Wpa Paper 4

  • Uploaded by: Saiful Bahri
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Wpa Paper 4 as PDF for free.

More details

  • Words: 3,904
  • Pages: 26
Loading documents preview...
Kertas IV Bahagian 1: Tugasan Tempat Kerja

1.

ABSTRAK Satu kajian berkenaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di tempat kerja telah

dijalankan di syarikat Focus Lumber Berhad. Kajian ini akan meliputi aktiviti di syarikat Focus Lumber Berhad iaitu proses akhir bagi kerja-kerja pembuatan papan lapis dan venir.

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mencari hazard-hazard yang berkemungkinan ada di syarikat Focus Lumber Berhad. Maklumat yang diperolehi akan dimuatkan dalam laporan ini dan akan digunakan sebagai usaha untuk meningkatkan mutu keselamatan dan kesihatan di oran ini untuk mengenalpasti, menaksir dan mengawal hazard. Cara ini akan memberi penekanan terhadap pemerhatian, pemeriksaan, pemantauan persekitaran dan kesihatan, temubual dengan pekerjapekerja yang terlibat serta tindak balas dari borang kaji selidik daripada pihak pengurusan dan pekerja biasa. Bahan-bahan yang digunakan adalah seperti kertas-kertas projek, artikel, laporan, kajian risiko, prosedur kerja selamat dan data statistik kemalangan. Dalam kajian ini sebanyak 6 hazard telah dikenalpasti yang mana 4 daripadanya adalah hazard keselamatan dan 2 lagi adalah hazard kesihatan.

Di akhir laporan ini syarikat akan lebih memahami keperluan mengenalpasti hazard dan langkah kawalan pencegahannya, ini

dapat membantu mencari jalan yang sesuai dan

praktikal bagi mengelak atau mengurangkan dan mengawal kadar kemalangan bagi pekerja Focus Lumber dan pekerja sub-kontraktor serta individu atau pelawat yang berkunjung ke kilang Focus Lumber Berhad.

Mukasurat 1 / 26

Kertas IV Bahagian 1: Tugasan Tempat Kerja

2.

PENGENALAN

2.1

Profail Syarikat

Nama syarikat

:

Focus Lumber Berhad

Alamat Perniagaan

:

Batu 3, Jalan Masak, Kg. Ulu Patikang, 89009 Keningau, Sabah.

Ditubuhkan pada

:

30 Oktober 1989

Bilangan pekerja

:

750 orang

Syarikat Focus Lumber Berhad adalah sebuah syarikat pembuatan berasaskan kayu dan mengeluarkan produk seperti papan lapis dan venir.

Syarikat Focus Lumber telah

didaftarkan sebagai syarikat Sendirian Berhad pada 30 Oktober 1989 dan telah didaftarkan pula sebagai syarikat Berhad pada 13 November 2009 untuk mengembangkan lagi perniagaan dan dana syarikat. Kilang pembuatannya telah dibangunkan di Keningau, Sabah pada bulan Januari 1990 dan telah memulakan operasi pada bulan November 1991.

Focus Lumber adalah antara

Mukasurat 2 / 26

Kertas IV Bahagian 1: Tugasan Tempat Kerja

pengeluar papan lapis dan venir terbesar di Sabah dengan pengeluaran sekitar 95,000 meter padu setahun. Pada bulan Oktober 2008, Focus Lumber telah menjadi syarikat pembuatan papan lapis yang pertama di Malaysia telah mendapat pengiktirafan dan pensijilan CARB untuk standad mutu Amerika Syarikat.

Pada bulan November 2009 pula, Focus Lumber telah mendapat

pengiktirafan dan pensijilan JAS untuk standad mutu Jepun. Pemegang saham terbesar syarikat adalah pelabur dari Taiwan. Lembaga Pengarah syarikat: Pengerusi

:

Pengarah Urusan

:

Pengarah-pengarah

:

Ketua Jabatan

:

Pengurus Kilang

:

Perniagaan utama

:

2.2

Carta organisasi pengurusan syarikat Focus Lumber Berhad.

Nota : Sila rujuk kepada Lampiran 3 di muka surat 25.

2.3

Aktiviti, Proses Kerja, Laporan Specifik & Persekitaran Kerja untuk Tugasan.

