Acara-acara Balingan

  • Uploaded by: Mady Taha
  • 0
  • 0
  • March 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Acara-acara Balingan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,709
  • Pages: 35
Loading documents preview...
OLAHRAGA ACARA BALINGAN DISEDIAKAN OLEH

MAHADI BIN TAHA MOHD AZWAN BIN ZAINUDDIN

NAMA PENSYARAH : EN.HAMZAH BIN SARIMUN

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN INSTITUT PERGURUAN BAHASA ANTARABANGSA (IPBA)

Lontar Peluru Lempar Cakera Baling Tukul Besi Merejam Lembing

ALAT-ALAT RASMI ALAT

WANITA REMAJA/JUNIOR / SENIOR

LELAKI REMAJA

LELAKI JUNIOR

LELAKI SENIOR

PELURU

4 KG

5 KG

6 KG

7.26 KG

CAKERA

1 KG

1.5 KG

1.75 KG

2 KG

TUKUL BESI

4 KG

5 KG

6 KG

7.26 KG

LEMBING

600 GR

700 GR

800 GR

800 GR

KAWASAN BALINGAN

LEMPAR CAKERA / BALING TUKUL BESI

MEREJAM LEMBING

LONTAR PELURU

PERATURAN ASAS  PENGGUNAAN SARUNG TANGAN TIDAK DIBENARKAN

KECUALI ACARA BALING TUKUL BESI.  BAGI ACARA BALING TUKUL BESI, SARUNG TANGAN

HENDAKLAH LICIN DIKEDUA-DUA BELAH DEPAN DAN BELAKANG,DAN HUJUNG JARI SELAIN DARIPADA IBU JARI, HENDAKLAH TERDEDAH.  GUNAKAN TALI PINGGANG KULIT UNTUK MENGELAKKAN

KECEDERAAN TULANG BELAKANG.

PERATURAN SELEPAS BALINGAN  TIDAK BOLEH MELEPASI PADA GARISAN DI HADAPAN

DALAM BULATAN  SETELAH ALATAN MENYENTUH TANAH,PESERTA TIDAK BOLEH

KELUAR DARI BULATAN-HADAPAN  PESERTA TIDAK BOLEH MENINGGALKAN KAWASAN

BULATAN/LARI LANDAS SEBELUM ALAT MENCECAH BUMI.  SELEPAS BALINGAN,ALAT HENDAKLAH DIBAWA KEMBALI DAN

DILETAKKAN DEKAT BULATAN/LARI LANDAS. KEMUDIAN, BERSEDIA UNTUK LONTARAN BERIKUTNYA.

FASA-FASA LONTARAN  FASA PEGANGAN (ALATAN)  LAKUAN SEDIA  LARI LANDAS (MEREJAM LEMBING)  LUNGSURAN (PELURU)  ROTASI / PUSINGAN (CAKERA & TUKUL BESI)  FASA LONTARAN/BALINGAN  FASA IKUT LAJAK

LONTAR PELURU (GAYA LONTARAN) - GAYA BERDIRI - GAYA MELUNGSUR SELANGKAH

- GAYA PERRY O’ BRIEN

FASA LONTARAN PELURU  FASA PEGANGAN  FASA SEDIA  FASA LUNGSURAN  FASA LONTARAN  FASA IKUT LAJAK

FASA PEGANGAN  CARA MEMEGANG ALATAN ADALAH BERBEZA

BERDASARKAN ACARA.  CONTOH : LONTAR PELURU

- pegang dengan 5 jari - pegang dengan 3 jari - peluru dipegang dengan 3 jari tengah dan disokong oleh ibu jari dan jari kelinking

FASA SEDIA  BERDIRI DIKAWASAN LONTARAN  PELURU DILETAKKAN DI ANTARA (LEHER & BAWAH TELINGA)

– BERSENTUHAN  LENGAN TANGAN DIANGKAT HAMPIR MENDATAR DAN SIKU

DIKELUARKAN.  SEBELUM MELAKUKAN LONTARAN,TAHAN NAFAS DAN

TUMPUKAN PERHATIAN PADA BALINGAN.  BERSEDIA MELAKUKAN BALINGAN

FASA LUNGSURAN  TIADA LUNGSURAN BAGI GAYA LONTAR BERDIRI  BAGI GAYA LUNGSUR SELANGKAH

- berat badan pada kaki kiri, kaki kanan digerakkan di bahagian tengah bulatan.  BAGI GAYA PERRY O’BRIEN

- badan dalam keadaan condong. - kaki kanan dibengkokkan dan kaki kiri dihayunkan kehadapan seterusnya tendang kaki ke belakang. - kaki kanan mengelunsur ke tengah bulatan.

