Mikroekonomi Penggal 1 (stpm) Campur Tangan Kerajaan Dalam Pasaran Susidi.pptx

  • Uploaded by: shahlan
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Mikroekonomi Penggal 1 (stpm) Campur Tangan Kerajaan Dalam Pasaran Susidi.pptx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,285
  • Pages: 23
Loading documents preview...
Subsidi

Subsidi   Bantuan kerajaan kepada pengeluar atau penjual yang bertujuan untuk mengurangkan kos pengeluaran dan harga sesuatu barang di pasaran.  Subsidi yang dinikmati oleh pembeli atau pengeluar (atau penjual) bergantung pada keanjalan permintaan harga dan permintaan penawaran sesuatu barang.

Keanjalan Penawaran dan Subsidi

PeNAWARAN tak anjal sempurna  Rajah dibawah menunjukkan penerimaan subsidi bagi penawaran tak anjal sempurna.



 Keseimbangan pasaran dapat dicapai apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S0Q0 pada titik E0 . Harga keseimbangan itu ialah P0 dan kuantiti keseimbangan ialah Q0.

 Andaikan kerajaan memberi subsidi sebanyak P0P2 seunit keluaran. Subsidi menyebabkan kos pengeluaran turun. Walau bagaimanapun, memandangkan keluk penawaran adalah tak anjal sempurna, pengurangan kos pengeluaran tidak akan mengubah kuantiti kuantiti ditawar. Harga pasran tetap pada P0 dan kuantiti keluaran tetap pada Q0.  Apabila penawaran adalah tak anjal sempurna semua subsidi yang diberikan oleh kerajaan akan dinikmati oleh penjual, iaitu sebanyak P0P2 seunit keluaran atau P0P2 AE0.  Pembeli tidak akan menikmati sebarang subsidi kerana harga pasaran tidak berubah ,iaitu tetap pada P0.  Pendapatan pengeluar dan penjual meningkat daripada 0P0E0Q0 kepada 0P2AQ. (Jumlah hasil 0P0E0Q0 + subsidi P0P2AE0)  Lebihan pengguna tidak berubah, iaitu tetap pada segi tiga P0E0D0. Manakala lebihan pengeluaran tidak berubah, iaitu teta pada 0P0E0Q0.



Penawaran tak anjal  Rajah dibawah menunjukkan penerimaan subsidi bagi permintaan tak anjal.



 Keseimbangan pasaran dapat dicapai apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S0S0 pada titik E0. Harga keseimbangan ialah P0 dan kuantiti keseimbangan ialah Q0

 Andaiakan kerajaan memberikan subsidi sebanyak P1P2 seunit keluaran. Subsidi menyebabkan kos pengeluaran turun. Maka, penjual akan menambahkan pengeluaran dan keluk penawaran akan beralih ke kanan dari S0S0 ke S1S1.  Keseimbangan baharu dicapai apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S1S1 pada titik E1. Harga turun dari P0 ke P1 dan kuantiti keluaran akan bertambah daripada Q0 kepada Q1.Pada keluaran Q1, jumlah subsidi yang diberikan oleh kerajaan ialah P1P2AE1.  Faedah subsidi yang dinikmati oleh pembeli ditunjukkan oleh penurunan harga pasaran dari P0 ke P1, iaitu sebanyak P0P1 seunit keluaran atau P0P1E1B, manakala faedah subsidi yang dinikmati penjual adalah sebanyak P0P2 seunit keluaran atau P0P2AB.



 Ini bermakana apabila penawaran adalah tak anjal, faedah subsidi yang dinikmati penjual adalah lebih besar daripada faedah subsidi yang dinikmati pembeli (P0P2>P0P1 atau P0P2AB>P0P1E1B).  Pendapatan pengeluar dan penjual meningkat daripada 0P0E0Q0 kepada 0P1E1Q1 + P0P2AB ( Jumlah hasil + subsidi)  Lebihan pengguna bertambah, iaitu daripada P0E0D0 kepada P1E1D0.  Lebihan pengeluaran bertambah daripada P0E0S0 kepada P1E1S1.



