Ethics

  • Uploaded by: janizan
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ethics as PDF for free.

More details

  • Words: 4,197
  • Pages: 19
Loading documents preview...
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN AMBILAN SEPTEMBER 2012

OUMM3203

ETIKA PROFESIONAL ANTARA UNDANG- UNDANG & DAN STANDARD MORAL

NAMA

:

JANIZAN BIN MOHD JANDI

NO. MATRIKULASI

:

820921126163001

NO. KAD PENGENALAN

:

820921-12-6163

NO. TELEFON

:

012 865 0434

E-MEL

:

[email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN

:

SABAH LEARNING CENTRE

BIL

ISI KANDUNGAN

M/S

1.0

PENGENALAN

02

1.1 1.2

Maksud Undang-undang Ciri-ciri Undang-undang

OUMM3203

2.0

3.0

ETIKA PROFESIONAL

820921126163001

HUBUNGAN ANTARA UNDANG-UNDANG DENGAN STANDARD MORAL 2.1 Maksud Moral 2.2 Hubungan Antara Undang-undang Dengan Standard Moral 2.3 Isu Masa kini Berkaitan Hubungan Antara Undang-undang Dengan Standard Moral PROSES-PROSES PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG 3.1 Proses Individu 3.2 Proses kumpulan 3.3 Proses sosial 3.4 Proses politik

05

8

4.0

PENILAIAN TENTANG PROSES PEMBENTUKAN UNDANG- UNDANG PENDIDIKAN WAJIB DIPERINGKAT RENDAH 2002.

13

5.0

KESIMPULAN

16

RUJUKAN

1.0

Secara

PENGENALAN

umumnya,

masyarakat

Malaysia

sememangnya

kurang

memahami tentang undang- undang yang wujud di negara ini walhal ianya telah digubal bagi menjamin keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. Misalnya mengenai undang- undang hak asasi manusia, 1

OUMM3203

ETIKA PROFESIONAL

820921126163001

walau pun setiap orang dikatakan mempunyai hak asasi kemanusiaan, itu bukan bererti mereka boleh bertindak dengan sesuka hati. Pelaksanaan hak perlu disertai dengan tanggungjawab. Oleh kerana manusia hidup dalam masyarakat, tindakan setiap orang boleh memberi kesan kepada orang lain. Dalam pada melaksanakan hak diri sendiri, seseorang individu seharusnya sentiasa menjamin agar dia tidak melanggar hak asasi orang lain. Oleh yang demikian, adalah penting setiap anggota masyarakat memahami tentang undang- undang agar tujuan sebenar undang- undang itu diwujudkan iaitu bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat mampu tercapai. 1.1 Maksud Undang- Undang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mendefinisikan undang-undang sebagai ‘sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan’. Selain itu DBP juga menyatakan undang-undang adalah ‘peraturan

yg

digubal

untuk

sesuatu

perbadanan

(perkumpulan,

persatuan, dll) oleh orang-orang tertentu’. Mengikut kamus undangundang Oxford, pula perkataan undang-undang membawa maksud ‘suatu kumpulan peraturan-peraturan yang di kuatkuasa dengan tujuan untuk mentadbir sesebuah masyarakat’. Menurut

Wikipedia:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Undang-undang).

Undang-undang merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Biasanya ini adalah peraturan sesuatu negara. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar, orang yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda oleh mahkamah. Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah negara tersebut supaya rakyatnya boleh hidup, bekerja dan bersosial antara satu sama lain. Kadangkala, undang-undang juga dibuat oleh sekumpulan orang yang berfikiran sama. Manakala John Austin dalam buku The Province of Jurispredence Detemined, mendefinisikan undang-undang adalah ‘suatu kumpulan 2

OUMM3203

ETIKA PROFESIONAL

820921126163001

arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak pemerintah ke atas pihak yang diperintah dan dikuatkuasakan melalui penggunaan sekatan dan hukuman ke atas mereka yang mengingkarinya’ Menurut John Salmond (Jurispredence) mendefinisikan undangundang sebagai ‘kumpulan prinsip-prinsip yang diiktiraf dan digunapakai oleh sesebuah negara dalam pentadbiran keadilan atau dengan kata lain undang-undang ialah suatu kumpulan peraturan yang dikuatkuasakan oleh negara ke atas rakyatnya demi menjaga keamanan dan keadilan. Menurut Yaqin(1996), undang-undang adalah satu set peraturan yang mentadbir tingkahlaku manusia. Tujuannya adalah untuk keadilan dan mestilah bersesuian, diterimapakai dan dipersetujui secara umum oleh masyarakat. Daripada kesemua pendapat diatas saya dapati undang-undang mempunyai pelbagai pengertian. Berdasarkan pendapat tokoh-tokoh diatas,

dapatlah

saya

peraturan-peraturan

simpulkan

dalam

bahawa

masyarakat

undang-undang

yang

telah

adalah

digubal

oleh

pemerintah untuk kegunaan individu atau kumpulan bagi memastikan setiap individu

itu

mematuhi

undang-undang

yang

telah

undang-undang.

