Adsh2103: Hadis-hadis Pilihan

  • Uploaded by: yusri_mym88
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Adsh2103: Hadis-hadis Pilihan as PDF for free.

More details

  • Words: 53,379
  • Pages: 209
Loading documents preview...
ADSH2103

Hadis-hadis Pilihan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

"

ADSH2103 HADIS-HADIS PILIHAN Suriani Sudi " "

" "

" Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Rgpictcj"Rtqlgm<" " " Rgpwnku"Oqfwn<" " " Rgp{gfgtjcpc<" " " Gpjcpegt<" " Fkdcpiwpmcp"qngj<" " " " " " "

Rtqh"Ft"Ykfcf"Qvjocp" Qrgp"Wpkxgtukv{"Ocnc{ukc" Uwtkcpk"Uwfk" Mqngl"Wpkxgtukvk"Kunco"Ugncpiqt" Oqjf"Lcocnwfkp"Oqjcocf" Qrgp"Wpkxgtukv{"Ocnc{ukc" Cdf0"Tc|cm"Owvjcnkd" Rwucv"Tgmc"Dgpvwm"Rgpiclctcp"fcp"Vgmpqnqik" Qrgp"Wpkxgtukv{"Ocnc{ukc"

Gfkuk"Rgtvcoc."Qiqu"4235" Gfkuk"Mgfwc."Fkugodgt"423:" Gfkuk"Mgvkic."Crtkn"423;"*OTGR+" "

Jcm"Ekrvc"´"Qrgp"Wpkxgtukv{"Ocnc{ukc"*QWO+."Crtkn"423;."CFUJ4325" Jcm"ekrvc"vgtrgnkjctc0"Vkcfc"dcjcikcp"fctkrcfc"dcjcp"kpk"dqngj"fkucnkp"ugownc"fcnco"ocpc/ocpc" ectc"vcprc"mgdgpctcp"ugectc"dgtvwnku"fctkrcfc"Rtgukfgp"Qrgp"Wpkxgtukv{"Ocnc{ukc"*QWO+0" " "

" " "

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Isi Kandungan Panduan Kursus Topik 1

Topik 2

xiăxvi

Hadis tentang Niat 1.1 Pengenalan Ulum al-Hadis 1.1.1 Istilah dalam Ulum al-Hadis 1.1.2 Sejarah Penulisan Hadis 1.2 Hadis Mengenai Niat dan Hubungannya dengan Pekerjaan Manusia 1.2.1 Lafaz Hadis dan Terjemahannya 1.2.2 Pengertian Kalimah Utama 1.2.3 Tema Utama Hadis 1.2.4 Huraian Umum Hadis 1.2.5 Fungsi dan Tujuan Utama Niat 1.2.6 Peranan Niat dalam Kehidupan Muslim 1.3 Prinsip Asas Pendidikan dalam Hadis 1.4 Pengajaran daripada Hadis dalam Konteks Semasa Rumusan Kata Kunci Rujukan

9 10 11 11 12 14 17 17 20 21 21

Hadis Keistimewaan Penuntut Ilmu dan Ulama 2.1 Hadis dan Huraiannya 2.1.1 Lafaz Hadis dan Terjemahannya 2.1.2 Pengertian Kalimah Utama 2.1.3 Tema Utama Hadis 2.1.4 Huraian Umum Hadis 2.1.5 Kedudukan Ilmu dalam Islam 2.1.6 Hukum Menuntut Ilmu 2.1.7 Kelebihan bagi Penuntut Ilmu 2.1.8 Kelebihan bagi Ulama 2.1.9 Adab Penuntut Ilmu 2.1.10 Adab Ulama 2.2 Prinsip Asas Pendidikan dalam Hadis 2.3 Pengajaran Hadis dalam Konteks Semasa Rumusan Kata Kunci Rujukan

22 23 23 24 25 25 27 31 32 35 40 41 42 43 44 44 45

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

1 2 2 4 9

iv 

Topik 3

Topik 4

ISI KANDUNGAN

Hadis Kemanisan Iman 3.1 Hadis dan Huraiannya 3.1.1 Lafaz Hadis dan Terjemahannya 3.1.2 Pengertian Kalimah Utama 3.1.3 Tema Utama Hadis 3.1.4 Huraian Umum Hadis 3.1.5 Mengasihi Allah SWT dan Rasul Melebihi Perkara Lain 3.1.6 Mencintai Seseorang kerana Allah SWT 3.1.7 Benci kepada Kekufuran Sepertimana Benci untuk Dihumban ke Neraka 3.2 Prinsip Asas Pendidikan dalam Hadis 3.3 Pengajaran Hadis dalam Konteks Semasa Rumusan Kata Kunci Rujukan

46 47 47 48 49 49 50

Hadis Amalan ke Syurga 4.1 Hadis dan Huraiannya 4.1.1 Lafaz Hadis dan Terjemahannya 4.1.2 Pengertian Kalimah Utama 4.1.3 Tema Utama Hadis 4.1.4 Huraian Umum Hadis 4.1.5 Perkara yang Memasukkan ke dalam Syurga dan Menjauhkan dari Neraka 4.1.6 Amalan Kebajikan 4.1.7 Asas, Tiang dan Puncak bagi Segala Urusan Agama 4.1.8 Memelihara Lidah 4.1.9 Dosa Lidah 4.2 Prinsip Asas Pendidikan dalam Hadis 4.3 Pengajaran Hadis dalam Konteks Semasa Rumusan Kata Kunci Rujukan

62 62 63 65 66 66 67

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

54 56 57 58 60 61 61

69 73 75 75 77 78 79 80 81

ISI KANDUNGAN

Topik 5

Topik 6



v

Hadis Solat Berjemaah di Masjid Lambang Keimanan 5.1 Hadis dan Huraiannya 5.1.1 Lafaz Hadis dan Terjemahannya 5.1.2 Pengertian Kalimah Utama 5.1.3 Tema Utama Hadis 5.1.4 Huraian Umum Hadis 5.1.5 Kelebihan Solat Berjemaah 5.1.6 Kelebihan Solat Berjemaah di Masjid 5.1.7 Peringatan Buat Mereka yang Meninggalkan Solat Berjemaah di Masjid 5.1.8 Solat Fardu atau Solat Sunat? 5.2 Prinsip Asas Pendidikan dalam Hadis 5.3 Pengajaran Hadis dalam Konteks Semasa Rumusan Kata Kunci Rujukan

97 98 98 99 100 100

Doa Mustajab 6.1 Hadis dan Huraiannya 6.1.1 Lafaz Hadis dan Terjemahannya 6.1.2 Pengertian Kalimah Utama 6.1.3 Tema Utama Hadis 6.1.4 Huraian Umum Hadis 6.1.5 Doa ialah Ibadah 6.1.6 Doa ialah Senjata Mukmin 6.1.7 Doa yang Mustajab 6.2 Prinsip Asas Pendidikan dalam Hadis 6.3 Pengajaran Hadis dalam Konteks Semasa Rumusan Kata Kunci Rujukan

101 101 102 103 104 104 110 112 114 120 121 122 123 123

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

82 83 83 84 85 85 87 88 96

vi 

ISI KANDUNGAN

Topik 7

Hadis Kehebatan Seorang Muslim 7.1 Hadis dan Huraiannya 7.1.1 Lafaz Hadis dan Terjemahannya 7.1.2 Pengertian Kalimah Utama 7.1.3 Tema Utama Hadis 7.1.4 Sebab Wurud Hadis 7.1.5 Huraian Umum Hadis 7.1.6 Setiap Amalan Baik adalah Sedekah 7.2 Prinsip Asas Pendidikan dalam Hadis 7.3 Pengajaran Hadis dalam Konteks Semasa Rumusan Kata Kunci Rujukan

124 125 125 126 127 127 128 133 136 137 139 140 140

Topik 8

Hadis Asas Pembangunan Diri 8.1 Hadis dan Huraiannya 8.1.1 Lafaz Hadis dan Terjemahannya 8.1.2 Pengertian Kalimah Utama 8.1.3 Tema Utama Hadis 8.1.4 Huraian Umum Hadis 8.1.5 Saranan Supaya Bekerja 8.1.6 Memberi Sedekah dengan Harta 8.1.7 Membantu Mereka yang Memerlukan 8.1.8 Mengajak kepada Perkara Kebaikan dan Mencegah daripada Melakukan Kemungkaran 8.1.9 Menahan Diri daripada Melakukan Kejahatan 8.2 Prinsip Asas Pendidikan dalam Hadis 8.3 Pengajaran Hadis dalam Konteks Semasa Rumusan Kata Kunci Rujukan

141 142 142 143 144 144 145 146 148 149

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

152 154 155 157 158 159

ISI KANDUNGAN



vii

Topik 9

Hadis Asas Kecemerlangan Umat Islam 9.1 Hadis dan Huraiannya 9.1.1 Lafaz Hadis dan Terjemahannya 9.1.2 Pengertian Kalimah Utama 9.1.3 Tema Utama Hadis 9.1.4 Huraian Umum Hadis 9.1.5 Reda Allah SWT sebagai Tuhan 9.1.6 Reda Islam sebagai Agama 9.1.7 Reda Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi 9.1.8 Berjihad di Jalan Allah SWT 9.1.9 Dalil Lain Berkaitan Kelebihan Jihad 9.1.10 Tujuan Berjihad 9.2 Prinsip Asas Pendidikan dalam Hadis 9.3 Pengajaran Hadis dalam Konteks Semasa Rumusan Kata Kunci Rujukan

160 161 161 162 162 163 163 165 166 169 170 173 174 174 177 178 178

Topik 10

Hadis Asas Kemunduran Umat Islam 10.1 Hadis dan Huraiannya 10.1.1 Lafaz Hadis dan Terjemahannya 10.1.2 Pengertian Kalimah Utama 10.1.3 Tema Utama Hadis 10.1.4 Huraian Umum Hadis 10.1.5 Keindahan Hadis 10.2 Prinsip Asas Pendidikan dalam Hadis 10.3 Pengajaran Hadis dalam Konteks Semasa Rumusan Kata Kunci Rujukan

179 180 180 181 182 182 184 186 187 189 190 190

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

vii  i

ISI KANDUNGAN

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

" " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " "

PANDUAN KURSUS

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

"

" " " " " " " " " "

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

PANDUAN KURSUS



xi

"

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal hingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN ADSH2103 Hadis-hadis Pilihan ialah salah satu kursus yang ditawarkan di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 14 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Diploma Pengajian Islam dengan Pendidikan. Modul ini bertujuan untuk menjelaskan kepada pelajar tentang pengertian hadis, huraian dan pengajaran daripadanya. Pelajar akan boleh menguasai konsep-konsep dan tema-tema yang dibawa oleh hadis yang dibincangkan. Kandungan modul ini turut memberikan perhatian kepada sudut periwayatan hadis. Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan.

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

xii



PANDUAN KURSUS

"

"

"

"

"

"

"

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1. Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran Aktiviti Pembelajaran

Jam Pembelajaran

Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam perbincangan awal

7

Membaca modul

60

Menghadiri 3 sesi tutorial

6

Perbincangan atas talian

12

Ulang kaji

15

Menyiapkan Tugasan, Ujian dan Peperiksaan

20

JUMLAH MASA PEMBELAJARAN

120

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menghuraikan kandungan hadis-hadis pilihan yang merangkumi matlamat dan kepentingan ilmu;

2.

Menjelaskan akhlak mulia berdasarkan hadis dalam rangka hubungan sesama manusia;

3.

Mengenal pasti kecemerlangan dan kemunduran umat Islam berdasarkan hadis nabi; dan

4.

Mengaplikasi amalan dan ibadah yang dituntut oleh hadis nabi dalam pengajaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

PANDUAN KURSUS



xiii

"

SINOPSIS KURSUS Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti yang disenaraikan berikut: Topik 1 memulakan perbincangan berkaitan ilmu ulum al-hadis dan huraian hadis pertama berkaitan niat dan hubungannya dengan pekerjaan manusia. Topik 2 membincangkan hadis berkaitan keistimewaan pelajar dan pengajar bidang agama dan adab terhadap pengajar agama. Topik 3 menjelaskan hadis yang berkisar pada asas kemanisan iman. Topik 4 membincangkan hadis berkisar tentang prinsip asas Islam, iaitu rukun Islam, pintu utama kebaikan dalam Islam, iaitu amalan sunat, prinsip asas kekuatan umat Islam serta perkara yang menjadi benteng seorang Muslim daripada api neraka. Topik 5 menghuraikan hadis mengenai salah satu lambang keimanan seseorang, iaitu solat berjemaah di masjid. Topik 6 membincangkan hadis berkaitan senjata seorang Mukmin, iaitu doa dan syarat doa yang makbul. Topik 7 menghuraikan hadis yang bertemakan kehebatan seorang Muslim yang setiap amalan yang baik menjadi sumber ganjaran baginya. Bahkan perbuatannya mengelak perkara haram juga ialah sumber pahala baginya. Topik 8 membincangkan hadis yang menyentuh dasar pembangunan diri yang dituntut Islam, iaitu bekerja untuk mencari rezeki yang halal, tolong-menolong sesama Islam, membuat amar makruf, mencegah nahi mungkar serta menahan diri daripada melakukan kejahatan. Topik 9 menjelaskan hadis yang berkisar pada asas kecemerlangan umat Islam, iaitu bertuhankan Allah SWT, Islam sebagai anutan, beriman bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai rasul ikutan serta berjihad di jalan Allah. Topik 10 membincangkan hadis berkaitan sebab kemunduran umat Islam, iaitu apabila mereka membiarkan kemaksiatan berleluasa dalam kalangan umat tanpa ada sesiapa yang mencegah dan menghalangnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

xiv



PANDUAN KURSUS

" "

"

"

"

"

"

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda mengambil tahu susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Umumnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti yang berikut: Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik, anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik. Semak Kendiri: Soalan diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik. Soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan Semak Kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda untuk menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri. Aktiviti: Aktiviti juga diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik untuk menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya. Rumusan: Pada akhir topik, isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Kata Kunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

PANDUAN KURSUS



xv

" Rujukan: Rujukan merupakan bahagian yang senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat dalam beberapa bahagian seperti dalam Panduan Kursus (pada bahagian Rujukan), pada akhir setiap topik atau akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS Tiada pengetahuan asas diperlukan.

KAEDAH PENILAIAN Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN Abd al-Wahhab Rasyid Salih. (1995). Syarh al-arbaÊin al-nawawiyyah fi thawb jadid. Damsyik, Syria: Wizarah al-Awqaf. Abdul Fattah Abu Ghuddah. (2009). 40 teknik Rasulullah mengajar. Syuhadak Mahmud (Terj.): Seremban, Malaysia: Al-Azhar Media. Abu al-Laith Khayr Abadi. (2010). Ulum al-hadith asliha wa muÊasirirha. Selangor, Malaysia: Dar al-Syakir. Ali Shurbaji. (1998). Khulasah al-kalam fi al-ahadith allati alayha madar al-Islam. Damsyik, Syria: Dar al-Qalam. Ibnu Hajar al-Asqalani. (2005). Fath al-bari bi syarh sahih al-Bukhari. Riyadh, Arab Saudi: Dar al-Toyyibah. Ibnu Qayyim al-Jawziyyah. (2008). Madarij al-salikin-pendakian menuju Allah. Kathur Suhardi (Terj.): Jakarta, Indonesia: Pustaka al-Kauthar. Ibnu Rejab al-Hambali. (1989). JamiÊ ulum wa al-hikam. Kaherah, Mesir: Dar al-Kalimah al-Tayyibah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

xvi



PANDUAN KURSUS

" "

"

"

"

"

"

Mahmud al-Tahhan. (1984). Taysir mustalah al-hadith. Kuwait: Maktabah Dar al-Turath. Mahyuddin Abi Zakaria Yahya Nawawi. (1994). Al-Minhaj fi syarh sahih Muslim. Damsyik, Syria: Dar al-Khayr. Mustafa al-Bugha, & Muhyiddin Misto. (1987). Al-Wafi fi syarh al-arbaÊin al-nawawiyyah. Beirut, Lebanon: Dar Ibn Kathir. Rosni Wazir, Suriani Sudi, & Mohd Khafidz Soroni. (2010). Mustalah al-Hadith al-Muyasar. Selangor, Malaysia: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS) Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan dalam talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada adalah EBSCOhost, ProQuest, SpringerLink, Books247, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik "" " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " "



1

Hadis tentang Niat " "

"

HASIL PEMBELAJARAN

"

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Membezakan istilah penting dalam ulum al-hadis;

2.

Menerangkan secara ringkas sejarah perkembangan penulisan hadis;

3.

Menyatakan sebab hadis niat didatangkan;

4.

Menghuraikan hadis niat secara umum; dan

5.

Memberikan pengajaran daripada hadis untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

 PENGENALAN Dalam topik pertama ini, anda akan diperkenalkan kepada maksud hadis dan beberapa istilah dalam ulum al-hadis. Istilah tersebut ialah sunah, athar, khabar, sanad, rawi dan matan. Anda juga akan didedahkan dengan perkembangan penulisan hadis secara ringkas pada zaman Rasulullah SAW, sahabat dan tabiin. Ia merupakan pengenalan asas dalam bidang hadis dan metodologinya. Seterusnya, topik ini akan membincangkan hadis pilihan yang pertama, iaitu hadis mengenai niat. Anda akan ditunjukkan terjemahan hadis dan diberi huraian tentang peranannya dalam kehidupan manusia.

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

2

TOPIK 1



HADIS TENTANG NIAT

"

1.1

PENGENALAN ULUM AL-HADIS

Ulum al-hadis ialah ilmu yang mempunyai kaedah dan prinsip tertentu tentang hadis sama ada yang bersangkutan dengan sanad atau matan hadis. Menerusinya, sesuatu hadis tersebut dapat diterima atau ditolak. Ulum al-hadis dianggap sebagai salah satu cabang ilmu yang sangat penting kerana menerusinya, satu-satu hadis itu dapat diketahui kedudukannya sama ada boleh dijadikan hujah ataupun tidak. Nama lain bagi ulum al-hadis ialah usul al-hadis, mustalah al-hadis, ulum sunah dan ilmu dirayah al-hadis.

1.1.1

Istilah dalam Ulum al-Hadis

Terdapat beberapa istilah penting yang perlu diketahui dalam ulum al-hadis. Jadual 1.1 menunjukkan istilah tersebut berserta takrifannya. Jadual 1.1: Istilah dalam Ulum al-Hadis dan Takrifannya Istilah Hadis

Sunah

Khabar

Takrif 

Takrif dari segi bahasa: Baharu atau perkataan.



Takrif dari segi istilah: Perkara yang disandarkan/dinisbahkan kepada Nabi Muhammad SAW sama ada berbentuk perkataan, perbuatan, pengakuan (taqrir), sifat fizikal dan akhlak serta tingkah lakunya dan juga perjalanan hidup.



Takrif dari segi bahasa: Jalan sama ada jalan yang baik mahupun yang buruk.



Takrif dari segi istilah: Apa yang disandarkan/dinisbahkan kepada Rasulullah SAW sama ada berbentuk perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat fizikal, akhlak, sirah perjalanan sama ada sebelum dilantik menjadi rasul atau sesudahnya.



Jika kita lihat pada takrif hadis dan sunah yang diberi, di sisi ulama hadis tiada beza antara kedua-duanya. Hal ini bermaksud sunah juga ialah hadis. Ia dinamakan sebagai sunah kerana sabda Baginda SAW, perbuatan, pengakuan dan akhlaknya merupakan jalan yang diikuti oleh umat Islam.



Takrif dari segi bahasa: Berita.



Takrif dari segi istilah: Perkara yang datang daripada Rasulullah SAW dan selain Baginda SAW daripada kalangan sahabat dan tabiin. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

HADIS TENTANG NIAT





Takrif dari segi bahasa: Kesan yang ditinggalkan.



Takrif dari segi istilah: Apa-apa yang datang daripada sahabat dan tabiin sama ada berbentuk perkataan dan perbuatan.

Rawi



Individu yang meriwayatkan hadis.

Matan



Lafaz atau nas hadis yang diperoleh melalui sesebuah sanad.

Sanad



Rantaian perawi yang meriwayatkan sesuatu hadis.

Sahabat



Mereka yang bertemu dengan Rasulullah SAW, beriman dengannya dan mati dalam keadaan Islam.

Tabiin



Mereka yang bertemu dengan seorang atau lebih daripada kalangan sahabat, dalam keadaan dia Islam dan mati dalam keadaan Islam.

Athar

3

Sekarang, mari kita lihat hadis berikut dan kedudukan sanad, perawi dan matan dalam hadis tersebut.

ِ‫ﺣ ﱠﺪﺛـَﻨﺎ آدم ﺑﻦ أَِﰊ إِ ٍس ﻗَ َﺎل ﺣ ﱠﺪﺛـَﻨﺎ ﺷﻌﺒﺔُ ﻋﻦ ﻋﺒ ِﺪ ﱠ‬ ِ ‫اﻪﻠﻟ ﺑ ِﻦ أَِﰊ اﻟ ﱠﺴ َﻔ ِﺮ وإِ ْﲰ‬ ‫ﻴﻞ ﺑْ ِﻦ‬ ‫ﺎﻋ‬ َ َْ ْ َ َْ ُ َ َ ْ َ ُ ْ َُ َ َ َ َ ِ‫أَِﰊ ﺧﺎﻟِ ٍﺪ ﻋﻦ اﻟﺸﱠﻌِ ِﱯ ﻋﻦ ﻋﺒ ِﺪ ﱠ‬ ِّ ِ‫اﻪﻠﻟُ َﻋْﻨـ ُﻬ َﻤﺎ َﻋ ْﻦ اﻟﻨ‬ ‫اﻪﻠﻟ ﺑْ ِﻦ َﻋ ْﻤ ٍﺮو َر ِﺿ َﻲ ﱠ‬ ‫ﺻﻠﱠﻰ ﱠ‬ َْ ْ َ ّ ْ ْ َ َ َ ‫ﱠﱯ‬ ُ‫اﻪﻠﻟ‬ ِ ‫ اﻟْﻤﺴﻠِﻢ ﻣﻦ ﺳﻠِﻢ اﻟْﻤﺴﻠِﻤﻮ َن ِﻣﻦ ﻟِﺴﺎﻧِِﻪ وﻳ ِﺪ ِﻩ واﻟْﻤﻬ‬:‫ﻋﻠَﻴ ِﻪ وﺳﻠﱠﻢ ﻗَ َﺎل‬ ‫ﺎﺟُﺮ َﻣ ْﻦ َﻫ َﺠَﺮ‬ َ ُ َ ََ َ ْ ُ ْ ُ َ َ ْ َ ُ ْ ُ َ ََ َْ ‫َﻣﺎ ﻧَـ َﻬﻰ ﱠ‬ ُ‫اﻪﻠﻟُ َﻋْﻨﻪ‬ Sanad:

ِ‫ﺣ ﱠﺪﺛـَﻨﺎ آدم ﺑﻦ أَِﰊ إِ ٍس ﻗَ َﺎل ﺣ ﱠﺪﺛـَﻨﺎ ﺷﻌﺒﺔُ ﻋﻦ ﻋﺒ ِﺪ ﱠ‬ ِ ِ ِ ‫ﻴﻞ ﺑْ ِﻦ‬ َْ ْ َ َْ ُ َ َ َ ُ ْ َُ َ َ َ ‫اﻪﻠﻟ ﺑْ ِﻦ أَِﰊ اﻟ ﱠﺴ َﻔﺮ َوإ ْﲰَﺎﻋ‬ ِ‫أَِﰊ ﺧﺎﻟِ ٍﺪ ﻋﻦ اﻟﺸﱠﻌِ ِﱯ ﻋﻦ ﻋﺒ ِﺪ ﱠ‬ ِّ ِ‫اﻪﻠﻟُ َﻋْﻨـ ُﻬ َﻤﺎ َﻋ ْﻦ اﻟﻨ‬ ‫اﻪﻠﻟ ﺑْ ِﻦ َﻋ ْﻤ ٍﺮو َر ِﺿ َﻲ ﱠ‬ ‫ﺻﻠﱠﻰ ﱠ‬ َْ ْ َ ّ ْ ْ َ َ َ ‫ﱠﱯ‬ ُ‫اﻪﻠﻟ‬ ‫َﻋﻠَْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

4

TOPIK 1



HADIS TENTANG NIAT

" Perawi: (a)

‫آد ُم ﺑْ ُﻦ أَِﰊ إِ َ ٍس‬ َ

(b)

ُ‫ُﺷ ْﻌﺒَﺔ‬

(c)

ِ‫ﻋﺒ ِﺪ ﱠ‬ ‫اﻪﻠﻟ ﺑْ ِﻦ أَِﰊ اﻟ ﱠﺴ َﻔ ِﺮ‬ َْ

(d)

ِ ‫إِ ْﲰ‬ ‫ﻴﻞ ﺑْ ِﻦ أَِﰊ َﺧﺎﻟِ ٍﺪ‬ ‫ﺎﻋ‬ َ َ

(e)

ِْ ‫اﻟﺸ‬ ‫ﱯ‬ ِّ ‫ﱠﻌ‬

(f)

ِ‫ﻋﺒ ِﺪ ﱠ‬ ‫اﻪﻠﻟ ﺑْ ِﻦ َﻋ ْﻤ ٍﺮو‬ َْ

Matan:

ِ ‫اﻟْﻤﺴﻠِﻢ ﻣﻦ ﺳﻠِﻢ اﻟْﻤﺴﻠِﻤﻮ َن ِﻣﻦ ﻟِﺴﺎﻧِِﻪ وﻳ ِﺪ ِﻩ واﻟْﻤﻬ‬ ‫ﺎﺟُﺮ َﻣ ْﻦ َﻫ َﺠَﺮ َﻣﺎ ﻧَـ َﻬﻰ ﱠ‬ ُ‫اﻪﻠﻟُ َﻋْﻨﻪ‬ َ ُ َ ََ َ ْ ُ ْ ُ َ َ ْ َ ُ ْ ُ 1.1.2

Sejarah Penulisan Hadis

Dalam topik ini, kita akan melihat penulisan hadis pada tiga zaman yang pertama, iaitu: (a)

Zaman Rasulullah SAW Apabila berbicara tentang penulisan hadis pada zaman Rasulullah SAW, tiada pencatat rasmi yang ditugaskan untuk mencatat hadis dan menghimpunkan hadis seperti al-Quran. Hal ini berlaku bukanlah kerana para sahabat tidak mengambil berat tentang hadis tetapi adalah kerana perkara berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

(i)

HADIS TENTANG NIAT



5

Baginda SAW melarang para sahabat menulis hadis sebagaimana hadis daripada Abu SaÊid al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda:

ِ ُ‫ﺐ َﻋ ِّﲏ َﻏْﻴـَﺮ اﻟْ ُﻘْﺮآن ﻓَـ ْﻠﻴَ ْﻤ ُﺤﻪ‬ َ َ‫َﻻ ﺗَ ْﻜﺘُـﺒُﻮا َﻋ ِّﲏ َوَﻣ ْﻦ َﻛﺘ‬ Maksudnya:

„Jangan kalian menulis hadis daripadaku dan sesiapa yang menulis selain al-Quran, maka hendaklah dia menghapuskannya.‰ (Riwayat Muslim) (ii)

Baginda SAW melarang hadis ditulis kerana al-Quran masih lagi diturunkan pada waktu itu. Baginda SAW bimbang al-Quran akan bercampur dengan hadis. Baginda SAW tidak mahu umat Islam ketika itu keliru dan tertukar antara hadis dengan al-Quran.

Walaupun hadis tidak ditulis, namun mereka tetap mengambil berat terhadap hadis sama seperti mereka mengambil berat terhadap al-Quran. Mereka menerima, menghafal, memelihara dan beramal dengannya sama seperti yang dilakukan mereka terhadap al-Quran. Tambahan pula orang Arab sememangnya terkenal dengan kemampuan menghafal dan mempunyai daya ingatan yang kuat. Maka, hal ini tidaklah menjadi masalah bagi mereka. Namun demikian, ini bukanlah bermaksud pencatatan hadis pada zaman ini tidak berlaku langsung. Rasulullah SAW bagaimanapun telah mengizinkan beberapa orang sahabat antaranya ialah Abdullah bin ÂUmar untuk mencatat hadis Baginda SAW kerana beliau mahir dalam menulis. Baginda SAW juga membenarkan sahabat menulis untuk Abu Syah kerana beliau seorang yang lemah ingatan. Abu Hurairah juga berkata:

„Tidak ada seorang pun dalam kalangan sahabat yang lebih banyak daripada aku mengumpul hadis, selain Abdullah bin ÂAmru. Sesungguhnya dia menulis, dan aku tidak menulis...‰ (Riwayat al-Bukhari) Berdasarkan contoh riwayat yang tadi, kita dapati pada zahirnya terdapat percanggahan antara riwayat yang melarang dan mengizinkan untuk menulis hadis. Menurut kaedah ilmu hadis, jika terdapat percanggahan antara riwayat yang sahih, maka para ulama akan menggabungkan semua riwayat tersebut dan menyesuaikannya. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

6

TOPIK 1



HADIS TENTANG NIAT

" Kesimpulannya, seperti yang disebut oleh Syeikh Muhammad Mustafa al-AÊdzami dalam kitabnya Dirasat fi al-Hadis al-Nabawi, riwayat ini boleh difahami seperti yang berikut: (i)

Berlakunya nasikh dan mansuh, iaitu hadis yang melarang menulis telah dimansuhkan dengan hadis yang mengizinkan menulis. Hal ini kerana, pada mulanya Rasulullah SAW melarang menulis kerana takut al-Quran akan bercampur dengan sesuatu yang lain. Perkara ini berdasarkan pendapat Ibn Qutaibah, Al-Ramahurmuzi, Al-Khattabi dan lain-lain.

(ii)

Larangan menulis hanya jika hadis ditulis dengan al-Quran dalam satu catatan yang sama. Pendapat ini dinyatakan oleh Al-Khattabi, Al-Khatib al-Baghdadi dan selain mereka.

(iii) Larangan menulis hanya khusus kepada mereka yang kuat ingatan dan takut mereka akan bergantung pada tulisan semata-mata tanpa berusaha menghafalnya. (b)

Zaman Sahabat r.a. Selepas kewafatan Rasulullah SAW, para sahabat secara umumnya masih lagi memelihara sunah dalam bentuk hafazan dan memindahkan sunah dalam bentuk periwayatan secara lisan. Mereka tidak menulis hadis kerana mengambil sikap berhati-hati terhadap al-Quran. Misalnya, Sayidina Umar al-Khattab yang mempunyai keazaman yang sangat tinggi untuk menulis hadis, namun niat tersebut ditangguhkan disebabkan beliau khuatir akan berlaku percampuran antara al-Quran dengan hadis. Lagipun, pada zaman ini, para sahabat mempunyai komitmen yang tinggi terhadap al-Quran. Mereka menghimpunkannya pada hayat Sayidina Abu Bakar dan menulisnya semasa zaman Sayidina Uthman. Namun demikian, terdapat beberapa orang sahabat yang menulis hadis. Hal ini kerana mereka yakin bahawa sebab yang menghalang daripada hadis ditulis telah pun hilang di mana al-Quran telah sempurna diturunkan. Namun, penulisan mereka hanyalah sekadar tulisan peribadi di bawah topik-topik tertentu. Penulisan hadis pada zaman itu belum lagi bersifat terbuka. Ia hanyalah usaha individu tertentu sahaja.

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

HADIS TENTANG NIAT



7

Antara usaha yang dilakukan oleh para sahabat ialah: (i)

Menggalakkan anak murid mereka supaya betul-betul menghafaz dan menjaga ketepatan hadis yang dihafaz. Kebanyakan mereka menyuruh anak murid menulis hadis-hadis untuk dihafal. Kemudian memadamnya untuk mengelakkan mereka akan hanya bergantung pada tulisan tersebut.

(ii)

Menulis hadis-hadis dan diberi kepada sahabat yang lain. Contohnya, Jabir bin Samurah telah menulis hadis-hadis dan menghantarnya kepada ÂAmir bin Said bin Abi Waqas. Zaid bin Arqam juga ada menulis hadis-hadis dan memberinya kepada Anas bin Malik.

(iii) Menggalakkan anak murid mereka supaya mencatat hadis-hadis yang diajar. Contohnya, Anas bin Malik menyuruh anak-anaknya supaya merekodkan ilmu yang dipelajari, katanya „wahai anakku, ikatlah ilmu ini dengan tulisan.‰ (iv) Menulis hadis-hadis dalam satu catatan (suhuf). Antaranya seperti Sahifah Abu Bakar, Sahifah Ali bin Abi Talib, Sahifah Abdullah bin Amru bin al-ÂAs, Sahifah Jabir bin Abdullah, Sahifah Abdullah bin Abi Aufa dan ramai lagi. (c)

Zaman Tabiin Tradisi pemindahan hadis secara hafazan dan periwayatan berterusan sehinggalah ke zaman tabiin. Terdapat dalam kalangan mereka yang masih tidak menulis hadis dan hanya bergantung pada hafazan semata-mata. Kemudiannya, apabila Islam telah mula tersebar luas, maka ramailah yang menganut Islam terdiri daripada kalangan bukan Arab. Para perawi juga bertebaran ke seluruh pelosok negeri yang baru dibuka dan ramai juga yang meninggal dunia. Selain itu, hadis palsu semakin banyak dan perkara bidaah juga semakin berkembang. Oleh itu, usaha penulisan hadis semakin diberi perhatian pada zaman ini. Antara langkah besar yang tercetus pada zaman ini ialah tindakan khalifah ÂUmar Abdul Aziz yang merasakan keperluan yang teramat sangat untuk mengumpul serta membukukan hadis-hadis Rasulullah SAW untuk menjaganya daripada terus hilang ditelan zaman dan memeliharanya daripada sebarang penyelewengan dan penambahan. Khalifah ÂUmar Abdul Aziz telah meminta para ulamanya yang berada di setiap kota untuk mengumpulkan hadis dan saling berkongsi hadis sesama mereka. Antara yang menyahut seruan ÂUmar ialah Imam Ibn Shihab al-Zuhri. Beliau mengumpulkan hadis Nabi SAW dan dibukukan. Khalifah Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

8

TOPIK 1



HADIS TENTANG NIAT

" ÂUmar telah mengagih-agihkan buku-buku tersebut ke seluruh kota Islam. Oleh sebab itu, Khalifah ÂUmar Abdul Aziz dianggap sebagai perintis yang mengumpul dan membukukan hadis secara rasmi. Mari kita lihat Rajah 1.1 yang menunjukkan rumusan perkembangan penulisan hadis pada tiga zaman yang pertama.

tentang

Rajah 1.1: Perkembangan penulisan hadis pada tiga zaman yang pertama

SEMAK KENDIRI 1.1 1.

Kemukakan beberapa istilah hadis dan jelaskan maksudnya.

2.

Jelaskan secara ringkas perkembangan penulisan hadis pada zaman Rasulullah SAW, sahabat dan tabiin.

3.

Nyatakan sebab-sebab hadis mula ditulis secara rasmi pada zaman tabiin.

AKTIVITI 1.1 Cari contoh sebuah hadis Rasulullah SAW dan labelkan bahagian sanad, matan dan rawi. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

1.2

HADIS TENTANG NIAT



9

HADIS MENGENAI NIAT DAN HUBUNGANNYA DENGAN PEKERJAAN MANUSIA

Mari kita kaji hadis yang membicarakan tentang niat. Subtopik ini turut akan mengupas pengertian kalimah, sebab wurud hadis dan tema utama hadis. Seterusnya, hadis ini akan mengupas kedudukan niat dalam setiap amalan serta kepentingan dan peranannya dalam kehidupan seseorang Muslim.

1.2.1

Lafaz Hadis dan Terjemahannya

Yang berikut ialah hadis yang menceritakan tentang niat. Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

ِ‫ﻮل ﱠ‬ ِ ‫اﳋَﻄﱠ‬ : ‫اﻪﻠﻟُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ‬ ْ ‫َﻋ ْﻦ ﻋُ َﻤَﺮ ﺑْ ِﻦ‬ ُ ‫ ﻗَ َﺎل َر ُﺳ‬:‫ﺎب ﻗَ َﺎل‬ ‫ﺻﻠﱠﻰ ﱠ‬ َ ‫اﻪﻠﻟ‬ ِ‫ﺎت وإِﱠﳕَﺎ ﻟِ ُﻜ ِﻞ اﻣ ِﺮ ٍئ ﻣﺎ ﻧَـﻮى ﻓَﻤﻦ َﻛﺎﻧَﺖ ِﻫﺠﺮﺗُﻪ إِ َﱃ ﱠ‬ ِ ‫ﺎل ِ ﻟﻨِّﻴﱠ‬ ‫اﻪﻠﻟ َوَر ُﺳﻮﻟِِﻪ‬ ُ ‫َﻋ َﻤ‬ ْ ‫إِﱠﳕَﺎ ْاﻷ‬ ُ َْ ْ ْ َ َ َ ْ ّ َ ِ ِ َ‫اﻪﻠﻟ ورﺳﻮﻟِِﻪ وﻣﻦ َﻛﺎﻧ‬ ِ ِ ٍ ِ ْ ْ َ َ ُ َ َ ‫ﻓَ ِﻬ ْﺠَﺮﺗُﻪُ إِ َﱃ ﱠ‬ ُ‫ﺖ ﻫ ْﺠَﺮﺗُﻪُ ﻟ ُﺪﻧْـﻴَﺎ ﻳُﺼﻴﺒُـ َﻬﺎ أ َْو ْاﻣَﺮأَة ﻳَـْﻨﻜ ُﺤ َﻬﺎ ﻓَ ِﻬ ْﺠَﺮﺗُﻪ‬ ِ ‫ﺎﺟَﺮ إِﻟَْﻴ ِﻪ‬ َ ‫إ َﱃ َﻣﺎ َﻫ‬ " (‫)رواﻩ اﻟﺒﺨﺎري وﻣﺴﻠﻢ‬ Maksudnya:

„Daripada Umar bin al-Khattab r.a. katanya, Rasulullah SAW telah bersabda: Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat dan setiap orang mendapat pahala berdasarkan apa-apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah kerana Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehnya atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa-apa yang dia niatkan.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

10 

TOPIK 1

HADIS TENTANG NIAT

"

1.2.2

Pengertian Kalimah Utama

Pengertian kalimah utama dalam hadis ini ditunjukkan dalam Jadual 1.2. Jadual 1.2: Pengertian Kalimah Utama dalam Hadis Niat Kalimah Utama

ِ ‫اﻟﻨِّﻴﱠ‬ ‫ﺎت‬ ‫ْاﻣ ِﺮ ٍئ‬ ‫ِﻫ ْﺠَﺮﺗﻪ‬

Pengertian Perkataan jamak kepada

‫اﻟﻨﻴﺔ‬, iaitu tujuan.

Setiap orang sama ada lelaki mahupun perempuan. Perpindahannya, iaitu berpindah meninggalkan negara yang penuh dengan ketakutan ke negara yang aman, dari negara kafir ke negara Islam. Berhijrah juga bermaksud meninggalkan kemungkaran. Hijrah yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah perpindahan dari Mekah dan lainnya ke Madinah sebelum berlakunya pembukaan kota Mekah.

ِ‫إِ َﱃ ﱠ‬ ‫اﻪﻠﻟ َوَر ُﺳﻮﻟِِﻪ‬

Kepada Allah SWT dan Rasul-Nya, iaitu dengan niat untuk mengharapkan reda Allah SWT dan Rasul-Nya.

ِ‫ﻓَ ِﻬﺠﺮﺗُﻪ إِ َﱃ ﱠ‬ ‫اﻪﻠﻟ َوَر ُﺳﻮﻟِِﻪ‬ ُ َْ

Maka hijrahnya adalah kerana Allah SWT dan Rasul-Nya; maksudnya, hijrahnya itu diterima dan diberi ganjaran.

ِ ‫ِﻫﺠﺮﺗُﻪ ﻟِ ُﺪﻧْـﻴﺎ ﻳ‬ ‫ﺼﻴﺒُـ َﻬﺎ‬ ُ َ ُ َْ

Hijrahnya untuk tujuan keduniaan yang akan diperolehnya.

ِ ‫ﺎﺟَﺮ إِﻟَْﻴ ِﻪ‬ َ ‫ﻓَ ِﻬ ْﺠَﺮﺗُﻪُ إ َﱃ َﻣﺎ َﻫ‬

Maka, dia hanya akan mendapat daripada tujuan penghijrahannya sahaja, iaitu dunia.

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

1.2.3

HADIS TENTANG NIAT



11

Tema Utama Hadis

Tema hadis ini berkisar niat, peranan dan kepentingannya dalam kehidupan seseorang. Berdasarkan hadis tadi, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa niat mempunyai peranan yang sangat besar dalam kehidupan orang Muslim. Setiap perbuatan dinilai berdasarkan apa-apa yang diniatkan. Sekiranya niat itu baik, maka amalan itu dianggap sebagai amalan yang baik. Jika tidak, maka ia adalah sebaliknya.

1.2.4

Huraian Umum Hadis

Baginda SAW juga menekankan bahawa setiap orang akan diganjari berdasarkan apa-apa yang diniatkan seperti kisah yang menceritakan seorang lelaki yang berhijrah kerana seorang wanita bernama Ummu Qais. Dia tidak mendapat pahala hijrah tetapi hanya dapat mengahwini wanita tersebut sahaja. Hadis ini menjelaskan segala amalan berlaku atau terhasil adalah dengan niat. Niatlah yang menyebabkan sesuatu amal dilaksanakan. Niatlah yang menyebabkan sesuatu tindakan itu dibuat. Niat jugalah yang menentukan sesuatu amal itu dikatakan sama ada betul atau salah dan sama ada diganjari atau dicela. Niat adalah timbangan sesuatu amalan. Amalan tanpa niat adalah sia-sia. Oleh sebab itulah Baginda SAW menekankan dalam hadis ini supaya memperbaiki niat. Mengapakah begitu? Hal ini kerana setiap orang mendapat ganjaran berdasarkan apa-apa yang ia niatkan. Hadis ini membahagikan manusia kepada dua jenis. Apakah jenis tersebut? (a)

Jenis yang pertama ă beramal untuk mendapat keredaan Allah SWT; dan

(b)

Jenis yang kedua ă hanya beramal untuk memenuhi kehendak dan kemaslahatannya walaupun bertentangan dengan syarak.

Kedua-dua golongan ini mendapat ganjaran dan balasan berdasarkan apa yang diniatkan. Golongan pertama akan mendapat keredaan Allah SWT manakala golongan kedua hanya akan mendapat apa-apa yang dikejar. Dalam konteks ini, walaupun hadis hanya menyebut hijrah, namun semua amalan lain seperti jihad dan haji adalah sama seperti hijrah. Keelokan dan kesempurnaannya berdasarkan niat yang mendorong kepadanya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

12 

TOPIK 1

HADIS TENTANG NIAT

"

SEMAK KENDIRI 1.2 1.

Jelaskan perbezaan antara niat dengan kemahuan.

2.

Berikan maksud potongan hadis

1.2.5

‫ َوإِﱠﳕَﺎ ﻟِ ُﻜ ِّﻞ ْاﻣ ِﺮ ٍئ َﻣﺎ ﻧَـ َﻮى‬.

Fungsi dan Tujuan Utama Niat

Para ulama telah merumuskan bahawa niat mempunyai fungsi dan tujuan yang utama. Sekarang, mari kita lihat fungsi yang dimaksudkan itu. Antara fungsi utama tersebut dapat dilihat dalam Rajah 1.2.

Rajah 1.2: Fungsi utama niat

Mari kita lihat fungsi-fungsi utama niat dengan lebih lanjut. (a)

Niat ialah Syarat Sah dalam Melakukan Ibadah Antara syarat sah ibadah seperti solat, puasa, zakat dan haji ialah niat. Ibadah solat menuntut kita berniat ketika takbiratulihram. Ibadah puasa pula terbahagi kepada dua ă puasa Ramadan dan puasa sunat. Waktu niat puasa Ramadan adalah selepas masuk waktu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar pada hari berikut. Mazhab Hanafi membenarkan kita berniat terus untuk sebulan pada hari pertama Ramadan lagi. Niat untuk puasa sunat pula terbuka hingga sebelum masuk waktu Zohor dengan syarat kita belum memakan apa-apa makanan. Begitu juga dengan ibadat lain seperti wuduk, sembelihan, sedekah dan seumpamanya. Semua ibadah ini meletakkan niat sebagai syarat sahnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

(b)

HADIS TENTANG NIAT



13

Niat Membezakan antara Sesuatu Ibadah dengan Ibadah Lain Ibadah-ibadah yang kita lakukan ada yang fardu dan ada yang sunat. Namun apakah yang membezakannya? Niatlah yang membezakannya. Contohnya, solat. Terdapat yang fardu dan terdapat pula yang sunat. Solat fardu perlu dilakukan lima kali sehari semalam. Begitu juga dengan puasa. Puasa yang wajib adalah seperti puasa Ramadan dan puasa nazar atau kaffarah (denda). Semua ini tidak akan berbeza melainkan dengan niat. Ibadah sembelihan juga terdapat pelbagai jenis. Terdapat sembelihan untuk korban, terdapat sembelihan untuk akikah dan terdapat sembelihan untuk nazar. Terdapat juga sekadar sembelihan semata-mata. Niatlah yang membezakan antara kesemua ibadah sembelihan itu.

(c)

Kesimpulannya, niat membezakan antara ibadah fardu dengan fardu yang lain, antara ibadah fardu dengan ibadah yang sunat bahkan juga membezakan antara ibadah sunat dengan ibadah sunat yang lain. " Niat Membezakan antara Adat Kebiasaan dengan Ibadah Mari kita lihat contoh ini. Dua orang pemuda masuk dan duduk di dalam sebuah masjid. Niat kedua-dua pemuda itu berbeza. Salah seorang daripadanya masuk dan duduk di situ untuk berehat dan menjadi kebiasaannya berehat di situ setelah selesai bekerja. Manakala, yang seorang lagi memasuki masjid dengan niat iktikaf. Maka, perbuatan pemuda yang sering memasuki masjid sekadar untuk beristirahat tanpa niat iktikaf tidak dikira sebagai ibadah. Manakala, pemuda yang memasuki masjid dengan niat iktikaf pula dikira sebagai ibadah. Maka perkara yang membezakan perbuatan kedua-dua pemuda tersebut ialah niat.

" AKTIVITI 1.2 Cari contoh-contoh lain yang biasa anda lalui yang membezakan antara adat dengan ibadah.

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

14 

TOPIK 1

HADIS TENTANG NIAT

"

1.2.6

Peranan Niat dalam Kehidupan Muslim

Tahukah anda bahawa niat juga mempunyai peranan lain dalam kehidupan kita? Peranan yang dimaksudkan adalah seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 1.3.

Rajah 1.3: Peranan niat dalam kehidupan Muslim

Mari kita lihat peranan niat dengan lebih lanjut. (a)

Niat Menukar Adat Kebiasaan kepada Ibadah Islam pada hakikatnya sangat mudah untuk diamalkan. Kita boleh meraih pahala di mana-mana sahaja hatta perkara yang biasa kita lakukan, apabila kita niatkan sebagai ibadah maka ia bertukar menjadi ibadah. Contoh yang paling mudah ialah makan. Sekiranya kita berniat makan untuk mendapat kekuatan bagi melaksanakan tugas sebagai khalifah Allah SWT dan melaksanakan ibadah, maka perbuatan makan yang menjadi amalan kebiasaan kita itu akan dikira sebagai ibadah dan kita akan mendapat pahala dengan niat tersebut. Jika tidak, hanyalah dianggap sebagai satu kebiasaan sahaja. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

(b)

HADIS TENTANG NIAT



15

Mendapat Pahala dengan Niat yang Baik Dalam sebuah hadis kudsi, Baginda SAW bersabda yang diriwayatkan daripada Tuhan-Nya:

„Sekiranya seorang hamba-Ku berniat untuk melakukan kebaikan dan dia belum melakukannya lagi maka tulislah baginya satu kebaikan. Apabila dia melaksanakannya, maka tulislah baginya 10 kebaikan, bahkan hingga 700 kali ganda.‰ (Riwayat Muslim) Hadis tersebut memberikan kefahaman kepada kita bahawa Allah SWT menilai apa-apa yang kita niatkan. Allah SWT akan mengurniakan pahala terhadap niat baik kita walaupun belum dilaksanakan lagi atau mungkin tidak sempat dilaksanakan. Apabila niat itu dilaksanakan, Allah SWT akan mengurniakan 10 ganjaran. Malah, Allah SWT boleh memberinya ganjaran yang berlipat kali ganda. (c)

Niat kerana Allah SWT Menjanjikan Kesenangan di Akhirat Allah SWT berfirman dalam surah asy-Syura, ayat 20:

َ ۡ َ َ َ َۡ ُ ُ َ َ ََ َ َ ُ ‫َمن َك َن يُر‬ ُ ۡ ‫يد َح ۡرث ٱ خِرة ِ ن ِزد لۥ ِف حرثِهِۖۦ ومن كن ي ِريد حرث‬ ِ َ َّ َ ‫ٱ ُّل ۡن َيا نُ ۡؤتِهِۦ م ِۡن َها َو َما ُلۥ ِف ٱ خ‬ ِ ٢٠ ‫يب‬ ‫ص‬ ‫ن‬ ‫ِن‬ ‫م‬ ‫ة‬ ‫ِر‬ ِ ٍ Maksudnya:

„Sesiapa yang mengehendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan menambahkan faedah untuknya (dengan menggandakan pahalanya). Dan sesiapa yang mengehendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya daripada kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan) dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.‰ Ayat tersebut memberikan perbandingan antara dua golongan, iaitu: (i)

Golongan yang meletakkan akhirat sebagai tujuan dan kehendak satu perbuatan; dan

(ii)

Golongan yang menjadikan dunia sebagai tujuan amal mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

16 

TOPIK 1

HADIS TENTANG NIAT

" Allah SWT akan menggandakan pahala buat golongan yang pertama. Manakala golongan yang kedua hanya akan mendapat sekadar yang dihajati ketika di dunia dan tiada apa-apa untuknya pada hari akhirat kelak." Seperti kisah hadis yang diberi, individu yang berhijrah hanya kerana hendak mengahwini wanita yang bernama Ummu Qais. Maka, dia hanya akan mendapat wanita tersebut sahaja. Dia tidak akan mendapat pahala berhijrah seperti para sahabat lain yang benar-benar ikhlas berhijrah kerana Allah SWT. (d)

Syarat Amal Kita Diterima Allah SWT adalah Niat yang Ikhlas Setiap amalan yang kita buat hakikatnya akan diterima oleh Allah SWT sekiranya menepati dua perkara. Apakah perkara tersebut? Perkara tersebut ialah: (i)

Amalan tersebut bertepatan dengan syarak dan tidak melanggar hukum halal haram yang ditentukan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.

(ii)

Amalan tersebut dilakukan dengan ikhlas untuk mendapat keredaan Allah SWT semata-mata dan bukannya untuk yang lain seperti memuaskan hati manusia atau untuk mendapat pujian manusia.

Hal ini bermakna, apabila satu-satu amalan itu ikhlas tetapi jika tidak bertepatan dengan syarak, ia tidak akan diterima. Contohnya, seseorang yang bersedekah dengan ikhlas bertujuan membantu orang yang tidak berkemampuan, namun menggunakan wang haram. Maka sedekahnya tidak diterima Allah SWT. Apabila amalan itu betul tetapi tidak ikhlas, juga tidak akan diterima. Contohnya, seseorang bersedekah dengan wang daripada titik peluhnya tetapi mahu orang menyanjunginya dan memuji-muji atas kebaikannya atau dengan kata lain, bersedekah tetapi riak. Sedekahnya juga sia-sia.

" AKTIVITI 1.3 Bincangkan bersama rakan anda contoh-contoh perbuatan seharian yang boleh bertukar daripada adat kebiasaan kepada ibadah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

1.3

HADIS TENTANG NIAT



17

PRINSIP ASAS PENDIDIKAN DALAM HADIS

Hadis tentang niat ini juga memberikan kepada kita beberapa prinsip pendidikan. Prinsip tersebut ialah: (a)

Rasulullah SAW tidak setakat menitikberatkan kepada pendidikan zahir semata-mata. Namun, Baginda SAW juga menitikberatkan pendidikan hati. Hal ini kerana hati ialah raja bagi anggota badan. Apabila hati baik, maka akan baiklah seluruh anggota badan. Apabila hati rosak, akan rosaklah seluruh anggota badan.

(b)

Rasulullah SAW mengajar para sahabat dalam pelbagai bentuk. Contohnya, Baginda SAW mendidik sahabat menerusi teguran terus atas sesuatu peristiwa yang berlaku. Rasulullah SAW tidak membiarkan perbuatan yang salah begitu sahaja. Baginda SAW tidak mahu para sahabat mengulangi perbuatan tersebut pada waktu lain. Dalam memberi kefahaman kepada sahabat, Baginda SAW juga membuat kaedah perbandingan. Seperti dalam hadis ini, Baginda SAW membandingkan antara golongan yang beramal kerana Allah SWT dengan golongan yang beramal kerana dunia dan manusia.

(c)

Mempunyai niat yang jelas bermaksud seseorang itu mempunyai matlamat yang jelas. Apabila mempunyai matlamat yang jelas, ia akan menghasilkan tindakan yang jelas. Matlamat yang besar juga akan mencetuskan usaha yang besar. Oleh itu, dalam usaha mendidik orang lain untuk rajin belajar, kuat berusaha, tidak berputus asa, ia mesti dimulai dengan menanamkan niat yang jelas dan terperinci apa-apa yang mahu dicapai.

1.4

PENGAJARAN DARIPADA HADIS DALAM KONTEKS SEMASA

Hadis ini mempunyai peranan tersendiri dalam konteks semasa, antaranya ialah: (a)

Kita mestilah sentiasa memastikan niat kita betul di landasannya sebelum dan ketika sesuatu amal dilaksanakan. Kita juga hendaklah memastikan amalan kita sentiasa kerana Allah SWT dari mula hinggalah ke akhirnya. Hal ini kerana Allah SWT hanya akan memberi ganjaran pada amalan yang betul niatnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

18 

TOPIK 1

HADIS TENTANG NIAT

" (b)

Setiap amalan rutin seharian akan menjadi amal soleh dan ibadah apabila kita meletakkan niat melakukannya kerana Allah SWT dan mengharapkan reda-Nya. Kerja mengemas rumah, memberi nafkah anak isteri, bekerja untuk mencari nafkah hidup dan sebagainya akan lebih bernilai di sisi Allah SWT. Hal ini adalah apabila ia diniatkan untuk mencari reda-Nya dan merasakan ia tanggungjawab yang mesti dilaksanakan dan bukannya untuk mengejar reda manusia dan habuannya. Kita bukan setakat mendapat hasil daripada kerja itu, malahan ganjaran Allah SWT juga sedia menanti. Walaupun kerja yang dilakukan nampak kecil sahaja tetapi harganya adalah sangat mahal di sisi Allah SWT.

(c)

Kita juga hendaklah memastikan amalan kita sentiasa bertepatan dengan syarak. Jika tidak, ia tidak akan diterima Allah SWT. Sebahagian daripada masyarakat kita tidak mengambil berat perkara ini. Mereka kadangkala melakukan sesuatu perkara dengan niat yang baik tetapi bertentangan dengan syarak. Contohnya, majlis amal untuk mengutip derma. Tujuan majlis itu diadakan adalah sangat baik tetapi majlis tersebut diisi dengan perkara yang dilarang Allah SWT. Antaranya berlaku percampuran bebas antara lelaki dan perempuan, tidak menghormati waktu solat, diisi dengan program yang melalaikan dan seumpamanya. Hakikatnya ia kesilapan besar. Matlamat sesuatu perkara sama sekali tidak menghalalkan cara yang dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut.

(d)

Niat yang ikhlas akan membuatkan kita lebih rajin dan tekun dalam setiap kerja yang dilakukan. Apakah yang menolak kita untuk tekun bekerja? Kita perlu yakin bahawa ganjaran Allah SWT lebih tinggi dan bernilai daripada segala ganjaran yang terdapat di dunia. Jika kita seorang guru, misalnya, apabila kita memulakan kerja pada pagi hari dengan niat bekerja kerana Allah SWT dan mengharapkan reda-Nya, maka kita akan bertugas dengan rajin dan tekun. Kita akan sentiasa ingat bahawa itu adalah tanggungjawab dan amal kebajikan kita untuk kemajuan masyarakat. Kita juga yakin bahawa ganjaran Allah SWT yang paling berharga.

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

HADIS TENTANG NIAT



19

(e)

Niat boleh diertikan sebagai tujuan. Kita telah maklum sebelum ini bahawa Allah SWT akan mengganjari apa sahaja niat yang baik walaupun ia belum dilaksanakan. Oleh itu, apabila kita hendak melakukan sesuatu perkara atau merancang sesuatu program, disarankan agar kita memperbanyakkan niat dan tujuan program tersebut kerana setiap niat dan tujuan tersebut akan diganjari oleh Allah SWT.

(f)

Kita hendaklah menjauhkan diri daripada merasa riak dan sombong atas setiap amalan yang kita lakukan kerana akibatnya Allah SWT tidak akan menerima amalan kita. Kita hanya akan mendapat penat dan lelah sahaja.

(g)

Kita dibolehkan mengembara bagi tujuan yang baik seperti menuntut ilmu, mencari rezeki yang halal, ziarah sanak saudara dan teman dan mencari tempat yang baik untuk hidup dan seumpamanya.

" SEMAK KENDIRI 1.3 1.

Niat kerana Allah SWT memberi ketenangan pada hati. Huraikan.

2.

Mengapakah kita perlu memperbanyakkan niat?

3.

Huraikan dua syarat supaya amal kita diterima Allah SWT.

" AKTIVITI 1.4 Bincangkan bersama rakan anda cara-cara untuk mendapatkan keikhlasan dan menjauhkan perasaan riak ketika melakukan amalan seharian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

20 

TOPIK 1

HADIS TENTANG NIAT

"



Niat sangat penting dalam Islam.



Niat ialah kayu ukur sesuatu amalan sama ada diterima atau ditolak.



Kita hendaklah mengikhlaskan hati ketika melakukan amal soleh kerana Allah SWT akan menolak amalan kita sekiranya kita melakukannya untuk mendapat pujian dan sanjungan manusia.



Niat yang ikhlas adalah pendorong kepada seseorang untuk melakukan pekerjaannya dengan lebih baik dan berkualiti.



Niat membezakan antara ibadah dengan ibadah dan antara ibadah dengan adat.



Jika kita meniatkan rutin seharian yang kita lakukan kerana Allah SWT akan bertukar menjadi ibadat yang dikurniakan pahala.



Kita hendaklah sentiasa mengharapkan keredaan Allah SWT berbanding dengan keredaan manusia dalam apa-apa juga yang kita lakukan. Mengharapkan keredaan Allah SWT akan memberikan ketenangan dalam hati kerana kita tidak akan bimbang kepada celaan manusia atau terlalu mengharapkan pujian mereka.



Setiap amalan hakikatnya tercetus daripada niat. Daripada niat akan terzahirlah dalam bentuk perbuatan. Niat itu pula letaknya di hati. Oleh sebab itu, kita perlulah sentiasa membersihkan hati kerana dari situlah bermulanya tindakan kita.



Sesiapa yang berniat untuk melakukan kebaikan dan amal soleh namun terdapat halangan seperti keuzuran, ketidakmampuan ataupun telah sampai ajal, maka dia akan tetap diberi pahala atas niatnya itu.



Amalan yang kecil akan menjadi besar dengan sebab niat. Begitu juga sebaliknya, amalan yang besar pula akan menjadi kecil, juga dengan sebab niat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

HADIS TENTANG NIAT

Adat

Perawi

Hadis

Sahabat

Ibadat

Sanad

Ikhlas

Sunah

Matan

Syarat sah

Niat

Tabiin



21

Abd al-Wahhab Rasyid Salih. (1995). Syarh al-arbaÊin al-nawawiyyah fi thawb jadid. Damsyik, Syria: Wizarah al-Awqaf. Abu al-Laith Khayr Abadi. (2010). Ulum al-hadith asliha wa muÊasirirha. Bangi, Malaysia: Dar al-Syakir. Ibnu Rejab al-Hambali. (1989). JamiÊ ulum wa al-hikam. Kaherah, Mesir: Dar al-Kalimah al-Tayyibah. Mahmud al-Tahhan. (1984). Taysir mustalah al-hadith. Kuwait: Maktabah Dar al-Turath. Mustafa al-Bugha, & Muhyiddin Misto. (1987). Al-wafi fi syarh al-arbaÊin al-nawawiyyah. Beirut, Lebanon: Dar Ibn Kathir. Rosni Wazir, Suriani Sudi, & Mohd Khafidz Soroni. (2010). Mustalah al-hadith al-muyasar. Selangor, Malaysia: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

"

Topik

"

2 "

Hadis Keistimewaan Penuntut Ilmu dan Ulama "

HASIL PEMBELAJARAN

"

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menerangkan kedudukan ilmu dalam Islam;

2.

