Balutan Anduh-power Point

  • Uploaded by: Aishah Idris
  • 0
  • 0
  • March 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Balutan Anduh-power Point as PDF for free.

More details

  • Words: 1,376
  • Pages: 16
Loading documents preview...
PENDAHULUAN Rawatan kecemasan merupakan rawatan atau bantuan awal yang diberikan kepada mangsa sebelum bantuan perubatan tiba. Bantuan diberikan oleh orang yang dilatih dan mempunyai pengetahuan asas dalam perubatan. Tujuan rawatan kecemasan adalah untuk menyelamatkan nyawa mangsa, mengelakkan kecederaan menjadi lebih teruk, mengurangkan kesakitan dan memulihkan keadaan mangsa. Antara garis panduan untuk memberi rawatan kecemasan : 1. Cuci tangan dengan air dan sabun sebelum memberikan rawatan 2. Guna sarung tangan semasa memberi rawatan 3. Jika terdapat luka, balut luka anda dengan pembalut kalis air sebelum memberi rawatan 4. Berhati-hati agar tidak tercucuk jarum atau benda tajam 5. Buang bahan-bahan yang telah kotor sebagai sisa biohazard.

BEBATAN Pembebatan dilakukan untuk menutup luka dengan tujuan untuk memberhentikan pendarahan serta memastikan luka bersih dan mencegahnya daripada tercemar. Kain bebat boleh membersihkan kekotoran bagi memusnahkan sebarang bakteria. Kebiasaannya, ia dibungkus atau ditutup rapat dalam bungkusan kedap udara dan sedia untuk diguna. Kain bebat seharusnya diperbuat daripada kain kapas yang halus, putih serta tidak berbulu. Bahagian dalam sapu tangan yang bersih atau kertas tisu boleh disesuaikan penggunaannya jika perlu. Penggunaan bebatan 1. Cuci tangan sebelum menyentuh luka atau kain bebat 2. Guna kain bebat yang menutupi keseluruhan luka tersebut 3. Memegang kain bebat di sebelah tepi 4. Tambah alas pada luka supaya lebih selesa dan lapik bersama-sama kain balutan

IKATAN ANDUH Apabila mengikat anduh, gunakan lipatan buku sila kerana ia adalah ikatan yang rata, kemas dan tidak mudah lucu. Skaf pengakap boleh digunakan untuk pelbagai guna. Skaf pengakap boleh diguna sebagai anduh . Selain itu skaf ini juga boleh dilipat dan gulung bagi membalut dan membebat luka. BALUTAN ANDUH Balutan dalam bantuan kecemasan biasanya menggunakan pembalut berbentuk segitiga yang diperbuat daripada kain belacu yang kukuh. Kebiasaanya kain yang digunakan adalah selebar satu meter persegi yang dipotong separuh pada bahagian 2 penjuru bertentangan. Lipatan anduh segitiga terdiri daripada 3 jenis lipatan iaitu : 1. Lipatan lebar - lipat adalah dalam bentuk lipatan lebar bagi menutup tuap (splinta) atau bebatan pada bahagian besar badan. 2. Lipatan kecil – lipat dalam bentuk lipatan kecil untuk menutup bebatan luka kecil. 3. Lipatan pelapik – Lipat dalam bentuk pelapik padat untuk mengawal pendarahan.

BALUTAN ANDUH SEGITIGA KEGUNAAN 1. mengampu bahagian cedera 2. menahan darah 3. membalut bahagian cedera/patah

Terdapat 3 jenis anduh i. anduh besar / lebar ii. anduh leher dan lengan iii. anduh segi tiga

JENIS BALUTAN ANDUH a) PEMBALUT CINCIN

Balutan ini digunakan apabila cedera terkena atau tertusuk objek tajam. Balutan ini juga diperbuat daripada pembalut tirus yang digunakan untuk menutup luka.

b) ANDUH KECIL / ANDUH PERGELANGAN TANGAN

Cara-cara menggunakan anduh kecil atau anduh pergelaangan tangan ini adalah dengan meletakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas tangan. Selepas itu, silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. Akhir sekali, gunakan ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.

c) ANDUH BESAR / ANDUH LENGAN

Cara penggunaanya adalah menggunakan bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera. Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu, seterusnya bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam supaya nampak lebih kemas. Fungsi utama anduh besar ini adalah untuk mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera dan juga untuk mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.

CARA MEMBUAT ANDUH a) ANDUH LENGAN.

Anduh lengan dibuat dengan cara menggunakan bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku lengan yang tercedera . Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat kebahagian dalam untuk lebih kemas.

b) ANDUH PERGELANGAN TANGAN

Bagi membua anduh pergelangan tangan pula adalah dengan meletakkan tapak kaki / tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan. Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. Penggunaan ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti yang ditunjukkan di gambarajah di bawah. Akhir sekali, ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan pada bahagian kaki yang mesti di balut.

JENIS BALUTAN i.

BALUTAN LUKA DADA HADAPAN

ii.

BALUTAN LUKA DADA BELAKANG

iii.

BALUTAN LUKA BAHU

iv.

BALUTAN LUKA SIKU

v.

BALUTAN LUKA PEHA

vi.

BALUTAN LUKA LUTUT

vii.

BALUTAN LUKA KEPALA

viii.

