Modul Lengkap Esei Pengajian Am P3 (1)

  • Uploaded by: ainzulkifli
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Modul Lengkap Esei Pengajian Am P3 (1) as PDF for free.

More details

  • Words: 21,814
  • Pages: 105
Loading documents preview...
MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

1

SMK KANOWIT

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

ISI KANDUNGAN BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29.

TAJUK Konflik tuntutan bertindih melibatkan Kepulauan Spratly dan Paracel di Laut China Selatan boleh mengancam rantau ASEAN. Sebab Negara-negara kuasa besar semakin berusaha menempatkan pengaruh dalam rantau ASEAN dan kesannya kepada Malaysia. Manfaat ZEE kepada negara Asia Tenggara dan cabaran ZEE kepada negara yang bersempadankan dengan perairan. Faktor yang boleh mempengaruhi dasar luar negara Malaysia Amalan dan dasar luar Malaysia diurus dengan baik serta cabaran yang dihadapi dalam dasar luar Malaysia. Faktor wujudnya kumpulan militan dan langkah Malaysia memerangi ancaman kumpulan militan. Ancaman keganasan antarabangsa dan langkah mengatasi keganasan antarabangsa. Punca jenayah siber dan cara mengatasi jenayah siber Manfaat globalisasi kepada pembangunan sesebuah negara dan kesan negatif globalisasi. Kesan sosial globalisasi yang membimbangkan ke atas golongan remaja di seluruh dunia. Persediaan pengawalan penularan wabak penyakit berjangkit dan kesan negatif penularan wabak penyakit berjangkit. Keburukan dan kelebihan Liberalisasi dalam sistem ekonomi antarabangsa kepada Malaysia. Kelebihan Malaysia untuk berkembang maju sebagai hab industri halal global. Manfaat Malaysia muncul menjadi hab industri halal global dan cabaran Malaysia untuk mencapai matlamat menjadi hab indsutri halal global. Punca fenomena jerebu merentas sempadan di beberapa buah negara ASEAN dan langkah bersama negara serantau untuk menangani fenomena jerebu. Punca penipisan lapisan ozon di kawasan Antartika dan impak negatif penipisan lapisan ozon kepada manusia dan segala hidupan di muka bumi. Rasional Malaysia menjadikan Antartika sebagai Warisan Bersama Dunia. Peranan aktif Malaysia di peringkat antarabangsa dalam melindungi alam sekitar. Langkah Malaysia dalam usaha menangani permasalahan pemanasan global Kesan peningkatan suhu dunia secara berterusan dan la.ngkah mengatasi peningkatan suhu dunia. Kesan bencana alam kepada manusia dan alam sekitar. Kesan fenomena El Nino kepada alam sekitar dan manusia. Punca pencemaran laut di negara-negara rantau ASEAN dan usaha mengatasi pencemaran laut di negara-negara rantau ASEAN. Punca pencemaran laut di kawasan perairan Malaysia dan negara sekitarnya meningkat dan kesan pencemaran laut kepada Malaysia dan negara serantau. Ancaman kepada wilayah maritim Malaysia dan langkah yang diambil Malaysia bagi menangani ancaman di wilayah maritim. Manfaat Kemajuan perubatan moden . Peranan Bioteknologi dalam kemajuan pertanian negara.

Kemajuan sains dan teknologi dalam pembangunan sektor pertanian. Penggunaan senjata biologi dan kimia dalam peperangan dan juga seranganserangan keganasan berkembang menjadi ancaman global kepada manusia. Manfaat Teknologi nano. Teknologi hijau boleh menyelesaikan masalah ketidaklestarian alam. 2

M/S

MODUL P 3 30. 31. 32. 33. 34.

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Sebab Teknologi hijau menjadi pilihan utama di kebanyakkan dunia. Keperluan tenaga alternatif dan risiko penggunaan tenaga alternatif kepada negara. Faktor yang menggalakkan penggunaan sumber tenaga alternative Ancaman di peringkat antarabangsa yang dialami Malaysia. Masalah yang berlaku kesan daripada AFTA dan langkah negara ASEAN dalam menangani masalah persaingan memasarkan produk kesan daripada AFTA.

35.

Punca kenaikan harga barangan keperluan hidup dan langkah Malaysia mengatasinya.

36.

Sebab utama berlaku pemindahan produk Malaysia secara haram dan kesannya kepada Malaysia. Peranan PBB dan Kelemahan PBB.

37. 38. 39. 40. 41. 42. 43. 44. 45. 46. 47. 48. 49. 50. 51.

Kelemahan PBB dan langkah yang dicadangkan Malaysia bagi meningkatkan keberkesanan PBB. Faktor pengeluaran makanan semakin berkurang dan sebab harga bekalan makanan meningkat. Kehadiran warga asing di Malaysia disebabkan terlibat dalam beberapa bidang dan kesan negatif kehadiran warga asing kepada Malaysia. Kesan positif dan negatif penganjuran sukan antarabangsa kepada Malaysia Rasional hubungan strategik Malaysia dengan China.

Kemajuan sains dan teknologi sukan boleh meningkatkan kemajuan sukan negara. Rasional hubungan strategik Malaysia dengan China.

Kemajuan sains dan teknologi sukan boleh meningkatkan kemajuan sukan negara. Cabaran dalaman dan luaran yang dihadapi ASEAN. Cabaran ASEAN dalam memajukan ekonomi. Cabaran ASEAN dalam mengekalkan keamanan serta kestabilan serantau. Bentuk-bentuk Kerjasama yang dijalankan Malaysia dan negara-negara ASEAN lain. Langkah perdana ASEAN ke arah meningkatkan tahap keselamatan serantau. Amalan semangat ASEAN yang dipraktikkan oleh Malaysia dalam usaha menyelesaikan konflik serantau

3

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 1:Konflik tuntutan bertindih melibatkan Kepulauan Spratly dan Paracel di Laut China Selatan boleh mengancam rantau ASEAN. Tuntutan bertindih Kepulauan Spratly dan Paracel oleh China dan beberapa negara lagi telah memberi kesan ke atas politik dan ekonomi serantau termasuk Malaysia. Konflik tuntutan bertindih melibatkan Kepulauan Spratly dan Paracel di Laut China Selatan boleh mengancam rantau ASEAN kerana menjadi tuntutan bertindih antara negara. Tuntutan bertindih ini melibatkan negara Malaysia,China,Filipina,Brunei,Vietnam, Taiwan dan China.Tuntutan bertindih ini sekiranya tidak diurus dengan baik boleh mewujudkan konflik politik antara negara-negara terlibat.Tindakan China dengan tidak mematuhi Deklarasi Tatacara pihak berkenaan di Laut China Selatan mengeruhkan lagi hubungan diplomatik negara-negara terlibat. Konflik tuntutan bertindih melibatkan Kepulauan Spratly dan Paracel di Laut China Selatan boleh mengancam rantau ASEAN kerana membuka peluang campur tangan kuasa-kuasa besar di rantau ASEAN.Tindakan China membina pengkalan tentera di Pulau Spratly menimbulkan rasa tidak puas hati negara-negara anggota ASEAN.Pencerobohan tentera China di Pulau Scarborough antara pulau dalam gugusan Spratly menimbulkan rasa tidak puas hati pihak Amerika Syarikat.Situasi ini menyebabkan Amerika Syarikat akan menyaingi kuasa China di rantau ASEAN. Konflik tuntutan bertindih melibatkan Kepulauan Spratly dan Paracel di Laut China Selatan boleh mengancam rantau ASEAN kerana menjejaskan ekonomi negara-negara ASEAN. China berkemungkinan akan menggunakan kuasa ekonomi untuk menuntut haknya terhadap kepulauan tersebut.China yang kebanyakannya menjadi pelabur asing langsung yang terbesar di negara-negara ASEAN berkemungkinan akan mengambil langkah mengurangkan dagangan dan pelaburan di negara-negara berkenaan.Implikasinya akan menyebabkan berlaku kemelesetan ekonomi dan turut menjejaskan keupayaan ekonomi sebahagian negara anggota ASEAN. Konflik tuntutan bertindih melibatkan Kepulauan Spratly dan Paracel di Laut China Selatan boleh mengancam rantau ASEAN kerana menjejaskan eksport negara-negara yang terlibat.Negara-negara yang terlibat dalam tuntutan bertindih kepulauan akan mengambil tindakan yang sepatutnya untuk mempertahankan hak masing-masing. Negara China sebaliknya mungkin bertindak balas dari segi ekonomi bagi menjejaskan nilai eksport 4

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

negara-negara yang menuntut.Contohnya, nilai eksport sarang burung Walit dari Malaysia terjejas kerana China mengetatkan syarat kemasukan sarang burung Walit. Konflik tuntutan bertindih melibatkan Kepulauan Spratly dan Paracel di Laut China Selatan boleh mengancam rantau ASEAN kerana memberi kesan kepada industri pelancongan beberapa negara ASEAN.Krisis tuntutan bertindih kepulauan boleh menyebabkan pergerakan pelancong dari negara China ke negara-negara berkenaan terjejas. China bertindak agresif menghalang rakyatnya daripada melawati Filipina dan Vietnam kerana negara berkenaan turut menuntut hak ke atas dua pulau itu. Konflik China dengan Filipina dan Vietnam menjejaskan sektor pelancongan di rantau ASEAN. Kesimpulannya,tindakan berhemah semua negara yang terlibat dalam tuntutan bertindih dua pulau adalah diperlukan demi kestabilan politik dan ekonomi di rantau ASEAN.

5

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 2 : Kesan daripada konflik di Laut China Selatan negara-negara kuasa besar semakin berusaha menempatkan pengaruh dalam rantau ASEAN dan keadaan ini boleh menimbulkan pelbagai kesan terhadap Malaysia. Jelaskan. Konflik yang berlaku di Laut China Selatan menyebabkan Amerika Syarikat dan China antara negara kuasa besar bersaing bagi meningkatkan pengaruh masing-masing di samping cuba menyekat pengaruh kuasa besar lain daripada bertapak kukuh di rantau ASEAN. Malaysia turut menanggung kesan dengan perkembangan ini. Negara-negara kuasa besar semakin berusaha menempatkan pengaruh dalam rantau ASEAN disebabkan kedudukan geostrategik rantau ini.Kedudukan Laut China Selatan yang menempatkan pelbagai pulau menjadikan kawasan ini strategik untuk menempatkan pengkalan tentera.Laut China Selatan juga menghubungkan Lautan Pasifik dan Lautan Hindi sebagai laluan dagangan antarabangsa.Menguasai Laut China Selatan memberi keupayaan dan ruang menempatkan pengaruh di rantau ini dan berupaya mengekang pengaruh kuasa besar lain. Negara-negara kuasa besar semakin berusaha menempatkan pengaruh dalam rantau ASEAN disebabkan persaingan menempatkan pengaruh.Wujud persaingan antara kuasa besar China dan Amerika Syarikat (AS) untuk menempatkan pengaruh di rantau ini.China membina pengkalan tentera di kawasan pulau yang dipertikaikan di kepulauan Spratly. AS telah meningkatkan kekuatan tenteranya di rantau ini untuk menyaingi pengaruh China melalui dasar Pangsi Pasifiknya. Persaingan ini telah meningkatkan aktiviti ketenteraan di rantau ini. Negara-negara kuasa besar semakin berusaha menempatkan pengaruh dalam rantau ASEAN disebabkan wujud kesediaan tawaran dalam kalangan negara ASEAN. Filipina ada memohon bantuan dan menyediakan pengkalan tentera. Filipina meminta Amerika Syarikat membantu negara berkenaan dalam menghadapi konflik perebutan Pulau Scarborough Shoal di kawasan Kepulauan Spratly.Singapura menyediakan pelabuhannya untuk kemudahan logistik tentera Amerika Syarikat.Permintaan Filipina dan kesediaan Singapura meningkatkan ruang kehadiran kuasa besar seperti Amerika Syarikat memburukan keadaan di rantau ASEAN. Kesan pengaruh kuasa-kuasa kepada Malaysia ialah mengancam keselamatan negara.Kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China berlumba-lumba untuk 6

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

menempat dan menguji senjata-senjata canggih mereka di rantau ASEAN.Perlumbaan senjata dan membenarkan kehadiran tentera kuasa besar seperti Amerika Syarikat boleh menggugat keselamatan negara dan menimbulkan konflik antara negara-negara ASEAN.Perkara ini ternyata melanggar pendirian yang telah disepakati ASEAN iaitu mendokong ASEAN sebagai kawasan Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Kesan pengaruh kuasa-kuasa kepada Malaysia ialah menjejaskan hubungan diplomatik Malaysia dengan negara-negara lain.Kehadiran kuasa-kuasa besar dengan penempatan pengkalan tentera di negara-negara jiran Malaysia telah menimbulkan rasa prejudis.Kehadiran kapal-kapal tentera yang keterlaluan di Singapura akan mewujudkan rasa kurang

senang

negara

ASEAN

lain

termasuk

Malaysia.Langkah

yang

diambil

memperlihatkan kedudukan ‘berpihak' akan menjejaskan hubungan dengan pihak kuasa besar lain.Keadaan ini boleh rnencetuskan ketegangan Malaysia dengan negara-negara jiran di rantau ASEAN. Kesimpulannya,konflik yang berlaku di Laut China Selatan perlu ditangani segera kerana impaknya juga akan memberi kesan kepada Malaysia

7

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 3 : Pelaksanaan undang-undang Zon Ekonomi Eksklusif ( ZEE) telah memberi manfaat dalam kalangan negara Asia khasnya Asia Tenggara namun perlaksanaannya juga menghadapi cabaran kepada negara yang bersempadankan dengan perairan. Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) ialah persempadanan sesebuah negara dengan laut sejauh 320 km dari pantai yang diperkenalkan melalui Perjanjian Undang-undang Laut Dunia di Caracas Venezuala (1974). Zee telah memberi beberapa manfaat dan juga boleh mewujudkan cabaran kepada negara-negara ASEAN. ZEE memberi manfaat kepada negara Asia Tenggara untuk mengeksploitasi sumber marin.Sumber minyak dan gas asli di luar pantai Malaysia boleh dieksploitasi untuk menjana pendapatan. Misalnya, di Terengganu, Kelantan, Sabah, dan Sarawak. Sumber aktiviti perikanan di Laut China Selatan juga merupakan sumber marin yang boleh dieksploitasi.Misalnya, eksploitasi sumber protein yang mencukupi hasil daripada tangkapan ikan. ZEE memberi manfaat kepada negara Asia Tenggara dalam menentukan sempadan negara dengan jelas.Kawasan negara juga akan lebih selamat.Pencerobohan dan kekeliruan dapat dielakkan jika setiap negara mengetahui sempadan masing-masing yang memudahkan lagi proses pemantauan dan kawalan.ZEE juga membolehkan negara di Asia Tenggara menyelesaikan tuntutan dan memiliki pulau-pulau . Misalnya, tuntutan Pulau Batu Putih antara Singapura dan Malaysia yang menyebelahi Singapura melalui keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Cabaran ZEE kepada negara yang bersempadankan dengan perairan ialah mewujudkan pertindihan tuntutan wilayah antara negara-negara ASEAN. Misalnya, tuntutan kepulauan Spratly di antara Brunei, China, Filipina, Malaysia dan Vietnam. Hubungan diplomatik boleh terjejas semasa proses persiapan tuntutan berasaskan penetapan ZEE.Misalnya, tuntutan Pulau Sipadan dan Ligitan di antara Malaysia dan Indonesia yang turut mengeruhkan hubungan Malaysia dan Indonesia yang akhirnya dimenangi Malaysia melalui keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Cabaran ZEE kepada negara yang bersempadankan dengan perairan ialah mewujudkan pertelingkahan antara negara ASEAN melalui pencerobohan nelayan di wilayah asing. Pencerobohan nelayan boleh menjejaskan pendapatan nelayan negara lain.Misalnya, nelayan negara Thailand yang bertindak menceroboh kawasan perairan laut Malaysia telah menggunakan pukat yang tidak dibenarkan sehingga memusnahkan habitat laut di Malaysia.Penangkapan nelayan yang mencerobohi sempadan negara boleh mewujudkan konflik antara negara.Misalnya, tindakan kerajaan Indonesia menangkap dan menenggelamkan kapal nelayan Malaysia. Cabaran ZEE kepada negara yang bersempadankan dengan perairan ialah mewujudkan pertelingkahan antara negara ASEAN melalui masalah perlanunan .Tangkapan lanun dari

8

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

negara-negara berkaitan melibatkan pelaksanaan undang-undang berbeza .Pelaksanaan undangundang terhadap pesalah dari negara lain boleh menyebabkan salah faham antara negara.Masalah serangan lanun di kawasan perairan boleh menimbulkan masalah kawalan di kawasan perairan masing-masing.Pencerobohan lanun dari negara lain ke Malaysia sukar untuk diambil tindakan kerana mereka akan bertindak menyembunyikan diri ke negara sendiri. ZEE boleh mendatangkan manfaat, namun pelaksanaannya boleh menjejaskan hubungan antara negara.Kebijaksanaan perlu untuk menangani konflik yang timbul agar pertelingkahan yang timbul boleh diselesaikan melalui semangat ASEAN.

