Wacana Deskriptif Dan Wacana Lain

  • Uploaded by: Paklong Cikgu
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Wacana Deskriptif Dan Wacana Lain as PDF for free.

More details

  • Words: 2,704
  • Pages: 13
Loading documents preview...
Topik

8

Wacana Deskriptif dan Wacana Lain

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menghuraikan konsep wacana deskriptif;

2.

Menjelaskan maksud deskriptif secara menyeluruh;

3.

Membincangkan beberapa maksud wacana lain;

4.

Menilai penggunaan wacana deskriptif dalam penulisan; dan

5.

Membincangkan kepentingan wacana-wacana lain dalam penulisan.

PENGENALAN Topik 8 ini akan mengupas konsep-konsep wacana deskriptif. Selain itu, topik ini turut menyatakan pelbagai maksud dan definisi deskriptif wacana lain. Akhir sekali, topik ini akan membincangkan penggunaan deskriptif dan kepentingan wacana-wacana lain dalam penulisan.

8.1

WACANA DESKRIPTIF

Subtopik ini menerangkan pengertian wacana deskriptif.

124

8.1.1

TOPIK 8 WACANA DESKRIPTIF DAN WACANA LAIN

Pengertian Wacana Deskriptif

Terdapat pelbagai definisi wacana deskriptif. Di dalam pengertian linguistik, wacana deskriptif adalah kesatuan makna (semantis) antara bahagian dalam sesuatu binaan bahasa. Oleh sebab itu, wacana deskriptif berfungsi sebagai kesatuan makna dan dilihat sebagai pembina bahasa yang utuh. Hal ini demikian kerana setiap bahagian dalam wacana tersebut adalah saling berhubungan dan padu kedudukannya. Selain dibina atas hubungan makna antara satuan bahasa, wacana deskriptif juga terikat dengan konteks. Konteks dapat membezakannya dengan wacana lain yang digunakan dalam pemakaian bahasa bagi komunikasi dan bukan komunikasi. Menurut Ann (1995) wacana deskriptif adalah komunikasi kebahasaan yang terlihat sebagai interaksi antara penutur dengan pendengar, juga sebagai aktiviti personal, iaitu bentuknya ditentukan oleh tujuan sosial. Sedangkan Dk. Zunainah Pg. Aliuddin (2002) mengemukakan pendapat bahawa wacana deskriptif adalah komunikasi lisan dan tulisan yang dilihat daripada penghayatan, nilai dan kategori dalamannya. Beliau juga melihat wacana deskriptif sebagai bidang daripada semua pernyataan. Kadangkala juga wacana tersebut dikenali sebagai kelompok pernyataan atau praktik kebiasaan yang dilihat daripada sejumlah pernyataan. Pendapat yang lebih jelas lagi dikemukakan oleh Harun Aminurrashid (2001) yang memaparkan:

Wacana deskriptif sebagai rentetan kalimat yang berkaitan serta menghubungkan satu proposisi dengan satu proposisi lain atau membentuk satu kesatuan, sehingga wujud makna yang serasi antara kalimat-kalimat itu. Selanjutnya dijelaskan pula bahawa wacana deskriptif merupakan kesatuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar atas kalimat atau klausa dengan koheren dan kohesi yang tinggi yang berkesinambungan serta mampu mempunyai permulaan dan kesimpulan jelas yang disampaikan secara lisan dan bertulis. Harimurti Kridalaksana (1982) memberikan penjelasan lebih sederhana tentang wacana deskriptif, iaitu cara objek atau idea dibincangkan secara terbuka kepada awam sehingga menimbulkan pemahaman tertentu yang tersebar luas. Harimurti merujuk kepada pendapat Ann (1995) yang memberikan ulasannya, iaitu wacana deskriptif dapat dilihat daripada tahap teoritikal konseptual, konteks penggunaan dan kaedah penjelasan. Wacana deskriptif diertikan sebagai domain daripada semua pernyataan, iaitu semua ujaran atau teks yang mempunyai makna dan mempunyai kesan dalam dunia nyata. Wacana deskriptif menurut konteks penggunaannya merupakan sekumpulan pernyataan yang dapat dikelompokkan dalam kategori teoritikal

TOPIK 8 WACANA DESKRIPTIF DAN WACANA LAIN

! 125

konseptual tertentu. Dari segi kaedah penjelasannya, wacana deskriptif merupakan suatu praktik yang diatur untuk menjelaskan sejumlah pernyataan. Daripada huraian di atas, jelaslah bahawa wacana deskriptif merupakan suatu pernyataan atau rangkaian pernyataan, sama ada dinyatakan secara lisan mahupun tulisan serta memiliki hubungan makna antara satuan bahasa dan terikat kepada konteks. Oleh yang demikian, apapun bentuk pernyataan yang disalurkan melalui kepelbagaian media, makna konteks dikatakan sebagai sebuah wacana deskriptif.

