Cara Meningkatkan Kesahan Dan Kebolehpercayaan

  • Uploaded by: Maisarah
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Cara Meningkatkan Kesahan Dan Kebolehpercayaan as PDF for free.

More details

  • Words: 721
  • Pages: 3
Loading documents preview...
CARA MENINGKATKAN KESAHAN Kesahan sesuatu ujian merujuk kepada sejauh mana ujian berkenaan dapat mengumpul maklumat berkaitan bidang yang ditetapkan. Dengan perkataan lain, sesuatu ujian itu dikatakan sah, sekiranya ujian berkenaan boleh mengukur sesuatu yang sebenarnya hendak diukur atau sepatutnya diukur.

Menurut Youngman & Eggleston (1982) serta Sax & Newton (1997) kesahan bermaksud kebolehan ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur. Kesahan merujuk kepada kesesuaian dan kekuatan interpretasi markah ujian dan lain-lain keputusan penilaian dengan merujuk kepada kegunaan tertentu alat ukur tersebut. Menurut Fraenkel & Wallen (1996) kesahan boleh dibuktikan melalui beberapa kaedah seperti kesahan isi (content validity), kesahan telahan (predictive validity), kesahan serentak (concurrent validity) dan kesahan gagasan (construct validity). Meningkatkan Kesahan Dalam Ujian a) Cara yang baik untuk meningkatkan dan memastikan kesahan sesuatu ujian ialah dengan menyediakan blue print, atau rancangan persediaan yang dinamakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). JSU ini dapat memastikan kesahan isi ujian yang akan disediakan. Di mana dalam JSU guru hendaklah menetapkan tajuk-tajuk yang hendak diuji, peringkat objektif mengikut Taksonomi Bloom atau Taksonomi yang seumpamanya, bilangan soalan bagi tiap-tiap satu objektif dan tajuk. Penentuan objektif pelajaran ataupun aras-aras kemahiran bergantung kepada mata pelajaran, tajuk-tajuk yang diuji serta peringkat kebolehan murid- murid yang menduduki ujian itu. Ini bermakna guru perlu meneliti dan memahami isi kandungan tiap-tiap tajuk dalam sukatan pelajaran. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, kami telah membina satu JSU soalan peperiksaan mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 sebelum membina set soalan berdasarkan JSU tersebut.

b) Cara yang ideal bagi meningkatkan kesahan ialah mencari korelasi di antara ujian yang diberi sebelum calon-calon itu melalui pengalaman yang berkenaan dengan perlakuan yang di dalam konteks kriteria pada akhir pengalaman itu. Kesahan ujian itu boleh diterima jikalau didapati calon yang tinggi markah dalam ujian itu mencapai prestasi yang dikehendaki di dalam kriteria itu, dan calon yang rendah markahnya tidak menunjukkan prestasi di dalam kriteria itu.

CARA MENINGKATKAN KEBOLEHPERCAYAAN

Lazimnya, adalah sangat sukar bagi guru untuk membentuk satu ujian yang mempunyai ciri kebolehpercayaan yang tinggi. Ini adalah kerana pencapaian murid dalam situasi yang berlainan akan dipengaruhi oleh faktor-faktor berlainan seperti bilangan soalan, emosi dan kesihatan calon, keadaan persekitaran dan cara memeriksa. Oleh itu untuk meninggikan ciri kebolehpercayaan dalam sesuatu ujian, guru harus mengurangkan segala punca perubahan faktor-faktor tersebut.

Faktor pertama ialah keadaan tempat murid-murid itu mengambil ujian. Keadaan yang tidak selesa menyebabkan murid-muird tidak dapat menjawab seperti yang selalu ditunjukkan. Jika bilik itu bising dan panas umpamanya, murid tidak akan dapat menjawab soalan dengan sebaik-sebaiknya. Jika murid itu tidak sihat ketika mengambil ujian, maka jawapannya juga tidak sebaik yang dapat ditunjukkannya semasa dia di dalam keadaan sihat. Oleh itu, guru haruslah memastikan yang keadaan tempat murid itu semasa mengambil ujian adalah baik.

Faktor kedua ialah kejelasan yang terdapat pada arahan dan item-item ujian itu. Arahan dan item-item yang kurang jelas boleh menimbulkan interpretasi yang berlainan dariapada murid-murid. Oleh itu semasa menyediakan ujian ataupun penilaian, guru seharusnya memastikan yang arahan dan item-item, sama ada dalam bentuk kenyataan, gambar dan lain-lain lagi itu jelas.

Faktor ketiga berkait dengan panjangnya ujian ataupun penilaian itu. Ujian yang banyak itemnya itu selalunya lebih stabil oleh kerana guru berpeluang menyoalnya beberapa kali. Sebaliknya, ujian yang banyak item itu memakan masa yang panjang. Murid yang rendah umurnya sudah tentu tidak dapat memberi tumpuan yang dikehendaki. Kita sedia maklum bahawa tempoh masa yang dapat ditumpukan oleh murid terhadap sesuatu itu berbeza. Walau bagaimanapun, murid di peringkat sekolah rendah mempunyai tumpuan yang terhad. Mereka cepat jemu dan dengan itu tidak akan dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, guru seharusnya menyediakan ujian yang tidak terlalu memakan masa yang panjang. Guru juga boleh memenggalkan ujian guru untuk diberikan beberapa kali.

Faktor keempat ialah, pemeriksaan dan pemarkahan. Ujian objektif tidak menimbulkan masalah. Tetapi ujian ataupun penilaian yang berkaitan dengan sikap, nilai dan juga amali sukar diperiksa dan diberikan markah secara objektif. Masalah ini sering berlaku di dalam ujian-ujian terbuka yang guru lakukan. Di dalam pemerhatian juga, guru dapati yang pemarkahan sukar diberi dengan tepat. Bagi mengelakkan perkara-perkara ini, guru harus menyediakan satu skim pemeriksaan dan pemarkahan yang jelas dan kita patuhi pada skim ini apabila membuat pemeriksaan dan pemarkahan.

Faktor kelima dalam meninggikan ciri kebolehpercayaan dalam sesuatu ujian ataupun penilaian ialah dengan memberikan bilangan soalan yang berpatutan. Biasanya semakin bertambah bilangan soalan, maka semakin tepat pencapaian murid itu kerana bilangan soalan ditambah akan dapat mengurangkan peluang untuk murid meneka.

Related Documents


More Documents from "Aliyah Montessa"