1010impian.pdf

  • Uploaded by: Syed Akil Noh
  • 0
  • 0
  • March 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 1010impian.pdf as PDF for free.

More details

  • Words: 3,436
  • Pages: 27
Loading documents preview...
Keajaiban Menulis 101 Impian

1 www.insyirahazhar.com

Keajaiban Menulis 101 Impian

Lesen & Peraturan Keberkatan ilmu daripada ebook ini akan berkurangan, jika ebook ini disebarkan dengan mengaut untung tanpa keizinan penulis.

[Boleh] mencetak dan mempraktikkan segala teknik yang diajar [Boleh] diberikan percuma tanpa ada sebarang perubahan dilakukan [Tidak Boleh] menjadikannya bonus bagi produk anda [Tidak Boleh] mengubah sebarang isi kandungan dengan apa jua cara [Tidak Boleh] mengaku ia produk anda sendiri [Tidak Boleh] menjualnya di mana sahaja sama ada di laman web, blog, web lelong atau seumpamanya

Segala ilmu dalam ebook ini hanya halal untuk perkara positif yang membawa kepada saham Akhirat untuk ke syurga sahaja. Ia adalah kerana, segala kandungan ebook ini berada di bawah tanggungjawab penulis iaitu, Insyirah Azhar.

p.s: Penulis asal, Insyirah Azhar. Penulis www.insyirahazhar.com.

2 www.insyirahazhar.com

Keajaiban Menulis 101 Impian

Mukadimah Tips yang saya kongsikan ini saya namakan sebagai mencapai impian dengan pergantungan dengan Allah. Kadang-kala, kita mahu sesuatu, tetapi kita tidak dapat mencapai impian itu dengan fikiran yang terbatas. Kita tidak tahu bagaimana impian itu boleh dicapai. Oleh sebab itu, terbitnya ebook ini adalah untuk memberi panduan bagaimana kita boleh gunakan minda separa sedar dan pergantungan kepada Allah, tentang apa yang kita mahu dalam hidup kita. “Apa yang kita tulis adalah doa” Saya ingin berkongsi, bagaimana saya capai impian saya seperti peroleh akses percuma ke seminar dan coaching bernilai 3-4 angka, tanpa duit=percuma, dapat produk percuma, dan banyak perkara percuma. Semua dengan izin Allah. Kebanyakan impian, saya banyak juga tulis perkataan ‘percuma’. Percuma yang saya maksudkan, orang yang bayarkan untuk saya, atau saya dapat tiket percuma. Alhamdulillah, saya dapat mencapainya, walau di kala itu, saya dalam proses ada duit yang cukup ke coaching itu. Antara program bernilai 3 angka yang saya dapat sertai secara percuma:

Ketika itu saya tulis dalam buku impian saya, “Saya sertai Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) dengan mudah, tanpa berhutang dan secara percuma.”

3 www.insyirahazhar.com

Keajaiban Menulis 101 Impian

Alhamdulillah, dikabulkan. Ketika itu sebenarnya, saya dalam dilemma untuk hadir. Oleh sebab ketika itu sesi presentation untuk proposal projek tahun akhir saya diwar-warkan akan diadakan pada minggu itu. Ia adalah kerana, IMKK berlangsung ketika saya ada kelas. Alhamdulillah, dengan impian yang saya tulis ada perkataan ‘dengan mudah’, saya dapat datang IMKK dengan senang hati tanpa terlepas perkara penting di kampus. Selain itu, Alhamdulillah saya dapat tawaran untuk bekerjasama dengan orang yang berjaya dan berpengaruh.

Antaranya sifu sistem bisnes saya sekarang. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab membantu saya untuk membina empayar perniagaan internet.

4 www.insyirahazhar.com

Keajaiban Menulis 101 Impian

Ini pula, impian saya tentang penulisan saya yang menggembirakan orang lain. Alhamdulillah, dikabulkan. Terima kasih Allah.

Testimonial pembaca blog saya yang terlalu excited hehe Alhamdulillah, terima kasih Allah.

