Ebook Hartanah Cerita Nah! 005

  • Uploaded by: Hartabumi Malaysia
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ebook Hartanah Cerita Nah! 005 as PDF for free.

More details

  • Words: 6,975
  • Pages: 27
Loading documents preview...
ANALISIS | BERITA | STRATEGI | HARTANAH HOT

21 FEB - 3 MAR 2017 Edisi : #5

CARIAN HARTANAH BUMIPUTERA NO.1

CERITA-NAH!

PUSAT BELI-BELAH DI DAMANSARA

TERLEBIH @ CUKUP?

Isu menarik:

Hartanah Hot Pelangi Heights & SOFO MKH AVENUE

Hotspot Hartanah Ara Damansara

Ejen Faiz Ali Scammer Hartanah

[email protected] | 03-76104766

@hartabumi.my

HB 01

21 FEB - 3 MAR 2017

18-21

Ketua Editor

RADZI TAJUDDIN

Hotspot Hartanah Ara Damansara

Editor

NASRUDDIN SAMUNI

Tahukah anda Ara Damansara merupakan kawasan yang paling strategik sekali?

Penulis

FATIN AQILAH NADIA NASIR Penyumbang

24

FAIZ ALI

Ejen Faiz Ali

Kreatif

Scammer Hartanah

AMIRUL NIDZAM

Ketahui ciri-ciri atau sikap si ‘scammer’ hartanah

Maklum Balas

[email protected]

25

Strategi Hartanah

Cara Mengira Peratus Keuntungan

Buletin hartabumi.my diterbitkan setiap Jumaat pertama dan ketiga setiap bulan dan diedarkan secara atas talian di portal: www.hartabumi.com/buletin

Ketahui cara-cara mengira peratus keuntungan hartanah anda

4-5

Kisah Pelabur Maklum balas Jika anda ada sebarang komen atau cadangan, sila email kami : [email protected] kami sedia mendengar pandangan anda Penerbit: REKAYASA BUMI SDN BHD (11167537-X)

D-12-05, Empire Damansara Jalan PJU 8/8, Damansara Perdana, 47800, PJ Selangor Tel : 03 – 76104766 Hak cipta terpelihara. Semua artikel yang diterbitkan tetap menjadi hak milik REKAYASA BUMI SDN BHD (11167537-X)

Ketahui ilmu hartanah dari pakar hartanah Khairul Anuar Shaharudin

6-10

Isu Muka Depan

Pusat Membeli-belah MRT, Terlebih atau Cukup? Kajian dan tinjauan tim Hartabumi mengenai lambakan pusat membeli-belah di MRT sekitar Damansara.

13-16

Hartanah Hot

Pelangi Heights dan SOFO @ MKH Avenue Review hartanah baru dan kawasan idaman untuk tinggal.

Nota EDITOR Nota EDITOR

Ini belum dicampur lagi dengan pusat beli belah yang sedang giat dibina di Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Jadi dengan kemunculan ‘mall-mall’ baru ini timbul persoalan- adakah wujud keadaan lebihan pengeluaran? Atau ‘mall-mall’ tersebut menepati kehendak pasaran? Untuk mengupas isu ini, Tim Hartabumi telah memfokuskan di kawasan Damansara untuk melihat sejauh mana prestasi pusat beli belah yang berada di laluan MRT Fasa 1. Sila baca ruangan Isu Muka Depan untuk ketahui jawapannya.

Setelah berehat sebentar selama sebulan pada awal 2017, kini Hartabumi kembali membawakan kepada anda ‘CERITA-NAH!’- Buletin Hartanah edisi #005! Boleh dikatakan hampir setiap bulan ada sahaja pusat beli belah baru yang mula beroperasi. Pada Januari 2017 kita menerima kehadiran Sunway Velocity di Cheras dan The Starling Bandar Utama.

Antara kandungan menarik lain yang boleh dibaca adalah Kisah Pelabur yang menampilkan En Khairul Anuar. Terus baca kisah beliau bagaimana beliau mula berjinak-jinak dalam pelaburan hartanah. Kemudian, seperti biasa, kami menganalisis kawasan hartanah dalam ruangan Hot Spot. Kali ini, hartabumi memfokuskan ke kawasan Ara Damansara.

HB 02

21 FEB - 3 MAR 2017

Ejen Faiz Ali pula bercerita mengenai ‘scammer’ hartanah yang dilihat masih wujud walaupun dengan kesedaran orang ramai yang semakin meningkat. Mari baca tulisan beliau untuk ketahui apakah itu ‘scammer’ hartanah. Turut dimuatkan adalah ruangan ‘Strategi Hartanah’ yang memberikan tips bagaimana mengira kadar pulangan ‘yield’ hartanah. Penting ilmu ini supaya anda boleh menilai adakah hartanah yang ingin dibeli itu berbaloi atau tidak. Ruangan ‘Projek Pilihan’ menampilkan dua projek yang amat berbaloi untuk pelaburan dan kediaman iaitu Pelangi Height di Mantin dan MKH Avenue di Kajang. Selamat membaca dan jangan lupa kongsikan buletin ini kepada rakan dan kenalan anda. Benca percuma jangan simpan seorang diri. :-p Radzi Tajuddin CEO Hartabumi.my

KADAR SEWA BULANAN 'HIGHRISE' DI LEMBAH KLANG (1Q14-3Q16) Rumah Bertingkat (High Rises)

1Q14

2Q14

3Q14

4Q14

1Q15

3Q15

4Q15

1Q16

2Q16

3Q16

1,300

1,350

1,400

1,400

1,400

1,400

1,300

1,400

1,300

1,400

1,300

2,500

2,500

2,500

2,500

2,600

2,600

2,500

2,500

2,600

2,400

2,500

Kiara Park

2,500

2,750

2,750

2,750

2,750

2,850

2,800

2,500

2.650

2,500

2,500

TTDI- The Residence

3,700

4,000

4,300

4,300

4,300

3,700

3,600

3,500

3,250

3,600

4,000

3,600

3,800

3,800

3,800

3,800

3,800

3,700

3,500

3,700

3,900

4,100

Mont Kiara Pines

2,700

3,000

3,200

3,200

3,200

3,500

2,900

2,900

3,200

3,300

3,300

Mont Kiara Sophia

2,800

3,000

3,000

3,200

3,300

3,600

3,200

3,100

3,320

3,500

3,300

Lanai Kiara

2,600

2,600

2,700

2,700

2,800

3,000

2,700

2,650

2,550

2,600

2,600

Goodyear Court 6-10

1,100

1,300

1,500

1,500

1,500

1,400

1,200

1,200

1,250

1,250

1,200

Seri Penaga

3,700

4,000

4,000

4,000

4,000

4,000

4,000

3,500

3,300

3,600

3,600

Cascadium

3,200

3,300

3,300

3,300

3.,300

3,600

3,550

3,160

3,400

3,500

3,800

Tivoli Villas

2,100

2,100

2,100

2,100

2,000

2,000

2,200

2,300

2,000

2,000

2,300

Plaza Damas - Mayfair

1,500

1,500

1,500

1,500

1,500

2,000

1,400

1,260

1,400

1,400

1,400

Menara Damansara

Villa Flora

TTDI- The Plaza

2Q15

HB 03

21 FEB - 3 MAR 2017

Berita Hartanah

Usaha sama Malaysia dan Singapura berjalan lancar, Marina One dijangka siap 2017 SINGAPURA : Syarikat usaha sama Malaysia-Singapura, M+S Pte Ltd., berjalan dengan baik, kata Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong. M+S merupakan syarikat usaha sama milik Khazanah Nasional Bhd. (Malaysia) dan Temasek Holdings (Singapura). Ia dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pembangunan bersama di Marina South dan kawasan Ophir-Rochor di Singapura, serta Iskandar Malaysia. “Saya melihat projek di marina south dan ophir-rochor, kedua-duanya itu sedang dilaksanakan dan pembangunannya semakin berterusan.”

