Inovasi Penting Dalam Pendidikan

  • Uploaded by: psuba
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Inovasi Penting Dalam Pendidikan as PDF for free.

More details

  • Words: 5,973
  • Pages: 26
Loading documents preview...
Inovasi penting dalam pendidikan, mengapa ia tidak dijadikan sebagai mata pelajaran dan kurikulumnya diajar dalam bilik darjah. Jawapannya, kreativiti dan inovasi tidak boleh diajar tetapi ia boleh diterap secara tidak langsung melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan secara terancang. Dengan kata lain apa sahaja mata pelajaran kedua-dua elemen itu boleh diajar oleh guru melalui pendekatan pengajaran yang berpusat kepada murid atau student centre. Pengajaran berpusat kepada murid maksudnya pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan secara dua hala iaitu guru mengajar dan murid belajar. Guru dikehendaki sentiasa mencabar keupayaan berfikir muridnya dengan menggunakan pelbagai teknik mengajar dan alat bantu pengajaran yang menarik minat murid. Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran seperti kuiz, forum, syarahan, bahas, membuat projek, kerja berkumpulan dan tugasan luar bilik darjah sangat digalakkan. Aktiviti tersebut akan menggalakkan murid berfikir, berbincang, membuat rujukan, menyediakan nota dan menghasilkan tugasan tersebut. Ini akan menggalakkan percambahan idea dan dapatan baru yang melibatkan unsur-unsur kreativiti dan inovasi di kalangan murid. Sesungguhnya murid yang kreatif dan inovatif akan menjadi seorang yang sentiasa berfikir, ingin mencipta, bercita-cita besar, berani dan yakin kepada diri sendiri. Inilah ciri-ciri murid yang perlu kita lahirkan untuk menjadi warganegara bagi menghadapi cabaran masa depan terutama dalam memasuki era 2020. Bagi menanganinya tidak menghairankan mengapa kerajaan berbelanja besar dalam Bajet 2013 untuk pendidikan.

Di samping itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta kepada Kementerian Pelajaran bagi melaksanakan aktiviti latihan guru yang berfokus kepada kemahiran berfikir aras tinggi atau high order thinking skills. Apakah sebenarnya definisi kreativiti dan inovasi itu. Kreativiti ialah suatu bentuk proses pemikiran yang mendorong mengeneralisasi idea baru. Ia melibatkan kombinasi antara idea baru dan idea lama yang diproses semula, membuat pemilihan dan menukar ganti menjadi suatu yang baru. Sementara itu, inovasi pula merupakan suatu idea, amalan atau objek yang dianggap baru dan yang lebih baik. Inovasi dihasilkan oleh manusia kreatif yang dapat membina trend baru dan menggunakan peluang maksimum walaupun dalam ekosistem yang banyak persaingan.

Sebagai contoh jika dulu penggunaan telefon bimbit hanya sebagai alat perhubungan tetapi kini melalui inovasi ia digunakan sebagai alat hiburan, internet, kamera, penyampai maklumat, memberi pandu arah perjalanan dan membuat pelbagai pengiraan. Guru memainkan peranan penting bagi menerapkan kedua-dua elemen dalam pengajaran mereka. Sebagai penyampai ilmu guru perlulah memiliki kemahiran tinggi bagi melakukan transformasi dalam menjana minda murid agar menjadi lebih dinamik. Mempunyai kemahiran sedemikian akan menjadikan guru berada di tahap teratas dan akan disanjung oleh muridnya. Kualiti guru sedemikian akan membolehkan muridnya menguasai berbagai kemahiran lain seperti berfikir aras tinggi, penyelesaian masalah, berkomunikasi dan berkolaborasi dengan baik.

Peranan pengurusan sekolah tidak kurang pentingnya dalam merealisasikan elemen kreativiti dan inovasi dalam kalangan warganya. Dengan perkataan lain pengurusan sekolah juga mesti kreatif dan inovatif agar menjadi organisasi pembelajaran yang bermaklumat, menggalakkan pengembangan pengetahuan baru, berbudaya saintifik, penggunaan teknologi serta ICT secara meluas dan penggunaan tenaga sumber secara maksimum. Pengetua dan Guru Besar bersama pengurusan tertinggi di sekolah bertanggungjawab bagi mencetuskan budaya kreativiti dan inovasi sama ada di kalangan guru atau murid. Sekolah mestilah menjadi institusi yang menggalakkan tercetusnya pendapat dan idea baru. Bagi mewujudkan suasana tersebut sekolah perlu mengurangkan kerenah birokrasi dalam pengurusan dan memberi ruang kebebasan berkarya kepada warganya. Pihak pengurusan juga perlu menjadikan iklim sekolah yang sentiasa ceria, bersih, kemas dan bermaklumat. Sikap terbuka, mesra dan berperanan sebagai penyelesai masalah akan menjadikan guru dan murid merasa gembira dan selamat semasa mengikuti aktiviti pembelajaran. Bagi mewujudkan suasana sedemikian pengurusan sekolah perlulah memastikan berlaku sistem komunikasi dua hala, pengaliran maklumat lebih demokratik, stail kepimpinan yang berhemah dan pembangunan insan yang harmoni. Kepimpinan sekolah hendaklah terdiri daripada mereka yang berkebolehan dalam menguruskan organisasi pembelajaran. Selain mendapat latihan, berpengalaman dan pengetahuan yang luas dalam bidang pendidikan mereka perlu mempunyai dorongan dan komitmen yang kuat bagi membawa perubahan kepada sekolah. Perlu ada visi dan misi, strategi dan perancangan yang baik. Bagi memastikan kejayaan perancangan tersebut mereka perlu mendapat sokongan dan kerjasama yang padu daripada seluruh warga sekolah termasuk ibu bapa. Mempunyai ciri budaya sekolah yang menggalakkan kreativiti dan inovasi akan mendorong semangat belajar yang tinggi di kalangan murid, mempunyai daya usaha sendiri dan sentiasa berusaha mengembangkan potensi ke arah yang lebih baik. Dengan bimbingan dan sokongan guru-guru yang dedikasi, terlatih dan profesional usaha yang dilakukan oleh murid akan membuahkan kejayaan nanti. Keberkesanan sekolah akan terserlah jika mereka dapat menggunakan teknologi dan ICT dalam pengurusan dan dalam bilik darjah. Sebenarnya teknologi tidak dilihat sebagai alat semata-mata tetapi boleh menjadikan sistem pengurusan lebih efisien dan berkesan.

