Kreativiti Dan Inovasi Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

  • Uploaded by: Nuur
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kreativiti Dan Inovasi Dalam Pengajaran Bahasa Melayu as PDF for free.

More details

  • Words: 5,811
  • Pages: 18
Loading documents preview...
1.0

PENGENALAN Pada abad ke-21 ini, pemikiran yang kreatif dan inovatif sangat diperlukan dan memainkan

peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian khususnya dalam bidang keusahawanan, pemasaran, pendidikan, pembinaan sains, kejuruteraan dan teknologi. Sebenarnya, sebelum zaman kemerdekaan lagi idea-idea atau pemikiran kreatif dan inovatif ini telah lama wujud tetapi pemikiran seperti itu kian pupus disebabkan oleh penglibatan generasi kini kurang aktif untuk berfikir secara kreatif dan inovatif. Generasi kini hanya menggunakan segala teknologi yang ada tetapi tidak pernah untuk berfikir bagaimana proses pembuatan teknologi tersebut. Malahan, mereka juga tidak mengetahui bahawa sesuatu produk boleh diubahsuai kepada sesuatu produk yang baru dan lebih baru. Hal ini demikian kerana mereka kurang memahami istilah kreativiti dan inovatif itu sendiri. Bahkan, generasi kini juga masih tertanya-tanya dan tidak mengetahui teori dan model-model yang sering digunakan untuk mencipta sesuatu produk yang baru, kreatif dan berinovasi. Di samping itu, generasi abad ke-21 ini juga masih tidak mengetahui teknik-teknik yang boleh digunakan untuk memperkasakan pemikiran yang kreatif dan inovatif ekoran daripada otak mereka tidak cukup untuk berfikir secara kritikal dan kreatif. Jadi, generasi kini sangat memerlukan beberapa contoh teknikteknik untuk menjana idea-idea dalam memperkasakan pemikiran yang kreatif dan inovatif. Kreativiti dan inovasi dalam pengajaran Bahasa Melayu ini merupakan antara elemen yang penting dan membawa kesan yang efektik terutamanya apabila ia diterapkan dalam P&P. Secara umumnya, kreativiti adalah suatu potensi dan kebolehan asasi yang dimiliki oleh semua manusia. Tidak ada seorang manusia pun di dunia ini yang tidak kreatif. Jika ada yang mengatakan sebaliknya dia seolah-olah menyanggah anugerah yang telah diberikan oleh Allah S.W.T. Cuma kecenderungan dan keupayaan seseorang itu yang mempengaruhi kekreatifan sesuatu perkara. Kreativiti juga suatu konsep yang bersifat multidimensi dan interdisplin tetapi yang jelas kreativiti boleh dikaji dan difahami berdasarkan beberapa pandangan sarjana dan ‘school of thought’ yang berbeza-beza seperti bisnes, pengurusan, ekonomi, seni dan sebagainya. Oleh yang demikian, ada sarjana yang berpendapat kreativiti adalah konsep ilmu yang sudah memasuki fasa ‘paradoks’. Perbauran yang keterlaluan dalam pelbagai bidang ini menjadikan kreativiti sebagai suatu bidang yang amat diminati. Bagi inovasi pula, menurut Noriati et all (2010), inovasi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk pengenalan teknologi baharu, perubahan dalam sistem penyampaian dan perubahan dalam prosedur yang boleh meningkatkan produktiviti. Jika dilihat masa kini bidang pendidikan juga meimbulkan inovasi baru dari segi strategi pengajaran dan pembelajaran, perkembangan teknologi pengajaran, perkembangan persekitaran pembelajaran, reka bentuk resos dan penaksiran pembelajaran. Dalam bidang pendidikan, penggunaan pelbagai jenis pendekatan, kaedah, teknik dan strategi amat signifikan untuk menjamin keberkesanan proses P&P khususnya dalam penerapan unsur kreativiti dan inovasi dalam pendidikan Bahasa Melayu. Di samping dapat menarik minta pelajar-

pelajar untuk meneruskan sesi P&P, kita sering mendengar orang menggunakan keempat-empat konsep pendekatan, kaedah teknik dan strategi sewaktu membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan pedagogi. Namun ramai pula individu yang keliru dengan keempat-empat konsep tersebut. Akibatnya, konsep-konsep tersebut digunakan bertukar ganti yang kadang-kadang membawa kepada konotasi yang berbeza. Walau bagaimanapun, penjelasannya ialah keempat-empat konsep tersebut sebenarnya sangat erat hubungannya antara satu sama lain. Dalam konteks pendidikan, kesemuanya mempunyai ciri yang tersendiri dan pengertian yang berbeza. Justeru, bab ini membincangkan secara terperinci tentang keempat-empat konsep ini iaitu pendekatan, kaedah, teknik dan strategi serta keberkesanannya dalam proses P&P, terutamanya ketika digunakan di dalam kelas kepelbagaian pelajar yang mempelajari subjek Bahasa Melayu.

2.0

DEFINISI/KONSEP

2.1

KREATIVITI Menurut Yayasan Inovasi Malaysia (2010), kreativiti boleh ditafsirkan sebagai ‘penghasilan

idea’. Kebolehan seseorang untuk menghasilkan idea baru atau mengumpul idea adalah kebolehan kreatif. Idea baru ini boleh berupa idea mudah dan kompleks. Apabila seorang kanak-kanak memikirkan sesuatu idea, walaupun ianya idea nakal, kanak-kanak tersebut adalah seorang yang kreatif. Apabila seorang ahli sains pula yang menghasilkan sesuatu idea, beliau ditakrifkan sebagai melatih kreativiti. Oleh itu, kreativiti adalah suatu proses berfikir. Kreativiti dalam Bahasa Inggeris berasal dari perkataan ‘create’. Apa yang ‘dicipta’ dan ‘dihasil’ adalah idea. Wan Zarina Wan Othman dan Ratna Laila Sahidin (2017) menyatakan bahawa kreativiti merupakan suatu kelebihan dan kebolehan seseorang dalam setiap bidang yang diceburi. Insan yang dianugerahkan dengan kreativiti ialah insan yang diberikan kelebihan untuk mencari dan mencipta sesuatu yang unik. Kreativiti ini dapat mendatangkan manfaat kepada diri sendiri dan masyarakat sekeliling. Dalam bidang pendidikan, kreativiti amat dititikberatkan dan digalakkan kepada pelajar agar mereka dapat berfikir di luar daripada kebiasaan atau berfikir di luar kotak. Kreativiti ini menjadi fenomena jika sesuatu yang dihasilkan dapat menarik perhatian dan memberikan kesan langsung kepada orang ramai. Berdasarkan Kamus Dewan (2013), kreativiti bermaksud kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif. Kreativiti juga merujuk kepada proses kreatif yang dilalui oleh individu kreatif untuk memperlihatkan sesuatu yang berlainan daripada manusia biasa. Hal ini tidak bermaksud bahawa mereka mencuba melakukan sesuatu perkara yang luar biasa kerana mereka juga manusia biasa. Dalam hal ini, individu yang kreatif mempunyai cara tersendiri untuk memaparkan sesuatu yang

