Buat Duit Dari Internet

  • Uploaded by: theshadowzz my
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Buat Duit Dari Internet as PDF for free.

More details

  • Words: 3,580
  • Pages: 18
Loading documents preview...
BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET

t e n r e t n I n a g den

P 10 Tips Cara Bisnes Online Yang Praktikal P Ketahui Model Ebiz yang Bersesuaian P Istimewa Tips daripada Mentor Jutawan Siber P Sumber info ebiz percuma !

Disediakan oleh : Code7 aka Fahmy Webmaster Softhands.Com.My , Terbitan RahsiaEbiz.Com

RahsiaEbiz.Com 2007

BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET

Copyright © 2007 RahsiaEbiz.Com

RahsiaEbiz.Com 2007

BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET

Dari Laptop Penulis

corat-coret mukaddimah

Assalamualaikum wrt dan salam ceria ! Hai teman... apa kabar ? Harap semuanya sihat dan hebat selalu.. Saya Fahmy aka Code7 selaku webmaster Softhands Creative Studio dan Admin RahsiaEbiz.com ingin mengucapkan tahniah kepada anda yang telah berusaha untuk mendapatkan ebook Buat Duit & Cari Duit Dengan Internet. Ebook ini bukanlah bertujuan untuk bersaing dengan memana “infoproduct” lain atau yang sama dengannya. Ia adalah salah satu bentuk penyampaian demokrasi maklumat yang kita boleh berkongsi untuk manfaat semua. Tujuan ianya ditulis untuk meng’ebook’kan isi kandungan yang penting dalam bahasa Melayu iaitu berkisar mengenai cara buat duit yang terbukti telah berjaya dan banyak orang ambil faedah dari peluang di internet. Tiada unsur-unsur scam investment atau skim cepat kaya dalam ebook ini, jika anda inginkan ebook skim cepat kaya maka eloklah anda berhenti membaca tulisan ini dan boleh mencari bahan yang lain. Untuk makluman, skim cepat kaya melalui pelaburan internet menempa sejarah di Malaysia di mana berjuta-juta ringgit telah dihanguskan di luar negara. Semua laman web berkisar pelaburan internet yang tidak mendapat kelulusan SC (suruhanjaya sekuriti) telah ditutup secara berperingkat. Ini satu perkembangan positif dan agak luar biasa memandangkan kerajaan terpaksa buat apa saja bagi melindungi pasaran modal dalam negara.

RahsiaEbiz.Com 2007

BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET

Dalam mencari rezeki halal melalui Internet ini, saya akan menggariskan beberapa tips mudah yang mana semua orang mampu lakukannya. Tips tersebut saya huraikan secara umum & bersahaja yang mana selebihnya terpulang pada anda untuk ‘explore’ lagi memana yang berkaitan. Sesetengah orang mempunyai keunikan tersendiri, minat yang berbeza dan cenderung membuat sesuatu terhadap apa yang difikirkannya suka. Macam saya yang terlibat dalam dunia grafik digital termasuk DTP artist, web development & internet solutions, multimedia & animation semua ini merupakan bertitik tolak daripada minat yang mendalam pada ICT. Apabila kita lakukannya dengan penuh ‘passion’ atau ghairah ia sebenarnya memberi kekuatan yang tidak terduga. Pernah saya bekerja di workstation berjam-jam lamanya semata-mata nak siapkan website client, dan hasilnya mereka puas hati sehingga 5 tahun berturut-turut saya tetap menjaga 3 jenis website bersama mereka. Begitu juga dengan membuat jualan produk berkaitan grafik yang memberi pulangan lumayan berpuluh kali ganda daripada kos asal, semua ini dijual secara online. Ia memberi kepuasan yang hebat, dan inilah peluang yang seharusnya kita cari jika ia membuatkan kita gembira. Kerja bukan lagi semata-mata kerja, ia sudah menjadi hobi.. Bila ini berlaku ia akan membawa hidup yang lebih ‘hidup’.. Alami kehebatan membuat duit secara online adalah satu keistimewaan zaman era siber kini. Tidak perlu terpenjara dari pukul 8 hingga 5 di pejabat, tak perlu alami kesesakan traffic jam, tak perlu buang minyak kereta awal pagi, tak perlu dileteri bos, tak perlu tunggu gaji cukup bulan, ada duit anytime, malah boleh print-on-demand money from your atm.. caranya kenalah anda pelajarinya dari sifoo atau mentor jutawan siber yang dah berjaya.

