Forum Asia Tenggara 1

  • Uploaded by: Nur Husna Remi
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Forum Asia Tenggara 1 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,050
  • Pages: 9
Loading documents preview...
FORUM 1.Apakah bukti yang menunjukkan kewujudan kerajaan awal di Asia Tenggara? / What are the evidences that shows the existence of the early kingdom in Southeast Asia? Assalamualaikum dan salam sejahtera Dr, Antara bukti yang menunjukkan kewujudan kerajaan awal di Asia Tenggara adalah dengan adanya tinggalan artifak arkeologi dan sumber bertulis. Kita semua sedia maklum bahawa kerajaan awal yang wujud di Asia Tenggara adalah seperti kerajaan Funan, Chenla, Angkor, Sukhotai, dan Ayuthia. Manakala

di

kawasan

kepulauan

Melayu

dapat

dilihat

melalui

Kedah

Tua,

Gangga

Negara, Langkasuka, Srivijaya, Majapahit, Singhasari dan Mataram. Pembuktian kewujudan kerajaan awal ini dilihat menerusi jumpaan artifak arkeologi iaitu gendang gangsa Dongson dari Dongson, Vietnam Utara yang ditemui di Batu Buruk Terangganu, Sg tembeling, Sungai Klang,Thai, Indonesia, dan Burma. Fungsi gendang gangsa ini pula adalah digunakan alat muzik untuk hari perayaan, perkahwinan dan upacara kematian. Ia juga dijadikan sebagai alat pengkebumian oleh golongan kaya dan berstatus sepergi golongan pemerintah. Hal ini jelas menunjukkan wujudnya penggunaan alat kebesaran pada zaman awal yang seterusnya dikuatkan lagi dengan bukti bertulis dari China menyatakan bahawa kerajaan awal yang muncul di Asia Tenggara ialah kerajaan Funan yang wujud seawal 2 Masihi lagi. Selain itu, bukti pengembara China terawal ada mencatatkan lawatannya ke Langkasuka pada tahun 200M. Dalam Hikayat Merong Mahawangsa, salinan tertuanya bertarikh 1598 yang disimpan di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dan versi terbaru dalam Rumi diterbitkan 1998 oleh Yayasan Karyawan dan Universiti Malaya(UM) ada menyatakan Langkasuka terletak di negeri Kedah (kawasan tebing Sungai Merbok) hingga ke pantai Laut China Selatan.Hal ini jelas menunjukkan sumber bertulis mampu membuktikan kemunculan sebuah kerajaan Awal di Asia Tenggara Selain itu, bukti yang menunjukkan kemunculan kerajaan awal di Asia Tenggara juga dapat dibuktikan dengan adanya pengaruh agama Hindu-Buddha. Sebelum kemunculan kerajaan awal di Asia Tenggara, masyarakat tempatan di Asia Tenggara dipengaruhi oleh kepercayaan Animisme iaitu kercayaan terhadap roh dan berpaksikan alam sekeliling. Namun begitu, apabila munculnya golongan pemerintah yang mentadbir dan membentuk kerajaan awal di Asia tenggara telah membawa pengaruh agama seperti agama Hindu dan Buddha ke dalam sesebuah kerajaan yang dibentuknya. Disebabkan itu, Angkor Wat yang terdapat di Kemboja dikaitkan dengan pemerintahnya iaitu Raja Suryavarman I yang mempunyai agama Hindu telah membina Candi tersebut sewaktu pemerintahan kerajaan Angkor sekitar 12 Masihi lalu. Hal ini membuktikan bahawa pengaruh Hindu telah menyerap masuk ke dalam kerajaan awal di Asia Tenggara dan

tinggalan Angkor Wat ini membuktikan wujudkan kekuasaan kerajaan awal di Asia Tenggara pada waktu itu. Seterusnya, penaruh agama Buddha semasa pemerintahan kerajaan Dinasti Sailendra iaitu raja Samaratungga dari Kerajaan Mataram Kuno yang telah mencipta Candi Borobodur sebagai tanda kekuasaan pada waktu itu dan di pengaruhi oleh agama Buddha. Candi Borobodur selesai dibina pada abad ke-8 Masihi . Hal ini juga menampakkan bahawa wujudnya kerajaan awal di Asia Tenggara iaitu kerajaan Mataram Kuno pada awal abad ke-8 Masihi itu sendiri. Kesimpulannya, bukti kemunculan awal kerajaan awal di Asia Tenggara boleh dipengaruhi oleh pelbagai bukti lain dan antara yang dominan adalah pembuktian melalui sumber bertulis dan artifak arkeologi dan juga pengaruh agama Hindu-Buddha tersebut.