Antara pengalaman saya, saya tulis; “Saya tulis dan terbitkan 7 buah ebook dalam setahun.” Ketika itu, saya tidak tahu bagaimana saya akan capai target itu. Tetapi saya hanya tulis tanpa fikirkan bagaimana. Dengan izin Allah, saya mula menerima tawaran JV daripada seseorang. Ikutan daripada itu, saya mula terbit idea untuk lancarkan ebook ini. Konsep yang sama, seperti buku Spiritual Marketing karya Joe Vitale. Dalam buku itu, beliau menceritakan bagaimana seorang usahawan wanita melakukan

5 www.insyirahazhar.com

Keajaiban Menulis 101 Impian

pemasaran tanpa perlu ada bisnes kad. Andai kita fikir dengan fikiran logik, ia adalah sesuatu yang luar biasa. Antara ayat yang saya baca; “Angels distribute my business card” Namun begitu, setelah saya aplikasikan dengan cara saya sendiri dengan konsep dialog dengan Allah. Saya mula faham dan yakin dengan apa yang beliau ceritakan. Tiada yang mustahil dengan Allah. Kuncinya adalah yakin  Skripnya adalah; “Ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Berkuasa. Saya pohon Kau sudi jadi pengurus sales dan marketing saya. Saya pohon Kau tolong promosikan produk saya, agar semakin banyak orang dapatkan produk saya, yang menjemput duit sentiasa menghujani akaun bank saya. Terima kasih Allah.” Ucapkan pada tiap hari. Ada kisah menakjubkan yang dikongsi oleh pembaca status saya mengenai spiritual marketing konsep dialog dengan Allah dengan gunakan skrip di atas. Boleh baca di blog saya, http://www.insyirahazhar.com/dialog-dengan-allah-spiritual-marketing/ http://www.insyirahazhar.com/spiritual-marketing-pendapatan-meningkatrm100/

Selamat membaca dan mengaplikasikannya ^_^

6 www.insyirahazhar.com

Keajaiban Menulis 101 Impian

Isi Kandungan Tips semasa menulis 101 impian .......................................................................... 8 Tips selepas menulis 101 impian ........................................................................ 16 Teknik pantas merealitikan impian 10x ganda ................................................... 17 Plan tindakan ....................................................................................................... 21

7 www.insyirahazhar.com

Keajaiban Menulis 101 Impian

Tulis biasa-biasa, dapat biasa-biasa Tulis luar biasa, dapat luar biasa

“Briliant people tulis kedua-duanya” – Supersonic

Tip SEMASA Menulis 101 Impian

1. Bahagikan impian kepada beberapa kategori, 1. Spiritual – untuk ibadah. Istighfar, baca Al Quran. 2. Allah SWT – berkomunikasi dengan Allah. 3. Muhammad SAW – melawat kubur Nabi Muhammad SAW. 4. Ibu bapa – memberi nafkah RM30,000 sebulan 5. Keluarga – menaja keluarga menunaikan haji dan umrah bersama 6. Bisnes – jana RM30,000 yang berkat tiap bulan 7. Kerjaya – memberikan senyuman tiap masa kepada pekerja

Nota: Ayat yang diberikan hanya sebagai contoh, tetapi adalah lebih baik kategorikan kepada 7 perkara di atas, agar seimbang dunia akhirat. Sebabnya akan diberitahu pada bacaan seterusnya. 2. Tulis perkara yang kita tidak suka – perkara ini penting agar kita dapat menjelaskan perkara yang kita tidak suka dalam hidup kita.

Contoh;  Saya tidak suka hutang yang banyak  Saya tidak suka lipas

8 www.insyirahazhar.com

Keajaiban Menulis 101 Impian

 Saya tidak suka kesihatan yang teruk  Saya tidak suka rumah yang kecil

Senaraikan perkara yang kita tidak suka terlebih dahulu 3. Tulis perkara yang kita suka – lihat pada senarai perkara yang kita tidak suka, dan ubah kepada perkara positif.

Contoh;  Saya tidak suka pada hutang yang banyak ► hutang saya selesai  Saya tidak suka rumah yang kecil ► saya suka rumah yang menenangkan, mendamaikan, moden dan bersih.

