Kertas Kerja Cadangan Permohonan Penternakan Anak Arnab

  • Uploaded by: Nik Aziz
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Kerja Cadangan Permohonan Penternakan Anak Arnab as PDF for free.

More details

  • Words: 365
  • Pages: 2
Loading documents preview...
KERTAS KERJA MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH SINTOK AGRO SDN. BHD. KERTAS CADANGAN PERMOHONAN KELULUSAN SECARA PRINSIP BAGI PROJEK PENTERNAKAN ARNAB DI TAPAK SEMAIAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, SINTOK 1.0

TUJUAN Kertas kerja ini disediakan untuk mendapat pertimbangan dan kelulusan secara prinsip daripada Ahli Lembaga Pengarah Sintok Agro Sdn. Bhd. (SASB) bagi permohonan penternakan arnab di Tapak Semaian, Sintok UUM.

2.0

3.0

LATAR BELAKANG 2.1

Sintok Agro Sdn. Bhd (SASB) yang ditubuhkan pada 22 November 2016 merupakan salah satu daripada anak syarikat baharu milik penuh Uniutama Property Sdn. Bhd. (UPSB).

2.2

SASB menjalankan perniagaan berkaitan penternakan dan pertanian yang memberi fokus kepada pembangunan perniagaan berbentuk ‘Agro Business’. Pengkhususan aktiviti SASB adalah menguruskan aktiviti di Tapak Semaian UUM.

CADANGAN PENTERNAKAN ARNAB 3.1

Pada 22 September 2019, pihak SASB telah mengadakan perbincangan bersama En. Shamsul bin Long, Ketua Unit Aneka Haiwan Jabatan Veterinar Kedah berkenaan mempelbagaikan aktiviti perniagaan baharu yang boleh dijalankan oleh pihak SASB selain penternakan lembu secara fidlot.

3.2

Penternakan arnab adalah model perniagaan baharu yang telah dicadangkan untuk dijalankan oleh pihak SASB pada tahun 2020 bagi memperluaskan aktiviti perniagaan SASB di samping dapat menjana keuntungan kepada pihak SASB dalam tempoh masa yang singkat.

3.3

Sehubungan itu, pada 25 September 2019, pihak SASB telah mengadakan lawatan tapak projek ternakan arnab di Kampung Parit Teropong, Bandar Baharu Kulim.

4.0

3.4

Perbincangan pihak SASB bersama Pengurus Besar Ceq Lah Empire Agrofarm, Abdullah Syaraffi Samshir adalah berkenaan kaedah-kaedah penjagaan arnab serta melihat secara terperinci kawasan persekitaran ternakan arnab.

3.5

Secara permulaan, pihak SASB bercadang untuk menternak 400ekor/tahun arnab di Tapak Semaian, UUM. Segala kos-kos berkaitan adalah seperti di Lampiran 1.

3.6

Sekiranya cadangan permohonan kelulusan ini diluluskan secara prinsip, pihak SASB akan mengadakan perbincangan secara terperinci bersama pihak pembekal, Ceq Lah Empire Agro Farm serta akan mengadakan perjanjian pembekalan dan penjualan arnab hidup.

SYOR Ahli Lembaga Pengarah Sintok Agro Sdn. Bhd. (SASB) dengan segala hormatnya dipohon bagi meluluskan secara prinsip daripada Ahli Lembaga Pengarah Sintok Agro Sdn. Bhd. (SASB) bagi cadangan permohonan penternakan arnab di Tapak Semaian, UUM

Disediakan Oleh

:

En. Faizal Bin Musa Ketua Unit Sintok Agro Sdn. Bhd

Disahkan oleh

:

En. Shahrizam bin Che At Pemangku Pengurus Besar Uniutama Property Sdn. Bhd.

Tarikh

:

07 November 2019.

Related Documents


More Documents from "Malvin Tan"