Menentang Sihir

  • Uploaded by: Muhammad Abrar
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Menentang Sihir as PDF for free.

More details

  • Words: 10,704
  • Pages: 68
Loading documents preview...
KOLEKSI SENI WIRAWAN

MENENTANG SIHIR DAN MAKHLUK GHAIB OLEH : SUHADI SAHARI

TIADA DI PASARAN !

“ BUKU INI MERUPAKAN SALAH SATU DARIPADA KOLEKSI KITABKITAB-KITAB SENI WIRAWAN YANG LUAR BIASA DARIPADA KAMI ”. © Suhadi Sahari 2007

MENENTANG SIHIR DAN MAKHLUK GHAIB

OLEH : SUHADI SAHARI

© Suhadi Sahari 2007

HAKCIPTA TERPELIHARA Semua hak adalah terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada buku ini yang boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekalipun tanpa mendapat keizinan bertulis daripada pemiliknya.

© Suhadi Sahari.

Edisi pertama 2007

PERINGATAN Maklumat yang terkandung di dalam buku ini disediakan seperti seadanya tanpa sebarang waranti sama ada dinyatakan atau sebaliknya, termasuk tanpa sebarang pembatasan waranti mengenai ketepatan, kelengkapan atau keputusan yang diperolehi daripada penggunaan maklumat ini. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan kekurangan atau ketidaktepatan mengenai maklumat tersebut dan kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan sama ada secara langsung, tidak langsung atau secara kebetulan akibat daripada penggunaan maklumat yang terkandung di dalam buku ini.

© Suhadi Sahari 2007

KANDUNGAN

MUKA SURAT

KATA PENDAHULUAN

5

A) AMALAN MELALUI AL-QURAN DAN DOA PENOLAK SIHIR DAN JIN MENYINGKIRKAN JIN DAN SYAITAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS MENGHALAU POLONG PEMANAS PENUNGGU RUMAH KERASUKAN KESAMPUKAN KETEGURAN MEMBALIKKAN ILMU HITAM MENENTANG PUKAU TERKENA SIHIR PEMBENTENG SIHIR KETAHUI PENDAMAN SIHIR TERKENA RACUN MEMATIKAN RACUN PENJAGA MAKAN MINUM PEMELIHARA MAKANAN KUBU DIRI DAN KELUARGA KOTA LAM ALIF PERISAI DIRI PERISAI TUBUH BADAN PERISAI BENCANA PAGAR LIILA LINGKARAN PELINDUNG PELINDUNG KEJAHATAN PENANGKIS KEJAHATAN PEMELIHARA DIRI BEKALAN JIWA PENOLAK SEGALA ANCAMAN MENOLAK BENCANA MENOLAK BENCANA 2 PENOLAK GANGGUAN PENGELAK BAHAYA PEMELIHARA TIDUR HINDAR BENCANA SEMASA TIDUR PEKA SEWAKTU TIDUR PERTAHANAN RUMAH KELUAR RUMAH KELUAR RUMAH 2 SELAMAT PERGI-BALIK HATI TIDAK TENTERAM HATI RUNSING TAKUTKAN SESUATU PERTOLONGAN ALLAH RAJA PENAWAR AIR PENAWAR SIRIH SEMBUR ZIKRULLAH PUSAKA NABI SULAIMAN RAHSIA BISMILLAH

6 6 6 6 7 7 7 8 8 8 9 9 10 10 11 11 12 12 12 12 13 14 14 15 15 15 16 16 16 17 17 18 18 18 18 19 19 20 20 21 21 21 21 22 22 22 22 23 23 24 24

1

© Suhadi Sahari 2007

RAHSIA BISMILLAH 6 BISMILLAH 9 AYATUL KURSI AYATUL HISNI KAF 40 AYAT 1000 DINAR AYAT 1 AYAT 5 AYAT 7 ISIM ‘AZAM ISIM ‘AZAM 2 SURAH AL-KAUTSAR KUN FAYAKUN SALAMUN QAULAN SALAWAT SYIFA SYAIR MUHAMMAD ASMA PENGAMAN ASMA PELINDUNG ASMA PENYEMBUH ASMA PENDINDING ASMA PENYELAMAT ASMA PENGAMAN 2 DIANIAYA ZIKIR KEMENANGAN BENTENG ANCAMAN DOA PAHLAWAN DOA NABI SULAIMAN DOA NABI YUNUS DOA SAIYIDATINA FATIMAN DOA SAIYIDATINA AISYAH DOA SHEIKH ABDUL KADIR JAELANI DOA ABI DARDA DOA SELAMAT DOA SELAMAT 2 DOA MENJAGA KESELAMATAN DOA PEMELIHARAAN DOA PERLINDUNGAN DOA ELAK BAHAYA DOA TOLAK BALA MEMBAKAR JIN PENGADANG JIN PENDINDING HANTU SYAITAN BISMILLAH HAJAT PERISAI BISMILLAH PERISAI AL-FATIHAH FATIHAH PENYEMBUH AL-FATIHAH 100 AL-FATIHAH 41 PERISAI YASIN PENAWAR YASIN RAHSIA BACAAN KURSI AYATUL KURSI AYATUL KURSI 2 BENTENG KURSI PENDINDING AYATUL KURSI PEMBALIT QULHU

24 25 26 26 27 27 27 28 29 29 30 30 30 31 31 31 32 32 32 32 32 33 33 33 33 33 34 35 35 35 36 36 37 38 38 38 38 39 39 39 39 39 40 40 40 40 40 40 40 40 41 41 41 41 41 41

2

© Suhadi Sahari 2007

PAGAR LIILA PAGAR KAUTSAR PERISI BADAN PERISAI TIDUR PENJAGA TIDUR PAGAR TIDUR PENDINDING TIDUR BUATAN ORANG PENJAGA HELAH MUSUH HISTERIA PENGSAN RAJA PENAWAR 2 RAJA PENAWAR 3 PEMULIH PENYEMBUH

41 41 42 42 42 42 42 42 42 42 42 43 43 43 43

B) AMALAN MELALUI TANGKAL AZIMAT SYAITAN MERASUK KERASUKAN PENGUSIR JIN DAN SYAITAN GANGGUAN JIN PENOLAK JIN PENOLAK JIN 2 KETEGURAN PENOLAK SIHIR TERKENA GUNA-GUNA TANGKAL BISMILLAH WAKAF FATIHAH TANGKAL AYATUL KURSI PENJAGA DIRI PAGAR TAHMID SELAMAT DARI BAHAYA BAYI DIGANGGU SYAITAN BAYI SELALU TERKEJUT BAYI PAYAH TIDUR BAYI MENANGIS TAK HENTI BAYI SELALU TERKEJUT SAWAN TANGIS ELAK TERKEJUT TERKEJUT MALAM BAYI TERKEJUT BAYI JANGAN MENANGIS AYAT 5

44 44 44 44 44 45 45 46 46 47 48 48 48 49 50 50 50 50 51 51 51 51 52 52 52 52 52

C) AMALAN MELALUI JAMPI MENTERA RAMBAS HANTU JEMBALANG JAMPI SIAM PUSAKA NABI SULAIMAN PERISAI BISMILLAH PAYUNG BISMILLAH ISIM SI PUTAR BALIT RATENA TERBALIK DOA BALIT BALA

53 53 53 53 54 54 55 55 56

3

© Suhadi Sahari 2007

DOA ILMU ALLAH DOA ASAL MULA DOA JADI DI MATA KALIMAH SERBAGUNA PANDANGAN BATIN

56 56 57 57 58

D) AMALAN MELALUI GIMBAR GHAIB

59

PEDANG SAIYIDINA ALI KALIMAH PUTIH ISIM PENGUAT ANGGOTA AMALAN 1 MINGGU SERU WALI-WALI MALAIKAT PENJAGA TIDUR KHADAM PENJAGA BADAN KHADAM PENGGERAK

59 60 60 61 63 63 64 64

PENUTUP

65

4

© Suhadi Sahari 2007

KATA PENDAHULUAN Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi Ta’ala wabarakatuh serta salam sejahtera kami ucapkan kepada para pembaca sekalian. Buku ini merupakan salah satu daripada kitab-kitab “Koleksi Seni Wirawan” (rujuk lampiran) yang luar biasa daripada kami. Koleksi tersebut meliputi pelbagai tajuk yang sukar ditemui dan jarang didengar. Buku ini diberi nama “Menentang Sihir Dan Makhluk Ghaib” dan ia tidak akan anda temui di manamana kedai buku sekalipun. Ia diberi nama sedemikian bersesuaian dengan jumlah isi kandungan di dalamnya yang mempunyai 4 tajuk utama, 168 tajuk kecil dan pelbagai amalan bertujuan menangani sihir (ilmu hitam) dan makhluk ghaib, hantu, jin dan syaitan sebagai pelengkap. Buku ini telah diilhamkan berdasarkan catatan dan koleksi peribadi penulis sendiri yang mula dihimpun sejak tahun 1989 lagi. Kini, ia telah dibukukan buat pertama kalinya untuk tatapan umum. Tujuan buku ini dihasilkan adalah untuk menambah serta mempelbagaikan ilmu pengetahuan masyarakat kita selain menjadikannya sesuatu yang berguna untuk kehidupan dunia dan akhirat. Dengan kata lain, kerana Allah Ta’ala. Sebelum para pembaca meneliti serta melakukan amalan-amalan yang terkandung di dalam buku ini, terlebih dahulu kami memohon ribuan maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau sesuatu yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Sesungguhnya, kami juga manusia biasa. Apa yang baik jadikanlah panduan dan apa yang kurang baik jadikanlah sempadan. Sekian. Terima kasih. Wabillahi taufik walhidayah, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang benar,

……………………………

Suhadi Sahari (Penulis)

5

© Suhadi Sahari 2007

A) AMALAN MELALUI AL-QURAN DAN DOA PENOLAK SIHIR DAN JIN

Bacalah ayat di atas pada bila-bila masa yang diperlukan. Insya-Allah, tertolaklah segala perbuatan sihir dan gangguan jin syaitan. MENYINGKIRKAN JIN DAN SYAITAN

Jika anda azan pada waktu Subuh, tambahkan bacaan di bawah di antara (5) dan (6):

Untuk menyingkirkan jin, syaitan atau makhluk-makhluk halus dari sesebuah kampung, daerah atau tempat, azankanlah tempat-tempat tersebut selalu terutama sewaktu sembahyang 5 waktu. Insya-Allah, segala jin dan syaitan akan kepanasan dan melarikan diri dari tempat tersebut. Sekiranya anda tersesat di dalam hutan atau tempat-tempat tertentu kerana gangguan jin atau makhluk halus, azankanlah juga tempat tersebut. Insya-Allah, anda akan selamat menemui jalan pulang. GANGGUAN MAKHLUK HALUS

6

© Suhadi Sahari 2007

Apabila anda melalui tempat yang dianggap keras dan berpenunggu, bacalah ayat di atas. Insya-Allah, anda akan selamat dari gangguan jin dan syaitan tersebut. Bacakan ayat-ayat di atas juga sebelum keluar rumah, sebelum tidur, sebelum belayar, semasa terancam dan seumpamanya. Insya-Allah, segala mara bahaya akan tertolak dan tidak memudaratkan dengan izin Allah. MENGHALAU POLONG

Ilmu “Polong” adalah ilmu hitam yang dibacakan kepada sebiji (atau beberapa biji) telur dan ditujukan kepada seseorang. Telur ini akan terbang pergi ke rumah mangsanya, pecah dan mengeluarkan haiwan berbisa seperti ular, lipan, kala dan seumpamanya. Ilmu hitam ini lebih kurang sama dengan “santau angin”. Sekiranya ada orang yang diragui mengenakan sihir-sihir seumpamanya kepada anda atau keluarga anda, tulislah ayat di atas pada sebuah bekas bersih dan leburkan dengan air hujan. Kemudian, percikpercikkan di sudut-sudut rumah. Insya-Allah, segala haiwan berbisa yang ghaib tersebut akan lari dan tidak akan berani mendekati rumah anda. PEMANAS PENUNGGU RUMAH

Bacakan ayat di atas sebanyak 1000 kali pada batu kecil, kemudian selitkan di bawah rumah yang berpenunggu. Insya-Allah, penunggu tersebut akan gelisah dan kepanasan, menjadikannya lari dan keluar dari rumah tersebut. KERASUKAN

7

© Suhadi Sahari 2007

Jika seseorang kerasukan jin atau syaitan, bacakan ayat-ayat di atas pada segelas air dan semburkan air tersebut ke mukanya. Insya-Allah, akan sedarlah dia dan akan lari makhluk halus tersebut. KESAMPUKAN

Jika seseorang terkena mata atau kesampukan makhluk halus, bacakan ayat di atas pada air dan berilah minum sedikit dan selebihnya sapukan ke seluruh tubuh badan. Insya-Allah, disembuhkan oleh Allah. KETEGURAN

Jika terdapat seseorang yang keteguran (biasa terjadi sekiranya seseorang bermulut celupar) yang selalu terjadi semasa melintas pada tempat-tempat yang diketahui (atau dipercayai) keras dan berpenunggu, di hutan, laut dan lain-lain. Bacakanlah ayat di atas pada air dan semburkanlah ke seluruh tubuhnya pada waktu Maghrib. Insya-Allah, akan sembuhlah dia dengan izin Allah. MEMBALIKKAN ILMU HITAM Untuk membalikkan ilmu hitam (serangan gimbar kafir, polong, santau, roh jahat, hantu raya dan seumpamanya), amalkanlah sebagai berikut: 1. 2.