Penggunaan ICT secara meluas dapat membina imej baru dalam pengurusan organisasi yang berprestasi tinggi. Ia akan menjadikan sekolah lebih berdaya saing dan menjadi lebih produktif. Seperti yang ditegaskan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam majlis Perhimpunan Khas Guru Malaysia pada 3 November lepas bahawa; "Guru perlu meneliti semula amalan bilik darjah yang sesuai dengan ciri serta situasi murid sekarang. ''Kreativiti dan inovasi amat dituntut untuk melahirkan generasi murid berfikiran kelas pertama dalam abad ke-21 ini untuk bersaing dalam abad penuh cabaran ini kita tiada pilihan kecuali meningkatkan keupayaan kreativiti dan inovasi. Dalam senario ini tugas guru semakin mencabar."

DEFINISI GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Era globalisasi meletakkan Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran. Untuk menjadi sebuah Negara membangun sepenuhnya, Malaysia perlu meningkatkan daya saing dan meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Sebelum kita menyelami segala perihal berkaitan globalisasi, adalah lebih baik kita memahami maksud sebenar globalisasi. Berdasarkan gambar rajah di bawah ada sedikit maklumat berkaitan dengan definisi globalisasi dalam pendidikan. gambar rajah 1

Globalisasi berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu globalization juga perkataan globalisasi diungkap menerusi Bahasa Perancis iaitu perkataan monodialisation yang mana semuanya bermaksud ‘seantero dunia’. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ( 1986) telah mentafsirkan global bermaksud mengenai dunia seluruhnya atau pada keseluruhannya dan pada umumnya.Manakala, globalisasi pula bererti fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Scholte (2000), menyatakan globalisasi ialah proses menyingkirkan batasan atau sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara negara supaya mewujudkan satu ekonomi dunia yang terbuka dan tanpa sempadan.

Berdasarkan himpunan penulisan dan pandangan bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamed sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia telah mengingatkan agar masyarakat Malaysia tidak dipengaruhi dengan arus globalisasi sehingga berjaya menghancurkan mereka, sebaliknya kita perlu membina kekuatan dan menangkis unsur-unsur negatif yang membawa kesan buruk kepada kita. Kita sedia maklum bahawa dengan globalisasi perkembangan yang signifikan dapat dicapai dan ianya berfokus kepada profesion keguruan yang semakin mencabar di negara ini.

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN MELALUI GLOBALISASI Dengan globalisasi yang semakin rancak menguasai dunia-dunia dalam pelbagai bidang seperti politik, sosial, pendidikan dan ekonomi ianya memberikan kelebihan menerusi perkembangan profesionalisme keguruan dalam bidang pendidikan khasnya. Berdasarkan gambar rajah di bawah terdapat lima perkembangan yang jelas diperoleh menerusi globalisasi.

Meluaskan peluang kepada guru dalam perkhidmatan dan guru dalam latihan dari aspek pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme. Ini dilihat menerusi adanya peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang yang ditawarkan bagi memantapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam sesuatu

tempoh yang telah ditetapkan mampu meningkatkan lagi taraf profesionalisme keguruan. Selain itu, menerusi globalisasi ianya dapat meluaskan pengetahuan guru secara global. Seperti yang kita tahu, guru perlu sentiasa mengekalkan nilai intelektualnya kerana guru merupakan agen perubahan dalam menghasilkan produk berkualiti atau modal insane yang diperlukan di Negara kita. Guru perlulah peka dengan perkembangan semasa kerana selain tanggungjawab menyalurkan ilmu kepada murid, guru menjadi sumber rujukan dan teladan bagi masyarakat di sekeliling. Dengan globalisasi guru dapat meningkatkan kemahiran ICT dan interaksi global yang mana ianya meluaskan konsep pembelajaran mengatasi bilik darjah. Contohnya, dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, guru dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang merentasi penyediaan pengalaman murid tanpa terbatas. Contohnya, murid berpeluang melihat keadaan gunung berapi, keadaan di kutub utara dan menyelami di dasar laut menerusi carian laman video pendidikan di internet. Meluaskan lagi program pensiswazahan guru bagi memperbaiki taraf kualiti dan taraf profesionalisme guru setanding dengan guru-guru di negara luar agar produk yang dihasilkan mampu membangunkan negara kita dengan lebih maju dan berjaya. Dengan globalisasi ianya meletakkan profesion keguruan sebagai satu profesion yang penting. Ini kerana berjayanya sesebuah negara adalah dengan berjayanya negara itu menghasilkan modal insan berguna yang akan membangunkan negaranya setaraf dengan negara maju yang lain. CABARAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN Menerusi pandangan bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamed sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia mengenai dunia globalisasi terdapat sebanyak lima cabaran asas terhadap dunia globalisasi seperti yang dilihat menerusi rajah di bawah.

gambar rajah 2 Dalam membincangkan keperluan perubahan dari aspek bidang pendidikan dalam era globalisasi, pihak UNESCO telah mencadangkan untuk merombak cara-cara membangunkan potensi sumber manusia melalui tata cara pendidikan secara formal dan tidak formal. Menurut Hussein Ahmad ( 2001) menyatakan supaya diperbanyakkan institusi latihan dan pendidikan bagi orang-orang dewasa yang sudah mempunyai kerjaya untuk membangun dan mengembangkan potensi sumber manusia bagi membolehkannya memberi sumbangan lebih bermakna kepada pembangunan negara dan juga perkembangan diri individu itu sendiri. Ini bermakna mereka akan mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang perlu dikuasai bagi menghasilkan produk berkualiti sesuai dengan peraliran semasa yang mana menuntut kecekapan dan kesiap siagaan yang tinggi dalam berhadapan dengan pelbagai kemungkinan era globalisasi kini. Selain itu, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran tersebut sebagai kesan daripada arus globalisasi. Hallinger (1998), menegaskan globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara di kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan. Ini bermaksud, terdapat perubahan kurikulum terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan seperti: 1. Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.

2. Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Ini memberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran dan maklumat sesuai dengan keupayaan mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran. 3. Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara. 4. Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik dengan rakan dan guru. Tambahan pula, perkembangan dari segi penggunaan teknologi maklumat, kurikulum di Malaysia juga telah disemak semula dan diberi nilai tambah supaya kurikulum tersebut adalah relevan dan berupaya untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran tertentu bagi menghadapi persekitaran global setelah mereka melepasi alam persekolahan. Cabaran ketiga ialah dalam pengurusan pendidikan. Dalam hal ini, pengurusan pendidikan telah mengalami transformasi dalam perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran. Beberapa perisian baru telah diaplikasikan yang dikenali sebagai Pengurusan Maklumat Sekolah (School Management Information System) bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan. Dengan aplikasi tersebut ianya sedikit sebanyak membantu dalam pengurusan pendidikan seperti: - Membantu dan mempermudahkan pengurus sekolah membuat keputusan. - Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran. - Mengurangkan beban pengurus dalam melaksanakan tugas yang pelbagai. - Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail. - Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses dan menyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar. -Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaan pelajar. - Penempatan pelajar dalam kelas. -Membuat agihan jadual waktu mengajar guru. -Pembinaan jadual waktu guru. - Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya. -Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai urusan rutin yang dikendalikan pentadbir dan guru. (Rahmad Sukor, 2006)

Hussein Ahmad (2001) memberi penegasan bahawa proses globalisasi yang melanda dunia telah membawa perubahan yang mendadak kepada perlakuan hidup dan norma kehidupan manusia di seluruh dunia. Sama ada sesebuah negara itu kecil atau besar, pedalaman benua mahu pun di kepulauan kecil, di pergunungan tinggi mahu pun di lereng, kaki dan lembah bukit, kesemuanya telah menerima tempias dan pengaruh fenomena globalisasi. Kesan yang paling ketara akibat pengaruh globalisasi adalah perubahan gaya hidup terutama dalam kalangan anak-anak remaja di bangku sekolah yang begitu terpengaruh dengan amalan negatif kehidupan Barat. Oleh itu, aspek berkaitan keperibadian guru, budaya sekolah dan aktiviti-aktiviti kokurikulum kerana perkara tersebut memberi impak tersendiri dalam pembentukan moral pelajar seperti di bawah: 1. Keperibadian guru: Guru perlu menampilkan perawakan yang positif terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Perwatakan guru yang jujur, amanah, bersopan santun, penyayang, penyabar, sedia memberi pertolongan, sedia berkorban dan berdedikasi perlu diterampilkan supaya dapat menjadi contohan pelajar. Guru juga perlu membawa watak orang yang taat kepada amalan agama. 2. Budaya sekolah: Budaya sekolah yang mempraktikkan sikap amanah, ketekunan, cintakan kecemerlangan, berkasih sayang, bertolong bantu, kesantunan akhlak dan mengamalkan kehidupan beragama adalah elemenelemen yang perlu dihidupkan dan dihayati secara berterusan. Aspek tersebut merupakan nilai yang seharusnya diberikan perhatian secara bersungguhsungguh oleh pihak pentadbiran sekolah 3. Aktiviti kokurikulum: Aktiviti seperti pakaian beruniform, persatuan, kelab dan kegiatan sukan dapat memberi input penting kepada pembentukan sahsiah pelajar. Aktiviti yang dijalankan melalui pemantauan guru akan menyuburkan sikap positif terhadap semangat bekerjasama, berdikari, tolong menolong, semangat cinta akan negara dan berdisiplin. Cabaran kelima yang wujud dalam globalisasi dalam pendidikan ialah perkembangan profesionalisme guru. Satu perbahasan relevan tentang globalisasi ialah pengkajian mengenai kesan globalisasi terhadap perkembangan profesionalisme keguruan. Usaha yang dilihat menerusi cabaran globalisasi dalam perkembangan profesionalisme keguruan ialah dapat meningkatkan kualiti guru sama ada dari segi kelayakan akademik, kepakaran dalam pengajaran, kualiti professional dan kualiti personal atau kepimpinan guru dalam organisasi sekolah dan masyarakat, meluaskan pengetahuan guru bersifat global, kemahiran ICT dan interaksi global membolehkan guru meluaskan konsep pembelajaran mengatasi halangan bilik darjah dan birokrasi sekolah, meluaskan peluang kepada guru perkhidmatan dan guru-guru dalam latihan dari segi pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme dan sebagainya.

Kesimpulannya, masyarakat masa kini sangat prihatin dan mengikuti perkembangan pendidikan dengan penuh minat dan bersikap kritikal terhadap isu-isu berbangkit yang berkaitan dengan kemajuan anak-anak mereka. Pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.

KRISIS GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN Satu perancangan yang lebih baik boleh dilakukan dengan mengkaji krisis pendidikan global yang mana ianya mendedahkan guru dengan pengetahuan yang berlaku di negara-negara lain. Kebanyakan Negara membangun mengalami kesan negatif globalisasi bagi membangun dan memajukan bidang pendidikan. Globalisasi memberikan kesan buruk terhadap keadaan ekonomi Negara membangun, di samping perdagangan pendidikan dan budaya dari Negara-negara Barat yang menguasai pasaran pendidikan di negara membangun. Antara krisis pendidikan global dapat dilihat menerusi gambar rajah di bawah.