9

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 4 : Peranan pemimpin Malaysia bukan merupakan satu-satunya faktor yang boleh mempengaruhi dasar luar negara ini. Bincangkan.

Dasar luar penting kepada negara Malaysia. Peranan pemimpin dan faktor-faktor lain penting dalam menentukan dasar luar negara Malaysia. Faktor yang boleh mempengaruhi dasar luar negara Malaysia ialah peranan pemimpin Malaysia.Perkembangan dasar luar di bawah kepimpinan Perdana Menteri yang silih berganti menunjukkan tindak balas pradmatik terhadap perubahan geopolitik dan ekonomi.Perubahan dan kesinambungan kepimpinan memperlihatkan tahap keyakinan dan kematangan negara yang lebih tinggi dalam mengendalikan hubungan antarabangsanya. Kepimpinan negara turut diiktiraf dalam pelbagai isu yang menarik minat negara membangun.Untuk terus relevan dengan keperluan negara, dasar luar negara tidak boleh statik. Faktor yang boleh mempengaruhi dasar luar negara Malaysia ialah keselamatan negara. Dasar luar Malaysia haruslah menjaga kepentingan nasional dan keselamatan rakyat. Malaysia harus mengelak sebarang ancaman atau serangan dari luar.Tindakan ini penting kerana Malaysia merupakan negara kecil yang tiada kekuatan ketenteraan justeru Malaysia tidak harus menggunakan kekerasan dalam dasar luarnya .Mengadakan kerjasama ketenteraan dengan negara serantau dan kuasa besar juga harus dipertimbangkan sebagai dasar luar Malaysia di masa hadapan. Faktor yang boleh mempengaruhi dasar luar negara Malaysia ialah kedudukan geografi dan geostrategik. Kedudukan Malaysia agak strategik kerana terletak antara Lautan Hindi, Laut China Selatan dan Lautan Pasifik.Kedudukan ini dilihat banyak membantu menghubungkan perdagangan antara rantau Asia- Pasifik dan menghubungkan dunia barat dengan dunia timur.Laluan ini juga dilihat kaya dengan sumber marin seperti minyak dan perikanan.Potensi yang ada ternyata menarik kuasa-kuasa besar untuk mengukuhkan pengaruh di rantau Asia Tenggara. Faktor yang boleh mempengaruhi dasar luar negara Malaysia ialah mengamalkan Prinsip Piagam Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).Dasar luar Malaysia dilihat menyokong dan mengamalkan prinsip PBB seperti menyelesaikan masalah secara aman, menentang penggunaan kekerasan,membantu negara miskin,melindungi hak asasi manusia, tidak campurtangan dalam hal ehwal negara lain,menyelesaikan konflik dan pertikaian 10

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

antarabangsa.Malaysia turut menghantar pasukan pengaman ke Bosnia dan Iraq. Seterusnya, Malaysia juga bertindak membantu negara yang ditimpa bencana tsunami seperti Indonesia. Faktor yang boleh mempengaruhi dasar luar negara Malaysia ialah mengamalkan prinsip berkecuali. Dasar luar Malaysia adalah tidak mahu terlibat dalam hal ehwal dalaman negara lain.Malaysia sentiasa memperjuangkan hak untuk setiap

negara supaya

menyelesaikan masalah dalamannya tanpa campur tangan pihak luar.Malaysia juga menjalin hubungan diplomatik dengan semua negara.Selain itu, Malaysia juga mempersetujui rakyat sesebuah negara perlu menentukan sendiri masa depan negara mereka. Kesimpulannya,peranan pemimpin merupakan faktor yang diambil kira oleh Malaysia dan faktor-faktor lain juga menjadi faktor dalam menentukan dasar luarnya.

11

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 5 : Amalan dan dasar luar Malaysia diurus dengan baik. Walaubagaimanapun terdapat pelbagai cabaran. Dasar luar yang diamalkan Malaysia dihormati negara-negara lain kerana diuruskan dengan baik dan secara diplomatik.Pengurusan dasar luar yang baik tidak bermaksud Malaysia terlepas daripada cabaran di peringkat antarabangsa dan serantau. Amalan dan dasar luar Malaysia diurus dengan baik melalui pengurusan diplomatik yang berorganisasi.Malaysia banyak menyertai badan-badan organisasi serantau,pertubuhan negara Islam,Komanwel,Pertubuhan Negara-Negara Membangun dan Piagam BangsaBangsa Bersatu. Malaysia cukup aktif membantu organisasi antarabangsa tersebut dalam pelbagai kemahiran.Malaysia turut mempunyai pengurusan diplomatik dengan negara-negara luar melalui perlantikan duta-duta dan pegawai-pegawai dalam hal urusan diplomatik negara.Malaysia juga mewakili organisasi antarabangsa memberi bantuan kepada rakyat dan negara asing yang ditimpa musibah. Amalan dan dasar luar Malaysia diurus dengan baik melalui perlaksanaan prinsip dasar berkecuali.Malaysia menyokong kuat Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan menjalin hubungan diplomatik tanpa mengira ideologi politik.Malaysia sering mengambil pendekatan berkecuali dalam banyak perkara dan sering menggunakan rundingan serta diplomasi .Prinsip ini ternyata berjaya mengekalkan keamanan di rantau ASEAN. Sifat tidak berpihak kepada mana-mana blok kuasa besar juga berjaya membantu Malaysia merangka hubungan dasar luar negara yang baik. Terdapat cabaran yang dihadapi dalam dasar luar Malaysia seperti konflik serantau.Antaranya konflik ketidakstabilan politik dalaman negara jiran.Sebagai contoh, konflik yang berlaku di Selatan Thailand dan Myanmar boleh menjejaskan hubungan diplomatik Malaysia dengan negara-negara berkenaan. Hubungan diplomatik Malaysia boleh terjejas kerana Malaysia dikaitkan cenderung menyokong pihak yang dianggap penentang kerajaan negara berkonflik. Cabaran yang dihadapi dalam dasar luar Malaysia ialah tekanan dan pengaruh kuasa besar.Pelaksanaan dasar luar Malaysia terutama dalam aspek hubungan diplomatic ekonomi antarabangsa sentiasa mendapat tekanan daripada Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Eropah.Sebagai contoh, Malaysia terus mengalami tekanan dari aspek jualan kelapa sawit oleh Negara-negara Eropah yang mendakwa minyak kelapa sawit boleh 12

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

menjejaskan kesihatan. Impaknya hubungan diplomatik dan ekonomi Malaysia dengan Negara-negara Eropah terjejas. Cabaran yang dihadapi dalam dasar luar Malaysia ialah ancaman perbalahan antara negara berhampiran dan fahaman ekstrem. India dan Pakistan bersaing untuk muncul sebagai kuasa di rantau Asia Selatan dan kedua-dua negara ini memiliki senjata nuclear.Selain itu,persengketaan Korea Utara dengan Korea Selatan juga turut mengancam keselamatan Malaysia daripada pelbagai aspek.Ancaman ekstrem daripada negara-negara tertentu yang bertentangan dengan ideologi Malaysia turut menjadi cabaran.Ideologi ekstrem boleh menggugat kestabilan negara. Kesimpulannya,kerajaan Malaysia harus merencanakan perancangan yang sesuai dalam mengatasi cabaran dasar luar Malaysia agar masalah yang dialami dapat diselesaikan.

13

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 6 : Malaysia dan beberapa negara ASEAN telah mengalami ancaman keselamatan oleh golongan militan . Beberapa faktor dikenalpasti sebagai punca kewujudan kumpulan ini dan negara turut mengambil tindakan sewajarnya menangani ancaman ini. Huraikan. Kumpulan militan menjadi ancaman keselamatan kepada Malaysia, rantau ASEAN, dan keamanan dunia. Kumpulan militan wujud kerana beberapa sebab dan Malaysia memainkan peranan dalam menangani ancaman ini. Faktor wujudnya kumpulan militan ini berpunca daripada tekanan hidup.Tekanan ekonomi dan kehidupan

daif mendorong kebarangkalian kumpulan rakyat menentang pemerintah untuk

menuntut kehidupan yang lebih baik . Golongan ini mungkin melakukan jenayah seperti penculikan dan rompakan di kawasan perairan kerana kemiskinan .Wang rompakan digunakan untuk membiayai aktiviti golongan ini.Sebagai contoh, kebangkitan rakyat selatan Filipina yang bangkit menentang kerajaan Filipina dengan mewujudkan kumpulan militan Abu Sayaf. Faktor wujudnya kumpulan militan ini berpunca daripada penindasan atau mengatasi ketidakadilan.Penindasan oleh pemerintah atau kumpulan yang menjadi majoriti antara sebab wujudnya kumpulan militan.Kebanyakan negara tidak mengiktiraf kumpulan pelampau tertentu dan digelar kumpulan pengganas.Contohnya,kumpulan Jemaah Islamiah di Asia Tenggara dan pergerakan Al-Qaeda di negara Arab. Kumpulan ini melakukan penentangan melalui perisitiwa ‘Arab Spring’ akibat layanan pemerintah atau kumpulan majoriti yang tidak adil dengan mencabuli hak asasi mereka. Faktor wujudnya kumpulan militan ini berpunca daripada ketaasuban agama. Ada golongan agama yang menegakkan pegangan dan amalan agama dengan pendekatan melampau. Mereka melabelkan pihak lain salah atau menganggap kumpulan mereka lebih beragama dan lebih betul berbanding orang lain . Pertembungan antara dua kumpulan atas pegangan agama yang sama tetapi berlainan mahzab seperti penganut Syiah dan Sunni di sesetengah negara Arab juga mewujudkan gerakan militan. Malaysia mengambil langkah memerangi ancaman kumpulan militan dengan cara menandatangani memorandum dan kerjasama antara negara di peringkat antarabangsa. Kerjasama dilakukan dengan negara serantau bagi memerangi golongan militan di Asia Tenggara. Contohnya, mengadakan kerjasama dengan Indonesia, Thailand, dan Australia berkaitan perkongsian maklumat risikan kegiatan militan.Malaysia juga turut mengadakan kerjasama di peringkat antarabangsa.Misalnya, perjanjian persefahaman dengan Perancis dalam menanganu militant Islam State (IS) .

14

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Malaysia mengambil langkah meningkatkan keupayaan penguatkuasaan dan undangundang . Pihak penguatkuasa mengambil langkah mengawal dan memantau pergerakan keluar dan masuk kumpulan militan antarabangsa serta meningkatkan kawalan atau pemantauan di kawasan yang sensitif . Penggubalan dan pelaksanaan undang-undang pencegahan dalam menangani aktiviti pengganas juga dibuat dalam mengatasi masalah ini . Misalnya, Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA). Kesimpulannya, kewujudan kumpulan militan boleh mendatangkan pelbagai impak negative kepada sesebuah negara dan menjejaskan keamanan dunia. Oleh itu, semua pihak harus menyokong tindakan kerajaan mencegah gerakan kumpulan militan.

15

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 7 : Keganasan antarabangsa menjadi ancaman kepada keamanan sejagat dan langkah perlu dilakukan untuk mengelakan jenayah ini berleluasa.Bincangkan.

Keganasan antarabangsa kerap berlaku di seluruh dunia seperti pengeboman, pembunuhan dan penculikan oleh kumpulan pengganas.Keganasan antarabangsa banyak mendatangkan kesan negatif dan langkah-langkah perlu dilakukan untuk mengatasinya. Keganasan antarabangsa menjadi ancaman kerana mengancam keselamatan penduduk negara yang terlibat.Keganasan yang berlaku sama ada angkara dalaman mahupun luaran sesebuah negara akan menimbulkan huru-hara.Misalnya, pemberian ucapan sesetengah pemimpin yang berunsur provokasi akan membakar perasaan sehingga mendorong penyokong bertindak ganas di luar batasan seperti di Turki.Pengeboman di tempat-tempat

awam

oleh

pengganas

menyebabkan

kehilangan

nyawa

rakyat

tempatan.Misalnya, peristiwa pengeboman di Bali, Indonesia. Keganasan antarabangsa menjadi ancaman kerana menjejaskan ekonomi sesebuah negara.Aktiviti

keganasan

yang

tercetus

akan

menggangu

kelancaran

aktiviti

ekonomi.Politik yang tidak stabil, pengeboman, dan pembunuhan yang sentiasa berlaku menyebabkan pelabur asing tidak berani melabur.Pelabur asing mungkin bertindak memindahkan pelaburan ke negara lain.Misalnya, keganasan dan pembunuhan kejam yang berlaku di Syiria menyebabkan ramai pelabur menarik pelaburan keluar dari Syiria dan kesannya ekonomi Syiria terjejas. Keganasan

antarabangsa

menjadi

ancaman

kerana

menjejaskan

industri

pelancongan negara terlibat.Keganasan antarabangsa seperti penculikan dan pengeboman berani mati oleh pengganas mengurangkan kehadiran pelancong.Contohnya, peristiwa pengeboman di tempat awam yang berlaku di Phuket, Thailand .Seterusnya. banyak syarikat pelancongan dan penerbangan tempatan mengalami kerugian.Misalnya,demonstrasi di Bangkok menyebabkan pelancong asing yang berhasrat melawat Bangkok akan ke destinasi lain dan kesannya menjejaskan syarikat perlancongan dan penerbangan Thailand. Langkah

mengatasi

keganasan

antarabangsa

adalah

melalui

kerjasama

antarabangsa.Perjuangan menentang keganasan memerlukan kerjasama antarabangsa yang berkesan menurut Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.Misalnya, Malaysia percaya perkongsian maklumat risikan melalui Suruhanjaya Pencegahan Jenayah dan Keadilan Jenayah (CCPCJ) mampu meredakan aktiviti keganasan.Malaysia dan negara ASEAN bergerak

aktif

untuk

membanteras

keganasan 16

dan

jenayah

terancang

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

transnasional.Contohnya, Program Kerja ASEAN Malaysia mengadakan kerjasama dengan negara Asia Tenggara bagi membanteras jenayah. Langkah mengatasi keganasan antarabangsa adalah dengan memperkasakan penguatkuasaan undang-undang oleh sesebuah negara. Badan penguatkuasaan undangundang seperti pihak polis dan tentera memainkan peranan penting membanteras keganasan.Pihak yang menjadi dalang mencetuskan rusuhan dan keganasan mesti dikenakan hukuman berat dan ditangkap badan penguatkuasa.Undang-undang khas untuk menangani keganasan perlu digubal.Misalnya,Malaysia

mempunyai rang undang-undang Kesalahan

Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 SOSMA. Kesimpulannya, keganasan antarabangsa memberi impak yang pelbagai jika ditangani dengan baik.Justeru, keganasan antarabangsa perlu dicegah secara menyeluruh dan kolektif dengan melibatkan usaha di peringkat antarabangsa.

