B Modifikasi Tingkah Laku

  • Uploaded by: Syed Pdm
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View B Modifikasi Tingkah Laku as PDF for free.

More details

  • Words: 651
  • Pages: 4
Loading documents preview...
Model Pengurusan Disiplin Bilik Darjah Pengenalan Modifikasi Tingkah Laku Modifikasi tingkah laku ialah langkah-langkah yang sistematik berdasarkan prinsipprinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang negatif kepada positif. Langkah yang bersisitematik ialah mengenal pasti tingkah laku negatif yang perlu diubah, menetapkan matlamat, menentukan strrategi bertindak, merancang prosedur atau plan tindakan, melaksanakan strategi mengikut plan bertindak, menilai keberkesanan dan mengubah plan jika perlu, dan memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.Tujuan penggunaan modifikasi tingkah laku adalah untuk mengubah tingkah laku negatif atau salah laku pelajar yang dikesan dalam bilik darjah, kepada tingkah laku positif, menyelesaikan tingkah laku bermasalah yang berlaku, demi membentuk iklim bilik darjah yang berdisiplin dan kondusif untuk aktivitipengajaran dan pembelajaran.

Teknik modifikasi tingkah laku Modifikasi tingkah laku adalah suatu pendekatan yang bersistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman. Berikut adalah teknik modifikasi yang dapat digunakan bagi menangani masalah tingkah laku murid; i. Peneguhan-Peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif adalah kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan yang diingini (atau tidak diingini) ditambah. Peneguhan positif digunakan sebagai ganjaran untuk mendorong murid –murid memberi tumpuan semasa belajar.seperti memberi pujian, penghargaan,

hadiah

dan

sebagainya.

Manakala

peneguhan

negatif

ialah

kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan ditambah dengan memindahkan atau menghapuskan stimuli yang mengganggu. Tindakan yang boleh dilakukan adalah seperti menghalang seseorang murid yang membuat bising dari kelas akan dapat

menambahkan peluang murid-murid lain supaya meneruskan aktiviti pembelajaran mereka tanpa gangguan. ii. Dendaan

Dendaan ialah tindakan yang dikenakan bertujuan untuk menghentikan sesuatu tingkah laku negatif.Ianya menggunakan hukuman yang memang diketahui oleh murid yang melanggar peraturan dan memastikan hukuman itu relevan dan berpatutan. Guru juga boleh memberhentikan tingkah yang tidak diingini dengar menukarkan tempat duduk atau berjumpa selepas waktu belajar. Menurut Skinner denda hanya boleh memberi kesan dalam tempoh yang singkat sahaja. Selepas itu biasanya murid itu akan mengulanginya semula. Sekiranya murid didenda kerana kelemahan dirinya dalam akademik mungkin akan menyebabkan hilang minat murid terhadap bidang tersebut. Kekerasan atau bersikap autokratik merupakan salah satu cara yang berkesan dalam menangani salah laku di dalam bilik darjah. Namun begitu adalah diingatkan bahawa ini akan menyebabkan murid menyimpan dendam dan berniat untuk melakukan sesuatu yang buruk kepada guru atau rakan-rakan yang lain walaupun pada luarannya murid ini kelihatan bersetuju dengan dendaan yang dijatuhkan oleh guru. iii. Reverse Psyclogy

Ini merupakan teknik psikologi untuk modifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. Teknik ini memerlukan guru mahir dalam memahami psikologi murid yang berkenaan, serta mengenali sikap, pandangan dan pemikiran dalamannya. Tujuannya ialah untuk menginsafkan murid sekaligus membuang tingkah laku negatif dan membentuk tingkah laku yang baik. iv. Shaping Shaping merupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui beberapa peneguhan yang diberi secara beransur-ansur dekat kepada tindak balas yang diharapkan. Teknik ini adalah perlu digunakan apabila murid itu tidak melakukan dengan sendiri tingkah laku yang diingini.

v. Kontrak (lisan dan bertulis)

Ini merupakan satu perjanjian secara lisan atau menandatangani kontrak merupakan salah satu cara yang berkesan untuk memodifikasikan tingkah laku nagatif kepada positif. Seperti membuat kontrak formal dengan guru besar dapat menyakinkan murid bahawa dia akan dikenakan tinadakan yang berat sekiranya melakukan kesalahan sebagaimana perjanjian yang telah dibuat. Modifikasi melalui proses pembiasaan (fizikal, mental, emosi dan sosial) Bagi mengubah tingkah laku yang tidak diingini peneguhan positif hendaklah dibuat dari semasa ke semasa. Langkah-langkah untuk melaksanakan modifikasi tingkah laku melalui proses pembiasaan seperti berikut; a. mengenal pasti tingkah laku bermasalah yang ditonjolkan oleh pelajar dalam bilik darjah. b. Menetapkan matlamat tahap pencapaian tingkah laku yang dikehendaki. c. Memilih dan melaksanakan strategi dan teknik yang sesuai untuk memodifikasikan tingkah laku yang dikenal pasti. d. Peneguhan positif hanya diberi selepas perubahan tingkah laku negatif kepada positif, mengikut matlamat pencapaian yang ditentukan. Kesimpulan Oleh itu guru hendaklah menjelaskan hak-hak di dalam bilik darjah dan mengingatkan semula kepada murid apabila mereka mula menunjukkan tingkah laku yang bermasalah. Keluaran yang akan dating kita akan bincangkan pula beberapa model pengurusan tingkah laku yang boleh dijadikan rujukan kepada guru ketika menguruskan bilik darjah dan membentuk tingkah laku murid mereka di dalam kelas.

Related Documents


More Documents from "dbc2704"

B Modifikasi Tingkah Laku
February 2021 0
Class_seat.pdf
January 2021 1
Tkppd Draft
January 2021 2
Orthopedic Emergencies
February 2021 2
Asmaul Adzom
January 2021 0