Mpu2031 - Krs

  • Uploaded by: Anonymous abU7r15
  • 0
  • 0
  • March 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Mpu2031 - Krs as PDF for free.

More details

  • Words: 14,150
  • Pages: 99
Loading documents preview...
PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH

Modul Pembelajaran MPU2031 UNIT BERUNIFORM (KADET REMAJA SEKOLAH)

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH MENENGAH. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM TERSEBUT.

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia

ii

BAHAN

PENGAJARAN

DAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

November 2017 Kementerian Pendidikan Malaysia Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

iii

MUKA SURAT

KANDUNGAN

Notis Hak Cipta

ii

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

iii

Falsafah Pendidikan Guru

iii

Kandungan

iv

Panduan Pelajar

v - vi vii

Ikon Modul

viii - x

Agihan Tajuk RMK Tajuk Pembelajaran UNIT 1 – Pengenalan, Konsep, Sejarah dan Kepentingan Unit Beruniform

1 – 15

UNIT 2 – Kemahiran Perkhemahan

16- 62

UNIT 3 – Pengurusan Dan Persiapan Perkhemahan

65 – 84

Rujukan

87

Panel Penulis Modul

88

iv

PANDUAN PELAJAR

PENGENALAN

Modul

pembelajaran

ini

disediakan

untuk

membantu

pelajar

menguruskan

pembelajaran agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat dan gaya pembelajaran terkini.

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri membolehkan pelajar membuat keputusan tentang pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri lebih berkesan jika pelajar dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.

SASARAN KURSUS

Pelajar Program Diploma Pendidikan Lepas Ijazah Sekolah yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidkan Malaysia (IPG KPM).

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Bagi kursus PDPLI yang dilaksanakan dalam mod Kursus Dalam Cuti (KDC), diperuntukkan 60% daripada Jumlah Pembelajaran Pelajar adalah bersemuka manakala 40% adalah Jumlah Pembelajaran Pelajar pembelajaran kendiri.

v

SUSUNAN UNIT MODUL

Modul ini ditulis dalam susunan unit. Setiap unit mempunyai lima eleman asas yang konsisten: 1. Hasil Pembelajaran Unit 2. Sinopsis 3. Penyelidikan 4. Pengalaman 5. Refleksi

Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

IKON

Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar pada sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat.

PENTAKSIRAN

Pencapaian pelajar dalam kursus ini ditentukan menerusi pentaksiran kerja kursus 100%. Ujian amali akan dilaksanakan semasa aktiviti perkhemahan.

vi

IKON MODUL

HASIL PEMBELAJARAN UNIT

AKTIVITI

PENYELIDIKAN

REFLEKSI

PENYELIDIKAN

REFLEKSI

PENGALAMAN

PENGALAMAN RUJUKAN

vii

AGIHAN TAJUK Nama Kursus

: KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM (KADET REMAJA SEKOLAH)

Kod

: MPU2031

Kandungan modul ini dibahagi kepada tiga (3) tajuk. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuktajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.

Tajuk/Topik

Jumlah Jam Pembelajaran (10 jam)

Modul (2 jam)

Bersemuka (7 jam)

1. Pengenalan Konsep, Sejarah Dan Kepentingan Unit Beruniform (Kadet Remaja Sekolah) 







Catatan

Perlu dibaca sebelum interaksi bermula

Perlembagaan Pertubuhan - Prinsip-prinsip Asas Pertubuhan - Perlembagaan Pertubuhan - Lambang dan cogan kata - Bendera dan lagu pertubuhan - Persetiaan dan Undang-Undang Pertubuhan Sejarah Unit Beruniform - Sejarah pengasas - Sejarah penubuhan - Sejarah Penubuhan di Malaysia - Tujuan penubuhan - Istiadat-istiadat rasmi pertubuhan

Dalam Talian (1 jam)

2 jam

Struktur dan Organisasi Pertubuhan - Struktur dan organisasi peringkat Antarabangsa (jika ada) - Struktur dan organisasi peringkat kebangsaan/negeri/daerah/IPG - Struktur dan organisasi peringkat sekolah dan kumpulan - Fungsi majlis tadbir Pengurusan dan pentadbiran - Pendaftaran ahli - Struktur unit - Pengurusan folio/Buku Log - Tanggungjawab pemimpin

viii

1jam

1jam

Tajuk/Topik

-

Jumlah Jam Pembelajaran (10 jam)

Modul (2 jam)

Bersemuka (7 jam)

6 jam

1 jam

5 jam

Pakaian seragam ahli & pemimpin Takwim dan rancangan aktiviti

2. Kemahiran Perkhemahan  -

Kraf perkhemahan Pengurusan dan penjagaan khemah Tujuan dan faedah membuat gajet Jenis-jenis gajet dan kegunaannya



Simpulan - Tali-temali - Enam jenis simpulan asas - Simpul Manuk - Simpul Buku Sila - Simpul Tindih Kasih - Simpul Bunga Geti - Simpul Balak - Simpul Belit



Ikatan - Tiga jenis ikatan o Ikatan Seraya o Ikatan Serong o Ikatan Lilit Kacang



Ikhtiar Hidup - Masakan solar/rimba - Membuat perangkap



Asas Kawad Kaki dan Istiadat - Bahasa Hukuman - Kawad statik dan dinamik - Kawad formasi



Asas Pertolongan Cemas - Tujuan dan prinsip - Anduh dan balutan - Merawat luka dan gigitan - Melecur, pitam dan patah - Keracunan dan terseliuh - Pemulihan pernafasan

ix

Dalam Talian (1 jam)

Catatan

Tajuk/Topik

Jumlah Jam Pembelajaran (10 jam)

3. Pengurusan Dan Persiapan Perkhemahan Perkhemahan Unit/ Kem Tahunan/ Kebangsaan/Antarabangsa/  Konsep  Penglibatan  Sijil  Tujuan perkhemahan  Jenis perkhemahan  Struktur organisasi  Staf perkhemahan  Perancangan dan persiapan awal  Pemilihan tempat  Aspek keselamatan  Kemudahan asas  Pemeriksaan pagi  Surat-menyurat  Laporan dan refleksi

2 jam

JUMLAH

10 jam

4. Amali Perkhemahan Unit Beruniform (4 hari 3 malam) Aktiviti Wajib  Mendirikan khemah, ikatan dan simpulan, gajet  Praktikal kawad kaki  Praktikal pertolongan cemas  Kawad istiadat Aktviti Selari  KRS – Kursus Kepimpinan Manik Kayu Dua  Pandu Puteri Kadet – Kursus Prawaran  BSMM – Kursus Asas Pertolongan Cemas  PPIM – Kursus Kepimpinan Asas  KRS – Kursus Pendedahan Jawatan Leftenan Muda

22

JUMLAH JAM KESELURUHAN

32

x

Modul (2 jam)

2 jam

Bersemuka (7 jam)

Dalam Talian (1 jam)

1 jam

1 jam

7 jam

1 jam

22

Catatan

UNIT 1

Pengenalan, Konsep, Sejarah dan Kepentingan Unit Beruniform

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit pelajar dapat : Pada akhir unit ini ahli Kadet Remaja Sekolah akan dapat :

1.

menjelaskan tentang prinsip-prinsip asas KRS, termasuklah logo, cogan kata dan perlembagaan KRS dengan tepat;

2.

menghuraikan konsep dan sejarah penubuhan KRS di Malaysia;

3.

menyatakan tujuan KRS ditubuhkan di peringkat sekolah di Malaysia;

4.

menghuraikan secara kritis tentang struktur pentadbiran, sistem keahlian dan pemakaian pakaian seragam KRS; dan

5.

mampu untuk mengurus dan mentadbir KRS di sekolah dengan baik, jujur dan berkesan.

Sinopsis Unit ini menerangkan tentang perlembagaan, sejarah, struktur dan organisasi serta pengurusan dan pentadbiran unit beruniform Kadet Remaja Sekolah (KRS) diperolehi dari pelbagai sumber.

1

yang

1.1

PERLEMBAGAAN PETUBUHAN

Nama dan alamat berdaftar

i.

Pasukan Pakaian Seragam ini dikenali dengan nama Kadet Remaja Sekolah atau ringkasnya KRS bagi sekolah menengah

ii.

Alamat berdaftar atau alamat KRS : a.

Peringkat Kebangsaan: Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Blok E 8, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya

b.

Peringkat Negeri Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan

c.

Peringkat Daerah: Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan

d.

Peringkat Sekolah: Sekolah berkenaan.

e.

Atau di tempat lain dalam Malaysia sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa KRS dari semasa ke semasa.

2

Pengertian logo

i.

Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.

ii.

Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.

iii.

Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.

iv.

Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira

keturunan

dan

kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. v.

Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.

vi.

Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.

vii.

Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia.

viii.

Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.

3

Bendera

1.2

SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH ( KRS )

Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah , Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA) .Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL , berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Negara ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan . Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN

(AD DEEN) Mulai tahun 1989

beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani , Sek. Men Sri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah , Kajang , Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah 4

dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya,

sebuah jawatankuasa kecil telah

dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet . Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA - PUTERI ISLAM ( KPIM ) . Walau bagairnanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS) Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993 dan dipengerusikan oleh yang berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada KADET REMAJA SEKOLAH ( KRS ) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan teiah diiaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh Yang Berhormat Dato‟ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah , Jalan Kepong, Kuala Lumpur.

Tujuan Penubuhan Tujuan KRS ditubuhkan ialah untuk:

i.

Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.

ii.

Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan 2020.

5

iii.

Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana.

iv.

Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

v.

Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan Negara Malaysia.

vi.

Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan

nilai murni serta mampu memberikan

sumbangan

demi

kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.

vii.

Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.

1.3

Struktur dan Organisasi Pertubuhan

Jawatankuasa

i.

Penaung peringkat kebangsaan, negeri dan daerah: Menteri Pendidikan Malaysia.

ii.

Penaung peringkat kebangsaan, negeri dan daerah:

iii.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.

6

iv.

Jawatankuasa peringkat kebangsaan, negeri dan daerah adalah seperti berikut:

a.

Penaung

b.

Pengerusi

c.

Timbalan Pengerusi

d.

Naib Pengerusi

e.

Setiausaha Kehormat

f.

Penolong Setiausaha Kehormat

g.

Bendahari Kehormat

h.

AJK yang dilantik

Jawatankuasa terdiri daripada empat peringkat: a.

Peringkat Kebangsaan

b.

Peringkat Negeri

c.

Peringkat Daerah

d.

Peringkat Sekolah

Jawatankuasa peringkat kebangsaan:

a. Penaung :

Menteri Pendidikan Malaysia

b. Penasihat :

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

c. Pengerusi :

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan ( Jabatan Sekolah )

d.Timbalan Pengerusi:

Pengarah Bahagian Sekolah

e. Naib Pengerusi :

Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah

f. Setiausaha Kehormat : Ketua Penolong Pengarah (HEM ) Bahagian Sekolah g. Penolong Setiausaha Kehormat: h. Bendahari Kehormat

Dilantik (Dua Orang)

: Dilantik

7

i. Ahli-ahli ( 11 orang)

: Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Pengarah Bahagian Teknik & Vokasional Pengarah Institut Aminuddin Baki Tiga ahli dilantik Dua Wakil Jurulatih KRS Dua Wakil Jurulatih TKRS

Jawatankuasa Peringkat Negeri:

a.

Penaung

:

Menteri Pendidikan Malaysia

b.

Penasihat

:

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

c.

Pengerusi

:

Pengarah Pendidikan Negeri

d.

Timbalan Pengerusi :

Timbalan Pengarah Pendidikan

e.

Naib Pengerusi

Ketua Sektor Pengurusan

:

Pembangunan Kemanusiaan f.

Setiausaha Kehormat :

Ketua Unit Kokurikulum

g.

Pen.Setiausaha Kehormat : Pegawai Tadbir KRS

h.

Bendahari Kehormat :

Dilantik

i.

Ahli-ahli (7 orang) :

Dilantik Termasuk 2 Wakil Jurulatih

KRS dan 2 Wakil Jurulatih TKRS

8

Jawatankuasa Peringkat Daerah:

a.

Penaung

:

Menteri Pendidikan Malaysia

b.

Penasihat

:

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

c.

Pengerusi

:

Pegawai Pendidikan Daerah

d.

Tim. Pengerusi

:

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah(M)

e.

Naib Pengerusi

:

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (R)

f.

Setiausaha Kehormat

:

Penyelia

g.

Pen. Setiausaha Kehormat:

h.

Bendahari Kehormat

i.

Ahli (7 orang)

Dilantik :

:

Dilantik Dilantik Termasuk 2 Wakil Jurulatih KRS dan 2 Wakil TKRS

j.

Ex-Officio

:

Pegawai Tadbir KRS Negeri

Perlantikan bagi jawatan-jawatan di atas hendaklah dilakukan oleh Pengerusi setiap Jawatankuasa.

9

Jawatankuasa Peringkat Sekolah:

a. Penaung

:

Pengarah Pendidikan Negeri

b. Penasihat

:

Pengetua

c. Pengerusi

:

Pen.Kanan KoKurikulum

d. Timbalan Pengerusi :

Pen. Kanan Kurikulum

e. Naib Pengerusi

Pen.Kanan HEM dan Peny. Petang

:

f. Setiausaha :

Dilantik

g. Penolong Setiausaha :

Dilantik

h. Bendahari

:

Dilantik

i. Ahli-ahli

:

(7 orang Dilantik + Ketua Platun KRS/TKRS )

j. Juruaudit 2 orang) :

(Dilantik di kalangan guru)

Perlantikan jawatan-jawatan di atas dilakukan oieh penolong pendaftar sekolah.

Pemegang-pemegang jawatan ini dan tiap-tiap pegawai yang hendak menjalankan tugas pengurusan KRS hendaklah warganegara Malaysia.

Guru KRS/TKRS sekolah adalah pemimpin dan pemudahcara kepada Jawatankuasa

Peringkat Sekolah. Tugas Jawatankuasa ialah merancang, mengelola dan mengatur program KRS/TKRS

Jawatankuasa ini boleh menubuhkan jawatankuasa kecil untuk memantapkan lagi aktiviti KRS/TKRS.

10

1.4 Pengurusan dan Pentadbiran Keahlian

i.

