Gpm1083

  • Uploaded by: Rhobson Gelvern
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Gpm1083 as PDF for free.

More details

  • Words: 3,786
  • Pages: 14
Loading documents preview...
1.0 Pengenalan Kemajuan sesebuah tamadun itu dilihat daripada perkembangan komuniti itu sendiri secara keseluruhan.. Namun begitu, tidak seiring dengan kemajuan yang pesat, masih terjadi masalahmasalah moral dalam kalangan negara maju termasuk negara kita sendiri, Malaysia. Sekiranya diteliti masih banyak salah laku moral dan pengamalan nilai yang masih kurang berlaku dalam komuniti moden ini. Dalam kerja kursus ini, penelitian tentang isu-isu moral yang terjadi dalam negara kita sendiri dan juga di peringkat global dalam mengharungi cabaran hidup masa kini akan dikupas. Di peringkat tempatan, isu-isu moral yang akan diperlihatkan adalah isu gangsterisme, isu merempit dan juga isu pelacuran manakala di peringkat global pula isu yang dibincangkan adalah pemerdagangan manusia. Isu moral yang pertama iaitu gangsterisme bukanlah sesuatu yang baru dalam negara kita, bahkan ianya sudah boleh diibaratkan bagai kudis yang sudah menular menjadi nanah. Sering kali kita disajikan dengan paparan berita di media massa dengan tajuk-tajuk yang memaparkan kes-kes buli yang semakin menular di sekolah. Pelakunya pula adalah budak sekolah yang di bawah umur. Hal ini amat membimbangkan semua pihak, maka langkah proaktif harus diambil secepat mungkin untuk menangani isu ini kerana daripada pembuli inilah kumpulan-kumpulan gangster akan wujud suatu hari kelak. Yang kedua pula adalah isu merempit. Jika diteliti, hal ini bagaikan satu masalah yang sinonim dengan negara kita. Anakanak muda mensia-siakan kehidupan dengan melakukan kerja yang bukan sahaja membahayakan nyawa mereka malah nyawa pengguna jalan raya yang lain. Isu moral ketiga pula adalah isu pelacuran. Dalam konteks isu moral yang dibincangkan, pelacuran merupakan satu kegiatan yang menjadikan gadis-gadis sebagai mangsa kekejaman manusia demi untuk memuaskan nafsu serakah. Mangsa ini selalunya tiada pilihan selain daripada menturuti arahan majikan yang memaksa mereka untuk melacur. Bagi isu moral di peringkat global pula, jenayah pemerdagangan manusia pula akan dihuraikan kerana hal ini semakin berleluasa pada abad ini. Pemerdagangan manusia bukan sahaja salah disisi undang-undang malah turut melanggar hak asasi manusia. Kesimpulannya, dalam kerja kursus ini isu-isu moral yang dibincangkan merupakan isu moral yang semakin menular dalam kalangan masyarakat setempat dan juga masyarakat global. Isu moral ini jika tidak dibendung nescaya akan membusuk bagai kudis bernanah yang seterusnya mungkin menjadi satu kemenjadian yang tidak dapat dikawal lagi.

1

Isu Moral Tempatan 2.0 Gangsterisme Gengsterisme adalah sejenis tingkah laku yang sudah lama wujud di kalangan pelajar dan masih berterusan sehingga kini. Keadaan menjadi bertambah serius apabila pelajar perempuan dan murid sekolah rendah di kesan terlibat dengan gejala samseng yang dikenali sebagai gengsterisme. Peningkatannya kelihatan seiring degan kemajuan dan pembangunan negara. Thrasher (1961) mendefinisikan gang sebagai satu kumpulan yang mempunyai ciri-ciri seperti mengikut tingkah laku yang sama,perjumpaan secara bersemuka,gerakan secara berunit,konflik dan mempunyai perancanan. Biasanya terdapat beberapa tanda penglibatan dalam kumpulan samseng. Sesetengah daripadanya jelas dan ada di antaranya yang memerlukan siasatan.