dirasakan perlu dikongsi bersama-sama dengan orang lain. Walaupun insan kreatif mampu melahirkan pelbagai kreativiti, namun mereka masih lagi berpegang kepada langkah-langkah tertentu yang perlu dilalui. Proses tersebut perlu diikuti lantaran adanya sifat peka dan prihatin terhadap sesuatu yang mempengaruhi diri mereka. Kepekaan dan keprihatinan dalam diri individu kreatif ini didorong oleh sikap mereka yang ingin menyampaikan sesuatu yang bersesuaian dan relevan untuk dikongsi dengan orang lain. Selain itu, kreativitu turur dilihat sebagai kebolehan semula jadi yang dianugerahkan ini merupakan kebolehan kreatif yang mampu membawa seseorang kepada pencapaian yang lebih baik seterusnya membezakan mereka dengan kebanyakan individu di sekeliling mereka. Menurut Leonard M. S. Yong (1993), kreativiti ialah kebolehan kreatif secara semula jadi yang membawa perasaan istimewa dan eksklusif kepada diri individu tersebut. Menurut beliau lagi, kualiti inilah yang membezakan individu tersebut daripada kumpulan manusia yang kurang kreatif. Menurut Hizairi Othman (2000), manusia yang mempunyai kebolehan kreatif telah direkodkan sebagai manusia yang berbakat semula jadi yang dapat meletakkan manusia pada suatu tahap yang berbeza daripada manusia lain. Apa-apa sahaja bahan daripada proses kreatif yang terhasil dikatakan sebagai kreativiti. Definisi kreativiti merujuk kepada kesanggupan mencipta atau kemampuan untuk mewujudkan suatu kombinasi baharu. 2.2

INOVASI Menurut Yayasan Inovasi Malaysia (2010) mengenai konsep inovasi pula boleh ditakrifkan

sebagai pengaplikasian kreativiti. Inovasi adalah mempraktikkan idea yang dihasilkan. Kreativiti merupakan proses berfikir manakala inovasi pula adalah proses produktif. Inovasi menambah nilai kepada idea yang dihasilkan, dan sekiranya idea yang dihasilkan tidak melalui proses inovasi, maka ianya adalah idea semata-mata. Sekiranya idea yang dilahirkan adalah biji benih, inovasi pula adalah tumbuhan atau pokok yang lahir hasil daripada tanaman dan pemeliharaan benih. Inovasi juga merupakan kebolehan untuk mengaplikasikan penyelesaian kreatif kepada masalah dan peluang untuk meningkatkan gaya kehidupan manusia. Pandangan ini daripada Zimmerer dan Scarborough (2005). Selain itu, ia juga merupakan kaedah mencari jalan bagi menghasilkan produk baru yang lebih baik. Hal ini turut berkaitan dengan penemuan baru yang berbezadari sesuatu yang sudah ada. Stephen Robins (1994) menganggap bahawa inovasi ialah satu idea baru untuk memperbaiki sesuatu produk. Inovasi adalah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk baru, produk dan perkhidmatan yang lebih baik. ini bermakna, setiap organisasi sama ada berasaskan keuntungan atau tidak akan bersaing untuk menghasilkan idea kreatif bagi manfaat organisasi bersama. Inovasi juga berfikir (deemed) untuk menghasilkan sesuatu yang baru di pasaran yang akan merubah persamaan

antara permintaan dan pengeluaran (supply-demand equation). Daripada pengertian di atas dapatlah disimpulkan secara mudah bahawa inovasi sebagai penghasilan baru, berdasarkan proses penyusunan semula, menggunakan unsur yang sedia ada serta penghasilan sesuatu yang unik, mudah dan bernilai. Perlaksanaan inovasi dilakukan oleh mereka yang berfikiran kreatif dan kritis untuk menjadi peneraju atau pioneer dan meraih peluang yang maksimum.

3.0

TEORI Terdapat beberapa jenis teori yang dipraktikkan dalam pengajaran kreativiti dan inovasi

dalam P&P Bahasa Melayu. Setiap teori tersebut mempunyai ciri dan peranannya yang tersendiri yang membawa keberkesanan yang baik dalam P&P. 3.1

TEORI ROBERT J. STERNBERG Robert J. Sternberg dan rakannya iaitu Paul Torrance mengatakan bahawa mereka cuba untuk

memahami sifat kreativiti, untuk menilai dan meningkatkan pengajaran melalui ajaran untuk kreativiti serta mengajar pelajar untuk berfikir kreatif. Antara beberapa teori yang mereka cuba untuk diketengahkan adalah teori pelaburan terhadap kreativiti dan teori pendorongan sumbangan kreatif. Ia juga menerangkan pendorongan teori sumbangan kreatif. Gulliford dan Torrance mempunyai banyak persamaan idea daripada perbezaan idea mengenai sifat kreativiti dan cara untuk mengukurnya. Pada dasarnya, kedua-duanya merupakan seorang ahli psikometrik dan mereka cuba untuk mengukur kreativiti dari sudut psikometrik. Walaubagaimanapun, mereka juga adalah seorang pemikir yang hebat dan mempunyai pandangan yang luas berbanding menjadi seorang ahli psikometrik. Kedua-duanya tertumpu kepada pemikiran mencapah adalah sebagai asas kepada kreativiti dan merupakan salah satu alat pengujian di mana menekankan penilaian terhadap pemikiran yang berbeza. Terdapat beberapa pendekatan yang berbeza di mana sesiapa sahaja boleh menggunakan pendekatan itu untuk memahami kreativiti. Dalam hal ini, Torrance memilih pendekatan secara psikometrik untuk memahami kreativiti. Malahan sebaliknya rakan-rakannya seperti (Sternberg, Kaufman, & Pretz, 2002; Sternberg & Lubart, 1995, 1996) memilih pendekatan secara penemuan sebagai asas untuk bekerja pada kreativiti. 3.2