Sebelum menulis impian, elakkan daripada kita tulis apa yang kita tidak suka. Tukar ayat negatif (perkara yang kita tidak suka) kepada ayat positif (perkara yang kita suka)

4. Elakkan bazir nombor

Contoh,

#70 - Kereta 70.1 - kereta kancil merah 70.2 - kereta waja merah 70.3 - kereta honda type r merah 70.4 - x-trail 4x4 merah 70.5 - 370z silver 70.6 - audi4 merah 70.7 - seladang merah 9 www.insyirahazhar.com

Keajaiban Menulis 101 Impian

# 71 - travel 71.1 - madinah 71-2 - makkah dan madinah 71.3 - switzeland 71.4 - scotland 71.5 - paris 71.6 - africa 71.7 - pulau bali 71.8 - italy 71.9 - etc...

#71 - etc ... Cukup sekadar tulis begini; 1. Saya jana pendapatan RM1,000 yang berkat tiap bulan 2. Saya dapat sedekah RM10 tiap hari 3. Saya mempunyai Samsung Galaxy Note 1 berwarna putih

5. Elakkan tulis perkataan negatif Contoh,  Saya tidak mempunyai masalah kewangan ‘Masalah’ adalah perkataan negatif. Jadi tukar kepada ‘saya mempunyai kebebasan kewangan yang lebih daripada mencukupi’.

10 www.insyirahazhar.com

Keajaiban Menulis 101 Impian

Antara perkataan negatif  Tidak  Bukan  Tak  Jangan Apabila kita tulis perkataan ‘tidak’, minda separa sedar tidak memahami perkataan itu, kerana ia tidak dapat membayangkan perkataan ‘tidak’. Oleh sebab itu, elakkan daripada tulis perkataan yang minda kita tidak dapat bayangkan. Contoh lain, ketika kita cakap kepada kanak-kanak; “Jangan lari” Pasti mereka akan semakin aktif berlari.

6. Tulis secara spesifik Contoh,  Saya peroleh tajaan menunaikan haji bersama ibu dan ayah, dengan mudah dan tanpa berhutang.  Saya peroleh rumah kediaman yang dekat dengan masjid, menenangkan, mendamaikan.  Saya peroleh kereta Honda Jazz berwarna putih, yang berkat dan mudah dipandu ke mana-mana.

11 www.insyirahazhar.com

Keajaiban Menulis 101 Impian

7. Masukkan elemen positif Antaranya,  Selamat  Tenang  Damai  Dengan mudah  Tanpa berhutang  Secara percuma  Halal  Berkat  Diredhai  Dirahmati Contoh, saya peroleh pendapatan RM3,000 yang berkat tiap bulan. Antara sebab penting tulis perkataan ‘berkat’ adalah kerana, agar pendapatan kita lebih daripada mencukupi. Kita cukup nak beri ibu, cukup nak beri zakat, sedekah dan agihkan kepada orang yang memerlukan.

8. Selari dengan ibadah Amalan-amalan biasa hanya akan diakui sebagai ibadah, jika ia memenuhi syarat-syarat berikut:

1) Diakui Islam – sesuai dengan hukum-hukum syariat, dan tidak bercanggah dengan hukum-hukum tersebut.

12 www.insyirahazhar.com

Keajaiban Menulis 101 Impian

2) Dikerjakan dengan niat yang baik dan diredhai Allah – memelihara kehormatan dirinya, menyenangkan keluarganya, memberi manfaat kepada umatnya dan dapat memakmurkan bumi Allah sebagaimana yang dianjurkan oleh Allah SWT

3) Dibuat dengan seelok-eloknya bagi menepati kehendak-kehendak hadis Nabi SAW.

4) Sentiasa menurut hukum-hukum syariat dan batasnya, tidak menzalimi orang, tidak khianat, tidak menipu dan tidak menindas atau merampas hak orang.

9. Tulis impian secara berperingkat Untuk mendapatkan impian yang besar, energi yang besar diperlukan. Oleh sebab itu, apabila menulis impian, nilai situasi kita sekarang. Contoh, di kala ini, pendapatan kita sebulan adalah RM1,000. Oleh sebab itu, tulis impian dengan gandaan 2 atau 3 daripada pendapatan kita sekarang. “Saya jana pendapatan RM3,000 yang berkat tiap bulan” Apabila kita sudah peroleh impian yang kita mahu, tingkatkan 2 atau 3 kali ganda. Ia bertujuan untuk memberi diri kita masa dan energi untuk capai impian kita. Apabila kita sudah dapat energi RM3,000 tiap bulan (sudah dicapai), maka lebih mudah untuk kita jana pendapatan RM5,000 tiap bulan. Oleh sebab itu, tulis impian secara berperingkat adalah penting.

