Sumbangan Tamadun Islam

  • Uploaded by: fzulkarnai
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sumbangan Tamadun Islam as PDF for free.

More details

  • Words: 1,272
  • Pages: 13
Loading documents preview...
SKP 2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA TAJUK PERBENTANGAN: SUMBANGAN TAMADUN ISLAM

AQIDAH TAUHID •

Aqidah ialah asas paling utama tamadun Islam dan paksi pembinaan tamadun Islam. Aqidah Islam bersumberkan al-Quran dan sunnah. Sebarang penolakan akidah dan kepentingannya membawa kepincangan dalam tamadun tersebut. • Aqidah berasal daripada perkataan Arab yang di Melayukan membawa erti ‘kepercayaan’ atau ‘keyakinan’ • Kekuatan aqidah Islam bergantung kepada: i. keyakinan dan kebenaran yang mutlak, hakikat yang mutlak dan pasti serta abadi, seperti yang disarankan di dalam al-Quran. Allah SWT menyeru kepada manusia supaya menggunakan akal fikiran yang diberikan untuk mencari hakikat tersebut, bukti yang lahir daripada kebenaran hakikat merupakan suatu jalan yang tebaik bagi beriman dan beraqidah kepada Allah SWT. ii. Keimanan itu mestilah disertai dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman rohani, supaya iman yang wujud itu kekal selamanya. • Oleh itu kekuatan orang muslim itu bergantung kepada kukuhnya pegangan terhadap keimanan kepada Allah SWT. Semakin kukuh keimanannya maka semakin kukuh keperibadian muslim itu dan begitu juga sebaliknya.

• Keistimewaan aqidah:  Aqidah atau keimanan adalah sesuatu yang boleh meningkat dan berkurang. Ia terletak pada kekuatan atau tahap keimanan seseorang individu itu, bergantung kepada ketinggian ilmu yang dimilikinya. Kebenaran sesuatu ilmu yang dimiliki dan diamalkan menjadikan manusia lebih dekat kepada Allah SWT.  Aqidah mempunyai daya dan kekuatan bagi mencorakkan amalan dan usaha kerana hubungan di antara aqidah dan amalan yang rapat. Segala perbuatan dan gerak kerja yang dilakukan oleh umat Islam akan menterjemahkannya kepada keimanan dan pegangan aqidahnya.  Aqidah mempunyai daya tarikan yang bersifat ghaib di sebalik alam nyata yang sukar digambarkan oleh akal fikiran. Banyak perkara yang tidak dapat dilihat dan dirasai oleh pancaindera manusia seperti syurga, neraka, hari akhirat dan sebagainya tetapi wajib diimani kerana ia dinyatakan di dalam al-Quran dan Sunnah yang menjadi pegangan umat Islam.  Aqidah ialah tali pegangan yang diletakkan oleh Allah SWT bagi manusia supaya membentuk manusia dan dunia selari dengan kehendak tuhan. Dengan tali pegangan ini manusia dikehendaki mencorakkan seluruh hidupnya daripada segi pemikiran, perundangan, pengibadatan dan sebagainya sejajar dengan tuntutan Allah SWT.

AQIDAH

IDEALOGI

Iman tertanam di lubuk hati

Tertanam di dalam fikiran, fantasi dan khayalan.

Kebenaran yang mutlak dan tetap

Mungkin betul dan mungkin salah, bersifat relatif.

Berpendirian tetap, teguh dan kukuh selama-lamanya

Pendirian tidak tetap. Mudah berubahubah dipengaruhi oleh persekitaran

Aman bahagia, tenang kerana sentiasa benar

Gembira apabila benar, sedih dan putus asa apabila salah.

Tenang menghadapi apa jua kemungkinan Dipenuhi keraguan dan kebimbangan sama ada suka ataupun duka

• PENGARUH AQIDAH:  Aqidah keimanan memberikan kesan yang besar dalam memberikan didikan luar biasa terhadap kaum mukminin terdahulu, yang menyebabkan jiwa menjadi suci, bersih dan murni, dilenyapkan dari segala penyakit dendam dan bangga diri, kefasikan, kecurangan dan lain-lain.  Itulah yang menyebabkan orang-orang dahulu itu menjadi tinggi dan luhur cita-citanya. Yang mereka usahakan hanyalah perkara-perkara yang agung, besar dan jaya.  Mereka juga menempatkan diri mereka sebagai pemimpin manusia, pembimbing ummat sedunia, dimerdekakan jiwa mereka itu dari segala macam khurafat, khayalan dan angan-angan yang buruk yang tiada faedah.  Aqidah inilah yang memantapkan hati ummat Islam terdahulu, sehingga dapat memperoleh kemenangan yang gilang gemilang, membebaskan negeri, memerdekakan bangsa dan sebagainya.  Menanamkan ilmu dan mengajak mengamalkan amalan yang soleh.  Itulah pengaruh dan kesan aqidah yang haq jikalau sudah benar-benar meresap dan tertanam dalam jiwa manusia.

POLITIK •







Secara literalnya perkataan ‘politik’ berasal daripada bahasa Yunani iaitu ‘politikos’ , dan ada yang berpendapat bahawa politik berasal daripada perkataan Latin ‘politico’ yang bermaksud ‘negara kota’ ataupun ‘kemajuan’. Politik ditafsirkan dalam pelbagai makna dan maksud, antaranya politik itu bermaksud siasat, tipu muslihat, pemerintahan, peperangan, mengetahui sesuatu secara tipu muslihat dan juga muslihat sesuatu pergerakan dan perhimpunan.(Alias Osman:1) Dalam bahasa arab politik dikenali sebagai siasah. Menurut Kamus al-Munjid , siasah ialah mengendalikan urusan sesebuah negara, memperbaiki keadaan dan urusan manusia mentadbir urusan sesebuah negeri. Politik bermaksud proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan.