17

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 8 – Jenayah siber berkembang daripada aktiviti jenayah oleh individu atau kumpulan kecil kepada rangkaian jenayah yang sungguh kompleks di seluruh dunia berpunca daripada pelbagai faktor dan langkah mengatasinya perlu diambil. Kes jenayah siber merupakan isu jenayah sosial di Malaysia dan di peringkat global yang semakin membimbangkan.Jenayah siber berpunca daripada pelbagai faktor dan jenayah ini harus ditangani segera. Jenayah siber berpunca daripada faktor kemajuan teknologi maklumat.Penggunaan komputer secara meluas dalam kalangan masyarakat hari ini memudahkan mereka terdedah kepada jenayah siber.Penjenayah berpeluang mencuri maklumat pengguna atau organisasi dalam komputer peribadi.Jenayah siber berpunca daripada penggunaan internet secara meluas dalam kalangan masyarakat.Penjenayah boleh menipu, menghantar virus atau mesej sampah dalam laman web atau laman sosial dalam internet. Jenayah siber juga berpunca daripada kelemahan penguatkuasaan undang-undang. Kelemahan pelaksanaan undang-undang siber merumitkan keadaan .Ketiadaan akta atau undang-undang yang lebih berkesan untuk mendakwa individu yang terlibat dalam jenayah siber membuktikannya.Kelemahan badan penguatkuasaan undang-undang turut menyukarkan usaha menguatkuasakan undang-undang.Jenayah siber semakin bertambah berpunca daripada kekurangan tenaga pakar forensik komputer yang menyebabkan penjenayah siber tidak dapat dikesan serta didakwa. Jenayah siber juga berpunca daripada rangkaian sindiket antarabangsa. Penjenayah di peringkat antarabangsa melakukan jenayah siber secara professional dan bergerak secara meluas sehingga sukar untuk dikesan oleh pihak berkuasa.Sindiket antarabangsa berjaya memerangkap dan menipu mangsa di seluruh dunia .Misalnya, penggondam “Ransomware” yang menggugut mangsa dengan mengunci maklumat penting dan maklumat penting tersebut dapat diperolehi semula jika mangsa membayar kepada mereka. Jenayah siber boleh diatasi melalui memperkasakan penguatkuasaan undangundang .Jenayah siber boleh diatasi melalui penggubalan undang-undang yang tegas terhadap penjenayah siber.Misalnya, dengan memperkasakan lagi Dasar Keselamatan Siber Negara 2016. Badan penguatkuasa undang-undang juga harus meningkatkan kefahaman mengenai jenayah siber.Misalnya, melalui kerjasama Cybersecurity Malaysia dengan negara

18

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Korea Selatan dalam membantu polis dan mahkamah melaksanakan siasatan, tangkapan dan pendakwaan terhadap penjenayah siber. Jenayah siber boleh diatasi melalui langkah peningkatan kawalan keselamatan. Pengguna komputer boleh mengatasi jenayah siber dengan cara meningkatkan kawalan keselamatan sistem menggunakan anti-virus.Kerjasama Cybersecurity Malaysia dengan Pasukan Respons Kecemasan Asia Pasifik (APECERT) bagi meningkatkan keselamatan sistem perlu diteruskan.Pihak bank perlu menyediakan kawalan ketat ketika membuat pindahan akaun melalui internet.Kerajaan perlu mewujudkan badan penapisan khas bagi menapis laman web palsu di internet. Kesimpulannya, jenayah siber mempunyai kesan negatif terhadap masyarakat serta negara.Oleh itu, pelbagai pihak khususnya pihak kerajaan perlu lebih serius menangani punca meningkatnya jenayah siber ini.

19

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 9 : Globalisasi akan membawa lebih banyak manfaat kepada pembangunan sesebuah negara berbanding kesan sebaliknya Bincangkan.

Globalisasi meluaskan satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh manusia di dunia ini. Globalisasi yang melanda dunia hari ini mempunyai manfaat dan kesan negatif. Manfaat globalisasi kepada pembangunan sesebuah negara ialah dapat memajukan ekonomi.Globalisasi boleh menggalakkan perdagangan antarabangsa dan meluaskan pasaran barangan negara-negara yang terlibat. Proses globalisasi membolehkan aktiviti ekonomi dan barangan eksport sesebuah negara dipasarkan serta dipromosikan di seluruh dunia. Globalisasi juga membolehkan negara-negara maju melabur di negara-negara membangun dan miskin.Pelaburan asing daripada negara-negara maju membawa bersarna modal, teknologi, dan kemahiran mereka ke negara-negara berkenaan. Manfaat globalisasi kepada pembangunan sesebuah negara ialah dapat melahirkan masyarakat berpengetahuan.Globalisasi boleh meningkatkan kemajuan dan penggunaan teknologi maklumat kepada penduduk-penduduk negara yang terlibat.Kemajuan teknologi maklumat memperkenalkan komputer dan internet membolehkan pelbagai maklumat diperoleh dengan cepat.Globalisasi juga membolehkan berlakunya proses pemindahan kepakaran dan teknologi.Negara maju akan memindah teknologi dan kepakaran mereka melalui teknologi maklumat melalui syarikat-syarikat komputer seperti Microsoft dan ACER yang turut melabur di Malaysia. Manfaat globalisasi kepada pembangunan sesebuah negara ialah dapat mewujudkan persefahaman global. Kemajuan teknologi maklumat yang mengabungkan sistem maklumat seluruh dunia memudahkan interaksi antara negara melintasi benua. Pertukaran pengetahuan, pengalaman dan budaya antara negara bergerak bebas boleh menjalin hubungan dan mengeratkan persefahaman.Maklumat semasa kejadian di sesebuah negara mudah diperolehi dengan cepat dan secara terbuka.Bantuan boleh disalurkan dengan segera jika sesebuah negara mengalami bencana.

20

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Kesan negatif globalisasi ialah memberi kesan negatif dalam aspek sosial kepada negara-negara yang terlibat.Globalisasi boleh mencemarkan budaya atau nilai-nilai kebudayaan masyarakat di negara-negara membangun atau miskin.Globalisasi boleh menyebabkan berlakunya penularan budaya Barat tanpa kawalan dari seluruh dunia akan menyebabkan berlakunya penghakisan budaya tempatan.Anak-anak tempatan akan mengagung-agungkan budaya Barat yang berunsur kebebasan melampau dan budaya kuning yang akan menyebabkan golongan ini hilang identiti. Kesan negatif globalisasi ialah memberi kesan negatif dalam penjajahan ekonomi. Seterusnya,globalisasi juga boleh menyebabkan berlakunya penjajahan ekonomi oleh negara maju terhadap negara-negara membangun atau miskin.Globalisasi membolehkan negara maju memanipulasi dan mengeksploit ekonomi negara-negara miskin atau membangun.Proses globalisasi memudahkan negara maju menembusi pasaran dan berdagang di negara miskin. Negara-negara miskin akan mengalami ketidakstabilan ekonomi dan akan terus ketinggalan serta miskin. Kesimpulannya,pelbagai pihak harus mempunyai jati diri yang kuat dan ilmu pengetahuan agar dapat menangkis kesan-kesan daripada ledakan globalisasi yang melanda dunia hari ini.

21

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 10 : Globalisasi telah meninggalkan banyak kesan sosial yang membimbangkan ke atas golongan remaja di seluruh dunia. Globalisasi yang bermaksud dunia tanpa sempadan banyak memberi kesan kepada remaja pada masa kini sama ada baik atau buruk namun budaya barat yang agak bebas banyak memberi kesan sosial kepada remaja di seluruh dunia termasuk Malaysia. Kesan sosial globalisasi yang membimbangkan ke atas golongan remaja di seluruh dunia ialah keruntuhan akhlak golongan remaja. Kemasukan teknologi maklumat melalui pengguna internet secara meluas melalui penggunaan komputer, telefon dan gajet yang lain telah mengubah corak kehidupan remaja di kebanyakan negara. Remaja dari negara-negara timur dan barat seolah-olah tidak ada perbezaan kerana mereka leka dengan pengaruh media sosial.Hubungan remaja lelaki dan perempuan sudah tiada batasan lagi. Kesan sosial globalisasi yang membimbangkan ke atas golongan remaja di seluruh dunia ialah peningkatan penyalahgunaan dadah.Kemajuan Teknologi Maklumat melalui globalisasi membolehkan remaja memperolehi pelbagai maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah secara terbuka.Penggunaan internet melalui media sosial seperti "facebook" atau rangkaian sosial 'Whatssap" membolehkan golongan remaja memesan dadah daripada pengedar dadah dengan mudah.Penayangan konsert antarabangsa secara langsung melalui rangkaian televisyen satelit boleh mempengaruhi remaja terpengaruh budaya pengambilan dadah oleh ahli-ahli kumpulan muzik antarabangsa. Kesan sosial globalisasi yang membimbangkan ke atas golongan remaja di seluruh dunia ialah membentuk amalan gaya hidup tidak sihat.Globalisasi mudah menyerap masuk budaya Barat yang negatif secara terbuka kepada remaja-remaja negara timur.Budaya yang lebih mementingkan keseronokan melalui iklan secara terbuka di media elektronik telah mengubah budaya hidup remaja di seluruh dunia.Amalan merokok, meminum minuman keras dan perlakuan seks bebas semakin mempengaruhi gaya hidup remaja. Kesan sosial globalisasi yang membimbangkan ke atas golongan remaja di seluruh dunia ialah peningkatan kes jenayah dalam kalangan remaja.Personaliti remaja boleh dipengaruhi melalui kemasukan filem-filem atau unsur-unsur hiburan berbentuk seks secara terbuka melalui internet.Jenayah gengsterisme juga dilihat meningkat melalui adegan-adegan ganas yang dicontohi daripada filem Hollywood dan Hong Kong. Pengaruh internet juga

22

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

boleh menyebabkan remaja melakukan jenayah siber seksual melalui pengedaran gambargambar lucah di media sosial. Pengaruh ini dilihat telah berleluasa di seluruh dunia. Kesan sosial globalisasi yang membimbangkan ke atas golongan remaja di seluruh dunia ialah melanggar hubungan sosial remaja dengan masyarakat sekeliling.Globalisasi menyebabkan kemajuan telekomunikasi terutama penggunaan gajet semakin meluas. Penggunaan telefon pintar dalam kalangan remaja yang mempunyai pelbagai aplikasi boleh mempengaruhi personaliti remaja menjadi lebih individualistik dan menjauhkan diri daripada masyarakat sekeliling terutama keluarga. Ikatan sosial remaja di seluruh dunia menjadi longgar dan hubungan dengan masyarakat sekeliling tidak dipeduli Kesimpulannya, remaja masa kini haruslah sedar mengenai perkara buruk dan baik pada era globalisasi ini agar dapat terus menjadi golongan remaja yang berkualiti.

23

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 11 : Penularan wabak penyakit berjangkit akan menguji kesungguhan sesebuah negara untuk membuat persediaan pengawalan, namun kegagalannya akan mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat dunia.Bincangkan.

Wabak penyakit berjangkit perlu pengawalan di peringkat awal bagi mencegah wabak ini dari terus merebak.Kegagalan pengawalan secara global akan menyebabkan wabak terus mengancam seluruh masyarakat dunia. Persediaan pengawalan penularan wabak penyakit berjangkit boleh dibuat dengan mengawal pintu masuk sempadan negara.Penggunaan alat pengimbas suhu badan perlu bagi pemeriksaan saringan kesihatan.Pihak kastam dan imigresen perlu mengawal kemasukan haiwan-haiwan import yang dikenalpasti punca wabak penyakit berjangkit.Pusat-pusat kuarantin perlu kepada mereka yang ada tanda-tanda penyakit. Persediaan pengawalan penularan wabak penyakit berjangkit boleh dibuat dengan mengadakan kerjasama antarabangsa.Kerjasama antara negara untuk menyelaraskan maklumat berkaitan penularan wabak penyakit berjangkit adalah penting untuk dibuat.Semua negara di peringkat antarabangsa harus berusaha secara bersama menyediakan vaksin dan ubat pelali untuk pencegahan penularan wabak penyakit berjangkit.Negara yang kurang pengetahuan berkenaan sesuatu wabak penyakit berjangkit harus mendapatkan bantuan pakar luar negara yang lebih maju bagi mengawal dan mengetahui punca wabak penyakit menular. Persediaan pengawalan penularan wabak penyakit berjangkit boleh dibuat dengan meningkatkan kawalan kepada rakyat.Kerajaan boleh mencegah rakyat Malaysia untuk melawat negara yang ada penularan wabak penyakit berjangkit seperti di negara Amerika Selatan.Kerajaan juga boleh mengeluarkan amaran perjalanan kepada rakyat negara ini agar tidak melawat negara-negara yang mempunyai risiko penularan wabak penyakit berjangkit.Menggalakkan rakyat mendapat rawatan sebelum keluar negara jika tidak dapat dielakkan boleh dibuat seperti yang dilakukan negara Singapura. Kesan negatif penularan wabak penyakit berjangkit adalah dapat menjejaskan kesihatan rakyat.Virus yang merebak boleh menyebabkan kadar kematian meningkat seperti yang berlaku di Afrika Selatan dan negara sekitarnya.Benua Afrika pernah menggemparkan dunia dengan penularan wabak penyakit berjangkit Ebola yang banyak meragut nyawa manusia yang tidak berdosa.Penularan wabak penyakit berjangkit juga boleh menyebabkan penderitaan kepada penduduk sesebuah negara.Misalnya,virus Zika yang berlaku di Brazil 24

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

telah menyebabkan ramai kaum ibu di Brazil yang melahirkan anak-anak yang cacat anggota badan kesan daripada virus Zika. Kesan negatif penularan wabak penyakit berjangkit adalah menjejaskan ekonomi negara.Penularan wabak penyakit berjangkit dapat menjejaskan sektor ekonomi sesebuah negara yang bergantung kepada sektor perlancongan.Kemasukan pelancong asing akan berkurangan.Pelancong akan membatalkan program bercuti daripada terlibat dalam aktiviti melancong kerana takut serangan virus.Sumber pendapatan negara juga akan terjejas kerana sektor pelancongan terjejas. Kesimpulannya,kawalan serangan wabak penyakit berjangkit adalah tanggungjawab semua negara.Kerjasama yang erat antara negara akan dapat menjalin hubungan diplomatik yang sedia terjalin dan keselamatan rakyat juga lebih terjamin.

