Bmm_1044.docx

  • Uploaded by: CHIN YUN JIN U2
  • 0
  • 0
  • March 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bmm_1044.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 975
  • Pages: 4
Loading documents preview...
PENGENALAN Tulisan Jawi (‫)توليس ن ج اوي‬, juga dipanggil Yawi di Pattani. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tulisan Jawi bermaksud tulisan yang menggunakan huruf Jawi. Manakala huruf Jawi bermaksud huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu. Tulisan Jawi merupakan salah satu daripada dua sistem tulisan rasmi di Brunei, dan juga dijadikan sistem tulisan alternatif di Malaysia. Dari segi penggunaannya, tulisan Jawi dahulunya merupakan abjad piawai bahasa Melayu tetapi sudah diganti oleh abjad Rumi, maka penulisan Jawi hanya terhad kepada kegunaan keagamaan dan kebudayaan. Penulisan Jawi seharian dipelihara di kawasan-kawasan yang diduduki masyarakat Melayu yang lebih konservatif, misalnya Sulu di Filipina, Pattani di Thailand, Kelantan di Malaysia dan beberapa kawasan petempatan Melayu di Indonesia. Tulisan Jawi telah wujud sejak sekitar tahun 1300 M di Kepulauan Melayu. Perkembangannya berhubung kait dengan ketibaan Islam, khususnya daripada orang Parsi. Abjad Arab yang diperkenalkan ini diubah suai agar sesuai dengan bahasa Melayu klasik lisan. Tulisan Jawi ditulis dari kanan ke kiri, dan ditokok dengan 6 huruf yang tiada dalam bahasa Arab, iaitu ca pa, ga nga va dan nya. Tulisan Jawi berkembang pesat sejajar dengan penyebaran Islam, setelah bangsa Melayu mendapati bahawa tulisan Pallava yang digunakan mereka selama ini tidak sesuai sekali sebagai wahana penyebaran perihal agama baru ini. Orang Melayu memandang tinggi tulisan Jawi sebagai gerbang kepada pemahaman Islam dan kitab sucinya, al-Qur'an. Penggunaan tulisan Jawi merupakan faktor utama yang memangkin kebangkitan bahasa Melayu sebagai serantau di samping penyebaran agama Islam. Tulisan Jawi digunakan secara meluas di negeri-negeri kesultanan Melaka, Johor, Brunei, Sulu, Patani, Ache dan Ternate seawal abad ke-15, untuk tujuan surat-menyurat diraja, titah-perintah, puisi dan juga kaedah perhubungan utama sesama saudagar di pelabuhan Melaka. Ikhtisar-ikhtisar perundangan purbakala seperti Hukum Kanun Melaka dan bahan-bahan terbitannya, termasuk Hukum-Hukum Kanun Johor, Kedah dan Brunei semuanya ditulis dalam Jawi. Bahasa Melayu dalam tulisan Jawi merupakan bahasa perantaraan seluruh lapisan masyarakat, baik para raja, bangsawan, ilmuwan agama mahupun orang keramaian, di samping menjadi lambang tradisi kebudayaan dan tamadun Melayu.

