Misa Melayu

  • Uploaded by: magilan5621
  • 0
  • 0
  • March 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Misa Melayu as PDF for free.

More details

  • Words: 1,485
  • Pages: 24
Loading documents preview...
PENSEJARAHAN MALAYSIA

KAJIAN KARYA AGUNG GANESAN MUNIYANDI KARTHIK CHANTARAN SORUPANATHAN SADAYAN

Pengenalan Misa Melayu karya Raja Chulan ini tergolong dalam naskah sastera tradisional genre sastera sejarah . Buku ini telah dikaji oleh W.E. Maxwell dan diterbitkan dalam JSBRAS 1882 dan 1884 masehi.R.O Winstedt telah merumikannya pada tahun 1919 masehi.

Beberapa versi lain tersimpan di Universiti Leiden , Belanda dengan judul Hikayat Salasilah Perak dan Ikatan Raja Ke Laut. Kata 'Misa' diambil daripada judul cerita-cerita panji seperti Misa

Perabu Jaya di kepulauan Jawa. Namun, daerah Kampung Gajah tidaklah ramai orang Jawa.

Cerita pahlawan yang menjadi kebanggaan sesuatu bangsa dan disampaikan dari satu generasi ke satu generasi. Contoh: Hikayat Hang Tuah, Hikayat Chindor Mato dan Cerita Hikayat Misa Taman Jayeng Kusuma.

Penulis Misa Melayu ditulis di istana oleh seorang pujangga istana bernama Raja Chulan. Nama penuhnya ialah Raja Chulan ibni Raja Abdul Hamid ibni Yang diPertuan Muda Sultan Mansur Syah bergelar Marhum Pulau Juar, Kampung Gajah , Perak .

Raja Chulan mengarang Misa Melayu semasa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain dan selesai ditulis pada 1908 masihi di Mukim Bandar , 36800 Kampung Gajah, Perak. Mukim Bandar terletak di tebing kiri Sungai Perak, kira-kira 7 km dari Kampung Gajah , Perak.

Raja Chulan dianggarkan hidup sekitar 1720 - 1786 masihi. Datuknya Sultan Mansur Syah yang menjadi salah seorang Yang Dipertuan Muda Perak atau terkenal dengan nama Marhum Pulau Tiga. Sultan Mansur Syah ialah anak Sultan Mudzaffar Shah II iaitu Sultan Perak ke-10 ( memerintah 16361653).

Pada zaman Sultan Mudzaffar Shah III (1728-1752) Raja Chulan telah dianugerahi gelaran Raja Kecil Besar pada tahun 1752.Apabila Sultan Mudzaffar Shah III mangkat pada tahun 1752, diganti oleh Sultan Iskandar

Zulkarnain , iaitu Sultan Perak ke-15 (1752-1765). Apabila Sultan Iskandar Zulkarnain mangkat 1765, Raja Kemas yang bergelar Raja Muda telah ditabalkan menjadi Sultan Perak (1765-1773).

Raja Chulan yang bergelar Raja Kecil Besar dinaikkan pangkat menjadi Raja Bendahara Perak. Raja Chulan berkhidmat dengan 9 orang sultan. Raja Chulan akhirnya menjadi Raja Muda Perak pada 1773 dan mangkat pada 10 Februari 1787.

(Untuk mengelakkan kekeliruan, Raja Chulan yang disebut di atas merupakan orang yang berbeza dengan Y.A.M. Raja Sir Chulan ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah Habibullah.)

RAJA CHULAN IBNI RAJA ABDUL HAMID IBNI YANG DIPERTUAN MUDA SULTAN MANSUR SYAH

Bentuk Misa Melayu ditulis dalam bentuk prosa dan puisi dalam tulisan jawi . Jadi ini merupakan satu karya yang unik. Contoh sastera sejarah prosa ialah Sejarah Melayu, Salasilah Melayu dan Bugis, Hikayat Merong Mahawangsa , Hikayat Raja-Raja Pasai dan lainlain.

Contoh sastera sejarah bentuk puisi ialah Syair Perang Siak, Syair Perang Kompeni Welanda Dengan China , Syair Perang Inggeris Menyerang Kota dan lain-lain.

Tema Tema karya ini ialah tentang sejarah raja-raja Melayu yang memerintah negeri Perak antara tahun 1700 hingga 1780-an. Penceritaan

agak teratur menurut kronologi. Anehnya Raja Chulan tidak memuatkan unsur-unsur mitos. Antara isi ceritanya ialah : i.Kesultanan negeri Perak berasal dari keturunan yang agung, Raja

Iskandar Zulkarnain / ( Alexander The Great yang memerintah Macedonia di Iraq) . Jurai keturunannya hingga kepada Raja Nursyirwan Adil dan anak cucu Raja Chulan ( Raja Chola) yang memerintah hingga ke selatan Tanah Melayu.

ii.Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah di Perak, orang Belanda telah mendirikan gudang atau loji perniagaan bijih timah di Pengkalan Halban setelah mendapat kebenaran Sultan Muzaffar Syah.

