09 - Kpd3016 & Kpd3026 - Unit 5 Modul 2 Pendekatan Berstruktur

  • Uploaded by: Zuraida Ariff
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 09 - Kpd3016 & Kpd3026 - Unit 5 Modul 2 Pendekatan Berstruktur as PDF for free.

More details

  • Words: 4,427
  • Pages: 16
Loading documents preview...
P e m b e l a j a r a n K o o p e r a t i f : P e n d e k a t a n B e r s t r u k t u r | 58

UNIT 5 PEMBELAJARAN KOOPERATIF: PENDEKATAN BERSTRUKTUR HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Membezakan antara maksud struktur dengan konten dan aktiviti 2. Membandingbezakan pendekatan berstruktur dengan pendekatan tradisional soaljawab keseluruhan kelas (tradisional whole-class question-answer approach) dari segi pola interaksi (interaction patterns). 3. Membincangkan empat prinsip yang menjadi tunjang kepada Struktur Kagan. 4. Menyatakan langkah-langkah utama untuk sekurang-kurangnya empat struktur (misalnya, RoundRobin, RoundTable, Think-Pair-Share, Three-Step-Interview, Corners, dan Numbered Heads Together). 5. Merancang penerapan Struktur Kagan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran.

PENGENALAN Apakah yang anda faham tentang “pembelajaran kooperatif”? Cuba imbas kembali satu pengajaran kelas yang telah anda kendalikan menggunakan pembelajaran kooperatif. Apakah ciri-ciri pengajaran yang membolehkan anda melabelkannya sebagai “pembelajaran kooperatif”?

K

agan (1992) yang merupakan pelopor Struktur Kagan (Kagan’s Structures) membezakan tiga aliran pemikiran utama dalam pembelajaran kooperatif, yakni pendekatan berstruktur, pendekatan konseptual, dan pendekatan kurikulum. Beliau menghujah bahawa ketiga-tiga pendekatan ini saling melengkapi satu dengan yang lain. Namun terdapat perbezaan yang nyata antara pendekatan berstruktur dengan pendekatan kurikulum. Misalnya, pendukung pendekatan kurikulum mempertahankan bahawa perlunya ada bahan-bahan kurikulum yang direkabentuk khas untuk pembelajaran kooperatif supaya pembelajaran yang berkualiti berlaku, manakala pendukung pendekatan berstruktur pula berpendapat bahawa pembelajaran kooperatif yang berkualiti boleh berlaku dengan sedikit ataupun tanpa bahan-bahan kurikulum yang direkabentuk khas. Di samping itu, kemahiran sosial ditekankan dalam pendekatan berstruktur dan pendekatan konseptual, manakala pendekatan kurikulum tidak pula memberikan penegasan kepada pemupukan kemahiran sosial.

P e m b e l a j a r a n K o o p e r a t i f : P e n d e k a t a n B e r s t r u k t u r | 59

Berbalik pula ke kelas tradisional. Senario berikut lumrah berlaku di kelas tradisional yang mengamalkan “Soal-Jawab Keseluruhan Kelas” (Whole-Class Question-Answer) yang walaupun merupakan satu struktur, namun struktur ini merupakan satu struktur tradisional.

STRUKTUR

1. 2. 3. 4. 5.

Guru menanya satu soalan. Murid yang ingin menjawab mengangkat tangan. Guru memanggil seorang pelajar untuk menjawab. Pelajar tersebut cuba menyatakan jawapan yang betul. Guru memberi maklum balas terhadap jawapan tersebut.

Struktur bukanlah baru kerana kita sudah pun mempunyai dan mengamalkan struktur tradisional seperti di atas walaupun keberkesanannya masih menjadi satu tanda tanya. Apakah kefahaman anda tentang “struktur”? Berdasarkan struktur “Soal-Jawab Keseluruhan Kelas” tadi, apakah jenis pola interaksi yang dipupuk? Kooperatif, Persaingan, atau Neutral? Juga, apakah jenis saling bergantungan yang dipaparkan? Positif, negatif, atau neutral? Jelaskan jawapan anda dengan satu atau dua ayat.

ISI KANDUNGAN Apa itu Pendekatan Berstruktur?

