Seni Dalam Pendidikan

  • Uploaded by: Shazana Binti Muhamed Sa'ad
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Seni Dalam Pendidikan as PDF for free.

More details

  • Words: 3,097
  • Pages: 17
Loading documents preview...
(a)

Kesan-Kesan Positif Semasa Mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam Pendidikan

Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan di rujuk sebagai ‘3 R’ iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf ‘R’ adalah satu kata yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Namun begitu, sama ada kata-kata itu sesuai atau tidak, tujuannya tetap sama: seni perlu dijadikan ‘R’ keempat atau literasi asas selain membaca, menulis dan mengira. Ini kerana, Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Antara kesan-kesan positif semasa mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:

(i) Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok.

Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya, kaedah belajar secara bermain dapat membina dan menjalinkan perhubungan sosial sesama murid. Selain itu, perhubungan sesama murid juga dapat bertambah mesra dan dapat bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan secara kumpulan. Ini turut membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni di dalam diri dan meningkatkan motivasi untuk mengikuti proses pembelajaran.

(ii) Memupuk Nilai Kerjasama

Secara semulajadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak dapat mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsur kerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan

berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama . Aksi-aksi yang terdapat dalam Seni Dalam Pendidikan merangkumi aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi sosial yang terjalin melalui deria sentuh. Komunikasi deria sentuh ini mempunyai asas yang boleh menjalin perhubungan sesama manusia yang membawa kepada konsep perpaduan.

(iii) Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas

Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok.

Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka memersembahkan aktiviti yang menarik.

Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkan suasana yang harmonis dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.

(iv) Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai

idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengolahan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan.

(v) Luahan Perasaan Dan Aras Keyakinan Yang Tinggi.

Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh mengagak perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya.

Kesimpulannya, kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai

motif

dan

tujuan

yang

sama.

Pengintegrasian

ini

akan

memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajar.

(b)

TIGA (3) contoh spesifik pengintegrasian tiga bidang seni dalam pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang dipilih.

(i)

Matapelajaran

:Bahasa Melayu (Tahun 2)

Tajuk

:Mari Bertani

Pengintegrasian bidang Seni Dalam Pendidikan:

1) Muzik

:Nyanyian lagu ‘Pak Mamat Tukang Kebun’

2) Pergerakan

:Membuat gaya membanting padi, merumput dan menyemai.

3) Seni Visual

:Melukis dan mewarna gambar sayur-sayuran.

Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dan difahami, guru telah menggunakan cara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan yang merangkumi bidang seni muzik, seni pergerakan dan seni visual dalam tajuk mata pelajaran yang diajar.

Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, guru memilih untuk menggunakan cara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan dalam tajuk mata pelajaran Bahasa Melayu yang dipilih iaitu ‘Mari Bertani’. Dalam tajuk ini, guru memilih untuk mengintegrasikan tajuk dengan Seni Visual dengan melakukan aktiviti melukis dan mewarna. Guru akan menunjukkan gambar sayuran-sayuran dan meminta murid-murid menyebut nama-nama sayur-sayuran yang ditunjukkan. Kemudian murid-murid diminta

melukis

gambar

sayur-sayuran yang

mereka

tahu

menggunakan daya kreativiti mereka sendiri. Secara tidak langsung, integrasi dalam tajuk ini dapat meningkatkan lagi pemahaman dan pengekalan ingatan tajuk ini dalam minda pelajar dengan melukis gambar yang berkaitan.

Di samping itu, guru juga dapat mengintegrasikan tajuk ‘Mari Bertani’ dengan menyanyikan bersama-sama lagu yang berkaitan supaya murid-murid

lebih mudah untuk mengingati isi tajuk yang ingin disampaikan. Guru boleh memilih untuk menyanyikan lagu ‘Pak Mamat Tukang Kebun’ beramai-ramai sambil membuat gaya pergerakan berdasarkan dengan lagu yang dipilih.