2.1 Faktor Mempengaruhi gangsterisme Keluarga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi gengsterisme. Keluarga adalah satu unit(kumpulan) yang terdiri daripada ahli-ahli yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Keluarga juga merujuk kepada kombinasi ibu bapa yang tinggal serumah dan mempunyai anak. Kegagalan ibu bapa memberikan bimbingan dan perhatian terhadap anaknya merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi gejala gengsterisme ini. Kesibukan ibu bapa mencari rezeki untuk menampung keluarga mengakibatkan sesetengah remaja hidup dalam keadaan terbiar. Terdapat ibu bapa yang menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik kepada guru dan pihak sekolah. Sesetengah ibu bapa langsung tidak ambil kisah tentang kegiatan anaknya dengan kawan-kawan anaknya. Faktor lain ialah pencapaian akademik yang rendah. Pelajar yang lemah dalam bidang akademik mempuyai risiko yang tinggi untuk menyertai kumpulan gengster. Terdapat pelajar yang lemah menggabung diri dengan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti yang negatif itu. Penglibatan pelajar tersebut adalah untuk mendapatkan sokongan moral yang membolehkan diri mereka mempunyai identiti yang tersendiri. Sesetengah pelajar pula untuk mendapatkan perhatian,pengiktirafan dan mempunyai kuasa untuk memenuhi cita rasa masing-masing.

2

2.2 Kesan Gangsterisme Kewujudan kumpulan samseng ini akan membawa kesan negatif pada pihak sekolah. Ahli –ahli kumpulan sering melakukan kegiatan-kegiatan ganas di sekolah. Sekiranya ahli kumpulan ini dapat menubuhkan satu jaringan aktiviti yang kuat di sekolah ia akan menganggu dan melemahkan seluruh perjalanan sekolah. Selain itu, gejala samseng ini juga akan menggangu proses pengajaran dan pembelajaran. Kumpulan - kumpulan ini akan mencurahkan perasaan benci dan tidak puas hati dengan menganggu proses P&P di sekolah. Selain itu juga, gejala gengsterisme ini akan mewujudkan budaya takut dalam masyarakat. Kehadiran gengster ini akan menyebabkan orang ramai berasa takut untuk melakukan aktiviti harian. Contohnya mereka akan di paksa memberi wang, diperas ugut dan dipukul jika tidak mengikut kemahuan mereka. Kewujudan gejala gengsterisme ini juga akan menyebabkan berlakunya vandalisme dan merosakkan harta benda awam. Jenis vandalisme yang dilakukan dengan melakukan contengan grafik pada harta benda awam seperti di tandas awam, bangunan-bangunan di tepi jalan dan telefon awam. Grafik tersebut sukar dipadam dan memerlukan kos yang banyak untuk membersihkannya. 2.3 Langkah Mengatasi Gangsterisme Pihak sekolah perlu diberikan peruntukan kuasa yang lebih besar untuk mengambil tindakan yang setimpal terhadap kesalahan dan masalah yang dilakukan oleh pelajar. Selain itu, kerjasama antara semua pihak adalah amat penting bagi membanteras gejala ini. Kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa,pelajar, serta tidak terkecuali pihak media dan pertubuhan bukan kerajaan ( NGO) diperlukan. Kerjasama tersebut akan mewujudkan satu persekitaran yang bebas dari unsur-unsur keganasan dan gengsterisme. Langkah seterusnya ialah peranan dan pemantauan ibu bapa. Ibu bapa perlu perlu melakukan pemantauan dan pengawalan terhadap gerak-geri anak-anaknya. Ibu bapa juga perlu mengambil berat terhadap segala aktiviti yang dilakukan oleh anaknya sama ada di sekolah dan di luar sekolah. Oleh itu pihak berwajib perlu memandang serius terhadap masalah sosial ini.

3

3.0 Rempit

Menurut istilah, Mat Rempit merupakan penunggang motosikal yang dikaitkan dengan perlumbaan haram, gejala maksiat dan boleh membawa kepada gejala sosial yang lain seperti dadah, rompakan, gangguan seksual, rogol dan sebagainya. Biasanya Mat Rempit sinonim dengan perlumbaan haram di jalanan. Mat Rempit biasanya akan menggunakan motosikal sebagai alat untuk mereka berlumba sesama mereka dan melakukan aksi-aksi yang merbahaya yang boleh membawa kepada maut. Jadi gejala ini perlu dikawal dan dihapuskan segera secara menyeluruh kerana gejala ini sukar dirawat. Mereka lebih tertumpu kepada motosikal kapcai yang telah diubahsuai. Antara motosikal yang sering diguna oleh Mat Rempit seperti Honda EX5, Yamaha RXZ dan sebagainya.