25

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 12: Liberalisasi dalam sistem ekonomi antarabangsa membolehkan Malaysia memperoleh kelebihan.Namun,pada masa yang sama sistem ini juga mendatangkan keburukan kepada Malaysia. Era globalisasi menuntut liberalisasi dalam sistem ekonomi antarabangsa.Malaysia memperoleh kelebihan daripadanya namun pada masa yang sama terdedah kepada keburukannya. Liberalisasi dalam sistem ekonomi antarabangsa membolehkan Malaysia memperoleh kelebihan dalam meluaskan pasaran.Lebih banyak barangan Malaysia dapat dipasarkan di luar negara melalui proses liberalisasi dalam sistem ekonomi antarabangsa.Tiada had halangan terhadap kemasukan produk Malaysia disebabkan penghapusan cukai dan tarif.Misalnya, melalui perjanjian perdagangan bebas yang ditandatangani Malaysia dengan semua negara Asia Tenggara iaitu Asean Free Trade Area (AFTA).Barangan negara Asia Tenggara lain yang murah membolehkan pengeluar tempatan dapat memperoleh keuntungan yang banyak. Liberalisasi dalam sistem ekonomi antarabangsa membolehkan Malaysia memperoleh kelebihan dalam meningkatkan pelaburan asing.Dasar Liberalisasi menggalakkan kemasukan pelabur asing ke Malaysia.Kerajaan mengumumkan liberalisasi terhadap 27 subsektor perkhidmatan serta melonggarkan beberapa syarat pelaburan asing.Tindakan ini ternyata akan menarik minat mereka untuk membuat pelaburan.Proses liberalisasi ini juga dapat mengurangkan kos operasi pelabur asing. Liberalisasi dalam sistem ekonomi antarabangsa membolehkan Malaysia memperoleh kelebihan dalam perkongsian pengetahuan dan kepakaran.Liberalisasi dalam sistem ekonomi antarabangsa boleh memberikan cabaran kepada daya saing produk keluaran Malaysia.Bagi meneruskan daya saing di pasaran antarabangsa kerajaan Malaysia harus mampu menghasilkan sumber manusia yang berkualiti serta pakar dalam bidang pengeluaran.Pekerja tempatan dapat mempelajari teknologi dan kepakaran asing melalui latihan dan pengalaman bekerja di luar negara kesan daripada proses liberalisasi ekonomi ini. Keburukan liberalisasi dalam sistem ekonomi antarabangsa kepada Malaysia ialah dapat mengancam sektor pembuatan tempatan.Kemasukan barangan dan perkhidmatan asing secara bebas ke Malaysia memberikan pilihan besar kepada pengguna.Barangan asing lazimnya

berkualiti

dan

berdaya

saing

dari 26

segi

harga

akan

menjadi

pilihan

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

pengguna.Barangan asing ini juga akan memberikan saingan kepada produk baharu yang dikeluarkan oleh firma tempatan yang tentunya lebih mahal.Permintaan yang banyak terhadap barangan asing oleh masyarakat Malaysia akan menyebabkan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan tempatan terbatas. Keburukan liberalisasi dalam sistem ekonomi antarabangsa kepada Malaysia ialah melalui penguasaan ekonomi negara oleh pihak asing.Syarikat asing di Malaysia boleh masuk dan keluar dari pasaran Malaysia pada bila-bila masa sahaja berikutan kebebasan yang diberikan Malaysia kepada syarikat-syarikat asing ini.Pergantungan sepenuhnya terhadap syarikat-syarikat asing dalam menjana ekonomi negara boleh menyebabkan ekonomi negara berada dalam keadaan terancam.Perkara ini boleh mempengaruhi keputusan pembuatan dasar kerajaan atas nama keperluan liberalisasi ekonomi bagi menjaga hati pelabur-pelabur asing agar tidak melabur di negara lain. Kesimpulannya,Malaysia

perlu

meliberalisasikan

ekonomi

jika

hendak

mengembangkan ekonominya.Semakan dan kawalan terhadap dasar liberalisasi perlu dilakukan secara berterusan agar tidak menjejaskan ekonomi negara.

27

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 13 : Malaysia memiliki kelebihan tersendiri untuk berkembang maju sebagai hab industri halal global. Malaysia mempunyai pelbagai potensi untuk menjadi negara yang berkembang maju sebagai hab ilmu halal global. Malaysia memiliki kelebihan tersendiri untuk berkembang maju sebagai hab industri halal global kerana mempunyai pasaran dan permintaan yang tinggi daripada negara Islam.Peningkatan pengaruh Islam di seluruh dunia dan kesedaran tinggi telah mewujudkan permintaan yang semakin meningkat terhadap produk halal Malaysia.Produk halal negara amat diyakini tinggi di pasaran global kerana terbukti berkualiti tinggi dan harga yang murah menarik minat dari negara-negara Islam.Produk halal Malaysia juga mendapat permintaan tinggi dari penduduk Islam di China. Malaysia memiliki kelebihan tersendiri untuk berkembang maju sebagai hab industri halal global kerana mempunyai kemudahan prasarana.Malaysia dilengkapi pelbagai infrastruktur

yang

canggih

bagi

memenuhi

keperluan

pemasaran

produk

halal

global.Kemudahan jalan darat,laut,udara,sistem telekomunikasi yang maju memudahkan pelbagai produk halal keluar masuk ke negara ini secara lebih berkesan.Misalnya,kemudahan pelabuhan Tanjung Langsat di Tanjung Pelepas,Johor yang mempunyai gudang yang lengkap dengan pelbagai peralatan canggih.Kemudahan ini memudahkan industri berasas halal berkembang pesat di negara ini. Malaysia memiliki kelebihan tersendiri untuk berkembang maju sebagai hab industri halal global kerana menjadi satu-satunya negara yang mengeluarkan sijil atau logo halal yang diiktiraf.Malaysia mempunyai kelebihan sebagai kerajaan negara Islam yang mengeluarkan sijil halal kepada pelbagai produk.Logo dan sijil HALAL Malaysia menjadi aset yang diiktiraf dengan MS15900 dan MS2004.Logo dan sijil HALAL Malaysia diiktiraf di seluruh dunia. Malaysia memiliki kelebihan tersendiri untuk berkembang maju sebagai hab industri halal global kerana mempunyai pelbagai bahan mentah untuk produk makanan halal.Malaysia kaya dengan bahan mentah berasaskan sector makanan dan asas tani yang mudah diperolehi dan murah.Keupayaan ini membolehkan Malaysia mampu menghasilkan produk makanan halal yang lebih kompetitif.Aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang

28

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

dijalankan terhadap pengeluaran makanan berupaya meningkatkan nilai tambah terhadap produk makanan halal yang dikeluarkan oleh Malaysia. Malaysia memiliki kelebihan tersendiri untuk berkembang maju sebagai hab industri halal global kerana mempunyai kepakaran menghasilkan produk halal.Malaysia memiliki tenaga kepakaran bagi membangunkan industri halal dan menentukan status halal.Industri halal Malaysia menjalankan kegiatan kajian dan pemantauan secara berterusan yang diyakini dengan mengamalkan pemprosesan berasaskan Good Manufacturing Produk (GMP).Kajian dan

pemantauan

secara

berterusan

boleh

menyakini

pengguna

domestik

dan

antarabangsa.Kepakaran yang ada pada Malaysia memudahkan proses untuk mencegah penipuan status halal. Kesimpulannya,kelebihan Malaysia sebagai hab industri halal harus dimanfaatkan sebaik mungkin agar dapat memajukan ekonomi negara.

29

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 14 : Usaha Malaysia untuk muncul menjadi hab indsutri halal global boleh memberi manfaat kepada negara.Namun begitu, masih wujud pelbagai cabaran kepada negara untuk mencapai matlamat tersebut. Banyak manfaat yang boleh diperolehi jika Malaysia menjadi hab industri halal global namun untuk merealisasikan matlamat tersebut Malaysia terpaksa menghadapi banyak cabaran dalam usaha untuk menjayakannya. Usaha Malaysia untuk muncul menjadi hab indsutri halal global boleh memberi manfaat kepada Malaysia dengan menjana pendapatan atau ekonomi negara.Pendapatan negara meningkat melalui peluang perdagangan perkhidmatan dan produk dengan negaranegara Islam,Amerika Syarikat dan Britain.Tukaran wang asing yang berlaku melalui hubungan dagangan ini akan mengukuhkan lagi ekonomi negara.Dianggarkan nilai pasaran halal global bernilai RM7.6 trilion setahun dan RM 45 billion untuk pasaran di Malaysia. Usaha Malaysia untuk muncul menjadi hab indsutri halal global boleh memberi manfaat kepada Malaysia dengan mewujudkan peluang pekerjaan.Industri halal global akan mewujudkan industri kecil dan sederhana seperti pemprosesan dan pembungkusan yang boleh mewujudkan peluang pekerjaan.Jaringan usahasama antara pengusaha industri halal dalam kalangan negara Islam dan bukan Islam menyediakan peluang pekerjaan berkualiti tinggi.Pertambahan permintaan sijil atau logo HALAL terhadap produk makanan halal boleh meningkatkan input buruh bagi memenuhi permintaan tersebut. Usaha Malaysia untuk muncul menjadi hab industri halal global boleh memberi manfaat kepada Malaysia dengan menjamin kesihatan dan mengurangi krisis bekalan makanan.Industri halal boleh menghasilkan makanan yang berkualiti dan kebersihan yang terjamin dari segi virus atau bahan kimia.Makanan yang berkualiti dan kebersihan yang terjamin akan mampu memelihara kesihatan penduduk Islam dan bukan islam di peringkat global.Indusri halal juga boleh menjamin bekalan makanan halal yang mencukupi untuk penduduk Islam di seluruh dunia. Cabaran Malaysia untuk mencapai matlamat menjadi hab indsutri halal global adalah kekurangan tenaga pakar dan tenaga mahir.Malaysia agak kekurangan tenaga professional dalam aspek sains halal.Misalnya,kepakaran penyembelihan mengikut syariah kurang mendapat sambutan daripada golongan muda yang menganggap profesion ini tidak ekonomik dan tenaga kepakaran sedia ada sudah tua.Kepakaran pembungkusan makanan 30

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

halal untuk mengekalkan ketahanan dan kualiti makanan yang mahal menyukarkan usaha untuk membangunkan industri halal global. Cabaran Malaysia untuk mencapai matlamat menjadi hab indsutri halal global adalah usaha untuk mengekalkan standard dan kualiti.Malaysia menghadapi masalah untuk mengekalkan piawaian dan kualiti produk indsutri halal kerana ditentukan oleh piawaian dan kualiti antarabangsa.Konsep halal yang berbeza mengikut fahaman umat islam di seluruh dunia seperti Hanafi,Maliki dan Shafii merumitkan industri halal di Malaysia.Perbezaan fahaman ini menyebakan permintaan terhad mengikut fahaman yang dianuti oleh kerajaan Islam di Malaysia. Kesimpulannya,Malaysia harus mencari satu jalan penyelesaian dalam menyelesaikan perbezaan fahaman konsep halal dengan umat islam yang lain agar usaha Malaysia untuk memanfaatkan potensi industri halal antarabangsa dengan baik.

31

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 15: Fenomena jerebu merentas sempadan di beberapa buah negara ASEAN berpunca daripada pelbagai faktor.Oleh itu,negara-negara serantau perlu mengambil langkah bersama untuk menangani fenomena ini.Huraikan. Fenomena jerebu merentas sempadan menjadi sebahagian permasalahan alam sekitar kepada negara-negara serantau.Walaupun permasalahan tersebut disebabkan oleh pelbagai faktor namun negara-negara serantau perlu mengambil langkah mengatasinya. Fenomena jerebu merentas sempadan di beberapa buah negara ASEAN berpunca daripada faktor perubahan cuaca.Fenomena El Nino menyebabkan cuaca menjadi lebih panas dan kering di kawasan tropika.Pembentukan awan tidak aktif , hujan yang kurang dan angin mudah bertiup membawa jerebu merentasi sempadan.Misalnya,jerebu merentasi sempadan yang teruk berlaku di Malaysia,Singapura dan Indonesia pada tahun 1997,1998 dan 2015. Fenomena jerebu merentas sempadan di beberapa buah negara ASEAN berpunca daripada faktor pembakaran sisa pertanian.Kebanyakan petani di Indonesia mengambil jalan mudah dengan membakar sisa tanaman secara terbuka.Pembakaran ini dibuat kerana kosnya yang murah berbanding cara lain.Pembakaran sisa-sisa hasil pertanian yang tidak terkawal menghasilkan asap dan molekul terampai membentuk menjadi jerebu.Kebakaran yang berlaku mengakibatkan jerebu yang teruk kepada negara-negara serantau. Fenomena jerebu merentas sempadan di beberapa buah negara ASEAN berpunca daripada faktor pembakaran hutan.Sisa tebangan hutan yang dibakar semasa musim kering di tanah gambut akan menghasilkan asap tebal.Musim kemarau dengan tiupan angin yang kencang menyebabkan asap bertiup merentas sempadan ke negara-negara jiran.Terdapat undang-undang yang membenarkan pembakaran hutan bagi tujuan pertanian di Indonesia merumitkan lagi keadaan.Tindakan ini menyebabkan sebahagian daripada Indonesia dan negara Asia Tenggara di sekitarnya diselimuti asap beracun pada tahun 2015. Negara-negara serantau perlu mengambil langkah bersama untuk menangani fenomena jerebu dengan mengadakan perjanjian antara negara-negara serantau (ASEAN). Semua negara ASEAN ada menandatangani perjanjian alam sekitar pada tahun 2002 bagi mengurangkan pencemaran jerebu.Melalui perjanjian ini negara-negara serantau bersepadu bekerjasama untuk menangani jerebu.Hal ini dilakukan melalui aktiviti pemantauan kualiti udara dan pencegahan pembakaran terbuka. 32

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Negara-negara serantau perlu mengambil langkah bersama untuk menangani fenomena jerebu dengan menubuhkan Pusat Koordinasi ASEAN (ACC).ACC ditubuhkan untuk memudahkan kerjasama dan koordinasi antara pihak-pihak terlibat bagi menangani jerebu.Sebagai contoh,koordinasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Nasional Indonesia.Semua negara ASEAN juga harus menyelaraskan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) agar dapat menangani fenomena jerebu dengan lebih sistematik dan efisien. Kesimpulannya,masalah jerebu merentasi sempadan harus dipandang serius oleh negara serantau.Kesepakatan antara negara berjiran amat penting dalam menangani isu ini agar fenomena jerebu merentas sempadan dapat ditangani.