Sejarawan Andaya menyatakan pada 22 oktober 1746, Arry Veerbrugge dihantar ke Perak untuk berunding mengenai perniagaan bijih timah dan membina loji di Pengkalan Halban , berhampiran dengan muara Sungai Kinta Sungai Perak, berdekatan dengan Pulau Indera Sakti. iii.Raja Chulan juga terlibat dalam rundingan peminangan Raja Muda akan Raja Budak Rasul. iv.Sultan Iskandar Zulkarnain bersama Raja Chulan dan lain-lain

menyusur pantai negeri Perak. v.Raja Iskandar menuba ikan di Sungai Budiman , berhampiran dengan Pulau Besar dan Pulau Juar di Kampung Gajah. Sungai Budiman

bercantum dengan Sungai Kinta dan Sungai Perak di hulu Sungai Budiman terletaknya kawasan bijih timah yang penting seperti Sungai Galah,Tanjung Tualang,Batu Gajah,Kampar dan lain-lain.

vi.Istiadat melenggang perut permaisuri Raja Iskandar. vii.Perkahwinan Raja Iskandar dengan Raja Budak Rasul. viii.Kisah Sultan Muhammad ( waris yang muda) menyelesaikan masalah perebutan kuasa dengan Sultan Muzaffar Syah ( waris yang tua). ix.Episod Sultan Muzaffar Syah yang ingin bermenantukan Raja Muda. Sultan Muzaffar meminta Raja Chulan menyatakan hasrat kepada Raja Muda. Akhirnya , puteri Sultan Muazaffar Syah yang bernama Raja Budak

Rasul dikahwinkan dengan Raja Muda. x.Kisah Sultan Muhammad Syah ) 1744-1750) mengorbankan kedudukannya sendiri selaku Sultan Perak , agar Perak dicantum semula di

bawah pemerintahan seorang sultan sahaja iaitu kekandanya Sultan Muzaffar Syah.

Latar Tempat Istana dan makam Sultan Iskandar Zulkarnain terletak di Pulau Indera Sakti . Pulau ini merupakan sebuah 'pulau' di dalam Sungai Perak, kira-kira 16 km ke hulu dari Teluk Intan . Kini Pulau Indera Sakti telah lama tidak ada penduduk . Penduduknya berhijrah kerana masalah [banjir]] dan sistem

perhubungan bertukar dari jalan air kepada jalan raya. Kesan sejarah yang masih ada hanyalah makam Sultan Iskandar Zulkarnain. Semasa pertabalan Sultan Azlan Shah sebagai Sultan Perak tahun 1986, baginda dan rombongan

telah singgah di Pulau Indera Sakti dan lain-lain.

Selain itu lokasi istana Sultan Perak pindah ke hulu-hulu Sungai Perak seperti di Sungai Budiman - Pulau Besar , Pulau Tiga , Pulau Juar, Geronggong dan terakhir di Kuala Kangsar. Sungai Budiman , berhampiran dengan Pulau Besar dan Pulau Juar di Kampung Gajah. Sungai Budiman bercantum dengan Sungai Kinta dan Sungai Perak. Mukim Bandar

Di Pulau Juar , Kampung Gajah terdapat sebuah makam Sultan Perak yang bernama Sultan Mansur Syah. Kampung Pulau Tiga terletak kira-kira 3 kilometer di utara Kampung

Gajah , Perak, di tepi kanan Sungai Perak. Terdapat 2 makam sultan di Kampung Tanjung Bidara, Pulau Tiga. Makam ini berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Tanjung Bidara dan tepi Sungai Perak.

Pengkalan Halban terletak berhampiran dengan Pulau Indera Sakti, di muara Sungai Kinta. Pokok halban amat keras dan sesuai dibuat rebana, Rebana ialah alat muzik yang menggunakan kayu halban dan kulit lembu menyerupai kompang tetapi mempunyai bunyi yang lebih nyaring. Dalam Islam, hanya alat muzik begini yang tidak tidak berlubang dibenarkan.