3.1 Faktor Masalah Rempit Biasanya Mat Rempit akan melakukan kegiatan haram ini apabila mereka terpengaruh dengan aktiviti rakan sebaya yang tidak sihat. Rakan sebaya merupakan orang yang lebih rapat dengan mereka berbanding ibubapa. Ibubapa yang tidak memperdulikan anak-anak yang semakin membesar ini mengakibatkan remaja ini tidak dipandu dangan baik. Pengaruh ajakan rakanrakan yang telah mempunyai motosikal dapat mempengaruhi seseorang remaja dengan lebih cepat dan menjadikan seseorang remaja itu menjadi lebih berani untuk melakukan sesuatu walaupun kerja itu menyalahi undang-undang. Bagi remaja yang tidak mempunyai motosikal, mereka akan mencuri motosikal orang lain dan akan mengubahsuai motosikal tersebut seperti menukar nombor plat supaya sukar untuk dikesan dan dapat mengelirukan pihak berkuasa. Selain dari ajakan rakan-rakan, seseorang Mat Rempit akan terpengaruh dengan habuan yang akan mereka dapat sekiranya mereka memenangi sesuatu perlumbaan. Antara habuan yang akan mereka dapat adalah seorang remaja perempuan atau lebih dikenali sebagai Minah Rempit. Selain itu, ganjaran wang akan diberikan kepada mereka sekiranya dapat mengalahkan mat-mat rempit yang lain. Jadi untuk sedaya upaya mendapatkan ganjaran atau habuan yang ditawarkan, mereka sanggup untuk menggadaikan nyawa mereka semata-mata untuk mengecapi keseronokan.

4

3.2 Kesan Merempit Gejala rempit hanya mendatangkan satu gejala yang boleh memudarat sahaja, iaitu membahayakan penunggang atau dengan lebih tepatnya lagi membahayakan pelumba haram berkenaan. Tetapi jika diteliti sebetulnya aktiviti yang tidak bermoral ini mendatangkan pelbagai masalah kepada individu berkenaan, masyarakat, agama dan negara. Dari segi sosial, mereka yang merempit ini biasanya boleh mengganggu ketenteraman dan ketenangan suasana malam. Masalah penyalahgunaan dadah yang sering dikaitkan. Bahkan yang paling membimbangkan ialah pertaruhan yang dibuat bagi memenangi perlumbaan. Dalam kes rempit atau lumba haram ini menjadikan wanita sebagai pertama taruhan. Remaja-remaja perempuan sanggup menggadaikan maruah mereka menjadi pembonceng kepada teman lelaki mereka yang merupakan anggota kumpulan mat rempit. Jika teman lelaki mereka kalah didalam perlumbaan, maka akan dijadikan hadiah untuk dimiliki oleh mat rempit yang lain, yang memenangi perlumbaan tersebut. Gejala ini merupakan barah dalam masyarakat perlu ditangani dengan segera sekiranya kita tidak mahu lagi mendengar kes-kes anak luar nikah,pembuangan bayi dan gejala penyakit berbahaya AIDS dan sebagainya. Jika dilihat melalui perspektif ekonomi pula, Mat Rempit telah mensia-siakan waktu muda mereka yang sepatutnya digunakan untuk membangunkan potensi diri masing-masing. Kegiatan rempit ini akan menyumbang kepada kegiatan mencuri, meragut dan sebagainya, yang pastinya negara akan mengalami kerugian dan sebagainya, yang pastinya negara akan mengalami kerugian yang besar dari sudut ekonomi.