33

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 16:Penipisan lapisan ozon di kawasan Antartika berpunca daripada pelbagai faktor.Penipisan lapisan ozon juga memberi impak negatif kepada manusia dan segala hidupan di muka bumi.Jelaskan. Fenomena lapisan ozon merupakan satu masalah besar kepada alam sekitar dan amat membimbangkan penduduk dunia.Fenomena ini berpunca daripada pelbagai faktor dan boleh membawa kesan negatif kepada kehidupan manusia dan hidupan lain. Penipisan lapisan ozon di kawasan Antartika berpunca daripada faktor pencemaran bahan industri.Penggunaan Klorofluorokarbon (CFC) dalam kegiatan industri elektronik dan logam boleh menipiskan lapisan ozon.CFC merupakan agen pelarut pendingin udara dan peti sejuk yang mengandungi klorin dan jika bertindak balas dengan sinaran ultra ungu boleh memusnahkan molekul-molekul ozon.Penggunaan bahan kimia dalam industri baja kimia dan racun serangga boleh menipiskan lapisan ozon kesan daripada nitrat oksida. Penipisan lapisan ozon di kawasan Antartika berpunca daripada faktor pembakaran bahan buangan dan tenaga.Ozon akan terhakis melalui pembakaran bahan buangan sisa pertanian dan perhutanan.Sisa pertanian dan perhutanan yang dibakar akan menghasilkan gas nitrogen yang boleh meresap ke atmosfera dan menipiskan lapisan ozon.Pembakaran bahan tenaga juga boleh menyebabkan

penipisan lapisan ozon.Kapal terbang supersonik

menggunakan bahan bakar petroleum yang mengeluarkan gas nitrogen oksida boleh menipiskan lapisan ozon. Penipisan lapisan ozon juga memberi impak negatif kepada manusia dan segala hidupan di muka bumi dengan menjejaskan kesihatan manusia dan hidupan laut.Penipisan lapisan ozon akan menyebabkan sinaran ultra ungu memancar terus ke permukaan bumi.Sinaran ini boleh menyebabkan manusia mengalami penyakit kanser kulit.Sinaran ultra unggu juga boleh menjejaskan hidupan laut melalui kemusnahan sumber makanan hidupan laut seperti zooplankton.Kekurangan sumber makanan untuk hidupan laut akan merosakkan keseimbangan ekosistem akuatik. Penipisan lapisan ozon juga memberi impak negatif kepada manusia dan segala hidupan di muka bumi melalui perubahan iklim dan menjejaskan bekalan air bersih manusia.Sinaran ultra ungu boleh meningkatkan suhu bumi.Suhu yang terlalu panas boleh menyebabkan haiwan ternakan mati yang menjejaskan sumber makanan manusia.Sumber

34

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

bekalan air bersih manusia juga terjejas berikutan kejadian banjir dan kemarau kesan daripada penipisan lapisan ozon akibat perubahan iklim yang tidak menentu. Penipisan lapisan ozon juga memberi impak negatif kepada manusia dan segala hidupan di muka bumi dengan menjejaskan hasil pertanian.Sinaran ultra ungu yang berlebihan akan merosakkan sel dan mikro organisma dalam tumbuhan dan binatang ternakan.Radiasi ultraviolet boleh menjejaskan tumbesaran tumbuhan dan haiwan. Tumbesaran tumbuhan terganggu disebabkan radiasi ini menjejaskan proses fotosintesis tumbuhan dan turut menganggu rantai makanan haiwan akibat perubahan iklim. Kesimpulannya,semua pihak harus mengambil inisiatif untuk membendung penipisan lapisan ozon daripada terus berlaku agar tidak menjejaskan kehidupan manusia dan hidupan lain di muka bumi.

35

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 17:Malaysia mempunyai rasional tertentu berusaha menjadikan Antartika sebagai “Warisan Bersama Dunia”.Bincangkan. Benua Antartika mempunyai banyak manfaat jika dibangunkan namun manfaat pembangunan ini dilihat lebih dimonopoli negara-negara maju.Malaysia ada menyuarakan Antartika harus diisyithar sebagai warisan bersama dunia agar tidak memberi kelebihan kepada negara maju sahaja. Malaysia mempunyai rasional untuk menjadikan Antartika sebagai Warisan Bersama Dunia disebabkan Antartika sesuai untuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D).Malaysia mendapati kawasan Antartika merupakan kawasan sesuai untuk dibuat kajian tentang unggas dan alam sekitar.Setiap negara harus mempunyai kebebasan untuk membuat kajian tanpa dihalang negara maju untuk membuat penyelidikan tentang flora dan fauna.Kebebasan ini akan membolehkan pengkaji tempatan mengkaji kesan perubahan iklim global terhadap mikroorganisme. Malaysia mempunyai rasional untuk menjadikan Antartika sebagai Warisan Bersama Dunia disebabkan keperluan untuk pemeliharaan alam sekitar dunia.Pembabitan Malaysia dalam isu Antartika membolehkan negara membantu negara-negara maju untuk mengurangkan masalah pemanasan global.Penglibatan Malaysia dalam isu Antartika juga boleh membantu Malaysia membuat persediaan awal jika berlaku bencana alam.Pencairan glasier di kawasan ini menjadi petanda kepada impak perubahan iklim yang boleh menyebabkan berlaku kenaikan aras laut dan kejadian banjir di negara-negara tertentu. Malaysia mempunyai rasional untuk menjadikan Antartika sebagai Warisan Bersama Dunia disebabkan keperluan mengekalkan hasil bumi Antartika sebagai hak bersama.Antartika kaya dengan pelbagai hasil bumi dan semua hasil ini harus dikongsi semua negara.Malaysia berpendapat hasil bumi Antartika tidak wajar dinikmati oleh beberapa buah negara kaya sahaja.Malaysia bersama-sama dengan negara anggota PBB yang lain membantah pernjanjian Konvensyen Undang-Undang Laut Bangsa-Bangsa Bersatu kerana bimbang sumber galian di Antartika seperti platinum,nikel dan minyak dikuasai oleh kuasa-kuasa tertentu sahaja. Malaysia mempunyai rasional untuk menjadikan Antartika sebagai Warisan Bersama Dunia disebabkan ketidakadilan penguasaan negara-negara tertentu di Antartika. Perjanjian “Antartika Treaty System”dibuat oleh enam belas buah negara sahaja.Perjanjian 36

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

ini merupakan satu tindakan yang tidak adil kerana membuat perjanjian tanpa pengetahuan anggota PBB yang lain.Perjanjian ini juga ternyata bertentangan dengan matlamat asal perjanjian dengan anggota PBB yang lain iaitu Antartika sepatutnya diurus oleh satu rejim antarabangsa Antartika. Malaysia mempunyai rasional untuk menjadikan Antartika sebagai Warisan Bersama Dunia disebabkan keperluan hubungan persahabatan dan diplomatik antarabangsa dengan negara membangun dan maju.Malaysia dapat memajukan ekonominya jika berjuang bersama negara lain dalam mengekalkan warisan bersama.Negara antarabangsa juga akan memberi pengalaman dan kemahiran kepada Malaysia untuk menjadi lebih maju.Malaysia juga dapat bekerjasama dan mengeratkan persahabatan dengan negara kuasa besar. Kesimpulannya,Malaysia harus berjuang bersama dengan negara lain untuk menjadikan Antartika sebagai warisan bersama dunia agar dapat dimanfaatkan untuk memajukan ekonomi dan sumber pengetahuan kepada negara.

37

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 18: Masalah alam sekitar merupakan isu universal atau global yang perlu ditangani oleh masyarakat antarabangsa.Malaysia telah memainkan peranan yang aktif di peringkat antarabangsa dalam melindungi alam sekitar. Alam sekitar yang bersih menjamin tahap kesihatan penduduk dunia.Malaysia turut memainkan peranan penting di peringkat antarabangsa dalam melindungi alam sekitar. Malaysia memainkan peranan yang aktif di peringkat antarabangsa dalam melindungi alam sekitar dengan menyokong ketetapan Protokol yang berkaitan alam sekitar. Malaysia bersetuju mengurangkan pembebasan gas rumah hijau dan kaca di udara melalui Protocol Kyoto.Malaysia juga memberi kerjasama dalam Protokol Montreal untuk menghapuskan penggunaan CFC dalam sektor perkhidmatan pada tahun 2010.Malaysia juga komited dalam Protokol Cartagena bagi memastikan kesan bioteknologi tidak menjejaskan alam sekitar dan manusia. Malaysia memainkan peranan yang aktif di peringkat antarabangsa dalam melindungi alam sekitar dengan menuntut hak terhadap penerokaan Antartika.Malaysia menyedari mengenai kepentingan kawasan Antartika boleh mempengaruhi alam sekitar global.Malaysia menuntut agar Antartika menjadi warisan dunia dan hak bersama dengan semua negara agar dapat mengelakkan penerokaan tanpa standard negara-negara maju yang boleh menjejaskan alam sekitar benua tersebut.Tujuan tuntutan Malaysia juga adalah bagi mengekalkan Antartika dalam mengimbangi perubahan suhu dunia. Malaysia memainkan peranan yang aktif di peringkat antarabangsa dalam melindungi alam sekitar melalui persidangan antarabangsa.Malaysia ada mengeluarkan Deklarasi Langkawi berkaitan alam sekitar pada tahun 1989 semasa menganjurkan Persidangan KetuaKetua Kerajaan Komanwel (CHOGM).Penglibatan Malaysia dalam pelbagai persidangan peringkat antarabangsa membolehkan Malaysia menyuarakan idea sebagai langkah melindungi alam sekitar secara bersama. Misalnya,melalui Protokol Montreal yang dihadiri Malaysia dalam satu persidangan antarabangsa alam sekitar berjaya digunakan Malaysia dan negara lain untuk menghentikan pengeluaran dan penggunaan CFC dalam sektor pembuatan. Malaysia memainkan peranan yang aktif di peringkat antarabangsa dalam melindungi alam sekitar dengan menyahut kempen Program ‘Earth Hour’.Malaysia menyahut kempen Program ‘Earth Hour’ dengan menjalankan kempen untuk bergelap dengan memadam semua lampu elektrik selama satu jam.Mesej kempen ini disokong sepenuhnya 38

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

oleh Malaysia.Sokongan ini dibuat bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat Malaysia berkaitan kepentingan menangani pemanasan global. Malaysia memainkan peranan yang aktif di peringkat antarabangsa dalam melindungi alam sekitar dengan mengadakan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan kerjasama antarabangsa.Penyelidikan dan pembangunan sentiasa dijalankan di Malaysia untuk melestarikan alam sekitar dan menyelesaikan masalah-masalah alam sekitar di peringkat global.Universiti tempatan dengan kerjasama kepakaran dari negara luar menjalankan kajian berkaitan perubahan cuaca dunia.Misalnya,Universiti Teknologi Mara(UiTM) dan Universiti Sains Malaysia telah menjalin kerjasama dengan pakar-pakar universiti luar negara dalam menghasilkan kajian bagi membantu mengatasi masalah banjir di Malaysia. Kesimpulannya,Malaysia dan negara antarabangsa yang lain sedar tentang pentingnya memelihara alam sekitar yang bersih agar semua masyarakat dunia dapat mencapai kesejahteraan hidup.

39

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 19: Pemanasan global merupakan isu sejagat yang memerlukan tindak balas masyarakat antarabangsa menangani masalah ini.Malaysia juga mempunyai langkah tertentu dalam usaha menangani permasalahan ini.Huraikan. Pemanasan global merupakan isu antarabangsa yang amat serius kerana boleh menjejaskan alam sekitar dan manusia.Negara antarabangsa termasuk Malaysia harus merencanakan langkah tertentu dalam menangani permasalahan ini. Langkah Malaysia dalam usaha menangani permasalahan pemanasan global adalah dengan menghadiri persidangan antarabangsa PBB.Malaysia ada menghadiri persidangan antarabangsa anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seperti Persidangan Kyoto di Jepun dan Persidangan Copenhagen di Denmark.Persidangan Copenhagen dimeterai untuk merangka pelan tindakan untuk menangani kesan perubahan iklim dunia.Protokol Kyoto pula dimeterai untuk mengawal pelepasan gas rumah kaca. Langkah Malaysia dalam usaha menangani permasalahan pemanasan global adalah dengan menguruskan bencana melalui Pusat Serantau Sains Asia.Pusat Serantau Sains Asia telah diwujudkan untuk memesatkan penggunaan ICT dalam kalangan negara anggota termasuk Malaysia untuk tujuan pembangunan dan keselamatan serantau.Misalnya, penggunaan ICT dalam pengurusan bencana ASEAN seperti memberi maklumat yang pantas tentang Tsunami dan kegiatan bencana lain.Kesedaran penggunaan ICT untuk bencana alam ini dapat membantu mengurangkan ancaman ke atas mangsa bencana. Langkah Malaysia dalam usaha menangani permasalahan pemanasan global adalah dengan menyahut kempen Program ‘Earth Hour’di seluruh dunia.Program ini mula digerakan oleh Tabung Hidupan Liar(WWF) Australia pada tahun 2007 dan dilancarkan secara rasmi semasa persidangan Perubahan Iklim Bangsa-bangsa Bersatu di Bali pada tahun 2009.Kempen ini mengajak penduduk di seluruh dunia untuk bergelap dengan memadamkan lampu yang menggunakan tenaga elektrik tepat jam 8.30 malam sehingga 9.30 malam. Kempen ini bertujuan menyampaikan keprihatinan penduduk dunia mengenai perlunya tidakan proaktif bagi menangani isu pemanasan global. Langkah Malaysia dalam usaha menangani permasalahan pemanasan global adalah dengan menghadiri persidangan antarabangsa tentang kawalan ke atas Antartika. Pencairan ais yang drastik di Antartika akan memberi impak banjir besar yang membahayakan.Sekatan dan kawalan ke atas penerokaan yang tidak terkawal untuk 40

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

mengambil bahan mentah di Antartika perlu dibuat segera.Malaysia pernah menyuarakan pendapat bahawa Antartika adalah Warisan Bersama untuk Faedah Bersama dan menyatakan bantahan penerokaan melalui persidangan antarabangsa PBB. Langkah Malaysia dalam usaha menangani permasalahan pemanasan global adalah dengan menjalankan penyelidikan dengan kerjasama negara luar.Beberapa buah universiti tempatan mula menjalankan kajian ke atas perubahan cuaca.Malaysia turut bekerjasama dengan pakar dari luar negara untuk menangani isu yang sama.Misalnya, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan USM telah menjalinkan kerjasama dengan pakarpakar universiti luar negara dalam menghasilkan kajian bagi membantu mengatasi masalah banjir di Malaysia. Kesimpulannya,Malaysia dan negara antarabangsa lain harus merencanakan langkah segeran dalam menangani pemanasan global agar tidak menjejaskan alam sekitar.manusia dan hidupan lain.