13 www.insyirahazhar.com

Keajaiban Menulis 101 Impian

Ia sama dengan apabila kita mahu berlatih berlari. Contoh, kita mahu capai target 100m dalam masa 30 saat. Jadi, apabila sudah capai 30 saat untuk jarak 100m, kita tingkatkan pula kepada 30 saat bagi jarak 150m dan seterusnya.

10. Elakkan bergantung kepada selain daripada Allah Apa yang saya maksudkan begini. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, oleh sebab itu, elakkan daripada kita terlalu bergantung kepada duit atau perkara selain daripada-Nya untuk dapatkan impian kita. Contoh;  Saya dapat bayar hutang bernilai RM100,000. Elakkan daripada tulis kita yang capai impian itu. Tidak mustahil, hutang kita selesai dengan mudah tanpa kita sangka. Ia terjadi kepada sahabat saya. Bagaimana hutang beliau bernilai 5 angka, diselesaikan dengan cara yang tidak disangka-sangka. Ia bermaksud, bukan beliau yang selesaikan, tetapi tanpa di sangka-sangka, syarikat yang beliau berhutang memberitahu, beliau tidak perlu bayar hutang. Subhanallah. Oleh sebab itu, tuliskan seperti ini;  Hutang saya dan keluarga saya selesai Contoh lain;  Saya dapat pergi menunaikan umrah dan haji dengan mudah, tanpa berhutang secara percuma.

14 www.insyirahazhar.com

Keajaiban Menulis 101 Impian

Tidak mustahil, ada orang yang taja kita pergi menunaikan umrah dan haji. Selain itu, tanpa disangka, kita memenangi pakej umrah dan haji. Saya sering kali memasukkan elemen ‘percuma’ dalam penulisan impian saya. Alhamdulillah, banyak pengalaman saya, saya peroleh seminar, coaching dan program bernilai 3-4 angka secara percuma. Percuma yang saya maksudkan, tanpa disangka dapat tiket percuma, ada orang taja saya ke program itu 100%.

15 www.insyirahazhar.com

Keajaiban Menulis 101 Impian

Tip SELEPAS Menulis 101 Impian Raikan diri selepas siap menulis 101 impian. Raikan diri dilakukan untuk meraikan kejayaan. Ia akan menjadi kenangan yang kita ingat. Contoh, setelah kita siap menulis 101 impian, kita beli Coolblog Coklat. Apabila salah satu impian kita tercapai, kita celebrate semula dengan membeli Coolblog coklat. Dengan itu, ia akan memberi kita memori, “Sebelum impian ini tercapai, aku pernah membeli minuman yang sama. Hari ini aku raikannya kerana aku menyambut kejayaan mencapai impian itu.” Pasti, selepas itu, kita tersenyum lantas berkata, “Alhamdulillah, terima kasih Allah.” Raikan diri boleh dilakukan dalam pelbagai cara. Contoh, beri hadiah pada ibu, makan makanan yang digemari, beli hadiah untuk diri sendiri.

