Hbef 1503 - Masyarakat Dan Tamadun.doc

  • Uploaded by: Nor Aziah Mohd Razali
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hbef 1503 - Masyarakat Dan Tamadun.doc as PDF for free.

More details

  • Words: 3,821
  • Pages: 19
Loading documents preview...
HBEF 1503 – MASYARAKAT DAN TAMADUN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER / 2014

HBEF1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN

NO. MATRIKULASI

:

<820713025392001>

NO. KAD PENGNEALAN

:

<820713-02-5392>

NO. TELEFON

:

<012-5859056>

E-MEL

:

<[email protected]>

PUSAT PEMBELAJARAN

:



0

HBEF 1503 – MASYARAKAT DAN TAMADUN

ISI KANDUNGAN

BIL

KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.

PENGENALAN

2-3

2.

DEFINISI BUDAYA DIALOG

4

3.

TUJUAN BUDAYA DIALOG

5

4.

CABARAN BUDAYA DIALOG DI MALAYSIA

6

5.

KEKUATAN BUDAYA DIALOG

7-8

6.

KELEMAHAN BUDAYA DIALOG

9-11

7.

CADANGAN MEMPERBAIKI DAN MEMPERTINGKATAN PELAKSANAAN BUDAYA DIALOG

12-16

8.

KESIMPULAN

16

9.

RUJUKAN

17

1

HBEF 1503 – MASYARAKAT DAN TAMADUN

1.0

PENGENALAN

Selepas 57 tahun merdeka dan 51 tahun pembentukan Malaysia, bagaimanakah tahap kesepaduan sosial, perpaduan dan integrasi nasional di negara kita? Bolehkah kita dengan pastinya mengatakan bahawa kita sudah mencapai perpaduan dan integrasi nasional. Berdasarkan perkembangan yang berlaku sejak kebelakangan ini, ada pihak berasa bimbang apabila segelintir individu, bagai tidak mengendahkan isu sensitif yang membabitkan etnik, agama, hak kaum Melayu dan bumiputera, serta isu mengenai kuasa dan hak raja dan sultan. Sentimen agama dan kaum diapi-apikan, tanpa mempedulikan implikasinya terhadap hubungan etnik. Seharusnya selepas lebih setengah abad merdeka dan Malaysia dibentuk, persekutuan, kesepaduan sosial, perpaduan, integrasi nasional semakin mantap. Di Malaysia budaya dialog perlu diterapkan dalam kehidupan masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbilang kaum, etnik, bangsa, budaya dan peradaban. Budaya dialog yang diterapkan bagi tujuan untuk memperkukuhkan dan mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional yang merupakan kunci kelestarian kepimpianan kelompok dan budaya identity Negara Malaysia. Masyarakat majmuk didefinisikan sebagai masyarakat yang mengandungi beberapa kumpulan etnik yang hidup berdampingan dan bercampur gaul, tinggal satu unit politik yang sama tetapi hidup secara berasingan. Mereka hidup secara berasingan dan tidak bersatu padu, dan mempunyai budaya tersendiri. Orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk ialah J.S.Furnivall (1967:54). Beliau menjelaskan ciri-ciri masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Manakala, M.G.Smith pula menganggap masyarakat ini mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Roucek &Warren (1979), menegaskan masyarakat sebagai satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama. Ini menunjukkan bahawa etnik atau kaum merupakan sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir sama 2

HBEF 1503 – MASYARAKAT DAN TAMADUN

termasuk melalui adat resam, cara berpakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi yang dijalankan. Manakala, ras pula adalah sekelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri fizikal seperti warna kulit, rambut dan sebagainya. Sejarah perkembangan etnik di Malaysia bermula pada zaman penjajahan Inggeris melalui kemasukan orang Cina dan India sebagai buruh. Mereka telah diasingkan dan dipisahkan dengan penduduk Melayu tempatan dari segi pekerjaan, tempat tinggal dan sistem persekolahan sehingga menghadkan proses interaksi antara kaum. Selepas kemasukan Jepun, Jepun mengamalkan dasar pembahagian antara kaum menyebabkan jurang pemisah dan mencetuskan perasaan bermusuhan dan akhirnya berlakulah pergaduhan antara kaum. Selepas darurat diisytiharkan, hubungan antara kaum semakin terutamanya bagi kaum Melayu dan Cina. British memperkenalkan ‘rancangan penempatan semula’ yang membataskan pergaulan kaum dimana kaum Melayu ditempatkan di Kampung Melayu manakala kaum Cina ditempatkan di Kampung Baru. Menyedari masalah dan konflik yang berlaku, pihak kerajaan telah melaksanakan dasar-dasar awam kerajaan yang berkaitan sosial, pendidikan dan ekonomi untuk memperkukuhkan hubungan etnik di Malaysia. Antaranya termasuklah Majlis Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Gagasan 1 Malaysia, Rancangan-rancangan Ekonomi dan sebagainya.