2. Sejauhmanakah ciri-ciri geografi yang membantu kepada pertumbuhan kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara? / To what extent geographical features helped the growth of the early kingdoms in Southeast Asia? Assalamualaikum dan salam sejahtera Dr, Ciri-ciri geografi sememangnya membantu kepada petumbuhan kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara hal ini dapat dilihat menerusi ciri-ciri topografi, banjaran gunung, sistem sungai, kawasan tanah pamah dan pinggir pantai . Sebagai contoh, kerajaan Angkor berkembang sebagai salah sebuah kerajaan yang unggul pada abad ke-9 hingga abad ke-15 iaitu semasa pemerintahan zaman SuryavarmanI I kerana mereka Berjaya memonopolikan pertempatan di pinggir Sungai Mekong sebagai salah sebuah sistem perairan yang mampu digunakan untuk mengairi kawasan pertanian. Selain itu, Tasik Tonle Sap membekalkan sumber air minuman kepada penduduk Angkor. Selain itu, pada musim banjir, limpahan air dari Sungai Mekong akan mengalir ke Tasik Tonle Sap. Pada musim hujan, keluasan tasik ini menjadi 300.78 km persegi.Pada musim kemarau, kawasan tasik ini menjadi subur disebabkan mendapan lumpur yang subur. Tasik ini juga membekalkan sumber protein seperti ikan kepada penduduk sekitar. Air dari Tasik Tonle Sap dapat dialirkan ke kawasan penanaman padi dengan menggunakan terusan dan sistem pengairan. Sumber air dari tasik ini dapat menampung keperluan penanaman padi bagi menyediakan bekalan beras yang mencukupi untuk penduduk Angkor dan seterusnya mengembangkan peranan pertumbuhan kerajaan Angkor sebagai sebuah kerajaan yang berasaskan pertanian yang terkenal yang merupakan salah sebuah kerajaan awal di Asia Tenggara. Selain itu, ciri muka bumi yang ditandai oleh gunung juga merupakan salah satu pelonjak kepada pertumbuhan sesebuah kerajaan awal di Asia Tenggara seperti kerajaan Kedah Tua yang muncul sekitar abad ke-5 Masihi mempunyai Gunung Jerai yang menjadi petunjuk atau panduan kepada pedagang luar untuk singgah di pelabuhan Lembah Bujang ataupun di Sungai Mas. Pelabuhan Kedah Tua telah menjadi tempat penukaran barang, tempat persinggahan dan tempat membaiki kapal pelayar dan pedagang dari Arab, India, Sri Lanka, Parsi dan Eropah sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka ke Timur. Ia juga menjadi pusat perdagangan pelbagai hasil tempatan yang dikumpul oleh penduduk tempatan seperti bijih timah, emas, beras, lada hitam, gading, damar, rotan, tanduk dan sebagainya yang membuktikan bahawa pengaruh ciri-ciri geografi sesebuah tempat mempengaruhi pertumbuhan kerajaan awal di Asia Tenggara.

Selain daripada ciri-ciri geografi yang membantu kepada pertumbuhan kerajaan awal di Asia Tenggara, kita dapat lihat bahawa peranan pemerintah juga memainkan peranan penting dalam membantu kepada pertumbuhan kerajaan-kerajaan awal ini. Dalam usaha menggambarkan raja sebagai seorang manusia istimewa yang memiliki kuasa luar biasa, negeri-negeri bercorak Hindu-Buddha di Asia Tenggara telah melambangkan raja-raja mereka sebagai pemerintah yang mempunyai inti kedewaan. Ini dilakukan dengan mengaitkan gunung yang sedia ada ataupun bangunan suci bertingkat-tingkat yang dibina ataupun penyusunan struktur ibu kota (sebagai lambang gunung) dengan gunung suci Mahameru iaitu tempat menetapnya aspek-aspek ketuhanan dalam tradisi agama Hindu.28 Inti kedewaan raja ini adalahpenting untuk menjaga keutuhan serta perpaduan wilayahwilayah di bawah kekuasaan pemerintahnya.Dengan cara ini, rakyat di bawah pemerintahannya akan sentiasa akur dengan kehendak raja tersebut dan seterusnya menjamin kesejahteraan kerajaan yang diperintah oleh penguasa tersebut dan membawa kepada pertumbuhan sesebuah kerajaan awal di Asia Tenggara yang berkembang pesat.