FASA LONTARAN  ALATAN HENDAKLAH DILONTARKAN DARI BAHU

SEBELAH TANGAN SAHAJA.  ALATAN YANG DILONTAR,TIDAK BOLEH DIRENDAHKAN.  ANGGARAN LONTARAN DILAKUKAN PADA KEDUDUKAN

TANGAN ANTARA 40-43 DARJAH.  ALATAN HENDAKLAH DILONTARKAN TERUS KE

KAWASAN YANG TELAH DITETAPKAN.

FASA IKUT LAJAK  BERLAKU SELEPAS MELAKUKAN LONTARAN

 FUNGSI UTAMA ADALAH BAGI MENGELAKKAN

KECEDERAAN.  KEGUNAANNYA UNTUK MENAMBAHKAN JARAK

BALINGAN.

GAYA LONTARAN (LEMPAR CAKERA)  TERDAPAT 2 JENIS GAYA LONTARAN

- GAYA BERDIRI - GAYA ROTASI/BERPUSING

FASA LONTARAN (LEMPAR CAKERA)  Fasa Persediaan  Fasa Hayunan Awalan Badan  Fasa Rotasi atau Berpusing  Fasa Pelemparan  Fasa Ikut Lajak dan Pemulihan

FASA PERSEDIAAN (ROTASI)  Peserta berdiri di bahagian belakang bulatan  Kawasan berdiri membelakangkan kawasan

pendaratan cakera.  Teknik memegang cakera adalah seperti untuk gaya

berdiri. Kaki berjarak seluas bidang bahu

FASA HAYUNAN AWAL BADAN  Badan direndahkan semasa melakukan hayunan

awalan.  Hayunan dilakukan seperti yang diterangkan dalam

gaya berdiri.  Beri perhatian kepada kilasan badan yang luas julatnya

mengikut hayunan tangan yang memegang cakera

FASA ROTASI & BERPUSING  Apabila selesai hayunan terakhir, tubuh badan dikilaskan ke kiri

dengan berpaksi atas bebola kaki kiri.  Badan berpusing dengan kaki kanan melangkah ke arah lawan

jam sehingga pelajar berhadapan dengan kawasan pendaratan.  Selesai sahaja langkah ini, kaki kiri pula melangkah ke belakang

disusuli pusingan badan sambil peserta berpaksi di atas bebola kaki kanan.  Sebaik sahaja kaki kiri mencecah tanah (selesai

tindakan berpusing), kaki kanan terus bergerak ke depan diikuti pusingan badan

FASA PELEMPARAN  Apabila selesai melakukan rotasi, tangan yang memegang cakera

hendaklah dihayun sampai ke aras bahu.  Peserta akan merasasi implimen logam cakera itu semakin

menekan di atas ruas jari. Pada ketika inilah cakera itu dilempar dengan tangan yang lurus dan jari-jari memutar cakera mengikut arah jam (clockwise) sebagai tindakan terakhir dalam melepaskan cakera.  Pastikan kedua-dua belah kaki membantu pelemparan dengan

menolak kuat ke atas tanah

FASA IKUT LAJAK & PEMULIHAN  Selepas cakera dilempar, tangan yang melempar itu

akan terus bergerak menyilang badan di aras leher dan kemudian membengkok di akhir pergerakannya.  Pada masa yang sama, kaki kanan akan ke

depan bulatan dan kaki kiri terangkat ke belakang.  Sambil mengimbangkan badannya, peserta terus

memerhati cakera hingga ia mendarat.