Menyenaraikan kelebihan penuntut ilmu dan ulama;

3.

Menghuraikan adab yang perlu ada pada penuntut ilmu dan ulama;

4.

Menerangkan prinsip asas pendidikan dalam hadis; dan

5.

Menghuraikan pengajaran hadis dalam konteks semasa.

 PENGENALAN Topik kedua ini akan membincangkan hadis berkaitan kelebihan penuntut ilmu agama dan ulama. Dalam topik ini, anda akan didedahkan dengan kedudukan ilmu, hukum menuntut ilmu dan kelebihan penuntut ilmu dan ulama sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis. Tidak ketinggalan, topik ini turut membahaskan adab seorang penuntut ilmu dan adab ulama.

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

2.1

HADIS KEISTIMEWAAN PENUNTUT ILMU DAN ULAMA



23

HADIS DAN HURAIANNYA

Sesungguhnya agama Islam amat menitikberatkan pencarian ilmu. Mereka yang mencari ilmu, disediakan Allah SWT pelbagai kelebihan dan ganjaran. Semua itu untuk menunjukkan ketinggian martabat seorang penuntut ilmu. Untuk mengetahui kelebihan tersebut, marilah sama-sama kita menghayati hadis berikut.

2.1.1

Lafaz Hadis dan Terjemahannya

Hadis berikut diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Kitab al-Ilm (Hadis 3641). Hadis ini juga diriwayatkan oleh Al-Tirmizi dalam Kitab al-Ilm (Hadis 2647) dan Ibnu Majah dalam Kitab al-Muqaddimah (Hadis 223) dengan lafaz yang sedikit berbeza.

ِ ُ‫ﻋﻦ أﰊ اﻟﺪرداء ﻣﻦ ﺳﻠَﻚ ﻃَ ِﺮﻳ ًﻘﺎ ﻳﻄْﻠ‬ ‫اﻪﻠﻟُ ﺑِِﻪ ﻃَ ِﺮﻳ ًﻘﺎ ِﻣ ْﻦ ﻃُُﺮِق‬ ‫ﻚ ﱠ‬ َ َ‫ﺐ ﻓ ِﻴﻪ ِﻋ ْﻠ ًﻤﺎ َﺳﻠ‬ َ َ َْ ُ َ ِ ‫اﳉﻨ ِﱠﺔ وإِ ﱠن اﻟْﻤ َﻼﺋِ َﻜﺔَ ﻟَﺘَﻀﻊ أ‬ ِ ِ‫ﺿﺎ ﻟِﻄَﺎﻟ‬ ‫ﺐ اﻟْﻌِْﻠ ِﻢ َوإِ ﱠن اﻟْ َﻌ ِﺎﱂَ ﻟَﻴَ ْﺴﺘَـ ْﻐ ِﻔ ُﺮ ﻟَﻪُ َﻣ ْﻦ‬ ً ‫َﺟﻨ َﺤﺘَـ َﻬﺎ ِر‬ ْ َُ َ َ َْ ِ ِ ‫اﳊِﻴﺘﺎ ُن ِﰲ ﺟﻮ‬ ِ ‫ِﰲ اﻟ ﱠﺴﻤﻮ‬ ِ ‫ات َوَﻣ ْﻦ ِﰲ ْاﻷ َْر‬ ‫ﻀ َﻞ اﻟْ َﻌ ِﺎﱂ َﻋﻠَﻰ اﻟْ َﻌﺎﺑِ ِﺪ‬ ْ َ‫ف اﻟْ َﻤﺎء َوإِ ﱠن ﻓ‬ َ ْ ‫ض َو‬ َْ ََ ِ ِ ِِ ِ ِ ِ ِ ِ ْ ‫َﻛ َﻔ‬ َ‫ﻀ ِﻞ اﻟْ َﻘ َﻤ ِﺮ ﻟَْﻴـﻠَﺔَ اﻟْﺒَ ْﺪر َﻋﻠَﻰ َﺳﺎﺋ ِﺮ اﻟْ َﻜ َﻮاﻛﺐ َوإ ﱠن اﻟْﻌُﻠَ َﻤﺎءَ َوَرﺛَﺔُ ْاﻷَﻧْﺒﻴَﺎء َوإ ﱠن ْاﻷَﻧْﺒﻴَﺎء‬ ِ ِ ِ ‫ﻆ َواﻓِ ٍﺮ‬ ٍّ َ‫َﺧ َﺬﻩُ أَ َﺧ َﺬ ِﲝ‬ َ ‫َﱂْ ﻳـُ َﻮِّرﺛُﻮا دﻳﻨَ ًﺎرا َوَﻻ د ْرَﳘًﺎ َوﱠرﺛُﻮا اﻟْﻌ ْﻠ َﻢ ﻓَ َﻤ ْﻦ أ‬ Maksudnya:

„Daripada Abi DardaÊ: Sesiapa yang memasuki jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan memasukkannya ke satu jalan dari jalan-jalan syurga. Sesungguhnya para malaikat akan meletakkan sayapnya untuk meredai penuntut ilmu. Orang yang berilmu didoakan keampunan buatnya oleh semua yang berada di langit dan di bumi hinggalah ikan paus yang berada di dasar lautan. Sesungguhnya orangorang berilmu lebih tinggi kedudukannya berbanding orang yang beribadah diandaikan seperti terangnya bulan pada malam bulan purnama berbanding bintang-bintang keseluruhannya. Para ulama ialah pewaris para nabi dan sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham akan tetapi para nabi mewariskan ilmu. Barang siapa yang mengambilnya sesungguhnya dia telah mengambil keuntungan yang banyak.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

24 

TOPIK 2

HADIS KEISTIMEWAAN PENUNTUT ILMU DAN ULAMA

"

" " "

" ""

"

"

" "

2.1.2

Pengertian Kalimah Utama

Pengertian kalimah utama dalam hadis ditunjukkan dalam Jadual 2.1. Jadual 2.1: Pengertian Kalimah Utama dalam Hadis Kalimah Utama

‫ﻚ ﻃَ ِﺮﻳ ًﻘﺎ‬ َ َ‫َﺳﻠ‬

‫ﺐ ﻓِ ِﻴﻪ ِﻋْﻠ ًﻤﺎ‬ ُ ُ‫ﻳَﻄْﻠ‬ ‫َﺟﻨِ َﺤﺘَـ َﻬﺎ‬ ْ‫أ‬

ِ ‫اﻟْﻌ‬ ‫ﺎﱂ‬ ََ ِ ُ‫ﻟَﻴَ ْﺴﺘَـ ْﻐﻔ ُﺮ ﻟَﻪ‬ ‫اﻟْ َﻌﺎﺑِ ِﺪ‬ ‫اﻟْ َﻘ َﻤ ِﺮ‬

‫ﻟَْﻴـﻠَﺔَ اﻟْﺒَ ْﺪ ِر‬

ِ ِ‫َﺳﺎﺋِِﺮ اﻟْ َﻜﻮاﻛ‬ ‫ﺐ‬ َ ُ‫َوَرﺛَﺔ‬ ‫ﻆ َواﻓِ ٍﺮ‬ ٍّ َ‫ِﲝ‬

Pengertian Melalui jalan

Untuk menuntut ilmu

Sayapnya

Orang yang berilmu

Didoakan keampunan buatnya

Orang yang beribadah

Bulan

Malam bulan purnama (bulan penuh)

Semua bintang

Pewaris

Dengan keuntungan yang banyak

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

2.1.3

HADIS KEISTIMEWAAN PENUNTUT ILMU DAN ULAMA



25

Tema Utama Hadis

Tema hadis ini berkisar kelebihan yang akan diterima oleh seseorang penuntut ilmu dan kelebihan para ulama. Hadis ini juga menyatakan kemuliaan yang dikurniakan Allah SWT ke atas para ulama yang mereka ialah pewaris para nabi.

2.1.4

Huraian Umum Hadis

Dalam hadis ini, Nabi Muhammad SAW membentangkan kepada kita satu gambaran alam yang hidup agar kita dapat menghayati dengan mudah tatkala membaca hadis ini. Baginda SAW membentangkan kepada kita gambaran seorang penuntut ilmu pada awal perjalanannya. Kemudian, Baginda SAW terus berpindah kepada ganjaran yang akan diterima daripada Allah SWT yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Langkahnya di dunia untuk menuntut ilmu melayakkannya untuk mendapat ganjaran yang setimpal, iaitu Allah SWT memudahkan jalannya untuk memasuki syurga. Mereka juga dinaungi para malaikat pada setiap jalan yang ditempuhi untuk menuntut ilmu. Siapakah yang berada di langit? Makhluk yang berada di langit ialah burung, awan, bintang, planet dan malaikat. Manakala, makhluk yang berada di bumi pula ialah laut dan segala isinya, bumi dan segala penghuninya, bukit yang terpasak dan seumpamanya. Semua makhluk ini mendoakan kebaikan buat si penuntut ilmu dan memohon keampunan buatnya. Antara lain yang diceritakan dalam hadis tersebut ialah: (a)

Orang yang Berilmu Umpama Bulan Purnama Nabi SAW membuat perbandingan antara orang yang berilmu dengan orang yang beribadah. Orang yang berilmu diumpamakan seperti bulan pada malam bulan penuh. Manakala, orang yang beribadah diumpamakan seperti bintang. Cahaya bulan di langit pada malam itu adalah lebih terang berbanding cahaya bintang lain. Cahaya bulan itulah yang menerangi langit malam dan menyimbah ke bumi. Adapun cahaya bintang tidak seperti cahaya bulan itu. Cahayanya hanya pada dirinya. Kalau ia melimpah pun hanyalah ke tempat yang berdekatan dengannya sahaja. Begitulah perbandingan kelebihan orang yang berilmu ke atas orang yang beribadah. Manfaat ilmu yang didapati daripada orang yang berilmu tersebar dalam kalangan manusia dan digunakan oleh ramai orang. Berbeza dengan orang yang beribadah. Kesan ibadah orang yang beribadah hanya dirasai oleh orang yang beribadah dan mereka yang berdekatan dengannya sahaja. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

26 

TOPIK 2

"

HADIS KEISTIMEWAAN PENUNTUT ILMU DAN ULAMA

" " "

" ""

"

"

" " Perbandingan itu juga boleh dilihat dari sudut lain. Kejahilan diumpamakan seperti kegelapan malam. Manakala, ulama dan orang yang beribadah adalah seperti bulan purnama dan bintang yang menerangi malam tersebut. Namun, antara cahaya bulan purnama dan cahaya bintang, cahaya bulan purnamalah yang menerangi kegelapan tersebut. Hal ini bermakna, ilmulah yang memberi cahaya ketika seseorang berjalan dalam kegelapan kejahilan. (b)

Ulama ialah Pewaris Nabi Hati kita turut merasai keinsafan dan kemuliaan ilmu tatkala Baginda SAW bersabda, „Para ulama ialah pewaris nabi.‰ Baginda SAW telah memberi kedudukan orang yang berilmu satu kedudukan yang mulia. Mereka ialah pewaris para nabi. Sabda Rasulullah SAW menunjukkan kedudukan yang mulia bagi ahli ilmu. Para nabi merupakan sebaik-baik kejadian Allah SWT dan mereka mewariskan harta mereka kepada sebaik-baik makhluk selepas mereka. Tiada sesiapa selepas para rasul yang menjalankan tugas seperti mereka kecuali para ulama. Maka, para ulama ialah golongan yang paling layak menerima perwarisan tersebut. Namun, apakah yang diwarisinya? Ulama bertanggungjawab untuk menyampaikan kebenaran seperti para nabi menyampaikan kebenaran. Para ulama menyampaikan risalah Allah SWT tanpa rasa takut melainkan hanya kepada-Nya. Para ulama juga berdepan dengan ujian dan tentangan sebagaimana para nabi menerima tentangan ketika menyampaikan kebenaran. Selain itu, juga menunjukkan bahawa para ulama perlu ditaati, dihormati dan dimuliakan kerana mereka menjalankan tugas yang diamanahkan oleh para nabi.

(c)

Para Nabi Tidak Mewariskan Dinar atau Dirham Hadis ini seterusnya menjelaskan kesempurnaan para nabi dan keikhlasan mereka terhadap umat mereka. Para nabi tidak akan melakukan sesuatu yang tidak bernilai buat umatnya. Bahkan para nabi a.s. akan memberikan sesuatu kebaikan buat umat mereka. Jelas di sini bahawa yang lebih bernilai bukanlah harta dan wang ringgit tetapi ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang boleh menjamin seseorang itu berjaya di dunia dan di akhirat. Ilmu jugalah yang boleh membawa seseorang itu hingga ke syurga. Oleh sebab itu Baginda SAW menyatakan sesiapa yang mengambil ilmu tersebut sebenarnya telah mengambil kenikmatan dan kebahagiaan yang sangat banyak. Kebahagiaan yang paling bernilai adalah apabila kita mendapat sesuatu yang memberi manfaat dan sentiasa memberi manfaat kepada kita. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

HADIS KEISTIMEWAAN PENUNTUT ILMU DAN ULAMA



27

SEMAK KENDIRI 2.1 1.

Nyatakan kelebihan penuntut ilmu seperti yang dinyatakan dalam hadis.

2.

Mengapakah Nabi SAW mengumpamakan ulama seperti bulan?

3.

Apakah yang diwarisi oleh ulama daripada para nabi?

2.1.5

Kedudukan Ilmu dalam Islam

Sekarang, mari kita lihat kedudukan ilmu dalam Islam. Sejauh mana Islam menitik beratkan pencarian ilmu dalam kalangan umatnya? Imam Ahmad Rahimahullah berkata:

„Manusia berhajatkan kepada ilmu melebihi daripada hajat mereka kepada makan dan minum. Makan dan minum hanya diperlukan sekali atau dua kali dalam sehari manakala ilmu diperlukan setiap kali nafas dihembus.‰ Dalam sebuah hadis riwayat Imam Tarmizi, ada menyebut bahawa manusia terbahagi kepada empat golongan berikut: (a)

Golongan Hamba yang Dikurniakan Ilmu dan Harta oleh Allah SWT, dan Bertakwa kepada Allah SWT Golongan tersebut juga menyambung silaturahim dengan golongan yang sama dan Allah SWT mengetahui padanya terdapat kebaikan. Tempat ini yang paling mulia.

(b)

Golongan Hamba yang Dikurniakan Ilmu oleh Allah SWT Tetapi Tidak Dikurniakan Rezeki Dengan hati yang ikhlas dia berkata; kiranya aku punyai harta, aku akan lakukan seperti amal si fulan (yang berilmu dan berharta itu). Maka dengan niatnya itu, dia mendapat pahala yang sama seperti orang tersebut.

(c)

Golongan Berharta Tetapi Tidak Berilmu Dia tidak bertakwa kepada Allah SWT, tidak menyambung silaturahim dan Allah SWT mengetahui padanya tiada sebarang kebaikan. Tempat ini yang paling buruk baginya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

28 

TOPIK 2

"

HADIS KEISTIMEWAAN PENUNTUT ILMU DAN ULAMA

" " "

" ""

"

"

" " (d)

Golongan Hamba yang Tidak Dikurniakan Ilmu dan Harta Golongan yang berkata; kalau aku punyai harta seperti si fulan (yang berharta tetapi tidak berilmu), aku akan lakukan seperti yang dilakukan olehnya. Maka dengan niatnya itu, dosanya sama seperti si fulan yang berharta tetapi tidak berilmu itu.

Pengajaran daripada riwayat tersebut ialah Baginda SAW mahu menunjukkan bahawa ilmu yang hakiki ialah ilmu yang membuka pemikiran dan hati pemiliknya tentang hakikat kebenaran sesuatu perkara. Bagi yang mempunyai harta tetapi tiada ilmu, akan membelanjakan hartanya pada jalan yang salah dan mengikut hawa nafsu. Dia tidak bersyukur dengan nikmat itu maka dia berhak mendapat tempat yang rendah. Manakala, orang yang berilmu mengetahui ke mana hartanya sepatutnya dibelanjakan dan ke mana harus dibelanjakan. Dengan ilmunya, dia telah meletakkan niat yang baik dan mendapat kedudukan yang tinggi walaupun tidak punyai harta untuk dibelanjakan. Hakikatnya, usaha seseorang untuk mendalami ilmu agama ialah tanda bahawa Allah SWT menghendaki baginya kebaikan. Dalam sebuah hadis riwayat MuÊawiyyah, Rasulullah SAW bersabda:

‫اﻪﻠﻟُ ﺑِِﻪ َﺧْﻴـًﺮا"ﻳـُ َﻔ ِّﻘ ْﻬﻪُ ِﰲ اﻟ ِّﺪﻳ ِﻦ‬ ‫َﻣ ْﻦ ﻳُِﺮْد ﱠ‬ Maksudnya:

„Sesiapa yang Allah mengehendaki memperdalamkannya ilmu-ilmu agama.‰

kebaikan

padanya

maka

Allah

(Sahih al-Bukhari: Kitab al-ÂIlm no. 71) Ilmu yang bermanfaat ialah tanda bagi kebahagiaan seorang hamba. Dengan itu, sesiapa yang dengan sengaja tidak mahu mempelajari ilmu agama, maka sesungguhnya Allah SWT tidak akan memberinya kebahagiaan kerana dia telah menolak sebab-sebab untuk mendapat kebahagiaan.

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

HADIS KEISTIMEWAAN PENUNTUT ILMU DAN ULAMA



29

Untuk menunjukkan betapa pentingnya ilmu, Allah SWT mengajar Baginda SAW supaya berdoa memohon agar Allah SWT sentiasa menambahkan ilmu. Dalam firman Allah SWT dalam surah Taha, ayat 114:

ۡ ُ َ ۡ ُ َّ َ َ َ َ َ ۡ َ ٰٓ َ ۡ ُ َ ۡ َ َ ‫ل ُّق َو َ َت ۡع‬ ُ‫ك َو ۡح ُيه ۖۥ‬ َ ‫ج ۡل بٱ ۡل ُق ۡر‬ َ ‫ان مِن قب ِل أن يقض إِل‬ ‫ء‬ ۗ ‫فتعٰل ٱ ٱلمل ِك ٱ‬ ِ ِ ۡ ۡ ّ َّ ُ َ ١١٤ ‫ب زِد ِن عِل ٗما‬ ِ ‫وقل ر‬

Maksudnya:

„Maka maha tinggilah Allah, yang menguasai seluruh alam, lagi yang benar (pada segala-galanya). Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibrail kepada-Mu, dan berdoalah dengan berkata: „Wahai Tuhan ku, tambahlah ilmu ku.‰ Ibnu Hajar dalam kitabnya Fath al-Bari yang mensyarahkan Sahih al-Bukhari, mengulas ayat ini dengan berkata, „Ini merupakan dalil yang jelas yang menunjukkan kepada kemuliaan ilmu. Jika tidak, Allah tidak akan menyuruh Nabi SAW supaya memohon agar ilmunya ditambah.‰ Ibnu Hajar juga menyebut dalam kitabnya itu, Allah SWT meninggikan darjat orang yang berilmu. Maksudnya, Allah SWT membanyakkan pahala maka dengannya Allah SWT menaikkan darjatnya. Allah SWT menaikkan darjatnya dengan meninggikan kedudukannya di dunia dan meninggikan kedudukannya ketika di dalam syurga pada hari akhirat kelak. Firman Allah SWT dalam surah al-Mujadalah, ayat 11:

ْ ُ َ َ َ َّ ُ َّ َ ۡ َ َ َ ۡ ۡ ْ ُ ُ َ َّ َ ۡ ُ َ َ ٰ ‫ت‬ ‫م‬ ‫ل‬ ‫ع‬ ‫ل‬ ‫ٱ‬ ‫وا‬ ‫وت‬ ‫أ‬ ‫ِين‬ ‫ل‬ ‫ٱ‬ ‫و‬ ‫م‬ ‫ِنك‬ ‫م‬ ‫يرفعِ ٱ ٱلِين ءامنوا‬ ‫ج‬ ‫ر‬ ‫د‬ ِ ٖۚ

Maksudnya:

„Supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dalam kalangan kamu) ă beberapa darjat dan (ingatlah), Allah maha mendalam pengetahuan-Nya tentang apa-apa yang kamu lakukan.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

30 

TOPIK 2

"

HADIS KEISTIMEWAAN PENUNTUT ILMU DAN ULAMA

" " "

" ""

"

"

" " Allah SWT tidak membenarkan dengki melainkan pada dua perkara, iaitu: (a)

Kita dibolehkan merasa dengki pertamanya kepada orang yang banyak membelanjakan hartanya di jalan Allah SWT; dan

(b)

Orang yang mempunyai ilmu dan bijaksana. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda:

"

ِ ْ ‫َﻻ َﺣﺴ َﺪ إِﱠﻻ ِﰲ اﺛْـﻨَـﺘَـ‬ ‫اﳊَِّﻖ َوَر ُﺟ ٌﻞ‬ ْ ‫اﻪﻠﻟُ َﻣ ًﺎﻻ ﻓَ ُﺴﻠِّ َﻂ َﻋﻠَﻰ َﻫﻠَ َﻜﺘِ ِﻪ ِﰲ‬ ‫ﲔ َر ُﺟ ٌﻞ آ َ ﻩُ ﱠ‬ َ ِ ‫اﳊِ ْﻜﻤﺔَ ﻓَـﻬﻮ ﻳـ ْﻘ‬ ‫ﻀﻲ َِﺎ َوﻳـُ َﻌﻠِّ ُﻤ َﻬﺎ‬ ‫آ َ ﻩُ ﱠ‬ َ َ ُ َ ْ ُ‫اﻪﻠﻟ‬ Maksudnya:

„Tidak ada hasad melainkan pada dua perkara. Lelaki yang dikurniakan Allah harta maka dia belanjakan hartanya pada tempat yang betul dan lelaki yang dikurniakan Allah kebijaksanaan maka dia memutuskan satu-satu masalah dengannya dan dia menyebarkan ilmu tersebut.‰ (Sahih al-Bukhari: Kitab al-Ilm no. 73) Semuanya ini menunjukkan Islam sangat mementingkan dan mengutamakan ilmu. Islam menyuruh umatnya berlumba-lumba dalam menimba ilmu hinggakan hasad dengki dibenarkan dalam hal pencarian ilmu ini. Seterusnya, Allah SWT menekankan bahawa pentingnya terdapat golongan tertentu yang menuntut dan mendalami ilmu dalam sesebuah masyarakat. Dia kemudiannya akan mengajar pula orang lain. Perkara ini adalah untuk menjamin setiap ahli masyarakat mempunyai ilmu pengetahuan dan melakukan sebarang tindakan berdasarkan ilmu pengetahuan, lebih-lebih lagi dalam perkara yang berkaitan hukum Tuhan, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah at-Taubah, ayat 122:

ٞ َ ٓ َ ۡ ُۡ ّ َۡ ُّ َ َ َ ۡ َ َ ٗ َّ َ ْ ُ َ َ ُ ۡ ُ ۡ َ َ َ َ َ ‫ك ف ِرقةٖ مِنهم طائِفة‬ ِ ‫۞وما كن ٱلمؤمِنون ِلنفِروا كآفة ۚ فلو نفر مِن‬ َ ْ َ َ ْ َ َ ۡ َ َّ َ ّ ‫ّ ِلَ َت َف َّق ُهوا ْ ف‬ ‫ٱل‬ ١٢٢ ‫ِين َو ِلُنذ ُِروا ق ۡو َم ُه ۡم إِذا َر َج ُع ٓوا إ ِ ۡل ِه ۡم ل َعل ُه ۡم يذ ُرون‬ ِ ِ " Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

HADIS KEISTIMEWAAN PENUNTUT ILMU DAN ULAMA



31

Maksudnya:

„Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja daripada tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orangorang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat menjaga diri (daripada melakukan larangan Allah).‰

SEMAK KENDIRI 2.2 1.

Huraikan dengan ringkas kepentingan menuntut ilmu.

2.

Jelaskan pandangan Islam terhadap ilmu.

2.1.6

Hukum Menuntut Ilmu

Hukum menuntut ilmu dalam Islam adalah wajib yang terbahagi kepada dua bahagian, iaitu: (a)

Fardu Ain Ilmu yang wajib dituntut oleh setiap Muslim. Ilmu ini berkaitan dengan tauhid, akidah, ibadah dan hukum dalam kehidupan seharian.

(b)

Fardu Kifayah Ilmu yang wajib dituntut oleh kaum Muslimin keseluruhannya. Apabila terdapat sebahagian yang telah melaksanakannya, maka gugurlah tuntutan itu daripada orang lain. Apabila tiada yang melaksanakannya, maka berdosalah keseluruhannya. Maka, sesiapa yang melakukannya, hakikatnya sangat besar pahala buat mereka. Orang lain tidak berdosa kerana telah melaksanakan tanggungjawab tersebut. Ilmu yang dimaksudkan ialah mendalami ilmu syariah dan ilmu pengkhususan dalam apa-apa jua bidang yang diperlukan oleh kaum Muslimin.

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

32 

TOPIK 2

HADIS KEISTIMEWAAN PENUNTUT ILMU DAN ULAMA

"

" " "

" ""

"

"

" " AKTIVITI 2.1 Jelaskan kepada rakan anda contoh-contoh bagi ilmu fardu ain dan fardu kifayah dalam forum myINSPIRE.

2.1.7

Kelebihan bagi Penuntut Ilmu

Apabila Rasul SAW mengatakan bahawa penuntut ilmu menempah jalan ke syurga, bermakna Allah SWT menjanjikan mereka kesenangan di akhirat kelak. Hakikatnya, Allah SWT telah meninggikan kehidupan mereka sejak di dunia lagi. Untuk melihat kelebihan lain bagi penuntut ilmu, mari kita lihat penjelasan selanjutnya. (a)

Dinaungi Para Malaikat Naungan malaikat terhadap para penuntut ilmu adalah kerana para malaikat mengasihi mereka. Jalan yang ditempuhi untuk ke syurga oleh orang yang menuntut ilmu menyambungkannya kepada keredaan Allah SWT. Naungan malaikat terhadap orang yang menuntut ilmu merupakan penghormatan dan kemuliaan buat mereka kerana mereka mencari dan menuntut apa-apa yang diwariskan oleh para nabi. Hal ini ialah tanda kasih sayang dan penghormatan para malaikat terhadap mereka. Antara tanda kasih dan penghormatan ini adalah dengan memayungi mereka. Oleh sebab itu, terdapat antara malaikat yang ditugasnya untuk mencari majlis zikir dan majlis ilmu. Hal ini disebut dalam sebuah hadis:

ِ‫إِ ﱠن ِﱠ‬ ‫ﻪﻠﻟ َﻣ َﻼﺋِ َﻜﺔً ﻳَﻄُﻮﻓُﻮ َن"ِﰲ اﻟﻄﱡُﺮِق ﻳَـ ْﻠﺘَ ِﻤ ُﺴﻮ َن أ َْﻫ َﻞ اﻟ ِّﺬ ْﻛ ِﺮ‬ Maksudnya:

„Sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang selalu berkeliling di jalanjalan mencari-cari majlis zikir.‰ (Sahih al-Bukhari: Kitab al-DaÊawat no. 6045)

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

HADIS KEISTIMEWAAN PENUNTUT ILMU DAN ULAMA



33

Malaikat berada bersama-sama dalam majlis ilmu yang diadakan untuk sama-sama mendoakan keredaan dan kerahmatan buat penuntut ilmu. Ia juga dapat membuatkan mereka yang menuntut ilmu, terpelihara daripada sebarang bahaya dan perkara yang tidak menyenangkan dengan izin Allah SWT seperti firman-Nya dalam surah al-RaÊdu, ayat 11:

َ ۡ َُ ُ ََۡ ۡ َ ۡ ٞ ٰ‫َ ُلۥ ُم َع ّق َب‬ ۡ َ َ ۡ ‫ت ّ ِم ۢن َب‬ ِ ِۗ ‫ي يديهِ َوم ِۡن خلفِهِۦ يفظونهۥ مِن أم ِر ٱ‬ ِ َّ

Maksudnya:

„Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah‰. Malaikat itu juga bertindak sebagai penghubung antara hamba Allah SWT dengan pencipta-Nya. Para malaikat akan mempersembahkan zikir dan pembelajaran yang dilakukan oleh orang yang beriman kepada Allah SWT. Semua ini akan menjadi sebab kepada keampunan, kejayaan dan keselamatan buat si penuntut ilmu. (b)

Didoakan oleh Sekalian Makhluk Hadis tersebut jelas menyebut bahawa seluruh makhluk sama ada di langit dan di bumi mendoakan kebaikan dan memohon keampunan buatnya. Maka, jalan yang perlu ditempuhi semakin mudah kerana perkara yang menghalang daripada menerima ilmu telah diangkat hasil doa masyarakat langit dan bumi. Ia mungkin juga menyebabkan perjalanan ke syurga semakin mudah kerana dosa-dosa diampunkan Allah SWT. Apatah lagi yang mendoakan itu ialah para malaikat, golongan yang sangat dekat dengan Allah SWT.

(c)

Menuntut Ilmu adalah Jihad Dalam sebuah hadis daripada Rasulullah SAW ada mengatakan bahawa penuntut ilmu hakikatnya sedang berjalan di jalan Allah SWT. Baginda SAW bersabda:

ِ‫ﺐ"اﻟْﻌِْﻠ ِﻢ َﻛﺎ َن"ِﰲ"ﺳﺒِ ِﻴﻞ ﱠ‬ ِ َ‫َﻣ ْﻦ َﺧﺮج ِﰲ ﻃَﻠ‬ " ‫اﻪﻠﻟ َﺣ ﱠﱴ ﻳَـ ْﺮِﺟ َﻊ‬ َ ََ Maksudnya:

„Sesiapa yang keluar menuntut ilmu sesungguhnya dia berada di jalan Allah sehinggalah dia kembali.‰ (Sunan at-Tirmizi: Kitab al-ÂIlm no. 2647) Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

34 

TOPIK 2

"

HADIS KEISTIMEWAAN PENUNTUT ILMU DAN ULAMA

" " "

" ""

"

"

" " (d)

Menjadikannya Seorang yang Sentiasa Takut kepada Allah SWT Semakin bertambah ilmu seseorang seharusnya menjadikannya semakin dekat dengan Allah SWT dan semakin bertambah rasa takut terhadap-Nya. Ayat berikut jelas menunjukkan kekhusyukan ibadah dan rasa takut kepada Allah SWT wujud dalam diri orang yang dikurniakan ilmu kepadanya. Firman Allah SWT dalam surah al-IsraÊ, ayat 107 hingga 109:

ۡ ۡ ْ ُ َ َّ َّ ْ ٓ ُ ۡ ُ َ ۡ َ ٓ ْ ُ َ ۡ ُ ٰ‫ِين أوتُوا ٱلعِل َم مِن َق ۡبلِهِۦٓ إ ِ َذا ُي ۡت َل‬ ‫قل ءامِنوا بِهِۦ أو تؤمِن ۚوا إِن ٱل‬ َ َ ُ ََُ ۡ َ َ ٓ َ ‫ون ُس ۡب‬ ‫حٰ َن َر ّب ِ َنا إِن كن َوع ُد َر ّب ِ َنا‬ ‫ ويقول‬١٠٧ ‫َعل ۡي ِه ۡم‬ ٗ ۡ َ ُ ُ ۡ ُ ُ َ َ َ ُ ۡ َ َ ۡ َ ۡ َ ُّ َ َ ٗ ١٠٩ ۩‫ان يبكون ويزِيدهم خشوع‬ ِ ‫ وي‬١٠٨ ‫ل َمف ُعو‬ ِ ‫خرون ل ِلذق‬

Maksudnya:

„Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang yang ingkar itu): „Sama ada kamu beriman kepada al-Quran atau kamu tiada beriman, (tidaklah menjadi hal); kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk). Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): „Maha suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana. Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang al-Quran menambahkan mereka khusyuk.‰ (e)

Mendapat Kedudukan yang Tinggi Allah SWT telah menyatakan dalam ayatnya bahawa orang yang berilmu adalah tidak sama dengan mereka yang tidak berilmu. Begitu juga dengan orang yang mengetahui hukum Allah SWT, yang mengetahui dengan mendalami ajaran Rasulullah SAW adalah tidak sama dengan mereka yang tidak mengetahui. Hal ini jelas dalam surah al-Zumar, ayat 9:

ْ ُ ْ ُ ُ َّ َ َ َ َ َّ َ ُ َ ۡ َ َ َ َّ َ َ ُ َ ۡ َ َ َّ َۡ ُۡ ‫قل هل ي َ ۡس َتوِي ٱلِين يعلمون وٱلِين يعلمونۗ إِنما يتذكر أولوا‬ َۡ ۡ َ ٰ ٩‫ب‬ ِ ‫ٱللب‬ Maksudnya:

„Katakanlah lagi (kepadanya): „Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?‰ Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.‰ Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

HADIS KEISTIMEWAAN PENUNTUT ILMU DAN ULAMA



35

Ilmulah yang membezakan antara seseorang dengan seseorang yang lain. Adapun demikian, ilmu semata-mata tidak menjamin kedudukannya yang tinggi di sisi Allah SWT. Ilmu perlu digandingkan dengan takwa. Ketika itu, barulah dia benar-benar menjadi seorang yang tinggi di sisi Allah SWT Sepertimana firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat, ayat 13:

َ ٌ َ َ َّ َّ ۡ ُ ٰ َ ۡ َ َّ َ ۡ ُ َ َ ۡ َ َّ ٞ ١٣ ‫إِن أكرمكم عِند ٱ ِ أتق ك ۚم إِن ٱ عل ِيم خبِي‬

Maksudnya:

„Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya antara kamu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).‰ "

AKTIVITI 2.2 Pada pandangan anda, mengapakah seorang penuntut ilmu mendapat ganjaran yang sangat besar? Bincangkan.

2.1.8

Kelebihan bagi Ulama

Ulama mempunyai kedudukan yang sangat tinggi dalam Islam. Seperti dalam huraian hadis sebelum ini, ulama diibaratkan seperti bulan purnama yang cahayanya memancar dan melimpah ke bumi. Cahayanya bukan untuk dirinya, malah turut memberi manfaat kepada penduduk bumi pada waktu malam. Hakikatnya, terlalu banyak ayat al-Quran dan hadis yang turut menyatakan ketinggian kedudukan ulama ini. Sekarang, mari kita lihat keistimewaan lain yang diterima oleh orang yang berilmu ini ataupun mereka yang dikatakan sebagai ulama. Antaranya ialah:

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

36 

TOPIK 2

"

HADIS KEISTIMEWAAN PENUNTUT ILMU DAN ULAMA

" " "

" ""

"

"

" " (a)

Mereka ialah Golongan yang Mendapat Kepercayaan Allah SWT Dalam surah Ali Imran, ayat 18 hingga 19, Allah SWT berfirman:

ۡ ۢ َ ٓ َ ۡ ۡ ْ ُ ْ ُ َ ُ َ َ َ ۡ َ َ ُ َّ َ ٰ َ ٓ َ ُ َّ َ ُ َّ َ َ ۡ ٰٓ ‫ش ِهد ٱ أنهۥ إِله إ ِ هو وٱلم‬ ۚ ِ ‫لئِكة وأولوا ٱلعِل ِم قائِما ب ِٱلقِس‬ ‫ط‬ ۡ ُ َ ۡ َ ُ َّ َ َ ٓ َ َ َ َ ۡ َ َ ُ ٰ َ ۡ ۡ َّ َ َ ّ َّ ُ َ ‫ٱلسلمۗ وما ٱختلف‬ ِ ِ ‫ إِن ٱلِين عِند ٱ‬١٨ ‫إِلٰه إ ِ هو ٱلعزِيز ٱلكِيم‬ َّ َ َ ۡ ْ ُ ُ َ َّ َۡ ُۡ ۡ ُ ُ َٓ َ َ َۡ ۢ ۡ َ َ َ ُ ۡ َ َ ۢ ‫ٱلِين أوتوا ٱلكِتٰب إ ِ ِمن بع ِد ما جاءهم ٱلعِلم بغيا بينهمۗ ومن‬ ۡ ُ َ َ َّ َّ َ َّ َ ُۡ ۡ َ َ ‫ٱل‬ ٰ ١٩ ‫اب‬ ‫ِس‬ ‫سيع‬ ‫ٱ‬ ‫ن‬ ‫إ‬ ‫ف‬ ‫ٱ‬ ‫ت‬ ‫ي‬ ‫يكفر‬ ِ ِ ِ ِ ِ

Maksudnya:

„Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikatmalaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.‰ „Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisab-Nya.‰ Dalam ayat ini, Allah SWT meminta penyaksian daripada mereka yang mempunyai ilmu dalam kalangan hamba-Nya terhadap keesaan-Nya, kekuasaan dan kebijaksanaan-Nya. Allah SWT tidak meminta penyaksian daripada hamba-Nya yang lain tetapi daripada hamba-Nya yang berilmu. Hal ini kerana orang yang berilmu akan meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul. Ia melihat dengan pandangan yang tepat dan tidak mengikut hawa nafsu. Oleh sebab itu Allah SWT meminta penyaksiannya. Hak ini merupakan pengiktirafan daripada Allah SWT terhadap kemampuan dan kedudukan mereka.

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

(b)

HADIS KEISTIMEWAAN PENUNTUT ILMU DAN ULAMA



37

Orang yang Berilmu Mendapat Kedudukan yang Tinggi Hal ini disebabkan oleh ilmu yang ada pada mereka. Yang menarik juga adalah yang menaikkan darjat mereka ini ialah Allah SWT. Sudah tentu pengiktirafan ini lebih mulia daripada sebarang pengiktirafan yang diberi oleh manusia. Firman Allah SWT dalam surah al-Mujadalah, ayat 11:

ْ ُ َ َ َ َّ ُ َّ َ ۡ َ ُ َ ‫ِين أُوتُوا ْ ۡٱلع ۡل َم َد َر‬ َ‫جٰت َوٱ َّ ُ بما‬ َ ‫ِنك ۡم َو َّٱل‬ ‫م‬ ‫يرفعِ ٱ ٱلِين ءامنوا‬ ِ ٖ ۚ ِ َ َ ُ َ ١١ ٞ‫ت ۡع َملون خبِي‬

Maksudnya:

„Supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dalam kalangan kamu) ă beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa-apa yang kamu lakukan.‰ (c)

Tidak Terputus Pahala Amalnya Antara amal yang tidak terputus pahalanya dengan kematian bahkan terus mengalir pahalanya ketika di alam kubur ialah amal orang yang mengajarkan ilmu kepada orang lain. Orang yang berilmu dan kemudian ilmunya dimanfaatkan oleh orang lain selepasnya, maka pahala dan ganjarannya akan terus diterima mereka dengan syarat. Syaratnya ialah mereka ikhlas melakukan semua itu kerana apa-apa yang diajar oleh mereka akan menyebabkan seseorang terpelihara agamanya, menghindarkannya daripada perbuatan mungkar dan dosa seterusnya memberikan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Hal ini ada disebut dalam hadis Rasulullah SAW:

ِ َ ‫أَ ﱠن رﺳ‬ ِ ‫اﻪﻠﻟ ﺻﻠﱠﻰ ﱠ‬ ِْ ‫ﺎت‬ َ ‫اﻪﻠﻟُ َﻋﻠَْﻴﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ ﻗَ َﺎل إِ َذا َﻣ‬ ُ‫اﻹﻧْ َﺴﺎ ُن اﻧْـ َﻘﻄَ َﻊ َﻋْﻨﻪُ َﻋ َﻤﻠُﻪ‬ َ ‫ﻮل ﱠ‬ َُ ِ ‫إِﱠﻻ ِﻣﻦ ﺛََﻼﺛٍَﺔ إِﱠﻻ ِﻣﻦ ﺻﺪﻗٍَﺔ ﺟﺎ ِرﻳ ٍﺔ أَو ِﻋ ْﻠ ٍﻢ ﻳـْﻨـﺘـ َﻔﻊ ﺑِِﻪ أَو وﻟَ ٍﺪ‬ ُ‫ﺻﺎﻟ ٍﺢ ﻳَ ْﺪﻋُﻮ ﻟَﻪ‬ َ َ ْ ُ َُ ْ َ َ ََ ْ ْ Maksudnya:

„Kiranya seorang manusia itu mati, akan terputuslah dia daripada amalannya melainkan tiga perkara: sedekah yang sentiasa mengalirkan pahala, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya.‰ (Sahih Muslim: Kitab al-Wasiyyah no. 1631)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

38 

TOPIK 2

"

HADIS KEISTIMEWAAN PENUNTUT ILMU DAN ULAMA

" " "

" ""

"

"

" " (d)

Bercahaya Wajahnya Ulama yang menyampaikan ilmu akan bercahaya wajahnya dan dimuliakan kedudukannya hasil doa Baginda SAW sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis:

‫ب ُﻣﺒَـﻠِّ ٍﻎ أ َْو َﻋﻰ ِﻣ ْﻦ َﺳ ِﺎﻣ ٍﻊ‬ ‫ﻧَﻀَﱠﺮ ﱠ‬ ‫اﻪﻠﻟُ ْاﻣَﺮأً َِﲰ َﻊ ِﻣﻨﱠﺎ َﺷْﻴـﺌًﺎ ﻓَـﺒَـﻠﱠﻐَﻪُ َﻛ َﻤﺎ َِﲰ َﻊ ﻓَـ ُﺮ ﱠ‬

Maksudnya:

„Allah menyerikan wajah seseorang yang mendengar sesuatu daripada kami kemudian dia menyampaikannya sebagaimana yang dia dengar. Maka boleh jadi yang menyampaikan lebih memahami daripada yang mendengar.‰ (Sunan Tirmizi: Bab Ma JaÊa fi al-Hathi Âala Tabligh no. 2581) Doa Nabi Muhammad SAW terhadap pendengar dan penyampai sunah agar dikurniakan cahaya pada wajahnya, adalah ganjaran yang sesuai dengan usaha yang dilakukan, iaitu menyebarkan, mengembangkan sunah dan ilmu Islam. (e)

Ulama ialah Golongan yang Paling Takutkan Allah SWT Hal ini jelas dalam firman Allah SWT dalam surah al-Faatir, ayat 28:

ۡ َ َ َّ َ َ‫ي َش ٱ َّ َ م ِۡن ع َِبادِه ِ ۡٱل ُعل‬ ٌ ‫يز َغ ُف‬ ٌ ‫م ُ ۗؤا ْ إ َّن ٱ َّ َ َعز‬ ٰٓ ‫إِنما‬ ٢٨ ‫ور‬ ِ ِ

Maksudnya:

„Yang merasa bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dalam kalangan hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, lagi Maha Pengampun.‰ Allah SWT juga mengatakan orang yang paling mulia di sisinya ialah orang yang paling bertakwa. Ketakwaan itu adalah dalam bentuk ketaatan kepada suruhan Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya. Jalan untuk mencapai ketakwaan adalah dengan menuntut segala ilmu daripada al-Quran dan sunah yang sahih. Menurut Imam Ibnu Rajab dalam kitabnya Kelebihan Ilmu Salaf Berbanding

Ilmu Khalaf : (i)

Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu mengenal Allah SWT, iaitu yang berkaitan Asmaul Husna dan sifat-Nya yang mulia. Semua itu akan membuatkan kita mengagungkan, membesarkan, takut, kasih, berharap dan tawakal serta reda dengan ketentuan-Nya dan sabar dengan ujian-Nya. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

(ii)

HADIS KEISTIMEWAAN PENUNTUT ILMU DAN ULAMA



39

Mengenal apa-apa yang disukai, diredai, dibenci dan dilarang. Maka, sesiapa yang mengetahuinya akan segera mencari kecintaan Allah SWT dan menjauhi kebencian-Nya.

(iii) Apabila ilmu itu berbuah dalam diri pencarinya, maka dikatakan ilmu yang bermanfaat. Apabila ilmu itu bermanfaat dan bertapak kukuh di dalam hati, maka akan lahirlah rasa takut kepada Allah SWT dan akan merasa cukup dengan apa-apa yang ada dan zuhud dengan dunia. (f)

Ulama ialah Mujahid Antara bentuk jihad ialah dengan berhujah dan keterangan. Jihad begini adalah antara yang dilakukan oleh para nabi. Firman Allah SWT dalam surah al-Furqan, ayat 51 hingga 52:

َّ َ ۡ َ ّ ُ ۡ َ ََ َۡ َۡ َ ُ ََ ُ ۡ َٰ َ َ َٰ ۡ َ ٗ ‫ ف ت ِطعِ ٱلكفِ ِرين وج ِهدهم بِهِۦ‬٥١ ‫ك قريةٖ نذِيرا‬ ِ ‫ولو شِئنا لعثنا ِف‬ َ ٗ َ ٗ ٥٢ ‫جهادا كبِيا‬ ِ Maksudnya:

„Dan kalau Kami kehendaki, tentulah Kami utus dalam tiap-tiap negeri, seorang Rasul pemberi amaran. Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah (dengan hujah-hujah al-Quran) menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh.‰ Ayat tersebut menjelaskan bahawa Allah SWT mengehendaki Nabi Muhammad SAW berjuang bersungguh-sungguh dengan keterangan daripada al-Quran ketika berhadapan dengan orang kafir. Hal ini bermaksud, mereka yang menyampaikan ilmu dan berhujah dengan ilmu juga ialah mujahid di jalan Allah SWT.

" AKTIVITI 2.3 Bincangkan peranan-peranan ulama dalam masyarakat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

40 

TOPIK 2

"

HADIS KEISTIMEWAAN PENUNTUT ILMU DAN ULAMA

" " "

" ""

"

"

" "

2.1.9

Adab Penuntut Ilmu

Antara adab penuntut ilmu ialah: (a)

Mengikhlaskan hati menuntut ilmu kerana Allah SWT dan untuk mengharapkan keredaan-Nya, bukan kerana mengejar pangkat, harta, berbangga dan seumpamanya. Janganlah juga memandang rendah kepada ilmu lain seperti ilmu duniawi.

(b)

Sentiasa memastikan diri bersih daripada sebarang akhlak yang buruk dan keji.

(c)

Mengurangkan keseronokan di dunia kerana perkara itu akan membuatkan hati kita sibuk dan tidak dapat memberi tumpuan dalam menuntut ilmu.

(d)

Jangan mendahului guru dan hendaklah mendengar, dan patuh kata-kata dan nasihatnya seperti patuhnya pesakit yang jahil terhadap doktor yang mahir dan pakar.

(e)

Menerima ilmu dengan penuh rasa tawaduk dan memberi sepenuh perhatian ketika mendengar. Firman Allah SWT dalam surah Qaf, ayat 37:

َّ َ ۡ َ ۡ َ ٌ ۡ َ ُ َ َ َ َ ٰ َ ۡ َ َ َٰ ٞ َ َ ُ َ َ ۡ َّ ٣٧ ‫إِن ِف ذل ِك لِكرى ل ِمن كن لۥ قلب أو ألق ٱلسمع وهو ش ِهيد‬

Maksudnya:

„Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya), atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepada-Nya.‰ Ayat ini bermaksud orang yang menghadirkan hatinya untuk menerima apa yang dipelajari dengan penuh rasa syukur dan hati yang terbuka tatkala menuntut ilmu akan memahami apa-apa yang dipelajari. Perkara yang membantunya untuk memahami adalah dengan memberikan sepenuh perhatian dan mendengar dengan teliti apa-apa yang diajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

2.1.10

HADIS KEISTIMEWAAN PENUNTUT ILMU DAN ULAMA



41

Adab Ulama

Ulama ialah guru yang mengajar dan menyebarkan ilmu. Imam al-Nawawi dalam kitabnya Al-Ilm wa Adab al-ÂAlim wa al-MutaÊallim menyebut, antara adab seorang mualim ialah: (a)

Sentiasa mendekati ilmu. Antara aktiviti yang seharusnya dilakukan ialah menambah pembacaan, mengkaji, mengutarakan pandangan dan menulis.

(b)

Memberi pengajaran hanya kerana mengharapkan keredaan-Nya dan tidak menjadikannya sebagai jalan untuk takabbur dan membesarkan diri. Hendaklah memahat di mindanya bahawa pengajaran dan ilmu yang diberi ialah satu ibadah. Dengan itu, dia akan sentiasa meletakkan niatnya pada tempat yang betul.

(c)

Sentiasa mengambil berat tentang anak didiknya dan bertanya akan ketiadaannya.

(d)

Berusaha untuk memahamkannya pelajar dengan apa-apa sahaja cara. Sentiasa menunjukkan kebenaran sesuatu perkara dan memberi penerangan dengan jelas serta tidak memberi sesuatu yang mengelirukan.

(e)

Memberi kefahaman dan bercakap dengan anak murid mengikut kadar kemampuan masing-masing. Mungkin cukup dengan memberi isyarat kepada yang cerdik dan mudah memahami, sesetengah yang lain mungkin memerlukan kepada penjelasan dan terdapat juga yang perlu diulang beberapa kali.

" AKTIVITI 2.4 Lakukan sedikit kajian rambang terhadap sekumpulan pelajar dan guru. Pada pandangan anda, adakah adab-adab ini wujud dalam masyarakat kita di Malaysia? Bincangkan bersama rakan sekuliah dalam forum myINSPIRE.

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

42 

TOPIK 2

"

HADIS KEISTIMEWAAN PENUNTUT ILMU DAN ULAMA

" " "

" ""

"

"

" "

2.2

PRINSIP ASAS PENDIDIKAN DALAM HADIS

Hadis keistimewaan penuntut ilmu dan ulama ini memberikan kepada kita beberapa prinsip asas pendidikan yang digunakan oleh Baginda SAW. Prinsip tersebut ialah: (a)

Hadis yang sarat dengan gambaran kehidupan alam membuatkan minda seolah-olah dibawa menjelajah ke setiap ruang alam, di langit, di bumi, dasar laut, alam nyata dan alam ghaib.

(b)

Gaya Baginda SAW membuatkan kita dapat menghayati hadis dengan lebih mudah dan berkesan.

(c)

Nabi Muhammad SAW menggunakan kaedah perkhabaran berita gembira untuk menggalakkan umat menuntut dan menyebarkan ilmu. Baginda SAW menjanjikan jalan mudah ke syurga, naungan para malaikat, doa daripada makhluk Allah SWT di langit, di bumi dan yang berada di lautan.

(d)

Teknik metafora dan perumpamaan yang dibawa oleh Baginda SAW sewaktu membandingkan kedudukan ulama dan abid adalah sangat menarik. Baginda SAW telah memberikan perbandingan yang jelas dan mudah untuk difahami.

(e)

Nabi Muhammad SAW juga menggunakan perkataan yang tepat untuk menggambarkan kepentingan sesuatu perkara. Contohnya, untuk menggambarkan kedudukan ulama yang menggalas tanggungjawab menyambung risalah Islam yang dibawa oleh para nabi, Baginda SAW menggunakan perkataan pewaris. Penggunaan perkataan yang tepat ini memberi kesan yang mendalam terhadap mereka yang bergelar ulama. Ia gambaran terhadap harapan besar yang diletakkan untuk meneruskan tugas menyampaikan risalah Islam.

AKTIVITI 2.5 Bincangkan bersama rakan anda, teknik pengajaran yang digunakan oleh Rasulullah SAW dalam hadis ini. Kemudian, cari sebuah hadis lain yang mempunyai mana-mana unsur tersebut. Kongsikan jawapan anda dalam forum myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

HADIS KEISTIMEWAAN PENUNTUT ILMU DAN ULAMA



43

PENGAJARAN HADIS DALAM KONTEKS SEMASA

2.3

Pengajaran yang boleh kita dapati dari hadis ini untuk kita hubungkan dengan konteks semasa ialah: (a)

Setiap Muslim harus mempunyai semangat yang tinggi untuk menuntut ilmu. Hal ini kerana kita mempunyai kelebihan berbanding orang lain. Seperti hadis ini menyatakan bahawa menuntut ilmu dikira sebagai ibadah yang diberi ganjaran. Ganjaran yang dijanjikan melebihi segala ganjaran yang akan diterima daripada manusia, iaitu Nabi Muhammad SAW menjanjikan jalan mudah ke syurga, naungan para malaikat, doa daripada makhluk Allah SWT di langit, di bumi dan yang berada di lautan. Hakikatnya, itulah ganjaran yang paling besar, paling bermakna dan yang sangat diperlukan oleh kita sebagai Muslim.

(b)

Ulama perlu menjaga kedudukan yang dikurniakan oleh Baginda Rasul SAW. Kedudukan yang mulia itu hakikatnya seiring dengan tanggungjawab yang perlu digalas. Kedudukan itu hanya berhak diterima jika dia benarbenar melaksanakan amanah yang diwariskan oleh para nabi, iaitu menyampaikan ilmu dengan ikhlas, betul dan penuh dedikasi.

(c)

Masyarakat Islam perlu meletakkan ulama hakiki ini pada kedudukan yang tinggi seperti yang diletakkan oleh Nabi Muhammad SAW. Hal ini bermakna mereka berhak dihormati, dimuliakan, disegani dan didengar nasihatnya.

(d)

Ilmu ialah harta pusaka yang diwariskan para nabi buat kita. Umat yang berjaya ialah umat yang mengambil harta tersebut dengan penuh rasa amanah, mengurus dan mengembangkannya. Maka, untuk menjadi masyarakat yang berjaya, maju dan bertamadun, kita mestilah menjadikan masyarakat kita berilmu.

" AKTIVITI 2.6 1.

Nyatakan beberapa institusi ulama yang wujud di Malaysia.

2.

Senaraikan beberapa langkah yang telah disediakan oleh kerajaan dalam usaha untuk merancakkan pertumbuhan ilmu dalam kalangan masyarakat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

44 

TOPIK 2

"

HADIS KEISTIMEWAAN PENUNTUT ILMU DAN ULAMA

" " "

" ""

"

"

" "



Menuntut ilmu ialah ibadah yang disediakan ganjaran daripada Allah SWT.



Antara ganjaran bagi penuntut ilmu ialah Allah SWT memudahkan jalan ke syurga dan majlis ilmunya dinaungi para malaikat.



Menuntut ilmu dan menyebarkannya ialah pekerjaan yang mulia. Oleh sebab itu seluruh makhluk di alam ini mendoakan kebaikan buat mereka.



Ilmu yang bermanfaat mengenalkan seseorang kepada Tuhan.



Ulama diumpamakan seperti bulan purnama yang menerangi kegelapan malam. Bumi menjadi terang dengan limpahan cahayanya. Begitulah juga ulama yang memberikan cahaya ke dalam kehidupan manusia.



Ulama ialah pewaris para nabi. Mereka mewarisi tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu. Mereka mewarisi kepayahan dan ujian tatkala menyebarkan ilmu sebagaimana yang dihadapi oleh para nabi dahulu.



Ilmu lebih bernilai dan berharga daripada wang ringgit dan harta dunia. Oleh sebab itu para nabi menjadikan ilmu itu sebagai harta yang diwariskan buat umat mereka.



Sesiapa yang mengambil harta perwarisan para nabi ini, sesungguhnya mereka memperoleh untung yang sangat besar.

Bintang

Pewaris nabi

Bulan purnama

Sayap malaikat

Orang yang beribadah

Ulama

Penuntut ilmu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

HADIS KEISTIMEWAAN PENUNTUT ILMU DAN ULAMA



45

Abd al-Wahhab Rasyid Salih. (1995). Syarh al-arbaÊin al-nawawiyyah fi thawb jadid. Damsyik, Syria: Wizarah al-Awqaf. Abdul Fattah Abu Ghuddah. (2009). 40 teknik Rasulullah mengajar. Terj: Syuhadak Mahmud. Seremban, Malaysia:Al-Azhar Media. Ali Hussayn. (2004). Tatawwur al-fikr al-tarbawi Âinda al-Ghazali. Kaherah, Mesir: Al-Masyruq li al-Nasyr. Mustafa al-Bugha, & Muhyiddin Misto. (1987). Al-Wafi fi syarh al-arbaÊin al-nawawiyyah. Beirut, Lebanon: Dar Ibn Kathir. Ibnu Rejab al-Hambali. (1989). JamiÊ ulum wa al-hikam. Kaherah, Mesir: Dar al-Kalimah al-Tayyibah. Harf Information Technology. (t.t.). Hadith al-Islam. Dicapai dari http://hadith. al-islam.com Muhyiddin Yahya Syaraf an-Nawawi. (1993). Kitab al-ilm wa adab al-Âalim wa al-mutaÊallim. Beirut, Lebanon: Dar al-Khayr.

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik

" " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " "



3 "

Hadis Kemanisan Iman"

HASIL PEMBELAJARAN

"

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menyatakan maksud beberapa kalimah hadis;

2.

Menghuraikan hadis secara umum;

3.

Menerangkan maksud kemanisan iman;

4.

Menyenaraikan tanda kemanisan iman; dan

5.

Menghuraikan kesan iman dalam kehidupan seseorang."

 PENGENALAN Topik ini akan membincangkan hadis berkaitan iman dan cara yang dikatakan seseorang itu mendapat kemanisan iman. Terdapat tiga perkara utama disebut dalam hadis. Tiga perkara ini dikira sebagai penanda aras seseorang itu mendapat kemanisan iman. Pertama, apabila seseorang itu mengasihi Allah SWT dan Rasulullah SAW melebihi perkara lain. Kedua, mencintai saudaranya kerana Allah SWT. Ketiga, apabila seorang Muslim itu benci kepada kekufuran sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam neraka. Topik ini akan membincangkan setiap penanda aras tersebut secara lebih terperinci.

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

HADIS KEMANISAN IMAN

"

3.1



47

HADIS DAN HURAIANNYA

Rohani kita memerlukan „makanan‰ seperti jasad memerlukannya. Makanan untuk rohani ialah iman. Oleh itu, setiap Muslim digalakkan untuk mencapai kesempurnaan iman agar tergolong dalam kelompok mereka yang dekat dengan Allah SWT dan yang dimasukkan ke dalam syurga bersama-sama para nabi, syuhada dan para solihin. Islam telah meletakkan satu timbangan. Daripada timbangan tersebut, kita boleh ketahui sejauh mana kebenaran iman dan keyakinan kita. Melalui timbangan tersebut juga, kita dapat tahu sama ada kita telah pun sampai ke tahap yang layak dalam keimanan kita. Timbangan inilah yang diterangkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis dan diungkapkan sebagai kemanisan iman. Baginda SAW menyatakan bahawa sekiranya perkara ini wujud dalam diri seseorang, ia menandakan dia telah mendapat kemanisan iman. Ia juga menandakan dia telah memberikan makanan yang terbaik buat rohaninya dan kerana itulah rohaninya merasai kemanisan tersebut.

3.1.1

Lafaz Hadis dan Terjemahannya

Mari kita lihat hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dalam sahihnya dalam Kitab al-Iman. Hadis ini menerangkan nilai bagi sesiapa yang mendapat kemanisan iman (hadis 43).