AKTIVITI 8.1 Bincangkan pengertian wacana deskriptif.

8.2

WACANA-WACANA LAIN

Sekarang, mari kita lihat pula wacana-wacana lain dan pengertiannya.

8.2.1

Wacana-wacana Lain dan Pengertiannya

Leman Ahmad (1984) mengklasifikasikan wacana lain berdasarkan fungsi bahasa seperti dijelaskan berikut: Wacana ekspresif wacana ini bersumberkan gagasan penutur atau penulis sebagai saranan ekspresi, seperti pidato. Wacana fatis komunikasi.

wacana ini bersumberkan saluran untuk melancarkan

Wacana informasi wacana ini bersumberkan pesanan atau informasi, seperti berita dalam media massa. Wacana estetik wacana ini bersumberkan pesanan dengan tekanan keindahan, seperti puisi dan lagu. Wacana direktif wacana ini diarahkan pada tindakan atau reaksi daripada mitra penutur atau pembaca, seperti khutbah. Berdasarkan saluran komunikasi, wacana lain dapat dibezakan kerana ianya adalah wacana lisan dan tulisan. Wacana lisan memiliki ciri tertentu, iaitu adanya penutur dan mitra penutur bahasa yang dituturkan serta pertukaran pertuturan yang bermula daripada giliran bicara. Sedangkan wacana tulisan

126

TOPIK 8 WACANA DESKRIPTIF DAN WACANA LAIN

dicirikan menerusi kewujudan penulis dan pembaca, bahasa yang ditulis dan penerapan sistem ejaan. Wacana lain juga dapat dibezakan berdasarkan cara pemaparannya, iaitu yang terdiri daripada wacana naratif, ekspositoris, hortatoris dan prosedural. Contoh Wacana Informasi Berdasarkan Pernyataan (a)

Nikmat Buah Naga Warga keturunan Tionghoa beranggapan bahawa buah naga membawa berkat. Tidak menghairankan jika buah naga diletakkan di antara dua ekor patung naga hijau, selain keletakannya di atas meja altar. Buah naga yang sudah matang warnanya adalah merah menyala. Di Vietnam, thang loy (buah naga) atau dragon fruit memiliki khasiat untuk kesihatan. Dalam beberapa pameran buah-buahan, buah naga dipromosikan sebagai penyeimbang kadar gula dalam darah, pencegah kolesterol tinggi dan barah usus. Tanaman ini dapat menurunkan kadar gula dalam darah pesakit diabetes yang bergantung pada insulin. Selain itu, buah naga menurunkan kadar lemak dan kolesterol darah. Buah naga adalah pucuk tunas cabang kaktus prickly pear, opuntia ficusindica yang masih pipih seperti daun. Setelah dibuang duri dan tunas daunnya, pucuk pokok buah naga boleh dimasak, termasuk dijadikan salad. Walaupun nilai gizinya sama dengan jenis-jenis sayuran lain, seperti daun selada (90% air, 3-7% karbohidrat dan 13% mineral, terutama kalsium), buah naga merupakan sumber beta karoten (18-30mg tiap 100g bobot sayuran) dan vitamin C (10-18mg tiap 100g bobot sayur). Kandungan inilah yang membantu penjagaan kesihatan orang Indian Amerika Selatan dan Mexico.

(b)

Khasiat Buah Naga (i)

Mujarab menurunkan kolesterol dan kadar lemak;

(ii)

Untuk penyeimbang kadar gula dalam darah, pencegah barah seperti barah usus dan pelindung kesihatan mulut;

(iii) Pencegah pendarahan dan ubat keluhan keputihan;

TOPIK 8 WACANA DESKRIPTIF DAN WACANA LAIN

! 127

(iv) Menguatkan fungsi ginjal dan tulang, menguatkan daya kerja otak dan meningkatkan ketajaman mata; (v)

Mengubati sembelit, hipertensi dan bertindak sebagai bahan kosmetik seperti memperhalus kulit wajah; dan

(vi) Meningkat daya tahan.