3.3 Langkah Mengatasi Kegiatan Merempit Ops Lumba Haram sering dijalankan oleh pihak berkuasa seperti pihak polis dan juga pihak polis trafik untuk membanteras gajala Mat Rempit atau pelumba haram di sekitar jalan-jalan yang menjadi lokasi utama mereka merempit seperti di ibu negara. Pihak Polis dan pihak Polis Trafik sentiasa melakukan sekatan jalan raya untuk mencegah dan menjejaki Mat Rempit yang berleluasa ini. Selain dari sekatan jalan yang sering dijalankan, kerajaan juga mengenakan hukuman bagi pesalah-pesalah Mat rempit ini. Mat Rempit yang telah ditangkap akan dikenakan hukuman yang atas kesalahan yang dibuat. Pihak polis biasanya akan menyita motosikal yang terlibat dengan kesalahan jalan raya. Selain itu juga, Mat Rempit ini akan dikenakan hukuman yang ditetapkan oleh undang-undang trafik. Mat Rempit yang ditangkap juga akan dihantar ke pusat pemulihan akhlak untuk pemulihan. 5

4.0 Isu Pelacuran Pelacuran adalah penjualan khidmat seksual, seperti seks oral atau hubungan seks, biasanya untuk wang, namun kadang-kadang juga untuk dadah, barang kemas ataupun hartanah. Seseorang yang melacurkan diri disebut pelacur. Kebanyakan pelacur adalah perempuan, namun ada juga pelacur lelaki.. Kawasan bandar yang berleluasa dengan gejala tidak bermoral ini contohnya, kawasan seperti Chow Kit iaitu Lorong Haji Taib,Lorong Changkat, Bukit Bintang dan Petaling Street merupakan antara kawasan utama kegiatan pelacuran di Malaysia. Pelacur juga dapat dikelaskan kepada tujuh kategori utama seperti bohsia, pelacur pasar, pelacur jalanan, pelacur bermajikan, pelacur tukang urut dan pelayan pusat hiburan, pelacur bebas serta pelacur kehormat.

4.1 Faktor Kegiatan Pelacuran Faktor ekonomi merupakan salah satu punca yang mempunyai peratusan yang agak tinggi dalam gejala perlacuran ini. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu menyebabkan masalah pegangguran, kemiskinan, hutang, peningkatan kos hidup dan peluang pekerjaan yang tidak seimbang dengan kelulusan menyebabkan seseorang sanggup melakukan apa sahaja untuk meneruskan kehidupan. Selain itu,ada juga seseorang yang keinginan untuk hidup mewah dengan cara mudah tanpa bekerja keras dengan memperolehi wang beribu ringgit dalam satu masa. Dari segi sosial pula keruntuhan moral seperti kurang didikan asas agama dan pengetahuan serta penghayatan agama daripada keluarga menyebabkan nilai murni budaya dalam sesetengah masyarakat semakin menipis. Oleh yang demikian, tidak mustahillah bagi mereka yang kurang pegangan agama atau tidak menurut perintah agama mudah terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral seperti pelacuran ini. Kezaliman keluarga juga adalah salah satu permasalahan di dalam faktor sosial. Contoh kezaliman keluarga yang berlaku pada masa ini ialah melacur kan diri iaitu disebabkan oleh paksaan daripada suami, keluarga dan pemiutang menyebabkan anak gadis atau isteri mereka sebagai pertukaran. Akhirnya, anak gadis dan isteri dipaksa melacur untuk membayar hutang keluarga. Sekiranya tidak mengikut perintah yang disuruh, mereka akan dibelasah, diancam dan diseksa tanpa belas kasihan. Penglibatan ahli keluarga dalam gejala sosial seperti penagihan dadah, meminum arak,merokok, mencederakan orang dan kaki perempuan juga megakibatkan anak-anak mereka mudah terpengaruh kepada gejala sosial.Selain daripada itu, 6

ibu-ibu tunggal yang tidak mempunyai kemahiran pendidikan dan pengalaman kerja mudah terjebak apababila hilang punca sepencarian setelah kematian atau diceraikan oleh suami. Faktor luar yang mempengaruhi pelacur adalah kerana sesetengah golongan remaja yang mudah terpengaruh daripada rakan-rakan apabila mereka mempunyai permasalahan dalam keluarga, tertekan, perasaan ingin mencuba, pantang dicabar dan juga terpengaruh kepada perkara-perkara yang negatif daripada media massa dan media elektronik. Walau bagaimanapun, pelancong luar turut membawa kesan negatif kepada budaya tempatan. Contohnya seperti segelintir rakyat Malaysia yang mengagung-agungkan bahasa dan budaya asing terutamanya generasi muda. Hal ini dapat dilihat melalui tutur kata, pakaian, dan kelakuan generasi muda hari ini yang bertentangan dengan budaya timur.