ِ ‫ث َﻣ ْﻦ ُﻛ ﱠﻦ ﻓِ ِﻴﻪ َو َﺟ َﺪ ِِ ﱠﻦ َﺣ َﻼ َوَة‬ ‫ﺻﻠﱠﻰ ﱠ‬ ٌ ‫اﻪﻠﻟُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ ﻗَﺎ َل"ﺛََﻼ‬ َ ‫ﱠﱯ‬ ِّ ‫َﻋ ْﻦ"أَﻧَﺲ" َﻋ ْﻦ اﻟﻨ‬ ِ‫ﺐ اﻟْﻤﺮء َﻻ ُِﳛﺒﱡﻪ إِﱠﻻ ِﱠ‬ ُِ ‫ﺐ إِﻟَﻴ ِﻪ ِﳑﱠﺎ ِﺳﻮ ُاﳘﺎ وأَ ْن‬ ِ َ‫اﻹﳝ‬ ِْ ‫ﻪﻠﻟ‬ ‫ﳛ‬ ‫ﺎن" َﻣ ْﻦ" َﻛﺎ َن ﱠ‬ ‫ﱠ‬ ُ ْ ‫َﺣ ﱠ‬ َ ‫اﻪﻠﻟُ َوَر ُﺳﻮﻟُﻪُ أ‬ َ َ َ ََْ ‫ف ِﰲ‬ ‫ﻮد ِﰲ اﻟْ ُﻜ ْﻔ ِﺮ ﺑـَ ْﻌ َﺪ أَ ْن أَﻧْـ َﻘ َﺬﻩُ ﱠ‬ َ ‫اﻪﻠﻟُ ِﻣْﻨﻪُ َﻛ َﻤﺎ ﻳَ ْﻜَﺮﻩُ أَ ْن ﻳـُ ْﻘ َﺬ‬ َ ُ‫َوأَ ْن ﻳَ ْﻜَﺮَﻩ أَ ْن ﻳَـﻌ‬ " "‫اﻟﻨﱠﺎ ِر‬ Maksudnya:

„Daripada Anas daripada Nabi SAW di mana Baginda SAW telah bersabda; Tiga perkara yang sesiapa memilikinya sesungguhnya dia mendapat kemanisan iman. Iaitu yang mencintai Allah dan Rasul melebihi selain daripada keduaduanya dan yang mencintai seseorang dan dia tidak mencintainya melainkan kerana Allah dan yang benci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya sepertimana dia benci dihumban ke dalam neraka.‰ Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

48 

TOPIK 3

3.1.2

HADIS KEMANISAN IMAN

Pengertian Kalimah Utama

Pengertian kalimah utama dalam hadis ditunjukkan dalam Jadual 3.1. Jadual 3.1: Pengertian Kalimah Utama dalam Hadis Kalimah Utama

‫ث‬ ٌ ‫ﺛََﻼ‬ ِ َ‫اﻹﳝ‬ ِْ َ‫َﺣ َﻼوة‬ ‫ﺎن‬ َ ‫ﺐ إِﻟَْﻴ ِﻪ‬ ‫َﺣ ﱠ‬ َ‫أ‬ ‫ِﳑﱠﺎ ِﺳ َﻮ ُاﳘَﺎ‬ ‫ُِﳛ ﱠ‬ َ‫ﺐ اﻟْ َﻤ ْﺮء‬ َ‫ﻳَ ْﻜَﺮﻩ‬ ‫ﻮد‬ َ ُ‫ﻳَـﻌ‬ ‫اﻟْ ُﻜ ْﻔ ِﺮ‬

Pengertian Tiga perkara

Kemanisan iman

Lebih dicintainya

Berbanding kedua-duanya (Allah SWT dan Rasulullah SAW)

Mencintai seseorang

Benci

Kembali

Kekufuran

ُ‫أَﻧْـ َﻘ َﺬﻩ‬

Allah SWT menyelamatkannya

‫ف‬ َ ‫ﻳـُ ْﻘ َﺬ‬

Dihumban

‫اﻟﻨﱠﺎ ِر‬

Neraka

" Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

HADIS KEMANISAN IMAN

"

3.1.3



49

Tema Utama Hadis

Berdasarkan hadis ini, Baginda SAW menggambarkan keunggulan seorang Mukmin yang mencapai kesempurnaan iman dan merasai makna keimanan dalam jiwanya. Hadis ini menyatakan bahawa dia berada pada darjat keimanan yang tinggi apabila terdapat tanda-tanda tersebut dalam kehidupannya. Dengan kata lain, jika tiada tanda-tanda tersebut dalam diri seseorang, maka dia perlu memperdalamkan dan meningkatkan lagi tahap keimanannya. Maka, hadis ini boleh dijadikan kayu ukur untuk menilai sejauh mana dan setinggi mana nilai keimanan kita.

3.1.4

Huraian Umum Hadis

Hadis ini merupakan hadis yang penting dan salah satu asas Islam. Ia membicarakan tanda-tanda seseorang mendapat kelazatan dalam iman. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan kelazatan atau kemanisan iman? Kemanisan iman dirasai dalam hati apabila ia meredai dan merasa tenang pada sesuatu. Kemanisan iman adalah hakikat maknawi yang diciptakan Allah SWT dalam hati hambanya yang salih. Mereka yang merasai kelazatan iman tidak pernah merasa resah, sempit dada dan payah, malah sentiasa berasa tenang dan bahagia dalam menempuh apa sahaja urusannya. Mengikut Imam Nawawi dalam kitab syarahnya bagi Sahih Muslim, para ulama berkata bahawa kemanisan iman adalah kelazatan dalam melakukan ketaatan dan sabar dalam menanggung kepayahan demi mencari keredaan Allah SWT dan Rasulullah SAW. Ia mendahulukan semua itu berbanding tuntutan dunia. Dalam hadis ini, Nabi Muhammad SAW melakarkan kepada kita gambaran keunggulan seseorang Mukmin, iaitu Mukmin yang mencapai martabat kesempurnaan dalam iman dan merasai makna keimanan dalam jiwanya. Kesemua itu membuahkan keseronokan dalam kepatuhan dan ketaatan kepada Allah SWT, sanggup berkorban apa-apa sahaja kerana Allah SWT dan tidak pernah merasa penat ketika melaksanakan suruhan Allah SWT. Baginda SAW juga menerangkan kepada kita bahawa kemanisan dan kelazatan iman ini tidak akan dirasai melainkan mereka yang menghadap Allah SWT dengan sepenuh hati. Hasilnya, dia akan mengasihi apa-apa yang dikasihi Allah SWT dan membenci apa-apa yang dibenci Allah SWT. Dia tidak akan meredai kecuali apa-apa yang datang daripada Allah SWT, apa-apa sahaja tentang Allah SWT dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan perkara yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

50 

TOPIK 3

HADIS KEMANISAN IMAN

Adapun kemanisan dan kelazatan iman ini akan dirasai apabila wujud tiga perkara yang disebut dalam hadis ini, iaitu: (a)

Mengasihi Allah SWT dan Rasulullah SAW melebihi perkara lain;

(b)

Mencintai seseorang kerana Allah SWT; dan

(c)

Benci kepada kekufuran sepertimana benci untuk dihumban ke neraka.

Kita akan membincangkan tiga perkara ini satu persatu dalam subtopik seterusnya.

SEMAK KENDIRI 3.1 1.

Berikan maksud kemanisan iman.

2.

Nyatakan tanda-tanda kita mendapat kemanisan iman.

" AKTIVITI 3.1 Pada pandangan anda, mengapakah Nabi SAW menggunakan perkataan "

3.1.5

‫ ﺣﻼوة اﻹﳝﺎن‬dalam hadis ini? Bincangkan.

Mengasihi Allah SWT dan Rasul Melebihi Perkara Lain

Hadis ini menegaskan bahawa perkara pertama yang dirasai oleh Muslim yang sempurna iman ialah kasih terhadap Allah SWT dan Rasulullah SAW yang mengatasi segala cinta dan kasihnya pada perkara lain. Cinta ini tidak akan lahir dengan sendiri. Kita perlu kenal Allah SWT. Kita perlu kenal nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT yang wajib dan yang mustahil. Dia mencipta kehidupan dan mematikan. Dia memberi makan, minum, pakaian, tempat tinggal dan seumpamanya. Dialah pemberi nikmat dan mudarat. Dia juga yang menenangkan apabila takut, memberi hidayah daripada kesesatan dan mengurniakan ilmu pengetahuan.

" Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

HADIS KEMANISAN IMAN

"



51

Setelah kenal, akan timbullah rasa cinta. Cinta akan menerbitkan rasa reda dengan Allah SWT. Apabila seseorang itu reda, dia akan menyerahkan segala jiwa raganya dan urusan hidupnya kepada Allah SWT. Dia akan beribadah dengan mengharapkan rahmat-Nya, berjuang untuk-Nya dan mengembalikan segala urusan kepada-Nya. Keredaan dan keyakinan ini akan membuatnya tunduk, patuh dan taat kepada Allah SWT dengan penuh ikhlas. Di sinilah kemanisan iman akan terasa, iaitu apabila dia bahagia dan reda akan Allah SWT sebagai Tuhannya. Apabila iman masuk ke dalam hati dan hidup dalam jiwa, ia akan menguasai kesemuanya. Iman yang benar akan menggerakkan insan terhadap setiap amal dan tindakan yang dilakukannya. Akhirnya, jadilah dia seorang Mukmin yang tidak melakukan sesuatu melainkan apa-apa yang diredai oleh Tuhannya dan yang mendekatkan diri kepada-Nya. Seseorang yang mendapat kemanisan iman akan sentiasa mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya mengenai apa-apa yang diperintah dan menahan diri daripada melakukan apa-apa yang dilarang dan yang diharamkan. Dia juga mengikut cara hidup yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Langkah pertama untuk mendapat kemanisan iman adalah dengan mencintai Allah SWT. Namun, apakah tanda kita cintakan Allah SWT? Secara umumnya, adalah: (a)

Beramal dengan apa-apa yang disuruh dan meninggalkan apa-apa yang dilarang. Dengan itu juga dia akan mendapat kasih sayang Allah SWT dan reda-Nya; dan

(b)

Mendahulukan cinta dan sayang kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW berbanding cinta dan sayang kepada yang lain.

Ibnu al-Qayyim menyebut dalam kitabnya Madarij al-Salikin, perkara utama untuk mendapat kasih sayang Allah SWT ialah melaksanakan perkara fardu dan wajib. Setelah itu, diikuti dengan amalan lain, antaranya ialah: (a)

Membaca dan tadabbur al-Quran;

(b)

Mendekati Allah SWT dengan mengerjakan amalan sunat;

(c)

Sentiasa mengingati-Nya pada setiap masa dengan lisan, hati dan amalan;

(d)

Cinta Allah SWT mendahului cinta kepada diri sendiri; dan

(e)

Mendekati orang yang soleh. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

52 

TOPIK 3

HADIS KEMANISAN IMAN

Kemanisan iman juga dirasai apabila kita mencintai Rasulullah SAW sebagai utusan Allah SWT. Kita meyakini bahawa Bagindalah Nabi dan Rasul, utusan yang benar daripada Allah SWT, contoh unggul untuk diikuti serta yang memandu ke jalan yang benar dan betul, dan hadisnya ialah tempat rujukan apabila berlaku perselisihan dan pertembungan. Seperti yang dinyatakan oleh Ibnu al-Qayyim dalam Madarij al-Salikin, tanda kita sayangkan Nabi SAW ialah: (a)

Beriman bahawa Baginda SAW ialah utusan daripada Allah SWT kepada seluruh manusia yang membawa berita gembira dan peringatan;

(b)

Yakin dan beriman bahawa Baginda SAW menyeru kepada Allah SWT dengan ajaran yang terang dan bercahaya;

(c)

Mengikuti segala suruhan Rasulullah SAW dan menjauhi larangannya;

(d)

Menaikkan sunahnya, beramal dan menyebarkannya;

(e)

Memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Baginda SAW;

(f)

Berakhlak dengan akhlak Baginda SAW;

(g)

Mengasihi para sahabat Baginda SAW; dan

(h)

Suka meneliti sirahnya dan mendengar perkhabaran daripadanya.

Kita banyak diingatkan supaya kasihkan Allah SWT dan Rasulullah SAW dalam banyak ayat dan hadis. Allah SWT ada mengingatkan dalam firman-Nya bahawa jika kita kasihkan Allah SWT, hendaklah kita ikuti ajaran yang dibawa oleh Baginda SAW. Maka, Allah SWT akan mengasihi kita dan mengampuni dosadosa kita. Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran, ayat 31:

ُۡ َّ َ َ َّ َ ُّ ُ ۡ ُ ُ ُ َ ُ ُ ۡ ُ َ ۡ ۡ َ َ ُ َّ ُ ُ ۡ ۡ ُ ُ ُ َّ ‫ك ۡم َوٱ‬ ‫ع‬ ‫ب‬ ‫ت‬ ‫ٱ‬ ‫ف‬ ‫ٱ‬ ‫ون‬ ‫ِب‬ ‫ت‬ ‫م‬ ‫نت‬ ‫ك‬ ‫ن‬ ‫إ‬ ‫ل‬ ‫ق‬ ۚ ‫ون يبِبكم ٱ ويغفِر لكم ذنوب‬ ِ ِ ِ ٞ ‫ َّرح‬ٞ‫َغ ُفور‬ ٣١ ‫ِيم‬ Maksudnya:

„Katakanlah (Wahai Muhammad): „Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

HADIS KEMANISAN IMAN



"

53

Dalam hadis lain pula, Baginda SAW ada menyebut bahawa kecintaan kepada Baginda perlu didahulukan berbanding dengan kecintaan kepada kaum keluarga.

ِ ِ ٍ َ‫َﻋ ْﻦ أَﻧ‬ ‫ َﺣ ﱠﱴ أَ ُﻛﻮ َن‬،‫َﺣ ُﺪ ُﻛ ْﻢ‬ ‫ ﻗَ َﺎل اﻟﻨِ ﱡ‬:‫ ﻗَ َﺎل‬،‫ﺲ‬ َ ‫ﱠﱯ‬ َ ‫ﺻﻠﱠﻰ ﷲُ َﻋﻠَْﻴﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ »ﻻَ ﻳـُ ْﺆﻣ ُﻦ أ‬ ِ ِ ‫ﺐ إِﻟَﻴ ِﻪ ِﻣﻦ واﻟِ ِﺪ ِﻩ ووﻟَ ِﺪ ِﻩ واﻟﻨ‬ «‫ﲔ‬ َ ‫ﱠﺎس أَ ْﲨَﻌ‬ َ‫أ‬ َ َ َ َ ْ ْ ‫َﺣ ﱠ‬ Maksudnya:

„Tidak (sempurna) iman seseorang dari kalian sehingga aku ialah orang yang lebih dicintainya melebihi anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya.‰ (Sahih al-Bukhari Kitab al-Iman, hadis 15) Kesimpulannya, kasihkan Allah SWT dan Rasulullah SAW adalah timbangan sebenar untuk melihat kekuatan iman seseorang. Kekuatan iman seseorang boleh dilihat tatkala berlaku pertembungan antara tuntutan Allah SWT dan laranganNya dengan kehendak peribadi, kenikmatan dunia, kehendak nafsu, ajakan teman dan sahabat ataupun ketaatan kepada ketua. Pada saat itu akan terujilah imannya. Adakah dia akan mendahulukan kehendak dan tuntutan Allah SWT ataupun mendahulukan tujuan duniawi dan kehendak nafsunya? Sekiranya dia mendahulukan kehendak dan tuntutan Allah SWT, sesungguhnya dia ialah Mukmin yang sejati dan mendapat kemanisan iman. Adapun kiranya dia mendahulukan selain daripada itu, sesungguhnya dia bukan Mukmin sejati dan tidak akan merasai kelazatan iman. Kasihkan Allah SWT dan kemudian kasihkan Rasulullah SAW adalah antara sifat utama sesiapa yang merasai kemanisan iman. Cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW adalah mukadimah kepada cinta kepada diri sendiri, cinta kepada ibu bapa dan anak-anak seterusnya cinta kepada manusia semuanya.

SEMAK KENDIRI 3.2 1.

Huraikan dengan ringkas bagaimana dikatakan seseorang itu mencintai Allah SWT.

2.

Jelaskan bagaimana dikatakan cintakan Rasulullah SAW ialah tanda cinta kepada Allah SWT.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

54 

3.1.6

TOPIK 3

HADIS KEMANISAN IMAN

Mencintai Seseorang kerana Allah SWT

Maksud daripada potongan hadis ini ialah perhubungannya dengan seseorang adalah ikhlas kerana Allah SWT. Perhubungan yang ikhlas kerana Allah SWT boleh diertikan dengan beberapa perkara seperti berikut: (a)

Perhubungan yang diikat ialah atas dasar akidah. Kasih sayang terhadap Mukmin yang lain adalah kerana cintanya kepada Allah SWT. Cintanya kepada Allah SWT menyebabkan ia juga mencintai mereka yang mencintai Allah SWT. Pada hakikatnya Allah SWT yang mengumpulkan hati mereka. Firman Allah SWT dalam surah al-Anfal, ayat 63:

َۡ ۡ َ َ ۡ َ ۡ ُ ُ َ ۡ َ َ َّ َ َ َ ٗ ‫ج‬ َ َ ۡ ‫ت َب‬ َ َ ‫يعا َّما ٓ َأ َّل ۡف‬ ۡ‫ي قُلُوبهم‬ ِ ‫وألف بي قلوب ِ ِه ۚم لو أنفقت ما ِف ٱلۡر ِض‬ ِِ َّ ۡ ُ َ ۡ َ َ َّ َ َ َّ َّ ٰ َ َ َ َ ُ ٞ ٌ ٦٣ ‫كن ٱ ألف بينه ۚم إِنهۥ ع ِزيز حكِيم‬ ِ ‫ول‬ Maksudnya:

„Dan (Dia lah) yang menyatupadukan antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan antara (hati) mereka. Sesungguhnya ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana‰. Apabila hubungannya adalah atas dasar akidah, maka ia akan mengasihi sesiapa sahaja walau berlainan bangsa dan keturunan. Warna kulit dan pangkat bukanlah penghalang baginya untuk menjalin silaturahim dan kasih sayang. (b)

Hubungan yang dijalin demi mengharapkan keuntungan dan manfaat akhirat. Kasih sayang dan hubungan tersebut bukanlah kerana mengharapkan pangkat, harta, kedudukan atau seumpamanya akan tetapi semata-mata kerana mengharapkan keredaan Allah SWT. Oleh sebab itu, kasih sayang terhadap saudaranya semakin bertambah dengan bertambahnya ketaatan dan kesungguhan saudaranya dalam mentaati suruhan Allah SWT. Kasih sayangnya tidak akan bertambah sekiranya dia disogokkan dengan kemuliaan duniawi sepertimana dia tidak akan berkurang dengan berkurangnya kebaikan dan ihsan yang diberikan oleh sahabatnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

HADIS KEMANISAN IMAN



"

55

Persaudaraan kerana Allah SWT juga bermaksud menzahirkan keprihatinan terhadap keadaan sahabatnya; ketika gembira, turut sama meraikan kegembiraannya. Lebih-lebih lagi ketika sedih dan ditimpa musibah, turut sama bersimpati dan memberikan sokongan kepadanya. Oleh sebab itulah Baginda SAW mengibaratkan masyarakat Muslim itu seperti satu tubuh.

ِ ْ ‫اﲪ ِﻬﻢ وﺗَـﻌﺎﻃُِﻔ ِﻬﻢ ﻣﺜﻞ‬ ِ ِ ِ ِ‫ﻣﺜﻞ اﻟْﻤﺆِﻣﻨ‬ ِ ِ َ ْ ُ ُ ََ ُ‫اﳉَ َﺴﺪ إِ َذا ا ْﺷﺘَ َﻜﻰ ﻣْﻨﻪ‬ ُ َ َ ْ َ َ ْ ُ ‫ﲔ ﰲ ﺗَـ َﻮ ّادﻫ ْﻢ َوﺗَـَﺮ‬ " ‫اﳊُ ﱠﻤﻰ‬ ْ ‫اﳉَ َﺴ ِﺪ ِ ﻟ ﱠﺴ َﻬ ِﺮ َو‬ ْ ‫اﻋﻰ ﻟَﻪُ َﺳﺎﺋُِﺮ‬ ْ ُ‫ﻋ‬ َ ‫ﻀ ٌﻮ ﺗَ َﺪ‬ Maksudnya:

„Perumpamaan seorang Mukmin pada kasih, sayang dan kelembutan mereka adalah seperti satu tubuh. Sekiranya salah satu anggota mengadu sakit, seluruh anggota yang lain akan terasa sakit dengan sukar untuk tidur dan berasa demam.‰ (Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, hadis 4685) Mereka yang menjalinkan hubungan kerana Allah SWT akan mendapat kedudukan yang mulia pada hari akhirat kelak. Allah SWT berjanji bahawa mereka akan mendapat naungan Allah SWT pada hari kiamat kelak. Dalam sebuah hadis kudsi riwayat Abu Hurairah, Baginda SAW bersabda:

‫ﻮل ﻳَـ ْﻮَم اﻟْ ِﻘﻴَ َﺎﻣ ِﺔ أَﻳْ َـﻦ اﻟْ ُﻤﺘَ َﺤـﺎﺑﱡﻮ َن ِﲜَـ َﻼِﱄ؟ اﻟْﻴَـ ْـﻮَم أُ ِﻇﻠﱡ ُﻬ ْـﻢ ِﰲ ِﻇﻠِّـﻲ ﻳَـ ْـﻮَم‬ ُ ‫اﻪﻠﻟَ ﻳَـ ُﻘ‬ ‫إِ ﱠن ﱠ‬ ِ ِ ‫َﻻ ِﻇ ﱠﻞ إِﱠﻻ‬ " ‫ﻇﻠّﻲ‬ Maksudnya:

„Sesungguhnya Allah SWT berkata pada hari kiamat: Di manakah mereka yang saling berkasih sayang kerana-Ku? Pada hari ini, Aku akan menaungi mereka di bawah naungan-Ku pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Ku.‰ (Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, hadis 4662)

" AKTIVITI 3.2 Bincangkan bersama rakan anda dalam forum myINSPIRE, beberapa contoh praktikal yang menunjukkan kepada persahabatan kerana Allah SWT. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

56 

TOPIK 3

3.1.7

HADIS KEMANISAN IMAN

Benci kepada Kekufuran Sepertimana Benci untuk Dihumban ke Neraka

Antara petanda bahawa diri kita telah merasai kemanisan iman adalah apabila merasai kebencian yang teramat sangat terhadap kekufuran. Ia juga bermaksud, kita sanggup menanggung kesakitan kerana mempertahankan agama dan tetap berpegang pada agama. Dalam hal ini terdapat banyak kisah para sahabat yang menunjukkan perkara tersebut. Antaranya ialah kisah keluarga Yasir yang diseksa oleh orang Musyrikin sematamata kerana mereka beriman dengan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Walau diseksa dengan teruk dan dahsyat seperti diseret di tengah padang pasir yang panas dan ditindih di dada dengan batu besar, mereka tetap beriman. Mereka sangat benci untuk kembali kepada kekufuran walau diseksa sedemikian rupa hinggakan sanggup menggadaikan nyawa mereka demi mempertahankan iman dan Islam dalam diri mereka. Mereka sanggup menanggung kepedihan dan keperitan di dunia demi mendapatkan syurga di akhirat kelak. Benci kepada kekufuran juga bermaksud berusaha untuk menjauhkan diri dari tempat yang merosakkan yang boleh membawa kepada maksiat seperti cuba menjauhkan diri daripada kepanasan api neraka dan bahangnya. Di samping itu, golongan ini juga marah terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap agamanya dan tohmahan daripada pihak kafir sebagaimana dia marah daripada dihumban ke dalam neraka yang meluap-luap. Mereka juga sanggup dibakar dengan api dunia berbanding keluar daripada keimanan dan agamanya. Seterusnya, benci kepada kekufuran juga bermaksud ia hanya meredai Islam sebagai agamanya, iaitu agama daripada Allah SWT yang diturunkan ke atas Rasul-Nya, Nabi Muhammad SAW. Baginya, hanya Islam yang paling utama untuk dituruti, diikuti dan diyakini.

" AKTIVITI 3.3 Bincangkan bersama rakan beberapa contoh kisah sahabat Rasulullah SAW yang menceritakan tentang kecintaan mereka terhadap Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

HADIS KEMANISAN IMAN



"

57

PRINSIP ASAS PENDIDIKAN DALAM HADIS

3.2

Hadis ini memberikan kepada kita beberapa prinsip asas pendidikan yang digunakan oleh Baginda SAW. Prinsip tersebut ialah: (a)

Baginda SAW memberikan pengajaran kepada umatnya dalam bentuk yang terancang dan sistematik. Baginda SAW meletakkan penanda aras untuk mencapai tahap iman yang tinggi dan sempurna. Dengan penanda aras ini, seorang Muslim akan dapat menilai tahap keimanan mereka seterusnya berusaha untuk mencapai darjat tersebut. Dalam sistem pendidikan kini, ia dikenali sebagai „hasil pembelajaran yang ingin dicapai.‰

(b)

Baginda SAW juga menggunakan beberapa perumpamaan untuk menggambarkan apa-apa yang ingin disampaikan dan supaya pendengar hadis ini benar-benar merasai dan menghayati dalam hati mereka apa-apa yang ingin disampaikan oleh Baginda SAW.

(c)

Dalam hadis ini, Baginda SAW telah menggunakan perkataan

‫ﺣﻼوة‬, iaitu

„manis‰ untuk menggambarkan tentang iman. Manis biasanya digunakan untuk makanan dan minuman. Namun, Baginda SAW gunakannya di sini supaya pendengar dapat merasai dan membayangkan dalam fikiran, kemanisan iman yang di maksudkan. (d)

Dalam hadis ini juga, Baginda SAW telah mengumpamakan kebencian melakukan perbuatan kufur seperti bencinya seseorang dihumban ke dalam api.

" AKTIVITI 3.4 Apakah teknik pengajaran yang digunakan oleh Rasulullah SAW dalam hadis ini? Pada pendapat anda, adakah cara teknik ini memberi impak yang mendalam terhadap mereka yang menghayati hadis ini. Kongsikan jawapan anda dalam forum myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

58 

3.3

TOPIK 3

HADIS KEMANISAN IMAN

PENGAJARAN HADIS DALAM KONTEKS SEMASA

Hadis ini sangat penting dan sangat perlu untuk kita hubungkan dengan konteks semasa. Antara kepentingan dan pengajaran hadis ini yang boleh diaplikasikan dalam konteks semasa ialah: (a)

Seseorang yang mempunyai hubungan yang baik dengan Allah SWT akan memberi kesan dalam kehidupannya. Dia akan sentiasa merasakan pemerhatian Allah SWT pada setiap gerak langkahnya. Dia juga akan melangkah dengan penuh berhati-hati dan berwaspada. Sentiasa menjaga diri daripada tergelincir ke dalam lurah yang dimurkai Allah SWT. Oleh sebab itulah, rasa cintakan Allah SWT perlu disemai ke dalam diri setiap Muslim. Mereka perlu diperkenalkan dengan semua sifat-sifat Allah SWT. Dengan itu, mereka akan rasa takut untuk melanggar perintah-Nya dan sentiasa mengharapkan kasih dan rahmat-Nya.

(b)

Iman ialah bekalan buat rohani seorang insan sebagaimana makanan sebagai keperluan seorang manusia. Untuk terus hidup di muka bumi ini, kita perlu menghidupkan roh dan jasad kita.

(c)

Kemanisan iman hanya dirasai oleh mereka yang tertentu sahaja, iaitu mereka yang berjaya melepasi ujian dalam kehidupan dengan penuh sabar dan tabah serta tidak pernah jemu menuruti segala suruhan Allah SWT dan sentiasa sabar dalam meninggalkan dan menjauhi larangan dan tegahan Allah SWT. Sesiapa yang mempunyai sifat sabar ini akan merasai kemanisan iman dan mereka sebenarnya adalah hamba Allah SWT yang sangat beruntung.

(d)

Mereka yang merasai kemanisan iman akan sentiasa merasa tenang dalam melalui kehidupannya di dunia. Hal ini kerana mereka tidak mengharapkan apa-apa balasan, ganjaran, pujian dan seumpamanya yang diberi oleh selain daripada Allah SWT. Mereka juga tidak risau dan takut dengan sebarang ujian, ugutan yang diterima daripada manusia. Takutnya hanya kepada Allah SWT. Pergantungannya hanya pada Allah SWT. Keyakinannya hanya kepada Allah SWT malah seluruh hidupnya adalah kerana Allah SWT.

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

HADIS KEMANISAN IMAN



"

59

(e)

Seseorang yang cintakan Allah SWT pastinya akan mencintai Rasulullah SAW. Seseorang yang mencintai Rasul adalah tanda dia mencintai Allah SWT. Apabila kita menyatakan yang kita cinta kepada Rasulullah SAW, kita akan mengikuti segala suruhannya dan menjauhi segala larangannya. Kita sentiasa rindu untuk mendengar dan mempelajari hadisnya dan mengikuti sunahnya. Malah, kita tidak merasa berat untuk menuruti ajaran sunah walaupun ia bertentangan dengan kehendak naluri kita.

(f)

Kebahagiaan seseorang bergantung pada sejauh mana hubungannya dengan Allah SWT dan Rasul-Nya serta agamanya. Kebahagiaan seseorang juga adalah apabila dia menjaga dengan baik hubungannya dengan Allah SWT dan hubungannya dengan manusia. Hadis ini menjelaskan bahawa mereka yang menjaga kedua-dua hubungan inilah yang akan menikmati kebahagiaan bukan setakat di dunia bahkan juga di akhirat. Untuk itu, sekiranya kita hanya menjaga hubungan dengan Allah SWT semata-mata tetapi dalam masa yang sama menyakitkan hati sahabat dan rakan atau sesiapa sahaja, maka sebenarnya iman kita masih belum sempurna.

(g)

Dalam mengharungi kehidupan masa kini yang penuh dengan ujian daripada pelbagai bentuk dan sudut, iman kita sering teruji. Mungkin kita diuji mengenai keyakinan kita tentang Islam, pegangan kita terhadap hukum halal haram yang telah Allah SWT tentukan. Mungkin juga Allah SWT ingin menguji kadar keikhlasan hubungan persahabatan yang kita jalinkan sesama Islam sama ada kerana harta ataupun kerana Allah SWT.

(h)

Di sinilah kita boleh menilai sejauh mana dan sedalam mana iman kita. Semakin tinggi ujian, semakin manis iman yang dirasakan kiranya sabar dan tempuhinya dengan penuh reda.

AKTIVITI 3.5 1.

Nyatakan beberapa amalan yang menunjukkan bahawa cinta kita kepada Allah SWT dan Rasulullah SWT melebihi segala-galanya.

2.

Cinta kepada Allah dan Rasul adalah mukadimah kepada cinta kepada diri, cinta kepada keluarga dan cinta kepada manusia. Huraikan. "

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

60 

TOPIK 3

HADIS KEMANISAN IMAN

"



Seseorang yang mempunyai iman yang benar akan merasai kemanisannya dan merasai kelazatan beribadah kepada Allah SWT dan beriltizam dengan ketaatan terhadap-Nya. Dia tidak akan merasai kemanisan tersebut pada mana-mana kemanisan dunia.



Mereka yang mempunyai penyakit hati, fasik dan nifak tidak mendapat kemanisan iman dan kelazatan dalam beribadah.



Tidak akan wujud dan sempurna iman seseorang melainkan ia mendapat kasih sayang Allah SWT dan Rasul-Nya.



Tanda kasihkan Allah SWT ialah sentiasa mentaati-Nya dan menahan diri daripada perlakuan maksiat.



Antara tanda kesempurnaan iman ialah mengetahui bahawa hak Nabi Muhammad SAW adalah lebih utama untuk dilaksanakan berbanding hak ayah, ibu, anak dan semua manusia kerana Allah SWT yang menyelamatkan kita dari seksa api neraka dan Dia jugalah yang memberi hidayah apabila kita sesat.



Antara hasil kasihkan Allah SWT ialah ia mencintai dan mengasihi seseorang ikhlas kerana Allah SWT.



Antara kemanisan iman yang lain ialah dia membenci kekufuran. Hal ini kerana apabila nur iman telah memasuki hati dan bercampur dengan daging dan darah, akan tersingkaplah baginya keindahan Islam dan lahirlah perasaan benci terhadap kekufuran dan maksiat.



Hadis ini menggalakkan supaya berjiwa mulia dan berpegang pada asas yang benar-benar bersumberkan daripada Allah SWT. Hakikatnya, seseorang itu mempunyai sahsiah dan kemuliaan ketika mana ia melaksanakan hakhak dan sentiasa berpegang dengan tanggungjawab.



Kita hendaklah sentiasa menjauhi kekufuran dan perkara yang membawa kepadanya. Antara perkara yang boleh membawa kepada kekufuran ialah bermudah-mudah dalam perkara maksiat, dan golongan yang fasik dan yang melanggar agama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

HADIS KEMANISAN IMAN

"

Benci kekufuran

Kemanisan iman

Cinta kepada Allah SWT

Persaudaraan kerana Allah SWT



61

Cinta kepada Rasulullah SAW

Abdul Fattah Abu Ghuddah. (2009). 40 teknik Rasulullah mengajar. Syuhadak Mahmud (Terj.). Seremban, Malaysia: Al-Azhar Media. Al-Islamweb. (2013). Al-Islamweb.net. Dicapai dari www.al-islamweb.net Al-Jawziyyah, & Ibnu Qayyim. (2008). Madarij al-salikin-pendakian menuju Allah. Kathur Suhardi (Terj.). Jakarta, Indonesia: Pustaka al-Kauthar. Al-Naysaburi, & Muslim al-Hajjaj. (2001). Sahih Muslim. Beirut, Lebanon: Dar al-Kutub al-ÂIlmiyyah. Harf

Information Technology. http://hadith.al-islam.com

(2013).

Hadith

al-Islam.

Dicapai

dari

Ibnu Hajar al-Asqalani. (1997). Fath al-bari bi syarh sahih al-Bukhari. Mesir: Dar al-Fikr. Mahyuddin Abi Zakaria Yahya Nawawi. (1994). Al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim. Damsyik, Syria: Dar al-Khayr.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik

" " " " " " " " " " " " " " " " " " " " "

"

4 "

Hadis Amalan ke Syurga"

HASIL PEMBELAJARAN

"

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menyatakan maksud beberapa kalimah hadis;

2.

Menjelaskan perkara yang boleh menyelamatkan manusia daripada api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga;

3.

Menyenaraikan amalan kebaikan;

4.

Menghuraikan maksud asas, tiang dan puncak kepada Islam; dan

5.

Menjelaskan kepentingan menjaga lidah."

 PENGENALAN Secara umumnya, topik ini akan mengupas hadis yang amat penting dalam kehidupan seseorang Muslim, iaitu syarat untuk mendapat kebahagiaan abadi. Terdapat empat perkara pokok yang akan dibincangkan dalam hadis ini, iaitu perkara yang membawa ke syurga dan menjauhkan diri daripada api neraka, amalan kebajikan yang tidak harus kita tinggalkan, asas, tiang dan puncak segala urusan agama, dan kepentingan memelihara lidah.

4.1

HADIS DAN HURAIANNYA

Dalam topik ini, kita akan diperkenalkan dengan sebuah hadis yang membincangkan beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian sebagai seorang Muslim. Perkara tersebut perlu diambil berat untuk menjadi seorang Muslim yang bahagia dan berjaya di dunia dan di akhirat. Antara perkara tersebut ialah perkara yang mesti dilakukan untuk menyelamatkannya daripada api neraka dan dimasukkannya ke dalam syurga, yang mendekatkannya kepada Allah SWT dan perkara yang perlu diambil perhatian kerana sekiranya tidak dijaga, boleh menyebabkan tuannya mendapat seksaan api neraka. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

‫‪63‬‬

‫‪‬‬

‫‪HADIS AMALAN KE SYURGA‬‬

‫‪TOPIK 4‬‬

‫‪MuÊaz Bin Jabal ialah salah seorang sahabat yang dikasihi oleh Baginda SAW.‬‬ ‫‪Beliau antara sahabat yang mahir berkaitan hukum-hakam. Disebabkan‬‬ ‫‪kelebihannya itulah, maka Baginda SAW memilihnya sebagai utusan ke Yaman.‬‬ ‫‪Sekarang, mari kita lihat pula keprihatinan beliau terhadap tanggungjawab orang‬‬ ‫‪Muslim yang ditonjolkan dalam hadis yang berikut.‬‬

‫‪Lafaz Hadis dan Terjemahannya‬‬

‫‪4.1.1‬‬

‫‪Mari kita teliti hadis ini yang diriwayatkan oleh Al-Tirmizi (hadis 2616) dengan‬‬ ‫‪darjat Hasan Sahih.‬‬

‫ِ‬ ‫ﱠﱯ ﺻﻠﱠﻰ ﱠ ِ‬ ‫ﺖ‬ ‫َﺻﺒَ ْﺤ ُ‬ ‫َﻋ ْﻦ ُﻣ َﻌﺎذ ﺑْ ِﻦ َﺟﺒَ ٍﻞ‪ ،‬ﻗَ َﺎل‪ُ :‬ﻛْﻨ ُ‬ ‫اﻪﻠﻟُ َﻋﻠَْﻴﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ ِﰲ َﺳ َﻔ ٍﺮ‪ ،‬ﻓَﺄ ْ‬ ‫ﺖ َﻣ َﻊ اﻟﻨِ ِّ َ‬ ‫ﻳـﻮﻣﺎ ﻗَ ِﺮﻳﺒﺎ ِﻣْﻨﻪ وَﳓﻦ ﻧَ ِﺴﲑ‪ ،‬ﻓَـ ُﻘ ْﻠﺖ‪ :‬رﺳ َ ِ‬ ‫َﺧِ ْﱪِﱐ ﺑِ َﻌ َﻤ ٍﻞ ﻳُ ْﺪ ِﺧﻠُِﲏ اﳉَﻨﱠﺔَ‬ ‫ﻮل ﷲ أ ْ‬ ‫ُ َ َُ‬ ‫َْ ً ً ُ َ ْ ُ ُ‬ ‫وﻳـﺒ ِ‬ ‫ﺎﻋ ُﺪِﱐ َﻋ ِﻦ اﻟﻨﱠﺎ ِر‪ ،‬ﻗَ َﺎل‪ :‬ﻟََﻘ ْﺪ َﺳﺄَﻟْﺘَِﲏ َﻋ ْﻦ َﻋ ِﻈﻴ ٍﻢ‪َ ،‬وإِﻧﱠﻪُ ﻟَﻴَ ِﺴﲑٌ َﻋﻠَﻰ َﻣ ْﻦ ﻳَ ﱠﺴَﺮﻩُ ﱠ‬ ‫َ َُ‬ ‫اﻪﻠﻟُ‬ ‫ﻀﺎ َن‪،‬‬ ‫َﻋﻠَْﻴ ِﻪ‪ ،‬ﺗَـ ْﻌﺒُ ُﺪ ﱠ‬ ‫اﻪﻠﻟَ َوﻻَ ﺗُ ْﺸ ِﺮْك ﺑِِﻪ َﺷْﻴـﺌًﺎ‪َ ،‬وﺗُِﻘ ُﻴﻢ اﻟ ﱠ‬ ‫ﻮم َرَﻣ َ‬ ‫ﺼُ‬ ‫ﺼﻼَةَ‪َ ،‬وﺗُـ ْﺆِﰐ اﻟﱠﺰَﻛﺎةَ‪َ ،‬وﺗَ ُ‬ ‫ﻚ َﻋﻠَﻰ أَﺑْـﻮ ِ‬ ‫ﺼ َﺪﻗَﺔُ ﺗُﻄْ ِﻔ ُﺊ‬ ‫ﺼ ْﻮُم ُﺟﻨﱠﺔٌ‪َ ،‬واﻟ ﱠ‬ ‫اب اﳋَِْﲑ‪ :‬اﻟ ﱠ‬ ‫ﺖ‪ ,‬ﰒُﱠ ﻗَ َﺎل‪ :‬أَﻻَ أ َُدﻟﱡ َ‬ ‫َوَﲢُ ﱡﺞ اﻟﺒَـْﻴ َ‬ ‫َ‬ ‫اﳋ ِﻄﻴﺌﺔَ َﻛﻤﺎ ﻳﻄْ ِﻔﺊ اﻟْﻤﺎء اﻟﻨﱠﺎر‪ ،‬وﺻﻼَةُ اﻟﱠﺮﺟ ِﻞ ِﻣﻦ ﺟﻮ ِ‬ ‫ف اﻟﻠﱠْﻴ ِﻞ ﻗَ َﺎل‪ :‬ﰒُﱠ ﺗَﻼَ‬ ‫َ َ َ ُ ُ َُ َ ََ‬ ‫ُ ْ َْ‬ ‫ﺎﰱ ﺟﻨﻮﺑـﻬﻢ ﻋ ِﻦ اﻟْﻤ ِ‬ ‫ُﺧِﱪَُك‬ ‫}ﺗَـﺘَ َﺠ َ ُ ُ ُ ُ ْ َ َ َ‬ ‫ﻀﺎﺟ ِﻊ{‪َ ،‬ﺣ ﱠﱴ ﺑَـﻠَ َﻎ }ﻳَـ ْﻌ َﻤﻠُﻮ َن{ ‪ ,‬ﰒُﱠ ﻗَ َﺎل‪ :‬أَﻻَ أ ْ‬ ‫ﻮل ِ‬ ‫ﺑِﺮأْ ِس اﻷَﻣ ِﺮ ُﻛﻠِّ ِﻪ وﻋﻤ ِ‬ ‫ﻮد ِﻩ‪ ،‬وِذروِة ﺳﻨَ ِﺎﻣ ِ‬ ‫ْ‬ ‫س اﻷ َْﻣ ِﺮ‬ ‫أ‬ ‫ر‬ ‫‪:‬‬ ‫ﺎل‬ ‫ﻗ‬ ‫‪،‬‬ ‫ﷲ‬ ‫ﺳ‬ ‫ر‬ ‫ﻰ‬ ‫ﻠ‬ ‫ـ‬ ‫ﺑ‬ ‫‪:‬‬ ‫ﺖ‬ ‫ﻠ‬ ‫ـ‬ ‫ﻗ‬ ‫؟‬ ‫ﻪ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ُ‬ ‫ُ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ َُ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِِ ِ‬ ‫ﻚ‬ ‫ﻮدﻩُ اﻟ ﱠ‬ ‫ُﺧِﱪَُك ِﲟَﻼَ ِك َذﻟ َ‬ ‫ﺎد‪ ,‬ﰒُﱠ ﻗَ َﺎل‪ :‬أَﻻَ أ ْ‬ ‫ﺼﻼَةُ‪َ ،‬وذ ْرَوةُ َﺳﻨَﺎﻣﻪ اﳉ َﻬ ُ‬ ‫ا ِﻹ ْﺳﻼَ ُم‪َ ،‬و َﻋ ُﻤ ُ‬ ‫ُﻛﻠِّ ِﻪ؟ ﻗُـ ْﻠﺖ‪ :‬ﺑـﻠَﻰ ﻧَِ ِ‬ ‫ﱯ‬ ‫َﺧ َﺬ ﺑِﻠِ َﺴﺎﻧِِﻪ ﻗَ َﺎل‪ُ :‬ﻛ ﱠ‬ ‫ﻒ َﻋﻠَْﻴ َ‬ ‫ﺖ‪ َ :‬ﻧَِ ﱠ‬ ‫ُ َ َ ﱠ‬ ‫ﻚ َﻫ َﺬا‪ ،‬ﻓَـ ُﻘ ْﻠ ُ‬ ‫ﱯ ﷲ‪ ،‬ﻓَﺄ َ‬ ‫ِ‬ ‫ﱠﺎس‬ ‫ﻚ َ ُﻣ َﻌﺎذُ‪َ ،‬وَﻫ ْﻞ ﻳَ ُﻜ ﱡ‬ ‫ﻚ أُﱡﻣ َ‬ ‫اﺧ ُﺬو َن ِﲟَﺎ ﻧَـﺘَ َﻜﻠﱠ ُﻢ ﺑِِﻪ؟ ﻓَـ َﻘ َﺎل‪ :‬ﺛَ ِﻜﻠَْﺘ َ‬ ‫ﷲ‪َ ،‬وإِ ﱠ ﻟَ ُﻤ َﺆ َ‬ ‫ﺐ اﻟﻨ َ‬ ‫ِ ِ‬ ‫ِ‬ ‫ﺼﺎﺋِ ُﺪ أَﻟْ ِﺴﻨَﺘِ ِﻬ ْﻢ‪.‬‬ ‫ِﰲ اﻟﻨﱠﺎ ِر َﻋﻠَﻰ ُو ُﺟﻮﻫ ِﻬ ْﻢ أ َْو َﻋﻠَﻰ َﻣﻨَﺎﺧ ِﺮﻫ ْﻢ إِﻻﱠ َﺣ َ‬ ‫ِ‬ ‫ﻳﺚ ﺣﺴﻦ ِ‬ ‫ﻴﺢ‬ ‫َﻫ َﺬا َﺣﺪ ٌ َ َ ٌ َ‬ ‫ﺻﺤ ٌ‬ ‫"‬

‫)‪Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM‬‬

64 

TOPIK 4

"

HADIS AMALAN KE SYURGA

"

" Maksudnya:

„Dari MuÊaz bin Jabal r.a. berkata< Aku telah bermusafir bersama-sama Rasulullah SAW dan pada satu hari aku berada dekat dengan Baginda SAW dan kami berjalan bersama-sama maka aku telah bertanya kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah beritahulah kepadaku tentang satu amal yang dapat memasukkan ke dalam syurga dan menjauhkanku dari neraka. Nabi SAW menjawab: Engkau bertanya tentang perkara yang besar, namun sesungguhnya ia adalah mudah bagi orang yang dimudahkan Allah SWT. Sembahlah Allah dan janganlah menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun, kerjakanlah solat, keluarkanlah zakat, berpuasalah pada bulan Ramadan dan kerjakanlah ibadah haji ke Baitullah. Kemudian Baginda SAW bersabda: Inginkah engkau aku berikan petunjuk akan pintu-pintu kebaikan? Puasa itu adalah sebagai perisai, sedekah adalah amal yang menghapuskan kesalahan, sebagaimana air memadamkan api dan solatnya seseorang di tengah malam. Kemudian, Baginda SAW membaca ayat pada surah Sajadah ayat 16 hingga 17. Mereka merenggangkanku dari tempat tidur (sangat sedikit tidur kerana mengerjakan solat tahajud dan amal-amal soleh), mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut akan kemurkaanNya serta dengan perasaan ingin memperoleh lagi keredaan-Nya, dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian daripada apa-apa yang Kami beri kepada mereka. Maka, tidak ada seorang pun yang mengetahui satu persatu yang telah dirahsiakan untuk mereka (daripada segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan. Kemudian, Baginda bersabda: Mahukah engkau kalau aku beritahu tentang pokok amal, tiang dan puncaknya? Aku menjawab: Mahu, wahai Rasulullah. Rasulullah SAW bersabda: Pokok amal ialah Islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah jihad. Kemudian Baginda bersabda: Mahukah engkau aku beritahu kunci pada semua perkara itu? Aku menjawab: Mahu, wahai Rasulullah. Baginda lalu memegang lidahnya dan bersabda: Jagalah ini. Aku berkata: Wahai Nabi Allah, adakah kita dihisab atas apa yang kita katakan? Baginda bersabda: Semoga ibumu kehilanganmu! (ungkapan hairan). Bukankah tidak ada yang menjerumuskan orang ke dalam neraka melainkan hasil daripada ucapannya (yang berbentuk maksiat)?‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

4.1.2

HADIS AMALAN KE SYURGA



Pengertian Kalimah Utama

Pengertian kalimah utama dalam hadis ditunjukkan dalam Jadual 4.1. Jadual 4.1: Pengertian Kalimah Utama dalam Hadis Kalimah Utama

ْ ‫ﻳُ ْﺪ ِﺧﻠُِﲏ‬ َ‫اﳉَﻨﱠﺔ‬ ِ ‫ﻳـﺒ‬ ‫ﺎﻋ ُﺪِﱐ ِﻣ َﻦ اﻟﻨﱠﺎ ِر‬ َُ ‫ﺗَـ ْﻌﺒُ ُﺪ‬ ِ ‫أَﺑْـﻮ‬ ‫اﳋَِْﲑ‬ ْ ‫اب‬ َ ٌ‫ُﺟﻨﱠﺔ‬ ‫ﺗُﻄْ ِﻔ ُﺊ‬ ْ َ‫اﳋَ ِﻄﻴﺌَﺔ‬

ِ ‫ﺟﻮ‬ ‫ف اﻟﻠﱠْﻴ ِﻞ‬ َْ ‫ﺑَِﺮأْ ِس ْاﻷ َْﻣ ِﺮ‬ ِ ‫وﻋﻤ‬ ‫ﻮد ِﻩ‬ َُ َ ‫َوذُ ْرَوِة‬

ِْ ‫ﺎد‬ ُ ‫اﳉ َﻬ‬ "

Pengertian Sebab Allah SWT memasukkan aku ke syurga.

Yang menjauhkan aku daripada api neraka.

Mentauhidkan Allah SWT.

Jalan-jalan dan sebab untuk sampai kepada kebaikan.

Perisai dari neraka pada hari akhirat.

Menghapuskan.

Dosa-dosa kecil (yang tidak berkaitan dengan manusia).

Pada pertengahan malam.

Asas agama.

Tiang.

Puncak.

Berperang di jalan Allah SWT.

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

65

66 

TOPIK 4

"

HADIS AMALAN KE SYURGA

"

"

‫َﺳﻨَ ِﺎﻣ ِﻪ‬

ِ ‫ﻚ ُﻛﻠِّ ِﻪ‬ َ ‫ﲟِِ َﻼ ِك َذﻟ‬ ‫ﻒ‬ ‫ُﻛ ﱠ‬ ‫ﻚ‬ َ ‫ﻚ أُﱡﻣ‬ َ ‫ﺛَ ِﻜﻠَْﺘ‬ ِ َ‫ﻣﻨ‬ ‫ﺎﺧ ِﺮِﻫ ْﻢ‬ َ ‫ﺼﺎﺋِ ُﺪ أَﻟْ ِﺴﻨَﺘِ ِﻬ ْﻢ‬ َ ‫َﺣ‬ 4.1.3

Bahagian yang paling tinggi di belakang unta. Ia satu perumpamaan untuk menggambarkan puncak sesuatu. Perkara yang penting pada semua perkara tersebut.

Jagalah kamu (daripada bahaya lidah). Ibumu kehilanganmu. Ungkapan ini hanyalah kata-kata tanda hairan mengapa Muaz boleh tidak tahu bahawa lidah itu sangat bahaya. Ia bukanlah doa daripada Rasulullah SAW. Hidung-hidung mereka.

Hasil apa yang diucapkan

Tema Utama Hadis

Hadis ini mengumpulkan asas Islam yang utama. Ia membicarakan amalan yang perlu dilakukan oleh seorang Muslim, iaitu amalan yang menyelamatkannya daripada api neraka dan amalan yang menyebabkan dia dicintai dan dikasihi Allah SWT. Bermula dengan amalan yang tidak boleh ditinggalkan, amalan sunat dan seterusnya amaran supaya menjaga lidah daripada memperkatakan sesuatu yang diharamkan kerana ia boleh membawa seseorang kepada kehancuran, di dunia mahupun di akhirat.

4.1.4

Huraian Umum Hadis

Hadis ini merupakan penerangan tentang perkara asas agama dan amalan yang membolehkan kita memasuki syurga dan memelihara kita dari memasuki neraka. Empat perkara yang dimaksudkan tersebut ialah: (a)

Perkara yang memasukkan kita ke dalam syurga dan menyelamatkan daripada api neraka (amalan fardu);

(b)

Amal kebajikan (amalan sunat);

(c)

Puncak segala amalan; dan

(d)

Amaran supaya menjaga lidah. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

HADIS AMALAN KE SYURGA



67

Hadis ini sangat istimewa kerana mengumpulkan rukun Islam yang lima, puncak segala amalan dan tiangnya, dan bahayanya lidah sekiranya tidak dijaga. Secara umumnya, ia menyatakan bahawa perkara yang memasukkan seseorang ke dalam syurga tergolong dalam dua perkara, iaitu: (a)

Melakukan amalan yang fardu dan mendekatkan diri dengan amalan sunat. Amalan sunat yang utama ialah qiamullail; dan

(b)

Menjauhi perkara yang haram. Perkara utama yang perlu dijaga ialah lidah.

" SEMAK KENDIRI 4.1 1.

Nyatakan syarat untuk memasuki syurga.

2.

Bacakan semula ayat al-Quran yang dibacakan oleh Rasulullah SAW dalam hadis ini.

4.1.5

Perkara yang Memasukkan ke dalam Syurga dan Menjauhkan dari Neraka

Soalan MuÊaz kepada Baginda SAW menggambarkan betapa MuÊaz mengambil berat tentang amal soleh dan ingin mengetahuinya terus daripada Rasulullah SAW. Beliau tidak melepaskan peluang untuk bertanya walaupun ketika itu beliau sedang bermusafir bersama Baginda SAW. Pertanyaannya juga menunjukkan kefasihan dan keindahan bahasanya yang beliau bertanyakan soalan yang ringkas dan mendalam maksudnya. Masuk syurga dan terselamat dari neraka ialah dua perkara yang sangat besar dan diperlukan oleh manusia. Oleh sebab dua perkara itulah al-Quran diturunkan dan rasul-rasul diutus. Baginda SAW memuji beliau disebabkan itu juga, dengan berkata, „Sesungguhnya kamu telah bertanya tentang satu perkara yang besar.‰ Lima perkara yang disebut oleh Nabi SAW tersebut merupakan rukun agama yang di situlah berdirinya Islam, iaitu mentauhidkan Allah SWT dan menunaikan amalan fardu seperti solat, puasa, zakat dan haji yang juga amal soleh. Perkara tersebut akan membuatkan kita masuk ke syurga.

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

68 

TOPIK 4

"

HADIS AMALAN KE SYURGA

"

" Namun begitu, Nabi ada menyatakan bahawa sebab kita masuk ke dalam syurga hakikatnya adalah dengan kasih-Nya, ihsan-Nya dan rahmat-Nya. Ia jelas dalam sabda Baginda SAW:

ِ‫ﻮل ﱠ‬ ‫ َوﻻَ أَ َ إِﻻﱠ أَ ْن‬: ‫اﻪﻠﻟ ﻗَ َﺎل‬ ْ ‫ﻓَِﺈﻧﱠﻪُ ﻟَ ْﻦ ﻳُ ْﺪ ِﺧ َﻞ‬ َ ‫ﺖ َ َر ُﺳ‬ َ ْ‫ ﻗَﺎﻟُﻮا َوﻻَ أَﻧ‬. ُ‫َﺣ ًﺪا َﻋ َﻤﻠُﻪ‬ َ ‫اﳉَﻨﱠﺔَ أ‬ ِ‫ﺐ اﻟْﻌﻤ ِﻞ إِ َﱃ ﱠ‬ ٍ ِ ِ ‫ﻳـﺘَـﻐَ ﱠﻤ َﺪِﱏ ﱠ‬ ‫اﻪﻠﻟ أ َْد َوُﻣﻪُ َوإِ ْن ﻗَ ﱠﻞ‬ َ ‫اﻪﻠﻟُ ﻣْﻨﻪُ ﺑَﺮ ْﲪَﺔ َو ْاﻋﻠَ ُﻤﻮا أَ ﱠن أ‬ َ َ َ ‫َﺣ ﱠ‬ َ Maksudnya:

„Sesungguhnya seseorang itu tidak akan masuk syurga dengan amalannya semata-mata. Para sahabat bertanya: Walaupun kamu, wahai Rasulullah? Sabda Baginda: Walaupun aku, melainkan Allah mencurahkan rahmat ke atasku dan ketahuilah sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah adalah yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit.‰ (Muslim, Kitab Sifat Kiamat, Syura dan Neraka, Bab Tidak Akan Masuk Seseorang ke dalam Syurga Melainkan dengan Rahmat Allah, hadis 7300) Hadis ini menjelaskan bahawa amalan semata-mata tidak melayakkan seseorang itu mendapat syurga tetapi amalan itu mestilah diterima Allah SWT. Baginda SAW juga menegaskan bahawa apa-apa yang ditanya oleh MuÊaz ialah suatu perkara yang besar. Namun begitu, mudah bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah SWT dan yang diberi taufik oleh-Nya. Untuk mendapat taufik Allah SWT, Nabi Muhammad SAW mengajarkan kita sebuah doa untuk kita bacakan:

‫َو ْاﻫ ِﺪِﱐ َوﻳَ ِّﺴ ِﺮ ا ْﳍَُﺪى ِﱄ‬ Maksudnya:

„Dan tunjukkanlah aku dan mudahkanlah petunjuk bagiku.‰ (Al-Tirmizi, hadis Hasan Sahih, Bab Doa Nabi SAW, hadis 3557) Dalam kitab JamiÊ Ulum wa al-Hikam, Ibnu Hajar menyatakan Ibnu ÂUmar selalu berdoa:

‫ َو َﺟﻨِّْﺒ ِﲏ اﻟْﻌُ ْﺴَﺮى‬،‫اﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ ﻳَ ِّﺴ ْﺮِﱐ ﻟِْﻠﻴُ ْﺴَﺮى‬ Maksudnya:

„Ya Allah, mudahkan untukku kemudahan dan jauhkan daripadaku sebarang kepayahan.‰ Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

4.1.6

HADIS AMALAN KE SYURGA



69

Amalan Kebajikan

Nabi Muhammad SAW menyarankan MuÊaz supaya memperbanyakkan amalan sunat selepas menyelesaikan amalan fardu dengan sempurna untuk mendapatkan kasih sayang Allah SWT. Perkara ini dinyatakan dalam hadis kudsi berikut. Sabda Baginda SAW: Allah SWT berfirman:

ِ َ ِ‫ﺐ إ‬ ٍ ِ ِ َ ِ‫وﻣﺎ ﺗـ َﻘﱠﺮب إ‬ ‫ َوَﻣﺎ ﻳَـَﺰ ُال َﻋْﺒ ِﺪي‬، ‫ﺖ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ‬ ‫َﺣ ﱠ ﱠ‬ ‫ََ َ َ ﱠ‬ ْ ‫ﱄ ﳑﱠﺎ اﻓْـﺘَـَﺮ‬ ُ‫ﺿ‬ َ ‫ﱄ َﻋْﺒﺪي ﺑ َﺸ ْﻲء أ‬ ِ ‫ﻳـﺘـ َﻘﱠﺮب إِ َﱠ‬ ِ ُ‫ﱄ ِ ﻟﻨـ َﱠﻮاﻓ ِﻞ َﺣ ﱠﱴ أُﺣﺒﱠﻪ‬ ُ ََ Maksudnya:

„Tidaklah hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan suatu amal yang lebih-Ku sukai, iaitu dengan mengerjakan amal-amal yang Aku wajibkan kepadanya. Hamba-Ku sentiasa mendekatkan diri kepada Aku dengan amalanamalan yang sunat hingga Aku mencintainya.‰ (Al-Bukhari, Kitab al-Riqaq, hadis 6050) Antara amalan kebajikan yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam hadis ini ialah: (a)

Puasa Baginda SAW menyifatkan puasa sebagai perisai dan puasa yang dimaksudkan di sini ialah puasa sunat dan bukannya puasa Ramadan. Puasa ini bertindak sebagai perisai daripada api neraka pada hari kiamat kelak. Ia menjadi perisai bagi seorang Muslim kerana dia telah menahan dirinya daripada syahwat semasa di dunia semata-mata kerana mentaati Allah SWT. Kekuatannya dalam menahan diri akan melemahkan nafsu syahwat. Maka, jadilah puasanya yang menambah ketakwaan, kesucian dan bersih daripada dosa. Seterusnya, menjadi perisai buat tuannya daripada api neraka pada hari akhirat kelak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

70 

TOPIK 4

"

HADIS AMALAN KE SYURGA

"

" Dalam hadis lain, ÂUthman bin Abi al-As meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

ِ ِ ِ ‫َﺣ ِﺪ ُﻛ ْﻢ ِﻣ َﻦ اﻟْ ِﻘﺘَ ِﺎل‬ ّ َ ‫اﻟﺼﻴَ ُﺎم ُﺟﻨﱠﺔٌ ﻣ َﻦ اﻟﻨﱠﺎ ِر َﻛ ُﺠﻨﱠﺔ أ‬ Maksudnya:

„Puasa ialah perisai dari neraka seperti perisai kamu daripada serangan musuh dalam peperangan.‰ (Ahmad, Musnadal-Madaniyyin, Hadis ÂUthman bin Abi al-As, no. 16317) (b)

Sedekah Sedekah yang dimaksudkan adalah sama ada sedekah secara terangterangan mahupun sembunyi. Sebagaimana Allah SWT nyatakan dalam firman-Nya melalui surah al-Baqarah, ayat 271:

َ َ َّ ْ ۡ ُ َ ُ ُۡ َ َ ُُۡ ٞ‫وها ٱ ۡل ُف َق َرا ٓ َء َف ُه َو َخ ۡي‬ َ ِ ‫ت فَنِعِ َّما‬ ‫ه ۖ ن تفوها وتؤت‬ ِ ٰ ‫إِن تب ُدوا ٱلصدق‬ َّ َ َ ُ َ ُ َ ّ َ ّ ُ َ ُ ّ َ ُ َ ۡ ُ َّ ٢٧١ ٞ‫يات ِك ۡمۗ َوٱ ُ ب ِ َما ت ۡع َملون خبِي‬ ٔ ِ ‫لك ۚم ويك ِفر عنكم مِن س‬ Maksudnya:

„Kalau kamu menzahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orangorang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan daripada kamu sebahagian daripada kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apaapa yang kamu lakukan.‰ Allah SWT mengatakan bahawa Dia akan menghapuskan dosa mereka yang menghulurkan sedekah-sedekah ini sama ada secara terang-terangan atau sembunyi. Manakala, kesalahan dan dosa yang dihapuskannya ialah dosa kecil yang berkaitan dengan hak Allah SWT. Dosa besar hanya terhapus dengan taubat. Dosa dengan manusia pula hanya akan terhapus dengan keredaan manusia itu sendiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

(c)

HADIS AMALAN KE SYURGA



71

Solat pada Malam Hari Solat yang dimaksudkan adalah pada solat Tahajud. Solat tahajud ialah solat yang didirikan selepas terjaga daripada tidur pada malam hari. Kelebihan solat pada malam hari banyak dinyatakan dalam al-Quran dan hadis. Antaranya jelas dinyatakan oleh Rasullulah SAW yang Baginda SAW membacakan ayat daripada surah as-Sajadah, ayat 16 hingga 17:

ۡ ٗ َ َ َ َ ۡ َ ۡ ُ ُ ُ ُ َٰ َ َ َ ‫جعِ يَ ۡد ُعون َر َّب ُه ۡم خ ۡوفا َو َط َم ٗعا َوم َِّما َر َزق َنٰ ُه ۡم‬ ‫ا‬ ‫ض‬ ِ ‫تتجاف جنوبهم ع ِن ٱلم‬ ْ ُ َ َ ۢ َ ٓ َ َ ُ ۡ َ َّ ُ ّ ُ َ ۡ ُ ٓ َّ ٞ ۡ َ ُ َ ۡ َ َ َ َ ُ ُ َ ِ ‫ ف تعلم نفس ما أخ‬١٦ ‫ون‬ ‫ي جزاء بِما كنوا‬ ‫ينفِق‬ ٖ ‫ف لهم مِن قرة ِ أع‬ َ ُ ١٧ ‫َي ۡع َملون‬ Maksudnya:

„Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperoleh lagi (keredaan-Nya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian daripada apa-apa yang kami beri kepada mereka. Maka, tidak ada seorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (daripada segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.‰ Dua ayat ini menunjukkan mereka yang berjaga untuk mengerjakan solat malam di samping berdoa supaya dijauhkan daripada kemurkaan-Nya dan mengharapkan keredaan-Nya akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT yang Allah SWT sifatkan sebagai amat indah dan menggembirakan mereka. Nabi SAW juga bersabda:

ِ ‫ﺼ َﻼةُ ِﰲ ﺟﻮ‬ ‫ف اﻟﻠﱠْﻴ ِﻞ‬ ‫ﺼ َﻼ ِة اﻟْ َﻤ ْﻜﺘُﻮﺑَِﺔ اﻟ ﱠ‬ ‫ﺼ َﻼ ِة ﺑَـ ْﻌ َﺪ اﻟ ﱠ‬ ‫ﻀ ُﻞ اﻟ ﱠ‬ َ ْ‫"أَﻓ‬ َْ Maksudnya:

„Solat yang paling afdal selepas solat fardu ialah solat pada tengah malam.‰ (Muslim, Kitab al-Siyam, no. 1990)

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

72 

TOPIK 4

"

HADIS AMALAN KE SYURGA

"

" Pada waktu manakah solat tahajud seharusnya didirikan? Baginda SAW menyebut waktu yang paling baik untuk bertahajud ialah waktu tengah malam. Dalam hadis ini, Nabi Muhammad SAW menyebut, „Dan solat seorang lelaki yang didirikan pada tengah malam.‰ Dalam hadis riwayat ÂAmr bin ÂAbasah r.a., beliau mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda:

ِ ِ ِ ِ ‫أَﻗْـﺮب ﻣﺎ ﻳ ُﻜﻮ ُن اﻟﱠﺮ ﱡ‬ ِ ‫ﺖ أَ ْن‬ َ ‫اﺳﺘَﻄَ ْﻌ‬ ْ ‫ ﻓَِﺈن‬، ‫ب ﻣ َﻦ اﻟْ َﻌْﺒﺪ ِﰲ َﺟ ْﻮف اﻟﻠﱠْﻴ ِﻞ ْاﻵﺧ ِﺮ‬ َ َ َُ ‫ﺎﻋ ِﺔ ﻓَ ُﻜ ْﻦ‬ ‫ﺗَ ُﻜﻮ َن ِﳑ ْﱠﻦ ﻳَ ْﺬ ُﻛ ُﺮ ﱠ‬ َ ‫اﻪﻠﻟَ ِﰲ ﺗِْﻠ‬ َ ‫ﻚ اﻟ ﱠﺴ‬ Maksudnya:

„Waktu yang paling hampir dengan seseorang hamba adalah pada pertengahan malam yang akhir. Jika kamu mampu menjadi dalam kalangan orang-orang yang mengingati Allah pada saat itu, maka jadilah dalam kalangan mereka.‰ (Al-Tirmizi, Kitab al-DaÊawat, no. 3534) Hadis ini menyebut pertengahan malam yang akhir, iaitu pada pertengahan separuh malam yang kedua. Nabi SAW juga mengatakan Allah SWT turun pada waktu ini. ÂAmr bin ÂAbasah telah bertanya kepada Rasulullah SAW adakah terdapat satu masa yang lebih baik daripada masa ini? Baginda SAW pun bersabda:

ِ ِ ‫ف اﻟﻠﱠﻴ ِﻞ‬ ِ ‫ إِﻻ َﻣﺎ َﻛﺎ َن ِﻣ َﻦ‬، ‫ ﻓَـﻴَـ ْﻐ ِﻔ ُﺮ‬، ‫اﻵﺧ ِﺮ‬ ْ ‫ا ﱠن ﷲ ﻋﺰ و ﺟﻞ ﻳَـﺘَ َﺪ ﱠﱃ ﻣ ْﻦ َﺟ ْﻮ‬ ‫اﻟﺸ ْﺮِك‬ ِّ

Maksudnya:

„Sesungguhnya Allah turun pada pertengahan malam yang akhir lalu mengampunkan segala dosa kecuali syirik.‰ (Ahmad, Musnadal-Kuffiyyin, Hadis ÂAmr bin ÂAbasah, no. 19452) Maka seharusnya kita tidak mensia-siakan peluang yang Allah SWT berikan ini dan sanggup bersusah-susah sedikit untuk mendapat ganjaran yang sangat besar ini.

