Teknik+simple+fbads

  • Uploaded by: Button Badges
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teknik+simple+fbads as PDF for free.

More details

  • Words: 2,043
  • Pages: 17
Loading documents preview...
HAK CIPTA TERPELIHARA [ TIDAK ] Dibenarkan memberi serta mengedarkan ebook ini secara PERCUMA kepada sesiapa pun tanpa izin pihak SifuFBads terlebih dahulu. [ TIDAK ] Dibenarkan mengubah sebarang isi serta maklumat dalam ebook ini. [ TIDAK ] Dibenarkan menjual ebook ini tanpa keizinan SifuFBads terlebih dahulu. [ TIDAK ] Dibenarkan mengaku bahawa ebook ini adalah milik serta tulisan anda sendiri. [ YA ] Anda memiliki hak mutlak untuk membaca serta mempraktikkan segala ilmu yg ada dalam ebook ini.

CHAPTER 1 : SEBELUM MULA FB ADS Anda dah bersedia utk mulakan bisnes anda di FB? Atau anda dah pun buat FB page, tapi hasilnya setakat ni masih lagi suma-suam kuku. Tidak memberangsangkan. Jadi sebelum kita pergi lebih jauh, anda perlu tahu perkara-perkara basic utk memulakan bisnes di FB. Ianya tak susah mana pun. Apa yg perlu adalah anda perlu fokus dan ikut step-by-step plan yg kami cadangkan ini. Ada beberapa perkara yg perlu anda buat jika anda benar-benar serius nak buat bisnes di FB. Dah tak sabar nak tau? Ok jom kita mulakan…

#1: Pilih Produk/Servis

Sebelum mulakan bisnes di FB, pastikan anda sudah kenalpasti produk/servis yg nak dipromosikan di FB. Untuk dapatkan result jualan yg lebih optimum, dicadangkan produk/servis itu mempunyai: Margin untung tinggi. Yang terbaik lebih dari RM30. Produk kurang persaingan. Contoh: Jual servis. Demand tinggi. Ada Unique Selling Proposition(USP) – keunikan dari segi produk, after sales service, packaging, dll.

UNIQUE SE LLING PROPOSITIO N(USP) Apa yang be zakan produk/ser vis anda dengan oran g lain

Maybe keunik an dari segi produk, after sales se rvice, packaging, dl l.

#2: Bina Fanpage

Kenapa bila nak niaga di FB, kena ada page . Ia ibarat kedai online anda. Takkan nak guna FB profile? nampak sangat tak professional .

Tiada had friendlist – FB profile terhad hanya 5000 friends sahaja. Dengan FB Page, anda boleh kumpul sampai berjuta fans tanpa sebarang masalah. Asingkan kehidupan peribadi dan bisnes – kalau hari-hari anda post promosi produk di FB profile, pasti friends FB anda rasa menyampah. Kesannya, reputasi anda sendiri terjejas. Branding bisnes – Ianya sangat bantu membrandingkan bisnes / jenama anda . Buat iklan FB Ads – Memudahkan anda gunakan FB ads . Boleh lantik orang uruskan FB Page – anda boleh lantik staf atau sesiapa sahaja yg anda

percayai utk menguruskan FB Page. Jadi anda tak perlu menghadap FB Page anda sepanjang hari. Hakcipta Terpelihara 2015

Sifufbads Sdn Bhd

Teknik Simple FB Ads

TAK TAHU BUAT PAGE? KACANG JER...

Untuk hasilkan FB Page, klik pada Create Page, dan ikuti arahan yg diberikan seterusnya hingga selesai.

#3 : Pilih Nama FB Page Pemberian nama atau imej ke atas barangan atau servis adalah supaya orang tertarik untuk membelinya. Jenama juga dilihat sebagai satu elemen yang penting dalam pemasaran sesebuah perniagaan. Bagaimana untuk memilih nama fanpage ?

Nama Syarikat, Kedai atau “Brand”. Kita boleh menggunakan nama syarikat kita sebagai nama page. Andai kata kita mempunyai jenama atau “brand” yang tersendiri juga boleh menggunakan nama “brand” tersebut sebagai nama page. Nama Yang Umum. Kalau kita ni agen / stokis , kita boleh guna cara ni . Nama Produk. Nama produk juga boleh digunakan sebagai nama page. Sebaiknya, biarlah anda adalah sebagai pemilik produk.