P

embelajaran kooperatif secara pendekatan berstruktur merupakan suatu pendekatan yang berdasarkan definisi dan kegunaan pelbagai cara yang unik yang dipanggil struktur untuk mengurus interaksi murid dalam sesebuah kelas. Tapi, apa pula yang dimaksudkan sebagai struktur? Struktur merupakan satu kaedah yang bebas konten (content-free) untuk mengurus interaksi individu di bilik darjah. Struktur menerangkan pola interaksi sosial antara atau dalam kalangan individu. Di awal unit ini, satu struktur tradisional yang dikenali sebagai “Whole-Class Question-Answer” (Soal-Jawab Keseluruhan Kelas) telah diperkenalkan. Soal-Jawab Keseluruhan Kelas ini ialah struktur tradisional kerana ia merupakan satu struktur yang memupuk sifat persaingan kerana murid bersaing untuk mendapat perhatian dan pujian daripada guru. Ini jelas kelihatan apabila murid mengangkat tangan dalam persaingan untuk mendapat perhatian guru. Katakanlah seorang murid dipanggil untuk

P e m b e l a j a r a n K o o p e r a t i f : P e n d e k a t a n B e r s t r u k t u r | 60

menjawab. Maka kejayaan untuk mendapatkan perhatian guru sehingga dipanggil bagi murid tersebut merupakan satu kegagalan untuk murid yang lain. Katakanlah jawapan yang diberikan murid tersebut adalah betul dan dia seterusnya diberikan pujian oleh guru, maka ini bermakna satu kegagalan untuk murid lain untuk mendapat pujian. Sebaliknya, jikalau murid tersebut gagal memberikan jawapan yang betul, maka ini seterusnya menjadi satu peluang kejayaan untuk murid lain. Jadi, struktur tradisional ini juga memupuk saling bergantungan secara negatif di mana kejayaan murid yang dipanggil tadi merupakan kegagalan murid yang lain, dan sebaliknya. Namun terdapat banyak struktur seperti Numbered Heads Together, Think-Pair-Share, dan InsideOutside Circle yang telah dicipta oleh Kagan (1992) yang memupuk kerjasama dan saling bergantungan secara positif. Mari kita lihat struktur Numbered Heads Together.

STRUKTUR

1.

Guru menyuruh murid menomborkan diri dalam pasukan masing-masing, supaya Setiap murid adalah 1, 2, 3 atau 4. 2. Guru menanya soalan. 3. Guru menyuruh murid meletakkan kepala bersama-sama supaya mereka semua berbincang dan tahu jawapannya. 4. Guru memanggil satu nombor (1, 2, 3 atau 4) dan hanya semua murid dengan nombor tersebut akan menjawab.

Perhatikan bahawa Numbered Heads Together merupakan satu struktur kooperatif empat langkah yang mudah dan menyeronokkan seperti mana yang ditunjukkan dalam Rajah 5.1 di mana murid (dalam kes ini, pelajar universiti) meletakkan kepala bersama-sama untuk berbincang dan mengetahui jawapannya.

P e m b e l a j a r a n K o o p e r a t i f : P e n d e k a t a n B e r s t r u k t u r | 61

Rajah 5.1 Kepala bersama Numbered Heads Together merupakan satu struktur kerana ia merupakan satu kaedah yang bebaskonten (content-free) untuk mengurus interaksi individu di dalam sebuah kelas. Sehubungan itu, Numbered Heads Together boleh digunakan dalam pengajaran semua subjek merentasi semua tahap dan pada masa yang berlainan dalam sesuatu pengajaran. Oleh itu, struktur merupakan cara mengurus bilik darjah, dan bukannya satu set bahan kurikulum. Satu ciri bitara dalam pendekatan berstruktur ialah perbezaan yang jelas dan ketara antara struktur, konten, dan aktiviti. Struktur merupakan “bagaimana” mengajar yang bebas daripada konten. Dengan erti kata yang lain, struktur adalah organisasi sosial bagi bilik darjah yang melibatkan satu siri langkahlangkah yang mencirikan pola interaksi. Namun, struktur boleh digunakan untuk menyampaikan satu julat konten akademik. Oleh itu, konten pula adalah “apa” yang diajar, yang meliputi bunyi huruf dalam bahasa sehinggalah ke kalkulus dalam matematik. Di sini, konten disampaikan melalui struktur. Pada masa yang sama, satu aktiviti ditakrifkan sebagai kombinasi struktur dan konten.