Keahlian KRS/TKRS adalah terbuka kepada semua

pelajar di sekolah kerajaan

dan bantuan kerajaan.

ii.

Ahli bersekutu KRS/TKRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institusi pendidikan selain daripada yang dinyatakan dalam perkara 5. 1.

iii.

KRS/TKRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh institusi di mana KRS/TKRS itu ditubuhkan.

iv.

Keahlian KRS/TKRS lucut serta merta apabila pelajar tersebut diberhentikan daripada menjadi

berhenti

atau

pelajar berdaftar di sekolah/institusi seperti

yang dinyatakan di atas.

v.

Keahlian TKRS terbuka kepada semua pelajar tahap II (tahun 4, 5 & 6) di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

vi.

Ahli KRS / TKRS yang bertukar ke sekolah / negeri diterima pakai.

11

lain, keahlian asal masih

Pakaian Rasmi KRS

i.

Lelaki a.

Beret berwarna Sherwood Dark Green.

b.

Baju kemeja lengan panjang Sherwood Dark Green.

c.

Seluar panjang warna Sherwood Dark Green. (Ukuran kaki 40 cm - 46 cm)

d.

Tali wisel merah.

e.

Tali pinggang kanvas warna hijau berkepala emas dengan logo KRS.

f.

ii.

Spike boot.

Perempuan

12

a.

Beret berwarna Sherwood Dark Green.

b.

Baju kemeja labuh paras bawah punggung, berlengan panjang dan warna Sherwood Dark Green.

c.

Seluar panjang warna Sherwood Dark Green.

d.

Spike boot.

e.

Tali wisel merah. *Pemakaian Telekung mini berwarna Sherwood Dark Green.

Warna Hijau melambangkan a.

Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk.

b.

Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.

c.

Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS

Cogan kata KRS/TKRS ’ ILMU IMAN AMAL’

a.

ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS

b.

IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.

c.

AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya yang berterusan

hidup sihat

merupakan natijah daripada

kekuatan intelektual dan disiplin diri.

13

LAGU KADET REMAJA SEKOLAH

Kadet Remaja Sekolah Menuju satu ikatan bersaudara Bersatu menjulang keamanan negara Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal

Marilah kita membina peribadi Membentuk insan yang kreatif Ke arah kecemerlangan diri Sepanjang masa yang berterusan

Remaja , sambutlah cabaran Menjadi bangsa Malaysia Maju dan cemerlang Remaja berwawasan Jangan kita lupa kepada pencipta

Remaja , hayati budaya Ilmu, Iman dan Amal Kekalkan di hati , dan jiwamu Wawasan Kadet Remaja Sekolah

14

Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Media

Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang sejarah, perlembagaan dan struktur organisasi KRS dengan melayari internet serta membuat bacaan lanjut terhadap lain-lain sumber rujukan serta mengadakan perbincangan dengan rakanrakan.

Carian boleh meliputi sejarah kewujudan KRS, penubuhan TKRS dan juga asas-asas perlembagaan pertubuhan serta bagaimana aktiviti KRS diaplikasikan di sekolah.

15

UNIT 2

Kemahiran Perkhemahan

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit pelajar dapat; 1.

menjelaskan tentang kemahiran-kemahiran perkhemahan yang ada di dalam KRS;

2.

mengaplikasikan kemahiran-kemahiran tersebut semasa mengikuti aktiviti perkhemahan atau Kursus Kenaikan Pangkat KRS;

3.

mengaplikasikan seharian;

4.

mengajarkan kemahiran-kemahiran KRS kepada murid-murid atau para pelajar semasa di sekolah nanti; dan

5.

menghuraikan secara kritis tentang kepentingan kemahiran-kemahiran berKRS dalam mendisiplinkan ahli KRS.

kemahiran-kemahiran tersebut dalam

kehidupan

Sinopsis Unit ini menerangkan tentang kemahiran-kemahiran perkhemahan atau kemahirankemahiran yang ada. Unit ini turut membincangkan tentang Kraf Perkhemahan, Simpulan dan Ikatan serta Ikhtiar Hidup dalam KRS. Di samping itu, Asas Kawad Kaki dan Asas Pertolongan Cemas turut dibincangkan dalam unit ini. Semoga sub-subtopik yang dibincangkan dalam unit akan akan memberikan manfaat kepada jurulatih, pemimpin serta ahli KRS, khususnya di IPGM.

16

2.0

KEMAHIRAN PERKHEMAHAN

2.1

Kraf Perkhemahan

2.1.1

Pengenalan

i.

Konsep Khemah a.

Khemah ialah tempat perlindungan sementara yang selamat dan mempunyai kemudahan asas yang minima.

b.

Maksud tempat perlindungan ialah sebarang jenis dan bentuk tempat perlindungan, sama ada yang diperbuat daripada kanves, nilon, dedaunan, buluh atau mungkin juga daripada kayu dan batu. Yang penting, tempat perlindungan tersebut mampu memberikan perlindungan daripada hujan, panas, angin dan juga kesejukan.

c.

Berkhemah pula ialah penghidupan di luar bangunan, sama ada di halaman atau di belakang rumah, di dalam hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Dahulu, berkhemah merupakan satu keperluan untuk hidup.

d.

Berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individu atau berkumpulan. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan peralatan, makanan, dan perlindungan di samping melibatkan diri dalam aktiviti yang berkaitan dengan perkhemahan.

e.

Berkhemah merupakan salah satu cabang ilmu yang menguji kemampuan menteladan fizikal untuk menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan kemudahan yang terhad. Aktiviti berkhemah akan menguji setakat mana kesanggupan kita menghadapi kekurangan dan ketidakselesaan.

ii.

Konsep Kraf Perkhemahan

a.

Kraf perkhemahan merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk menghadapi cabaran alam sekitar dan alam semula jadi dalam kegiatan luar atau perkhemahan.

b.

Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting digunakan apabila individu melakukan aktiviti perkhemahan pengembaraan. 17

dan atau

iii.

Rasional

a.

Melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam menghadapi cabaran alam semula jadi dan habitatnya;

b.

Memupuk perasaan cinta terhadap alam semula jadi dan mensyukuri akan ciptaan-Nya; dan

c.

Mengamalkan nilai-nilai murni dan menghayati akan keindahan alam flora dan fauna yang terdapat di muka bumi ini.

iii.

Objektif

a.

Menggalakkan ahli KRS untuk mengaplikasikan kemahiran dan teknik kraf perkhemahan dalam aktiviti luar atau aktiviti perkhemahan;

b.

Mendedahkan ahli KRS untuk memahami akan habitat dan alam semula jadi serta mengetahui cara-cara untuk hidup apabila berada di dalam hutan atau tapak perkhemahan; dan

c.

Memberikan kesedaran kepada ahli KRS tentang kepentingan menjaga alam sekitar dengan cara yang betul dan berkesan.

2.1.2 Pengurusan dan Penjagaan Khemah: i.

Jenis-jenis Khemah: a.

Ridge tent: Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung. Diperbuat daripada material nylon yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat.

b.

Dome tent: Berbentuk gelembung dan menggunakan material yang sesuai dan fleksibel. Ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk berkelah atau perkhemahan seperti di sekolah dan sebagainya.

c.

Frame tent: Khemah jenis besar yang biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga. Rangka khemah akan dipasang dahulu dan kanvas dipasang kemudian.

18

d.

ii.

Bell tent: Mempunyai satu tiang tinggi di puncak khemah. Khemah jenis ini sudah jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis “DOME”.

Penjagaan Khemah: i.

Sentiasa melindungi pancang khemah dan pastikan tiang atau pancang khemah berada dalam keadaan baik. Letakkan sedikit pelincir untuk memudahkan memasukkan dan mengeluarkan tiang atau pancang.

ii

Letakkan juga pelincir pada zip untuk mengelakkan zip jem dan susah untuk dibuka.

iii.

Jangan menyimpan makanan didalam khemah untuk mengelakkan daripada binatang mencari dan merosakkan khemah anda dalam usaha mencari makanan tersebut.

iv.

Saranan yang penting sentiasa bersihkan khemah anda setiap kali selepas selesai menggunakkannya, dan pastikan anda memeriksa setiap kotoran dan sampah sarap yang tertinggal.

v.

Sebelum menyimpan pastikan yang khemah anda betul-betul kering.

vi.

Sekiranya khemah anda basah elakkan dari menekan, menarik, atau dengan apa cara sekalipun untuk mengelakkan daripada terkoyak.

vii.

Jangan menggunakan lilin, mancis, atau pembakaran terbuka berdekatan dengan khemah.

viii.

Sentiasa menggunakan peralatan yang menggunakan kuasa bateri di dalam khemah dalam usaha mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

2.1.3 Tujuan dan faedah membina gajet 2.1.3.1

Pengenalan Aktiviti perkhemahan adalah merupakan di antara aktiviti yang menarik dan diminati oleh sebahagian besar pelajar yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum khususnya ahli-ahli Unit Beruniform. Apabila kita melakukan aktiviti perkhemahan, beberapa perkara harus diberi perihatian serius dan dilaksanakan secara terancang dan selamat antaranya; 19

a.

Kaedah menyimpan dan menyusun kelengkapan makan dan minum seperti pinggang, cawan, sudu dan garfu, kuali dan sebagainya. Kekemasan susunan kasut dan peralatan perkhemahan seperti cangkul, pencakar dan seumpamanya Tempat makan dan menyidai pakaian dan papan kenyataan.

b. c.

Susunan dan penyimpanan peralatan dan bahan perkhemahan boleh dibuat dan disediakan dengan membina atau membuat rak dan penyangkut daripada bahan-bahan yang ada di sekitar kawasan perkhemahan seperti pokok buluh, pokok bertam, anak-anak kayu, rotan, daun nipah / rumbia dan sebagainya.

2.1.3.2 a.

Tujuan Gajet Tempat menyimpan, menyusun dan memperagakan bahan, peralatan, pakaian dan maklumat di tapak perkhemahan.

b.

Melindungi makanan dari tercemar

c.

Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang tajam.

d.

Memudahkan kita merujuk atau mendapatkan maklumat.

e.

Mencantikkan pemandangan di kawasan perkhemahan

f.

Memudahkan kerja-kerja memasak dan menghidang makanan.

g.

Menjadi mercu tanda perkhemahan seperti pintu gerbang dan tiang bendera.

Sila layari sumber di bawah untuk mendapatkan bacaan yang lebih mendalam mengenai gajet Sila layari bahan yang berikut: https://yusofalhaj.wordpress.com/2009/07/17/gajet-gajet-perkhemahan/

2.1.3.2

Faedah membina gajet semasa perkhemahan Terdapat beberapa faedah mendirikan gajet. Antaranya:

a.

mewujudkan suasana yang tenteram, selesa, lapang dan selamat; 20

b. c. d. e. f.

2.1.3.3

menjimatkan kos; alam sekitar menjadi bersih dan nyaman; barangan dan peralatan mudah disimpan dan diambil; menambahkan pengetahuan dan pengalaman; dan memanfaatkan sumber alam persekitaran dengan sebaik mungkin.

Jenis-jenis gajet dan kegunaannya Pengenalan Aktiviti perkhemahan adalah merupakan di antara aktiviti yang menarik dan diminati oleh sebahagian besar pelajar yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum khususnya ahli-ahli Unit Beruniform seperti Kadet Remaja Sekolah.

Apabila kita melakukan aktiviti perkhemahan, beberapa perkara harus diberi perihatian serius dan dilaksanakan secara terancang dan selamat antaranya; i.

kaedah menyimpan dan menyusun kelengkapan makan dan minum seperti pinggang, cawan, sudu dan garfu, kuali dan sebagainya.

ii.

Kekemasan susunan kasut dan peralatan perkhemahan seperti cangkul, pencakar dan seumpamanya

iii.

Tempat makan dan menyidai pakaian dan papan kenyataan.

Susunan dan penyimpanan peralatan dan bahan perkhemahan boleh dibuat dan disediakan dengan membina atau membuat rak dan penyangkut daripada bahan-bahan yang ada di sekitar kawasan perkhemahan seperti pokok buluh, pokok bertam, anak-anak kayu, rotan, daun nipah / rumbia dan sebagainya. Dengan demikian, segala peralatan dan bahan perkhemahan terutamanya makanan akan tersusun rapi dan kemas walaupun kita berada di kawasan perkhemahan.

21

Jenis-jenis Gajet i.

Gajet tempat kasut

ii.

Gajet ampaian pakaian

iii.

Gajet pintu gerbang dan jambatan

iv.

Gajet tiang bendera

v.

Gajet papan kenyataan

vi.

Gajet makanan

vii.

Gajet penyangkut periuk dan cerek untuk masak

viii.

Gajet tempat menyimpan bahan-bahan masakan seperti kicap, cuka dan sebagainya.

ix.

Gajet tempat peralatan seperti cangkul, parang, pencakar, tukul dan sebagainya

x.

Gajet pagar dan sebagainya

Refleksi: Berdasarkan bacaan dan kefahaman anda terhadap jenisjenis gajet dan kegunaannya bincangkan dengan rakan-

rakan kelas anda, sejauh manakah gajet yang dihasilkan dapat membantu ahli unit beruniform semasa aktiviti perkhemahan. Berikan contoh-contoh gajet yang anda bincangkan.

22

2.2

Simpulan

2.2.1 Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ianya digunakan untuk menyimpul dan mengikat benda-benda yang kecil dan sederhana. Simpulan digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di rumah, di hospital, mengikat kasut, bungkusan dan memulakan jahitan.

Contoh-contoh simpulan: -

Simpul Manuk

-

Simpul Buku Sila

-

Simpul Tindih Kasih

-

Simpul Bunga Geti

-

Simpul Balak

-

Simpul Belit

2.2.1.1

SIMPUL MANUK Simpulan ini digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau pancang. Ia berfungsi sebagai permulaan dan penamat atau untuk mematikan ikatan seraya, ikatan silang gunting, ikatan lantai, ikatan silang nombor lapan. Ikatan ini juga digunakan untuk membuat gajet (permulaan bagi ikatan-ikatan yang telah disebutkan di atas tadi).

23

Fungsi: -

digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang gunting

Teknik: -

mulakan simpul pada kayu kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi tarik hujung tali

2.2.1.2 SIMPUL BUKU SILA Suatu simpulan yang tegap dan tidak mudah lucut. Ia digunakan untuk mengikat benda -benda kecil seperti mengikat layar kapal, bungkusan, mematikan simpulan pada anduh, dan mengikat khemah yang dilipat. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.