16 www.insyirahazhar.com

Keajaiban Menulis 101 Impian

Teknik Pantas Merealitikan 101 Impian 10x Ganda 1. Tukar tulisan kepada gambar (vision board) Letakkan prioriti pada impian yang kita tulis. Dapatkan gambar impian kita dan tampal pada vision board. Otak suka pada gambar. Oleh sebab itu, apabila kita menukar 101 impian daripada tulisan kepada gambar, ia memberi impak yang tinggi kepada otak untuk recall dan memaku keras dalam minda separa sedar. Malah, dengan hanya mengerling ke vision board kita sahaja, minda separa sedar sudah mula proses untuk merealisasikannya. Ingat! Segala perkara yang menjadi fizikal datang daripada energi. Segala produk yang ada di depan mata kita sekarang, adalah sebelumnya, ia hanya ada di fikiran manusia. Kemudian, manusia memprosesnya menjadi realiti ;) Tip Buat Vision Board  Tampal gambar positif Untuk membuat vision board, perhatikan gambar kita. Adakah ia perkara positif atau sebaliknya. Oleh sebab, ia dikhuatiri, kita menjemput sesuatu yang tidak kita ingini. Contoh, kita tulis dalam buku impian tentang kita sihat, tetapi kita letak gambar ubat dalam vision board kita. Cara yang betul adalah, mencari gambar yang menunjukkan sihat, gembira  Tampal gambar yang menepati syariat Cari dan tampal gambar yang menepati syariat. Contoh, andai kita seorang perempuan, andai kita perlukan gambar yang mengambarkan impian kita

17 www.insyirahazhar.com

Keajaiban Menulis 101 Impian

tentang seseorang, cari dan tampal gambar yang tidak menunjukkan pendedahan aurat. Ia sama untuk lelaki. Agar kita tidak mengumpul dosa di kala kita menjala impian. Dikhuatiri, ia menjemput murka dari Tuhan, yang menjadikan impian kita tidak diberkati dan dirahmati (Nauzubillahi min zalik)

2. Kerapkan visualisasi “Visualize creates materialize” Lihat pada prioriti impian yang kita mahu wujudkan. Fokus untuk bayangkan impian itu pada tiap hari. Bayangkan bagaimana kita akan dapat impian itu. Contoh impian: Saya peroleh pendapatan RM3,000 yang berkat pada tiap bulan. Bayangkan tiap hari jualan produk kita semakin meningkat. Bayangkan, ramai orang sms kita untuk dapatkan produk kita. Emel kita deras dengan notifikasi pembayaran ke akaun bank kita. Transaksi akaun bank kita aktif dengan kemasukan duit pada tiap hari. Antara waktu visualisasi yang digalakkan, adalah ketika sebelum dan selepas bangun tidur. Nota: Adalah lebih baik sebelum dan selepas bangun tidur, ingat Allah terlebih dahulu seperti sebelum tidur; baca doa tidur, ayat Kursi dan akhiri dengan syahadah. Selepas tidur; bangun dengan syukur Alhamdulillah kepada Allah, kemudian baru bayangkan impian kita.

18 www.insyirahazhar.com

Keajaiban Menulis 101 Impian

3. Banyakkan berdoa Ketika berdoa untuk diri, banyakkan berdoa untuk orang lain. Ia selari dengan hadis Rasulullah SAW, Daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya : “Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim)

Semakin banyak kita mendoakan orang lain, semakin banyak kita akan didoakan oleh malaikat. Nota: Doa boleh dibacakan pada bila-bila masa. Tidak terhad kepada masamasa tertentu. Contoh; Ya Allah saya pohon Kau kurniakan derasan rezeki dan pahala yang mendapat rahmat dan berkat-Mu kepada Insyirah Azhar. Aamiin. Terima kasih ya Allah. ;)

4. Istighfar 100x tiap hari Tujuan kita beristighfar adalah untuk membersihkan energi kita. Dengan itu, impian kita mudah dicapai. Kadang-kala impian kita tidak tercapai kerana ada hikmah. Apabila energi kita bersih, semakin mudah kita faham hikmah itu.

19 www.insyirahazhar.com

Keajaiban Menulis 101 Impian

Dapatkan tasbih digital (cincin kesedaran), sebagai reminder untuk kita sentiasa berzikir apabila ada masa terluang. Contoh, ketika tengah tunggu lif, berjalan ke tempat belajar.

5. How you do anything = how you do everything Dalam apa sahaja perbuatan yang kita buat, buat dengan sebaik mungkin. Tidak kira buang sampah, sapu lantai rumah. Apa sahaja yang kita lakukan. Dengan itu, ia akan menarik impian kita secara tidak langsung.

