Ulasan Resensi Kritikan

  • Uploaded by: DNSDAS
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ulasan Resensi Kritikan as PDF for free.

More details

  • Words: 899
  • Pages: 15
Loading documents preview...
GWP 1092 WACANA PENULISAN (ULASAN, RESENSI & KRITIKAN) Disediakan oleh: Dayang Nur Salma Dharmila binti Awang Salleh Nor Azwa Asshifa’ binti Asseri Nurul Syamimi binti Junaidi Rozieta binti Ramli (PPISMP P.A.)

Ulasan

• • •

Definisi Ciri-ciri Contoh: Akademik & Bukan Akademik

Resensi

• • •

Definisi Ciri-ciri Contoh

• • Kritikan •

Definisi Ciri-ciri Contoh

CONTOH ULASA N HASIL KAMI

TERIMA KASIH! 

ULASAN Huraian tentang sesuatu,kupasan atau tafsiran -Sumber Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi keempat

CIRI-CIRI ULASAN • • • • • • • • • •

Judul buku Nama penulis Bahasa yang digunakan Genre / kategori buku Nama penerbit Masa terbit Jumlah halaman Format buku Penilaian terhadap gagasan idea Kelebihan & kekurangan buku

RESENSI Pertimbangan atau pembicaraan mengenai buku dll.ulasan buku. -Sumber dari Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat

CIRI-CIRI RESENSI • Tidak mengungkap terlalu banyak jalan cerita • Menggunakan keterangan yang spesifik • Mengkaji latar belakang penulis • Bandingkan buku itu dengan karya orang lain sehingga pembaca memperoleh pengertian lebih baik tentang persoalan tersebut

KRITIKAN Kritik (analisis,penilaian dan ulasan terhadap sesuatu karya ) Kritik (ulasan atau kata-kata) tentang keburukan seseorang atau sesuatu -Sumber Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat

CIRI-CIRI KRITIKAN (a) Kritikan Sanjungan Sanjungan bermaksud pernyataan rasa kagum atau senang terhadap orang lain. Kritikan ini bersifat memuji karya dan pengarangnya yang berupaya menghasilkan pemikiran bernas, serta dapat menampilkan elemen karya yang menarik. Kritikan sanjungan ini muncul ada era pascaperang dunia kedua dan pra ASAS 50. Pengkritik pada era ini terdiri daripada pengarang kreatif seperti Keris Melayu (Muhammad Yassin Maamor), dan Anak Negeri (Mohd Yusof Ahmad). Kritikan pada masa itu tertumpu pada Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang dan Hikayat Abdullah karya Abdullah Munsyi. Kritikan sanjungan ditujukan juga kepada pengarang kerana memiliki daya intelektual, ketajaman dan kebernasan fikiran. Abdullah Munsyi diiktiraf sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden terutama dari perspektif gaya bahasa yang menggunakan pendekatan autobiografi bersifat kewartawanan dalam karyanya.

(b) Kritikan Teguran Kritikan teguran merupakan kritikan yang bersifat memberi teguran dan peringatan secara ikhlas. Ia lebih praktikal kerana pengkritik melaksanakan kajiannya dengan lebih berimbang dengan menyatakan keistimewaan, kekuatan teks berkenaan dan menunjukkan kekurangan. Tokoh terawal dalam kritikan teguran ialah Aminuddin Baki yang menulis artikel “Pandangan Seorang Penuntut Tinggi Kita Tentang Sebuah Buku Melayu” di Utusan Zaman 12 Jun 1949. Aminuddin dalam artikel tersebut mengkritik novel Korban Kesucian karya Keris Mas. Aminuddin lebih intelektual dan tidak dipengaruhi emosi dan sentimen dan tidak mengecam pengarang. (c) Kritikan Saranan Kritikan saranan adalah kritikan yang menganjurkan sesuatu untuk memperbaiki kekurangan serta memantapkan unsur-unsur yang membina dalam karya. Kritikan saranan juga bersifat memberi alternatif untuk membaiki kekurangan. Kritikan ini mengalirkan nilai yang positif dan amat signifikan kepada khalayak pembaca, pengarang dan pengkritik sendiri.