4.2 Kesan Pelacuran Kesan daripada seseorang yang menjadi pelacur adalah penyakit berjangkit melalui alat kelamin seperti herpes,sifilis, AIDS dan HIV. Selain daripada itu, mereka juga boleh mengalami kesan mental dan psikologi dalam diri apabila menyedari telah jauh menyimpang daripada landasan kehidupan. Risiko untuk mengandung anak luar nikah juga adalah tinggi. Walaupun mereka memakan ubat, pil dan sebagainya untuk mengelakkan daripada hamil, namun kesan daripada melakukan hubungan seks secara kerap memungkinkan mereka untuk hamil tanpa disedari. Kesan lain termasuklah pengambilan dadah seperti pil khayal dan ecstasy akan dipandang hina oleh masyarakat, menjatuhkan maruah keluarga dan tiada harga diri. Justeru itu, memberi kesan kepada masyarakat di negara ini sekiranya kegiatan pelacuran semakin berleluasa. Masyarakat yang tidak bermoral boleh terbentuk dan meningkatnya masalah sosial lain di negara ini. Manakala kesan pelacuran kepada negara pula ialah menjejaskan imej negara sebagai sebuah negara Islam atau reputasi negara akan tercemar. Para pelancong asing juga akan memandang negatif terhadap negara ini dan mereka boleh membuat spekulasi yang tidak sepatutnya. Malah negara terpaksa menanggung kos yang tinggi bagi membiayai perubatan mereka yang telah dijangkiti penyakit AIDS dan HIV kerana terpaksa mendapatkan vaksin untuk memperlambatkan perebakan sel tersebut dan mereka ini seolah-olah mayat hidup serta tidak mendatangkan hasil kepada negara. 7

Selain dari itu, terdapat juga kesan negatif terhadap ekonomi negara seperti terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar untuk program pemulihan dan pencegahan, daya pengeluaran negara terjejas kerana sumber tenaga yang lemah, membantutkan pembangunan negara serta kurangnya sumber tenaga yang berkualiti.

4.3 Langkah Mengatasi Pelacuran Mempelbagaikan hukuman seperti mengenakan sebatan, hukuman penjara dan denda mengikut tahap kesalahan yang dilakukan. Selain itu, bayaran denda yang dikenakan daripada sindiket-sindiket ini boleh digunakan untuk tujuan kebajikan bagi membantu rumah kebajikan atau ibu tunggal yang memerlukan pertolongan. Selain daripada itu, pelucutan visa harus dikenakan terhadap warga asing terutama bagi ‘ibu ayam’ dan ‘bapa ayam’ yang datang ke Malaysia supaya mereka tidak berpeluang untuk masuk semula ke negara ini. Bagi pelacur pula,memberi hukuman denda dan membuat kerja kebajikan kepada pelacur supaya mereka menyedari apakah erti kehidupan yang sebenar pada diri mereka. Selain itu, mewujudkan kempen kesedaran mengenai kesan-kesan negatif pelacuran sama ada dilacur atau melacur haruslah didedahkan kepada masyarakat umum supaya mereka sentiasa berwaspada dan mengingatkan orang yang tersayang agar mengelakkan diri daripada terjerumus ke lembah pelacuran. Saluran pendidikan juga memainkan peranan yang sangat penting bagi generasi muda yang bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang agar tidak terlibat dengan jenayah dan keruntuhan akhlak. Pendidikan dapat membina pengetahuan, pemikiran yang bijak, rasional, tidak tamak haloba dan tidak mudah diperdaya oleh orang lain. Dengan mempunyai pegangan hidup dan pendirian diri yang kukuh maka tidak mudah untuk seseorang ditipu dengan janji-janji manis sindiket pelacuran. Selain daripada itu, didikan agama dan pegangan agama yang kukuh adalah sangat mustahak bagi seorang individu. Individu yang mempunyai pegangan agama yang kukuh tidak akan melakukan perkara yang boleh merosakkan akhlak dan menyalahi undang-undang. Dari segi pelaksanaan undang-undang, lesen untuk membuka pusat hiburan seperti disko dan pusat urut haruslah diperketatkan supaya pihak berkuasa dapat mengawasi segala aktiviti pusat hiburan dengan lebih efektif. Terdapat banyak hotel-hotel murahan, pusat urut dan disko menjalankan perniagaan pelacuran di sebalik perniagaan yang sebenar. Pihak imigresen juga harus memantau semua warga asing yang masuk ke dalam negara ini sama ada untuk 8