diterima

pakai

Pelanggaran

oleh

kepada

masyarakat

akan

menyebabkan pelaksanaan tindakan berbentuk hukuman yang bertujuan menjamin kesejahteraan dan keharmonian hidup bermasyarakat. 1.2 Ciri- Ciri Undang- Undang Undang- undang yang adil mestilah mempunyai ciri-ciri undang-undang yang telah ditetapkan. Terdapat lima Ciri Undang-undang yang baik iaitu konsisten, universal, diterbitkan, diterima, dan dikuatkuasa. 1.2.1 Konsisten

Undang-

undang

perlu

konsisten

pada

setiap

masa

penguatkuasaannya. Dua kes yang melanggar undang-undang perlulah dijatuhkan hukuman yang sama untuk kedua-duanya walaupun ianya berlaku pada masa yang berbeza. Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak hendaklah konsisten untuk menjadi undang-undang. Sebagai 3

OUMM3203

ETIKA PROFESIONAL

820921126163001

contoh, jika terdapat dua keperluan yang bercanggah antara satu sama lain, kedua-dua keperluan tidak boleh ditakrifkan sebagai undang-undang kerana seseorang pasti tidak dapat mematuhi kedua-duanya sekali. 1.2.2 Universal Undang-undang

mestilah

bersifat

universal.

Keperluan

untuk

bertindak atau tidak bertindak hendaklah juga bersifat universal iaitu dapat digunakan oleh semua orang yang memiliki sifat yang sama serta menghadapi set keadaan yang sama. Contohnya, hukuman yang sama akan dikenakan kepada mereka yang melanggar undang- undang tanpa mengira pangkat, darjat, bangsa, warna kulit, dan keturunan seseorang itu. 1.2.3 Diterbitkan Undang-undang haruslah diterbitkan agar kewujudannya diakui dan diterima semua anggota masyarakat. Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak hendaklah diterbitkan dan dicetak supaya semua orang dalam

masyarakat

dapat untuk

mengaksesnya

mempunyai

masa

membaca

diterbitkan.

Walau bagaimanapun,

atau

ahli

walaupun memahami

tidak segala

professional terlatih

semua yang seperti

peguam boleh diminta untuk menterjemah dan menerangkan mana-mana undang-undang. Oleh itu, kejahilan terhadap undang-undang bukan suatu alasan yang boleh diterima.

1.2.4 Diterima Undang- undang haruslah diterima oleh masyarakat. Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak dengan cara yang ditetapkan hendaklah dipatuhi. Jika terdapat anggota masyarakat yang tidak mengikuti undang-undang secara sukarela, mereka akan dipaksa supaya mengikutinya.

1.2.5 Dikuatkuasa

4

OUMM3203

ETIKA PROFESIONAL

820921126163001

Undang- undang perlu dikuatkuasakan bagi memastikan ianya dipatuhi oleh masyarakat. Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak dengan cara tertentu hendaklah dikuatkuasakan. Anggota masyarakat hendaklah faham bahawa mereka akan dipaksa mematuhi undangundang jika mereka enggan patuh dengan sukarela. Setiap orang hendaklah sedar bahawa jika mereka melanggar undang-undang, mereka akan kehilangan kemudahan, masa, wang, kebebasan atau nyawa apabila pelanggaran mereka diketahui dan dibuktikan. Terdapat elemen yang mendesak pada undang-undang. Ia juga mempunyai elemen yang menentukan kerana ia menetapkan apa yang akan berlaku sekiranya kita tidak mematuhi peraturan.

2.0

HUBUNGAN

ANTARA

UNDANG-UNDANG

DAN

STANDARD

MORAL

2.1

Maksud Moral

Moral pada dasarnya berasal daripada perkataan Latin “mores’ yang membawa maksud sama seperti etika (Ashmore, 1987). Namun, moral merupakan satu perkara yang lebih merujuk kepada tingkah laku manakala etika merujuk kepada peraturan-peraturan yang

ditentukan

untuk memperbaiki sesuatu keadaan. Moral juga bersifat praktikal kerana moral merupakan disiplin yang memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat dan etika pula bersifat teoretika kerana etika mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut. Perkara ini menerangkan moral merupakan bahan yang dikaji oleh etika manakala etika adalah ilmu yang mengkajinya. Mengikut kamus Oxford Advanced Learner’s, Edisi keenam, moral bermaksud kesedaran tingkah laku betul dan salah, apa yang perlu dipatuhi dan ditinggalkan serta bersifat praktikal. Moral juga bermaksud sebagai tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila atau peraturan masyarakat setempat di mana masyarakat bertindak sebagai penentu. Pertimbangan moral 5

