Manual Pbd Sains Tingkatan 4 Dan 5.docx

  • Uploaded by: datoonn
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Manual Pbd Sains Tingkatan 4 Dan 5.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,515
  • Pages: 19
Loading documents preview...
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

SAINS TINGKATAN 4 DAN 5

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

UNIT SAINS MENENGAH SEKTOR SAINS DAN MATEMATIK BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 KSSM

2019

PENGENALAN Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan,

kebolehan,

dan

pencapaian

murid.

PBD

lebih

bersifat

formatif

iaitu

mengutamakan kemajuan setiap murid dan membantu guru membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa. Melalui PBD guru dapat: •

Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran



Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh



Merancang dan mengubahsuai kaedah pengajarannya



Menetahui keberkesanan pengajarannya



Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta

PBD adalah proses pengumpulan maklumat melalui pelbagai sumber seperti kerja rumah, pembentangan, kerja projek, ujian dan sebagainya. Pentaksiran ialah satu kayu pengukur untuk menilai pencapaian murid dalam memperoleh pengetahuan, menguasai kemahiran dan mengamalkan nilai di samping menilai keberkesanan PdP guru. Pentaksiran juga menyokong pembelajaran murid dan memberi maklum balas yang berguna kepada pihak berkepentingan seperti pentadbir, guru dan ibu bapa atau penjaga tentang perkembangan murid.

JENIS PENTAKSIRAN Pentaksiran dalam KSSM terdiri daripada empat komponen: •

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD); (Bahagian Pembangunan Kurikulum)



Pentaksiran Pusat; (Lembaga Peperiksaan)



Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum, (Bahagian Kokurikulum dan Kesenian)



Pentaksiran Psikometrik.(Bahagian Kaunseling)

1

MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 KSSM

2019

PENTAKSIRAN FORMATIF Pentaksiran formatif adalah untuk memantau pembelajaran murid bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan, dan pencapaian murid. 1. Guru mereka bentuk instrumen pentaksiran yang sah dan boleh dipercayai serta autentik. 2. Maklumat yang dikumpul melalui pentaksiran formatif seharusnya membantu guru membuat diagnostik bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid dalam mencapai sesuatu Standard Kandungan (SK) bagi sesuatu mata pelajaran. 3. Pentaksiran yang menyeluruh perlu dirancang dengan baik dan dijalankan secara berterusan sebagai sebahagian daripada aktiviti di bilik darjah.

PENTAKSIRAN SUMATIF Pentaksiran sumatif pula adalah untuk menilai pembelajaran murid dengan SK bagi sesuatu mata pelajaran.

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN Dalam usaha memastikan pentaksiran membantu meningkatkan keupayaan dan pencapaian murid, guru harus menggunakan strategi pentaksiran yang berikut: •

pelbagai bentuk.



adil kepada semua murid.



mengambilkira pelbagai aras kognitif membolehkan murid mempamerkan pelbagai keupayaan pembelajaran.



mengambilkira pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari oleh murid dan mentaksir sejauh mana mereka fahami

Pentaksiran bagi mata pelajaran sains dilaksanakan bersandarkan tiga domain utama iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai.

2

MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 KSSM

2019

Bagaimana mentaksir Domain Pengetahuan? Pentaksiran domain pengetahuan dalam sesuatu tema disertakan pengintegrasian proses kemahiran sains bertujuan melihat sejauh mana murid memahami SK tertentu secara menyeluruh dan holistik. 1. Setiap bidang pembelajaran mesti ditaksir dan diberi nilai tahap penguasaan berdasarkan Standard Prestasi di bahagian akhir setiap tema dalam DSKP Sains Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. 2. Pentaksiran domain pengetahuan boleh dilaksanakan semasa PdP di mana-mana peringkat yang sesuai dalam kitar pembelajaran 5E, atau mana-mana strategi inkuiri yang digunakan. 3. Pentaksiran domain pengetahuan juga boleh dilaksanakan diakhir PdP. 4. Guru perlu merekod nilai tahap penguasaan terbaik bagi setiap Tema pembelajaran ke

dalam

borang

pelaporan

excel

yang

telah

disediakan

oleh

Bahagian

Pembangunan Kurikulum seperti di bawah. 5. Murid diberi peluang mengulang untuk menambahbaik tahap penguasaan masing masing. 6. Perekodan tahap penguasaan murid boleh disimpan oleh guru sama ada dalam bentuk Hard copy dan soft copy untuk memantau perkembangan pembelajaran murid dan juga untuk rujukan pihak yang berkepentingan.