TEORI TERESA AMABILE Teresa Amabile (1983) telah menyatakan satu teorinya iaitu teori komponen kreativiti. Teori

ini direka untuk dijadikan kegunaan kepada penyelidikan kreativiti psikologi dan organisasi. Ia

menerangkan proses kreatif dan pelbagai pengaruh kepada proses dan hasil. Terdapat dua andaian penting yang mendasari teori. Yang pertamanya, tahap kreativiti yang biasa dijumpai di dalam kehidupan seharian sehingga ke tahap kreativiti yang tertinggi di mana dijumpai di dalam penciptaan, penemuan sainstifik dan karya-karya seni. Yang keduanya, terdapat tahap kreativiti di dalam kerjakerja seseorang individu. Dalam teori komponential, pengaruh ke atas kreativiti terdiri daripada tiga komponen iaitu kemahiran yang domain, proses kreativiti yang berkaitan dan tugasan motivasi. Walaubagaimanapun, terdapat satu lagi komponen iaitu alam sekitar terutamanya dari aspek sosial dan alam sekitar. Seseorang yang mempunyai motivasi instrik yang tinggi di samping disokong oleh aspek alam sekitar dapat menghasilkan daya pemikiran yang kreatif. Jadi dari situ, guru-guru khusus yang mengajar Bahasa Melayu mampu memperhatikan perkembangan pelajar dari aspek kreativiti dan inovasi dalam P&P. Seseorang individu yang mempunyai kemahiran domain yang tertentu (Creativity-relevant Processes) terdiri daripada berpengetahuan, kepakaran, kemahiran teknikal, kepintaran dan bakat dalam domain yang tertentu di mana penyelesaian masalah adalah melalui bekerja seperti mereka cipta reka bentuk produk dan pakar dalam kejuruteraan elektrik. Selain itu, seseorang individu yang mempunyai proses kreativiti tertentu terdiri daripada gaya kognitif dan ciri-ciri personaliti yang berdikari, berani mengambil risiko dan mengambil perspektif baru terhadap masalah yang dihadapi serta gaya kerja yang berdisiplin dan berkemahiran dalam menjana idea. Proses kognitif adalah keupayaan dalam mensintesis maklumat dan keluar daripada persepsi diri sendiri. Tugasan motivasi (Task-motivation) diberikan kepada seseorang individu bertujuan menguji daya pemikiran kreativiti di mana orang yang paling kreatif apabila meraka berasa bermotivasi melalui sikap minat, keseronokkan, kepuasan dan cabaran itu sendiri dan bukannya melalui motivasi ekstrinsik. Manakala dari aspek komponen luar adalah persekitaran kerja atau lebih umumnya, persekitaran sosial. Ini termasuk semua motivasi ekstrinsik yang telah ditunjukkan untuk melemahkan motivasi intrinsik, serta beberapa faktor lain dalam persekitaran yang boleh menjadi halangan atau sebagai perangsang untuk motivasi intrinsik dan kreativiti. 3.3

TEORI KREATIVITI FISHER

Dalam teori kreativiti Fisher menyatakan bahawa kreativiti Fisher terdiri daripada empat peringkat perkembangan kreativiti Fisher. Antara peringkat perkembangan kreativiti Fisher adalah peringkat ransangan, penerokaan, perancangan, aktiviti dan kajian semula. Dalam peringkat ransangan, pemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal. Pada peringkat penerokaan pula adalah telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul. Manakala bagi peringkat perancangan ialah menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui cara iaitu perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan, pemerhatian dan interaksi, perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya. Pada peringkat aktiviti pula adalah pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalan seperti ‘’Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?’’. Akhir sekali, peringkat kajian semula bermaksud menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja.

4.0

SUBTOPIK Pengaplikasian pendekatan, kaedah, teknik dan strategi P&P mestilah melihat kepada

kepelbagaian pelajar di dalam sesebuah bilik darjah. Hal ini kerana dalam P&P Bahasa Melayu, pelajar-pelajarnya terdiri daripada pelbagai jenis pelajar yang berbeza sama ada dari sudut tingkah laku, sosiologi, budaya, latar belakang dan sebagainya. Oleh yang demikian, sebelum membahaskan pengaplikasian keempat-empat konsep tersebut dengan lebih lanjut di dalam kelas tentang kepelbagaian pelajar, terlebih dahulu guru Bahasa Melayu menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan pendekatan, kaedah, teknik dan strategi di mana sangat sesuai dipraktikkan dalam unsur kreativiti dan inovasi dalam P&P Bahasa Melayu. 4.1

PENDEKATAN Pendekatan merujuk kepada cara seseorang guru itu mengajar, iaitu berdasarkan objektif

pengajaran yang telah ditentukan. Sebelum memulakan suatu proses pengajaran, setiap guru perlu menyediakan rancangan pengajaran harian yang mana dalam rancangan pengajaran tersebut terdapat objektif pengajaran yang akan dicapai dalam proses P&P tersebut. Pendekatan yang hendak digunakan dalam proses P&P hendaklah berlandaskan teori, prinsip atau model tertentu. Sebagai contoh, teori yang boleh diguna pakai seperti teori Dunn dan Dunn, teori Maslow, teori Skinner, teori

Piaget, teori Pavlov dan sebagainya. Melalui teori-teori, guru Bahasa Melayu dapat menentukan pendekatan yang bakal digunakan sama ada menggunakan pendekatan induktif, deduktif, masteri, kontekstual, tematik dan lain-lain lagi. Teori-teori yang dipilih mestilah dianggap benar tanpa memerlukan bukti atau alasan. Jika teori yang digunakan adalah samar, maka pendekatan yang ingin diaplikasikan adalah tidak benar dan tidak akan memberi kesan yang baik terhadap proses P&P. Pendekatan yang digunakan juga mestilah mendokong sesuatu teori, iaitu saling berkait rapat antara satu sama lain. 4.1.1