Aktiviti utama Focus Lumber Berhad adalah industri pengkilangan berasaskan kayu iaitu pembuatan papan lapis dan venir. Dengan kebanyakan kerja dibuat menggunakan mesin yang dikendalikan oleh pekerja, pekerja terdedah kepada banyak hazad keselamatan dan hazad kesihatan ketika berkerja. Di antaranya adalah pekerja terdedah kepada komponen mesin yang bergerak pada kelajuan tinggi, risiko dilanggar papan yang keluar dari mesin dan terdedah kepada bunyi bising yang dihasilkan oleh mesin tersebut.

Mukasurat 3 / 26

Kertas IV Bahagian 1: Tugasan Tempat Kerja

Untuk tugasan tempat kerja ini, penulis telah memilih proses kerja di bahagian pembuatan (iaitu di bahagian akhir proses) kerana di sinilah pekerja terdedah kepada banyak hazard berbanding jabatan lain yang lebih banyak membuat kerja di dalam pejabat.

2.4

Aliran Proses Pembuatan Papan Lapis di Focus Lumber Berhad.

Aliran Proses Pembuatan Papan Lapis

2.5

Keterangan

Fungsi-fungsi Jabatan di Focus Lumber Berhad 2.5.1

Jabatan Kewangan

2.5.2

Jabatan Pembekalan Perkayuan

2.5.3

Jabatan Sumber Manusia

Jabatan Sumber Manusia ini akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas staf-staf Focus Lumber daripada masa ditemuduga hingga pekerja itu meletak jawatannya. Jabatan ini juga berkerjasama dengan ejen-ejen pekerja asing dari Indonesia dan Filipina untuk memudahkan urusan mencari tenaga kerja dari negara terbabit.

Jabatan ini akan

mengurus untuk pengisian dokumen dan penyimpanan semua data pekerja. Jabatan ini juga yang mengurus untuk menjemput staf-staf untuk latihan, mesyuarat dan sebagainya.

Mukasurat 4 / 26

Kertas IV Bahagian 1: Tugasan Tempat Kerja

Mereka juga akan memanggil staf yang bermasalah untuk diberi kaunseling dan peringatan agar tidak lagi mengulangi masalahnya pada masa depan.

2.5.4

Jabatan Kilang atau Pembuatan

2.5.5

Jabatan Kilang Janakuasa

2.5.6

Jabatan Pemasaran

2.5.7

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Jabatan ini akan bertanggungjawab untuk memastikan syarikat mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memastikan peraturan-peraturan keselamatan, kesihatan dan persekitaran dilaksanakan sepenuhnya.

Jabatan ini akan memantau setiap kerja-kerja yang dilakukan dengan

kerjasama Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan syarikat bagi memastikan semua pekerja berkerja dalam keadaan yang selamat dan sihat. Di samping itu, jabatan ini juga akan memberikan latihan dan tunjuk ajar kepada para pekerja syarikat secara berterusan agar semua perkerja dapat memahami betapa perlunya mereka berkerja di tempat kerja yang selamat dan sihat.

Mukasurat 5 / 26

Kertas IV Bahagian 1: Tugasan Tempat Kerja

3.

OBJEKTIF Tujuan utama kajian ini adalah untuk: 1. Mengenalpasti hazard-hazard yang berkemungkinan wujud di Focus Lumber, menganalisa hazard yang telah dikenalpasti itu dengan menggunakan hirarki kawalan bahaya mengikut keperluannya. Dengan demikian hazard yang tinggi risikonya akan dapat dikawal, dikurangkan dan dihapuskan. 2. Laporan ini diharap boleh dijadikan rujukan di dalam pengurusan Focus Lumber untuk mewujudkan satu sistem kerja yang selamat dan sihat serta perlu dikaji semula dari masa ke semasa. 3. Laporan seumpama ini dapat memastikan suasana kerja di Focus Lumber sentiasa selamat dan sihat sejajar dengan kehendak Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP 1994) yang mewajibkan organisasi sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja. 4. Kajian ini juga adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan bagi menjawab kertas empat untuk peperiksaan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan.

4.

KAEDAH 4.1 Kaedah mengenal pasti hazard. Tiga kaedah mengenal pasti hazard yang digunakan ialah: Kaedah 1: Memeriksa dokumen lama, rekod kesihatan dan statistik kemalangan, perbincangan dengan pegawai atasan, maklumbalas dan soal selidik dengan pekerja yang terlibat.