Penawaran Anjal  Rajah dibawah menunjukkan penerimaan subsidi bagi penawaran anjal.



 Keseimbangan pasaran awal dapat dicapai apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S0S0 pada titik E0.

 Andaikan kerajaan memberikan subsidi sebanyak P1P2 seunit keluaran. Subsidi menyebabkan kos pengeluaran turun. Maka, penjual akan menambahkan pengeluaran dan keluk penawaran akan beralih ke kanan dari S0S0 ke S1S1.  Keseimbangan baharu dapat dicapai apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S1S1 pada titik E1. Harga turun dari P0 ke P1 tetapi kuantiti telah bertambah daripada Q0 kepada Q1. Jumlah subsidi yang diberikan oleh kerajaan ialah P1P2AE1.  Faedah subsidi yang dinikmati pembeli ditunjukkan oleh penurunan harga pasaran dari P0 ke P1, iaitu sebanyak P0P1 seunit keluaran atau P0P1E1B, manakala faedah subsidi yang dinikmati penjual adalah sebanyak P0P2 seunit keluaran atau P0P2ab.  Ini bermakna apabila penawaran adalah anjal, faedah subsidi yang dinikmati pembeli adalah lebih besar daripada faedah subsidi yang dinikmati penjual (P0P1>P0P2 atau P0P1E0D0>P0P2AB)



 Pendapatan pengeluaran atau penjual meningkat daripada 0P1E1Q1 + P0P2AB (jumlah hasil + Subsidi)  Lebihan penguna bertambah, iaitu daripada segi tiga P0E0D0 kepada P1E1D).  Lebihan pengeluaran bertambah daripada segitiga P0E0S0 kepada P1E1S1.



Penawaran Anjal Sempurna  Rajah menunjukkan penerimaan Subsidi bagi penawaran anjal sempurna.



 Keseimbangan pasaran dapat dicapai apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran P0S0 pada titik E0. Harga keseimbangan ialah P0 dan kuantiti keseimbangan ialah Q0.

 Andaikan kerajaan memberikan subsidi sebanyak P0P2 per unit keluaran. Subsidi menyebabkan kos pengeluaran turun. Maka, penjual akan menambahkan pengeluaran dan keluk penawaran akan beralih ke kanan (atas) dari S0S0 ke S1S1.  Keseimbangan baharu dapat dicapai apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S1S1 pada titik E1. Harga turun dari P0 ke P2 dan kuantiti keluaran bertambah daripada Q0 kepada Q1. Jumlah subsidi yang diberikan oleh kerajaan ialah P2P0AE1.  Lebihan penguna bertambah daripada P0E0D0 kepada P2E1D0.  Lebihan pengeluaran pula adalah sifar.



Keanjalan Permintaan Harga dan Subsidi.



 Faedah yang dinikmati pembeli atau pengeluar turut bergantung pada keanjalan permintaan harga sesuatu barang. Seperti keanjalan penawaran,terdapat 4keadaan keanjalan permintaan harga iaitu permintaan harga, iaitu tak anjal sempurna, tak anjal, dan anjal sempurna.

Keanjalan Tak Anjal Sempurna 

 Keseimbangan pasaran dapat dicapai apabilakeluk permintaan d0q0 bersilang dengan keluk penawaran s0s0 pada titik E0. harga keseimbangan adalah p0 dan kuantiti keseimbangan adalah q0.  Andaikan kerajaanmemberi subsidi sebanyak p1p0 seunit keluaran. Subsidi menyebabkan kos pengeluaran turun. Maka, penjual akan menambah pengeluaran dan keluk penawaran akan beralih ke kanan dari s0s0 ke s1s1  Keseimbangan baru dicapai apabila keluk permintaan d0q0 bersilang dengan keluk penawaran s1s1 pada titik e1.harga turun dari p0 kep1 tetapi jumlah kuantiti keluaran tidak berubah iaitu tetep pada q0. jumlah subsidi yang diberikan oleh kerajaan ialah p0p1e0e1.