41

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 20: Dunia kini di ambang bahaya berikutan peningkatan suhu dunia secara berterusan yang sudah pun menganggu pola iklim sejagat dan langkah perlu dilakukan untuk mengatasinya. Peningkatan suhu dunia telah memberi pelbagai kesan kepada manusia dan alam sekitar.Justeru , langkah- langkah perlu dilakukan bagi mengatasi fenomena ini. Peningkatan suhu dunia secara berterusan menganggu pola iklim sejagat.Taburan hujan tidak lagi sekata dan mengikut musim.Cuaca panas keterlaluan dan panas kering telah merebak dan meluas ke banyak kawasan sehingga menyebabkan berlaku kebakaran hutan.Dilaporkan 2.5 juta ekar kawasan hutan dunia telah terbakar kesan daripada fenomena ini.Kesan pemanasan global telah menyebabkan negara Afrika Selatan yang sinonim dengan cuaca panas telah menyaksikan kehadiran salji pada tahun 1981. Peningkatan suhu dunia secara berterusan menyebabkan kehilangan sumber protein.Pemanasan global meningkatkan kemusnahan terumbu karang yang merupakan nurseri paling penting kepada kehidupan laut.Hayat terumbu karang bergantung kepada algae yang memerlukan suhu sejuk untuk tumbuh.Fenomena La Nina pada tahun 1998 telah menyebabkan kematian terumbu karang berikutan alagae yang tidak dapat tumbuh. Kehilangan terumbu karang akan menyebabkan manusia kehilangan sumber ikan yang menjadi sumber protein. Peningkatan suhu dunia secara berterusan

menjejaskan tahap kesihatan

manusia.Kebocoran lapisan ozon menyebabkan pancaran ultra ungu terus sampai ke bumi.Pancaran ultra ungu menyebabkan gen-gen dalam kromosom mengalami mutasi dan berlaku pembahagian sel-sel manusia yang tidak teratur yang mengakibatkan penyakit barah kulit.Radiasi ultra ungu juga merosakkan sistem imunisasi manusia yang menyebabkannya tidak mampu menentang ancaman penyakit.Misalnya,penyakit radang paru-paru,penyakit katarak dan buta. Langkah mengatasi peningkatan suhu dunia adalah dengan mewartakan hutan simpan.Hutan sebagai agen mengimbang gas dengan membekalkan oksigen dan menyerap unsur karbon.Penyerapan karbon akan mengurangkan lebihan unsur ini sekali gus mengurangkan kuantiti gas pembentuk rumah hijau.Dengan mengekalkan kawasan hutan,agen penyerap karbon akan terpelihara dan suhu dunia yang panas dapat dielakkan daripada berlaku. 42

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Langkah mengatasi peningkatan suhu dunia adalah dengan menghasilkan biodiesel.Penggunaan biodiesel dapat mengurangkan pelepasan karbon.Biodiesel daripada kelapa

sawit

contohnya

lebih

efisien

berbanding

penggunaan

sumber

tenaga

petrol.Penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui ini juga mesra alam kerana kandungan karbon yang dilepaskan terlalu kecil berbanding pembakaran tenaga petrol. Kesimpulannya,usaha perlu dilakukan semua pihak bagi menangani fenomena peningkatan suhu di peringkat antarabangsa agar pemanasan global tidak membawa akibat yang besar dan menggerunkan untuk masa depan bumi ini.

43

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 21: Dunia kini telah mengalami pelbagai bencana alam yang telah menyebabkan pelbagai kemusnahan kepada manusia dan alam sekitar. Kemusnahan dunia akibat daripada bencana alam amat membimbangkan terutama kepada manusia dan alam sekitar. Bencana alam menyebabkan kemusnahan kepada manusia melalui penularan penyakit berjangkit.Selepas kejadian banjir,banyak sapah sarap yang terkumpul dan menakung air.Air yang bertakung menjadi tempat pembiakan haiwan pembawa penyakit seperti nyamuk aedes dan tikus.Pembiakan nyamuk Aedes boleh menyebabkan penularan penyakit demam denggi.Kuman yang terdapat dalam air akibat banjir yang boleh menyebabkan penyakit taun kepada manusia. Bencana alam menyebabkan kemusnahan kepada manusia melalui kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa.Bencana alam menyebabkan rumah,bangunan dan premis perniagaan musnah dan kehilangan nyawa.Ramai manusia dihanyutkan air banjir dan tsunami akibat bencana alam yang berlaku.Tertimbus dalam tanah runtuh ataupun terperangkap dalam bangunan dan rumah yang runtuh juga merupakan bencana alam yang selalu berlaku berikutan sikap manusia yang menebang hutan secara berleluasa sehingga mengakibatkan struktur tanah tidak kukuh. Bencana alam menyebabkan kemusnahan kepada manusia dari segi kesihatan yang terjejas.Penipisan lapisan ozon menyebabkan pemanasan global yang membawa kepada peningkatan suhu dan kemarau panjang.Peningkatan suhu boleh mengurangkan imunisasi badan manusia.Manusia berisiko untuk menghidapi pelbagai jenis penyakit seperti kanser kulit dan katarak mata.Kemarau panjang juga menyebabkan debu berterbangan di udara yang menyebabkan penyakit asma,sukar bernafas dan batuk. Bencana alam menyebabkan kemusnahan kepada alam sekitar melalui kepupusan flora dan fauna.Flora dan fauna memerlukan persekitaran

yang bersih untuk

membiak.Pemanasan

tidak

global

juga

menyebabkan

tumbuhan

subur

dan

mati.Penggondolan hutan juga menganggu habitat binatang dan mengurangkan sumber makanan.Haiwan akuatik juga akan pupus akibat kesukaran mendapatkan makanan iaitu plankton kerana plankton tidak dapat membiak dalam keadaan suhu yang panas. Bencana alam menyebabkan kemusnahan kepada alam sekitar melalui gangguan keseimbangan ekologi.Habitat flora dan fauna akan terganggu kerana proses penyahutanan 44

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

untuk proses pembangunan dan aktiviti pertanian.Sumber makanan dan ubat-ubatan juga akan terjejas akibat proses penyahutanan ini.Hutan yang gondol tidak dapat menahan dan menyimpan air melalui aktiviti penyerapan untuk proses fotosintesis.Perkara ini boleh mengakibatkan bencana alam seperti banjir dan tanah longsor. Kesimpulannya,bencana alam boleh memusnahkan manusia dan alam sekitar.Justeru pelbagai langkah yang serius perlu dilakukan di peringkat negara dan antarabangsa agar dapat menyedarkan masyarakat tentang tanggungjawab memelihara bumi.

45

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 22: Fenomena El Nino yang berlaku di kawasan timur Lautan Pasifik turut dirasai oleh beberapa negara di Asia Tenggara seperti Malaysia telah memberi kesan kepada alam sekitar dan manusia. Fenomena El Nino telah memberi kesan buruk kepada alam sekitar dan manusia di seluruh dunia mahupun di Malaysia. Kesan fenomena El Nino kepada alam sekitar ialah dari segi perubahan iklim atau cuaca.El Nino boleh menyebabkan keadaan cuaca menjadi kering dan suhu menjadi semakin panas.Misalnya,pada 17 tahun yang lalu Malaysia pernah mengalami peningkatan suhu melebihi 40 darjah celcius.El Nino juga boleh menyebabkan angin kencang,hujan lebat dan kejadian banjir.Misalnya, perubahan cuaca menjadi ekstrem seperti kejadian banjir di Filipina dan China. Kesan fenomena El Nino kepada alam sekitar ialah dari segi kemarau dan jerebu.Di Malaysia fenomena El Nino akan menyebabkan jumlah hujan yang diterima akan berkurangan dan menyebabkan berlakunya kemarau.Misalnya, pada tahun 2014 berlaku kemarau yang teruk di Malaysia kesan daripada fenomena El Nino sehingga mengakibatkan Malaysia mengalami krisis bekalan air.El Nino turut menyebabkan berlakunya kejadian jerebu di Malaysia ekoran cuaca yang panas dan kering memudahkan berlaku kebakaran hutan. Kesan fenomena El Nino kepada alam sekitar ialah dari segi pencairan glasier dan peningkatan aras laut.El Nino menyebabkan berlakunya pemanasan suhu air laut dan menyebabkan berlakunya peningkatan suhu dunia.Pemanasan lautan menyebabkan berlakunya kejadian glasier mencair dan menyusut secara drastik di Kutub Utara dan Selatan seperti yang berlaku di Laut Ross di Antartika.Kejadian El Nino boleh menyebabkan paras air laut meningkat.Pemanasan air laut menyebabkan pengembangan isipadu air laut akan berlaku dan mengakibatkan paras air laut meningkat. Kesan fenomena El Nino kepada manusia ialah dari segi menjejaskan kesihatan.El Nino boleh menyebabkan berlakunya penyakit berkaitan dengan suhu panas yang ekstrim.Misalnya,cuaca yang kering dan panas meningkatkan kes penyakit sensitif iklim seperti taun,selsema,demam denggi dan malaria.El Nino yang menyebabkan keadaan cuaca menjadi panas boleh mempengaruhi psikologi manusia.Misalnya,cuaca yang panas boleh

46

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

menyebakan manusia meradang dan tidak dapat mengawal kemarahan apabila suhu badan dan darah meningkat. Kesan fenomena El Nino kepada manusia ialah dari segi mengurangkan sumber bekalan makanan.El Nino boleh menyebabkan manusia mengalami krisis sumber makanan akuatik berikutan suhu air suhu laut berubah .Perubahan suhu laut ini boleh menyebabkan hidupan laut terjejas terutama populasi plankton akan berkurangan dan menyebabkan hidupan laut seperti ikan akan kekurangan makanan.El Nino turut menjejaskan aktiviti pertanian.El Nino akan mencetuskan cuaca panas yang kering dan kemarau yang boleh menyebabkan bekalan air untuk aktiviti pertanian dan tanaman turut terjejas. Kesimpulannya,Malaysia dan negara-negara dunia lain perlu sentiasa bersedia menghadapi kesan-kesan fenomena El Nino ini agar tidak mencetuskan kesan serius kepada alam sekitar dan manusia.

47

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 23:Negara-negara di rantau ASEAN dikelelilingi oleh laut dan selat perairannya sentiasa mengalami pencemaran.Usaha-usaha perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini secara bersama. Banyak punca yang menyebabkan pencemaran laut berlaku di perairan negara di rantau ASEAN yang memberi banyak kesan negatif kepada negara terlibat.Justeru. semua negara ASEAN yang terlibat harus bersatu untuk mengatasi masalah pencemaran laut ini. Pencemaran laut di negara-negara rantau ASEAN berpunca daripada aktiviti perlombongan minyak.Proses cari gali minyak dan gas tertumpu di kawasan laut atau perairan.Ekoran daripada penubuhan beberapa projek penapisan minyak,sering berlaku pencemaran

laut

akibat

kebocoran

dan

minyak

melimpah

keluar

dari

tangki

pembekal.Kejadian ini bukan sahaja menyebabkan laut kotor tetapi turut membunuh hidupan laut yang lain. Pencemaran laut di negara-negara rantau ASEAN berpunca daripada tumpahan minyak.Kejadian tumpahan minyak berlaku disebabkan peningkatan jumlah pengangkutan minyak oleh kapal tangki.Sering berlaku di perairan selat Melaka berikutan peningkatan jumlah kapal tangki.Pelanggaran antara kapal memungkinkan kejadian tumpahan minyak.Misalnya,pelanggaran antara kapal memungkinkan kejadian tumpahan minyak seperti perlanggaran kapal MV Double Brave (2000). Pencemaran laut di negara-negara rantau ASEAN berpunca daripada pembuangan sisa industri.Pengusaha industri melakukan pembuangan sisa industri di kawasan perairan kebiasaannya untuk menjimatkan kos.Kurang pengetahuan mendorong mereka melakukan perbuatan tersebut tanpa berfikir terlebih dahulu kesannya kepada hidupan akuatik di dalam laut.Pembuangan sisa minyak dan bauksit juga merupakan punca pencemaran melalui kilangkilang yang beroperasi di tepi laut.Buktinya,sampel air laut di Malaysia sebagai negara ASEAN di negeri Terengganu turut tercemar angkara pembuangan sisa bauksit ini. Usaha mengatasi pencemaran laut di negara-negara rantau ASEAN adalah dengan negara ASEAN meminta bantuan daripada syarikat minyak terlibat.Syarikat minyak juga prihatin dengan isu ini. Semua syarikat minyak telah bertindak bergabung membentuk pertubuhan bagi menangani masalah pertumpahan minyak ini melalui TARC.TARC ditubuhkan pada tahun 1996 dan dianggotai syarikat minyak ESSO,Caltex dan

48

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Mobil.Organisasi ini mempunyai pelbagai kelengkapan yang canggih dan terkini dapat digunakan dalam kerja-kerja pengawalan dan pembersihan kawasan tumpahan minyak. Usaha mengatasi pencemaran laut di negara-negara rantau ASEAN adalah dengan menubuhkan badan khas.Singapura telah mencadangkan penubuhan satu badan khas untuk mengatasi masalah tumpahan minyak.East Asia Response Limited (EARL) dianggotai oleh lima syarikat minyak terkemuka,iaitu ESSO, Petronas,Caltex,Mobil, dan Shell.Pertubuhan ini berbeza daripada pertubuhan yang lain kerana peranannya yang luas dan tidak terhad di kawasan perairan Malaysia dan Singapura sahaja meliputi rantau Asia Pasifik termasuk Jepun dan Australia. Kesimpulannya, semua negara ASEAN termasuk Malaysia harus memandang serius isu pencemaran laut ini agar pencemaran laut ini tidak merosakkan ekosistem laut di Asia Tenggara.

49

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 24: Pencemaran di kawasan perairan Malaysia dan negara sekitarnya semakin meningkat dan kesannya menjadi ancaman yang serius terhadap Malaysia dan negaranegara serantau. Banyak punca yang menyebabkan pencemaran laut berlaku di perairan negara di rantau ASEAN yang memberi banyak kesan negatif kepada negara Malaysia dan negaranegara serantau. Pencemaran laut di kawasan perairan Malaysia dan negara sekitarnya meningkat berpunca daripada aktiviti perlombongan minyak.Proses cari gali minyak dan gas tertumpu di kawasan laut atau perairan.Ekoran daripada penubuhan beberapa projek penapisan minyak,sering berlaku pencemaran laut akibat kebocoran dan minyak melimpah keluar dari tangki pembekal.Kejadian ini bukan sahaja menyebabkan laut kotor tetapi turut membunuh hidupan laut yang lain. Pencemaran laut di kawasan perairan Malaysia dan negara sekitarnya meningkat berpunca daripada tumpahan minyak.Kejadian tumpahan minyak berlaku disebabkan peningkatan jumlah pengangkutan minyak oleh kapal tangki.Sering berlaku di perairan selat Melaka berikutan peningkatan jumlah kapal tangki.Pelanggaran antara kapal memungkinkan kejadian tumpahan minyak.Misalnya,pelanggaran antara kapal memungkinkan kejadian tumpahan minyak seperti perlanggaran kapal MV Double Brave (2000). Kesan pencemaran laut menjadi ancaman serius kepada Malaysia dan negara serantau disebabkan kepupusan hidupan laut.Kemusnahan terumbu karang membawa kepada kemusnahan plankton yang merupakan oraganisma yang menjadi makanan hidupan marin.Kekurangan sumber makanan menjadikan spesies yang dilindungi akan musnah seperti dugong dan anjing laut.Kemusnahan terumbu karang juga akan meninggalkan kesan kepada ekosistem laut melalui peningkatan suhu air laut. Kesan pencemaran laut menjadi ancaman serius kepada Malaysia dan negara serantau kerana boleh menjejaskan sumber protein dan kesihatan manusia.Sumber marin yang tercemar daripada tumpahan minyak atau hasil buangan bauksit boleh mengancam kesihatan manusia berikutan pengambilan sumber marin ini sebagai sumber makanan boleh menyebabkan keracunan makanan.Makanan daripada hidupan marin ini membekalkan sumber protein yang tinggi.Kepupusan atau pencemaran menjejaskan sumber makanan manusia. 50

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Kesan pencemaran laut menjadi ancaman serius kepada Malaysia dan negara serantau disebabkan menjejaskan kualiti air laut.Sisa buangan toksik atau nuclear mengancam kebersihan laut.Misalnya,kebocoran dan tumpahan radiasi nuklear akibat bencana alam di Jepun menjejaskan kualiti air laut di perairan Jepun dan negara sekitarnya.Tambakan laut juga memusnahkan habitat hidupan marin dan mengubah suhu air laut berikutan pembinaan tambak laut memusnahkan terumbu karang yang memainkan peranan penting dalam mengawal suhu air laut. Kesimpulannya, punca pencemaran laut di Malaysia dan negara serantau harus ditangani segera secara bersama negara anggota ASEAN agar tidak memberi kesan kepada manusia dan hidupan biologi laut pada masa hadapan.

