Esei Asas Seni Dalam Pendidikan

  • Uploaded by: Wanie Has
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Esei Asas Seni Dalam Pendidikan as PDF for free.

More details

  • Words: 548
  • Pages: 2
Loading documents preview...
ESEI ASAS SENI DALAM PENDIDIKAN TAJUK: BAGAIMANA UNSUR-UNSUR SENI VISUAL, MUZIK DAN PERGERAKAN BOLEH MEMBANTU GURU DALAM MENGHASILKAN P&P YANG LEBIH BERKESAN Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, seni didefinisikan sebagai karya yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Seni itu adalah indah dan halus. Seni bukan sahaja diajar di dalam subjek Pendidikan Seni di sekolah, malahan ia diintegrasikan di dalam subjek-subjek lain seperti Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di sekolah terutamanya di tahap sekolah rendah. Seni dalam pendidikan menggabungkan tiga elemen penting iaitu seni visual, muzik dan pergerakan. Seni visual melibatkan lukisan, seni muzik melibatkan interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti. Unsur-unsur seni visual, muzik dan pergerakan boleh membantu guru dalam menghasilkan P&P yang lebih berkesan. Antaranya dengan menarik perhatian murid untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya, melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam P&P. Kanak-kanak lebih cenderung kepada seni visual, muzik dan pergerakan. Einstein mengatakan bahawa setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantau oleh otak kiri dan kanan melalui proses imaginasi. Seterusnya, pergerakan-pergerakan kreatif sebenarnya berlaku melalui proses menaakul dan pertimbangan-pertimbangan rasional mengenai apa yang kita ingin lakukan. Hal ini menunjukkan bahawa, dengan penggunaan elemen seni visual, muzik dan pergerakan dapat membantu murid belajar dengan mudah. Selain itu, seni dapat membantu guru dalam memahami diri dan persekitaran. Melalui aktiviti seni visual seperti melukis dapat membuatkan murid fokus dan memberi perhatian terhadap skop pembelajaran dengan lebih luas dan mudah untuk memahami dan mempraktikkannya. Aktiviti muzik menyanyi dapat membuatkan murid berasa terhibur untuk belajar manakala aktiviti pergerakan dapat memberi kesan kepada memori jangka panjang iaitu mereka lebih mudah mengingat apa yang dipelajari. Secara tidak langsung, aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan

memudahkan proses menghubungkaitkan semua benda di dalam alam ini dan mengaktifkan proses P&P. Seterusnya, integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan subjek yang lain membantu mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. Quadrant Concept (1991) oleh Hermann menunjukkan peranan otak kiri dan kanan yang sama. Walaupun setiap kaedah muzik mempunyai latar belakang yang berbeza, masing-masing banyak memberi perhatian kepada penghayatan kepada murid. Oleh hal yang demikian, seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang. Dengan penggunaan seni, guru dapat mencapai objektif P&P dengan mudah.

Tambahan lagi, guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pengajaran dan pembelajaran. Di dalam Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner, beliau mengesyorkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya dipupuk dalam kalangan murid melalui pengenalan pelbagai mata pelajaran di sekolah. Melalui penggabungan Pendidikan Seni di dalam subjek lain dapat meningkatkan kecerdasan minda kanak-kanak. Selain daripada itu, ia dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh, terutamanya apabila strategi pembelajaran dan pengajaran yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Contohnya, di dalam pengajaran subjek Sains, guru boleh menyelitkan elemen muzik

dengan

menggunakan nyanyian seperti lagu Bangau Oh Bangau dalam pengajaran rantai makanan.

Kesimpulannya, penggunaan seni di dalam P&P dapat membantu guru menghasilkan P&P dengan lebih berkesan. Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan di dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat murid untuk belajar seterusnya memudahkan pemahaman murid terhadap pengajaran dan P&P akan menjadi menyeronokkan. Guru juga perlu kreatif dan inovatif dalam merancang P&P supaya murid dapat terus bergerak aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya mencapai objektif yang ingin dicapai.

Related Documents


More Documents from "Hilda Hiew"

March 2021 0
January 2021 0