PENDEKATAN INDUKTIF Antara pendekatan yang acap kali digunakan dalam kreativiti dan inovasi dalam pendidikan

Bahasa Melayu ini ialah pendekatan induktif di mana pendekatan ini memberi peluang kepada pelajar membuat kesimpulan sendiri tentang sesuatu konsep. Dalam P&P, guru akan memulakan pengajaran atau memberi sebanyak mungkin contoh khusus sehingga pelajar dapat membuat suatu kesimpulan berkenaan apa yang cuba disampaikan oleh guru mereka. Pendekatan ini sesuai digunakan dalam P&P bagi menggalakkan pelajar berfikir dan ia sesuai dengan elemen kreativiti dan inovasi dalam pengajaran Bahasa Melayu yang melibatkan proses penaakulan dan menggalakkan pemikiran peringkat tinggi. 4.1.2

PENDEKATAN DEDUKTIF Pendekatan deduktif juga boleh dilaksanakan dalam pengajaran yang berunsurkan kreativiti

dan inovasi. Pendekatan ini merujuk kepada cara pengajaran yang bermula dengan guru memberikan rumus-rumus atau teori yang sudah diketahui umum. Selepas itu, proses P&P diteruskan di mana para pelajar akan menganalisis rumus-rumus yang didedahkan terlebih dahulu melalui contoh-contoh yang telah dibentangkan. Dalam menggunakan pendekatan ini, guru Bahasa Melayu memberitahu objektif pembelajaran kepada para pelajar pada awal pembelajaran. Selepas itu barulah mereka dibimbing supaya mengingati fakta dan ciri tertentu yang berkaitan bagi membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapat kesimpulan baru. Ketika melaksanakan pendekatan deduktif, guru Bahasa Melayu perlulah mematuhi dua prinsip berikut iaitu masalah, hukum, formula atau teori tertentu perlulah didedahkan terlebih dahulu kepada pelajar pada awal pengajaran. Selepas itu, barulah pelajar dibimbing supaya mengaplikasikan rumus-rumus tersebut menggunakan conto yang sesuai dan berkaitan. Prinsip yang kedua ialah Guru Bahasa Melayu tidak perlu menghuraikan cara-cara menyelesaikan masalah kepada pelajar tetapi membimbing mereka menjalankan aktiviti tersebut melalui soalan-soalan yang dirancang.

4.2

KAEDAH

Rentetan daripada pelbagai pendekatan pengajaran yang digunakan, guru-guru bolehlah memilih kaedah pengajaran yang hendak digunakan. Kaedah-kaedah yang hendak digunakan hendaklah berkait rapat atau sepadan dengan pendekatan yang digunakan. Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan oleh guru Bahasa Melayu dalam proses P&P. Antaranya ialah kaedah pengajaran secara kelas/kuliah, secara individu, secara berkumpulan dan banyak lagi. Sebagai contoh, jika seseorang guru itu menggunakan pendekatan konstruktif dalam proses pengajaran, dia hendaklah menggunakan kaedah yang bersesuaian dengan pendekatan tersebut. Contoh kaedah pengajaran yang berpusatkan pelajar seperti kaedah P&P konstruktif merupakan proses pengajaran yang berpusatkan pelajar, yang mana guru hanyalah sebagai fasilitator. Kaedah yang digunakan adalah bercorak jangka pendek dan sesuai diaplikasikan sewaktu dalam satu proses P&P sahaja. Dalam konteks ini, guru hanya perlu menggunakan sesuatu kaedah itu untuk satu jangka masa sahaja.

4.2.1

KAEDAH PROJEK Antara jenis kaedah yang boleh dijalankan dan meliputi elemen kreativiti dan inovasi dalam

P&P Bahasa Melayu ialah kaedah projek. Melalui kaedah ini, pelajar dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dengan penuh minat dan perhatian dalam satu situasi sebenar untuk mendapatkan sesuatu hasil yang dibuat. Aktiviti ini dijalankan selepas pelajar telah menguasai kemahiran tertentu. Dalam P&P Bahasa Melayu, tujuan kaedah projek digunakan adalah untuk meningkatkan penglibatan pelajar dengan idea-idea konseptual dan mengembangkan kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah pengajaran lain. Sebagai contoh, Guru Bahasa Melayu menyediakan tajuk projek dan pelajar akan memilihnya mengikut kesesuaian. Jadi, melalui ini pelajar bebas melakukan atau menghasilkan apa sahaja jenis produk yang berkaitan dengan tajuk yang diberi. Dari situ guru dapat perhatikan tahap kekreatifan pelajar dan bagaimana kefahaman mereka mengenai ilmu yang dipelajari. Secara tidak langsung elemen kreativiti dan inovasi dapat diterapkan dalam P&P Bahasa Melayu dengan baik dan berkesan. 4.3

TEKNIK Teknik mengajar pula merujuk kepada kemahiran guru mengelola dan melaksanakan kaedah

pengajaran yang telah dilaksanakan. Sebagai contoh, jika seseorang guru itu menggunakan kaedah pengajaran secara kuliah, maka teknik yang mesti digunakan hendaklah bersesuaian dengan kaedah tersebut seperti teknik demonstrasi. Terdapat pelbagai teknik yang dapat digunakan oleh seseorang guru seperti teknik demonstrasi, lawatan, projek, teknik bercerita, simulasi, bermain, inkuiri penemuan dan sebagainya. Teknik-teknik yang digunakan mestilah benar-benar berlaku di dalam bilik darjah. Dalam proses pemilihan pelbagai jenis teknik ini, seseorang guru itu mengambil kira faktor latar belakang pelajar yang pelbagai jenis sama ada dari segi fizikal, mental, emosi, persekitaran dan sebagainya.