tujuan bekerja atau melancong. Ini kerana terdapat kes yang mana warga asing yang datang ke Malaysia untuk melancong tetapi sebaliknya berlaku iaitu mereka bekerja sebagai pelacur. Banyak sindiket yang menggunakan jalan mudah ini secara berterusan sebagai laluan utama dalam menjalankan kegiatan pelacuran. Taktik ini dipercayai dapat mengelak kegiatan mereka daripada dihidu dan seterusnya mengaburi pihak berkuasa.

Isu Moral Global 5.0 Pemerdagangan Manusia Pemerdagangan manusia merupakan salah satu bentuk ancaman terhadap hak asasi dan keselamatan manusia. Ia merupakan satu pencabulan hak asasi yang paling buruk dan dunia memandang serius perkara ini termaksuklah Malaysia. Pemerdagangan manusia adalah masalah global yang kian meningkat jumlah kesnya sejak seabad lepas. Mengikut laporan Amnesty International; pada tahun 2004 sahaja dianggarkan 700;000 orang diperdagang setiap tahun bagi tujuan seks. Bagaimanapun, amat malang sekali kerana Malaysia dilihat sebagai tempat menarik oleh sindiket pemerdagangan manusia untuk menjalankan aktMti mereka. Pada umumnya, definisi pemerdagangan manusia merujuk tafsiran protokol pertubuhan bangsabangsa bersatu ( PBB) dalam artikel 3, protokol PBB ialah pemerdagangan orang bermakna perekrutan, pengangkutan, pemindahan, penampung atau penerimaan orang, dengan cara ancaman atau penggunaan kekerasan atau bentuk paksaan lain, perculikan, penipuan, penyalahgunaan kuasa atau kedudukan atau memberi atau menerima bayaran atau pemanfaatan untuk mencapai persetjuaan seseorang yang mempunyai kawalan keatas orang lain, untuk tujuan eksplotasi.

9

5.1 Faktor Pemerdagangan Manusia Pemerdagangan manusia terutamanya wanita merupakan suatu jenayah rentas sempadan yang begitu aktif pergerakannya. Ia bergerak pantas selaras dengan arus globalisasi dan memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda seperti pemerdagangan barangan cuma bezanya manusia itu dijadikan komoditi pemerdagangan. Dewasa ini, masalah pemerdagangan manusia kian bermaharajarela. Penguatkuasaan yang tak bersistematik merupakan faktor berlakunya masalah penyeludupan manusia. Walaupun kerajaan telah menggubal pelbagai undangundang dan akta untuk membanteras masalah penyeludupan manusia, tetapi usaha ini tidak dilakukan secara berterusan dan menyeluruh. Contohnya, Amerika Syarikat telah meletakkan Malaysia dalam senarai negara yang tidak memerangi isu penyeludupan manusia dengan secukupnya. Hal ini demikian kerana terdapat beberapa orang pegawai Jabatan Imigresen telah didakwa terlibat dalam kes penyeludupan manusia. Maka, kelonggaran undang-undang ini telah menyebabkan kes penyeludupan manusia berterusan di negara Malaysia. Melalui kajian daripada para pengkaji sosial, ditetapkan bahawa faktor ekonomi merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kes penyeludupan manusia berlaku. Pada zaman kini, masalah jurang pendapatan semakin serious di Asia Tenggara. Orang yang berpendapatan rendah agak susah untuk meneruskan kehidupan mereka pada zaman ini dengan menerima gaji yang sedikit. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan walaupun jalan singkat tersebut menyalahi undangundang. Akiviti pemerdagangan manusia akan mendatangkan pendapatan yang sangat lumayan. Selain