51

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 25:Wilayah maritim Malaysia yang berkongsi dengan negara-negara jiran telah mengalami pelbagai ancaman dan langkah-langkah perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Wilayah maritim Malaysia merujuk lautan,selat dan kepulauan perairan di sekeliling negara-negara jiran.Maritim negara mengalami pelbagai bentuk ancaman dan kerajaan harus menanganinya. Wilayah maritim Malaysia mengalami ancaman kegiatan lanun.Ancaman lanun dilakukan oleh rakyat negara jiran seperti Filipina.Lanun menyerang dan merompak kapal nelayan dan kapal dagang yang lalu di Malaysia sehinggakan mereka mengalami kerugian harta benda.Lanun juga menyerang dan menculik pelancong dan rakyat tempatan di kawasan tumpuan pelancong seperti di Pulau Sipadan yang terletak di Sabah.Kejadian penculikan ini akan menyebabkan pelancong berasa terancam dan kesannya sektor pelancongan negara terjejas. Wilayah maritim Malaysia mengalami ancaman pencemaran laut.Kemalangan kapal minyak boleh berlaku di selat Melaka berikutan laluan tersebut merupakan laluan maritim antarabangsa.Pelanggaran ini boleh menyebabkan tumpahan minyak berlaku yang boleh

memberi

kesan

kepada

pendapatan

nelayan

dan

aktiviti

pelancongan

negara.Pembuangan sisa domestik laut daripada kapal dagang dan pembangunan pinggir pantai juga boleh mencemarkan laut negara.Tindakan mereka ini akan menyebabkan ekosistem pantai,pokok bakau dan habitat pantai musnah. Wilayah maritim Malaysia mengalami ancaman tuntutan bertindih kepulauan. Semua negara menggunakan pelbagai strategi untuk menuntut Kepulauan Spratly dan tindakan ini boleh menjejaskan hubungan diplomatik.Tuntutan ini melibatkan negara Brunei,China,Filipina,Malaysia dan Vietnam.Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang memberi kemenangan tuntutan Pulau Batu Putih kepada Singapura mengeruhkan sedikit hubungan Singapura dan Malaysia yang hanya memperolehi Pulau Batuan Tengah.Kekalahan Malaysia dalam tuntutan Pulau Batu Putih ternyata menjejaskan imej Malaysia. Langkah yang diambil Malaysia bagi menangani ancaman di wilayah maritim adalah dengan mengadakan kerjasama perkongsian bersama.Semua negara yang mempunyai kepentingan perlu berkongsi dan mewujudkan mekanisme penyelarasan.Perkongsian boleh dilaksanakan

dalam

bentuk

kos

operasi,pelaksanaan 52

operasi

dan

manfaat

yang

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

diperoleh.Perkongsian ini dapat meredakan rasa tidak puas hati pihak lain selain dapat memelihara hubungan politik. Langkah yang diambil Malaysia bagi menangani ancaman di wilayah maritim adalah dengan mewujudkan pendidikan laut.Semua negara perlu mendapat pendidikan tentang wilayah maritim sesebuah negara termasuk Malaysia.Penentuan sempadan perairan negara perlu didedahkan kepada nelayan.Pendedahan penentuan sempadan dapat mengelakkan nelayan daripada ditangkap dan dikenakan hukuman oleh negara serantau lain.Pengetahuan tentang kepentingan memelihara kebersihan dan keindahan laut dapat mengelakkan berlakuanya perlakuan atau tindakan yang boleh mencemarkan laut. Kesimpulannya,aktiviti kawalan dan pemantauan terhadap kawasan maritim negara perlu dilakukan secara lebih proaktif dan sistematik agar wilayah maritim Malaysia sentiasa terpelihara daripada sebarang anasir jahat.

53

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 26: Kemajuan perubatan moden kini telah meningkatkan tahap kesihatan manusia sejagat.Huraikan. Kemajuan dunia perubatan pada hari ini telah banyak memberi manfaat kepada kehidupan manusia sejagat. Kemajuan perubatan moden bermanfaat mengesan penyakit dengan mudah dan cepat.Perubatan moden dapat membantu proses pencegahan,rawatan dan penyembuhan. Diagnosis terhadap penyakit dapat dilakukan dalam masa yang singkat.Kaedah terkini yang digunakan dalam perubatan moden dapat mengesan dan merawat penyakit dengan mudah dan cepat.Contohnya penggunaan sinar X dan pemeriksaan Ultrasound. Kemajuan perubatan moden bermanfaat mengurangkan risiko rawatan kepada pesakit.Ahli perubatan moden iaitu doktor merupakan individu yang terlatih.Doktor berpengetahuan dan berpengalaman mengendalikan prosuder rawatan.Risiko seperti pendarahan semasa pembedahan dapat dikurangkan dengan adanya pakar bius dan pakar bdah yang berpengalaman.Risiko terhadap jangkitan kuman selepas pembedahan juga dapat dikurangkan melalui kaedah perubatan moden. Kemajuan perubatan moden bermanfaat memberi kaedah rawatan berteknologi tinggi kepada penyakit berjangkit tertentu.Perubatan moden menekankan kepada diagnosis awal untuk membantu pesakit.Pesakit yang mengalami kulit terbakar boleh menjalani rawatan yang tidak menyakitkan apabila kulit gantian boleh dibuat menggunakan sel kulit pesakit yang dibiakkan daripada cebisan kecil kulit pesakit itu sendiri.Bagi pesakit kencing manis kaedah rawatan terkini boleh memulihkan kelenjar pancreas supaya dapat menghasilkan hormone insulin. Kemajuan perubatan moden bermanfaat kerana telah menjalani pengesahan dan mendapat keyakinan dari pesakit.Pembangunan kemudahan perubatan moden yang dinamik memberi keyakinan kepada pesakit.Pelbagai ujian telah dijalankan untuk memastikan prosuder selamat kepada pesakit.Contohnya, vaksin mencegah denggi sebelum digunakan di Malaysia telah menjalani ujian klinikal sebanyak 25 kali di Amerika Syarikat, Australia dan Amerika Latin. Kemajuan perubatan moden bermanfaat kerana boleh menambah pendapatan negara.Pendapatan bertambah melalui perkembangan industri pelancongan kesihatan.Cukai tidak

langsung

semakin

meningkat

diperolehi 54

daripada

pesakit

yang

mendapat

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

rawatan.Kesedaran rakyat dalam meningkatkan kesejahteraan kesihatan dan mendapatkan rawatan baru telah menyebabkan konsep pelancongan kesihatan berkembang seperti di negara Australia dan Malaysia.Malaysia sendiri melalui pelancongan kesihatan mendapat pulangan berjumlah RM 2 billion melalui pelancongan kesihatan. Kesimpulannya,kemajuan perubatan moden terbukti telah membantu meningkatkan kesejahteraan kesihatan manusia sejagat.Kemajuan yang dicapai pakar perubatan moden ini penting dicapai agar mampu menyakinkan pesakit untuk mendapatkan rawatan menggunakan perubatan moden.

55

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 27: Pembangunan negara Malaysia yang semakin maju setanding dengan negara luar turut dibantu oleh kemajuan bioteknologi terutama dalam sektor pertanian negara. Bioteknologi merujuk kepada penggunaan teknologi proses biologi untuk mengatasi pelbagai masalah kehidupan manusia.Bioteknologi mempunyai pelbagai peranan dalam kemajuan pertanian negara. Bioteknologi mempunyai pelbagai peranan dalam kemajuan pertanian negara iaitu dengan meningkatkan produktiviti.Baka-baka ternakan terbaik dihasilkan melalui kaedah kimera dan in-vitro.Haiwan kacukan dihasilkan seperti selembu dan kambiri.Kaedah kultur tisu boleh mempercepatkan pembiakan tanaman.Mutasi aruhan menghasilkan baka tanaman yang lebih baik seperti padi mas wangi 74 yang mempunyai daya tahan penyakit dan mengeluarkan hasil yang tinggi. Bioteknologi mempunyai pelbagai peranan dalam kemajuan pertanian negara iaitu dengan

meningkatkan kualiti pertanian.Teknologi pengklonan dapat menghasilkan

binatang ternakan dan hasil tanaman yang berkualiti.Misalnya,pengklonan genetik menghasilkan gen baru kelapa sawit yang dapat menghasilkan minyak kelapa sawit jenis monotepu yang baik untuk kesihatan.Pengklonan dan kajian bagi meningkatkan kualiti tanaman dapat menghasilkan tanaman yang kurang risiko penyakit.Misalnya,anak benih bebas daripada jangkitan mikroorganisma. Bioteknologi mempunyai pelbagai peranan dalam kemajuan pertanian negara iaitu dengan menghasilkan produk baharu dalam pertanian.Kaedah Kimera menghasilkan kacukan haiwan seperti seladang dengan lembu dan ayam dengan puyuh.Kaedah kacukan ini mempelbagaikan spesies haiwan dan tanaman.Kaedah pengacukan soma menghasilkan cirriciri kelebihan dua jenis spesies.Misalnya,biri-biri dikacukkan dengan kambing menghasilkan kembiri. Bioteknologi mempunyai pelbagai peranan dalam kemajuan pertanian negara iaitu dengan memajukan industri pemprosesan hasil pertanian.Penggunaan mikroorganisma seperti bakteria,virus dan kulat dapat membantu industri penapaian seperti pengeluaran tapai.Penciptaan enzim baru untuk membuat keju dah hasil susu dapat meningkatkan kualiti dan rasa makanan.Kaedah biokonvensi kanji berjaya menghasilkan bahan perasa dan pengawet. 56

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Bioteknologi mempunyai pelbagai peranan dalam kemajuan pertanian negara iaitu dengan menghasilkan makanan yang selamat dan mesra alam.Bioteknologi dapat mengurangkan penggunaan racun serangga dalam penanaman tanaman pertanian.Misalnya, melalui kawalan biologi yang menggunakan sistem rantaian makanan dapat mengurangkan penggunaan racun serangga pada tanaman pertanian.Manipulasi gen telah menghasilkan tanaman yang imun terhadap jangkitan patogen dan tahan terhadap serangan serangga perosak.Pengguna tidak perlu bimbang Kesimpulannya,Bioteknologi penting memajukan sektor pertanian.Negara perlu menggiatkan usaha untuk memajukan bioteknologi tempatan agar dapat digunakan semaksimum mungkin untuk membangunkan ekonomi negara dan masyarakat.

57

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 28 : Pembangunan sektor pertanian dalam negara kita disebabkan pencapaian kemajuan sains dan teknologi semasa dunia.Huraikan Kemajuan sains dan teknologi telah banyak berkembang dan memajukan sektor pertanian negara.Tanpa penggunaan teknologi moden yang canggih,sektor pertanian negara pasti gagal bersaing di peringkat global. Kemajuan sains dan teknologi dalam pembangunan sektor pertanian adalah dari segi bioteknologi.Bioteknologi dapat membantu penemuan baka baru.Penggunaan teknologi berasaskan nuklear mampu menghasilkan baka yang baik dan bermutu.Bioteknologi dapat menghasilkan baka yang mempunyai daya ketahanan tinggi, berkualiti dan berupaya mengeluarkan hasil dalam jangka masa yang singkat dan banyak.Proses pembesaran yang cepat dan matang serta mempunyai ketahanan terhadap penyakit boleh dihasilkan jika bioteknologi diplikasikan ke dalam sektor pertanian. Kemajuan sains dan teknologi dalam pembangunan sektor pertanian adalah dari segi penggunaan

teknologi

moden.Penggunaan

jentera

moden

dalam

proses

membajak,menanam,menuai dan sebagainya mempercepatkan kerja dan tugas.Tanah yang diusahakan dalam skala besar lebih mudah dan cepat kerana menggunakan jentera moden.Daya dan produktiviti tanaman dan ternakan akan meningkat berikutan penggunaan sains dan teknologi yang dapat mempercepatkan penghasilan produktiviti dalam kuantiti yang banyak.Produktiviti yang banyak akan memberi pulangan lumayan kepada petani dan penternak. Kemajuan sains dan teknologi dalam pembangunan sektor pertanian adalah dari segi pemuliharaan tanah.Penggunaan kaedah moden dapat memulihkan tanah yang tidak subur atau tanah terbiar.Misalnya,PH tanah dapat disesuaikan dengan jenis tanaman.Kapur dan garam dicampurkan mengikut keperluan tanaman bagi memulihkan kandungan dan struktur tanah yang tidak subur.Baja kimia dan baja organik dapat menyuburkan tanah dengan lebih berkesan. Kemajuan sains dan teknologi dalam pembangunan sektor pertanian adalah dari segi penggunaan teknologi sinaran

makanan.Penggunaan teknologi

pengionan dapat

memastikan hasil tanaman tahan lebih lama.Misalnya,sinaran gama yang dipancarkan pada hasil buah-buahan boleh membunuh mikrooragnisme yang berada di luar atau di dalam buah-

58

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

buahan.Penggunaan kaedah ini secara tidak langsung akan meningkatkan daya pengeluaran dan pulangan yang diperolehi akan lebih lumayan. Kemajuan sains dan teknologi dalam pembangunan sektor pertanian adalah dari segi kaedah penyimpanan dan pembungkusan.Penggunaan peti sejuk dapat memastikan hasilhasil pertanian dapat disimpan dan tahan lebih lama.Teknik pembungkusan menggunakan kaedah vakum dapat memastikan mikroorganisme dan bakteria tidak dapat membiak untuk merosakkan hasil tanaman.Hasil dapat dipasarkan ke luar negara kerana produk pertanian dapat tahan lama yang secara tidak langung akan meningkatkan eksport negara. Kesimpulannya, penggunaan sains dan teknologi dalam sektor pertanian perlu digunakkan semua petani agar dapat meningkatkan hasil pengeluaran produk tetapi juga dari kualiti produk pertanian.