OUMM3203

ETIKA PROFESIONAL

820921126163001

juga bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu contohnya seperti sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti. Kesedaran moral mempunyai hubung kait dengan hati nurani atau dalam bahasa asing disebut conscience, conscientia, gewissen, geweten dan dalam Bahasa Arab disebut qalb, fu’ad. Kesedaran moral ini merangkumi tiga perkara iaitu kewajipan untuk melakukan tindakan bermoral, wujud berasaskan rasional dan objektif iaitu sesuatu perbuatan secara umum dapat diterima oleh masyarakat dan ketiga ialah muncul dalam bentuk kebebasan. Moral merangkumi segala nilai murni seperti merendah diri, benar, belas kasihan, keadilan, persefahaman, kasih sayang, berdikari dan sebagainya.Moral juga menilai kualiti perbuatan manusia Kesimpulannya, Moral dapat diertikan sebagai satu displin yang akan dapat memberitahu kita apakah sistem sosial yang dihayati dalam satu-satu kelompok manusia tertentu adalah perbuatan baik iaitu bermoral atau salah iaitu tidak bermoral.

2.2 Kesimpulan Hubungan Antara Undang-undang Dengan Standard Moral Biarpun undang-undang dianggap satu set peraturan ideal yang universal dan konsisten untuk mengawal kelakuan manusia dalam masyarakat, tetapi kita harus juga memikirkan sama ada ianya mewakili keputusan moral kolektif anggota masyarakat atau tidak. Jika ya, maka undang- udang tersebut adalah satu piawaian sebagai panduan kepada keputusan dan tindakan pengurusan, walaupun piawaian ini berada pada paras yang minimum. Namun begitu jika tidak, maka kita perlulah mencari kaedah lain untuk mendapatkan piawaian yang kita perlukan. Secara

keseluruhan,

terdapat

tiga

kesimpulan

dalam

mempertimbangkan

kemungkinan-kemungkinan dalam hubungan antara keputusan moral dan kehendak undangundang iaitu: 2.2.1

Hubungan bertindih

6

OUMM3203

ETIKA PROFESIONAL

820921126163001

Rajah 2.1: Pertindihan

antara

dengan kehendak undang-

piawaian

moral

undang

Rajah2.1 diatas menunjukkan pertindihan piawaian moral dengan kehendak undangundang. Kebanyakannya, keperluan undang-undang adalah bertindih dengan standard moral yang mungkin wujud dalam masyarakat. Sebagai contoh, seseorang yang mencabuli undangundang negara yang melarang perbuatan merompak bank, juga telah mencabuli piawaian moral yang menegah perbuatan mencuri. Selain itu kita dapati banyak pertindihan terjadi yang melibatkan undang-undang berkaitan jenayah seperti kelakuan seks, penggunaan dadah, liabiliti produk dan pematuhan kontrak. Hal ini terjadi kerana undang-undang tersebut serupa dengan kepercayaan moral yang mungkin dipegang oleh golongan majoriti dalam masyarakat. Kita boleh bersetuju bahawa dalam sesebuah masyarakat berdemokrasi, keperluan undang-undang mencerminkan nilai-nilai asas warganya. Oleh itu, kita boleh mengatakan bahawa kehendak undang-undang bertindih dengan piawaian moral. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah undang-undang yang dari segi moralnya tidak betul, tanpa ada konteks etika sama sekali. Misalnya, tuntutan untuk kita memandu di sebelah kiri jalan contohnya bukan semestinya “benar” atau “salah”; apa yang penting kita semua mencapai persetujuan tentang sebelah jalan mana ia harus kita pandu kenderaan kita. Selain itu, terdapat juga ukuran moral yang tidak melibatkan undang-undang sama sekali. Contohnya, kita semua menentang pembohongan tetapi menyatakan kebenaran tidak dituntut oleh undang-undang kecuali dalam mahkamah dan ketika membuat sumpah ataupun dalam keadaan yang khusus seperti dalam kontrak pekerjaan atau jualan harta. 2.2.2 Standard Moral Lebih Menonjol Terdapat beberapa situasi dimana standard moral lebih menonjol daripada undangundang. Dalam hal ini, tuntutan undang-undang biasanya ke arah negatif, manakala ukuran moral biasanya agak positif. Contohnya, menurut undang-undang kita tidak boleh menyerang, merosak atau mencemar nama baik antara satu sama lain tetapi kita juga tidak semestinya dituntut untuk menolong orang yang memerlukan bantuan walaupun mangsa berada dalam keadaan yang genting. Tiada undang-undang yang menyatakan bahawa kita mesti menolong kanak-kanak yang lemas. Disini ukuran moral masyarakat boleh dijadikan 7

