Asean

  • Uploaded by: AlifHafiz
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Asean as PDF for free.

More details

  • Words: 2,154
  • Pages: 10
Loading documents preview...
ASEAN SEJARAH ASEAN Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) mula dibentuk dengan penubuhan sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Persatuan Asia Tenggara (Association of Southeast Asia atau ASA) yang dianggotai oleh Filipina, Malaysia dan Thailand pada tahun 1961. ASA merupakan asas kepada pembentukan ASEAN sekarang. Akibat daripada pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, pertikaian berlaku khususnya antara Indonesia dan Filipina yang menganggap pembentukan Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan baru. Ini kerana mereka mendakwa Sabah dan Sarawak merupakan sebahagian daripada negara mereka. Oleh kerana pertikaian tersebut, munculnya slogan Ganyang Malaysia yang membawa kepada konfrontasi pada 1965-1966 oleh Indonesia. Selepas tamatnya konfrantasi tersebut, semua negara-negara Asia Tenggara bersepakat untuk mewujudkan persefahaman untuk memberi ruang kepada semua negara-negara terbabit bersatu dalam perkara yang melibatkan kepentingan bersama. Maka, pada 8 Ogos 1967, lima pemimpin - Menteri Luar Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura dan Thailand (Adam Malik, Narciso R. Ramos, Tun Abdul Razak, S. Rajaratnam dan Thanat Khoman) - duduk bersama di dewan utama Jabatan Hal Ehwal Luar di Bangkok, Thailand dan menandatangani satu dokumen yang kini dikenali sebagai "Deklarasi ASEAN". Papua New Guinea diberikan status negara pemerhati pada 1976 dan pemerhati khas pada 1981. Brunei menganggotai ASEAN pada 8 Januari 1984 iaitu seminggu selepas mencapai kemerdekaan. Hanya selepas 11 tahun kemudian barulah ASEAN menerima anggota baharu. Vietnam menjadi anggota yang ketujuh pada 28 Julai 1995. Laos dan Myanmar menjadi anggota dua tahun kemudiannya, iaitu pada 23 Julai 1997.Walaupun Kemboja sudah menyertai ASEAN bersama-sama Myanmar dan Laos, negara itu terpaksa menangguh disebabkan masalah politik dalam negara tersebut. Kemboja menyertai semula ASEAN pada 30 April 1999. Negara baharu Timor Leste, dahulunya dalam Indonesia, terpaksa berhempas pulas untuk mendapat status pemerhati dalam ASEAN. Namun, banyak negara dalam ASEAN tidak menyokong penglibatan Timor Leste pada akhir 1990 atas rasa hormat kepada Indonesia. Myanmar, terutamanya, menentang pemberian status pemerhati kepada Timor Leste kerana sokongan Timor Leste terhadap perjuangan Aung San Suu Kyi. Sejak kemerdekaan Timor Leste pada Mei 2002 dan diterima sebagai negara pemerhati, ASEAN telah banyak membantu negara baru ini.

OBJEKTIF PENUBUHAN ASEAN ASEAN ditubuhkan dengan matlamat utama untuk kepentingan bersama serta mewujudkan kerjasama serantau dari segi politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan. Melalui konsep kolektif ini, negara-negara anggota ASEAN berkongsi tanggungjawab untuk memajukan tingkat sosio-ekonomi dan memastikan kestabilan serta keamanan serantau yang bebas daripada ancaman dan pengaruh kuasa luar. Deklarasi Bangkok yang ditandatangani pada 8 Ogos 1967 telah menggariskan objektif utama ASEAN iaitu :1. Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan kebudayaan serantau melalui usahasama dalam semangat keamanan dan persahabatan demi mengukuhkan keamanan dan kesejahteraan seluruh komuniti di Asia Tenggara. 2. Mewujudkan keamanan dan kestabilan serantau menghormati keadilan dan undangundang di dalam hubungan antara negara serta mematuhi prinsip-prinsip carta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 3. Mewujudkan kerjasama aktif dan saling membantu ke atas perkara-perkara kepentingan bersama dalam bidang ekonomi, sosial, kebudayaan, teknikal, saintifik dan pentadbiran. 4. Mengadakan kerjasama yang lebih berkesan untuk meningkatkan lagi aktiviti pertanian dan industri, meluaskan perdagangan dan komoditi antarabangsa, meningkatkan pengangkutan serta komunikasi dan taraf rakyat. 5. Menggalakkan kajian tentang Asia Tenggara. 6. Mengekalkan kerjasama erat dengan organisasi antarabangsa dan serantau yang mempunyai matlamat sama serta mencari jalan merapatkan lagi kerjasama dengan mereka.