(d) Kritikan Pendekatan Pendekatan merupakan suatu proses mendekati sesuatu. Ia merupakan usaha untuk mencapai pengertian terhadap sesuatu penelitian. Dalam bidang kritikan pertimbangan atau penilaian pengkritik berlandaskan suatu aspek atau tinjauan tertentu. Landasan ini merujuk kepada penggunaan teori atau ilmu tertentu. Pendekatan kritikan yang berkembang di tanah air ialah pendekatan intrinsik, pendekatan ekstrinsik, pendekatan moral, pendekatan psikologi, pendekatan sosiologi dan pendekatan arkitaip. Pendekatan intrinsik adalah pendekatan terhadap karya sastera menerusi premis bahawa perlu melihat karya itu sendiri, terutama terhadap unsurunsur dalaman yang membina karya sastera seperti plot, watak dan perwatakan, latar, sudut pandangan, dan gaya bahasa. Pendekatan ekstrinsik ialah pendekatan yang memberi fokus terhadap memanfaatkan ilmu bantu bukan sastera iaitu sejarah, agama, psikologi, politik dan sosiologi. Pendekatan intrinsik dan ekstrinsik ini seringkali dikaitkan dengan pendekatan struktural yang menilai aspek formal dalam karya sastera. Pendekatan moral pula berkaitan dengan penelitian terhadap nilai-nilai moral dan agama. Kajian ini difokuskan terhadap perilaku watak yang ditampilkan oleh pengarang.

Pendekatan psikologi atau dikenali sebagai pendekatan kemanusiaan lebih ditumpukan kepada empat aspek yang saling berkaitan dan melibatkan pengarang, watak dan pembaca. Pertama, pengalaman hidu peribadi pengarang serta aspek kejiwaannya yang mempunyai kaitan dengan sejarah hidup pengarang. Kedua, proses penulisan teks karya sastera yang melalui proses mencari idea, pengeraman, iluminasi, dan verifikasi. Proses penciptaan ini berkaitan dengan proses dalaman dan luaran. Ketiga, sifat atau perilaku zahir dan batin watak. Kritikan ini akan melihat kedudukan watak protagonis dan antagonis dalam menghadapi pelbagai persoalan, konflik dan sebagainya. Keempat, melihat kesan karya terhadap pembaca. Ia dikaitkan dengan aspek emosi hasil dari tanggapan dan pengalaman pembaca. Pendekatan sosiologi pula memberi tumpuan terhadap tiga aspek utama iaitu pengarang, karya, dan masyarakat. Manakala pendekatan arkitaip atau tipa induk menjurus kepada perbincangan berkaitan dengan kepercayaan dan pegangan hidup sesebuah masyarakat. Ia sering dikaitkan dengan adat istiadat, kepercayaan, dan mitos yang dipaparkan dalam karya sastera.

(e) Kritikan Penganalisisan Kritikan penganalisisan merupakan kritikan bersifat penyelidikan untuk mengetahui keadaan yang sebenarnya termasuk untuk menentukan kedudukan, prestasi atau pencapaian sesebuah karya sastera. Pengkaji melakukan penelitian dengan menghurai dan menganalisis karya tersebut. Dalam analisis tersebut pengarang membuat huraian terperinci terhadap bahasa, permulaan dan pengakhiran cerita, motif, citra, watak, pemikiran, perlambangan, nilai, sudut pandangan, aliran dan ideologi dalam karya berkaitan. Pendekatan ini juga melihat bagaimana teknik penulisan sesebuah karya sastera dari genre tertentu. Ia bermatlamat untuk mengesan kecenderungan pengarang sama ada menulis sebuah karya berbentuk kovensional atau ekspiremental. Kerja-kerja mengkritik menggunakan ilmu dan teori tertentu untuk mencapai tujuan analisis berkenaan.

(f) Kritikan Penilaian Pengkritik yang melakukan kritikan penilaian melihat adakah sesebuah karya sastera itu bermutu atau sebaliknya. Pengkritik haruslah bijaksana, adil, saksama dan dapat mengemukakan hujah yang konkrit sebelum membuat justifikasi. Pengkritik perlu mengetahui banyak aspek iaitu pengarang yang menghasilkan karya, subjek yang dibincangkan, persekitaran, ras dan waktu karya dipaparkan. Pengkritik tidak boleh berat sebelah.

Related Documents

Ulasan Resensi Kritikan
February 2021 0
Resensi Buku
January 2021 0
Contoh Resensi Cerpen
January 2021 1
Cbt 13 [+ulasan]-2
January 2021 0

More Documents from "Dhiya Ul Haqqi"

Ulasan Resensi Kritikan
February 2021 0