Aktiviti pergerakan yang dilakukan merupakan integrasi seni pergerakan dalam tajuk dan sekaligus memberi kecekapan psikomotor di kalangan muridmurid. Kebosanan dapat dielakkan sebaliknya murid-murid berasa seronok untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran tajuk yang diajar.

Lirik lagu

: Pak Mamat Tukang Kebun

Gubahan

: Mazwan Mohd

Pak Mamat ada kebun Luasnya luasnya... Kebun Pak Mamat banyak sayur Segarnya segarnya... Setiap pagi ia ke kebun Bersama dengan anaknya... Pak Mamat ada kebun Luasnya luasnya...

(ii)

Matapelajaran

:Sains (Tahun 4)

Tajuk

:Bahagian-bahagian Pokok

Pengintegrasian bidang Seni Dalam Pendidikan:

1) Muzik

:Bunyi yang kuat....pokok tumbang Bunyi yang lembut….daun augur, angin bertiup.

2) Pergerakan

:Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang berbeza fungsi, rendah dan berterbangan.

3) Seni Visual

:Mewarna dan menggambarkan perasaan seperti gembira, marah dengan menggunakan sapuan berus dengan pelbagai warna.

Integrasi Seni Dalam Pendidikan dalam tajuk ‘Bahagian-bahagian Pokok’ bertujuan membantu mempertingkatkan kefahaman murid. Pengintegrasian dalam pengajaran dan pembelajaran juga dapat mempertingkatkan daya kreativiti murid-murid.

Dalam

tajuk

’Bahagian-bahagian

Pokok’,

guru

memilih

untuk

mengintegrasikan tajuk dengan aktiviti Seni Visual iaitu melukis, mewarna dan menamakan bahagian-bahagian pokok. Melalui aktiviti mewarna pula, murid dapat mengekspresi perasaan seperti gembira, marah dan sebagainya melalui warna yang digunakan. Integrasi dalam tajuk ini juga dapat meningkatkan lagi pemahaman dan pengekalan ingatan isi tajuk yang diajar ke dalam minda pelajar dengan melukis, mewarna dan menamakan bahagian pokok-pokok yang dilukis.

Selain itu, guru dapat mengintegrasikan seni muzik dalam tajuk ini dengan meminta pelajar membuat bunyi pokok tumbang, bunyi desiran angin yang bertiup daun gugur dan sebagainya. Melalui aktiviti ini, secara tidak langsung murid dapat menggunakan pengalaman sedia ada mendengar bunyi-bunyi tersebut dan meniru bunyi-bunyi tersebut.

Di dalam tajuk ini juga, guru menggunakan pendekatan eksplisit dengan menerapkan nilai-nilai menghargai alam sekitar yang diselitkan dalam tajuk yang diajar.

Guru

akan

memasukkan

contoh-contoh

keadaan

semasa

bagi

menggalakkan murid-murid berfikir tentang kesan-kesan yang akan berlaku jika manusia tidak menjaga alam sekitar.

(iii)

Matapelajaran

:Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (Tahun 2)

Tajuk

:Koordinasi

Pengintegrasian bidang Seni Dalam Pendidikan:

1) Muzik

:Nyanyian lagu ‘Jika Rasa Gembira’

2) Pergerakan

:Murid bertepuk tangan, menepuk peha dan menghentak kaki gabungan ketiga-tiga pergerakan.

3) Seni Visual

:Melukis koordinasi antara anggota tubuh badan.

Dalam tajuk ‘Koordinasi’, guru menggunakan cara integrasi untuk menekankan aspek psikologi. Ini bertujuan untuk memberi kesan dan impak positif secara tidak langsung kepada minda dan tubuh murid-murid.

Seperti yang diketahui, matapelajaran PJK lebih memfokuskan kepada aktiviti-aktiviti fizikal. Dalam tajuk ‘Koordinasi’ ini, guru akan menyuruh muridmurid melakukan pergerakan fizikal seperti berlari, bertepuk tangan dan menghentak kaki bersama-sama. Walaupun murid-murid melakukan pergerakan secara bebas namun masih lagi di bawah pengawalan guru. Dengan melakukan pergerakan-pergerakan tersebut, murid dapat belajar sambil bergerak.

