Laporan Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform 2 -2016

  • Uploaded by: Rozita Kadir
  • 0
  • 0
  • March 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform 2 -2016 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,690
  • Pages: 11
Loading documents preview...
LAPORAN PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMAN 2016 28HB JULAI – 30HB JULAI 2016 1.

PENDAHULUAN: Sekolah

Kebangsaan

Seri

Aman

telah

menganjurkan

Perkhemahan

Tahunan Unit Beruniform Tahun 2016 pada 28hb hingga 30hb Julai yang lalu. Perkhemahan Tahunan ini telah dirancang dan dianjurkan oleh unit kokurikulum SMK Seri Aman yang diterajui oleh Penolong Kanan Kokurikulum, En Mohd Shukri b Ismail dan diselaraskan oleh semua Penyelaras Unit Beruniform Sekolah. Pada tahun ini, julung-julung kalinya aktiviti perkhemahan diadakan di kawasan sekolah. Perkhemahan selama 2 hari dan 1 malam ini adalah bertujuan untuk menjayakan hasrat kerajaan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi ,Rohani, Intelektual, dan sahsiah (JERIS) yang digarapkan dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

sepanjang

masa

Para

perkhemahan

peserta ini

yang

didedahkan

diharapkan

akan

dengan

disiplin

menggunakan

dan

memanafaatkan segala kemahiran dan ilmu yang diperoleh bagi meneruskan kehidupan yang berguna dalam alam ciptaan Allah ini.

2.

RASIONAL Aktiviti perkhemahan adalah di antara aktiviti-aktiviti utama kegiatan kokurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini unsur-unsur asas pembangunan ke manusiaan dipupuk secara hands on dengan para peserta mengalami sendiri situasi-situasi

yang

membuktikan

pentingnya

sifat-sifat

mulia

dan

lebih

mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabarancabaran fizikal dan mental yang secara langsung akan memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing, disamping memberi kesempatan kepada para peserta itu mengembleng daya inovasi dan kreativiti mereka menyelesaikan masalah. Selain itu, perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara langsung atau tidak, mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif serta psikomotor masingmasing. Demikian jugalah , aktiviti-aktiviti perkhemahan yang berteraskan unsurunsur patriotisme akan turut menyumbang kepada pengukuhan perasaan cintakan bangsa dan agama.

3.

MATLAMAT 3.1

Melahirkan peserta yang sihat tubuh badan melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan

3.2

Melahirkan peserta yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial

3.3

Melahirkan peserta yang mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi

3.4

Membentuk jati diri peserta melalui aktiviti yang dijalankan

3.5

Menerapkan nilai-nilai murni, berketrampilan, bekerjasama, jatidiri, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan sikap tidak mementingkan diri sendiri.

4.

OBJEKTIF 4.1

PSIKOMOTOR 4.1.1 Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas Perkhemahan serta pelbagai kemahiran ikhtiar hidup 4.1.2 Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan berdisiplin 4.1.3 Mempraktik dan mengaplikasikan segala teori yang telah dipelajar 4.1.4 Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihanlatihan lasak dan mencabar

4.2

KOGNITIF 4.2.1 Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain 4.2.2 Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti

masing-masing dalam bidang rekacipta, kesenian

dan kebudayaan. 4.2.3 Membimbing para peserta menghayati dan mengamalkan rukun-rukun beragama dan kehidupan bermoral.

4.3

AFEKTIF 4.3.1 Memberi peluang kepada para peserta mewujudkan intergrasi pelbagai kaum. 4.3.2 Mendedahkan para peserta kepada alam fauna dan flora

sebagai sebahagian daripada kehidupan sejagat

5.

PELAKSANAAN Program

Perkhemahan

Tahunan

Unit

Beruniform

peringkat

Sekolah

Menengah Kebangsaan Seri Aman bagi Tahun 2016 telah dijalankan pada 28 hingga 30 Julai yang lalu. Program ini berlangsung selama 2 hari dan 1 malam. Pada tahun ini sedikit kelainan dilakukan apabila keseluruhan aktiviti diadakan di dalam kawasan sekolah tidak seperti kebiasaan pada tahun-tahun sebelum ini. Perkhemahan tahun ini dimulakan dengan sesi pendaftaran pada 28hb Julai 2016 (Khamis) pada jam 2.00 petang. Seramai 138 orang peserta telah mendaftar. Selesai pendaftaran pelajar-pelajar dikehendaki berkumpul lobi Anjung Ilmu bagi mendengar taklimat daripada Kem Komandan dan Penyelaras Aktiviti. En.Mahisam b Mohamad telah memberikan taklimat berkaitan aktiviti sepanjang sentiasa

perkhemahan menjaga

Mahisam

juga

berlangsung

dan

keselamatan

sepanjang

menyampaikan

taklimat

mengingatkan perkhemahan ringkas

peserta

supaya

berlangsung.

berkaitan

aktiviti

En dan

penempatan.