KEKUATAN ASEAN

1. MENGATASI ISU PELARIAN Peperangan saudara di Kampuchea ini menyebabkan ramai rakyat Kampuchea menjadi pelarian perang. Isu pelarian perang Kampuchea memberi masalah kepada negara Asia Tenggara seperti Thailand yang menerima hampir 17,000 pelarian Kampuchea setiap bulan pada tahun 1979 . Selain Thailand, Malaysia juga tidak terlepas daripada masalah pelarian ini. Menjelang 1988 pula, seramai 13 000 orang pelarian Vietnam ditempatkan di kem pelarian sementara di Sungai Besi dan Pulau Bidong di Terengganu. Selain itu, isu pelarian ini juga menyumbang kepada dampak kemerosotan hubungan negara ASEAN dengan Vietnam. Isu pelarian perang ini telah menyebabkan rantau Asia Tenggara menjadi tidak aman, iaitu kehadiran mereka ini menyebabkan masalah sosial dan penyakit serta membebankan negara Asia Tenggara yang terpaksa menyediakan bekalan makanan dan ubatan bagi pelarian perang yang datang ke negara mereka dan menyebabkan kesukaran menampung mereka. Bagi mengatasi masalah pelarian ini, ASEAN berpendapat keamanan negara Kampuchea perlu dikembalikan. Oleh itu, ASEAN telah menyusun beberapa strategi untuk mengatasi masalah tersebut seperti meminta kerjasama daripada Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu bagi Orang pelarian (United Nations High Commision for RefugeesUNHCR). Selepas itu, ASEAN telah memujuk Vietnam menerima rancangan Perpindahan Secara Teratur dan memujuk pelarian Vietnam supaya pulang ke negara asal mereka. Usaha untuk mencari negara ketiga bagi pelarian Vietnam sebagai penempatan baru. Malaysia berjaya mendapat sokongan Amerika Syarikat, Australia, Belanda, Belgium, Britain, Jerman Barat, Kanada, Norway, Perancis dan Sweden untuk menerima pelarian Vietnam yang layak. 2. MENGGELAKKAN CAMPUR TANGAN KUASA ASING Menggelakkan campur tangan kuasa asing dalam urusan Asia Tenggara amat penting bagi menggelakkan rantau Asia Tenggara menjadi tempat dalam mengembangkan pengaruh dan kuasa besar dunia seperti Soviet Union dan AS yang boleh menjejaskan keamanan dan kestabilan serta kedaulatan negara-negara di rantau Asia Tenggara. Peranan kerjasama serantau dalam menggelakkan campur tangan kuasa asing di rantau Asia Tenggara bermula dengan penubuhan ASEAN pada tahun 1967. ASEAN ditubuhkan bagi mengeratkan hubungan dalam kalangan negara-negara anggota dan menggelakkan campur tangan kuasa asing di Asia Tenggara seterusnya mengekalkan keamanan dan kestabilan rantau ini. Kemampuan ASEAN menggelakkan campur tangan kuasa asing di Asia Tenggara dapat dilihat melalui prinsip asas berkecuali yang diamalkan oleh negara-negara anggota ASEAN. Melalui konsep ini, kuasa asing terutamanya kuasa-kuasa besar mesti keluar dari rantau ini. Konsep ini telah diperkukuhkan lagi melalui pengisytiharan Kawasan Aman, Bebas dan