Nak tahu lanjut ? Klik link ini .

http://sifufbads.com/blog/tips-fb-ads-2/cara-letak-nama-page/

PRODUK

NAMA

SYARIKAT UMUM

#4: Hasilkan Photo Cover Photo Cover adalah gambar yg terpapar di bahagian paling atas FB Page anda. First impression prospek terhadap FB Page anda banyak dipengaruhi oleh Photo Cover. Jadi pastikan anda hasilkan Photo Cover yg menarik dan relevan dengan bisnes anda. Takde idea nak buat Photo Cover? Saya share kan 17 Strategi Photo Cover yg menarik ni khas utk anda.

http://sifufbads.com/blog/tips-fb-ads-2/17-strategi-photo-cover-bagi-fb-timeline/

Salah satu strategi Photo Cover yg digunakan SifuFBads adalah meletakkan gambar program terbaru.

#5: Lengkapkan Bahagian ‘About’ Anda akan jumpa link “ About page ” di bawah cover gambar. Untuk tujuan pemasaran, pastikan bahagian ini: Diisi dengan maklumat bisnes anda, ringkas tapi tepat. Maklumkan tentang kepakaran anda Benefit yg mereka boleh perolehi dengan menjadi fan page anda. Ada call-to-action (CTA) Sebagai contoh:

Hakcipta Terpelihara 2015

Sifufbads Sdn Bhd

Teknik Simple FB Ads

#6: Bina post Jangan biarkan FB page anda Nampak kosong. FB page yg kosong akan dilihat seperti anda tidak aktif. Akibatnya, pelanggan akan rasa kurang percaya pada bisnes anda. Bagi menampakkan FB page anda hidup dan meyakinkan, anda boleh: Banyakkan post bergambar seperti testimoni, gambar aktiviti, stok dll.

Banyakkan engagement dgn fans anda. Galakkan mereka utk respon pada post anda spt like, komen, dan share.

CHAPTER 2 : KENALI AUDIENS ANDA Page dah prepare ? Dah Bagus ... Nak buat iklan dah ? Tunggu dulu ... Apa yang kena tau ? Rules No.1 kenal audien anda dulu ...

NASIHAT Sulit.

Lebih anda tau pasal audien anda lebih senang anda buat ayat ‘AYAT POWER’ dalam copywriting .

Demografi Data ini adalah berdasarkan: Umur prospek Pekerjaan prospek Jantina prospek Status hubungan prospek Tahap pendidikan prospek Bahasa yg digunakan prospek Sebagai contoh. Katakan anda penjual produk kecantikan. Demografi prospek yg mungkin sesuai adalah wanita, berkerjaya, umur di antara 25-34 tahun, tahap pendidikan sekurang-kurangnya degree.

Bagaimana Nak Tau ? - Survey, Perhati , guna data dari fbads, report , page insight . Hakcipta Terpelihara 2015

Sifufbads Sdn Bhd

Teknik Simple FB Ads

Geografi Data ini berkenaan LOKASI spt tempat tinggal, tempat prospek bekerja, atau tempat belajar. Sebagai contoh: Jika anda ada kedai, pilih lokasi sekitar kawasan berhampiran dengan kedai anda. Jika anda ingin sasarkan pelajar universiti, pilih universiti yg berkaitan Jika anda ingin sasarkan mereka yg di Sabah dan Sarawak, pilih LOKASI spt Kuching, Kota Kinabalu dan yg sewaktu dengannya.

Sosiografi Data ini adalah mengenai hubungan antara pengguna Fb dengan pengguna Fb yang lain.

FANS!

! “ Lebih senang menjual kepa da orang yang da h kenal kita , berbanding ju al kepada STRANGER. ”

Dari 3 data sosiografi ini, data yang terbaik digunakan untuk beriklan adalah data NO.1 iaitu Facebook Pages. Iklan kepada orang yang kenal kita !

Psikografi Ini adalah data paling selalu digunakan dalam Fbads. Data ini adalah berdasarkan minat, dan aktiviti dari pengguna Fb.

Data ini ada pada; Interest – Anda boleh masukkan data seperti nama fanpage, aktiviti dan topik mengikut niché yang disukai prospek.

Behaviors – Data yang dimasukkan ini adalah berdasarkan aktiviti pembelian, cara penggunaan smartphone dan lain-lain.

Kesemua data ini sangat penting untuk TAPIS prospek yang benar-benar berkualiti. Jangan iklankan produk anda pada semua audiens di Fb. Anda perlu KAJI dulu maklumat demografi prospek sebelum bina iklan.. kemudian, baru masukkan maklumat tersebut dalam data Fbads.

