Buku Log Jayadiri

  • Uploaded by: franjieabdrahman
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Buku Log Jayadiri as PDF for free.

More details

  • Words: 3,995
  • Pages: 29
Loading documents preview...
UNIT PENGAKAP REMAJA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH DAERAH SEMBULAN

BIODATA

Maklumat Peribadi Nama Penuh : No. Mykad : Tarikh Lahir : Tempat Lahir : No. Telefon : Alamat : Email :

GAMBAR

Maklumat Kepengakapan Daerah : Nombor Kumpulan : Nama Sekolah : Nama Patrol : Pangkat : No. Sijil Lencana Jayadiri : Maklumat Keluarga Alamat Perhubungan : Nama Bapa : No. Telefon : Nama Ibu : No. Telefon :

MA/17/1

1

UNIT PENGAKAP REMAJA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH DAERAH SEMBULAN

REKOD UJIAN LENCANA JAYADIRI

Nama Pengakap No. Kad Pengenalan Daerah No. Kumpulan No. Sijil

: : : : :

*No. Sijil Diisi setelah ahli lulus dan menerima sijil dari Daerah Sembulan

BIL

PERKARA

TARIKH LULUS

TANDATANGAN PENGUJI

1

Fungsi Parlimen. Bendera Negeri dalam Malaysia, Lambang 2 Malaysia dan Lambang Negeri masingmasing. Menerangkan fungsi SATU daripada agensi 3 Kerajaan. Peta kawasan parlimen negeri dan ahli 4 parlimen. 5 Buku Log Peribadi. Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap Remaja ini telah menjalankan ujian-ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut.

Tarikh :…………………

Tandatangan :………………… Nama Penilai :………………… Jawatan

MA/17/1

:…………………

2

UNIT PENGAKAP REMAJA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH DAERAH SEMBULAN

 Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan dan ia membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara.

 Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.

 Parlimen juga menjadi forum untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan kepentingan orang ramai. Bagi membolehkan Parlimen menjalankan tanggungjawab dengan sepenuhnya dan dengan lebih berkesan, Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa hak dan pengecualian yang dipanggil "Keistimewaan Ahli-ahli Parlimen" kepada ahli Parlimen.

 Setiap Dewan mempunyai kuasa untuk mengawal selia tatacaranya sendiri, mempunyai kuasa mutlak atas prosiding masing-masing yang mana kuasakuasa ini tidak boleh dicabar di dalam mana-mana mahkamah; dan setiap Dewan boleh mengenakan hukuman ke atas pelanggaran hak keistimewaan atau menghina (contempt) di dalam Dewan tersebut.

 Secara amnya, ahli Dewan menikmati imuniti daripada prosiding sivil dan jenayah terhadap perkara yang dibahaskan dan yang dibuat di dalam sesi Parlimen.

MA/17/1

3

UNIT PENGAKAP REMAJA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH DAERAH SEMBULAN

DEWAN NEGARA

Dewan Negara ialah senat bagi Persekutuan Malaysia. Ia bertindak sebagai dewan perwakilan rakyat yang tertinggi di Malaysia.  Dewan Negara merupakan salah satu daripada dua dewan dalam Parlimen, satu laginya dikenali sebagai Dewan Rakyat. Seramai 70 ahli Dewan Negara bergelar senator dimana hanya 26 daripada 70 yang dipilih melalui pengundian oleh negeri dengan 2 senator setiap negeri di Persekutuan dan 44 lagi dilantik dan dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong.

 Tugas Dewan Negara ialah mengkaji semula dan meluluskan rang undangundang yang dibawa naik oleh Dewan Rakyat. Kedua-dua dewan perlu meluluskan rang undang-undang yang dibuat sebelum dihantar kepada Yang diPertuan Agong untuk perkenan Baginda.



Dewan Negara mempunyai kuasa dan pengaruh yang lebih besar dalam soal suatu Rang Undang-undang yang bertujuan membuat pindaan kepada Perlembagaan Malaysia. Dewan Negara mempunyai kuasa untuk menolak dan membatalkan sebarang Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memerlukan kelebihan suara majoriti 2/3 dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat pada bacaan kali kedua dan kali ketiga.