Krisis kewangan timbul apabila negara membangun menimbulkan masalah membiayai perbelanjaan untuk pembangunan pendidikan. Ini termasuklah penyediaan kemudahan pendidikan seperti menyediakan peluang pendidikan untuk semua, bantuan pendidikan buku teks, menyediakan sekolah dengan infrastruktur lengkap, pendidikan literasi komputer dan sebagainya. Selain itu, program twinning iaitu program kembar pendidikan diperluaskan melibatkan institusi pendidikan membangun dengan negara maju. Apa yang pasti, program seperti ada kepentingan kerana pengetahuan dan kemahiran tertentu dipindahkan kepada tenaga pengajar di negara ini seperti latihan kepakaran dalam bidang perubatan, biodiversiti dan kejuruteraan. Persaingan untuk memantapkan kualiti diri dengan kepakaran dalam sesuatu bidang dan kemahiran tertentu akan menghasilkan produk pendidik yang setaraf dengan pendidik di negara luar. Persaingan adalah suatu dorongan untuk perubahan dan kemajuan yang penting dalam era globalisasi.

Tambahan pula, dalam profesion keguruan, nilai intelektual perlu dipertahankan dan sentiasa dipertingkatkan kerana warga pendidik merupakan agen dalam membentuk modal insan yang berkualiti. Ini bermakna, guru perlu sentiasa ke hadapan dalam mendidik dan memimpin masyarakat kea rah perubahan dan kemajuan. Krisis pendidikan global seperti jurang pendidikan juga menimbulkan kebimbangan. Ini kerana pelaburan yang rendah dalam bidang pendidikan di negara membangun dan persaingan global meningkatkan perbelanjaan pendidikan yang mana ianya menyulitkan untuk usaha ke arah merapatkan lagi jurang pendidikan.

PERANAN INSTITUSI KELUARGA DAN SEKOLAH DALAM MEMBINA KEMAHIRAN 7M BERDASARKAN GLOBALISASI

Dunia sekarang sedang menghadapi era globalisasi yang kian memuncak. Keterbatasan dalam memantau penerimaan ledakan sumber dan bijak menapis serangan unsur-unsur perlu dilaksanakan dengan segera agar kita tidak jatuh dalam arus globalisasi. Globalisasi jika dilihat memberikan manfaat dan juga keburukan kepada kita andai kita tersalah membuat pilihan dan keputusan. Semua pihak perlulah sama-sama bertanggungjawab dalam usaha memelihara kemajuan yang tercipta tanpa perlu kecundang disebabkan tewas dalam globalisasi. Peranan sesebuah institusi keluarga dan sekolah amat penting dalam membantu membina kemahiran-kemahiran yang seharusnya dikuasai murid berdasarkan globalisasi. Kemahiran pertama ialah menulis, di mana kemahiran literasi asas komunikasi dan menyampaikan idea secara tulisan dapat dikuasai oleh kerana menerusi

penulisan, seseorangitu boleh mengeluarkan idea, perasaan, menyampaikan maklumat dan sebagai alat perhubungan sosial. Kemahiran kedua ialah membaca, yang mana kemahiran literasi menimba ilmu melalui bahan-bahan bercetak perlu diterapkan sejak dari bangku sekolah agar murid-murid memperoleh pengalaman dan ilmu menerusi bahan-bahan ilmiah yang dibaca. Membaca jambatan ilmu. Dengan melazimkan diri dengan aktiviti membaca sudah menerapkan nilai-nilai murni secara tidak langsung menerusi kandungan bahan yang dibaca. Kemahiran ketiga, mengira merupakan kemahiran literasi asas mengoperasikan otak secara abstrak tentang hukum sains dan alam semesta. Segala yang dilalui dalam kehidupan seharian melibatkan kita dengan hukum sains dan alam semesta. Cuba bayangkan seandainya anak-anak kita tidak menguasai kemahiran mengira, adakah mereka mampu untuk menguruskan kehidupan mereka secara sendiri kelak? Contohnya, jika tidak menguasai konsep asas nombor, bagaimana murid dapat menyelesaikan masalah melibatkan nilai nombor yang lebih besar? Kemahiran mengira merupakan kemahiran yang penting di samping perlunya kita menguasai kemahiran-kemahiran yang lain. Kemahiran keempat, kemahiran memikir. Dalam kemahiran ini, guru dan ibu bapa berperanan untuk menyediakan peluang dan ruang untuk murid-murid berfikir tentang sesuatu perkara dan melatih mereka untuk mengolah dan melontarkan idea menerusi kemahiran berfikir yang diaplikasikan. Kemahiran kelima ialah kemahiran menggunakan komputer. Jika dilihat sekarang, penggunaan komputer dalam membantu memudahkan pengurusan harian, mencari maklumat dan sebagai alat pengajaran yang berkesan. Kemahiran menggunakan komputer perlu diterapkan dan didedahkan kepada anak-anak muda sekarang agar perkara seperti ‘fobia komputer’ dapat dielakkan. Kemahiran keenam ialah kemahiran menjadi manusia. Dalam kemahiran ini, perlunya individu diajar untuk menjadi individu yang boleh berinteraksi bersama orang lain secara positif. Dengan kemahiran komunikasi yang baik seperti kesantunan tingkah laku dan kesantunan berbahasa membuatkan kita sentiasa dihormati dan hidup dalam keadaan yang harmoni. Kemahiran ketujuh ialah kemahiran mencintai Tuhan. Dalam hidup kita, keredhaan Ilahi adalah sesuatu yang penting kerana hidup dalam keadaan dicintai Tuhan dan mendapat keredhaan menghasilkan dengan kejayaan dalam segala aspek dan memperoleh ketenangan yang sukar diterjemahkan. Kemahiran mencari dan menggunakan ilmu agama dalam proses mendapatkan keredhaan dan kecintaan Tuhan buat setiap hambanya, manusia harus sentiasa tersemat dalam diri setiap individu.

KESAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN Berdasarkan definisi globalisasi pendidikan, cabaran globalisasi dalam pendidikan, krisis pendidikan global dan sebagainya sebagaimana yang telah dinyatakan di ruangan sebelumnya, apakah kesan yang dapat kita kenal pasti terhadap globalisasi dalam pendidikan? Adakah memberi kesan baik sahaja atau member kesan buruk semata atau memiliki pro dan kontranya iaitu kesan baik dan buruk melalui globalisasi dalam pendidikan. Globalisasi dalam pendidikan memberikan kesan positif dan negatif. Apakah kesan positif yang dapat diberikan melalui globalisasi dalam pendidikan? Antaranya ialah:

  -

budaya pembelajaran sepanjang hayat

kebolehan antarabangsa

berkomunikasi

dalam

bahasa

ibunda

dan

bahasa

 -

menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan seharian

 -

pendidikan Negara terbuka kepada dunia luar

 -

perubahan peranan guru dalam bilik darjah

 -

peluang pendidikan terbuka luas

 -

persaingan sihat dalam meningkatkan mutu pendidikan dan inovasi

 -

perkongsian sumbangan hasil penyelidikan tentang pengajaran dan pembelajaran

Terdapat beberapa kesan negatif melalui globalisasi dalam pendidikan iaitu:

 -

kadar pengangguran semakin meningkat

 -

pengaliran keluar sumber manusia yang berkepakaran ke luar negara

 -

meminggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda

 -

perdagangan pendidikan

 -

penyebaran sumber-sumber yang tidak bersesuaian dengan intelek dan rohani

 -

berlaku penindasan dalam merampas peluang dan sumber bagi kemajuan sistem pendidikan sesebuah negara

 -

pemantauan mendalam dari aspek permasalahan antisosial

Oleh itu, biarpun ianya mempunyai kesan positif dan negatif, ianya adalah tanggungjawab individu dalam membuat pilihan bijak sama ada ingin memilih sumber yang bersesuaian atau sebaliknya. Tambahan pula, sebagai

pendidik perlunya pemilihan dibuat dalam mencedok ilmu dan sumber maklumat yang bersesuaian untuk disalurkan kepada murid-murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah agar nilai-nilai negatif tidak dapat diterapkan dalam diri murid-murid. IMPAK GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN Globalisasi meluaskan konsep dunia tanpa sempadan memberikan cabaran terhadap guru bagaimana perancangan pembelajaran dan dunia pendidikan boleh dimajukan dari perspektif global yang melibatkan penyesuaian kurikulum, penjadualan belajar, penerokaan maklumat melalui ICT, pengawalan dan penyeliaan, serta peranan efektif guru dalam memajukan dunia pendidikan. Seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah 7, ada dinyatakan tentang impak globalisasi dalam pendidikan di mana rajah di sebelah kiri merupakan sebab yang berlaku menerusi globalisasi dan rajah di sebelah kanan menunjukkan akibat daripada globalisasi dalam pendidikan.

Lambakan sumber maklumat dalam Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa yang mudah diperoleh menerusi kecanggihan teknologi maklumat menghasilkan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa sebagai bahasa ilmu. Ini kerana, kebanyakan bahan penyelidikan dan sumber lain maklumat menggunakan Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa. Ini secara langsung, menjadi kelaziman individu menjadikan Bahasa Inggeris dan bahasa

antarabangsa sebagai bahasa ilmu utama. Selain itu, dengan globalisasi, penggunaan teknologi maklumat dalam sesi pembelajaran dan pengajaran sering diaplikasikan. Ini membuatkan muridmurid dan guru dapat menguasai ledakan maklumat dan menambah pengalaman murid. Jika pada masa kini tiada pelaksanaan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat di dalam bilik darjah, adalah sukar untuk guru menyalurkan ilmu dan pengalaman berkaitan persekitaran yang sukar untuk disediakan. Contohnya, keadaan di dasar laut, suasana di kutub utara dan melihat bagaimana gunung berapi meletus. Dengan kecanggihan teknologi maklumat, murid berpeluang melihat dan meneroka pengetahuan baru yang terbatas melalui video, paparan slide dan sebaganyai. Dengan globalisasi dalam pendidikan, mewujudkan lebih banyak institusi pengajian tinggi swasta yang mana memberikan kesan ke atas semua individu untuk mendapatkan peluang pendidikan yang sama rata. Secara tidak langsung, pembangunan negara semakin meningkat melalui penghasilan produk berkemahiran dan pakar dalam sesuatu bidang. Pembudayaan teknologi dalam pelaksanaan harian membuatkan urusan kita menjadi lebih mudah dan lebih bersistematik. Contohnya, penggunaan aplikasi Microsoft Excel, memudahkan kita untuk menguruskan sesuatu data dan boleh dikemas kini pada bila-bila masa.

Huraikan dan perincikan kurikulum sejarah sekolah rendah. Bincangkan perkaitannya dengan kehidupan individu, masyarakat dan negara. AHLI KUMPULAN : Faez,Faiz Rosli,Jay,Ilya,Husna Kurikulum merupakan suatu elemen penting dalam sistem pendidikan. Ianya

merupakan

nadi

kepada

sistem

pendidikan

yang

boleh

mencorakkan generasi akan datang. Kurikulum perlu relevan dan dinamis bersesuaian dengan keperluan semasa dan halatuju pendidikan serta aspirasi

negara.

