Jadual Spesifikasi Ujian

  • Uploaded by: Cik Nina
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Jadual Spesifikasi Ujian as PDF for free.

More details

  • Words: 1,574
  • Pages: 26
Loading documents preview...
NAMA AHLI KUMPULAN (13)

NOMBOR MATRIK

Maslinda Binti Panjang Ali

M2015 1000570

Siti Fatimah Binti Ismail

M2015 1000598

Nor Hazlina Binti Ali

M2015 1000590

Jadual SPESIFIKASI UJIAN (JSU) KRP 6054 (PENGUJIAN DAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH )

Definisi JSU ◦



Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU ialah jadual yang menggambarkan ciri-ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstrak yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap konstruk, konteks, pemberatan tiap konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran. penggubalan sesuatu kertas ujian hendaklah mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan iaitu mewakili keseluruhan sukatan pelajaran yang merangkumi komponen-komponen pengetahuan, kemahiran dan juga sikap seperti yang telah ditetapkan.

Konsep JSU . 1

Kandungan

kandungan ujian berkenaan topik-topik pelajaran 2. Aras kemahiran Aras kemahiran mengikut taksonomi objektif pendidikan 3. Bentuk ujian berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain 4. Bilangan item Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran 5. Pemberatan Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar

Tujuan Penyediaan JSU ◦

Menetukan bidang, topik,topik dan objektif-objektif pembelajaran yang hendak diuji.



Sebagai panduan kepada penggubal soalan



Membolehkan perbandingan dapat dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain



Memastikan ujian yang dibina adalah setara dari tahun ketahun

Kepentingan JSU Mengelakkan seseorang guru membina ujian secara sembarangan. ◦

untuk menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian yang dibina. ◦

menimbulkan rasa kepentingan guru terhadap topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. ◦

Guru-guru dapat melihat tahap penguasaan murid-murid dalam sesuatu pengajaran. ◦

Garis panduan membina item ujian

Mook Son Sang(2003), menyatakan terdapat beberapa langkah untuk membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). antaranya : ◦

1. Kenyataan yang hendak dinilai hendaklah benar-benar berkaitan dengan hasil pembelajaran yang hendak diuji dan bukan perkara lain yang tidak berkaitan. 2. Kenyataan dalam soalan atau item hendaklah sudah pasti benar atau sudah pasti salah. Kenyataan yang samar-samar akan mengelirukan pelajar yang mengambil ujian. 3. Jika boleh, guru perlu membina lebih banyak kenyataan yang ‘salah’ berbanding kenyataan yang ‘betul’ kerana calon yang tidak tahu menjawab akan meneka dengan membuat pilihan ‘betul’ untuk semua kenyataan. 4. Elakkan perkataan-perkataan yang boleh memberi pembayang seperti ‘kesemuanya’, ‘setiap’ atau ‘sahaja’ dalam kenyataan soalan. 5. Elakkan menyalin bulat-bulat kenyataan daripada buku-buku teks atau rujukan kerana calon yang pernah menjawab soalan tersebut akan menjawab berdasarkan ingatan tanpa berfikir.

Langkah-langkah penyediaan JSU 1.







Mengkaji sukatan pelajaran bertujuan untuk menganalisis dan menentukan kepentingan setiap tajuk kandungannya. Antara aspek yang dikaji ialah mengenalpasti skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk supaya, item-item soalan yang bakal dibina tidak terkeluar daripada skop sesuatu tajuk yang diajar. 2. Menentukan jenis soalan Sebelum bina item soalan, guru tersebut hendaklah mengetahui objektif pengajaran mereka iaitu apa yang dapat diperolehi oleh murid-murid menerusi daripada hasil pengajaran seseorang guru tersebut.

3. Menentukan Bilangan Soalan



jumlah soalan hendaklah mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana itu akan mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan dalam sesuatu ujian. ◦

4. Menganalisis Objektif Pengajaran



Objektif pengajaran perlu dianalisis untuk menentukan aras pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji. Aras pengetahuan dan kemahiran dibina berdasarkan kepada aras Taksonomi Bloom. ◦

Dimensi Dalam Jadual Spesifikasi Ujian ◦















1.Kandungan ujian Berdasarkan sukatan pelajaran atau huraian sukatan pelajaran dan buku teks yang digunakan, meliputi skop atau kedalamannya, bilangan item untuk setiap tajuk dan wajaran 2. Kemahiran Meliputi aras kemahiran yang diuji berpandukan Taksonomi Bloom 3. Jenis dan jumlah item Berdasarkan tujuan ujian, kegunaan ujian, siapa yang mengambil ujian, jenis soalan 4.Wajaran Peratusan item mengikut bahagian atau tajuk berdasarkan masa pengajaran bagi setiap tajuk

Elemen yang perlu ada untuk membina Jadual Spesifikasi Ujian

Enam elemen dalam penyediaan JSU, Carey ( 1988 ):



Matlamat dan objektif- mesti seimbang

1.

tahap pembelajaran – mesti seimbang

2.

format ujian – bentuk ujian sama ada ujian berbentuk objektif, esei

3.

Jumlah keseluruhan item

4.

jumlah untuk setiap topik, matlamat, objektif dan tahap pembelajaran

5.

Kemahiran iaitu kemahiran daripada setiap matlamat atau objektif

6.

Taksonomi Bloom ◦





Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), taksonomi ialah suatu kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu. Taksonomi dalam bidang pendidikan, merujuk kepada satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan. Penganalisaan ini berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, sikap dan psikomotor.