SUNGAI BULOH: Kwasa Land Sdn Bhd (Kwasa Land), pemaju induk Kwasa Damansara, melalui anak syarikatnya, Kwasa Development (3) Sdn Bhd, memeterai perjanjian bersama anak syarikat Gadang Holdings Bhd, Elegance Sonata Sdn Bhd, bagi membangunkan Plot R3-1 di perbandaran berkenaan. Sebanyak 780 unit kediaman merangkumi pembangunan kondominium dan vila akan dibangunkan di atas plot R3-1, tanah berstatus pegangan bebas yang berkeluasan 21.08 ekar (8.5 hektar). Plot R3-1 dijangka dapat menjana nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM700 juta. Melalui perjanjian yang dimeterai hari ini, Kwasa Land bakal memperoleh sebanyak RM165.5 juta daripada nilai hak pembangunan dan perkongsian pulangan dari Gadang Holdings. Perjanjian dimeterai Pengarah Urusan Kwasa Land, Datuk Mohd Lotfy Mohd Noh, mewakili Kwasa Development (3), manakala Elegance Sonata Sdn Bhd oleh Pengarah Urusan Bahagian Hartanah Gadang Holdings, Datuk Ling Hock Hing. Ia disaksikan Pengerusi Kwasa Land, Tan Sri Samsudin Osman dan Pengerusi Gadang Holdings, Tan Sri Dr Mohamed Ismail Merican.

“Saya ada membaca bahawa mereka mencatat jualan yang munasabah jadi saya berpendapat projek berkenaan akan berjaya,” katanya dalam temu bual bersama bernama pada isnin. Peroleh komitmen awal pemajakan pejabat yang memberansangkan. Pada Jun tahun ini, M+S mengumumkan ia memperoleh komitmen awal pemajakan pejabat yang memberangsangkan bagi lebih setengah juta kaki persegi di Marina One.

Menurut M+S, ia merupakan beberapa perjanjian pemajakan pejabat terbesar pada 2016 dan ia akan terus melaksanakan rundingan aktif dengan banyak syarikat multinasional lain yang ingin mendapatkan ruang pejabat pelbagai tingkat. Pembangunan 3.67 juta kaki persegi itu terdiri daripada Menara Timur dan Barat Marina One; dua menara pejabat utama gred A dengan kira-kira 1.88 juta kaki persegi; 1,042 unit kediaman mewah bandar; 140,000 kaki persegi ruang runcit serta 65,000 kaki persegi kawasan hijau. Pembangunan Marina One berjalan mengikut jadual untuk disiapkan pada 2017, menurut M+S. Pada 2011, Hsein Loong dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menandatangani perjanjian untuk menyelesaikan pertikaian berhubung kawasan tanah tertentu di Singapura yang sebelum ini milik Keretapi Tanah Melayu. Antara perkara utama perjanjian itu adalah penubuhan syarikat usaha sama, M+S. – BERNAMA Sumber dari Gila Hartanah

Kwasa Land, Gadang bangun plot tanah, Kwasa Damansara Menurut Kwasa Land, plot berkenaan dibangunkan berhadapan taman yang berkeluasan 28.91 ekar (11.7 hektar) dan sebuah tasik seluas 13.64 ekar (5.52 hektar). Ia terletak berdekatan dengan taman rekreasi bandar, cadangan pembinaan sekolah dan plot pembangunan komersial. Pembangunannya boleh diakses dari Persiaran Atmosfera dan ia bakal dihubungkan ke Lebuhraya Guthrie. Ciri menarik bagi pembangunan ini ialah kewujudan sungai yang menjadi tulang belakang pembangunan ini. Ia disempurnakan lagi oleh pembangunan kontemporari kawasan sekeliling yang menyambungkan sungai kepada komuniti sekitar.

Reka bentuk pembangunan ini akan mengoptimumkan pemandangan sungai manakala bahagian aras rendah akan dihiasi taman berlanskap. Dua stesen MRT dalam pembangunan ini yang sudah siap dan sedang beroperasi sepenuhnya juga akan memberi nilai tambah kepada pembangunan hartanah di Kwasa Damansara yang terletak dalam anggaran jarak dari 500 hingga 700 meter dari stesen Kwasa Damansara dan stesen Kwasa Sentral. Sumber dari Berita Harian

HB 04

21 FEB - 3 MAR 2017

Kisah Pelabur

Khairul Anuar Shaharudin Peguam 43 tahun Seorang pelabur hartanah sejak berumur 25 tahun dan telah membeli (serta masih mempunyai) hartanah kediaman dan komersil di pelbagai kawasan di Lembah Klang termasuk di Shah Alam, Sunway, Kota Damansara dan Sepang.

Kenapa melabur dalam hartanah?

Hartanah terbukti sebagai salah satu pelaburan yang mampu memberi pulangan yang menguntungkan dalam masa yang singkat. Pelaburan bukan satu perkara yang mudah ianya memerlukan penelitian yang tinggi. Antara faktor yang perlu diambil kira adalah lokasi, kriteria pelabur, infrastruktur dan tujuan pelaburan dilakukan. Pelaburan hartanah strata memberi pulangan yang lebih untuk RM tambahan setiap bulan dan pelaburan hartanah di atas tanah (landed) akan memberi lebih banyak pulangan jika disimpan dan dijual kelak. Pelaburan hartanah mempunyai banyak pengetahuan tersembunyi yang membantu setiap orang mengurus kehidupan. Melalui pelaburan hartanah seorang pelabur akan dapat belajar tentang bagaimana mengurus kewangan termasuk meningkatkan profil kewangan, ‘credit rating’ dan pegurusan wang keluar masuk. Jika hartanah dibeli untuk dijual semula, pelabur juga akan dapat belajar bagaimana untuk meningkatkan nilai tersebut. Ia akan membolehkan pelabur belajar tentang cukai dan menjadikan pengurusan cukai satu perkara yang perlu diambil kira dalam pelaburan hartanah tersebut. Ramai yang anggap harga rumah adalah perkara yang paling penting dalam pelaburan hartanah tetapi sebenarnya ia hanyalah satu jumlah yang boleh digunakan untuk mendapat keuntungan. Jumlah sebenar yang perlu diambil kira adalah jumlah yang diperolehi berbanding jumlah yang dilaburkan. Bukan harga rumah yang dibeli berbanding harga yang dijual. Muslihat dalam pelaburan hartanah yang penuh dengan helah dan tipu daya serta pengetahuan yang perlu mendalam dan situasi keadaan ekonomi sama ada lokal atau global menyebabkan pelaburan hartanah menarik minat saya.