Struktur + Konten = Aktiviti Bila anda menggunakan Numbered Heads Together (satu struktur) untuk menyelesaikan “Cari nilai x apabila min bagi nombor x, 3, 2, 3x dan 1 ialah 10” (satu konten), anda sudah mempunyai satu aktiviti. Oleh itu, aktiviti adalah spesifik dan mempunyai konten serta menjadi tidak bermakna jikalau diulangi beberapa kali. Sebagai perbandingan, struktur pula ialah cara yang bebas-konten untuk mengurus interaksi pasukan, lantas boleh diulangi beberapa kali dengan pelbagai jenis bahan kurikulum yang berlainan pada bila-bila masa dalam suatu pengajaran merentas kesemua tahap pendidikan sekolah dan institusi.

Apakah empat prinsip utama Pendekatan Berstruktur?

T

erdapat empat prinsip utama yang menjadi tunjang kepada kejayaan penggunaan pendekatan berstruktur. Keempat-empat prinsip tersebut adalah: 

Saling Bergantungan Positif (Positive Interdependence) Akauntabiliti Individu (Individual Accountability)

P e m b e l a j a r a n K o o p e r a t i f : P e n d e k a t a n B e r s t r u k t u r | 62

 

Penyertaan Saksama (Equal Participation) Interaksi Serentak (Simultaneous Interaction)

Apakah yang anda faham mengenai saling bergantungan (Positive Interdependence), akauntabiliti individu (Individual Accountability), Penyertaan saksama (Equal Participation), dan Interaksi serentak (Simultaneous Interaction)? Saling bergantungan positif berlaku apabila ahli-ahli di dalam sesuatu pasukan akan bekerjasama dalam cara yang dapat menyokong pembelajaran setiap ahli pasukan. Ahli pasukan juga akan berasa bahawa mereka memerlukan satu sama lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Lantas, setiap individu akan mempastikan ahlii pasukan mereka berjaya kerana “kejayaan untuk seorang ahli merupakan kejayaan untuk semua ahli dalam pasukan”. Misalnya, saling bergantungan positif ini adalah jelas dalam Numbered Heads Together di mana semua ahli saling bergantungan semasa “kepala-kepala bersama” seperti yang digambarkan dalam Rajah 5.1. Sekiranya salah seorang ahli mengetahui jawapan, maka kebolehan pada setiap ahli dalam pasukan yang sama akan meningkat. Ada banyak cara seseorang guru dapat menstrukturkan pembelajaran yang berteraskan unsur saling bergantungan positif. Misalnya, penggunaan sumber seperti lembaran kerja di mana 2 orang berkongsi untuk menyelesaikannya. Dalam kes ini, ia dikenali sebagai saling bergantungan sumber secara positif (resource positive interdependence). Di samping itu, terdapat juga saling bergantungan ganjaran secara positif di mana setiap ahli akan bekerjasama untuk mencapai sesuatu sasaran yang merupakan suatu ganjaran seperti hadiah, sijil kejayaan, atau pun pujian guru. Saling bergantungan peranan secara positif (role positive interdependence) pula merupakan situasi di mana setiap ahli dipertanggungjawabkan satu peranan dan mereka perlu sandar menyandar pada peranan setiap ahli untuk berjaya. Misalnya, dalam melaksanakan suatu penyiasatan sains di makmal, peranan-peranan seperti pencatat (merekod data), pelari (mengambil radas), pelaku (melakukan ujikaji), dan penggalak (menggalak ahli untuk mengambil bahagian dalam perbincangan/eksperimen). Ini seterusnya membawa mesej bahawa kepimpinan dalam sesuatu kumpulan adalah dikongsi berdasarkan peranan masing-masing. Akauntibiliti individu merupakan prinsip kedua dalam menjamin keberkesanan dan kejayaan pendekatan berstruktur. Untuk memastikan wujudnya akauntabiliti individu, setiap ahli di dalam pasukan bertanggungjawab untuk belajar dan menyumbang kepada tugasan/aktiviti pasukan demi kejayaan kumpulan masing-masing. Justeru itu, tiada “penumpang” dalam kumpulan yang memerlukan ahli-ahli lain “mendukungnya sepanjang perjalanan”. Misalnya, di dalam Numbered Heads Together, akauntabiliti individu diterap di dalam struktur ini kerana semua bantuan atau saling membantu berlaku semasa langkah “kepala-kepala bersama”. Murid sedar bahawa apabila satu nombor dipanggil oleh guru, maka mereka tidak boleh saling membantu lagi. Dengan erti kata yang lain, tiada lagi saling membantu sesama sendiri lagi. Sebaliknya, mereka kini berdikari – berdiri di atas kaki sendiri!