Lakukanlah sembahyang Hajat 2 rakaat di waktu tengah malam. Selesai sembahyang, bacalah sebanyak 1153 kali ayat di bawah (Surah An-Najm, ayat 58):

8

© Suhadi Sahari 2007

3.

Setiap 100 kali bacaan, selangkanlah dengan bacaan doa di bawah:

(Sebutkan namanya)

Maknanya: “Ya Allah, dengan berkat ayat yang mulia ini serta rahsia-rahsia murni yang terdapat padanya, Engkau palingkanlah daripadaku tipu daya …(sebutkan namanya)… dan kejahatannya. Ya Allah, kembalikanlah tipu jahatnya kepadanya sendiri. Ya Allah, berilah kebimbangan kepadanya dengan suatu kebimbangan yang tiada mampu dikembalikannya. Ya Allah, ya Allah, ya Allah.”. 4.

Setelah selesai, bacalah ayat di bawah (dari Surah Yasin, ayat 58) sebanyak 818 kali:

Insya-Allah, akan binasalah pengamal ilmu hitam yang zalim tersebut terkena ilmunya sendiri dengan izin Allah. MENENTANG PUKAU

Bacalah ayat di atas pada orang yang sedang memukau anda dengan pandangan yang tajam. Sambil membaca, pandang wajahnya. Insya-Allah, ilmu pukaunya tidak akan menjadi. Sekiranya ada seseorang yang pengsan atau tidak sedar perbuatannya kerana pengaruh sihir. Bacalah ayat di atas juga, insya-Allah akan hilang sihir tersebut. TERKENA SIHIR

9

© Suhadi Sahari 2007

Sekiranya anda terkena sihir, polong, guna-guna atau sakit-sakit lain bacalah ayat di atas 3 kali. Sambil menelan air liur sendiri, makrifatkan (bayangkan) agar penyakti tersebut dilenyapkan dari tubuh anda. Insya-Allah, anda akan disembuhkan Allah. PEMBENTENG SIHIR

Untuk membentengkan diri daripada segala jenis sihir atau ilmu hitam, amalkanlah membaca ayat di atas sebanyak 21 kali selepas sembahyang Maghrib. Insya-Allah, anda akan selamat dan kebal daripada sebarang gangguan ilmu hitam. KETAHUI PENDAMAN SIHIR

10

© Suhadi Sahari 2007

Kalau dalam sesuatu tempat atau rumah dikhuatiri terdapatnya pendaman sihir, maka bacalah Surah AtTakwier (seperti di atas) di tempat tersebut. Insya-Allah, kuasanya akan punah dan tidak akan membinasakan. Insya-Allah, anda akan diberi petunjuk di mana letaknya pendaman sihir tersebut. Sekiranya masih belum mendapat isyarat, bacakanlah Surah At-Takwier secara beramai-ramai sebanyak 41 kali. TERKENA RACUN

Jika anda (atau seseorang) terkena racun (nyata atau ghaib), tuliskanlah ayat di atas dengan kamkuma di telapak tangan anda (atau orang tersebut). Kemudian, jilatlah tulisan tersebut sehingga lenyap. Insya-Allah, racun tersebut (sama ada yang nyata atau ghaib) tidak akan membawa mudarat dengan izin Allah. MEMATIKAN RACUN

11

© Suhadi Sahari 2007

Jika anda terkena racun (yang nyata atau ghaib), tuliskanlah ayat di atas pada pinggan putih (di pagi hari) dan lunturkan dengan air mawar. Minumlah air tersebut pagi dan petang untuk beberapa hari. Insya-Allah, anda akan sembuh. PENJAGA MAKAN MINUM

Sebelum anda masuk ke rumah seseorang atau sebelum anda minum dirumah seseorang, bacalah ayat “Liila fi quraisyin…” (sehingga akhirnya) 1 kali dan ayat di bawah 1 kali:

Insya-Allah, sekiranya terdapat racun santau, pukau atau sihir, ia tidak akan memberi mudarat. PEMELIHARA MAKANAN

Sebelum anda makan atau minum, bacalah ayat di atas. Insya-Allah, segala perbuatan khianat seperti santau, pukau atau racun yang nyata (dadah, ubat tidur dan sebagainya) tidak akan memberi kesan dengan izin Allah. KUBU DIRI DAN KELUARGA

Amalkan membaca ayat di atas sebanyak 3 kali. Insya-Allah, ia akan menjadi kubu yang kukuh untuk diri anda dan keluarga.

KOTA LAM ALIF Sebagai perisai diri daripada segala ancaman yang nyata atau ghaib, bacalah ayat di bawah:

12

© Suhadi Sahari 2007

Dan hembuskan ke barat. Bacakan lagi ayat di bawah:

Dan hembuskan ke timur. Bacakan ayat di bawah:

Dan hembuskan ke utara. Bacakan ayat di bawah:

Dan hembuskan ke selatan. Bacakan ayat di bawah:

Dan hembuskan ke atas. Akhirnya, bacakan “Li ila fi-quraisyin…” (sehingga akhirnya) dan hembuskan ke bawah. PERISAI DIRI

13

© Suhadi Sahari 2007

Amalkan membaca ayat di atas setiap pagi dan petang. Insya-Allah, diri anda, keluarga, harta-benda, rumah dan kepentingan-kepentingan anda yang lain akan terpelihara oleh perisai yang kukuh dan tidak akan ditembusi dengan izin Allah. PERISAI TUBUH BADAN

Agar api atau kebakaran tidak memberi kesan kepada tubuh badan anda, amalkanlah membaca ayat-ayat di atas sebanyak 21 kali selama 11 hari setiap selesai sembahyang fardu. Insya-Allah, anda akan terjauh daripada segala kebinasaan termasuk api kebakaran, kelemasan, senjata tajam, sihir, jin syaitan dan lainlain dengan izin Allah. PERISAI BENCANA

14

© Suhadi Sahari 2007

Sebelum atau selepas sembahyang Subuh, bacalah zikir Autad Sheikh Abdul Kadir Jaelani di atas. Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada segala gangguan makhluk ghaib dan nyata. PAGAR LIILA

Sekiranya anda tersesat atau berasa takut pada waktu malam, bacalah ayat di atas. Insya-Allah, anda akan dipelihara oleh Allah.

LINGKARAN PELINDUNG Ucaplah:

Kemudian, gariskan sebuah lingkaran mengelilingi anda dan bacakan ayat di bawah:

Insya-Allah, anda akan selamat daripada segala mara bahaya. PELINDUNG KEJAHATAN Sebagai pelindungan diri daripada kejahatan seseorang, baik kejahatan berupa sihir atau fizikal, lakukanlah kaedah ini: Bacalah Surah Yasin 1 kali dan sambungkan dengan bacaan di bawah:

15

© Suhadi Sahari 2007

Maknanya: “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Dengan nama Allah yang tiada Tuhan selain Dia yang Maha Hidup dan berdiri sendiriNya. Dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia yang mempunyai kemuliaan dan kebesaran. Dengan nama Allah yang tiada membinasakan dengan namaNya sesuatu di bumi dan di langit. Dialah yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung daripada kejahatan …(sebutkan namanya)…”. Insya-Allah, anda akan selamat dan dilindungi Allah. PENANGKIS KEJAHATAN

Untuk menangkis segala kejahatan dan melindungi diri daripada mara bahaya, mengadaplah ke kiblat sambil membaca Ayatul Muqawamah di atas 3 kali. Kemudian, beralihlah ke kanan sambil membaca 3 kali lagi. Beralihlah ke kiri sambil membaca 3 kali lagi, dan ke belakang sambil membaca 3 kali lagi. Kemudian, tiupkan dari atas ke bawah dan ke sekeliling sambil membaca ayat di bawah:

PEMELIHARA DIRI

Amalkan membaca ayat di atas selepas sembahyang Subuh dan Maghrib. Insya-Allah, anda akan dipelihara oleh Allah daripada sebarang kezaliman, sihir, khianat dan seumpamanya. BEKALAN JIWA

16

© Suhadi Sahari 2007

Sebelum memulakan perjalanan, bacalah Ayatul Kursi 3 kali dan sambungkan dengan bacaan di atas. Semasa masuk ke sesebuah kampung atau pekan, bacalah pula ucapan di bawah:

Insya-Allah, anda akan dipelihara oleh Allah daripada segala gangguan (ghaib atau nyata), disenangi dan mudah berurusan. PENOLAK SEGALA ANCAMAN

Amalkan membaca doa di atas sebagai pelindungan daripada segala ancaman musuh, haiwan buas, haiwan berbahaya serta jin dan syaitan. MENOLAK BENCANA Bacalah Yasin 7 kali dan apabila sampai pada ayat ke-57 iaitu:

Ulangilah membacanya sebanyak 16 kali, kemudian bacalah doa seperti di bawah sebanyak 16 kai juga:

17

© Suhadi Sahari 2007

Jika sukar membacanya dalam bahasa Arab, bacalah dalam bahasa Melayu seperti berikut: “Ya Allah, ya Tuhanku. Selamatkanlah aku daripada bala bencana dunia, fitnah, kesusahan dan kemelaratan.”. Insya-Allah, anda akan selamat daripada segala jenis bala bencana termasuklah sihir, serangan haiwan dan lain-lain. MENOLAK BENCANA 2

Bacalah ayat di atas 10 kali pagi, 10 kali petang dan 10 kali sebelum tidur sambil meminta agar ditolakkan segala bencana dunia dan tipudaya syaitan. Insya-Allah, anda akan terjauh daripada sebarang mala petaka. PENOLAK GANGGUAN

Bacalah ucapan di atas bila-bila masa yang diperlukan. Insya-Allah, segala hantu syaitan dan haiwan buas tidak akan mengganggu anda. PENGELAK BAHAYA

Amalkan membaca doa di atas. Insya-Allah, akan tertolaklah segala bahaya terhadap diri anda. PEMELIHARA TIDUR

Sebelum tidur atau sekiranya anda berasa terganggu oleh makhluk ghaib, bacalah ayat di atas 3 kali dan Ayatul Kursi 3 kali dan mengulang-ulangkan ayat ini 3 kali:

18

© Suhadi Sahari 2007

Kemudian, mengiringlah ke sebelah kanan dan bacalah apa-apa sahaja zikir sehingga anda terlena. InsyaAllah, anda akan tidur dalam keadaan dikawal oleh khadam Ayatul Kursi. Tidur anda akan aman daripada sebarang gangguan sama ada yang ghaib atau yang nyata. HINDAR BENCANA SEMASA TIDUR

Bacakan ayat di atas sebelum tidur. Insya-Allah anda dan keluarga akan selamat daripada segala bencana, baik yang nyata atau yang ghaib. PEKA SEWAKTU TIDUR

19

© Suhadi Sahari 2007

Wiridkan ayat-ayat di atas sebelum anda tidur. Insya-Allah, anda akan menjadi peka walaupun anda tidur. Walaupun dalam tidur yang lena, anda akan sedar sekiranya terdapat gangguan yang nyata atau yang ghaib bakal mengenai diri anda. Insya-Allah. PERTAHANAN RUMAH Untuk mempertahankan rumah daripada segala kejahatan sihir mahu pun pencurian, lakukanlah amalan ini. Selepas bersembahyang Maghrib atau sewaktu hendak tidur, bacalah: 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Surah Al-Fatihah 1 kali, Al-Ikhlas 11 kali, Al-Falaq 1 kali dan An-Naas 1 kali. Lalu, dihadiahkan kepada Abu Bakar As-Siddiq. Lakukan seperti 1. dan hadiahkan kepada Umar Al-Khattab. Lakukan seperti 1. dan hadiahkan kepada Uthman Bin Affan. Lakukan seperti 1. dan hadiahkan kepada Ali Bin Abi Talib. Bacalah tahlil “La ilaha illallah” 111 kali. Kemudian, bacalah pula ayat ini sebanyak 44 kali:

Maknanya: “Salam sebagai ucapan selamat daripada Tuhan yang Maha Penyayang”. Insya-Allah, rumah anda akan terjaga daripada segala bencana, kejahatan manusia dan gangguan jin. KELUAR RUMAH

20

© Suhadi Sahari 2007

Maknanya: “Padahal Allah mengepung mereka dari belakang mereka (mereka tidak dapat terlepas daripada kekuasaan Allah), bahkan yang didustakan mereka itu adalah Al-Quran yang mulia, yang tersimpan di dalam Lauhul Mahfuzh.”. Bacakan ayat di atas (Surah Al-Buruj, ayat 20-22) di muka pintu sewaktu ingin keluar rumah (sebanyak 3 kali). Insya-Allah, Tuhan akan menjaga keselamatan anda dan rumah (beserta penghuni dan harta-benda di dalamnya) daripada segala bencana sama ada yang ghaib atau yang nyata. KELUAR RUMAH 2

Untuk keselamatan semasa keluar rumah sehinggalah anda kembali semula, bacakan ayat di atas 3 kali dalam 1 nafas. Insya-Allah, anda akan selamat. Semasa berjalan, pastikan tiada apa yang menghalang atau melintas di hadapan anda. Jika ada, tangguhkan sebentar perjalanan anda dan ulangi membacanya semula. SELAMAT PERGI-BALIK

Semasa anda ingin keluar rumah, bacalah ayat di atas. Kemudian, isyaratkan ke bendul pintu sambil membaca seperti di bawah:

Teruskan berjalan tanpa berpaling ke kiri atau ke kanan. Bacakan lagi ucapan tadi (“La ila-ha illallah”) sebanyak 11 kali. Insya-Allah, anda di dalam pemeliharaan Allah. Apabila anda balik ke rumah semula, bacakan pula ucapan di bawah sambil mengisyaratkan ke bendul pintu.

HATI TIDAK TENTERAM

Jika hati anda tiba-tiba menjadi tidak tenteram dan ketakutan oleh sesuatu yang tidak diketahui, bacalah ayat di atas sebanyak 500 kali selepas sembahyang Dhuha. Insya-Allah, akan hilang ketakutan itu dan diamankan Allah. Kalau anda dimusuhi. Insya-Allah, seteru tersebut akan berbaik dengan anda dengan izin Allah. HATI RUNSING

21

© Suhadi Sahari 2007

Jika anda berhati runsing tanpa sebab-sebab yang pasti atau kerana perbuatan khianat seseorang, bacalah ayat di atas selalu. Insya-Allah, hati anda akan ditenangkan Allah dan diberikan jalan penyelesaian untuk mengatasinya. TAKUTKAN SESUATU

Jika anda takutkan sesuatu (seperti takutkan buatan orang, disihir, halilintar, jatuh dari tempat yang tinggi, bencana, difitnah, dicuri, dipukul atau seumpamanya), amalkanlah selalu membaca ayat di atas. InsyaAllah, akan dihilangkan Allah ketakutan itu dan akan diselamatkan daripada apa yang ditakutkan itu. PERTOLONGAN ALLAH

Bacalah ayat di atas selalu terutamanya selepas sembahyang dan ketika ditimpa apa jua kesusahan atau kepayahan. Insya-allah, anda akan diberikan jalan penyelesaian. RAJA PENAWAR Untuk mengubati apa sahaja penyakit seperti perbuatan sihir, penyakit biasa, kerasukan dan sebagainya, sediakanlah sebuah tempat (mangkuk, bekas dan seumpamanya) yang bewarna putih dan tuliskan di dalamnya (menggunakan air mawar dan kamkuma sebagai dakwatnya) Surah Al-Fatihah, Surah AlIkhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Naas dan Ayatul Kursi. Kemudian, lunturkan dengan air zam-zam atau air hujan. Minumlah air tersebut sambil berniat seperti berikut:

Maknanya: “Aku berniat sembuhkanlah penyakitku ini dengan berkat ayat Allah yang Maha Besar dan asmaNya yang Maha Tinggi.”. Dengan pertolongan Allah, anda akan pulih dan sihat wal-afiat. AIR PENAWAR

22

© Suhadi Sahari 2007

Sekiranya anda atau sesiapa sahaja mengalami apa jua penyakit (zahir dan batin, ringan atau berat), tuliskan ayat di atas pada mangkuk putih dan leburkan dengan air. Minumlah air tersebut. Insya-Allah, akan disembuhkan Allah. SIRIH SEMBUR

Jika ada seseorang yang terkena penyakit yang tidak diketahui puncanya, ambillah 2 sediaan sirih kapur dengan ramuannya (pinang, gambir, 3 hiris jerangau, 3 hiris halia, 3 butir lada putih, 7 butir lada hitam dan 7 butir jintan manis). Bacakan ayat di atas pada kedua-duanya. 1 berikan kepada orang tersebut untuk memakannya dan 1 lagi dikunyah lumat dan semburkan kepadanya pada waktu Maghrib. Kemudian, ayat di atas juga dituliskan pada kertas putih dan dijadikan azimat untuk dipakai. Insya-Allah, akan disembuhkan oleh Allah. ZIKRULLAH

Maknanya: “Tiada Tuhan selain Allah.”. Amalkanlah membaca zikir di atas sebanyak 100 kali setiap hari. Insya-Allah, ia akan menjadi benteng yang kukuh bagi diri anda sama ada daripada bencana yang nyata atau yang ghaib. Insya-Allah.

23

© Suhadi Sahari 2007

PUSAKA NABI SULAIMAN

Amalkan ucapan Nabi Sulaiman a.s di atas sebagai amalan. Insya-Allah, anda akan disampaikan oleh Allah segala apa yang dihajatkan atau diniatkan. Inilah rahsia kekuasaan Nabi Sulaiman a.s sehinggakan jin, haiwan, manusia, angin dan sekaliannya tunduk di bawah pemerintahannya. Jika diamalkan dengan bersungguh-sungguh, dengan izin Allah seseorang mampu berjalan di atas air, selamat daripada kecemasan, racun menjadi penawar, tajam menjadi tumpul, jauh daripada segala gangguan jin syaitan, aman sentosa kehidupan, makbul segala hajat dan lain-lain dengan izin Allah. RAHSIA BISMILLAH

Sesiapa yang yakin dengan tulus ikhlas pada bacaan di atas (“Bismillahirrahmanirrahim”), insya-Allah akan mampu berjalan di atas air, menjadi penawar jika termakan racun, senjata tajam tidak memberi bekas, penawar baginya segala yang bisa, syaitan tidak mampu bersubahat dalam pekerjaannya, diberkati segala usahanya, sentosa dalam segala perkara dan mustajab segala hajat. RAHSIA BISMILLAH 6

Malaikat Jibrail telah menjelaskan khasiat-khasiat Bismillah 6 ini kepada Nabi Muhammad s.a.w seperti berikut:

24

© Suhadi Sahari 2007

Barang siapa membaca dengan hati yang ikhlas dan yakin sepenuhnya kepada Allah, insya-Allah segalanya akan dimakbulkan. Di antaranya: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23.

Makbul segala hajat dan cita-citanya. Luas rezekinya. Jika dihembuskan pada wanita, akan wujud kasihnya. Menang dalam peperangan. Penerang hati. Dijauhkan daripada penyakit. Dibacakan 70 kali setiap hari, amanlah kita daripada segala ancaman raja-raja atau pembesar zalim yang hendak membunuh kita. Dibacakan pada tempat yang suci boleh melihat malaikat, jin dan syaitan. Dibacakan pada malam Jumaat 20 kali boleh melihat orang yang di dalam kubur. Aman daripada haiwan buas. Air laut menjadi tawar. Terlepas daripada pembunuhan jika dibacakan pada tubuh badan. Jika ditulus dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah, akan amanlah ia daripada sebarang gangguan haiwan dan manusia. Selamat daripada bahaya ancaman musuh. Selamat daripada karam di laut. Bacakan pada minyak di malam Jumaat 3 kali boleh memudahkan wanita bersalin (untuk diminum). Bacakan pada apa-apa benda, kemudian direndam ke dalam air selama 3 atau 7 hari, insya-Allah akan mendapatkannya. Jika dibaca pada telinga kanan orang yang pekak 7 hari berturut-turut. Insya-Allah, boleh mendengar semula. Dibacakan 3 kali pada orang gila akan hilang gilanya. Dibacakan 3 kali pada orang yang dirasuk iblis, akan lari iblisnya. Boleh menawarkan segala jenis bisa. Terlepas dari penjara jika dibacakan bersungguh-sungguh. Dan sebagainya. BISMILLAH 9

25

© Suhadi Sahari 2007

Bismillah 9 di atas mempunyai kegunaan yang luas termasuklah sebagai penawar racun yang ghaib atau nyata. Amalkan membacanya sebelum makan atau minum, sekiranya terkena sengatan atau patukan haiwan berbisa, terkena sihir dan seumpamanya. Insya-Allah, anda akan dilindungi oleh Allah dan disembuhkan daripada segala kemudaratan. AYATUL KURSI

Bacalah Ayatul Kursi di atas di dalam sebuah rumah. Insya-Allah, syaitan akan menyingkirkan diri dan rumah tersebut tidak akan dimasuki oleh perbuatan sihir. Sekiranya anda bertemu dengan jin syaitan atau diganggu secara ghaib, bacalah juga Ayatul Kursi di atas berulang kali. Insya-Allah, segala jin dan syaitan akan terbakar oleh bacaan Ayatul Kursi tersebut. AYATUL HISNI

Bacakan Ayatul Hisni di atas sebanyak 7 kali setiap hari. Insya-Allah, anda akan kebal daripada sebarang senjata, tidak binasa oleh kebakaran atau lemas, dijauhkan segala mudarat, dihormati, diberi kewibawaan dan rezeki serta tidak akan menemui ajal pada hari tersebut. Kecuali jika telah sampai masanya anda terlupa membacanya atau dilupakan oleh Allah.

26

© Suhadi Sahari 2007

KAF 40

Kaf 40 di atas mempunyai 40 khasiat, di antaranya adalah: 1. 2.

3. 4.