24

Fungsi: -

untuk menyambung dua tali yang sama saiz

-

untuk mengikat kain anduh semasa pertolongan cemas

Teknik: -

letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain

-

masukkan hujung A di bawah B

-

kemudian, lakukan ikatan yang sama dengn memasukkan B di bawahnya

2.2.1.3 SIMPUL TINDIH KASIH

Digunakan untuk membuat ikatan pada leher binatang supaya tidak boleh mencerut. Ia juga digunakan untuk kerja-kerja menyelamat,iaitu dengan cara mengikatkan tali pada pinggang.

25

Fungsi: -

digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut

-

untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa

Teknik: -

mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.

-

kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.

-

masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan tersebut.

2.2.1.4 SIMPULAN BUNGA GETI Untuk menyambung dua utas tali yang tidak sama besar atau tali yang berlainan jenisnya.Digunakan untuk sambung tali penarik bendera ke tali di penghujung bendera dalam flag break, atau menyambung tali perahu dengan tali kapal.

Fungsi: -

menyambung dua tali yang tidak sama saiz mengikat tali ke suatu tanjul

26

Teknik: -

mulakan simpul kemudian, masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul

2.2.1.5SIMPUL BALAK Ia digunakan untuk mengikat kayu balak, tiang kapal, atau bungkusan yang besar supaya mudah ditarik dan tidak licin. Ikatan ini merupakan permulaan kepada ikatan serong.(ikatan balak juga boleh digunakan dalam ikatan untuk membuat gajet selain ikatan manuk).

Fungsi: -

untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah

-

agar kayu itu tidak licin dan mudah digerak-gerakkan

-

untuk memulakan ikatan serong

-

untuk memindahkan atau mengheret kayu atau batang balak

27

Teknik: gunakan tali dengan mengelilingi kayu tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas

2.2.1.6. SIMPUL BELIT / LILIT DUA SIMPUL Digunakan untuk mengikat tali pada tiang, atau mengikat tali khemah pada pasaknya, atau untuk mematikan ikatan ke pokok/pancang kerana cara begini mudah dibuka semula serta tidak mudah tertanggal.

28

Fungsi: digunakan bagi mengikat tali pada tiang boleh juga digunakan untuk mengikat tali khemah pada pasaknya

Teknik: -

2.3

mulakan simpul seperti dalam rajah kemudian lakukan dua lengkungan tarik bahagian B untuk kemaskan simpul

IKATAN

Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Kebiasaannya dalam kegiatan unit beruniform, beberapa ikatan digunakan. Contoh-contoh ikatan:

-

Ikatan Seraya

-

Ikatan Serong

-

Ikatan Lilit Kacang

2.3.1 IKATAN SERAYA

Digunakan untuk mengikat kayu,buluh atau tiang bagi membuat jambatan, gajet, menara, tiang, bendera dan lain-lain.Langkah pertama dimulakan dengan simpul manuk(cuba lihat gambar no.1).kemudian lilit dengan kemas dan ketat ,akhir sekali dimatikan dengan simpul manuk juga.

29

Fungsi: -

digunakan apabila dua batang kayu atau buluh bersilang dengan sudut tepat.

Teknik:

-

dimulakan dengan simpul manuk

-

kemudian dililitkan dengan kemas dan ketat.

-

seterusnya dililit dicelah kayu.

-

akhirnya matikan ikatan dengan simpul manuk.

2.3.2 IKATAN SERONG/SILANG

Ikatan ini digunakan untuk membuat jambatan, menara dan sebagainya. Mulakan dengan simpulan pengikat balak pada tempat kayu bersilang. Belitkan membujur kemudian melintang dan matikan dengan simpulan manok.

30

Fungsi:

-

untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu yang bersilang

-

digunakan untuk membina jambatan, menara, gajet dan pioneering

Teknik:

-

mulakan dengan lilit balak pada kayu atau buluh yang bersilang

-

kemudian belitkan membujur dan melintang

-

seterusnya dicelah-celah silang supaya lebih kuat dan kemas

-

akhirnya matikan ikat serong dengan menggunakan simpul manuk.

2.2.3 IKATAN LILIT KACANG

Digunakan untuk mengikat batang-batang kayu/buluh bagi membuat lantai untuk sesuatu gajet/binaan. Dimulakan dengan menggunakan simpul manuk dan diakhiri dengan simpul manuk juga – contoh: meja makan

31

32

Fungsi: -

digunakan untuk mengikat kayu atau buluh bagi membuat lantai sesuatu gajet

Teknik:

2.4

-

mulakan dengan menggunakan simpul manuk atau lilit balak

-

ikat selang seli pada buluh lantai dari atas ke bawah tiang hinngga selesai

IKHTIAR HIDUP

2.4.1 Pengenalan:

i.

Ikhtiar hidup atau lebih dikenali sebagai survival boleh diertikan sebagai suatu

situasi atau keadaan genting serta mengalami kesukaran dalam usaha untuk meneruskan kehidupan, terutamanya semasa mengikuti aktiviti perkhemahan di dalam hutan, bukit dan gunung.

ii.

Oleh itu, ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau sesuatu usaha yang dilakukan

untuk terus hidup atau daya usaha yang diutamakan dalam proses kelangsungan hidup. Dalam konteks aktiviti luar, ikhtiar hidup merupakan satu usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang supaya dia terus hidup semasa menghadapi ancaman semasa menjalani aktiviti luar seperti perkhemahan.

iii.

Situasi ikhtiar hidup ialah apabila berlakunya gejala-gejala seperti yang berikut:

a.

kehabisan bekalan makanan dan minuman;

b.

ancaman binatang buas;

c.

sesat di dalam hutan; dan

d.

masalah perlindungan.

33

iv.

Ikhtiar hidup terpaksa dilakukan kerana kelalaian manusia itu sendiri, sama ada

pada peringkat perancangan, persiapan ataupun semasa pelaksanaan aktiviti. Selain itu, kurang pengetahuan, pengalaman dan kemahiran juga boleh menyebakan situasi ikhtiar hidup.

v.

Oleh itu, setiap individu yang ingin mengadakan atau menyertai aktiviti luar

perlulah mendalami ilmu dan kemahiran tentang perkhemahan agar situasi ikhtiar hidup akan dapat dielakkan. Pelbagai cabaran dan risiko akan sentiasa dilalui sepanjang aktiviti luar dilaksanakan.

vi.

Prinsip ikhtiar hidup:

a.

Keselamatan:

Keutamaan hendaklah diberikan kepada soal keselamatan nyawa. Ini dapat dilakukan dengan

menjauhkan

diri

daripada

melakukan

perkara-perkara

yang

boleh

membahayakan keselamatan. Misalnya, elakkan daripada memakan tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui puncanya, sama ada boleh dimakan atau tidak walaupun dalam keadaan yang sangat lapar. Masalah ikhtiar hidup akan menjadi lebih rumit jika soal keselamatan diri dan nyawa diabaikan.

b.

Usaha:

Dalam situasi ikhtiar hidup, pelbagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi. Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib atau takdir semata-mata tanpa usaha akan mengundang risiko. Jika sesuatu usaha itu gagal maka hendaklah berusaha dengan cara yang lain pula asalkan usaha tersebut tidak menjejaskan faktor keselamatan. Semakin banyak usaha yang dilakukan semakin banyak peluang yang akan muncul untuk mengatasi segala rintangan dan risiko yang dihadapi. 34

c.

Kawalan diri:

Dalam situasi ikhtiar hidup, kawalan diri sangat penting dilakukan supaya segala keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang positif. Tanpa kawalan diri, perasaan cemas dan panik serta hilang pertimbangan akan menyebabkan seseorang itu untuk bertindak secara terburu-buru tanpa berfikir. Keadaan ini pasti akan menambahkan lagi kerumitan terhadap masalah yang sedang dihadapi.

d.

Kerjasama:

Jika dalam pasukan atau kumpulan, kerjasama yang erat dan berterusan dalam pasukan atau kumpulan amat penting untuk diberikan keutamaan agar segala kerumitan dan kesulitan dapat diatasi secara bersama. Kesepakatan membawa berkat. Jika tiada kesepatan segala masalah sukar diatasi.

2.

Masakan solar:

i. Masakan solar merupakan satu cara penyediaan makanan tanpa menggunakan peralatan dapur dan hanya menggunakan cahaya matahari sebagai sumber tenaga pembakar. ii. Kaedah memasak menggunakan tenaga solar mempunyai banyak kebaikan. Antaranya ialah: a. satu cara untuk mendidik ahli supaya sentiasa melindungi alam sekitar yang semakin terancam; b.

mengurangkan pencemaran pembakaran bahan api;

c.

mengurangkan bahaya gas dan kebakaran.

d. salah satu ikhtiar hidup jika kehabisan bekalan gas/bahan bakar untuk memasak makanan iii.

Cuaca yang sesuai ialah semasa musim panas terik.

iv.

Bahan -bahan yang diperlukan ialah: 35

a.

alumunium foil;

b.

periuk memasak nipis yang telah disembur cat aerosol hitam;

c.

kertas kadbord yang tebal atau kotak besar yang kosong;

d. e.

gam/glue; pelekat kertas /paper binding tape;

f.

plastik lut sinar;

g.

tali rapia; dan

h.

tiga batu kecil diletak di bawah periuk semasa memasak.

Proses menyediakan dapur solar

Proses menyediakan periuk

36

Penyediaan menu masakan

Periuk berisi makanan dimasukkan ke dalam beg plastik lalu diikat dengan ketat

Tiga batu yang kecil diletakkan di bawah periuk untuk mewujudkan aliran haba. Periuk diletakkan di kawasan lapang yang ada pancaran cahaya matahari

3.

i.

Masakan rimba:

Masakan rimba atau backwoodsman iaitu satu cara memasak makanan

semasa di dalam hutan tanpa menggunakan periuk atau lain-lain peralatan memasak. 37

ii.

Memasak dengan kaedah ini adalah lebih sukar berbanding kaedah masakan

solar namun ianya boleh menjadi aktiviti yang menyeronokkan sebagai salah satu ikhtiar hidup semasa berkhemah

iii.

Pelbagai bahan boleh digunakan sebagai bekas untuk memasak seperti buluh,

kerajang aluminium, tanah, buah contoh kelapa dan lain-lain.

iv.

Kegunaan buluh semasa perkhemahan

a.

buluh sangat penting untuk membuat gajet, pioneering dan projek penerokaan.

v.

b.

bekas makanan/minuman

c.

memasak makanan

Masakan rimba menggunakan buluh

a.

pilih ruas buluh yang nipis dan besar saiznya

b.

pastikan buluh yang dipilih tidak retak

c.

basuh bahagian dalam buluh hingga bersih

d.

sediakan bahan yang hendak dimasak dalam buluh contoh nasi atau lauk

e.

jika memasak nasi di dalam buluh pastikan sukatan air adalah sama banyak dengan sukatan beras

f.

masak nasi atau lauk dengan kaedah yang ditunjukkan dalam rajah 1 di bawah

38

Rajah 1

4.

Membuat perangkap:

i.

Perangkap atau jerat dibina untuk memerangkap dan menangkap haiwan atau

binatang ketika kehabisan makanan semasa menyertai kegiatan perkhemahan di dalam hutan. Terdapat beberapa jenis perangkap dan jerat yang digunakan antaranya:

a.

perangkap atau jerat pelanduk;

b.

perangkap atau jerat ayam hutan;

c.

perangkap atau jerat hempap dan jerut;

d.

perangkap kurungan.

ii.

Perangkap atau jerat pelanduk:

a.

Mudah

untuk

dibuat

kerana

ia

hanya

memerlukan

sahaja.Bahan-bahan yang perlu disediakan ialah :

(i)

kayu pelentik;

(ii)

tali pesawat yang kuat dengan ukuran panjang yang sesuai; 39

beberapa

bahan

(iii)

kayu cabang berbentuk ‟Y‟ yang ditajamkan kedua-dua belah hujungnya;

(iv)

kayu pesawat; dan

(v)

alas pemijak.

b.

Tali jerut atau alas pemijak perlu ditutup dengan menggunakan daun-daun.

Daun-daun juga digosok ke tengkuk dan tubuh untuk menyembunyikan bau badan.

ii.

Perangkap atau jerat ayam hutan:

a.

Jerat jenis ini mempunyai mekanisme yang sama dengan jerat simbat dan jerat

sentak yang dibuat bagi menangkap burung ruak-ruak.Di antara bahan-bahan yang digunakan ialah:

(i)

sebatang kayu lentik dengan ukuran panjang yang sesuai;

(ii)

dua batang kayu yang bercabang;

(iii)

tali pesawat;

(iv)

dua batang kayu pelepas;

(v)

sebatang kayu pesawat (kayu pembingkas) sepanjang 5 cm; dan

(vi)

beberapa batang kayu pemijak.

b.

Namun begitu cara ini kurang popular kerana badan ayam hutan mungkin akan

tersekat oleh kayu lengkung yang digunakan.

iii.

Perangkap atau jerat hempap dan jerut:

40

a.

Perangkap atau jerat hempap biasanya dibuat untuk mencederakan haiwan atau

binatang. Perangkap jenis ini mudah dibuat dan dapat dilihat dengan jelas.Beberapa jenis bahan yang perlu disediakan ialah:

(i)

tali pesawat yang cukup kuat dan mempunyai panjang yang sesuai;

(ii)

umpan;

(iii)

tali pemberat tambahan;

(iv)

batang kayu penghempap;

(v)

dua batang kayu penghalang hadapan;

(vi)

dua batang kayu penghalang belakang;

(vii)

kayu pesawat;

(viii)

dua batang kayu pelepas; dan

(ix)

beberapa batang kayu pemijak.

b.

Perangkap atau jerat hempap dan jerut akan memastikan kaki haiwan terjerut

serta dihempap oleh batang kayu. Namun begitu, masalah yang timbul ialah untuk mendapatkan kayu pelepas dan kayu pesawat yang kuat serta dapat menampung berat kayu penghempap serta kayu pemberat tambahan.

iv.

Perangkap atau jerat kurungan:

a.