P e m b e l a j a r a n K o o p e r a t i f : P e n d e k a t a n B e r s t r u k t u r | 63

Akauntabiliti individu bertujuan meningkatkan pembelajaran setiap ahli dalam pasukan. Dalam mempastikan semua ahi belajar dan juga memastikan setiap pasukan peka atau tahu tentang ahli mana yang memerlukan bantuan dan galakan, maka guru perlu kerap menilai tahap pencapaian setiap ahli dengan amalan-amalan seperti berikut:  Ahli kumpulan dikehendaki untuk menduduki ujian perseorangan tanpa bantuan rakan-rakan sepasukan dan markahnya akan diambilkira untuk menentukan kejayaan kumpulannya.  Ahli dalam pasukan akan dipilih secara rawak untuk menjawab, menerang atau menghujah;  Memilih secara rawak satu kertas daripada mana-mana ahli dalam setiap pasukan untuk dinilai dan digred.  Menstrukturkan tugasan kumpulan supaya setiap ahli menyumbang kepada sebahagian daripada tugasan pasukan;  Setiap ahli disedarkan bahawa kejayaan diri mereka bergantung kepada ahli pasukan yang lain dan dengan itu, akan memotivasikan mereka untuk memastikan setiap ahli mencapai prestasi yang baik, yakni, dalam kes ini, tekanan rakan sebaya yang positif. Penyertaan saksama merupakan prinsip ketiga di sebalik kejayaan penggunaan pendekatan berstruktur. Dalam melaksanakan aktiviti (struktur + konten), murid akan terlibat secara saksama dalam setiap perbincangan atau tugasan. Misalnya, dalam penghasilan satu produk, maka setiap ahli bukan sahaja mempunyai bahagian dalam produk akhir, tetapi setiap ahli juga menyumbang secara saksama dalam penghasilan produk tersebut. Dalam perbincangan pula, setiap ahli pasukan akan bercakap untuk tempoh masa yang sama panjang. Penyertaan saksama perlu dipantau. Jikalau tidak, kebanyakan kelas yang kononnya “kooperatif” itu akan mempunyai penyertaan yang tidak saksama dan ini seterusnya akan mengakibatkan sebilangan murid mengambil alih dan buat kebanyakan daripada tugasan tersebut. Dalam pada itu, semasa sesuatu perbincangan pula, biasanya seorang ahli yang akan mendominasikan pertuturan tanpa memberi laluan kepada ahli-ahli lain. Lantas, perlu ada pemantauan yang baik. Misalnya, guru mempertanggungjawabkan setiap ahli dengan satu peranan. Di samping itu, apabila guru mengkehendaki murid mengambil giliran untuk bercakap dalam sesuatu perbincangan, maka ini sedikit sebanyak menyetarakan penglibatan verbal. Interaksi serentak.merupakan satu prinsip yang membezakan pembelajaran kooperatif jenis pendekatan berstruktur dengan pengajaran kaedah tradisional. Dalam konteks tradisional, penyertaan murid biasanya bersifat turutan, dengan hanya seorang murid yang berinteraksi secara eksplisit dengan guru atau kelas. Waktu-waktu yang lain, murid tersebut hanya dilibatkan secara pasif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, dalam suatu perbincangan kelas, hanya seorang murid sahaja yang berkongsi idea pada satu-satu masa manakala murid yang lain tidak terlibat. Selagi seorang murid sedang bercakap pada satu-satu masa, maka aktiviti tersebut, mengikut perspektif pendukung kaedah tradisional, dianggap “berjaya”. Berbeza pula dengan penggunaan pendekatan berstruktur di mana dalam satu perbincangan pasukan, seorang ahli dalam setiap pasukan sedang bercakap secara serentak pada satu-satu masa. Misalnya, dengan 4 orang ahli dalam satu pasukan, 25% orang dalam kelas tersebut sedang berbincang idea

P e m b e l a j a r a n K o o p e r a t i f : P e n d e k a t a n B e r s t r u k t u r | 64

mereka secara eksplisit pada satu-satu masa. Ramai murid berasa lebih selesa untuk berbincang atau berkongsi idea dengan satu pasukan kecil, dan mereka cenderung untuk terlibat dengan lebih eksplisit semasa pengajaran.

Cuba fikir bagaimana hendak mengingati 4 prinsip utama dalam pembelajaran kooperatif menggunakan pendekatan berstruktur? Berdasarkan sukatan pelajaran untuk subjek yang anda ajar, senaraikan tiga konten spesifik yang boleh diterapkan ke dalam struktur Numbered Heads Together untuk dijadikan tiga aktiviti dalam kelas.

Apakah Struktur Kagan yang lain?