Dibaca 3 kali dan hembuskan ke tempat luka patukan ular atau sengatan haiwan berbisa. InsyaAllah akan turun bisanya. Untuk menghalau pelesit: Bacakan 7 kali pada sebiji lada hitam yang telah dibelah 2. 1 diletakkan di atas dan 1 diletakkan di bawah ibu jari orang yang terkena gangguan pelesit. Kemudian, picitkan. Insya-Allah, akan keluar pelesit yang merasuk itu. Bacakan 3 kali pada bayi atau budak yang terkena sawan dan hembuskan. Kemudian, timangtimangkan anak tersebut. Insya-Allah, hilang sawannya. Dan sebagainya. AYAT 1000 DINAR

Ayat ini banyak faedahnya, di antaranya: 1. 2. 3. 4. 5.

Amalkan membacanya sekurang-kurangnya 3 kali selepas sembahyang fardu. Insya-Allah, anda akan beroleh 1000 faedah. Diberikan jalan keluar oleh Allah daripada sebarang kesusahan dan bahaya (yang ghaib dan nyata). Memakbulkan segala hajat. Terlindung daripada segala bala sama ada di laut atau di darat. Dan sebagainya.

Amalkanlah membacanya sekurang-kurangnya 3 kali selepas sembahyang fardu, semasa keluar rumah, sebelum tidur dan seumpamanya. Insya-Allah, anda adalah dalam pemeliharaan Allah. AYAT 1

27

© Suhadi Sahari 2007

Maknanya: “Allahlah Tuhan kami dan Tuhan kamu, bagi kami amalan kami dan bagi kamu amalah kamu. Tiada perbalahan antara kira dan Allah menghimpunkan kita dan kepadaNyalah kita kembali”. Amalkan membaca Ayat 1 di atas bila-bila masa anda rasa terancam, sama ada oleh sesuatu yang ghaib atau nyata. Insya-Allah, tiada suatu pun yang akan dapat memudaratkan anda. AYAT 5

28

© Suhadi Sahari 2007

Bacalah selalu Ayat 5 di atas bila-bila masa terutamanya setiap selepas sembahyang fardu. Insya-Allah, anda akan terpelihara dari kejahatan jin, syaitan, haiwan dan manusia. AYAT 7

Bacalah Ayat 7 di atas 1 kali pagi (selepas sembahyang Subuh) dan 1 kali malam (selepas sembahyang Maghrib). Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada gangguan jin dan syaitan. Amalkan juga membaca Ayat 7 ini pada pagi, petang dan bila-bila masa yang perlu. Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada segala kebinasaan dan bala, sama ada daripada perbuatan ghaib atau pun yang zahir, jin, syaitan, haiwan, manusia atau bencana lain. ISIM ‘AZAM

29

© Suhadi Sahari 2007

Maknanya: “Ya Allah, Tuhan yang hidup, Tuhan yang berdiri sendiri, ya Tuhan kami. Tuhan segala sesuatu, Tuhan yang Maha Esa. Tiadda Tuhan yang patut disembah, hanya Engkau wahai Tuhan kami”. Diriwayatkan bahawa semasa zaman Nabi Sulaiman a.s, istana Ratu Balqis dari negeri Saba’ (kerajaan jin) telah dipindahkan ke dalam kerajaan Nabi Sulaiman a.s. Menurut riwayat, pemindahan tersebut telah dilakukan oleh seorang wali Allah yang bernama Usthum Al-Arif Billah. Inilah isim ‘azam (seperti di atas) yang sering diamalkan oleh wali Allah tersebut sehingga mampu melakukan sesuatu yang luar biasa. Amalkanlah sambil berniat akan hajat anda. Insya-Allah, dimakbulkan Allah. ISIM ‘AZAM 2

Maknanya: “Dan Tuhan kamu adalah Tuhan yang satu, tiada Tuhan yang patut disembah, hanya Dia yang Maha Pengasih dan Penyayang. Alif Laam Miim. Allah, Dialah Tuhan yang mutlak disembah, tiada Tuhan selain Dia, hanya Dia yang Maha Hidup dan berdiri sendiri. Aku meminta kepadaMu ya Allah, bahawa aku menyaksikan tiada Tuhan yang patut disembah selain Engkau yang Maha Esa. Engkau tempatku meminta, Engkau tidak dilahirkan dan tidak melahirkan dan tiada sesiapa pun jua yang menyekutui Engkau”. Bacalah isim ‘azam di atas dan niatkan hajat anda. Insya-Allah, segala-galanya akan dimakbulkan. Diriwayatkan oleh Imam Abi Hamid Al-Ghazali. SURAH AL-KAUTSAR

Maknanya: “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak, maka dirikanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan bekorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membencimu, dialah yang terputus daripada rahmat Allah.”. Bacalah ayat di atas sebanyak 7 kali semasa anda rasa teramcam atau takut. Insya-Allah, anda akan dilindungi oleh Allah daripada sebarang mara bahaya (ghaib dan nyata). KUN FAYAKUN

30

© Suhadi Sahari 2007

Bacakan ayat di atas dan niatkan hajat anda (seperti diselamatkan daripada segala ancaman, segala senjata tidak memberi kesan, dinampakkan oleh Allah segala kebenaran, tipu daya musuh dan seumpamanya). Insya-Allah, apa sahaja yang anda hajatkan akan tercapai dengan izin Allah. SALAMUN QAULAN

Maknanya: “Salam sebagai ucapan selamat daripada Tuhan yang Maha Penyayang.”. (Surah Yasin, ayat 58). Untuk perlindungan daripada segala jenis mara bahaya (jin, syaitan, ilmu hitam, haiwan buas, manusia dan sebagainya), bacalah ayat di atas (sekurang-kurangnya 313 kali atau sebaik-baiknya 1479 kali) selepas jam 10.00 malam. Kemudian, tadahkan tangan anda dan berdoa akan hajat anda agar selamat daripada ancaman tersebut. Insya-Allah, akan dimakbulkan Allah. SALAWAT SYIFA

Bacalah Salawat Syifa di atas sebanyak 3 kali setiap selesai sembahyang fardu secara rutin. Insya-Allah, sekiranya anda terkena penyakit zahir mahu pun batin, anda akan disembuhkan. SYAIR MUHAMMAD

31

© Suhadi Sahari 2007

Maknanya: “Untuk selama-lamanya Taha s.a.w tidak pernah bermimpi buruk. Di sepanjang zaman sama sekali beliau tidak pernah menguap. Binatang apa pun terhadap beliau tidak akan lari. Juga lalat tidak hinggap sama sekali ke tubuh indah beliau. Dalam pandangan beliau muka dan belakang adalah sama boleh dilihat. Bekas air kecil beliau tidak berbekas ditelan bumi. Hati beliau tidaklah tidur walaupun mata sudah mengantuk. Bayangan beliau tidak terlihat di pancaran matahari. Bila duduk di khalayak ramai, bahu beliau paling tinggi. Telah dikhatankan sejak lahir lagi. Kekhususan ini jika dihafal amanlah selalu. Baik daripada bahaya api, pencuri mahu pun pelbagai bencana”. Bacalah syair tersebut atau jadikanlah ia sebagai tangkal. Insya-Allah, akan terjauh dari segala bencana. ASMA PENGAMAN

Ucaplah asma di atas (“Ya Mu’min”) sebanyak 136 kali setiap hari, insya-Allah anda, keluarga dan harta benda anda akan aman daripada segala gangguan. Maknanya: “Allah yang Maha Mengamankan”. ASMA PELINDUNG

Sekiranya anda terancam oleh musuh, baik secara ghaib atau nyata, ucaplah “Ya Bashiir” sebanyak 100 kali setiap selepas sembahyang Subuh. Insya-Allah, anda akan terbebas daripada perbuatan jahat mereka dengan izin Allah. Maknanya: “Allah yang Maha Melihat”. ASMA PENYEMBUH

Apabila seseorang ahli keluarga anda sakit (sakit biasa atau luar biasa yang tidak diketahui puncanya), agar cepat sembuh bacalah “Ya ‘Azhiim” setiap hari sebanyak 1200 kali. Insya-Allah, akan cepat sembuhnya. Maknanya: “Allah yang Maha Agung”. ASMA PENDINDING

Apabila anda melewati tempat-tempat yang dipercayai atau diketahui berpenunggu atau keras, bacakan “Ya ‘Azhiim” sebanyak 12 kali dan tiupkan pada diri anda. Insya-Allah, anda akan aman daripada segala gangguan halus dari tempat tersebut. Maknanya: “Allah yang Maha Agung”. ASMA PENYELAMAT

32

© Suhadi Sahari 2007

Apabila anda berada dalam apa jua bahaya, ghaib atau nyata atau berada di dalam hutan yang banyak haiwan buasnya, maka bacalah “Ya Hafiizh” sebanyak 99 kali. Insya-Allah, anda akan selamat daripada sebarang mala petaka dan kemudaratan. Maknanya: “Allah yang Maha Memelihara”. ASMA PENGAMAN 2

Sebagai senjata bagi kita terhadap sesiapa yang berusaha mengalahkan atau membinasakan kita, ucaplah “Ya Hasiib” sebanyak 777 kali setiap pagi sebelum matahari terbit dan 777 kali lagi selepas sembahyang Mahgrib. Amalkan selama 7 hari berturut-turut bermula dengan hari Khamis. Insya-Allah, kita akan aman daripada segala gangguan orang lain. Maknanya: “Allah yang Maha Menghitung”. DIANIAYA

Jika anda dianiaya orang sama ada secara halus atau nyata, janganlah panik dan gelisah. Ucaplah “Ya Qawiyyu, ya Matiin” setiap malam, sehinggalah dihilangkan Allah perbuatan aniaya tersebut. Maknanya: “Allah yang Maha Kuat, Allah yang Maha Kukuh”. ZIKIR KEMENANGAN

Apabila anda perlukan kemenangan daripada menghadapi musuh (sama ada secara ghaib atau nyata), perbanyakkanlah zikir “Ya Mumiit” sebanyak-banyaknya. Insya-Allah, anda akan sentiasa menang. Maknanya: “Allah yang menghidupkan”. BENTENG ANCAMAN

Jika anda diancam dan cuba dibinasakan oleh musuh sama ada secara halus atau nampak, ucaplah “Ya Maani’” sebanyak 161 kali setiap kali sebelum sembahyang Subuh. Insya-Allah, anda akan selamat daripada sebarang ancaman mereka. Maknanya: “Allah yang mempertahankan”. DOA PAHLAWAN

33

© Suhadi Sahari 2007

Amalkan doa di atas. Insya-Allah, segala hajat akan dimakbulkan Allah dan akan selamat daripada sebarang ancaman musuh, haiwan buas, jin syaitan, ilmu hitam dan sebagainya. DOA NABI SULAIMAN

34

© Suhadi Sahari 2007

Barang siapa yang selalu beramal dengan doa di atas sebanyak 7 klai selepas sembahyang Maghrib, insyaAllah anda akan terlepas daripada segala bahaya dunia dan akhirat, tiada mampu dibinasakan oleh jin dan syaitan, haiwan buas, haiwan berbisa, diberi keberkatan dalam perjalanan dan lain-lain. DOA NABI YUNUS

Wiridkan terus-menerus doa Nabi Yunus (semasa di dalam perut ikan) seperti di atas. Insya-Allah, Tuhan akan melapangkan anda dan menolakkan segala bala bencana serta penyakit (zahir dan batin).