Perangkap kurungan digunakan untuk membolehkan kita menangkap haiwan

hidup-hidup. Sungguhpun begitu cara ini kurang popular dan tidak praktis kerana ia mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan serta banyak membazirkan tenaga. Bahan yang diperlukan bagi membuat perangkap jenis ini ialah :

41

(i)

batang-batang kayu yang secukupnya untuk dijadikan dinding,kayu alang,tiang

pintu dan sebagainya; (ii)

umpan;

(iii)

gelang rotan;

(iv)

kayu pesawat; dan

(v)

tali pesawat.

b.

Tiang-tiang perangkap hendaklah ditanam ke dalam tanah bagi memastikan

perangkap atau jerat tidak terbalik akibat dirempuh binatang liar.

*Bacaan Asas tambahan:

2.5

i.

Buku Mari Berkhemah – Terbitan Persatuan Pandu Puteri Malaysia

ii.

https://www.panduputeri.org.my

ASAS KAWAD KAKI DAN ISTIADAT

2.5.1 Pengenalan: i.

Kawad ialah perbarisan oleh anggota pasukan seragam atau unit beruniform, seperti Pergerakan KRS dan Kadet Remaja Sekolah yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan secara serentak mengikut arahan yang diberikan oleh ketua (komander). Berkawad ialah berjalan dgn rentak kaki yg sama atau berbaris atau mengadakan perbarisan berdasarkan arahan yang diberikan oleh ketua..

ii.

Kawad kaki merupakan sebahagian daripada aktiviti kecergasan dan berpasukan yang bertujuan untuk membentuk disiplin dan ketatatertiban dalam pasukan. Di samping itu, kawad kaki juga bertujuan untuk membentuk individu yang cergas, berdisiplin tinggi, berfokus dan taat akan perintah dan arahan ketua.

iii.

Dua bentuk latihan diutamakan, iaitu:

iv.

a.

Latihan bahasa hukuman/perintah kawad; dan

b.

Latihan pergerakan.

Objektif kawad kaki adalah untuk:

42

v.

a.

membentuk peribadi individu;

b.

menyemai semangat taat setia dan mematuhi arahan atau perintah;

c.

menanam perasaan yakin;

d.

membentuk semangat dan peribadi yang cergas, setia dan bertatatertib;

e.

menanam dan menyemai semangat dan sikap bekerjasama; dan

f.

menanam dan menyemai sifat-sifat yang teratur, kemas, berdisiplin dan berhemah tinggi.

Kawad kaki mengandungi lima elemen utama, iaitu: a. b. c. d. e.

Kawad Statik Kawad Dinamik Kawad Asas Kawad Formasi Kawalan Kehormatan

2.5.2 Bahasa Hukuman Kawad: i.

ii.

Tiga asas dalam membina bahasa hukuman kawad: a.

Ingatan: Memberi peringatan kepada skuad/kumpulan apa yang akan mereka buat.

b.

Harkat/Amaran: Peringatan yang panjang terhadap perbuatan atau pergerakan yang akan dilakukan oleh skuad.

c.

Perbuatan: Arahan perbuatan yang patut dilakukan oleh skuad (dilafazkan dengan suara yang amat nyaring oleh komander/pemimpin kawad.

Contoh bahasa hukuman kawad: Bahasa Hukuman Kawad

iii.

Tindakan

BERGERAK KE KANAN

INGATAN

KE KANAN…

HARKAT/AMARAN

PUSING

PERBUATAN

Latihan asas dalam membina bahasa hukuman kawad:

43

a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. k. l. m. n.

Masuk Baris; Sedia; Luruskan barisan; Paras; Senang Diri; Rehatkan Diri; Keluar Baris; Pusing ke Kanan; Pusing ke Kiri; Pusing/Menghadap ke Belakang; Pusing/Menghadap ke Hadapan; Kawad Jalan Kaki; Berhenti Semasa Berkawad/Jalan Kaki; dan Bersurai.

2.5.3 Kawad Statik dan Dinamik: i.

Latihan kawad statik dan dinamik a.

Masuk Baris: (i)

Hukuman ini diberikan apabila latihan kawad/perbarisan/kawalan hormat hendak dimulakan atau selepas skuad berada dalam kedudukan KELUAR BARIS, iaitu berehat.

(ii)

Arahan: “DENGAR SINI SEMUA SEKALI, APABILA MENDAPAT HUKUMAN TIGA BARISAN DI HADAPAN SAYA, SKUAD HENDAKLAH SEDIA, BERLARI, BERBARIS DALAM TIGA BARISAN DI HADAPAN, DI TENGAH-TENGAH DI MANA SAYA MENGADAP.” “FAHAM ITU SKUAD!” TIGA BARISAN DI HADAPAN SAYA …… GERAK! atau DUA BARISAN DI HADAPAN SAYA …… GERAK! atau SATU BARISAN DI HADAPAN SAYA …… GERAK! atau MASUK BARIS …… GERAK!

b.

Paraskan Skuad: (i)

Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.

(ii)

Arahan:

44

YANG TINGGI KE KANAN, YANG RENDAH KE KIRI DALAM SATU BARISAN …… GERAK! (Skuad akan bergerak dengan cara berpusing ke kanan selaku KELUAR BARIS dan terus membentuk satu barisan panjang di hadapan pemimpin.) NOMBOR! (Skuad akan menyebut nombor masing-masing secara kuat/nyaring bermula dari sebelah kanan.) NOMBOR GANJIL SATU LANGKAH KE HADAPAN, NOMBOR GENAP SATU LANGKAH KE BELAKANG …… GERAK! ORANG DISEBELAH KANAN SEKALI, DIAM! (Hukuman ini diberi sebagai tanda orang di sebelah kanan sekali sebagai PENANDA KANAN.) NOMBOR GANJIL KE KANAN, NOMBOR GENAP KE KIRI BARISAN, KANAN DAN KIRI …… PUSING! JADIKAN TIGA BARISAN, CEPAT JALAN! (Skuad akan berjalan ke arah PENANDA dan mengambil tempat di barisan tengah, belakang, hadapan dan seterusnya hingga terbentuk tiga barisan.) c.

Luruskan Barisan: (i)

Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.

(ii)

Arahan: KE KANAN …… LURUS! (Skuad akan memandang ke kanan sambil mendepakan tangan kanan merapati bahu kiri rakan sebelah. Kemudian skuad menghentakkan kaki sambil meluruskan barisan dan berhenti sebaik barisan telah diluruskan.) PANDANG …… DEPAN! (Skuad akan memandang ke hadapan sambil menjatuhkan tangan kanan dan kembali dalam kedudukan SEDIA.)

d.

Senang Diri: (i)

Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA. Arahan: SENANG …… DIRI!

45

(ii)

Jika skuad berada dalam kedudukan REHATKAN DIRI. Arahan: BARIS! (Skuad akan berada dalam keadaan Senang Diri.)

e.

Rehatkan Diri: (i)

Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SENANG DIRI.

(ii)

Arahan: REHATKAN …… DIRI!

f.

Sedia: (i)

Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan REHATKAN DIRI. Arahan: BARIS! BARIS …… SEDIA!

(ii)

Jika skuad berada dalam kedudukan SENANG DIRI: Arahan: BARIS …… SEDIA!

g.

KEDUDUKAN SEDIA

Buka Barisan: (i)

Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.

(ii)

Arahan: BUKA BARISAN …… GERAK! (Barisan hadapan akan bergerak satu atau dua langkah ke hadapan. Barisan belakang akan bergerak satu atau dua langkah ke belakang.)

h.

Tutup Barisan: (i)

Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.

(ii)

Arahan:

46

TUTUP BARISAN……… GERAK! (Barisan hadapan akan bergerak satu atau dua langkah ke belakang. Barisan belakang akan bergerak satu atau dua langkah ke hadapan.) i.

Pusing ke Kanan: (i)

Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.

(ii)

Arahan: BERGERAK KE KANAN BERTIGA-TIGA KE KANAN……… PUSING! atau KE KIRI……… PUSING! atau KE BELAKANG……… PUSING!

j.

Pusing ke Kiri: (i)

Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.

(ii)

Arahan: BERGERAK KE KIRI BERTIGA-TIGA KE KIRI……… PUSING! atau KE KANAN……… PUSING! atau KE BELAKANG……… PUSING!

k.

Pusing / Menghadap ke Belakang: (i)

Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.

(ii)

Arahan: BARIS AKAN MENGHADAP KE BELAKANG KE BELAKANG……… PUSING! atau KE KANAN……… PUSING! atau KE KIRI……… PUSING!

l.

Kawad Jalan Kaki:

47

(i)

Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.

(ii)

Arahan (bergantung kepada penanda): DARI KIRI, CEPAT……… JALAN! atau DARI KANAN, CEPAT ………, JALAN! atau DARI DEPAN, CEPAT ………, JALAN! (jika dalam satu barisan sahaja)

m.

Berhenti Semasa Berkawad atau Jalan Kaki: (i)

Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan KAWAD JALAN KAKI atau HENTAK KAKI.

(ii)

Arahan: BARIS, BERHEN……… TI! (Hukuman BERHENTI akan dilafazkan dengan cara suku kata TI disebut sebaik sahaja kaki kiri skuad mencecah ke tanah.)

n.

Keluar Baris: (i)

Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.

(ii)

Hukuman Keluar Baris diberikan jika skuad hanya berhenti rehat dan akan ada perbarisan, kawalan hormat atau kawad kaki lagi selepas itu.

(iii)

Arahan: KELUAR …… BARIS!

o.

Skuad Bersurai: (i)

Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.

(ii)

Hukuman Bersurai diberikan setelah aktiviti perbarisan, kawalan hormat atau kawad kaki tamat dan akan bersambung pada waktu atau hari yang lain.

(ii)

Arahan: BERSU …… RAI! (Pergerakan BERSURAI sama seperti pergerakan ketika KELUAR BARIS.)

48

2.6

ASAS PERTOLONGAN CEMAS

2.6.1 Definisi dan Konsep Pertolongan Cemas: i.

Bantuan permulaan atau rawatan pertama atau awal yang diberikan kepada mangsa atau pesakit. Usaha rawatan pertama atau rawatan awal dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulans atau sebelum mangsa atau pesakit menerima rawatan daripada doktor di tempat kejadian.

ii.

Pertolongan Cemas ditakrifkan sebagai bantuan permulaan, bantu mula atau rawatan awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara mengejut atau tiba-tiba dengan menggunakan objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital.

2.6.2 Tujuan dan Prinsip: i.

ii.

Tujuan pertolongan cemas: a.

Selamatkan nyawa: Memberikan bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa dalam situasi yang mengancam nyawa, seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasaan dan jantung, kulit terbakar atau melecur dan yang seumpama dengannya.

b.

Mengelakkan daripada bertambah buruk: Memberikan rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk.

c.

Mengurangkan kesakitan: Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan kepada mangsa atau pesakit.

d.

Sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor: Memudahkan tugas doktor untuk merawat mangsa sebaik tiba di tempat kejadian.

**

Dapatkan bantuan kecemasan atau lanjutan daripada seseorang untuk memanggil ambulans dengan kadar segera. Jangan tinggalkan mangsa keseorangan sehingga bantuan tiba.

Prinsip pertolongan cemas: a.

Elakkan bahaya dan utamakan keselamatan.

b.

Dapatkan tindak balas mangsa.

c.

Pastikan saluran pernafasan mangsa tidak tersumbat.

d.

Periksa pernafasan mangsa.

e.

Periksa peredaran darah (carotid - nadi tepi leher/brachial - lengan atas)

49

2.6.2 Anduh dan Balutan: i.

Anduh a.

Anduh bermaksud ampu atau ambin, iaitu sejenis kain yang digunakan untuk mengampu anggota badan yang cedera.

b.

Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting dalam aktiviti pertolongan cemas kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan dalam pelbagai situasi. Kain anduh yang baik berukuran satu meter.

c.

Antara kegunaan kain anduh ialah:

d.

(i)

mengampu bahagian yang cedera atau patah;

(ii)

menghenti atau menahan pendarahan;

(iii)

menetapkan bahagian yang cedera;

(iv)

dapat digunakan sebagai pengipas;

(v)

menutup tempat yang luka atau cedera; dan

(vi)

sebagai pengelap atau sebagai karung tuaman sejuk (ais).

Jenis-jenis anduh: (i)

(ii)

Anduh besar (large arm sling): (a)

mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.

(b)

mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.

Anduk tiga segi atau Anduh St. John‟s (triangular sling): (a)

menahan pendarahan anggota atas.

(b)

mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang skapula.

50

(c) (iii)

(iv)

Anduh kecil (small sling): (a)

mengampu kecederaan di bahagian bahu.

(b)

mengampu tulang klavikal yang cedera.

(c)

mengampu anggota atas yang cedera.

Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling): (a)

ii.

mengampu anggota atas yang cedera.

mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah tulang klavikal.

Pembebatan dan Pembalut atau Balutan a.

Pembebatan (Dressing) (i)

Penyucian luka, penutupan luka dan pengawalan pendarahan diikuti balutan luka dengan kain kasa atau steril pada kulit yang cedera.

(ii)

Tujuan:

(iii)

(a)

Mengurangkan kesakitan.

(b)

Menggalakkan penyembuhan luka.

(c)

Memperbaiki kosmetik kulit.

(d)

Mengawal penyebaran mikroorganisme.

(e)

Mengawal kontaminasi luka.

(f)

Memberi tekanan pada tempat tercedera.

(g)

Mengawal pendarahan.

(h)

Mengawal kecederaan lanjut.

Pembebatan ada tiga jenis, iaitu: (a)

Pembebatan medan – bagi kegunaaan pasukan keselamatan;

(b)

Pembebatan luka – mengikut ukuran-ukuran luka; dan

(c)

Pembebatan hospital – jenis kain kasa berukuran 10 X 10 mm.

51

b.

Pembalut atau balutan: (i)

Pembalut (bandage) ialah kain kasa bergulung yang berfungsi sebagai pembalut dan pengikat di bahagian anggota yang cedera. Pembalut juga berfungi sebagai pembantu pembebatan. Setelah luka dicuci atau dibersihkan, luka tersebut akan ditutup dengan pembalut untuk mengelak pendarahan dan jangkitan kuman.

(ii)

Pembalut atau balutan ada dua jenis, iaitu:

(iii)

c.