6. Bersyukur sebelum dapat Walau impian kita belum terjadi, syukur sebelum dapat. Orang yang beriman, percaya pada perkara yang belum dia nampak. Ia ditekan dalam Al Quran, "(Orang yang bertakwa itu adalah) orang yang beriman kepada perkara ghaib, mendirikan (mengerjakan) solat dan membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka,"(Surah AlBaqarah: 3) Sebelum dapat, syukur kepada Allah terutamanya di saat kita imaginasikan impian kita. Nyatakan, “Terima kasih Allah kerana memberikan aku _____. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.” Ganti _____ dengan impian yang kita mahukan.

20 www.insyirahazhar.com

Keajaiban Menulis 101 Impian

ACTION PLAN 1. Dapatkan sebuah buku yang disukai khas untuk menulis impian, yang kita namakan Buku Impian.

2. Mula menulis impian dengan ayat di bawah: “Saya ______” Gantikan ______ dengan apa yang diidamkan mengikut tip semasa menulis impian. 3. Letakkan prioriti impian yang kita mahukan untuk buat vision board, dengan melihat pada kategori spiritual, kerjaya, sumbangan dan lain-lain.

4. Dapatkan sebuah vision board yang bersaiz sederhana. Boleh dapatkan 3 vision board atau bahagikan 3 bahagian kepada 1 tahun, 5 tahun dan 10 tahun dalam 1 vision board.

5. Dapatkan gambar berkaitan impian kita dan tampal dalam vision board mengikut 3 bahagian itu. 6. Lihat vision board pada tiap hari. 7. Lakukan imaginasi pada tiap hari. 8. Ucapkan pada akhir imaginasi;

“Terima kasih Allah kerana memberikan aku _____. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.” *Ganti _____ dengan impian yang kita mahukan.

21 www.insyirahazhar.com

Keajaiban Menulis 101 Impian

TAWARAN EKSKLUSIF TAHNIAH! Kerana telah berjaya tamatkan bacaan ebook Teknik Menulis 101 Impian. Sebelum menutup ebook ini dan meneruskan penulisan impian, ada 2 tawaran eksklusif bagi pembaca ebook ini.

Teruskan bacaan.

1. Group Intensif Teknik Menulis 101 Impian Apa manfaat group intensif? - Mengetahui cara menulis 101 impian dengan lebih lanjut - Melihat contoh vision board yang saya buat - Konsultansi percuma sepanjang hayat – saya akan bantu untuk membedah-siasat perkataan anda untuk siapkan 101 impian dan vision board anda - Mewujudkan komuniti yang komited untuk merealisasikan impian hanya dengan menulis - Mendapat perkongsian komuniti tentang proses dan pengalaman menakjubkan hasil daripada penulisan impian - Menjadi orang terawal dapatkan update percuma ebook teknik menulis 101 impian - Menjadi orang terawal tentang perkongsian saya daripada impian yang saya tulis yang telah berjaya saya realiasikan (dengan izin Allah).

Adakalanya, pasti setelah anda membaca ebook ini, anda mahu tanya dengan lebih lanjut berkaitan penulisan impian dan cara membuat vision board.

22 www.insyirahazhar.com

Keajaiban Menulis 101 Impian

Jadi, ini adalah platformnya. Anda ada 2 pilihan; A. Yuran kemasukan RM50 Energi kewangan yang perlu anda alirkan adalah bernilai RM97. Namun begitu, sebagai tanda penghargaan, saya tawarkan kepada harga RM50 sahaja. Support lifetime bernilai RM50 sahaja. B. Dapatkan ebook 9 Formula Pantas Seru Rezeki Ia adalah karya ebook saya yang pertama. Hanya dengan mendapatkan ebook 9FR, anda akan peroleh akses group intensif secara automatik dan percuma. Bagi pembaca ebook 9FR, tahniah! Anda telahpun berada di group itu ;)

Ini bermakna anda boleh pilih, sama ada membayar RM50 untuk group support atau dengan mendapatkan ebook 9 Formula Pantas Seru Rezeki bernilai RM30 sahaja.

23 www.insyirahazhar.com

Keajaiban Menulis 101 Impian

2. Lesen Jual Semula (Resell Rights) Saya memberikan anda hak/izin untuk menjual ebook ini semula. Lesen jual semula (RR) hanya bernilai RM30 sahaja.