Dalam tajuk ini, seni muzik dan seni pergerakan dapat diintegrasikan bersama dengan menyanyikan lagu ‘Jika Rasa Gembira’. Selepas melakukan aktiviti ini, murid dapat menyelaraskan pergerakan mengikut rentak muzik. Melalui aktiviti ini juga, murid dapat bergerak, berfikir dan merasai sesuatu secara langsung serta mempelajari pelbagai domain iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Melalui pergerakan seperti ini, murid juga dapat mempelajari tentang diri sendiri.

Melalui aktiviti menyanyi lagu ini, murid dapat menyanyi beramai-ramai, murid berpeluang mewujudkan suasana yang harmonis. Suasana sedemikian dapat mencetuskan perhubungan mesra di antara guru dengan murid dan murid dengan rakan-rakannya.

Lirik lagu: Jika Rasa Gembira Jika rasa gembira tepuk tangan (2 kali) Jika rasa gembira beginilah caranya Jika rasa gembira tepuk tangan

Jika rasa gembira tepuk paha (2 kali) Jika rasa gembira beginilah caranya Jika rasa gembira tepuk paha

Jika rasa gembira hentak kaki (2 kali) Jika rasa gembira beginilah caranya Jika rasa gembira hentak kaki

Jika rasa gembira buat semua (2 kali) Jika rasa gembira beginilah caranya Jika rasa gembira buat semua.

(c) SATU (1) Tema Berkaitan Dengan Kehidupan Seharian Murid Sekolah Rendah

Yang

Sesuai

Digunakan

Dalam

Proses

Pengajaran

Dan

Pembelajaran.

Tema

:Menghormati Ibu Bapa

Matapelajaran

:Pendidikan Agama Islam Tahun 2

Tajuk

:Kasih Ibu Bapa

1) Perkara penting yang dipilih : Menghormati Ibu Bapa

2) Aktiviti seni yang boleh dijalankan :

Muzik

: Murid-murid menyanyikan lagu ‘Ayah Ibu’

Pergerakan

: Murid melakonkan watak sebagai ibu, ayah dan anak

Seni Visual

: Murid melukiskan gambar ibu bapa mereka

Tema terbahagi kepada tiga kategori iaitu tema persekitaran, tema masyarakat dan tema komunikasi. Tema yang telah dipilih ialah tema masyarakat

yang berkaitan dengan amalan seharian murid-murid iaitu

menghormati ibu dan ayah. Tema ini dipilih kerana sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula amalan menghormati ibu dan ayah merupakan kewajipan yang sangat dituntut dalam Islam.

(i) Nyatakan perkara penting yang terdapat pada tema yang dipilih.

Tema masyarakat menekankan tentang manusia, masyarakat dan budaya. Pembelajaran sosial yang bertepatan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dapat membantu seseorang itu untuk lebih mendalami tentang masyarakat bersama. Walau bagaimanapun, tema masyarkat yang dipilih ini lebih berfokus kepada menghormati ibu bapa.

Tema ini dipilih kerana berkait rapat dengan kehidupan seharian murid dan dapat memudahkan pemahaman murid secara menyeluruh mengenai tajuk yang diajar. Tema ini menonjolkan hubungan kekeluargaan antara murid dengan ibu bapa mereka. Melalui penghayatan dalam tema ini, murid mendapat pendedahan tentang tanggungjawab anak kepada ibu bapa dan seterusnya membina kehidupan yang bahagia. Kepentingan pemilihan tema ini termasuklah untuk menyemai nilai-nilai murni kekeluargaan dalam diri murid. Melalui tema ini, murid berpeluang untuk meluahkan perasaan mereka terhadap ibu bapa berdasarkan pengalaman verbal dan bukan verbal sama ada berbentuk pergerakan, imej visual dan muzik berdasarkan tema tersebut. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti juga perlu dititikberatkan dan dilihat dari pelbagai aspek agar murid peluang untuk menilai kefahaman konsep. Pemilihan tema ini juga adalah bersesuaian dengan situasi, masa dan peristiwa, kerana ibu bapa merupakan kelompok terdekat dengan diri murid dan mereka akan mudah mengaitkan perkara yang diajar dengan situasi yang sebenar.