 Pindaan Perlembagaan Malaysia bukan sahaja mesti diluluskan oleh majoriti 2/3 di Dewan Rakyat sahaja tetapi juga mesti diluluskan dengan majoriti 2/3 di Dewan Negara yang berhak menggunakan kuasa vetonya jika Rang undangundang untuk meminda Perlembagaan Malaysia itu ditolak.



Kuasa veto yang dipunyai oleh Dewan Negara berkenaan Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan telah diperuntukkan di bawah Artikel 68(5) Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

MA/17/1

4

UNIT PENGAKAP REMAJA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH DAERAH SEMBULAN

DEWAN RAKYAT

Dewan Rakyat merupakan salah satu daripada dua dewan dalam Parlimen Malaysia. Semua rang undang-undang perlulah diluluskan oleh kedua-dua dewan parlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara - sebelum dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan diraja.[1] Ahli-ahli Dewan Rakyat juga dikenali sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Yang Berhormat. Sepertimana Dewan Negara, Dewan Rakyat bersidang di Bangunan Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur.  Menjalankan system pemerintahan demokasi.  Bersidang dari masa ke semasa.

 Membahaskan tentang titah ucapan diraja yang menerangkan dasar-dasar kerajaan.  Mengubal undang-undang.

 Pindaan ke atas perlembagaan boleh dilakukan jika 2/3 ahli Parlimen menyokong pindaan tersebut.

MA/17/1

5

UNIT PENGAKAP REMAJA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH DAERAH SEMBULAN

Bendera Malaysia

 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah yang melambangkan keberanian rakyat Malaysia yang tiada bandingan terhadap negara ini di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih yang melambangkan kesucian negara di sebelah bawah.  Tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Wilayah Persekutuan.  Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia.  Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi bagi Persekutuan (Malaysia seperti yang telah tertakluk dibawah Perlembagaan Negara Malaysia).  Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.  Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

MA/17/1

6

UNIT PENGAKAP REMAJA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH DAERAH SEMBULAN

Johor Darul Takzim

 Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat.  Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri.

 Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.

Kedah Darul Aman

 Merah ialah warna kebangsaan negeri Kedah yang turun-temurun.  Padi maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan. Anak bulan tanda negeri ini beragama Islam.

 Perisai pula maksudnya Raja ( Kerajaan ) sentiasa menjaga dan memelihara rakyatnya dan penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman.

MA/17/1

7

UNIT PENGAKAP REMAJA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH DAERAH SEMBULAN

Kelantan Darul Naim

 Latarbelakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk negeri ini termasuk rakyat dan Raja yang memerintah.

 Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini.

Negeri Sembilan Darul Khusus

 Warna kuning pada bendera membawa maksud D.Y.M.M. Raja.  Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat.  Bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luakluak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.

MA/17/1

8

UNIT PENGAKAP REMAJA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH DAERAH SEMBULAN

Perak Darul Ridzuan



Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam.



Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya. Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.



Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.



Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.

Pahang Darul Makmur

 Bendera negeri Pahang mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di MA/17/1

9

UNIT PENGAKAP REMAJA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH DAERAH SEMBULAN

bawah.  Kedua-duanya sama lebar. Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara.  Putih adalah melambangkan Raja.  Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja.  Negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu ada pada Raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat.

Melaka

 Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera Persekutuan dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan.  Sementara anak bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.

Perlis Indera Kayangan

MA/17/1

10

UNIT PENGAKAP REMAJA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH DAERAH SEMBULAN

 Warna kuning melambangkan D.Y.M.M. Raja. Warna biru pula melambangkan rakyat.  Bendera itu sendiri membawa makna kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat Baginda.

Selangor Darul Ehsan

 Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu bermaksud daging dan darah iaitu Unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini.  Bulan bintang pula ialah sebagai Agama Islam, agama rasmi negeri dan kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.