Domain ◦





Domain kognitif yang melibatkan pemikiran pelajar. Domain ini menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir. Domain afektif yang melibatkan perkembangan sikap, perasaan ,emosi, nilai pelajar seperti minat, sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri. Domain psikomotor yang melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar

Domain Kognitif ◦

1.

ada enam elemen yang dibahagikan kepada dua aras pemikiran: aras rendah (pengetahuan, kefahaman, aplikasi)

2. aras tinggi (analisis, sintesis, penilaian)

disusun secara hierarki

elemen ARAS PENGETAHUAN Menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan yang telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat: Peringkat pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau simbol. Peringkat pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. Peringkat pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang contohnya seperti siapa, apa, di mana, bila dan beri. Ciri-ciri khusus soalan aras pengetahuan ini ialah murid perlu menggunakan proses mental untuk mengingat semula apa yang telah dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip dan prosedur bergantung kepada apa yang telah diajar oleh guru di dalam kelas.

Elemen aras kefahaman Memerlukan keupayaan murid memberi huraian atau makna sesuatu perkara. Terbahagi kepada tiga peringkat: Peringkat penterjemahan yang memerlukan murid menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa menggubah makna asal. Peringkat mentafsir atau intepretasi iaitu mentafsir idea dan menerangkan idea atau maksud tersurat dalam ayat sendiri. Peringkat ekstrapolasi iaitu membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberi. Ciri-ciri soalan bagi aras kefahaman adalah seperti membuat interpretasi mudah dan menunjukkan bukti kefahaman dan dapat menggunakan ayat dan maklumat untuk diubah kepada bentuk yang baru. (jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan dan kelaskan.)

Elemen aras aplikasi Menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan prosedur.



Memerlukan murid benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum untuk menyelesaikan masalah. ◦

Soalan aras aplikasi biasanya memerlukan penggunaan proses aplikasi mental.



Melibatkan tiga frasa. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini adalah seperti selesaikan, tunjukkan dan susunkan. ◦

Elemen aras analisis Mengkehendaki murid untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Menekankan keupayaan pelajar mengenalpasti unsur – unsur dan struktur. Jenis-jenis aras analisis: Aras analisis unsur iaitu memerlukan murid menentukan unsur-unsur dan murid juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada. Aras analisis hubungan iaitu membuat perkaitan bukti dan hipotesis. Aras analisis prinsip iaitu murid perlu mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan menganalisis tujuan, pandangan dan pendirian. Ciri-ciri soalan aras analisis ialah soalan tersebut menggunakan proses mental analisis dan memerlukan pemahaman perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan melihat perkaitan antara komponen.

Elemen aras sintesis Memerlukan keupayaan murid untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu komunikasi dimana murid cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada orang lain. Contoh: kebolehan menulis dengan susunan dan gaya yang menarik untuk menyampaikan buah fikiran. Penghasilan suatu rancangan atau pelan operasi Membina suatu hubungan yang abstrak. Ia melibatkan kebolehan membina atau membangunkan set hubungan yang abstrak seperti teori, hipotesis untuk menghuraikan sesuatu fenomena atau mengklasifikasikan fakta. Contoh: kebolehan membuat deduksi berdasarkan maklumat yang diberikan dan dapat membuat suatu teori daripada data atau faktor yang diberi

Elemen aras penilaian Menguji keupayaan murid menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri khusus aras penilaian ini adalah murid perlu membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah bagi sesuatu tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria. Pertimbangan dalam penilaian juga dikategorikan kepada dua iaitu pertimbangan dari segi bukti dalaman iaitu menilai ketepatan sesuatu, menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dan lain-lain. Contoh kebolehan menunjukkan kesilapan-kesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah yang dikemukakan oleh seseorang. Kategori kedua adalan pertimbangan dari segi kriteria luaran iaitu penilaian bahan yang merujuk kepada beberapa kriteria yang dipilih atau yang diingati. Contohnya perbandingan mengenai teori-teori utama, generalisasi dan fakta mengenai kebudayaan tertentu.

Membina JSU ◦

Lembaga peperiksaan menggunakan kaedah 5:3:2 iaitu setiap 10 soalan perlu ada 5 arasnya rendah, 3 arasnya sederhana dan 2 arasnya tinggi. Ini bertujuan untuk bersikap adil kepada pelajar dan memastikan ujian yang dibina bukan hendak memerangkap pelajar untuk gagal. Aras kognitif Bloom perlu dirancang oleh guru berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian(JSU) di mana pengagihan item berdasarkan topik dan masa perlu diambil kira.

Skema Jawapan Satu panduan bagi guru untuk menyemak jawapan murid secara berpandu dan sistematik. Penting untuk memastikan tiada percanggahan, kekeliruan dan kesilapan ketika menyemak jawapan murid. Peranan skema jawapan adalah untuk memudahkan penyemak kertas jawapan menilai jawapan murid. Menjimatkan masa penyemak kertas tanpa perlu merujuk mana-mana bahan untuk mendapatkan jawapan yang tepat bagi setiap soalan.

Kesimpulan ◦



Guru perlu melengkapkan diri dalam kemahiran membina JSU dan skema jawapan yang mempunyai kesahan yang tinggi agar pencapaian murid dapat diukur dengan lebih jitu. Seorang guru yang berkualiti selain mampu menyampaikan pengajaran di dalam kelas dengan berkesan, guru juga harus mampu menyediakan soalan ujian yang baik bagi mengukur pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

TERIMA KASIH 

Related Documents


More Documents from "Syiffa Farhana"

Jadual Spesifikasi Ujian
February 2021 1
Projekt400-sammelmappe
January 2021 1
January 2021 3
March 2021 0
Q Decision Making Mcq
January 2021 2