Laporan Barnes 1951

  • Uploaded by: Mazri Muhammad
  • 0
  • 0
  • March 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Barnes 1951 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,329
  • Pages: 5
Loading documents preview...
Laporan Barnes 1951 Jawatankuasa ini ditubuhkan pada tahun 1950 dan dipengerusikan oleh L.J. Barnes, Pengarah Latihan Sosial dari Universiti Oxford. Cadangan jawatankuasa ini termasuklah: Meningkatkan taraf pencapaian pelajar Melayu di sekolah vernakular dan meningkatkan taraf pencapaian dalam Bahasa Inggeris Meningkatkan kualiti guru, meningkatkan pencapaian pedagogi pelajar di maktab dan mencadangkan kurikulum latihan guru yang lebih bersesuaian; dan Mencadangkan apa-apa sahaja cara untuk membaiki pentadbiran, sama ada dengan menubuhkan Penguasa Pendidikan Tempatan atau badan tempatan dengan fungsi yang sama. Laporan ini mencadangkan penubuhan sekolah kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sebagai pengantar. Apabila salah satu daripada bahasa tersebut dipilih sebagai bahasa pengantar, maka bahasa yang satu lagi digunakan sebagai bahasa kedua. Jawatankuasa Barnes yang telah menggariskan tujuan sekolah Melayu sebagai memupuk perkembangan individu ke arah kecemerlangan yang boleh dicapai dari segi pengetahuan dan kemahiran, menggalak, merangsang, dan membolehkan komuniti Melayu mencapai kedudukannya dalam perhubungannya dengan kaum-kaum lain dalam masyarakat majmuk dan membantu pembinaan kewarganegaraan atau negara yang bersatu padu yang merangkumi semua kaum. Laporan Barnes tidak mendapat sambutan baik daripada masyarakat Cina yang menentang pembubaran pendidikan vernakular Cina. Ini membawa kepada pembentukan jawatankuasa yang menghasilkan laporan Fenn-Wu. Laporan Fenn-Wu 1951 Laporan ini disediakan bagi memperkatakan tentang pendidikan Cina di Tanah Melayu berikutan rasa tidak puas hati terhadap laporan Barnes. Laporan ini mencadangkan agar usaha merapatkan jurang perbezaan dilakukan dengan menggantikan sistem persekolahan yang berasaskan kaum kepada pendidikan yang tidak bercorak perkauman. Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar manakala bahasa lain sebagai pilihan. Laporan Fenn-Wu dikatakan memperkecil keupayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bahasa Melayu dianggap bahasa yang mudah dipelajari kerana kebanyakan pelajar Cina mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan tentang bahasa tersebut melalui pengalaman pergaulan seharian. Laporan Fenn-Wu dipertimbangkan bersama-sama dengan Laporan Barnes oleh satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian kepada cadangan yang dikemukakan. Ordinan Pelajaran 1952

Pada 21 November 1952, Penyata Pelajaran 1952 atau dikenali juga Ordinan Pelajaran 1952 telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dengan sebulat suara. Penyata ini telah membawa perubahan besar kepada susunan sistem pelajaran negara ini. Antara lain, matlamat Penyata Pelajaran 1952 adalah: Untuk membekalkan dan mengekalkan pengetahuan, kemahiran dan perwatakan yang baik untuk tiap-tiap individu. Untuk menggalakkan dan membolehkan sesuatu kaum menyesuaikan diri dalam masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Untuk berusaha membentuk warganegara yang bersatu di seluruh negara yang terdiri dari berbagai kaum. Dalam usaha mencapai matlamat Penyata Pelajaran 1952 ini satu dasar dan sistem pelajaran baru diwujudkan. Antara yang tercatat dalam penyata, iaitu: Menubuhkan dan mendirikan sekolah-sekolah kebangsaan yang mengandungi dua jenis; Sekolah aliran Inggeris dan mata pelajaran Bahasa Malaysia dijadikan mata pelajaran wajib dan sekolah aliran Melayu dengan Bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa kedua. Sungguhpun begitu, sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa perantara Kua-Yu (Cina) atau Tamil boleh disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih di dalam salah satu darjah mengikut keperluan bahasa perantaraan masing-masing. Kerajaan akan memberi pelajaran percuma selama 6 tahun dan diwajibkan kepada tiap-tiap warganegara yang berumur dari 6 tahun hingga 12 tahun. Murid-murid yang tamat di peringkat sekolah rendah ini akan diberi peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah dan vokasional menurut kemampuan dan kelayakan masing-masing. Dalam perbahasan untuk meluluskan Penyata Pelajaran 1952, Datuk E.E.C. Thuraisingam menyatakan penyata pelajaran itu adalah bertujuan untuk mengukuhkan asas perpaduan negara serta menggambarkan sistem pendidikan "vernacular" moden dan membentuk kurikulum pelajaran mengikut keperluan dan keadaan ketika itu (Penyata Pelajaran 195, 2008). Laporan Razak 1956 Pada hari 6 Mei 1956, Dato' Abdul Razak bin Dato' Hussein Menteri Pelajaran Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran telah mengumumkan cadangan-cadangan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pelajaran 1956. Dalam cadangan Jawatankuasa Pelajaran ini, beberapa