DOA SAIYIDATINA FATIMAH

Maknanya: “Ya Tuhan yang hidup dan Tuhan yang berdiri sendiriNya. Dengan rahmatMu aku memohon, janganlah membiarkan aku sekejap mata jua pun dan perbaikilah segala urusanku”. Bacalah doa di atas bila-bila masa yang di rasakan perlu. Insya-Allah, anda akan selamat daripada segala bencana. DOA SAIYIDATINA AISYAH

35

© Suhadi Sahari 2007

Maknanya: “Ya Allah, aku memohon daripada segala kebaikan yang segera tibanya atau yang bakal tiba. Yang ku ketahui atau belum. Dan aku berlindung kepadaMu dari segala kejahatan yang secara tiba-tiba atau yang bakal tiba, yang aku ketahui atau tidak ketahui”. Bacalah doa di atas bila-bila masa yang dirasakan perlu. Insya-Allah, anda akan selamat dari segala gangguan yang ghaib atau yang zahir. DOA SHEIKH ABDUL KADIR JAELANI

Amalkan membaca doa di atas sebanyak 7 kali setelah sembahyang Maghrib dan Subuh secara rutin. Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada segala musibah yang ghaib atau nyata. DOA ABI DARDA

Maknanya: “Ya Allah, Engkaulah Tuhanku. Tiada Tuhan yang patut ku sembah, hanya Engkau sematamata. Kepada Engkaulah aku bertawakkal. Engkaulah pemilik ‘Arasy yang agung. Yang Engkau kehendaki

36

© Suhadi Sahari 2007

pasti terjadi dan yang tidak Engkau kehendaki pasti tidak akan terjadi. Tiada yang Mulia, Tinggi dan Maha Kuat selain Allah yang Maha Tinggi dan Maha Besar. Aku yakin bahawa Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui atas setiap sesuatu. Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan diriku dan kejahatan orang-orang lain serta kejahatan binatang yang melata (merayap). Engkaulah yang melenyapkannya. Sesungguhnya Tuhanku atas jalan yang lurus”. Amalkanlah doa ini selalu. Insya-Allah, anda, keluarga dan harta-benda anda tidak akan dapat dimudaratkan oleh sesuatu apa pun. Diriwayatkan oleh Abi Darda r.a. DOA SELAMAT

37

© Suhadi Sahari 2007

Bacalah doa di atas selalu, terutamanya selepas sembahyang fardu 5 waktu. Insya-Allah, anda akan selamat dunia dan akhirat. DOA SELAMAT 2

Amalkan doa di atas bila-bila masa. Insya-Allah, anda akan selamat daripada sebarang bahaya. DOA MENJAGA KESELAMATAN

Amalkan membaca doa di atas. Insya-Allah, anda akan selamat daripada segala kebinasaan. DOA PEMELIHARAAN

Maknaya: “Ya Allah, peliharalah kami dengan pertolonganMu yang tiada lena, lindungilah kamni dengan lindunganMu yang tidak dapat dipaksa, rahmatilah kami dengan kudratMu, tiadalah kami binasa. Engkaulah harapan kami, ya Tuhan yang Maha Pemelihara, ya Tuhan yang memberi keselamatan, ya Tuhan tempat berserah”. Bacalah doa di atas 7 kali Subuh dan 7 kali Maghrib. Insya-Allah, anda akan selamat dari segala mara bahaya. DOA PERLINDUNGAN

Maknanya: “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan diriku dan daripada kejahatan setiap makhluk. Engkaulah yang mengendalikannya. Sesungguhnya Tuhanku atas jalan yang benar”. Bacakan doa di atas bila-bila masa yang difikirkan perlu. Insya-Allah, anda akan selamat daripada segala bencana.

38

© Suhadi Sahari 2007

DOA ELAK BAHAYA

Maknanya: “Dengan nama Allah yang tiada membahayakan sesuatu beserta namaNya oleh sesuatu di bumi dan di langit. Dialah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. Amalkan membaca doa di atas sebanyak 3 kali setiap selepas sembahyang Subuh dan Maghrib. InsyaAllah, anda akan selamat daripada segala jenis mara bahaya. DOA TOLAK BALA

Bacalah doa di atas bila-bila masa, terutamanya selepas sembahyang 5 waktu. Insya-Allah, anda akan terjauh daripada segala perbuatan ghaib dan nyata yang boleh memudaratkan. MEMBAKAR JIN Sekiranya ada seseorang yang diganggu jin (atau makhluk halus), dekatilah orang tersebut dan azanlah di telinganya 7 kali. Lanjutkan dengan bacaan Al-Fatihah, Al-Falaq, An-Naas, Ayat Kursi, Surah AshShaaffaat, akhir Surah Al-Hasyr dan Surah Ath-Thaariq. Insya-Allah, jin (atau makhluk halus) tersebut akan terbakar dan tidak akan mengganggu lagi. PENGADANG JIN Jika anda atau ahli keluarga terkena gangguan jin, kerasukan dan sebagainya, bacalah Surah Yasin 1 kali, Surah Al-Falaq 1 kali dan Surah An-Naas 1 kali. Insya-Allah, jin atau syaitan tersebut akan lari sejauhjauhnya. PENDINDING HANTU SYAITAN

39

© Suhadi Sahari 2007

Sebagai pendinding diri daripada segala jenis makhluk halus, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah AnNaas. Insya-Allah, ia akan menjadi pendinding yang kukuh daripada gangguan hantu syaitan. BISMILLAH HAJAT Amalkanlah membaca “Bismillahirrahmanirrahim” sebanyak 1000 kali setiap hari dan setiap kali memulakan sesuatu bacakan juga “Bismillahirrahmanirrahim”. Insya-Allah, segala niat hati anda akan ditunaikan oleh Allah. Contoh: Sekiranya anda ingin minum atau makan di rumah orang yang diragui, bacalah “Bismillahirrahmanirrahim”, insya-Allah anda dalam pelindungan Allah dan tidak akan mendatangkan kesan apa jua sesuatu yang boleh memudaratkan dengan izin Allah. PERISAI AL-FATIHAH Jika seseorang (atau anda sendiri) ingin bepergian atau belayar, bacalah Surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali dan tiupkan ke belakang orang tersebut (atau anda sendiri). Insya-Allah, anda akan selamat dan dalam pemeliharaan Allah. FATIHAH PENYEMBUH Tuliskan Surah Al-Fatihah pada sebuah mangkuk bersih dengan memisahkan huruf-hurufnya satu-satu. Kemudian, leburkan dengan air dan berilah minum pada orang yang sakit (apa jua termasuk terkena sihir, sakit biasa, termakan racun, disengat atau dipatuk ular dan lain-lain). Insya-Allah, akan sembuhlah dia dengan izin Allah. AL-FATIHAH 100 Bacalah Al-Fatihah 100 kali setiap hari iaitu 20 kali selepas setiap sembahyang fardu. Insya-Allah, Allah akan memberikan perlindungan daripada segala merbahaya, dijauhkan daripada gangguan jin dan syaitan, dimurahkan rezekinya, diperbaiki hal-ehwalnya, dibersihkan hatinya, diangkat darjatnya, dimudahkan pekerjaannya, dilepaskan daripada segala dukacita, dijauhkan daripada mudarat, diberi kerajinan dan semangat, tidak akan kecewa, diilhamkan kebajikan kepadanya dan seumpamanya. AL-FATIHAH 41 Sekiranya terdapat seseorang yang terkena kerasukan makhluk ghaib atau terkena gangguan jin, bacalah Al-Fatihah sebanyak 41 kali pada air di dalam bekas. Kemudian, berilah dia minum. Sapulah ke muka, kepada ke-2 belah tangan, kaki, perut dan mana-mana anggota yang nyata. Insya-Allah, akan sembuhlah dia dari segala penyakit tersebut. PERISAI YASIN Sekiranya anda berada dalam ancaman musuh, bacalah Surah Yasin 1 kali dan sambungkan dengan bacaan di bawah: “Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah Pemurah Penyayang. Dengan nama Allah yang tiada Tuhan selain Dia, hidup dan berdiri sendiriNya. Dengan nama Allah yang tiada Tuhan selain Dia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Dengan nama Allah yang tiada membinasakan dengan namaNya akan sesuatu di bumi dan di langit. Dialah yang amat berkuasa dan mengetahui. Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung dari kejahatan …(sebut namanya (jika tahu))… Insya-Allah, anda akan selamat daripada segala ancaman tersebut dan jauh daripada sebarang bencana. PENAWAR YASIN Sekiranya terdapat seseorang terkena sihir, guna-guna, penyakit biasa dan seumpamanya, sediakanlah sebuah bekas atau mangkuk putih dan tuliskan Surah Yasin sepenuhnya (menggunakan air mawar,

40

© Suhadi Sahari 2007

kamkuma atau seumpamanya). Kemudian, lunturkan dengan air hujan. Berilah minum kepada orang tersebut. Insya-Allah, akan sembuhlah dia dengan izin Allah. RAHSIA BACAAN KURSI Barang siapa membaca Ayatul Kursi 1 kali (sebelum memulakan sesuatu atau sebagai amalan), maka akan terhapuslah segala kecelakaan dan mara bahaya. Dibacakan 2 kali, akan tertulis di kalangan orang yang bahagia. Dibacakan 3 kali, akan meminta keampunan baginya para malaikat. Dibacakan 4 kali, para ambia akan memintakan syafaat baginya daripada Allah. Dibacakan 5 kali, akan tertulis di kalangan orangorang yang beroleh kebajikan. Dibacakan 6 kali, sekalian ikan di laut akan meminta keampunan untuknya dan dipelihara dirinya daripada segala kejahatan syaitan. Dibacakan 7 kali, ditutupkan Allah baginya 7 pintu neraka. Dibacakan 8 kali, dibukakan Allah baginya 7 pintu syurga. Dibacakan 9 kali, disampaikan dan dimakbulkan permintaannya dunia dan akhirat dan jika dibacakan 10 kali, Allah akan melimpahi rahmat dan belas kasihan kepadanya, dikasihi Allah dan dijauhkan segala azabNya. AYATUL KURSI Bacakan Ayatul Kursi di dalam rumah, maka akan tersingkirlah syaitan selama 30 hari dan tidak akan dimasuki oleh tukang sihir (ilmu hitam) lelaki dan perempuan selama 40 hari. AYATUL KURSI 2 Bacalah Ayatul Kursi sewaktu hendak keluar rumah. Insya-Allah, malaikat akan mengawal dan memeliharanya. Amalkanlah. BENTENG KURSI Ketika anda rasa terancam oleh sesuatu (ghaib atau nyata), bacalah Ayatul Kursi 7 kali sambil memakrifatkan adanya benteng-benteng di sekeliling anda (1 bacaan benteng di bawah, 1 bacaan benteng di kanan, 1 bacaan benteng di kiri, 1 bacaan benteng di atas, 1 bacaan benteng di hadapan, 1 bacaan benteng di belakang, 1 bacaan benteng di segenap 6 penjuru tersebut). Insya-Allah, tiada satu musibah pun yang mampu membinasakan anda kerana adanya benteng tersebut. Amalkanlah. PENDINDING AYATUL KURSI Bacalah Ayatul Kursi 7 kali pagi dan 7 kali petang. Bacakan juga ketika keluar atau masuk ke rumah, ketika hendak tidur dan sebagainya. Insya-Allah, tiada satu pun kuasa sihir (ilmu hitam) atau makhluk suruhan yang jahat mampu membinasakan anda. Anda akan digeruni oleh sekalian musuh yang nyata atau yang ghaib. PEMBALIT QULHU Jika anda berhadapan dengan seseorang yang diragui menggunakan guna-guna, sihir (ilmu hitam), pukau, santau, pitunduk, patak dan seumpamanya, sewaktu berjabat tangan dengannya bacakanlah Surah AlIkhlas (Qulhu) sambil menggenggam erat tangannya itu. Insya-Allah, segala jenis ilmu hitam tersebut tidak akan memberi kesan, malah akan dibalikkan kepada pengamalnya sendiri dengan izin Allah. PAGAR LIILA Untuk melindungi diri daripada pelbagai perbuatan khianat (diracun, disantau, dikenakan guna-guna dan lain-lain), bacalah “Li-ila fi quraisyin…” (sehingga akhirnya) sebanyak 3 kali dan niatkan agar Allah melindungi keselamatan anda. Insya-Allah, anda akan dipelihara Tuhan. PAGAR KAUTSAR