3

HBEF 1503 – MASYARAKAT DAN TAMADUN

2.0

DEFINISI BUDAYA DIALOG Perkataan dialog berasal dari istilah bahasa Inggeris iaitu dialogue yang bermakna

perbicaraan, perbualan, percakapan, pertukaran pendapat dan soal jawab. Dialog merupakan salah satu bentuk komunikasi interpersonal. Dialog membawa maksud perbincangan mengenai sesuatu perkara antara dua orang atau lebih yang berbeza pandangan dengan tujuan utama untuk setiap pihak dapat mempelajari dari pihak lain agar mereka boleh berubah dan berkembang maju; “ a conversation on subject between two or more mersons with different views, the primary purpose of which, is for participant to learn from each other so that he or she can change and grow ”. (Leonard Swidly). Mengikut Kamus Dewan (2005), dialog didefinisikan sebagai satu perbincangan atau perundingan antara dua pihak yang bertelingkah kepentingannya. Menurut Dr. Abdul Kader Fustok, dialog adalah suatu proses yang luas dan mempunyai maksud yang dalam. Beliau menyatakan dialog merupakan perkataan yang berasal dari Yunani iaitu Dia bermaksud melalui manakala logos bermaksud kata-kata atau makna. Laporan Persidangan Antarabangsa Dialog Perdaban (2001) pula menjelaskan dialog peradaban sebagai perbuatan mendengar kepada kepercayaan, pengadilan, kerisauan masyarakat bukan hanya terhadap budaya yang berlainan, etnik atau latar belakang kepercayaan tetapi juga perbezaan keyakinan politik, kedudukan sosial dan kekuatan ekonomi. Di sini dapatlah disimpulkan bahawa dialog merupakan satu perbincangan yang bertujuan menukar pendapat untuk memupuk persefahaman dan permuafakatan dalam menyelesaikan sesuatu perkara dengan interaksi dengan pihak lain.

4

HBEF 1503 – MASYARAKAT DAN TAMADUN

2.0

TUJUAN BUDAYA DIALOG

Dialog merupakan kegiatan budaya antara kaum, etnik dan peradaban. Manusia yang belum tinggi budayanya akan menggunakan paksaan, kekerasan, dan peperangan untuk mencapai maksud dan tujuannya. Bagi individu yang berbudaya akan menggunakan perbicaraan, diskusi serta tukar pendapat untuk meyakinkan, mengubah pemikiran atau cara bertindak terhadap orang atau kelompok lain. Pepatah ada menyebut “air yang dicincang tidak akan putus”. Pepatah ini sebenarnya lebih dekat dikaitkan dengan persaudaraan dan adik-beradik yang, walaupun selalu bertengkar atau berkelahi, akhirnya akan berbaik semula. Namun begitu, pepatah ini juga sebenarnya cukup sesuai ditujukan kepada rakyat Malaysia yang menjadi tonggak utama kejayaan Negara. Hal ini dikatakan demikian kerana rakyat Negara ini sebenarnya bergantung antara satu dengan yang lain. Misalnya, dalam memahami konteks budaya, bahasa dan agama setiap kaum, masyarakat memerlukan individu atau pakar yang mewakili kaum tersebut untuk menyampaikan sesuatu maklumat dengan tepat dan sahih. Pemahaman dan penghayatan yang berkaitan dengan budaya, agama, dan bahasa ini hanya dapat disampaikan dengan jelasnya oleh mereka yang mengalaminya sendiri, bukan hanya berdasarkan kajian atau pemerhatian semata-mata. Oleh hal yang demikian, memang tepat untuk menyatakan bahawa rakyat Negara ini, yang pelbagai kaum, saling memerlukan.