(a)

Pembalut kain tiga segi – untuk menganduh, membalut, mengampu , mengipas dan pengikat gelung cincin.

(b)

Pembalut bergulung – untuk melakukan balutan lapan, balutan circular atau spiraI dan balutan padi.

Tujuan dan Fungsi Pembalut: (a)

Melindungi luka daripada dijangkiti kuman.

(b)

Melindungi luka daripada terus merebak, kecederaan lain atau lambat sembuh.

(c)

Memberikan keselesaan dan menutup luka serta menahan pendarahan.

(d)

Mengurangkan kesakitan.

(e)

Mencegah dan menghisap kotaran seperti darah, nanah dan serum.

Peraturan Am Membebat dan Membalut Luka: (i)

Bersihkan tangan terlebih dahulu.

(ii)

Digalakkan memakai sarung tangan.

(iii)

Tentukan saiz bebat atau pembalut yang sesuai bagi membebat dan membalut luka. Saiz kain perlulah lebih besar daripada kawasan luka.

(iv)

Bersihkan luka dan kawasan sekeliling luka sebelum melakukan pembebatan dan pembalutan.

(v)

Menetap dan mengemaskan bebat dan balutan di bahagian luka.

52

2.6.3 Merawat Luka dan Gigitan: i.

Merawat luka: a.

Luka ialah sejenis kecederaan kepada tisu-tisu badan yang mengakibatkan berlakunya pendarahan atau pengaliran darah, sama ada di bahagian luar atau dalam badan disebabkan oleh benda atau alat yang tajam atau tumpul.

b.

Pendarahan ada tiga jenis, iaitu: (i)

(ii)

(iii)

c.

pendarahan luaran (external): (a)

luka terhiris – disebabkan benda yang tajam seperti pisau;

(b)

luka terkoyak – disebabkan cakaran binatang atau dawai;

(c)

luka berdarah – kena pukulan tepat benda yang tumpul; dan

(d)

luka tembus – luka yang disebabkan oleh tikaman pisau, jarum dan tembakan.

pendarahan dalaman (internal): (a)

perut – muntah berdarah;

(b)

rahim – tumpah darah;

(c)

tali usus – darah pada dubur;

(d)

buah pinggang – kencing berdarah;

(e)

paru-paru/saluran pernafasan – batuk berdarah; dan

(f)

tengkorak – darah mengalir melalui telinga atau hidung

pendarahan dalaman tanpa kesan: (a)

limpa dan hati pecah; dan

(b)

pendarahan dalam otak.

Luka terbahagi kepada dua kategori, iaitu: (i)

Luka terbuka: Luka teruk yang melibatkan organ-organ lain yang mengakibatkan pendarahan atau tumpahan darah yang banyak, renjetan dan jangkitan kuman.

(ii)

Luka tertutup:

53

Kebiasaannya kulit tidak pecah tetapi pendarahan atau tumpahan darah berlaku dalam tisu yang mengakibatkan bahagian yang cedera menjadi lebam. d.

Cara merawat luka terbuka: (i)

Luka-luka kecil: (a)

Memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja;

(b)

Perlu dilakukan untuk mengelakkan jangkitan kuman.

(c)

Langkah-langkah rawatan:       

(ii)

Luka-luka kecil yang ada benda asing: (a)

Sekiranya terdapat benda asing yang sukar dikeluarkan dari luka seperti kaca atau serpihan kayu yang terbenam, jangan keluarkan objek tersebut kerana dibimbangi akan menyebabkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan pendarahan.

(b)

Cara terbaik yang perlu dilakukan ialah:        

ii.

Bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor. Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman. Keringkan luka menggunakan tisu atau tuala yang steril. Lekatkan plaster mengikut ukuran luka. Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka. Gunakan pembalut untuk memegang plaster.

Bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor. Cuci luka agar tidak dijangkiti kuman. Keringkan luka secara perlahan-lahan menggunakan tisu atau tuala yang sudah disteril. Kawal pendarahan atau pengaliran darah dengan menggunakan tekanan yang teguh ke atas kedua-dua bahagian atau atau persekitaran objek. Tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman. Buat balutan sekeling objek sehingga boleh membalut tanpa menekan objek. Bawa mangsa/pesakit ke hospital.

Merawat gigitan: a.

Gigitan binatang biasanya meninggalkan luka yang dalam dan memindahkan kuman ke tisu badan manusia kerana kuman terdapat pada mulut kebanyakan binatang. Semua gigitan memerlukan rawatan perubatan dengan segera.

54

b.

c.

d.

Tanda-tanda gigitan: (i)

Luka yang dalam di daging.

(ii)

Luka mungkin berdarah banyak atau sedikit.

Kaedah rawatan: (i)

Cuci air liur binatang dengan air sehingga bersih.

(ii)

Cuci dengan larutan cecair antiseptik/sapukan krim antiseptic.

(iii)

Balut dengan pembalut steril.

(iv)

Dapatkan bantuan perubatan, dail 991 atau pergi ke klinik atau hospital berdekatan.

Jika digigit anjing: (i)

Galakkan pendarahan di sekeliling tempat gigitan.

(ii)

Cuci luka secara menyeluruh dengan air dan sapukan dengan larutan cecair antiseptik.

(iii)

Letakkan pembalut di atas luka dan balutkannya.

(iv)

Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

**

Perhatian: Pesakit perlu diperiksa untuk memastikan rabies jika gigitannya adalah daripada anjing yang tidak dikenali.

2.6.4 Melecur, Pitam dan Patah: i.

Melecur dan terbakar: a.

Melecur: Kecederaan disebabkan oleh haba lembab seperti air mendidih, wap atau minyak panas. Terbakar dan melecur biasanya serius. Selain daripada kesakitan dan renjatan yang serius selepas kemalangan, ia juga akan meninggalkan kesan parut.

b.

Terbakar: Kecederaan kepada kulit dan tisu badan yang lain disebabkan terkena haba kering. Terbakar boleh disebabkan oleh api yang menyala, bahan api, objek panas, bahan kimia atau arus elektrik.

c.

Ketenatan mangsa bergantung kepada: (i)

Luas permukaan yang cedera.

55

d.

e.

(ii)

Tempat yang terbakar atau melecur.

(iii)

Tahap terbakar.

(iv)

Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa.

Jenis terbakar atau melecur: (i)

Luar – Terbakar pada bahagian kulit.

(ii)

Dalam – Terbakar dalam rongga atau perut.

Sebab-sebab terbakar atau melecur: JENIS

f.

SEBAB-SEBAB

Panas kering

Bahan api atau api. Terkena dengan objek panas seperti perkakas dapur atau puntung rokok. Geseran

Panas lembab

Wap, cecair panas seperti teh, kopi atau minyak

Bahan kimia

Kimia perindustrian seperti asap dan gas korosif. Kimia domestik seperti peluntur cat, racun rumput atau alkali.

Radiasi

Terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari (ultra violet) Terdedah kepada punca-punca radioaktif.

Elektrik

Arus elektrik yang rendah seperti perkakas rumah. Kilat dan petir. * Terbakar disebabkan arus elektrik akan melibatkan dua tempat luka sahaja.

Tahap kecederaan: (i)

Tahap pertama (Superficial burn): Kecederaan terbakar/melecur pada bahagian kulit luar sahaja. Ia melibatkan bahagian epidermis dan terasa sangat sakit. Kulit kelihatan kemereh-merahan.

(ii)

Tahap kedua (Intermidiate burn) Terbakar lapisan kulit pertama dan kedua (epidermis dan dermis). Kulit kelihatan kemerah-merahan gelap, lepuh dan mengelembung. Terasa sakit.

(iii)

Tahap ketiga (Deep burn):

56

g.

h.

Semua lapisan kulit telah rosak. Kulit akan nampak terbakar hitam atau putih kering. Rasa sedikit sakit atau tidak sakit langsung jika saraf rosak. Tanda-tanda terbakar atau melecur: (i)

Sakit yang amat sangat bagi tahap pertama dan tahap kedua.

(ii)

Bahagian anggota yang terlibat berwarna kemerah-merahan pada tahap awal, merah gelap, lepuh dan mengelembung pada tahap kedua.

(iii)

Pengaliran keluar plasma.

(iv)

Renjatan.

Tindakan yang perlu diambil: (i)

(ii)

Tindakan „3B‟: (a)

Burning stop – Padamkan.

(b)

Breathing maintain – Periksa pernafasan.

(c)

Body examine – Periksa tahap terbakar/melecur.

Tindakan „3C‟: (a)

Cool – Sejukkan.

(b)

Cover – Tutup bahagian yang terbakar.

(c)

Carry – Bawa ke tempat selamat. Hantar ke hospital.

(iii) Pengendalian am: (a)

Hentikan kebakaran - air.

(b)

Alihkan punca dari mangsa atau mangsa dari punca (mengikut keadaan).

(c)

Tentukan ia bernafas.

(d)

Alirkan air bagi terbakar/melecur tahap pertama dan kedua selama 20 minit atau sehingga kesakitan berkurangan.

(e)

Periksa A, B, C dan tentukan tahap terbakar.

(f)

Tenangkan mangsa dan pastikan kecederaan tidak merebak supaya tidak berlaku renjatan.

(g)

Selimutkan dengan kain yang telah dibasahkan.

57

(h) ii.

Pitam a.

Pengsan dan pitam merupakan peringkat tidak sedarkan diri yang singkat. Gejala ini terjadi disebabkan oleh otak seseorang yang tidak berfungsi dengan betul.

b.

Antara penyebabnya ialah:

c.

iii.

Beri rawatan renjatan, jika perlu dan hantar ke hospital dengan segera.

(i)

Kekurangan darah di dalam otak;

(ii)

Kekurangan oksigen di dalam otak apabila pernafasan terganggu;

(iii)

Merasa sakit kepala yang teramat sangat sehingga menyebabkan pengsan.

Cara merawat: (i)

Baringkan pesakit dengan kedudukan kepalanya rendah.

(ii)

Longgarkan pakaian ketat.

(iii)

Lap mukanya dengan tuala basah ATAU biarkan dia menyedut larutan harum ammonia.

(iv)

Apabila dia telah sedar semula, suruhlah ia bangun sendiri.

(v)

Apabila ia sudah mampu bangun, berikan minuman sama ada air, kopi atau teh panas.

Patah: a.

Patah ialah tulang pecah atau retak. Ia mungkin disebabkan oleh daya secara langsung, misalnya, jika seseorang dilanggar oleh sebuah kenderaan yang bergerak ATAU daya tidak langsung, contohnya jika seorang pemain bola sepak telah tersepak tanah dan bukannya bola maka daya mungkin dialihkan untuk memecah tempurung lututnya.

b.

Tanda-tanda patah tulang: (i)

Pesakit mungkin terasa atau terdengar bunyi patah tulang.

(ii)

Bengkak dan lebam.

(iii)

Kecacatan bentuk di tempat yang patah atau terkehel.

(iv)

Pesakit juga mungkin menunjukkan tanda-tanda kejutan, ini amat ketara jika patah berlaku di tulang paha atau pelvis.

58

c.

Langkah rawatan yang akan dilakukan ini bertujuan untuk mencegah pergerakan di sekeliling tempat yang terlibat .

d.

Cara merawat: (i)

Suruh pesakit baring sehingga bahagian yang patah telah dicegah pergerakannya dengan sempurna. Jika nyawa pesakit terancam, barulah dia dipindahkan.

(ii)

Gunakan kayu belat di tempat yang terlibat. Balut atau ikat untuk mencegah pergerakan.

(iii)

Ikat pembalut dengan kuat untuk mecegah pergerakan, tetapi tidak terlalu kuat kerana ia boleh menjejaskan pengaliran darah.

(iv)

Semasa membalut anggota yang patah, sendi-sendi di bahagian atas dan bawah anggota juga harus dicegah pergerakannya.

(v)

Bawa mangsa ke hospital dengan segera.

**

Penting: Rawat terlebih dahulu masalah kesukaran pernafasan, perdarahan yang banyak dan tidak sedarkan diri sebelum merawat anggota yang patah.

2.6.5 Keracunan dan Terseliuh: i.

Keracunan a.

Keracunan berlaku apabila terdedah secara melampau atau berlebihan terhadap toksik (bahan-bahan beracun), sama ada berbentuk cecair atau gas yang boleh menyebabkan penderitaan sementara atau berkekalan.

b.

Tanda-tanda terkena keracunan:

c.

(i)

Mangsa merasa loya dan mungkin akan muntah.

(ii)

Mangsa mengalami sakit abdomen.

(iii)

Cirit birit mungkin terjadi.

(iv)

Tanda-tanda terkejut.

(v)

Mungkin tidak sedarkan diri.

Arahan merawat: (i)

Pastikan saluran udara, pernafasan dan peredaran terbuka dan dapatkan bantuan perubatan.Tanyakan mangsa tentang apa yang telah dia makan.

59

(ii)

Jangan memaksa mangsa muntah (kecuali jika mangsa termuntah sendiri).

(iii)

Baringkan pesakit di atas permukaan yang kukuh (mangsa mungkin muntah).

(iv)

Jika mangsa tidak sedarkan diri, berikan bantuan pernafasan CPR.

(v)

Hubungi 991 atau hantarkan mangsa ke hospital.

(vi)

Jika terkena Racun Aerosol, tanda keracunan: (a)

Gatal-gatal pada kulit, mata, hidung atau kerongkong.

(b)

Rawatan kecemasan:      

ii.

Keluar dari tempat/kawasan yang disembur racun. Hirup udara segar di ruang terbuka. Tanggalkan pakaian yang terkena racun. Jika terkena kulit, basuh dengan menggunakan sabun dan air. Jika terkena pada mata, bersihkan mata dengan menggunakan air yang banyak. Selepas itu, bolehlah diberikan dua hingga lima titis ubat mata bagi setiap mata.

Terseliuh a.

Sendi merupakan tempat pertemuan antara dua tulang atau lebih. Pergerakan yang melebihi had biasa pada sendi boleh mengakibatkan kecederaan pada ligamen (tisu penyambungan antara tulang). Ligamen sama ada boleh meregang dengan berlebihan, terkoyak atau terputus.

b.

Kecederaan pada ligamen seperti ini disebut terkehel (dislocation) dan terseliuh (sprain). Terdapat sedikit perbezaan antara terkehel dan terseliuh walaupun kedua-duanya melibatkan kecederaan pada ligamen.

c.