Antara contoh situasi bagaimana hendak membezakan antara teknik P&P dengan kaedah atau pendekatan ialah Guru Bahasa Melayu menggunakan kaedah bercerita untuk mengajarkan sesuatu tajuk, maka guru akan menggunkan teknik-teknik bercerita seperti kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat pelajar, gerakan tangan “facial expression”, serta kedudukan pelajar semasa aktiviti bercerita itu berlangsung. Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalan, kita perlu menggunakan teknikteknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah badi semua tindak balas daripada pelajar, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya. Dalam konteks kepelbagaian pelajar, guru seharusnya bijak dalam menyesuaikan teknik melalui kaedah P&P yang digunakan. Hal ini berkait rapat juga dengan pengajaran kreativiti dan inovasi dalam P&P Bahasa Melayu. Pemilihan dan penetapan pendekatan, kaedah, strategi dan juga teknik perlu mengenal pasti situasi atau latar belakang erti kata lain kepelbagaian setiap pelajar sama ada aktif atau pasif supaya objektif pengajaran tercapai. Terdapat juga beberapa teknik bagi memperkasakan pemikiran kreatif dan inovasi. Antaranya ialah : 4.3.1

TEKNIK MENIRU Selain mengetahui teori dan model kreativiti dan inovasi, teknik-teknik untuk memperkasakan

pemikiran kreatif dan inovatif juga sangat penting supaya para pemikir dapat menyelesaikan masalah dengan mudah dan berkesan. Antara teknik-teknik memperkasakan pemikiran kreatif dan inovatif adalah teknik meniru, daftar pertanyaan, bagaimana kalau, terbalikkan dan terbalikkan, keluarga idea, senarai semakan, peta minda, bagaimana untuk, kad idea, perah otak, teknik delfi, benchmarking, idea dominan dan teknik analogi. Teknik meniru adalah suatu teknik yang mengambil idea-idea orang lain dan dijadikan sebagai idea kita sendiri. Teknik meniru ini adalah teknik yang bercanggah daripada nilai-nilai murni di mana idea-idea tersebut tidak tulen dan tidak kreatif. Walaubagaimanapun, dalam kontek ini teknik meniru yang dicadangkan adalah individu perlu meniru secara kreatif. Teknik meniru secara kreatif bermaksud individu membuat inovasi dan menghasilkan semula apa yang telah diciptakan oleh orang lain. Sebagai contoh, seperti yang kita lihat negara Jepun sangat maju disebabkan mereka mempunyai daya pemikiran yang kreatif. Hal ini demikian dapat dipraktikkan dalam P&P Bahasa Melayu di mana pelajar dapat mengambil dari mana-mana idea dan menghasilkan inovasi dalam pengajaran Bahasa Melayu seperti permainan jutaria diubahsuai kepada permainan bahasa. Ia hanya meniru konsep permainan sahaja

dan hanya diubah isi permainan tersebut. Antara kebaikan teknik meniru secara kreatif ini adalah kita dapat menyelesaikan masalah dengan mudah dan berkesan. Selain itu, teknik ini juga mampu menenangkan fikiran tanpa disedari di samping mengelakkan kita daripada gagal. Bahkan, teknik meniru secara kreatif ini dapat mengasah lagi bakat semula jadi kita sebagai seorang yang kreatif . 4.3.2

TEKNIK PERAH OTAK Selain daripada teknik kad idea, teknik perah otak juga merupakan suatu teknik yang efektif

dalam menjana idea-idea baru untuk menyelesaikan masalah. Teknik ini diperkenalkan oleh Alex Osborne pada tahun 1953 dan sangat popular digunakan pada masa kini. Teknik ini lebih dikenali sebagai teknik ‘brainstorming’. Teknik perah otak ini sangat istimewa di mana individu lain tidak dibenarkan untuk mengulas dan mengkritik idea-idea yang telah dikemukakan. Bahkan, teknik ini juga boleh mencatatkan segala idea-idea yang lucu, tidak masuk akal dan sebagainya. Teknik ini sebenarnya boleh diaplikasikan kepada masalah-masalah dalam bidang penciptaan produk, pemasaran, kepimpinan, perancangan, motivasi, perangai manusia dan sebagainya. Dengan itu, secara langsung pelajar dapat menerapkan unsur kreativiti dan inovasi sebelum, semasa dan selepas waktu P&P dijalankan khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Hal ini disebabkan oleh teknik ini memberi kebebasan kepada pelajar untuk melahirkan sebarang idea tanpa batasan. Jadi, mudah bagi pelajar untuk memberi apa sahaja yang terlintas di benak pemikiran mereka sama ada secara kumpulan atau perseorangan.

4.4

STRATEGI Kebijaksanaan seseorang guru memilih dan mengaplikasikan pendekatan, kaedah, teknik

pengajaran yang berdasarkan objektif pengajaran dinamakan strategi. Apa yang dinamakan disini ialah keberkesanan proses P&P di dalam bilik darjah dengan menggunkan pendekatan, kaedah dan teknik yang saling berkait rapat merupakan strategi sistematik yang telah diatur oleh seorang guru yang bijaksana. Penyusunan yang sempurna ini mengambil kira objektif jangka panjang, iaitu strategi yang digunakan semasa proses P&P mestilah memberi kesan jangka panjang kepada pelajar-pelajar. Bukan sekadar pelajar-pelajar dapat menguasai isi kandungan pelajaran ketika di dalam bilik darjah sahaja, malahan boleh diaplikasikan ketika mereka bersosial dalam masyarakat. Strategi yang digunakan juga mestilah mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan sebagainya. Dari sudut masa, seseorang guru itu mestilah bijak membahagikan waktu untuk mengaplikasikan pelbagai jenis pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran. Jika kaedah yang digunakan terlampau banyak dan menyebabkan masa tidak mencukupi, maka seseorang guru itu masih dianggap kurang bijak dalam menyusun strategi P&P.

Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Perancangan pendekatan dan kaedah perlu dititik beratkan bagi memastikan objektif pengajaran tercapai dan mendatangkan hasil yang baik buat guru dah juga pelajar. Guru turut perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan pelajar. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana guru menginterprestasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu supaya terbentuk strategi P&P yang paling berkesan dalam pengajarannya. Antara strategi yang boleh digunakan dalam pengajaran yang berunsurkan kreativiti dan inovasi dalam P&P Bahasa Melayu ialah strategi berpusatkan guru, berpusatkan pelajar dan berpusatkan bahan. 4.4.1

STRATEGI BERPUSATKAN BAHAN Strategi ini lebih memberi penekanan kepada alat-alat bantu yang digunakan bagi

memudahkan pelajar memahami pengajaran guru. Hal ini dapat melahirkan pemikiran yang kreatif dan kritis pelajar sejurus dapat mereka mewujudkan produk inovasi yang berkaitan dengan P&P Bahasa Melayu. Alat-alat bantu ini terbahagi kepada dua iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran termasuklah semua bahan yang digunakan oleh guru manakala bahan pembelajaran merujuk kepada semua bahan yang disediakan untuk kegunaan pelajar. Keduaduanya dapat memudahkan guru mengendalikan pengajarannya dan membantu pembelajaran pelajar. Perkara utama yang perlu diberi perhatian sewaktu menyediakan bahan P&P adalah penggunaannya yang dapat meningkatkan minat dan kefahaman dari setiap segi kepelbagaian pelajar. Dengan kata lain, tidak semua isi pengajaran memerlukan bahan P&P.

4.5

MODEL

4.5.1

MODEL KREATIVITI WALLAS Wallas telah mencipta satu model mengenai proses kreativiti. Di dalam model proses

kreativiti ini terdiri daripada empat peringkat iaitu persediaan (preparation), pengeraman (incubation), illuminasi (illumination) dan verifikasi (verification). Pada peringkat persediaan (preparation) bermaksud kita yang menentukan masalah, mencari keperluan, atau keinginan dan mengumpulkan maklumat bagi jalan penyelesaian ataupun jawapan yang

yang memerlukan penjelasan di samping menubuhkan kriteria untuk mengesahkan penerimaan penyelesaian. Secara terperinci persediaan ini menerangkan bahawa pemikir perlu mengumpul segala pengetahuan, bahan, maklumat untuk memahami dan menjelaskan masalah sebenar yang wujud atau produk yang hendak dihasilkan. Segala maklumat dan sumber relevan diterokai, dipilih dan dinilai untuk memikirkan kesesuaian penyelesaian. Pemikir menumpu kepada ideanya. Meneroka dan mengenalpasti implikasi, bahan dan lain-lain(making the strange familiar). Seterusnya, pada peringkat pengeraman (incubation) pula bermaksud kita mengundur diri daripada masalah dan membiarkan fikiran kita merenung dan cuba untuk menyelesaikan masalah itu. Seperti penyediaan, pengeraman boleh bertahan selama minit, minggu, malahan bertahun-tahun. Secara terperinci pengeraman ini menerangkan bahawa tahap ini berlaku pada tahap aktiviti mental bawah sedar, tidak sedar dan hampir sedar. Pemikir masih lagi kabur tentang “apa” yang hendak dihasilkan. Pemikir yang membuat refleksi. Tempoh pengeraman tidak menentu lamanya. Peluang kejayaan kelihatan terhad. Di peringkat ini terdapat dua perkara yang berlaku pada pemikir. Yang positif ialah pemikir mencari bahan, mengkaji, menganalisis dan memikirkan masalahnya secara sedar dan secara sukarela semasa bersenam, menonton televisyen, bermain golf dan lain-lain. Yang negatif mungkin pemikir tidak mahu memikirkan masalahnya secara sedar. Selain itu, pada peringkat iluminasi (illumination) bermaksud idea timbul daripada minda untuk menyediakan asas bagi tindak balas yang kreatif. Idea-idea ini boleh menjadi keseluruhan iaitu melihat keseluruhan konsep atau entiti semua sekali gus. Berbeza dengan peringkat lain, iluminasi sangat ringkas yang melibatkan pandangan dalam beberapa minit atau jam. Dalam erti kata lain, iluminasi ini adalah pengalaman “Aha!” atau “Eureka”. Peringkat iluminasi dianggap sebagai puncak proses kreativiti. Di peringkat ini, pemikir dapat mengubah persepsinya, mendapat kombinasi idea baru atau satu transformasi di mana penyelesaian atau jawapan dapat dihasilkan dan sangat memuaskan. Iluminasi datang di luar jangkaan pemikir. Pemikir merasai keseronokan, penuh semangat dan kepuasan kerana dapat menghasilkan idea atau mencari penyelesaian yang dikehendaki. Akhir sekali, peringkat verifikasi menerangkan bahawa verifikasi ialah proses menyemak idea atau jawapan yang dihasilkan. Kemungkinan menghasilkan Eureka yang tidak berguna. Di peringkat ini, produk yang sudah siap dihasilkan akan disemak dan dinilai oleh pemikir. Penilaian oleh pakar atau orang berkepentingan juga mungkin dilakukan bagi mengesahkan kesesuaian penyelesaian atau kualiti produk dan mencadangkan pindaan. Sekiranya idea yang dijanakan tidak boleh diguna atau diterima, pemikir akan balik ke tahap persediaan dan pengeraman.

Rajah 1 Model Kreativiti Wallas 4.5.2

MODEL KREATIVITI DUNNE Menurut Dunn dan rakan-rakannya (2004) telah membina satu model untuk sistem pengajaran

dan pembelajaran yang efektif berdasarkan bukti empirikal yang terbaik diperolehi daripada kajian semula yang sistematik dalam maklumat penyelidikan. Kajian semula ini memberikan tumpuan kepada kesan refleksi dan tindakan perancangan terhadap hasil pembelajaran pelajar terutamanya komponen utama terhadap pengawalseliaan diri (self-regulation). Model ini memberikan penekanan kepada faktor-faktor dan interaksi yang mempengaruhi hasil pembelajaran pelajar. Mereka juga telah membuat andaian bahawa model ini mempunyai ciri-ciri penting bagi persekitaran pembelajaran semua guru dan kemudiannya ia penting dalam penyelidikan sendiri untuk pedagogi yang bersesuaian bagi menyokong pembangunan kreativiti pelajar. Kepentingan model ini adalah model ini berkembang daripada bukti keadaan empirikal terbaik yang mempunyai kesan berfaedah untuk diukur kepada pembelajaran pelajar. Sebagai contohnya, model ini berkembang daripada amalan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dalam mencapai hasil pembelajaran. Model ini mencadangkan bahawa setiap situasi pembelajaran dan pengajaran adalah disokong oleh syarat-syarat yang berkaitan dengan hubungan di antara pelajar, guru dan latihan. Model ini juga turut mencadangkan bahawa mana-mana guru boleh mendapatkan kesan yang maximum iaitu mesti sedar akan hubungan itu dan cara bagaimana mereka untuk mendapatkan peruntukan dan sambutan pelajar. Hal ini bersesuaian dengan konteks dalam inovasi. Sebagai contohnya, pelajar tidak akan bermotivasi sekiranya pelajar tidak mencuba sesuatu yang baru, kurang pendedahan terhadap daya pemikiran kreatif, dan tidak disesuaikan dengan strategi metakognitif. Sebagai kesannya, mereka berasa sangat susah untuk melakukan lebih-lebih lagi tanpa sokongan daripada guru dan pelajar juga boleh hilang keyakinan diri. Jadi, motivasi sebenarnya dapat memberikan impak terhadap pembentukkan minat pelajar dalam berfikir secara kreatif dan inovatif (Dunne et al., 2004).