Pulau Pinang

MA/17/1

11

UNIT PENGAKAP REMAJA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH DAERAH SEMBULAN

 Warna biru muda bermaksud warna laut yang indah di sekeliling pulau itu.  Warna putih pula membawa maksud negeri Pulau Pinang yang aman dan damai.  Warna kuning melambangkan kemakmuran.  Pohon Pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.

Terengganu Darul Iman

 Latarbelakang berwarna putih membawa maksud D.Y.M.M Sultan.Ia melingkari tanah hitam yang bermaksud rakyat.  Ini bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda.

 Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. MA/17/1

12

UNIT PENGAKAP REMAJA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH DAERAH SEMBULAN

Wilayah Persekutuan

 Bendera baru Wilayah Persekutuan yang dilancarkan pada 20hb. Ogos 2006 ini digunakan dalam acara-acara rasmi yang melibatkan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.  Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Labuan atau Putrajaya akan digunakan dalam acara-acara yang melibatkan Wilayah Persekutuan yang berkenaan.  Ciri-ciri Bendera Wilayah Persekutuan menerapkan warna asas Bendera Malaysia yang melambangkan Wilayah Persekutuan adalah milik Kerajaan Persekutuan dan seluruh rakyat Malaysia.

1. Warna kuning membawa maksud kedudukan yang dihormati, dimuliakan dan kedaulatan; 2. Warna biru mambawa maksud perpaduan, keikhlasan, kestabilan, keharmonian dan kebenaran; dan

3. Warna merah membawa maksud semangat waja, kekuatan, keberanian dan bertenaga. 4. Jata Negara melambangkan Wilayah Persekutuan sebagai jajahan penting yang meneraju pemerintahan, pentadbiran dan pusat perniagaan negara. MA/17/1

13

UNIT PENGAKAP REMAJA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH DAERAH SEMBULAN

5. Tiga (3) bintang di bawah Jata Negara membawa maksud 3 Wilayah Persekutuan terpenting iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bernaung dan mendokong Wilayah Persekutuan.

Sabah

 Bendera negeri Sabah berbentuk persegi panjang berukuran 1:2. Di sudut sebelah atas bendera berwarna biru cerah, yang menjadi latarbelakang lukisan grafik bayangan Gunung Kinabalu, berwarna biru tua, meliputi suku bahagian bendera ini.  Bahagian hujung bendera yang berkibar dihiasi tiga jalur yang sama besar. Jalur atas berwarna biru muda, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili.  Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan,  Putih melambangkan kesucian dan keadilan,  Merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan.  Warna biru cerah menunjukkan perpaduan dan kemakmuran  Biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.

 Kelima-lima warna yang menghiasi bendera ini mewakili lima bahagian yang MA/17/1

14

UNIT PENGAKAP REMAJA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH DAERAH SEMBULAN

terkandung dalam Negeri Sabah.  Lukisan grafik berbentuk Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah. Sarawak

 Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh.  Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.  Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.  Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis.  Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat perjuangan kita untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.

MA/17/1

15

UNIT PENGAKAP REMAJA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH DAERAH SEMBULAN Lambang Negara Malaysia

 Bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan.  Manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu menandakan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).  Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka menandakan Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu.  Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warnawarna hitam dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.  Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan.  Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan.  Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia.  Slogan, "Bersekutu Bertambah Mutu" ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri dan tulisan Jawi di sebelah kanan.  Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

MA/17/1

16

UNIT PENGAKAP REMAJA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH DAERAH SEMBULAN

Lambang Negeri Sabah

 Lambang Negeri Sabah terdiri dari dua bahagian iaitu atas yang berupa dua lengan berwarna kuning sedang menjulang Bendera Negeri yang terletak di atas satu susunan lima warna Negeri iaitu biru zirkon, merah cili, putih, biru salji dan nilakandi.  Di bawahnya iaitu tubuh utama lambang ini yang berbentuk sebuah perisai. Bahagian atas perisai ini tersusun tiga warna Negeri iaitu biru zirkon, putih dan merah cili dalam bentuk V.  Bahagian bawah perisai ini terdapat bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang berlatarbelakangkan warna biru salji. Perisai itu dipangku oleh sehelai skrol berwarna merah yang tertulis dengan cogankata negeri Sabah "Sabah Maju Jaya" berwarna putih.  Dua lengan yang menjulang Bendera Negeri itu melambangkan perpaduan dan kerjasama di kalangan masyarakat berbagai kaum di negeri ini ke arah kemajuan dan kejayaan.