5

HBEF 1503 – MASYARAKAT DAN TAMADUN

3.0

CABARAN BUDAYA DIALOG DI MALAYSIA

“Malaysia akan terjerumus ke dalam pergolakan dan kekacauan jika rakyat berperasaan pelampau, perkauman, tamak haloba, serta mementingkan puak dan kaum daripada kepentingan Negara”. Itu antara peringatan keras yang diberikan oleh Tun Hussein Onn, lebih daripada 20 tahun yang lampau, kepada masyarakat zaman tersebut. Namun begitu, peringatan tersebut tampaknya semakin dilupakan dan kian bertukar daripada mimpi kepada realiti apabila melihat iklim masyarakat pada hari ini. Sebagai buktinya, akhir-akhir ini, lihat sahaja media massa, baik bercetak mahupun elektronik, apabila pelbagai permintaan, bentakan dilontarkan secara terbuka tanpa mengira sensitiviti kaum lain. Baik Melayu, Cina mahupun India, mereka sama sahaja. Ketiga-tiga kaum ini, yang membentuk majoriti terbesar di negara ini, semakin kurang menunjukkan contoh semangat toleransi dan perpaduan yang telah berputik sejak 57 tahun yang lalu. Masalah ini bukan masalah yang harus ditangani oleh kerajaan semata-mata. Masalah ini bukan juga harus dilihat sebagai masalah terpencil waima ada pihak yang menuding jari dengan menyatakan bahawa politiklah yang menyebabkan keadaan “ketidakselesaan” ini semakin marak. Yang sebenarnya, masalah ini harus ditangani sebaik-baik mungkin oleh semua pihak, daripada ibu bapa, guru, kakitangan kerajaan, swasta sehingga kepimpinan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana jika tidak dibendung dengan secepat mungkin, keharmonian serta kasih saying yang wujud dalam diri setiap masyarakat di negara ini akan terhakis dan akan bermulalah episod baharu yang buruk. Ingati dan hayati kata-kata Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa kestabilan negara yang terus wujud pada hari ini ialah hasil daripada kerjasama semua kaum yang sentiasa berusaha dengan bersungguhsungguh dalam menentukan perpaduan dan keharmonian kaum sentiasa terpelihara.

6

HBEF 1503 – MASYARAKAT DAN TAMADUN

Anasir luar juga cemburu akan kejayaan Malaysia dalam membentuk penyatuan bangsa walaupun datang daripada pelbagai latar belakang, warna kulit, agama, keturunan dan pegangan. Mereka seboleh-bolehnya cuba memporak-perandakan hubungan ini agar

kekayaan yang dimiliki oleh negara ini dapat dirampas setelah persefahaman yang terbentuk berjaya dileraikan. 4.0

KEKUATAN BUDAYA DIALOG

4.1

Mencapai kata sepakat

Lihat sahaja keadaan menjelang hari kemerdekaan negara. Saban tahun pelbagai slogan dikemukakan yang berteraskan perpaduan. Hal ini dikatakan demikian kerana tanpa perpaduan masakan sesebuah negara itu mampu mencapai kata sepakat dan seterusnya beroleh kejayaan. Sejarah telah pun mengajar kita bahawa tanpa perpaduan, negara yang aman boleh menjadi huru-hara, negara yang kaya boleh jatuh miskin, negara yang terang boleh malap, malah berkubur seperti nisan tidak bertuan. Kita ambil contoh dalam bidang sukan. Sebagai hasil semangat perpaduan yang jitu, tidak mengira sesiapa yang mewakili Negara, sesiapa yang sedang beraksi di tengah gelanggang, baik Melayu, Cina, India mahupun bumiputera, mereka bersama-sama member sokongan di bawah satu semangat dan cinta pada Malaysia – sama-sama meraih kejayaan dan sama-sama berdukacita apabila skuad kebangsaan kecundang. Kerukunan inilah yang perlu dijaga dan dipelihara dariapada berpecah. 4.2

Pengikhtirafan sebagai negara yang paling stabil dan aman.