41

© Suhadi Sahari 2007

Sebagai penjaga diri dan keselamatan, bacalah Surah Al-Kautsar sebanyak 7 kali dan dan niatkan agar anda selamat daripada segala bencana. Insya-Allah, anda akan selamat. PERISI BADAN Sekiranya anda pergi ke sesuatu tempat yang diragui, bacalah “Li-ila fi quraisyin…” (sehingga akhirnya) dan “Innallaha qawiyun aziz”. Insya-Allah, anda akan dipelihara oleh Allah daripada segala mara bahaya dan perbuatan khianat atau ilmu hitam. PERISAI TIDUR Bacalah Ayatul Kursi ketika hendak tidur. Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada segala kejahatan jin, syaitan, manusia dan haiwan. PENJAGA TIDUR Apabila anda berbaring untuk tidur, bacalah Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas. Insya-Allah, sentosalah anda di dalam tidur daripada segala yang boleh memudaratkan. Diriwayatkan oleh Anas r.a. PAGAR TIDUR Sebagai penjaga diri agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini atau mara bahaya semasa anda sedang tidur, bacalah Surah Al-Fatihah 1 kali, Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq 1 kali dan Surah AnNaas 1 kali. Insya-Allah, anda akan selamat dengan izin Allah dan terpelihara daripada segala gangguan jin dan syaitan semasa anda tidur. PENDINDING TIDUR Bacakan “Bismillahirrahmanirrahim” sebanyak 21 kali sebelum tidur. Insya-Allah, anda akan terjauh daripadada syaitan dan ilmu hitam dengan izin Allah. BUATAN ORANG Sekiranya anda (atau sesiapa sahaja) terkena buatan orang atau jin syaitan, hendaklah anda membaca Surah Al-Falaq dan An-Naas sebanyak 41 kali selama 3, 5 atau 7 hari berturut-turut. Insya-Allah, akan sembuh. PENJAGA HELAH MUSUH Menurut Imam Al-Ghazali, sesiapa yang mengamalkan sembahyang Sunat Subuh 2 rakaat, pada rakaat pertama membaca “Inna anzalna hufi lailatil qadr…” (sehingga akhirnya) dan pada rakaat ke-2 pula membaca “Alam tarakai fa-fa’ala rabbuka bi-ash-ha bilfil…” (sehingga akhirnya). Insya-Allah, musuh yang berniat membinasakan anda (baik secara batin atau zahir) tidak akan mampu memperdayakan anda melainkan dinampakkan oleh Allah jua. HISTERIA Sekiranya ada gadis-gadis yang diserang histeria, meracau-racau, menjerit dan tidak sedar di mana berada, bacalah di kepalanya Ayatul Kursi 11 kali. Kemudian, semburkan air ke mukanya. Insya-Allah, segala jin dan makhluk halus yang menguasainya akan lari meninggalkan jasad tersebut. PENGSAN Jika seseorang mengalami pengsan sama ada kerana penyakit ghaib atau penyakit umum, sapukanlah air ke mukanya dan bacakan Ayatul Kursi sebanyak 11 kali di kepalanya. Insya-Allah, dia akan sedar dan pulih dengan cepat.

42

© Suhadi Sahari 2007

RAJA PENAWAR 2 Tadahkan air hujan (sebaiknya hujan pertama turun setelah kemarau panjang) yang turunnya terus dari langit ke dalam bekas bersih. Tuangkan ke dalam tempat bertutup (plastik, botol dan seumpamanya). Bacakan ke dalamnya Surah Al-Fatihah 70 kali, Surah Al-Ikhlas 70 kali, Surah Al-Falaq 70 kali, Surah An-Naas 70 kali dan Ayat Kursi 70 kali. Air bacaanini adalah raja segala penawar, gunakanlah ia untuk penyakit luaran atau dalaman, penyakit nyata atau ghaib. RAJA PENAWAR 3 Kumpulkan air hujan yang turunnya terus dari langit (tanpa terkena alang, atap, zink atau seumpamanya). Kemudian, bacakan padanya Surah Al-Fatihah 70 kali, Surah Al-Ikhlas 70 kali, Surah Al-Falaq 70 kali, Surah An-Naas 70 kali, “Inna anzalna hufi lailatil qadr…” (sehingga akhirnya) 70 kali, “Subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar” 70 kali dan “La haula wala qu-wata illa billahil ‘aliyil ‘adzim” 70 kali. Kemudian, air tersebut jadikan air minuman dan mandian selama 7 hari berturutturut. Insya-Allah, akan terjauhlah daripada segala jenis bala bencana dan penyakit zahir batin. PEMULIH Sekiranya seseorang tidak sedarkan diri tanpa sebab-sebab yang diketahui, bacalah Ayatul Kursi sebanyak 50, 170 atau 313 kali selama 3, 7 kali atau lebih kepadanya. Insya-Allah, segala-galanya akan pulih dan sembuh seperti sebelumnya. PENYEMBUH Bacakan “Bismillahirrahmanirrahim” sebanyak 100 kali sekiranya anda atau seseorang terkena penyakit (zahir dan batin) selama 3 hari berturut-turut. Insya-Allah, akan sembuh penyakitnya.

43

© Suhadi Sahari 2007

B) AMALAN MELALUI TANGKAL AZIMAT SYAITAN MERASUK

Tuliskan azimat di atas dan pakaikan pada orang yang kerasukan syaitan. Insya-Allah, akan sembuhlah dia. KERASUKAN

Tuliskan ayat di atas pada kertas putih dan jadikan azimat. Gunakanlah pada pesakit tersebut. Insya-Allah, mujarab. MENGUSIR JIN DAN SYAITAN

Tulis ayat di atas pada sepotong kertas bersih dengan tinta Jafaran (atau seumpamanya) pada bulan Muharram. Kemudian, lunturkan dengan air. Air tersebut percik-percikkan ke-4 penjuru rumah. InsyaAllah, segala jin dan syaitan akan lari meninggalkan rumah tersebut. GANGGUAN JIN

44

© Suhadi Sahari 2007

Tuliskan Surah Al-Hasyr dan ayat pertama sampai ke-4 daripada Surah Al-Jinn pada kertas putih tanpa garisan. Jadikanlah azimat dan ikatkan pada lengan kanan. Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada segala gangguan jin, syaitan dan ilmu hitam. PENOLAK JIN

Carikan kain kapas bewarna biru dan tuliskan ayat-ayat di atas. Untuk tintanya, sebaik-baiknya gunakanlah minyak Misk atau Jafaran. Jadikan azimat dan kalungkan ke leher. Insya-Allah, akan sembuhlah dia daripada segala gangguan makhluk halus. Setelah sembuh benar, bakarlah azimat tersebut dan abunya ditanam untuk menghormati ayat-ayat Al-Quran. PENOLAK JIN 2

45

© Suhadi Sahari 2007

Tulislah azimat di atas pada kertas putih yang bersih dengan tinta Jafaran (dan seumpamanya). Kemudian, letakkan atau lekatkan pada rumah. Insya-Allah, segala jin dan makhluk halus akan lenyap meninggalkan rumah tersebut. KETEGURAN

Tuliskan ayat di atas pada sekeping kertas dan pakaikanlah sebagai tangkal pada orang yang keteguran makhluk halus. Insya-Allah, dia akan selamat dan disembuhkan Allah. PENOLAK SIHIR

46

© Suhadi Sahari 2007

Tuliskan ayat di atas pada kertas putih yang bersih. Jadikan azimat dan pakaikan. Insya-Allah, sekiranya seseorang itu terkena sihir, akan sembuhlah dia. Jika dipakai, tidak akan memberi kesan sihir ke atasnya. TERKENA GUNA-GUNA Sekiranya ada sesiapa terkena ilmu guna-guna, ilmu hitam atau sihir, hikmat jahat dan seumpamanya, tuliskan ayat di bawah ke dalam pinggan putih:

Kemudian, bacakan Surah Al-Fatihah 10 kali pada air bersih. Lalu, lunturkan tulisan tersebut dengan air bacaan tadi dan berilah dia meminumnya. Lakukan selama 40 hari. Dalam tempoh berubat, tuliskanlah ayat di bawah dan jadikanlah sebagai azimat. Insya-Allah, akan disembuhka Allah.

TANGKAL BISMILLAH

Tuliskan ucapan “Bismillahirrahmanirrahim” di atas sebanyak 625 kali pada kertas putih dan jadikanlah sebagai azimat. Insya-Allah, anda akan hebat di mata sekalian makhluk, menjadi penggerun kepada jin dan manusia (yang berniat jahat) dan memelihara diri daripada sebarang kecelakaan.

47

© Suhadi Sahari 2007

WAKAF FATIHAH

Tulislah wakaf Al-Fatihah di atas dan gunakan sebagai tangkal. Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada segala bala bencana, segala perbuatan khianat manusia dan segala gangguan jin dan makhluk halus. TANGKAL AYATUL KURSI

48

© Suhadi Sahari 2007

Tuliskan ayat-ayat yang tertera di atas, kemudian jadikan tangkal. Insya-Allah, anda (atau pemakainya) akan jauh dari segala hantu syaitan, polong, pelesit, jin dan Ifrit serta tidak akan menemui sesuatu yang tidak diingini. Anda akan dilindungi oleh benteng yang kukuh dari segala angkara dan pancaroba. PENJAGA DIRI

49

© Suhadi Sahari 2007

Tulis ayat di atas pada sepotong kertas atau kain bersih dengan tinta Jafaran (atau seumpamanya). Setelah bersembahyang, bacalah ia sebanyak 40 kali. Tangkal tersebut jadikanlah pengikat pinggang. Insya-Allah, anda akan selamat dari segala ancaman jin dan syaitan. PAGAR TAHMID

Tuliskan ayat di atas dan jadikanlah tangkal yang diikat pada lengan kanan. Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada sebarang perbuatan jahat, sihir, haiwan merbahaya dan khianat manusia dengan izin Allah. SELAMAT DARI BAHAYA

Ayat ini tuliskan pada sepotong kertas bersih dengan tinta Jafaran (atau seumpamanya) dan jadikan tangkal. Insya-Allah, anda akan selamat daripada sebarang bahaya jin, syaitan mahu pun manusia. BAYI DIGANGGU SYAITAN

Tuliskan azimat di atas dan gunalah pada bayi dan kanak-kanak. Insya-Allah, terjauhlah segala gangguan halus padanya. BAYI SELALU TERKEJUT

50

© Suhadi Sahari 2007

Sekiranya bayi atau anak anda selalu terkejut semasa tidur malam, tulislah ayat di atas dan gantungkan di tempat tidurnya. Atau letakkan di bawah bantalnya. Insya-Allah, akan sembuh dia dengan izin Allah. BAYI PAYAH TIDUR

Jika bayi atau kanan-kanak selalu susah hendak tidur berkemungkinan kerana gangguan makhlukmakhluk halus, tuliskan azimat ini dan letakkan di tempat tidurnya. Insya-Allah, masalah tersebut akan selesai. BAYI MENANGIS TAK HENTI

Carikan emas putih dan tuliskan huruf-huruf di atas. Letakkan di tempat tidur kanak-kanak tersebut. Insya-Allah, hilanglah gangguan jin dan syaitan tersebut. BAYI SELALU TERKEJUT 2

Tuliskan ayat di atas pada kertas putih dan jadikan tangkal untuk bayi tersebut. Insya-Allah, hilanglah gangguan ghaib tersebut. SAWAN TANGIS

51

© Suhadi Sahari 2007

Jika kanak-kanak selalu menangis tak henti tanpa sebab-sebab yang pasti, tuliskan ayat di atas dan jadikan tangkalnya atau letakkan di tempat tidurnya. Insya-Allah, mujarab. ELAK TERKEJUT

Jika bayi atau kanak-kanak selalu terkejut, tuliskanlah ayat di atas dan jadikan azimat. Insya-Allah, mujarab. TERKEJUT MALAM

Tuliskan ayat di atas dan pakaikan pada kanak-kanak yang selalu terkejut di malam hari. Insya-Allah, akan hilang masalahnya itu. BAYI TERKEJUT

Tuliskan ayat di atas pada kertas putih dan pakaikan pada kanak-kanak tersebut. Insya-Allah, hilang penyakit terkejutnya itu dengan izin Allah. BAYI JANGAN MENANGIS Tuliskan “Bismillahirrahmanirrahim”, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq juga Surah An-Naas dan jadikan sebagai tangkal kanak-kanak tersebut. Insya-Allah, terhindar dia daripada segala gangguan halus dan berhentilah menangisnya. AYAT 5 Tuliskan Ayat 5 (juga dikenali sebagai Ayat Nashr) dan jadikan azimat. Insya-Allah, ia akan menjadi pelindung yang teguh dan penolak kejahatan daripada sekalian makhluk yang boleh memudaratkan.