Mukasurat 6 / 26

Kertas IV Bahagian 1: Tugasan Tempat Kerja

Pengenalpastian hazard dilakukan dengan menggunakan kaedah memeriksa dokumen lama, rekod kesihatan dan statistik kemalangan yang pernah berlaku di tempat kerja. Melalui kaedah ini, kita dapat mengenal pasti penyakit pekerjaan yang ada, jenis kemalangan, trend kemalangan atau pun musim satu-satu kemalangan itu berlaku. Pencarian maklumat dengan menggunakan media cetak dan media elektronik seperti artikel, berita dan carian di laman sesawang juga digunakan di dalam kajian ini. Selain itu perbincangan dengan pegawai atasan seperti pengurus dan penyelia juga boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat serta nasihat dan pendapat kerana pegawai atasan ini lebih berpengalaman berbanding dengan pekerja biasa. Di samping itu, soal selidik dengan menemubual secara terus pekerja mengikut kemahiran dan bidang mereka juga boleh mempelbagaikan lagi maklumat untuk pengenalpastian hazard.

Kaedah 2: Pemeriksaan dan pemerhatian di tempat kerja semasa aktiviti sedang dilakukan. Mengenalpasti hazard melalui kaedah pemeriksaan dan pemerhatian di tempat kerja di mana setiap aktiviti harian pekerja akan dipantau mengikut kerja yang dibuat dan persekitaran yang berbeza. Dengan ini, setiap perbuatan dan keadaan yang tidak selamat akan dapat dikenalpasti dan dinilaikan. Prosedur setiap kerja yang dilakukan juga akan dapat difahami dengan lebih jelas. Di samping itu, pemerhatian secara langsung di tempat kerja juga dapat membuat pekerja berkerja dengan lebih berhati-hati dan mengikut prosedur kerja selamat kerana pekerja akan merasakan keselamatan dan kesihatan mereka di tempat kerja akan selalu dipantau.

Mukasurat 7 / 26

Kertas IV Bahagian 1: Tugasan Tempat Kerja

Kaedah 3: Pemantauan persekitaran dan kesihatan pekerja. Kaedah ketiga yang digunakan untuk mengenalpasti hazard adalah dengan menggunakan kaedah pemantauan persekitaran dan pemantauan kesihatan. Pemantauan persekitaran tempat kerja khususnya kawasan mesin yang mengeluarkan bunyi bising melebihi had tahap bunyi bising di kawasan kilang. Pihak syarikat juga boleh menghantar pekerja yang

pemantauan kesihatan pekerja tersebut dapat dilakukan.

4.2 Kaedah menaksir risiko hazard Setelah hazard dikenalpasti, penilaian atau penaksiran risiko akan dilakukan bagi menaksir keutamaan risiko. Kaedah penilaian risiko yang digunakan adalah dengan menggunakan matriks kuantitatif di mana risiko adalah bersamaan dengan nilai kekerapan didarab dengan tahap keterukan seperti persamaan berikut:-

RISIKO = NILAI KEKERAPAN X NILAI KETERUKAN Nilai kekerapan akan diukur mengikut jumlah kejadian yang berlaku dalam jangka masa tertentu seperti harian, mingguan, bulanan atau tahunan. Nilai kekerapan ini dibahagikan kepada empat iaitu sangat jarang berlaku, jarang berlaku, kerap berlaku dan sangat kerap berlaku seperti jadual 4.1 di bawah.

Mukasurat 8 / 26

Kertas IV Bahagian 1: Tugasan Tempat Kerja

NILAI 4

KEKERAPAN Sangat kerap

Sangat kerap berlaku : Setiap hari atau selang

berlaku

beberapa hari berlaku.

3

Kerap berlaku

2

Jarang berlaku

1

PENERANGAN

Kerap berlaku : Setiap bulan atau selang beberapa minggu. Jarang berlaku : Pernah berlaku beberapa kali dalam masa satu tahun.

Sangat jarang

Sangat jarang berlaku : Pernah berlaku dalam masa

berlaku

beberapa tahun.

Jadual 4.1 : Nilai kekerapan. Keterukan pula dinilai berdasarkan kesan yang berlaku ke atas mangsa (sama ada manusia, harta benda atau alam sekitar) yang disebabkan oleh sesuatu kejadian atau kemalangan. Tahap keterukan ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu kecederaan ringan, kecederaan kecil, kecederaan serius dan kematian atau sangat serius seperti jadual 4.2 di bawah. NILAI 4

KETERUKAN

PENERANGAN

Kematian atau

Kematian atau hilang upaya kekal dan kecacatan

sangat serius

kekal Cuti sakit lebih 4 hari atau hilang upaya

3

Kecederaan serius

sementara atau kecederaan yang tidak boleh pulih sepenuhnya.