SEMAK KENDIRI 8.1 1.

Bincangkan pengertian beberapa wacana lain.

2.

Mengapakah wacana deskriptif penting dalam penulisan?

8.3

APLIKASI DALAM PENGAJARAN PENULISAN

Sekarang, mari kita lihat aplikasi dalam pengajaran penulisan.

8.3.1

Wacana Deskriptif dan Wacana-wacana Lain dalam Pengajaran Penulisan Sekolah Rendah dan Menengah

Setiap wacana memiliki tema atau sebab. Tema merupakan hal yang diceritakan sepanjang isi wacana. Tema menjadi acuan atau ruang lingkup supaya isi wacana menjadi teratur, terarah dan tidak menyimpang. Sebelum menulis wacana, seseorang harus terlebih dahulu menentukan tema, setelah itu barulah tujuan. Tujuan adalah berkaitan dengan bentuk atau model isi wacana. Tema wacana akan diungkapkan dalam corak atau jenis tulisan seperti bergantung pada tujuan dan keinginan si penulis. Setelah menetapkan tujuan, penulis akan membuat kerangka penulisan berdasarkan topik-topik yang merupakan penghayatan daripada tema. Topik-topik disusun secara sistematik. Ini adalah supaya penulisan mempunyai arah dengan memperlihatkan pembahagian unsur-unsur yang berkaitan dengan tema. Dengan itu, penulis dapat mengadakan berbagai-bagai perubahan susunan yang menuju kepada pola sempurna. Penyediaan kerangka penulisan sangat dianjurkan sebelum penulisan, terutamanya bagi permulaan.

128

TOPIK 8 WACANA DESKRIPTIF DAN WACANA LAIN

Kerangka wacana penulisan bermanfaat sebagai: (i)

Pedoman supaya penulisan dapat teratur dan terarah.

(ii)

Menggambarkan pola susunan dan kaitan antara pemikiran pokok / topik.

(iii) Membantu penulis melihat adanya pokok kebahasaan yang menyimpang daripada topik dan adanya pemikiran pokok yang sama. (iv) Menjadikan gambaran secara umum tentang struktur idea penulisan untuk membantu pengumpulan bahan-bahan yang diperlukan. Kaedah penyusunan kerangka wacana penulisan supaya efektif adalah seperti berikut: (i)

Menentukan tema / topik penulisan.

(ii)

Menghayati tema dalam topik-topik / subtema.

(iii) Mengembangkan topik-topik menjadi subtopik. (iv) Mengintegrasikan beberapa subtopik. (v)

Menyelaraskan topik dan subsubtopik.

(vi) Menentukan pola pengembangan bagi penulisan. Kerangka wacana penulisan dapat ditulis dalam dua bentuk, iaitu seperti berikut: (i)

Kerangka kalimat adalah kerangka penulisan yang disusun dalam bentuk

(ii)

kalimat-kalimat lengkap yang menggarap idea-idea pokok bagi penulisan.

(iii) Kerangka topik adalah kerangka penulisan yang digarap dalam bentuk frasa dan klausa sehingga kelihatan lebih praktikal. Contoh kerangka kalimat: Membuka rangkaian kafe siber di tengah-tengah perkembangan teknologi informasi. Penggunaan internet menjadi kegilaan remaja dan anak sekolah. Contoh kerangka topik: Jalur utara. Jalur selatan. Kesesakan lalu lintas dan usaha pencegahannya.