Kepelbagaian etnik dan budaya di Malaysia menjadi cabaran untuk mewujudkan kesepaduan dan perpaduan sosial. Kepelbagaian etnik ini perlu diraikan dan diterima sebagai hakikat meskipun ada perspektif yang berpendirian bahawa kepelbagaian 7

HBEF 1503 – MASYARAKAT DAN TAMADUN

berkenaan berpotensi untuk mencetuskan konflik dan membawa ketegangan. Dari satu segi, kita telah berjaya mewujudkan kesepaduan. Seyogia diingatkan bahawa kesepaduan ialah perjalanan menuju perpaduan. Kestabilan, keharmonian, keamanan yang dinikmati rakyat pelbagai etnik di Negara ini diiktiraf oleh Global Peace Index 2001 yang

menyenaraikan Malaysia di tangga ke-9 sebagai negara yang paling stabil dan aman di didunia. Sebagai Negara yang mempunyai demografi heterogen, perkara ini merpakan pencapaian yang membanggakan kerana Negara lain yang mendahului Malaysia pada umumnya bersifat homogen. 4.3

Membentuk sebuah keluarga besar yang hidup dalam harmoni dan sejahtera.

Di Malaysia, sesetengah pihak merujuk kewujudan pelbagai etnik dengan budaya, agama, dan bahasa yang berbeza itu sebagai “many colour, one race”. Kehadiran pelbagai elemen inilah yang mewarnai demografi Malaysia. Perbezaan ini tidak menimbulkan segregasi dan polarisasi, dan seterusnya pertentangan serta persengketaan dalam kalangan rakyat. Meskipun tugas ini mencabar, usaha untuk mencipta kebersatuan dan perpaduan tetap menjadi agenda utama Negara. Program Transformasi Kerajaan : Pelan Hala Tuju, yang dilancarkan pada tahun 2010, menyatakan, “Malaysia telah memilih satu jalan penyelesaian yang unik – iaitu perpaduan dalam kepelbagaian dan keterangkuman sementara memastikan keadilan untuk semua dan masih patuh kepada Perlembagaan kita.ini bermakna menerima kepelbagaian kaum, agama dan kepercayaan, dan dengan menjadi inklusif, kita membina perasaan saling menghormati dan penerimaan menjadikannya satu asas yang kukuh terhadap perpaduan dan kesalingpercayaan”. Oleh itu, kita perlu bijak mengurus kepelbagaian, kelainan, dan perbezaan dengan tidak menganggapnya sebagai masalah dan hambatan, sebaliknya sebagai asset dan 8

HBEF 1503 – MASYARAKAT DAN TAMADUN

potensi untuk menguatkan Negara. Kita bukan sahaja perlu mengekalkan dan melonjakkan pencapian ekonomi, tetapi juga kerukunan dalam kehidupan bermasyarakat. Sebarang pergolakan sosial, sebagaimana terbukti di Negara lain, seperti Republik Afrika Tengah dan Syria, akan member kesan langsung kepada kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.

5.0

KELEMAHAN BUDAYA DIALOG

Budaya dialog antara kaum memainkan peranan penting untuk mencapai kata sepakat dan mencari titik persefahaman. Namun begitu, pelbagai halangan dan cabaran yang perlu ditempuhi dalam usaha mencari persefahaman dan perpaduan. Ini adalah kerana ianya banyak menuntut perubahan dari segi pendirian, malah kadangkala kepercayaan. Terdapat pelbagai kelemahan budaya dialog antara kaum ini. Antaranya termasuklah : 5.1

Sikap Fanatik dan Perkauman Dalam masyarakat majmuk di Malaysia pastinya wujudnya perasaan Rasisme dan

Etnosentrisme. Resisme merujuk kepada anggapan seseorang bahawa ras sendiri adalah lebih baik daripada ras orang lain. Etrosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan bahawa segala unsur seperti agama, nilai, sikap dan amalan budaya adalah lebih baik daripada yang dimiliki oleh kumpukan etnik yang lain. Mereka bimbang akan berlaku fenomena bertukar agama dan ramai yang beranggapan bahawa dialog tidak wajar diadakan kerana ia menjadi punca kepada masalah pertukaran beragama. Sikap fanatik ini akan mengundang kegagalan dan konflik dalam masyarakat. Kesedaran rasisme dan etnosentrisme boleh menyebabkan seseorang itu melihat kumpulan lain sebagai inferior dan lebih rendah dari segi taraf sosial dan budaya. Apabila merasakan diri mereka hebat maka golongan yang lemah akan ditindas. Fahaman ini juga menjadikan budaya dialog tidak mencapai objektif yang diharapkan dan ianya hanya akan menguntungkan segelintir pihak sahaja iaitu pihak yang mendominankan 9

HBEF 1503 – MASYARAKAT DAN TAMADUN

perbincangannya sahaja dapat menikmati faedah manakala pihak lain tidak dapat menuntut kehendak mereka.