52

© Suhadi Sahari 2007

C) AMALAN MELALUI JAMPI MENTERA RAMBAS HANTU JEMBALANG Bismillahirrahmanirrahim. Hai jin yang sememangnya aku tahu asal engkau, Jika engkau meniarap makan darah bapamu, Jika engkau melintang makan darah ibumu, Jika engkau mengiring sebelah kanan makan darah kakakmu, Jika mengiring sebelah kiri makan darah adikmu. Jika ke dunia Sang Ghaya namamu, Jika mengiring sebelah kiri Sang Bisa namamu, Jika mengiring sebelah kanan Sang Halik namamu, Jika ke bawah Sang Salik Nganga Tepuk namamu, Jika ke atas Sang Juna namamu. Nyahlah engkau dari sini, Jika tiada engkau nyah dari sini, Durhakalah engkau kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Dimasuk engkau ke dalam Neraka Jahannam. Berkat doa Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah. Sah! Pindah kepada laut. Subhanallah! Cara mengamalkannya: Sekiranya seseorang dirasuk oleh hantu jembalang atau apa jua makhluk halus, sediakanlah perasapan kemenyan dan ambillah beras 1 genggam. Bacaan mentera di atas dan pukul-pukullah beras itu dari kepala hingga ke kaki pesakit 3 kali berturut-turut. Insya-Allah, akan larilah makhluk halus yang mengganggu itu dengan izin Allah. JAMPI SIAM Untuk menghalau makhluk halus, jin atau syaitan yang mengganggu atau merasuk seseorang, boleh juga dijampikan dengan mentera Siam di bawah. Terlebih dahulu, siapkan perasapan kemenyan dan bacakan mentera ini: “Ting pang paci karai dam, Ding-ti lung ku tiung-tiung, Kui nang cung-pi ‘u-ari, Ma-ping lemau king juk. Kebuang hupi, Maping lemau king juk, Ken jum-ku kelai tam tiit. Insya-Allah, akan lari makhluk halus yang mengganggu tersebut dengan izin Allah. PUSAKA NABI SULAIMAN

53

© Suhadi Sahari 2007

Bismillahirrahmanirrahim. Innahu min Sulaiman, Wa innahu bismillahirrahmanirrahim. 7 petala langit 7 petala bumi, Yang tajam jadi tumpul, Yang bisa jadi penawar, Yang keras jadi lembut, Yang gagah jadi penakut, Yang panas jadi sejuk, Yang berat jadi ringan, Yang bernyawa tunduk patuh, Mendengar seruanku. Berkat Pusaka Nabi Sulaiman. Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah. Cara mengamalkannya: Bacakan mentera di atas bila-bila masa terutamanya sewaktu ingin keluar rumah, sewaktu hendak tidur, sewaktu rasa terancam dan sebagainya. Insya-Allah, anda tidak akan binasa oleh semua musibah, sama ada yang ghaib atau nyata. Amalkanlah. PERISAI BISMILLAH Bismillahirrahmanirrahim. Bismillah akan payungku, Ar-Rahman akan pagarku, Ar-Rahim akan biniku. Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah. Cara mengamalkannya: Amalkan membaca mentera di atas bila-bila masa yang anda rasakan perlu terutamanya semasa keluar rumah, semasa ingin tidur, semasa bermusafir dan seumpamanya. Insya-Allah, tiada satu pun musibah atau ancaman yang mampu membinasakan anda dengan izinNya. PAYUNG BISMILLAH Bismillahirrahmanirrahim. Bismillahirrahmanirrahim payung aku, Jibrail kuat aku, Malaikat 44 pagar aku. Aku berjalan dengan kuasa Allah, Aku melenggang dengan melenggang Muhammad, Bukan kata aku, Kata Allah. Berkat doa Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

54

© Suhadi Sahari 2007

Cara mengamalkannya: Setiap hari terutamanya semasa keluar rumah, bacalah mentera di atas. Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada segala jenis kecelakaan. ISIM SI PUTAR BALIT Bismillahirrahmanirrahim. Allah humma ta balir, Isim balir qur’an balir, Ma kun patak. Pulang kepada orang empunya patak, Hikmat pulang kepada orang empunya hikmat. Besaran Allah, Malik! Malik! Malik! Kun kata Allah, Fayakun kata Muhammad. Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah. Cara mengamalkannya: Sekiranya anda atau seseorang terkena buatan orang seperti patak, guna-guna, santau, serangan ghaib, polong, hantu raya, ilmu hitam dan seumpamanya, sediakanlah 7 jenis bunga (dengan melur sebagai ibu bunga). Kemudian, bacakan mentera di atas pada segelas air minuman sambil merendamkan sekerat jari manis anda ke dalamnya sebentar dan berilah minum. Kemudian, sediakan air mandian dan letakkan bunga-bunga tersebut, bacakan mentera itu lagi sambil merendamkan sekerat jari manis anda ke dalamnya sebentar dan berilah mandi padanya (sebaik-baiknya pada waktu Maghrib). Lakukan beberapa kali. InsyaAllah, akan disembuhkan daripada penyakit tersebut dan ilmu tersebut akan dikembalikan balik kepada orangnya sendiri dengan izin Allah. RATENA TERBALIK Bismillahirrahmanirrahim. Summa Rakiah terbalik Rakiah, Summa Ratena terbalik Ratena, Ratena terbalik kepada kamu sendiri, Makanlah jantung hati kamu sendiri. Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah. Cara mengamalkannya: Sekiranya anda terkena sihir (ilmu hitam) seperti racun santau, tuju angin, patak, polong, hantu raya, serangan gimbar kafir, dimatakan dan seumpamanya, bacakan mentera di atas pada segelas air minuman atau pada air mandian. Kemudian, berilah minum atau mandi (sebaiknya mandilah pada waktu Maghrib). Insya-Allah, akan hilang dan disembuhkan Allah, malah diterbalikkan ilmu hitam itu kepada yang empunyanya sendiri dengan izin Allah.

55

© Suhadi Sahari 2007

DOA BALIT BALA Bismillahirrahmanirrahim. Allahu ma-innu wa ma-in naiu, Wa bala’ wa balitkan. Segala jin dan manusia, Segala syaitan, kejahatan dan iblis, Kembalikan kepada orang yang empunya sendiri. Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah. Cara mengamalkannya: Untuk mengubati seseorang (atau anda sendiri) yang terkena buatan santau, polong atau apa jua ilmu hitam, suruhlah orang tersebut untuk menyediakan sebilah pisau lipat yang belum dibuka, ayam kampung seekor (sebaik-baiknya putih) dan kain putih sepanjang 3 ela. Pada jam 3 pagi, dudukkan dia di atas tangga (3 tingkat dari bawah) dan mandikan dia dengan air bacaan mentera di atas (3 kali baca). Insya-Allah, akan disembuhkan dan pelaku ilmu hitam tersebut akan menerima akibat perbuatannya sendiri dengan izin Allah. DOA ILMU ALLAH Bismillahirrahmanirrahim. Ussalli far’ie yatallah, Jasad aku dikandung Rasulullah, Roh aku di tempat Allah, Tidur aku di dalam ilmu Allah. Tuhan menjadikan engkau, Maka engkau menjadi, Tuhan tidak menjadi engkau, Maka engkau tidak menjadi. Terus jernih, Tidak beruras-ruras, Wadi-wadi mani-manikam. Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah. Berkat aku memakai Doa Ilmu Allah. Cara mengamalkannya: Sebelum anda tidur, bacakan mentera di atas 5 kali. Iaitu setiap 1 pada 4 penjuru rumah dan 1 kali bacaan di tengah-tengah rumah. Insya-Allah, segala penghuni rumah tersebut akan selamat daripada sebarang ancaman dan gangguan semasa tidur (pada malam tersebut) dengan izin Allah. DOA ASAL MULA Bismillahirrahmanirrahim. Hai! Aku tahu asal mula menjadi,

56

© Suhadi Sahari 2007

Madain nama bapamu, Mardius nama ibumu, Syinrin wa anrin. Nila potong baju potong, Nila mas baju mas. Ah-ah! Di-di! Mutu sajuk mutu, Inna ana amana. Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah. Cara mengamalkannya: Sebelum anda minum atau makan di rumah orang yang diragui kejujurannya, bacalah mentera di atas. Insya-Allah, sekiranya terdapat racun nyata (dadah, ubat tidur, racun dan lain-lain) atau racun ghaib (santau, tuju, guna-guna dan seumpamanya), ia tidak akan memberi kesan dengan izin Allah. DOA JADI DI MATA Bismillahirrahmanirrahim. Assalamua’alaikum Jibrail, Mikail, Israfil, Izrail. Wala khaula wala quwata illa billahil ‘aliyil adzim. Terhajat di hati tercita di mata, Sah! Jadi di mata. Kun fayakun. Kudrat Allah Ta’ala, Tuhan semesta alam. Berkat aku memakai Doa Jadi Di Mata. Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah. Cara mengamalkannya: Bacakan mentera di atas dan makrifatkan hajat anda. Insya-Allah, apa yang anda hajatkan akan dimakbulkan Allah. Mentera ini boleh digunakan untuk penjaga keselamatan agar menjadi benteng pada diri anda dan ribuan guna yang lain (serbaguna). KALIMAH SERBAGUNA Bismillahirrahmanirrahim. Lailahaillallah (300,000 kali) Cara mengamalkannya: Bacakan kalimah di atas sebanyak 300,000 kali dalam jangka masa 30 hari (berturut-turut). Bermakna 10,000 kali untuk sehari semalam. Atau 2,000 kali setiap selesai sembahyang fardu. Kalimah ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan termasuklah untuk keselamatan diri mahu pun sebagai pembinasa musuh (sama ada ghaib atau nyata) yang cuba memudaratkan. Setelah lengkap 30 hari mengamalkannya, pada

57

© Suhadi Sahari 2007

masa anda memerlukannya, cukup dengan membacanya 3 kali dan berniat di dalam hati agar musuh yang jahat, jin syaitan atau haiwan buas yang ganas tersebut akan teruk binasa. Atau bacakan dan tiupkan ke tangan sebelum menumbuknya. Insya-Allah, apa jua jenis musuh akan kalah dengan izin Allah. PANDANGAN BATIN Bismillahirrahmanirrahim. Ya Bathin Cara mengamalkannya: Setiap kali selesai sembahyang fardu, ucapkan asma di atas sebanyak 300 kali. Amalkan mengamalkannya selama 30 hari. Pantang: Semasa mengamalkannya, anda tidak dibenarkan untuk memakan makanan yang bernyawa termasuk telur. Insya-Allah, anda akan dikurniakan dengan pandangan makrifat dan mampu melihat benda-benda ghaib dengan izin Allah.

58

© Suhadi Sahari 2007

D) AMALAN MELALUI GIMBAR GHAIB PEDANG SAIYIDINA ALI Bismillahirrahmanirrahim. Qul malikal haq! (3 kali) Cara mengamalkannya: Semasa makan nasi gunakanlah tangan. Selepas habis makan cucilah tangan anda dengan air bersih. Setelah itu, ‘asah’lah tangan anda seperti ilustrasi di bawah sambil membaca kalimah di atas sebanyak 3 kali (1 kali baca, tiup dan asah 1 kali).