Ebook in boleh mula dijual dengan harga RM20 dan ke atas, setelah melakukan pembayaran. Ini bermakna, anda telah membuka akses [Boleh] untuk perkara di bawah;

[Boleh] menjualnya di mana sahaja sama ada di laman web, blog, web lelong atau seumpamanya [Boleh] menjadikannya bonus bagi produk anda

Apa yang pembeli lesen RR akan dapat:[Boleh] mencetak dan mempraktikkan segala teknik yang diajar [Boleh] diberikan percuma tanpa ada sebarang perubahan dilakukan [Boleh] menjadikannya bonus bagi produk anda [Boleh] menjualnya di mana sahaja sama ada di laman web, blog, web lelong atau seumpamanya [Tidak Boleh] mengubah sebarang isi kandungan dengan apa jua cara [Tidak Boleh] mengaku ia produk anda sendiri

Produk ini hanya mempunyai satu file ebook (format .pdf), dan gambar produk (ecover) sahaja. Tiada minisite atau tools pemasaran lain disediakan.

24 www.insyirahazhar.com

Keajaiban Menulis 101 Impian

Bonus: Jika mahu dapatkan ecover TANPA nama dan laman web saya, hanya perlu tambah RM1 sahaja.

p.s: Anda boleh muatturun dan jual ecover ebook ini yang anda lihat tiada nama dan laman web saya, tetapi keberkatan pendapatan yang anda peroleh, hanya setelah anda menyelesaikan bayaran.

Jika anda bayar RM30, maka keberkatan pendapatan anda hanya layak untuk ebook ini dan ecover ebook yang ada nama dan laman web saya.

Jika anda bayar RM31, maka keberkatan pendapatan anda layak untuk ebook ini dan ecover ebook yang ada dan tiada nama dan laman web saya.

Dengan kuasa keberkatan, pendapatan yang kita peroleh akan berlimpahan.

Berlimpahan yang dimaksudkan, adalah merasa cukup, mudah memberi dan diagihkan, semakin diberi, pendapatan kita semakin bertambah, kita peroleh ‘feel’, “Kita ada duit lebih daripada mencukupi.”

Dapatkan maklumat pembayaran pada mukasurat seterusnya.

25 www.insyirahazhar.com

Keajaiban Menulis 101 Impian

Maklumat Pembayaran

1. Group Intensif Teknik Menulis 101 Impian RM50

2. Lesen Jual Semula - Resell Right (RR) RM30 *Tambahan RM1 sahaja jika mahu dapatkan ecover TANPA nama dan laman web saya.

Lakukan pembayaran ke akaun di bawah:Nama: Nur Insyirah Binti Shaharin Azhar Bank: Maybank No akaun: 155127019176 Emel: [email protected]

Nama: Nur Insyirah Binti Shaharin Azhar Bank: Cimb No akaun: 1205-0002-3881-08 Emel: [email protected]

PENTING: Setelah lakukan pembayaran, emel ke [email protected] perkara di bawah; Tajuk: LT101 Cth: LT101 No.1 Isi kandungan emel: Jumlah bayaran:  Nama:

26 www.insyirahazhar.com

Keajaiban Menulis 101 Impian

 Emel:  Bukti pembayaran: (Nyatakan tarikh, masa, no.rujukan, bank)  Nama Facebook:  URL profile Facebook: Bagi yang mendapatkan group intensif, maklumat facebook diperlukan untuk saya masukkan anda ke group. Setelah saya mengesahkan pembayaran, saya akan balas dengan menghantar produk mengikut apa yang anda bayar. Kirimkan testimonial anda, selepas membaca ebook ini ke [email protected] dengan tajuk ‘Testimonial 101 Impian’

Salam syukur Alhamdulillah.

Insyirah Azhar Fanpage: http://www.facebook.com/insyirahazharbestwriter Emel: [email protected] Blog: http://www.insyirahazhar.com/ Coach Penulisan Ebook: Jana 3-4 angka sebulan dengan ebook Ebook 9 Formula Pantas Seru Rezeki Ebook Resipi Cipta Bahagia

27 www.insyirahazhar.com

More Documents from "Syed Akil Noh"

Agen Power
January 2021 0
1010impian.pdf
March 2021 0
Class_seat.pdf
January 2021 1