RahsiaEbiz.Com 2007

BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET

Bagi mereka yang sudah bertahun-tahun bergelumang dengan keusahawan cyber (cyberpreneurship) sudah tentu akan memahami selok belok buat duit di Internet. Ia adalah ibarat lautan, di mana lubuk ikan kita perlu tahu bagaimana untuk mencarinya. Kemudian menggunakan umpan dan peralatan yang mencukupi utk mendapat hasil tangkapan yang baik. Pemahaman yang mendalam pada situasi dan trend lautan juga amat penting, kapten atau nakhoda kapal sure tak mau kapalnya karam dek ujian gelora lautan yang sukar diduga. Begitulah metafora simple yang boleh kita ketahui ttg Internet. Tak semua perkara boleh menjanjikan keuntungan/kejayaan yang ekspress. Kesemuanya mempunyai risiko. Sama ada kita berani atau sebaliknya. Tetapi dalam menjalankan perniagaan berasaskan Internet adalah lebih mudah daripada perniagaan realiti. Ia tidak memerlukan kos yang tinggi. Cukup dengan akses Internet dan beberapa model Ebiz yang sesuai anda sudah boleh “generate money online” dengan mudah. Setiap pengetahuan dan pengalaman kita alami sendiri dalam dunia Internet akan mendewasakan pemilihan keputusan yang dilakukan. Misalnya keperluan terhadap domain dan hosting adalah cukup bagus berbanding free web hosting. Penggunaan blogger.com dan wordpress.com lelama nanti akan tidak relevan bila bisnes anda berkembang. Sure orang mahu lihat perubahan yang lebih matang, at least ada web domain.com sendiri. Saya dulu pada tahun 2000 bertuah ditemukan dengan seorang mentor dan expert dalam web hosting provider. Beliau mengajar saya percuma dari A to Z tentang web development terutamanya dalam bab teknikal domain dan hosting. Saya rasakan apa yang diajarnya itu cukup mudah dan jika anda baru pertama kali nak buat dan beli domain.com sendiri sure boleh dapat dalam beberapa jam sahaja. Tak perlu masuk class web development beribu ringgit di Cosmopoint atau LimKokWing atau MMU menghabiskan masa bertahun-tahun untuk semata-mata sebuah domain.com

RahsiaEbiz.Com 2007

BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET

Di dalam Internet apa yang penting adalah belajar mentor, sifoo atau memana individu yang terbukti mempraktikkan business online. Bukan sekadar cakap sahaja tetapi dia mempunyai portfolio, produk dan servis yang telah berjaya. Dengan pengetahuan bertahun-tahun sifoo dan mentor tersebut kita boleh serap dan kuasainya dalam masa yang singkat sahaja. Saya praktikkan ini sejak 7 tahun yang lalu dan sehingga kini telah berjaya mempunyai berpuluh website, 3 jenis produk baru yang dah jadi hot items dan servis perkhidmatan “web design company” yang mempunyai jaringan dari dalam dan luar negara. Buat pertama kalinya saya buka keahlian untuk pelajari ebiz secara percuma di RahsiaEbiz.Com pada awal tahun 2007 dan implikasinya cukup besar sekali dalam membuka peluang kepada orang lain. Banyak protégé dan ahli saya secara amatur berjaya mencipta ruang dan peluang dalam Ebiz, malah berjaya membuat website untuk selebriti TV yang mana saya sendiri tidak menjangka mereka akan pergi sejauh itu. Ini khusus saya tujukan kepada saudara Bibsprop yang telah mengimplementasikan konsep Ebiz yang telah saya cuba gariskan melalui beberapa siri pertemuan tidak rasmi dengannya. Memandangkan beliau cepat faham dan boleh mencari pelanggan sendiri ini adalah satu kejayaan yang membanggakan. Semua orang mempunyai ciri-ciri unik masing-masing. Apa yang penting dalam apa jua bisnes sekalipun anda perlu ‘mengenali’ diri sendiri. Di mana keistimewaan anda, di mana minat dan hobi anda, apa yang anda suka, apa yang anda nak tahu dan adakah sanggup untuk buat apa saja untuk bisnes ini. Selagi anda praktikkan kaedah SWOT Analysis sepertimana yang saya posting dalam web RahsiaEbiz sure akan lebih memudahkan membuat pilihan niche yang menguntungkan. Kaedah ini merupakan strategic planning tools yang diamalkan oleh multi-national company seperti Microsoft, Dell, Apple dan sebagainya. Adalah amat praktikal kita gunakannya untuk memilih niche yang strategik dan serasi dengan keupayaan diri kita.