2

Kecederaan kecil

Kecederaan yang

berbaik atau pulih semula

seperti luka yang boleh sembuh. Kecederaan seperti luka-luka kecil yang hanya

1

Kecederaan ringan

memerlukan rawatan ringan dan mangsa boleh bekerja seperti biasa selepas menerima rawatan.

Jadual 4.2 : Nilai keterukan

Mukasurat 9 / 26

Kertas IV Bahagian 1: Tugasan Tempat Kerja

Daripada nilai kekerapan dan nilai keterukan akan dapat memberikan kesimpulan tahap keseriusan sesuatu hazad itu (rujuk jadual 4.3). Di dalam matriks kuantitatif ini terdapat tiga tahap keseriusan iaitu: i. Tahap keseriusan Tinggi (T) : Nilai 8 ~ 16 Tahap keseriusannya adalah sangat tinggi sehingga boleh menyebabkan kematian atau kecederaan parah dan langkah kawalannya perlulah dilakukan dengan serta merta. ii. Tahap keseriusan Sederhana (S) : Nilai 3 ~ 6 Tahap keseriusannya adalah sederhana dan tindakan langkah kawalan hazard perlu dilakukan dengan segera. iii. Tahap keseriusan Rendah (R) : Nilai 1 ~ 2 Tahap keseriusannya adalah kurang serius dan langkah kawalan hazard tidak perlu dilakukan dengan kadar yang segera. KEKERAPAN KETERUKAN

Sangat kerap berlaku

Kerap berlaku (3)

Jarang berlaku (2)

berlaku

(4) Kematian atau Sangat serius (4) Kecederaan serius (3) Kecederaan kecil

(2)

Kecederaan ringan (1)

Sangat jarang (1)

Tinggi

T

(16)

Tinggi

T

T

Sederhana S

(8)

(4)

Sederhana S

Sederhana S

(9)

(6)

(3)

Sederhana S

Sederhana S

Rendah R

(8)

(6)

(4)

(2)

Sederhana S

Sederhana S

(4)

(3)

Tinggi

(12)

Tinggi

T

(12) Tinggi

T

Tinggi

T

Rendah (2)

R

Rendah R (1)

Jadual 4.3 : Penilaian risiko (matriks kuantitatif)

Mukasurat 10 / 26

Kertas IV Bahagian 1: Tugasan Tempat Kerja

Daripada jadual (4.3) ini juga akan dapat diperolehi keutamaan untuk melakukan tindakan bagi langkah kawalan. Keutamaan ini akan dinilai mengikut nilai risiko di mana keutamaan akan diberi kepada risiko yang mempunyai nilai risiko yang paling tinggi sekali dan keutamaan akan berkurangan kepada nilai risiko yang rendah. Bagi tujuan tugasan ini, turut diberikan satu contoh hazard keselamatan dan satu hazard kesihatan. Sebagai contoh, bagi hazard keselamatan ialah dilanggar papan yang keluar dari mesin, di mana mengikut statistik, kejadian ini kerap berlaku (pada jadual 4.1 nilai kekerapannya adalah 3) dan tahap keterukannya adalah kecederaan serius (pada jadual 4.2 nilai keterukannya ialah 3). Bagi hazard kesihatan pula ialah terdedah kepada hazard bunyi bising melebihi had dan mengikut statistik, kekerapannya ialah kerap berlaku (pada jadual 4.1 nilai kekerapannya ialah 3) dan keterukannya ialah kematian atau sangat serius (mengikut jadual 4.2 nilai keterukannya ialah 4). Dengan menggunakan matriks kuantitatif, semua maklumat ini akan dimasukkan dan keutamaan hazard akan dapat dikenalpasti (jadual 4.4).

NO

HAZARD

KEKERAPAN KETERUKAN (a) (b)

RISIKO (c)

KEUTAMAAN RISIKO

(c = a x b) Papan yang 1

keluar dari

3

3

9

2

3

4

12

1

mesin Bunyi bising 2

melebihi had (85 dB dan ke atas)

Jadual 4.4 : Contoh penilaian risiko.