cadangan yang membawa perubahan yang besar kepada dasar pelajaran bagi Tanah Melayu telah dikemukakan. Antara cadangan itu termasuklah (Penyata Razak 1956, 2008): Sekolah-sekolah Rendah dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar akan ditubuhkan di samping memberi peluang kepada sekolah-sekolah rendah yang menggunakan Bahasa Inggeris, Tamil dan Cina untuk terus maju. Mengadakan sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah, juga untuk menyusun semula sistem pengajaran di Tanah Melayu. Selain daripada itu, jawatankuasa juga menyentuh mengenai kedudukan guru-guru dan nazir-nazir sekolah. Pada masa akan datang, semua Perkhidmatan Guru akan disatukan di bawah satu skim perkhidmatan dan guru-guru tidak lagi dikenali sebagai guru Sekolah Melayu, Cina atau Tamil. Mengenai Bahasa Melayu pula Jawatankuasa mahu supaya tumpuan diberikan kepada Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan pengantar kepada sekolah-sekolah. Oleh itu Bahasa Melayu dikirakan sebagai syarat bagi menerima bantuan di semua sekolah dan Bahasa Melayu hendaklah dipelajari di semua sekolah. Satu Institut Bahasa Melayu hendaklah ditubuhkan dengan tujuan untuk melatih guru-guru Bahasa Melayu dan menjalankan penyelidikan tentang bahasa yang digunakan di Tanah Melayu serta kaedah pengajarannya. Bagi mengelola dan menjamin kelicinan pentadbiran pelajaran bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu, jawatankuasa ini telah mencadangkan supaya diwujudkan satu Kementerian Pelajaran yang bertanggungjawab mengawal sekolah-sekolah untuk memperbetulkan perjalanan dan meninggikan mutu pelajaran sekolah-sekolah. Jawatankuasa ini juga mencadangkan supaya mengadakan sistem peperiksaan yang dikenali sebagai Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu bagi murid-murid di semua sekolah menengah, mengadakan pelajaran menengah lanjutan dan mengatur semula serta memajukan pelajaran

teknik.

Cadangan paling penting yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyata Pelajaran Razak ini ialah mendesak supaya semua sekolah menukar sikap kepada yang bercorak Tanah Melayu, dengan mengadakan isi sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah dan mengambil langkah-langkah bagi memelihara perkembangan bahasa kebangsaan dan memajukan ilmu pengetahuan melalui bahasa itu di kalangan semua penduduk Persekutuan Tanah Melayu. Pengumuman Jawatankuasa Pelajaran Razak ini menandakan satu lagi detik bersejarah dalam proses pendidikan tanah air yang menuju kepada suatu Dasar Pelajaran Kebangsaan yang akan melahirkan masyarakat berbilang kaum yang bersatu dan sebuah negara yang aman damai. Zaman Pascamerdeka (1957-1970)

Selepas mencapai kemerdekaan, banyak usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan. Oleh itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan Laporan Razak 1956 yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Pelan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu menyebabkan Laporan Razak 1956 dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib 1960. Laporan ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, 2006, ms. 17). Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 – Zaman Kemas Kini Jawatankuasa pendidikan 1960 yang dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran. Jawatankuasa tersebut dilantik oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan Februari 1960 berhubung dengan cadangan Jawatankuasa Pendidikan 1956. Antara tugas-tugas jawatankuasa Penyemak ini adalah : untuk mengulang kaji Dasar Pelajaran Razak yang telah diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan pada 16hb Mei, 1956; mempertimbangkan kesan-kesan nasional dan kewangan Dasar Pelajaran itu termasuk langkah untuk mengadakan pelajaran peringkat rendah dengan percuma; dan mengkaji langkah-langkah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran nasional yang menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama. Jawatankuasa ini akan dibantu kelak oleh beberapa buah jawatankuasa pakar yang akan membincangkan segala aspek mengenai soal pelajaran termasuk masalah kewangan dan latihan guru. Orang ramai, badan-badan pelajaran, dan sebagainya diberi kesempatan untuk mengemukakan pendapat

tentang

Dasar

Pelajaran

kepada

jawatankuasa

pengkaji

itu.

Jawatankuasa ini mencadangkan supaya bahasa kebangsaan diajar mulai Darjah Satu dalam semua sekolah rendah Cina, Tamil dan Inggeris, sama ada bantuan separuh atau sekolah persendirian. Jawatankuasa ini juga mencadangkan supaya Bahasa Melayu dimajukan dengan menjadikannya bahasa pengantar di semua sekolah yang dahulunya sekolah rendah kerajaan. Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan peraturan yang mewajibkan pengajaran bahasa kebangsaan menerusi arahan di bawah Peraturan-Peraturan Khusus (Kursus-Kursus Pengajian) Sekolah 1956. Selanjutnya mata pelajaran kursus Bahasa Melayu dijadikan wajib untuk memperoleh Sijil Rendah Pelajaran dan

Sijil Pelajaran Malaysia. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah menengah bermula pada tahun 1963 apabila semua mata kursus jurusan sastera di Tingkatan Satu diajar dalam Bahasa Melayu. Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992

Related Documents

Laporan Barnes 1951
March 2021 0
About Face - Scott Barnes
February 2021 0
Index Of Experiments (1951)
February 2021 1
Conflicts Clarify 1951
February 2021 0
Curso Zodiacal (1951, 3)
January 2021 2

More Documents from "ezequielrosa"

Laporan Barnes 1951
March 2021 0
Hizib Siti Mariam.pdf
February 2021 1
Asma Raja Daud.docx
January 2021 2
Asma Bahroini.pdf
February 2021 0