Terkehel ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan sendi yang melebihi had sehingga menyebabkan tulang beralih dari kedudukan asal dan menjejaskan struktur ligamen.

d.

Manakala, terseliuh pula ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan sendi yang melebihi had sehingga menjejaskan ligamen tetapi tulang tidak beralih dari kedudukan asal.

e.

Tanda-tanda ligamen terseliuh: (i)

Sakit-sakit.

(ii)

Bengkak.

60

f.

(iii)

Bertambah sakit apabila bergerak.

(iv)

Pergerakan yang terhad.

Cara-cara merawat terseliuh: (i) (ii)

Hadkan pergerakan anggota. Gunakan konsep RICE: R - Rest (Rehatkan bahagian yang cedera dengan kedudukan yang selesa) I

- Ice (Letakkan ketulan [tuamkan dengan] ais pada bahagian yang cedera)

C - Compress (Longgarkan otot-otot yang tegang dan tekan bahagian yang cedera dengan satu lapisan tebal kapas dan balut) E - Elevate (Lipat atau tinggikan bahagia yang cedera) (ii)

Dapatkan bantuan perubatan.

2.6.6 Pemulihan Pernafasan atau Cardio-Pulmonary Resuscitation (CPR): i.

Jika seseorang itu tidak bernafas dan jantungnya tidak berdenyut, kita perlu mengambil alih pengudaraan dan peredaran dengan segera supaya pengaliran oksigen ke otaknya berterusan.

ii.

Ingat petua S-P-P: S - Saluran Udara: Pastikan saluran udara terbuka. P - Pernafasan: Bernafas untuk pesakit dengan mengembungkan paru-parunya dan mengoksigenkan darah. P - Peredaran: Mengedarkan atau melancarkan aliran darah dengan memampatkan dada.

iii.

Cara-caranya: S - Saluran Udara Terbuka: (i)

Baringkan pesakit. Keluarkan sebarang benda asing daripada mulutnya dan bersihkan tempat di sekeliling mulut.

(ii)

Angkat lehernya ke atas dan dongakkan kepalanya ke belakang perlahan-lahan.

61

(iii)

Tarik rahangnya ke atas.

P - Pernafasan: (i)

Letakkan mulut anda di atas mulut pesakit, picit hidungnya agar tertutup dan hembus ke dalam mulutnya dengan kuat supaya dadanya mengembung. Jika pesakit adalah seorang bayi atau kanak, letakkan mulut anda di atas hidung dan mulutnya semasa menghembus.

(ii)

Alihkan mulut anda dan dengar dengan teliti bunyi udara hembus. Kemudian ulang tindakan menghembus. Jika tiada pertukaran udara, periksa semula kedudukan kepala dan rahang pesakit serta lihat sama ada lidahnya menghalang saluran udara. Cuba sekali lagi.

(iii)

Jika anda masih tidak mendapat sebarang pertukaran udara, pusing pesakit ke sisinya dan tampar tulang kipas beberapa kali untuk mengeluarkan sebarang benda asing daripada tekak.

(iv)

Teruskan pernafasan dari mulut ke mulut. Jangan putus asa sehingga pesakit mula bernafas. Dalam beberapa kes, ia mengambil masa beberapa jam sebelum sesorang pesakit itu pulih.

(v)

Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Pastikan pesakit berasa hangat dan baring dalam posisi yang selesa apabila dia telah pulih semula.

P - Peredaran (Mampatan Luar Dada): (i)

Jangan lakukan mampatan luar dada jika jantung mangsa berdenyut, walaupun hampir tidak kedengaran dan jika sebarang nadi dapat dirasai. Jika jantung belum berdenyut lakukan perkara ini: (a)

Baringkan pesakit secara lurus dan pukul tulang dada.

62

(b)

Jika jantung belum mula berdenyut, letakkan satu jari tangan kanan anda di atas rawan dengan tangan kiri di atas tangan kanan.

(c)

Tolak (tekan) dengan cepat dan angkat. Ulangi proses ini (Tekan… Lepaskan… Tekan… Lepaskan…) Apa yang kita buat ini adalah dengan menekan jantung mangsa dan memaksa darah mengalir ke seluruh badannya. Ini menggantikan denyutan jantung.

(d)

Selepas 30 tekanan, berikan dua bantuan pernafasan dari mulut ke mulut. Teruskan dengan ritma 30 kepada dua sehingga jantung mangsa berdenyut secara normal.

Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Media Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang kemahiran-kemahiran perkhemahan atau kemahiran-kemahiran keKRSan, termasuklah Kraf Perkhemahan, Simpulan dan Ikatan serta Ikhtiar Hidup dengan melayari internet serta membuat bacaan lanjut terhadap sumber-sumber rujukan yang lain serta mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan. Anda juga amat digalakkan untuk mempraktikkan apa yang telah anda pelajari agar pengetahuan anda tentang kemahiran-kemahiran perkhemahan atau kemahiran-kemahiran keKRSan akan menjadi lebih mantap.

Carian perlu meliputi isu-isu berkaitan keperluan mempelajari asas-asas simpulan dan ikatan dan bagaimana aktiviti ikhtiar hidup dan pertolongan cemas dapat membina semangat dalam kalangan pelajar dan anak muda Malaysia.

63

Pengalaman AKTIVITI 1 1. Terangkan konsep perkhemahan dan kraf perkhemahan. 2. Jelaskan jenis-jenis simpulan dan ikatan yang dipelajari. 3. Amalikan aktiviti masakan solar semasa interaksi kokurikulum KRS di IPG anda. 4. Bina satu Kertas Kerja untuk melaksanakan satu aktiviti perkhemahan di luar.

Refleksi:

Berdasarkan bacaan dan kefahaman anda terhadap kemahiran-kemahiran perkhemahan atau kemahirankemahiran keKRSan, termasuklah Kraf Perkhemahan, Simpulan dan Ikatan serta Ikhtiar Hidup, secara berkumpulan, bincangkan sejauh manakah aktiviti perkhemahan mampu melahirkan ahli KRS yang berdisiplin dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta hubungan sosial. Berikan contoh-contoh yang sesuai dalam perbincangan 64 tersebut.

UNIT 3

PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir Unit 3 pelajar akan dapat : 1.

menjelaskan tentang pengurusan dan persiapan untuk menjalankan aktiviti perkhemahan;

2.

menyusungalurkan pengurusan dan persiapan untuk menjalankan aktiviti perkhemahan;

3.

mengaplikasikan pengurusan dan persiapan perkhemahan semasa ingin menjalankan aktiviti perkhemahan;

4.

menulis surat-surat rasmi kepada pihak-pihak yang berkenaan sebelum aktiviti perkhemahan dijalankan; dan

5.

menjalankan aktiviti perkhemahan semasa mengajar di sekolah nanti.

Sinopsis

65

Unit ini menerangkan tentang pengurusan dan persiapan perkhemahan, iaitu perkaraperkara yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan sesudah aktiviti perkhemahan. Unit ini turut membincangkan tentang struktur organisasi atau jawatankuasa perkhemahan yang perlu diwujudkan, pemilihan tempat perkhemahan serta aspek-aspek keselamatan sepanjang aktiviti perkhemahan dijalankan. Di samping itu, format dan cara penulisan surat rasmi turut dibincangkan dalam Unit 3 ini. Semoga sub-subtopik yang dibincangkan dalam unit ini akan memberikan manfaat kepada semua.

66

3.0

PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN

i.

Konsep Perkhemahan

Aktiviti perkhemahan merupakan suatu aktiviti yang amat menyeronokkan dalam kehidupan.

a.

Berkhemah atau perkhemahan merupakan aktiviti sukan dan riadah yang amat baik dan menarik diikuti, sama ada di peringkat individu, keluarga, sekolah mahupun institusi sosial yang lain.

b.

Di samping dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan atau silatulrahim sesama individu dan masyarakat, aktiviti ini juga dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman yang amat berguna serta mengurangkan gejala-gejala sosial yang sering mengganggu masyarakat, terutamanya golongan remaja. Antaranya, budaya lepak, gejala dadah, dan jenayahjenayah lain yang mungkin akan dapat dibendung melalui aktiviti ini.

c.

Sehubungan dengan itu, berkhemah atau perkhemahan boleh ditakrifkan sebagai penghidupan di luar bangunan, sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung, dalam kawasan sekolah dan sebagainya.

d.

Berkhemah bermakna kita menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran kita. Ini bermakna, seandainya kita berkhemah secara individu atau berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semula jadi perlu kita utamakan.

e.

Dahulu aktiviti perkhemahan merupakan satu keperluan untuk hidup, kerana ia berkait rapat dengan ikhtiar hidup, sama ada secara individu atau berkumpulan.

f.

Berkhemah merupakan satu cabang ilmu yang menguji kemampuan mental dan fizikal untuk menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan kemudahan yang terhad. Aktiviti perkhemahan akan menguji sejauh manakah kesanggupan kita untuk menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan sepanjang aktiviti ini dijalankan.

g.

Kini aktiviti perkhemahan telah menjadi satu aktiviti yang wajib dalam kegiatan kokurikulum unit beruniform di institusi-institusi pendidikan.

67

ii.

Penglibatan: a.

b.

iii.

(i)

Kategori murid Sekolah Rendah:

(ii)

Kategori pelajar Sekolah Menengah Rendah:

(iii)

Kategori pelajar Sekolah Menengah Atas:

(iv)

Kategori Pra-Universiti, Kolej Universiti, Universiti dan ahli yang berusia 18 tahun dan ke atas:

(v)

Kategori pemimpin (berusia 25 tahun dan ke atas):

Hampir kesemua penglibatan dan penyertaan ini memerlukan peserta mengikuti aktiviti perkhemahan yang memerlukan berkhemah.

Sijil dan Anugerah: a.

iv.

Penglibatan dan penyertaan aktiviti perkhemahan mengikut pelbagai kategori:

Setiap penyertaan di atas akan dianugerahkan sijil, iaitu sama ada Sijil Penyertaan atau Sijil Penghargaan.

Tujuan Perkhemahan: a.

b.

Terdapat dua tujuan utama dalam melaksanakan aktiviti perkhemahan, iaitu; (i)

Tujuan Umum; dan

(ii)

Tujuan Khusus.

Tujuan Umum: Bertujuan untuk melatih ahli perkhemahan agar: (i)

dapat meningkatkan ketakwaan kepada Tuhan;

(ii)

dapat menghayati erti batasan kehidupan;

68

(iii)

mempunyai daya tahan mental dan fizikal, khususnya semasa menerima arahan, melaksanakan arahan serta semasa menjalankan aktiviti-aktiviti yang lasak;

(iv)

mempraktikkan dan memahirkan ilmu-ilmu yang telah dipelajari secara teori, seperti mendirikan khemah, memasang gejet, simpulan dan ikatan dan sebagainya;

(v)

menguatkan semangat dan mampu menghadapi pelbagai rintangan, khususnya semasa aktiviti pengembaraan dijalankan seperti merentas bukit-bukau, danau, lopak, dan sungai;

(vi)

melaksanakan amanah dan tanggungjawab seperti mengurus diri sendiri dan kumpulan;

(vii) mematuhi segala peraturan yang telah dirancangkan atau ditetapkan; (viii) memupuk nilai-nilai murni yang ada pada diri individu dengan meningkatkan semangat kekitaan, berpersatuan dan berdisiplin sentiasa ringan tulang dan saling bekerja sama di antara satu sama lain; (ix)

menghargai dan mencintai alam sekitar ciptaan Tuhan dengan memelihara kebersihan dan tumbuh-tumbuhan yang ada di kawasan tapak perkhemahan;

(x)

sentiasa berhati bersih, iaitu tidak berasa bongkak, sombong, iri hati, atau busuk hati dengan anggota kumpulan yang lain;

(xi)

berhibur dengan aktiviti-aktiviti yang sihat dan berfaedah;

(xii) menghilangkan stres atau ketegangan jiwa; dan (xiii) mengelakkan daripada gejala sosial yang kurang sihat dan tidak berfaedah. c.

Tujuan Khusus: (i)

Rekreasi: Mementingkan kemudahan dan keselesaan dalam makan-minum dantempat tidur. Tidak mementingkan kegiatan kemahiran Ilmu perkhemahan.

(ii)

Khusus: Kurang mementingkan keselesaan tetapi lebih penekanan terhadapkemahiran- kemahiran ilmu perkhemahan yang berlatar belakang suasana backwoods (ala hutan).

(iii)

Pengembaraan ekspedisi: Berkhemah sementara di sesuatu lokasi sewaktu dalam perjalanan jauh untuk tujuan berehat atau untuk aktiviti tertentu seperti

69

memancing, sebagainya.

team-building·,

perancangan

baru

organisasi

dan

(iv)

Misteri: Siri penjelajahan untuk mencari sesuatu yang tersembunyi berdasarkanpanduan yang diberikan sama ada menggunakan peta atau kompas atau kedua-duanya, seperti aktiviti treasure hunt.

(v)

Penyelidikan: Membuat kajian terhadap sesuatu yang mungkin memerlukan jangkamasa yang lama di sesuatu lokasi. Kajian arkeologi misalnya.

(vi)

Ikhtiar hidup/survival: Untuk tujuan yang lebih khusus, biasanya untuk pengembaraan yang lasak, berunsur ilmiah, menguji kemahiran yang telah dipelajari dan membina semangat serta ketahanan diri.

Terdapat beberapa faedah dalam mengikuti aktiviti perkhemahan, iaitu;

70

v.

Jenis Perkhemahan: Terdapat tiga kategori atau jenis perkhemahan yang boleh dianjurkan oleh Unit Kokurikulum atau Badan Beruniform, iaitu: a.

Perkhemahan ringkas: (i)

Tujuan utama sebagai pendedahan atau rekreasi semata-mata;

(ii)

Dalam kumpulan yang kecil (antara dua hingga 4 orang sahaja);

(iii)

Bilangan jurulatih/pemimpin yang tidak ramai (kadang-kadang hanya seorang sahaja);

(iv)

Tempoh masa yang pendek (sekitar satu atau dua hari sahaja);

(v)

Perancangan yang singkat dan cepat (adakalanya secara ad-hoc sahaja);

(vi)

Kos yang rendah dan berpatutan; dan

(viii) Tempat yang tidak jauh (adakalanya dalam kawasan sekolah). b.