Selepas taklimat, aktiviti pertama pada hari pertama adalah dengan Memasang Khemah. Taklimat tentang cara memasang khemah yang telah dikendalikan oleh En. Madini dari jam 5.00 petang hingga 5.30 petang. Para peserta diberikan penerangan tentang cara memasang khemah dengan betul dan cepat. Semua peserta dibantu oleh urusetia dan guru bertugas telah membina khemah peserta. Pada tahun ini khemah dibina di kawasan padang sekolah untuk megelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku disamping menjamin keselamatan perserta. Kawasan perkhemahan dibahagi dua iaitu khemah untuk peserta lelaki berdekatan dengan asrama sekolah dan khemah

peserta perempuan di hadapan dewan. Pihak unit telah membekalkan khemah “A’ dan khemah igloo.

Selepas pengurusan diri dan makan malam, semua peserta beredar ke surau untuk menunaikan solat Magrib dan isyak berjemaah dan mengikuti kuliah Magrib yang di sampaikan oleh Ustaz Abdullah b Mehmood.

Aktiviti seterusnya ialah Ice Breaking oleh Ketua Kem Komandar, En Mahisam Mohamad. Pada pukul 9.00, aktiviti malam diteruskan lagi dengan ceramah daripada wakil PDRM “REMAJA DAN JENAYAH” selama 1 jam.

Sebelum semua peserta masuk tidur, Kem Komandan telah membahagikan tugas kepada para peserta untuk bertugas berjaga malam mengikut khemah yang telah ditetapkan dan akan bertugas dalam empat sesi iaitu dari jam 12.00 malam hingga 4.30 pagi. Pada hari kedua iaitu 29hb Julai (Jumaat), selepas menunaikan solat Subuh secara berjemaah, para peserta dikehendaki menukar pakaian mereka kepada pakaian sukan untuk aktiviti keenam pagi itu ialah Senaman Pagi yang telah dikendalikan oleh Pn Raihan dan dibantu oleh urusetia pelajar Pra U dari jam 7.00-8.30 pagi. Senaman pagi ini dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan dan regangan. Kemudian peserta melakukan senaman aerobik. Selepas aktiviti senaman pagi, para peserta bergerak untuk bersarapan bersama-sama. Selepas itu, para peserta mengemas diri masing-masing dan bersiap sedia untuk melakukan aktiviti seterusnya. Dari 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari pelajar-pelajar meneruskan aktiviti dengan ceramah dari wakil St. John Ambulance daerah Pasir Puteh, En Mazlan, dengan tajuk “BANTU MULA & PERTOLONGAN CEMAS”

Kemudian pelajar-pelajar bergerak untuk makan tengahari dan bersiap untuk solat Jumaat di masjid berdekatan dengan iringan urusetia lelaki. Aktiviti diteruskan lagi dengan permainan Mencari Harta Karun yang diketuai oleh En Mohd Rizan Ismail dan dibantu oleh urusetia pelajar-pelajar PraU. Permainan Mencari Harta Karun ini dimenangi oleh unit beruniform Pengakap. Setelah selsesai minum petang dan solat Asar, aktiviti diteruskan lagi dengan permainan Sukaneka yang dikendali oleh urusetia dari pelajar-pelajar Pra-U. Sebanyak 2 permainan sukaneka dijalankan iaitu Musical Chair dan Belon Air .

Selepas pengurusan diri dan makan malam, semua peserta beredar ke surau untuk menunaikan solat Magrib dan isyak berjemaah dan mengikuti kuliah Magrib yang di sampaikan oleh Ustaz Abdullah b Mehmood.

Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah berlangsung pada jam 11.00 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengahari. Pn Rohaya bt Daud telah menjadi pengerusi majlis. Acara dimulakan dengan ucapan daripada Penolong Kanan Kokurikulum, En. Mohd Shukri b Ismail dan seterusnya ucapan perasmian penutup oleh Pn Hjh Ruhani bt Mohamad, Guru Besar Pengetua SMK Seri Aman.

Seterusnya penyampaian hadiah kepada semua kumpulan yang telah memenangi setiap aktiviti yang dipertandingkan telah dilangsungkan. Selesai majlis pelajar-pelajar dibenarkan bersurai. Akhir sekali, aktiviti membuka dan mengemas semula khemah yang digunakan serta membersihkan kawasan padang sekolah.

6.

PENYERTAAN Perkhemahan

Tanunan Unit Beruniform pada kali ini disertai oleh 200

orang pelajar Tingkatan 1,2 dan 3 SMK Seri Aman. Peluang dan keutamaan telah diberikan kepada murid yang mempunyai kehadiran gerak kerja kokurikulum yang baik.

7.

