Masakan Solar

  • Uploaded by: Pipi1228
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Masakan Solar as PDF for free.

More details

  • Words: 1,173
  • Pages: 12
Loading documents preview...
MASAKAN SOLAR Masakan solar merupakan satu cara penyediaan makanan tanpa menggunakan peralatan dapur. Masakan solar hanya menggunakan cahaya matahari sebagai sumber tenaga pembakar. Kaedah memasak menggunakan tenaga solar mendatangkan banyak kebaikan atau kelebihan. Kebaikan yang sedia ada ialah satu cara mendidik kita (ahli pandu puteri) dan juga insan di dunia ini supaya melindungi alam sekitar yang semakin terancam, mengelak dan mengurangkan pencemaran pembakaran bahan api. Di samping itu, kita dapat mengurangkan penggunaan gas dan kebakaran. Cuaca yang sesuai untuk masakan solar adalah pada musim panas terik. Gambar berikut merupakan cara menghasilkan dapur masakan solar.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk masakan solar ialah aluminium foil, periuk memasak nipis yang disembur cat aerosol hitam, kertas kotak yang tebal, gam, plastik, tali rapiah dan beberapa batu kecil untuk diletak di bawah panci semasa memasak. Ukuran dapur adalah seperti berikut.

Cara memasak Puding Roti menggunakan dapur solar Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak puding roti dengan menggunakan dapur solar adalah empat keping roti dipotong dadu dan disusun di dalam periuk, 2 sudu gula halus, 1 sudu tepung kastard, 3 biji telur ( digaul sekali ) dan 450ml susu segar. Gambar berikut menunjukkan cara membuat puding roti.

Kaedah ini sesuai digunakan oleh ahli pandu puteri semasa mengikuti aktiviti perkhemahan dan perkelahan pada masa yang terdapat cuaca matahari yang mencukupi. Jenis Dapur Masakan Solar Parabolic Cookers

Boxer Cookers

Panel cookers

MASAKAN RIMBA Biasaannya seorang pandu puteri kadet yang menghadiri sesuatu perkhemahan akan membawa periuk dan cerek sendiri. Peralatan ini membolehkan kita menjerang air, menanak nasi dan memasak sayur-sayuran. Seorang pandu puteri dilatih memasak tanpa menggunakan periuk atau lain-lain peralatan

memasak.

Cara

ini

dikenali

sebagai

masakan

hutan/rimba

atau

backwoodsman. Memasak dengan cara ini lebih sukar jika berbanding dengan menggunakan periuk. Namun begitu, masakan rimba akan menjadi suatu aktiviti yang senang dan menyeronokkan apabila kita sentiasa dilatih apabila berkhemah di luar. Kita boleh memasak nasi dengan pelbagai cara dengan menggunakan bahan seperti buluh, buah-buahan tertentu, kerajang aluminium, lumpur, tanah dan sebagainya. Memasak Dengan Menggunakan Buluh Buluh dalam pergerakan Pandu Puteri Kadet sangat penting untuk membuat gajet, pioneering dan projek penerokaan. Buluh juga sesuai dijadikan bekas (container) untuk memasak nasi dengan memotong seruas buluh yang nipis dan besar saiznya. Buluh yang dipilih seharusnya tidak retak. Basuh bahagian dalam buluh sehingga bersih. Kita perlu terlebih dahulu menyukat isipadu keseluruhan buluh tersebut. Contohnya isipadu buluh t ialah satu cupak air.

1 2 Basuh lebih kurang sebanyak

cupak beras (isipadu keseluruhan buluh

dibahagi dua) sehingga bersih. Kemudian masukkan beras yang bersih ke dalam buluh tersebut. Jika dapat pokok pisang, kita boleh memasukkan daun pisang di bahagian dalam buluh sebelum memasukkan beras (seperti membuat lemang). Dengan cara sebegini, nasi yang dimasak akan lebih enak dan wangi. Setelah semua beras

1 2 dimasukkan, masukkan lebih kurang

cupak air ke dalam buluh tersebut. Sukatan

beras dan air yang belum dibasuh adalah sama banyak. Adunan ini akan menghasilkan nasi yang masak atau tidak mentah.

Selepas itu, tutupkan bahagian atas buluh tersebut dengan daun pisang atau sebagainya. Kemudian letakkan buluh tersebut berhampiran dengan nyalaan seperti membakar lemang. Sekali sekala kita perlu membalikkan kedudukan buluh itu agar semua bahagian buluh tersebut terkena panas api dengan sekata. Apabila air di dalam buluh hampir kering, api yang menyala seharusnya dikurangkan supaya berbara sahaja. Hal ini disebabkan beras di dalam buluh itu hampir masak. Kita boleh mengetahui sama ada nasi sudah cukup masak dengan mencungkil sedikit nasi di bahagian atas nasi itu. Jika sudah masak, alihkan buluh tersebut. Belah buluh dengan menggunakan pisau atau parang. Buluh juga boleh digunakan untuk memasak bahan-bahan makanan lain secara merebus. Memasak Dengan Menggunakan Buah Kelapa

Nasi juga boleh disediakan dengan menggunakan buah kelapa muda. Potong bahagian atas buah kelapa dengan cermat. Bahagian atas ini akan digunakan sebagai penutup. Jangan buang air kelapa muda ini sebaliknya masukkan beras yang sudah dibasuh bersih ke dalamnya. Sukatan beras hendaklah sama dengan sukatan air kelapa muda tersebut (sama seperti kaedah memasak nasi dengan buluh). Letakkan buah kelapa muda ini di atas nyalaan api sehingga masak. Hasilnya, nasi yang ditanak amat enak kerana mempunyai rasa lemak manis buah kelapa muda.