5.2

Perspektif yang Salah Pihak Tertentu Terhadap Pihak Lain Hubungan antara kaum dan etnik menjadi bertambah buruk dengan adanya sikap

prasangka dan diskriminasi. Proses sosiolisasi akan memburukkan keadaan apabila persepsi yang salah itu diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Selain itu, media massa memainkan peranan yang penting. Misalnya, dalam filem-filem Barat, orang kulit hitam digambarkan sebagai penjenayah, pemabuk dan menjadi punca kepada segala masalah sosial dan ekonomi. Perasaan dan tanggapan seperti inilah yang akan menjadi punca kegagalan budaya dialog. 5.3

Cabaran Interaksi yang Terhad Dalam hubungan ras dan etnik, kelompok-kelompok manusia yang berbeza ras,

etnik, budaya dan peradaban boleh dibahagikan kepada beberapa strata iaitu strata atas yang biasanya dikategorikan sebagai kelompok dominan atau majority. Manakala, strata bawah pula merupakan kelompok moniriti. Perasaan rendah diri, rasa kurang ilmu dan pengetahuan membuatkan ramai orang tidak bersedia untuk berdialog. Jurang pemisah antara golongan kaya dan miskin juga boleh mewujudkan krisis. Kekurangan sumber-sumber

untuk menggalakkan

budaya

dialog dalam

masyarakat di Malaysia juga merupakan salah satu faktor penting yang menyebabkan interaksi menjadi terhad. Contohnya, kawasan perumahan yang terpisah secara sistematik mengikut kedudukan dalam petempatan tertentu serta sistem pendidikan yang 10

HBEF 1503 – MASYARAKAT DAN TAMADUN

mengkhususkan golongan dan kaum tertentu. Sekolah, pusat pengajian seperti universiti berperanan sebagai tempat berinteraksi dalam satu komuniti.

5.4

Kekurangan Toleransi Toleransi merupakan satu proses untuk memahami dan menerima sesuatu perkara

yang kita tidak anuti secara rasional untuk menerima dan mempraktikkannya. Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, toleransi membawa maksud sedia menghormati dan menerima pendapat serta pendirian orang lain yang berbeza dengan pendirian diri sendiri. Dengan prinsip ini, toleransi antara sesebuah kaum dengan kaum lain adalah dengan menerima tradisi, prinsip agama dan budaya mereka. Kebolehan untuk memahami dan menghormati pandangan orang lain serta keupayaan untuk menerima pendapat orang lain boleh meningkatkan kefahaman budaya seseorang. “Semua kaum di negara ini mesti mengamalkan kembali budaya toleransi, berbincang dan berunding secara terbuka supaya kedamaian dan keamanan negara dapat terus dinikmati. Melalui perbincangan secara terbuka akan lahir semangat saling menghormati serta bersedia menerima perbezaan pandangan dan pendapat yang menjadi asas kepada amalan beragama di negara ini”. Kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sewajarnya dapat memperkukuh aspek kenegaraan terutama dalam membina perpaduan nasional dan solidariti sosial. Justeru, semangat taksub yang keterlaluan dalam memperjuangkan kepentingan sesuatu kaum serta memperlekeh dan menghina penganut agama lain sewajarnya dihindari bagi mengelak konflik kaum dan agama yang boleh meruntuhkan kesepaduan sosial 11

HBEF 1503 – MASYARAKAT DAN TAMADUN

masyarakat Malaysia. Kita tidak mahu sejarah berulang kembali iaitu dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai perbezaan perlu mengambil langkah untuk mengatasi kelemahan dan cabaran dalam budaya dialog supaya pelaksanaannya dapat dimaksimumkan dan menepati kepentingan bersama.