5.0

PERKAITAN/ISU

Rajah 2 di bawah jelas memperlihatkan keempat-empat konsep tersebut sebenarnya berlaku serentak sewaktu menentukan sesuatu sesi P&P. Misalnya sewaktu mengajar, guru Bahasa Melayu perlu menggunakanpendekatan daripada mudah kepada yang lebih sukar atau daripada konkrit kepada abstrak. Hal ini kerana otak manusia berkembang secara berperingkat-peringkat. Oleh itu, ia adalah penting memperkenalkan perkara yang mudah kepada kanak-kanak terlebih dahulu sebelum mengajarkan konsep-konsep yang abstrak.

Pendekatan

Teori Pembelajaran

Kaedah

Strategi Pengajaran

Teknik

Rajah 2 Perkaitan antara pendekatan, kaedah, teknik dan strategi dalam P&P Selain itu, dalam melaksanakan kepelbagaian kaedah P&P, guru Bahasa Melayu perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan seperti kaedah praktis, perbincangan, soal jawab dan sebagainya. Selepas kaedah yang hendak digunakan dipilih, barulah guru merancang teknik yang boleh melengkapkan kaedah tersebut seperti teknik bercerita, latih tubi, menghafak dan seumpamanya. Usaha mengenal pasti dan memilih kaedah dan teknik yang sesuai dapat memenuhi pendekatan yang digunakan yang disebut sebagai strategi dalam P&P Bahasa Melayu.

5.1

ISU DALAM KONTEKS LINGUISTIK Kesalahan linguistik sering berlaku dalam kalangan pelajar sekolah. Hal ini tidak kira bangsa

Melayu ataupun bangsa yang lain. Masalah linguistic semakin ketara jika perkara ini tidak dibendung. Mengikut kajian Wyatt dan Chen, kategori kesilapan yang biasa dilakukan oleh pelajar adalah seperti ejaan, tanda bacaan, struktur ayat, kesalahan tatabahasa, kekeliruan atau salah guna perkataan dan simpulan bahasa, bahasa ringkas, pemendekkan, ayat bergantung serta bahasa yang tidak standard, pengulangan, ujaran-ujaran yang kaku dan sebagainya. Kesalahan-kesalahan pelajar ini memaparkan masalah yang sering berlaku terutamanya dalam bidang penulisan. Jika kesalahan ini tidak diambil serius oleh guru Bahasa Melayu, maka kesalahan seperti sintaksis, semantik, fonologi, tatabahasa dan morfologi akan terus berlaku. Penggunaan bahasa

rojak juga merupakan salah satu faktor dari isu ini dan akan menyebabkan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa utama dalam pertuturan akan tercemar. Generasi akan datang tidak tahu bahasa yang betul dan standard. Justeru itu, semua pendidik khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu seharusnya memikirkan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi, dan teknik bagi membasmi isu ini agar tidak terus menjadi satu masalah yang serius. Punca daripada isu ini mungkin sahaja berlaku semasa P&P dijalankan. Jadi, guru harus mengenalpasti beberapa aspek seperti kepelbagaian pelajar dalam pemilihan kempat-empat asas tersebut iaitu pendekatan, teknik, kaedah dan juga strategi dalam menlaksanakan P&P. Wacana ini akan membincangkan kesalahan-kesalahan linguistik Bahasa Melayu yang dilakukan dalam kalangan pelajar. Hal ini jelaslah terdapat permasalahan dalam bidang linguistik Bahasa Melayu di sekolah mahupun luar sekolah. Ternyata ketidakmantapan bahasa Melayu dari aspek linguistik menyebabkan Bahasa Melayu tidak dapat menjadi bahasa ilmu sepenuhnya. Oleh itu, proses pengekodan Bahasa Melayu dan penyeragaman Bahasa Melayu perlu dilakukan agar pengguna Bahasa Melayu mendapat panduan yang baik. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar Melayu dan juga bukan Melayu untuk memahami bidang linguistik Bahasa Melayu sekaligus tidak melakukan kesalahan lingustik. Pihak yang berkenaan turut perlu memainkan peranan bagi memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam negara ini.

5.2

CONTOH AKTIVITI DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU Dalam Pembelajaran Abad ke-21, sebanyak 47 jenis aktiviti (PAK-21) dalam Pembelajaran

dan Pemudahcaraan (PdPc) telah berjaya diwujudkan serta dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kesemua aktiviti tersebut mempunyai cara,bahan dan juga objektifnya yang tersendiri yang akan membawa kepada kelancaran dalam proses P&P Bahasa Melayu. Aktiviti yang dijalankan tersebut sangat berkait dan mempunyai unsur kreativiti dan inovasi dalam P&P Bahasa Melayu. Pengisian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dapat dijalankan menggunakan cara aktiviti PdPc tersebut mengikut kesesuaian konteks. Antara aktiviti PdPc yang dilaksanakan dalam Pengajaran Bahasa Melayu ialah :-