3

MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 KSSM

2019

Tafsiran Tahap Penguasaan bagi pengetahuan ditunjukkan dalam Jadual 1. Jadual 9: Tafsiran Tahap Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran

TAHAP

TAFSIRAN

PENGUASAAN

1

Mengingat kembali pengetahuan dan kemahiran asas sains.

2

Memahami pengetahuan dan kemahiran sains serta dapat menjelaskan kefahaman tersebut.

3

Mengaplikasikan

pengetahuan

dan

kemahiran

sains

untuk

melaksanakan tugasan mudah. Menganalisis

4

pengetahuan

dan

kemahiran

sains

dalam

konteks

penyelesaian masalah. 5

Menilai pengetahuan dan kemahiran sains dalam konteks penyelesaian

6

masalah dan membuat keputusan untuk melaksanakan satu tugasan. Mereka cipta menggunakan pengetahuan dan kemahiran sains dalam konteks penyelesaian masalah dan membuat keputusan atau dalam melaksanakan satu tugasan dalam situasi baru secara kreatif dan inovatif.

*Sumber DSKP SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 Jadual 9: muka surat 34

4

MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 KSSM

2019

Bagaimana mentaksir Domain Penyiasatan Saintifik atau Eksperimen? 1. Semua eksperimen dalam ruang catatan DSKP KSSM Sains Tingkatan 4 dan 5 WAJIB dilaksanakan. Jadual 10a: Senarai Penyiasatan Saintifik/Eksperimen bagi KSSM Sains Tingkatan 4 TEMA KESELAMATAN

EKSPERIMEN 3.2.2

DAN KESIHATAN

Menjalankan

eksperimen

bagi

menentukan

denyutan nadi manusia. 6.1.6

Menjalankan eksperimen untuk

PENYENGGARAAN

membandingkan kekuatan tulang yang padat dan

DAN

tulang yang berongga.

KESINAMBUNGAN HIDUP PENEROKAAN UNSUR DALAM

kadar

6.3.4

Menjalankan eksperimen untuk mendapatkan pola pertumbuhan tumbuhan.

9.1.2

Menjalankan eksperimen untuk membanding ciri-ciri aloi dan logam tulennya.

ALAM

5

MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 KSSM

TEMA

EKSPERIMEN 11.3.1

TENAGA

2019

eksperimen

untuk

menentukan

nilai

pecutan graviti bumi, g.

DAN

KELESTARIAN

Menjalankan

11.3.3

HIDUP

Menjalankan eksperimen untuk mengkaji keadaan jatuh bebas dan bukan jatuh bebas.

11.4.3

Menjalankan eksperimen untuk mengkaji hubungan antara jisim dan inersia.

*Sumber DSKP SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 Jadual 10a: muka surat 34

Jadual 10b: Senarai Penyiasatan Saintifik/Eksperimen bagi KSSM Sains Tingkatan 5 TEMA

EKSPERIMEN 1.1.2

1.1.3 PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP

1.3.3

2.1.2

2.2.2

Menjalankan

eksperimen

menunjukkan

kewujudan

mikroorganisma. Menjalankan

eksperimen

untuk

mengkaji

faktor

yang

mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma. Menjalankan eksperimen mengkaji kesan antibiotik terhadap pertumbuhan bakteria. Menjalankan eksperimen untuk menganggarkan nilai kalori dalam sampel makanan. Menjalankan eksperimen mengenai kesan kekurangan makronutrien kepada tumbuhan. Menjalankan eksperimen untuk mengkaji faktor yang

4.2.1

mempengaruhi kadar tindak balas.