T

erdapat berpuluh-puluh struktur yang telah dicipta oleh Spencer Kagan (1992). Namun demikian, memandangkan kekangan tempat dalam modul ini, hanya 5 struktur yang akan diperkenalkan dan kemudian ditunjukkan bagaimana konten daripada pelbagai kurikulum dan merentas tahap akademik boleh diterapkan untuk dijadikan aktiviti semasa pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya anda berminat untuk mempelajari struktur yang lain, anda boleh merujuk buku-buku yang diterbitkan oleh Spencer Kagan dan juga mengikuti seminar serta bengkel yang dianjurkan. Maklumat ini boleh diperoleh daripada laman web Kagan di http://www.kaganonline.com/catalog/cooperative_learning.php Berikut merupakan struktur yang akan diterangkan dengan lebih lanjut:    

RoundRobin RoundTable Think-Pair-Share Three-Step-Interview Corners STRUKTUR

1. 2.

Guru memberikan satu soalan, masalah, atau topik Murid mengambil giliran untuk berkongsi secara verbal: murid #1 berkongsi, #2 berkongsi dan seterusnya.

P e m b e l a j a r a n K o o p e r a t i f : P e n d e k a t a n B e r s t r u k t u r | 65

RoundRobin Merupakan struktur yang paling mudah tetapi paling berguna berbanding dengan semua struktur pembelajaran kooperatif lain. Ia memberikan satu kerangka yang teratur dalam membenarkan murid dalam pasukan masing-masing untuk berkongsi maklumat atau menjana idea, menyatakan pemerhatian, atau membuat ramalan. Dalam RoundRobin, murid tidak dibenarkan untuk mengkritik respon dalam kalangan ahli; mereka hanya mendengar sesama sendiri idea yang dikongsi. Jikalau respon yang diperlukan memerlukan pengingatan fakta, misalnya menamakan 20 unsur yang pertama dalam jadual berkala, ahli lain boleh membantu jikalau rakan sepasukan tidak dapat menyatakan unsur yang seterusnya. RoundRobin boleh digunakan bila-bila masa dalam suatu pengajaran asalkan guru ingin murid berkongsi maklumat, idea, pengalaman dan sebagainya. Oleh itu, RoundRobin boleh digunakan pada permulaan kelas untuk mencungkil pandangan sedia ada murid tentang sesuatu konsep, ataupun untuk mengimbas semula konsep-konsep yang telah dipelajari dahulu. RoundRobin boleh juga digunakan pada akhir pengajaran di mana murid boleh disuruh untuk menyatakan apa yang mereka telah pelajari daripada pelajaran pada hari tersebut ataupun mengutarakan satu soalan yang murid ingin menyiasat dengan lebih lanjut lagi dalam pelajaran yang akan datang.

RoundRobin ialah satu stuktur pembelajaran kooperatif, dan antara konten yang boleh diterapkan bagi menjadi aktiviti adalah seperti: namakan binatang dalam zoo, namakan bahagianbahagian badan, namakan bahagian-bahagian dalam tumbuhan. Cuba nyatakan 5 lagi konten mengikut subjek yang anda ajar di sekolah.

STRUKTUR

1. 2.

Guru memberikan satu soalan, masalah, atau topik Murid mengambil giliran untuk berkongsi secara bertulis: murid #1 menulis, #2 menulis dan seterusnya.

P e m b e l a j a r a n K o o p e r a t i f : P e n d e k a t a n B e r s t r u k t u r | 66

RoundTable Merupakan stuktur yang luwes dan mudah diadaptasikan. Pada dasarnya, RoundTable merupakan satu kaedah di mana murid mengambil giliran dalam pasukan masing-masing. Struktur RoundTable adalah hampir sama dengan RoundRobin kecuali murid dikehendaki untuk menyempurnakan satu tugasan secara bertulis (atau melukis) dan bukannya berkongsi respon secara lisan. Kebiasaannya, RoundTable melibatkan pengedaran sekeping kertas dan murid dalam sesuatu pasukan mengambil giliran untuk mencatatkan respon mereka dalam bentuk penulisan. Dalam sains, khasnya, RoundTable juga boleh melibatkan perkongsian bahan-bahan sains dalam kalangan ahli dalam sesuatu pasukan. Misalnya, guru boleh memberikan setiap ahli satu kanta pembesar dan satu objek untuk diperhatikan. Apabila selesainya memerhati objek tersebut, murid seterusnya mengedarkan objek tersebut kepada ahli yang seterusnya dalam pasukan mereka. RoundTable juga merupakan satu kaedah yang baik untuk murid menyempurnakan carta atau graf pasukan. Berikan setiap pasukan satu carta atau graf dan pertanggungjawabkan setiap ahli untuk melengkapkan satu bahagian. Apabila carta pasukan diedarkan, setiap ahli perlu melihat dan membincang respon yang ditulis. RoundTable ialah satu struktur pembelajaran kooperatif, dan antara konten-konten yang boleh diterapkan secara berasingan untuk menjadi satu aktiviti adalah seperti: senaraikan nama-nama binatang, senaraikan jenis-jenis tumbuhan, tuliskan pemerhatian anda (tentang sesuatu benda/objek/fenmena), lengkapkan carta atau graf. Cuba nyatakan 5 lagi konten mengikut subjek yang anda ajar di sekolah.