Mukasurat 11 / 26

Kertas IV Bahagian 1: Tugasan Tempat Kerja

5.

HASIL DAN PERBINCANGAN 5.1 Senarai 6 hazard (4 hazard Keselamatan dan 2 hazard Kesihatan). Hasil dari penggunaan tiga (3) kaedah utama pengenalpastian hazard iaitu kajian terperinci, perbincangan dan temuduga, pemerhatian dan pemeriksaan, pemantauan persekitaran dan kesihatan serta pelbagai sumber yang boleh diterima pakai, enam hazard telah dikenalpasti dan disenaraikan seperti di dalam Jadual 5.1 di bawah; Hazard Keselamatan

Hazard Kesihatan

1. Papan yang keluar dari mesin.

1. Bunyi bising melebihi had (85

2. Dawai pengikat yang tajam. 3. Papan lapis yang terjatuh semasa penyusunan.

dB dan ke atas). 2. Ergonomic berdiri terlalu lama semasa berkerja.

4. Pisau

Jadual 5.1 : Senarai Hazard Keselamatan dan Hazard Kesihatan mengikut tahap kekritikalan risiko. 5.2 Jadual 5.2 di bawah ini menerangkan hazard mengikut

berdasarkan Nilai

Risiko hasil daripada penilaian Kekerapan berlakunya kemalangan dan Keterukan disebabkan oleh kemalangan tersebut. Penerangan Risiko

Keterukan

Nilai risiko

Rating risiko

3

4

12 (Tinggi)

1

3

3

3

2

3

2

Kekerapan

Bunyi bising melebihi had (85 dB dan ke atas) Papan yang keluar dari mesin Dawai pengikat yang tajam

9 (Tinggi) 6 (Sederhana)

2 3

Ergonomic berdiri terlalu lama semasa berkerja

6 (Sederhana)

4

Mukasurat 12 / 26

Kertas IV Bahagian 1: Tugasan Tempat Kerja

Papan lapis yang terjatuh semasa penyusunan P

1

4

4 (Sederhana)

5

3

1

3 (Sederhana)

6

Jadual 5.2 Untuk menjelaskan lagi dengan lebih lanjut mengenai 4 Hazard Keselamatan dan 2 Hazard Kesihatan di dalam kajian ini, kita rujuk kepada Penaksiran Risiko Kuantitatif (HIRARC). Di dalam jadual HIRARC maklumat Pengenalpastian Hazard, Penganalisaan Risiko dan Kawalan Risiko akan diterangkan dengan lebih jelas dan terperinci. Nota: Sila rujuk kepada Lampiran 4 di mukasurat 26.

5.3 Rasional pemilihan hazard keselamatan dan kesihatan yang paling kritikal. Setelah mengenalpasti enam hazard seperti yang terdapat di dalam Jadual 5.2, satu hazard keselamatan dan satu hazard kesihatan yang paling kritikal telah dikenalpasti iaitu mempunyai Nilai Risiko dan

yang paling tinggi. Dengan ini, akan

memudahkan lagi kita untuk membuat pengawalan dan penambah-baikan bagi mengurangkan dan mencegah harzard tersebut. 5.3.1

Bagi hazard keselamatan yang paling kritikal ialah dilanggar papan yang keluar dari mesin. Mengikut penilaian risiko, nilai risikonya adalah 9 iaitu Tinggi Risikonya. Oleh itu, langkah kawalan serta merta mesti dilakukan memandangkan kesan dari hazard ini adalah kecederaan serius dan kebarangkaliannya juga kerap berlaku.

Mukasurat 13 / 26

Kertas IV Bahagian 1: Tugasan Tempat Kerja

5.3.2

Bagi hazard kesihatan yang paling kritikal pula ialah bunyi bising melebihi had (85 dB dan ke atas). Menurut penilaian risiko, nilai risikonya adalah 12 iaitu Tinggi Risikonya.

Dengan ini, langkah kawalan serta merta perlu dilakukan

dengan mengambil-kira kesan dari hazard ini adalah kematian atau sangat serius dan kebarangkaliannya juga sangat kerap berlaku.