6.0

CADANGAN

MEMPERBAIKI

DAN

MEMPERTINGKATKAN

PELAKSANAAN BUDAYA DIALOG Adakah budaya dialog mampu menyatupadukan rakyat pelbagai etnik ini supaya muncul sebagai komuniti nasional yang bersatu? Selepas mengharungi era konflik dari tahun 1945 hingga 1960, sebagai ekoran tercetusnya konflik etnik antara Melayu dengan Cina, selepas pengunduran pendudukan Jepun, ancaman komunis dan tragedy 13 Mei 1969, dan era stabil tetapi tegang pada dekad 1970-an, kini kita berada dalam kemantapan kesepaduan sosial meskipun sedang dikocakkan oleh pelbagai anasir yang mampi mengugat keharmonian berkenaan. Antara cadangan-cadangan kearah membaiki dan mempertingkatkan pelaksanaan budaya dialog antara kaum, etnik, budaya dan peradaban termasuklah : 6.1

Mempelbagaikan Dasar Pelbagai dasar, program, dan aktiviti dilaksanakan untuk mengukuhkan

kesepaduan dan perpaduan sosial dan integrasi nasional sepanjang tempoh selepas kemerdekaan dan pembentukan Malaysia. Langkah tersebut termasuk dari segi politik, ekonomi, pendidikan, bahasa dan media. Setiap satunya mempunyai sumbangan masing12

HBEF 1503 – MASYARAKAT DAN TAMADUN

masing. Semuanya berhasrat untuk merealisasikan impian untuk mencapai negara idaman, iaitu sebuah negara bangsa yang berjati diri, maju, makmur dan bersatu, sesuai dengan slogan “perpaduan dalam kepelbagaian”. Mungkinkah sistem pendidikan, bahasa Melayu, dan segala macam dasar, termasuk Dasar Kebudayaan Kebangsaan, dapat menyatupadukan pelbagai etnik itu? Dasar Kebudayaan Kebangsaan, yang diperkenalkan selepas tragedi 13 Mei 1969, bertujuan untuk membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia. Dasar ini mempunyai objektif untuk memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan, serta memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan, berteraskan budaya penduduk asli (Melayu) dan agama Islam. 6.2

Meningkatkan Kesedaran untuk Hidup Harmoni Bersama-sama Pihak berkuasa baik dalam negara mahupun peringkat antarabangsa harus sentiasa

menggalakkan aktiviti kemasyarakatan di kalangan ahli dalam masyarakat. Selepas Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia, 2009–kini) menerajui kepimpinan negara, beliau memperkenalkan Gagasan I Malaysia. Gagasan ini, yang berpaksikan prinsip “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”, merupakan langkah untuk memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020, dapat dicapai. Gagasan ini bertujuan melahirkan

bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dan mampu

menghadapi cabaran globalisasi. Pada kiraan terakhir, gagasan ini bermatlamatkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang etnik. 1 Malaysia merupakan penerusan agenda pembinaan Negara melalui perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang etnik. 6.3

Peranan Bahasa Kepelbagaian budaya yang berbeza, kita perlu mencari dan mengamalkan nilai

yang terbaik dan positif bagi mengukuhkan dan mempertingkatkan pelaksanaan budaya dialog. Kita perlu mengasimilasikan dan mengamalkan nilai dan budaya yang terbaik 13

HBEF 1503 – MASYARAKAT DAN TAMADUN

daripada mana-mana budaya bagi tujuan melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu dari segi sikap, nilai, semangat, orientasi dan matlamat. Bahasa memainkan peranan yang berkesan dalam memperbaiki dan mempertingkatkan budaya dialog. Golongan bahasawan, misalnya, yakin bahawa bahasa kebangsaan mampu menyatupadukan rakyat pelbagai etnik ini. Bahasa merupakan cirri yang menentukan identity seseorang pada peringkat negara dan antarabangsa, dan menjadi tali pengikat jiwa dan emosi rakyat pelbagai etnik. Ungkapan “bahasa jiwa bangsa” bukan sekadar slogan, tetapi cirri utama yang menetukan jati diri “kebangsaan” sesuatu bangsa itu. Sebagai masyarakat multietnik, masyarakat kita terbahagi mengikut ideologi, kepercayaan, agama, bahasa dan seumpamanya. Dalam keadaan sedemikian, peranan bahasa kebangsaan sebagai alat untuk menyatupadukan pelbagai suku kaum amat dituntut. Melalui bahasa kebangsaan, kita dapat membina keperibadian dan tamadun mengikut acuan sendiri – sesuai dengan aspirasi, latar sejarah dan budaya rakyatnya. 6.4