OUMM3203

ETIKA PROFESIONAL

820921126163001

panduan. Dalam situasi sebegini sudah pasti kebanyakan daripada kita dalam mana-mana negara akan pergi menyelamat seorang kanak-kanak yang lemas bergantung kepada kemampuan mereka walhal ianya tidak dituntut oleh undang- undang. 2.2.3 Undang- undang Ketinggalan Dibelakang Standard Moral Sejarah telah merakamkan bahawa terdapat undang-undang yang lambat digubal dibelakang standard moral masyarakat. Contohnya ialah undang-undang pengharaman perhambaan,diskriminasi jantina dan bangsa, pencemaran alam sekitar dan rasuah. Kesemuanya boleh dinyatakan sebagai masalah moral yang lambat disembuhkan oleh perundangan. Para penyokong kedaulatan undang-undang mengatakan bahawa kelengahan yang terdapat antara kstandard moral dengan penggubalan undang-undang yang melarang tidak semestinya menandakan kurangnya hubungan antara kedua-duanya. Sebaliknya, mereka mengatakan bahawa ia mengesahkan adanya hubungan tersebut apabila undang-undang mengawal diskriminasi, pencemaran dan rasuah akhirnya diluluskan.

3.0 PROSES PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG 3.1 Norma, Kriteria Dan Nilai Norma adalah kriteria kelakuan. Ia adalah cara bagaimana seseorang individu menjangka semua orang akan bertindak apabila menghadapi sesuatu keadaan. Kriteria pula adalah kepercayaan pemikiran. Kepercayaan ini berbeza daripada norma di mana ia tidak melibatkan tindakan (tiada kelakuan yang nyata terhadap orang lain). Ia adalah satu cara pemikiran abstrak yang biasanya menyokong norma individu. Ia merupakan cara seseorang individu menjangka orang lain akan berfikir tentang konsep-konsep tertentu. Sebagai contoh, jika anda yakin terhadap konsep demokrasi berasaskan rakyat, maka anda akan menjangka orang lain juga akan mengenali nilai konsep tersebut dan menerimanya sebagai suatu bentuk kerajaan. Manakala nilai pula adalah suatu pemeringkatan atau peringkat keutamaan yang diberikan oleh seseorang terhadap norma dan kepercayaannya. Dalam pada itu, nilai selalunya menjadi kontroversi kerana sesuatu norma atau kepercayaan yang disanjung tinggi oleh seseorang boleh berkonflik dengan norma dan kepercayaan yang disanjung tinggi oleh orang lain. Umumnya, terdapat hanya sedikit toleransi atau kompromi dalam hal ini kerana setiap orang meletakkan kepentingan yang tinggi kepada kriteria mereka seperti Kelakuan 8

OUMM3203

ETIKA PROFESIONAL

820921126163001

(cara-cara bagaimana seseorang harus bertindak); dan Kepercayaan (cara-cara bagaimana seseorang harus berfikir). 3.2 Empat Proses Pembentukan Undang-undang Undang-undang dibentuk daripada empat proses pembentukan undang-undang iaitu proses individu, proses kumpulan, proses sosial dan proses politik. 3.2.1 Proses individu

Rajah 3.1: Proses-proses bagaimana norma, kepercayaan dan nilai diinstitusikan menjadi undang-undang Rajah

3.1

di

atas

adalah

gambaran

keseluruhan

proses

pembentukan undang-undang yang dipengaruhi oleh norma, kepercayaan dan nilai sesuatu mayarakat.Undang-undang yang digubal pada masa sekarang mugkin tidak akan digunapakai lagi pada masa hadapan. Hal ini kerana peraturan yang termaktub di dalamnya berubah-ubah mengikut peredaran masa. Ini terbukti melalui sejarah 9