5.4 Kesan risiko Keselamatan dan Kesihatan yang paling kritikal kepada syarikat. Risiko keselamatan yang paling kritikal adalah dilanggar papan yang keluar dari mesin. Bagi risiko kesihatan pula adalah kerosakan pendengaran akibat bunyi bising yang melebihi had (85 dB dan ke atas). Kedua-dua hazard ini akan memberi kesan kepada syarikat dan secara tidak langsung kemalangan ini juga akan menjejaskan kelancaran kerja kerana syarikat mungkin terpaksa mencari pekerja yang baru dan kehilangan tenaga mahir, mengganti peralatan yang rosak, membiayai segala perbelanjaan perubatan dan ganti-rugi yang wujud dari kejadian yang berlaku. Di samping itu, kelancaran proses pembuatan juga akan terhenti buat sementara waktu bagi menjalankan kerja-kerja penyiasatan dan pembaikan. Ini akan menjejaskan hasil pengeluaran dan mutu barangan syarikat. Keyakinan para pekerja terhadap tahap keselamatan dan kesihatan di syarikat tersebut juga akan menurun. Imej organisasi juga boleh terjejas jika kemalangan banyak berlaku di syarikat ini dan secara tidak langsung akan mempengaruhi pandangan pelanggan terhadap syarikat.

Mukasurat 14 / 26

Kertas IV Bahagian 1: Tugasan Tempat Kerja

6.

SARANAN

Untuk menentukan langkah kawalan hazard, kaedah hirarki kawalan yang digunapakai dalam kajian ini adalah seperti dibawah; 1. Penghapusan 2. Penggantian 3. Pengasingan 4. Kawalan kejuruteraan 5. Kawalan pentadbiran / pengurusan 6. Pemakaian alat perlindung diri

6.1 Langkah Kawalan : Hazard Keselamatan yang paling kritikal Dilanggar papan yang keluar dari mesin. i) Penghapusan Tidak praktikal untuk menggunakan langkah kawalan ini di dalam situasi tersebut. ii) Penggantian b) Pemasangan Meja Menyusun Automatik adala cara yang paling sesuai digunakan bagi mengawal hazard ini. Tujuan Meja Menyusun Automatik ini dipasang adalah untuk mengelak pekerja daripada menyusun papan ini secara manual. i) Pengasingan Menentukan jarak di antara mesin dan pekerja untuk memastikan pekerja tidak terdedah kepada hazard mesin ini. ii) Kawalan Kejuruteraan Memasang penghadang untuk menghalang papan dari terkeluar daripada Meja Penyusun. Dengan cara ini juga, papan akan dapat disusun dengan lebih rapi dan teratur bagi mengelakkannya mudah terjatuh.

Mukasurat 15 / 26

Kertas IV Bahagian 1: Tugasan Tempat Kerja

iii) Kawalan Pentadbiran / Pengurusan Menjalankan penilaian risiko terlebih dahulu sebelum memulakan kerja agar dapat mengenalpasti hazard-hazard yang terdapat di tempat kerja. Menyediakan prosedur kerja selamat dan menerangkan kepada pekerja serta pastikan pekerja memahami prodesur tersebut. Taklimat keselamatan, latihan berterusan dan mengadakan sebelum memulakan kerja setiap hari. Menjalankan Penilaian Risiko di tempat kerja pada setiap enam (6) bulan untuk mengenalpasti jikalau terdapat hazard lain pada tempat kerja itu. Penyelia juga hendaklah memastikan pekerja tidak berada di kawasan penyusunan papan ketika operasi berjalan. Pemasangan papan tanda keselamatan juga boleh digunakan sebagai cara untuk mengingatkan pekerja tentang hazard yang terdapat di kawasan tersebut. iv) Pemakaian Alat Pelindung Diri. Tidak praktikal untuk menggunakan langkah kawalan ini di dalam situasi tersebut.

6.2 Langkah Kawalan : Hazard Kesihatan yang paling kritikal Bunyi bising melebihi had (85 dB dan ke atas). i) Penghapusan Tidak praktikal untuk menggunakan langkah kawalan ini di dalam situasi tersebut. ii) Penggantian Tidak praktikal untuk menggunakan langkah kawalan ini di dalam situasi tersebut. iii) Pengasingan