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

HADIS AMALAN KE SYURGA



73

AKTIVITI 4.1 1.

Bentangkan kepada rakan anda, syarat-syarat seorang Muslim mendapat syurga Allah SWT dan seterusnya dikasihi dan disayangi Allah SWT.

2.

Pada pandangan anda, mengapakah Allah menjanjikan kasih sayangnya kepada mana-mana hamba-Nya yang melakukan antara perkara yang telah dibincangkan tadi? Bincangkan dalam forum myINSPIRE.

4.1.7

Asas, Tiang dan Puncak bagi Segala Urusan Agama

Nabi Muhammad SAW seolah-olah nampak kecintaan sahabatnya MuÊaz untuk mendapatkan sesuatu daripada ilmu pengetahuan Baginda SAW. Maka, Nabi Muhammad SAW pun memberikannya pengetahuan yang jelas menerusi cara perumpamaan dan permisalan. Nabi Muhammad SAW memberikan kepadanya ilmu yang baharu itu selepas bertanyakan soalan, „Mahukah kamu jika aku khabarkan⁄‰ Kaedah bertanya yang digunakan oleh Baginda SAW ini merupakan teknik pendidikan yang berkesan untuk menarik perhatian dan minat pendengar dan supaya mereka tertunggu-tunggu jawapan daripada soalan tersebut. Ilmu pengetahuan yang dimaksudkan ialah: (a)

Pokok dan Asas Segala Urusan dan Perkara ialah Islam Maksud kata-kata Rasulullah SAW ini ialah mengucap dua kalimah syahadah, iaitu mengakui keesaan Allah SWT dan kerasulan Nabi Muhammad SAW, merupakan pokok segala perkara. Dua syahadah menjadi syarat setiap amalan diterima oleh Allah SWT. Tanpa dua syahadah ini, amalan manusia sia-sia sahaja kerana itulah ia menjadi pokok dan asas kepada semua urusan.

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

74 

TOPIK 4

HADIS AMALAN KE SYURGA

"

"

" (b)

Tiangnya ialah Solat Solat menandakan seseorang beragama Islam. Seperti khemah berdiri pada tiangnya. Tiada tiang, tidak terdirilah khemah. Seperti tiang menjadi syarat utama mendirikan rumah, begitulah solat. Ia rukun utama yang perlu dilaksanakan bagi mereka yang mengaku Islam.

(c)

Puncak Segala Amalan ialah Jihad Perkara tertinggi dalam Islam ialah jihad. Kalimah Allah SWT dikenali melalui jihad, Islam semakin jelas, dikenali dan melebihi daripada agama lain. Seseorang Islam juga wajib berjihad apabila negaranya diserang musuh. Orang yang berjihad ialah mereka yang sanggup mengorbankan dirinya dan masanya semata-mata untuk mempertahankan Islam. Jihad dalam erti jihad peperangan menentang musuh mempunyai disiplin dan peraturan tersendiri yang digariskan oleh Islam. Ia wajib difahami dan dipatuhi agar tuntutan jihad yang suci ini tidak dicemari dengan tindakan yang bukan daripada ajaran Islam. Jihad mesti didasari dengan ilmu yang betul. Bukan semangat semata-mata. Baginda SAW menyatakan dalam sabdanya dalam riwayat Abu Zar ketika Abu Zar bertanya kepada Rasulullah SAW:

ِ ِ ‫ﺎد ِﰲ َﺳﺒِﻴﻠِ ِﻪ‬ ‫أَ ﱡ‬ ٌ ‫ إِﳝَﺎ ٌن ِ ﱠﻪﻠﻟ َوﺟ َﻬ‬: ‫ﻀ ُﻞ ؟ ﻗَ َﺎل‬ َ ْ‫ي اﻟْ َﻌ َﻤ ِﻞ أَﻓ‬ Maksudnya:

„ÂWahai Rasulullah, amalan manakah yang paling baik?‰ Baginda bersabda,ÂBeriman kepada Allah dan berjihad di jalan-Nya.ʉ (Al-Bukhari, Kitab al-ÂItq, no. 2347)

" AKTIVITI 4.2 Bincangkan bersama rakan-rakan kamu kepentingan solat bagi seorang Muslim.

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

4.1.8

HADIS AMALAN KE SYURGA



75

Memelihara Lidah

Dalam hadis ini, Rasul SAW menyatakan kepada Muaz bahawa lidah ialah kunci kepada segala perkara. Apakah maksud Baginda SAW? Daripada kalam Baginda SAW ini dapatlah kita faham bahawa menjaga, mengawal dan memelihara lidah adalah asas kepada segala kebaikan. Sesiapa yang dapat mengawal lidahnya akan dapat mengawal, mengukuh dan menjaga agamanya. Raja segala perkara ialah menjaga lidah. Kepentingan menjaga lidah jelas dalam hadis Baginda SAW:

„Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari Kiamat hendaklah ia mengeluarkan perkataan yang baik atau ia senyap. Sesungguhnya tiap manusia menanam tanaman di dunia dengan perkataannya dan amalannya sama ada baik atau buruk. Ia kemudiannya akan menuai hasil pertuturannya di dunia, pada hari kiamat kelak. Sesiapa yang menanam kebaikan sama ada berbentuk perkataan atau perbuatan, dia akan menuai kemuliaan. Sementara sesiapa yang menanam kejahatan sama ada perkataan atau perbuatan, maka dia akan menuai penyesalan pada hari kemudian.‰ Muaz seakan tidak percaya bahawa dengan menjaga lidah seseorang boleh masuk ke dalam syurga sehingga beliau mengulangi pertanyaannya sebanyak dua kali. Lantas, Baginda SAW menjawab, „Semoga ibumu kehilangan kamu.‰ Bukanlah bermaksud Nabi SAW mendoakan agar ibu Muaz kehilangan Muaz akan tetapi dia adalah bermaksud untuk menunjukkan rasa hairan terhadap kelalaian Muaz dengan perkara seumpama itu.

4.1.9

Dosa Lidah

Daripada hadis Muaz, jelas menunjukkan bahawa akibat tidak menjaga lidah, kita akan dihumban ke dalam neraka. Antara dosa yang dilakukan oleh lidah ialah: (a)

Dosa syirik, iaitu dosa yang paling besar di sisi Allah SWT;

(b)

Bercakap tentang Allah SWT tanpa ilmu. Perbuatan ini bergandingan dengan syirik;

(c)

Bersaksi secara dusta;

(d)

Perbuatan sihir dan menuduh orang berzina tanpa sebarang bukti yang sah;

(e)

Dosa besar dan kecil yang lain seperti berdusta, mengumpat dan mengadu domba; dan

(f)

Maksiat lain yang berbentuk perbuatan yang pada kebiasaannya disertai oleh kata-kata yang membantu pelaksanaannya. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

76 

TOPIK 4

"

HADIS AMALAN KE SYURGA

"

" Dalam hadis lain daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda:

ِ ِ ِ ِ ‫ﲔ اﻟْﻤ ْﺸ ِﺮِق واﻟْﻤ ْﻐ ِﺮ‬ ِ ِ ِ ِ ‫ب‬ َ َ َ َ ْ ‫إ ﱠن اﻟْ َﻌْﺒ َﺪ ﻟَﻴَـﺘَ َﻜﻠﱠ ُﻢ ﻟْ َﻜﻠ َﻤﺔ ﻳَـْﻨ ِﺰُل َﺎ ﰱ اﻟﻨﱠﺎر أَﺑْـ َﻌ َﺪ َﻣﺎ ﺑَـ‬ Maksudnya:

„Sesungguhnya seorang lelaki bercakap dengan suatu kalimah tanpa dia memikirkan keburukan dan kesannya. Kerana kalimah itu, dia tergelincir ke dalam neraka sejauh jarak di antara timur dan barat.‰ (Muslim, Kitab al-Zuhud wa al-Raqaiq, no. 7674) Sekarang, mari kita lihat Rajah 4.1 yang menjelaskan amalan yang membawa ke syurga berdasarkan hadis tadi.

Rajah 4.1: Amalan yang membawa ke syurga

" AKTIVITI 4.3 Bincangkan bersama rakan-rakan anda kesan dan akibat tidak menjaga lidah terhadap ketenteraman sesebuah masyarakat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

HADIS AMALAN KE SYURGA



77

PRINSIP ASAS PENDIDIKAN DALAM HADIS

4.2

Hadis yang dibincangkan dalam topik ini memberikan kepada kita beberapa prinsip asas pendidikan yang digunakan oleh Baginda SAW. Prinsip tersebut ialah: (a)

Rasulullah SAW menggunakan pelbagai teknik untuk menarik perhatian MuÊaz. Ia berlaku pada beberapa situasi. (i)

Berbentuk pertanyaan seperti „Mahukah kamu jika aku khabarkan kepadamu....‰;

(ii)

Ketika Baginda menyatakan, „Sesungguhnya kamu telah bertanya tentang sesuatu yang besar‰; dan

(iii) Ketika Baginda SAW menyatakan, „Sesungguhnya ia adalah mudah...‰. (b)

Ketika memperkatakan tentang bahaya lidah, Baginda SAW telah menunjukkan lidah Baginda SAW sendiri agar lekat pada ingatan MuÊaz tentang lidah dan bahayanya. Pada ketika ini, Nabi Muhammad SAW telah menghimpunkan antara percakapan dan isyarat atau dengan lain perkataan, teknik bahasa tubuh (body language). Baginda SAW menggunakan kaedah ini supaya apa yang diperkatakan kekal dalam ingatan. Nabi Muhammad SAW tidak menghampakan MuÊaz apabila Baginda SAW menjawab soalan yang diajukan kepadanya walaupun sedang bermusafir. Baginda SAW bukan setakat menjawab soalannya bahkan menambah lagi maklumat apabila mendapati MuÊaz begitu berminat terhadap apa-pa yang diberikan. Sikap Baginda SAW ini menunjukkan bahawa seorang mualim ataupun guru seharusnya sedaya upaya menjawab persoalan yang diajukan oleh muridnya dan menambah maklumat apabila muridnya menunjukkan minat yang tinggi terhadap ilmu yang diberi.

" AKTIVITI 4.4 Bincangkan bersama rakan anda, teknik pengajaran lain yang mungkin boleh didapati daripada hadis ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

78 

TOPIK 4

"

HADIS AMALAN KE SYURGA

"

"

4.3

PENGAJARAN HADIS DALAM KONTEKS SEMASA

Pengajaran yang boleh kita dapati daripada hadis untuk kita hubungkan dengan konteks semasa ialah: (a)

Setiap Muslim seharusnya mempunyai semangat yang tinggi untuk menuntut ilmu. Kita juga mesti tahu perkara yang akan menyelamatkan kita daripada keburukan, kebinasaan, dosa dan seumpamanya untuk kita mendapat kebaikan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Demikianlah kesungguhan yang ditunjukkan oleh para sahabat r.a.

(b)

Nabi SAW menyatakan bahawa masuk ke syurga dan terselamat daripada api neraka adalah merupakan perkara yang sangat besar dan penting. Namun, kebanyakan manusia tidak mengambil berat tentang hal ini. Mereka tidak merasakan bahawa ia perkara utama untuk difikirkan. Manusia lebih memikirkan cara untuk mendapat kejayaan di dunia. Mereka sibuk untuk memikirkan cara hendak naik pangkat, menjadi lebih kaya, menjadi terkenal dan sebagainya. Mereka lebih mengejar habuan dunia berbanding kebahagiaan akhirat. Mereka lebih takut kepada cercaan manusia dan kemiskinan di dunia berbanding kemurkaan Allah SWT dan kesengsaraan di akhirat.

(c)

Masuk ke syurga merupakan rahmat dan kurniaan Allah SWT. Antara rahmat Allah SWT juga ialah Allah SWT menyediakan jalan untuk masuk ke syurga, iaitu dengan melakukan amal soleh. Malah, Allah SWT juga memudahkan mereka yang melakukan amal soleh ini untuk terus mendapat petunjuk daripada Allah SWT dan seterusnya memudahkannya untuk masuk ke syurga.

(d)

Nabi Muhammad SAW menggalakkan umatnya supaya menyebarkan kebaikan, menerangkan jalan untuk mendapat petunjuk dan membawa manusia kepada kebahagiaan hakiki di dunia dan di akhirat.

(e)

Kebahagiaan sesebuah masyarakat dan kebahagiaan seseorang tidak akan didapati melainkan kesemuanya berada dalam ketaatan kepada Allah SWT; berpegang pada tuntutan syarak-Nya, iaitu solat, puasa, zakat dan haji, dan menjaga lidahnya.

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

HADIS AMALAN KE SYURGA



79

(f)

Setiap perkara yang disyariatkan Allah SWT dan yang difardukan hakikatnya ialah perisai buat kita. Sekiranya kesemua perkara itu dilakukan dengan sempurna dan ditambah pula dengan amalan soleh, maka akan terselamatlah kita daripada api neraka di akhirat kelak dengan izin Allah SWT.

(g)

Kebaikan dan fadilat yang didapati daripada rukun Islam yang difardukan ke atas kita bukanlah hanya diperoleh oleh individu yang melakukannya sahaja. Bahkan hakikatnya, kelebihannya dapat dirasakan oleh seluruh ahli masyarakat.

(h)

Setiap rukun itu saling melengkapkan antara satu sama lain. Ibadah solat ialah rukun yang menghubungkan dengan Allah SWT, melatih jiwa untuk menghambakan diri pada-Nya seterusnya merupakan tiang agama. Tanpanya tiadalah agama.

(i)

Zakat pula ialah gambaran kepada rasa belas kasihan dan menyebarkan rasa kasih sayang ke dalam kalangan manusia. Puasa dan haji pula ialah mujahadah melawan hawa nafsu. Mengorbankan kerehatan dan harta hanya kerana Allah SWT. Jihad pula ialah pengorbanan jiwa, masa dan harta semata-mata untuk memartabatkan agama Islam menjaga keharmonian sesebuah masyarakat Islam. Menjaga lisan dan mencegahnya daripada bercakap sesuatu yang tidak perlu adalah juga bentuk penjagaan kesejahteraan dalam masyarakat.



Para sahabat Nabi Muhammad SAW sentiasa meminta pengajaran dan nasihat daripada Nabi SAW.



Mendapat syurga Allah SWT dan terhindar dari neraka adalah perkara besar yang kerana itulah Allah SWT mengutus para rasul dan menurunkan kitabkitab.



Hadis ini menunjukkan bahawa menunaikan lima perkara fardu ialah perkara pertama yang perlu dilakukan oleh seorang hamba. Ia juga sebab seseorang hamba itu dimasukkan ke dalam syurga dan yang menghindarkannya daripada api neraka.



Taufik dan mudah untuk melakukan kebaikan adalah semuanya di tangan Allah SWT. Perkara tersebut tidak mudah melainkan jika Allah SWT mudahkan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

80 

TOPIK 4

"

HADIS AMALAN KE SYURGA

"

" 

Amalan sunat yang paling afdal adalah bangun malam untuk menunaikan solat dan diikuti dengan bersedekah.



Waktu yang paling afdal untuk bertahajud ialah separuh malam yang kedua yang pada waktu ini, Allah SWT turun untuk memperkenankan doa hambaNya.



Amalan yang paling afdal selepas rukun Islam ialah berjihad di jalan Allah SWT.



Jihad dianggap amalan mulia kerana dengannya Islam terpelihara dan kalimah Allah SWT tertegak di muka bumi.



Menjaga lidah ialah punca segala kebaikan. Sesiapa yang berjaya menjaga lidahnya sesungguhnya dia telah berjaya menjaga segala urusannya.



Lidah ialah anggota yang perlu dijaga. Dengannya si pelaku akan dibalas mengikut apa yang dia tuturkan.



Sebab yang paling banyak menyebabkan seseorang masuk ke neraka ialah lidahnya.

Asas agama

Puncak agama

Menjaga lidah

Rukun iman

Neraka

Syurga

Pintu-pintu kebaikan

Tiang agama

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

HADIS AMALAN KE SYURGA



81

Abd al-Wahhab Rasyid Salih. (1995). Syarhal-arbaÊinal-nawawiyyah fi thawb jadid. Damsyik, Syria: Wizarahal-Awqaf. Abdul Fattah Abu Ghuddah. (2009). 40 teknik Rasulullah mengajar: Syuhadak mahmud (Terj.). Seremban, Malaysia: Al-Azhar Media. Ali. (1998). Khulasahal-Kalam fi al-ahadithallatialayha madar al-Islam. Damsyik, Syria: Dar al-Qalam. Al-Islamweb. (2013). Al-Islamweb.net. Dicapai dari www.al-islamweb.net Mustafa Al-Bugha, & Misto Muhyiddin. (1987). Al-Wafifi syarhal-arbaÊinalnawawiyyah. Beirut, Lebanon: Dar Ibn Kathir. Hadith Encyclopedia. (t. t.). Dicapai dari http://www.dorar.net Harf

Information Technology. http://hadith.al-islam.com

(2013).

Hadith

al-Islam.

Dicapai

dari

Ibnu Rejab al-Hambali,. (1989). JamiÊ ulum wa al-hikam. Kaherah, Mesir: Dar al-Kalimahal-Tayyibah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik



5 "

Hadis Solat Berjemaah di Masjid Lambang Keimanan"

HASIL PEMBELAJARAN

"

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Mendefinisikan beberapa kalimah hadis;

2.

Menghuraikan hadis secara umum;

3.

Menjelaskan kelebihan solat berjemaah; dan

60

Membincangkan kelebihan solat berjemaah di masjid."

 PENGENALAN Hadis dalam topik ini akan membincangkan kelebihan mendirikan solat jemaah di masjid. Hadis ini akan turut mengupas kelebihan solat secara berjemaah dan kepentingannya dalam kehidupan bermasyarakat dan peringatan yang diberi oleh Rasulullah SAW terhadap mereka yang sengaja meninggalkan solat berjemaah di masjid.

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

5.1

HADIS SOLAT BERJEMAAH DI MASJID LAMBANG KEIMANAN



83

HADIS DAN HURAIANNYA

Sesungguhnya Allah SWT mencipta kita dan juga makhluk lain dengan tujuan beribadah. Antara ibadah yang diwajibkan ke atas hamba-Nya ialah solat lima waktu sehari semalam. Solat lima waktu ini ditekankan ke atas lelaki supaya melaksanakannya di masjid secara berjemaah. Baginda SAW menerangkan bahawa bagi yang melakukan solat secara berjemaah, banyak ganjaran yang Allah SWT akan berikan apatah lagi kiranya dilakukan di masjid. Malah, Rasulullah SAW sendiri memberi peringatan yang keras terhadap mereka yang mengambil remeh tentang perkara ini. Untuk lebih mendalami kelebihan solat berjemaah di masjid dan cara Allah SWT memperakui ketinggian iman hamba-Nya yang sering berulang-alik ke masjid, mari kita sama-sama teruskan pembacaan di bawah tajuk ini.

5.1.1

Lafaz Hadis dan Terjemahannya

Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari (no. 647), Muslim (no. 649 [272]), Al-Tirmidzi (no. 603), Ibnu Majah (no. 281) dan Abu Dawud (no. 471): Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ِ ‫"ﺻﻼَةُ اﻟﱠﺮﺟ ِﻞ ِﰲ اﳉﻤ‬ ‫ ﲬَْ ًﺴﺎ‬،‫ َوِﰲ ُﺳﻮﻗِ ِﻪ‬،‫ﺻﻼَﺗِِﻪ ِﰲ ﺑـَْﻴﺘِ ِﻪ‬ َ ُ‫ﺎﻋﺔ ﺗ‬ ُ ‫ﻀ ﱠﻌ‬ َ ََ َ ‫ﻒ َﻋﻠَﻰ‬ َ ُ ِ‫ و َذﻟ‬،‫و ِﻋ ْﺸ ِﺮﻳﻦ ِﺿﻌ ًﻔﺎ‬ ِ‫ إ‬:ُ‫ﻚ أَﻧﱠﻪ‬ َ ،‫ ﰒُﱠ َﺧَﺮ َج إِ َﱃ اﳌ ْﺴ ِﺠ ِﺪ‬،َ‫ﺿﻮء‬ ‫ﻦ‬ ‫ﺴ‬ ‫َﺣ‬ ‫ﺄ‬ ‫ﻓ‬ ، ‫ﺄ‬ ‫ﺿ‬ ‫ﻮ‬ ‫ـ‬ ‫ﺗ‬ ‫ا‬ ‫ذ‬ ‫ﱠ‬ َ َ َ َ ُ ‫اﻟﻮ‬ ْ َ ْ َ َ ُ ََ َ َ ِ ‫ َو ُﺣ ﱠ‬،ٌ‫ﺖ ﻟَﻪُ َِﺎ َد َر َﺟﺔ‬ ‫ﻂ َﻋْﻨﻪُ َِﺎ‬ ُ ْ‫ َﱂْ َﳜ‬،ُ‫ﺼﻼَة‬ ‫ﻻَ ُﳜْ ِﺮ ُﺟﻪُ إِﱠﻻ اﻟ ﱠ‬ ْ ‫ إِﱠﻻ ُرﻓ َﻌ‬،‫ﻂ َﺧﻄْ َﻮًة‬ ِ ُ‫ َﱂ ﺗَـﺰِل اﳌﻼَﺋِ َﻜﺔُ ﺗ‬،‫ ﻓَِﺈذَا ﺻﻠﱠﻰ‬،ٌ‫ﺧ ِﻄﻴﺌﺔ‬ ِ ‫ﺻ ِّﻞ‬ َ َ َ ْ َ َ ‫ َﻣﺎ َد َام ِﰲ ُﻣ‬،‫ﺼﻠّﻲ َﻋﻠَْﻴﻪ‬ َ َ ‫ اﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ‬:ُ‫ﺼ ﱠﻼﻩ‬ َ ِ "‫ﺼﻼََة‬ ‫ﺻﻼٍَة َﻣﺎ اﻧْـﺘَﻈََﺮ اﻟ ﱠ‬ َ ‫َﺣ ُﺪ ُﻛ ْﻢ ِﰲ‬ َ ‫ َوﻻَ ﻳَـَﺰ ُال أ‬،ُ‫ اﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ ْار َﲪْﻪ‬،‫َﻋﻠَْﻴﻪ‬ " " "

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

84

 TOPIK 5

HADIS SOLAT BERJEMAAH DI MASJID LAMBANG KEIMANAN

"

Maksudnya:

„Solat seorang lelaki dengan berjemaah akan dilipatgandakan pahalanya sebanyak 25 kali ganda daripada solat yang dilakukan di rumah dan di pasarnya. Yang demikian itu, apabila seseorang berwuduk, lalu dia menyempurnakan wuduknya, kemudian keluar menuju ke masjid, tidak ada yang mendorongnya untuk keluar menuju masjid kecuali untuk melakukan solat. Tidaklah dia melangkahkan kakinya, kecuali dengan satu langkah diangkat baginya darjat, dan dengan langkah itu dihapuskan kesalahannya. Apabila dia solat dengan berjemaah, maka malaikat akan sentiasa berselawat (berdoa) atasnya, selama dia tetap di tempat solatnya (dan belum batal). Malaikat akan berselawat untuknya, ÂYa Allah! Berikanlah selawat kepadanya. Ya Allah, berikanlah rahmat kepadanya.Ê Salah seorang antara kalian tetap dalam keadaan solat (mendapatkan pahala solat) selama dia menunggu datangnya waktu solat.‰

5.1.2

Pengertian Kalimah Utama

Pengertian kalimah utama dalam hadis ditunjukkan dalam Jadual 5.1. Jadual 5.1: Pengertian Kalimah Utama dalam Hadis Kalimah Utama

‫اﻟﱠﺮ ُﺟ َﻞ‬ ‫ﻒ‬ َ ُ‫ﺗ‬ ُ ‫ﻀ ﱠﻌ‬ ً‫َﺧﻄْ َﻮة‬ ِ ‫ﺖ‬ ْ ‫ُرﻓ َﻌ‬ ‫َو ُﺣ ﱠ‬ ‫ﻂ‬

Pengertian Seorang lelaki

Dilipatgandakan

Satu langkah

Diangkat

Dihapuskan/dipadamkan

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

5.1.3

HADIS SOLAT BERJEMAAH DI MASJID LAMBANG KEIMANAN



85

Tema Utama Hadis

Hadis ini secara umumnya membincangkan galakan dan kelebihan mereka yang sering ke masjid untuk solat berjemaah. Apabila para ulama membicarakan hadis ini, mereka meletakkannya di bawah topik galakan untuk bersolat di masjid. Maka, fokus kita pada hadis ini ialah kelebihan solat berjemaah di masjid.

5.1.4

Huraian Umum Hadis

Hadis ini ialah salah satu hadis yang menceritakan kelebihan solat berjemaah di masjid. Selain dilipatgandakan pahala sehingga 25 kali ganda, seseorang yang berwuduk di rumah lalu dia bergerak menuju ke masjid untuk solat berjemaah, perjalanannya menuju ke masjid juga menjadi bernilai buatnya. Dia dijanjikan dengan dua ganjaran, iaitu akan diangkat darjatnya dan dipadamkan kesalahan yang dia lakukan. Malaikat pula akan turut mendoakan buat orang yang solat berjemaah di masjid. Bukan setakat itu sahaja, seseorang yang duduk di dalam masjid kerana menunggu masuknya waktu solat juga, tetap mendapat pahala yang besar. Jadi, hadis ini jelas menawarkan janji yang sangat besar kepada orang solat berjemaah di masjid. Seorang Muslim sepatutnya teruja dan merebut ganjaran yang disediakan ini. Ciri-ciri ini menunjukkan seseorang itu beriman. Mereka bersungguh-sungguh akan mengimarahkan masjid seperti yang dinyatakan dalam ayat 18, surah at-Taubah:

ۡ َ َّ َ َ َ َ ٰ َ َّ َ َ َ َ َّ ۡ َ ِ ‫ٱ ِ َم ۡن َء َام َن ب ِٱ ِ وٱلوم ٱ خ ِِر وأقام ٱلصلوة وءات‬ ۡ َ ْ ُ ُ َ َ َ َ ْ ُ َ َ َ َ َّ َ ۡ ُ َ ٰٓ ‫ٱ ۖ فع‬ ١٨ ‫س أو ٰٓلئِك أن يكونوا ِمن ٱلمهتدِين‬

ٰ َ ‫إ ِ َّن َما َي ۡع ُم ُر َم‬ ‫ج َد‬ ِ ‫س‬ َّ َ ۡ َ ۡ َ َ َ ٰ َ َّ ِ ‫ٱلزكوة ولم يش إ‬

Maksudnya:

„Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat dan menunaikan zakat, dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.‰

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

86

 TOPIK 5

HADIS SOLAT BERJEMAAH DI MASJID LAMBANG KEIMANAN

"

Ayat al-Quran ini jelas menunjukkan bahawa Allah SWT mengatakan mereka yang mengimarahkan masjid ialah orang yang beriman, mendirikan solat (wajib dan sunat), menunaikan zakat dan hanya takut kepada Allah SWT dengan tidak melanggar larangan-Nya. Allah SWT menyifatkan mereka sebagai orang yang beriman, melakukan amal soleh dan yang takutkan Allah SWT yang menjadi asas kepada segala kebaikan. Golongan inilah yang mengimarahkan masjid. Orang yang imannya kuat akan menyukai masjid kerana mereka sangat cinta kepada Allah SWT. Mereka sangat suka beribadah kepada Allah SWT. Maka, mereka juga sangat suka pergi ke rumah Allah SWT untuk melakukan ibadah di dalamnya. Mereka sanggup meluangkan masa untuk ke rumah Allah SWT. Mereka sanggup meninggalkan kerja untuk solat di rumah Allah SWT. Oleh sebab itu, bukan sesuatu yang pelik apabila Rasulullah SAW mengatakan mereka yang suka ke masjid adalah bukti bahawa mereka benar-benar beriman. Hakikatnya, bagi mereka yang hatinya cinta kepada masjid, Allah SWT menyediakan banyak kelebihan dan ganjaran.

SEMAK KENDIRI 5.1 1.

Berikan maksud memakmurkan masjid.

2.

Nyatakan kaitan ayat al-Quran surah at-Taubah ayat 18 dengan hadis.

" AKTIVITI 5.1 Pada pandangan anda, mengapakah Nabi Muhammad SAW mengaitkan amalan solat berjemaah di masjid dengan keimanan seseorang? Bincangkan dan jelaskan pandangan anda dalam forum myINSPIRE.

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

5.1.5

HADIS SOLAT BERJEMAAH DI MASJID LAMBANG KEIMANAN



87

Kelebihan Solat Berjemaah

Apakah ganjaran yang Allah SWT sediakan bagi mereka yang mendirikan solat berjemaah? Terdapat banyak hadis yang menyentuh ganjaran bagi mereka yang melakukan solat berjemaah. Antaranya adalah seperti yang berikut: (a)

Mereka yang mendirikan solat berjemaah akan mendapat ganjaran sebanyak 25 kali ganda berbanding jika mereka melakukannya secara bersendirian. Malah, sesetengah riwayat mengatakan sebanyak 27 kali ganda. Sabda Rasulullah SAW:

ِ ِ ‫اﳉﻤ‬ ِِ ً‫ﻳﻦ َد َر َﺟﺔ‬ ُ ‫ﺎﻋﺔ ﺗَـ ْﻔ‬ َ َ َْ ُ‫ﺻ َﻼة‬ َ ‫ﻀ ُﻞ‬ َ َ ‫ﺻ َﻼ َة اﻟْ َﻔ ّﺬ ﺑ َﺴْﺒ ٍﻊ َوﻋ ْﺸ ِﺮ‬ Maksudnya:

„Sembahyang berjemaah adalah lebih baik daripada sembahyang bersendirian sebanyak 27 darjat.‰ (Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, Bab al-Solah al-JamaÊah, no. 613) (b)

Baginda SAW menyatakan juga kelebihan khusus bagi mereka yang melaksanakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah. Baginda SAW menyatakan bahawa mereka seolah-olah telah melakukan solat pada sepanjang malam tersebut. Sabda Baginda SAW:

ِ ٍ ‫ﻣﻦ ﺻﻠﱠﻰ اﻟْﻌِ َﺸﺎء ِﰲ َﲨ‬ ‫ﺼْﺒ َﺢ ِﰲ‬ ‫ﺻﻠﱠﻰ اﻟ ﱡ‬ َ ‫ﺼ‬ ََ ْ ‫ﺎﻋﺔ"ﻓَ َﻜﺄَﱠﳕَﺎ ﻗَ َﺎم ﻧ‬ َ ‫ﻒ اﻟﻠﱠْﻴ ِﻞ" َوَﻣ ْﻦ‬ َ َْ َ ٍ ‫َﲨ‬ " ُ‫ﺻﻠﱠﻰ"اﻟﻠﱠْﻴ َﻞ" ُﻛﻠﱠﻪ‬ ََ َ "‫ﺎﻋﺔ"ﻓَ َﻜﺄَﱠﳕَﺎ‬ Maksudnya:

„Sesiapa yang mendirikan sembahyang Isyak secara berjemaah seolah-olah dia telah menunaikan sembahyang setengah malam dan sesiapa yang mendirikan sembahyang Subuh secara berjemaah, maka seolah-olah dia telah mendirikan sembahyang pada sepanjang malam.‰ (Sahih Muslim, Kitab al-Masjid, Bab Fadl Solat al-ÂIsyakÊ, no. 656) Secara logiknya, apa-apa sahaja perkara yang kita lakukan secara berjemaah atau berkumpulan adalah lebih baik. Kita akan mendapat banyak kebaikan dan kelebihan jika dilakukan secara berkumpulan. Seperti perumpamaan yang biasa diperkatakan orang ialah kambing yang tinggal bersendirian lebih mudah untuk diterkam harimau berbanding kambing yang tinggal secara berkumpulan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

88

 TOPIK 5

HADIS SOLAT BERJEMAAH DI MASJID LAMBANG KEIMANAN

"

Sesungguhnya Rasulullah SAW menggalakkan solat secara berjemaah kerana mempunyai pelbagai hikmah. Solat berjemaah ialah wadah untuk mengumpulkan umat Islam daripada pelbagai peringkat, umur, pekerjaan, pangkat pada satu tempat yang mulia dan yang diberkati Allah SWT. Maka dengan itu, mampu menyatukan mereka dan merapatkan barisan mereka. Hasilnya, umat akan menjadi semakin kuat dan bersatu. Maka tidak akan ada ruang bagi syaitan untuk memecahbelahkan mereka. Seterusnya, marilah kita perhatikan kelebihan bagi mereka yang melakukan solat berjemaah di masjid.

SEMAK KENDIRI 5.2 Senaraikan kelebihan-kelebihan lain yang boleh anda dapati daripada solat berjemaah.

5.1.6

Kelebihan Solat Berjemaah di Masjid

Banyak hadis Baginda SAW yang menceritakan kelebihan mereka yang sering menunaikan solat jemaah di masjid dan mereka yang hatinya cinta kepada masjid. Hadis tersebut sekali gus menguatkan hadis yang kita bincangkan bahawa sememangnya antara tanda kekuatan iman seseorang ialah mereka suka, sering dan sentiasa pergi ke masjid dan solat berjemaah di dalamnya. Secara ringkasnya, kelebihan solat di masjid adalah seperti yang berikut: (a)

Masjid ialah Tempat yang Disukai Allah SWT Sabda Rasulullah SAW:

ِ ‫اﻪﻠﻟ ﻣﺴ‬ ِ‫ﺐ اﻟﺒِ َﻼ ِد إِ َﱃ ﱠ‬ ‫ﺎﺟ ُﺪ َﻫﺎ‬ ‫َﺣ ﱡ‬ َ َ‫أ‬ َ Maksudnya:

„Tempat yang Allah paling suka ialah masjidnya.‰ (Sahih Muslim, Kitab al-Masajid, Bab Fadl al-Julus fi al-Musalla, no. 1082) Maka apabila tempat yang paling disukai Allah SWT ialah masjid, Allah SWT tentu juga suka kepada mereka yang datang beribadah dan menghidupkan masjid-Nya. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

(b)

HADIS SOLAT BERJEMAAH DI MASJID LAMBANG KEIMANAN



89

Langkahnya ke Masjid akan Menghapuskan Dosa dan Menambahkan Pahala Solat di masjid adalah lebih baik daripada solat di rumah. Malah setiap langkah ke masjid dikira sebagai amal kebajikan yang diberi ganjaran dan dihapuskan dosa dengannya. Perkara ini dinyatakan oleh Baginda SAW dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah:

ِ ِ ِ ٍ ِ ِِ ِ ‫ ﻟِﻴـ ْﻘ‬،‫اﻪﻠﻟ‬ ‫ﻳﻀﺔً ِﻣ ْﻦ‬ َ ‫ﻀ َﻲ ﻓَ ِﺮ‬ َ ‫ ﰒُﱠ َﻣﻀﻰ إﱃ ْﺑﻴﺖ ﻣ ْﻦ ﺑـُﻴُﻮت ﱠ‬،‫"ﻣ ْﻦ ﺗَﻄَ ﱠﻬَﺮ ﰲ ﺑَـْﻴﺘﻪ‬ َ ِ‫ﺾ ﱠ‬ ‫ إِ ْﺣ َﺪاﻫﺎ َﲢُ ﱡ‬،ُ‫ﺖ ُﺧﻄُﻮاﺗُﻪ‬ ِ ِ‫ﻓَﺮاﺋ‬ "ً‫ واﻷُ ْﺧﺮى ﺗَـ ْﺮﻓَ ُﻊ َد َر َﺟﺔ‬،ً‫ﻂ َﺧ ِﻄﻴﺌَﺔ‬ ْ َ‫ ﻛﺎﻧ‬،‫اﻪﻠﻟ‬ ‫رواﻩ ﻣﺴﻠﻢ‬ Maksudnya:

„Sesiapa yang berwuduk di rumahnya, kemudian bergerak ke salah satu rumah dari rumah-rumah Allah (masjid), dengan tujuan menunaikan kewajipan (solat fardu) daripada kewajipan-kewajipan yang Allah tetapkan, maka setiap langkahnya satu akan dihapuskan dosa dan satu langkah lain akan diangkatkan darjat.‰ (Riwayat Muslim) Oleh sebab setiap langkah kita ke masjid akan menghapuskan dosa kita, maka Nabi Muhammad SAW mengingatkan kita supaya memperbanyakkan langkah ke masjid. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis, terdapat tiga perkara yang boleh menghapuskan dosa. Antaranya, adalah dengan memperbanyakkan langkah ke masjid sama ada kerana rumahnya jauh dari masjid ataupun kerana kerapnya dia berulang-alik ke masjid.

ِ ‫اﳋﻄَﺎ وﻳـﺮﻓَﻊ ﺑِِﻪ اﻟﺪ‬ ِِ ‫أَﻻَ أَدﻟﱡ ُﻜﻢ ﻋﻠَﻰ ﻣﺎ ﳝَْﺤﻮ ﱠ‬ ُ َ َ ْ ُ َ ‫ ﻗَﺎﻟُﻮا ﺑَـﻠَﻰ‬.‫ﱠر َﺟﺎت ؟‬ ُ ْ َ َ َ َْ ‫اﻪﻠﻟُ ﺑﻪ‬ َ ِ ‫ إِﺳﺒﺎغُ اﻟْﻮﺿ‬:‫ ﻗَ َﺎل‬.‫اﻪﻠﻟ‬ ِ ‫ﻮء ﻋﻠَﻰ اﻟْﻤ َﻜﺎ ِرِﻩ وَﻛﺜْـﺮةُ ا ْﳋﻄَﺎ إِ َﱃ اﻟْﻤﺴ‬ ِ‫ﻮل ﱠ‬ ‫ﺎﺟ ِﺪ‬ َ ‫َر ُﺳ‬ ُ ُ َ ْ َ َ َ ُ َ َ َ ِّ ‫ﺼﻼَِة ﻓَ َﺬﻟِ ُﻜﻢ‬ ‫اﻟﺮَ ُط‬ ‫ﺼﻼَِة ﺑَـ ْﻌ َﺪ اﻟ ﱠ‬ ‫َواﻧْﺘِﻈَ ُﺎر اﻟ ﱠ‬ ُ Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

90

 TOPIK 5

HADIS SOLAT BERJEMAAH DI MASJID LAMBANG KEIMANAN

" Maksudnya:

„Mahukah kiranya aku tunjukkan kepada kamu perkara-perkara mana yang dengannya Allah menghapuskan dosa-dosa serta mengangkat darjat kamu? Para sahabat menjawab: Mahu, ya Rasulullah. Baginda SAW lalu bersabda: Sempurnakan wuduk sekalipun dalam kesukaran, perbanyakan langkah untuk ke masjid dan menunggu untuk solat sesudah melakukan solat. Itulah yang disebut ribath (perjuangan untuk tetap dan sentiasa melakukan ketaatan).‰ (Sahih Muslim, Kitab al-Taharah, Bab Isbagh al-WudhuÊ, no. 610) Namun, dalam konteks sekarang, bukan semua orang pergi ke masjid dengan berjalan kaki. Ramai yang menaiki kenderaan. Maka, orang yang pergi ke masjid dengan menaiki kenderaan juga tetap mendapat ganjaran pahala yang dijanjikan ini berdasarkan pusingan rodanya. Hal ini seperti yang dinyatakan oleh Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaimin ketika menghuraikan hadis berkaitan kelebihan berjalan ke masjid (Syarah Riyadh al-Solihin, Bab: Kelebihan Berjalan Ke Masjid, m/s 61ă63). (c)

Para Malaikat Menjadi Temannya dan Mendoakannya Bagi mereka yang menjadikan masjid sebagai tempat yang sering dikunjungi, para malaikat akan menjadi teman yang merindui dan membantunya dalam apa-apa jua keadaan. Hal ini jelas dinyatakan dalam sabda Rasulullah SAW:

ِ ‫إِ ﱠن ﻟِْﻠﻤﺴ‬ ‫ َوإِ ْن‬، ‫ إِ ْن َﻏﺎﺑُﻮا ﻳَـ ْﻔﺘَ ِﻘ ُﺪوﻧَـ ُﻬ ْﻢ‬، ‫ﺎﺟ ِﺪ أ َْو َ ًدا اﻟْ َﻤ َﻼﺋِ َﻜﺔُ ُﺟﻠَ َﺴ ُﺎؤُﻫ ْﻢ‬ ََ ٍ ‫ وإِ ْن َﻛﺎﻧُﻮا ِﰲ ﺣ‬، ‫ﻣ ِﺮﺿﻮا ﻋﺎدوﻫﻢ‬ ‫ﻮﻫ ْﻢ‬ َ ‫ﺎﺟﺔ أ‬ ُ ُ‫َﻋﺎﻧ‬ َ َ َ ُْ ُ َ ُ َ Maksudnya:

„Sesungguhnya bagi sebuah masjid itu ada pasaknya dan para malaikat adalah temannya. Sekiranya mereka tiada, para malaikat akan merinduinya, sekiranya mereka sakit, para malaikat akan menziarahinya dan sekiranya mereka ada, keperluan para malaikat akan membantunya.‰ (Musnad Ahmad, Musnad al-Asyarah al-Mubasyirin bi al-Jannah, no. 9220)

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

HADIS SOLAT BERJEMAAH DI MASJID LAMBANG KEIMANAN



91

Malah, mereka juga sangat istimewa kerana Baginda SAW menyebut bahawa mereka yang berada di masjid didoakan oleh para malaikat dengan rahmat, keampunan dan taubat:

ِ ِ ‫واﻟْﻤ َﻼﺋِ َﻜﺔُ ﺗُﺼﻠِّﻲ ﻋﻠَﻰ أ‬ ‫ﺼﻠِّﻲ ﻓِ ِﻴﻪ اﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ‬ َ ُ‫ﺼ ﱠﻼﻩُ اﻟﱠﺬي ﻳ‬ َ ‫َﺣﺪ ُﻛ ْﻢ َﻣﺎ َد َام ِﰲ ُﻣ‬ َ َ َ َ َ ‫ث ﻓِ ِﻴﻪ َﻣﺎ َﱂْ ﻳـُ ْﺆِذ ﻓِ ِﻴﻪ‬ ْ ‫ﺻ ِّﻞ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ اﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ ْار َﲪْﻪُ َﻣﺎ َﱂْ ُْﳛ ِﺪ‬ َ Maksudnya:

„Para malaikat akan berselawat ke atasnya selama mana dia berada di tempat solatnya: ÂYa Allah berkatilah dia, Ya Allah rahmatilah dia pada apa-apa yang belum mengotorinya dan pada apa-apa yang belum menyakitinya.‰ (Sahih al-Bukhari, Kitab al-JumÊah, Bab Man Intazara Hatta Tudfan, no. 2119) (d)

Kedatangannya Disambut Gembira oleh Allah SWT Dalam sebuah hadis, Baginda SAW menceritakan bahawa Allah SWT menyambut mereka yang datang ke masjid untuk menunaikan solat dengan penuh gembira. Kehadiran mereka ditunggu-tunggu seperti kepulangan seseorang dari perantauan yang telah hilang. Sabda Rasulullah SAW:

ِ ِ ‫ﻳﺪ إِﱠﻻ‬ ‫َﻻ ﻳَـﺘَـ َﻮ ﱠ‬ ُ ‫ﺿﻮءَﻩُ َوﻳُ ْﺴﺒِﻐُﻪُ ﰒُﱠ َِْﰐ اﻟْ َﻤ ْﺴﺠ َﺪ َﻻ ﻳُِﺮ‬ ُ ‫َﺣ ٌﺪ ﻓَـﻴُ ْﺤﺴ ُﻦ ُو‬ َ ‫ﺿﺄُ أ‬ ِِ ‫ﺼ َﻼ َة ﻓِ ِﻴﻪ إِﱠﻻ ﺗَـﺒ ْﺸﺒﺶ ﱠ‬ ِ ِ‫ﺶ"أ َْﻫﻞ اﻟْﻐَﺎﺋ‬ " "‫ﺐ ﺑِﻄَْﻠ َﻌﺘِﻪ‬ ‫اﻟ ﱠ‬ َ َ َ ُ ُ َ‫اﻪﻠﻟُ ﺑﻪ َﻛ َﻤﺎ"ﻳَـﺘَـﺒَ ْﺸﺒ‬ Maksudnya:

„Apabila seseorang berwuduk dan ia memperelok wuduknya dan melebihkannya kemudian dia pergi masjid untuk solat di situ, maka Allah akan menyambutnya dengan gembira sepertimana kegembiraan seseorang terhadap kepulangan seseorang yang menghilangkan diri.‰ (Musnad Ahmad, Musnad al-Mukathirin, no. 8004)

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

92

 TOPIK 5

HADIS SOLAT BERJEMAAH DI MASJID LAMBANG KEIMANAN

" Mereka yang sering ke masjid dikenali sebagai ahli masjid. Sebahagian masyarakat tidak mengenalinya sebagai ahli masjid, namun Allah SWT dan malaikat tetap mengenalinya. Sekiranya insan ini tidak ke masjid, ahli masjid yang lain akan merasai kehilangannya. Para malaikat pula lebih terasa akan ketiadaannya. Namun, Allah SWT sangat sabar dengan hambaNya. Maka, apabila dia kembali ke rumah-Nya, Allah SWT menyambutnya dengan penuh gembira dan dikurniakan ganjaran, rahmat dan kebaikan. Demikianlah perumpamaan Rasulullah SAW menggambarkan kegembiraan dan penantian Allah SWT terhadap ahli masjid seperti sebuah keluarga yang menyambut kepulangan ahli keluarganya yang telah lama menghilang atau yang pulang dari perantauan. Kepulangan mereka disambut dengan penuh rasa gembira, terharu dan kasih sayang. Kegembiraan Allah SWT terhadap ahli rumah-Nya yang kembali adalah lebih daripada itu. Demikianlah perumpamaan mereka yang sering ke masjid.

(e)

Pasak Masjid ialah Pencintanya Sesebuah masjid mempunyai pasak seperti sebuah khemah mempunyai tiang. Tidak akan terdiri khemah tanpa tiang, begitu juga masjid. Masjid tidak akan hidup dan tidak akan makmur tanpa kehadiran mereka yang sentiasa pergi ke masjid untuk menunaikan solat jemaah, sentiasa mentaati Allah SWT dan Rasulullah SAW, cintakan rumah Allah SWT dan hati mereka sentiasa terikat dengannya. Dalam sebuah hadis dinyatakan:

ِ ‫إِ ﱠن ﻟِْﻠﻤﺴ‬ ‫ﺎﺟ ِﺪ أ َْو َ ًدا‬ ََ Maksudnya:

„Sesungguhnya bagi sebuah masjid itu ada pasaknya...‰ (Musnad Ahmad, Musnad al-Asyarah al-Mubasyirin bi al-Jannah, no. 9220)

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

(f)

HADIS SOLAT BERJEMAAH DI MASJID LAMBANG KEIMANAN



93

Pencinta Masjid Mendapat Jaminan dan Perlindungan Allah SWT Rasulullah SAW menyatakan bahawa mereka yang pergi ke masjid adalah antara golongan yang mendapat jaminan perlindungan Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW:

ِ‫ﺛَﻼَﺛَﺔٌ ُﻛﻠﱡﻬﻢ"ﺿ ِﺎﻣﻦ ﻋﻠَﻰ ﱠ‬ ‫اﻪﻠﻟ" َﻋﱠﺰ َو َﺟ ﱠﻞ َر ُﺟ ٌﻞ َﺧَﺮ َج َﻏﺎ ِزً ِﰲ‬ َ ٌ َ ُْ ِ‫اﻪﻠﻟ"ﻓَـﻬﻮ"ﺿ ِﺎﻣﻦ ﻋﻠَﻰ ﱠ‬ ِ ‫اﳉَﻨﱠﺔَ أ َْو ﻳَـ ُﺮﱠدﻩُ ِﲟَﺎ َ َل‬ ْ ُ‫اﻪﻠﻟ" َﺣ ﱠﱴ ﻳَـﺘَـ َﻮﻓﱠﺎﻩُ ﻓَـﻴُ ْﺪ ِﺧﻠَﻪ‬ َ ٌ َ َ ُ ‫َﺳﺒِ ِﻴﻞ" ﱠ‬ ِ‫ِﻣﻦ أَﺟ ٍﺮ و َﻏﻨِﻴﻤ ٍﺔ ورﺟﻞ راح إِ َﱃ اﻟْﻤﺴ ِﺠ ِﺪ ﻓَـﻬﻮ"ﺿ ِﺎﻣﻦ ﻋﻠَﻰ ﱠ‬ َ ٌ َ َُ ُ‫اﻪﻠﻟ" َﺣ ﱠﱴ ﻳَـﺘَـ َﻮﻓﱠﺎﻩ‬ َ َ ٌ ُ ََ َ َ ْ ْ َْ ِ ِ ‫َﺟ ٍﺮ َو َﻏﻨِ َﻴﻤ ٍﺔ َوَر ُﺟ ٌﻞ َد َﺧ َﻞ ﺑَـْﻴـﺘَﻪُ ﺑِ َﺴ َﻼٍم‬ ْ ُ‫ﻓَـﻴُ ْﺪ ِﺧﻠَﻪ‬ ْ ‫اﳉَﻨﱠﺔَ أ َْو ﻳَـ ُﺮﱠدﻩُ ﲟَﺎ َ َل ﻣ ْﻦ أ‬ ِ‫ﻓَـﻬﻮ"ﺿ ِﺎﻣﻦ ﻋﻠَﻰ ﱠ‬ " ‫اﻪﻠﻟ" َﻋﱠﺰ َو َﺟ ﱠﻞ‬ َ ٌ َ َُ Maksudnya:

„Terdapat tiga golongan yang dijamin oleh Allah. Seorang lelaki yang keluar berjuang fi sabilillah, maka dia dijamin oleh Allah hinggalah cukup baginya, maka dia akan memasuki syurga atau Allah akan memberikannya ganjaran pahala dan harta rampasan. Dan lelaki yang pergi ke masjid, maka dia dijamin oleh Allah hinggalah cukup baginya, maka dia akan memasuki syurga atau Allah akan memberikannya ganjaran pahala dan harta rampasan. Dan lelaki yang masuk ke dalam rumahnya dengan memberi salam, maka ia dijamin oleh Allah.‰ (Sunan Abi Daud, Kitab al-Jihad, no. 2137 ă sahih) Maksud jaminan Allah SWT ialah pemeliharaan Allah SWT yang ketika hidup, Allah SWT memberi rezeki dan ketika dia mati, Allah SWT mengurniakan ganjaran. Allah SWT turut berjanji akan menaungi dan memeliharanya pada hari manusia amat mencari perlindungan, iaitu pada hari mahsyar apabila matahari berada sekitar sehasta dari kita. Hati mereka sentiasa terpaut dan rindu kepada masjid dan apabila dia keluar, hati sentiasa merindui untuk kembali semula. Oleh sebab itulah juga Allah SWT sentiasa bersamanya pada saat dia sangat memerlukan pertolongan Allah SWT.