STRUKTUR

1. 2. 3. 4.

Guru menanya satu soalan atau memberikan satu masalah. Murid berfikir secara individu. Pasangan dalam pasukan berbincang, dan selepas itu dua pasangan dalam pasukan berbincang. Guru memanggil secara rawak seorang murid untuk berkongsi jawapan dengan seluruh kelas.

P e m b e l a j a r a n K o o p e r a t i f : P e n d e k a t a n B e r s t r u k t u r | 67

Think-Pair-Share Merupakan struktur yang mudah tetapi berkuasa. Bagi penyoalan guru, bukan segelintir murid sahaja yang menjawabnya, bahkan semua murid dalam kelas mesti menjawab. Oleh itu, struktur Think-PairShare menuntut supaya semua murid terlibat secara aktif. Tambahan pula, apabila murid tahu bahawa mereka dikehendaki untuk menjawab satu soalan atau satu konsep, mereka secara spontannya akan bermotivasi untuk memberikan perhatian kepada apa yang dikongsi oleh ahli-ahli lain. Think-Pair-Share boleh digunakan pada mana-mana bahagian dalam pengajaran. Misalnya, perbincangan mengenai pengetahuan sedia ada murid merupakan satu cara yang hebat untuk melibatkan mereka pada awal pengajaran. Memberhentikan secara berkala untuk Think-Pair-Share membenarkan murid masa untuk memproses secara mental konten-konten dalam pengajaran. Think-Pair-Share ialah satu struktur pembelajaran kooperatif, dan antara konten-konten yang boleh diterapkan secara berasingan untuk menjadi satu aktiviti adalah seperti: cadangkan kesankesan pencemaran udara terhadap kesihatan, terangkan bagaimana untuk membina satu elektromagnet, dan huraikan kebaikan dan keburukan setiap sumber tenaga. Cuba nyatakan 5 lagi konten mengikut subjek yang anda ajar di sekolah.

STRUKTUR

1. 2. 3.

Dalam pasangan, seorang menemuramah seorang lagi. Pasangan bertukar peranan: yang ditemuramah kini menjadi penemuramah dan sebaliknya. Ahli-ahli pasukan “RoundRobin” untuk berkongsi idea/maklumat yang telah diperoleh daripada pasangan masing-masing.

Three-Step-Interview Merupakan satu struktur yang bagus untuk perkongsian maklumat dalam kalangan ahli-ahli dalam pasukan. Setiap pasukan dibahagikan kepada 2 set pasangan yang menemuramah di antara satu sama lain dan kemudian berkongsi apa yang telah mereka pelajar dengan rakan-rakan sepasukan. Langkah ketiga dalam Three-Step-Interview memastikan murid mendengar kepada satu sama lain secara aktif apa yang telah diperoleh semasa proses menemubual.

P e m b e l a j a r a n K o o p e r a t i f : P e n d e k a t a n B e r s t r u k t u r | 68

Three-Step-Interview ini adalah berkesan kerana semasa murid berkongsi idea, pendapat atau maklumat, mereka juga sedang membina uniti pasukan (teambuilding) dalam masa yang sama. Walaupun perkongsian idea adalah tentang sains atau subjek-subjek lain, namun manfaat teambuilding masih wujud. Struktur ini mempunyai pelbagai kegunaan. Murid boleh menemuramah satu sama lain untuk mengetahui pendapat tentang sesuatu subjek. Misalnya, semasa mempelajari unit pelajaran tentang alam sekitar, guru boleh menyuruh pelajar untuk menemurah satu sama lain menggunakan ThreeStep-Interview tentang isu-isu alam sekitar yang mereka rasakan adalah paling penting untuk ditangani. Tambahan pula, selepas semua murid telah menyempurnakan projek (misalnya, projek sains dan sebagainya), guru boleh menggunakan Three-Step-Interview untuk murid menemuramah ahli-ahli sepasukan tentang keputusan penyiasatan mereka dalam projek tersebut. Three-Step-Interview ialah satu struktur pembelajaran kooperatif, dan antara konten-konten yang boleh diterapkan secara berasingan untuk menjadi satu aktiviti adalah seperti: kongsikan maklumat kajian tentang saintis-saintis di Malaysia, kongsi tentang apa yang anda telah pelajari semasa kajian lapangan, dan temuramah tentang pandangan peribadi mengenai isu pengklonan. Cuba nyatakan 5 lagi konten mengikut subjek yang anda ajar di sekolah.