Ia bukan untuk calang-calang orang dan cabaran dalam memahami cara terbaik untuk menghasilkan pelaburan yang memberi keuntungan yang lumayan menyebabkan ia sesuatu yang menarik. Apakah pandangan anda tentang pelaburan hartanah di kawasan MRT? Pelaburan hartanah di kawasan MRT adalah antara pelaburan yang cukup mencabar kerana saya berpendapat hanya dengan ada stesen MRT di sesuatu kawasan ia tidak menyebabkan hartanah di kawasan itu akan naik. Ia memerlukan kajian samada adakah terdapat faktor lain yang mampu menyebabkan pelaburan itu berbaloi. Mungkin ada kawasan yang sudah mempunyai nilai hartanah yang tinggi dan dengan adanya MRT ia mungkin tidak memberi kesan. Jika kawasan itu adalah kawasan kejiranan yang sebenarnya tidak mahukan trek MRT melalui kawasan tersebut, dengan penambahan penebat bunyi atau stesen MRT memerlukan seseorang berjalan jauh untuk sampai kepadanya, ia juga tidak memberi kesan. Oleh itu, pelaburan di kawasan yang mempunyai sistem MRT memang amat bagus tetapi ia perlu sejajar dengan kewujudan MRT itu sendiri. Ia mungkin memberi pulangan yang baik untuk bangunan kediaman yang dibina terus dengan fasiliti MRT seperti yang banyak dirancang dan ia akan memberi pulangan jangka panjang. Ia bukanlah satu pelaburan yang akan memberi pulangan serta merta

Adakah anda pernah melabur dalam hartanah yang berdekatan dengan pengangkutan awam? Kebanyakan hartanah yang saya beli berdekatan dengan pengangkutan awam. Kesemua hartanah ini saya beli pada 8 tahun lepas di kawasan bersebelahan lebuhraya utama dan trek keretapi. Saya membeli satu pada harga RM72,000 dan satu pada harga RM176,000. Yang pertama saya jual pada harga RM150,000 tetapi kini ia bernilai RM300,000. Yang kedua masih dalam simpanan dan nilainya adalah RM350,000.

Berapakah hasil sewa setiap tahun (rental yield per annum) untuk pelaburan hartanah tersebut? Untuk yang pertama, ketika ini saya diberitahu nilai sewa bulanan adalah RM2,500 sebulan, memberi saya pulangan setahun sebanyak RM30,000 manakala hartanah yang kedua pula memberi saya pulangan sebanyak RM24,000 setahun.

Apakah tips dan strategi anda dalam pelaburan hartanah di kawasan pengangkutan awam, khususnya MRT? Sebelum melabur di dalam hartanah yang mempunyai pengangkutan awam, pastikan laluan pengangkutan awam tersebut. Walaupun kebanyakan maklumat berkenaan hub pengangkutan awam yang dirahsiakan, cuba dapatkan maklumat dengan melawat kawasan yang ada. Ia mungkin membantu untuk mengagak kedudukan MRT atau apa-apa trek yang dibina. Buat kajian tentang hartanah di kawasan di mana hartanah yang ingin dilabur berada. Lihat samada pengumuman laluan pengangkutan awam di situ naik atau turun. Adakah penduduk di situ gembira atau tidak dengan adanya laluan pengangkutan awam tersebut? Adakah perancangan kedai francais untuk membuka cawangan di situ? Bagaimana pula dengan kawasan parkir? Adakah akan terdapat kawasan parkir yang teratur dan adakah ia sinambungan dengan hartanah yang ingin dibeli. Dengan maklumat yang ada fikirkan bagaimana anda sebagai pelabur akan menjaga dan mengendali hartanah tersebut. Hartanah yang baik samada untuk meningkatkan nilai atau pendapatan berulang memerlukan pengurusan yang baik. Ini memerlukan ia sentiasa dapat dilawati sepanjang masa. Melainkan anda mempunyai orang yang boleh menguruskan hal ini.

HB 05

21 FEB - 3 MAR 2017

PORTFOLIO HARTANAH Hartanah 1

Hartanah 2

2009

2016

2009

2016

Harga

RM72,000

RM176,000

RM150,000

RM350,000

Sewa

-

RM2,500

-

RM2,000

Mentari Courts

Dataran Otomobil

HB 06

21 FEB - 3 MAR 2017

Isu Muka Depan

PUSAT BELI BELAH DI DAMANSARA, TERLEBIH ATAU CUKUP? BHG 1 Kita semua tahu kawasan yang berdekatan dengan perkhidmatan awam semakin menjadi buruan pemaju-pemaju hartanah untuk membina pembangunan baru. Tidak kurang juga dengan pembinaan pusat membeli-belah yang kini semakin hari semakin melambak. Kini, dengan adanya perkhidmatan pengangkutan awam yang terbaru iaitu Mass Rapid Transit (MRT), semakin mudah lah aksesibiliti orang ramai untuk ke sesuatu tempat. Untuk pengetahuan, di Damansara sahaja terdapat 9 stesen MRT yang menghubungkan dari Kota Damansara sehingga Pusat Bandar Damansara. Bayangkan berapa banyak pula pusat beli-belah dibina di sepanjang laluan ini ? Damansara merupakan sebuah bandar yang luas dan besar serta mempunyai pelbagai pembangunan maju seperti pusat membeli-belah, bangunan pejabat, perumahan serta akses yang baik dan mudah. Disebabkan terdapat pelbagai kemudahan aksesibiliti, kawasan Damansara ini telah menarik minat pelabur hartanah untuk membina pusat membeli-belah yang mana kita dapat lihat semakin hari semakin bertambah. Namun, adakah lambakan ini sebenarnya sudah terlebih atau mencukupi untuk bandar ini ? Untuk mengetahui perkara ini, tim Hartabumi telah melakukan kajian bagi mengenalpasti kewujudan lambakan pusat membeli-belah ini.

Kedudukan Pusat Beli Belah di Laluan MRT Fasa 1

Sungai Buloh

Semantan

Kampung Selamat

Pusat Bandar Damansara

Kwasa Damansara

Phileo Damansara

Kwasa Sentral

Kota Damansara

Surian

Taman Tun Dr Ismail

Bandar Utama

Mutiara Damansara

HB 07

21 FEB - 3 MAR 2017

Encorp Strand Mall

Pusat membeli belah berkonsepkan futuristik.

Kadar Occupancy : 40% Luas : 300,000 kaki persegi Encorp Strand Mall dibangunkan oleh pemaju Encorp Berhad dengan reka bentuk futuristik. Pusat membeli-belah yang berkonsepkan gaya hidup ini dibina dengan keluasan binaan 300,000 kaki persegi dan memuatkan lebih 150 kedai dan butik serta 2,500 tempat letak kereta.

Tinjauan tim Hartabumi pada hari bekerja mendapati Encorp Strand Mall tidak mendapat kunjungan yang tinggi. Ini kerana kadar ‘occupancy’ unit di kompleks ini dianggarkan hanya 40% peratus sahaja. Masih banyak unit kedai yang masih kosong tidak mempunyai penyewa.

Pusat membeli-belah ini juga dibina dengan perkhidmatan kediaman di bahagian atasnya, iaitu Encorp Strand Residences. Tidak hairanlah jika ianya berkonsepkan gaya hidup kerana pusat membeli-belah ini sudah pasti menjadi tumpuan penduduk di sini untuk mendapatkan keperluan harian mereka.

Antara kedai yang menjadi tarikan di pusat membeli-belah ini ialah Sam’s Groceria yang menjual barangan keperluan harian serta panggung wayang TGV. Selain itu, di tingkat bawah pusat membeli-belah ini baru sahaja dibuka Pejabat Pos Laju yang mana dapat dilihat sebagai satu kemudahan untuk penduduk dan pengunjung di situ.

Di luar kompleks ini terdapat banyak rumah kedai yang dijadikan pejabat dan boleh dikatakan kompleks ini memberi manfaat kepada pekerja di sekitar kawasan ini. Pusat membeli-belah ini dilihat tidak begitu mendapat perhatian orang ramai. Kalau nak diikutkan, pusat membeli-belah ini boleh tahan besarnya, malah kemudahan tempat letak kereta juga banyak dan selesa. Tetapi, sungguh sedikit jumlah pengunjung yang berkunjung ke pusat membeli-belah ini. Keadaan trafik di kawasan pusat membeli-belah ini tidaklah terlalu sibuk. Ini mungkin kerana kawasan ini kurang menjadi tumpuan orang ramai untuk dikunjung. Disebabkan keadaan semasa The Strand yang tidak memberangsangkan, rumah kedai di sekitarnya mula lengang. Jika ada rumah kedai yang mempunyai penyewa pun, ia digunakan sebagai pusat urut.