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

94

 TOPIK 5

HADIS SOLAT BERJEMAAH DI MASJID LAMBANG KEIMANAN

" Perkara ini jelas dinyatakan oleh Baginda SAW dalam hadis berikut:

ِْ ُ‫اﻪﻠﻟُ ِﰲ ِﻇﻠِّ ِﻪ ﻳَـﻮَم َﻻ ِﻇ ﱠﻞ إِﱠﻻ ِﻇﻠﱡﻪ‬ ‫ﺎب ﻧَ َﺸﺄَ ِﰲ‬ ‫َﺳْﺒـ َﻌﺔٌ ﻳُ ِﻈﻠﱡ ُﻬ ْﻢ ﱠ‬ ‫اﻹ َﻣ ُﺎم اﻟْ َﻌ ِﺎد ُل َو َﺷ ﱞ‬ ْ ِ ‫ِﻋﺒﺎد ِة رﺑِِﻪ ورﺟﻞ ﻗَـ ْﻠﺒﻪ ﻣﻌﻠﱠﻖ ِﰲ اﻟْﻤﺴ‬ ‫ﺎﺟ ِﺪ‬ ٌ َ ُ ُ ُ ٌ ُ َ َ َّ َ َ ََ Maksudnya:

„Ada tujuh golongan orang yang akan dinaungi Allah yang pada hari tidak ada naungan kecuali daripada Allah: imam yang adil, pemuda yang sentiasa beribadah kepada Tuhannya dan seseorang yang hatinya selalu terpaut dengan masjid (ketika dia keluar hingga kembali kepadanya).‰ (Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, Bab Man Jalasa fi al-Masjid, no. 660) (g)

Berjalan Kaki ke Masjid Lebih Banyak Ganjaran Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis sahih:

ِ ‫إِ ﱠن أ َْﻋﻈَ َﻢ اﻟﻨ‬ ‫ﺼﻼَِة أَﺑْـ َﻌ ُﺪ ُﻫ ْﻢ إِﻟَْﻴـ َﻬﺎ ﳑَْ ًﺸﻰ ﻓَﺄَﺑْـ َﻌ ُﺪ ُﻫ ْﻢ َواﻟﱠ ِﺬى ﻳَـْﻨـﺘَ ِﻈ ُﺮ‬ ‫َﺟًﺮا ِﰱ اﻟ ﱠ‬ ْ ‫ﱠﺎس أ‬ ِ ِ ‫ﺼﻼَةَ ﺣ ﱠﱴ ﻳﺼﻠِّﻴـﻬﺎ ﻣﻊ ا ِﻹﻣ ِﺎم أَﻋﻈَﻢ أ‬ ‫ﺼﻠِّ َﻴﻬﺎ ﰒُﱠ ﻳَـﻨَ ُﺎم‬ ْ ُ ْ َ َ َ َ َ َ ُ َ ‫اﻟ ﱠ‬ َ ُ‫َﺟًﺮا ﻣ َﻦ اﻟﱠﺬى ﻳ‬ Maksudnya:

„Orang yang paling banyak mendapat ganjaran dalam solat ialah mereka yang paling jauh berjalan kaki ke masjid kerana mereka yang paling jauh dan mereka yang menunggu-nunggu untuk solat hinggalah dia bersolat bersama imam. Mereka itu lebih besar ganjarannya berbanding orang yang solat kemudian dia tidur (yang tidak menunggu imam).‰ (Sahih Muslim, Kitab al-Masajid, Bab Kathratul Khata ila al-Masjid, no. 1545)

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

HADIS SOLAT BERJEMAAH DI MASJID LAMBANG KEIMANAN



95

Imam Muslim dalam kitab Sahihnya ada meriwayatkan sebuah kisah daripada Ubai bin Kaab r.a. tentang kesungguhan seorang sahabat untuk memperbanyakkan langkahnya ke masjid katanya:

„Ada seorang lelaki yang setahuku dialah yang paling jauh tempat tinggalnya dari masjid. Walaupun begitu dia tidak pernah ketinggalan solat berjemaah. Kata orang kepadanya: „Alangkah baiknya jika kamu membeli seekor keldai untuk tunggangan kamu di malam gelap atau di panas terik.‰ Dia menjawab: „Aku tidak suka tinggal berdekatan dengan masjid kerana aku ingin supaya setiap langkahku pergi dan pulang dari masjid ditulis Allah pahalanya bagiku.‰ Sabda Rasulullah SAW: „Allah mengumpulkan pahala semuanya itu bagi mu‰. (Sahih Muslim, Kitab al-Masjid, no. 1065) (h)

Membina Tempat Persinggahan di Syurga Apa-apa yang menarik juga adalah apabila Rasulullah SAW menyebut bahawa bagi mereka yang selalu ke masjid, akan dibina buat mereka tempat persinggahan ataupun rumah rehat di syurga kelak sebanyak mana kekerapannya ke masjid. Semakin kerap mereka ke masjid, semakin banyak tempat persinggahan untuk mereka dibina di sana. Bayangkan sekiranya setiap hari sebanyak lima kali kita ke masjid untuk solat. Berapa banyakkah rumah rehat yang Allah SWT bina untuk kita? Sabda Baginda SAW:

ِِ ِ ْ ‫اﻪﻠﻟ ﻟَﻪ ﻧـُﺰﻟَﻪ ِﻣﻦ‬ ِ " ‫اح‬ َ ‫اح أ‬ َ ‫اﳉَﻨﱠﺔ ُﻛﻠﱠ َﻤﺎ َﻏ َﺪا أَْو َر‬ َ ‫َﻣ ْﻦ َﻏ َﺪا إ َﱃ اﻟْ َﻤ ْﺴﺠﺪ َوَر‬ َ ُ ُ ُ ُ‫َﻋ ﱠﺪ ﱠ‬ Maksudnya:

„Sesiapa yang keluar pada pagi hari untuk ke masjid dan keluar pada waktu petang (juga untuk ke masjid), maka Allah akan sediakan tempat persinggahannya di syurga setiap kali dia keluar pada waktu pagi ataupun petang‰. (Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, Bab Solah al-JamaÊah, no. 626)

SEMAK KENDIRI 5.3 Huraikan dengan ringkas kelebihan mereka yang menunaikan solat berjemaah di masjid.

" Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

96

 TOPIK 5

HADIS SOLAT BERJEMAAH DI MASJID LAMBANG KEIMANAN

"

5.1.7

Peringatan Buat Mereka yang Meninggalkan Solat Berjemaah di Masjid

Menunaikan solat secara berjemaah di masjid bagi seseorang lelaki amat dituntut. Rasulullah SAW amat menekankan agar amalan solat berjemaah di masjid tidak dipandang remeh. Penekanan Baginda SAW jelas disebut dalam hadis ini:

ِ ِ ‫آﺧ َﺬ ُﺷ َﻌ ًﻼ ِﻣ ْﻦ َ ٍر‬ ُ ‫ﻟََﻘ ْﺪ َﳘَ ْﻤ‬ ُ ‫ﺎس ﰒُﱠ‬ ُ ‫آﻣَﺮ اﻟْ ُﻤ َﺆذّ َن ﻓَـﻴُﻘ َﻴﻢ ﰒُﱠ‬ ُ ‫ﺖ أَ ْن‬ َ ‫آﻣَﺮ َر ُﺟ ًﻼ ﻳَـ ُﺆﱡم اﻟﻨﱠ‬ ‫ﺼ َﻼ ِة ﺑَـ ْﻌ ُﺪ‬ ‫ُﺣِّﺮ َق َﻋﻠَﻰ َﻣ ْﻦ َﻻ َﳜُْﺮ ُج إِ َﱃ اﻟ ﱠ‬ َ ‫ﻓَﺄ‬ Maksudnya:

„Sesungguhnya aku sangat-sangat ingin untuk menyuruh muazin supaya melaungkan dan didirikan solat dan aku menyuruh seseorang menjadi imam kepada orang ramai kemudian aku ambil nyalaan api dan aku bakar (rumah) sesiapa yang tidak lagi keluar untuk bersolat (secara berjemaah di masjid)‰. (Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, Bab Fadl al-ÂIsyakÊ Jamaatan, no. 657) Dalam hadis riwayat Muslim diceritakan bahawa pada satu malam, Nabi Muhammad SAW pergi ke masjid untuk menunaikan solat Isyak, namun Baginda SAW mendapati jemaah solat Isyak sangat sedikit. Keadaan sedemikian berlaku berulang kali dan akhirnya mengundang kemarahan Baginda SAW. Kemarahan Baginda SAW itu jelas dalam hadis tadi yang Baginda SAW seolaholah bersumpah untuk melakukan sesuatu yang tegas. Baginda SAW menyatakan keinginannya yang tinggi untuk memberi peringatan kepada mereka yang tidak datang ke masjid untuk solat. Keseriusannya ini sangat jelas apabila Baginda SAW berkata bahawa Baginda SAW hampir-hampir ingin meminta seseorang untuk menggantikan tugasnya sebagai imam solat kerana mahu melakukan sesuatu yang lebih utama pada saat itu. Apakah perkara itu? Ia adalah memberi pengajaran kepada mereka yang sengaja tidak pergi ke masjid untuk solat dengan membakar rumah mereka. Hadis ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa Rasulullah SAW sangat mengambil berat akan solat di masjid bagi kaum lelaki. Keseriusan Baginda SAW ini menunjukkan bahawa perkara ini tidak boleh diambil mudah. Hal ini kerana solat jemaah di masjid mempunyai kesan yang tersendiri terhadap sesebuah masyarakat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

HADIS SOLAT BERJEMAAH DI MASJID LAMBANG KEIMANAN



97

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, masjid ialah wadah dan lambang penyatuan sesebuah masyarakat. Kekuatan dan kelemahan sesebuah masyarakat boleh dilihat pada makmur ataupun tidaknya masjid di tempat itu. Malah, antara hikmah persyariatan solat secara berjemaah juga adalah untuk merapatkan saf para Muslimin. Maka, sikap sambil lewa terhadap wadah penyatuan ini boleh membawa kepada perpecahan sesebuah masyarakat. Oleh sebab itu Baginda SAW sangat mengambil berat terhadap amalan solat berjemaah di masjid.

5.1.8

Solat Fardu atau Solat Sunat?

Apakah solat yang dituntut dilakukan secara berjemaah di masjid? Adakah solat fardu atau solat sunat? Apabila membicarakan hal ini, Baginda SAW ada menyatakan bahawa:

" َ‫ﺼ َﻼ َة اﻟْ َﻤ ْﻜﺘُﻮﺑَﺔ‬ ‫ﺻ َﻼ ِة اﻟْ َﻤ ْﺮِء ِﰲ ﺑَـْﻴﺘِ ِﻪ إِﱠﻻ اﻟ ﱠ‬ َ ‫ﻓَِﺈ ﱠن َﺧْﻴـَﺮ‬ Maksudnya:

„Sebaik-baik solat seseorang ialah solat di rumahnya melainkan solat yang diwajibkan.‰ (Riwayat Muslim, no. 781) Hadis tersebut jelas menunjukkan bahawa Nabi Muhammad SAW bukanlah meminta kita menunaikan semua solat di masjid. Namun, Nabi Muhammad SAW berkata bahawa solat sunat lebih baik dilakukan di rumah, manakala yang lebih baik dilakukan di masjid ialah solat fardu. Hal ini kerana Baginda SAW tidak mahu rumah kita sunyi seperti kubur. Baginda SAW juga mahu rumah kita ceria dan terang dengan cahaya ibadah. Malah, ada kalanya Baginda SAW melakukannya solat sunat secara bersendirian di dalam rumah dan ada kalanya Baginda SAW melakukannya solat fardu secara berjemaah di masjid.

" AKTIVITI 5.2 Solat sunat apakah yang sangat digalakkan dilakukan secara berjemaah di masjid atau di mana-mana kawasan lapang?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

98

 TOPIK 5

HADIS SOLAT BERJEMAAH DI MASJID LAMBANG KEIMANAN

"

5.2

PRINSIP ASAS PENDIDIKAN DALAM HADIS

Hadis ini juga memberikan kepada kita beberapa prinsip asas pendidikan yang digunakan oleh Baginda SAW. Prinsip tersebut ialah, antara kelebihan Rasulullah SAW, merupakan kalamnya mudah difahami. Seperti dalam hadis ini, Baginda SAW memberikan satu hadis yang sangat ringkas tetapi gambarannya cukup jelas, iaitu mereka yang sentiasa menunaikan solat di masjid adalah tanda dia benar-benar beriman. Selain itu, daripada beberapa hadis yang dinyatakan ini, kita boleh lihat kepelbagaian pendekatan Baginda SAW dalam menyampaikan sesuatu arahan atau galakan. Terdapat orang yang akan bermotivasi untuk melakukan sesuatu kebaikan apabila dijelaskan apakah kebaikan yang akan diperoleh daripada perbuatannya. Manakala terdapat juga orang lain yang bersemangat melakukan sesuatu perkara apabila diingatkan kesan buruk yang boleh menimpanya sekiranya dia tidak melakukannya.

AKTIVITI 5.3 Bincangkan bersama rakan anda, teknik pengajaran lain yang digunakan oleh Rasulullah SAW dalam hadis ini.

5.3

PENGAJARAN HADIS DALAM KONTEKS SEMASA

Hadis ini sangat penting dan perlu untuk kita hubungkan dengan konteks semasa. Antara kepentingan dan pengajaran hadis ini untuk diaplikasikan dalam konteks semasa ialah: (a)

Kita hendaklah menjadikan solat berjemaah di masjid sebagai satu kebiasaan dan amalan kerana mereka yang sentiasa mendirikan solat fardu di masjid hakikatnya ialah mereka yang dikasihi Allah SWT.

(b)

Masjid ialah sebuah tempat yang mulia yang rahmat Allah SWT sentiasa diturunkan kepada mereka yang sering ke situ. Para malaikat turut memanjatkan doa buat mereka. Maka, amat rugi bagi sesiapa yang tidak mengambil peluang yang Allah SWT sediakan ini. Hal ini kerana sesungguhnya sesiapa yang menunaikan solat di masjid secara berjemaah bukan sahaja mendapat ganjaran berganda bahkan mereka juga diampunkan dosa dan dijanjikan pelbagai ganjaran lain. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

HADIS SOLAT BERJEMAAH DI MASJID LAMBANG KEIMANAN



99

(c)

Malah, sesebuah masyarakat juga semakin utuh apabila anggota masyarakat melazimkan solat di masjid kerana solat jemaah ialah satu wadah pertemuan sesama masyarakat. Malah, yang lebih menarik ialah pertemuan adalah kerana tujuan yang sama, iaitu untuk bersama-sama menunaikan tuntutan agama dan ia juga dilakukan di tempat yang penuh dengan rahmat Allah SWT.

(d)

Masjid ialah sebuah tempat yang mulia memeliharanya dengan baik dan sempurna.

(e)

Perbanyakan langkah kita ke masjid kerana semua itu dikira Allah SWT. Semakin banyak langkah kita, semakin banyak ganjaran yang Allah SWT kurniakan. Antaranya ialah penghapusan dosa dan ganjaran pahala. Kita digalakkan juga untuk pergi ke masjid yang agak jauh dari rumah kerana setiap langkah kita dikira oleh Allah SWT.

(f)

Keraplah ke masjid kerana setiap kunjungan kita ke masjid akan dibina untuk kita sebuah rumah persinggahan di akhirat kelak.

dan

kita

seharusnya

" AKTIVITI 5.4 Bincangkan bersama rakan anda dalam forum myINSPIRE mengenai peranan masjid dalam membina keutuhan sesebuah masyarakat.



Solat yang lebih baik ialah solat yang dilakukan secara berjemaah.



Bagi kaum lelaki, solat berjemaah yang lebih baik adalah apabila dia melakukannya di masjid.



Solat berjemaah di masjid ialah bukti ketinggian iman.



Terdapat banyak kelebihan solat berjemaah di masjid, iaitu: 

Masjid ialah tempat yang disukai Allah SWT.



Setiap langkah ke masjid adalah amal kebajikan yang diberi ganjaran dan dihapuskan dosa dengannya. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

100  TOPIK 5 HADIS SOLAT BERJEMAAH DI MASJID LAMBANG KEIMANAN "





Didoakan oleh para malaikat dan menjadi teman para malaikat.



Allah SWT menyambut kedatangannya dengan gembira.



Pencinta masjid adalah kekuatan sesebuah masjid.



Pencinta masjid mendapat perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat.



Berjalan kaki ke masjid mempunyai banyak kelebihannya.



Dibina rumah persinggahan untuk mereka di akhirat kelak pada setiap kunjungan ke masjid.

Solat yang dituntut dilakukan secara berjemaah di masjid ialah solat fardu. Manakala solat sunat digalakkan dilakukan di rumah.

Bukti keimanan

Solat berjemaah

Masjid

Solat fardu

Menghapuskan dosa

Solat sunat

Abdul Fattah Abu Ghuddah. (2009). 40 teknik Rasulullah mengajar. Syuhadak Mahmud (Terj.). Seremban, Malaysia: Al-Azhar Media. Al-Islamweb. (2013). Al-Islamweb.net. Dicapai dari www.al-islamweb.net Harf

Information Technology. http://hadith.al-islam.com

(2013).

Hadith

al-Islam.

Dicapai

dari

Ibnu Hajar al-Asqalani. (1997). Fath al-bari bi syarh sahih al-Bukhari. Beirut, Mesir: Dar al-Fikr. Mahyuddin Abi Zakaria Yahya Nawawi. (1994). Al-Minhaj fi Syarh sahih Muslim. Damsyik: Dar al-Khayr. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik "" " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " "



6

Doa Mustajab" "

"

HASIL PEMBELAJARAN

"

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menyatakan maksud beberapa kalimah hadis;

2.

Menghuraikan hadis secara umum;

3.

Menjelaskan maksud Allah Maha Baik;.

4.

Menjelaskan perkara baik yang diperintah oleh Allah SWT;

5.

Menghuraikan syarat doa diterima; dan

6.

Menyatakan sebab doa ditolak.

 PENGENALAN Topik ini secara khususnya akan membahaskan hadis berkaitan doa yang diterima oleh Allah SWT dan sebab doa terhalang. Selain itu, topik ini akan turut membincangkan peranan doa sebagai ibadah, doa sebagai senjata Mukmin dan syarat lain agar doa kita diperkenankan oleh Allah SWT.

6.1

HADIS DAN HURAIANNYA

Sesungguhnya Allah SWT mengurniakan kepada kita pelbagai nikmat kehidupan di dunia. Nikmat yang dikurniakan tidak terhitung dan tidak terkira banyaknya. Namun, Allah SWT tidak memberikan nikmat dengan percuma. Dia mahu kita mendapatkannya dengan cara berusaha dan bekerja. Allah SWT mahu kita mendapatkannya dengan cara yang halal dan menepati syariat. Perkara itulah yang diperintahkan kepada hamba-Nya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

102  TOPIK 6 DOA MUSTAJAB " Untuk menunjukkan betapa Allah SWT menitikberatkan hamba-Nya mengambil yang halal dalam harta dan makanannya, maka Allah SWT telah meletakkannya sebagai syarat penting dalam penerimaan sesuatu amalan dan doa yang kita panjatkan kepada-Nya. Perkara inilah yang ditekankan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang akan kita bincangkan dalam topik ini.

6.1.1

Lafaz Hadis dan Terjemahannya

Mari kita lihat hadis ini dan terjemahannya. Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim di dalam Sahihnya dalam kitab al-Zakat (hadis 1015):

ِ‫ﻮل ﱠ‬ ِ ‫اﻪﻠﻟ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ وﺳﻠﱠﻢ أَﻳـﱡ َﻬﺎ اﻟﻨﱠﺎس إِ ﱠن ﱠ‬ ‫ﺐ‬ ُ ‫ ﻗَ َﺎل َر ُﺳ‬: ‫َﻋ ْﻦ أَِﰊ ُﻫَﺮﻳْـَﺮَة ﻗَ َﺎل‬ َ ‫اﻪﻠﻟ‬ ٌ ّ‫اﻪﻠﻟَ ﻃَﻴ‬ ُ‫ﺻﻠﱠﻰ ﱠ‬ ُ َ ََ ِ ِ ِ ِ‫اﻪﻠﻟ أَﻣﺮ اﻟْﻤ ْﺆِﻣﻨ‬ ‫ َ أَﻳـﱡ َﻬﺎ اﻟﱡﺮ ُﺳ ُﻞ‬: ‫ﲔ ﻓَـ َﻘ َﺎل‬ َ ‫ﲔ ﲟَﺎ أ ََﻣَﺮ ﺑِﻪ اﻟْ ُﻤ ْﺮ َﺳﻠ‬ َ ُ َ َ َ‫َﻻ ﻳَـ ْﻘﺒَ ُﻞ إِﱠﻻ ﻃَﻴِّﺒًﺎ َوإِ ﱠن ﱠ‬ ِ ‫ﺎت واﻋﻤﻠُﻮا ﺻ‬ ِ ِ ِ (51 :‫ﺎﳊًﺎ إِِّﱐ ِﲟَﺎ ﺗَـ ْﻌ َﻤﻠُﻮ َن َﻋﻠِ ٌﻴﻢ )اﳌﺆﻣﻨﻮن‬ َ َ ْ َ َ‫ُﻛﻠُﻮا ﻣ ْﻦ اﻟﻄﱠﻴّﺒ‬ ِ ‫ أَﻳـﱡﻬﺎ اﻟﱠ ِﺬﻳﻦ آﻣﻨُﻮا ُﻛﻠُﻮا ِﻣﻦ ﻃَﻴِﺒ‬: ‫وﻗَ َﺎل‬ (172 :‫ﺎت َﻣﺎ َرَزﻗْـﻨَﺎ ُﻛ ْﻢ )اﻟﺒﻘﺮة‬ َ َ َّ ْ َ َ َ ِ ِ ِ ‫ب‬ َ ‫ﻴﻞ اﻟ ﱠﺴ َﻔَﺮ أَ ْﺷ َﻌ‬ ِّ ‫ب َ َر‬ ِّ ‫ﺚ أَ ْﻏﺒَـَﺮ َﳝُﱡﺪ ﻳَ َﺪﻳْﻪ إِ َﱃ اﻟ ﱠﺴ َﻤﺎء َ َر‬ ُ ‫ﰒُﱠ ذَ َﻛَﺮ اﻟﱠﺮ ُﺟ َﻞ ﻳُﻄ‬ ِ ِ ‫َﱏ ﻳﺴﺘﺠ‬ ِ ُ‫وﻣﻄْﻌﻤﻪ ﺣﺮام وﻣ ْﺸﺮﺑﻪ ﺣﺮام وﻣ ْﻠﺒﺴﻪ ﺣﺮام وﻏ‬ ِ ‫ﻚ‬ ‫ﺬ‬ َ ‫ﺎب ﻟ َﺬﻟ‬ ُ َ َ ْ ُ ‫ي ِ ْﳊََﺮام ﻓَﺄ ﱠ‬ َ َ ٌ َ َ ُ ُ َ َ َ ٌ َ َ َُُ َ َ ٌ َ َ ُ ُ َ َ َ Maksudnya:

„Daripada Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah itu baik, Dia tidak menerima kecuali yang baik. Sesungguhnya Allah telah memerintahkan Muslimin dengan apa-apa yang dia perintahkan dengan kepada para Rasul. Firman Allah SWT: Wahai para Rasul, makanlah daripada makanan yang baik-baik dan beramallah dengan amalan yang salih (al-Mukminun: 51). Allah juga telah berfirman: Wahai orang-orang yang beriman makanlah antara rezeki yang baik-baik yang kami kurniakan kepada kamu (al-Baqarah: 172). Kemudian Baginda SAW menyebut tentang seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut masai dan berdebu rambutnya, menadah tangannya ke langit sambil berdoa: Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Sedangkan makanan, minuman dan pakaiannya adalah haram dan dia diberi makan dengan bendabenda yang haram, maka bagaimanakah akan dikabulkan permintaannya?‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

6.1.2

DOA MUSTAJAB

 103

Pengertian Kalimah Utama

Pengertian kalimah utama dalam hadis ditunjukkan dalam Jadual 6.1. Jadual 6.1: Pengertian Kalimah Utama dalam Hadis Kalimah Utama

Pengertian Allah itu baik.

ِ ‫ﱠ‬ ‫ﺐ‬ ٌ ّ‫اﻪﻠﻟَ ﻃَﻴ‬

Maksudnya: Allah SWT suci daripada sebarang kekurangan dan keaiban. Allah SWT disifatkan dengan sifat-sifat yang sempurna. Dia tidak menerima kecuali yang baik

‫َﻻ ﻳَـ ْﻘﺒَ ُﻞ إِﱠﻻ ﻃَﻴِّﺒًﺎ‬ ِِ ‫ﲔ ِﲟَﺎ‬ َ ‫أ ََﻣَﺮ اﻟْ ُﻤ ْﺆﻣﻨ‬ ‫ﺚ‬ َ ‫أَ ْﺷ َﻌ‬ ‫َﳝُﱡﺪ ﻳَ َﺪﻳِْﻪ إِ َﱃ اﻟ ﱠﺴ َﻤ ِﺎء‬

Maksudnya: Allah SWT tidak menerima amalan dan harta benda yang dibelanjakan melainkan ia adalah halal. Allah memerintahkan Muslimin dengan apa-apa yang Dia perintahkan kepada para Rasul. Maksudnya: Sama sahaja antara para rasul dan juga umat Islam pada suruhan supaya memakan perkara yang halal. Kusut masai rambutnya. Menadah tangannya ke langit. Maksudnya: Mengangkat tangannya ke langit dalam keadaan berdoa. Bagaimanakah dikabulkan permintaannya?

ِ ِ ‫َﱏ ﻳﺴﺘﺠ‬ ‫ﻚ‬ َ ‫ﺎب ﻟ َﺬﻟ‬ ُ َ َ ْ ُ ‫ﻓَﺄ ﱠ‬

Maksudnya: Bagaimana hendak dimakbulkan permintaan sesiapa yang memiliki sifat ini (memakai pakaian yang haram dan memakan makanan yang haram).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

104  TOPIK 6 DOA MUSTAJAB "

6.1.3

Tema Utama Hadis

Hadis ini secara umumnya membincangkan satu perkara yang perlu diambil berat oleh seorang Mukmin, iaitu baik dalam setiap urusannya. Baik yang dimaksudkan di sini ialah melakukan sesuatu yang memberi manfaat dan selaras dengan syariat Islam. Maka, apabila dia berbuat sesuatu, dia perlu berbuat yang baik dan halal. Apabila memberi, dia perlu memberi barangan yang baik kerana Allah Maha Baik. Allah SWT tidak akan menerima melainkan perkara yang baik, halal dan yang menepati syariat. Hatta doa daripada seseorang, tidak diperkenankan Allah SWT hanya kerana dia telah memakan makanan dan memakai pakaian yang tidak halal, walaupun dia telah memenuhi syarat doa diterima.

6.1.4

Huraian Umum Hadis

Mari kita lihat huraian umum hadis ini satu-persatu. (a)

Allah SWT Maha Baik Hadis ini mengkhabarkan kesempurnaan sifat Allah SWT yang tidak dimasuki sebarang kekurangan dan keaiban. Al-Tayyib ini juga merupakan antara nama Allah SWT. Baik yang dimaksudkan di sini ialah suci. Ia bermaksud Allah SWT itu Maha Suci dan Bersih daripada sebarang kekurangan dan keaiban sama ada pada zat, nama, sifat, perbuatan dan hukum-Nya. Dengan sifat yang suci ini, maka Allah SWT juga tidak menerima kecuali amalan yang bersih daripada kekotoran dan Allah SWT tidak akan menerima amalan melainkan yang baik dan halal. Dia tidak menerima kecuali yang baik. Yang dimaksudkan di sini ialah Allah SWT tidak akan menerima sedekah melainkan yang baik dan halal. Maka, termasuk dalam suruhan Allah SWT ini adalah supaya kita mencari pekerjaan yang halal dan berbelanja pada perkara yang halal. Terdapat juga ulama yang berpandangan bahawa perkara baik yang diterima Allah SWT adalah lebih luas daripada itu. Maka, termasuk dengan apa-apa yang dikatakan baik dan bersih ini ialah bersih hati daripada sifat riyak, takjub dan seumpamanya.

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

DOA MUSTAJAB

 105

Suruhan supaya berurusan dengan harta pada perkara yang halal dan peringatan supaya menjauhi yang haram ini jelas alam firman Allah SWT dalam surah an-NisaÊ ayat 29:

َ ٓ ‫أن‬ َ َ ‫كن‬

َّ

ۡ ُ َ ۡ َ ُ َ ٰ َ ۡ َ ْ ٓ ُ ُ ۡ َ َ ْ ُ َ َ َ َّ َ ُّ َ ٰٓ َ َ ٰ ِ ‫يأيها ٱلِين ءامنوا تأكلوا أمولكم بينكم ب ِٱلب ِط ِل إ‬ َ َ ً َ َ ُ َ ُ َ ُ َ ْٓ ُ ُ َۡ َ َ ۡ ُ ّ َ َّ ‫ك ۡم إ َّن ٱ‬ ٖ ‫تكون ت ِجٰ َرة عن ت َر‬ ِ ۚ ‫اض مِنك ۚم و تقتلوا أنفس‬ ُ ٗ ‫ك ۡم َرح‬ ٢٩ ‫ِيما‬ ِ‫ب‬

Maksudnya:

„Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu.‰ Allah SWT juga benci sekiranya kita memberi sedekah barang yang rosak dan barang yang diragui kehalalannya. Dalam hal ini, Allah SWT menyatakan dalam surah al-Baqarah, ayat 267:

ْ ُ َ ْ ٓ ُ َ َ َ َّ َ ُّ َ َ ُ َ َ ۡ َ ۡ َ ٓ َّ َ ۡ ُ ۡ َ َ َ ٰ َ ّ َ ٰٓ ‫ت ما كسبتم ومِما أخرجنا لكم‬ ِ ‫يأيها ٱلِين ءامنوا أنفِقوا مِن طيِب‬ َۡ َ ّ َ ٓ َّ َ َ َ ُ ُ ُ ۡ َ َ ۡ ْ ُ َّ َ َ َ َ ُ ۡ ‫خذِيهِ إ ِ أن‬ ِ ‫ۡرض و تيمموا ٱلبِيث مِنه تنفِقون ولستم‬ ۖ ِ ‫مِن ٱل‬ ْ ُ ُۡ َ ٌّ َ َ َّ َّ َ ْ ٓ ُ َ ۡ َ ٌ ٢٦٧ ‫تغ ِمضوا فِي ۚهِ وٱعلموا أن ٱ غ ِن حِيد‬

Maksudnya:

„Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian daripada apa-apa yang Kami keluarkan daripada bumi untuk kamu dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberi kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Sentiasa Terpuji.‰ Maka kesemua yang tadi adalah maksud kepada baik yang dinyatakan dalam hadis. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

106  TOPIK 6 DOA MUSTAJAB " (b)

Allah SWT Memerintahkan Muslimin dengan Apa-apa yang Dia Perintahkan kepada Para Rasul Hadis ini menunjukkan bahawa mencari rezeki dan mengambil manfaat daripada perkara yang baik merupakan amalan para rasul dan orang yang soleh. Perintah yang Allah SWT turunkan adalah sama kepada para rasul mahupun kepada orang Mukmin, kecuali pada perkara yang Allah telah khususkan untuk para rasul. Rasul diutus kepada kaum Mukmin untuk menyuruh mereka melakukan perkara yang memberi manfaat kepada agama mereka, dunia dan akhirat serta memberi peringatan kepada yang memudaratkan mereka. Hadis ini menekankan agar kita mencontohi para rasul, terutamanya tentang memakan makanan yang baik, kerana ramai manusia tidak mengambil berat akan hal ini. Firman Allah SWT dalam surah al-Mukminun, ayat 51:

َ ُ َ ۡ َ َ ّ ً ٰ َ ْ ُ َ ۡ َ ٰ َ ّ َّ َ ْ ُ ُ ُ ُ ُّ َ ُّ َ ٰٓ َ َ ٞ ٥١ ‫ت وٱعملوا صل ِحاۖ إ ِ ِن بِما تعملون عل ِيم‬ ِ ‫يأيها ٱلرسل كوا مِن ٱلطيِب‬

Maksudnya:

„Wahai rasul-rasul, makanlah daripada benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa-apa yang kamu kerjakan.‰ (c)

Kisah Doa Seorang Lelaki Dalam hadis ini, dikisahkan tentang seorang lelaki yang berdoa akan tetapi doanya tidak diterima Allah SWT. Baginda SAW mengisyaratkan kepada adab berdoa dan sebab yang membawa kepada penerimaannya. Baginda SAW menyatakan bahawa perkara tersebut ialah: (i)

Perjalanan yang Jauh Bermusafir semata-mata sudah pun merupakan sebab doa dimakbulkan. Musafir yang lama akan menyebabkan hatinya lembut kerana banyak menanggung kepayahan dan merasa jauh dari keluarga dan tempat tinggal. Kesedihan jiwa adalah antara sebesar-besar sebab doa itu diterima. Rasul SAW ada bersabda:

ٍ ‫ت َﻻ َﺷ ﱠ‬ ُ‫ َوَد ْﻋ َﻮة‬،‫ َد ْﻋ َﻮةُ اﻟْ َﻮاﻟِ ِﺪ‬: ‫ﻚ ﻓِﻴ ِﻬ ﱠﻦ‬ ُ ‫"ﺛََﻼ‬ ٌ َ ‫ث َد َﻋ َﻮات ُﻣ ْﺴﺘَ َﺠﺎ‬ "‫ َوَد ْﻋ َﻮةُ اﻟْ َﻤﻈْﻠُ ِﻮم‬،‫اﻟْ ُﻤ َﺴﺎﻓِ ِﺮ‬ " Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

DOA MUSTAJAB

 107

Maksudnya:

„Tiga doa yang dimakbulkan, tidak ada keraguan padanya: doa seorang ayah, doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalimi.‰ (Hadis hasan, Abu Dawud, Kitab al-Solah, no. 1536) (ii)

Menzahirkan Kelemahan dan Kerendahan Diri sebagai Hamba Hal ini juga bertepatan dengan petunjuk Rasulullah SAW ketika Baginda SAW keluar untuk menunaikan sembahyang meminta hujan (istisqaÊ ), Baginda SAW keluar dalam keadaan berpakaian yang tidak begitu cantik merendah diri dan menghina dirinya kepada Allah SWT.

(iii) Mengangkat Tangan ke Langit Ia antara adab berdoa yang diharapkan dapat memustajabkan doa.

‫ﻳَ َﺪﻳِْﻪ أَ ْن ﻳَـ ُﺮﱠد ُﳘَﺎ ِﺻ ْﻔًﺮا‬ Maksudnya:

‫اﻪﻠﻟَ َﺣﻴِ ﱞﻲ َﻛ ِﺮﱘٌ ﻳَ ْﺴﺘَ ْﺤﻴِﻲ إِذَا َرﻓَ َﻊ اﻟﱠﺮ ُﺟ ُﻞ إِﻟَْﻴ ِﻪ‬ ‫إِ ﱠن ﱠ‬ ِ ْ ‫َﺧﺎﺋِﺒَـﺘَـ‬ ‫ﲔ‬

„Allah bersifat pemalu dan pemurah. Apabila seorang lelaki mengangkat kedua-dua belah tangannya kepada-Nya, Dia malu mengembalikan dua tangan itu dalam keadaan kosong dan kecewa.‰ (Al-Tirmizi, Kitab al-DaÊawaat, Bab al-DuÊa, no. Hadis 3509) Nabi Muhammad SAW juga telah menunjukkan bahawa Baginda SAW mengangkat tangan apabila berdoa dalam banyak keadaannya. Antaranya ditunjukkan oleh hadis berikut yang bermaksud:

„Nabi SAW mengangkat kedua-dua belah tangan ketika berdoa meminta hujan sehingga kelihatan warna putih dua ketiaknya.‰ (Riwayat al-Bukhari no. 1029, Muslim no. 895) Baginda SAW juga mengangkat kedua-dua belah tangannya pada hari peperangan Badar sambil meminta pertolongan ke atas tentera Musyrikin sehingga kain yang dipakai di bahagian atas badan terjatuh dari bahu Baginda (Hadis Muslim, no 1763).

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

108  TOPIK 6 DOA MUSTAJAB " (iv) Bersungguh-sungguh Memohon kepada Allah SWT

ِ ِ ، ‫َﻋ ِﻄ ِﲏ‬ ْ ‫ﺖ ﻓَﺄ‬ َ ‫ َوَﻻ ﻳَـ ُﻘﻮﻟَ ﱠﻦ اﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ إِ ْن ﺷْﺌ‬، َ‫َﺣ ُﺪ ُﻛ ْﻢ ﻓَـ ْﻠﻴَـ ْﻌ ِﺰْم اﻟْ َﻤ ْﺴﺄَﻟَﺔ‬ َ ‫إ َذا َد َﻋﺎ أ‬ " "ُ‫ﻓَِﺈﻧﱠﻪُ َﻻ ُﻣ ْﺴﺘَ ْﻜ ِﺮَﻩ ﻟَﻪ‬ Maksudnya:

„Apabila mana-mana daripada kamu berdoa, bersungguh-sungguhlah dalam menyatakan masalah dan janganlah berkata, ya Allah, kiranya engkau mahu berikanlah kepada ku, sesungguhnya Allah tidak membenci orang yang meminta.‰ (Al-Bukhari, Kitab al-DaÊawat, no. 5892) Dalam al-Quran juga banyak mengajarkan kepada kita lafaz doa yang baik, antaranya: 

ِ ِ ِ {‫اب اﻟﻨﱠﺎ ِر‬ َ ‫} َرﺑـﱠﻨَﺎ آﺗﻨَﺎ ِﰲ اﻟ ﱡﺪﻧْـﻴَﺎ َﺣ َﺴﻨَﺔً َوِﰲ اﻵﺧَﺮِة َﺣ َﺴﻨَﺔً َوﻗﻨَﺎ َﻋ َﺬ‬ (Surah al-Baqarah, 2: 102)



ِ ‫ﻚ ﻣﻦ ﺗُ ْﺪ ِﺧ ِﻞ اﻟﻨﱠﺎر ﻓَـ َﻘ ْﺪ أَﺧﺰﻳـﺘَﻪ وﻣﺎ ﻟِﻠﻈﱠﺎﻟِ ِﻤ‬ ِ {‫َﻧﺼﺎ ٍر‬ َ َ ‫ﲔ ﻣ ْﻦ أ‬ َ َ ُ َْ ْ َ َ ‫} َرﺑـﱠﻨَﺎ إﻧﱠ‬ َ (Surah Ali Imran, 3: 192)



ِ ِ َ‫ﻚ ﻻ‬ َ ‫ﻚ َوﻻَ ُﲣْ ِﺰَ ﻳَـ ْﻮَم اﻟْﻘﻴَ َﺎﻣ ِﺔ إِﻧﱠ‬ َ ‫} َرﺑـﱠﻨَﺎ َوآﺗِﻨَﺎ َﻣﺎ َو َﻋﺪﺗـﱠﻨَﺎ َﻋﻠَﻰ ُر ُﺳﻠ‬ ِ {‫ﻒ اﻟْ ِﻤ َﻴﻌ َﺎد‬ ُ ‫" ُﲣْﻠ‬ (Surah Ali Imran, 3: 195)

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

(d)

DOA MUSTAJAB

 109

Penghalang Doa Walaupun lelaki itu memenuhi syarat doa dimakbulkan apatah lagi ketika bermusafir yang merupakan antara sebab kuat doa dimakbulkan, namun doanya terhalang jua kerana satu perkara. Doanya terhalang kerana makanan yang dia makan dan pakaian yang dia pakai adalah haram dan daripada sumber yang haram. Maka syarat penerimaan doa yang paling utama yang dimaksudkan oleh Baginda SAW ialah sumber yang halal. Syarat ini sangat penting ketika berdoa dan beribadah kepada Allah SWT. Jika tidak, amalan yang kita lakukan akan sia-sia dan tidak akan diterima. Oleh sebab itu para sahabat amat mengambil berat perkara ini. Antaranya adalah seperti yang dilakukan oleh Saad bin Abi Waqqas. Ketika ada orang berkata kepadanya bahawa dalam kalangan para sahabat SAW, doa kamu diperkenankan, beliau pun membalas, „Saya tidak pernah mengangkat satu suap makanan ke mulut saya melainkan saya tahu dari mana ia datang dan dari mana ia keluar.‰

SEMAK KENDIRI 6.1 1.

Huraikan maksud Allah Maha Baik.

2.

Nyatakan kaitan antara makanan dengan doa.

" AKTIVITI 6.1 Huraikan kisah-kisah para sahabat yang menceritakan betapa mereka sangat menitikberatkan akan kehalalan makanan yang mereka makan.

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

110  TOPIK 6 DOA MUSTAJAB "

6.1.5

Doa ialah Ibadah

Antara ibadah yang paling penting ialah doa. Doa ialah ibadah kerana dalamnya wujud pengiktirafan dan penyaksian terhadap Allah SWT. Malah, doa itu sendiri menunjukkan kelemahan, pengharapan dan permintaan daripada hamba-Nya yang lemah dan tidak berupaya di hadapan Tuhannya dan penyerahan yang bulat terhadap Allah SWT sama ada ketika senang ataupun susah. Perkara ini merupakan sebab ibadah disyariatkan. Sesungguhnya, Allah SWT telah berjanji bahawa Allah SWT tidak akan mensia-siakan mereka yang memohon dan meminta kepadanya. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 186:

ُ ٌ َ ّ َ ّ َ ْ ُ َ ۡ ََۡ َ َ َ ََ َ َ ۡ َ َ َ َّ َ ُ َ ِ ‫جيب دعوة ٱل‬ ‫جيبوا‬ ِ ‫اع إِذا دع ِنۖ فليست‬ ِ ‫ذا سألك عِبادِي ع ِن فإ ِ ِن قرِيبۖ أ‬ َّ َ ْ ۡ ۡ َ ُ ١٨٦ ‫ِ َولُؤم ُِنوا ِب ل َعل ُه ۡم يَ ۡرش ُدون‬ Maksudnya:

„Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul.‰ Susunan surah dalam al-Quran sendiri menerangkan kepentingan doa dan kedudukannya yang tinggi yang al-Quran dibuka dengan doa, iaitu surah al-Fatihah. Kandungan surah al-Fatihah mengandungi doa-doa memohon jalan yang lurus dan memohon perlindungan dari jalan yang sesat. Kemudian, al-Quran juga ditutup dengan doa-doa memohon perlindungan (al-MuÊawwizatayn), iaitu surah al-Falaq dan surah an-Nas. Doa ialah satu pengakuan dan pengiktirafan bahawa Allah SWT empunya setiap sesuatu, Dia yang memberi manfaat dan mudarat dan hanya Dia yang memakbulkan d-doa ketika manusia memerlukan. Berdoa ialah tanda kita bertawakal kepada Allah SWT. Orang yang berdoa hakikatnya dia sedang menyerahkan urusannya kepada Allah SWT. Dia memohon dengan Allah SWT kerana dia yakin bahawa Allah SWT akan mengabulkan permintaannya.

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

DOA MUSTAJAB

 111

Doa ialah ibadah yang mudah dan dipermudahkan, tidak terikat dengan masa, tempat dan keadaan sama ada malam, siang, di laut, di darat, di udara, ketika bermusafir atau bermukim, ketika kaya mahupun miskin, ketika sakit mahupun sihat, dalam keadaan berahsia ataupun terbuka. Hal ini menunjukkan betapa dekatnya orang yang berdoa dengan Allah SWT. Kita boleh meminta apa-apa sahaja dengan Allah SWT pada bila-bila masa. Banyak bala tertolak dengan sebab doa, banyak rahmat dan nikmat yang diperoleh dengan doa dan banyak kemenangan, kejayaan di dunia didapati hasil daripada doa. Allah SWT sifatkan mereka yang tidak berdoa sebagai mereka yang bongkak dan sombong kerana tidak mahu meminta kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa dan Maha Pemberi. Allah SWT berfirman dalam surah Ghafir, ayat 60:

َ َ ۡ َ َ ُ ۡ َ ۡ َ َ َّ َّ ۡ ُ َ ۡ َ ۡ َ ٓ ُ ۡ ُ ُ ُّ َ َ َ َ ‫جب لك ۚم إِن ٱلِين يستك ِبون عن عِباد ِت‬ ِ ‫ون أست‬ ِ ‫وقال ربكم ٱدع‬ َ ُ ُ َۡ َ َ ‫ون َج َه َّن َم َداخِر‬ ٦٠ ‫ين‬ ‫سيدخل‬ ِ

Maksudnya:

„Dan Tuhan kamu berfirman: „Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong dan takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina.ʉ Baginda SAW menyatakan Allah SWT akan mengabulkan permintaan hambahamba-Nya dengan syarat permintaannya tidak mengandungi dosa dan bukan permintaan yang bertujuan memutuskan silaturahim. Maka dengan itu Allah SWT akan mengabulkan permintaannya dalam tiga bentuk sama ada Allah SWT akan memberi apa-apa yang diminta dengan segera, Allah SWT akan memberikannya pada hari akhirat kelak atau mungkin Allah SWT akan mengabulkan permintaannya dalam bentuk menahannya daripada keburukan seumpamanya. Perkara ini disebut dalam hadis Baginda SAW:

ٍ ِ ِ ٍِ ‫اﻪﻠﻟُ َِﺎ إِ ْﺣ َﺪى‬ ‫ إِﱠﻻ أ َْﻋﻄَﺎﻩُ ﱠ‬، ‫ﺲ ﻓِ َﻴﻬﺎ إِ ْﰒٌ َوَﻻ ﻗَ ِﻄ َﻴﻌﺔُ َرِﺣ ٍﻢ‬ َ ‫َﻣﺎ ﻣ ْﻦ ُﻣ ْﺴﻠﻢ ﻳَ ْﺪﻋُﻮ ﺑ َﺪ ْﻋ َﻮة ﻟَْﻴ‬ ٍ ِ ِ ‫ف‬ َ ‫ﺼ ِﺮ‬ ْ َ‫ َوإِ ﱠﻣﺎ أَ ْن ﻳ‬، ‫ َوإِ ﱠﻣﺎ أَ ْن ﻳَﺪﱠﺧَﺮَﻫﺎ ﻟَﻪُ ِﰲ ْاﻵﺧَﺮِة‬، ُ‫ﺛََﻼث إِ ﱠﻣﺎ أَ ْن ﺗُـ َﻌ ﱠﺠ َﻞ ﻟَﻪُ َد ْﻋ َﻮﺗُﻪ‬ ِ ‫ﻋْﻨﻪ ِﻣﻦ اﻟ ﱡﺴ‬ " "‫اﻪﻠﻟُ أَ ْﻛﺜَـ ُﺮ‬ ‫ ﱠ‬: ‫ ﻗَ َﺎل‬، ‫ إِ ًذا ﻧُ ْﻜﺜُِﺮ ؟‬: ‫ ﻗَﺎﻟُﻮا‬، " ‫ﻮء ِﻣﺜْـﻠَ َﻬﺎ‬ َ َُ

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

112  TOPIK 6 DOA MUSTAJAB " Maksudnya:

„Tidak ada Muslim yang memohon doa yang tidak ada padanya memohon keburukan dan yang memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberi apa-apa yang dia minta dalam tiga bentuk. Iaitu sama ada Allah akan memperkenankan dengan segera permintaannya itu, atau Allah memberikan kepadanya pada akhirat kelak atau Allah memperkenankan dengan cara mengalihkan daripadanya keburukan yang seumpamanya. Mereka berkata: Bagaimana sekiranya kami meminta banyak? Baginda SAW menjawab: Sesungguhnya Allah akan memberi lebih banyak.‰ (Musnad Ahmad, Musnad al-ÂAsyarah al-Mubasyirin bi al-Jannah, no. 10922)

" AKTIVITI 6.2 Bincangkan cara doa itu menunjukkan rasa kerendahan diri seorang hamba terhadap Tuhannya.

6.1.6

Doa ialah Senjata Mukmin

Doa ialah jalan penyelamat. Ia ubat paling mujarab yang boleh menghalang dan mengubati segala musibah, dan yang boleh menghalang penurunan musibah atau mengurangkannya. Maka, doa juga dikatakan sebagai senjata yang boleh digunakan oleh Mukmin untuk mendapatkan kebaikan dan menolak keburukan. Dalam lipatan sejarah, doa ialah senjata yang digunakan oleh para nabi pada saat yang sukar. Yang berikut ialah dua contoh yang dilakukan oleh mereka: (a)

Nabi Muhammad SAW dan Perang Badar Dalam sebuah riwayat daripada Sayidina Umar al-Khattab r.a., semasa Perang Badar ketika Nabi Muhammad SAW melihat kaum Musyrikin dalam jumlah yang sangat ramai, iaitu 1,000 orang berbanding para sahabat yang hanya 313 orang, lalu Baginda SAW pun menghadap ke kiblat dan mengangkat tangannya seraya berdoa:

„Ya Allah, kurniakanlah apa-apa yang telah Engkau janjikan padaku, berikanlah apa-apa yang telah Engkau janjikan padaku. Ya Allah sekiranya Engkau hancurkan generasi ini, iaitu dalam kalangan orang Islam, Engkau tidak akan disembah di muka bumi ini.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

DOA MUSTAJAB

 113

Maka Nabi SAW terus memohon kepada Allah SWT, mengangkat tangannya dan menghadap kiblat hingga kain selendang Baginda SAW terjatuh daripada bahunya. Abu Bakar lantas pergi kepada Baginda SAW dan beliau meletakkan semula selendang itu di bahu Baginda SAW dan berdiri di belakang Baginda SAW dan berkata; „Wahai Nabi Allah, cukuplah

apa-apa yang kamu minta daripada Tuhanmu. Dia akan menunaikan permintaanmu itu.‰ Sememangnya benar. Allah SWT mengirim tenteranya dalam kalangan malaikat untuk membantu tentera Islam seperti yang dinyatakan dalam firman-Nya dalam surah al-Anfal, ayat 9:

َ ٰٓ َ َ ۡ َ ّ ۡ َ ُ ُّ ُ ّ َ ۡ ُ َ َ َ َ ۡ َ ۡ ُ َّ َ َ ُ َ ۡ َ ۡ ‫إِذ تستغِيثون ربكم فٱستجاب لكم أ ِن م ِمدكم بِأل ٖف مِن ٱلملئِك ِة‬ َ ‫ُم ۡردِف‬ ٩ ‫ِي‬

Maksudnya:

„(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu Dia perkenankan permohonan kamu (dengan firman-Nya): „Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan 1,000 (bala tentera) daripada malaikat yang datang berturut-turut.‰ (Hadis Muslim, no. 1763) (b)

Nabi Ayub a.s dan Penyakit Kulitnya Penderitaan yang dialami oleh Nabi Ayub a.s. adalah sangat getir kerana ditimpa pelbagai ujian. Baginda a.s. disisih oleh orang ramai kerana penyakit kulit. Namun demikian, Baginda a.s. menghadapi ujian tersebut dengan penuh tabah dan sabar. Apabila ujian terus berpanjangan, Baginda a.s. memanjatkan doa dengan berkata:

„Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih Mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani.‰ Firman Allah SWT dalam surah al-AnbiyaÊ, ayat 83 hingga 84:

َ َ َ َ ُّ ُّ ّ َ ٓ ُ َّ َ ٰ َ َ ۡ َ ُّ َ َ َّ َ َ َ َّ ۡ ُ َ ٨٣ ‫۞وأيوب إِذ نادى ربهۥ أ ِن مس ِن ٱلض وأنت أرحم ٱلر ٰ ِحِي‬ َ َ َُ َۡ َ َ ۡ َ ۡ‫ضۖ َو َء َات ۡي َنٰ ُه أَ ۡهلَ ُهۥ َوم ِۡثلَ ُهم َّم َع ُهم‬ ّ ُ ‫ك َش ۡف َنا َما بهِۦ مِن‬ ‫فٱستجبنا لۥ ف‬ ِ ٖ َ ۡ ‫َر‬ َ ‫ى ل ِۡل َعٰبد‬ َ ‫ح ٗة ّم ِۡن عِندِنَا َوذ ِۡك‬ ٰ ٨٤ ‫ِين‬ ‫ر‬ ِ Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

114  TOPIK 6 DOA MUSTAJAB " Maksudnya:

„Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: „Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih Mengasihani daripada segala (yang lain) Yang Mengasihani. Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya: keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat daripada Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang taat kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik).‰

AKTIVITI 6.3 Pernahkah kamu melalui pengalaman yang kamu sangat merasakan Allah SWT telah memberikan bantuan pada saat kamu meminta? Ceritakan pengalaman tersebut bersama rakan kamu.

6.1.7

Doa yang Mustajab

Seorang Muslim perlulah menjaga adabnya ketika berdoa memohon kepada Allah SWT supaya menerima doa dan segala amalan kita seperti yang ditekankan oleh Baginda SAW. Selain daripada syarat yang Nabi SAW sebutkan dalam hadis, terdapat banyak lagi adab dan syarat yang mesti kita lakukan untuk memastikan doa kita diterima Allah SWT. Antara perkara tersebut ialah: (a)

Ikhlas Ketika Berdoa Ikhlas ialah adab doa yang paling penting kerana Allah SWT mengingatkan dalam firman-Nya dalam surah Mukmin, ayat 14:

َ ۡ َ َ َ ّ َُ َ ۡ ُ َّ ْ ۡ َ َ ‫فٱد ُعوا ٱ َ مل ِِصي ل ٱل‬ ١٤ ‫ِين َول ۡو ك ِرهَ ٱلكٰفِ ُرون‬ Maksudnya:

„Oleh itu maka mohonlah (sembahlah) kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadanya (dan menjauhi bawaan syirik), sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai (amalan kamu yang demikian)‰. Oleh sebab itu, ketika berdoa, kita perlu hanya meminta kepada Allah SWT. Kita yakin dan percaya hanya Allah SWT yang mampu memberi kebaikan dan menghalang keburukan. Kita takkan meminta kepada yang lain selain daripada Allah SWT. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

(b)

DOA MUSTAJAB

 115

Taubat dan Kembali kepada Allah SWT Maksiat adalah antara sebab utama menghalang doa seperti nasihat Nabi Nuh a.s. kepada kaumnya. Hal ini diceritakan firman Allah SWT dalam surah Nuh, ayat 10:

َّ َ َ َ ُ َّ ۡ ُ َّ َ ْ ُ ۡ َ ۡ ُ ۡ ُ َ ٗ ١٠ ‫فقلت ٱستغفِروا ربكم إِنهۥ كن غفارا‬ Maksudnya:

„Sehingga Aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun.‰ (c)

"

Memulakan Doa dengan Memuji Allah SWT dan Mengucap Syukur terhadap-Nya serta Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW Sebuah hadis ada menyebut:

ِ ِ ِ ِ ِ ‫ﺼﻠِّﻲ َﻋﻠَﻰ‬ َ ُ‫ ﰒُﱠ ﻳ‬، ‫َﺣ ُﺪ ُﻛ ْﻢ ﻓَـ ْﻠﻴَـْﺒ َﺪأْ ﺑِﺘَ ْﺤﻤﻴﺪ َرﺑِّﻪ َﺟ ﱠﻞ َو َﻋﱠﺰ َواﻟﺜـﱠﻨَﺎء َﻋﻠَْﻴﻪ‬ َ ‫إِ َذا‬ َ ‫ﺻﻠﱠﻰ أ‬ ِ " "َ‫ ﰒُﱠ ﻳَ ْﺪﻋُﻮ ﺑَـ ْﻌ ُﺪ ِﲟَﺎ َﺷﺎء‬، ‫اﻪﻠﻟُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ‬ ‫ﺻﻠﱠﻰ ﱠ‬ َ ‫ﱠﱯ‬ ِّ ‫اﻟﻨ‬ Maksudnya:

„Apabila kamu berdoa mulakanlah dengan syukur kepada Allah Azzawajalla dan memujinya kemudian berselawatlah ke atas Nabi SAW kemudian mintalah selepas itu apa-apa yang kamu mahu‰. (Sahih, Abu Dawud, Kitab Sujud al-Quran, no. 1269) (d)

Mengakui dan Mengiktiraf akan Dosa Penghambaan yang sempurna ini ditunjukkan oleh doa yang diungkapkan oleh Nabi Yunus a.s. ketika Baginda a.s. diuji dengan kedegilan kaumnya yang tidak mahu menuruti apa-apa yang dibawanya. Firman Allah SWT dalam surah al-AnbiyaÊ, ayat 87:

ُ ُّ َ َ َ ۡ َ َ َ ۡ َّ َّ َ َّ َ َ ٗ ٰ َ ُ َ َ َّ َ ُّ َ َ ٰ ٰ ‫ت‬ ِ ‫ضبا فظن أن لن نقدِر عليهِ فنادى ِف ٱلظلم‬ ِ ‫ون إِذ ذهب مغ‬ ِ ‫وذا ٱل‬ َّ َ ُ ُ ّ َ َ ٰ َ ۡ ُ َ َ ٓ َّ َ ٰ َ ٓ َّ َ َ ٰ ٨٧ ‫أن إِله إ ِ أنت سبحنك إ ِ ِن كنت مِن ٱلظل ِ ِمي‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

116  TOPIK 6 DOA MUSTAJAB " Maksudnya:

„Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun Nun, ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa-apa yang berlaku) maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: „Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah aku)! Sesungguhnya aku adalah dalam kalangan orang-orang yang menganiaya diri sendiri.‰ (e)

"

Berwuduk, Menghadap Kiblat dan Mengangkat Tangan Ketika Berdoa Ia bertujuan mendatangkan kekhusyukan dan bahawa dia benar-benar mahu.

ِ ‫أَ ﱠن اﻟﻨِﱠﱯ ﺻﻠﱠﻰ ﱠ‬ َ‫ﺎﺳﺘَـ ْﻘﺒَ َﻞ اﻟْ ِﻘْﺒـﻠَﺔ‬ ْ َ‫ﺎﺳﺘَ ْﺴ َﻘﻰ ﻓ‬ ْ َ‫ﺼﻠﱠﻰ ﻓ‬ َ ‫اﻪﻠﻟُ َﻋﻠَْﻴﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ َﺧَﺮ َج إِ َﱃ اﻟْ ُﻤ‬ َ ‫ﱠ‬ ِ ْ ‫ﺻﻠﱠﻰ رْﻛ َﻌﺘَـ‬ ِ َ‫وﻗَـﻠ‬ ‫ﲔ‬ َ َ َ َ ‫ َو‬،ُ‫ﺐ رَداءَﻩ‬ Maksudnya:

„Bahawa Nabi SAW keluar ke tempat solat dan memohon meminta hujan dan Baginda SAW menghadap kiblat dan menterbalikkan selendangnya dan solat dua rakaat.‰ (Al-Bukhari, Kitab Tafsir al-Quran, no. 5896) (f)

Merendahkan Suara Ketika Berdoa Dalam perkara ini Allah SWT ada menyebutnya dalam al-Quran. Firmannya dalam surah al-AÊraf, ayat 55:

ُ َّ َ ْ ُ ۡ ُّ ‫ض ٗع َو ُخ ۡف َي ًة ۚ إنَّ ُهۥ َ ُي‬ َ ‫ِب ٱل ۡ ُم ۡع َتد‬ ُّ َ َ‫ك ۡم ت‬ ٥٥ ‫ِين‬ ‫ٱدعوا رب‬ ِ Maksudnya:

„Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.‰

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

DOA MUSTAJAB

 117

Baginda SAW juga pernah menegur para sahabat yang meninggikan suara mereka ketika berdoa dengan sabdanya:

"

ِ ‫َﺻ ﱠﻢ َوَﻻ‬ َ ‫ ﻓَِﺈﻧﱠ ُﻜ ْﻢ َﻻ ﺗَ ْﺪﻋُﻮ َن أ‬، ‫" ْارﺑَـﻌُﻮا َﻋﻠَﻰ أَﻧْـ ُﻔﺴ ُﻜ ْﻢ‬، ‫ﱠﺎس‬ ُ ‫ﻓَـ َﻘ َﺎل " َ أَﻳـﱡ َﻬﺎ اﻟﻨ‬ ِ ‫ إِﱠﳕَﺎ ﺗَ ْﺪﻋﻮ َن َِﲰﻴﻌﺎ ﺑ‬، ‫َﻏﺎﺋِﺒﺎ‬ " ‫ﺼ ًﲑا‬ ُ ً َ ً Maksudnya:

„Wahai sekalian manusia, berlaku lembutlah atas dirimu. Sesungguhnya kamu tidak meminta kepada yang tuli atau yang tidak ada. Sesungguhnya kamu memohon kepada yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.‰ (Al-Bukhari, Kitab Tafsir al-Quran, no. 6150) (g)

"

Tidak Berdoa pada Perkara yang Berdosa dan yang Memutuskan Silaturahim

ٍ‫ﻣﺎ ِﻣﻦ ﻣﺴﻠٍِﻢ ﻳ ْﺪﻋﻮ ﺑِ َﺪﻋﻮ‬ ‫ﻴ‬ ‫ﻟ‬ ‫ة‬ ‫اﻪﻠﻟُ َِﺎ‬ َ ‫ إِﱠﻻ أ َْﻋﻄَﺎﻩُ ﱠ‬، ‫ﺲ ﻓِ َﻴﻬﺎ إِ ْﰒٌ َوَﻻ ﻗَ ِﻄ َﻴﻌﺔُ َرِﺣ ٍﻢ‬ ْ َ َْ ُ َ ْ ُ ْ َ ٍ ‫إِﺣ َﺪى ﺛََﻼ‬ ِ ‫ وإِ ﱠﻣﺎ أَ ْن ﻳﺪ‬، ‫ث إِ ﱠﻣﺎ أَ ْن ﺗُـﻌ ﱠﺠﻞ ﻟَﻪ د ْﻋﻮﺗُﻪ‬ ‫ َوإِ ﱠﻣﺎ‬، ‫ﱠﺧَﺮَﻫﺎ ﻟَﻪُ ِﰲ ْاﻵ ِﺧَﺮِة‬ ْ َ َ َُ َُ َ َ ِ ‫ف ﻋْﻨﻪ ِﻣﻦ اﻟ ﱡﺴ‬ " "‫اﻪﻠﻟُ أَ ْﻛﺜَـ ُﺮ‬ ‫ ﱠ‬: ‫ ﻗَ َﺎل‬، ‫ إِذًا ﻧُ ْﻜﺜُِﺮ ؟‬: ‫ ﻗَﺎﻟُﻮا‬، " ‫ﻮء ِﻣﺜْـﻠَ َﻬﺎ‬ ْ َ‫أَ ْن ﻳ‬ َ ُ َ َ ‫ﺼ ِﺮ‬ Maksudnya:

„Tidak ada Muslim yang memohon doa yang tidak ada padanya dosa dan memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberi apa-apa yang dia minta dalam tiga bentuk. Iaitu sama ada Allah akan memperkenankan dengan segera permintaannya itu, atau Allah memberikan kepadanya pada akhirat kelak atau Allah memperkenankan dengan cara mengalihkan darinya keburukan yang seumpamanya. Mereka berkata: Bagaimana sekiranya kami meminta banyak? Baginda SAW menjawab: Sesungguhnya Allah akan memberi lebih banyak.‰ (Musnad Ahmad, Musnad al-ÂAsyarah al-Mubasyirin bi al-Jannah, no. 10922)

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

118  TOPIK 6 DOA MUSTAJAB " (h)

Menjauhi Doa yang Buruk untuk Diri Sendiri, Anak-anak dan Harta Dalam sebuah hadis dinyatakan:

‫ َوَﻻ ﺗَ ْﺪﻋُﻮا َﻋﻠَﻰ َﺧ َﺪ ِﻣ ُﻜ ْﻢ‬، ‫ َوَﻻ ﺗَ ْﺪﻋُﻮا َﻋﻠَﻰ أ َْوَﻻ ِد ُﻛ ْﻢ‬، ‫َﻻ ﺗَ ْﺪﻋُﻮا َﻋﻠَﻰ أَﻧْـ ُﻔ ِﺴ ُﻜ ْﻢ‬ ِ‫ َﻻ ﺗُـﻮاﻓِ ُﻘﻮا ِﻣﻦ ﱠ‬، ‫ وَﻻ ﺗَ ْﺪﻋﻮا ﻋﻠَﻰ أَﻣﻮاﻟِ ُﻜﻢ‬، ‫ﺎﻋﺔَ ﻧَـْﻴ ٍﻞ ﻓِ َﻴﻬﺎ‬ َ ‫اﻪﻠﻟ ﺗَـﺒَ َﺎرَك َوﺗَـ َﻌ َﺎﱃ َﺳ‬ ْ َْ َ ُ َ َ َ ِ ‫ﻋﻄَﺎء ﻓَـﻴﺴﺘ‬ " ‫ﻴﺐ ﻟَ ُﻜ ْﻢ‬ ‫ﺠ‬ َ َْ َ ٌ َ Maksudnya:

„Janganlah kamu mendoakan (yang tidak baik) ke atas diri kamu, janganlah kamu mendoakan (yang tidak baik) ke atas anak-anak kamu, janganlah kamu mendoakan (yang tidak baik) ke atas khadam kamu, janganlah kamu mendoakan (yang tidak baik) ke atas harta kamu, janganlah ia bertepatan dengan saat yang diterima doa maka Allah akan kabulkan apa-apa yang kamu pinta.‰ (Sahih, Abu Dawud, Kitab al-Witr, no. 1313) (i)

Mencari dan Mengejar Waktu dan Keadaan yang Dimakbulkan Doa Antara waktu yang afdal ialah: 

Pada awal pagi seperti Allah SWT nyatakan dalam firman-Nya, surah al-Zariyat, ayat 18.