Berkecuali atau ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom and Neutrality) pada tahun 1971 yang menjadi rantau Asia Tenggara bagi kawasan bebas dari sebarang kuasa dunia. 3. KEJAYAAN DALAM MENANGANI ISU KAMPUCHEA Penyelesaian isu Kampuchea telah membuktikan kejayaan dalam kerjasama serantau yang mampu membentuk suasana aman damai di Asia Tenggara. Isu Kampuchea bermula dengan serangan Vietnam ke atas Kampuchea pada tahun 1978. Dalam serangan tersebut, Vietnam berjaya mengulingkan pemerintahan Kampuchea yang dikuasai oleh Khmer Rouge atau Demokratik Kampuchea (DK). Kerajaan Vietnam telah mendirikan kerajaan boneka di Phnom Penh iaitu Rejim Heng Samrin pada Januari 1979 bagi menggantikan kerajaan Khmer Rouge. Walaubagaimanapun, isu Kampuchea bertambah serius apabila berlaku perang saudara antara Rejim Khmer Rouge dengan Rejim Heng Samrin di Phnom Penh bagi

merampas

semula

tampuk

pemerintahan

Kampuchea.

Perang

saudara

ini

menyebabkan ramai rakyat Kampuchea menjadi pelarian perang. Namun, negara ASEAN telah bertindak dengan segera dalam memainkan peranan penting bagi mengatasi konflik Kampuchea yang telah menganggu kestabilan dan keamanan rantau Asia Tenggara. ASEAN telah mengutuk serangan Vietnam ke atas Kampuchea kerana serangan tersebut bertentangan dengan prinsip yang didokong oleh ASEAN iaitu konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Mengikut konsep ini seluruh kawasan Asia Tenggara merupakan kawasan aman, bebas dan berkecuali dan mana-mana negara Asia Tenggara tidak boleh menyerang atau mencampuri urusan negara Asia Tenggara. Bagi mengatasi masalah ini, ASEAN telah membawa Konflik Kampuchea ke Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN di Bangkok pada Januari 1979. Dalam mesyuarat ini, ASEAN juga bersetuju untuk meminta bantuan dari PBB bagi mengatasi konflik Kampuchea yang menganggu keamanan dan kestabilan rantau Asia Tenggara. Akhirnya konflik Kampuchea berjaya diselesaikan secara aman pada tahun 1982 melalui penubuhan kerajaan campuran di Kampuchea. Kemampuan ASEAN menyelesaikan konflik Kampuchea dengan cara perbincangan dan tekanan serta menggelakkan menggunakan ketenteraan menyebabkan rantau Asia Tenggara kembali menjadi aman damai semula. 4. PENYELESAIAN KONFLIK DI ASIA TENGGARA SECARA AMAN Kerajaan Myanmar menjadi tumpuan dunia ekoran pelanggaran hak asasi manusia dan demokrasi serta penahanan Aung San Suu Kyi. Aung San Suu Kyi ditahan kerana beliau merupakan anak kepada Bogyoke iaitu Major Jeneral Aung San. Akibat daripada itu, ASEAN telah berusaha keras untuk menyelesaikan masalah ini, namun Myanmar ternyata tidak begitu berminat dengan penglibatan ASEAN dalam menangani isu tersebut. Malah, Myanmar telah menjemput Setiausaha Rendah Hal Ehwal Politik PBB, Ibrahim Gambari

untuk ke Yangoon. Sedangkan, semasa ASEAN menghantar wakil, mereka tidak berkesempatan untuk bertemu dengan pemimpin Myanmar. Walaubagaimanapun, ASEAN tidak menganggap bahawa situasi ini adalah tamparan bagi mereka malah menganggap pembabitan PBB adalah langkah terbaik dalam mengendalikan isu berhubung Myanmar memandangkan ASEAN amat mematuhi dan menggalakkan dasar tidak campur tangan. Syed Hamid selaku wakil Menteri Luar ASEAN telah mengulangi pendirian ASEAN bahawa tidak akan meminggirkan Myanmar sebaliknya akan terus mengekalkan kedudukan Myanmar

dalam

ASEAN

kerana

berminat

dengan

kebajikan

rakyat

Myanmar.