itu,

faktor

individu

juga

merupakan

penyebab

berlakunya

masalah

pemerdagangan manusia. Individu yang tidak mempunyai pegangan agama akan menjadi punca terhadap perbuatan ini berlaku. Dalam setiap agama, perbuatan-perbuatan yang dianggap terkutuk adalah dilarang seperti memaksa seseorang untuk aktiviti pelacuran, kes penderaan fizikal dan sebagainya. Individu yang tidak beragama tidak mempunyai petunjuk hidup dan mudah terjebak dalam masalah sosial.

10

5.2 Kesan Pemerdagangan Manusia Perdagangan manusia meninggalkan kesan yang teruk terhadap mangsa. Mereka selalunya mengalami penyeksaan fizikal dan emosi, rogol, ancaman terhadap diri dan keluarga, kecurian dokumen, dan maut. Namun, kesan perdagangan manusia sebenarnya melampaui mangsa individu kerana ia juga mengancam kesihatan, kesejahteraan, dan keselamatan semua negara. Mangsa menghadapi keadaan seperti penderaan fizikal dan seks, ikatan tebus hutang, gaji tidak dibayar, ugutan, kurungan, dan dokumen perjalanan ditahan untuk menyekat kebebasan. Bakal mangsa pula terus didakwa atas kesalahan imigresen dan pelacuran. Kerajaan tidak menyediakan pilihan sah yang lain selain mengusir mangsa balik ke negara-negara yang akan menyeksa dan menghukum mereka. Mangsa yang ditahan oleh pihak penguat kuasa imigresen, termasuk kanak-kanak, diproses sebagai pendatang haram dan ditahan di penjara atau di pusat tahanan pendatang haram sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing. Pihak berkuasa imigresen tidak menyaring wanita asing yang ditangkap kerana pelacuran untuk mengenal pasti mangsa perdagangan manusia tetapi sebaliknya memproses mereka untuk cepat dihantar pulang. Dalam beberapa kes, terutamanyanya yang melibatkan deportasi merentasi sempadan darat seperti sempadan Malaysia-Indonesia di Borneo, keadaan ini mendedahkan mangsa perdagangan manusia kepada risiko didagang semula oleh para pedagang yang beroperasi di tempat keluar masuk sempadan. Mangsa akan mengalami penderaan fizikal dan seksual, penggunaan dadah secara paksa, ikatan tebus hutang, tidak dibayar gaji, diugut, dikurung, dan dokumen perjalanan ditahan untuk menyekat mereka daripada bergerak bebas.

5.3 Langkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia Antara usaha yang boleh dilakukan untuk mengekang masalah ini daripada berterusan ialah dengan mengetatkan kawalan di sempadan. Pihak berkuasa perlulah lebih giat mengawal sempadan daripada kemasukan golongan manusia yang diperdagangankan. Rondaan yang kerap perlu dilakukan bagi mengenal pasti pintu masuk haram manusia yang di perdangangkan ini. Kemasukan warga asing perlulah melalui syarat-syarat yang ketat agar golongan pemerdagangan manusia ini dapat dikesan dan dibawa ke muka pengadilan.