Mukasurat 16 / 26

Kertas IV Bahagian 1: Tugasan Tempat Kerja

Menentukan jarak di antara mesin dan pekerja untuk memastikan pekerja tidak berada dekat dengan mesin dan terdedah kepada hazard ini. iv) Kawalan Kejuruteraan Menggantikan komponen mesin yang telah lama dengan yang baru untuk mengurangkan geseran yang menyebabkan bunyi bising. Pemasangan mesin hendaklah tidak terlalu dekat dengan dinding untuk mengelakkan pantulan bunyi. Pasang alat penyerap bunyi pada dinding atau siling untuk mengurangkan bunyi bising. v) Kawalan Pentadbiran / Pengurusan Menjalankan penilaian risiko terlebih dahulu sebelum memulakan kerja agar dapat mengenalpasti hazard-hazard yang terdapat di tempat kerja.. Menyediakan prosedur kerja selamat dan menerangkan kepada pekerja serta pastikan pekerja memahami prosedur tersebut.

sebelum memulakan kerja setiap hari.

menentukan tahap bunyi di kilang adalah melebihi had yang dibenarkan atau tidak. Nota: Sila rujuk Lampiran 5 di mukasurat 27 berkenaan pemetaan tahap bunyi di dalam kilang. Penyelia juga hendaklah memastikan pekerja tidak berada berhampiran dengan mesin yang mengeluarkan bunyi bising ketika operasi berjalan.

Mukasurat 17 / 26

Kertas IV Bahagian 1: Tugasan Tempat Kerja

Pemasangan papan tanda keselamatan juga boleh digunakan sebagai cara untuk mengingatkan pekerja tentang hazard yang terdapat di kawasan tersebut. vi) Pemakaian Alat Pelindung Diri. s

s

cara yang sesuai untuk mengurangkan bunyi bising. Mengikut Peta Tahap Bunyi di dalam kilang, tahap bunyi di kawasan ini adalah 85 ~ 114 dB. Dengan pamakaian alat pelindung diri ini akan dapat mengurangkan tahap bunyi di antara 29 ~ 30 dB. Nota: Sila rujuk kepada Lampiran 6 di mukasurat 28 untuk contoh Alat Pelindung Diri. 6.3 Langkah Semakan Semula Langkah semakan semula perlu dilaksanakan dari masa ke semasa dan berterusan untuk memastikan kelancaran kerja dan pengenalpastian hazard-hazard yang baru. Oleh yang demikian, beberapa kaedah perlu dilakukan bagi penyemakan semula untuk semua hazard yang telah dikenalpastikan seperti berikut:i.

Melakukan pemeriksaan secara berjadual terhadap mesin-mesin yang berpotensi menghasilkan hazard dan semua rekod pemeriksaan hendaklah di simpan.

ii.

Menjalankan ujian, ketahanan dan kekuatan terhadap peralatan-peralatan yang digunakan dan menggantikan peralatan yang tidak lagi berfungsi dengan baik atau yang telah rosak.

iii.

Menyemak semula keberkesanan prosedur kerja selamat apabila terdapat penemuan hazard baru atau berlaku sesuatu insiden.

iv.

Ulangkaji kefahaman pengendali atau operator mesin berkenaan dengan cara-cara mengendalikan mesin dan langkah-langkah yang perlu diambil jika berlaku kecemasan semasa operasi.

Mukasurat 18 / 26

Kertas IV Bahagian 1: Tugasan Tempat Kerja

v.

Menyemak semula dan mengemaskini rekod-rekod kemalangan, kejadian nyaris dan kejadian berbahaya yang berkaitan.

vi.

Membuat sesi pertemuan dan perbincangan dengan semua pihak yang turut bekerja di kawasan tersebut. Melalui sesi pertemuan ini setiap maklumat tentang aktiviti dapat disampaikan dan sebarang masalah yang berlaku akan dibincangkan.

6.4 Manfaat Kepada Organisasi i.

Jika kemalangan dapat dielakkan atau dikurangkan, pengeluaran syarikat dapat dikekalkan dan dipertingkatkan kerana tiada bahagian yang terjejas akibat diberhentikan untuk tujuan pembaikan dan penyiasatan.

ii.

Kehilangan tenaga mahir akan dapat dielakkan kerana pekerja dapat berkerja seperti biasa disebabkan tiada pekerja yang ditimpa kemalangan.

iii.

Kerosakan produk dapat dielakkan dan dikurangkan.

iv.

Proses operasi juga tidak terganggu jika terdapat sistem penyelenggaraan yang teratur kerana kerosakan mesin semasa proses operasi berjalan dapat dielakkan atau dikurangkan.

v.