Walaubagaimanapun, ASEAN tetap dengan pendirian mereka iaitu meminta Myanmar mempercepatkan proses pembaharuan demokrasinya secepat mungkin dan menggesa pembebasan tahanan politiknya. Tambahan pula, ASEAN turut berpendirian bahawa besar kemungkinan isu Myanmar dapat diselesaikan melalui rundingan dan tolak ansur. 5. MENGURANGKAN JURANG KEMISKINAN Pasaran bebas yang dimaksudkan adalah semua produk keluaran negara anggota ASEAN boleh menembusi pasaran sesama negara anggota tanpa dikenakan sebarang tarif atau tarif yang minimum. AFTA yang dilaksanakan menerusi Skim Tarif Keistimewaan Sama Rata (Common Effective Prefential Tariff Scheme-CEPT) telah memberikan sumbangan kepada jumlah perdagangan antara negara anggota ASEAN iaitu peningkatan sebanyak 34 % daripada kira-kira US$ 44 bilion pada tahun 1993 kepada US$ 59 bilion pada tahun 1994 dan berjaya menghapuskan tarif ke atas 11 sektor utama. Pertumbuhan ekonomi yang baik mampu mengurangkan jurang perbezaan kemiskinan. Malah, ASEAN turut menjalankan beberapa rancangan berpaksikan ekonominya mengikut kawasan. Antaranya, menubuhkan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA), Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Singapura (IMS-GT) dan Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand

(IMT-GT).

Kawasan

pertumbuhan ini diwujudkan

bagi

mengeratkan hubungan dan kerjasama dalam bidang ekonomi seperti industri, infrastruktur, pelancongan,

pertanian,

telekomunikasi

dan

tenaga.

Malah,

menerusi

rancangan

pembangunan ekonomi mengikut kawasan ini, negara anggota yang terlibat secara tidak langsung dapat memupuk semangat kerjasama sesama mereka kerana rancangan bersifat ekonomi tidak akan berjaya jika negara anggota yang terlibat tidak sama-sama menggembleng tenaga. 6. MEWUJUDKAN EKONOMI RANTAU ASEAN YANG STABIL, MAKMUR DAN BERDAYA SAING Rancangan ASEAN dalam penstrukturan ekonomi ternyata telah berjaya mewujudkan ekonomi rantau ASEAN yang stabil, makmur dan berdaya saing. Misalnya, bagi

mengurangkan

jurang

perbezaan

kemiskinan

dan

sosioekonomi,

ASEAN

telah

menggalakkan perkembangan kawasan pertumbuhan seperti BIMP-EAGA, IMS-GT dan IMT-GT. Sekiranya difikirkan, konsep ini adalah penting bagi menggalakkan pembangunan yang menggabungkan kerjasama bagi setiap ahli. Kerjasama yang wujud sudah pasti akan mewujudkan hubungan yang baik antara negara anggota dan sebarang pertelingkahan dapat dielakkan. Selain itu, ASEAN juga berusaha untuk mengatasi masalah kerjasama ekonomi serantau dengan melaksanakan beberapa usaha iaitu pada tahun 1977, ASEAN telah menandatangani Perjanjian Peraturan Perdagangan Istimewa ASEAN (Prefential Trading Arrangement-PTA) untuk menambahkan perdagangan antara anggota-anggota ASEAN. Bukti kejayaan PTA adalah pada 1989, sebanyak 14, 656 barangan telah dimasukkan ke dalam Senarai PTA. Manakala, pada tahun 1982, ASEAN telah melancarkan Skim Pelengkapan Industri ASEAN (ASEAN Industrial Complementary Scheme-AIC) untuk menggalakkan setiap negara ASEAN mengeluarkan komponen tertentu dalam sesuatu industri berat misalnya automobil. KEGAGALAN ASEAN 1. KEGAGALAN MENCARI PENYELESAIAN ASEAN juga gagal mencari penyelesaian bagi konflik Kepulauan. Antaranya perebutan kepulauan Spratly. Ini kerana semua negara ASEAN berminat hendak memiliki Kepulauan Spratly bagi menikmati hasil kekayaan Kepulauan Spratly dan mereka tidak mahu berkongsi dengan negara lain. Konflik tuntutan terhadap Kepuluan Spratly bermula pada tahun 1950an lagi. Tuntutan pertama terhadap Kepulauan Spratly bermula dengan negara Filipina pada Mei 1956, yang mendakwa Kepuluan Spratly adalah hak miliknya berdasarkan penemuan yakni Kepuluan Spratly telah ditemui oleh penduduk Filipina yang bernama Thomas Cloma. Kemuncak