5.2.1

Aktiviti Fan-n-Pick Aktiviti ini memerlukan 4 pelajar dalam satu kumpulan dan setiap daripadanya akan

mempunyai serta memainkan peranan masing-masing. Setiap peranan akan dimainkan secara bergilirgilir. Peranan pelajar 1 ialah menyusun kad seperti kipas manakala pelajar 2 perlu memilih kad dan membacakan soalan yang telah ditetapkan. Pelajar 3 akan menjawab soalan yang telah dibacakan oleh pelajar 2 dan pelajar 4 akan memberi tindak balas/respons dan pujian kepada jawapan yang diber oleh rakannya. Aktiviti ini juga boleh dilaksanakan dalam konteks komsas dan juga tatabahasa. Perkara yang dapat dipelajari oleh pelajar dari aktiviti ini akan menimbulkan rasa tanggungjawab dalam diri masing-masing serta dapat menguatkan daya ingatan mereka dalam mengimbas kembali pembelajaran yang telah dipelajari oleh mereka. 5.2.2

Aktiviti Match-mine Aktiviti Match-mine ini memerlukan 4 orang pelajar dalam satu pasukan. Setiap dua orang

daripada mereka perlu cari pasangan dalam kumpulan tersebut dan setiap pasangan akan dibekalkan kad untuk memisakan mereka. Pelajar 1 akan mengarahkan pelajar 2 melukis atau meneka gambar yang ada pada pelajar 1 dalam keadaan pelajar 2 tidak dapat melihat apa yang dipegang oleh pelajar 1. Segala apa yang ditulis atau yang ditekanya bergantung kepada kefahamnannya daripada arahan atau mesej yang disampaikan oleh pelajar 1. Pelajar 1 pula melihat hasil yang dibuat pelajar 2 dan mereka saling kukuh mengukuhkan hasil tersebut. Kemudian, kedua-duanya akan bertukar peranan. Aktiviti-aktiviti ini sangat efisien dilaksanakan dalam pengajaran Bahasa Melayu disebabkan konteks, prosedur serta matlamat yang bersesuaian. Jadi, dengan perlaksanaan aktiviti ini dapat memebri impak yang baik kepada pembelajaran pelajar kerana setiap aktiviti saling melengkapi elemen-elemen yang penting dan yang perlu ada dalam setiap pelajar. Dengan aktiviti ini juga melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan kritis serta mampu melahirkan produk inovasi yang berkaitan dengan pengajaran Bahasa Melayu kelak. Maklumat penting dalam P&P dapat difahami serta dipelajari dengan baik dan dipraktikkan pada masa akan datang.

6.0

RUMUSAN Secara rumusnya, strategi pengajaran menggabungkan pelbagai pendekatan, kaedah dan

teknik pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan P&P yang paling maksimum. Kebijaksanaan guru dalam menyesuaikan kempat-empat perkara ini akan menjadikan proses P&P di dalam bilik darjah dapat mencapai objektif pengajaran seperti yang dikehendaki.

Demikian juga dalam P&P Bahasa Melayu. Kepelbagaian pendekatan, kaedah, teknik dan strategi yang dikuasai guru Bahasa Melayu boleh membantu meningkatkan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar. Walau bagaimanapun, sesuatu strategi dan kaedah tertentu mungkin sesuai digunakan untuk sesetengah pelajar dan tidak sesuai untuk pelajar yang lain. Setiap kaedah bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh guru Bahasa Melayu. Ahli pendidik telah berusaha untuk mendapatkan satu kaedah pengajaran yang paling berkesan dan mereka mendapati menguasai kemahiran dalam kaedah yang tertentu adalah tidak mencukupi untuk menjadi guru yang berkesan. Guru Bahasa Melayu perlu memilih kombinasi kaedah yang sesuai serta merancang proses P&P secara sistematik agar dapat meningkatkan perkembangan pembelajaran pelajar. Pemilihan teknik mengajar perlulah berdasarkan umur, kecerdasan, kebolehan dan minat pelajar. Strategi bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Strategi merujuk kepada kebijaksanaan guru memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah, teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang ditentukan. Dalam sesuatu proses P&P, beberapa strategi dan pendekatan perlu dipertimbangkan, antaranya adalah seperti berikut : a) Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran. b) Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan. c) Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran. d) Pengagihan masa dan langkah mengajar perlulah disusun dengan baik dengan kaedah dan teknik yang digunakan. e) Pengagihan bahan bantu mengajar mengikut keperluan dalam setiap kaedah dan teknik mengajar yang digunakan.

7.0

BIBILIOGRAFI

SUMBER BUKU Zamri Mahamod, (2012), Inovasi P&P Dalam Pendidikan Bahasa Melayu, Tanjong Malim, Perak : Penerbit UPSI, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohd. Azhar Abd. Hamid, (2004), Kreativiti: Konsep, Teori & Praktis, Skudai, Johor : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Cetak Ratu Sdn. Bhd. Kementerian Pelajaran Malaysia, (2010), Kreativiti dan Inovasi : Elemen Merentas Kurikulum KSSR, Putrajaya, Selangor SUMBER INTERNET Hazlan, (27 Disember 2017), Apakah yang dimaksudkan dengan kreativiti dan inovasi Dicapai pada 2 Oktober 2019 http://hairilhazlan.com/2010/12/27/apakah-yang-dimaksudkan-dengan-kreativiti-dan-inovasi/ Norlia binti Mat Esa, (2017), Konsep Inovasi Dicapai pada 4 Oktober 2019 https://padlet.com/aleenor/konsep Muhammad Al Afzan, (13 Mac 2018), Konsep Kreativiti : Pengetahuan menjangkau sempadan Dicapai pada 6 Oktober 2019 https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/03/konsep-kreativiti.html Hamparan Seni, (2012), Inovasi dan Kreativiti dalam Pendidikan Dicapai pada 8 Oktober 2019 http://psv3.blogspot.com/p/inovasi-dan-kreativiti-dalam-pendidikan.html Irwan Shafrizan Ismail, (2017), Budayakan inovasi dan kreativiti Dicapai pada 15 Oktober 2019 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/11/357288/budayakan-inovasi-dankreativiti-ismail-sabri SUMBER JURNAL/ARTIKEL Siti Najihah binti Jamal, Teori dan Model Kreativiti dan Inovasi Serta Teknik Memperkasakan Pemikiran Kreatif dan Inovasi.

Related Documents


More Documents from "psuba"