi Rumah Tangga, Manual Lanjutan KHB, Selangor Darul Ehsan : Sasbadi Sdn Bhd. Susan Manikam. (1988). Sains Rumahtangga SRP, Johor Bahru. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Wong Siew Foong, Fatimah Binti Jailani, Vickneswary a/p Sithamparappillai. (2002). Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4, Batu Pahat. Zeti Enterprise. Zaitun Zakiah & Norzaini Abdul Ghani. (2006). Membuat Pakaian, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Selangor Darul Ehsan : Dewan Bahasa dan Pustaka.

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS 1. Nombor 1

Bahagian mesin

Fungsi

Tiang benang

Memegang buku benang

Skru pelaras

Mengawal tekanan tiang penekan jahitan ke atas fabrik

Tuas pemegang benang

Mengawal benang

Tuas angkat

Menaik dan menurunkan tiang penekan jahitan

Ceper penegang benang

Mengawal ketegangan mata jahitan

Gigi penolak

Untuk menolak fabrik semasa menjahit

2 3 3 4

5 6

P e r a l a t a n M e n j a h i t | 31 Tapak gigi penolak 7

8

Tapak penekan

Menutup gigi penolak dan garisan pada gigi penolak dan digunakan sebagai panduan untuk menjahit lurus dan lebar basi kelim serta lebar lisu Menetapkan fabrik semasa menjahit dan memandu supaya jahitan lurus

Skru pemegang jarum

Memegang jarum

Roda imbang

Mengawal gerakan mesin iaitu memulakan dan memberhentikan jahitan

9

10

Mengawal gerakan jarum mesin 11

Skru pemberhenti jahitan Tayar lereng sekoci

Menjalankan pemusing gelendong semasa mengisi benang

13

Pemegang sekoci

Memegang sekoci semasa mengisi benang

14

Tali mesin

Menjalankan mesin

15

Pelaras jahitan

Melaraskan mata jahitan

16 6

Skru pemegang jarum

Memegang jarum mesin

12

Related Documents

Unit-1
January 2021 7
Unit 1
February 2021 3
Gpr Peralatan
March 2021 0
Unit 1 (1).docx
February 2021 3
Unit 1 Management
January 2021 1

More Documents from "Suhail Ahmed"

Shake And Bake Aaaa
March 2021 0
Answerkey-crypto.pdf
February 2021 0
Penawaran Bator.pdf
February 2021 1
February 2021 2