Matlamat

kurikulum

ialah

melahirkan

insan

yang

seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Namun, pada masa yang sama kurikulum turut perlu menyumbang dalam melahirkan pekerja

yang

berilmu,

warganegara

yang

bertanggungjawab

dan

mempunyai ciri-ciri global player. Pengisian dan pelaksanaan kurikulum mestilah

bersifat

futuristik,

fleksibel

dan

dinamik

supaya

dapat

menentukan corak masyarakat, profil bangsa dan warganegara Malaysia yang berkualiti. Pembangunan modal insan yang relevan dengan keperluan semasa dan masa akan datang merupakan sumber utama menentukan kemampuan negara untuk menghadapi cabaran globalisasi. Memandangkan golongan murid dan pekerja merupakan elemen yang penting untuk memajukan negara, usaha-usaha hendaklah diambil untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan mereka. Golongan ini perlu ditanam dengan sikap gigih, dedikasi, berani dan keinginan untuk terus meningkatkan taraf ilmu pengetahuan. Oleh itu, aspek latihan dan pendidikan samada secara

formal atau tak formal adalah menjadi tonggak yang menentukan samada masyarakat negara ini bersedia dan mampu mengharungi arus globalisasi atau sebaliknya. Sehubungan itu, usaha permulaan yang harus dibuat di peringkat sekolah ialah untuk melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang diperlukan bagi menghadapi cabaran globalisasi ini dengan lebih mudah. Antaranya ialah mereka memerlukan pengetahuan dan kemahiran baru seperti kemahiran ICT serta kebolehan berfikir secara kritis dan kreatif. Mereka juga perlu mampu berkomunikasi, menganalisis dan membuat keputusan dengan berkesan. Integrasi kaum merupakan isu yang sering menimbulkan masalah dan perlu diberi perhatian di kebanyakan negara di dunia. Integrasi kaum di Malaysia

sentiasa

diberi

keutamaan.

Kejeleketan

sosial merupakan

perkara utama yang perlu diambilkira apabila menilai perubahan dasar kurikulum. Konsep ini merupakan satu kesedaran sosial yang boleh diaplikasikan sewaktu penggubalan dasar sebagai satu tindak balas kepada kepelbagaian isu-isu sosial. Adalah penting untuk kita mengambilkira faktor budaya, sosial dan politik dalam perspektif sejarah untuk memahami sifat pembahagian sosial, konflik,

identiti

dan

keamanan.

Sebagai

contoh,

isu

keterasingan

(compartmentalization) dan kelangsungan etnik (ethnic survival) boleh mencetuskan konflik etnik. Kurikulum kebangsaan yang dilaksanakan di sekolah sememangnya memberi penekanan kepada betapa pentingnya nilai dan norma yang menggalakkan perpaduan dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Pendekatan terarah melalui pengenalan mata pelajaran

khusus

seperti

Pendidikan

Moral,

Pendidikan

Sivik

dan

Kewarganegaraan dan Pendidikan Sejarah serta disokong melalui kaedah penerapan nilai merentas kurikulum merupakan usaha Kemeneterian

Pelajaran Malaysa menyemai dan menyuburkan semangat patriotisme dan perpaduan

kepada

semua

rakyat

Malaysia

yang

mengikuti

sistem

pendidikan negara. Pendidikan

Sejarah

bertujuan

untuk

memupuk

dan

memperkukuh

semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia, melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air dan sejarah negara luar. Usaha ini bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia. Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap Sejarah sebagai rangka kesedaran dan persefahaman antarabangsa. Sejarah juga merupakan satu mata Pelajaran yang dapat merangsang pemikiran. Ia membolehkan pelajar dapat melihat secara empati dan menganalisis bagaimana manusia menggunakan masa, ruang, perubahan dan kesinambungan. Pemahaman Sejarah dalam konteks pengajaran pembelajaran bermaksud pemahaman secara kritis dan imaginatif tentang segala aspek kehidupan manusia silam dan kini. Untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah, pembelajaran dan pengajaran Sejarah pada masa kini bukan sahaja terikat dengan kaedah ‘chalk and talk’ malah boleh dikembangkan dengan kaedah penggunaan ICT serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah. Aktiviti yang dijalankan termasuklah mengadakan Bulan Patriotisme di peringkat sekolah. Sering kali wujud tanggapan bahawa sejarah tidak ada apa-apa kegunaan dalam kehidupan manusia. Ia dianggap tidak boleh digunakan secara praktikal dalam kehidupan seharian dibandingkan dengan disiplin-disiplin ilmu yang lain seperti sains, teknologi, perakaunan dan sebagainya. Tanggapan negatif ini pasti sepenuhnya tidak benar. Menurut Rogers (1987), tiada sesiapa pun yang boleh terlepas daripada masa lampau.

Beliau

menjelaskan

mendalam

bahawa

mengenai

sejarah

pengalaman

memberi dan

pemahaman

peristiwa

dengan

lalu

yang

berkesinambungan dengan masa kini. Manakala, Prof. Wang Gangwu (1964) menyatakan secara jelas kepentingan pendidikan sejarah dengan menyatakan pengajaran sejarah adalah bidang penting untuk generasi muda dan bangsa moden di dunia ini. Pendidikan sejarah adalah wajar ditekankan dalam diri individu yang mana melalui kesedaran terhadap kepentingan pendidikan sejarah ini mampu melahirkan individu yang cintakan tanah air. Pertamanya kita dapat lihat bagaimana melalui pemahaman terhadap nilai sejarah akan memberi banyak pengajaran serta pedoman untuk kita menghadapi masa kini yang penuh dengan berbagai cabaran yang kian mencabar dengan peningkatan teknologi dan sebagainya telah membuka jalan kepada penyerapan anasir-anasir luar masuk dengan mudahnya yang dapat mengakibatkan jatuh bangunnya sesebuah negara. Melalui pemahaman terhadap nilai sejarah juga individu dapat menyelami susah payahnya pejuang-pejuang

terdahulu

dalam

membebaskan

negara

daripada

dibelenggu penjajahan Inggeris yang menduduki negara kita sebelum 1957. Dengan itu, perkara ini mampu untuk mewujudkan satu rasa penghargaan dalam diri kita terhadap keperitan mereka yang berjasa demi kebebasan generasi terkemudian iaitu kita. Akhirnya ini, dapatlah diyakini dengan pendidikan sejarah kita mampu untuk melahirkan anakanak Malaysia yang besar jiwanya dengan kecintaan terhadap negara mereka ini. Dalam negara mencapai Wawasan 2020, masih terdapat sebilangan kecil murid dalam sistem pendidikan negara yang masih bergelut dengan masalah penguasaan literasi asas membaca, menulis dan mengira. Mereka tergolong dalam kumpulan kecil yang tercicir dari arus pendidikan

negara. Pola komposisi murid ini lebih cenderung kepada mereka yang mempunyai latar belakang sosio-ekonomi yang rendah. Seperkara yang turut diberi perhatian ialah merapatkan jurang pendidikan antara kaum melalui konsep ekuiti dalam pendidikan untuk semua. Ke arah itu, KPM memastikan semua rakyat Malaysia seharusnya mendapat peluang pendidikan yang setara tanpa mengira kaum, agama, lokaliti dan sosio-ekonomi

dan

budaya.