MEREJAM LEMBING

ALATAN  Maklumat Alatan  Bahan Buatan

: Kayu / Besi / Logam Campuran Bahagian Lembing : Kepala (panjang), pegangan (grip), hujung/ekor (tajam)

Berat Lembing:  800g (kategori lelaki terbuka),  700g (kategori lelaki bwh 18 thn)  600g (perempuan) Ukuran Bahagian Lembing:  Kepala : 25cm -33cm  Pegangan : 15cm – 16cm (lelaki) 14cm – 15cm (perempuan/lelaki bawah 18tahun)

FASA PERSEDIAAN  Fokus kepada persediaan fizikal seperti teknik memegang dan

menentukan kedudukan lembing serta persediaan mental. Teknik Pegangan Gaya Amerika  Lembing dipegang di antara ibu jari danjari telunjuk serta disokong oleh tiga jari yang lain. Gaya Pegangan U  Lembing dipegang di antara jari telunjuk dan jari tengah.

FASA LARI LANDAS  Mulakan larian sambil memegang lembing pada aras kepala.  Tingkatkan kelajuan bagi mewujudkan daya pecut secara terkawal  Langkah terakhir lebih besar daripada langkah –langkah sebelumnya

dimana kedudukan badan sedikit menyeget.

 Pada 3 hingga 4 langkah terakhir, kedudukan tangan yang memegang

lembing diluruskan kebelakang untuk mendapatkan momentum rejaman.

 Tumit kaki hadapan menekan kuat ke tanah semasa memberhentikan

larian supaya kuasa larian dipindahkan ke lembing sebelum memasuki fasa rejaman

FASA REJAMAN  Fasa rejaman memerlukan pemindahan kuasa kaki kelembing

untuk memberi kelajuan yang maksimum pada rejaman. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

 Dalam keadaan tumit kaki hadapan menekan ketanah, kilaskan

badan ke sisi.

 Kilaskan badan ke sisi dan belakang denganmenggunakan

tangan bebas dan kuasa rotasi pinggang

 Lembing ditarik kehadapan untuk melancarkan lembing.

Perlakuan ini memerlukan rotasi di pinggang dan lentikan di belakang untuk menambahkan kuasa rejaman

FASA IKUT LAJAK  Penyerapan daya dan stabilkan pergerakan selepas merejam adalah penting. Perkara

yang perlu diberiperhatian ialah:

 Sebaik sahaja lembing dilepaskan, langkah setapake hadapan dan mendarat dengan

sebelah kaki

 Imbangkan badan dengan kaki yang sebelah lagi. Rendahkan badan bagi

mengimbang dan menstabilkan kedudukan badan

 Kawal pergerakan supaya tidak melepasi garisan lengkungan

bulatan

BALING TUKUL BESI

ALATAN  Buah tukul : Besi atau logam  Garis pusat minimum : 110 mm untuk lelaki dan 95 mm untuk perempuan.  Untuk kejohanan peringkat antarabangsa yang diiktirafkan berat bola ini ialah

7.26 kg : Lelaki Terbuka 5.45 kg : Wanita Terbuka  Dawai  Dawai hendaklah terbentuk daripada seutas dawai keluli yang tidak bersambung dan tidak

kurang daripada 3 mm garis pusatnya. Dawai tersebut boleh digelungkan di kedua-dua hujungnya untuk tujuan menyambungkannya dengan bahagian tukul yang lain.

Pemegang  Ia berbentuk tiga segi tiga dua sama atau sektor yang berbentuk bulatan dan tidak boleh meregang ketika dibaling. Sambungannya kepada dawai diperbuat sedemikian rupa adalah supaya tidak tergelincir atau berputar dalam cecincin tersebut atau pada dawainya yang boleh menambahkan panjang keseluruhan tukul.  Pemegang berbentuk lurus atau melengkok dengan lebar maksimum dalamnya 130 mm dan ukuran panjang dalamnya 110 mm.  Kekuatan minimum untuk pemegang terputus ialah 80 kn iaitu 800 kgf.