Perkhemahan kumpulan atau unit: (i)

Tujuan utama sebagai penilaian (bukan rekreasi atau berkelah);

(ii)

Dalam kumpulan yang lebih besar (sekurang-kurangnya 15 orang);

(iii)

Melibatkan bilangan jurulatih/pemimpin yang ramai (antara tiga hingga lima orang);

(iv)

Tempoh masa masih pendek (sekitar dua hingga tiga hari);

(v)

Perancangan yang agak rapi dan teliti (ada jawatankuasa khas);

(vi)

Memerlukan kos yang tinggi dan berpatutan; dan

(viii) Aktiviti di luar kawasan sekolah. c.

Perkhemahan besar-besaran: (i)

Perkhemahan besar-besaran termasuklah perkhemahan yang dianjurkan secara zon, daerah, negeri, negara dan antarabangsa;

(ii)

Selain sebagai penilaian, perkhemahan jenis ini juga bertujuan bertujuan untuk menjalin dan merapatkan hubungan silatulrahim sesama ahli;

71

(iii)

Dalam kumpulan amat besar (adakalanya mencecah hingga puluhan ribu orang yang melibatkan pelbagai unit dan negara);

(iv)

Melibatkan bilangan jurulatih, pemimpin dan urus setia yang lebih ramai;

(v)

Tempoh masih yang lebih panjang (antara lima hingga tujuh hari);

(vi)

Perancangan yang lebih rapi, teliti dan bersistematik (mengambil masa yang agak lama untuk merancang, adakalanya melebihi setahun);

(vii) Kos yang amat tinggi (memerlukan tajaan daripada pelbagai pihak, termasuk kerajaan negeri dan kementerian, di samping agensi kerajaan dan pihak swasta); dan (viii) Memerlukan tempat yang luas (mampu menampung penglibatan sehingga berpuluh ribu orang). Oleh itu, perancangan dan pengurusan perkhemahan perlulah berdasar kepada kategori atau jenis perkhemahan yang akan dianjurkan seperti di atas. vi.

Struktur Organisasi Aktiviti Perkhemahan: a.

Organisasi ialah jentera yang akan menggerakkan aktiviti untuk kumpulan. Oleh itu, organisasi aktivti perkhemahan perlu dirancang berdasarkan perkara-perkara seperti yang berikut: (i)

Penganjur: Nama pihak yang menganjurkan perkhemahan tersebut perlu dicatatkan, sama ada penganjuran utama atau penganjuran bersama.

(ii)

Peserta: Menentukan kumpulan sasaran dan kriteria peserta perkhemahan. Setiap peserta yang akan menyertai sesuatu perkhemahan mestilah sihat, bersedia dan telah menjalani latihan-latihan asas yang berkaitan. Kejayaan menjalani latihan-latihan asas ini mestilah dijadikan prasyarat kepada peserta.

(iii)

Saiz Kumpulan: Menentukan jumlah bilangan minima atau maksima ahli bagi setiap kumpulan.

(iv)

Syarat: Menetapkan syarat-syarat tertentu kepada peserta perkhemahan seperti:  jantina,  had umur,  keadaan tubuh badan,  kelulusan akademik,  kemahiran tertentu; dan

72

 (v)

(vi)

urusan-urusan lain yang berkaitan.

Kepemimpinan: Menentukan organisasi semasa perkhemahan.

kepimpinan

dalam

kumpulan-kumpulan

Jawatankuasa: Ahli Jawatankuasa Induk perlu ditentukan terlebih dahulu bagi melaksanakan perkhemahan

vii. Staf Perkhemahan

Pengenalpastian anggota yang terbabit berdasarkan perkhemahan yang akan dilaksanakan. Staf perkhemahan boleh terdiri yang terlibat langsung ataupun tidak terlibat secara langsung. (a) Staf secara langsung Terdiri daripada senarai yang berada dalam jawatankuasa induk dan pelaksana perkhemahan. Mereka terlibat secara penuh dan mempunyai surat lantikan mengikut bidang masing-masing. Senarai penuh boleh dilihat pada senarai jawatankuasa perkhemahan masing-masing. Adalah penting mereka ini dibekalkan senarai tugas setiap bidang (b) Staf secara tidak langsung Terdiri daripada mereka yang turut membantu tetapi tiada dinyatakan dalam senarai jawatankuasa seperti kerani kewangan yang meluluskan perkhemahan tersebut, pemandu bas, pegawai tadbir dan sebagainya viii. Perancangan dan Persiapan Awal Sebelum aktiviti perkhemahan: (i)

Antara perkara yang perlu dilakukan sebelum aktiviti perkhemahan dilaksanakan ialah: (a)

membentuk organisasi perkhemahan:   

(b)

Jawatankuasa Induk; Jawatankuasa Kerja atau Pelaksana; dan Barisan Jurulatih dan Pembimbing.

mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kursus atau Program Perkhemahan; 

mengesahkan pelantikan Ahli Jawatankuasa;

73

        

mengenal pasti jurulatih, pembimbing dan pengiring; menentukan senarai tugas setiap Ahli Jawatankuasa, termasuklah Penyelaras Kursus/Program, Pengiring, Pembimbing dan Jurulatih;menentukan tarikh; menentukan kumpulan dan bilangan sasaran/peserta; memastikan nisbah guru/pensyarah dan murid/pelajar/siswa guru menepati peraturan; menentukan tarikh dan bilangan hari yang sesuai; tentatif lokasi perkhemahan; tentatif atur cara atau jadual perkhemahan; tentatif tetamu kehormat yang akan hadir sewaktu perasmian; cara pergerakan ke tapak perkhemahan: o o o

  

tempahan bas (jika diadakan di luar); bilangan bas yang perlu disewa (mengikut bilangan peserta); kos sewaan bas.

kos perbelanjaan keseluruhan (sebelum, semasa dan selepas aktiviti) serta cara kutipan; permohonan kelulusan dan permit penganjuran perkhemahan; dan isu-isu lain yang berkaitan.

(c)

menyiapkan senarai nama petugas dan peserta Kursus/Program;

(d)

menentukan kadar kos perbelanjaan untuk menganjurkan perkhemahan;  

(e)

menyiapkan jadual perkhemahan yang meliputi:       

(f)

wang masuk; dan wang keluar.

bilangan hari; masa perjalanan pergi dan perjalanan balik; pengisian program; waktu solat, waktu rehat dan waktu makan (termasuk menu makanan); pengurusan diri; aktiviti/kerja masa lapang; dan hal-hal lain yang berkaitan.

menyiapkan Kertas Kerja atau Kertas Cadangan Program untuk diserahkan kepada pihak-pihak yang berkenaan;

74

(g)

mengemukakan permohonan kelulusan mengadakan aktiviti kepada pihak yang berkenaan;

(h)

menyiap dan mengedarkan surat-surat kebenaran, surat-surat pemberitahuan dan surat-surat pelantikan kepada pihak-pihak yang berkenaan (termasuklah makluman bertulis kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Ibu Pejabat Polis, Klinik Kesihatan dan organisasi yang lain, jika berkenaan;

(i)

menguruskan surat kebenaran ibu bapa dan perakuan kesihatan murid;

(j)

surat pelantikan kepada guru/pensyarah pengiring, pembimbing, pemimpin dan jurulatih yang terlibat, termasuk jurulatih undangan atau jurulatih luar;

(k)

memastikan semua yang terlibat, termasuk petugas dan peserta berada dalam keadaan baik dan sihat serta bersedia dengan rela hati untuk menyertai aktiviti perkhemahan;

(l)

memperincikan peraturan-peraturan keselamatan;

(m)

menyiapkan buku program dan borang-borang yang diperlukan semasa aktiviti perkhemahan dijalankan:

(n)

memastikan sijil penghargaan dan sijil penyertaan telah ditandatangani oleh pihak-pihak yang berkaitan, dan jika perlu, siapkan hadiah dan cenderamata juga;

(o)

memastikan peralatan (lojistik) dan bahan serta keperluan untuk aktiviti perkhemahan mencukupi dan boleh digunakan;

(p)

memastikan kebajikan dan kesihatan peserta dan jurulatih diberikan keutamaan, termasuklah:     

kotak/kit bantu mula diletakkan di tempat yang sesuai; jangkitan penyakit; keracunan makanan; gigitan serangga berbisa; dan serangan binatang buas.

(q)

memberi taklimat kepada semua yang terlibat dalam pengurusan perkhemahan, termasuk guru/pensyarah pengiring, pembimbing, pemimpin dan jurulatih, termasuk ibu bapa peserta (jika perlu);

(r)

memberi taklimat kepada semua peserta perkhemahan;

(s)

menentukan semua prosedur perkhemahan dipatuhi; dan

75

(t)

menyediakan senarai semak sebelum, semasa dan selepas aktiviti perkhemahan sebagai rujukan kerja.

ix. Pemilihan Tempat mengenal pasti lokasi perkhemahan: 

 

keluasan kawasan perkhemahan yang dipilih menepati bilangan peserta perkhemahan serta mampu menampung aktiviti perkhemahan, seperti tapak perkhemahan, tempat perhimpunan, latihan, kuliah, permainan dan kawasan untuk istirahat; memeriksa kawasan perkhemahan selamat untuk didiami dan beraktiviti; memilih kawasan yang menarik dan mempunyai nilai-nilai tertentu, umpamanya nilai sejarah, seperti di kawasan Gunung Jerai, Gunung Ledang, Beruas dan sebagainya;

CONTOH TAPAK PERKHEMAHAN YANG LUAS, SELESA DAN SELAMAT



   

kawasan yang bebas daripada laluan angin kencang yang boleh mendatangkan bahaya dan kecelakaan seperti pokok tumbang, khemah melayang atau runtuh, dan seumpamanya; kawasan yang tidak mempunyai pokok tua, pokok mati atau dahan yang mudah serkah atau patah untuk mengelakkan pokok atau dahan-dahan berkenaan menimpa khemah; kawasan tanah yang tidak mudah runtuh apabila hujan; kawasan yang bebas daripada banjir atau mudah ditenggelami air apabila hujan; kawasan yang bebas daripada binatang liar atau orangorang jahat yang mungkin boleh mengancam keselamatan jiwa dan harta benda;

76



menentukan lokasi penempatan khemah, kemudahan asas dan keperluan-keperluan lain berfungsi dengan baik sesuai untuk aktiviti perkhemahan, seperti: o o o o o

 

d.

surau; tandas yang sesuai dan mencukupi untuk lelaki dan perempuan; bekalan elektrik; bekalan air bersih; dan sistem komunikasi.

memastikan keperluan lojistik mencukupi dan berada dalam keadaan boleh digunakan; dan menempah lokasi perkhemahan;

Semasa aktiviti perkhemahan: (i)

Antara perkara yang perlu dilakukan semasa aktiviti perkhemahan dilaksanakan ialah: (a)

memberikan taklimat kepada semua yang terlibat sebaik sampai di tapak perkhemahan;

(b)

memastikan termasuklah:   

(c)

keselamatan

sentiasa

dipatuhi,

tapak perkhemahan yang selamat untuk didiami dan beraktiviti serta berkondisif; mendirikan khemah di kawasan yang selamat dan tidak berbatu tajam; sistem pencahayaan yang mencukupi untuk menerangi kawasan perkhemahan;

memastikan kebajikan dan kesihatan peserta dan jurulatih diberikan keutamaan, termasuklah:     

(d)

prosedur

kotak/kit bantu mula diletakkan di tempat yang sesuai; jangkitan penyakit; keracunan makanan; gigitan serangga berbisa; dan serangan binatang buas.

kemudahan asas berfungsi dengan baik, seperti:    

surau; tandas yang sesuai dan mencukupi untuk lelaki dan perempuan; elektrik; air yang bersih; dan

77



e.

sistem komunikasi.

(e)

melakukan Istiadat Pemeriksaan Pagi pada setiap pagi untuk memastikan peserta perkhemahan dapat mencapai standard atau tahap perkhemahan;

(f)

selain Istiadat Pemeriksaan Pagi, pemantauan harus dilakukan untuk memastikan aktiviti-aktiviti yang lain turut dilaksanakan sepanjang perkhemahan ini dijalankan, seperti:

(g)

membuat pemantauan agar Jadual Perkhemahan sentiasa dipatuhi dan dilaksanakan mengikut perancangan, kecuali jika berlaku sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan, termasuklah mengadakan mesyuarat jurulatih pada setiap malam;

(h)

menentukan semua peserta mengambil bahagian dalam semua aktiviti perkhemahan yang telah dirancangkan; dan

(i)

memantau dari semasa ke semasa agar setiap aktiviti yang dilaksanakan dapat dijalankan dalam keadaan selamat dan baik; dan

(j)

menyerahkan sijil-sijil penghargaan kepada para petugas dan sijil-sijil penyertaan kepada peserta perkhemahan atau kursus pada akhir perkhemahan/kursus.

Selepas aktiviti perkhemahan: (i)

Antara perkara yang perlu dilakukan selepas aktiviti perkhemahan dilaksanakan ialah: (a)

mengemaskan peralatan yang dibawa dan digunakan;

(b)

memastikan keperluan logistik dan peralatan perkhemahan mencukupi dan berada dalam keadaan baik serta bersih;

(c)

memulangkan semua peralatan dan lojistik yang dipinjam;

(d)

meninggalkan kawasan perkhemahan dalam keadaan bersih;

(e)

mengadakan mesyuarat post-mortem untuk membuat penilaian terhadap aktiviti perkhemahan yang telah dijalankan dan membentangkannya dalam mesyuarat;

(f)

menulis dan mengedarkan surat-surat penghargaan kepada pihak-pihak yang berkenaan; dan

78

x.

(g)

menyemak senarai semak;

(h)

mendokumentasikan aktiviti sebagai simpanan untuk dijadikan sebagai panduan dan bahan rujukan pada masa yang akan datang.