RahsiaEbiz.Com 2007

BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET

Sebagai mengakhiri mukaddimah salam bicara panjang saya kali ini, sama-sama lah kita renungkan kata-kata azimat Sir Francis Bacon seorang ahli falsafah yang terkenal..

“ A wise man will make more opportunities than he finds... ” Saya turut copy paste mutiara kata ini dalam profil rahsiaebiz.com sebagai manfaat bersama. Ia mengandungi erti yang tinggi nilainya.. Semoga apa jua pengetahuan di dalam memana website mahupun dalam ebook ini akan memberi manfaat terutamanya meningkatkan ekonomi & taraf hidup dengan usaha buat duit dan cari duit secara online. Jangan lupa sebarkan ebook ini kepada orang lain, anda boleh jual dan edarkan kepada sesiapa sahaja yang anda suka. Membaca sambil buat duit dengan Internet !

Rakan Siber Anda, Mohd Nuur Fahmy Bin Massailan (Code7) Webmaster Softhands & Admin RahsiaEbiz 20 November 2007, Petaling Jaya Selangor, Malaysia

* Anda digalakkan print-out ebook ini untuk memudahkan pembacaan. * Text yang bergaris (underline) berwarna pink adalah hyperlink yang boleh dilayari sekiranya ada akses internet.

RahsiaEbiz.Com 2007

BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET

10 Tips Mudah

Buat Duit & Cari Duit dengan internet

D

asawarsa

ini

terlalu

banyak

bahan

bacaan

mengenai

bagaimana

mencari duit sampingan melalui internet ataupun ketahui rahsia-rahsia menjana pendapatan dengan internet. Dengan melalui strategi yang betul dan usaha

yang berterusan kita pasti dapat memanfaatkan internet sebagai satu ‘medan’ bisnes yang cukup menguntungkan, oleh itu ikuti 10 tips buat duit dan cari duit dengan Internet yang diringkaskan daripada pengalaman saya untuk manfaat kita bersama. Antara yang terbaik boleh dilakukan bagi menjana pendapatan anda secara online ialah : 1. Menyertai Affiliate Programme Affiliate program adalah yang paling mudah untuk menjana duit sampingan anda. Dengan hanya register sbg affiliate/agent anda akan dapat komisyen dari setiap jualan yang dibuat. Anda hanya perlu promosikan produk/servis melalui link, url, ads banner tanpa menanggung sebarang risiko kerana ia akan ditanggung oleh company yang menawarkan affiliate tersebut. Cara promosinya adalah lebih bebas termasuklah melalui email, groups, blog atau web malah dalam instant messenger seperti YM, MSN & ICQ dan MIRC. Bagi mereka yang expert boleh buat guna Google Adwords atau YPN. Antara sifoo-sifoo atau mentor jutawan affiliate dunia adalah seperti Ewen Chia yang berjaya mempromosikan affiliate produk jutawan John Reese dalam masa seminggu bernilai hampir beratus ribu dollar US. So sekiranya anda ingin mencuba sepertimana mereka boleh try di tempat yang sesuai antaranya seperti :

RahsiaEbiz.Com 2007

BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET

1.