Suasana di The Strand pada siang hari bekerja

Tidak perlu risau sekiranya tidak mempunyai kenderaan untuk ke kompleks ini kerana orang ramai boleh menaik bas perantara MRT bernombor T808 yang akan menghubungkan anda terus ke kompleks ini.

HB 08

21 FEB - 3 MAR 2017

Sunway Giza

Pusat membeli belah mesra keluarga

Kadar Occupancy : 90% Luas : 160,000 kaki persegi Boleh dikatakan pengungjung kompleks ini pada hari bekerja agak ramai. Apa yang menjadi tarikan di kompleks 3 tingkat ini ialah Village Grocer yang mana menjadi tumpuan pengunjung untuk membeli keperluan harian mereka. Mempunyai kelebihan bersebelahan dengan stesen MRT Surian menjadikan pusat membeli-belah Sunway Giza ini meriah setiap hari walaupun pada hari bekerja. Sunway Giza adalah pusat membeli-belah strategik yang menawarkan produk dan permintaan bagi memenuhi kehendak gaya hidup mewah dan moden. Dibina dengan luas bina 160,000 kaki persegi, kompleks ini memuatkan 48 unit kedai untuk disewa dan rata-ratanya adalah kedai makan. Oleh itu, kompleks ini sering dijadikan sebagai tempat berkumpul untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan. Kadar ‘occupancy’ di kompleks ini ialah 90% dimana boleh dikatakan seluruh kedai di kompleks ini sudah mempunyai penyewa.

Selain Village Grocer, turut menjadi tumpuan ialah gimnasium True Fitness di tingkat atas bangunan ini. Dari luar lagi sudah boleh nampak kemegahan gimnasium ini yang dilengkapi dengan pelbagai alatan senaman. Pekerja yang baru pulang akan terus singgah ke True Fitness tersebut. Sunway Giza ini dilihat sebagai pusat membeli-belah yang mesra pengunjung kerana pengunjung boleh memilih untuk berada di dalam atau di luar.

Ini kerana Sunway Giza mempunyai ruang ‘outdoor’ yang luas menempatkan banyak kedai-kedai makan dan bar. Kompleks ini turut menyediakan 800 ruang tempat letak kereta yang luas di bawah tanah serta 840 ruangan parkir berbumbung di tempat letak kereta bertingkat dengan jarak perjalanan 2 minit sahaja. Selain itu, kompleks ini turut mempunyai 1000 lagi ruang tempat letak kereta di luar di sekitar pusat membeli-belah ini. Berbeza suasana di Sunway Giza amatlah kontra berbanding dengan The Strand walaupun terletak di kawasan yang sama. DisebaBkan itu keadaan trafik di Sunway Giza agak sesak berikutan pusat beli belah itu dan rumah kedai sekitarnya laku dan hidup.

Sunway Giza menyediakan kombinasi unik lokasi strategik di mana demografi pengunjungnya adalah golongan yang berpendapatan tinggi. Oleh itu, kompleks ini adalah pilihan yang bijak untuk perniagaan. Tinjauan dan kajian tim Hartabumi pada waktu tengah hari mendapati kedai-kedai makan di pusat membeli-belah ini sentiasa dikunjungi pengunjung.

Suasana di Sunway Giza pada siang hari bekerja

HB 09

21 FEB - 3 MAR 2017

Glo Damansara

Pusat membeli belah berkonsepkan mesra kejiranan

Kadar Occupancy : 10% Luas : 160,000 kaki persegi Tinjauan tim kami yang seterusnya ialah pusat beli-belah Glo Damansara. Kompleks ini dibangunkan oleh pemaju Glomac Berhad dengan menyediakan perkhidmatan kediaman di tingkat atasnya, Glomac Damansara Residensi. Kompleks yang berkonsepkan pusat beli-belah mesra kejiranan ini terletak berdekatan dengan stesen MRT Taman Tun Dr Ismail dan Tropicana City Mall.

Kebanyakan pengunjung di kompleks ini boleh dikatakan adalah dari kalangan penduduk di residensinya sendiri. Oleh sebab itu, laluan trafik di kompleks ini tidak lah begitu sibuk kerana kawasan ini masih baru lagi dibangunkan. Boleh dikatakan kawasan ini masih lengang dan tidak mampan.

Pusat beli-belah baru saja dilancarkan dan dibuka untuk orang ramai, namun 89% daripadanya masih kosong. Ini menjelaskan kadar ‘occupancy’ di kompleks ini yang begitu rendah dengan anggaran hanya 10% sahaja. Satu - satunya tarikan yang ada di Glo Damansara adalah Ben‘s IndiependantGrocer. Pusat beli-belah ini dilihat terpaksa bersaing dengan Tropicana Mall yang terletak bertentangan denganya. Ini disukarkan lagi dengan saiz Tropicana Mall yang lebih besar dan mempunyai pawagam GSC. Prospek penyewa kemungkinan akan membandingkan kedua-dua pusat beli-belah ini dalam membuat keputusan di mana hendak membuka cawangan. Tinjauan kami mendapati Glo Damansara masih kurang mempunyai X-Factor bagi menarik pengunjung sekitar untuk datang membeli belah di sini.

Suasana di Glo Damansara pada siang hari bekerja

Kompleks ini dilihat masih kosong dan tidak mempunyai tarikan kerana banyak kedai yang masih di dalam binaan dan ubah suai. Namun, di bahagian luar kompleks ini terdapat beberapa kedai makan yang menarik dan menjadi tumpuan. Orang ramai yang mungkin tak tahu di mana tempat makan yang menarik, boleh lah cuba datang ke Glo Damansara ini.

HB 10

21 FEB - 3 MAR 2017

The Starling

Pusat membeli belah dalam taman

Kadar Occupancy : 80% Bagi yang ingin merasai membeli-belah seperti di dalam taman, pusat beli-belah The Starling jawapannya. Terletak di Damansara Utama, kompleks beli-belah yang besar serta moden ini pasti akan menarik minat ramai pengunjung. Dibangunkan oleh pemaju See Hoy Chan Sdn Berhad Group, kompleks lima tingkat ini menjadi pusat untuk mengumpulkan penduduk di kediaman Somerset bagi memenuhi keperluan harian, pekerja di sekitar kawasan dan pengunjung. Kadar ‘occupancy’ kompleks ini dianggarkan 85% dengan 95 penyewa termasuk ACE Hardware, Baskin Robbins, Jaya Grocer, Daiso, MBO Cinema, Padini Concept Store, Sasa, Starbucks Coffee dan kedai buku Popular.

The Starling juga menyediakan perkhidmatan kediaman bernama Somerset di bahagian atasnya.Boleh dikatakan rata-rata pengunjung kompleks ini adalah mereka yang bekerja di sekitar kawasan ini dan juga penduduk residensinya. Apa yang menarik, bangunan ini mempunyai banyak laluan khas untuk mengakseskan pengunjung yang bekerja di sekitar kawasan terus ke dalam pusat beli-belah ini. Selain itu, laluan trafik juga tidak begitu sibuk walaupun sekitarnya mempunyai banyak bangunan pejabat. Hiasan dalaman kompleks ini agak unik sebenarnya.