Hak dan Kepentingan Kaum dipelihara. Pada masa yang sama, formula utama untuk memperbaiki dan mempertingkatkan

pelaksanaan budaya dialog ialah dengan memastikan hak dan kepentingan semua kaum dipelihara secara adil dan saksama. Oleh sebab itu, asas yang paling penting yang harus dipegang oleh semua kaum dalam membentuk pembinaan Negara bangsa yang saling menghormati ialah melalui Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan dibentuk dan digubal dengan telitinya, bukan digarap sewenang-wenangnya tanpa mengira kesan dan akibat yang akan dirasai oleh kaum lain. Perlembagaan dibentuk dengan mengambil kira jaminan bagi hak asasi dan hak kaum yang membentuk masyarakat Malaysia yang majmuk. “Peruntukan perlembagaan dan undang-undang yang berkaitan dengan hak bagi semua kaum di Malaysia merupakan asas penting yang perlu dipertahankan dalam memelihara kejarmonian dan keamanan Negara”, jelas Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, semasa merasmikan program Membudayakan Perpaduan Meraikan Kepelbagaian 2014 pada 9 September yang lalu. Terangnya lagi, sebagai Negara majmuk, seharusnya cita-cita untuk menjadi sebuah Negara maju dan 14

HBEF 1503 – MASYARAKAT DAN TAMADUN

menikmati taraf hidup yang lebih baik hanya akan dicapai melalui perpaduan nasional yang kukuh dan utuh. “Tanpa perpaduan nasional, tidak akan wujud kestabilan polotik yang menjadi teras segala kejayaan”, tegasnya. 6.5

Memperbetulkan Asas Pendidikan Pendidikan merupakan wadah terbaik dan paling efektif untuk memupuk dan

menyuburkan integrasi nasional. Murid-murid yang telah mengenali rakan tanpa mengira warna kulit dalam satu kelompok dan bumbung yang sama pastinya akan sentiasa dapat bertoleransi dalam banyak perkara. Prinsip ‘agree to disagree’ misalnya harus ditanam dan difahami sejak dari kecil di alam persekolahan ini. Maka, melalui pemupukan asas pendidikan, semua umat manusia dapat dipersaudarakan melalui jiwa dan rasa cintakan kedamaian dan sifat kemanusiaan. Contohnya, Dasar Pendidikan Kebangsaan diperkenalkan melalui Akta Pelajaran 1961 merupakan dasar kea rah mewujudkan masyarakat harmoni. Program utama di bawah Dasar Pendidikan Kebangsaan termasuklah Sekolah Wawasan yang bertujuan menyediakan ruang sosial bagi pelajar dari pelbagai etnik berinteraksi seterusnya menjalinkan hubungan yang harmonis. Sekolah Wawasan dapat mengukuhkan hubungan antara kaum seperti Melayu, Cina dan India yang boleh menjamin kepada ketenteraman sosial. Dialog di kalangan pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan pusat pengajian tinggi perlu dianjurkan baik diperingkat jabatan mahupun kementerian. Program dialog ini boleh diterapkan dalam aktiviti kurikulum dan juga ko-kurikulum kepada semua murid tanpa mengira kaum dan agama. Selain itu, program RIMUP juga bertujuan meningkatkan hubungan etnik dalam kalangan pelajar dengan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat sekitar. 6.6

Menerapkan Ilmu Ketamadunan dalam Kurikulum Sekolah Dalam dunia globalisasi hari ini dan ledakan maklumat menerusi internet telah