OUMM3203

ETIKA PROFESIONAL

820921126163001

lalu dimana terdapatnya kelengahan masa antara perubahan piawaian moral dengan keperluan undang-undang.contohnya, pada 20 tahun yang lalu perlakuan diskriminasi bangsa dan jantina dalam pengambilan pekerja baru atau pembuangan sisa kimia ke dalam tasik dan anak sungai bukanlah merupakan perbuatan yang menyalahi undang-undang ketika itu memandangkan tiada wujud undang- undang berkenaan diwaktu tersebut. Persoalannya adalah sama ada perubahan dalam undang-undang ini telah menyebabkan perubahan piawaian moral penduduk majoriti melalui proses prosessosial dan politik turut sama berlaku. Selain itu, adakah undang-undangitu mewakili piawaian moral kolektif masyarakat secara keseluruhannya atautidak. Proses-proses sosial dan politik berlaku melalui perubahan moral individu. Ia kemudiannya menjadi rangka kerja perundangan formal masyarakat. Proses individu Ini merupakan satu proses yang panjang serta kompleks dalam pembentukan undang-undang. 3.2.2 Proses Kumpulan Proses pembentukan undang-undang melalui proses kumpulan adalah dipengaruhi oleh konteks dalam sesebuah masyarakat. Konteks dalam proses kumpulan membawa maksud latar belakang umum atau persekitaran sekeliling sesuatu keadaan. Ia memainkan peranan yang signifikan dalam norma, kepercayaan dan nilai seseorang individu. Konteks dalam proses kumpulan ialah Konteks Budaya atau agama, Konteks Sosial atau politick dan Konteks Ekonomi atau teknologi. Setiap masyarakat mempunyai konteks yang terdiri daripada pelbagai faktor yang berhubung kait. Rajah 3.21 dibawah menunjukkan faktor-faktor tersebut:

Rajah3.21: Faktor-faktor konteks yang berhubung kait

10

OUMM3203

ETIKA PROFESIONAL

820921126163001

Sifat konteks yang saling berhubung kait (dalam pemilihan norma, kepercayaan dan nilai individu) memastikan kesemua faktor berinteraksi antara satu sama lain. Misalnya, perubahan teknologi komunikasi telah membawa perubahan dalam kuasa politik seterusnya perubahan politik pula menyebabkan perubahan ekonomi ke atas corak perbelanjaan dan percukaian. Akhirnya, perubahan-perubahan ini menghasilkan perubahan budaya gaya hidup dalam sesebuah masyarakat. Conton lain ialah perubahan status kaum wanita pada masa kini berbanding dulu. Perubahan ini terhasil kerana berlakunya peralihan aktiviti ekonomi daripada pembuatan berat dan perlombongan kepada industri berasaskan pengetahuan dan perkhidmatan. Selain itu, faktor lainnya ialah disebabkan pembangunan teknologi dalam kaedah mengawal kelahiran yang lebih baik dan wujudnya perkembangan sosial melalui peluang-peluang pendidikan masa kini. 3.2.3 Proses Sosial Setiap individu dalam sesebuah masyarakat mempunyai pendedahan yang berbeza kepada faktor-faktor ekonomi, teknologi, sosial, politik, budaya dan agama. Perbezaan pendedahan tersebut berpunca daripada kedudukan individu, unit keluarga, kumpulan rakan sebaya, dan organisasi-organisasi formal. Dalam sesebuah masyarakat demokrasi, seseorang yang berpegang kepada norma, kepercayaan dan nilai yang sama,kebiasaannya cenderung untuk bersatu dalam kumpulankumpulan kecil. Ini adalah kerana sudah menjadi kebiasaan bagi seseorang untuk menyertai orang lain yang berpandangan sama. Kumpulan-kumpulan kecil ini secara umumnya merupakan sebahagian daripada organisasi yang lebih besar seperti firma perniagaan, kesatuan sekerja, parti politik, badan amal, institusi agama dan persatuan veteran. Lamakelamaan, organisasi-organisasi yang lebih besar ini akan mencapai suatu kompromi dalam norma, kepercayaan dan nilai yang mereka pegang. Organisasi- organisasi ini juga boleh berpecah sekiranya wujud ketidaksefahaman pandangan lalu menjadi organisasi-organisasi yang lebih kecil supaya lebih mudah berkompromi. Terdapat teori-teori alternatif tentang cara bagaimana kompromi ini terbentuk seperti keputusan autokratik, penyesuaian birokratik dan penubuhan kesatuan campuran atau pilihan kolektif. 3.2.4 Proses Politik

11

OUMM3203

ETIKA PROFESIONAL

820921126163001

Proses politik di mana norma, kepercayaan dan nilai yang dipegang oleh organisasi, kumpulan dan individu yang diwartakan menjadi undang-undang merupakan satu cara untuk mengatasi konflik. Kebiasaannya, organisasi, kumpulan dan individu pastinya mempunyai pendapat yang berbeza tentang norma (apa yang harus dilakukan) dan kepercayaan (apa yang harus dicapai pada masa hadapan). Oleh yang demikian, perbezaan pandangan ini perlu disesuaikan menjadi peraturan yang konsisten dan universal supaya undang-undang yang akan diwujudkan itu lebih berkesan. Bagi membuat penyesuaian terhadap perbezaan-perbezaan ini terdapat beberapa teori-teori alternatif yang boleh digunakan iaitu kepimpinan ketua kerajaan, kompromi institusi, rundingan badan perundangan dan desakan para pengundi.