6

MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 KSSM

TEMA

EKSPERIMEN

PENEROKAAN UNSUR DALAM

2019

Menjalankan eksperimen untuk menghasilkan sabun 5.5.9

melalui proses saponifikasi.

ALAM *Sumber DSKP SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 Jadual 10b: muka surat 35

2. Laporan MESTI DITULIS oleh murid bagi setiap eksperimen yang dilaksanakan. 3. Setiap laporan eksperimen mesti ditaksir dan diberi nilai tahap penguasaan berdasarkan jadual 11 Rubrik Penyiasatan Saintifik (muka surat 35 DSKP Sains Tingkatan 4 dan 5) 4. Guru hanya perlu merekod 1 nilai tahap penguasaan terbaik bagi penggal 1 dan 1 lagi nilai tahap penguasaan terbaik bagi penggal 2. 5. Rekodkan tahap penguasaan murid ke dalam borang pelaporan excel yang telah disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum seperti di bawah

Tafsiran Tahap Penguasaan bagi Penyiasatan Saintifik ditunjukkan dalam Jadual 2. 7

MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 KSSM

2019

Jadual 2: Rubrik Penyiasatan Saintifik TAHAP PENGUASAAN



TAFSIRAN Merancang strategi dan prosedur yang kurang tepat dalam penyiasatan saintifik.

1



Menggunakan bahan dan peralatan sains yang kurang sesuai untuk menjalankan penyiasatan saintifik.



Tiada data dikumpul dan direkodkan.



Tiada penerangan atau penerangan sukar difahami.



Merancang strategi dan prosedur yang betul dalam penyiasatan saintifik dengan bimbingan.

2



Menggunakan bahan dan peralatan sains yang sesuai.



Mengumpul dan merekod data yang tidak lengkap atau tidak relevan.



Membuat interpretasi dan kesimpulan yang tidak bersandar kepada data yang dikumpul.



Merancang dan melaksanakan strategi dan prosedur yang betul dalam penyiasatan saintifik dengan bimbingan.

3



Menggunakan bahan dan peralatan sains yang sesuai dan betul.



Mengumpul dan merekodkan data yang relevan.



Mengorganisasikan data dalam bentuk numerikal atau visual dengan sedikit ralat.



Membuat interpretasi dan kesimpulan yang bersandar kepada data yang dikumpul.



Menulis laporan penyiasatan saintifik yang kurang lengkap.



Merancang dan melaksanakan strategi dan prosedur yang betul dalam penyiasatan saintifik.



Mengendali dan menggunakan bahan dan peralatan sains yang sesuai dan betul untuk mendapatkan keputusan yang jitu.

 4

Mengumpul data yang relevan dan merekodkan dalam format yang sesuai.



Mengorganisasikan data dalam bentuk numerikal atau visual dengan tiada ralat.



Membuat interpretasi data dan kesimpulan yang tepat dengan tujuan penyiasatan.



Menulis laporan penyiasatan saintifik yang lengkap. 8

MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 KSSM TAHAP PENGUASAAN

2019



TAFSIRAN Menjalankan penyiasatan saintifik dan menulis laporan yang lengkap.



Mengumpul, mengorganisasikan dan mempersembahkan data dalam bentuk numerikal atau visual dengan baik.

5



Menginterpretasi data dan kesimpulan yang tepat dengan penaakulan saintifik.



Mengenal pasti trend, pola dan hubungan data.



Menjustifikasikan dapatan penyiasatan dengan mengaitkan teori, prinsip dan hukum sains dalam membuat pelaporan.

6



Menilai dan mencadangkan penambahbaikan kepada kaedah penyiasatan dan kaedah inkuiri lanjutan apabila perlu.



Membincangkan kesahan data dan mencadangkan penambahbaikan kaedah pengumpulan data.