MA/17/1

17

UNIT PENGAKAP REMAJA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH DAERAH SEMBULAN

 Lima warna yang tersusun itu bermakna lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri Sabah.  Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman.  Warna putih melambangkan kemurnian dan keadilan.  Merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan.  Biru Salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara

 Nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.

MA/17/1

18

UNIT PENGAKAP REMAJA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH DAERAH SEMBULAN

Terangkan fungsi SATU daripada agensi Kerajaan atau badan berkanun seperti dibawa:

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau lebih dikenali sebagai FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority) ialah sebuah agensi pemasaran yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia. FAMA telah ditubuhkan pada 30 September 1965 bagi tujuan menyelia, menyelaras, mengawalselia dan memajukan pemasaran keluaran pertanian Malaysia, termasuk pengimportan dan pengeksportan. Hasil pertanian yang termasuk di bawah bidang perkhidmatan FAMA ialah:    

Sayur-sayuran Buah-Buahan Bijiran dan Herba Ternakan dan Akuakultur

Fungsi -Fungsi Utama FAMA ialah:   

Menyelaras aktiviti -aktiviti pemasaran pertanian sama ada yang melibatkan pihak swasta atau jabatan/agensi kerajaan Memperbaiki sistem pemasaran dan memperluaskan serta memajukan pasaran baru bagi hasil-hasil pertanian Malaysia Bekerjasama dengan pihak swasta dan jabatan/agensi kerajaan bagi mewujudkan sistem pemasaran pertanian yang cekap dan berkesan

MA/17/1

19

UNIT PENGAKAP REMAJA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH DAERAH SEMBULAN 



Membangunkan dan memajukan pengurusan yang cekap di dalam industri pertania, berkaitan dengan aktiviti pemasaran atau pemprosesan hasil-hasil pertanian dan Melibatkan secara langsung di dalam industri pertanian, terutamanya di dalam aktiviti pemasaran dan pemprosesan hasil-hasil pertanian.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP)(bahasa Inggeris: Federal Land Development Authority (FELDA)) adalah satu agensi kerajaan Malaysia yang menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasankawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka. 

 





Agensi ini menumpukan kepada pembukaan ladang-ladang pekebun kecil untuk tanaman kontan. Skim-skim FELDA tidak hanya dikhaskan untuk membantu orang Melayu miskin malah beberapa buah Felda terawal seperti Felda LBJ dan Felda Lurah Bilut menerima peneroka pelbagai kaum sperti kaum Cina dan kaum India, begitu juga Felda di Sabah dan Sarawak yang mana peneroka terdiri dari pelbagai kaum dan keturunan yang membentuk sebilangan besar penduduk Malaysia. Sehingga tahun 2000, FELDA mengusahakan tanah sebanyak 9,000 kilometer persegi, kebanyakannya ladang kelapa sawit. Walaupun objektif utama FELDA adalah untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar melalui petempatan semula, ia dilaporkan juga memegang kepentingan minoriti dalam sebilangan bank utama Malaysia. FELDA berperanan untuk memajukan tanah baru untuk dijadikan ladang pertanian yang produktif melalui pengurusan pertanian yang berkesan di kalangan peneroka serta menggalakkan pertumbuhan masyarakat yang maju dan berdisiplin. Pada dekad 1960-an dan 1970-an, dasar kerajaan mula menekankan pelbagaian tanaman untuk mengelakkan kejatuhan harga yang besar. Pada tahun 1961, petempatan kelapa sawit FELDA yang sulung dibuka, dengan 3.75 km² tanah. Sehingga tahun 2000, tanah sebanyak 6,855.2 km² di bawah rancangan FELDA

MA/17/1

20

UNIT PENGAKAP REMAJA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH DAERAH SEMBULAN

tertumpu kepada kelapa sawit.