Aspek Keselamatan Perkhemahan:

Semasa aktiviti perkhemahan, bagi memastikan keselamatan: (i)

Antara perkara yang perlu dilakukan semasa aktiviti perkhemahan dilaksanakan ialah: (a)

memberikan taklimat kepada semua yang terlibat sebaik sampai di tapak perkhemahan;

(b)

memastikan termasuklah:   

(c)

prosedur

keselamatan

sentiasa

dipatuhi,

tapak perkhemahan yang selamat untuk didiami dan beraktiviti serta berkondisif; mendirikan khemah di kawasan yang selamat dan tidak berbatu tajam; sistem pencahayaan yang mencukupi untuk menerangi kawasan perkhemahan;

memastikan kebajikan dan kesihatan peserta dan jurulatih diberikan keutamaan, termasuklah:     

kotak/kit bantu mula diletakkan di tempat yang sesuai; jangkitan penyakit; keracunan makanan; gigitan serangga berbisa; dan serangan binatang buas.

(d)

membuat pemantauan agar Jadual Perkhemahan sentiasa dipatuhi dan dilaksanakan mengikut perancangan, kecuali jika berlaku sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan, termasuklah mengadakan mesyuarat jurulatih pada setiap malam;

(e)

menentukan semua peserta mengambil bahagian dalam semua aktiviti perkhemahan yang telah dirancangkan; dan

(f)

memantau dari semasa ke semasa agar setiap aktiviti yang dilaksanakan dapat dijalankan dalam keadaan selamat dan baik; dan

79

(g)

xi.

menyerahkan sijil-sijil penghargaan kepada para petugas dan sijil-sijil penyertaan kepada peserta perkhemahan atau kursus pada akhir perkhemahan/kursus.

Kemudahan Asas: Seperti yang dinyatakan dalam proses pemilihan tapak perkhemahan yang baik, kemudahan asas berfungsi dengan baik adalah menjadi suatu aspek kemestian, seperti:  

surau; tandas yang sesuai dan mencukupi untuk lelaki dan perempuan; elektrik; air yang bersih; dan sistem komunikasi.

  

xii.

Pemeriksaan Pagi: a.

Tujuan: (i)

Meningkatkan darjah/tahap perkhemahan.

(ii)

Peka pada kebersihan, uniform, alatan.

(iii)

Tahu membuat gajet dengan baik.

(iv)

Komen - puji dan tegur.

(v)

Pengiktirafan – anugerah panent.

(vi)

Menyerlahkan kerjasama ahli perkhemahan.

(vii) Pemimpin peka latar belakang ahli/peserta. b.

Komponen Penilaian: (i)

Peribadi/Pakaian seragam: (a)

Topi dan lencana.

(b)

Baju, tanda nama dan lencana.

(c)

Seluar dan tali pinggang (lelaki).

80

(ii)

(iii)

(iv)

(d)

Kasut hitam bertali (lelaki pemimpin dan pelajar).

(e)

Kasut hitam bertumit tanpa tali (pemimpin perempuan).

(f)

Kasut hitam bertali (pelajar perempuan).

(g)

Stokin biru tua (hitam tidak digalakkan).

(h)

Kebersihan dam kekemasan pakaian/uniform.

(i)

Kebersihan kuku dan gigi.

Gajet: (a)

Pintu gerbang dan pagar.

(b)

Bendera dan tiang bendera.

(c)

Papan kenyataan.

(d)

Rak kasut.

(e)

Ampaian.

(f)

Meja makan.

(g)

Rak alatan tajam.

(h)

Aksesori tambahan yang lain.

Dapur: (a)

Rak untuk dapur dan peralatan dapur.

(b)

Kebersihan peralatan dapur.

(c)

Rak makanan basah dan kering.

(d)

Lubang basah dan Lubang kering.

(e)

Kebersihan kawasan dapur

Khemah dan tataatur: (a)

Keceriaan kawasan perkhemahan.

(b)

Susunan kedudukan khemah.

(c)

Kekemasan khemah.

81

(v)

c.

(d)

Susunan kandungan peribadi (beg, pakaian, dsb).

(e)

Susun atur gajet.

Kebersihan: (a)

Kawasan khemah dan sekelilingnya.

(b)

Dalam khemah.

(c)

Peralatan dapur.

(d)

Makanan tidak terdedah.

Prosedur Pemeriksaan Pagi: (i)

Peserta lengkap beruniform berbaris di hadapan khemah masingmasing. (Boleh berbaris di dalam kawasan khemah jika kawasan khemah luas.)

(ii)

Sebaik sahaja Ketua Kursus, jurulatih atau Ketua Pemeriksa tiba di hadapan khemah, Ketua memberi arahan. Contohnya: SKUAD...SKUAD …… SEDIA!

(iii)

Ketua berkawad untuk melapor kepada Ketua, jurulatih atau Ketua Pemeriksa. Cara melapor: Tabik hormat … ASSALAMU‟ALAIKUM/SELAMAT PAGI, TUAN! SKUAD SERAMAI LAPAN ORANG SIAP SEDIA UNTUK DIPERIKSA, TUAN! Arahan Ketua /jurulatih/Ketua Pemeriksa: WA‟ALAIKUMUSSALAM/SELAMAT PAGI. MINTA PENOLONG KETUA DAN QM SAHAJA KELUAR BARIS! Tindak balas Ketua Sekawan/Patrol: BAIK, TUAN! MOHON KEBENARAN UNTUK MENJALANKAN TUGAS YANG LAIN, TUAN! Tabik hormat sekali lagi… TERIMA KASIH, TUAN!

82

(iv) Selepas memberikan tabik hormat Ketua kembali ke tempat asal lalu memberikan arahan khusus untuk Penolong Ketua dan QM keluar baris. Ketua arahan: PENOLONG KETUA DAN QM SAHAJA, KELUAR …… BARIS! (v)

Penolong Ketua dan QM akan bergerak satu langkah ke hadapan kemudian pusing ke kanan sebagai tanda keluar baris.

(vi)

Penolong Ketua dan QM akan membawa para penilai/pemeriksa atau jurulatih ke dalam khemah untuk dibuat penilaian manakala Ketua berserta peserta perkhemahan yang lain akan diperiksa tentang peribadi dan uniform KRS dalam satu barisan di hadapan khemah. Selesai penilaian Penolong Ketua dan QM akan masuk ke dalam barisan kembali.

(vi)

Pada akhir pemeriksaan pagi, Ketua perkhemahan akan lapor kepada Ketua /jurulatih/Ketua Pemeriksa sekali lagi. Cara melapor: Tabik hormat … ASSALAMU‟ALAIKUM/SELAMAT PAGI, TUAN! SKUAD SERAMAI LAPAN ORANG SIAP MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS PEMERIKSAAN TADI, TUAN! Arahan Ketua /jurulatih/Ketua Pemeriksa: WA‟ALAIKUMUSSALAM/SELAMAT PAGI. SELEPAS INI BERSIAP UNTUK .......... Tindak balas Ketua: BAIK, TUAN! MOHON KEBENARAN UNTUK MENJALANKAN TUGAS YANG LAIN, TUAN! Tabik hormat sekali lagi… TERIMA KASIH, TUAN!

(vii) Selepas memberikan tabik hormat, Ketua perkhemahan kembali ke tempat asal lalu memberikan arahan keluar baris. Ketua memberikan arahan: SKUAD! KELUAR ...... BARIS!

83

xiii. Surat-menyurat: i.

Sekurang-kurangnya sebulan sebelum aktiviti perkhemahan dimulakan, pihak penganjur perlu menyiap dan mengedarkan beberapa jenis surat secara rasmi kepada pihak-pihak yang berkenaan.. Antaranya, seperti: a.

b.

c.

d.

Surat panggilan mesyuarat: (i)

Mesyuarat Jawatankuasa Aktiviti Perkhemahan Bilangan 01 – bertujuan untuk melantik barisan jawatankuasa.

(ii)

Surat panggilan mesyuarat Jawatankuasa Induk.

ditandatangani

oleh

Setiauaha

Surat pelantikan jawatankuasa: (i)

Surat pengesahan pelantikan sebagai ahli jawatankuasa yang ditandatangani oleh Kuasa Penganjur atau pihak penganjur.

(ii)

Surat pelantikan sebagai pembimbing, jurulatih dan jurulatih luar atau jurulatih undangan.

(iii)

Draf surat disediakan oleh Setiausaha Jawatankuasa Induk.

Surat kebenaran: (i)

Surat memohon kebenaran daripada Kuasa Penganjur untuk menganjurkan aktiviti perkhemahan yang ditandatangani oleh Setiausaha Jawatankuasa Induk.

(ii)

Surat kepada ibu bapa memohon keizinan membenarkan anak mereka menyertai aktiviti perkhemahan.

(iii)

Surat memohon kebenaran untuk menggunakan tempat atau tapak perkhemahan kepada tuan punya tapak.

Surat pemberitahuan: (i)

Pemberitahuan atau makluman secara bertulis kepada pihak-pihak yang tertentu tentang aktiviti perkhemahan yang akan di jalan di dalam kawasan mereka, seperti: (a)

Pejabat Pendidikan Daerah atau IPGM;

(b)

Ketua Kampung;

(c)

Balai Polis;

(d)

hospital atau klinik kesihatan kerajaan;

(e)

dan organisasi lain yang berkenaan.

84

xiv. Laporan dan refleksi: i. Laporan aktiviti atau laporan kursus perlu dicatatkan sebaik sahaja aktiviti perkhemahan atau kursus selesai dijalankan. ii. Kebiasaannya setiausaha yang akan mencatatkan laporan aktiviti setelah berbinklah dituliscang dengan pengerusi atau pihak penganjur. iii. Laporan diperlukan sebagai bahan rujukan untuk pihak penganjur membuat pascanilai (post-morterm) dan sebagai panduan dan penambaikan dalam menganjurkan aktiviti perkhemahan pada masa yang akan dating. iv. Perlu dicatatkan mengikut format laporan yang telah ditetapkan. FORMAT MENULIS LAPORAN 1.

Tajuk Laporan: Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digarisi atau ditulis huruf besar semuanya. Tajuk hendaklah ditulis di tengah-tengah. Boleh ditulis dalam dua baris, jika tajuk terlalu panjang.

2.

Isi Laporan Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutupan.

3.

Pengakuan Pelapor Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terakhir.

4.

Tarikh Ditulis di sebelah kanan laporan setentang dengan pengakuan.

5.

Tandatangan Pelapor Di sebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan pelapor.

6.

Nama Pelapor Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan sebelah tandatangan pelapor.

7.

Jawatan Pelapor Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda koma di hujungnya. Seterusnya ditulis nama persatuan/pergerakan yang diwakili.

85

CONTOH FORMAT MENULIS LAPORAN

v. Penulisan mengikut urutan atau perkembangan peristiwa, iaitu yang dahulu didahulukan. vi. Gunakan bahasa yang baik, padat tetapi ringkas. vii. Boleh memasukkan beberapa gambar aktiviti di dalam laporan tersebut. viii. Catatan refleksi boleh dicatatkan pada akhir laporan. Catatan boleh ditulis apa yang dilihat, dirasai dan dialami serta kesan daripada aktiviti perkhemahan terhadap peserta dan pembelajaran.

Penulisan laporan aktiiti berasaskan SWOT analasis amat digalakkan.

86

Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Media Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan, termasuklah membuat kertas kerja atau kertas cadangan serta suratsurat rasmi dengan melayari internet serta membuat bacaan lanjut terhadap sumbersumber rujukan yang lain serta mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan. Anda juga amat digalakkan untuk mempraktikkan apa yang telah anda pelajari agar pengetahuan anda tentang Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan akan menjadi lebih mantap.

Carian perlu meliputi isu-isu berkaitan keperluan mengurus dan mempersiapkan aktiviti perkhemahan dan bagaimana aktiviti perkhemahan ini dapat membentuk semangat kejelikitan, toleransi dan kesamarataan dalam kalangan pelajar dan anak muda Malaysia yang berbilang kaum, agama dan keturunan.

Pengalaman AKTIVITI 2 1. Terangkan prosedur yang perlu diikuti untuk menguruskan aktiviti perkhemahan.

2. Jelaskan jenis-jenis perkhemahan serta peserta yang layak menyertai perkhemahan tersebut. 3. Amalikan Istiadat Pemeriksaan Pagi secara keseluruhannya semasa interaksi kokurikulum KRS di IPG anda. 4. Bina satu Kertas Kerja untuk melaksanakan satu aktiviti

87

RUJUKAN

Ab. Alim Abdul Rahim (1992 ). Panduan Perkhemahan, Simpulan dan Pioneering. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ab Alim Abdul Rahim ( 2004 ). Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1997 ). Kurikulum Latihan Tunas Kadet Remaja Sekolah. Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1997). Panduan Kawat Tunas Kadet Remaja Sekolah. Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1997). Perlembagaan Tunas Kadet Remaja Sekolah. Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1997). Tatacara Pemakaian Tunas Kadet Remaja Sekolah. Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Buku Panduan Pengurusan Tunas Kadet Remaja Sekolah. Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Buku Panduan Pengurusan Kadet Remaja Sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia (1995). Modul Kursus Kejurulatihan TKRS Peringkat Kebangsaan Kali 1. PBSMM. Buku Pertolongan Cemas Praktikal. Kuala Lumpur: Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia: Kuala Lumpur. PBSM. Manual Pertolongan Cemas. Kuala Lumpur: Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia: Kuala Lumpur.

88

PANEL PENULIS MODUL PEMBELAJARAN MPU2031 UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH NAMA

KELAYAKAN

KELULUSAN: IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP) IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (TEKNIK & VOKASIONAL) SANIF BIN SAPAAT

PENGALAMAN: DITAULIAHKAN PANGKAT MEJAR(KRS) TAHUN 2006 DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI MAJLIS TADBIR KRS KEBANGSAAN (IPGM) PENGALAMAN SELAMA 13 TAHUN SEBAGAI AHLI KRS IPGM

KELULUSAN: B.A.(HONS) ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI M.A. SOSIOLOGI PENDIDIKAN AZMAN BIN KANIL@KONIL

ZAINAB BEE BINTI HAMID (PENYELARAS)

PENGALAMAN: DITAULIAHKAN PANGKAT MEJAR(KRS) TAHUN 2006 DILANTIK SEBAGAI AHLI MAJLIS TADBIR KRS KEBANGSAAN (IPGM) Kelulusan: SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (MATEMATIK) UTM SARJANA TEKNOLOGI MAKLUMAT UUM

Institut Pendidikan Guru Malaysia

89

Related Documents

Mpu2031 - Krs
March 2021 0

More Documents from "Anonymous abU7r15"