STRUKTUR

1. 2. 3. 4. 5.

Guru menanya satu soalan. Guru mengumumkan empat sudut. Murid menulis pilihan masing-masing Murid bergerak ke sudut yang dipilih. Murid mencari pasangan dan berbincang tentang pilihan mereka.

Corners Dimulai dengan guru menanya satu soalan yang kebiasaannya mempunyai 4 pilihan, jawapan, atau kemungkinan, dan kemudian menetapkan satu sudut untuk setiap pilihan tersebut. Misalnya:Apakah yang anda fikir akan berlaku apabila dawai ini disambung kepada bateri? Tiada apa yang berlaku. Mentol akan menyala. Buzer akan berbunyi Mentol akan bernyala dan buzer akan berbunyi.

P e m b e l a j a r a n K o o p e r a t i f : P e n d e k a t a n B e r s t r u k t u r | 69

Apakah rekacipta yang ingin anda kaji? Kapal terbang Mentol Ketuhar gelombang kikro Telefon

Masalah alam sekitar mana yang anda rasa adalah yang paling teruk sekarang? Pemusnahan hutan hujan tropika. Hujan asid Pencemaran air Penduduk berlebihan Penggunaan Corners sebenarnya mendatangkan dua manfaat pada masa serentak. Pertama, murid mempelajari konten subjek berkenaan. Kedua, Corners membolehkan murid bercampur secara aktif dengan rakan-rakan mereka yang lain di dalam kelas. Murid secara spontan akan menghubungkan diri mereka masing-masing dengan mereka yang memlih pilihan yang sama, dan seterusnya persahabatan menjadi lebih erat apabila mereka menyedari kesamaan yang ada dalam kalangan mereka. Lantas, Corners merupakan satu plihan yang baik apabila guru ingin memperkenalkan satu topik dalam pengajaran ataupun untuk murid berkongsi idea. Corners ialah satu struktur pembelajaran kooperatif, dan antara konten-konten yang boleh diterapkan secara berasingan untuk menjadi satu aktiviti adalah persoalan-persoalan yang telah diberikan tadi bersama-sama dengan 4 pilihan atau kemungkinan yang ada. Cuba nyatakan 5 lagi konten mengikut subjek yang anda ajar di sekolah dengan memberikan soalan-soalan dan juga 4 pilihan atau kemungkinan. Perlu dinyatakan di sini bahawa dalam melaksanakan satu sesi pengajaran dan pembelajaran, guru menggunakan pelbagai struktur yang kadang kala diselangseli dengan penerangan guru untuk mencapai objektif pembelajaran. Lihat sukatan pelajaran untuk satu subjek yang anda ajar dan pilih satu tajuk atau unit pembelajaran yang ingin anda ajar. Rancang satu pengajaran, langkah demi langkah, bermula daripada pencungkilan idea pelajar (permulaan pengajaran) sehinggalah ke langkah terakhir (penutupan) di mana murid disuruh untuk membuat refleksi pembelajaran mereka. Terapkan penggunaan berstruktur Kagan semaksimanya dalam mana-mana langkah yang difikirkan sesuai.