PETRONAS , pendek untuk Petrolium Nasional Berhad (Malaysian National Oil Company Inc.), seorang warganegara Malaysia minyak dangas syarikat yang ditubuhkan pada 17 Ogos 1974.  



Dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia, perbadanan itu diperuntukkan kepada keseluruhan sumber minyak dan gas di Malaysia dan diamanahkan dengan tanggungjawab membangunkan dan menambah nilai kepada sumber-sumber ini. Petronas berada di kedudukan antara Fortune Global 500 syarikat terbesar 's di dunia. Fortune menyenaraikan Petronas sebagai syarikat terbesar ke-75 di dunia pada tahun 2013. Fortune juga menyenaraikan Petronas sebagai syarikat yang paling menguntungkan ke-12 di dunia dan yang paling menguntungkan di Asia. Sejak diperbadankan, Petronas telah berkembang menjadi sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa bersepadu dengan kepentingan perniagaan di 35 buah negara. Sehingga akhir Mac 2005, Kumpulan Petronas terdiri 103 anak-anak syarikat milik penuh, 19 pakaian milik sebahagiannya dan 57 syarikat bersekutu. Bersama-sama, syarikat-syarikat ini membuat Kumpulan Petronas, yang terlibat dalam pelbagai aktiviti berasaskan minyak dan gas. The Financial Times telah mengenal pasti PETRONAS sebagai salah satu daripada " tujuh beradik baru " syarikat-syarikat minyak dan gas negara yang paling berpengaruh dan terutamanya milik negara dari negara-negara di luar OECD .

Kumpulan itu terlibat dalam pelbagai spektrum aktiviti petroleum,         

termasuk hulu penerokaan dan pengeluaran minyak dan gas kepada hiliran penapisan minyak ; pemasaran dan pengedaran produk petroleum ; perdagangan; pemprosesan gas dan pencairan ; penghantaran gas paip operasi rangkaian; pemasaran gas asli cecair ; petrokimia pembuatan dan pemasaran; penghantaran; kejuruteraan automotif ;

MA/17/1

21

UNIT PENGAKAP REMAJA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH DAERAH SEMBULAN 

dan pelaburan hartanah.

PETRONAS merupakan sumber besar pendapatan bagi kerajaan Malaysia, dengan 45% daripada bajet kerajaan bergantung kepada dividen PETRONAS, lebih-lebih lagi dalam imbangan sebenar 2011 kerajaan mempunyai 5 peratus defisit Keluaran Dalam Negara Kasar.

Institut Tadbiran Awam Negara atau lebih dikenali sebagai INTAN merupakan pusat latihan bagi pegawai-pegawai kerajaan Malaysia. INTAN telah diberi mandat dan tanggungjawab oleh kerajaan untuk melatih kakitangan awam yang berkhidmat di agensi kerajaan persekutuan, negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan. Selain daripada melatih kakitangan awam, INTAN juga menyediakan perkhidmatan perundingan berkaitan latihan dan kursus kepada pelanggan-pelangan INTAN yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan dalam negara dan juga dari luar negara 







Setiap tahun INTAN akan menganjurkan kursus-kursus seperti Induksi, Mandatori, Pembangunan Profesional, Peningkatan Kecekapan, Penilaian, Persijilan, Diploma, dan juga peringkat Sarjana dengan kerjasama dengan Universiti. Setiap tahun INTAN akan menghantar Buku Projek Latihan INTAN dan Kalendar Projek Latihan INTAN kepada Bahagian atau Unit Latihan semua Jabatan dan Kementerian. Selain daripada itu, INTAN juga akan menghantar risalah dan maklumat berkaitan kursus dan latihan anjuran INTAN dari masa ke semasa. Sebarang permohonan perlulah menggunakan Borang permohonan Kursus yang disertakan bersama. Pemohon juga boleh memohon secara atas talian dan mendapatkan Borang Permohonan melalui Laman Web INTAN. Jangka masa kursus bergantung kepada jenis kursus yang dipilih. Jangka pendek adalah selama 3 hingga 5 hari, dan jangka panjang adalah dalam linkungan 2 minggu hingga 2 bulan.