4.0 PENILAIAN TENTANG PROSES PEMBENTUKAN UNDANG- UNDANG PENDIDIKAN WAJIB DIPERINGKAT RENDAH 2002. Menurut Tie Fatt Hee (2002), kemampuan menyediakan suatu sistem pendidikan yang berkualiti dalam sesebuah masyarakat majmuk bergantung pada rangka perundangan pendidikan negara tersebut. Di Malaysia, dasar pendidikan yang disarankan dalam Akta Pelajaran 1961 berusaha untuk mewujudkan suatu sistem pendidikan kebangsaan yang boleh memenuhi kehendak Negara dan menggalakkan perkembangan budaya, sosial, ekonomi dan politik. Sebelum Akta Pendidikan 1996 digubal, perundangan pendidikan negara telah melalui beberapa fasa perkembangan. Secara umumnya, perkembangan rangka perundangan pendidikan di Malaysia boleh dibahagikan kepada empat fasa iaitu: a) fasa pendidikan pada peringkat awal di bawah pentadbiran Inggeris; b) fasa selepas Perang Dunia Kedua apabila 2 ordinan pelajaran telah digubal dan diluluskan;

12

OUMM3203

ETIKA PROFESIONAL

820921126163001

c) fasa perlaksanaan Akta Pelajaran 1961 ; dan d) fasa perlaksanaan Akta Pendidikan 1996. (Tie, F. H. 2002) PENDIDIKAN (PINDAAN) Pindaan Seksyen 29 6. Seksyen 29 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan ”kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan” dengan perkataan ”kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan atausekolah sekolah swasta”. Seksyen baru 29A 7. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 29 seksyen yang berikut : 29A

(1) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalamWarta menetapkan pendidikan rendah menjadi pendidikan wajib. (2) Tiap-tiap ibu bapa yang merupakan warganegara Malaysiayang tinggal di Malaysis hendaklah memastikan bahawa jika anaknyatelah mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa anak itu didaftarkan sebagai murid di sekolah rendah dalam tahun itu dan terus menjadi murid di sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib. (3) Menteri boleh, jika difikirkan wajar dan demi kepentingan murid atau awam untuk berbuat demikian, melalui perintah yang disiarkan dalamWarta, mengecualikan mana-mana murid atau mana-mana golongan murid daripada kehendak supaya mengikuti pendidikan wajib, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apaapa syarat yang difikirkan patut dikenakan,dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya membatalkan pengecualian itu atau membatalkan atau mengubah atau menambah syarat-syarat itu. (4) Ibu bapa yang melanggar subseksyen (2) adalah

Rajah4.1: Antara isi kandungan undang-undang Pendidikan Wajib 2002 melakukan suatukesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Bagi menilai proses pembentukan undang-undang, saya telah memilih salah satu (5) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk

melaksanakan peruntukan seksyen ini. yang telah dipinda iaitu pelaksanaan undangundang-undang daripada AktaPendidikan 1996

undang pendidikan wajib di peringkat Rendah 2002 seperti dalam rajah 4.1 di atas.. Akta Pendidikan 1996 telah dipinda dengan memasukkan satu seksyen baru, iaitu Seksyen 29A yang menetapkan kuasa Menteri untuk mewajibkan pendidikan rendah di negara ini. Seksyen 29A (2) juga menjelaskan bahawa setiap ibu bapa yang merupakan warganegara Malaysia hendaklah memastikan bahawa jika anaknya telah mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa anak itu didaftarkan sebagai murid di sekolah rendah dalam tahun itu dan terus menjadi murid di sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib. Kementerian Pendidikan telah menetapkan untuk melaksanakan pendidikan wajib di peringkat rendah berkuat kuasa pada 1 Januari 2003. Kegagalan ibu bapa memastikan anaknya mengikut pendidikan wajib merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang, dan