BACA NI! http://sifufbads.com/blog/tips-fb-ads-2/cara-kaji-prospek-untuk-iklan-fb-anda/ Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk anda dapatkan data-data prospek di atas. Antaranya :

Audience Insight Jika anda masih tercari-cari tool yang sesuai untuk mencari pelanggan yang berpotensi, anda boleh masuk ke audience insight. Anda boleh search elemen-elemen dan keyword berkaitan seperti sociografi dan demografi. Nak lebih faham? Klik link ni :

http://sifufbads.com/blog/tips-fb-ads-2/cara-guna-audience-insight-untuk-usahawan-facebook/

Google Trends manakala di Google Trends pula, anda boleh menyemak maklumat geografi audiens berdasarkan keyword yang mereka gunakan di Google.

Langkah 1 : Layari http://www.google.com/trends/ Langkah 2 : Taip keyword berkaitan produk anda, dan tekan search Ada banyak lagi medium lain untuk kaji audien . Yang terbaik adalah dengan mengetahui

SIAPA PELANGGAN SEDIA ADA ANDA . Hakcipta Terpelihara 2015

Sifufbads Sdn Bhd

Teknik Simple FB Ads

CHAPTER 3 PENYEDIAAN GAMBAR Gambar penting dalam iklan . 1st Impression !! Kita hanya ada beberapa saat sahaja utk ‘memukau’ pengguna FB supaya stop skrol FB, dan melihat post iklan kita . RELEVAN :

Relevan dengan audience, relevan dengan headline .

MAINKAN EMOSI :

Gunakan mimik muka utk menunjukkan ekspresi emosi yg ingin ditonjolkan spt gembira, excited, takut, marah, geram, confuse dll. Boleh juga tunjukkan perbuatan . Penggunaan ayat headline pada gambar juga amat bagus .

T ips Pilih Gambar - Relevan - Mainkan em osi - Unik

Unik:

Gunakan daya kreatviti anda untuk hasilkan gambar yg unik, lain dari yg lain, dan ada unsur “Wow” atau ada x factor .Sebaiknya guna gambar anda sendiri, bukan cedok dari pakcik Google.

CHAPTER 4 : COPYWRITING

HEADLINE

BODY

ACTION

HEADLINE: Headline adalah bahagian paling atas dalam copywriting anda. Ianya adalah perkara pertama yg akan dibaca oleh prospek. Kita hanya ada krang 5 saat sahaja utk “tangkap” prospek agar teruskan membaca copywriting yg dibuat. Jadi, macam mana nak hasilkan copywriting yg POWER dan berkesan? Ikuti cara ni:

Unik: lain dari yg lain, tidak bosan, menonjol. Contohnya, “I TERKEJUT BERUK NAMPAK MUKA MINAH “ Spesifik: Direct to the point. Contoh, “BOS, ADA PROBLEM NAK KURUSKAN BADAN TAK?” Ada Sense of Urgency: Ia seperti memaksa prospek terus membaca supaya tak terlepas sesuatu yg menarik. Contoh,

“LAST CALL: ESOK 11PM, 3 OGOS 2015 JUALAN AKAN DITUTUP” Mudah difahami: Guna ayat yg simple dan mudah difahami. Contoh, “NAK KURUS?” Nak lebih details tentang bagaimana nak tulis headline yg efektif? Cekidaut

http://sifufbads.com/blog/tips-tips/bagaimana-menulis-post-headline-yang-efektif/ Hakcipta Terpelihara 2015

Sifufbads Sdn Bhd

Teknik Simple FB Ads

BODY Bahagian selepas Headline dipanggil sebagai Body. Di bahagian inilah anda akan bercerita dengan lebih details tentang produk atau servis yg ingin anda tawarkan.

Apa yang nak tulis ? Pengenalan produk Benefit produk USP Testimony pengguna Kisah-kisah kejayaan Hasil kajian yg pernah dibuat Perbandingan dengan produk/servis yg seumpamanya Offer/tawaran

EXTRATIPS :

Copywriting ya ng menjual . - mudah dibaca -mainkan elem en emosi - Guna bahasa prospek - Ditulis ‘style ’ bercakap dengan audien .

BACA 5 TIPS NI !! http://sifufbads.com/blog/tips-fb-ads-2/5-tips-menulis-ayat-iklan-page-post-engagement-ppe/

ACTION Ianya juga di panggil

CALL TO ACTION!! (CTA)

Apa nak dibuat ? Suruh diorang bertindak Now, its time to take Action! Arahkan mereka untuk buat apa yang anda nak. Suruh mereka PM! Suruh mereka whatsapp

NAK KUATKAN LAGI ARAHAN ANDA, GUNAKAN ACTION = URGENCY (KESEGERAAN TAWARAN) + OFFER (TAWARAN) + DIRECTION Jam 8 pagi, 28 Feb 2015, Kami mula tawarkan harga 'EARLY BIRD'! Nak bagitau..