TOPIK 8 WACANA DESKRIPTIF DAN WACANA LAIN

! 129

Berdasarkan bentuk atau jenisnya, wacana dibezakan menjadi narasi dan eksposisi: (a)

Narasi Narasi adalah cerita yang berdasarkan kepada urutan suatu kejadian atau peristiwa. Narasi berupa fakta, misalnya biografi (riwayat seseorang), riwayat hidup seseorang yang ditulisnya sendiri atau kisah pengalaman. Narasi seperti ini disebut dengan narasi ekspositoris. Narasi boleh juga berupa cerita khayal/fiksi atau rekaan seperti yang biasanya terdapat dalam cerita novel atau cerpen. Narasi ini disebut dengan narasi imajinatif. Unsur-unsur penting dalam sebuah narasi adalah: (i)

Kejadian

(ii)

Tokoh

(iii) Konflik (iv) Alur / plot (v)

Latar yang terdiri atas latar waktu, tempat dan suasana

Narasi dihuraikan dalam bentuk penceritaan yang ditandakan oleh adanya huraian secara kronologis (urutan waktu). Penggunaan kata hubung yang menyatakan waktu atau urutan, seperti lalu, selanjutnya, keesokan harinya, atau setahun kemudian kerap digunakan. Tahap penulisan narasi adalah seperti berikut: Penentuan tema cerita; Penentuan tujuan; Pengklasifikasian topik atau gagasan pokok; Penyusunan gagasan pokok supaya menjadi kerangka penulisan secara kronologis atau urutan waktu; dan Pengembangan kerangka penulisan. Kerangka penulisan yang bersifat naratif dapat dikembangkan dengan pola urutan waktu. Penyajian berdasarkan urutan waktu adalah urutan yang didasarkan pada tahap-tahap peristiwa atau kejadian. Pola urutan waktu sering digunakan dalam cerpen, novel cinta, kisah perjalanan, cerita sejarah dan sebagainya.

130

TOPIK 8 WACANA DESKRIPTIF DAN WACANA LAIN

Contoh: perjalanan menuju ke kota tiba ke destinasi (b)

Eksposisi Contoh: Kejadian yang menggelikan hati, sekali gus menegangkan situasi pada pertengahan bulan Julai 2008 adalah pada ketika saya baru masuk bekerja di sebuah klinik yang terletak di daerah Sitiawan, Perak sehingga memakan masa lebih kurang 45 minit untuk bertolak dari rumah.

AKTIVITI 8.2 AKTIVITI 8.2 Berikan ulasan tentang empat wacana lain.

Langkah dalam tahap penulisan eksposisi: (i)

Menentukan objek pengamatan.

(ii)

Menentukan tujuan dan pola eksposisi.

(iii) Mengumpulkan data atau bahan. (iv) Menyusun kerangka penulisan. (v)

Mengembangkan kerangka penulisan.

Pengembangan kerangka penulisan berbentuk eksposisi yang berpolakan penyampaian adalah seperti berikut: Urutan topik yang ada: Pola urutan ini berkaitan dengan penyebutan bahagian-bahagian bagi sesuatu benda, hal atau peristiwa tanpa mengecualikan perkara yang terpenting. Semua bahagian dianggap bernilai sama. Urutan klimaks dan antiklimaks: Pola persembahan dimulai daripada hal yang mudah / sederhana menuju kepada hal yang semakin penting atau puncak peristiwa dan sebaliknya bagi antiklimaks.

TOPIK 8 WACANA DESKRIPTIF DAN WACANA LAIN

! 131

SEMAK KENDIRI 8.2 1.

Tunjukkan tiga contoh ringkas wacana deskriptif dalam satu perenggan.

2.

Tunjukkan tiga contoh ayat yang menunjukkan tiga wacana lain dalam dua perenggan.

Beberapa definisi dan pendapat daripada pakar-pakar bahasa tentang wacana deskriptif. Dalam pengertian linguistik, wacana deskriptif adalah kesatuan makna (semantik) antara bahagian dalam sesuatu binaan bahasa. Wacana deskriptif berfungsi sebagai kesatuan makna dan dilihat sebagai pembina bahasa yang utuh. Hal ini demikian kerana setiap bahagian dalam wacana tersebut saling berhubungan dan padu kedudukannya. Selain dibina atas hubungan makna antara satuan bahasa, wacana deskriptif juga terikat dengan konteks. Kontekslah yang dapat membezakannya dengan wacana lain yang digunakan dalam pemakaian bahasa komunikasi dan bahasa yang bukan untuk tujuan komunikasi. Wacana deskriptif adalah komunikasi kebahasaan yang terlihat sebagai pertukaran antara penutur dengan pendengar, juga sebagai aktiviti personal, iaitu bentuknya ditentukan oleh tujuan sosial. Wacana deskriptif adalah komunikasi lisan dan tulisan yang dilihat daripada penghayatan, nilai dan kategori dalamannya. Wacana deskriptif juga sebagai bidang daripada semua pernyataan. Kadangkala turut dikenali sebagai kelompok pernyataan atau praktik kebiasaan dan dilihat daripada sejumlah pernyataan. Wacana deskriptif sebagai cara objek atau idea dibincangkan secara terbuka kepada awam sehingga menimbulkan pemahaman tertentu yang tersebar luas. Wacana deskriptif dapat dilihat daripada tahap teoritikal konseptual, konteks penggunaan dan kaedah penjelasan. Wacana deskriptif diertikan sebagai domain daripada semua pernyataan, iaitu semua ujaran atau teks yang mempunyai makna dan kesan dalam dunia nyata. Wacana deskriptif menurut konteks penggunaannya merupakan