ISU DALAM TULISAN JAWI. Dewasa ini, seakan sudah menjadi satu kejanggalan apabila apa-apa sahaja yang berkaitan tulisan jawi diketengahkan dalam masyarakat. Malah yang lebih mengecewakan lagi,ada golongan remaja mahupun kanak-kanak zaman sekarang yang langsung tidak mengetahui apa itu tulisan jawi, belum dikira lagi dengan yang tidak tahu menulis jawi. Pelbagai isu yang telah terjadi pada zaman ini berkaitan dengan apa yang boleh dikatakan membawa kepada kepupusan tulisan jawi. Antara isu utama yang telah membawa kepada kemerosotan tulisan jawi adalah apabila Akta Bahasa 1963 yang menetapkan tulisan Rumi menjadi tulisan Rasmi Bahasa Melayu. Pelbagai kekangan terus dihadapi dalam memurnikan tulisan jawi sesuai dengan peredaran semasa untuk mewujudkan satu sistem ejaan Jawi baru melalui pembakuan ejaan Jawi dan penerbitan ejaan Jawi yang baru. Akta yang diwujudkan ini seolah-olah membunuh sisttem tulisan jawi untuk terus diperkukuh dalam masyarakat meskipun peredaran zaman terus berlalu. Seterusnya, isu yang pernah menjadi satu kekecohan di media massa pada tanggal 10 Januari 2014 apabila sebuah Sekolah Convent di Bukit Mertajam,Pulau Pinang yang ada menggunakan tulisan jawi di papan tanda hadapan sekolah tersebut telah menerima surat dari seorang paderi yang memaksa pihak sekolah itu untuk membuang tulisan jawi di papan berkenaan. Hal ini menjadi berita gempar pada ketika itu apabila ramai yang mengaitkannya dengan agama dan perkauman. Isu yang sama juga turut terjadi di Pulau Pinang iaitu di Penang Free School apabila tulisan jawi yang sudah lama berada di papan tanda sekolah tersebut telah dibuang dan digantikan dengan tulisan rumi berbahasa inggeris. Ini sekaligusmenjadikan keadaan serta kedudukan tulisan jawi kini lebih parah seakan telur dihujung tanduk. Sudahlah saban hari dilupakan,malah ada lagi usaha membuang kenanagan mahupun simbol yang sedikit sebanyak boleh mengingatkan masyarakat kepada tulisan jawi. Seterusnya adalah kejadian yang berlaku di Negeri Melaka apabila tulisan jawi yang digunakan dan dipasang di papan tanda ditulis secara terbalik. Timbul pelbagai persoalan mengapa perkara sedemikian boleh berlaku sedangkan tulisan jawi ini pernah suatu ketika dahulu menjadi tulisan yang diguna pakai secara meluas di berpuluh-puluh buah Negara dan juga digunakan untuk tujuan rasmi dan surat-menyurat.

CABARAN DALAM PENGGUNAAN TULISAN JAWI.

Isu-isu yang semakin berleluasa dalam masalah kepupusan tulisan jawi ini dilihat seakan tidak dapat ditangani lagi oleh pihak-pihak yang sepatutnya. Semestinya, pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh sesiapa sahaja yang ingin memartabatkan tulisan jawi ini kembali,dan cabaran itu pastinya cukup besar untuk ditangani. Pada hari ini, generasi muda berasa malu untuk belajar Jawi, seolah-olah Jawi hanya untuk pelajar yang mengikuti bidang pengajian Islam sahaja. Masyarakat kita lebih selesa menggunakan tulisan Rumi berbanding tulisan Jawi. Lebih malang lagi apabila sebahagian masyarakat kita lebih selesa berbahasa Inggeris yang diselang seli dengan bahasa Melayu dalam perbualan harian mereka. Bangsa Melayu hari ini perlu khuatir tentang nasib tulisan Jawi. Tidak mustahil tulisan Jawi akan pupus dalam kehidupan masyarakat Melayu pada suatu masa nanti jika langkah-langkah memajukannya tidak dimulakan dengan serius daripada sekarang. Ungkapan yang paling sesuai bagi tulisan Jawi kini adalah “hidup segan, mati tak mahu”. Itulah realitinya tulisan Jawi kini. Seterusnya, Penggunaan tulisan Jawi yang terlalu terhad juga merupakan cabaran utama dalam penggunaan tulisan jawi pada masa kini. Di jabatan kerajaan, hanya Jabatan Agama Islam sahaja yang menggunakan tulisan Jawi seperti pada surat daftar nikah dan untuk menyediakan teks kuthbah Jumaat. Manakala di sekolah pula hanya matapelajaran Jawi (sekolah rendah) dan Pendidikan Islam sahaja yang menggunakan Jawi. Malah, di Institut-Institut Pengajian Tinggi(IPTA) pula, tulisan jawi seolah-olah sudah pupus sepenuhnya apabila ianya langsung tidak digunakan dalam proses pembelajaran. Masalah kekurangan penggunaan tulisan jawi dalam kehidupan harian masyarakat di Malaysia ini menjadi salah satu faktor utama kepada kepupusan tulisan tersebut pada masa kini. Cabaran lain kepada penggunaan tulisan jawi pada masa kini adalah apabila wujudnya Akta Bahasa 1963 yang mewajibkan penggunaan tulisan rumi dalam penulisan harian. Tanpa disedari,kewujudan akta ini telah menjadi satu penyumbang besar kepada pupusnya tulisan jawi di Negara Malaysia pada masa ini. Kewujudan akta ini menyebabkan kebanyakan masyarakat mula meminggirkan tulisan jawi yang merupakan identiti kepada bangsa mereka terutamanya bangsa Melayu.

More Documents from "CHIN YUN JIN U2"