OFFER

HARGA SEBENAR - RM360 ..hari ini anda boleh dapatkan 'EARLY BIRD' dengan harga RM 97 sahaja, (jimat RM100)! ======== TAKE NOTE ======== Tawaran terhad hanya untuk 100 orang sahaja. RM297 saja untuk hari ni

URGENCY

YANG SERIUS SAHAJA.... DIRECTION

PM sekarang!

Hakcipta Terpelihara 2015

Sifufbads Sdn Bhd

Teknik Simple FB Ads

CHAPTER 5 : BUAT IKLAN FB ADS

TAK TAU BUAT ADS? BACA DI LINK BAWAH

http://sifufbads.com/blog/tutorial-fb-ads/cara-buat-iklan-fb-ads/ http://sifufbads.com/blog/tutorial-fb-ads/tutorial-ads-manager-terbaru-2015/

http://sifufbads.com/blog/tips-fb-ads-2/tutorial-power-editor-terbaru-2015

CHAPTER 6 : MATEMATIK FB ADS Dah buat iklan, kena tau baca datanya. Bukan buat iklan saja.. Bila buat iklan, 2 data ni anda kena kira !

1) Conversion Rate (CR) 2) Return of Investment (ROI) Conversion Rate (CR): CR merujuk kepada peratusan prospek(klik) yg bertukar menjadi pembeli(buyer). Formula utk CR adalah:

CR =

Total Pembeli Total Klik

x 100

Jumlah CR sekurang-kurangnya mestilah mencapai 1.0%. Jika jumlahnya kurang daripada 1.0%, antara perubahan yg dicadangkan adalah: - Ubah gambar yg baru - Tukar copywriting - Masukkan “urgency” - Buat offer yg jelas - Kaji semula audiens, dan buat setting ad yg baru - Tukar placement

ABAIKAN CR!! Abaikan jika ROI sangat tinggi .

Kami ada terangkan secara detail bagaimana nak tingkatkan CR di sini:

http://sifufbads.com/blog/tips-fb-ads-2/7-cara-tingkatkan-conversion-rate-iklan-di-facebook/

Return on Investment (ROI) ROI bukanlah kiraan keuntungan semata-mata. Ianya adalah ukuran keuntungan yg diperolehi berdasarkan jumlah pelaburan yg digunakan. Dalam kes FB ads, jumlah pelaburan adalah merujuk pada jumlah kos iklan FB yg telah kita gunakan. Formula utk mengira ROI:

(jumlah untung - kos iklan FB ads)

ROI =

Total Klik

x100

ROI Berapa anda labur, Berapa anda untung?

Pada kami, kiraan ROI yg baik mestilah 3 kali ganda lebih daripada jumlah kos iklan FB ads. Sebagai contoh, jika kos iklan FB ads adalah RM100, jadi ROI sepatutnya mestilah lebih daripada RM300. Tapi jika ROI tidak memuaskan, ada beberapa cadangan yg boleh anda gunakan utk perbaiki ROI: - Cari produk yg margin untungnya lebih daripada RM30 - Buat upsell – offer tambahan selepas prospek bersetuju utk buat bayaran - Pakejkan produk - Jual produk secara borong - Macam-macam lagi

Ok takat tu jelah.. lain-lain tips saya bagi dalam emel . Kena rajin buka emel ye..

Hakcipta Terpelihara 2015

Sifufbads Sdn Bhd

Teknik Simple FB Ads

PENUTUP

Apa yg dikongsikan di dalam ebook ini adalah berdasarkan pengalaman dan kajian kami sendiri. Kami tidak menjanjikan 100% keberkesanan melalui ebook ini. Ianya adalah satu proses pembelajaran berterusan. Anda boleh mencari bahan bacaan yg berkaitan dengan pemasaran FB dan online, samada di kedai-kedai buku ataupun di laman web. Jika berkesempatan, anda juga boleh menghadiri seminar-seminar yg berkaitan dengan pemasaran online khususnya yg dianjurkan oleh pihak SifuFBads. Kami ucapkan selamat maju jaya. Buat sampai jadi!

More Documents from "Button Badges"

Teknik+simple+fbads
January 2021 0