11

Langkah lain yang boleh diambil untuk membanteras kegiatan pemerdagangan manusia adalah dengan penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat di peringkat global. Untuk memastikan langkah ini berjaya, setiap negara perlulah menjalin kerjasama erat untuk memastikan bahawa setiap negara yang berjiran terutamanya berkomunikasi dengan negara sebelah untuk memaklumkan perjalanan sindiket yang dipercayai mendalangi kegiatan ini agar pihak penguatkuasa dapat menahan sindiket tersebut sebelum mereka berjaya menyeberangi sempadan negara. Pihak yang bertanggunjawab harus memainkan peranan mereka dalam menagani masalah pemerdagangan manusia walaupun dengan pelbagai cara sekalipun. Contohnya dengan menjalankan kempen kesedaran, ini sekaligus akan meberi kesedaran kepada masyarakat tentang semakin berleluasa masalah pemerdagangan manusia ini, kempen boleh dijalankan menerusi media massa yang perlu dijalankan dari semasa ke semasa. Dengan adanya kempen sebegini menyebabkan masyarakat akan mengetahui bahawa banyak kesan yang akan diterima daripada jenayah pemerdagangan orang ini. Tambahan lagi, dengan kempen kesedaran ini juga sekaligus dapat menggalakkan masyarakat untuk membanteras masalah ini daripada terus berleluasa yang boleh memberi impak bukan sahaja kepada inidvidu itu sendiri malah kepada Negara juga. Di peringkat global juga, Persatuan Bengsa-bangsa Bersatu juga lantang bersuara menentang kegiatan ini. Di bawah Akta Pemerdagangan Manusia, mangsa sindiket diberikan perlindungan dan sindiket yang mendalangi kegiatan pemerdagangan manusia dikenakan hukuman berat mengikut persetujuan negara-negara di dalam pertubuhan tersebut. Kerajaan juga turut mengambil tindakan yang lebih teratur melalui Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang yang menetapkan hala tuju dan fokus dalam usaha mencegah dan membanteras gejala pemerdagangan orang.Pelan yang dirangka bagi tempoh lima tahun (2010-2015) itu adalah antara usaha dan komitmen kerajaan dalam membanteras masalah pemerdagangan orang.

12

Rumusan Memang adalah tidak dapat dinafikan bahawa masalah sosial yang melanda Malaysia kian meruncing. Remaja masa kini hidup penuh dengan cabaran demi kemajuan dan kemodenan sehingga mereka hidup dengan penuh kebebasan. Kebebasan remaja kini tiada terbatas hinggalah berlaku pelbagai masalah sosial seperti pelacuran, gangsterisme dan merempit dan banyak lagi. Menurut kajian, gejala sosial di kalangan mereka telah meningkat dari semasa ke semasa. Banyak pihak yang amat membimbangkan masalah sosial di kalangan remaja terutamanya para ibu bapa dan pendidik, maka langkah-langkah yang sewajarnya perlulah diambil supaya dapat mengatasi masalah ini. Di peringkat global pula, isu moral juga tidak kurang juga keseriusannya. Walaupun kita hidup dalam dunia yang sangat maju baik dari segi pembangunan negara ataupun modal insan, namun masih juda berlakunya masalah-masalah yang menunjukkan penghayatan nilai moral yang masih berada dalam tahap yang masih rendah. Dengan isu pemerdagangan manusia semakin berleluasa, masyarakat dunia seharusnya sedar daripada lamunan mimpi bahawa masalah ini harus dibendung dengan segera agar mereka yang menjadi mangsa dibela nasibnya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa langkah yang diambil untuk mengatasi isu-isu moral yang telah dibincangkan sudah dijalankan namun seharusnya usaha yang lebih giat perlu diambil, baik masyarakat negara kita dalam menangani masalah moral dalam negara mahupun masyarakat dunia dalam menangani isu moral di peringkat global. Sekiranya masyarakat berpegang teguh kepada pegangan agama dan mengahayati serta mengamalkan nilai-nilai moral, tidak mustahil bahawa setiap masalah moral akan dapat ditangani. Hal ini kerana tanpa pegangan agama yang kukuh, maka goyahlah iman seseorang itu dan ini akan menjebakkan mereka ke kancah perlakuan moral yang negatif. Sebagai kesimpulan, masalah sosial haruslah dipandang serius oleh semua pihak kerana jika dibiarkan maka lunturlah nilai baik dalam agama kerana tidak diamalkan. Justeru, semua pihak mestilah memainkan peranan dan bertanggungjawab untuk menangani masalah sosial supaya nilai moral yang tinggi dapat diterapkan dalam minda generasi yang akan datang.

13

14

Related Documents

Gpm1083
February 2021 1

More Documents from "Yong Junhyung Bae"

Gpm1083
February 2021 1