SEMUA BALUTAN MENGGUNAKAN IKATAN BUKU SILA

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Tarikh

:

26 September 2018

Masa

:

1.30 petang hingga 3.00 petang (1 jam 30 minit)

Bil Pelajar

:

20 orang pengakap tahun 4

Tajuk/Topik

:

Balutan Anduh

Pengetahuan sedia ada kain

:

Murid sudah mengetahui asas pertolongan cemas, jenis pembalut dan ikatan buka sila

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat : a. Menerangkan langkah membuat anduh besar ( balutan lengan, balutan tapak tangan, balutan lutut dan balutan kepala) menggunakan skaf pengakap. b. Membuat demonstrasi membuat anduh besar ( balutan lengan, balutan tapak tangan, balutan lutut dan balutan kepala ) menggunakan skaf pengakap dengan cara yang betul. Kemahiran berfikir

:

membanding beza, mengklafikasi

Nilai murni

:

teliti, tepat bekerjasama

Bahan bantu mengajar

:

gambar, kad manila dan skaf pengakap

Kaedah

:

perbincangan, kooperatif

Langkah/ masa Set Induksi ( 5 minit )

Isi Kandungan a) Pengenalan jenis-jenis pembalut b) Contoh jenis-jenis pembalut iaitu :

i. ii. iii. iv. v. vi. vii.

Triangular Bandage Cravat Bandages Trauma Pack Roller Bandages Sterile Gauze Pads Bandage Compress Adhesive compress

i.

ii.

Aktiviti P&P Guru menunjukkan gambar berkaitan dengan jenis-jenis pembalut Guru menunjukkan bahagian yang terdapat pada skaf point

end

base

end

Catatan

Triangular Bandage

Cravat Bandages

Trauma Pack Roller Bandages Sterile Gauze Pads Bandage Compress

Adhesive compress

Perkembangan

 

Memperkenalkan jenis-jenis balutan luka Jenis-jenis balutan luka iaitu :

Guru memperkenalkan jenis balutan luka menggunakan pembalut serta kecederaan yang terlibat

Bahan  kad manila  skaf pengakap Nilai Murni  tepat  teliti

Langkah 1 ( 20 minit )



i.

Balutan tapak tangan

ii.

Balutan lengan

iii.

Balutan lutut

iv.

Balutan kepala

Kemahiran berfikir  banding beza  klasifikasi

Langkah 2 (25 minit )

Demonstrasi cara ikatan balutan bagi : a) Balutan tapak tangan b) Balutan lengan c) Balutan lutut d) Balutan kepala

 



Aktiviti berkumpulan (30 minit)

Murid melakukan TIGA cara ( pilihan guru ) bagi ikatan balutan i. balutan tangan ii. balutan lengan iii. balutan lutut iv. balutan kepala

   

Guru melakukan demonstrasi ikatan balutan tapak tangan ke atas seorang murid. Murid yang tidak terlibat akan melihat dan memahami cara guru merawat dan memberi bantuan awal kepada mangsa. Selepas 5 minit, guru melakukan ikatan balutan bagi lengan, lutut dan kepala

Bahan  skaf pengakap

murid dikehendaki memilih pasangan setiap pasangan dikehendaki memiliki helai skaf pengakap guru memberikan arahan tugasan tukar peranan selepas seorang menjadi mangsa

Bahan  skaf pengakap

Nilai Murni  teliti Kemahiran berfikir  klasifikasi

Nilai Murni  teliti  kerjasama Kemahiran berfikir  klasifikasi

Penutup (10 minit)



Penilaian dan rumusan

  

Guru bertanyakan kepada murid mengenai jenis luka yang terdapat pada anggota badan mangsa Murid menjawab jenis ikatan balutan yang sesuai bagi gambaran kecederaan yang digambarkan oleh guru Guru merumuskan pengajaran

Lampiran 1. Ikatan balutan tangan

Langkah 1 Letakkan tangan yang luka ditengah-tengah kain anduh . Kemudian hujung kain dilipat ke hadapan

Langkah 2 Ibu jari dibawa ke tengah sedikit dan lilit secara bersilang

Langkah 3 Lilit secara berulang sehingga kemas dan selesa

Langkah 4 Ikat buka sila di hadapan dan kemaskan dengan kain anduh

2. Ikatan balutan lengan

a) Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera b) Kemudian ikatan buka sila diikat pada atas bahu c) Bucu atas kain anduh diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipatkan ke bahagian dalam untuk lebih kemas

3. Ikatan balutan lutut

Langkah 1 Lipatkan kain anduh secara memanjang dan letakkan di kawasan luka

Langkah 2 Silangkan kain di belakang dengan sebelah kiri hujung kain di bawah dan hujung kanan kain di atas

Langkah 3 Ikat dengan kemas balutan tadi dan pastikan pesakit selesa

4. Ikatan balutan di kepala

Langkah 1 Sediakan pembalut cincin dan letakkan dia atas kepala

Langkah 2 Tarik kedua-kuda bucu ‘End” kain anduh ke belakang kepala

Langkah 3 Silangkan bucu “End” kain anduh dan ikat buku sila kedua-dua bucu “End” tersebut di bahagian hadapan kepala. Manakala bucu “Point” ditarik ke atas belakang kepala dan dipinkan

Related Documents

Point Combos
March 2021 0
Power Point Referat
January 2021 1
Geography Tutorials Point
January 2021 1

More Documents from ""