• Perlantikan Khalifah Islam tidak menetapkan sesuatu tatacara yang standard bagi perlantikan seorang Khalifah. Merujuk kepada proses pemilihan dan perlantikan khalifah pada zaman khulafa’ Ar Rashidin, terdapat tiga cara perlantikan iaitu: i. ii. iii.

Cadangan daripada seseorang dan kemudiannya dipersetujui oleh orang ramai. Dilantik oleh Khalifah yang terdahulu dan dipersetujui oleh orang ramai. Dikemukakan beberapa calon oleh Khalifah terdahulu supaya dipilih salah seorang daripada mereka yang paling layak memegang jawatan khalifah.

• Syura •

Dalam sejarah politik Islam, sudah diamalkan suatu sistem permesyurakatan yang dinamakan syura. • Dipraktikkan daripada zaman Nabi Muhammad SAW lagi yang kemudian diikuti oleh khalifah-khalifah seterusnya. • Sistem syura ialah suatu mekanisme pembuatan keputusan berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 159 yang bermaksud, “urusan negara hendaklah dimesyuaratkan sesama mereka”. • Ahli-ahli yang dipilih menjadi anggota majlis syura terdiri daripada : i. orang yang berilmu ii. Warak iii. Adil dan lain-lain ciri positif • Kriteria-kriteria ini diambil kira supaya mereka dapat menjalankan tanggungjawab dengan berkesan.

• Baiah • • • •

Beerti pengakuan seseorang ataupun sekumpulan manusia kepada seseorang yang memegang kuasa ataupun memerintah, yang dikenali sebagai Khalifah. Memberikan pengiktirafan dan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Khalifah. Ligitimasi kepada khalifah bagi menjalankan tanggungjawabnya. Kebiasaanya dilakukan secara berjabat tangan ataupun secara persetujuan lisan.

• Perlembagaan Madinah: dokumen politik Islam • •

• • • i.

ii. iii.

iv.

Digubal oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 622 Masihi sebagai asas kepada penubuhan Negara Islam Madinah. Penyataan politik yang mengandungi ketetapan hak dan tanggungjawab pemerintah dan rakyat, hak orang bukan Islam, pertahanan, kemasyarakatan, ekonomi, perpaduan, ummah dan hak asasi manusia. Merupakan pelembagaan bertulis pertama yang pernah digubal di dunia. Perlembagaan Madinah mengandungi 10 bab dan 47 fasal. Antara kandungan-kandungan penting dalam Perlembagaan Madinah ialah : Rakyat daripada semua bangsa di Madinah hendaklah hidup sebagai sebuah masyarakat. Kebebasan beragama bagi semua orang. Semua kaum yang tinggal di Madinah, sama ada muslim atau bukan muslim, perlu saling bantu membantu mempertahankan madinah daripada ancaman musuh. Nabi Muhammad SAW adalah ketua negara bagi Madinah.

KESENIAN • Perspektif Islam  Seni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam dan perbezaan antara seni Islam dengan bukan islam adalah dari segi niat atau tujuan dan nilai akhlak yang terkandung dalam hasil seni Islam.  Walaupun seni merupakan satu unsur yang disumbangkan tetapi Allah melarang penciptaan seni yang melampaui batas. Firman Allah swt yang bermaksud: “ Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas”.  Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan.  Al-Ghazali menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya.  Dalam Islam, seni tidak bermatlamatkan hiburan, tujuan keduniaan ataupun keseronokan. Islam telah menggariskan kesenian sesuai mengikut naluri dan fitrah semulajadi manusia.

• Kategori seni • Seni melalui pendengaran seperti: i. Muzik ii. Deklamasi sajak iii. Prosa iv. Seni suara v. Penulisan • Seni melalui penglihatan mata seperti: i. Seni lukis ii. Seni hias iii. Seni bina iv. Seni pakaian v. Seni khat vi. Ukiran

• Jenis-jenis hukum dalam seni • Wajib  Jika kesenian itu amat diperlukan oleh muslim yang mana tanpanya individu tersebut boleh jatuh mudarat seperti keperluan manusia untuk membina dan mencantikkan reka bentuk binaan masjid serta seni taman(landskap) bagi maksud menarik orang ramai mengunjungi rumah Allah SWT. • Sunat  Kesenian yang diperlukan untuk membantu menaikkan semangat penyatuan umat Islam seperi nasyid. Qasidah dan selawat kepada Rasulullah SAW yang diucapkan beramai-ramai dalam sambutan Maulidur Rasul atau seni lagu (tarannum) al-Quran. • Makruh  Kesenian yang membawa unsur yang sia-sia seperti karya seni yang tidak diperlukan oleh manusia • Harus  Apa sahaja bentuk seni yang tidak ada nas yang mengharamkan • Haram  Kesenian yang memberi khayalan kepada manusia sehingga tidak dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil.  Seni yang dipertontonkan bagi maksud atau niat yang menunjuk-nunjuk dan kesombongan.

Related Documents

Sumbangan Tamadun Islam
January 2021 0
Sumbangan Tamadun Islam
January 2021 0
Sumbangan Tamadun Islam
January 2021 0
Sumbangan Tamadun Islam
January 2021 0
Sumbangan Tamadun Islam
January 2021 0
Sumbangan Tamadun Islam
January 2021 0

More Documents from "Farzana Sofi"

Sumbangan Tamadun Islam
January 2021 0