3. Huraikan apakah bentuk hubungan antara golongan pemerintah dan yang diperintah? / Describe the type of relationship between the ruled and the ruler? Assalamualaikum dan salam sejahtera Dr dan rakan-rakan, Bentuk hubungan golongan pemerintah dan yang diperintah dapat dilihat menerusi pembahagian dalam kelas sosial masyarakatnya. Corak pemerintahan kerajaan-kerajaan awal memperlihatkan pembahagian dalam kelas sosial. kelas sosial yang wujud mempunyai peranan yang berbeza di antara satu sama lain. Kelas teratas dalam hierarki sosial pemerintahan kerajaan awal dinaungi golongan pemerintaholeh seorang raja. Raja mempunyai kuasa mutlak yang tidak dimiliki olek kelas sosial lain. Pada masa yang sama, agama Hindu dan Buddha telah menjadi sebahagian daripada kekuasaan seseorang raja atau pemerintah. Raja atau pemerintah dipercayai mempunyai unsur magis atau kebolehan luar biasa. Di samping itu, raja-raja juga turut dianggap memiliki kuasa kedewaan dan telah disamakan kedudukannya dengan dewa-dewa yang menunjukkan tradisi Brahmin iaitu tertumpu kepada konsep devaraja serta dianggap berkuasa penuh dalam hal keagamaan dan adat istiadat.Raja berkuasa dalam soal pengadilan, perdagangan atau pertanian, perhubungan luar, ketenteraan dan percukaian. Di samping berkuasa, raja juga bertanggungjawab dalam hal pembangunan ekonomi, kemakmuran dan kebajikan sosial negara dan rakyat. 2 Contohnya, Raja Funan dan Angkor terlibat dalam pembinaan sistem pengairan dan bertanggungjawab secara langsung dalam pengurusannya. Raja Indravarman 1 telah membina sistem pengairan dan baray (tempat takungan air buatan manusia yang berbentuk tasik) yang mampu mengairi kawasan seluas 12.5 juta ekar. Ini menghasilkan beras yang mencukupi untuk rakyatnya. Golongan kedua dalam kelas sosial masyarakat pula terbahagi kepada golongan yang diperintah yang terdiri daripada rakyat. Rakyat merupakan golongan yang paling rendah dalam sistem beraja kehinduan. Rakyat tergolong dalam golongan yang diperintah. Golongan ini mempunyai taat setia yang tidak berbahagi kepada raja dan golongan pembesar iaitu selaku golongan yang memerintah. Rakyat membayar cukai kepada raja dan golongan pembesar. Mereka mematuhi arahan raja atau pembesar. Misalnya, rakyat rela menjadi tenaga tentera, buruh dan sebagainya. Dengan kata lain, rakyat mengerah tenaga demi memenuhi tuntutan pemerintah. Tanpa rakyat, sesebuah kerajaan tidak akan berjalan atau berfungsi kerana rakyat mempunyai kepentingan yang besar kepada sesebuah kerajaan atau negeri.

Hal ini jelas menunjukkan perkaitan antara bentuk hubungan golongan pemerintah dengan golongan yang diperintah kerana melihat kepada spek kebergantungan antara satu sama lain iaitu golongan pemerintah memerlukan sokongan golongan yang diperintah dengan cara taat setia kepadanya agar golongan pemerintah ini mampu meneruskan kekuasaannya . Bagi golongan diperintah pula memerlukan golongan pemerintah untuk menentukan segala aspek kehidupan iaitu dari segi pengaturan agama dan juga pemerintahan negara. Jelaslah bahawa bentuk hubungan kedua-dua golongan ini saling memerlukan antara satu sama lain dalam meneruskan kesinambungan hidup.