13

OUMM3203

ETIKA PROFESIONAL

820921126163001

jika disabitkan, ibu bapa berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali. Undang-undang pendidikan wajib ini terwujud adalah disebabkan pelaksanaan Dasar Sosial Negara oleh kerajaan. Dasar ini yang diluluskan oleh kabinet pada 19 Februari 2003 bermatlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan mapan dari aspek sosial, ekonomi dan teknologi. Setiap anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu-padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksama selaras dengan matlamat Wawasan 2020. Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap. Antara objektif pelaksanaan dasar ini ialah Membangun Dan Memperkasakan Insan Sepanjang Hayat. Segala tindakan adalah bertujuan membangun dan memperkasakan setiap individu tanpa membezakan kumpulan etnik, agama, budaya, gender, wilayah, fahaman politik, taraf perkahwinan dan keupayaan fizikal, serta mengambil kira kepekaan terhadap keperluan dan kehendak jantina. Ini bagi memastikan individu dapat mengguna dan mempertingkatkan sumber serta kebolehan kendiri secara optimum bagi mencapai matlamat kendiri dan masyarakat pada setiap peringkat kitaran hidup. Usaha berterusan hendaklah dibuat bagi memastikan setiap individu memberi dan menerima kemesraan dan kasih sayang sepanjang hayat. Bagi mencapai objektif tersebut kerajaan telah merancang pelbagai strategi dimana salah satu diantara Strategi-strategi tersebut ialah memastikan setiap kanak-kanak menerima pendidikan wajib di peringkat sekolah rendah yang mendidik kemahiran sosial dan disiplin diri serta rangsangan minda melalui kurikulum yang meningkatkan kemahiran berfikir. Bertitik tolak daripada sinilah maka akhirnya akta Pendidikan 1996 pun dipinda dengan memasukkan satu seksyen baru, iaitu Seksyen 29A yang menetapkan kuasa Menteri untuk mewajibkan pendidikan rendah di negara ini. Melihat kepada proses pembentukan undang-undang pendidikan wajib di peringkat Rendah 2002 ini, jelas sekali ianya dibentuk melalui proses politik. proses politik yang berlaku disini adalah bertujuan memastikan pelaksanaan dasar oleh kerajaan. Pelaksanaan undang- undang ini sudah tentunya menepati norma, kepercayaan dan nilai yang dipegang 14

OUMM3203

ETIKA PROFESIONAL

820921126163001

oleh organisasi, kumpulan dan individu dalam masyarakat Malaysia kerana Pendidikan Wajib ini adalah satu strategi dalam pelaksanaan dasar kerajaan.oleh kerana ia adalah satu Dasar Kerajaan, maka setiap organisasi, kumpulan dan individu secara jelas mempunyai pendapat yang sama tentang norma (apa yang harus dilakukan) dan kepercayaan (apa yang harus dicapai pada masa hadapan) mengikut acuan politik negara. Perbezaan pandangan yang wujud dalam menerimapakai undang- undang Pendidikan Wajib dikalangan masyarakat

perlu disesuaikan menjadi peraturan yang konsisten dan

universal supaya berkesan. Oleh itu, terdapat teori-teori alternatif yang boleh digunakan untuk membuat penyesuaian terhadap perbezaan-perbezaan ini iaitu seperti Kepimpinan ketua kerajaan, Kompromi institusi, Rundingan badan perundangan dan juga Desakan para pengundi. Bagi tokoh- tokoh politik atau wakil-wakil rakyat yang terpilih, sekiranya kurang setuju tentang pendidikan wajib 2002 ini, mereka diberi tanggungjawab formal untuk menggubal atau meminda undang-undang dalam sesuatu sistem perwakilan. Isu-isu dan kekangan yang timbul kesan pelaksanaan undang-undang pendidikan wajib 2002 ini adalah berbeza mengikut kawasan dalam negara, taburan penduduk dan sektor ekonomi. Bagi kebanyakan daripada kita merasakan bahawa undang- undang ini sangat baik, sesuai dan bertepatan dengan norma serta etika kita hari ini. Namun tanpa kita sedari mungkin di beberapa kawasan lain di negara ini seperti di kawasan pedalaman atau di pulau- pulau terpencil dimana sekolah berada beratus-ratus kilometer dari rumah mereka, akan merasakan bahawa undang- undang Pendidikan wajib ini adalah kejam. Dalam situasi dipedalaman atau kawasan terpencil ini biasanya kerajaan akan membina sekolah berasrama bagi membantu murid yang jarak rumahnya tersangat jauh. Walaupun begitu, saya masih berpendapat pelaksanaan undang-undang pendidikan wajib tidak wajar dikenakan kepada ibubapa mereka. Bagi saya adalah sesuatu yang tidak boleh diterima etika dan norma masyarakat apabila ibu bapa terpaksa berpisah dengan anak seawal umur 6 tahun itu selama berminggu-minggu akibat penguatkuasaan undang-undang pendidikan wajib tersebut, walhal ada pelbagai lagi cara lain yang boleh diambil khusus untuk masyarakat pedalaman dan terpencil. Justeru, kita sebagai orang awam sebenarnya boleh secara langsung menyatakan pendapat terhadap undang-undang yang dicadangkan melalui pegawai pentadbir dan kesemua ahli penggubal undang-undang. Pendapat dan pandangan kita boleh juga disampaikan secara 15

OUMM3203

ETIKA PROFESIONAL

820921126163001

tidak langsung melalui kaji selidik awam, pandangan di media sosial dan sebagainya asalkan tidak menyalahi piawaian etika moral masyarakat kita.