Clickbank.Com

2.

Commission Junction

3.

Amazon.Com

4.

Exabytes.Com.My

5.

AdikBijak.Com

6.

IdeaBisnesLuarBiasa.Com

7.

MasKahwin.Com

8.

Lain-lain review pelbagai affiliate programme di sini

2. Jual Produk Sendiri Sekiranya anda mempunyai produk atau servis perkhidmatan anda sendiri bolehlah mencuba untuk menjualnya di internet. Ini kerana kelebihannya anda boleh mengetahui harga kos sebenar, boleh markup price mengikut kesesuaian kerana anda yang menjualnya sendiri. Antara contoh menjual produk dan servis ialah seperti menjual kerongsang, gelang, buku, cd/kaset, cincin, jam, ebook, software, hosting, design service dan lenlain yang berpotensi. Apa yang anda perlu untuk realisasikannya ialah dengan marketing melalui website rasmi anda. Konsep marketing melalui website ataupun minisite memerlukan strategi yang berkesan. Antaranya anda boleh baca lebih lanjut artikel saya berjudul Cara Buat Landing Page atau Web Minisite Yang Menguntungkan. Sekiranya anda ‘newbie’ hendak tahu lebih lanjut utk membangunkan web anda sendiri bagi memasarkan produk anda secara online sila hantar request anda pada Bibsprop kerana beliau menawarkan diskaun istimewa untuk pakej web Ebiz. Untuk membangunkan web hanya cukup mudah sekiranya anda sudah bermula dengan domain com/net/org dan hosting yang sesuai dgn modal anda.

RahsiaEbiz.Com 2007

BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET

3. Menjual secara ‘Drop Ships’ Drop Ships ini ialah satu perancangan anda melalui pembekal (provider) dalam menjual produk mereka di internet pada harga yang telah di’mark up’ utk mengambil untung atas angin. Contohnya Cik Siti mempunyai webnya sendiri telah mempromosikan produk Total Skin Care Package pada harga RM150 dan caj RM10 bagi delivery (jumlah kesemuanya RM160). Apabila customer membelinya secara online di web Cik Siti produk tersebut dgn harga RM160 (termasuk delivery), dengan itu Cik Siti akan proceed melalui pembekal dengan order yang mana akan dihantar produk tersebut kepada pembelinya tadi. Sedangkan harga kos produk tersebut hanyalah RM100 dan Cik Siti dapat untung atas angin RM50 dgn kaedah drop ships di atas tanpa menanggung kos produk & delivery. Kaedah ini untung atas angin ini sangat mudah, apa yang perlu ialah mengambil order customer yang selebihnya diserahkan kepada pembekal (supplier). Mungkin boleh cuba selanjutnya dengan melayari laman web DropShipSites.Com dan beberapa artikel berkaitan dengannya. 4. Buat Kerjasama Strategik Inilah yang saya lakukan bagi menjimatkan kos dan masa. Kita wat JV (Joint Venture) atau kerjasama strategik dengan individu/company tertentu dalam mencapai matlamat bisnes online kita. Contohnya anda tidak tahu buat website tetapi anda boleh buat pakatan strategik dengan mana-mana web developer utk membangunkan web anda dengan perkongsian keuntungan yang dipersetujui. Dengan ini anda boleh fokuskan kepada idea bisnes dan marketing strategy manakala rakan kerjasama pula yang membangunkan web sepenuhnya. Dgn ini kita mampu menjimatkan kos, masa dan tenaga. Dengan mempelbagaikan rakan kerjasama dalam sesuatu bisnes sama ada aspek marketing, production, development etc anda akan mempunyai team yang mantap dan membolehkan bisnes anda berkembang dengan lebih baik.