Suasana di the Starling pada siang hari bekerja

http://bit.ly/2bSl8lQ

Sebanyak 366 artifak burung digantungkan di bahagian tengah kompleks ini dan setiap burung ini pula melambangkan satu hari untuk sepanjang tahun. Pemaju kompleks ini percaya bahawa setiap hari akan memberi satu semangat dan impian baru untuk semua orang. Kedai yang menjadi tumpuan pengunjung di kompleks ini ialah Jaya Grocer yang menyediakan barangan keperluan harian untuk orang ramai. Tidak lengkap rasanya jika tiada paggung wayang. Jangan risau kerana tidak lama lagi The Starling akan mempunyai panggung wayang MBO di tingkat 5 bangunan ini. Kompleks ini juga mempunyai butik-butik fesyen popular seperti Padini dan Brands Outlet yang sudah pasti menjadi tumpuan pengunjung. Bagaimana pula dengan kemudahan pengangkutan awam untuk ke kompleks ini? Jangan risau kerana orang ramai boleh menaiki bas perantara MRT bernombor T813 dan T814 dengan tambang hanya RM1 sahaja. Secara keseluruhan, pusat membeli-belah di kawasan sekitar MRT di Damansara ini dikatakan sudah menjadi lambakan sehingga ada kompleks yang sangat sedikit terima kunjungan. Atas beberapa faktor seperti kurang tarikan, tidak strategik dan sebagainya menjadikan kompleks ini hambar dan sunyi. Apa yang dibimbangkan, penyewa akan mengalami kerugian kerana perlu membayar sewa yang mahal tapi tidak mendatangkan hasil. Nantikan bahagian 2 di Buletin seterusnya untuk sambungan empat lagi kompleks di sekitar MRT di Damansara ini.

PANDUAN HARTANAH MRT PALING LENGKAP SETAKAT INI. Data. Analisa. Strategi.

Dilancarkan pada 22 Februari 2017 Dilancarkan 5 MAC 2017

rental Yield 6-8% setahun?

Cari harga bawah rm 600.000?

strategi dari 6 pelabur hartanah

DIBAWAKAN OLEH:

CARIAN HARTANAH BUMIPUTERA NO.1

Dapatkan ‘update’ mengenai e-book ini di www.hartabumi.my

The Heights of

Luxury living

KAMIL 019 374 6422

HB 13

21 FEB - 3 MAR 2017

Har tanah Hot

Pelangi Heights Nama: Pelangi Heights Alamat: Beranang, Mantin Pemaju: MKH Berhad Tarikh Siap: 2016 Jenis: Semi-detached Pegangan Tanah: Freehold Saiz binaan: 2520 Bilik Tidur: 4+1 Bilik Air: 3

Harga Pasaran Daripada RM740,000 Tempahan unit RM3,000 sahaja Rebat: 20% Bumiputera.

Kemudahan Gim Sekuriti 24jam Club house Trak Jogging Kolam renang Taman permainan kanak-kanak

HB 14 21 FEB - 3 MAR 2017 Inginkan sebuah rumah semi-d yang hanya 10 minit perjalanan dari Eco Majestic, Semenyih? Kami ada jawapannya! Pasti ramai yang tahu pembangunan baru di Semenyih iaitu Eco Majestic bakal memberikan impak besar pada pembangunan di daerah itu. Pembangunan yang hebat, sudah pasti harganya mahal. Namun, bagaimana kalau kami katakan ada perumahan yang terletak berdekatan dengan Eco Majestic, dan apa yang penting harganya lebih murah iaitu RM740,000 sahaja? Pelangi Heights, Beranang jawapannya! Pelangi Heights dibangunkan oleh pemaju hebat yang sinonim dengan pembangunan kawasan Kajang iaitu MKH Berhad. Bagi mereka yang mahukan rumah berdekatan dengan Bangi, Seremban dan Semenyih, Pelangi Heights cukup strategik. Terletak di daerah Mantin Negeri Sembilan, Pelangi Heights dibina di atas tanah 45 ekar dan memuatkan sebanyak 338 unit rumah yang terdiri daripada tiga jenis rumah dua tingkat iaitu rumah banglo, semi-d dan teres. Namun banglo dan teres sudah habis dijual dan hanya tinggal rumah semi-d saja yang masih mempunyai kekosongan. Apa yang menarik di Pelangi Heights ini ? Untuk pengetahuan, perumahan ini terletak bersebelahan dengan Staffield Golf Club di mana penduduk dapat menikmati permandangan hijau padang golf. Selain itu, Pelangi Heights turut menyediakan beberapa kemudahan eksklusif untuk penduduknya seperti Club House yang menyediakan kemudahan kolam renang, gimnasium, patio area dan juga taman permainan untuk kanak-kanak. Tidak perlu risau mengenai keselamatan di Pelangi Heights ini kerana kedaiman ini sentiasa berada di bawah pengawasan pengawal keselamatan dan kawasan berpagar, kawalan CCTV 24 jam serta setiap penduduk akan mempunyai kad akses keselamatan.

Dari segi aspek kemudahan jalan raya dan lebuhraya, Pelangi Heights boleh diakses melalui Highway Kajang-Seremban (LEKAS), Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK), Lebuhraya Cheras-Kajang dan juga Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban. Untuk pengangkutan awam pula, stesen KTM Batang Benar terletak hanya 10 minit sahaja perjalanan daripada Pelangi Heights. Pelangi Heights turut terletak berdekatan dengan institusi pendidikan swasta dan kerajaan seperti Sekolah Menengah Khir Johari, Kolej Tunku Jaafar, TIJ International Primary School, Kolej Profesional MARA, Kolej Universiti Linton, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Nilai, Universiti Antarabangsa INTI dan juga Universiti Nottingham Malaysia. Bagi kemudahan harian, penduduk di Pelangi Heights dekat dengan pasaraya dan kedai-kedai untuk memenuhi kehendak penduduk .Antara pasaraya yang ada disekitar kawasan ini ialah Tesco, Giant dan Pusat Komersial Nilai Square yang mengambil masa 20 minit perjalanan sahaja. Serta akan datang, pusat komersial di Eco Majestic yang bakal menjadi tarikan baru kawasan ini.

Rumah semi-d di Pelangi Heights ini sangat sesuai untuk penduduk yang berkeluarga kerana rumahnya yang luas dan mempunyai laman yang lapang. Sesuai untuk melakukan aktiviti bersama keluarga. Dibina dengan keluasan binaan seluas 2,520 kaki persegi dan mempunyai 4+1 bilik cukup selesa untuk didiami. Rumah ini turut dilengkapi dengan kelengkapan bahan yang berkualiti. Pelangi Heights turut menawarkan kos penyelenggaran yang rendah iaitu sebanyak RM110 sahaja. Pasti anda tertanya-tanya harga yang ditawarkan rumah semi-d di Pelangi Heights ini bukan? Harga yang ditawarkan untuk rumah ini ialah RM925,000, namun ianya belum ditolak dengan rebat bumiputera 20% bersamaan RM185,000. Anda hanya perlu membayar RM3000 untuk tempahan. Seterusnya, dapatkan pinjaman 90% bersamaan RM832,500 dan tidak perlu membayar wang pendahuluan 10% pun! Malah, anda akan dapat balik RM95,500 (sekali dengan bayaran tempahan RM3000) dan wang ini boleh lah digunakan untuk ubah suai rumah anda. Jadi, selepas diambil kira harga rumah anda hanyalah RM740,000 sahaja! Jangan lepaskan peluang untuk memiliki rumah idaman anda!

htps:/go .gl/RxovU9

SILA KLIK SINI untuk melihat senarai penuh hartanah ini (Hanya di Desktop)

HBHB 15 13

21 FEB - 3 MAR 2017

SOFO @ MKH AVENUE Nama: SOFO @ MKH Avenue Alamat: Kajang, Selangor Pemaju: MKH Berhad Tarikh Siap: Mac 2017 Jenis: Small Office Flexible Office (SOFO) Pegangan Tanah: Pajakan 99 Tahun Saiz binaan: 863 – 3,149 kaki persegi Bilik Tidur: 2-3 Bilik Air: 2

Harga Pasaran Daripada RM518,000 – RM749,000 mengikut saiz unit. Tempahan unit RM3,000 sahaja Kos guaman, SPA dan 6% GST oleh pemaju. Rebat: 10% Bumiputera. Tambahan rebat 2% bagi pembeli terima surat tawaran dari bank dalam masa 30 hari.