َ ُ َۡ َۡ ۡ ُ َ َۡۡ َ ١٨ ‫وب ِٱلسحارِ هم يستغفِرون‬

Maksudnya:

„Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).‰ 

Pada hari Jumaat Berkaitan kelebihan doa pada hari Jumaat, Abu Hurairah ada meriwayatkan daripada Rasulullah SAW:

ِ ِ ِِ ‫ ﻳَ ْﺴﺄ َُل ﱠ‬، ‫ﺼﻠِّﻲ‬ َ ‫ﻓﻴﻪ َﺳ‬ ُ‫اﻪﻠﻟَ َﺷْﻴـﺌًﺎ إِﱠﻻ أ َْﻋﻄَﺎﻩ‬ َ ُ‫ﺎﻋﺔٌ َﻻ ﻳـُ َﻮاﻓ ُﻘ َﻬﺎ َﻋْﺒ ٌﺪ ُﻣ ْﺴﻠ ٌﻢ َوُﻫ َﻮ ﻳ‬ ""‫إِ ﱠ ﻩ‬ ُ Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

DOA MUSTAJAB

 119

Maksudnya:

„Padanya ada satu waktu yang tidak diketemui oleh seorang hamba Muslim dalam keadaan ia bersembahyang, meminta daripada Allah sesuatu melainkan Allah akan memberikan kepadanya.‰ (Muslim, Kitab al-JumaÊah, no. 1412) 

Pada hari Arafah, iaitu hari kebesaran yang dimakbulkan berdoa.

‫ﱡﻋ ِﺎء ُد َﻋﺎءُ ﻳَـ ْﻮِم َﻋَﺮﻓَﺔ‬ َ ‫َﺧْﻴـ ُﺮ اﻟﺪ‬ Maksudnya:

„Sebaik-baik doa ialah doa pada hari Arafah.‰ (Hasan, al-Tirmizi: Kitab al-DaÊawat, no. 3540) Manakala antara tempat yang afdal adalah seperti di masjid dan tempat yang suci dan tempat yang Allah SWT muliakan seperti di padang Arafah, di Tanah Haram, di Safa dan Marwa dan di dua Jamrah. (j)

Berdoa Ketika Senang dan Ketika Susah Seorang hamba yang salih akan sentiasa mengamalkan doa dan pohon kepada Allah SWT pada waktu senang mahupun susah. Ada pun hamba yang tidak soleh hanya meminta kepada Allah SWT ketika ditimpa kesusahan sahaja. Apabila senang, dia lupa pada Allah SWT mereka inilah yang ditempelak oleh Allah SWT dalam firman-Nya, dalam surah al-IsraÊ, ayat 83:

ُّ َّ ‫َذا َم َّس ُه‬ ‫ٱلش‬

َ َ َ َ ۡ َ َٰ ۡ ََ َ ۡ َ َۡ َٓ َ َ ‫ٱلنس ِن أعرض ونٔا ِبانِبِهِۦ‬ ‫ذا أنعمنا‬ ِ ٗ ٔ‫ي‬ ُ َ ‫َك َن‬ ٨٣ ‫وسا‬

Maksudnya:

„Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah sia serta menjauhkan diri (daripada bersyukur); dan apabila dia merasai kesusahan, jadilah dia berputus asa.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

120  TOPIK 6 DOA MUSTAJAB "

SEMAK KENDIRI 6.2 Huraikan dengan ringkas adab-adab berdoa.

" AKTIVITI 6.4 Tahukah kamu kisah tiga pemuda yang terperangkap di dalam sebuah gua dan akhirnya mereka boleh keluar dari gua tersebut? Apakah yang menyebabkan doa mereka cepat dimakbulkan Allah? Bincangkan.

6.2

PRINSIP ASAS PENDIDIKAN DALAM HADIS

Hadis ini juga memberikan kita beberapa prinsip asas pendidikan yang digunakan oleh Baginda SAW. Prinsip tersebut ialah: (a)

Dalam hadis ini, Baginda SAW menggunakan teknik pendidikan menerusi penceritaan, iaitu kisah seorang lelaki yang bermusafir dan berdoa. Teknik penceritaan adalah antara teknik yang efektif dan berkesan.

(b)

Baginda SAW juga menggunakan bahasa yang mudah dan senang untuk difahami. Maka, pendengar juga boleh mendapat dengan mudah apa-apa yang ingin disampaikan oleh Baginda SAW. Contohnya, ketika menyifatkan Allah SWT dengan sifat baik dan Allah SWT amat menyukai perkara yang baik. Bahasa yang jelas dan mudah juga digunakan ketika Baginda SAW menceritakan keadaan lelaki yang bermusafir itu dengan jelas sehinggakan kita yang hanya mendengar boleh menggambarkan keadaan lelaki tersebut.

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

DOA MUSTAJAB

 121

PENGAJARAN HADIS DALAM KONTEKS SEMASA

6.3

Hadis ini sangat penting dan sangat bermanfaat untuk kita hubungkan dengan konteks semasa. Antara kepentingan dan pengajaran hadis ini untuk diaplikasikan dalam konteks semasa ialah: (a)

Setiap Mukmin seharusnya memiliki sifat yang baik. Hal ini bermakna baik hatinya, lidahnya dan jasadnya kerana keimanan yang berada dalam hatinya lahir pada lidahnya menerusi zikir dan lahir pada anggotanya menerusi amalan soleh yang merupakan buah iman serta termasuk dalam nama iman. Semua perkara baik ini diterima dan disukai oleh Allah SWT.

(b)

Antara faktor terbesar kepada kebaikan amalan Mukmin ialah kebaikan makanannya yang datang daripada sumber yang halal. Amal tidak akan diterima melainkan dengan memakan makanan yang halal. Makanan yang haram memusnahkan pahala amalan seseorang. Malah, ia juga memberi kesan terhadap hati dan rohani seseorang.

(c)

Untuk itu, kita perlu memastikan bahawa diri kita bersih daripada sebarang harta dan sumber yang haram. Kita hendaklah menjauhkan diri daripada amalan yang terdapat unsur riba, mencari rezeki dengan cara yang haram seperti menipu, wang rasuah dan bekerja di tempat yang haram.

(d)

Kesejahteraan ummah bermula dengan kesejahteraan diri. Kesejahteraan diri pula bermula dengan kesejahteraan hati dan jiwa kerana Baginda SAW bersabda bahawa dalam jasad kita ada segumpal darah. Jika ia baik maka baiklah seluruh jasad dan ia ialah hati.

" AKTIVITI 6.5 Bincangkan bersama rakan anda hubungan antara makanan dengan pembinaan peribadi seseorang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

122  TOPIK 6 DOA MUSTAJAB "



Allah SWT memiliki sifat yang sempurna dan suci daripada sebarang keaiban. Allah SWT juga suka kepada perkara yang sempurna dan suka kiranya hamba-Nya berakhlak dengan sifat yang elok dan baik dan menegah mereka daripada melakukan sebarang perkara yang mengaibkan.



Allah SWT tidak menerima mana-mana hamba yang mendekatinya dengan perkataan, perbuatan dan harta yang haram kerana itu semua bertentangan dengan syariat-Nya.



Termasuk dalam perkara yang haram ialah syirik dalam melakukan amal seperti riyak. Setiap amalan dan perbuatan yang berkaitan dengan harta atau seumpamanya tidak akan diterima Allah SWT dan tidak diberi pahala sekiranya bercampur dengan syirik dan riyak.



Antara tanda kasih Allah SWT pada diri hambanya ialah Allah SWT menciptakan bagi mereka perkara yang baik dan mengharuskan bagi mereka perkara tersebut. Allah SWT tidak akan mengharamkan sesuatu ke atas hamba-Nya melainkan yang memberikan kemudaratan dan kerosakan.



Allah SWT mengharuskan bagi orang Mukmin perkara yang baik seperti Dia mengharuskan perkara tersebut kepada para rasul. Syariat yang diturunkan adalah sama sahaja sama ada kepada para rasul mahupun kepada umat mereka melainkan pada perkara yang didatangkan dalil yang khusus buat para rasul sahaja dan tidak kepada umat mereka.



Perbuatan yang haram boleh merosakkan hati dan menzalimi rohani seterusnya menyakiti masyarakat. Malah boleh menghalang doa daripada dikabulkan.



Kita hendaklah sentiasa memastikan makanan dan minuman kita adalah halal. Kita harus sentiasa bertaubat daripada maksiat, menanam sifat tawaduk, menanam keikhlasan, menjaga lisan apabila berbicara dan bersungguhsungguh ketika meminta dengan Tuhan. Sesungguhnya Allah Maha Mulia. Dia tidak akan menolak permintaan hamba-Nya sekiranya mereka meminta dengan adab yang sebegini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

DOA MUSTAJAB

Allah Maha Baik

Mengangkat tangan

Doa makbul

Menghalang doa

Kusut masai

Musafir

Makanan yang haram

Pakaian yang haram

 123

Abd al-Wahhab Rasyid Salih. (1995). Syarh al-arbaÊin al-nawawiyyah fi thawb jadid. Damsyik, Syria: Wizarah al-Awqaf. Abdul Fattah Abu Ghuddah. (2009). 40 teknik Rasulullah mengajar. Syuhadak Mahmud (Terj.). Seremban, Malaysia: Al-Azhar Media. Ali. (1998). Khulasah al-kalam fi al-ahadith allati alayha madar al-Islam. Damsyik, Syria: Dar al-Qalam. Al-Islamweb. (2013). Al-Islamweb.net. Dicapai dari www.al-islamweb.net Harf

Information Technology. http://hadith.al-islam.com

(2013).

Hadith

al-Islam.

Dicapai

dari

Ibnu Hajar al-Asqalani. (1997). Fath al-bari bi syarh sahih al-Bukhari. Kaherah, Mesir: Dar al-Fikr. Ibnu Rejab al-Hambali. (1989). JamiÊ ulum wa al-hikam. Kaherah, Mesir: Dar al-Kalimah al-Tayyibah. Mahyuddin Abi Zakaria Yahya Nawawi. (1994). Al-Minhaj fi syarh sahih Muslim. Damsyik, Syria: Dar al-Khayr. Mustafa al-Bugha, & Muhyiddin Misto. (1987). Al-Wafi fi syarh al-arbaÊin al-nawawiyyah. Beirut, Lebanon: Dar Ibn Kathir.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik "" " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " "



7

Hadis Kehebatan Seorang Muslim" "

"

HASIL PEMBELAJARAN

"

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menyatakan maksud beberapa kalimah hadis;

2.

Menghuraikan hadis secara umum;

3.

Menjelaskan sebab wurud hadis;

4.

Menyenaraikan amalan kebajikan yang dinyatakan dalam hadis; dan

5.

Membincangkan amalan kebajikan selain yang dinyatakan dalam hadis.

 PENGENALAN Topik ini akan membincangkan sebuah hadis yang menyingkap keistimewaan yang diberi oleh Allah SWT kepada seorang Muslim. Setiap amalan kebajikannya dikira sebagai amalan sedekah. Hadis ini ingin menjelaskan bahawa sedekah bukan setakat pada harta, malah turut mencakupi ruang amal lain seperti bertasbih, bertakbir dan bertahmid serta menyeru kepada kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Topik ini turut membawakan dalil lain yang menunjukkan amalan lain yang turut mendapat pahala sedekah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

7.1

HADIS KEHEBATAN SEORANG MUSLIM



125

HADIS DAN HURAIANNYA

Sesungguhnya Allah SWT sangat kasihkan hamba-Nya yang Mukmin. Kedudukan mereka di sisi-Nya adalah sangat dekat. Allah SWT menyediakan banyak ruang bagi kita mendapat reda dan ganjaran daripada-Nya. Perkara tersebut ditonjolkan oleh hadis ini yang Baginda SAW menjelaskan kepada umatnya amalan yang boleh dilakukan oleh seorang Muslim untuk mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Hadis ini sekali gus menonjolkan bahawa seorang Mukmin itu hebat. Apa-apa sahaja amalan yang dilakukan, jika dia diniatkan untuk kebaikan sama ada untuk diri sendiri mahupun untuk orang lain, akan mendapat pahala dan ganjaran daripada Allah SWT. Hadis ini juga menonjolkan kehebatan seorang Mukmin itu apabila mempunyai sifat berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan seperti yang ditunjukkan oleh para sahabat. Untuk itu, marilah kita sama-sama telusur hadis ini untuk mengetahui amalan yang dikatakan oleh Baginda SAW itu.

7.1.1

Lafaz Hadis dan Terjemahannya

Yang berikut ialah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dalam sahihnya dalam kitab Al-Zakah, hadis 1674 dan terjemahannya.

ِ ِ ِ ْ ‫ أَ ﱠن َ ﺳﺎ ِﻣﻦ أ‬،ُ‫ﻋﻦ أﰊ ذَ ٍر ر ِﺿﻲ ﷲ َﻋْﻨﻪ‬ ‫ﺻﻠﱠﻰ ﷲُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ‬ َ ‫َﺻﺤﺎب رﺳﻮل ﷲ‬ ْ ً ُ َّ ِ َ ‫ رﺳ‬- ‫ ﺻﻠﱠﻰ ﷲ ﻋﻠَﻴ ِﻪ وﺳﻠﱠﻢ‬- ‫ﱠﱯ‬ ‫ﱠ‬ ِِ ‫ﺐ أ َْﻫ ُﻞ اﻟ ﱡﺪﺛُﻮِر‬ َ َُ َ َ ََ َْ ُ َ ‫ َذ َﻫ‬،‫ﻮل ﷲ‬ ِّ ‫َو َﺳﻠ َﻢ ﻗﺎﻟُﻮا ﻟﻠﻨ‬ ِ ُ‫ِ ﻷُﺟﻮِر؛ ﻳﺼﻠﱡﻮ َن َﻛﻤﺎ ﻧ‬ ِ‫ﻀ‬ . ‫ﻮل أَﻣﻮاﳍِِﻢ‬ ُ ‫ﺼ ﱠﺪﻗُﻮ َن ﺑُِﻔ‬ َ َ‫ وﻳَـﺘ‬،‫ﻮم‬ ُ‫ﺼ‬ ُ َ‫ﻮﻣﻮ َن َﻛ َﻤﺎ ﻧ‬ ُ َ‫ وﻳ‬،‫ﺼﻠّﻲ‬ َ َ َُ ُ ُ‫ﺼ‬ ٍ ِ‫ إِ ﱠن ﺑِ ُﻜ ِﻞ ﺗَﺴﺒ‬،‫ أَوﻟَﻴﺲ ﻗَ ْﺪ ﺟﻌﻞ ﷲ ﻟَ ُﻜﻢ ﻣﺎ ﺗَﺼ ﱠﺪﻗُﻮ َن‬: ‫ﻗﺎل‬ ‫ َوُﻛ ِّﻞ ﺗَ ْﻜﺒِ َﲑٍة‬،ً‫ﺻ َﺪﻗَﺔ‬ َ ‫ﻴﺤﺔ‬ َ َ ْ ُ َ ََ َ ْ َ َ َ ْ ّ ِ ٍ َ ‫ وُﻛ ِﻞ َﲢ ِﻤ‬،ً‫ﺻ َﺪﻗَﺔ‬ ٍ ِ ‫ َوﻧَـ ْﻬ ٌﻲ‬،ٌ‫ﺻ َﺪﻗَﺔ‬ ْ ّ َ َ ‫ﻴﺪة‬ َ ‫ َو ْأﻣٌﺮ ِ ﻟْ َﻤ ْﻌ ُﺮوف‬،ً‫ﺻ َﺪﻗَﺔ‬ َ ‫ َوُﻛ ِّﻞ ﺗَـ ْﻬﻠﻴﻠَﺔ‬،ً‫ﺻ َﺪﻗَﺔ‬ َ ِ َ ‫ رﺳ‬:‫ﻗَﺎﻟُﻮا‬. ٌ‫ﻀ ِﻊ أَﺣ ِﺪ ُﻛﻢ ﺻ َﺪﻗَﺔ‬ َ ‫َﺣ ُﺪ‬ َ ْ َ ْ ُ‫ َوِﰲ ﺑ‬،ٌ‫ﺻ َﺪﻗَﺔ‬ َ ‫َﻋ ْﻦ ُﻣْﻨ َﻜ ٍﺮ‬ َ ‫ أََِْﰐ أ‬،‫ﻮل ﷲ‬ َُ َ ِ ‫ﻚ‬ َ ‫َﺟٌﺮ؟‬ َ ‫ﺿ َﻌ َﻬﺎ ِﰲ َﺣَﺮٍام أَ َﻛﺎ َن َﻋﻠَْﻴ ِﻪ ِوْزٌر؟ ﻓَ َﻜ َﺬﻟ‬ َ ‫ أ ََرأﻳْـﺘُ ْﻢ ﻟَ ْﻮ َو‬:‫ﻗﺎل‬ ْ ‫َﺷ ْﻬ َﻮﺗَﻪُ َوﻳَ ُﻜﻮ ُن ﻟَﻪُ أ‬ ِ ْ ‫ﺿﻌﻬﺎ ِﰲ‬ .‫رواﻩ ُﻣﺴﻠِ ٌﻢ‬. ‫َﺟٌﺮ‬ ْ ‫اﳊَﻼَل َﻛﺎ َن ﻟَﻪُ أ‬ َ َ َ ‫إِ َذا َو‬ Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

126  TOPIK 7 HADIS KEHEBATAN SEORANG MUSLIM " Maksudnya:

„Daripada Abi Zar r.a. bahawa beberapa orang sahabat Rasulullah SAW berkata kepada Nabi SAW: ÂWahai Rasulullah, golongan kaya telah pergi membawa pahala yang banyak. Mereka solat seperti kami solat dan berpuasa seperti kami berpuasa. Di samping itu mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka.Ê Baginda SAW pun bersabda: ÂBukankah Allah telah menjadikan untuk kamu apa-apa yang boleh kamu sedekahkan? Sesungguhnya dengan setiap kali bertasbih (ucap Subhanallah), ada sedekah. Dengan setiap kali bertakbir (ucap Allahu Akbar) ada sedekah. Dengan setiap kali bertahmid (ucap Alhamdulillah) ada sedekah. Dengan setiap kali bertahlil (ucap La ilaha illallah) ada sedekah. Menyuruh dengan kebaikan adalah sedekah. Mencegah kemungkaran adalah sedekah. Di kemaluan seseorang kamu pun ada sedekah.Ê Para sahabat pun bertanya: ÂWahai Rasulullah, adakah apabila salah seorang daripada kami memuaskan nafsu syahwatnya, dia mendapat pahala sedekah?Ê Baginda SAW menjawab: ÂApakah pendapat kamu jika dia memuaskan nafsunya melalui cara yang haram, adakah dia mendapat dosa? Begitulah sebaliknya, apabila dia memuaskan nafsunya dengan cara yang halal dia mendapat pahala.ʉ

7.1.2

Pengertian Kalimah Utama

Pengertian kalimah utama dalam hadis ditunjukkan dalam Jadual 7.1. Jadual 7.1: Pengertian Kalimah Utama dalam Hadis Kalimah Utama

Pengertian

‫"أَ ﱠن َ ًﺳﺎ‬

Mereka adalah daripada kalangan Muhajirin yang miskin.

ِ ‫َﺻ‬ ‫ﺤﺎب‬ ْ‫أ‬

Yang dimaksudkan dengan sahabat Rasulullah SAW ialah mereka yang hidup pada zaman Rasulullah SAW, yang beriman dengan Baginda SAW dan mati dalam keadaan beriman.

‫"أ َْﻫ ُﻞ اﻟ ﱡﺪﺛُﻮِر‬

ِ‫ﻀ‬ ‫ﻮل أَﻣﻮاﳍِِﻢ‬ ُ ‫"ﺑُِﻔ‬ ً‫"ﺻ َﺪﻗَﺔ‬ َ

Yang mempunyai harta yang banyak.

Harta yang lebih daripada keperluan.

Pahala yang diterima adalah pahala sedekah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

7.1.3

HADIS KEHEBATAN SEORANG MUSLIM



127

Tema Utama Hadis

Hadis ini secara umum menjelaskan dan menggambarkan keluasan Islam. Baginda SAW menyatakan bahawa ibadah dalam Islam tidak hanya tertumpu pada ibadah tertentu sahaja. Sebaliknya, sebaik sahaja suatu amalan itu diniatkan dengan yang baik, maka jadilah setiap pergerakan dan perbuatan itu sebagai ibadah dan ketaatan. Apatah lagi kiranya perbuatan itu memberikan kebaikan kepada umum. Hadis ini secara umumnya menggalakkan setiap umat Islam supaya menyumbang apa-apa sahaja bentuk kebaikan sama ada berbentuk perbuatan mahupun perkataan dengan segala kemampuan yang mereka. Hadis ini menonjolkan kehebatan hidup seseorang Muslim yang setiap amalan yang baik menjadi sumber ganjaran buatnya.

7.1.4

Sebab Wurud Hadis

Dalam Tafsir al-Quran Al-ÂAzim, Imam Ibn Kathir menukilkan kisah para sahabat Nabi Muhammad SAW yang berasa sangat sedih kerana mereka tiada peluang bersedekah dengan harta sedangkan golongan sahabat yang kaya mampu berbuat demikian. Mereka juga merasa sedih kerana tidak dapat turut serta keluar berjihad kerana mereka tidak mampu menyediakan peralatan perang. Keadaan mereka diceritakan Allah SWT dalam surah at-Taubah, ayat 92:

ْ َّ َ َ ۡ َ َ ۡ ُ ُ ۡ َ ٓ َ ُ َ ٓ َ َ ۡ ُ ۡ ُ َ ۡ َ َ ۡ َ َ ٓ َ َ َ َّ َ َ َ َ ‫جد ما أحِلكم عليهِ تولوا‬ ‫و‬ ِ ‫ٱلِين إِذا ما أتوك لِ ح ِملهم قلت أ‬ َ ُ ُ َ ْ ُ َ َّ َ ً َ َ ۡ َّ َ ُ َ ۡ ُ ُ ُ ۡ َ َّ ٩٢ ‫يدوا ما ينفِقون‬ ِ ‫وأعينهم تفِيض مِن ٱلمعِ حزنا أ‬ Maksudnya:

„Dan tidak juga berdosa orang-orang yang ketika mereka datang kepadamu (memohon) supaya engkau memberi kenderaan kepada mereka, Engkau berkata: ÂTidak ada padaku kenderaan yang hendak kuberikan untuk membawa kamu.Ê Mereka kembali sedang mata mereka mengalirkan air mata yang bercucuran, kerana sedih bahawa mereka tidak mempunyai sesuatu pun yang hendak mereka belanjakan (untuk pergi berjihad pada jalan Allah).‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

128  TOPIK 7 HADIS KEHEBATAN SEORANG MUSLIM "

7.1.5

Huraian Umum Hadis

Hadis ini menggambarkan para sahabat generasi pertama yang bersungguhsungguh berusaha mendapatkan kecintaan Allah SWT. Mereka berlumba-lumba untuk merebut tempat di sisi Allah SWT dan mereka sangat rindu pada syurga. Sikap berlumba-lumba untuk mencari lebih banyak kebaikan dan berusaha keras untuk melakukan amal soleh ialah perkara yang disyariatkan dan digalakkan. Firman Allah SWT dalam surah al-Mutaffifin, ayat 26:

ۡ َ َ َۡ َ َ َ ٢٦ ‫َو ِف ذٰل ِك فل َيت َناف ِس ٱل ُم َت َنٰفِ ُسون‬ Maksudnya:

„Dan untuk (memperoleh nikmat kesenangan) itu, hendaknya mereka berlumbalumba ingin merebut kelebihan dan kesenangan.‰ Bersedekah dengan harta hanya terbatas pada mereka yang mampu sahaja. Walau bagaimanapun, sembahyang dan puasa juga ibadah yang boleh dilakukan oleh semua orang yang membawa kepada kebaikan dan kebajikan. Kebaikan dan amal kebajikan yang dapat dilakukan dirasakan terbatas sedangkan mereka melihat sahabat-sahabat mereka yang mempunyai harta berlumba-lumba menafkahkan harta dengan mudah dan murah hati. Ada yang datang dengan membawa kesemua hartanya. Ada yang datang dengan membawa separuh daripada hartanya. Manakala, sebahagian yang lain datang dengan membawa beribu-ribu dinar atau dirham dan menompokkan harta mereka di hadapan Rasulullah SAW sehingga Baginda SAW mendoakan mereka, meredai dan memohon keampunan buat mereka. Keadaan ini menyebabkan para sahabat tidak berkemampuan dalam kalangan Muhajirin khususnya, merasa sangat sedih kerana mereka terlepas peluang untuk melakukan kebaikan dengan harta mereka. Setiap kali mereka mendengar ayat Quran ataupun kata-kata daripada Nabi Muhammad SAW yang menyuruh umat Islam berlumba-lumba untuk bersedekah dan yang menerangkan kelebihannya dan apa-apa yang Allah SWT sediakan buat mereka yang bersedekah, hati mereka merasa sangat hiba. Mereka lantas pergi menemui Baginda SAW mengadu dan meluahkan apa-apa yang mereka rasakan, sepertimana dalam riwayat yang dibawakan oleh Abi Zar:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

HADIS KEHEBATAN SEORANG MUSLIM



129

Dengan perasaan yang sangat sedih, para sahabat berkata kepada Rasulullah SAW: „Wahai Rasulullah, golongan kaya telah pergi membawa pahala yang banyak.‰ Kata-kata para sahabat ini bukanlah bermaksud mereka merasa dengki terhadap sahabat-sahabat mereka ataupun mengharapkan harta dan kekayaan. Namun, mereka sangat ingin melakukan kebaikan dan tersangat ingin mencapai martabat yang boleh dicapai oleh mereka yang berkemampuan. Mereka merasa cemburu dengan para sahabat yang kaya kerana melebihi mereka. Mereka solat dan berpuasa sama seperti mereka, namun sahabat yang miskin ini tidak mempunyai harta untuk disedekahkan untuk menyaingi martabat mereka. Maka, apakah yang harus mereka lakukan? Demikian rintihan mereka. Baginda SAW dapat merasai dan memahami kehausan dan kerinduan mereka kepada darjat yang tinggi di sisi Tuhan mereka serta apa-apa yang terpendam dalam hati mereka. Baginda SAW mengubati dan menenangkan jiwa mereka dengan begitu bijak dan hikmah sekali. Baginda SAW menarik perhatian mereka dengan mengatakan bahawa sedekah itu memberikan maksud yang begitu luas. Ia bukanlah terbatas terhadap sedekah harta sahaja, malah merangkumi setiap bentuk kebaikan. Pahala amalan kebaikan tersebut menyamai pahala bersedekah dengan harta. Oleh sebab itu, Baginda SAW mengatakan: „Bukankah Allah telah menjadikan untuk kamu apa-apa yang boleh kamu sedekahkan? ‰ Benar. Sesungguhnya, jenis sedekah yang terbentang buat mereka adalah banyak. Kesemuanya Allah SWT sediakan buat hamba-Nya kerana kedudukan seseorang itu adalah sesuai dengan kemampuan yang ada padanya. Firman Allah SWT dalam surah al-Talaq, ayat 7:

َ ُ َّ ُ ٰ َ َ ٓ َّ ۡ ُ ۡ َ ُ ُ ۡ ۡ َ َ َ ُ َ َ َ َ ّ َ َ ُ ۡ ۚ ‫ِلُنفِق ذو سعةٖ مِن سعتِهِۖۦ ومن قدِر عليهِ رِزقهۥ فلينفِق مِما ءات ه ٱ‬ َ ُ ٗ ۡ ُ ‫ك ّل ُِف ٱ َّ ُ َن ۡف ًسا إ َّ َما ٓ َءاتَ ٰ َها ۚ َس َي ۡج َع ُل ٱ َّ ُ َب ۡع َد ُع ۡس ي‬ ٧ ‫سا‬ ‫ي‬ ِ ٖ Maksudnya:

„Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberi nafkah daripada apa-apa yang diberi Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberi Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.‰

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

130  TOPIK 7 HADIS KEHEBATAN SEORANG MUSLIM " Dalam hadis ini, Baginda SAW menyatakan beberapa amalan yang boleh dilakukan sebagai ganti kepada sedekah harta yang tidak mampu dilakukan oleh mereka. Amalan tersebut adalah seperti yang berikut: (a)

Zikir Sabda Rasulullah SAW:

„Sesungguhnya dengan setiap kali bertasbih (ucap Subhanallah) ada sedekah. Dengan setiap kali bertakbir (ucap Allahu Akbar) ada sedekah. Dengan setiap kali bertahmid (ucap Alhamdulillah) ada sedekah. Dengan setiap kali bertahlil (ucap La ilaha illallah) ada sedekah.‰ Zikir kepada Allah SWT dalam bentuk tasbih, takbir dan tahmid merupakan amalan soleh sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Ankabut, ayat 45:

َ ُ َ ۡ َ َ ُ َ ۡ َ ُ َّ َ ُ َ ۡ َ َّ ُ ۡ َ َ ٤٥ ‫ولِكر ٱ ِ أكب ۗ وٱ يعلم ما تصنعون‬

Maksudnya:

„Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa-apa yang kamu kerjakan.‰ "Selain itu, terdapat banyak lagi nas yang menunjukkan kelebihan zikir. Antaranya ialah hadis berikut:

ِ‫ﻮل ﱠ‬ ِ ‫اﻪﻠﻟ ﺻﻠّﻰ ﷲ ﻋﻠَﻴ‬ :‫وﺳﻠﱠﻢ‬ ‫ﻪ‬ ُ ‫ﻗﺎل َر ُﺳ‬ َ :‫ﻗﺎل‬ َ ُ‫اﻪﻠﻟ ﻋْﻨﻪ‬ ‫ رﺿﻲ ﱠ‬،‫وﻋ ْﻦ أَﰊ ُﻫﺮﻳﺮَة‬ َ َ ْ َ َ ُ ِ َ‫ ﺣﺒِﻴﺒـﺘ‬،‫ﺘﺎن ِﰲ اﳌِﻴﺰ ِان‬ ِ َ‫ ﺛَﻘﻴِﻠ‬،‫ﺴﺎن‬ ِ ِّ‫ﺎن ﻋﻠﻰ اﻟﻠ‬ ِ ِ ِ ِ :‫ﺎن إِ َﱃ اﻟﱠﺮ ْﲪ ِﻦ‬ َ َ‫" َﻛﻠﻤﺘَﺎن َﺧﻔﻴ َﻔﺘ‬ َ َ َ ِ‫ﺳﺒﺤﺎن ﱠ‬ ِ ‫اﻪﻠﻟ اﻟﻌﻈﻴ ِﻢ "ﻣﺘﻔﻖ‬ .‫ﻋﻠﻴﻪ‬ ‫ ُﺳﺒﺤﺎ َن ﱠ‬،‫اﻪﻠﻟ َوِﲝَ ْﻤ ِﺪ ِﻩ‬ ٌ ُْ Maksudnya:

„Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: ÂDua kalimah yang ringan (mudah) disebut oleh lisan, berat (nilainya) di timbangan, sangat disukai oleh Allah (al-Rahman), iaitu Subhanallah wa bihamdihi, Subhanallah al-ÂAzim (Muttafaqun Âalaihi).ʉ

" Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

(b)

HADIS KEHEBATAN SEORANG MUSLIM



131

Dakwah Sabda Rasulullah SAW:

„Menyuruh dengan kebaikan adalah sedekah. Mencegah kemungkaran adalah sedekah.‰ Keseluruhannya, Nabi Muhammad SAW menyatakan bahawa berdakwah kepada manusia seperti berpegang pada suruhan Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya juga merupakan sedekah kerana bertujuan menyelamatkan manusia daripada azab neraka dan membawa mereka ke syurga. Dakwah merupakan sebaik-baik pekerjaan dan dakwah adalah pekerjaan para rasul. Amal dakwah itulah yang menjadikan kita sebaik-baik umat di muka bumi ini. Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran, ayat 110:

ۡ َ ُ َُۡ َ ُۡ َ َ َََۡۡ ۡ ُ َّ ُ َ ۡ َ ۡ ُ ُ َّ ۡ ۡ َ َ ُ ِ ‫كنتم خي أم ٍة أخ ِرجت ل ِلن‬ ‫وف وتنهون ع ِن ٱلمنك ِر‬ ِ ‫اس تأمرون ب ِٱلمعر‬ َّ َ ُ ۡ ُ ِۗ ‫َوتؤمِنون ب ِٱ‬

Maksudnya:

„Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).‰ Dengan demikian, sedekah, iaitu menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran, merupakan kewajipan setiap individu Islam menurut kemampuannya. Ia jaminan untuk kesejahteraan ummah dengan mengikut jalan yang betul. (c)

Hubungan Suami Isteri Sabda Rasulullah SAW:

„Di kemaluan seseorang kamu pun ada sedekah.‰ Para sahabat pun bertanya, „Wahai Rasulullah, adakah apabila salah seorang daripada kami memuaskan nafsu syahwatnya, dia mendapat pahala sedekah?‰ Baginda SAW menjawab, „Apakah pendapat kamu jika dia memuaskan nafsunya melalui cara yang haram, adakah dia mendapat dosa? Begitulah sebaliknya, apabila dia memuaskan nafsunya dengan cara yang halal, dia mendapat pahala.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

132  TOPIK 7 HADIS KEHEBATAN SEORANG MUSLIM " Hadis ini menjelaskan bahawa rahmat Allah SWT tersangat luas. Allah SWT menyusun ganjaran dan pahala pada waktu siang dan malam, memenuhi kehendak fitrah dan keperluannya. Baginda SAW menjelaskan bahawa sekiranya seseorang mendatangi isterinya dengan niat untuk memelihara dirinya daripada perkara yang haram, juga kerana kesetiaan terhadap isterinya serta mengharapkan zuriat yang soleh, maka di atas niat itu Allah SWT kurniakan pahala buatnya. Ganjarannya berganda kiranya pada saat ia mengecap kenikmatan itu, ia ingat kepada Allah SWT lantas berzikir dan membacakan doa:

ِ ُ ‫ ﻗَ َﺎل رﺳ‬:‫ ﻗَ َﺎل‬،‫ﺎس‬ ِ ٍ ‫َﻋ ِﻦ اﺑْ ِﻦ َﻋﺒﱠ‬ ‫َﺣ َﺪ ُﻫ ْﻢ‬ َ ‫ﻮل ﷲ‬ َ ‫ " ﻟَ ْﻮ أَ ﱠن أ‬:‫ﺻﻠﱠﻰ ﷲُ َﻋﻠَْﻴﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ‬ َُ ِ ‫ ِ ﺳ ِﻢ‬::‫ ﻗَ َﺎل‬،‫إِذَا أَراد أَ ْن ِْﰐ أَﻫﻠَﻪ‬ ِ ِّ‫ و َﺟﻨ‬،‫اﻟﻠﻬ ﱠﻢ َﺟﻨِّْﺒـﻨَﺎ اﻟﺸْﱠﻴﻄَﺎ َن‬ ‫ﺐ‬ ، ‫ﷲ‬ ُ ْ َ َ ََ ْ ُ َ ِ ‫ﻀﱠﺮﻩُ َﺷْﻴﻄَﺎ ٌن‬ َ ‫ ﻓَِﺈﻧﱠﻪُ إِ ْن ﻳـُ َﻘﺪ ْﱠر ﺑَـْﻴـﻨَـ ُﻬ َﻤﺎ َوﻟَ ٌﺪ ِﰲ َذﻟ‬،‫اﻟﺸْﱠﻴﻄَﺎ َن َﻣﺎ َرَزﻗْـﺘَـﻨَﺎ‬ ُ َ‫ َﱂْ ﻳ‬،‫ﻚ‬ " ‫أَﺑَ ًﺪا‬ Maksudnya:

„Seandainya salah seorang daripada kamu mendatangi isterinya kemudian membaca doa `Dengan nama Allah. Ya Allah, hindarkanlah kami daripada syaitan dan hindarkanlah syaitan daripada rezeki yang Engkau berikan kepada kami.Ê Kemudian ditakdirkan mereka dikurniakan anak (melalui persetubuhan itu), maka anak ini tidak dapat dimudaratkan oleh syaitan.‰ (Al-Bukhari, no. 141; Muslim, no. 1434) Demikianlah luasnya maksud sedekah yang merangkumi perkara yang dilakukan dengan ikhlas. Hadis ini adialah seruan Nabi Muhammad SAW kepada umatnya supaya mengharapkan ganjaran pada setiap perkara, iaitu dengan menyertakan niat yang baik pada setiap perbuatan dan amalan seharian kita.

" SEMAK KENDIRI 7.1 1.

Huraikan maksud sedekah.

2.

Nyatakan perkara-perkara yang mendapat pahala sedekah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

HADIS KEHEBATAN SEORANG MUSLIM



133

AKTIVITI 7.1 Berdasarkan kisah tadi, bincangkan bersama rakan-rakan anda tentang sifat-sifat mulia para sahabat.

7.1.6

Setiap Amalan Baik adalah Sedekah

Hakikatnya, pintu kebaikan bukanlah setakat yang disebutkan oleh hadis ini. Banyak lagi perkara yang boleh dikategorikan sebagai sedekah yang disebutkan dalam hadis lain. Antara perkara tersebut ialah: (a)

Nafkah kepada Keluarga Setiap hari, kita membelanjakan sesuatu untuk ahli keluarga kita. Di situ juga terdapat pahala sedekah yang Allah SWT janjikan. Sabda Rasulullah SAW:

ِ ِِ ٌ‫ﺻ َﺪﻗَﺔ‬ َ ُ‫إِ َذا أَﻧْـ َﻔ َﻖ اﻟﱠﺮ ُﺟ ُﻞ َﻋﻠَﻰ أ َْﻫﻠﻪ َْﳛﺘَﺴﺒُـ َﻬﺎ ﻓَـ ُﻬ َﻮ ﻟَﻪ‬ Maksudnya:

„Apabila seorang lelaki memberi nafkah kepada keluarganya dengan penuh pasrah mengharapkan reda Allah, maka baginya nilai sedekah.‰ (Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, hadis no. 55) Rasulullah SAW juga ada bersabda:

ِ ِ ‫ﻚ‬ َ ِ‫ َﺣ ﱠﱴ اﻟﻠﱡ ْﻘ َﻤﺔَ ﺗَـ ْﺮﻓَـﻌُ َﻬﺎ إِ َﱃ ِﰲ ْاﻣَﺮأَﺗ‬، ‫ت َﻋﻠَْﻴـ َﻬﺎ‬ َ ‫َوإِﻧﱠ‬ َ ‫ﻚ ﻟَ ْﻦ ﺗُـْﻨﻔ َﻖ ﻧَـ َﻔ َﻘﺔً إِﱠﻻ أُﺟ ْﺮ‬ Maksudnya:

„Sesungguhnya tidaklah engkau menginfakkan sesuatu dengan tujuan mencari reda Allah melainkan engkau akan mendapat pahala kerananya, bahkan makanan yang engkau suapkan ke mulut isterimu sekalipun.‰ (Sahih al-Bukhari, Kitab al-Faraid, hadis no. 6266)

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

134  TOPIK 7 HADIS KEHEBATAN SEORANG MUSLIM " (b)

Sedekah daripada Hasil Tanaman Pernahkah kita tahu sekiranya binatang memakan hasil tanaman kita, kita mendapat pahala sedekah? Dalam hal ini, Rasulullah SAW ada bersabda:

ِ ِ ِ ِ ِ ٍِ ُ‫ َوَﻣﺎ ُﺳ ِﺮ َق ﻣْﻨﻪ‬، ً‫ﺻ َﺪﻗَﺔ‬ َ ُ‫ إِﱠﻻ َﻛﺎ َن َﻣﺎ أُﻛ َﻞ ﻣْﻨﻪُ ﻟَﻪ‬، ‫س َﻏ ْﺮ ًﺳﺎ‬ ُ ‫َﻣﺎ ﻣ ْﻦ ُﻣ ْﺴﻠﻢ ﻳَـ ْﻐﺮ‬ ِ ِ ُ‫ َوَﻣﺎ أَ َﻛﻠَﺖ اﻟﻄﱠْﻴـ ُﺮ ﻓَـ ُﻬ َﻮ ﻟَﻪ‬، ٌ‫ﺻ َﺪﻗَﺔ‬ َ ُ‫ َوَﻣﺎ أَ َﻛ َﻞ اﻟ ﱠﺴﺒُ ُﻊ ﻣْﻨﻪُ ﻓَـ ُﻬ َﻮ ﻟَﻪ‬، ٌ‫ﺻ َﺪﻗَﺔ‬ َ ُ‫ﻟَﻪ‬ ٌ‫ﺻ َﺪﻗَﺔ‬ َ ُ‫ إِﱠﻻ َﻛﺎ َن ﻟَﻪ‬، ‫َﺣ ٌﺪ‬ َ َ ‫ َوَﻻ ﻳَـ ْﺮَزُؤﻩُ أ‬، ٌ‫ﺻ َﺪﻗَﺔ‬ Maksudnya:

„Tidaklah seseorang Muslim yang menanam tanaman, kecuali baginya pahala sedekah daripada setiap apa-apa yang dimakan daripada tanaman tersebut. Apa-apa sahaja daripada tanamannya dicuri, dia mendapat pahala sedekah. Apa-apa sahaja daripada tanamannya dimakan binatang buas, dia mendapat pahala sedekah. Apa-apa sahaja daripada tanamannya dimakan burung, dia mendapat pahala sedekah. Dan apa-apa sahaja daripada tanamannya diambil seseorang, dia mendapat pahala sedekah.‰ (Sahih Muslim Kitab al-Musaqah, hadis no. 2908) (c)

Tidak Melakukan Kejahatan Dikatakan juga sebagai sedekah apabila kita menahan diri daripada melakukan kejahatan. Sabda Rasulullah SAW:

ِ ‫ﻒ َﺷﱠﺮَك َﻋ ِﻦ اﻟﻨ‬ ‫ﻚ‬ ‫ﺗَ ُﻜ ﱡ‬ َ ‫ﻚ َﻋﻠَﻰ ﻧَـ ْﻔ ِﺴ‬ َ ‫ﺻ َﺪﻗَﺔٌ ِﻣْﻨ‬ َ ‫ ﻓَِﺈﻧـﱠ َﻬﺎ‬، ‫ﱠﺎس‬ Maksudnya:

„Apabila kamu menegah diri kamu daripada melakukan kejahatan terhadap manusia, sesungguhnya ia adalah sedekah daripada kamu ke atas dirimu.‰ (Sahih Muslim, Kitab al-Iman, hadis no. 122)

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

(d)

HADIS KEHEBATAN SEORANG MUSLIM



135

Membantu, Menasihatkan dan Menggembirakan Saudaranya Bahkan pada setiap perkara yang dibuat untuk menceriakan orang lain, memudahkan urusannya, mengajaknya ke arah kebaikan dan mencegah daripada melakukan kemungkaran dan sebagainya, yang sangat mudah untuk dilakukan setiap hari, padanya Allah SWT sediakan ganjaran. Sabda Rasulullah SAW:

ِ ِ ‫ﻚ ِﰲ وﺟ ِﻪ أ‬ ‫ﻚ َﻋ ْﻦ اﻟْ ُﻤْﻨ َﻜ ِﺮ‬ َ ُ‫ﺻ َﺪﻗَﺔٌ َوأ َْﻣ ُﺮَك ِ ﻟْ َﻤ ْﻌ ُﺮوف َوﻧَـ ْﻬﻴ‬ َ َ‫ﻴﻚ ﻟ‬ َ ‫َﺧ‬ ْ َ َ ‫ﺗَـﺒَ ﱡﺴ ُﻤ‬ َ ‫ﻚ‬ ِ ‫ﱠﻼ ِل ﻟَﻚ ﺻﺪﻗَﺔٌ وﺑﺼﺮَك ﻟِﻠﱠﺮﺟ ِﻞ اﻟﱠﺮِد‬ ِ ‫ﺎد َك اﻟﱠﺮ ُﺟﻞ ِﰲ أ َْر‬ ‫يء‬ ُ ‫ﺻ َﺪﻗَﺔٌ َوإِ ْر َﺷ‬ َ ُ ُ َ َ َ َ َ َ َ ‫ض اﻟﻀ‬ َ ْ ‫ﻚ‬ ٌ‫ﺻ َﺪﻗَﺔ‬ َ َ‫اﳊَ َﺠَﺮ َواﻟﺸ ْﱠﻮَﻛﺔَ َواﻟْ َﻌﻈْ َﻢ َﻋ ْﻦ اﻟﻄﱠ ِﺮ ِﻳﻖ ﻟ‬ َ َ‫ﺼ ِﺮ ﻟ‬ َ ُ‫ﺻ َﺪﻗَﺔٌ َوإِ َﻣﺎﻃَﺘ‬ َ ‫ﻚ‬ َ ‫ﻚ‬ َ َ‫اﻟْﺒ‬ ِ ‫ﻚ ِﻣﻦ دﻟْ ِﻮ َك ِﰲ دﻟْ ِﻮ أ‬ ٌ‫ﺻ َﺪﻗَﺔ‬ َ َ‫ﻴﻚ ﻟ‬ َ ‫َﺧ‬ َ َ ْ َ ُ‫َوإِﻓْـَﺮاﻏ‬ َ ‫ﻚ‬ Maksudnya:

„Senyumanmu di hadapan saudaramu adalah sedekah bagimu. Kamu menyuruh melakukan kebaikan dan menegah kemungkaran adalah sedekah bagimu. Kamu memberi pandu arah kepada seorang lelaki yang tersesat di suatu tempat adalah sedekah bagimu. Kamu membuang batu, duri dan tulang di jalan adalah sedekah bagimu. Kamu menuang air dari timbamu untuk diisi ke dalam timba saudaramu adalah sedekah bagimu.‰ (Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Birr wa al-Silah, hadis no. 1956) Maka dengan itu, tenanglah hati-hati mereka yang tidak punyai harta yang cukup untuk bersedekah kerana Allah SWT telah menyediakan ruang yang sangat luas untuk mereka membuat kebaikan. Namun demikian, bagi yang mempunyai harta yang lebih, sekiranya mereka bersedekah dengan harta mereka dan dalam masa yang sama mereka juga melakukan amal kebajikan yang banyak, maka sesungguhnya ganjaran untuk mereka sangatlah besar. Kelebihan itulah yang telah Allah SWT kurniakan buat mereka. Untuk itu, marilah kita memperbanyakkan amal dan kebajikan untuk mengejar kelebihan yang Allah SWT janjikan, dengan apa-apa sahaja yang kita miliki dan apa-apa sahaja yang kita mampu. Hal ini kerana Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya:

ٍ ٌ‫ﺻ َﺪﻗَﺔ‬ َ ‫ُﻛ ﱡﻞ َﻣ ْﻌ ُﺮوف‬

„Setiap kebaikan itu adalah sedekah.‰ (Sahih Muslim, Kitab al-Zakah, hadis no. 1005) Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

136  TOPIK 7 HADIS KEHEBATAN SEORANG MUSLIM "

SEMAK KENDIRI 7.2 Pada pandangan anda, antara menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dengan berzikir, manakah yang lebih utama? Nyatakan jawapan anda berserta alasan-alasannya.

" AKTIVITI 7.2 1.

Cari bersama rakan anda hadis-hadis lain yang memperkatakan tentang pahala sedekah bagi mereka yang melakukan pekerjaan tertentu.

2.

Jelaskan maksud sedekah lisan.

7.2

PRINSIP ASAS PENDIDIKAN DALAM HADIS

Hadis ini memberikan kita beberapa prinsip asas pendidikan yang digunakan oleh Baginda SAW. Prinsip tersebut ialah: (a)

Teknik Qiyas Dalam hadis ini, Baginda SAW telah menggunakan teknik qiyas secara

‫)ﻗﻴﺎس اﻟﻌﻜﺲ‬, iaitu dalam sabdanya:

terbalik (

„Di kemaluan seseorang kamu pun ada sedekah. Para sahabat pun bertanya: ÂWahai Rasulullah, adakah apabila salah seorang daripada kami memuaskan nafsu syahwatnya, dia mendapat pahala sedekah?Ê Baginda SAW menjawab: ÂApakah pendapat kamu jika dia memuaskan nafsunya melalui cara yang haram, adakah dia mendapat dosa? Begitulah sebaliknya, apabila dia memuaskan nafsunya dengan cara yang halal, dia mendapat pahala.ʉ Teknik qiyas terbalik ini lebih memudahkan pendengar untuk memahami dan menerima kebenaran terhadap contoh yang dibawa.

" Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

(b)

HADIS KEHEBATAN SEORANG MUSLIM



137

Kelembutan Kelembutan adalah antara sifat penting yang perlu ada pada diri setiap pendidik. Baginda SAW ialah seorang pendidik yang amat lemah lembut dan memahami para sahabatnya. Baginda SAW ialah pendidik yang pandai memujuk dan mengambil hati mereka. Kelembutan Baginda SAW jelas tatkala para sahabat yang miskin mengadu akan kecemburuan mereka terhadap sahabat-sahabat yang kaya yang Baginda SAW telah bersabda:

„Bukankah Allah telah menjadikan untuk kamu apa-apa yang boleh kamu sedekahkan.‰ Baginda SAW lantas menjelaskan satu persatu amalan yang boleh mereka lakukan untuk mendapat ganjaran yang banyak.

" AKTIVITI 7.3 Senaraikan sifat-sifat yang perlu ada dalam diri seseorang pendidik dan pendakwah.

7.3

PENGAJARAN HADIS DALAM KONTEKS SEMASA

Hadis ini sangat penting. Ia sangat bermanfaat untuk kita hubungkan dengan konteks semasa. Antara kepentingan dan pengajaran hadis ini untuk aplikasi semasa ialah: (a)

Diharuskan perasaan cemburu dan gembira pada kebaikan yang dilakukan oleh orang lain. Ia berbeza dengan hasad. Hasad itu bermaksud tidak suka pada kebaikan yang orang lain dapat. Maka inilah kehebatan seorang Mukmin, iaitu dia ada sifat berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan seperti yang ditunjukkan oleh para sahabat.

(b)

Kita tidak harus meremeh-temehkan perkara yang baik walaupun di mata manusia ia tidak bernilai. Hal ini kerana Allah SWT memandang apa-apa sahaja perkara baik yang kita lakukan walaupun hanya melemparkan senyuman kepada sahabatnya.

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

138  TOPIK 7 HADIS KEHEBATAN SEORANG MUSLIM " (c)

Konsep sedekah adalah luas. Sedekah tidak hanya terbatas kepada sedekah harta sahaja, malah apa-apa sahaja kebaikan yang kita lakukan sama ada untuk diri ataupun masyarakat, akan mendapat pahala sedekah. Maka, bagi mereka yang tidak mempunyai harta yang banyak untuk bersedekah, rebutlah peluang ini. Ia tanda kasih Allah SWT terhadap hamba-Nya yang Allah SWT menyediakan ruang dan peluang yang sangat luas untuk semua hamba-Nya mendapat ganjaran dan kurniaan pahala daripada-Nya.

(d)

Perkara yang harus akan berubah menjadi sedekah dan ketaatan apabila dia meniatkannya sebagai amalan yang baik. Persetubuhan yang halal akan mendapat pahala sedekah jika diniatkannya sebagai tanggungjawab terhadap isteri dan dengan niat untuk mendapat anak yang soleh ataupun diniatkan untuk memelihara dirinya dan diri isterinya daripada terjebak ke dalam perkara yang haram.

(e)

Setiap perbuatan yang baik adalah sedekah sama ada dilakukan untuk diri sendiri, untuk manusia lain ataupun kepada binatang.

(f)

Sama sahaja ganjarannya kepada orang miskin yang sabar dan orang kaya yang bersyukur kerana pada setiap kesabaran dan kesyukuran itu ada keistimewaan yang tersendiri.

(g)

Sedekah dengan harta bagi yang mampu dan yang mempunyai harta adalah lebih baik daripada berzikir kerana manfaat sedekah lebih umum dan bermanfaat kepada orang lain. Manakala, manfaat zikir hanya khusus dan terbatas buat orang yang berzikir sahaja. Kiranya orang yang kaya bersedekah dan mereka juga berzikir, maka pahalanya besar di sisi Allah SWT. Ia merupakan kurniaan Allah SWT kepada siapa yang Dia kehendaki.

(h)

Amar makruf dan nahi mungkar amat penting dalam kehidupan manusia. Ia bukan setakat mendapat pahala sedekah apabila dilaksanakan bahkan merupakan kewajipan oleh setiap Muslim.

(i)

Bergaul dengan isteri secara baik dan menunaikan haknya adalah antara perkara yang memberi ketenangan kepada isteri. Begitu juga bergaul dengan suami secara baik kerana mengakui kelebihannya dan mensyukuri kebaikannya.

(j)

Pintu kebaikan tidak hanya terbatas kepada perkara yang telah disebutkan dalam hadis ini sahaja. Banyak lagi amalan yang boleh dilakukan oleh seorang Muslim dan dia boleh mendapat pahala sedekah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

HADIS KEHEBATAN SEORANG MUSLIM



139

(k)

Ganjaran yang Allah SWT sediakan ini adalah rahmat dan kasih Allah SWT terhadap hamba-Nya. Setiap Muslim harus bersyukur dengan nikmat Allah SWT ini.

(l)

Hadis ini memberi kekuatan kepada seorang Muslim kerana ia memberikan ruang untuk mereka mendapatkan kasih Allah SWT dengan amalan yang mampu dilakukan oleh mereka.

" AKTIVITI 7.4 Berikan pendapat anda tentang kepentingan hadis ini dalam pembinaan sebuah masyarakat yang harmoni. Kongsikan pendapat anda dengan rakan dalam forum myINSPIRE.



Hadis yang dibincangkan menunjukkan bahawa semua yang disebutkan adalah sedekah sama ada berbentuk perkataan atau perbuatan, harta mahupun bukan harta.



Sedekah dengan bukan harta pula terbahagi kepada dua bentuk, iaitu sedekah yang kebaikannya sampai kepada orang lain dan sedekah yang manfaatnya terbatas kepada pelakunya sahaja.



Islam sangat mudah. Sedekah bukan hanya dengan harta, bahkan dengan apaapa sahaja kebaikan yang kita lakukan dan apa-apa sahaja kegembiraan yang kita berikan kepada orang lain. Ganjarannya adalah sama dengan ganjaran mereka yang bersedekah dengan harta.



Apabila melakukan sesuatu yang halal, maka padanya pahala sedekah.



Sesiapa yang melakukan kebaikan tetap diberi ganjaran pahala walaupun melakukannya tanpa tujuan dan niat sepertimana pahala yang diterima oleh seseorang yang hasil tanamannya dimakan burung atau dicuri orang.



Islam sangat menuntut umatnya supaya menjaga silaturahim, memelihara dan menunaikan hak sesama saudara sehinggakan apa-apa sahaja kebaikan yang dilakukan ke arah itu dikira sebagai sedekah.

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

140  TOPIK 7 HADIS KEHEBATAN SEORANG MUSLIM "

Kaya

Sedekah

Mencegah kemungkaran

Tahlil

Menyuruh melakukan kebaikan

Tahmid

Miskin

Tasbih

Pahala

"

"

Abd al-Wahhab Rasyid Salih. (1995). Syarh al-arbaÊin al-nawawiyyah fi thawb jadid. Damsyik, Syria: Wizarah al-Awqaf. Abdul Fattah Abu Ghuddah. (2009). 40 teknik Rasulullah mengajar. Syuhadak Mahmud (Terj.). Seremban, Malaysia: Al-Azhar Media. Ali. (1998). Khulasah al-kalam fi al-ahadith allati alayha madar al-Islam. Damsyik, Syria: Dar al-Qalam. Al-Islamweb. (2013). Al-Islamweb.net. Dicapai dari www.al-islamweb.net Harf

Information Technology. http://hadith.al-islam.com

(2013).

Hadith

al-Islam.

Dicapai

dari

Ibnu Hajar al-Asqalani. (1997). Fath al-bari bi syarh sahih al-Bukhari. Kaherah, Mesir: Dar al-Fikr. Ibnu Rejab al-Hambali. (1989). JamiÊ ulum wa al-hikam. Kaherah, Mesir: Dar al-Kalimah al-Tayyibah. Mahyuddin Abi Zakaria Yahya Nawawi. (1994). Al-Minhaj fi syarh sahih Muslim. Damsyik, Syria: Dar al-Khayr. Mustafa al-Bugha, & Muhyiddin Misto. (1987). Al-Wafi fi syarh al-arbaÊin al-nawawiyyah. Beirut, Lebanon: Dar Ibn Kathir.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik "" " " " " " " " " "



8

Hadis Asas Pembangunan Diri"

"

" " " " " " " " " " " " " "

" "

HASIL PEMBELAJARAN

"

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menyatakan maksud beberapa kalimah hadis;

2.

Menghuraikan hadis secara umum;

3.

Menjelaskan maksud sedekah;

4.

Menghuraikan bentuk sedekah; dan

5.

Menjelaskan dasar pembangunan diri yang dimaksudkan dalam hadis.

 PENGENALAN Mereka yang berjaya ialah mereka yang sentiasa berfikir untuk memajukan diri. Mereka yang berjaya ialah mereka yang sentiasa melakukan kebaikan kepada orang lain dan tidak menghalang kebaikan daripada berlaku. Perkara tersebut ditekankan oleh Baginda SAW dalam hadis ini. Hadis yang dimulakan dengan seruan supaya bersedekah ini hakikatnya membawa maksud agar setiap Muslim berusaha sedaya upaya untuk bersedekah dalam apa-apa sahaja bentuk yang mampu dilakukan. Bentuk motivasi inilah yang dibawakan oleh Baginda SAW.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

142  TOPIK 8 HADIS ASAS PEMBANGUNAN DIRI "

8.1

HADIS DAN HURAIANNYA

Apakah bentuk kebaikan yang boleh kita lakukan dalam kehidupan kita? Adakah terbatas pada harta benda sahaja? Adakah terhad kepada mereka yang mempunyai wang sahaja? Bagaimanakah hadis ini dikatakan membawa mesej pembangunan diri? Hadis berikut akan menjawab persoalan tersebut. Mari kita lihat hadis berikut.