konflik

ini

berlaku

pada

tahun

1972,

apabila

Filipina

secara

rasmi

mengisytiharkan beberapa pulau di Kepulauan Spratly seperti Kepulauan Kayalan menjadi milik Filipina. Selain itu, Vietnam juga mendakwa Pulau Spratly adalah hak miliknya. Vietnam telah menghantar tenteranya berkawal di sekitar Pulau Spratly pada Julai 1956 bagi mengelakkan negara lain mencerobohi Kepulauan Spratly. Malaysia dan Brunei juga tidak terkecuali menuntut hak terhadap Kepulauan Spratly dengan alasan kepulauan tersebut terletak dalam Zon Ekonomi Eksklutif (ZEE) yang membenarkan negara mengurus dan menggunakan sumber Kepulauan Spratly. Pada tahun 1988, konflik tuntutan Kepulauan Spratly menjadi bertambah serius apabila Republik Rakyat China campur tangan dalam konflik Kepulauan Spartly dengan mendakwa Kepulauan Spratly adalah milik China dan menghantar tenteranya berkawal di sekitar perairan Kepulauan Spratly. Tindakan China ini telah menggugat keamanan dan kestabilan Asia Tenggara apabila berlaku pertempuran

antara tentera Vietnam dengan tentera China. Walaupun konflik tuntutan Kepulauan Spratly ini telah dibawa ke ASEAN bagi mencari jalan penyelesaian, namun ASEAN gagal mencari penyelesaian bagi konflik ini kerana semua negara ASEAN berminat hendak memiliki Kepulauan Spratly. Akhirnya, ASEAN menyelesaikan masalah ini melalui meja rundingan dan menggunakan PBB sebagai tempat terakhir untuk menyelesaikan konflik ini. Ini menunjukkan, ASEAN masih tidak mampu menyelesaikan masalah hanya dalam kalangan ahli anggota tetapi terpaksa menggunakan khidmat PBB.

Menggalakkan kajian tentang Asia Tenggara.

Mempercepatkan

pertumbuhan

ekonomi,

kemajuan sosial dan pembangunan kebudayaan serantau melalui usahasama dalam semangat keamanan dan persahabatan demi mengukuhkan keamanan dan kesejahteraan seluruh komuniti di Asia Tenggara.

Mengekalkan

kerjasama

erat

dengan organisasi antarabangsa dan serantau yang mempunyai OBJEKTIF ASEAN

matlamat sama serta mencari jalan merapatkan lagi kerjasama dengan mereka.

Mewujudkan kestabilan keadilan

keamanan serantau

dan

dan

menghormati

undang-undang

di

dalam hubungan antara negara serta mematuhi

prinsip-prinsip

carta

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Mengadakan kerjasama yang lebih berkesan untuk meningkatkan lagi aktiviti

pertanian

meluaskan komoditi

dan

perdagangan

industri, dan

antarabangsa,

meningkatkan pengangkutan serta komunikasi dan taraf rakyat.

Mewujudkan kerjasama aktif dan saling membantu ke atas perkara-perkara kepentingan bersama dalam bidang ekonomi, sosial, kebudayaan, teknikal, saintifik dan pentadbiran

KEJAYAAN

DALAM

MENANGANI KAMPUCHEA

PENYELESAIAN KONFLIK TENGGARA

DI

ISU

ASIA MENGGELAKKAN

SECARA

CAMPUR

AMAN

TANGAN

KUASA ASING

KEKUATAN ASEAN

MEWUJUDKAN EKONOMI

MENGATASI RANTAU

ASEAN YANG STABIL, MAKMUR BERDAYA SAING

DAN

MENGURANGKAN JURANG KEMISKINAN

PELARIAN

ISU

KEGAGALAN ASEAN

KEGAGALAN

MENCARI

PENYELESAIAN

Related Documents

Asean
February 2021 2
Amazing Asean
January 2021 1

More Documents from "gueyea"

Asean
February 2021 2