RahsiaEbiz.Com 2007

BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET

Selain itu anda juga boleh buat JV dengan company yang menawarkan komisyen bagi setiap jualan produk/servis mereka, ia adalah mudah kerana ia sekadar menyedia tempat iklan produk di website kita dan mengambil order bagi produk mereka yang boleh memberikan komisen yang lumayan. Saya telah menjimatkan kos beribu dollar USD melalui JV dengan client luar negara yang memberi ruang dan peluang kepada akses resources web & software development serta testimonial yang sedikit sebanyak meningkatkan imej dan reputasi Softhands Creative Studio. Kesemua resources hasil daripada kerjasama strategik dengan client luar negara dapat meningkatkan pengalaman dan pengetahuan dalam bidang yang belum kita kuasai. Misalnya anda tidak mempunyai kepakaran di dalam PHP programming namun boleh JV dengan beberapa web programmer yang sudi bekerjasama dan mengambil untung atas dasar profit-sharing dan seterusnya menjadikan sesuatu project itu bersifat lebih kepada “win-win situation”. 5. Menjual Ruang Iklan Sekiranya anda mempunyai website yang tinggi hits trafik pengunjung atau opt-in email anda boleh pertimbangkan untuk servis pengiklanan. Contohnya seperti laman web utusan.com.my dan juga bharian.com.my yang mempunyai lebih 1 juta hits sehari mampu menjana pelanggan untuk sesuatu produk atau servis. Dengan itu mereka dpt menjual ruang iklan berbayar yang cukup lumayan serta menjadi tumpuan jutawan internet marketers seperti Dr. Irfan Khairi dan lenlain company yang mempromosikan produk mereka. Pada tika ini anda dapat memanfaatkan segala kelebihan hits trafik pengunjung di web anda atau opt-in list email yang berwibawa untuk menjana pendapatan mudah. Salah satu konsep web yang berkaitan ruang iklan ialah anda juga boleh mengambil idea dari MyKedai2u.Com, ataupun jika anda pernah melayari web MillionDollarHomepage.Com yang mana ia sangat terkenal dan menjadi lagenda di dalam sejarah internet kerana berjaya menjual sejuta ruang pixel iklan di website !

RahsiaEbiz.Com 2007

BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET

6. Jana Peluang Pendapatan Dengan Contextual Advertising Ini adalah satu program buat duit dengan mudah melalui contextual advertising seperti mana yang disediakan oleh Google Adsense. Sebagai contoh contextual advertising bersama Google Inc yang merupakan syarikat gergasi dalam internet search engines.. Anda hanya perlu sign up google adsense dan implementkan code adsense dalam website anda. Contoh yang paling mudah ialah gunakan blogspot atau web anda sendiri dgn menepati syarat-syarat yang ditentukan google, boleh baca ebook istimewa Google Adsense Secret untuk lebih lanjut. Contoh laman web rakyat Malaysia yang berjaya mengimplementasikan google adsense ialah seperti di Osx-e.Com. Sekiranya anda mencari alternatif selain daripada Google Adsense boleh juga try contextual advertising seperti : •

TargetPoint



RevenuePilot



Veoda



ValueClickMedia



Yahoo Publisher Network



Bidvertiser



Clicksor

RahsiaEbiz.Com 2007

BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET

7. Buat Blog Sekarang ni ada banyak orang buat blog untuk mencari perhatian orang. Di sinilah kekuatannya, yang mana anda juga boleh meniru mereka menjana pendapatan dgn melalui blog... Contohnya blog afdlinshauki.blogspot.com yang cukup menarik kita lihat ia mempromosikan produk filem dan karyanya yang terkini. Bagi saya blog afdlin shauki mempunyai auranya tersendiri apabila dibaca dan diikuti oleh berjuta rakyat malaysia dgn kerenah Chief Kodoknya itu.. Itu satu pendekatan yang murah, fleksibel dan efisien. Bagi anda juga boleh membuat blog sendiri di www.blogger.com dan ianya percuma. Start sumthing new with ur blog, carilah idea untuk diri anda dan promosikan blog anda pada org lain sehingga mendapat perhatian.. Apabila mendapat attract banyak visitor dan mempunyai traffic yang besar bolehlah memanfaatkan teknik buat duit dengan Contextual Advertising dan juga buat ruang pengiklanan atau jual produk sendiri sepertimana yang saya pernah jelaskan dalam cara ke 2, 5 dan ke 6 di dalam ebook ini. Contoh rakyat Malaysia yang buat duit dengan blog ialah seperti : •