8.1.1

Lafaz Hadis dan Terjemahannya

Yang berikut ialah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahihnya dalam Kitab al-Zakah, hadis 1682.

ِِ ِ ِ ِِ ِ ِ ِِ ، ‫اﻪﻠﻟُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ‬ ‫ﺻﻠﱠﻰ ﱠ‬ َ ‫ﱠﱯ‬ ِّ ‫ َﻋﻦ اﻟﻨ‬، ‫ َﻋ ْﻦ َﺟ ّﺪﻩ‬، ‫ َﻋ ْﻦ أَﺑﻴﻪ‬، ‫َﻋ ْﻦ َﺳﻌﻴﺪ ﺑْﻦ أَﰊ ﺑـُْﺮَد َة‬ ِ‫ ﻗ‬، " ٌ‫ " ﻋﻠَﻰ ُﻛ ِﻞ ﻣﺴﻠٍِﻢ ﺻﺪﻗَﺔ‬: ‫ﻗَ َﺎل‬ ، ‫ ﻳَـ ْﻌﺘَ ِﻤ ُﻞ ﺑِﻴَ َﺪﻳِْﻪ‬: ‫ ﻗَ َﺎل‬، ‫ﺖ إِ ْن َﱂْ َِﳚ ْﺪ ؟‬ ََ ْ ُ ّ َ َ ْ‫ أ ََرأَﻳ‬: ‫ﻴﻞ‬ َ ِ ِ ِ ‫ﲔ َذا‬ ُ ‫ﺼﺪ‬ ُ ‫ ﻳُﻌ‬: ‫ ﻗَ َﺎل‬، ‫ﺖ إِ ْن َﱂْ ﻳَ ْﺴﺘَﻄ ْﻊ ؟‬ َ ْ‫ أ ََرأَﻳ‬: ‫ﻴﻞ‬ َ َ‫ﻓَـﻴَـْﻨـ َﻔ ُﻊ ﻧَـ ْﻔ َﺴﻪُ َوﻳَـﺘ‬ َ ‫ ﻗ‬: ‫ ﻗَ َﺎل‬، ‫ﱠق‬ ِ‫ ﻗ‬: ‫ ﻗَ َﺎل‬، " ‫ﻮف‬ ِ ‫اﳊﺎﺟ‬ ‫ َْ ُﻣ ُﺮ‬: ‫ ﻗَ َﺎل‬، ‫ﺖ إِ ْن َﱂْ ﻳَ ْﺴﺘَ ِﻄ ْﻊ ؟‬ ‫ﻬ‬ ‫ﻠ‬ ‫ﻤ‬ ‫ﻟ‬ ‫ا‬ ‫ﺔ‬ ْ ْ َ َ ْ‫ أ ََرأَﻳ‬: ُ‫ﻴﻞ ﻟَﻪ‬ ُ َ َْ َ َ ِ ‫ِ ﻟْﻤﻌﺮ‬ ِّ‫ﻚ َﻋ ِﻦ اﻟﺸ‬ ‫ﱠﺮ ﻓَِﺈﻧـﱠ َﻬﺎ‬ ْ ‫وف أَ ِو‬ ُ ‫ ﳝُْ ِﺴ‬: ‫ ﻗَ َﺎل‬، ‫ﺖ إِ ْن َﱂْ ﻳَـ ْﻔ َﻌ ْﻞ ؟‬ َ ْ‫ أ ََرأَﻳ‬: ‫ ﻗَ َﺎل‬، ‫اﳋَِْﲑ‬ ُْ َ ٌ‫ﺻ َﺪﻗَﺔ‬ َ Maksudnya:

„Daripada SaÊid bin Abi Burdah daripada ayahnya daripada datuknya daripada Nabi SAW telah bersabda: ÂSetiap Muslim perlu bersedekah.Ê Para sahabat bertanya: ÂBagaimana kiranya tidak mampu?Ê Baginda SAW bersabda: ÂBekerjalah dengan usaha sendiri, maka ia akan memberi manfaat kepada dirinya dan bersedekah dengannya.Ê Datuk SaÊid berkata lagi: Para sahabat bertanya: ÂBagaimana kiranya tidak mampu?Ê Baginda SAW bersabda: ÂBantulah yang berhajat sama ada kerana dia lemah atau dizalimi.Ê Datuk SaÊid berkata lagi: Para sahabat bertanya: ÂBagaimana kiranya tidak mampu?Ê Baginda SAW bersabda: ÂSerulah kepada kebaikan.Ê Sahabat bertanya: ÂBagaimana kiranya tidak mampu?Ê Baginda SAW bersabda: ÂTahanlah diri daripada berbuat keburukan kerana sesungguhnya ia adalah sedekah.ʉ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

8.1.2

HADIS ASAS PEMBANGUNAN DIRI



143

Pengertian Kalimah Utama

Pengertian kalimah utama dalam hadis ditunjukkan dalam Jadual 8.1. Jadual 8.1: Pengertian Kalimah Utama dalam Hadis Kalimah Utama

Pengertian

ٌ‫"ﺻ َﺪﻗَﺔ‬ َ

Sedekah ialah apa-apa yang dikeluarkan oleh seseorang daripada hartanya dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Bekerja dengan bersungguh-sungguh. Berbeza

‫"ﻳَـ ْﻌﺘَ ِﻤ ُﻞ‬

dengan perkataan

‫ ﻳﻌﻤﻞ‬yang hanya membawa

maksud bekerja.

ُ‫"ﻓَـﻴَـْﻨـ َﻔ ُﻊ ﻧـَ ْﻔ َﺴﻪ‬

Dengan apa-apa yang diusahakan menerusi perusahaan, perniagaan atau seumpamanya, maka boleh berinfak dengannya dan tidak akan meminta-minta daripada orang lain.

‫ﱠق‬ ُ ‫ﺼﺪ‬ َ َ‫َ"وﻳَـﺘ‬

Memberi manfaat kepada orang lain dengan bersedekah.

‫إِ ْن َﱂْ ﻳَ ْﺴﺘَ ِﻄ ْﻊ‬

Sekiranya tidak mampu sama ada kerana lemah ataupun malas.

ِ ‫ﺎﺟ ِﺔ‬ ْ ‫ﲔ ذَا‬ ُ ‫ﻳُﻌ‬ َ َ‫اﳊ‬

Membantu sama ada ataupun perbuatan.

dengan

perkataan

‫ﻮف‬ َ ‫اﻟْ َﻤْﻠ ُﻬ‬

Mereka yang meminta pertolongan sama ada kerana dizalimi ataupun kerana lemah.

ِّ‫ﻚ َﻋ ِﻦ اﻟﺸ‬ ٌ‫ﺻ َﺪﻗَﺔ‬ ُ ‫ﳝُْ ِﺴ‬ َ ‫ﱠﺮ ﻓَِﺈﻧـﱠ َﻬﺎ‬

Sekiranya dia menahan diri daripada keburukan kerana Allah SWT, maka dia mendapat ganjaran atas perbuatannya itu. "

SEMAK KENDIRI 8.1 Terangkan kepada rakan anda maksud dan pengertian kalimah-kalimah utama yang disenaraikan sebelum ini. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

144  TOPIK 8 HADIS ASAS PEMBANGUNAN DIRI "

8.1.3

Tema Utama Hadis

Topik ini membincangkan hadis pilihan kelapan yang menyentuh dasar pembangunan diri yang dituntut dalam Islam, iaitu bekerja mencari rezeki yang halal, tolong-menolong sesama Islam, membuat amar makruf dan nahi mungkar serta menahan diri daripada melakukan kejahatan.

8.1.4

Huraian Umum Hadis

Hadis ini menggariskan beberapa kaedah membangunkan diri. Nabi Muhammad SAW mengajar kita cara menjadi seorang Muslim yang sentiasa positif dalam kehidupan. Antara cara membangunkan diri ialah bekerja dan berusaha mencari rezeki, membudayakan amalan bantu-membantu, tolong-menolong dan melazimkan amalan kesatuan umat. Matlamat dan tujuan Islam yang terbesar ialah menyatukan hati umat Islam. Tujuan utamanya adalah kekuatan dan kemenangan mereka ke atas orang kafir. Semua ini tidak akan tercapai melainkan dengan kesatuan, saling bantumembantu dan tolong-menolong. Antara dalil yang membicarakan perkara tersebut ialah: (a)

Dalam Surah al-Maidah, Ayat 2

ۡ َ َ ْ ُ َ َ َ َ َ ٰ َ ۡ َّ َ ّ ۡ َ َ ْ ُ َ َ َ َ ۡ ٰ‫ٱلثۡ ِم َوٱل ُع ۡد َو ِ ۚن‬ ‫وتعاونوا ٱل ِبِ وٱلقوىۖ و تعاونوا‬ ِ

Maksudnya:

„Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.‰ (b)

Dalam Sahih Muslim, Kitab Al-Birr, Hadis 4692

ِ ِ ٍِ ‫اﳉَ َﺴ ِﺪ ِ ْﳊُ ﱠﻤﻰ‬ ْ ‫اﻋﻰ ﻟَﻪُ َﺳﺎﺋُِﺮ‬ َ ‫اﻟْ ُﻤ ْﺆﻣﻨُﻮ َن َﻛَﺮ ُﺟ ٍﻞ َواﺣﺪ إِن ا ْﺷﺘَ َﻜﻰ َرأْ ُﺳﻪُ ﺗَ َﺪ‬ ‫َواﻟ ﱠﺴ َﻬ ِﺮ‬ Maksudnya:

„Orang-orang yang beriman itu umpama satu batang tubuh. Apabila kepalanya mengadu kesakitan, semua anggota lain turut demam dan berjaga malam.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

HADIS ASAS PEMBANGUNAN DIRI



145

Hadis ini menekankan umat Islam supaya membudayakan amalan bersedekah dalam kehidupan mereka. Rasulullah SAW memulakan hadis ini dengan berkata: „Setiap Muslim perlu bersedekah.‰ Ungkapan ini bermaksud bahawa setiap Muslim dituntut untuk bersedekah dalam apa-apa jua keadaan sama ada kaya atau miskin, kuat atau lemah. Sedekah dituntut ke atas setiap Muslim. Sedekah perlu dilakukan pada setiap hari, mula dari terbitnya matahari walau bagaimanapun keadaannya. Baginda SAW bersabda bahawa seorang Muslim itu sebenarnya boleh melakukan sedekah pada setiap hari dalam hidupnya. Sedekah tidak terbatas kepada harta dan kekayaan; boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk. Ia melangkaui amalan kebaikan dan kebajikan. Bahkan, menahan diri daripada melakukan kejahatan juga dikira sebagai sedekah.

8.1.5

Saranan Supaya Bekerja

Ketika Rasulullah SAW menyatakan bahawa setiap Muslim mesti bersedekah, para sahabat lantas bertanya: „Sekiranya tiada apa-apa untuk disedekahkan?‰ Soalan para sahabat ini menunjukkan bahawa mereka juga berpandangan bahawa sedekah terbatas kepada harta semata-mata. Maka, para sahabat yang miskin merasa sempit dada kerana mereka merasakan tiada ruang dan peluang bagi mereka untuk bersedekah. Maka, kerana itulah Rasulullah SAW menekankan bahawa sesiapa yang tidak mempunyai harta untuk disedekahkan sedangkan dia mampu untuk bekerja dan mencari harta, maka hendaklah dia bekerja untuk keperluan dirinya dan menyedekahkan harta yang lebih daripada keperluannya. Baginda SAW mahukan umatnya bekerja kerana Baginda SAW bersabda: „Bekerjalah dengan

usaha sendiri, maka ia akan memberi manfaat kepada dirinya dan bersedekah dengannya.‰ Hakikatnya, selain dapat memenuhi keperluan diri dan memberi nafkah kepada ahli keluarga, dengan bekerja kita juga boleh membantu fakir miskin. Maka, dengan harta itu, kita dapat mendekatkan diri kepada Tuhan dan memberi manfaat kepada saudara kita yang tidak upaya dengan memecahkan kesempitan mereka dan memberikan mereka jalan keluar daripada kepayahan. Ibnu Taymiyyah ada menjelaskan dalam kitabnya MajmuÊ Fatawa Ibn Taimiyyah yang hadis ini menekankan supaya bersedekah. Antara perkara yang membolehkan kita bersedekah adalah dengan bekerja. Maka, hadis ini adalah saranan yang kuat untuk bekerja.

" Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

146  TOPIK 8 HADIS ASAS PEMBANGUNAN DIRI "

AKTIVITI 8.1 Para anbiya juga bekerja untuk menampung keluarga mereka. Bincangkan bersama rakan anda tentang pekerjaan yang dilakukan oleh para anbiya ini.

8.1.6

Memberi Sedekah dengan Harta

Suruhan Baginda SAW supaya bekerja kerana kita boleh menyara diri sendiri, tidak menyusahkan orang lain dan dapat membantu orang lain. Baginda SAW memulakan hadis ini dengan anjuran supaya bersedekah. Kesungguhan Baginda SAW agar bersedekah ini dapat dilaksanakan oleh umat Baginda SAW adalah sangat jelas. Sekiranya tiada harta, Baginda SAW menyuruh bekerja; jika tidak mampu, bantulah mereka yang lemah. Jika tidak mampu juga, serulah kepada kebaikan dan jika masih tidak mampu, janganlah melakukan keburukan. Maka, dua perkara yang pertama ialah membantu dengan harta. Manakala, dua perkara yang kedua ialah membantu dengan tangan atau dengan lisan. Hakikatnya, banyak lagi hadis lain yang mengajak kita supaya mengamalkan sedekah. Baginda SAW telah mendahulukan nafkah ke atas diri sendiri, kemudian barulah bersedekah kepada orang lain. Hal ini dapat ditunjukkan melalui hadis berikut. Sabda Baginda SAW:

„Seorang lelaki berkata: Saya mempunyai satu dinar. Nabi SAW pun bersabda: Bersedekahlah dengannya kepada diri sendiri. Beliau bertanya lagi: Saya mempunyai satu dinar yang lain. Baginda SAW pun bersabda: Sedekahlah kepada isterimu. Beliau pun berkata: Saya mempunyai satu dinar yang lain. Baginda SAW bersabda: Sedekahlah kepada anakmu. Beliau pun berkata lagi: Saya mempunyai satu dinar yang lain. Baginda SAW bersabda: Sedekahlah kepada khadammu. Beliau berkata lagi: Saya mempunyai satu dinar yang lain. Baginda SAW bersabda: Kamu lebih tahu ke mana ia patut disedekahkan.‰ (Al-Bukhari, Adab al-Mufrad, Bab Nafkah Seorang Lelaki untuk Ahli Keluarganya, hadis 748)

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

HADIS ASAS PEMBANGUNAN DIRI



147

Seterusnya, dalam hadis lain, Nabi Muhammad SAW menerangkan bahawa kita perlu mendahulukan ahli keluarga dalam bersedekah kemudian barulah bersedekah kepada orang lain.

ِ ٍ ِ ِ‫ِدﻳﻨﺎر أَﻧْـ َﻔ ْﻘﺘﻪ ِﰲ ﺳﺒِ ِﻴﻞ ﱠ‬ ‫ﺖ ﺑِِﻪ َﻋﻠَﻰ‬ َ ْ‫ﺼ ﱠﺪﻗ‬ َ َ‫ َودﻳﻨَ ٌﺎر ﺗ‬، ‫ َودﻳﻨَ ٌﺎر أَﻧْـ َﻔ ْﻘﺘَﻪُ ِﰲ َرﻗَـﺒَﺔ‬، ‫اﻪﻠﻟ‬ َ َُ ٌ َ ِ ِ ِ ِ ٍ ‫ِﻣﺴ ِﻜ‬ ‫ﻚ‬ َ ‫َﺟًﺮا اﻟﱠﺬي أَﻧْـ َﻔ ْﻘﺘَﻪُ َﻋﻠَﻰ أ َْﻫﻠ‬ َ ‫ َودﻳﻨَ ٌﺎر أَﻧْـ َﻔ ْﻘﺘَﻪُ َﻋﻠَﻰ أ َْﻫﻠ‬،‫ﲔ‬ ْ ‫ أ َْﻋﻈَ ُﻤ َﻬﺎ أ‬، ‫ﻚ‬ ْ Maksudnya:

„Dinar yang kamu belanjakan di jalan Allah, dinar yang kamu belanjakan untuk membebaskan seorang hamba, dinar yang kamu sedekahkan untuk seorang miskin dan yang paling baik antara semua itu adalah dinar yang kamu belanjakan kepada ahli keluargamu.‰ (Muslim, Kitab al-Zakah, hadis no. 1667) Turutan yang Baginda SAW letakkan ini menunjukkan bahawa Baginda SAW sangat prihatin kepada perkara yang utama dan penting dalam kehidupan manusia. Ia bermula dengan diri sendiri, kemudian ahli keluarga dan kemudiannya masyarakat sekeliling. Hadis tadi menjelaskan bahawa masyarakat yang sejahtera adalah apabila setiap individu bertanggungjawab pada diri dan keluarga seterusnya kepada masyarakat sekeliling. Maka, akan lahirlah sebuah masyarakat yang sejahtera.

" AKTIVITI 8.2 Pada pandangan anda, apakah hikmah Rasulullah SAW menyuruh kita mendahulukan sedekah terhadap kaum keluarga berbanding orang lain? Kongsi pandangan anda ini bersama rakan yang lain dalam forum myINSPIRE.

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

148  TOPIK 8 HADIS ASAS PEMBANGUNAN DIRI "

8.1.7

Membantu Mereka yang Memerlukan

Ketika Baginda SAW menegaskan bahawa bekerja bertujuan memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain merupakan sedekah, lantas para sahabat pun bertanya jika tidak mampu bekerja kerana uzur atau tidak bekerja kerana beberapa sebab lain. Baginda SAW mengatakan bahawa mereka boleh melakukan sedekah dengan cara yang lain seperti membantu mereka yang memerlukan, mereka yang dizalimi, lemah, ditekan dengan kepayahan atau yang memerlukan seseorang yang boleh melepaskannya daripada bebanan dan ujian tersebut. Maka, kelebihan bagi mereka yang melepaskan kesusahan orang lain ialah Allah SWT akan melepaskan kepayahannya pada hari kiamat kelak, iaitu pada hari yang kita memang tersangat memerlukan pertolongan dan rahmat Allah SWT. Sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah SAW:

ِ ‫اﻪﻠﻟ َﻋْﻨﻪُ" ُﻛﺮﺑﺔً ِﻣﻦ ُﻛﺮ‬ ِ ‫ﻣﻦ"ﻧَـ ﱠﻔﺲ َﻋﻦ ﻣ ْﺆِﻣ ٍﻦ" ُﻛﺮﺑﺔً ِﻣﻦ ُﻛﺮ‬ ‫ﱠ‬ ‫ﱡ‬ ‫ب"ﻳَـ ْﻮِم‬ ‫ﺲ‬ ‫ﻔ‬ ‫ـ‬ ‫ﻧ‬ " ‫ﺎ‬ ‫ﻴ‬ ‫ـ‬ ‫ﻧ‬ ‫ﺪ‬ ‫اﻟ‬ ‫ب‬ ‫ﱠ‬ ْ َ َ ُ ْ َ َْ ْ َ ُ َ ْ َ َ ْ َْ ‫اﻪﻠﻟُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ ِﰲ "اﻟ ﱡﺪﻧْـﻴَﺎ" َو ْاﻵ ِﺧَﺮِة َوَﻣ ْﻦ َﺳﺘَـَﺮ ُﻣ ْﺴﻠِ ًﻤﺎ‬ ‫اﻟْ ِﻘﻴَ َﺎﻣ ِﺔ َوَﻣ ْﻦ ﻳَ ﱠﺴَﺮ َﻋﻠَﻰ ُﻣ ْﻌ ِﺴ ٍﺮ ﻳَ ﱠﺴَﺮ ﱠ‬ ِ ‫اﻪﻠﻟ ِﰲ ﻋﻮ ِن اﻟْﻌﺒ ِﺪ ﻣﺎ َﻛﺎ َن اﻟْﻌﺒ ُﺪ ِﰲ ﻋﻮ ِن أ‬ ِ " "‫َﺧ ِﻴﻪ‬ ‫َﺳﺘَـَﺮﻩُ ﱠ‬ َْ َْ َ َْ ْ َ ُ‫اﻪﻠﻟُ ِﰲ"اﻟ ﱡﺪﻧْـﻴَﺎ" َو ْاﻵﺧَﺮِة َو ﱠ‬ Maksudnya:

„Barang siapa yang meringankan kesusahan seorang Mukmin di dunia, maka Allah akan meringankan salah satu daripada kesusahannya pada hari kiamat. Barang siapa yang memudahkan urusan orang yang mendapat kesusahan, maka Allah akan memudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutup keaiban seorang Mukmin, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat. Allah menolong seorang hamba itu selagi mana dia menolong saudaranya.‰ (Muslim, Kitab Zikir, Doa, Taubat dan Istighfar, no. 2699)

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

8.1.8

HADIS ASAS PEMBANGUNAN DIRI



149

Mengajak kepada Perkara Kebaikan dan Mencegah daripada Melakukan Kemungkaran

Amalan kebajikan secara praktikal adalah seperti beramal untuk memberi manfaat kepada manusia dan orang lain, dan membantu mereka yang memerlukan. Kadangkala, sesetengah manusia tidak mampu untuk melakukan perkara tersebut. Maka, untuk golongan ini, Baginda SAW menyatakan bentuk sedekah lain yang boleh mereka lakukan. Apakah ia? Ia adalah mengajak manusia kepada kebaikan dan menghalangnya daripada melakukan kemungkaran. Amalan mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah ciri-ciri terpenting yang Allah SWT letakkan terhadap umat ini. Dengannya, akan sempurnalah agama seseorang, disempurnakan nikmat ke atasnya, syariat akan terlaksana dan Allah SWT akan mewakilkannya untuk meninggikan agama-Nya dan kalimah-Nya. Maka, tatkala itu mereka adalah sebaik-baik umat. Banyak ayat al-Quran yang menyatakan perihal kelebihan mereka yang mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah mereka daripada kemungkaran. Ayat tersebut ialah: (a)

Surah Ali Imran, Ayat 104

ۡ َ ُ ُ ۡ َ َ ۡ َ ۡ َ َ ُ ۡ َ ٞ َّ ُ ۡ ُ ّ ُ َ ۡ َ َ ۡ َََۡ َ ۡ َ ُ ‫وف وينهون ع ِن‬ ِ ‫ي ويأمرون ب ِٱلمعر‬ ِ ‫ولكن مِنكم أمة يدعون إ ِ ٱل‬ َ ُ ۡ ُ ۡ ُ ُ َ ٰٓ َ ْ ُ َ َ ُ ۡ ١٠٤ ‫ٱلمنك ِرۚ وأولئِك هم ٱلمفل ِحون‬

Maksudnya:

„Dan hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.‰

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

150  TOPIK 8 HADIS ASAS PEMBANGUNAN DIRI " (b)

Surah Ali Imran, Ayat 110

ۡ َ ُ َُۡ َ ُۡ َ َ َََۡۡ ۡ ُ َّ ُ َ ۡ َ ۡ ُ ُ َّ ۡ ۡ َ َ ُ ِ ‫كنتم خي أم ٍة أخ ِرجت ل ِلن‬ ‫وف وتنهون ع ِن ٱلمنك ِر‬ ِ ‫اس تأمرون ب ِٱلمعر‬ َ ُ ۡ ُ ۡ ُ ُ ۡ ّ ُ َّ ٗ ۡ َ َ َ َ ٰ َ ۡ ُ ۡ َ َ َ َ ۡ َ َ َّ َ ُ ۡ ُ َ ‫ب لكن خيا له ۚم مِنهم ٱلمؤمِنون‬ ِ ‫وتؤمِنون ب ِٱ ِۗ ولو ءامن أهل ٱلكِت‬ َ ُ َٰ ۡ ُ ُ َُ ۡ ََ ١١٠ ‫وأكثهم ٱلفسِ قون‬

Maksudnya:

„Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.‰ (c)

Surah Fussilat, Ayat 33

َ‫َو َم ۡن أَ ۡح َس ُن قَ ۡو ٗ ّم َِّمن َد َع ٓ إ َ ٱ َّ ِ َو َع ِم َل َصٰل ِٗحا َوقَ َال إنَّن مِن‬ ِ ِ ِ ۡ َ ۡ ُ ٣٣ ‫ٱلمسل ِ ِمي‬ Maksudnya:

„Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: ÂSesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah).ʉ Kesemua ayat-ayat tersebut jelas menunjukkan bahawa Allah SWT begitu memuji umat yang mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan benar-benar beriman kepada-Nya, dan mengangkat mereka sebagai umat yang terbaik. Hal ini kerana mereka berpegang teguh pada perkara yang terpuji, menjauhi perkara yang keji dan mereka memperbaiki diri mereka. Tidak sekadar itu, mereka kemudiannya berusaha untuk memperbaiki orang lain. Mereka benar-benar beriman kepada Allah SWT dan kemudian mereka menyeru orang lain kepada keimanan ini. Oleh sebab kerana itulah mereka dimuliakan Allah SWT. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

HADIS ASAS PEMBANGUNAN DIRI



151

Namun demikian, Allah SWT mencela mereka yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran kiranya mereka tidak merealisasikan dan mempraktikkan apa-apa yang diseru. Sebagaimana Allah SWT mencela sikap demikian dalam kalangan orang-orang Yahudi dalam surah al-Saff, ayat 2 hingga 3:

َ َّ َ َۡ ََُ َ ُ َ ۡ َ َ َ َ ُ ُ َ َ ْ ُ َ َ َ َّ َ ُّ َ ٰٓ َ ً ‫ كب مقتا عِند ٱ ِ أن‬٢ ‫يأيها ٱلِين ءامنوا ل ِم تقولون ما تفعلون‬ َ ُ َۡ َ ْ ُ َُ ٣ ‫تقولوا َما تف َعلون‬

Maksudnya:

„Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apaapa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah  kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.‰ Sekiranya satu kaum meninggalkan amalan dakwah yang menyeru ke arah kebaikan dan menjauhi kemungkaran ini, maka akan hancurlah dan binasalah hidup mereka di dunia dan mereka akan mendapat laknat dan kemarahan Allah SWT. Sebagaimana kaum Yahudi dan Nasrani yang dilaknat Allah SWT menerusi nabi-nabi a.s. kerana mereka tidak melaksanakan amar makruf nahi mungkar ini. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah, ayat 78 hingga 79:

ََ َ َ ۡ ْ ُ َ َ َ َّ َ ُ َ ُ َ َ ‫ۥد َوع‬ َ َ َ‫ِيس ٱبۡن َم ۡر َي ۚم‬ ٰ ٓ ٰٓ ۢ ‫ان داو‬ ِ ‫لعِن ٱلِين كفروا ِمن ب ِن إِسرءِيل ل ِس‬ ِ َ ُّ َ َ ۡ َ َ َ َ َ ْ ُ َ َ ُ َ ۡ َ ْ ُ َ َّ ْ َ َ َ َ ٰ َ ُ‫نكر َف َعلُوه‬ ۚ ٖ ‫ كنوا يتناهون عن م‬٧٨ ‫ذل ِك بِما عصوا وكنوا يعتدون‬ ۡ َ َ ُ ۡ ْ ُ َ ٧٩ ‫لِئ َس َما كنوا َيف َعلون‬ Maksudnya:

„Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (dalam kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) daripada perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh) yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa-apa yang mereka telah lakukan.‰

" Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

152  TOPIK 8 HADIS ASAS PEMBANGUNAN DIRI " Seruan supaya melakukan dakwah kepada perkara yang benar dan menghalang perkara yang buruk dinyatakan dengan jelas oleh Baginda SAW dalam hadis berikut. Betapa Baginda SAW amat meminta agar umatnya mengambil berat perihal mencegah kemungkaran ini hinggakan Baginda SAW menyatakan sekiranya tidak mampu, bencilah dengan hati pada kemungkaran tersebut. Sabda Baginda SAW:

‫ ﻓَِﺈ ْن َﱂْ ﻳَ ْﺴﺘَ ِﻄ ْﻊ‬، ‫ ﻓَِﺈ ْن َﱂْ ﻳَ ْﺴﺘَ ِﻄ ْﻊ ﻓَﺒِﻠِ َﺴﺎﻧِِﻪ‬، ‫َﻣ ْﻦ َرأَى ِﻣْﻨ ُﻜ ْﻢ ُﻣْﻨ َﻜًﺮا ﻓَـ ْﻠﻴُـﻐَِّ ْﲑﻩُ ﺑِﻴَ ِﺪ ِﻩ‬ ِ ِ َ‫َﺿﻌﻒ ا ِﻹﳝ‬ ‫ﺎن‬ َ ‫ َو َذﻟ‬، ‫ﻓَﺒِ َﻘ ْﻠﺒِ ِﻪ‬ ُ َْ ‫ﻚ أ‬ Maksudnya:

„Sesiapa dalam kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan kamu, kiranya kamu tidak mampu, maka ubahlah dengan lidah kamu, kiranya kamu tidak mampu juga, maka hendaklah kamu mengubah (membenci) dengan hati kamu, dan itulah selemah-lemah iman.‰ (Muslim, Kitab al-Iman, no. hadis 73)

" AKTIVITI 8.3 Bagaimanakah menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran itu dikira sebagai sedekah? Jelaskan kepada rakan-rakan kamu.

8.1.9

Menahan Diri daripada Melakukan Kejahatan

Kadangkala, sebahagian manusia tidak mampu melakukan kebajikan ataupun kebaikan. Apakah bagi mereka ini ruang untuk melakukan sedekah? Perkara ini ditanya oleh para sahabat. Maka dijawab oleh Rasulullah SAW dengan satu perkara atau amalan lain yang tidak ada seorang pun yang tidak mampu melakukannya, iaitu: „Menahan diri daripada kejahatan, maka sesungguhnya ia adalah sedekah.‰ Perkara ini juga salah satu bentuk sedekah. Kejahatan itu terdapat dalam dua bentuk, iaitu kejahatan pada diri sendiri dan tidak melibatkan orang lain seperti meminum arak, bermain judi dan kejahatan yang melibatkan orang lain. Contohnya, mencela, melaknat, memukul, menzalimi dan mencuri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

HADIS ASAS PEMBANGUNAN DIRI



153

Apabila seseorang itu meninggalkan kejahatan sama ada kejahatan pada dirinya sendiri mahupun kepada orang lain, hakikatnya dia telah melakukan satu kebaikan dan sedekah yang dituntut Islam. Dengan meninggalkan kejahatan tersebut, maka tidak akan berlakulah huru-hara, dan fitnah yang menyebabkan perpecahan, masyarakat akan hidup di dalam aman, damai dan sejahtera. Oleh sebab itulah Nabi Muhammad SAW menyebut meninggalkan kejahatan juga ialah satu sedekah. Hakikatnya, apabila seseorang itu meninggalkan kejahatan yang berkaitan dengan dirinya, ia juga merupakan sedekah ke atas dirinya sendiri kerana telah menyelamatkan dirinya daripada dibalas buruk dan dikenakan tindakan. Kadangkala, dengan meninggalkan kejahatan pada dirinya, dia akan memberi manfaat kepada orang lain. Contohnya, orang yang meminum arak. Apabila seseorang itu meminum arak, hakikatnya dia telah melakukan kejahatan pada dirinya dan mungkin dengannya dia mencederakan orang lain pula dengan sebab mabuk. Maka dengan meninggalkan arak, selain dapat memberi manfaat kepada dirinya, ia juga memberi manfaat kepada orang lain, iaitu dengan tidak memudaratkan orang lain disebabkan mabuk. Secara zahirnya, menahan diri daripada melakukan kejahatan juga merupakan satu ibadah. Hadis ini memberi maksud bahawa amalan kebaikan ini mendapat ganjaran seperti ganjaran sedekah terutamanya bagi mereka yang tidak mampu untuk bersedekah. Bagi yang mampu bersedekah dengan harta, adalah lebih baik untuk mereka bersedekah dengan harta. Maka secara umumnya, berikut ialah perkara yang dituntut dalam hadis ini: (a)

Hadis ini menuntut supaya bersedekah;

(b)

Bagi mereka yang tidak mampu, maka digalakkan supaya bekerja dan memberi manfaat kepada orang lain dengan hartanya itu;

(c)

Bagi yang tidak mampu juga, hendaklah dia membantu orang lain;

(d)

Jika tidak mampu juga, hendaklah dia menyeru kepada kebaikan; dan

(e)

Jika tidak mampu juga, hendaklah dia meninggalkan perkara yang buruk dan jahat.

" Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

154  TOPIK 8 HADIS ASAS PEMBANGUNAN DIRI "

AKTIVITI 8.4 Berikan contoh lain yang menunjukkan bahawa meninggalkan kejahatan itu boleh membawa kebaikan kepada yang lain.

8.2

PRINSIP ASAS PENDIDIKAN DALAM HADIS

Hadis ini memberikan kepada kita beberapa prinsip asas pendidikan yang digunakan oleh Baginda SAW. Antara prinsip tersebut ialah: (a)

Baginda SAW menggunakan bahasa yang mudah dan senang untuk difahami. Maka, pelajar juga boleh memahami apa-apa yang ingin disampaikan oleh Baginda SAW dengan mudah.

(b)

Baginda SAW memberikan pilihan terbaik sebagai saranan kepada umatnya yang hadis ini menganjurkan supaya bekerja agar boleh bersedekah.

(c)

Sebagai pendidik dan murabbi yang unggul, Baginda SAW menunjukkan contoh terbaik kepada umatnya yang Baginda SAW merai kelemahan dan ketidakmampuan seseorang. Malah disarankan pula untuk mereka perkara dan amalan yang boleh dilakukan oleh mereka mengikut kemampuan mereka.

(d)

Sebagai pendidik dan murabbi, Baginda SAW tetap mahukan anak didikannya melakukan sesuatu amal kebajikan walaupun ia ringan.

(e)

Memahami latar belakang sasaran yang ingin dididik amat penting agar kita dapat menggunakan pendekatan yang sesuai dengan tahap masing-masing. Tidak semua sasaran mempunyai kadar kemampuan yang sama. Jadi, tidak sesuai jika hanya diaplikasikan satu teknik yang sama untuk semua sasaran yang berbeza.

AKTIVITI 8.5 Bincangkan bersama rakan berkaitan sifat-sifat terpuji Baginda SAW yang dinyatakan tadi dan berikan contoh lain yang menunjukkan tentang sifat terpuji Baginda SAW itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

8.3

HADIS ASAS PEMBANGUNAN DIRI



155

PENGAJARAN HADIS DALAM KONTEKS SEMASA

Hadis ini sangat penting dan sangat bermanfaat untuk kita hubungkan dengan konteks semasa. Tahukah anda apakah kepentingannya? Antara kepentingan dan pengajaran hadis ialah: (a)

Hadis ini memberikan satu bentuk atau kaedah pembentukan dan pembangunan diri menerusi bersedekah. Baginda SAW amat menuntut umatnya supaya bersedekah dan Baginda SAW memberikan pelbagai cara dan jalan untuk membolehkan sedekah dilakukan. Baginda SAW mahu kita mencuba dengan kemampuan yang ada pada diri dan berusaha untuk merealisasikannya. Walaupun secara luaran hadis ini ialah hadis galakan supaya bersedekah, namun hakikatnya ia sebuah hadis yang mendorong umat supaya sentiasa berfikir dan berusaha untuk melakukan kebaikan walaupun sedikit.

(b)

Hadis ini seterusnya menyatakan bahawa untuk membolehkan kita bersedekah, kita perlu bekerja untuk mendapat harta yang dengan harta tersebut, kita boleh bersedekah dan mendapat pahala menerusinya.

(c)

Baginda SAW menerangkan tujuan mencari harta. Tujuan bekerja bukanlah untuk kegunaan sendiri, malah menerusi harta yang didapati kita boleh mendapat pahala daripadanya. Menunaikan nafkah terhadap keluarga adalah antara kebajikan berbentuk sedekah dan mendapat pahala sedekah.

(d)

Hadis ini memberi motivasi dan meniupkan semangat buat umat Islam supaya berlumba-lumba melakukan kebaikan. Rasulullah SAW mengajar kita bersikap proaktif dengan bertindak dengan apa-apa yang ada dalam kawalan dan kemampuan kita. Bukan hanya memberi alasan dan mengeluh jika tidak dapat melakukan sesuatu.

(e)

Dalam hadis ini, Baginda SAW telah meluaskan skop sedekah bukan sekadar harta benda, malahan amalan lain juga dikira sebagai sedekah dan mendapat ganjaran. Amalan tersebut ialah bekerja untuk mencari rezeki yang halal, tolong-menolong sesama Islam, membuat amar makruf dan nahi mungkar serta menahan diri daripada melakukan kejahatan.

(f)

Hadis ini secara tersiratnya adalah seruan agar umat Islam membangunkan diri menerusi melazimkan diri dengan amalan bantu-membantu, tolongmenolong dan melazimkan amalan kesatuan umat. Maka, kerana itulah hadis ini menekankan umat Islam supaya membudayakan amalan sedekah dalam kehidupan mereka. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

156  TOPIK 8 HADIS ASAS PEMBANGUNAN DIRI " (g)

Dalam hadis ini, Baginda SAW menggalakkan umatnya supaya bersedekah. Jika tidak ada harta, carilah harta untuk keperluan diri dan bersedekah. Bersedekah sama ada dalam bentuk harta ataupun bukan harta. Nabi Muhammad SAW mahu setiap umatnya memberi sumbangan dan mahu umatnya menjadi umat yang ada manfaat sama ada untuk dirinya mahupun untuk orang lain. Baginda SAW juga mahu umatnya sentiasa mencari-cari jalan untuk melakukan kebaikan. Baginda SAW tidak mahu umatnya hidup tanpa melakukan sebarang kebaikan dan mati dalam keadaan sia-sia yang akhirnya Nabi Muhammad SAW menyatakan kalau kita tidak mampu melakukan hatta kebaikan kepada orang lain, janganlah melakukan sebarang kejahatan yang akan merosakkan diri mahupun orang lain. Baginda SAW memulakan seruannya dengan galakan supaya bersedekah. Malah dalam hadis lain, Baginda SAW menyatakan ganjaran mereka yang sanggup mengeluarkan harta untuk orang lain. Bagi yang tidak mampu, Nabi Muhammad SAW menggariskan perkara yang boleh dilakukan mengikut kemampuan seseorang. Pokok pangkalnya di sini ialah Baginda SAW mahu kita semua melakukan kebaikan yang akhirnya terbinalah sifat jati diri seorang Muslim yang sentiasa mahu melakukan kebaikan. Akhirnya, lahirlah dia sebagai Muslim yang hidup, berjiwa kental dan berwawasan dalam kehidupan.

(h)

Perkara yang ditekankan oleh Baginda SAW dalam hadis ini secara ringkasnya adalah seperti yang berikut: (i)

Bekerja untuk mencari rezeki yang halal moga dengannya mampu untuk memanfaatkan kepada diri dan boleh bermanfaat untuk orang lain dengan cara bersedekah;

(ii)

Sekiranya dia tidak mampu untuk memberi bantuan dengan harta, hendaklah dia tolong-menolong sesama Islam;

(iii) Andainya dia tidak punya kemampuan untuk membantu, maka hendaklah dia berbuat amar makruf dan nahi mungkar; dan (iv) Akhirnya, jika dia tidak mampu untuk amar makruf dan nahi mungkar, hendaklah dia menahan diri daripada melakukan kejahatan.

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

HADIS ASAS PEMBANGUNAN DIRI



157

(i)

Baginda SAW tidak pernah memaksa umatnya melakukan sesuatu yang umatnya tidak mampu. Kiranya tidak mampu, Baginda SAW akan memberikan pilihan lain. Perkara yang dapat dilihat daripada hadis ini ialah Nabi Muhammad SAW telah membuka ruang yang sangat luas untuk umatnya membuat perkara kebaikan dan kebajikan mengikut kemampuan yang ada.

(j)

Hadis juga jelas menunjukkan bahawa Nabi Muhammad SAW meminta bagi yang tidak mampu agar berusaha untuk melakukan kebaikan walaupun sedikit. Maka, bagi yang mampu seharusnya mengambil kesempatan ini untuk melakukan kesemuanya kerana sudah pasti ganjaran yang berlipat ganda buatnya. Hadis ini merupakan satu berita gembira buat yang lemah dan yang tidak mampu untuk bersedekah dan melakukan perkara kebajikan.

(k)

Hadis ini memberi maksud bahawa amalan kebaikan ini semua mendapat ganjaran seperti ganjaran sedekah terutamanya bagi mereka yang tidak mampu untuk bersedekah. Bagi yang mampu bersedekah dengan harta, adalah lebih baik untuk mereka bersedekah dengan harta.

AKTIVITI 8.6 Bincangkan bersama rakan anda dasar pembangunan diri yang lain, yang boleh didapati dalam hadis ini selain yang telah dinyatakan. Kongsikan jawapan anda dalam forum myINSPIRE.



Hadis ini merupakan seruan supaya berusaha untuk bersedekah dalam apaapa jua bentuk sekalipun mengikut kemampuan seseorang.



Bagi mereka yang tidak berharta, Baginda SAW meminta agar mereka bekerja dan seterusnya bersedekah dengan harta yang mereka peroleh itu.



Kelebihan mereka yang bekerja ialah harta yang didapati boleh dibelanjakan untuk diri sendiri, bersedekah dengannya dan mengelakkannya meminta daripada orang lain.



Baginda SAW mengajar kita supaya mendahulukan ahli keluarga yang terdekat dalam memberikan sedekah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

158  TOPIK 8 HADIS ASAS PEMBANGUNAN DIRI " 

Hadis menggalakkan kita melakukan kebaikan di mana sahaja kita berada dan pada bila-bila waktu sahaja.



Jenis sedekah tidak terbatas hanya pada harta sahaja, namun apa-apa sahaja yang memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain, maka ia adalah sedekah. Mengajak orang kepada kebaikan adalah sedekah. Tidak menghalang seseorang melakukan kebaikan adalah sedekah. Melarang perbuatan yang mungkar juga adalah sedekah.



Hadis ini juga menggalakkan supaya sentiasa berusaha untuk melakukan kebaikan dan andai tidak mampu melakukan kebaikan, Nabi Muhammad SAW melarang kita daripada melakukan sebarang kejahatan.



Dasar pembangunan diri yang tersirat menerusi hadis ini adalah seperti yang berikut: 

Sentiasa berusaha untuk melakukan kebaikan;



Sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik;



Sentiasa melakukan amal kebajikan pada tahap kemampuan kita; dan



Sentiasa melakukan kebaikan sama ada dalam bentuk harta ataupun bukan harta.

Amar makruf

Nahi mungkar

Kemampuan

Pembangunan diri

Melakukan kebaikan

Sedekah

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

HADIS ASAS PEMBANGUNAN DIRI



159

Abd al-Wahhab Rasyid Salih. (1995). Syarh al-arbaÊin al-nawawiyyah fi thawb jadid. Damsyik, Syria: Wizarah al-Awqaf. Abdul Fattah Abu Ghuddah. (2009). 40 teknik Rasulullah mengajar. Syuhadak Mahmud (Terj.): Seremban, Malaysia: Al-Azhar Media. Ali. (1998). Khulasah al-kalam fi al-ahadith allati alayha madar al-Islam. Damsyik, Syria: Dar al-Qalam. Al-Islamweb. (2013). Al-Islamweb.net. Dicapai dari www.al-islamweb.net Hadith Encyclopedia. (t. t.). Dicapai dari http://www.dorar.net Harf

Information Technology. http://hadith.al-islam.com

(2013).

Hadith

al-Islam.

Dicapai

dari

Ibnu Rejab al-Hambali. (1989). JamiÊ ulum wa al-hikam. Kaherah, Mesir: Dar al-Kalimah al-Tayyibah. Ibnu Taimiyyah. (1995). MajmuÊ fatawa Ibnu Taimiyyah. Arab Saudi: MajmaÊ al-Malik Fahd. Jalaluddin al-Suyuti. (1996). Al-Dibaj. Arab Saudi: Dar Ibn ÂAffan. Mustafa al-Bugha, & Muhyiddin Misto. (1987). Al-Wafi fi syarh al-arbaÊin al-nawawiyyah. Beirut, Lebanon: Dar Ibn Kathir.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik "" " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " "



9

Hadis Asas Kecemerlangan Umat Islam" "

"

HASIL PEMBELAJARAN

"

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menyatakan maksud beberapa kalimah hadis;

2.

Menghuraikan hadis secara umum;

3.

Menghuraikan maksud reda Allah SWT sebagai Tuhan;

4.

Menghuraikan maksud reda Islam sebagai agama;

5.

Menghuraikan maksud reda Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi; dan

6.

Menjelaskan maksud jihad di jalan Allah SWT.

 PENGENALAN Kebahagiaan dan kejayaan seseorang di dunia dan di akhirat bergantung pada keredaan Allah SWT. Apabila Allah SWT meredai seseorang, maka dia akan berjaya ketika hidup di dunia. Kehidupannya tenang, selamat dan sentiasa berada dalam keimanan. Manakala di akhirat kelak, dia akan mendapat syurga Allah SWT yang tidak ternilai keindahannya yang tidak pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga dan tidak terlintas gambarannya di fikiran kita; inilah kebahagiaan hakiki. Keredaan Allah SWT ini akan dikecap kiranya kita meredai Allah SWT sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul. Tiga perkara inilah yang menjadi asas untuk mendapat syurga dan reda Allah SWT. Manakala, puncak kepada tiga ganjaran ini ialah jihad di jalan Allah SWT yang ganjarannya mengatasi ganjaran lain di syurga sejauh langit dan bumi. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9

9.1

HADIS ASAS KECEMERLANGAN UMAT ISLAM



161

HADIS DAN HURAIANNYA

Tahukah kalian apakah yang dimaksudkan dengan meredai Allah SWT sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul? Apakah penanda aras bagi ketiga-tiga perkara tersebut? Apakah yang dimaksudkan dengan jihad di jalan Allah SWT? Untuk mengetahui perkara tersebut, mari kita telusur hadis yang berikut.

9.1.1

Lafaz Hadis dan Terjemahannya

Yang berikut ialah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahihnya dalam Kitab al-Imarah, hadis 3503.

ٍ ِ‫ ﻗَ َﺎل أَ ﺳﻌ‬، ‫اﻪﻠﻟ ﻋﻠَﻴ ِﻪ وﺳﻠﱠﻢ‬ ٍ ِ‫ﻋﻦ أَِﰊ ﺳﻌ‬ ِ‫ﻮل ﱠ‬ ‫اﻪﻠﻟ َ ﱠ‬ " : ‫ﻴﺪ‬ ْ ‫ﻴﺪ‬ َ ‫ أَ ﱠن َر ُﺳ‬، ‫ي‬ َ َ َ َ َْ ِّ ‫اﳋُ ْﺪ ِر‬ َ َ َ ْ َ ُ‫ﺻﻠﻰ ﱠ‬ ِ ِ ِ ِ ‫ﺐ َﳍَﺎ‬ ْ ُ‫ﺖ ﻟَﻪ‬ ْ َ‫ َو َﺟﺒ‬، ‫َﻣ ْﻦ َرﺿ َﻲ ِ ﱠﻪﻠﻟ َرًّ َوِ ِْﻹ ْﺳ َﻼِم دﻳﻨًﺎ َوِﲟُ َﺤ ﱠﻤﺪٍ ﻧَﺒِﻴًّﺎ‬ َ ‫ ﻓَـ َﻌﺠ‬، " ُ‫اﳉَﻨﱠﺔ‬ ٍ ِ‫أَﺑﻮ ﺳﻌ‬ ِ‫ أ َِﻋ ْﺪﻫﺎ ﻋﻠَﻲ رﺳﻮَل ﱠ‬: ‫ ﻓَـ َﻘ َﺎل‬، ‫ﻴﺪ‬ ‫ُﺧَﺮى ﻳـُْﺮﻓَ ُﻊ‬ ْ ‫ " َوأ‬: ‫ ﰒُﱠ ﻗَ َﺎل‬، ‫ ﻓَـ َﻔ َﻌ َﻞ‬، ‫اﻪﻠﻟ‬ َُ َ ‫َ َ ﱠ‬ َ ُ ِ ْ ‫ِ ﺎ اﻟْﻌﺒ ُﺪ ِﻣﺎﺋَﺔَ درﺟ ٍﺔ ِﰲ‬ ِ ْ ‫ﲔ ُﻛ ِﻞ َدر َﺟﺘَـ‬ ِ ‫ﲔ اﻟ ﱠﺴ َﻤ ِﺎء َو ْاﻷ َْر‬ ،"‫ض‬ َ ْ ‫ﲔ َﻛ َﻤﺎ ﺑَـ‬ َْ َ َ ََ َ ّ َ ْ ‫اﳉَﻨﱠﺔ َﻣﺎ ﺑَـ‬ ِ‫اﳉِﻬﺎد ِﰲ ﺳﺒِ ِﻴﻞ ﱠ‬ ِ‫ﻮل ﱠ‬ ِْ ‫اﻪﻠﻟ‬ ‫ﺎد ِﰲ َﺳﺒِ ِﻴﻞ‬ َ ‫ َوَﻣﺎ ِﻫ َﻲ َ َر ُﺳ‬: ‫ﻗَ َﺎل‬ ُ ‫اﳉ َﻬ‬ َ ُ َ ْ " : ‫ ﻗَ َﺎل‬، ‫اﻪﻠﻟ ؟‬ ِ‫ﱠ‬ . "‫اﻪﻠﻟ‬ Maksudnya:

„Daripada Abu Abi SaÊid al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya: ÂWahai Abu SaÊid, barang siapa yang reda Allah sebagai Tuhannya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai nabinya maka dia pasti akan mendapat syurgaÊ. Abu SaÊid merasa takjub seraya berkata: ÂWahai Rasulullah, sudikah mengulangnya untukku?Ê Maka Rasulullah SAW pun mengulanginya dan kemudian Baginda SAW pun menambah: ÂDan terdapat satu amalan di mana dengannya seorang hamba akan diangkat darjatnya di syurga sebanyak seratus darjat di mana jarak antara satu darjat dengan yang lain adalah seperti jarak di antara langit dan bumiÊ. Abu SaÊid pun berkata: ÂApakah ia wahai Rasulullah?Ê Sabda Rasulullah SAW: ÂJihad di jalan Allah. Jihad di jalan Allah.ʉ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

162 

9.1.2

TOPIK 9

HADIS ASAS KECEMERLANGAN UMAT ISLAM

"

Pengertian Kalimah Utama

Pengertian kalimah utama dalam hadis ditunjukkan dalam Jadual 9.1. Jadual 9.1: Pengertian Kalimah Utama dalam Hadis Kalimah Utama

Pengertian

ِ‫"ر ِﺿﻲ ِ ﱠ‬ ًّ‫ﻪﻠﻟ َر‬ َ َ

Meredai Allah SWT sebagai satu-satunya Tuhan yang berhak disembah, tempat untuk memohon pertolongan dan tempat bergantung.

‫َ"وِ ِْﻹ ْﺳ َﻼِم ِدﻳﻨًﺎ‬

Meredai Islam sebagai agama yang dianuti dan sistem kehidupan.

‫َ"وِﲟُ َﺤ ﱠﻤﺪٍ ﻧَﺒِﻴًّﺎ‬

Meredai Nabi Muhammad SAW sebagai nabi, rasul yang membawa risalah yang mesti ditaati dan contoh ikutan.

‫"ﻳـُْﺮﻓَ ُﻊ َِﺎ اﻟْ َﻌْﺒ ُﺪ ِﻣﺎﺋَﺔَ َد َر َﺟ ٍﺔ‬

Darjat yang dimaksudkan adalah dalam bentuk nikmat syurga. Nikmat yang didapati 100 kali ganda daripada yang lain.

ِ‫اﳉِﻬﺎد ِﰲ ﺳﺒِ ِﻴﻞ ﱠ‬ ‫اﻪﻠﻟ‬ َ ُ َْ

Berjihad semata-mata kerana Allah SWT bukan kerana yang lain seperti harta, pangkat dan sanjungan manusia.

SEMAK KENDIRI 9.1 Huraikan secara ringkas maksud serta pengertian kalimah-kalimah utama yang disenaraikan sebelum ini.

9.1.3

Tema Utama Hadis

Hadis ini membicarakan tiga perkara penting untuk mendapatkan syurga Allah SWT. Ketiga-tiga perkara ini sekiranya difahami betul-betul dan direalisasikan dalam kehidupan akan membawa kebahagiaan di dunia dan seterusnya membawa kepada kejayaan dan kebahagiaan di akhirat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9

9.1.4

HADIS ASAS KECEMERLANGAN UMAT ISLAM



163

Huraian Umum Hadis

Baginda SAW menyatakan bahawa Allah SWT akan mengurniakan syurga bagi sesiapa yang mempunyai tiga perkara. Tiga perkara tersebut ialah: (a)

Reda Allah SWT sebagai Tuhannya;

(b)

Reda Islam sebagai agamanya; dan

(c)

Reda Nabi Muhammad SAW sebagai Nabinya.

Imam al-Suyuti dalam kitabnya Al-DibajÊala Sahih Muslim mensyarahkan hadis ini dengan menyatakan bahawa maksud reda ialah cukup dengan-Nya dan berpada dengan-Nya dan hanya meminta dengan-Nya. Maka, beliau menyatakan bahawa hadis ini bermaksud tidak meminta kepada Tuhan selain Allah SWT, tidak berjalan melainkan di atas jalan yang menepati syariat Islam dan tidak syak lagi apabila memiliki sifat-sifat ini hakikatnya mereka telah mendapat dan menikmati kemanisan iman. Mari kita lihat tiga perkara ini dengan lebih lanjut.

9.1.5

Reda Allah SWT sebagai Tuhan

Reda dengan Allah SWT bermaksud reda dan mengakui hanya Allah SWT sebagai Tuhan yang layak disembah, reda dengan tadbiran-Nya, takdir-Nya dan apa-apa sahaja yang menimpa dan mengenainya. Dia juga merasa cukup dengan apa-apa yang Allah SWT kurniakan kepadanya di dunia. Apabila seorang hamba itu reda dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan reda dengannya. Apabila Allah SWT reda dengannya, maka Allah SWT akan memeliharanya, menjaganya, melindunginya dan meredainya. Seperti firman Allah SWT dalam surah al-Bayyinah, bagi mereka yang beriman dan beramal soleh, Allah SWT ganjarkan syurga dan Allah SWT reda terhadap mereka. Maka, keredaan Allah SWT adalah balasan bagi orang yang beriman dan beramal soleh. Mereka mendapat ganjaran tersebut kerana mereka takut melanggar perintah Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Bayyinah, ayat 7 hingga 8, berbunyi:

َ ٰٓ َ ْ ُ ٰ َ ٰ َّ ْ ُ َ َ ْ ُ َ َ َ َّ َّ َ‫ َج َزا ٓ ُؤ ُه ۡم عِند‬٧ ِ‫ي ۡٱل َب َّية‬ ُ ۡ ‫ك ُه ۡم َخ‬ ِ ‫إِن ٱلِين ءامنوا وع ِملوا ٱلصل ِح‬ ِ ‫ت أولئ‬ ِ َ َ َ َ َُٰ َۡ ۡ َ َۡ َۡ َ ُ ٰ‫َر ّبه ۡم َج َّن‬ ۡ‫ض ٱ َّ ُ َع ۡن ُهم‬ َ ِ ‫ِيها ٓ أبَ ٗداۖ َّر‬ ٰ ‫ت ع ۡد ٖن ت ِري مِن تتِها ٱلنهر خ ِلِين ف‬ ِِ َ ِ ‫َو َر ُضوا ْ َع ۡن ُ ۚه َذٰل َِك ل َِم ۡن َخ‬ ٨ ‫ش َر َّب ُهۥ‬ Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

164 

TOPIK 9

HADIS ASAS KECEMERLANGAN UMAT ISLAM

"

Maksudnya:

„Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga ÂAdn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan mereka pun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberian-Nya. Balasan yang demikian itu untuk orangorang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.‰ Maka, antara perkara yang menunjukkan kita meredai Allah SWT sebagai Tuhan ialah: (a)

Reda untuk menyembah-Nya sebagai Tuhan yang Esa dan mengasihi-Nya. Hanya merasa takut kepada-Nya, hanya mengharapkan-Nya dan hanya kembali kepada-Nya serta menyerah segala urusan kepada-Nya.

(b)

Mengesakan-Nya melalui tawakal dan hanya bergantung harap pada-Nya.

(c)

Reda dengan tadbiran-Nya dan pilihan-Nya serta qada dan qadar-Nya. Reda dalam apa-apa sahaja ketentuan-Nya, reda dengan rezeki yang dikurniakan kepada kita, sabar terhadap ujian-Nya dan syukur dengan nikmat-Nya. Meyakini bahawa setiap tindakannya mempunyai hikmah, rahmat dan yakin bahawa Allah SWT itu Maha Adil.

(d)

Yakin hanya Allah SWT yang memberikan rezeki, yang memberi manfaat dan menghalang mudarat.

(e)

Merealisasikan ketundukan yang sebenar terhadap-Nya dan mengingkari taghut.

(f)

Mempertahankan sebarang pencabulan terhadap sifat dan zat Allah SWT.

AKTIVITI 9.1 Berikan contoh pencabulan yang pernah berlaku terhadap zat dan sifat Allah SWT satu ketika dahulu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9

9.1.6

HADIS ASAS KECEMERLANGAN UMAT ISLAM



165

Reda Islam sebagai Agama

Setelah itu, Baginda SAW menyebut pula perkara kedua yang menyebabkannya mendapat syurga Allah SWT, iaitu meredai Islam sebagai agama. Reda Islam sebagai agama bermaksud: (a)

Meyakini Islam sebagai cara hidup (ad-din) dan hanya satu-satunya agama yang diterima oleh Allah SWT seterusnya meyakini bahawa golongan yang akan selamat di akhirat nanti hanyalah penganut agama Islam.

(b)

Merealisasikan dan melaksanakan Islam dalam kehidupan, iaitu dengan melaksanakan segala ajarannya dan meninggalkan segala larangannya.

(c)

Meletakkan Islam di tempat tertinggi. Meyakini hanya undang-undang Islam yang paling berjaya menyelamatkan manusia. Hanya Islam yang memberi keadilan, kesejahteraan dan keamanan kepada manusia. Meyakini juga hanya sistem Islam yang paling layak dan terbaik untuk manusia.

(d)

Menjadikan Islam sebagai asas hubungan sesama manusia. Maka dengan itu dia akan melindungi dan memusuhi kerananya. Sesiapa dalam kalangan orang Islam, maka dia akan dikasihi dan dilindungi walaupun dia bukan daripada bangsa, kaum atau negeri yang sama. Sekiranya dia daripada golongan yang memusuhi Islam, maka dia termasuk dalam golongan orang yang patut dimusuhi walaupun dia daripada kaum kerabat yang dekat dan walaupun dia memberi manfaat duniawi yang banyak kepadanya. Maka, ukuran hubungan anda sesama manusia ialah Islam. Namun begitu, dimusuhi bukan bermaksud mereka perlu dicemuh dan dihina, apatah lagi diperangi. Sebaliknya, mereka menjadi sasaran untuk kita sampaikan dakwah. Melainkan jika musuh Islam melancarkan serangan ketenteraan, maka ketika itu pihak tentera Islam wajib mempertahankan kedaulatan agama dan negara.

(e)

Yakin bahawa semua agama lain adalah salah dan batil. Meyakini bahawa syariat Islam adalah yang terbaik, paling adil dan paling berkesan untuk mengatur hidup manusia. Meyakini bahawa tidak harus berhukum dengan hukum selain Islam seterusnya meyakini bahawa syariat Islam adalah sesuai dan boleh diguna pakai pada semua tempat dan masa. Pada masa yang sama, perlu juga mengambil kira aspek ijtihad ulama berdasarkan maslahat semasa supaya perlaksanaan syariat Islam benarbenar dilihat memberi kebaikan dan bukan sebaliknya. Bukan bermaksud syariat Islam boleh mendatangkan kesan negatif tetapi kaedah perlaksanaannya yang dipilih kadangkala boleh memberikan kesan yang tidak diingini. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

166 

TOPIK 9

HADIS ASAS KECEMERLANGAN UMAT ISLAM

"

(f)

Meyakini tiada ideologi yang boleh menggantikan Islam. Islam itu sudah sempurna dan tidak perlu kepada ideologi lain untuk menyempurnakannya. Ajaran Islam adalah yang paling sesuai dan fleksibel untuk setiap tempat dan masa.