menyebabkan manusia lupa kepada nilai-nilai dan kepentingan ilmu ketamadunan. 15

HBEF 1503 – MASYARAKAT DAN TAMADUN

Hubungan baik antara manusia dengan manusia, manusia dengan persekitaran atau environmentnya dan hubungan manusia dengan Tuhannya sudah menjadi renggang. Penerapan ilmu ketamadunan dalam kurikulum sekolah akan member impak yang besar terhadap kesedaran menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan suci. Kajian menunjukkan bahawa hanya apabila sesebuah masyarakat menghayati kehidupan berlandaskan nilai-nilai spiritual yang terkandung manifestasi sosial dan fizikal, baharulah ia akan dapat membangunkan kehidupan yang seimbang selaras dengan prinsip Falsafah Pendidikan Negara. Sekiranya budaya dialog yang telah kita terapkan sekian lama diperjelaskan kepada generasi muda hari ini, maka konsep integrasi nasional dan perpaduan kaum akan kekal utuh. Untuk itu dialog menjadi mekanisme perpaduan yang amat berkesan. Justeru itu, pendedahan ilmiah untuk kita memungkinkan kita membuat penilaian yang tepat mengenai sifat dan tamdun masing-masing. Penilaian ini bukan hanya membantu kita meneruskan perasaan muhibbah walaupun wujud perbezaan yang ketara antara kita, tetapi dapat memapankan konsep atau realiti Perlembagaan Negara sebagai teras Tamadun Malaysia. Di sinilah peri pentingnya dialog dimana kita boleh duduk bersama berbincang perkara-perkara yang boleh atau perlu disepakati atau sebaliknya. 7.0

KESIMPULAN Budaya dialog amat perlu disuburkan dalam konteks negara kita yang mempunyai

penduduk berbilang kau, etnik, budaya dan peradaban. Melalui budaya dialog ini jalinan perpaduan negara dan integrasi nasional yang merupakan kunci kemampuan negara akan tercapai. Sehubungan dengan hal itu, amatlah penting untuk semua pihak menyemaikan dan mengamalkan asimilasi, akomodasi, akulturasi dan pengabungan dalam kehidupan mereka. Jika sikap dan nilai negatif dapat dikurangkan, dan sikap nilai positif berkenaan dapat ditingkatkan dan disemarakkan, kita pasti menuju kearah kelahiran negara “kesatuan dan perpaduan dalam kepelbagaian”. Hanya dengan itu, perasaan dan emosi keterikatan yang kuat dalam jiwa semua etnik akan dapat dipupuk. Untuk melangkah ke 16

HBEF 1503 – MASYARAKAT DAN TAMADUN

hadapan, kita perlu terus memperteguh kesepaduan dan perpaduan sosial dengan meningkatkan persefahaman, interaksi dan komunikasi dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Semangat saling menghormati, bertolak ansur, dan berkorban perlu dipupuk dan diamalkan. Kita tidak harus bertelagah dan bercakaran. Sebaliknya kita perlu sama-sama menjalin kerjasama untuk memastikan kita hidup dalam keadaan harmoni dan aman. Ketika menuju Wawasan 2020 dan negara yang berpendapatan tinggi, kita perlu meraikan kepelbagaian etnik, budaya dan agama. Oleh itu, barulah pelbagai warna, satu bangsa, menjadi benar-benar bererti.

RUJUKAN

Buku : 1. Prof Dr Mohamed Yusoff Ismail et al, (2013), Masyarakat dan Tamadun, Open University Malaysia (OUM). Jurnal : 1. Jeneri Amir.(2014).Dewan Budaya.Pelbagai Warna, Satu Bangsa,10,10-15. 2. Muhammad Rafiq Abdul Rahman.(2014).Simpul Rapi Tali Perpaduan,10,16-22. 3. Jeneri Amir.(2014).Pelita Bahasa.Satu Bahasa, Satu Bangsa, Satu Negara,10,6-9. 4. Zaitul Azma Zainon Hamzah.(2014).Pelita Bahasa.1 Bahasa, 1 Bangsa, 1 Negara,10.10-13. 17

HBEF 1503 – MASYARAKAT DAN TAMADUN

5. Nik Safiah Karim.(2013).Pelita Bahasa.Perancangan Bahasa yang Sempurna Wujudkan Perpaduan,Ogos,8-12. 6. Abang Patdeli Abang Muhi.(2013).Pelita Bahasa.Bahasa Kebangsaan Citra Perpaduan Kaum,Ogos,13-16. Internet : 1. http://www2.bharian.com.my/articles/Pupuksemulatoleransikaum_agama/Article/ : dilayari pada 10 Oktober. 2. http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/suburkan-budaya-dialog-1.22953: dilayari pada 13 Oktober. 3. http://brainly.my/tugasan/2907: dilayari pada 20 Oktober.

18

Related Documents


More Documents from "Rully"