Kesan amalan ini: Amalkanlah selalu sehingga ia sebati dengan diri anda. Ini adalah jurus pukulan jarak jauh untuk para pahlawan. Sekiranya dilakukan semasa berlawan dengan musuh (sama ada manusia, jin syaitan, haiwan buas dan sebagainya), insya-Allah ia akan memutuskan organ-organ dalaman musuh. Malah kedua-dua telapak tangan anda akan menjadi sangat berbisa dan merbahaya. Pantang : Jangan sekali-kali menampar anak, isteri atau anggota keluarga anda sendiri. Boleh menyebabkan orang tersebut gila.

59

© Suhadi Sahari 2007

KALIMAH PUTIH Bismillahirrahmanirrahim. Asyhaduan Lailahaillallah, Wa asyhaduanna Muhammaddar rasulullah. Kalima…, lima…, limah pu…tih. Asyhaduan Lailahaillallah, Wa asyhaduanna Muhammaddar rasulullah. Cara mengamalkannya: Lakukanlah sembahyang fardu 5 waktu setiap hari. Selepas sembahyang, tetaplah dalam keadaan duduk seperti bertahayat akhir. Bacalah kalimah di atas dan tarik nafas anda sedalam-dalamnya sehingga tiada lagi yang dapat ditarik (seperti ilustrasi di bawah).

Ulangi sehingga 3 kali. Amalkan sehingga 40 hari. Semasa dalam tempoh mengamalkannya, berkemungkinan anda akan didatangi oleh ‘penjaga’ kalimah ini (pelbagai rupa). Jangan takut! Teruskan. Itulah sahabat anda sewaktu anda memerlukan bantuan. Sewaktu anda berhadapan dengan musuh (sama ada manusia, jin syaitan, haiwan buas dan sebagainya), amalkanlah ia sebelum berlawan. Kesan amalan ini: Insya-Allah, hati anda akan sentiasa tenang dan tidak mudah takut menghadapi sesiapa atau sesuatu. Aliran darah anda akan menjadi deras dan hangat sehingga boleh dirasa di kelopak mata (semasa anda menutup mata). Namun, anda akan kerap menghadapi cubaan-cubaan yang akan menguji kesabaran anda. Pantang: Jangan melakukan maksiat terutamanya zina dan meminum arak. Tidak digalakkan mengamalkannya di rumah yang mempunyai anak kecil berumur kurang 2 tahun, boleh menyebabkannya menangis tanpa henti dan terkejut semasa tidur. ISIM PENGUAT ANGGOTA

60

© Suhadi Sahari 2007

Bismillahirrahmanirrahim. Hak ki fa kaf Cara mengamalkannya: Selepas sembahyang fardu 5 waktu atau selepas mandi pagi (atau bila-bila masa), kuncikan sendi-sendi anda sambil membaca isim di atas. Dimulai dengan mengunci sendi tangan kanan (menggunakan telapak tangan kiri) sambil menyebut “Hak!”. Kemudian, kuncian sendi pergelangan tangan kanan sambil menyebut “ki!”, kuncian sendi siku kanan sambil menyebut “fa!” dan kuncian sendi bahu kanan sambil menyebut “kaf!”. Kemudian, tarik nafas mendalam, tahan nafas, keraskan tangan dan tumbuk-tumbukkan ke hadapan sebanyak 3 kali. Lakukan di sebelah tangan kiri juga (menggunakan telapak tangan kanan). Teruskan mengunci sendi kaki kanan (menggunakan telapak tangan kiri) sambil menyebut “Haq!”. Kemudian, kuncian sendi pergelangan kaki kanan sambil menyebut “ki!”, kuncian sendi lutut kanan sambil menyebut “fa!” dan kuncian sendi pangkal paha kanan sambil menyebut “kaf!”. Kemudian, tarik nafas mendalam, tahan nafas, keraskan kaki dan tendang-tendangkan ke hadapan sebanyak 3 kali. Lakukan di sebelah kaki kiri juga (menggunakan telapak tangan kiri). Amalkan sekurang-kurangnya 40 hari, sehingga ia sebati dengan diri anda. Dalam tempoh mengamalkannya, ada kemungkinan anda akan didatangi oleh ‘penjaga’ amalan ini (pelbagai rupa). Jangan takut! Teruskan. Dia adalah sahabat anda pada saat-saat yang anda perlukan. Kesan amalan ini: Insya-Allah, anda akan menjadi pemberani dan tidak mudah takut. Cuba anda rasakan sendiri perbezaannya, bila-bila masa terutamanya semasa anda ingin tidur atau berehat. Kadang-kadang tangan atau kaki anda tergerak-tergerak ke sisi secara sendiri. Jangan takut! Ia adalah sebahagian daripada kesannya, tiada apa yang mudarat. Namun, anda mungkin akan kerap menghadapi cubaan yang akan menguji kesabaran anda. Jika boleh, sabarlah. Jika tidak tahan, lepaskan pukulan anda ke dinding (atau ke sesuatu yang tidak bernyawa). Pantang: Jangan melepaskan sesuka hati pukulan tangan dan kaki anda kepada orang lain lebih-lebih lagi anak, isteri dan anggota keluarga. Boleh menyebabkan mangsa menjadi gila atau sukar diubati. Sekiranya anda tidak dapat mengawal kemarahan anda, lepaskanlah tumbukan anda pada dinding atau benda yang tidak bernyawa. AMALAN 1 MINGGU Amalan ini harus dimulakan pada petang Ahad (selepas Maghrib) dan diakhiri pada petang Ahad juga. Ia hendaklah diamalkan setiap hari berturut-turut, jika terputus maka batallah amalan tersebut dan perlu diulang mengamalkannya. Hari Ahad: Selepas Maghrib, hadiahkan Surah Al-Fatihah 1 kali kepada guru yang memberi amalan ini dan bacalah sebanyak 500 kali ucapan:

Anda akan dipelihara seramai 5000 malaikat. Pantang: Jangan makan sirih pinang dan ramuannya seperti gambir, kapur, jintan dan seumpamanya selama sehari semalam.

61

© Suhadi Sahari 2007

Hari Isnin: Selepas Maghrib, bacalah sebanyak 400 kali ucapan:

Anda akan dipelihara seramai 4000 malaikat. Pantang: Jangan makan makanan bernyawa termasuk ikan dan telur selama sehari semalam. Hari Selasa: Selepas Maghrib, bacalah sebanyak 500 kali ucapan:

Anda akan dipelihara oleh 5000 malaikat. Amalan: Berpuasalah selama sehari semalam. Hari Rabu: Selepas Maghrib, bacalah sebanyak 700 kali:

Anda akan dipelihara seramai 7000 malaikat. Pantang: Jangan memakan makanan bergaram sehari semalam. Khasiatnya: Dibukakan hati oleh Allah dan dilimlpahi kurniaan Nabi Ibrahim a.s. Hari Khamis: Selepas Maghrib, bacalah sebanyak 800 kali:

Anda akan dipelihara oleh 8000 malaikat. Pantang: Tidak boleh minum air untuk sehari semalam. Khasiatnya: Ditakuti dan digeruni oleh sekalian haiwan buas dan mendapat limpah kurnia Saiyidina Ali k.w. Hari Jumaat: Selepas Maghrib, bacalah sebanyak 600 kali:

Anda akan dipelihara oleh 6000 malaikat. Pantang: Jangan makan makanan yang dimasak dengan api sehari semalam.

62

© Suhadi Sahari 2007

Khasiatnya: Dilepaskan daripada sebarang bahaya dan diterangkan hati dan mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w. Hari Sabtu: Selepas Maghrib, ucaplah sebanyak 400 kali:

Anda akan dipelihara oleh 4000 malaikat. Pantang: Tidak boleh tidur sehari semalam. Khasiatnya: Ditakuti dan digeruni oleh sekalian makhluk bernyawa yang boleh memudaratkan dan dilimpahi kurnia Nabi Nuh a.s. SERU WALI-WALI

Selepas mandi, bacakanlah seruan di atas dan sampaikan atau niatkan hajat anda. Insya-Allah, anda akan mendapat pertolongan. Amalkanlah juga bila-bila masa anda memerlukan. MALAIKAT PENJAGA TIDUR

Engkau gerakkan aku pada …(awal Subuh/ pada jam …)…” Penjaga yang di seru adalah malaikat penjaga waktu (tidur). Amalkanlah bacaan di atas selama 40 hari. Setelah itu (setelah serasi), anda bolehlah menyeru untuk permintaan lain seperti:

Engkau tolong gerakkan aku sekiranya ada sesuatu yang boleh memudaratkan bakal terjadi kepadaku, keluargaku, rumahku atau harta-bendaku semasa aku sedang tidur.” Malah, juga permintaan lain (apa sahaja) seperti:

63

© Suhadi Sahari 2007

Engkau tolong jauhkan …(jin syaitan, haiwan buas, haiwan berbisa, sihir, musuh dan seumpamanya)… daripada menggangguku dan keluargaku semasa kami sedang tidur.” Cara mengamalkannya: Amalan ini diamalkan semasa anda tidur malam. Sebelum tidur (sebaik-baiknya dalam keadaan berwuduk), bacakan seruan di atas (dengan menyebut dan bukan cuma di dalam hati) dan sampaikan permintaan anda kepada ‘penjaga’ tersebut. Contoh telah diberikan di atas (seperti di dalam kurungan). Amalan ini amat mujarab untuk diamalkan. Bukan sahaja permintaan yang sukar, malah untuk menghalau nyamuk (semasa tidur) pun boleh anda pinta. Anda juga boleh meminta ‘penjaga’ ini untuk tolong menggerakkan anda pada jam-jam tertentu untuk bangun. Kesan amalan ini: Walaupun seruan anda dikhususkan untuk permintaan tertentu, anda mungkin akan digerakkan semasa tibanya waktu bersembahyang Subuh. Bangunlah untuk bersembahyang Subuh. Jika telah berkali-kali anda digerakkan (untuk bersembahyang Subuh) tetapi anda mengabaikannya. Jadi, hubungan anda dengan ‘penjaga’ tersebut mungkin tidak akan menjadi seerat yang anda harapkan. KHADAM PENJAGA BADAN

Bacakan seruan di atas sebelum tidur malam. Insya-Allah, badan anda akan dijaga oleh khadam yang diseru itu. Insya-Allah, anda akan tidur lena tanpa sebarang gangguan atau bencana. Insya-Allah, anda akan selamat. KHADAM PENGGERAK

Bacakan seruan di atas sebelum tidur malam. Insya-Allah, sekiranya ada sesuatu yang memudaratkan bakal terjadi semasa anda tidur (seperti kecurian, kebakaran, gangguan ilmu hitam, serangan musuh dan seumpamanya), anda akan digerakkan oleh khadam tersebut sehinggalah anda sedar.

64

© Suhadi Sahari 2007

PENUTUP Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi Ta’ala wabarakatuh serta salam sejahtera kami ucapkan kepada para pembaca sekalian. Kami berharap anda berpuas hati dengan isi kandungan buku “Menentang Sihir Dan Makhluk Ghaib” ini yang telah diolah seperti seadanya agar tidak mengecewakan mana-mana pihak. Namun begitu, kami memohon ribuan maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau sesuatu yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Sesungguhnya, kami juga manusia biasa. Apa yang baik jadikanlah panduan dan apa yang kurang baik jadikanlah sempadan. Sekian. Terima kasih. Wabillahi taufik walhidayah, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

65

© Suhadi Sahari 2007

Related Documents


More Documents from "Ibnu Mohamad"

Menentang Sihir
January 2021 0
Geologi Sejarah - Tunzira
February 2021 0
Pipe Bomb
January 2021 0
Hizib Siti Mariam.pdf
February 2021 1
Asma Raja Daud.docx
January 2021 2