LiewCF.Com



Jeefooi.com



Kennysia.Com



Sabahan.Com



SapiensBryan.Com

RahsiaEbiz.Com 2007

BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET

8. Develop Portal & Community Sekiranya anda mempunyai skills kepakaran website yang baik atau membuat kerjasama dengan org yang mempunyai skills dlm web development sudah tentu anda boleh mencipta sebuah portal dan komuniti untuk menjana pendapatan di sebalik free services di dalam portal tersebut. Mengapa portal dan komuniti? Ini kerana dengan melalui portal & komuniti kita boleh menyediakan pelbagai ruang utk free services dan activity online seperti online discussion forum, downloads, resources, articles, advertising, promotion, viral marketing dan lenlain elemen yang cukup banyak menguntungkan dari segi jangka masa panjang... Contoh portal dan komuniti yang berjaya ialah seperti Cari.Com.My, Jiwang.Org dan Terato.Com ... kini mereka telah mempunyai 40 ribu lebih ahli dan mempunyai hits trafik yang tinggi kerana pelbagai xtvt online & resources di dalam forum dan portal. Di situ mempunyai tumpuan orang setiap hari dengan pelbagai isu, mempunyai jaringan network sesama ahli dan boleh mengetahui sesuatu peluang bisnes sesama ahli. Mmg hebat penangan portal komuniti ini jika kena caranya.. Sebagai contoh mudah jika 20ribu ahli derma RM1.00 dalam masa 2 minggu, sure dapat income Rm20k tak sampai sebulan! .. Ini adalah kekuatan yang ada pada sesebuah portal besar ahlinya..

9. Jana Peluang Melalui Auction Site Auction Site ataupun laman web yang menyediakan kemudahan lelongan. Contoh auction site seperti Ebay, Yahoo Auction, Lelong.Com.My dan banyak lagi.. Di laman web lelongan ini anda boleh memulakan bisnes lelong anda tak kira apa jua jenis barang sekalipun. Ada org berjaya lelong henset yg rosak dgn harga yg tinggi, ada juga yg lelong barang terpakai seperti baju dan buku serta lain2 bentuk cenderamata yang menarik ataupun duit syiling/setem lama... Kebanyakan org di luar negara suka dengan keris dan matawang melaka ataupun yg menjadi simbol sesuatu bangsa di Asia. Namun begitu di auction site anda boleh mencuba mengikut kreativiti dan strategi anda sendiri. Boleh search banyak auction site di Yahoo Directory

RahsiaEbiz.Com 2007

BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET

Saya pernah melelongkan Digicam lama yang sudah tidak dipakai lagi, tetapi ada sedikit rosak pada tempat bateri. Bermula dengan RM1 bidding price dibuka menjadi RM100 dibeli oleh pembida yang berjaya. Daripada Digicam tersebut tersimpan dan berhabuk dalam kotak adalah lebih baik ia dijual dan dapat duit semula. Ada juga orang menjual barangan eksklusif termasuk jam dan topi yang ditandatangani artis atau selebriti. Apa jua barangan yang rasa mempunyai nilai juga boleh diketengahkan di dalam auction site.

10. Jana Pendapatan Melalui Social Site Teknik ini antara yang terbaru di mana kita sebagai user akan menyumbangkan apa jua content sama ada video, photo, text dan sebagainya, konsepnya lebih kepada social site yang mempunyai ciri-ciri user-generated content, misalnya anda boleh buat duit di Revver.Com dengan targetted ads yang disertakan bagi setiap video yang anda upload di situ. Lagi banyak orang tengok lagi banyak boleh dapat duit. Selain itu boleh juga try di Metacafe (producer rewards), Break.Com dan banyak lagi. Selain video anda juga boleh share foto atau gambar dan buat duit melaluinya di Scoopt.Com (sesuai untuk professional photographer) dan Stockxpert.Com. Ada banyak lagi social site yang boleh beri anda peluang untuk jana pendapatan, cuma kena rajin buat research lebih lanjut di sini. Buat duit dengan cara ini jika untuk newbie boleh la secara sampingan dan tidak dijadikan yang utama. Namun bagi mereka yang aktif menjual gambar dan foto bagi professional photographer maka mereka mempunyai peluang cerah di Scoopt dan Stockxpert serta lain-lain tempat yang menyediakan peluang buat duit.