P e m b e l a j a r a n K o o p e r a t i f : P e n d e k a t a n B e r s t r u k t u r | 70

RUMUSAN 1. Pembelajaran kooperatif secara pendekatan berstruktur yang diasaskan oleh Spencer Kagan merupakan suatu pendekatan yang berdasarkan definisi dan kegunaan pelbagai cara yang unik yang dipanggil struktur untuk mengurus interaksi murid dalam sesebuah kelas. 2. Struktur merupakan satu kaedah yang bebas konten (content-free) untuk mengurus interaksi individu di dalam sebuah kelas, lantas menerangkan pola interaksi sosial di antara guru dengan murid ataupun murid dengan murid. 3. Dalam membezakan struktur, konten dan aktiviti, struktur adalah organisasi sosial bagi bilik darjah yang melibatkan satu siri langkah-langkah yang mencirikan pola interaksi manakala konten pula adalah “apa” yang diajar, yang meliputi bunyi huruf dalam bahasa sehinggalah ke kalkulus dalam matematik. Memandangkan bahawa konten untuk pelbagai subjek merentas tahap pendidikan boleh disampaikan melalui struktur, maka kombinasi struktur dan konten menjadi satu aktiviti. 4. Empat prinsip utama yang menjadi tunjang kepada kejayaan penggunaan pendekatan berstruktur adalah: Saling Bergantungan Positif (Positive Interdependence)  Akauntabiliti Individu (Individual Accountability)  Penyertaan Saksama (Equal Participation)  Interaksi Serentak (Simultaneous Interaction)  5. Contoh-contoh Struktur Kagan, antara lain, adalah Numbered Heads Together, RoundRobin, RoundTable, Think-Pair-Share, Three-Step-Interview, dan Corners. Setiap struktur dicirikan oleh langkah-langkah tertentu. Mislanya, untuk Three-Step-Interview, langkah-langkahnya adalah:  Dalam pasangan, seorang menemuramah seorang lagi.  Pasangan bertukar peranan: yang ditemuramah kini menjadi penemuramah dan sebaliknya.  Ahli-ahli pasukan meng-RoundRobin untuk berkongsi idea/maklumat yang telah diperoleh daripada pasangan masing-masing  6. Dalam melaksanakan satu sesi pengajaran dan pembelajaran, guru menggunakan pelbagai Struktur Kagan yang kadang kala diselangselikan dengan penerangan guru untuk mencapai objektif pembelajaran.

P e m b e l a j a r a n K o o p e r a t i f : P e n d e k a t a n B e r s t r u k t u r | 71

PETA KONSEP A

Isikan tempat kosong dengan istilah atau frasa yang sesuai bagi melengkapkan Peta Konsep di bawah. Pendekatan Berstruktur diasaskan oleh

contoh-contoh

terdiri daripada

Struktur diterap dengan

Konten untuk menjadi

bertunjangkan empat prinsip utama iaitu

P e m b e l a j a r a n K o o p e r a t i f : P e n d e k a t a n B e r s t r u k t u r | 72

KATA KUNCI 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Pendekatan Berstruktur Struktur Konten Aktiviti Saling Bergantungan Positif Akauntabiliti Individu Penyertaan Saksama

8. 7. 8. 9. 10. 11. 12.

Interkasi Serentak Numbered Heads Together RoundRobin RoundTable Think-Pair-Share Three-Step-Interview Corners

PENILAIAN KENDIRI 1. Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan apa yang dimaksudkan dengan pendekatan berstruktur. 2. Bezakan antara struktur, dengan konten dan aktiviti. 3. Apakah empat prinsip yang menjadi tunjang di sebalik kejayaan pendekatan berstruktur? Huraikan setiap satu daripada prinsip-prinsip tersebut mengikut kefahaman anda. 4. Nyatakan langkah-langkah utama dalam setiap satu daripada Struktur Kagan berikut:  Numbered Heads Together  RoundRobin  RoundTable  Think-Pair-Share  Three-Step-Interview  Corners

RUJUKAN Candler, L. (1995). Cooperative learning and hands-on science. Juan Capistrano, CA: Kagan Cooperative Learning. Kagan, S. (1992). Cooperative learning. San Juan Capistrano, CA: Kagan Cooperative Learning.

P e m b e l a j a r a n K o o p e r a t i f : P e n d e k a t a n B e r s t r u k t u r | 73

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS A Pendekatan Berstruktur Numbered Heads Together

diasaskan oleh

Spencer Kagan

RoundRobin

terdiri daripada

contoh-contoh

Struktur

RoundTable

diterap dengan

Think-Pair-Share

Konten untuk menjadi

Three-Step-Interview

Aktiviti

I

E

SIMULATANEOUS INTERACTION (INTERAKSI SERENTAK)

INDIVIDUAL ACCOUNTABILITY (AKAUNTABILITI INDIVIDU)

P

EQUAL PARTICIPATION

POSITIVE INTERDEPENDENCE (SALING BERGANTUNGAN POSITIF)

Corners

(PENYERTAAN SAKSAMA)

bertunjangkan empat prinsip utama iaitu

S

Related Documents


More Documents from "cooooool1927"