Kebaikan Dskp

  • Uploaded by: Ally
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kebaikan Dskp as PDF for free.

More details

  • Words: 601
  • Pages: 2
Loading documents preview...
Daripada contoh yang telah dikemukakan diatas, dapat disimpulkan bahawa Dokumen Standard Kurikulum ini mempunyai kepentingan di dalam sistem pendidikan pada hari ini. Antara kepentingan yang diperolehi dengan termaktubnya Kurikulum Standard Sekolah Rendah ini ialah : 1.

Guru memahami dengan lebih jelas objektif yang ingin dicapai dalam sesuatu topik

· Dengan adanya Dokumen Standard yang terdiri daripada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran serta modul pengajaran yang turut disediakan sebagai panduan untuk guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Modul Pembelajaran adalah untuk bahan pembelajaran untuk murid untuk menggantikan buku teks. Modul ini akan menjadi rujukan guru sejauh mana tahap yang perlu dikuasai oleh setiap murid dan guru tidak akan tersasar dari objektif yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian. 2.

Meningkatkan kredibiliti guru

· Sistem penilaian peringkat sekolah yang dilaksanakan Kementerian Pelajaran Malaysia menggantikan kaedah peperiksaan yang dilaksanakan untuk murid sebelum ini mampu meningkatkan kredibiliti seseorang guru. Ini kerana pentaksiran berasaskan sekolah memberi hak 100% kepada guru untuk menilai murid-murid semasa di dalam bilik darjah. Penilaian sebanyak 60% oleh guru dan 40% markah peperiksaan peringkat pusat akan diambil kira dalam memberikan murid gred sebagai keputusan yang menentukan hala tuju murid tersebut. Penilaian peringkat sekolah membolehkan guru menilai prestasi serta membimbing murid tersebut untuk memberikan yang terbaik sepanjang proses pembelajaran di dalam bilik darjah.

3.

Memastikan murid melepasi standard yang ditetapkan

· Guru boleh menyediakan instrumen berdasarkan Dokumen Standard Prestasi yang dibekalkan oleh Lembaga Peperiksaan. Di dalam Dokumen Standard Prestasi ini, terdapat band yang merangkumi band 1 hingga band 6. Kebaikan dilaksanakan penilaian berasaskan sekolah adalah untuk murid yang berada pada aras lemah kerana guru boleh mempelbagaikan instrument bergantung pada tahap murid. Tidak semestinya satu instrument untuk keseluruhan kelas yang diajar. Guru mempunyai target untuk setiap murid bagi mencapai band yang telah diharapkan. Apabila murid tersebut tidak mencapai band yang diharapkan maka guru boleh menukar instrument yang baru tetapi masih lagi berlandaskan Dokumen Standard Prestasi tersebut. Selain itu, guru perlu terbuka dalam menilai pencapaian murid kerana setiap individu itu mempunyai kelebihan dan kelemahan yang dapat dilihat guru.

4.

Mengenalpasti strategi penambahbaikan

· Dokumen Standard Kurikulum yang ada di dalam KSSR adalah usaha menyusun semula pelan menambahbaik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa. KSSR ini juga dapat menangani isu

pendidikan seperti kepadatan jadual waktu, bilangan matapelajaran yang banyak serta keterlaluan. Justeru, pendekatan sebegini memberi penegasan kepada pelaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah bagi menjadikan proses P&P di dalam kelas menjadi lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan. Murid juga digalakkan meningkatkan pembabitan dalam aktiviti kurikulum di bilik darjah serta kokurikulum di luar bilik darjah. Selain itu, penambahan elemen kreativiti dan inovasi di dalam kurikulum, corak pengajaran dan proses pembelajaran serta sistem penilaian perlu diterapkan dalam pendidikan negara bagi menghasilkan modal insan yang berdaya saing. Guru juga boleh menerapkan kemahiran asas ICT di dalam proses pengajaran kerana kemahiran ini termasuk dalam modul KSSR.

5.

Mengatasi masalah keciciran murid

· Melalui pendekatan modul pembelajaran untuk murid menggantikan buku teks, setiap sesi pengajaran akan berupaya mewujudkan fokus kepada sesuatu kemahiran utama dengan mengintegrasikan kemahiran lain secara menyeluruh. Selain itu juga,dengan menggunakan Dokumen Standard Prestasi yang ada akan menyebabkan guru memainkan peranan yang bersepadu untuk semua muridnya. Setiap murid perlu ditaksir oleh guru secara individu dan ini menyebabkan tidak akan timbul masalah murid tercicir. Tidak seperti kurikulum yang digunakan sebelum ini yang mana tiada pentaksiran yang berterusan dilakukan oleh guru, hanya bergantung kepada peperiksaan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Oleh yang demikian, perubahan dalam arus globalisasi memerlukan perubahan yang seimbang dengan kurikulum pendidikan di negara ini agar murid-murid yang menjadi pelapis generasi akan datang tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dunia.

Related Documents


More Documents from "lee4keng4wah"