MA/17/1

22

UNIT PENGAKAP REMAJA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH DAERAH SEMBULAN 

Untuk kursus-kursus peringkat Diploma dan Sarjana, ia mengambil masa antara 6 bulan hingga 2 tahun.

INTAN diwujudkan untuk menyediakan ruang kepada penjawat awam untuk meningkat prestasi perkhidmatan semasa dalam tugas mellaui kursusu dan latihan dari masa ke semasa. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggung jawab INTAN untuk menyediakan perkhidmatan latihan dan kursus kepada semua Penjawat Awam baik Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan Negeri 

INTAN tidak menetapkan garis panduan keutamaan dalam menyediakan perkhidmatan. Walau bagaimanapun setiap tahun 60% peserta kursus adalah terdiri daripada Kumpulan Sokongan, manakala 40% lagi adalah daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Bagi memenuhi keperluan persiapan diri khususnya Isteri-isteri kepada Pegawai Tinggi Kerajaan dalam Kategori Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dalam menghadiri acara-acara rasmi kerajaan. 

INTAN juga telah menganjurkan kursus berkaitan Etiket, Protokol dan Keterampilan Diri kepada isteri-isteri mereka ini.

Di INTAN semua penjawat awam yang bertugas di INTAN diwajibkan menjalani Latihan Kejurulatihan untuk melayakkan mereka untuk menjadi Pengajar ataupun Jurulatih di INTAN. Jadi semua jurulatih ataupun Pengajar adalah warga INTAN. Namun dalam keadaan-keadaan tertentu di mana INTAN tidak mempunyai kepakaran, barulah perkhidmatan luar diperolehi. Seperti di Universiti yang mempunyai pelbagai Fakulti mengikut Bidang masing-masing, INTAN juga mempunyai 9 Program yang akan mengendalikan kursus dan latihan mengikut bidang masing-masing. Program-program tersebut adalah 1) Program Kepimpinan; 2) Program Pengurusan Teknologi (IMATEC); 3) Program Pembangunan Profesional; 4) Program Penyelidikan dan Pembangunan; 5) Program Pengurusan Kewangan; 6) Program Pengurusan Kerajaan Tempatan dan Daerah; 7) Program Komunikasi dan Pembangunan Latihan; 8) Pembangunan Pengurusan; 9) Program Pembangunan Ekonomi dan Pengurusan Perniagaan. Selain daripada itu, INTAN juga mempunyai 6 Kampus Wilayah yang turut mengendalikan kursus-kursus untuk menampung keperluan permintaan di kawasan MA/17/1

23

UNIT PENGAKAP REMAJA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH DAERAH SEMBULAN

sekitar. Kampus-kampus tersebut terletak di Sungai Petani (INTURA), Kemaman, Terengganu (INTIM), Kluang, Johor (IKHWAS), Jalan Elmu, Petaling Jaya (INTENGAH), Sabah dan Sarawak.

MA/17/1

24

UNIT PENGAKAP REMAJA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH DAERAH SEMBULAN

Peta Kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri

MA/17/1

25

UNIT PENGAKAP REMAJA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH DAERAH SEMBULAN

Senarai kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri : Kod

Kawasan Parlimen

DUN 1

DUN 2

DUN 3

P.167

Kudat

N.01 Banggi

N.02 Tanjong Kapor

N.03 Pitas

P.168

Kota Marudu

N.04 Matunggong

N.05 Tandek

P.169

Kota Belud

N.06 Tempasuk

N.07 Kadamaian

N.08 Usukan

P.170

Tuaran

N.09 Tamparuli

N.10 Sulaman

N.11 Kiulu

P.171

Sepanggar

N.12 Karambunai

N.13 Inanam

P.172

Kota Kinabalu

N.14 Likas

N.15 Api-Api

P.173

Putatan

N.17 Tanjong Aru

N.18 Petagas

P.174

Penampang

N.19 Kepayan

N.20 Moyog

P.175

Papar

N.21 Kawang

N.22 Pantai Manis

P.176

Kimanis

N.23 Bongawan

N.24 Membakut

P.177

Beaufort

N.25 Klias

N.26 Kuala Penyu

P.178

Sipitang

N.27 Lumadan

N.28 Sindumin

MA/17/1

N.16 Luyang

26

UNIT PENGAKAP REMAJA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH DAERAH SEMBULAN