Latar sosial Dalam Misa Melayu ,terdapat pelbagai bangsa seperti Rawa , Minangkabau, India dan Cina yang tinggal di sepanjang Sungai Perak terutama di Pulau Indera Sakti dan Mukim Bandar . Ini termasuklah Pulau Juar , Kampung Cina, Kampung Air Mati, Bandar Baru, Kampung Teluk Memali hinggalah ke Bandar Tua dan Pasir Salak serta Kampung Gajah sekarang ini.

Adat bertindik Berinai Istiadar perlantikan dan pertabalan Istiadar perarakan raja berangkat Istiadat menjunjung duli Istiadat melenggang perut Istiadat kemangkatan dan berkabung Istiadat menurun tambak dan batu nesan Istiadat membayar kaul ( bayar niat)

Istiadat Perkahwinan Raja Iskandar ingin berkahwin dengan Raja Budak Rasul, anak Sultan Muzaffar Syah. Raja Aliuddin dan Raja Chulan diminta merisik dan meminang

dengan membawa emas sekati. Semasa menikah, Raja Iskandar membawa 100 tahil emas, 10 pasang hamba ( orang Jawa), dan 1000 keping timah. Akad nikah dimulai dengan khutbah nikah, bersanding dan upacara bersiram.

Istiadat Pertabalan Waktu Sultan Muzaffar Syah III mangkat , Raja Iskandar diberi memakai segala alat kebesaran kerajaan. Raja Iskandar ditabal menjadi Sultan Perak dengan gelaran Paduka Seri Sultan Zukarnain Khalifatur Rahman Johan Berdaulat Zillullahi Fil Alam.Sultan Mahmud Syah ditabalkan sebelum jenazah Sultan Iskandar dikebumikan.Sultan Alauddin Mansur Syah Iskandar Muda ditabalkan berikutan kemangkatan kekandanya Sultan Mahmud Syah.Setiap pertabalan dan adat menjunjung duli disertai dengan gendang nobat Ibrahim Khalil atau disebut 'bermahalil'.

Upacara Melenggang Perut Tatkala Permaisuri Sultan Iskandar mengandung 7 bulan. Temasya

diadakan di balai panca persada selama 40 hari 40 malam. Seluruk rakyat termasuk Cina, india dan Belanda memberi hadiah. Persembahan Menora dari Kedah pimpinan Kanda Seri indera dan Nakhoda Jumaat.

Istiadat Membayar Kaul Sultan Iskandar di Pulau Indera Sakti jatuh sakit. Pelbagai usaha dilakukan termasuklah bertilik berjaga-jaga, menurun jin, titik dan perdikiran. Akhirnya Raja Muda dan rakyat bernazar agar baginda sembuh. Sultan

Iskandar dimandikan dan diarak dari Rantau Panjang ke Pulau Indera Sakti dengan perahu.

Belanda telah mempunyai gudang bijih timah di Pengkalan Halban. Pengkalan Halban terletak berhampiran dengan Pulau Indera Sakti, di muara Sungai Kinta- Sungai Perak, 10 km ke selatan Kampung Gajah sekarang. Kompeni Belanda di Betawi ( Jakarta sekarang ) , mengiring 7 buah kapal perang ke Perak ekoran fitnah seorang Keling bernama Pir Muhammad yang bertugas sebagai jurubahasa Belanda.

Rundingan semula serta perjanjian akhirnya membolehkan Belanda memonopoli perdagangan bijih timah di Perak dan berhasil membeli 500 bahara timah.

Di dalam huta negeri Perak banyak gajah hinggakan sebuah kampung digelar Kampung Gajah. Hanya Sultan Perak iaitu ( Sultan Iskandar Zulkarnain ) dibenarkan berniaga gajah. Di Pulau Indera Sakti banyak kedai dan toko-toko Cina. Sebuah kampung di Rantau Panjang dan Kampung Air Mati ada kedai emas Cina . Di Pasir Salak turut ada kedai Cina.

Selain Belanda yang menjalankan perniagaan bijih timah, pedagang India, Cina , Jawa dan Siam turut berdagang. Antaranya ialah pakaian , garam, tembakau , gambir , pinggan mangkuk tembikar Cina, alatan seperti parang ,

keris , benang emas, rempah, candu dan lain-lain.

Masjid Pulau Indera Sakti Sultan Iskandar Zulkarnain menitahkan masjid didirikan untuk menyambut Hari Raya Haji di Pulau Indera Sakti kerana belum ada masjid.

TERIMA KASIH

Related Documents

Misa Melayu
March 2021 0
Misa Espiritual
February 2021 1
Misa Crismal
February 2021 1
Misa Espiritual
January 2021 2
Misa Criolla
January 2021 1
Mantra Ilmu Kebal Melayu
February 2021 1

More Documents from "Ari Widiyanto"

Misa Melayu
March 2021 0