 Faedah subsidi yang dinikmati pembeli ditunjukkan oleh penurunan harga pasaran dari p0 ke p1, iaitu sebanyak p0p1 seunit keluaran atau p0p1e1e0.  Jumlah subsidi yang dinikmati pembeli adalah sama dengan jumlah subsidi yang diberikan oleh kerajaan.  Ini beerti apabila permintaan adalah tak anjal sempurna,semua faedah subsidi yang diberikan oleh kerajaan akan dinikmati pembeli.  Pendapatan(penjual ) berkurang daripadda 0p0e0q0 kepada 0p1e1q0.  Lebihan pengguna bertambah daripada p0e0d0 kepada p1e1d0.  Lebihan pengeluar ttap,iaitu p0e0s0 kepada p1e1s1.



Permintaan Tak Anjal 

 Keseimbangan dicapai apabila keluk permintaan d0d0bersilang dengan keluk penawaran s0s0 pada titik E0. harga keseimbangan ialah p0 dan kuantiti keseimbangan ialah q0.  Andaikan kerajaan memberi subsidi sebanyak p1p2 seunit keluaran.subsidi menyebabkan kos pengeluaran turun.maka, penjual akan menambahkan pengelluaran dan keluk penawaran akan beralih ke kanan dari s0s0 ke s1s1.  Keseimbangan baru dapat dicapai apabila keluk permintaan d0d0 turun darip0 ke p1 dan kuantiti keluaran telah bertambah dari q0 ke q1. jumlah subsidi yang diberikan kerajaan ialah p1p2ae1.



 Faedah subsidi yang dinikmati pembeli ditunjukkan oleh penurunan harga pasaran dari p0 ke p1, iaitu sebanyak p0p1 seunit keluaran atau p0p1e1b, manakala faedah subsidi yang dinikmati penjual adalah sebanyak p0p2 seunit keluaran atau p0p2ab.  Ini bermakna apabila permintaan adalah tak anjal,faedah subsidi yang dinikmati pembeli adalah lebih besar daripada faedahsubsidi yang dinikmati oleh penjual.(p0p1>p0p2 atau p0p1e1b>p0p2ab).  Pendapatan pengeluar(penjual)meningkat daripada 0p0e0q0 kepada 0p1e1q1+ p0p2ab (jumlah hasil +jumlah subsidi).  Lebihan pengguna bertambah daripada p0e0d0 kepada p1e1d0.  Lebihan pengeluar bertambah dari segi tiga p0e0s0 kepada p1e1s0.



Permintaan anjal sempurna 

 Keseimbangan pasaran dicapai apabila keluk permintaan p0d0 bersilang dengan keluk penawaran s0s0 pada titik e0 .harga keseimbangan adalah p0 dan kuantiti keseimbangan ialah q0.  Andaikan kerajaan memberi sebanyak p0p2 seunit keluaran.subsidi menyebabkan kos pengeluaran turun.maka,penjual akan menambahkan pengeluaran dengan kelukpenawaran akan beralih ke kanan dari s0s0 ke s1s1.  Keseimbangan baru dicapai apabila keluk permintaan p0d0 bersilang dengan keluk penawaran s1s1 pada titik e1.harga pasaran tidak berubah,iaitu tetap pada p0, manakala pengeluaran bertambah daripada q0 ke q1.jumlah subsidi yang diberikan oleh kerajaan ialah p0p2ae1.



Ini bermakna apabila permintaan adalah anjal sempurna, semua faedah subsidi yang diberikan oleh kerajaan akan dinikmati oleh penjual. Pendapatan pengeluaar(penjual) meningkat daripada 0p0e0q0 kepada 0p0e1q1 + p0p2ae (jumlah hasil + subsidi). Lebihan pengguna sifar kerana tiada harga berubah. Lebihan pengeluar bertambah darpada segitiga p0e0s0 kepada p0e1s1.



Soalan esei  Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan kesan subsidi ke atas keluk penawaran tak anjal sempurna (10m)

Related Documents


More Documents from "lauchen32"