P.179

Ranau

N.29 Kundasang

N.30 Karanaan

N.31 Paginatan

P.180

Keningau

N.32 Tambunan

N.33 Bingkor

N.34 Liawan

P.181

Tenom

N.35 Melalap

N.36 Kemabong

P.182

Pensiangan

N.37 Sook

N.38 Nabawan

P.183

Beluran

N.39 Sugut

N.40 Labuk

P.184

Libaran

N.41 Gum-Gum

N.42 Sungai Sibuga

P.185

Batu Sapi

N.43 Sekong

N.44 Karamunting

P.186

Sandakan

N.45 Elopura

N.46 Tanjong Papat

P.187

Kinabatangan

N.47 Kuamut

N.48 Sukau

P.188

Silam

N.49 Tungku

N.50 Lahad Datu

N.51 Kunak

P.189

Semporna

N.52 Sulabayan

N.53 Senallang

N.54 Bugaya

P.190

Tawau

N.55 Balung

N.56 Apas

N.57 Sri Tanjong

P.191

Kalabakan

N.58 Merotai

N.59 Tanjong Batu

N.60 Sebatik

Senarai Nama Ahli Parlimen Sabah:

MA/17/1

27

UNIT PENGAKAP REMAJA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH DAERAH SEMBULAN

No.

Kawasan Parlimen

Ahli

Parti (Gabungan)

BN 21 | PH 2 | WARISAN 2 | Bebas 0

P167

Kudat

Datuk Abd Rahim Bakri

BN (UMNO)

P168

Kota Marudu

Datuk Dr. Maximus Ongkili

BN (PBS)

P169

Kota Belud

Datuk Abdul Rahman Dahlan

BN (UMNO)

P170

Tuaran

Madius Bina Tangau

BN (UPKO)

P171

Sepanggar

Datuk Jumat Idris

BN (UMNO)

P172

Kota Kinabalu

Wong Sze Phin

PH (DAP)

P173

Putatan

Dr. Makin @ Marcus Mojigoh

BN (UPKO)

P174

Penampang

Ignatius Dorrel Leiking[7]

WARISAN

P175

Papar

Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

BN (UMNO)

P176

Kimanis

Datuk Anifah Aman

BN (UMNO)

P177

Beaufort

Datuk Azizah Binti Mohd Dun

BN (UMNO)

P178

Sipitang

Datuk Sapawi Amat Wasali @ Ahmad

BN (UMNO)

P179

Ranau

Datuk Ewon Ebin

BN (UPKO)

P180

Keningau

Tan Sri Joseph Pairin Kitingan

BN (PBS)

MA/17/1

28

UNIT PENGAKAP REMAJA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH DAERAH SEMBULAN

P181

Tenom

Datuk Raime Unggi

BN

P182

Pensiangan

Tan Sri Joseph Kurup

BN (PBRS)

P183

Beluran

Datuk Ronald Kiandee

BN (UMNO)

P184

Libaran

Datuk Juslie Ajirol

BN

P185

Batu Sapi

Datin Linda Tsen Thau Lin

BN (PBS)

P186

Sandakan

Wong Tien Fatt

PH (DAP)

P187

Kinabatangan

Datuk Bung Moktar Radin

BN (UMNO)

P188

Silam

Datuk Datu Nasrun Datu Mansor

BN

P189

Semporna

Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal[8]

WARISAN

P190

Tawau

Mary Yap Kain Ching

BN

P191

Kalabakan

Datuk Abdul Ghapur Salleh

BN (UMNO)

MA/17/1

29

Related Documents


More Documents from "Rayi Anugrah"

Buku Log Jayadiri
January 2021 4