Menyedari

masih

terdapat

kelompok

masyarakat yang seakan terpinggir dari arus pendidikan perdana, inisitaif daripada KPM ialah meneydiakan ruang dan peluang yang secukupnya untuk memastikan masyarakat Orang Asli dan Penan di pedalaman turut menerima peluang, kemudahan dan kualiti pendidikan yang sama taraf dengan mereka yang berada di bandar. Bagi menjana satu sistem pendidikan yang berkualiti, maka kurikulum yang dihasilkan perlu relevan dan dinamik dengan kehendak semasa disamping turut mengambil kira keperluan-keperluan masa akan datang. Ini adalah perlu kerana budaya pendidikan semasa mempunyai kaitan lansung dengan segala bentuk perubahan yang melibatkan struktur sosial, ekonomi, dan politik di dalam negara mahupun di seluruh dunia. Sebagai sebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum, kurikulum perlu memberi penekanan kepada aspek perpaduan untuk mengekalkan social cohesion (kejeleketan sosial). Di samping itu, kurikulum juga perlu menyemai semangat patriotisme dan semangat cintakan negara dikalangan semua lapisan masyarakat. Ini secara lansung menjamin pembangunan sistem pendidikan berkualiti dan seterusnya melengkapkan agenda pembangunan negara.

Perubahan dan inovasi dalam kurikulum bilik darjah itu juga merupakan salaha satu tahap dalam pengurusan bilik darjah di mana perubahan dan inovasi ini adalah hasil daripada refleksi kepada pelaksanaan kurikulum yang berlaku. Perubahan dalm inovasi kurikulum bilik darjah amat penting kerana asas pendidikan pelajar berlaku dalam bilik darjah. Perubahan dan inovasi kurikulum bilik darjah juga harus bergerak seiring dengan peredaran zaman dan perkembangan bidang sains dan teknologi yang sedang berkembang pesat. Keberkesanan pengurusan kurikulum bilik darjah adalah terletak pada tangan guru. Perubahan dan inovasi kurikulum bilik darjah amat penting bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelajar yang telah berubah dari semasa ke semasa. Kurikulum pada zaman sekarang telah berubah di mana proses pembelajaran tidak hanya tertumpu dalam bilik darjah yang memencilkan murid dalam lingkungan empat dinding sahaja. Pelajaran pada zaman kini adalah secara kolaboratif dan tanpa sempadan. Oleh sebab itu, bagi menjadikan pelajar lebih aktif, kreatif, motivatif dan dinamik kurikulum bilik darjah perlu sentiasa diperbaharui. Kamus Dewan edisi keempat mendefiniskan perkataan “inovasi” sebagai sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain yang baru. Inovasi juga merupakan

perihal

(tindakan

dan

sebagainya)

mengadakan,

memulakan

dan

sebagainya sesuatu yang baru. Istilah yang berkait rapat dengan “inovasi” ialah “inovatif” yang bererti bersifat inovasi. Inovatif bermaksud suatu tindakan bagi mengada atau memulakan sesuatu yang baru. (Zainal bin Haji Bujang, 2008) Perubahan dan inovasi bilik darjah amat perlu bagi memastikan guru lebih berkemahiran. Oleh kerana keberkesanan inovasi bilik darjah adalah bergantung kepada guru, maka secara tidak langsung akan menjadikan guru sentiasa perlu melengkapkan diri dengan maklumat-maklumat terkini dan juga kaedah-kaedah pengajaran yang baru dan sesuai. Antara ciri guru berinovasi adalah mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara bijaksana, menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi. Hal ini sejajar dengan pandangan Noriati A. Rashid dalam Guru dan Cabaran Semasa iaitu guru-guru perlu memiliki keupayaan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang mampu melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif. Di samping itu, guru berinovasi tidak akan terikat dengan sesuatu cara dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, sebaliknya sentiasa berfikir

di luar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah serta pendekatan baru yang lebih berkesan. Menurut Esah Sulaiman dalam Amalan Profesionalisme Perguruan, guru perlu cekap mengubahsuai pengajaran, prihatin terhadap keperluan pelajar dan jangan terlalu terikat dengan sesuatu keadaan atau bahan tertentu. Satu daripada tanggungjawab guru kepada murid adalah menjadi kreatif dan inovatif. Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon, 2010, mengemukakan bahawa guru yang kreatif dan inovatif dapat mencetuskan idea baharu dan dapat menterjemahkan kehendak dan matlamat kurikulum dengan menggunakan kaedah, pendekatan dan strategi pengajaran serta pembelajaran yang kreatif dan inovatif.” Dengan adanya kurikulum bilik darjah yang sentiasa seiring dengan perkembangan zaman, guru akan sentiasa memikirkan apakah cabaran yang bakal dihadapi oleh murid setelah mereka melangkah keluar dari lingkungan sekolah, dan apakah ilmu yang dipelajari di sekolah mampu memberi kelebihan kepada mereka untuk bersaing di dunia nyata, selari dengan tujuan pendidikan seperti yang terdapat dalam Undang-Undang Malaysia iaitu Pendidikan 1995 iaitu untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran, dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saning tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat. Pendidikan pada abad ke-21 telah berubah tidak hanya tertumpu di dalam bilik darjah semata-mata. Dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, kurikulum bilik darjah juga perlukan perubahan dan inovasi untuk menghasilkan pelajar yang lebih aktif, kreatif, motivatif dan dinamik. Ini disebabkan oleh pelajar pada zaman kini sudah didedahkan dengan penggunaan teknologi maklumat yang terkini dan sekiranya tiada perubahan bagi kurikulum bilik darjah, mereka akan mudah bosan. Noriati A. Rashid, 2009 menyatakan bahawa guru-guru tidak sepatutnya meneruskan pengajarannya sedangkan ada dalam kalangan muridnya yang didapati sudah hilang tumpuan.