(g)

Reda dengan Islam bermaksud sentiasa membela agama ini. Berjuang untuk agama, menyebarkannya kepada seluruh dunia, tidak melampaui batas dalam mengamalkannya serta menjadikan ajarannya jelas pada setiap perbuatan, perkataan dan realiti kehidupan, dan setiap urusan kehidupan kita.

(h)

Mempertahankan sebarang pencabulan yang dilakukan oleh musuh untuk menjatuhkan dan melemahkan umat dan negara Islam.

(i)

Mempertahankan Islam daripada sebarang syubhah, prasangka dan salah faham. Mempertahankan Islam dari dimasuki oleh anasir yang merosakkan kefahaman terhadap Islam seperti liberalisme dan pluralisme.

AKTIVITI 9.2 1.

Berikan contoh pencabulan terhadap agama Islam.

2.

Berikan contoh-contoh lain yang berbentuk perlakuan, aktiviti atau tindakan yang menunjukkan bahawa kita reda Islam sebagai agama.

3.

Huraikan maksud liberalisme dan pluralisme.

9.1.7

Reda Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi

Sifat ketiga yang kita perlu ada ialah reda dengan Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul. Hal ini bermakna: (a)

Tunduk dan patuh dengan ketundukan yang sebenar dengan apa-apa yang dibawa. Tidak berhukum melainkan menerusi hidayahnya, tidak merasa sebarang kepayahan terhadap sebarang arahannya, menerima, tunduk dan patuh walau apa pun bentuk suruhannya walaupun ia bertentangan dengan kehendak peribadi ataupun nafsunya atau bertentangan dengan pendapat mana-mana individu.

" Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9

HADIS ASAS KECEMERLANGAN UMAT ISLAM



167

Allah SWT telah menegaskan dalam Kalam-Nya bahawa seseorang tidak dikira beriman apabila dia tidak menjadikan Rasul dan sunahnya sebagai kata putus atas sesuatu perkara. Firman Allah SWT dalam surah an-NisaÊ, ayat 65:

َ َ َّ ُ ۡ ُ َ ۡ َ َ َ َ َ َ ُ ّ َ ُ ٰ َّ َ َ ُ ۡ ُ َ َ ّ َ َ َ َ ٓ‫ي ُدوا ْ ِف‬ ‫ف وربِك يؤمِنون حت يكِموك فِيما شجر بينهم ثم‬ ِ َ ْ ُ ّ َ ُ َ َ ۡ َ َ َّ ّ ٗ َ َ ۡ ُ َ ۡ ٗ ٦٥ ‫أنفسِ ِهم حرجا مِما قضيت ويسل ِموا تسل ِيما‬ Maksudnya:

„Maka demi Tuhanmu (Wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan daripada apa-apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.‰ (b)

Reda kepada Nabi Muhammad SAW juga bermaksud membenarkan segala perkhabarannya, mencintainya, mentaatinya, menjauhi larangannya dan mengambil segala syariat yang didatangkan sebagai manhaj kehidupan. Apabila kita menolak sunahnya bermakna kita tidak mentaatinya. Jika kita tidak mentaatinya bermakna kita juga tidak mentaati Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah an-NisaÊ, ayat 80:

َ َ َ ۡ َ ٓ َ َّ َ ٗ َّ َ َ َ َ َ َّ ٨٠ ‫ٱلر ُسول فق ۡد أ َطاع ٱ َ ۖ َو َمن ت َو ٰل ف َما أ ۡر َسل َنٰك عل ۡي ِه ۡم َح ِفيظا‬ ِ‫َّمن يُ ِطع‬

Maksudnya:

„Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya dia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling (ingkar), maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka daripada melakukan kesalahan).‰

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

168 

TOPIK 9

HADIS ASAS KECEMERLANGAN UMAT ISLAM

"

Perkara ini juga jelas dalam sebuah hadis yang Abu Hurairah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ِ‫ﻮل ﱠ‬ ، ‫ َوَﻣ ْﻦ َْ َﰉ ؟‬، ‫اﻪﻠﻟ‬ ْ ‫ُﻛ ﱡﻞ أُﱠﻣ ِﱵ ﻳَ ْﺪ ُﺧﻠُﻮ َن‬ َ ‫ َ َر ُﺳ‬: ‫ ﻗَﺎﻟُﻮا‬، ‫اﳉَﻨﱠﺔَ إِﱠﻻ َﻣ ْﻦ أ ََﰉ‬ ِ‫ﺼ‬ " "‫ﺎﱐ ﻓَـ َﻘ ْﺪ أَﰉ‬ ْ ‫ﺎﻋ ِﲏ َد َﺧ َﻞ‬ َ َ‫ َﻣ ْﻦ أَﻃ‬: ‫ﻗَ َﺎل‬ َ َ ‫ َوَﻣ ْﻦ َﻋ‬، َ‫اﳉَﻨﱠﺔ‬ Maksudnya:

„Setiap umatku akan masuk ke dalam syurga melainkan mereka yang enggan. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah yang enggan? Maka sabda Rasulullah SAW: Barang siapa yang mentaatiku sesungguhnya dia akan masuk syurga. Dan siapa yang menderhakaiku sesungguhnya dialah yang enggan.‰ (Al-Bukhari Kitab al-IÊtisam bi al-Kitab wa al-Sunah, no. 6766) (c)

Oleh sebab itu, Baginda SAW menyatakan bahawa antara tanda cinta kepada Baginda SAW ialah mengikuti suruhannya. Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran, ayat 31:

ُۡ َ ُّ ُ ۡ ُ ُ ُ َ ُ ُ ۡ ُ َ ۡ ۡ َ َ ُ َّ ُ ُ ۡ ۡ ُ ُ ‫ون ٱ َّ َ فَٱتَّب‬ ‫وبك ۡ ۚم‬ ‫ون يبِبكم ٱ ويغفِر لكم ذن‬ ‫ع‬ ‫ِب‬ ‫ت‬ ‫م‬ ‫نت‬ ‫ك‬ ‫ن‬ ‫إ‬ ‫ل‬ ِ ‫ق‬ ِ ِ ٞ ‫ َّرح‬ٞ‫َوٱ َّ ُ َغ ُفور‬ ٣١ ‫ِيم‬ Maksudnya:

„Katakanlah (Wahai Muhammad): „Jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosadosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.‰ (d)

Termasuk juga dalam bab meredai Rasul ialah sentiasa berselawat kepadanya dan kepada ahli keluarganya. Maka, barang siapa yang mempunyai ketiga-tiga perkara ini, Allah SWT akan kurniakannya syurga kerana ketinggian iman mereka. Dalam sebuah hadis lain, Baginda SAW menyatakan bahawa mereka yang reda dengan Allah SWT sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi maka sesungguhnya telah merasai kemanisan iman kerana itulah mereka berhak mendapat syurga Allah SWT. Imam Muslim meriwayatkan dalam sahihnya: Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9

HADIS ASAS KECEMERLANGAN UMAT ISLAM



169

ِ‫ ﻣﻦ ر ِﺿﻲ ِ ﱠ‬، ‫ﺎن‬ ِ َ‫اق ﻃَﻌﻢ ا ِﻹﳝ‬ " ‫ َوِﲟُ َﺤ ﱠﻤ ٍﺪ َر ُﺳ ًﻮﻻ‬، ‫ َوِ ِﻹ ْﺳ َﻼِم ِدﻳﻨًﺎ‬، ًّ‫ﻪﻠﻟ َر‬ َ ْ َ ْ َ َ‫ذ‬ َ َ Maksudnya:

„Sesungguhnya telah mendapat kemanisan iman sesiapa yang meredai Allah sebagai Tuhannya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad SAW sebagai Rasulnya.‰ (Muslim Kitab al-Iman, no. 52)

AKTIVITI 9.3 1.

Akhir-akhir ini, pihak Barat sering menghina Nabi kita. Nyatakan beberapa contoh penghinaan tersebut.

2.

Apakah yang boleh kita lakukan untuk menunjukkan bahawa kita reda Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi kita?

3.

Pada pandangan anda, apakah perkara-perkara yang boleh kita lakukan untuk meraih keredaan Allah SWT? Nyatakan pendapat anda dalam forum myINSPIRE.

9.1.8

Berjihad di Jalan Allah SWT

Baginda SAW memberitahu bahawa satu perkara yang akan membuatkan seorang Mukmin itu mendapat tempat yang sangat tinggi di dalam syurga adalah mereka yang berjuang di jalan Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:

„Dan terdapat satu amalan yang dengannya seorang hamba akan diangkat darjatnya di syurga sebanyak 100 darjat di mana jarak antara satu darjat dengan yang lain adalah seperti jarak di antara langit dan bumi.‰ Abu SaÊid pun berkata: „Apakah dia wahai Rasulullah?‰ Sabda Rasulullah SAW: „Jihad di jalan Allah. Jihad di jalan Allah.‰ Imam Nawawi dalam kitabnya Syarah Sahih Muslim menerangkan bahawa yang dimaksudkan dengan ketinggian darjat itu ialah kurniaan nikmat yang banyak. Nikmat itu tidak pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengari oleh telinga. Kelebihan dan nikmat yang didapati oleh mereka yang berjihad di jalan Allah SWT ini jauh lebih bernilai sejauh langit dan bumi jika dibandingkan dengan nikmat ahli syurga yang lain. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

170 

TOPIK 9

HADIS ASAS KECEMERLANGAN UMAT ISLAM

"

Apakah yang dimaksudkan dengan jihad? Jihad dengan maknanya yang umum adalah seperti yang dimaksudkan oleh Ibnu Taymiyyah dalam MajmuÊ Fatawa, iaitu berjuang untuk memperoleh apa-apa yang disukai Allah SWT. Hal ini bermakna melakukan tuntutan keimanan dan amalan salih serta menahan diri daripada melakukan apa-apa yang dibenci oleh Allah SWT, iaitu perkara kekufuran, kefasikan dan kemaksiatan. Manakala, jihad dalam maknanya yang khusus ialah berjihad dengan diri dan harta menentang orang kafir untuk meninggikan kalimah Allah SWT dan menzahirkan syiar Islam. Jihad yang dimaksudkan dalam hadis tersebut ialah jihad memerangi orang kafir yang memerangi negara Islam yang merupakan puncak segala amalan. Dengan jihad, maka agama ini teguh berdiri, panji-panjinya berkibar megah. Ia ibadah yang paling mulia dan ketaatan yang paling tinggi. Ia disyariatkan untuk meninggikan kalimah Allah SWT dan untuk menyebarkan agamanya ke seluruh manusia. Sesungguhnya, jihad ini mendapat kedudukan yang tinggi. Hal ini kerana mereka yang berjihad ialah mereka yang sanggup mengorbankan jiwa, harta, masa, meninggalkan anak-anak dan keluarga, meninggalkan kesenangan dan kemewahan hidup semata-mata untuk meninggikan kalimah Allah SWT.

9.1.9

Dalil Lain Berkaitan Kelebihan Jihad

Terdapat banyak ayat al-Quran yang menunjukkan kelebihan jihad di jalan Allah SWT. Antaranya ialah: (a)

Surah at-Taubah, Ayat 20 hingga 22

َ ْ ُ َ ٰ َ َ ْ ُ َ َ َ ْ ُ َ َ َ َّ ُ َ َ ۡ ٰ َ ۡ َ َّ َ ُ‫نفسِ ه ۡم أ ۡع َظم‬ ‫يل ٱ ِ بِأمول ِ ِهم وأ‬ ِ ِ ِ ‫ٱلِين ءامنوا وهاجروا وجهدوا ِف سب‬ ًَ َ ّ َُ َ ُ ٓ َ ۡ ُ ُ َ ٰٓ َ ْ ُ َ َّ َ َ ۡ ‫ش ُه ۡم َر ُّب ُهم ب َر‬ ُ‫حة ّم ِۡنه‬ ُ ِ ‫ يب‬٢٠ ‫د َرجة عِند ٱ ِۚ وأولئِك هم ٱلفائِزون‬ ٖ ِ َ َّ ‫ِيها ٓ َأبَ ًداۚ إ َّن ٱ‬ َ ‫ِين ف‬ َ ‫َور ۡض َوٰن َو َج َّنٰت ل َّ ُه ۡم ف‬ ٞ ِ‫ِيها نَع‬ َ ‫ َخ ٰ ِل‬٢١ ‫يم‬ ٌ ِ‫يم ُّمق‬ ٖ ِ ٖ ِ َ َ ‫ع‬ ٞ ‫ِندهُ ٓۥ أ ۡج ٌر َع ِظ‬ ٢٢ ‫يم‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9

HADIS ASAS KECEMERLANGAN UMAT ISLAM



171

Maksudnya:

„(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredaan serta syurga; mereka beroleh di dalam syurga itu nikmat kesenangan yang kekal. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah, menyediakan di sisi-Nya pahala yang besar.‰ (b)

Surah at-Taubah, Ayat 111

َ ُ ٰ َ ُ َ َّ َ ۡ ُ ُ َ َّ َ ُ َ ٰ َ ۡ َ َ ۡ ُ َ ُ َ َ ۡ ُ ۡ َ ٰ َ َ ۡ َ َّ َّ ‫۞إِن ٱ ٱشتى مِن ٱلمؤ ِمن ِي أنفسهم وأمولهم بِأن لهم ٱلنة ۚ يقتِلون‬ ۡ َ ٰ َ ۡ َّ ّٗ َ ۡ َ َ ً ۡ َ َ ُ َ ۡ ُ َ َ ُ ُ ۡ َ َ َّ َ ‫يل‬ ‫ن‬ ‫ٱل‬ ‫و‬ ‫ة‬ ‫ر‬ ‫و‬ ‫ٱل‬ ‫ف‬ ‫ا‬ ‫ق‬ ِ ِ ‫يل ٱ ِ فيقتلون ويقتلونۖ وعدا عليهِ ح‬ ِ ِ ِ ِ ِ ‫ِف سب‬ َ َۡ ۡ َ َ َ ۡ ُۡ َ ُ ۡ َ ْ ُ ۡ َ ۡ َ َّ َ ُ‫ك ُم َّٱلِي بَ َاي ۡعتم‬ ۡ َ ٰ ِ‫ان ومن أوف بِعه ِده ِۦ مِن ٱ ِۚ فٱستب ِشوا بِبيع‬ ۚ ِ ‫وٱلقرء‬ ُ ‫بهِۦ َو َذٰل َِك ُه َو ۡٱل َف ۡو ُز ۡٱل َع ِظ‬ ١١١ ‫يم‬ ِۚ

Maksudnya:

„Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.‰

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

172 

(c)

TOPIK 9

HADIS ASAS KECEMERLANGAN UMAT ISLAM

"

Surah Ali Imran, Ayat 169 hingga 171

َّ َّ َ َ ۡ َ َ َ َ ُ َ ‫ِين قُتلُوا ْ ف َسبيل ٱ َّ ِ أَ ۡم َوٰتَۢا بَ ۡل أَ ۡح َيا ٓ ٌء ع‬ َ ١٦٩ ‫ِند َر ّب ِ ِه ۡم يُ ۡر َزقون‬ ‫و تسب‬ ‫ٱل‬ ۚ ِ ِ ِ ِ ْ ُ َ ۡ َ ۡ َ َ َّ َ ُ ۡ َ ۡ َ َ ۡ َ َ ٓ َ َ َّ ‫حقوا ب ِ ِهم ّم ِۡن‬ ‫ي ب ِ َما َءات ٰ ُه ُم ٱ ُ مِن فضلِهِۦ ويستب ِشون ب ِٱلِين لم يل‬ ‫ح‬ ِ ‫ف ِر‬ َ َ ُ َ ۡ َ ۡ ُ َ َ ۡ ۡ َ َ ٌ ۡ َ َّ ۡ ۡ َ َّ ۡ َ ُ ۡ‫ ۞ي َ ۡس َتب‬١٧٠ ‫ون‬ ‫خلفِ ِهم أ خوف علي ِهم و هم يزن‬ ِ ‫شون بِنِع َم ٖة ّم َِن ٱ‬ ِ ۡ ُ ۡ َ ۡ َ ُ ُ َ َ َّ َّ َ َ ۡ َ َ َ ١٧١ ‫ضيع أجر ٱلمؤ ِمنِي‬ ‫وفض ٖل وأن ٱ‬ ِ ‫ي‬ Maksudnya:

„Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (daripada berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. Mereka bergembira dengan balasan nikmat daripada Allah dan limpah kurnia-Nya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman.‰ Hadis Rasulullah SAW yang menyatakan kelebihan jihad juga banyak, antaranya ialah: (a)

Dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, Hadis 2347

‫ي‬ ‫ﺻﻠﱠﻰ ﱠ‬ ‫َﻋ ْﻦ أَِﰊ َذ ٍّر َر ِﺿ َﻲ ﱠ‬ ‫ أَ ﱡ‬، ‫اﻪﻠﻟُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ‬ ‫ﺖ اﻟﻨِ ﱠ‬ ُ ْ‫ َﺳﺄَﻟ‬: ‫ ﻗَ َﺎل‬، ُ‫اﻪﻠﻟُ َﻋْﻨﻪ‬ َ ‫ﱠﱯ‬ ِ ِ ِ ِ " ‫ﺎد ِﰲ ﺳﺒِﻴﻠِ ِﻪ‬ َ ْ‫اﻟْ َﻌ َﻤ ِﻞ أَﻓ‬ َ ٌ ‫ إﳝَﺎ ٌن ﱠﻪﻠﻟ َوﺟ َﻬ‬: ‫ﻀ ُﻞ؟ ﻗَ َﺎل‬ Maksudnya:

„Dari Abi Zar r.a. beliau telah berkata aku telah bertanya Rasulullah SAW: Apakah amalan yang paling afdal? Maka sabda Baginda SAW: Beriman kepada Allah dan berjihad di jalan-Nya.‰

" Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9

(b)

HADIS ASAS KECEMERLANGAN UMAT ISLAM



173

Sahih al-Bukhari, Kitab Jihad, Hadis 2601

ِ‫ﻟَﺮوﺣﺔٌ ِﰲ ﺳﺒِ ِﻴﻞ ﱠ‬ " ‫ أ َْو َﻏ ْﺪ َوةٌ َﺧْﻴـٌﺮ ِﻣ َﻦ اﻟ ﱡﺪﻧْـﻴَﺎ َوَﻣﺎ ﻓِ َﻴﻬﺎ‬، ‫اﻪﻠﻟ‬ َ َْ َ Maksudnya:

„Keluarnya kamu pada pagi hari untuk berjuang di jalan Allah ataupun pada petang hari adalah lebih baik daripada dunia dan seluruh isinya.‰

9.1.10

Tujuan Berjihad

Jihad di jalan Allah SWT adalah semata-mata bertujuan menyahut seruan Allah SWT, berkorban di jalan-Nya, untuk menyebarkan agama-Nya, mempertahankan maruah agama, negara umat Islam dan bertujuan meninggikan kalimah Allah SWT. Hal inilah yang dimaksudkan dengan jihad di jalan Allah SWT. Adapun jika tujuan dan matlamat jihad adalah menunjukkan keberanian atau kerana mengejar wang dan harta, maka ia bukanlah jihad di jalan Allah SWT. Seperti yang dijelaskan ketika Baginda SAW ditanya tentang perkara tersebut, maka jawab Baginda SAW:

ِ ِ‫اﻪﻠﻟ ِﻫﻰ اﻟْﻌ ْﻠﻴﺎ ﻓَـﻬﻮ ِﰱ ﺳﺒِ ِﻴﻞ ﱠ‬ ِ ِ ‫اﻪﻠﻟ‬ َ َ ُ َ ُ َ ‫َﻣ ْﻦ ﻗَﺎﺗَ َﻞ ﻟﺘَ ُﻜﻮ َن َﻛﻠ َﻤﺔُ ﱠ‬ Maksudnya:

„Barang siapa yang berjuang demi untuk memastikan kalimah Allah itu tertinggi, maka sesungguhnya dia berjuang di jalan Allah.‰ (Muslim, Kitab al-Imarah, no. 1904)

AKTIVITI 9.4 1.

Pada pandangan anda, bagaimanakah cara mencapai tahap pengorbanan yang tinggi hingga sanggup meninggalkan keindahan hidup dunia semata-mata untuk berjihad?

2.

Bincangkan kisah-kisah para mujahid yang anda tahu bersama rakan sekelas dalam forum myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

174 

9.2

TOPIK 9

HADIS ASAS KECEMERLANGAN UMAT ISLAM

"

PRINSIP ASAS PENDIDIKAN DALAM HADIS

Hadis ini juga memberikan kita beberapa prinsip asas pendidikan yang digunakan oleh Baginda SAW. Sekarang, mari kita lihat prinsip tersebut: (a)

Nabi Muhammad SAW menggunakan bahasa yang mudah dan senang untuk difahami, maka pelajar juga boleh memahami apa-apa yang ingin disampaikan oleh Baginda SAW dengan mudah.

(b)

Baginda SAW merupakan pendidik terunggul dan mempunyai sifat yang terpuji yang Baginda SAW telah merai permintaan Abu SaÊid al-Khudri supaya mengulangi apa-apa yang diperkatakan. Sifat seperti inilah yang seharusnya ada pada seorang pendidik.

(c)

Nabi Muhammad SAW juga mengulangi kata-katanya sebagaimana yang diminta oleh Abu SaÊid al-Khudri. Kaedah pengulangan fakta dan isi penting ialah teknik yang sering dilakukan oleh Baginda SAW untuk memastikan para sahabat benar-benar mengingati akan pesanannya dan juga agar ia lekat di ingatan sahabat yang mendengar.

AKTIVITI 9.5 Bincangkan bersama rakan anda sifat-sifat terpuji Baginda SAW yang lain ketika mendidik para sahabat r.a.

9.3

PENGAJARAN HADIS DALAM KONTEKS SEMASA

Hadis ini sangat penting dan sangat bermanfaat untuk kita hubungkan dengan konteks semasa. Tahukah anda apakah kepentingannya? Antara kepentingan dan pengajaran hadis ini dalam konteks semasa ialah: (a)

Hadis ini ingin mengajar dan mengajak kita menjadi seorang Muslim yang sebenar. Baginda SAW mahu menunjukkan kepada kita cara untuk mencapai kejayaan, kecemerlangan dan kegemilangan dalam hidup, di dunia dan akhirat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9

HADIS ASAS KECEMERLANGAN UMAT ISLAM



175

(b)

Maka, Baginda SAW menyatakan bahawa tiga perkara penting yang dimaksudkan ialah reda Allah SWT sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul. Apabila tiga perkara ini terpasak kukuh dalam diri, maka jadilah dia Muslim dan Mukmin yang berhak mendapat reda dan syurga Allah SWT. Dalam hadis lain disebutkan juga bahawa mereka ini mendapat kemanisan iman.

(c)

Asas pertama untuk mendapat reda Allah SWT ialah meletakkan Allah SWT itu benar-benar sebagai Tuhan yang disembah pada Uluhiyyah dan

Rububiyyah. (d)

Reda kepada Allah SWT akan menjadikan kita seorang yang kuat pergantungan pada Allah SWT. Hanya menyerah kepada Allah SWT, sangat bersyukur atas nikmat-Nya dan seorang yang tenang dalam menghadapi apa-apa jua kesukaran dan ujian dalam kehidupan. Kita akan merasakan telah cukup Allah SWT buat kita, tidak perlu lagi meminta kepada yang lain, tidak perlu lagi mengharap kepada makhluk, juga cinta untuk bertemu dengan-Nya, meredai-Nya sebagai Penjaga dan Pemelihara kita, ikhlas ketika beribadah kepada-Nya, bergantung pada-Nya dalam terang mahupun gelap dan seluruh urusan hanya kerana-Nya.

(e)

Kemudian, kita perlu mengakui dan meyakini bahawa agama yang benarbenar menyelamatkan kita ialah Islam, iaitu agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada para nabi dan rasul.

(f)

Apabila kita meredai Islam sebagai agama, maka akan menjadikan kita seorang yang membesarkan syiar dan kehormatannya. Kita juga akan sentiasa berusaha untuk menguatkan kefahaman dan mendalami ajaran Islam. Ajaran yang meliputi akidahnya, ibadahnya, hukum hakamnya dan juga akhlaknya. Seterusnya dapat membezakan antara Islam dengan ideologi ciptaan manusia yang lain seperti liberalisme dan pluralisme. Dia akan sedaya-upaya melaksanakan Islam dalam kehidupan sama ada dalam keadaan senang ataupun susah. Mereka yang meredai Islam sebagai agama juga akan menghormati orang Islam dan menganggap mereka sebagai sahabat dan seterusnya bersifat tegas dengan yang kufur dan menentang Islam. Namun begitu, sikap tegas ini bukan bererti kita terus bermusuhan dan mengabaikan peluang untuk berdakwah menyampaikan maklumat Islam yang sebenar kepada mereka.

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

176 

TOPIK 9

HADIS ASAS KECEMERLANGAN UMAT ISLAM

"

(g)

Seterusnya ialah keyakinan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pembawa risalah Ilahi yang wajib ditaati.

(h)

Menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan, hidayahnya sebagai petunjuk, syariatnya sebagai ikutan. Memperbanyakkan selawat ke atasnya, mencintai para sahabatnya dan ahli keluarganya.

(i)

Apabila wujud ketiga-tiga perkara ini dalam diri seseorang, maka dia akan merasai kemanisan iman. Orang yang sentiasa merasai kemanisan iman akan sentiasa menghidupkan nilai iman dalam hidupnya, maka jadilah dia seorang Muslim dan Mukmin yang cemerlang dan gemilang. Kebaikan yang dilakukannya di dunia ini akan diredai Allah SWT yang akhirnya akan membawa ke syurga.

(j)

Antara bentuk reda terhadap ketiga-tiga perkara tersebut ialah sentiasa mempertahankan Allah SWT, Islam dan Nabi daripada dipermainkan, diperalatkan dan diperlekehkan oleh musuh Islam, sentiasa menghidupkan dalam hati bahawa Allah SWT Tuhan yang Esa bagi sekalian alam, agama Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripada agama Islam, dan Nabi Muhammad SAW ialah utusan terakhir dan tiada nabi selepasnya yang membawa risalah terakhir untuk manusia.

(k)

Sesungguhnya, kita perlu berusaha untuk memasakkan ketiga-tiga ‰reda‰ ini dalam diri dengan cara mendidik dan mentarbiahkan diri.

(l)

Sentiasa berusaha untuk berkorban dan berjihad di jalan Allah SWT kerana sebagai umat Islam, kita bertanggungjawab meninggikan kalimah Allah SWT dan ajaran Islam. Asas yang penting untuk berjihad ialah ilmu yang sahih dan mendapat bimbingan daripada para ulama yang diiktiraf. Berapa ramai mereka yang bersemangat untuk membela Islam tetapi tanpa ilmu yang benar tentang konsep jihad, tindakan mereka telah memberikan kesan buruk kepada Islam sendiri.

(m) Sentiasa mengharapkan ganjaran Allah SWT berbanding ganjaran manusia kerana ganjaran Allah SWT adalah lebih berharga dan bernilai serta sentiasa mendambakan ganjaran akhirat berbanding ganjaran dunia kerana ganjaran akhirat kekal abadi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9

HADIS ASAS KECEMERLANGAN UMAT ISLAM



177

AKTIVITI 9.6 1.

Apakah yang dimaksudkan dengan Uluhiyyah dan Rububiyyah?

2.

Bincang bersama rakan anda langkah-langkah pendidikan pentarbiahan yang perlu dibuat untuk mendapat kemanisan iman. Kongsikan jawapan anda dalam forum myINSPIRE.



Hadis ini menggariskan tiga perkara yang melayakkan seorang Muslim itu mendapat syurga Allah SWT  reda Allah SWT sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul.



Reda Allah SWT sebagai Tuhan bermaksud meletakkan hanya Allah SWT untuk disembah, tempat mengharap dan bergantung.



Kita mesti yakin dengan segala ketentuannya sama ada baik ataupun buruk. Yakin bahawa ketentuan Allah SWT adalah yang terbaik buatnya.



Reda Islam sebagai agama bermaksud meyakini Islam sebagai satu-satunya agama yang diterima oleh Allah SWT. Agama yang Allah SWT turunkan ini telah sempurna dan tidak perlu ditokok tambah lagi.



Kita meyakini bahawa ajaran Islam yang benar adalah seperti yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW sahaja. Dalam masa yang sama, kita tidak reda kepada sebarang fahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti liberalisme dan pluralisme.



Reda Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul bermakna bersedia untuk mengamalkan segala ajarannya dan meninggalkan segala larangannya.



Bukti kasih kepada Baginda SAW bukan setakat mengalunkan selawat dan salam terhadap Nabi Muhammad SAW akan tetapi perlu dibuktikan dengan kepatuhan dan ketaatan terhadap Baginda SAW. Menghidupkan sunah Baginda SAW serta membasmi segala unsur khurafat dan bidaah dalam urusan agama.

" Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

178 

TOPIK 9

HADIS ASAS KECEMERLANGAN UMAT ISLAM

"



Orang yang berjihad di jalan Allah SWT akan mendapat kedudukan yang tinggi di syurga kelak.



Jihad yang diterima Allah SWT adalah berjihad semata-mata untuk meninggikan kalimah Allah SWT. Adapun jika bertujuan mendapatkan pujian dan harta, maka ia bukannya berjihad kerana Allah SWT.

Jihad

Rububiyyah

Kecemerlangan umat Islam

Uluhiyyah

Reda

Abd al-Wahhab Rasyid Salih. (1995). Syarh al-ArbaÊin al-Nawawiyyah fi Thawb Jadid. Damsyik, Syria: Wizarah al-Awqaf. Abdul Fattah Abu Ghuddah. (2009). 40 teknik Rasulullah mengajar. Syuhadak Mahmud (Terj.). Seremban, Malaysia: Al-Azhar Media. Ali. (1998). Khulasah al-kalam fi al-ahadith allati alayha madar al-Islam. Damsyik, Syria: Dar al-Qalam. Al-Islamweb. (2013). Al-Islamweb.net. Dicapai dari www.al-islamweb.netw Hadith Encyclopedia. (t. t.). Dicapai dari http://www.dorar.net Harf

Information Technology. http://hadith.al-islam.com

(2013).

Hadith

al-Islam.

Dicapai

dari

Ibnu Rejab al-Hmbali. (1989). JamiÊ ulum wa al-hikam. Kaherah, Mesir: Dar al-Kalimah al-Tayyibah. Jalaluddin al-Suyuti. (1996). Al-Dibaj. Arab Saudi: Dar Ibn ÂAffan. Mustafa al-Bugha, & Muhyiddin Misto. (1987). Al-Wafi fi syarh al-arbaÊin al-nawawiyyah. Beirut, Lebanon: Dar Ibn Kathir. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik "" " " " " " " " " " " " " " " " " " " " " "



10

Hadis Asas Kemunduran Umat Islam" "

"

HASIL PEMBELAJARAN

"

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menyatakan maksud beberapa kalimah hadis;

2.

Menghuraikan hadis secara umum;

3.

Menghuraikan keindahan perumpamaan dalam hadis; dan

4.

Menjelaskan kepelbagaian ragam masyarakat.

 PENGENALAN Sebelum ini, kita membincangkan asas kecemerlangan umat Islam. Topik ini pula akan membawakan kita kepada isu yang berkaitan dengan perkara yang boleh menyebabkan sesebuah masyarakat itu mundur. Hadis ini menyatakan bahawa ketiadaan sikap tegur-menegur dan bantu-membantu boleh membawa kepada kehancuran sesebuah masyarakat. Perkara yang menarik dalam hadis ini ialah teknik pendidikan Rasulullah SAW yang Baginda SAW menyampaikan mesej dalam bentuk perumpamaan dan perbandingan. Hadis yang kesepuluh ini ialah sebuah hadis yang sarat dengan perumpamaan dan perlambangan yang indah. Rasulullah SAW menggambarkan realiti kehidupan sesebuah masyarakat dengan kisah penumpang di dalam kapal. Kejayaan kapal ini berlayar hingga ke destinasi bergantung pada kesatuan penumpangnya. Membiarkan tindakan sesetengah penumpang yang membuat keputusan sendiri yang mahu menebuk kapal untuk memudahkan mereka mengambil air akan membuatkan kapal ini karam di tengah lautan. Secebis gambaran itulah yang dibawakan oleh hadis ini. Sekarang, mari kita sama-sama menghayati keindahan hadis ini. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

180  TOPIK 10 HADIS ASAS KEMUNDURAN UMAT ISLAM "

10.1

HADIS DAN HURAIANNYA

Masyarakat yang teguh ialah masyarakat yang mengamalkan sikap bantumembantu, tegur-menegur dan nasihat-menasihati antara satu sama lain. Masyarakat yang berjaya ialah masyarakat yang tidak membiarkan keburukan, kemaksiatan dan kemungkaran berleluasa. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa realiti sesebuah masyarakat adalah wujudnya pelbagai rupa dan ragam anggota di dalamnya. Terdapat dalam kalangan mereka yang suka membuat kacau dan terang-terangan melakukan mungkar. Andai kata mereka dibiarkan melakukan kemungkaran tersebut, masyarakat itu akan terus hancur dan mundur.

10.1.1

Lafaz Hadis dan Terjemahannya

Mari kita lihat hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam Sahihnya dalam kitab Al-Syarikah, nombor hadis 2326 dan terjemahannya.

ِ ‫ﱠﱯ ﺻﻠﱠﻰ ﱠ‬ ‫)ﻣﺜَ ُﻞ‬ ‫ﱡﻌ َﻤﺎ َن ﺑْ ِﻦ ﺑَ ِﺸ ٍﲑ َر ِﺿﻲ ﱠ‬ ْ ‫اﻟﻨـ‬ َ ِّ ِ‫اﻪﻠﻟُ َﻋْﻨـ ُﻬ َﻤﺎ َﻋ ِﻦ اﻟﻨ‬ َ :‫اﻪﻠﻟُ َﻋﻠَْﻴﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ ﻗَ َﺎل‬ ٍ ِ ِ ِ‫ود ﱠ‬ ِ ‫اﻟْﻘ َﻘﺎﺋِِﻢ ﻋﻠَﻰ ﺣ ُﺪ‬ ٍ ِ ‫ﺎب‬ ْ ‫ َﻛ َﻤﺜَ ِﻞ ﻗَـ ْﻮم‬،‫اﻪﻠﻟ َواﻟْ َﻮاﻗ ِﻊ ﻓ َﻴﻬﺎ‬ َ ‫ ﻓَﺄ‬،‫اﺳﺘَـ َﻬ ُﻤﻮا َﻋﻠَﻰ َﺳﻔﻴﻨَﺔ‬ َ ‫َﺻ‬ ُ َ ِ ‫ ﻓَ َﻜﺎ َن اﻟﱠ ِﺬﻳﻦ ِﰲ أ‬،‫ﺑـﻌﻀﻬﻢ أَﻋﻼﻫﺎ وﺑـﻌﻀﻬﻢ أَﺳ َﻔﻠَﻬﺎ‬ ،‫اﺳﺘَـ َﻘ ْﻮا ِﻣ َﻦ اﻟْ َﻤ ِﺎء‬ ْ ‫َﺳ َﻔﻠ َﻬﺎ إِ َذا‬ ْ َ ْ ْ ُ ُ ْ ََ َ ْ ْ ُ ُ ْ َ َ ِ َ‫ ﻟَﻮ أَ ﱠ ﺧﺮﻗْـﻨَﺎ ِﰲ ﻧ‬:‫ ﻓَـ َﻘﺎﻟُﻮا‬،‫ﻣﱡﺮوا ﻋﻠَﻰ ﻣﻦ ﻓَـﻮﻗَـﻬﻢ‬ ،‫ َوَﱂْ ﻧـُ ْﺆِذ َﻣ ْﻦ ﻓَـ ْﻮﻗَـﻨَﺎ‬،‫ﺼﻴﺒِﻨَﺎ ا َﺧ ْﺮﻗًﺎ‬ ُْ ْ ْ َ َ َ ََ ْ ِ ِ ِ ‫ﻴﻴﻌﺎ‬ ُ ‫ﻓَِﺈ ْن ﻳَـْﺘـ ُﺮُﻛ‬ َ ‫ َوإِ ْن أ‬،ً‫ﻮﻫ ْﻢ َوَﻣﺎ أ ََر ُادوا َﻫﻠَ ُﻜﻮا َﲨﻴﻌﺎ‬ ً ‫َﺧ ُﺬوا َﻋﻠَﻰ أَﻳْﺪﻳ ِﻬ ْﻢ َﳒَ ْﻮا َوَﳒَ ْﻮا َﲨ‬ "

Maksudnya:

„Daripada Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Perumpamaan orang yang menegakkan hukum Allah dengan orang yang diam terhadapnya seperti satu kaum yang dipilih untuk berlayar dengan sebuah kapal lalu sebahagian daripada mereka ada yang mendapat tempat di atas dan sebahagian mereka lagi di bahagian bawah perahu. Lalu orang berada di bahagian bawah perahu apabila mereka mencari air untuk minum mereka harus melintasi orangorang yang berada di bahagian atas seraya berkata: ÂSeandainya boleh kami lubangi apa-apa sahaja perahu ini untuk mendapat bahagian kami sehingga kami tidak mengganggu orang yang berada di atas kami. Seandainya berada di bawah itu, maka mereka akan binasa semuanya. Namun sekiranya mereka mencegah dengan tangan mereka, maka mereka akan selamat semuanya.ʉ Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10

10.1.2

HADIS ASAS KEMUNDURAN UMAT ISLAM



181

Pengertian Kalimah Utama

Pengertian kalimah utama dalam hadis ditunjukkan dalam Jadual 10.1. Jadual 10.1: Pengertian Kalimah Utama dalam Hadis Kalimah Utama

Pengertian

ِ‫ود ﱠ‬ ِ ‫"اﻟْ َﻘﺎﺋِِﻢ ﻋﻠَﻰ ﺣ ُﺪ‬ ‫اﻪﻠﻟ‬ ُ َ

Menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Tidak dinafikan bahawa kedua-dua perkara ini ialah tanda teguhnya pegangan seseorang pada agama. Seseorang yang berpegang teguh pada agama akan menyeru kepada perkara kebaikan dan mencegah perbuatan yang mungkar. Mereka tidak akan meninggalkan tugasan ini dan tidak mengambil ringan mengenainya.

‫" َواﻟْ َﻮاﻗِ ِﻊ ﻓِ َﻴﻬﺎ‬

Dan mereka yang tidak menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran.

‫اﺳﺘَـ َﻬ ُﻤﻮا َﻋﻠَﻰ َﺳ ِﻔﻴﻨَ ٍﺔ‬ ْ"

Setiap penumpang mendapat tempat duduk di dalam kapal secara undian.

ِ َ‫ ﻟَﻮ أَ ﱠ ﺧﺮﻗْـﻨَﺎ ِﰲ ﻧ‬:‫ﻓَـ َﻘﺎﻟُﻮا‬ ‫ﺼﻴﺒِﻨَﺎ‬ ََ ْ ‫ َوَﱂْ ﻧـُ ْﺆِذ َﻣ ْﻦ ﻓَـ ْﻮﻗَـﻨَﺎ‬،‫" َﺧ ْﺮﻗًﺎ‬

Pada pandangan mereka yang di bawah, tindakan mereka untuk melubangi kapal adalah lebih baik dan tidak akan menyusahkan mereka yang di atas kerana terpaksa lalu di kawasan mereka. Mereka berpandangan bahawa selagi mana mereka berhak ke atasnya, mereka bebas untuk melakukan apa-apa sahaja untuk memberi kemudahan walaupun hakikatnya ia memudaratkan.

‫َﺧ ُﺬوا َﻋﻠَﻰ أَﻳْ ِﺪﻳ ِﻬ ْﻢ‬ َ ‫"أ‬

Iaitu melarang mereka.

SEMAK KENDIRI 10.1 Huraikan dengan ringkas maksud serta pengertian kalimah-kalimah utama yang disenaraikan dalam Jadual 10.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

182  TOPIK 10 HADIS ASAS KEMUNDURAN UMAT ISLAM "

10.1.3

Tema Utama Hadis

Topik ini membincangkan hadis yang berkisar pada asas dan sebab kejayaan dan kehancuran umat Islam. Sebab kejayaan adalah apabila anggota masyarakat mengambil berat tentang apa-apa yang berlaku di sekeliling mereka dan menjalankan tanggungjawab untuk menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran. Manakala sikap membiarkan kemaksiatan berleluasa dalam kalangan umat tanpa mencegahnya akan menyebabkan sesebuah masyarakat itu runtuh dan hancur sepertimana sebuah kapal akan karam sekiranya sekumpulan manusia dibiarkan dan tidak ditegah daripada menebuk kapal tersebut.

10.1.4

Huraian Umum Hadis

Hadis ini merupakan sebuah perumpamaan yang ditunjukkan oleh Baginda SAW berkaitan keadaan manusia dan sikap serta pendirian mereka terhadap kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat. Nabi Muhammad SAW mengumpamakan sebuah kehidupan masyarakat dengan keadaan penumpang yang menaiki sebuah kapal besar. Sebahagiannya duduk di bahagian atas kapal dan sebahagian lagi duduk di bahagian bawahnya. Namun, apabila mereka yang berada di bahagian bawah kapal memerlukan air, mereka perlu melintasi penumpang yang berada di atas. Mereka merasakan bahawa tindakan mereka yang lalu lintas di situ akan membuatkan penumpang di atas tidak selesa. Mungkin mereka akan terkena percikan air, mengganggu waktu rehat mereka atau sebagainya. Maka, mereka merancang untuk menebuk kapal di bahagian mereka duduk, iaitu di bahagian bawah kapal agar mereka mudah untuk mengambil air tanpa menyusahkan orang di atas. Rasulullah SAW menjelaskan bahawa sekiranya mereka yang di atas menjalankan tanggungjawab mereka dengan menegah dan mencegah mereka yang di bawah dari menebuk kapal tersebut, nescaya mereka kesemuanya akan selamat. Namun, andai kata mereka yang di bawah dibiarkan melakukan apa-apa yang mereka mahu kerana berpandangan itu hak mereka dan mereka bebas untuk melakukan apa-apa sahaja di kawasan mereka, nescaya akan hancur dan karamlah semua yang berada di dalam kapal itu.

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10

HADIS ASAS KEMUNDURAN UMAT ISLAM



183

Demikianlah gambaran manusia dalam sebuah masyarakat. Sesebuah masyarakat tidak akan sunyi daripada sebarang kemungkaran dan kerosakan yang dilakukan oleh mereka yang lemah imannya. Sebahagian daripada mereka yang melakukan kemungkaran itu akan mengatakan bahawa itu hak mereka dan mereka bebas untuk melakukan apa-apa sahaja. Sekiranya mereka yang mempunyai ilmu ataupun kuasa menjalankan tugas dengan mencegah kemungkaran dan fasad, maka akan sejahteralah masyarakat dan terselamat daripada kemurkaan Allah SWT. Sekiranya mereka berdiam diri dan tertipu dengan kata-kata mereka, maka sesungguhnya Allah SWT akan membalasnya dan balasan Allah SWT akan mengenai seluruh masyarakat. Akibat ini kerana mendiamkan diri dan tidak bersuara apabila melihat kemungkaran berlaku seperti kisah kapal yang kesemua mereka yang berada di dalam kapal akan menerima kesan buruk. Sunah Allah SWT itu tidak pernah berubah. Perkara ini hakikatnya telah disebutkan Allah SWT dalam firman-Nya dalam surah al-Anfal, ayat 25:

ْ َ َ َ َّ َّ َ ُ َّ ٗ َ ۡ ْ ُ َّ َ ۡ َ ۖ ٗ َّ ٓ َ ۡ ُ ُ‫ٱعلَ ُم ٓوا ْ أَ َّن ٱ َّ َ َشدِيد‬ ‫ِين ظل ُموا مِنكم خاصة و‬ ‫وٱتقوا ف ِتنة ت ِصيب ٱل‬ َ ۡ ٢٥ ‫اب‬ ‫ق‬ ِ ِ‫ٱلع‬

Maksudnya:

„Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum), dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya.‰ Hadis Rasulullah SAW yang lain juga berbunyi:

ِ ٍ ‫اﻪﻠﻟ ﺑِﻌِ َﻘ‬ ِ ‫ﺎب‬ َ ‫ﱠﺎس إِذَا َرأ َْوا اﻟﻈﱠﺎﱂَ ﻓَـﻠَ ْﻢ َْ ُﺧ ُﺬوا َﻋﻠَﻰ ﻳَ َﺪﻳِْﻪ أ َْو َﺷ‬ ُ‫ﻚ أَ ْن ﻳَـﻌُ ﱠﻤ ُﻬ ُﻢ ﱠ‬ َ ‫إ ﱠن اﻟﻨ‬ Maksudnya:

„Sesungguhnya sekiranya masyarakat nampak seseorang melakukan kezaliman dan mereka tidak menegahnya, ditakuti Allah akan menimpa azab ke atas mereka semua.‰ (Sahih, Sunan Abu Daud, no. 4338)

" Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

184  TOPIK 10 HADIS ASAS KEMUNDURAN UMAT ISLAM "

AKTIVITI 10.1 Ceritakan semula perumpamaan sebuah kapal seperti yang dibawakan oleh hadis ini dalam forum myINSPIRE.

10.1.5

Keindahan Hadis

Hadis ini dipenuhi dengan pelbagai perumpamaan. Keindahan perumpamaannya lahir daripada gambaran dan perlambangan hakikat kehidupan manusia serta cara mereka berinteraksi dengan suruhan dan larangan Allah SWT dan cara mereka menyambut batasan Allah SWT dan memeliharanya. Hadis yang mulia ini mengandungi tiga perumpamaan utama, iaitu: (a)

Perumpamaan Pertama Hukum syarak yang memberi keselamatan dan menjamin kehidupan yang sejahtera diumpamakan seperti kapal. Kapal ini membawa penumpang di dalamnya menuju ke destinasi dengan selamat, selagi kapal ini dipandu mengikut cara yang betul dan pelayarannya diurus dengan sempurna dan mengikut disiplin. Demikianlah syariat Islam menjaga umatnya daripada huru-hara kehidupan, melepaskan mereka daripada kesempitan hidup, dan menjamin umat agar selamat daripada keberbahayaan dan kehancuran.

(b)

Perumpamaan Kedua Perumpamaan kedua ialah perumpamaan penumpang di dalam kapal adalah ibarat kelompok-kelompok di dalam masyarakat. Secara umumnya hadis ini menggambarkan tiga golongan dalam sesebuah masyarakat. (i)

Golongan pertama ialah mereka yang berpegang pada hukum Allah SWT, yang menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram serta menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan juga yang menjadi pemimpin masyarakat. Hadis ini menggambarkan mereka duduk di bahagian atas kapal.

(ii)

Golongan kedua ialah mereka yang membiarkan sahaja perbuatan tersebut, tidak ambil pusing dengan apa-apa yang berlaku dan langsung tidak mencegahnya. Mereka membiarkan sahaja kemungkaran yang berlaku di sekeliling mereka.

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10

HADIS ASAS KEMUNDURAN UMAT ISLAM



185

(iii) Golongan ketiga ialah mereka yang melanggar hukum Allah SWT, dan yang melakukan kemungkaran dan kerosakan di muka bumi. Golongan ini diumpamakan seperti mereka yang mahu menebuk dan melubangkan kapal. Mereka mahu bertindak demikian kerana tidak mahu mengganggu dan menyusahkan penumpang di bahagian atas apabila mahu mengambil air. Lalu, mereka mahu mengambil jalan mudah dengan menebuk sahaja kapal. Mereka diumpamakan seperti penumpang yang duduk di bahagian bawah kapal. Ia menggambarkan rendahnya kedudukan mereka dengan sebab perbuatan mereka itu. Maka, hadis ini menggambarkan bahawa sekiranya golongan yang berada di bahagian atas kapal tidak mencegah dan menahan tindakan mereka yang berada di bawah itu, tidak mustahil kapal itu akan karam seluruhnya. (c)

Perumpamaan Ketiga Hadis ini kemudiannya membawakan perumpamaan dan perbandingan situasi dengan situasi. Situasi umat yang melayari kehidupan di dunia yang penuh dengan ujian, dugaan dan tekanan diumpamakan seperti pelayaran sebuah kapal yang perlu menempuh ombak besar. Pelayaran di laut yang kadangkala bergelora dan kadangkala tenang. Kejayaan kapal ini sampai ke destinasi adalah bergantung pada mereka yang menaikinya. Sememangnya tidak dinafikan bahawa manusia mempunyai pelbagai ragam. Mana-mana keterlaluan yang dilakukan oleh mana-mana individu dalam masyarakat akan menyebabkan kapal itu karam seperti juga umat. Sebarang kesilapan dalam percaturan dan keputusan, kelalaian ataupun keterlaluan dalam sesuatu perkara boleh membawa kepada kegagalan, kemunduran dan jauh tertinggal di belakang.

SEMAK KENDIRI 10.2 Berdasarkan huraian dalam Subtopik 10.1.5, nyatakan sebab-sebab kejayaan dan kemunduran sesebuah umat.

" AKTIVITI 10.2 Datangkan kisah-kisah umat terdahulu yang pernah dihancurkan Allah SWT akibat kelalaian mereka dalam melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

186  TOPIK 10 HADIS ASAS KEMUNDURAN UMAT ISLAM "

10.2

PRINSIP ASAS PENDIDIKAN DALAM HADIS

Hadis ini juga memberikan kepada kita beberapa prinsip asas pendidikan yang digunakan oleh Baginda SAW. Prinsip tersebut ialah: (a)

Dalam hadis ini, Baginda SAW telah menggunakan teknik pendidikan menerusi perumpamaan atau dinamakan sebagai simile atau dalam bahasa Arabnya disebut tasybih. Nabi Muhammad SAW mengumpamakan kehidupan sebuah masyarakat dengan kehidupan penumpang di dalam sebuah kapal. Kemudian, Baginda SAW mengumpamakan golongan di dalam kapal seperti golongan yang biasa terdapat alam masyarakat. Malah, perumpamaan kapal itu sendiri yang terpaksa mengharung ombak besar adalah umpama kehidupan sesebuah masyarakat yang sentiasa berhadapan dengan ujian dan cubaan. Rasulullah SAW membawakan hadis dalam bentuk perumpamaan kerana teknik ini lebih memberi kesan dalam menghuraikan maksud yang tersembunyi dan akan mendekatkan pemikiran pendengar dengan apa-apa yang ingin disampaikan yang pendengar akan menggambarkan dengan sesuatu yang boleh dipegang dan boleh dirasai. Oleh sebab itu Rasulullah SAW kerap membawakan hadis dalam bentuk perumpamaan dan perlambangan selain bertujuan menarik minat pendengar agar mengikuti sesebuah hadis tersebut hingga ke hujungnya.

(b)

Baginda SAW turut menggunakan bahasa yang mudah dan senang difahami supaya pendengar juga boleh memahami apa-apa yang ingin disampaikan oleh Baginda SAW dengan mudah.

(c)

Teknik penceritaan dan memberikan perumpamaan ini sebenarnya sangat membantu pelajar untuk menghasilkan visual dalam minda mereka. Apabila sesuatu maklumat dapat dibayangkan atau dijadikan visual, ia lebih mudah difahami dan diingati.

"

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10

HADIS ASAS KEMUNDURAN UMAT ISLAM



187

AKTIVITI 10.3 1.

Bincangkan bersama rakan anda tentang kepentingan hadis ini dalam menjaga keutuhan dan kesejahteraan sesebuah umat.

2.

Al-Quran juga ada menggunakan kaedah perumpamaan dengan tujuan yang sama. Bersama rakan-rakan anda, cari contoh-contoh daripada al-Quran yang menggunakan teknik tersebut.

10.3

PENGAJARAN HADIS DALAM KONTEKS SEMASA

Hadis ini sangat penting dan ia sangat bermanfaat untuk kita hubungkan dengan konteks semasa. Antara kepentingan dan pengajaran hadis ini untuk diaplikasikan dalam konteks semasa ialah: (a)

Hadis ini menegaskan satu perkara yang telah ditetapkan oleh Allah SWT untuk alam ini dan penegasan terhadap satu asas kepada asas-asas penyatuan, iaitu setiap anggota masyarakat mesti saling bantu-membantu dalam usaha untuk mengukuhkan kebenaran dan perkara kebaikan. Maka, usaha untuk memastikan asas kebenaran ini tertegak dan bersikap tegas terhadap perosak agama ialah prasyarat kepada tertegaknya kebenaran, dan berterusannya kemuliaan dan kekuasaan.

(b)

Hadis ini juga menegaskan bahawa sekiranya masyarakat menegah orang yang fasik daripada melakukan maksiat, maka akan selamatlah seluruh masyarakat. Adapun kiranya membiarkan mereka dengan perbuatan maksiat dan tidak menegahnya, maka seluruh umat akan mendapat azab Allah SWT dan akan hancur kesemuanya seperti firman Allah SWT dalam surah al-Anfal, ayat 25:

ْ َ َ َ َّ َّ َ ُ َّ ٗ َ ۡ ْ ُ َّ َ ۡ َ ۖ ٗ َّ ٓ َ ۡ ُ ُ‫ٱعلَ ُم ٓوا ْ أَ َّن ٱ َّ َ َشدِيد‬ ‫ِين ظل ُموا مِنكم خاصة و‬ ‫وٱتقوا ف ِتنة ت ِصيب ٱل‬ َ ۡ ٢٥ ‫اب‬ ‫ق‬ ِ ِ‫ٱلع‬ "

Maksudnya:

„Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang akan membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim antara kamu secara khusus (tetapi juga akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Berat azab seksa-Nya.‰ Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

188  TOPIK 10 HADIS ASAS KEMUNDURAN UMAT ISLAM " (c)

Antara malapetaka yang berlaku ialah berdiam diri dan tidak mengambil peduli terhadap perbuatan mungkar bahkan meredainya dan tidak merasa apa-apa dengannya. Yang lebih teruk lagi apabila mereka merasakan perkara makruf itu adalah mungkar dan perkara mungkar itu ialah satu amalan makruf. Contohnya, suara-suara yang mengatakan: „Perkara itu tidak ada kaitan dengan aku‰ atau dengan nada yang lebih keras lagi: „Kita sekarang berada pada zaman kebebasan. Setiap orang bebas untuk memilih apa-apa yang dia suka.‰ Sesungguhnya Allah SWT menceritakan kisah umat terdahulu dan kesudahan yang teruk akibat tidak ada seorang pun daripada orang soleh mereka yang bangkit menentang dan mencegah kerosakan yang dilakukan oleh kaum mereka. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah, ayat 78 hingga 79:

َ ٰٓ َ ۡ ٓ َ ۢ ْ ُ َ َ َ َّ َ ُ َ ُ َ َ ‫ۥد َوع‬ َ ‫ِيل َ َ ٰ ل‬ ‫ِيس ٱبۡ ِن َم ۡر َي َ ۚم‬ ‫ان داو‬ ‫ِس‬ ‫ل ِعن ٱلِين كفروا ِمن ب ِن إِسرء‬ ِ َ ُّ َ َ ۡ َ َ َ َ َ ْ ُ َ َ ُ َ ۡ َ ْ ُ َ َّ ْ َ َ َ َ ٰ َ ُ‫نكر َف َعلُوه‬ ‫م‬ ‫ن‬ ‫ع‬ ‫ن‬ ‫و‬ ‫اه‬ ‫ن‬ ‫ت‬ ‫ي‬ ‫وا‬ ‫ن‬ ‫ك‬ ٧٨ ‫ون‬ ‫ذل ِك بِما عصوا وكنوا يعتد‬ ۚ ٖ ۡ َ َ ُ ۡ ْ ُ َ ٧٩ ‫لِئ َس َما كنوا َيف َعلون‬ Maksudnya:

„Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (dalam Kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) daripada perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.‰ Ayat tadi menjelaskan bahawa umat terdahulu berdosa sebanyak dua kali. Pertamanya, kerana mereka melakukan dosa dan mungkar. Keduanya, kerana pelaku maksiat dibiarkan berleluasa dalam kalangan mereka dan tidak nampak dalam kalangan mereka roh dan semangat untuk saling menegur dan mencegah kemungkaran yang berlaku. (d)

Untuk mencegah kemungkaran, kita juga perlu mengambil kira terlebih dahulu kesannya jika kemungkaran tersebut ingin dicegah sama ada ia mampu dihentikan ataupun boleh menimbulkan kemudaratan yang jauh lebih bahaya. Hal ini perlu dijadikan kayu ukur sebelum bertindak kerana menolak kemudaratan lebih utama daripada mengambil sesuatu kebaikan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10

HADIS ASAS KEMUNDURAN UMAT ISLAM



189



Hadis ini sarat dengan perumpamaan.



Perumpamaan pertama ialah hukum syarak diumpamakan seperti kapal ini yang perlu dijaga. Sebarang usaha untuk merosakkannya akan menghancurkan kehidupan seluruh manusia.



Perumpamaan kedua pula ialah penumpang di dalam sebuah kapal adalah seperti sebuah masyarakat. Ragam penumpang di dalamnya adalah ibarat ragam manusia dalam sebuah masyarakat.



Hadis ini menerangkan bahawa terdapat tiga golongan manusia, iaitu: 

Golongan pertama: Golongan yang menyuruh ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran;



Golongan kedua: Golongan yang mendiamkan diri; dan



Golongan ketiga: Golongan yang melakukan kerosakan dan kemungkaran dalam masyarakat.



Andainya golongan yang ketiga ini tidak ditegah, maka masyarakat akan rosak dan seterusnya mengundang kemurkaan Allah SWT.



Perumpamaan ketiga ialah situasi umat yang melayari kehidupan di dunia yang penuh dengan ujian, dugaan dan tekanan diumpamakan seperti pelayaran sebuah kapal yang perlu menempuh ombak besar dan laut yang kadangkala bergelora dan kadangkala tenang.



Hadis ini menerangkan bahawa asas penyatuan sesebuah masyarakat ialah saling bantu-membantu, tegur-menegur dan nasihat-menasihati.



Kiranya golongan yang berilmu dan yang berkuasa menjalankan tanggungjawabnya menegur dan mencegah kemungkaran, maka akan terselamatlah masyarakat itu daripada bencana dan kemurkaan Allah SWT.



Andai kata mereka yang mempunyai ilmu dan kuasa tidak memainkan peranannya, maka akan hancurlah masyarakat itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

190  TOPIK 10 HADIS ASAS KEMUNDURAN UMAT ISLAM "

Kapal

Penumpang

Mendiamkan diri

Perumpamaan

Menebuk kapal

Tidak mahu mengganggu

Menegakkan hukum Allah SWT

Abd al-Wahhab Rasyid Salih. (1995). Syarhal-ArbaÊin al-nawawiyyah fi thawb jadid. Damsyik, Syria: Wizarahal-Awqaf. Abdul Fattah Abu Ghuddah. (2009). 40 teknik Rasulullah mengajar. Syuhadak Mahmud (Terj.). Seremban, Malaysia: Al-Azhar Media. Ali. (1998). Khulasah al-kalam fi al-ahadith allati alayha madar al-Islam. Damsyik, Syria: Dar al-Qalam. Al-Islamweb. (2013). Al-Islamweb.net. Dicapai dari www.al-islamweb.net Hadith Encyclopedia. (t. t.). Dicapai dari http://www.dorar.net Harf

Information Technology. http://hadith.al-islam.com

(2013).

Hadith

al-Islam.

Dicapai

dari

Ibnu Rejab al-Hmbali. (1989). JamiÊ ulum wa al-hikam. Kaherah, Mesir: Dar al-Kalimah al-Tayyibah. Mustafa al-Bugha, & Muhyiddin Misto. (1987). Al-Wafi fi syarh al-arbaÊin al-nawawiyyah. Beirut, Lebanon: Dar Ibn Kathir.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

MODULE FEEDBACK MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to: 1.

E-mail your comment or feedback to [email protected]

OR 2.

Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you. Centre for Instructional Design and Technology (Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi ) Tel No.:

03-27732578

Fax No.:

03-26978702

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Related Documents