Konsep Sosiobudaya

  • Uploaded by: Azura Zainal Abidin
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Konsep Sosiobudaya as PDF for free.

More details

  • Words: 1,258
  • Pages: 4
Loading documents preview...
1.0 Konsep sosiobudaya

Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum pastinya akan mewujudkan corak sosiobudaya yang berbeza .perbezaan yang wujud tidak harus dijadikan sebagai tembok untuk mewujudkan pelbagai jurang dalam sistem masyarakat demokrasi di negara kita. Murid di sekolah

haruslah didedahkan

kepada

kepelbagaian sosiobudaya dalam

masyarakat agar mereka dapat belajar dalam suasana yang kondusif. Kepelbagaian sosiobudaya boleh ditinjau

dari segi aspek

bangsa, struktur masyarakat, kelas sosial

,kepercayaan ,bahasa ,adat resam dan jantina. Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih besar. 2.1 Sosiobudaya

Bangsa menurut Kamus Dewan sekumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Kebudayaan tidak wujud tanpa adanya masyarakat. Bangsa juga merujuk kepada nilai-nilai social seperti bekerjasama, toleransi, hormat-menghormati, setia kawan, dedikasi dan persahabatan .Keperluan masyarakat adalah untuk kelangsungan hidup iaitu memahami cara hidup bermasyarakat ,memahami budaya masyarakat sendiri dan lain untuk memupuk kerjasama dalam masyarakat .Ciri-ciri utama

masyarakat

berkelompok

berbudaya,

mengalami

perubahan,

berinteraksi,

mempunyai pemimpin dan mempunyai aturan sosialnya. Apabila membincangkan bangsa ,kita juga tidak terlepas daripada membincangkan aspek etnik .Kelompok ini wujud disebabkan perbezaan budaya.Ini termasuklah keseluruhan cara berfikir dan cara bertindak yang meliputi system politik, agama, kepercayaan, bahasa dan adat resam.

Pada masa ini ras boleh dikatakan sebagai kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan cirri-ciri fizikal-biologi yang nyata seperti warna kulit, mata, rambut dan sebagainya. Terdapat pelbagai cara penyerapan budaya dalam kepelbagaian kelompok dan agama ini .Melalui proses asimilasi yang mana minoriti menerima budaya dominan. Selain itu amalgamasi merujuk kepada proses percampuran yang membentuk kelompok baru

yang berlaku melalui kahwin campur. Pluralisme adalah proses

mempertahankan kepelbagaian budaya yang lebih menitikberatkan pengekalan cirri-ciri kebudayaan pelbagai kelompok.

Kepercayaan juga merupakan satu keyakinan mengenai kebenaran berlakunya sesuatu, Kamus Dewan (1994).Kepercayaan juga adalah sesuatu yang dipercayai dan

diterima secara turun temurun. Kepercayaan dan pantang larang bertujuan untuk mendidik tetapi disampaikan dengan cara halus supaya tidak menyinggung perasaan mereka yang ditegur. Bahasa juga merupakan alat menyalurkan idea. Melalui bahasa kita dapat membentuk identity kelompok dan penyatuan dalam masyarakat. Orang Melayu bertutur menggunakan Bahasa Melayu tetapi dialek antara negeri-negeri yang terdapat di Malaysia membezakannya.

Adat resam adalah sesuatu cara yang telah ditentukan untuk melakukan sesuatu yang telah diakui oleh masyarakat. Adat juga adalah amalan yang piawai iaitu adat dan kelaziman yang diharapkan daripada anggota masyarakat .Adat resam mempunyai kesan kepada pelaku sama ada positif atau negatif .Terdapat pelbagai adat resam dari pelbagai kaum yang masih diamalkan sehingga kini antaranya adat resam Melayu iaitu melenggang perut. Adat ini merujuk satu amalan yang dijalankan ke atas wanita yang genap tujuh bulan hamil.

Faktor jantina turut mempengaruhi pembentukan iklim dalam sesebuah masyarakat yang mana lelaki secara fitrahnya lebih bersikap keras dan agresif jika dibandingkan dengan perempuan yang pada lumrahnya lebih bersopan santun dan berhemah .Perempuan juga lebih cepat matang jika dibandingkan dengan lelaki tetapi pada satu tahap umur, lelaki akan sama tahap kematangannya dengan perempuan. 2.2 Aspek perpaduan

Proses perpaduan dan integrasi di Malaysia melalui 4 proses penting dan harus diberi perhatian iaitu asimilasi yang merupakan proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok kebudayaan dan identity yang sama. Komuniti peranakan di Malaysia adalah satu contoh proses asimilasi juga bermaksud proses penyerapan budaya yang dapat dilihat melalui cara hidup sesuatu masyarakat migrant dan minority yang telah diserap oleh kebudayaan dominant tanpa membawa perubahan kebudayaan yang menyerapnya.

Terdapat tiga konsep penting yang ditumpukan apabila menyebut perihal masyarakat iaitu

budaya, perpaduan dan masyarakat. Sesuatu masyarakat hidup berkelompok,

mempunyai budaya, sering mengalami perubahan, saling berinteraksi sama ada dalaman dan pihak luar, mempunyai kepimpinan, mempunyai aturan sosiobudaya. Kepelbagaian sosiobudaya ini boleh ditinjau dari segi bangsa, struktur masyarakat, kepercayaan, bahasa,

adat resam dan jantina .Lazimnya bangsa terjalin oleh kesamaan bahasa, budaya, kesatuan wilayah, sejarah dan agama.

Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum penting untuk difikirkan. Kita melihat perbezaan bukan sahaja dari segi etnik malahan dari aspek ekonomi, kebudayaan dan agama. Sesuatu etnik adalah mustahil untuk menjadi etnik yang lain. Maka struktur ekonomi, budaya dan pendidikan telah dijadikan pemangkin untuk mencapai perpaduan Perpaduan merupakan teras utama dalam hala tuju ke arah kecemerlangan. Apabila perpaduan telah mantap maka pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan berkesan. Dalam hal ini, semangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan masyarakat menerusi tiga teras asas iaitu sikap penerimaan, penghayatan serta pembelaan kepada semua golongan yang memerlukan dapat dipupuk Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat majmuk maka pelbagai usaha telah diambil antaranya ialah Rukun Negara sebagai ideologi kebangsaan ,DEB, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan

Dasar

Kebudayaan Kebangsaan serta Jabatan Perpaduan Negara. 2.3 Aspek pendidikan

Kerajaan telah merancang berbagai strategi jangka panjang untuk menyelesaikan masalah berkaitan hubungan antara etnik. Antaranya adalah melalui dasar-dasar pendidikan pada tahun 1970an seperti perubahan aliran Inggeris kepada bahasa Melayu. Pada tahun 1979, Laporan Jawatankuasa Kabinet dihasilkan sebagai matlamat untuk mencapai perpaduan dalam masyarakat pelbagai etnik. Sistem pendidikan melalui bahasa kebangsaan, pengalaman persekolahan yang sama dan peperiksaan yang selaras telah menyediakan pengalaman-pengalaman yang bertujuan mensosialisasikan pelajar-pelajar ke arah cara berfikir yang sama.

Pada masa kini, murid-murid di sekolah dididik untuk

memperkembangkan nilai-nilai positif yang akan menggalakkan perpaduan. Kurikulum sekolah dibentuk sebegitu rupa agar ianya mempunyai hubungan yang erat dengan perpaduan nasional. Kurikulum juga dapat membentuk personaliti dan watak baik sebagaimana yang dikehendaki oleh aspirasi negara.

Oleh itu ,ibu bapa di Malaysia boleh memilih sama ada mahu menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan atau jenis kebangsaan. Tidak ada sesiapa yang boleh memaksa atau menghalang mereka dalam membuat keputusan. Bagi rakyat yang peka kepada aspirasi dan identiti nasional, sudah tentu sekolah kebangsaan menjadi institusi pendidikan anak-anak. Bagaimanapun, apa yang kita lihat sekarang, terdapat ramai di kalangan ibu bapa kaum Cina dan India lebih berminat menghantar anak mereka ke sekolah

jenis kebangsaan bahasa ibunda masing-masing. Lama-kelamaan ,ianya akan menjadi suatu gejala negatif di dalam masyarakat.

Jika pengasingan pendidikan mengikut kaum ini berterusan, ia akan menghasilkan masyarakat yang terpisah di antara satu sama lain, mengakibatkan satu suasana segrasi dengan memiliki bibit perpecahan yang berbahaya. Dalam konteks ini, masyarakat harus peka dengan keadaan dan situasi yang berlaku. Tindakan perlu diambil bersama-sama untuk menjamin keharmonian sebuah negara. Pendidikan telah lama dianggap sebagai satu elemen dalam menyatupadukan rakyat. Selepas tercetusnya peristiwa berdarah pada 31 Mei 1969, sekolah aliran Inggeris telah ditukar kepada sekolah aliran kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu. Ianya bukan sahaja untuk memartabatkan bahasa Melayu tetapi juga cuba memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat melalui penggunaan satu bahasa.

Namun begitu, Pendidikan telah lama dianggap sebagai satu elemen penting bagi menyatupadukan rakyat. Di negara kita, selepas tercetusnya peristiwa berdarah yang melibatkan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, Menteri Pelajaran pada ketika itu, Datuk Abdul Rahman Yaakoub telah mengarahkan penukaran sekolah aliran Inggeris kepada sekolah aliran kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu yang bermula pada tahun 1970. Aspek perpaduan kaum perlu diberi perhatian serius dan penekanan yang menyeluruh oleh semua pihak. Generasi awal terutamanya para pelajar sekolah rendah perlu didedahkan betapa pentingnya perpaduan dalam arus masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk ini. Mahu tidak mahu, perkara ini turut melibatkan sistem pendidikan negara kerana melalui pendidikan, generasi pelajar dapat membentuk dan mencorakkan masyarakat Malaysia pada masa hadapan. Ianya selaras dengan pepatah Melayu iaitu “ melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Mereka ini perlu dan semestinya didedahkan bahawa perpaduan kaum begitu bermakna dan akibat buruk yang akan timbul daripada sikap curiga mencurigai di antara mereka.

Matlamat ini boleh dicapai dengan berkesan dan lebih cepat jika pendidikan di negara ini menggunakan satu sistem berbanding pelbagai aliran ketika ini. Ia akan mewujudkan satu sistem nilai dan budaya sosial. Mewujudkan sistem pendidikan yang menggunakan satu bahasa pengantar juga diberi jaminan tidak akan menggugat bahasa ibunda kaum lain seperti yang dibimbangi selama ini.

Related Documents


More Documents from "anbarasi89"