*Sumber DSKP SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 Jadual 11: muka surat 36

RINGKASAN RUBRIK PENYIASATAN SAINTIFIK/EKSPERIMEN Senarai Semak Pelaksanaan Eksperimen untuk menentukan Tahap Penguasaan

Merancang eksperimen

Menjalankan eksperimen

PERKARA Tujuan penyiasatan

TP 1

TP 2

TP 3

TP 4

TP 5

TP 6













Hipotesis













Semua pembolehubah terlibat











Bahan dan radas











Kaedah atau teknik











Menggunakan radas mengikut perancangan yang telah dibuat





























Membersihkan dan menyimpan radas Mengumpul dan merekod data/ pemerhatian

Membina jadual dengan pembolehubah yang dimanipulasi dan pemboleh ubah yang bergerak balas

9

MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 KSSM PERKARA Melengkapkan jadual dengan data yang betul atau pemerhatian pembolehubah yang bergerak balas. Mentafsir data Membuat kesimpulan

TP 1

TP 2

TP 3 

TP 4

TP 5

TP 6









































Kurang tepat

Menulis perbincangan atau melukis graf yang menyokong data terkumpul Menyatakan sama ada hipotesis diterima atau ditolak Membuat rumusan daripada eksperimen dengan betul Menjustifikasikan dapatan penyiasatan dengan mengaitkan teori, prinsip dan hukum sains dalam membuat pelaporan. Menilai dan mencadangkan penambahbaikan kepada kaedah penyiasatan dan kaedah inkuiri lanjutan apabila perlu Membincangkan kesahan data dan mencadangkan penambahbaikan kaedah pengumpulan data.

2019



10

MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 KSSM

2019

Bagaimana mentaksir Domain Sikap Saintifik dan Nilai Murni? 1. Rubrik sikap saintifik dan nilai murni lebih kepada mengukur pengetahuan epistemik murid terhadap sains 2. Pentaksiran sikap saintifik dan nilai murni boleh dilaksanakan semasa;  Sesi pembentangan atau perkongsian laporan penyiasatan saintifik. • •

Sesi pembentangan hasil pembelajaran berasaskan projek. Sesi soal jawab/ dialog/ perbincangan semasa pdp.dan sebagainya.

3. Guru hanya perlu merekod 1 nilai tahap penguasaan terbaik bagi penggal 1 dan 1 lagi nilai tahap penguasaan terbaik bagi penggal 2. 4. Rekodkan tahap penguasaan murid ke dalam borang pelaporan excel yang telah disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum seperti di bawah

11

MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 KSSM

2019

Tafsiran Tahap Penguasaan bagi Sikap Saintifik dan Nilai Murni ditunjukkan dalam Jadual 12. Jadual 12: Tafsiran Tahap Penguasaan Sikap Saintifik dan Nilai Murni TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN Murid belum berkebolehan untuk: 

Menyatakan cara bagaimana sains digunakan untuk menyelesaikan masalah.

1



Menyatakan implikasi menggunakan sains untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu tertentu.



Menggunakan bahasa saintifik untuk berkomunikasi.



Mendokumentasikan sumber maklumat yang digunakan.

12

MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 KSSM TAHAP PENGUASAAN

2019

TAFSIRAN Murid kurang berkebolehan untuk: 

Menyatakan cara bagaimana sains digunakan untuk menyelesaikan masalah.

2



Menyatakan implikasi menggunakan sains untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu tertentu.



Menggunakan bahasa saintifik untuk berkomunikasi.

 Mendokumentasikan sumber maklumat yang digunakan. Murid berkebolehan: 

Menyatakan cara bagaimana sains digunakan untuk menyelesaikan masalah.

3



Menyatakan implikasi menggunakan sains untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu tertentu.



Menggunakan bahasa saintifik yang terhad untuk berkomunikasi.

 Mendokumentasikan sedikit sumber maklumat yang digunakan. Murid berkebolehan: 

Menentukan bagaimana sains digunakan untuk menangani masalah atau isu tertentu.

 4

Menentukan implikasi menggunakan sains untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu tertentu.



Selalu menggunakan bahasa saintifik yang mencukupi untuk berkomunikasi.