132

TOPIK 8 WACANA DESKRIPTIF DAN WACANA LAIN

sekumpulan pernyataan yang dapat dikelompokkan dalam kategori teoritikal konseptual tertentu. Menurut kaedah penjelasannya, wacana deskriptif merupakan suatu praktik yang diatur untuk menjelaskan sejumlah pernyataan. Wacana deskriptif merupakan suatu pernyataan atau rangkaian pernyataan yang dinyatakan secara lisan ataupun tulisan serta memiliki hubungan makna antara satuan bahasanya serta terikat kepada konteks. Dengan demikian, apapun bentuk pernyataan yang disalurkan melalui pelbagaian media, makna konteks dikatakan sebagai sebuah wacana deskriptif. Klasifikasi wacana lain berdasarkan fungsi bahasa, seperti dijelaskan berikut: (a)

Wacana ekspresif wacana ini bersumberkan gagasan penutur atau penulis sebagai saranan ekspresi, seperti wacana pidato.

(b)

Wacana fatis komunikasi.

(c)

Wacana informasi wacana ini bersumberkan pesanan atau informasi, seperti wacana berita dalam media massa.

(d)

Wacana estetik wacana ini bersumberkan pesanan dengan tekanan keindahan, seperti wacana puisi dan lagu.

(e)

Wacana direktif wacana ini diarahkan pada tindakan atau reaksi daripada mitra penutur atau pembaca, seperti wacana khutbah.

wacana ini bersumberkan saluran untuk melancarkan

Berdasarkan saluran komunikasi, wacana lain dapat dibezakan atas wacana lisan dan tulisan. Wacana lisan memiliki ciri, iaitu adanya penutur dan mitra penutur bahasa yang dituturkan serta pertukaran pertuturan dengan bermula daripada giliran bicara. Wacana tulisan dicirikan dengan adanya penulis dan pembaca, bahasa yang ditulis dan penerapan sistem ejaan. Wacana lain juga dapat dibezakan berdasarkan cara pemaparannya, iaitu yang terdiri daripada wacana naratif, wacana ekspositoris, wacana hortatoris dan wacana prosedural. Setiap wacana memiliki tema sebab. Tema merupakan hal yang diceritakan sepanjang isi wacana. Tema menjadi acuan atau ruang lingkup agar isi wacana teratur, terarah dan tidak menyimpang. Sebelum menulis wacana, seseorang harus terlebih dahulu menentukan tema, setelah itu barulah tujuan. Tujuan ini berkaitan dengan bentuk atau model isi wacana. Tema wacana akan diungkapkan dalam corak atau jenis tulisan seperti bergantung pada tujuan dan keinginan si penulis.

TOPIK 8 WACANA DESKRIPTIF DAN WACANA LAIN

! 133

Kerangka penulisan bermanfaat adalah seperti berikut: (a)

Pedoman agar penulisan dapat teratur dan terarah.

(b)

Menggambarkan pola susunan dan kaitan antara pemikiran pokok / topik.

(c)

Membantu penulis melihat adanya pokok kebahasaan yang menyimpang daripada topik dan adanya pemikiran pokok yang sama.

(d)

Menjadikan gambaran secara umum tentang struktur idea penulisan sehingga membantu pengumpulan bahan-bahan yang diperlukan.

Kaedah penyusunan kerangka penulisan supaya efektif, iaitu seperti berikut: (a)

Menentukan tema/topik penulisan.

(b)

Menghayati tema dalam topik-topik/subtema.

(c)

Mengembangkan topik-topik menjadi subtopik.