Halizah

Hamzah,

2009,

pula

berpadangan

bahawa

guru

seharusnya

melaksanakan kaedah atau teknik yang baharu, efektif dan yang dapat merangsang minat murid. Kepelbagaian aktivti bukan sekadar berupaya menarik minat murid bahkan juga boleh mewujudkan suatu situasi di mana murid tertunggu-tunggu untuk melihat aktiviti berikutnya.

Sememangnya terdapat pelbagai cara yang boleh diusahakan oleh guru bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Antara kepelbagaian aktiviti yang dicadangkan oleh Noriati A. Rashid dalam Murid dan Alam Belajar adalah melalui pelbagai bermain sebagai usaha menarik minat murid menguasai sesuatu pengetahuan tanpa disedari oleh murid bahawa mereka sedang belajar. Bagi murid-murid yang mempunyai gaya berfikir yang tinggi, guru boleh menyediakan aktiviti analisis atau penyelesaian masalah dengan menggunakan borang grafik manakala bagi murid yang kurang berminat untuk belajar. Guru turut boleh mendorong pembelajaran pembelajaran aktif dengan menggunakan audio visual yang menarik selain daripada menggunakan banyak peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau menggalakkan murid menghasilkan sendiri bahan pembelajaran mereka. Pengajaran dan pembelajaran juga tidak seharusnya hanya tertumpu di dalam kelas, sejajar dengan inovasi dalam kurikulum bilik darjah, takrif bilik darjah juga adlah semakin luas dan tidak boleh dihadkan dalam ruang empat dinding seperti pada abad ke-20. Dengan adanya inovasi seperti ini akan menjadikan pembelajaran semakin menarik dan pelajar tidak mudah bosan dan melahirkan generasi pelajar yang aktif, kreatif, motivatif dan dinamik Selain itu, perubahan dan inovasi bilik darjah adalah penting bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan memudahkan pengawalan kelas oleh guru. Menurut Anderson (1989), mengatakan pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah terdiri daripada tingkah laku yang menghasilkan penglibatan pelajar yang maksimum dalam aktiviti pembelajaran, meminimumkan tingkah laku pelajar yang mengganggu tugas guru dan pelajar lain serta penggunaan masa pembelajaran yang efisyen. Selain itu, antara ciri guru berinovasi antara lainnya mampu menyediakan persekitaran pembelajaran paling kondusif dan memberi ruang seluas-luasnya kepada murid untuk mengasah kebijaksanaan berfikir. Penyediaan persekitaran pembelajaran yang positif sememangnya merupakan suatu aspek yang amat penting. Noraini Idris dan Shuki Osman, dalam Pengajaran dan Pembelajaran Teori dan Praktis, menyatakan bahawa guru perlu menyediakan suasana dan persekitaran yang kondusif terhadap pembelajaran semasa mengajar. Manakala menurut Choong Lean Keow, dalam Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku , persekitaran pembelajaran dalam konteks pendidikan merujuk kepada iklim dan budaya bilik darjah secara menyeluruh yang merangkumi beberapa aspek tertentu iaitu pola

komunikasi, reka bentuk, pelan lantai dan susun atur ruang fizikal, dan kebolehan guru mengurus murid-murid dalam bilik darjah. Mook Soon Sang dalam Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku pula mengemukakan ciri-ciri iklim bilik darjah yang kondusif yang merangkumi hubungan yang saling hormat-menghormati di antara guru dengan pelajar-pelajarnya serta kesukarelaan pelajar-pelajar menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah yang diaturkan. Menurut beliau perasaan kekitaan antara pelajar-pelajar dengan guru-guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan kewujudan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan juga antara ciri bilik darjah yang baik. Dari aspek iklim persekolahan yang kondusif, iklim persekolahan yang kondusif adalah iklim persekolahan yang terbuka dan menggalakkan murid bebas berinteraksi antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru, serta bebas melibatkan diri dalam aktiviti sekolah. Seorang guru yang baik berupaya untuk mengurus bilik darjah dan mengawal tingkah laku pelajar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar. Dengan adanya perubahan dan inovasi kurikulum bilis darjah ini juga boleh mengatasi masalah kekurangan bahan pembelajaran dan juga menjimatkan tenaga dan masa. Segala keperluan yang sukar disediakan oleh guru sebelum ini boleh digantikan dengan penggunaan-penggunaan teknologi sperti penggunaan perisian-perisian yang bersesuaian dan juga melalui simulasi ataupun animasi berkomputer yang dapat membantu para pelajar merasai pengalaman dan membayangkan yang tidak pernah mereka lalui. Selain penglibatan alatan-alatan yang berteknologi, dengan konsep inovasi kurikulum bilik darjah, guru boleh menggantikan bahan-bahan yang sukar diperoleh dengan menghasilkan model-model yang hampir sama menggunakan bahan-bahan yang mudah diperolehi dan juga boleh melibat penglibatan kesuluruhan pelajar. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia, 1994, memberi takrifan bahawa inovasi merupakan sesuatu yang baru diperkenalkan atau dimaklumkan (seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain). Inovasi atau pengenalam idea-idea baru dalam pelbagai bentuk seperti

pengenalan

teknologi

baru,

perubahan-perubahan prosedur

yang

boleh

menjimatkan tenaga, masa dan kos, dan perubahan ini meningkatkan penghasilan kerja.Menurut INTAN, antara ciri-ciri orang yang mempunyai sifat kreativiti dan inovasi adalah sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah. Orang yang kreatif dan inovatif juga berani untuk untuk mencuba teknik dan kaedah baru bertujuan memudahkan sesuatu kerja selain suka bermain dengan idea dan berani mencuba.

Related Documents


More Documents from "Chika Aldila"