5.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, undang-undang merupakan satu set peraturan yang menyeluruh dan konsisten yang mengatur kelakuan untuk menerima peraturan-peraturan ini sebagai mewakili pandangan moral ahli-ahli masyarakat secara keseluruhannya. Undang-undang perlu mmempunyai ciri-ciri undang-undang iaitu konsisten, universal, diterbitkan, diterima dan dikuatkuasakan.Terdapat tiga kesimpulan hubungan standard moral dan undang-undang iaitu hubungan bertindih, standard moral lebih menonjol, dan standard moral terkebelakang. Masyarakat telah menjadikan undangundang sebagai panduan untuk pilihan moral. Ini bermaksud seseorang individu di dalam sesebuah masyarakat perlu merujuk kepada undang-undang apabila berhadapan dengan dilema etika sama ada di dalam atau di luar organisasi.

Proses

pembentukan

undang-undang

perlu

melalui

beberapa

proses. Proses-proses berkenaan ialah proses individu, proses kumpulan, proses sosial dan proses politik. Perubahan dalam undang-undang berlaku melalui ukuran moral masyarakat yang dipersetujui bersama melalui proses sosial dan politik. Proses-proses sosial dan politik melalui perubahan

moral

manusia

diinstitusikan

menjadi

suatu

rangka

perundangan yang rasmi untuk mengadili masalah masyarakat.

Melihat kepada proses pembentukan undang-undang pendidikan wajib di peringkat Rendah 2002 ini, jelas sekali ianya dibentuk melalui proses politik. proses politik yang berlaku disini adalah bertujuan memastikan pelaksanaan dasar oleh kerajaan. Pelaksanaan undang- undang ini sudah tentunya menepati norma, kepercayaan dan nilai yang dipegang 16

OUMM3203

ETIKA PROFESIONAL

820921126163001

oleh organisasi, kumpulan dan individu dalam masyarakat Malaysia kerana Pendidikan Wajib ini adalah satu strategi dalam pelaksanaan dasar kerajaan. Walaubagaimanapun,

perbezaan

pandangan

pastinya

akan

wujud

dalam

menerimapakai undang- undang dikalangan masyarakat. Oleh yang demikian, ianya perlulah disesuaikan agar menjadi peraturan yang konsisten dan universal supaya lebih berkesan.

(2993 Patah Perkataan) RUJUKAN

Aiman (2013). Faktor-faktor yang Membentuk Etika Individu. Diakses pada 20 Februari 2016. http://cgisaiman.blogspot.my/2013/04/oumm3203etika-profesional.html

A Rahim M Amin (2011). Professional Ethics. Diakses pada 21 Februari 2016. https://oumganu.wordpress.com/2011/07/19/professional-ethicsversi-malaya/ Dato’ Abdul Fatah Hasan, Pengenalan Falsafah Pendidikan, PTS PUBLICATIONS AND DISTRIBUTOR SDN. BHD. 2003. Dewan Bahasa dan Pustaka (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Ho Jo Ann & Tee Keng Kok. (2013). Professional Ethics. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc Sdn. Bhd Jawatankuasa Kongres Pendidikan Melayu, Laporan Kongres Pendidikan Melayu, 1-2 September 2001, Pusat Dagangan Dunia Putra, 2001. Khoo Kay Kim (2010). Rencana Utusan Online: Pengertian Undangundang.

Diakses

pada

18

Februari

2016.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0413&sec =

Rencana&pg=re_02.htm

17

OUMM3203

ETIKA PROFESIONAL

820921126163001

Ulfa Nur (2009). Apa Itu Undang-undang. Diakses pada 15 Februari 2016. http://kitadanundangundang.blogspot.my/2009/10/apa-itu-undang-undang.html Garis Panduan Pelaksanaan Pendidikan Wajib Di Peringkat Sekolah Rendah Tahun

2003.

http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/2008_BTMK_126_2 861_7019.p df

Lembaga Penyelidikan Undang-Undang, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & Peraturanperaturan terpilih, International Law Book Services, 2003. Tie Fatt Hee, Undang-undang Pendidikan di Malaysia, Fajar Bakti SDN. BHD. 2002. Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji perlaksanaan dasar pelajaran. 1988. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Pendidikan_1996. http://yik.itgo.com/text/AktaPendidikan.html#_Toc456785593

18

Related Documents

Ethics
February 2021 2
Ethics
January 2021 4
Ethics
January 2021 4
Profesional Ethics
January 2021 1
Ethics Pineda.pdf
February 2021 0
Environmental Ethics
January 2021 1

More Documents from "antonio laten"

Ethics
January 2021 4