Kemudahan Gim 2 tempat letak kereta untuk setiap unit Kafe Privasi Ruang Landskap

HB 16

21 FEB - 3 MAR 2017

Bagi anda yang impikan kediaman bergaya yang fleksibel boleh dijadikan pejabat yang moden, SOFO @ MKH Avenue jawapannya. SOFO @ MKH Avenue merupakan projek SOFO pertama di Kajang dibangunkan oleh pemaju MKH Berhad yang mana kali ini memberi kelainan dan nafas baru pada pembangunan di Kajang. Dibina di atas tanah seluas 3.149 ekar, SOFO @ MKH Avenue ini terdiri daripada bangunan SOFO 13 tingkat serta memuatkan 51 unit rumah pejabat. Setiap unit pula mempunyai keluasan binaan berbeza daripada 863 kaki persegi hingga 1,295 kaki persegi. SOFO @ MKH Avenue mempunyai reka bentuk kontemporari dilengkapi dengan susun atur yang fleksibel untuk bekerja dan untuk menetap. Mempunyai 9 jenis reka bentuk dengan luas binaan yang berbeza, ianya boleh diubah sama ada untuk dijadikan rumah yang bergaya atau pejabat yang moden atau apa-apa sahaja mengikut kemahuan pembeli. Selain dijadikan pejabat, ianya juga sesuai dijadikan rumah untuk menetap. Ini kerana setiap unit SOFO ini mempunyai 2 hingga 3 bilik tidur, 2 bilik air serta 2 tempat letak kereta untuk setiap unit. Turut menyediakan kemudahan lain seperti gimnasium, kafe privasi dan ruang landskap di tingkat 9 bangunan ini. Buat orang ramai yang mahukan ruang pejabat atau rumah moden yang dekat dengan Bangi dan Seremban, SOFO @ MKH Avenue adalah pilihan yang tepat! Dikelilingi dengan kemudahan sedia ada serta populasi penduduk yang ramai, SOFO @ MKH Avenue menerima manfaat daripada tadahan penduduk berhampiran. Atas sebab itu, kawasan ini tersedia dengan bank-bank seperti Alliance Bank, Bank Islam, Public Bank, Hong Leong Bank dan Ambank.

Bukan itu sahaja, projek SOFO ini juga mempunyai aksesibiliti lebuhraya dan perkhidmatan pengangkutan awam yang baik. SOFO @ MKH Avenue ini mempunyai laluan terus ke Lebuhraya SILK, Lebuhraya Cheras-Kajang dan Lebuhraya LEKAS. Masa perjalanan untuk ke Kuala Lumpur pula hanya 30 minit sahaja dari kawasan ini. Lebih menguntungkan, projek ini juga berdekatan dengan stesen KTM Kajang dan juga akan datang stesen MRT yang dijangka siap pada hujung tahun 2017. Paling penting, projek ini terletak berdekatan dengan kemudahan kesihatan iaitu Hospital Kajang dan juga KPJ Kajang. Pasti anda tertanya-tanya akan harga SOFO @ MKH Avenue ini bukan? Harga yang ditawarkan SOFO @ MKH Avenue ini ialah dari RM518,000 hingga RM749,000.

Namun ianya belum ditolak lagi dengan rebat bumiputera sebanyak 12%. Tambahan rebat 2% untuk pembeli yang menerima surat tawaran daripada bank dalam masa 30 hari. Lebih mudah lagi, anda hanya perlu membayar RM3000 untuk tempahan bagi memiliki seunit projek ini. Segala kos tambahan seperti SPA, kos guaman dan 6% GST ditanggung sepenuhnya oleh pemaju. Kos penyelenggaran yang dikenakan juga cukup murah iaitu serendah RM0.35 (termasuk wang pelepas dan tempat letak kereta). SOFO @ MKH Avenue ini dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2017. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk miliki unit fleksibel ini dengan tawaran yang menarik ini!

htps:/go .gl/SGQIPF

SILA KLIK SINI untuk melihat senarai penuh hartanah ini (Hanya di Desktop)

made to fit your Business and Lifestyle KAMIL 019 374 6422

HB 18

21 FEB - 3 MAR 2017

Hot Spot Har tanah

FOKUS KAWASAN ARA DAMANSARA

Semua orang tahu tentang Damansara. Tapi bila Ara Damansara disebutkan, pasti ramai terpinga-pinga apa yang istimewanya kawasan itu. Pembaca jangan tak tahu, pasaran semasa di Ara Damansara dikatakan merupakan pasaran pembeli. Jika lokasi adalah faktor utama pembelian anda, maka Ara Damansara adalah salah satu kawasan terbaik di Lembah Klang yang mempunyai segala-galanya. Selain kemudahan akses dan rangkaian jalan raya yang besar, kawasan ini juga menawarkan beberapa permbangunan baru.

Kemudahan akses dan rangkaian jalan raya Ara Damansara mula dibangunkan pada tahun 1999 oleh Sime Pilmoor Development Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik Sime UEP Development Sdn Bhd. Kawasan itu dijangka menempatkan kira-kira 4000 unit hartanah pelbagai jenis sebaik sahaja ia siap. Ia adalah sebuah bandar 739 ekar (2.99km) yang berada di sepanjang lebuhraya Lapangan Terbang Subang di Petaling Jaya. Kawasannya begitu strategik kerana terletak di utara dan barat lebuhraya NKVE, lebuhraya EAST Lapangan Terbang Subang dan selatan Lebuhraya Puncak Alam.

Kawasan ini juga dikelilingi Kota Damansara di bahagian Utara, Taman Tun Dr Ismail di Timur, Subang Jaya di Selatan, dan Kayangan Heights di sebelah Barat. Ia juga terletak di antara Kelab Golf Negara Saujana dan Kelab Golf Negara Tropicana.

Akses kedua adalah melalui terowong NKVE melalui kondominium Crimson ke Lebuhraya Damansara Puchong (LDP). Persiaran Tropicana pula menghubungkan bahagian timur Ara Damansara ke jalan masuk baru yang akan melalui Damansara Idaman.

Ara Damansara dihubungkan oleh lebuhraya persekutuan, NKVE dan persimpangan Subang Jaya-Kelana Jaya. Ia sekali gus menghubungkan pemandu ke bahagian lain di Lembah Klang. Dengan lokasinya yang strategik dan akses yang mudah, kawasan ini bersedia untuk berkembang menjadi sebuah bandar berprestij yang mengamalkan gaya hidup berkomuniti. Akses ke bandar itu juga melalui lebuhraya Lapangan Terbang Subang dan persimpangan pertukaran Subang-Kelana.

Kejiranan ini mempunyai potensi yang tinggi di Petaling Jaya. Ini adalah kerana lokasinya yang strategik terletak di tengah-tengah beberapa lokasi utama seperti Bandar Utama, Tropicana, Sunway, Glenmarie, dan Kota Damansara. Stesen LRT baru sambungan dari laluan LRT Kelana Jaya yang mula beroperasi di Ara Damansara pada 30 Jun 2016 pula pasti memberi kemudahan tambahan kepada masyarakat.