Memasak Dengan Menggunakan Kerajang Aluminium Kita juga boleh memasak dengan menggunakan kerajang aluminium yang sudah dibawa terlebih dahulu dari rumah. Kerajang aluminium ini boleh digunakan untuk memasak bahan makanan seperti ikan, telur atau daging. Basuh makanan yang hendak dimasak dan adunkan rempah secukupnya. Kemudian bungkuskan bahan makanan itu dengan menggunakan kepingan aluminium. Letakkan bungkusan tersebut ke dalam nyalaan api (aluminium tidak akan terbakar atau cair kerana mempunyai takat lebur yang tinggi). Setelah lebih kurang 20 hingga 30 minit, keluarkan bungkusan tersebut daripada api dan buka bungkusan itu dengan cermat. Akan tetapi, kita perlu berhati-hati semasa membuka bungkusan kerana bungkusan tersebut adalah terlampau panas. Jadi, makanan tersebut sudah pun masak.

Memasak Dengan Menggunakan Ubi Kentang Kita juga boleh memasak telur dengan menggunakan ubi kentang. Potong ubi kentang dengan cermat kemudian buangkan isi ubi kentang seberapa yang boleh. Selepas itu masukkan telur yang telah diadukan ke dalam isi kentang. Kemudian tutup dengan menggunakan bahagian ubi kentang yang telah dipotong. Kemaskannya dengan menggunakan bilah buluh atau kayu. Letakkan ubi kentang di atas api sehingga isi kandungannya masak.

Memasak Dengan Menggunakan Lumpur/Pasir/Tanah/Tanah Liat

Lumpur atau tanah liat juga boleh dijadikan bekas untuk memasak. Contohnya untuk memasak ikan dan telur. Ambil lumpur atau tanah liat yang bersih dan balutkan telur atau ikan yang sudah bersih untuk dimasak. Selepas itu, masukkan balutkan lumpur atau tanah liat ini ke dalam api lebih kurang 10 hingga 20 minit. Jika lumpur atau tanah liat sukar didapati, pasir atau tanah boleh digunakan sebagai medium untuk memasak. Kaedah ini digunakan untuk memasak nasi, telur, ubi dan sebagainya. Untuk memasak nasi, basuh dan rendamkan beras ke dalam air selama lebih kurang 2 jam. Selepas itu, isikan beras ke dalam kain yang bersih dan diikat dengan kemas. Kemudian, sediakan lubang dan masukkan bahan yang hendak dimasak (contohnya beras, telur dan ubi) ke dalam lubang dan ditimbuskan. Nyalakan api pada bahagian atas lubang selama lebih kurang 30 minit. Masa memasak bergantung kepada keadaan api dan jenis bahan yang dimasak.

Memasak Menggunakan Daun Daun yang lebar seperti daun pisang dan daun kunyit boleh digunakan untuk memasak terutamanya ikan dan telur. Memasak ikan dengan menggunakan daun kunyit lebih sedap dan wangi baunya. Basuh dan bersihkan ikan yang hendak dimasak. Kemudian bungkuskan dengan daun. Sepitkan bungkusan daun di celah kayu atau buluh pemanggang. Bungkusan itu diletakkan di atas panas bara api sehingga cukup masak. Apabila sudah masak, kita boleh membuka bungkusan daun tersebut dan menikmati ikan yang telah dimasak.

Menyediakan Roti Lilit Kita juga boleh menyediakan roti lilit di kawasan perkhemahan. Campurkan tepung gandum dengan sedikit garam, air secukupnya dan ibu roti. Jika ada marjerin atau mentega, bahan ini boleh dicampurkan sekali untuk mengenakkan adunan roti. Selepas itu uli dengan sebati. Sediakan sepotong kayu kecil sebesar ibu jari dan bersihkan kulitnya. Bentukkan tepung gandum yang diuli tadi supaya lebarnya kira-kira 5 cm dan tebalnya 1.5 cm, panjang pula tanpa had. Lilitkan adunan tadi pada kayu. Selepas itu letakkan adunan yang telah dililit rapat dengan bara api sehingga garing. Pusingkan bahagian kayu tersebut sekali sekala supaya semua bahagian roti lilit itu masak sekata.

Related Documents

Masakan Solar
February 2021 0
Resep Masakan
January 2021 1
Solar Power
March 2021 0
Resep Masakan Nusantara
January 2021 1
Aneka Masakan Singkong
February 2021 2
Resep Masakan Indonesia
January 2021 1

More Documents from "arina azillah"

Masakan Solar
February 2021 0