Memandangkan tema ini berkait rapat dengan kehidupan seharian murid, maka pemilihan dan proses mendapatkan bahan dan sumber juga mudah didapati. Dengan itu, guru dapat mengajar dengan lebih efektif dan tidak sekadar menyampaikan maklumat dengan cara bercerita sahaja tanpa memberi pengalaman langsung kepada pelajar.

(ii) Nyatakan aktiviti muzik, pergerakan dan seni visual yang boleh dijalankan dalam P&P.

a) Aktiviti Muzik

Tajuk Lagu

: Ayah Dan Ibu

Pencipta

: Othman Ali

Ayah Ibu Banyak Memberi Baju Buku Itu Ku Dapati Dengan Apa Aku Berterima Kasih Dengan Doa Kepada Allah Hu Robbi ( Ulang 4 kali)

Di awal pengajaran, guru bersoal jawab dengan murid tentang tajuk pengajaran iaitu ‘ Menghormati Ayah dan Ibu’ sebagi set induksi. Kemudian guru mengedarkan lirik lagu yang bertajuk ‘Ayah Ibu’ kepada setiap murid dan memasang kaset lagu ‘Ayah Ibu’ untuk diperdengarkan kepada murid-murid. Guru dan murid menyanyikan lagu tersebut bersama-sama. Aktiviti ini boleh menimbulkan minat pelajar terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru kerana murid berasa seronok. Fitrah kanak-kanak yang cenderung kepada pembelajaran lebih menarik. Aktiviti ini boleh menimbulkan minat bagi pelajar yang mempunyai jenis kecerdasan pelbagai muzik. Kemudian, pelajar boleh diberi peluang untuk bermain alat muzik yang mudah dan memainkan lagu-lagu mudah yang bertemakan keluarga. Penggubahan lirik lagu yang masih mengekalkan lagu-lagu pendidikan yang sama juga boleh membantu pelajar menjadi semakin berminat terhadap pelajaran.

b) Aktiviti Pergerakan

Murid diminta melakonkan watak-watak dalam keluarga di hadapan bilik darjah. Aktiviti ini mudah untuk dijalankan kerana menggunakan pengalaman sedia ada murid-murid. Bagi mempelbagaikan situasi, guru boleh memberi

arahan kepada murid untuk memilih watak yang mereka mahu dan melakonkan pelbagai gaya. Contohnya, melakonkan watak seorang ibu dalam pelbagai situasi yang berbeza seperti sedang memasak di dapur, melakukan kerja-kerja rumah, menggosok pakaian sambil melayan karenah anak-anak di rumah dan sebagainya.

Murid-murid

tentunya

akan

lebih

seronok

apabila

berjaya

melakonkan watak dengan baik dan mendapat peneguhan positif daripada guru. Semasa berlakon, murid dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih jelas lagi di mana secara tidak langsung, ini akan dapat menjadikan mereka lebih kreatif, inovatif, bertanggungjawab dan dapat membina sosialisasi dengan lebih baik.

c) Aktiviti Seni Visual

Setelah menjalankan aktiviti muzik dan pergerakan, satu lagi elemen yang tidak kurang pentingnya ialah seni visual. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, guru boleh mengambil inisiatif dengan memberi sekeping kertas kepada murid-murid dan meminta mereka melukis ahli keluarga mereka. Lukisan mereka tidak perlu pengamatan yang sempurna, cukup sekadar menunjukkan keprihatinan mereka terhadap bilangan ahli keluarga mereka. Ini sudah cukup untuk menunjukkan hubungan interaksi sosial mereka bersama keluarga.