HB 19

21 FEB - 3 MAR 2017

Laluan Kelana Jaya itu bermula dari Putra Heights seterusnya melalui Kelana Jaya dan akan ke Gombak. Ia menampung permintaan penduduk dari kawasan Subang Jaya dan Petaling Jaya di selatan; pusat bandar Kuala Lumpur di barat daya; serta kawasan kediaman berkepadatan rendah di utara. Stesen LRT Ara Damansara mempunyai pintu masuk dari kawasan kejiranan Taman Mayang Emas, berhampiran pusat membeli-belah Evolve dan satu lagi pintu masuk dari jalan Lapangan Terbang Subang. Dari segi kemudahan, Ara Damansara lengkap dengan Tesco, Jaya Grocer, Village Grocer, klinik Mediviron, pawagam MBO, pusat perubatan Sime Darby, pusat membeli-belah Evolve, pusat membeli belah Citta Mall, tadika, sekolah antarabangsa, restoran popular dan banyak lagi.

Perkembangan hartanah Penduduk di Ara Damansara akan terus bertambah dengan adanya beberapa pembangunan kondominium akan datang seperti Ara Green Residence, Verge Residence, The Potpourri, Maisson, H2o, Cantara Residence dan lain-lain. Walau bagaimanapun, kediaman bertanah adalah sedikit dan terhad. Sebagai perintis di kawasan itu, Sime darby akan melancarkan dua daripada projeknya di Ara Damansara. Projek kediamannya iaitu Cantara Residences, direka untuk memberi rehat yang maksimum kepada penduduk dengan adanya kolam renang, gimnasium aqua dan dewan serbaguna. Antara tarikan lain adalah ‘sky bridge’ yang akan menghubungkan kesemua empat menara kediaman.

Manakala bagi pembangunan komersial, Taman Korporat Oasis akan menjadi hab sehenti bagi pejabat korporat, ‘suite’ perkhidmatan, kedai runcit, hotel dan pusat konvensyen yang dibina diatas tanah berpegangan bebas seluas 9.77 ekar. Maison juga merupakan sebuah pembangunan baru di Ara Damansara yang telah siap pada Julai 2016 oleh Newfields. Disebabkan ia dikelilingi oleh kawasan kejiranan yang matang, ia pasti akan memberikan nilai pulangan yang tinggi. Reka bentuk, pelan dan konsep pembangunannya diilhamkan oleh kehidupan keluarga pelbagai generasi dan kehidupan bermasyarakat. Projek ini dilengkapi dengan landskap yang selamat untuk menggalakkan hubungan dengan alam semula jadi dan manusia. Maisson direka untuk memenuhi keperluan pelbagai lapis pembeli yang berpotensi, dengan saiz unit studio antara 500 kaki persegi sehingga unit dengan tiga bilik tidur seluas 1300 kaki persegi. Kemudahan yang disediakan adalah seperti gimnasium, kolam renang sebesar 50m, taman permainan kanak-kanak, kawalan keselamatan 24 jam, tempat letak kereta dan banyak lagi. Maisson juga terletak berhampiran dengan dua stesen LRT iaitu stesen LRT Lembah Subang dan Stesen LRT Dataran Prima. Ia berharga dari RM660 kaki persegi, iaitu 15% lebih rendah daripada pesaingnya yang kebanyakannya menjual hartanah mereka dari RM850 setiap kaki persegi.

Transaksi Hartanah Prestasi harga rumah teres 2 tingkat di Ara Damansara mengalami peningkatan kecil kira-kira 0.9% manakala di Ara Permai (Jalan PJU 1A / 43-43H) berlaku peningkatan sebanyak 6.8% kerana kawasan tersebut terletak berhampiran dengan laluan sambungan LRT. Pangsapuri kos rendah dan sederhana seperti Sri Ara dan Pangsapuri Seri Jati juga menunjukkan peningkatan antara 13.6% kepada 27.8% disebabkan oleh harga yang berpatutan dan berdekatan dengan Oasis Ara Damansara, Taman Perindustrian Jaya dan kawasan komersial Ara Damansara. Bagi Vista Subang, harganya tidak berubah kerana lokasinya yang agak terpencil. Disebabkan kebanyakan kondominium di Ara Damansara terletak berdekatan laluan sambungan LRT, pusat membeli-belah Citta Mall, Oasis Ara Damansara dan Jalan Lapangan Terbang Subang, pasaran kondominium keseluruhan menyaksikan peningkatan antara 8.3% sehingga 12.18% kecuali di Ara Hill. Oleh kerana keadaan ekonomi semasa yang agak lembap, beberapa hartanah di kawasan ini dijual pada harga yang agak rendah berbanding dengan nilai pasaran dan juga statusnya yang sedang membangun. Oleh itu, Sime Darby merancang untuk melancarkan projek pembangunan bercampur dan membuat perbandaran yang lebih menarik dan meriah pada masa akan datang.

HB 20

21 FEB - 3 MAR 2017

JADUAL 1.O.1

Transaksi Harga Jualan Rumah Teres 2 Tingkat No.

Keluasan Tanah kps

Skim

Keluasan Binaan kps

2014

2015

Perbezaan %

Tempoh

Tingkat

1.

Ara Impian Jalan PJU 1A/25-25E

1,780

2,076

RM1,235,000.00

NA

4.25%

Freehold

2

2.

Ara Impian Jalan PJU 1A/23-23D

1,780

2,061

RM1,100,000.00

RM1,175,000.00

6.8%

Freehold

2

3.

Ara Idaman Jalan PJU 1/32-32C

1,780

2,076

RM1,235,000.00

NA

4.25%

Freehold

2

4.

Ara Permai Jalan PJU 1A/43-43H

1,647

1,887

RM1,020,000.00

RM1,133,000.00

10.8%

Freehold

2

5.

Ara Putra Jalan PJU 1A/1C-1J

1,647

1,848

RM1,288,000.00

RM1,300,000.00

0.9%

Freehold

2

6.

Ara Putra Jalan PJU 1A/3B-3H

1,780

1,964

NA

RM1,230,000.00

NA

Freehold

2

Sumber : NAPIC/VPC RESEARCH

JADUAL 1.O.2

Transaksi Harga Jualan Rumah Semi D No.

Keluasan Tanah kps

Skim

Keluasan Binaan kps

2014

2015

1.

Ara Vista Jalan PJU 1A/29-29C

3,875

2,519

RM2,220,000.00

RM2,580,000.00

2.

Seri Pilmoor (Bayu Timur)

3,864

5,124

RM3,390,000.00

NA

2016

RM2,812,500.00

NA

Tempoh

Perbezaan &

Freehold

9.0%

Freehold

NA

Sumber : NAPIC/VPC RESEARCH

JADUAL 1.O.3

Transaksi Harga Hartanah Baru No.

Skim

Keluasan Binaan kps

Harga Pemaju

Harga (PSF)

Tempoh

449-974

From RM409,450.00

RM807.00 - RM939.00

Freehold

Maisson Block 1 to 4

500-1,594

RM360,000.00 - RM1,151,000.00

RM720.00

Freehold

3.

Maisson Block 1 to 5

595-1,294

RM454,469.00 - RM991,088.00

RM764.00

Freehold

4.

The Potpourri

525-2,440

RM557,800.00 - RM2,498,000.00

From RM800.00

Freehold

5.

Urbana Residence

807-2,033

RM678,600.00 - RM1,532,250.00

RM841.00

Freehold

1.