RahsiaEbiz.Com 2007

BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET

KESIMPULAN DAN PENUTUP Ada banyak lagi cara untuk buat duit dengan Internet berbanding 10 yang saya senaraikan dalam ebook ini. Tetapi apa yang penting anda memilih cara yang mudah dan bersesuaian dengan citarasa masing-masing. Ada orang minat melelong barang, ada orang minat upload gambar dan video. Tak ketinggalan juga yang berminat membina laman web dan grafik yang lawa atau jual produk/servis sendiri. Kesemua jenis cara buat duit internet ini sekiranya digabungkan atau ditambah kreativiti dan sentuhan resepi anda sendiri sudah tentu ia akan mendatangkan ‘passion’ iaitu keghairahan untuk melihatnya berjaya dan ‘menjadi’. Yang penting usah rasa takut untuk memulakan Ebiz pertama anda, sebenarnya ia merupakan satu proses perjalanan yang panjang dan memerlukan kesabaran. Sekiranya anda masih newbie boleh rajinkan diri membaca tips dan panduan yang disediakan oleh sifoo-sifoo Internet Marketers sama ada di dalam atau luar negara. Paling mudah boleh dapatkan tips dan free stuffs di RahsiaEbiz.Com yang mana disediakan khas untuk rakyat Malaysia. Dapatkan informasi selanjutnya di RahsiaEBiz mengenai tips dan cara buat duit mudah dengan Internet, sebab di sana akan ada update pelbagai info terbaru untuk anda membacanya. Jangan lupa untuk download pelbagai ebook, software dan free stuffs yang telah disediakan untuk anda di RahsiaEBiz – web portal info bisnes secara online anda! Selamat Maju Jaya.. Wassalam.

www.rahsiaebiz.com

RahsiaEbiz.Com 2007

BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET

EKSKLUSIF !

Sumber grafik Photoshop yang terhebat di Malaysia !

daripada 1000 fail PSD yang boleh digunakan bila-bila P Lebih masa ! perlu buang banyak duit upah graphic designer untuk P Tak merekabentuk grafik professional bagi anda ! P Bonus istimewa bernilai $200 usd percuma ! P Boleh lihat secara lebih detail di www.cdgrafix.rahsiaebiz.com

RahsiaEbiz.Com 2007

BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET

PAKEJ WEB SAVER

MILIKI WEB SENDIRI DENGAN MUDAH & MURAH !

yourname.enetmind.com Pakej Silver RM 99 per year * Subdomain + Shared Hosting * 1 Page Html Design * 2 gambar (maksimun) * Email Fowarder * Online Support

Pakej Gold RM 150 per year * Subdomain + Shared Hosting * 2 Page Html Design * 4 gambar (maksimun) * Email Fowarder * Online Support * Online Form Pakej Royale RM 490 * Subdomain + Shared Hosting * 5 Page Html Design * 10 gambar (maksimun) * Email Fowarder * Online Support * Online Form

Pakej Diamond RM 250 per year * Subdomain + Shared Hosting * 3 Page Html Design * 6 gambar (maksimun) * Email Fowarder * Online Support * Online Form

Hubungi :

Email : [email protected] Contact No: 03-79550661 / 017-343 8582 www.enetmind.com

RahsiaEbiz.Com 2007

Related Documents


More Documents from "Ralph Paglia"

20 Cara Jimat Duit
February 2021 0
Buat Duit Dari Internet
January 2021 1
Leccion 1.11
February 2021 1
Bitcoin
February 2021 2