(d)

Mengintegrasikan beberapa subtopik.

(e)

Menyelaraskan topik dan subsubtopik.

(f)

Menentukan pola pengembangan penulisan.

Kerangka Penulisan dapat ditulis dalam dua bentuk, iaitu seperti berikut: (a)

Kerangka kalimat adalah kerangka penulisan yang disusun dalam bentuk kalimat lengkap yang menggarap idea-idea pokok penulisan.

(b)

Kerangka topik adalah kerangka penulisan yang digarap dalam bentuk frasa dan klausa sehingga tampak lebih praktik.

Narasi adalah cerita yang didasarkan pada urutan suatu kejadian atau peristiwa. Narasi dapat berupa fakta, misalnya biografi (riwayat seseorang), riwayat hidup seseorang yang ditulisnya sendiri atau kisah pengalaman. Narasi seperti ini disebut dengan narasi ekspositoris. Unsur-unsur penting dalam sebuah narasi adalah: (a)

Kejadian

(b)

Tokoh

(c)

Konflik

(d)

Alur / plot

(e)

Latar yang terdiri atas latar waktu, tempat dan suasana.

Narasi dihuraikan dalam bentuk penceritaan yang ditandakan oleh adanya huraian secara kronologis (urutan waktu). Penggunaan kata hubung yang

134

TOPIK 8 WACANA DESKRIPTIF DAN WACANA LAIN

menyatakan waktu atau urutan, seperti lalu, selanjutnya, keesokan harinya, atau setahun kemudian kerap digunakan. Tahap menulis narasi, iaitu sebagai berikut: (a)

Menentukan tema cerita.

(b)

Menentukan tujuan.

(c)

Mendaftarkan topik atau gagasan pokok.

(d)

Menyusun gagasan pokok menjadi kerangka penulisan.

(e)

Secara kronologis atau urutan waktu.

(f)

Mengembangkan kerangka menjadi penulisan.

Kerangka penulisan yang bersifat naratif dapat dikembangkan dengan pola urutan waktu. Penyajian berdasarkan urutan waktu adalah urutan yang didasarkan pada tahap-tahap peristiwa atau kejadian. Pola urutan waktu ini sering digunakan pada cerpen, novel, cinta, kisah perjalanan, cerita sejarah dan sebagainya. Tahap penulisan eksposisi: (a)

Menentukan objek pengamatan

(b)

Menentukan tujuan dan pola eksposisi

(c)

Mengumpulkan data atau bahan

(d)

Menyusun kerangka penulisan

(e)

Mengembangkan kerangka menjadi penulisan

Pengembangan kerangka penulisan berbentuk eksposisi yang berpolakan penyampaian berikut: (a)

Urutan topik yang ada: Pola urutan ini berkaitan dengan penyebutan bahagian-bahagian bagi sesuatu benda, hal atau peristiwa tanpa mengecualikan yang terpenting. Semua bahagian dianggap bernilai sama.

(b)

Urutan klimaks dan antiklimaks: Pola persembahan dimulai dari hal yang mudah / yang sederhana menuju kepada hal yang semakin penting atau puncak peristiwa dan sebaliknya bagi antiklimaks.

TOPIK 8 WACANA DESKRIPTIF DAN WACANA LAIN

! 135

Informasi

Rentetan Kalimat

Kerangka Wacana

Satuan Bahasa

Kesatuan Makna

Tema

Komunikasi

Teoritikal Konseptual

Komunikasi Kebahasaan

Terarah

Pola

Teratur

Praktik Kebiasaan

Urutan Klimaks dan Antiklimaks

Ann, M. Martin. (1995). The baby sitters club. New York: Scholastic Inc. Dk. Zunainah Pg. Aliuddin. (2002). Tautan dalam cerpen: Pelabuhan Senja. Latihan Ilmiah. Universiti Brunei Darussalam. Harimurti Kridalaksana. (1982). Kamus linguistik. Jakarta: P.T. Gramedia. Harun Aminurrashid (2001). Sinar baru. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka. Leman Ahmad (1984). Air biru ombak biru. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Related Documents

Keutuhan Wacana
March 2021 0
Wacana Penulisan
January 2021 0
Wacana Penulisan
January 2021 0
Keutuhan Wacana
March 2021 0

More Documents from "Matthew"