H2O Residences

2.

Sumber : NAPIC/VPC RESEARCH

HB 21

21FEB - 3 MAR 2017

JADUAL 1.O.4

Transaksi Harga Jualan Rumah Kos Rendah Keluasan Binaan kps

Skim

No.

2014

2015

Perbezaan %

Tempoh

1.

Sri Ara

758

RM270,000.00

RM345,000.00

27.8%

Freehold

2.

Seri Jati (Seri Meranti)

659

RM88,000.00

RM100,000.00

13.6%

Freehold

3.

Vista Subang

657

RM75,000.00

RM80,000.00

6.6%

Freehold

Sumber : NAPIC/VPC RESEARCH

JADUAL 1.O.5

Transaksi Harga Jualan Rumah Kondominium No.

Skim

1.

Puncak Nusa Kelana

2.

Puncak Sri Kelana

3.

D’Aman Crimson

4.

Ara Hill

5.

Eve Suites

6.

7.

Keluasan Tanah Keluasan Binaan kps kps

2014

2015

2016

Tempoh

Perbezaan &

1,328

1,328

RM550,000.00

RM600,000.00

RM600,000.00

Freehold

9.10%

1,023

1,023

RM420,000.00

RM468,000.00

RM468,000.00

Freehold

12.18%

850

850

RM365,000.00

RM400,000.00

RM440,000.00

Freehold

10.0%

1,928

1,928

RM1,280,000.00

RM1,350,000.00

NA

Freehold

5.5%

1,065

1,065

NA

RM700,000.00

NA

Freehold

NA

Pacific Place

933

933

RM480,000.00

RM520,000.00

NA

Freehold

8.3%

AraGreens Residences

717

717

NA

RM600,000.00

NA

Freehold

NA

Sumber : NAPIC/VPC RESEARCH

HB 22

21 FEB - 3 MAR 2017

SENARAI HARTANAH ARA DAMANSARA

ARAGREENS Harga Asal Harga Bumiputera Jenis Kediaman Saiz Binaan

Maisson

MYR1,400,000 MYR1,302,000 Kondominium 1,998 sq ft

Harga Asal Harga Bumiputera Jenis Kediaman Saiz Binaan

PUNCAK NUSA KELANa Harga Asal Harga Bumiputera Jenis Kediaman Saiz Binaan

MYR686,000 MYR617,400 Kondominium 525 - 2,440 sq ft

MYR550,000 MYR511,500 Kondominium 675 sq ft

PUNCAK NUSA KELANa Harga Asal Harga Bumiputera Jenis Kediaman Saiz Binaan

htps:/tinyurl.com/zygdtwa SILA KLIK SINI untuk melihat senarai penuh hartanah di Ara Damansara (Hanya di Desktop)

MYR720,000 MYR700,000 Pangsapuri 1,328 sq ft

KAMIL 019 374 6422

HB 24

21 FEB - 3 MAR 2017

Ejen Faiz Ali

SCAMMER HARTANAH 2017 scammer dah mula tukar taktik. Tahun sebelum ni scam customer yang nak bina unit bungalow atas lot tanah sendiri. Macam-macam pakej yang ditawarkan, berkonsepkan islamik pun ada. Untuk tahun ni geng diorang ni mula collect info pasal new development. Bila semua info dah cukup, baru cari target yang sesuai. Target paling mudah; 1. Pembeli rumah pertama 2. Orang tua yang dah nak pencen 3. Golongan yang tak dapat slot beli Pr1ma, Rumawip, atau Selangorku Iklan macam biasa kat Mudah atau FB ads untuk pancing buyer. Info tak banyak dalam iklan, datang jumpa untuk appointment baru reveal semua. Ni cara mereka nak filter buyer, target yang senang kena pancing. Office biasanya alamat nak gempak, KLCC takpun Mont Kiara. Tapi appointment kat mamak atau kopitiam je. Antara alasan yang diberikan, kalau kat office nanti tak boleh bagi rebate yang tinggi. Nanti kalau ada pembeli lain walk in, diorang pun nak juga rebate yang sama. Limited unit, tak book sekarang nanti rugi. Mula la info property kawasan tu digebangkan. Harga naik 20% setahun kalau compare dengan property yang sama. Analisa kawasan pun ada, memang terperinci report tu. Booking fee murah je, RM4,444. Rebate yang ditawarkan pun taknak kalah, 20% upon SPA. Bila dah siap, dapat lagi cashback RM10,000. Bayar progressive pakai duit rebate, dah siap rumah ada pulak cashback untuk beli perabot dan barangan elektrik. Gila. Tapi bila site visit, hutan mana entah agent ni tunjuk. Takpun kawasan sawit muda yang baru 3 tahun. Katanya start stage 2A baru clearing. Kalau semua terjual dengan cepat, esok jugak hutan ni dihapuskan.

Bayar booking pada syarikat pemasaran scammer ni. Kalau direct pada developer, nanti tak dapat refund kalau loan kena reject. Bagus diorang ni sebab ikhlas niat nak tolong dapatkan rumah, kesian nanti menyewa sampai tua. Lagi satu diorang pandai main sentimen perkauman. Bangsa lain dah monopoli kawasan sekeliling. Nanti orang melayu tak ada tempat dah kat sini. Surau pun mungkin kena pindah. Tapi bukan melayu je yang macam ni. Saya pernah jumpa client berbangsa india yang kena scam; projek perumahan yang sekali dengan kuil. Kalau quota pembeli berbangsa india tak cukup, nanti kuil akan diganti dengan taman permainan. Bila dah dapat booking yang banyak, diorang pun lesap. Sebulan scam 50 orang untuk 1 project, banyak dah dapat. Boleh start plan untuk next MLM. Pairing MLM & property. Untuk agent yang jual new development, hati-hati bila ade potential client yang terlalu banyak tanya info yang tak berkaitan. Scammer ni akan replicate whole process sama macam agensi atau syarikat pemasaran berdaftar.

Bila dah serious nak beli;

1. ajak kawan-kawan site visit development area. Bila ramai, scammer pun agak berhati-hati nak kelepet. 2. masuk office developer, check skali permit (APDL), pastikan belum expired. Kalau belum apply APDL, jangan bayar booking fee sepenuhnya. 3. tanya dulu bank mana jadi panel untuk home loan. Check dengan banker untuk sahkan. 4. bayar booking fee terus pada developer, kat office atau sales gallery. Untuk new development, tak ada agency hartanah yang boleh collect booking fee atas nama agency. semua terus pada developer.

Semua ni berdasarkan pengalaman sebulan dalam 2017. Ligat diorang ni kelepet duit masyarakat. 2017, tahun scammer berleluasa.

Yang mencari property mampu milik, cukupkan ilmu. Pergi kelas untuk belajar. Yang free ada, berbayar lagi banyak.

Faiz Ali REN 176O3 O1O 4O7 O551

HB 25

21 FEB - 3 MAR 2017

Strategi

CARA MENGIRA PERATUSAN KEUNTUNGAN (YIELD)

Bagaimana untuk anda mengira kadar keuntungan hartanah yang anda beli? Begini caranya: Untuk mengira peratus keuntungan, darab sewa bulanan dengan 12, kemudian bahagikan dengan harga rumah tersebut. Selepas itu jumlah tersebut di darab dengan 100 %

Sewa Bulanan x 12 x 100% Harga Rumah CONTOH Sewa Bulanan Harga Rumah PERATUS HASIL KASAR

= RM 2,800 = RM 900,000 2,800 x 12 x 100% 900,000 = 3.73%

Related Documents


More Documents from "Hartabumi Malaysia"