Lukisan

yang

kelihatan

mesra

menunjukkan

perhubungan

kekeluargaan mereka yang memang erat dan terjalin kukuh. Penggunaan warna dalam lukisan mereka juga menonjolkan keadaan keluarga mereka melalui pandangan mereka sendiri.

iii) Bagaimanakah aktiviti ini boleh membantu murid dalam pembelajaran?

Melalui aktiviti yang dijalankan berdasarkan pendekatan bertema yang dipilih dapat memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan daya kognitif, afektif dan psikomotor dalam pengajaran dan pembelajaran muzik, seni visual dan pergerakan. Contohnya daripada tajuk ‘Kasih Ibu Bapa’, murid-murid

dapat menghubungkaitkan tajuk dengan persekitaran dan kehidupan seharian mereka melalui aktiviti seni muzik, seni pergerakan dan seni visual.

Selain itu, pendekatan bertemakan masyarakat yang dipilih ini akan dapat membantu murid-murid memilih dan memindahkan idea, mengolah, sintesis dan penghargaan melalui aktiviti lakonan yang dijalankan bersama rakan-rakan. Bukan itu sahaja, murid-murid juga dapat memperolehi pendekatan yang mendalam terhadap nilai-nilai murni diri mereka dan nilai-nilai murni orang lain. Contohnya aktiviti lakonan yang dijalankan dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti nilai kemanusiaan, kerjasama dan saling menghormati antara satu sama lain.

Sesi pengajaran dan pembelajaran seni dalam pendidikan melalui aktiviti muzik, pergerakan dan seni visual serta pendekatan bertema yang dipilih dapat membantu murid-murid memainkan peranan dalam menyesuaikan diri secara berkesan.

iv) Apakah alat/bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut untuk murid meneroka, memperolehi pengalaman dan mengalami ekspresi? Apakah kesan

penggunaan

alat/bahan

ini

kepada

proses

pengajaran

dan

pembelajaran?

Guru perlu menyediakan alat dan bahan yang sesuai dengan tajuk dan tema pelajaran bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Moldstat (1974) berpendapat media (alat dan bahan) jika digunakan bersama pengajaran ala tradisional (guru, kapur dan tutur) akan meningkatkan proses pembelajaran. Dalam tajuk ‘Kasih Ibu Bapa’ ini, guru menggunakan beberapa alat dan bahan bagi menyesuaikan penggunaannya dengan tajuk tersebut.

Asas bahan yang digunakan bagi menyampaikan tajuk ini ialah Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 2. Guru meminta dua orang murid membaca teks dalam

tajuk ‘Kasih Ibu Bapa’ dan kemudian meminta murid-murid membaca teks tersebut beramai-ramai. Guru boleh menanamkan konsep pemahaman daripada teks yang dibaca melalui seni pergerakan iaitu dengan melakukan aktiviti lakonan. Melalui aktiviti lakonan, murid cuba memahami sesuatu watak dengan lebih jelas. Secara tidak langsung, aktiviti lakonan ini dapat menjadikan murid tersebut seorang yang lebih kreatif, inovatif, bertanggungjawab dan dapat membina sosialisasi dengan lebih baik. Selain itu, penglibatan murid dalam aktiviti ini juga dapat melatih murid lebih berkeyakinan diri.

Bagi melaksanakan aktiviti seni muzik, guru memilih untuk menggunakan pemain CD Audio untuk memainkan lagu ‘Ayah Ibu’. Media audio adalah suatu strategi pengajaran dan pembelajaran secara mendengar dimana bunyi suara dan

muzik

direkod,

disimpan,

dan

boleh

dimainkan

semula

dengan

menggunakan alat perakam atau emain audio (Yusup Hashim, 1996). Dengan memasukkan seni muzik dalam pembelajaran dapat memperkembangkan nilai estetika, kreativiti dan ekspresi diri. Contohnya, murid-murid boleh menyanyi sambil membuat gaya mengikut lirik lagu tersebut. Secara tidak langsung, guru telah memasukkan seni pergerakan dalam pengajarannya. Selain itu, muridmurid juga dapat menikmati pengalaman muzik yang berbeza jika belum pernah mendengar lagu tersebut sebelum ini.