Syarikat dapat menjimatkan banyak kos yang digunakan untuk menguruskan hal-hal berkaitan kemalangan, kos mencari pekerja baru, kos perubatan, kos pampasan dan ganti-rugi, kos pembaikan peralatan atau mesin serta dapat mengelak daripada didenda oleh pihak kerajaan jika semua peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dipatuhi.

vi.

Dengan banyak kos dapat dijimatkan, syarikat juga boleh menggunakan dana tersebut untuk pembangunan sumber manusia, latihan, kebajikan pekerja serta pembangunan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan syarikat.

Mukasurat 19 / 26

Kertas IV Bahagian 1: Tugasan Tempat Kerja

vii.

Jika kemalangan dapat dielakkan dan dikurangkan, majikan dan pekerja juga -

i

hasil pengeluaran yang tinggi dan pekerja pula mendapat manfaat dengan memperolehi pendapatan dari syarikat serta dapat berkerja dalam keadaan yang selamat dan sihat. viii.

Reputasi syarikat tidak akan terjejas dan kepercayaan pelanggan, pekerja serta penduduk yang tinggal berhampiran akan dapat dikekalkan jika tiada kemalangan yang selalu berlaku.

Mukasurat 20 / 26

Kertas IV Bahagian 1: Tugasan Tempat Kerja

7.

RUJUKAN DAN SUMBER i. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan & Peraturan-peraturan 1994 : Akta 514 MDC Publishers Printers Sdn Bhd., April 2004 ii.

Factories and Machinery Act & Regulations 1967 : Act 139 MDC Publishers Printers Sdn Bhd., April 2003

iii.

Training Manual for Safety Health Officer Certificate Program, Module 1 National Institute of Occupational Safety and Health, Malaysia 2005.

iv.

Guidelines for Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control (HIRARC) 2008 Department Of Safety and Health (DOSH)

v.

National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) Laman sesawang : www.niosh.com.my

vi.

5 Steps to Risk Assessment Health and Safety Executive 2003 Laman sesawang : www.hsebooks.co.uk

vii.

Royal Society for the Prevention of Accidents (ROSPA) Laman sesawang : www.rospa.com

viii.

3M Malaysia Catalog : Safety Product Laman sesawang : www.solution.3m.com.my

ix.

4,

Initial Employee Noise Exposure Monitoring Report for Focus Lumber Berhad No. rujukan laporan : OSHE/10-04/2012 Orang Kompetent : En. Agustus Yahin (JKKP HIE 127/5/3-1 [No. 073]

Mukasurat 21 / 26

Kertas IV Bahagian 1: Tugasan Tempat Kerja

LAMPIRAN

Mukasurat 22 / 26

Kertas IV Bahagian 1: Tugasan Tempat Kerja

LAMPIRAN 3 : Carta organisasi pengurusan syarikat Focus Lumber Berhad.

Lembaga Pengarah Pengurus Kewangan Pegawai Kewangan Pengurus Pembekalan Perkayuan Pengurus Sumber Manusia Pegawai Pentadbiran

Pegawai Passport & Dokumen

Pengurus Kilang

Penolong Pengurus Kilang

Superitendent & Penyelia Kilang

Pegurus Kilang Janakuasa

Jurutera Stim

Pengurus Pemasaran

Pegawai Pemasaran Penyelia Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

Mukasurat 23 / 26

Kertas IV Bahagian 1: Tugasan Tempat Kerja

LAMPIRAN 4:

HIRARC

Mukasurat 24 / 26

Kertas IV Bahagian 1: Tugasan Tempat Kerja

LAMPIRAN 5:

NOISE MAPPING

Mukasurat 25 / 26

Kertas IV Bahagian 1: Tugasan Tempat Kerja

LAMPIRAN 6 RAJAH 1 : EAR PLUG

3MTM Corded Foam Ear Plug 1110 Sesuai untuk Bunyi Bising sehingga 100 dB TWA Noise Reduction Rating (NRR) : 29 dB.

RAJAH 2 : EAR MUFF

3MTM PeltorTM OptimeTM 105 Over Earmuff Hearing Conservation H10A Sesuai untuk Bunyi Bising sehingga 105 dB Noise Reduction Rating (NRR) : 30 dB.

Mukasurat 26 / 26

Related Documents

Wpa Paper 4
January 2021 2
Wpa
January 2021 6
Contoh Wpa
January 2021 1
Paper 4 Sample 1-1
January 2021 3

More Documents from "John Ha"