FASA BALINGAN TUKUL BESI  FASA PERSEDIAAN  FASA PUTARAN  FASA ROTASI / PUSINGAN  FASA BALINGAN

FASA PERSEDIAAN  Peringkat pertama dalam perlakuan membaling tukul besi

selepas seseorang itu bersedia ialah memegang tukul besi.

 Peserta hendaklah mendapatkan pegangan yang selesa dan betul

pada bahagian pemegang yang disediakan. Untuk memulakan pegangan, peserta hendaklah berada pada kedudukan sedia di dalam bulatan balingan.

 Kedudukan statik yang mula-mula biasanya di belakang bulatan

lontaran berhampiran garisan belakang, dengan membelakangkan arah balingan. Akhir sekali, tumpukan perhatian dan konsentrasi pada tukul besi dan kawasan balingan.

FASA PUTARAN  Putaran yang dimaksudkan dalam acara baling tukul besi ialah pergerakan peserta

memutarkan tukul besi beberapa kali bagi mendapatkan kedudukan dan masa yang sesuai dan selesa untuk membuat balingan. Putaran juga dilakukan bagi mendaptkan rentak dan kelajuan awal sebelum mebuat balingan.

 Untuk melakukan putaran dengan cara yang betul, pertamanya, peserta mestilah

menempatkan tukul besi yang selesa dalam pegangan tangannya pada kedudukan dibelakang kaki.

 Kemudian, tukul besi diputarkan melintasi bahagia hadapan tubuh badan, dengan

pegangan tangan yang selesa. Tangan hendaklah diluruskan di hadapan tubuhnya sendiri.

 Langkah yang seterusnya, peserta mestilah membengkokkan lengan untuk

mengembalikan tukul besi ke belakang kepalanya. Semasa dalam putaran, tukul akan bergerak meninggi ke sebelah kirinya dan menurun ke sebelah kanannya. Tukul besi haruslah mencapai kedudukan tertinggi pada bahagian belakang badan dan terendah di hadapannya. Tubuh badan digerakkan mengikut pergerakan putaran tukul bagi mendapatkan momentum yang betul.

FASA ROTASI/PUSINGAN  Setelah melakukan putaran dan kelajuannya semakin meningkat, kini

bersedia untuk melakukan putaran atau pusingan badan pula.

 Jika dalam peringkat putaran, penekanan diberikan pada pergerakan

lengan bersama tukul. Di fasa rotasi, penekanan semasa memusing ialah pada kedudukan kaki dan badan peserta yang harus digerakkan besama putaran lengan dengan keseimbangan badan terus dikekalkan.

 Perlu diingat iaitu penahanan (pivot) adalah pada kaki, manakala

memusing adalah pada badan bagi mengawal semasa berpusing.

 Untuk melakukan pergerakan ini, pusingan badan harus dilakukan

mengikut rentak dan pergerakan dan gerakan tukul besi yang dipegang. Selain itu, peserta harus mengekalkan berat badan pada sebelah kiri, manakala tukul bergerak ke arah kaki kanan. Pada pusingan yang terakhir peserta sudah bersedia untuk membuat balingan.

FASA BALINGAN  Peringkat pergerakan dalam acara membaling tukul besi ialah

melepaskan tukul besi daripada pegangan tangan sebagai membuat lontaran, ke dalam kawasan pendaratan yang disediakan.

 Balingan dibuat selepas peserta melepasi pusingan badan terakhir

dengan kelajuan pusingan berada di peringkat maksimum.

 Kemudian, kaki kiri peserta debengkokkan sedikit sebagai persediaan

untuk balingan. Selain itu, peserta juga harus memasukkan tekanan tambahan pada tukul dengan bantuan kaki, pinggang, dada dan tangan sebagai persediaan akhirnya membuat balingan.

 Untuk melakukan balingan, peserta haruslah mengikut arah yang

dikehendaki dengan melepaskan balingan pada pusingan badan dan tangan pada kelajuan yang paling maksimum. Akhir sekali, peserta mestilah memastikan keseimbangan badan terjamin tanpa menyebabkan pergerakan menjadi batal.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Related Documents

Acara-acara Balingan
March 2021 0

More Documents from "Mady Taha"