4. Pengaruh Hindu-Buddha telah memberi kesan ke atas sistem kemasyarakatan masyarakat Asia Tenggara. Bincangkan. / Hindu-Buddha influence had an impact on the social system of Southeast Asia. Discuss. Assalamualaikum dan salam sejahtera, Secara umumnya kedatangan agama Hindu-Buddha ke Asia Tenggara boleh dilihat melalui beberapa pendapat tokoh yang mengkaji kemasukkan Hindu-Buddha ini ke Asia tenggara mengikut herarki sosial masyarakatnya. Sebagai contoh, menurut hipotesis Vaisya yang dikemukakan oleh NJ. Krom menyatakan bahawa bahawa proses masuknya kebudayaan Hindu-Buddha melalui hubungan dagang antara India dan Alam Melayu dan Asia Tenggara. Para pedagang India yang berdagang di Alam Melayu dan Asia Tenggara disesuaikan dengan tiupan angin monsun. Apabila angin monsun tidak memungkinkan mereka untuk kembali ke tanah asal mereka, maka mereka dalam waktu tertentu menetap di Alam Melayu dan Asia Tenggara. Selama para pedagang India tersebut menetap di Alam Melayu dan Asia Tenggara, Hal ini memungkinkan terjadinya perkahwinan dengan wanita warga tempatan. Menurut NJ. krom, mulai dari sini pengaruh Hindu-Buddha menyebar dan menyerap dalam kehidupan masyarakat Alam Melayu dan Asia Tenggara. Oleh itu, Pengaruh Hindu-Buddha dapat dilihat memberi kesan ke atas sistem kemasyarakatan masyarakat di Asia Tenggara melalui sistem politik & pentadbiran di dalam kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara. Hal ini dapat dilihat melalui sistem herarki masyarakatnya iaitu pemerintahnya yang tertinggi ialah raja yang menggunakan gelaran dewaraja, berkuasa mutlak, merupakan bayangan tuhan serta perintah raja adalah undang-undang yang wajib dilaksanakan dan sekiranya melanggar perintah bermakna menderhaka & tidak akan diampunkan. Dibawah raja terdapat kerabat diraja & pembesar termasuk ahli agama (Brahmin), rakyat & hamba. Pengaruh hindu-buddha paling ketara dalam menjamin kuasa pemerintahnya apabila Menggunakan unsur mitos untuk menguatkan kedudukan raja dan adat istiadat pertabalan raja bakal dilakukan oleh golongan Brahmin bagi memperkukuhkan kedaulatan raja tersebut sebagai baying tuhan di muka bumi ini. Selain itu, golongan Brahmin dilihat berperanan penting dalam upacara keagamaan yang dijalankan dan perkara ini menunjukkan bahawa pengaruh agama Hindu-Buddha dalam kalangan pemerintah begitu ketara untuk mempengaruhi anggota masyarakatnya agar kedudukan mereka dalam sistem pemerintahan kerajaan dapat dikekalkan. Selain itu, pengaruh Hindu-Buddha dalam sistem kemasyarakatan masyarakat juga dapat dilihat menerusi sistem ekonomi di Asia Tenggara. Pengaruh Hindu-Buddha telah meninggalkan kesan yang sangat ketara di kalangan rakyat dan masyarakat Asia Tenggara. Pada zaman tersebut Raja dianggap pemerintah yang wajib ditaati. Rakyat ataupun masyarakat daripada strata bawahan yang terdiri daripada nelayan dan petani terpaksa membayar ufti yang berupa bentuk emas atau pun cukai daripada hasil pekerjaan mereka kepada Raja melalui pegawai-pegawai Raja yang dilantik khas untuk melaksanakan kutipan cukai daripada rakyat kelas bawahan.

Disebabkan terdapatnya susunan hiraki dalam susunan kasta yang pengaruhnya datang daripada India, masyarakat bahawan pada zaman pra-kolonial di Asia Tenggara hanya mampu mempunyai pekerjaan yang setara dengan kelas dan status sosialnya. Dari aspek ekonomi masyarakat pada zaman tersebut tidak mampu menaik taraf kehidupan mereka kepada taraf yang lebih baik kerana susunan hiraki yang mengikut kasta adalah sebagai sebahagian daripada kepercayaan keaagamaan.Selain daripada itu ajaran Buddha juga menganjurkan raja sebagai cakravin atau raja yang memerintah di dunia atas apa jua kekuatan sama ada agama ataupun ketenteraan (politik dan ekonomi). Pengaruh yang ketiga yang dapat dilihat melalui Hindu-Buddha ke atas sistem kemasyarakatan masyarakat di Asia Tenggara adalah melalui undang-undang. Ini kerana Raja dianggap sangat istemewa kerana kedudukan Raja yang mempunyai kredibiliti sebagai jelmaan dewa-dewa. Raja juga dianggap mempunyai kekuasaan mistik yang luar biasa. Oleh kerana itu, apa sahaja yang diucapkan oleh Raja adalah merupakan undangundang yang mesti dipatuhi. Malahan terdapat juga kanun diraja dan kanun rakyat yang bersandarkan kuat kepada kitab dharmasastras (kanun manu) dan kitab arthasastreas (permasyoran politk) Jika dibandingkan kedua-dua jenis undang-undang ini, kanun diraja lebih utama dan kuat diresapi oleh penaruh Hindu-Buddha kerana golongan aristokrat lebih menerima pakai unsur-unsur agama dan budaya dari India demi kepentingan kedudukan mereka yang prestij itu.

5. Kedatangan Barat pada abad ke-16 telah merubah sistem sosial masyarakat Asia Tenggara. Bincangkan. / Western arrival in the 16th century had changed the social system in Southeast Asia. Discuss

Related Documents

Forum Asia Tenggara 1
February 2021 3
Asia Tenggara
March 2021 0
Sejarah Asia Tenggara
March 2021 0
Asia Tenggara 18
March 2021 0
Forum 1
February 2021 2

More Documents from "JianSengChee"