Bagi melaksanakan aktiviti melukis bilangan ahli keluarga pelajar, sebaiknya guru menyediakan kertas lukisan yang sesuai untuk murid. Guru juga boleh meminta murid menyediakan alat tulis untuk melukis dan mewarna. Dalam aktiviti seni visual ini, murid perlu menggunakan pengetahuan sedia ada mereka untuk melukis gambar keluarga yang terdiri daripada ibu bapa dan adik beradik mereka mengikut ekspresinya sendiri. Ini membantu perkembangan murid dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi fisiologi dan psikologi murid. Victor Lowenfeld dan Brittain (1986) telah meneliti lukisan kanak-kanak mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak dan menerangkan bagaimana bahan, kandungan, subjek dan persekitaran murid dapat disesuaikan mengikut peringkat perkembangan

untuk

merangsang

pengutaraan

tampak

kanak-kanak,

perkembangan kreatif dan mental seterusnya perkembangan menyeluruh kanakkanak.

Oleh itu, sebelum sesuatu media dipilih dan digunakan, seseorang guru atau pengajar itu mestilah memikirkan topik yang diajar, objektif pembelajaran, sifat murid, kebolehan penuntut dan menilai isi kandungan secara terperinci. Alat dan bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat merangsang minat pelajar. Dengan menggunakan alat bantu mengajar, guru akan mempelbagaikan pengajaran. Pelajar tidak akan rasa bosan dengan adanya pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh guru.

KESIMPULAN

Konsep integrasi pada Seni Dalam Pendidikan ke arah pembangunan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dalam KBSR konsep ini membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilaimurni dilakukan secara bersepadu dan menyeluruh. Ini membolehkan pelajar memperolehi kemahiran, mengembangkan bakat, nilai, pengetahuan, sikap dan amalan yang dikehendaki. Ia juga memperlihatkan kepada pelajar gambaran keseluruhan serta hubung kait antara satu perkara dengan perkara yang lain membentuk satu kerangka ilmu.

BIBLIOGRAFI

Abdul Hafidz bin Haji Omar. (2004). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 2 Sekolah Kebangsaan, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Haji Hishamuddin Haji Suhaimi (2000), KBSR: Pendidikan Islam Tahun 2, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Juriah Long. (2000). Bahasa Malaysia Tahun 2, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1992), KBSR: Buku Panduan Khas Tahap 2, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Modul HBEF 1403 : Seni Dalam Pendidikan, Universiti Terbuka Malaysia, Kuala Lumpur.

Rujukan Peperiksaan, Penilaian Tahap Kecekapan ( PTK ), Aspek Kompetensi Teras.

Prof. Madya Dr. Zurida Ismail (2003), Pendidikan Sains Prasekolah, PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd, Pahang Darul Makmur.

Ustaz Baharuddin Kulup Harun (1997), Pendidikan Islam Tahun 2, Sasbadi SDN BHD, Selangor Darul Ehsan.

Yusup Hashim (1996), Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan, Penerbit Fajar Bakti, Selangor Darul Ehsan.

Raja Sabaruddin Abdullah dan Suliman Miskon (1988), Panduan Teknologi Pendidikan, Kuala Lumpur, Progressive Products Supply.

Jason Ohler (2000) “Art.becomes the 4th R” didapati pada 15 September 2006 dari www.jasonohler.com/fourthr

Kementerian Pendidikan Malaysia (2002), KBSM: Huraian Pendidikan Seni Visual, didapati pada 15 September 2006 dari (http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/seni/kbsm/hsp_pseni_f_infro.pdf#search =%22seni%20dalam%20pendidikan%22

Related Documents


More Documents from "psuba"