Mendokumentasikan sebahagian daripada sumber maklumat yang digunakan.

Murid berkebolehan: 

Merumuskan bagaimana sains digunakan untuk menangani masalah atau isu tertentu.

5



Merumus implikasi sesuatu masalah atau isu tertentu.



Sentiasa menggunakan bahasa saintifik untuk berkomunikasi dengan baik.



Mendokumentasikan hampir kesemua sumber maklumat yang digunakan.

13

MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 KSSM TAHAP PENGUASAAN

2019

TAFSIRAN Murid berkebolehan: 

Merumuskan bagaimana sains digunakan untuk menangani masalah atau isu tertentu.

 6

Membincang dan menganalisis implikasi sains untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu tertentu.



Sentiasa menggunakan bahasa saintifik secara konsisten untuk berkomunikasi dengan jelas dan tepat.



Mendokumentasikan sumber maklumat dengan lengkap.



Menjadi ‘role model’ kepada murid lain.

*Sumber DSKP SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 Jadual 12: muka surat 37

Pembelajaran Berasaskan Projek (Project-based Learning, PBL) 1. Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu. 2. Projek mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran yang formal untuk dilengkapkan. 3. PBL bersifat pembelajaran aktif dan pembelajaran berasaskan inkuiri. Murid boleh mengeksploitasi lebih daripada apa yang ditulis dalam standard pembelajaran. 4. Jumlah markah peperiksaan akhir tahun.mengambil kira daripada 20% markah akhir tahun bagi SATU kerja projek yang terbaik. 5. Kerja projek mesti menyelesaikan suatu masalah yang autentik, Hasil projek boleh dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan kepada guru dan murid lain. 14

MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 KSSM

2019

6. Guru perlu jelas perbezaan antara problem-based learning dan project-based learning. Problem-based learning teaches to the standards, Project-based learning teaches student to apply the standards.

7. Guru perlu merekod DUA keputusan penilaian kerja projek yang terbaik ke dalam borang pelaporan excel yang telah disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum seperti di bawah

Tahap Penguasaan Keseluruhan Tahap penguasaan keseluruhan perlu ditentukan bagi memberi satu nilai tahap penguasaan murid pada akhir sesi persekolahan.Tahap penguasaan keseluruhan ini merangkumi aspek kandungan, kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Untuk itu, guru perlu menilai murid secara kolektif dan holistik dengan melihat semua aspek semasa proses pembelajaran murid secara berterusan melalui pelbagai kaedah seperti pencapaian dalam ujian topikal, pemerhatian, latihan, pembentangan, respon murid secara lisan, kerja projek berkumpulan dan sebagainya. Guru boleh membuat pertimbangan profesional untuk memberi satu nilai tahap penguasaan keseluruhan murid berdasarkan pengalaman guru bersama murid, kebijaksanaan serta melalui perbincangan bersama rakan sejawat. Guru boleh menyediakan rubrik bagi tahap penguasaan keseluruhan murid yang diajar.

15

MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 KSSM

2019

Jadual 13: Pernyataan Tahap Penguasaan Keseluruhan TAHAP

TAFSIRAN

1

Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas

(Tahu) 2 (Tahu dan faham) 3 (Tahu, faham dan boleh buat) 4

atau memberi respons terhadap perkara yang asas dalam sains. Murid menunjukkan kefahaman dengan menjelaskan sesuatu perkara yang dipelajari dalam bentuk komunikasi secara saintifik. Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi secara saintifik. Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu 16

MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 KSSM TAHAP (Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab) 5 (Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji)

2019

TAFSIRAN kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik secara saintifik. Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif secara saintifik.

6

Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia

(Tahu, faham dan

ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik,

boleh buat dengan

bersikap positif, kreatif dan inovatif dalam penghasilan idea baharu

beradab mithali)

serta boleh dicontohi secara saintifik.

*Sumber DSKP SAINS TINGKATAN 4 DAN 5 Jadual 13: muka surat 39

17

Related Documents


More Documents from "Nur Nadiah"