JAWATANKUASA INDUK PERKHEMAHAN AHLI JAWATANKUASA INDUK Penasihat

: Pn Hjh Ruhani bt Mohamad ( Pengetua )

Pengerusi

: En Mohd Shukri b Ismail ( Pen Kanan Kokurikulum )

Naib pengerusi

: En Ab Aziz b Zakaria ( PK 1 ) : En Mohd Noor b Ishak ( PK HEM )

Setiausaha

: Pn Minzora bt Che Mohd Nizan

Bendahari

: YM Tn Abdullah Sanusi b Tn Ismail

Kem Komandan

: En Mahisam b Mohamad

Pen. Kem Komandan

: Pn Rozita bt AB Kadir En Zamzuri b Mohamad

8.

LAPORAN PASCA NILAI (POST-MORTEM )  KELEBIHAN 1 Kerjasama

yang

padu

daripada

barisan

ahli

jawatankuasa

terutamanya guru-guru kafa, kakitangan sekolah

sekolah dan

swasta. 2 Kem Komandan dan penyelaras aktiviti yang mantap dan sentiasa berusaha gigih. 3 Kesungguhan peserta menjalankan semua aktiviti yang telah diadakan dan murid-murid sendiri mengikut semua arahan yang telah diberikan.

 KEKURANGAN/MASALAH 1 Kurang mendapat kerjasama dari segelintir guru yang hadir dan tidak membantu Kem Komandan dan penyelaras aktiviti dalam menjalankan aktiviti bersama murid. 2 Ketua dan ahli jawatankuasa kerja kurang peka dengan skop kerja dan tugas masing-masing. 3 Ada segelintir Ketua dan ahli jawatankuasa yang menjalankan tugas sambil lewa umpama sekadar melepaskan batuk ditangga.  PENAMBAHBAIKAN (CARA ATASI MASALAH) 1 Penyelaras

aktiviti

atau

Ketua

jawatankuasa

perlu

dilantik

dikalangan guru-guru yang berminat dengan perkhemahan dan berkaliber. 2 Semua ketua jawatankuasa perlu diberi taklimat yang lengkap tentang jadual tugasan serta skop kerja jawatankuasa masingmasing. 3 Mewajibkan semua guru terlibat dalam perkhemahan supaya adil dan telus. 4 Menyediakan jawatankuasa kerja yang mencukupi dan selari dengan skop kerja jawatankuasa. 5 Semua

ahli

jawatankuasa

kerja

perlu

bersedia

dan

bertanggungjawab menjalankan tugasan yang telah diamanahkan sejurus selepas dilantik. 6

Semua ahli jawatankuasa kerja perlu ada sikap tolong menolong dan

bertanggungjawab

serta

amanah

dalam

melaksanakan

tugasan masing-masing. 7 Tidak boleh ada sifat pentingkan diri dan mengharapkan orang lain menjalankan tugas.

9.

PENUTUP

Syukur kepada Tuhan, Program Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform Tahun 2016 telah berjaya dilaksanakan hasil kerja keras ahli-ahli jawatankuasa kerja dan semua fasilitator. Sepanjang perkhemahan ini berlangsung, Kem Komandan, En. Mahisam dan Penyelaras Aktiviti, Pn Rozita dan guru-guru bertungkus lumus melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang sehingga kurang rehat. Selain itu, peserta juga memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi dan melaksanaka aktiviti walaupun kepenatan. Perkhemahan ini juga telah berjaya mencapai objektif yang dihasratkan, khususnya kepada para peserta dan telah mewujudkan perubahan yang positif di dalam diri murid-murid selepas mengikuti aktiviti perkhemahan ini. Di samping itu, aktiviti –aktivit yang dilaksanakan telah memberi peluang kepada para peserta memperkembangkan potensi diri masing-masing khususnya dari segi kepimpinan, dan kreativiti, di samping memperkukuhkan disiplin kendiri, semangat bekerjasama dan kesediaan berdikari serta bertanggungjawab. Dalam

pada

itu,

unsur-unsur

keriangan

dan

keseronokkan

yang

disepadukan dalam perkhemahan ini diharapkan telah menimbulkan kesedaran tentang hakikat bahawa keriangan dan keseronokan juga adalah sebahagian daripada kebahagiaan kehidupan yang perlu dijana secara berdisiplin dan berhemah berpandukan etika dan budaya bangsa. Akhir sekali, pihak penganjur, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Aman, merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada guru – guru kafa yang telah memberi sokongan dan bantuan yang tidak berbelah bahagi terutama dalam penyediaan makanan kepada semua peserta dan ahli-ahli jawatankuasa

kerja

dan

semua

fasilitator

dalam

Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform Tahun 2016

menjayakan

Program

ini. Adalah diharapkan

kerjasama ini akan dapat diteruskan pada masa hadapan. INSYAALLAH .

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

......................................... .... Pn Rozita bt AB Kadir Ismail Penyelaras Unit Beruniform SMK Seri Aman

................................... En Mohd Shukri b PK Ko Kurikulum SMK Seri Aman

Related Documents


More Documents from "Wahyu Romadhon"

30062020
February 2021 0
Yukyuk
February 2021 83
Oumm3203
January 2021 27