59

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 29 : Penggunaan senjata biologi dan kimia dalam peperangan dan juga serangan-serangan keganasan berkembang menjadi ancaman global yang baharu kepada manusia.Bincangkan. Senjata biologi dan kimia dalam ketenteraan merupakan ancaman terbaru terhadap manusia dan penggunaan kedua-dua jenis senjata ini banyak membawa kesan buruk kepada masyarakat dan dunia. Penggunaan senjata biologi dan kimia dalam peperangan dan juga serangan-serangan keganasan berkembang menjadi ancaman global yang baharu kepada manusia kerana dapat memusnahkan nyawa manusia.Kedua-dua senjata tersebut berupaya memusnahkan musuh dalam sekelip mata.Senjata biologi yang menggunakan bakteria anthrax misalnya, mampu membunuh manusia secara tidak sedar.Bakteria Anthrax tidak mempunyai bau dan warna yang boleh tersebar melalui udara yang meliputi kawasan yang luas.Kesannya mangsa akan mati dalam masa yang singkat dan banyak. Penggunaan senjata biologi dan kimia dalam peperangan dan juga serangan-serangan keganasan berkembang menjadi ancaman global yang baharu kepada manusia kerana boleh menyebabkan kecacatan fizikal kepada mangsa.Misalnya,dalam perang Vietnam tentera Amerika telah menggunakan sejenis bahan kimia yang berana Agent Orange.Bahan kimia ini ditaburkan ke dalam hutan bagi menggugurkan daun serta menggondolkan hutan supaya dapat mengesan tentara musuh.Mangsa yang terdedah kepada bahan ini mengalami penyakit kulit yang serius dan buta. Penggunaan senjata biologi dan kimia dalam peperangan dan juga serangan-serangan keganasan berkembang menjadi ancaman global yang baharu kepada manusia kerana boleh melumpuhkan sistem saraf.Kewarasan fikiran mangsa akan terjejas dengan teruk melalui gas saraf.Mereka akan ketawa dan menangis serta tidak boleh mengawal pancaindera mereka.Ada mangsa yang bertindak ganas dengan membunuh.Pada Perang Dunia Kedua Tentera Jerman ada menggunakan gas saraf untuk membunuh musuh dan akibatnya ramai mangsa yang menjadi gila lalu mati. Penggunaan senjata biologi dan kimia dalam peperangan dan juga serangan-serangan keganasan berkembang menjadi ancaman global yang baharu kepada manusia kerana boleh menyebabkan mutasi genetik.Bom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki di Jepun telah mengeluarkan radiasi yang dahsyat sehingga menyebabkan mangsa mengalami 60

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

mutasi.Mangsa akan mudah menghidapi pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti kanser dan anak-anak yang dilahirkan oleh mangsa mengalami kecacatan anggota badan serta terencat akal.Daya tahan mangsa terhadap penyakit juga merosot dan ada juga yang mandul. Penggunaan senjata biologi dan kimia dalam peperangan dan juga serangan-serangan keganasan berkembang menjadi ancaman global yang baharu kepada manusia kerana boleh memusnahkan kegiatan ekonomi.Aktiviti ekonomi terjejas kerana ramai tenaga kerja maut.Contohnya,letupan di Jakarta pada tahun 2003 menyebabkan ramai pelancong asing dan rakyat Indonesia cedera dan maut.Industri pelancongan turut terjejas.Kemusnahan prasarana seperti jaringan jalan raya,bangunan sekolah dan hospital memerlukan kos yang tinggi untuk dibaik pulih yang boleh membantutkan ekonomi. Kesimpulannya,semua pihak harus tegas untuk menangani penggunaan senjata biologi dan kimia ini agar tidak menjejaskan kemamanan dunia.

61

20

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 30 : Teknologi Nano merupakan teknologi terkini yang menjadi pilihan negara-negara maju dan teknologi terkini di Malaysia. Bincangkan.

Teknologi nano mempunyai pelbagai manfaat kepada kehidupan manusia . Teknologi nano mempunyai manfaat dalam bidang perubatan.Teknologi nano digunakan dalam bidang farmaseutikal.Penggunaan bahan nano memberikan gambaran lebih jelas bahagian dalam badan manusia melalui imbasan sinar X. Teknologi nano boleh merawat penyakit kanser dan membunuh bakteria.Teknologi nano digunakan dalam sistem penyampaian ubat dan membawa ubat terus kepada sel kanser serta membunuhnya tanpa memudaratkan badan pesakit.Partikel nano perak pula berkesan dalam membunuh bakteria di samping mengurangkan kesan toksik di dalam badan. Teknologi nano mempunyai manfaat memodenkan sektor pertanian.Teknologi nano boleh meningkatkan kualiti hasil pengeluaran pertanian.Teknologi nano boleh dimanfaatkan untuk mendiagnosis penyakit tanaman dan haiwan.Penggunaan baja zarah nano bersifat penyerapan

dapat meningkatkan kualiti pengeluaran pertanian.Teknologi nano boleh

meningkatkan sistem pemprosesan makanan hasil daripada pengeluaran pertanian.Teknologi pembungkusan makanan yang menggunakan bahan teknologi nano boleh memanjangkan jangka hayat makanan dan mengekalkan kesegaran hasil pertanian sebelum proses seterusnya. Teknologi

nano

boleh

mempunyai

manfaat

menghasilkan

sumber

tenaga

alternatif.Penciptaan bateri berasaskan teknologi nano berjaya memanjangkan jangka hayat bateri.Misalnya, penghasilan bateri berasaskan 'Lithium' dan bahan nano oksida mampu memanjangkan jangka hayat dengan keupayaan lebih tinggi.Teknologi nano juga mampu menjimatkan elektrik.Penghasilan lampu berasaskan diod nanoteknologi berkecekapan tinggi akan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Teknologi nano mempunyai manfaat dalam memodenkan teknologi komunikasi elektronik. Nano teknologi menghasilkan Giant Magneto Resistance (GMR) yang menemukan peranti yang dinamakan pemacu cakera keras (hard disk).Cakera keras merujuk kepada ruang penyimpanan data peralatan elektronik canggih seperti komputer,telefon bimbit dan USB 'thumb drive'. Teknologi nano boleh meningkatkan lagi industri pengkomputeran iaitu melalui penciptaan

komponen

komputer

yang

lebih

kecil,berkuasa,dan

pantas

berjaya

dihasilkan.Peralatan elektronik semakin mengecil,padat dengan fungsi yang canggih dan mempercepatkan pemindahan. 62

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Teknologi nano mempunyai manfaat dalam meningkatkan kemajuan bidang ketenteraan dan keselamatan negara.Teknologi Nano boleh memodenkan lagi bidang ketenteraan negara.Pakaian pintar tempur nano teknologi yang ringan dan nipis dapat melindungi pemakai daripada senjata kimia dan kesan radiasi.Teknologi nano boleh memantapkan lagi sistem keselamatan negara.Penggunaan satelit berkuasa tinggi melalui nano-nano yang beratnya bersaiz hanya 10kg seperti satelit NOAA-AVHRR dapat mengesan aktiviti pencerobohan negara seperti penyeludupan. Kesimpulannya,teknologi nano memberi harapan baharu dalam kemajuan teknologi dan kehidupan manusia.Oleh itu, manusia perlu bijak memanfaatkan teknologi nano agar dapat menikmati kebaikan daripada teknologi nano.

63

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 31: Teknologi hijau merupakan cara untuk menyelesaikan masalah ketidaklestarian alam sekitar di kebanyakan dunia hari ini. Bincangkan. Teknologi hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi.Pengaplikasian teknologi hijau dalam kehidupan amat penting dalam membantu menyelesaikan masalah ketidaklestarian alam sekitar pada masa kini. Teknologi hijau boleh menyelesaikan masalah ketidaklestarian alam seperti penggunaan tenaga mesra alam.Penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui dan digunakan secara

berterusan

dapat

mengurangkan

pelepasan

gas

karbon

dioksida

ke

atmosfera.Misalnya,melalui penggunaan tenaga solar,air,angin,dan ombak untuk menjana kuasa elektrik.Penggunaan tenaga mesra alam boleh mengurangkan pencemaran alam sekitar.Misalnya,penggunaan tenaga biomas dan biogas. Teknologi hijau boleh menyelesaikan masalah ketidaklestarian alam melalui kaedah kitar semula dan pelupusan sisa pepejal.Melalui kitar semula bahan-bahan sisa toksik berbentuk pepejal akan dikitar semula yang secara tidak langsung dapat mengurangkan timbunan bahan toksik yang sukar diuraikan di tempat pelupusan sampah.Misalnya,seperti kaca, plastik,tin dan bateri.Kaedah pelupusan juga boleh mengelakkan pencemaran. Misalnya, penggunaan insinerator untuk melupus dan mengumpul bahan buangan perbandaran dan sampah. Teknologi hijau boleh menyelesaikan masalah ketidaklestarian alam melalui kaedah proses rawatan air.Kaedah penanaman pokok merupakan proses rawatan air yang boleh dipraktikkan.Kaedah penanaman pokok ini dapat menapis bahan pencemar air sebelum disalurkan ke sungai-sungai.Teknologi rawatan air kumbahan domestik melalui tangki septik dengan menggunakan kaedah tertentu mampu merawat air.Misalnya, penggunaan kaedah ecobio-block tanpa bahan kimia yang menggunakan mikroorganisma untuk mengimbangkan kandungan mikroorganisma berbahaya dengan mikroorganisma tidak berbahaya di dalam tangki. Teknologi hijau boleh menyelesaikan masalah ketidaklestarian alam melalui kaedah pemeliharaan hutan.Kaedah pemeliharaan hutan dapat membantu mengelakkan kepupusan dan ancaman spesies pokok yang bertindak sebagai sumber oksigen dan penstabilan tanah.Misalnya, mengekalkan kawasan dengan konsep hijau melalui penanaman semula pokok Kaedah pemeliharaan hutan juga dapat mewujudkan kestabilan cuaca dan mengurangkan masalah 64

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

pemanasan global.Misalnya, penanaman pokok dan hutan semula jadi mampu mengawal cuaca dengan cara menyerap dan menyimpan karbon dioksida. Teknologi hijau boleh menyelesaikan masalah ketidaklestarian alam melalui kaedah Penyelidikan dan pembangunan (R&D).Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Jabatan Parit dan Saliran di Malaysia ada mengkaji cara merawat sungai dengan kaedah biologi bagi mengatasi masalah ini.Semua saintis di peringkat antarabangsa juga sedang giat mencari bahan bakar alternatif melalui pelbagai kajian kerana bimbang penggunaan petroleum secara berlebihan boleh menjejaskan alam sekitar.Misalnya,kebanyakkan saintis sekarang sedang mengkaji alga yang berpotensi untuk dijadikan biofuel dan bahan bakar fosil. Kesimpulannya, penggunaan teknologi hijau dapat memberi banyak manfaat kepada kehidupan manusia.Justeru, semua pihak

khususnya pihak kerajaan harus menitikberatkan

kepentingan teknologi hijau terhadap masyarakat agar kelestarian alam semula jadi dapat dijaga.

65

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 32 : Teknologi Hijau merupakan teknologi alternatif yang menjadi pilihan utama di kebanyakkan negara di dunia termasuk Malaysia. Bincangkan. Teknologi hijau merupakan teknologi yang telah digunakan di kebanyakkan negara maju dan teknologi baharu yang berpotensi di Malaysia kini .Teknologi hijau mempunyai pelbagai kepentingan kepada negara. Teknologi Hijau menjadi pilihan utama di kebanyakkan dunia kerana dapat mengekalkan keseimbangan alam sekitar.Teknologi hijau boleh mengurangkan kesan perubahan cuaca dunia.Teknologi hijau menghasilkan penciptaan peralatan daripada sumber solar yang boleh mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida dan secara tidak langsung peningkatan suhu dunia dapat dikurangkan.Teknologi hijau boleh mengurangkan bencana alam.Aplikasi teknologi hijau menghasilkan teknologi dan pembangunan tanpa menjejaskan alam sekitar seperti penerokaan hutan yang membolehkan hutan semula jadi boleh dikekalkan. Teknologi hijau menjadi pilihan utama di kebanyakkan dunia kerana dapat menghasilkan produk yang bersih dan mesra alam.Teknologi hijau boleh menghasilkan produk teknologi yang selamat digunakan.Aplikasi teknologi hijau menghasilkan kenderaan yang menggunakan teknologi hybrid seperti kereta hybrid yang tidak membebaskan bahan pencemaran karbon dioksida.Teknologi hijau boleh mengekalkan sumber bahan tenaga semulajadi.Aplikasi teknologi hijau menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan dijana daripada sumber semula jadi seperti cahaya suria, angin dan ombak. Teknologi hijau menjadi pilihan utama di kebanyakkan dunia kerana dapat menjadi sumber penyelidikan dan pembangunan(P&P).Aplikasi teknologi hijau menjadi sumber kajian

kepada

para

penyelidik

untuk

melakukan

penyelidikan

mengenai

sains

tenaga.Teknologi hijau menghasilkan sumber kajian tenaga alternatif yang boleh diperbaharui menggantikan penggunaan bahan api fosil seperti tenaga solar dan tenaga biojisim.Aplikasi teknologi hijau menghasilkan penyelidikan pembangunan berteraskan teknologi hijau seperti penciptaan peralatan dan produk yang mesra alam. Teknologi hijau menjadi pilihan utama di kebanyakkan dunia kerana dapat menjamin kelestarian hidup manusia dan alam semula jadi.Aplikasi teknologi hijau boleh meminimumkan degradasi kualiti persekitaran.Teknologi hijau membolehkan pembinaan bangunan berasaskan ciri-ciri lestari melalui konsep seni bina dan penggunaan teknologi 66

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

hijau bagi meningkatkan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui.Teknologi hijau boleh menjamin pengekalan alam semula jadi.Sumber tenaga yang digunakan tidak mencemarkan alam sekitar seperti tenaga biojisim dan biobahan yang mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara. Teknologi hijau menjadi pilihan utama di kebanyakkan dunia kerana dapat menjadi sumber tenaga alternatif.Pengaplikasian teknologi hijau meningkatkan penggunaan sumber tenaga alternatif.Misalnya,seperti tenaga daripada ombak, angin, dan tenaga daripada bahan buangan pertanian.Peningkatan penggunaan sumber tenaga berasaskan tumbuhan atau biodiesel akan membawa kepada kajian dan penyelidikan terhadap pelbagai sumber lain berasaskan tumbuhan.Misalnya,kajian terhadap biji getah yang menunjukkan hasil yang positif untuk dieksploitasi sebagai sumber tenaga. Kesimpulannya,teknologi

hijau

merupakan

kemajuan

teknologi

yang boleh

meningkatkan pembangunan negara.Teknologi hijau di Malaysia sepatutnya mendapat sokongan penuh daripada semua pihak agar manfaat daripada teknologi hijau dapat dinikmati bersama.

67

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 33: Kenaikan harga minyak dunia menyebabkan kerajaan berusaha untuk mengeksploitasi sumber tenaga alternatif baharu.Bincangkan keperluan tenaga alternatif dan risiko yang mungkin dihadapi oleh negara. Sumber tenaga alternatif dieksploitasi daripada sumber alam menjadi keutamaan mana-mana negara pada hari ini.Keperluan langkah kerajaan meningkatkan pengaplikasian tenaga ini boleh dilihat daripada pelbagai aspek,namun penggunaannya juga menimbulkan risiko. Keperluan tenaga alternatif berikutan sumber tenaga yang semakin pupus.Sumber tenaga sedia ada yang semakin berkurangan dan kehabisan merumitkan keadaan.Bekalan sumber petroleum negara dijangkakan boleh bertahan sehingga 15 tahun akan datang.Situasi ini menjadikan tenaga alternatif boleh menjadi sumber tenaga gentian kepada sumber tenaga sedia ada.Tenaga suria boleh menggantikan sebahagian tenaga yang dijana oleh petroleum. Keperluan

tenaga

alternatif

berikutan

dapat

mengurangkan

pemanasan

global.Pertemuan di peringkat antarabangsa dibuat antara semua negara bagi berusaha mengurangkan pelepasan karbon.Banyak negara mencadangkan penggunaan tenaga alternatif dalam bidang tertentu kerana pembebasan karbon yang terlalu tinggi merupakan antara faktor berlakunya kesan rumah hijau.Peningkatan penggunaan tenaga alternatif mampu melindungi negara daripada pencemaran udara yang teruk.Selaras dengan kehendak antarabangsa, penggunaan tenaga alternatif seperti hidroelektrik dan tenaga daripada biogas yang tidak membebaskan karbon amat dituntut. Keperluan tenaga alternatif berikutan harga sumber petroleum yang tidak stabil. Harga sumber tenaga berasaskan petroleum sering kali tidak stabil.Peningkatan harga petroleum memberi kesan yang amat besar kepada kos kehidupan seharian.Penggunaan sumber alternatif dapat mengelakkan daripada kesan yang berganda dengan kenaikan kos petroleum,maka pergantungan terhadap sumber ini perlu dikurangkan dengan meningkatkan penggunaan tenaga alternatif.Sekiranya berlaku peningkatan harga melibatkan sumber petroleum,kesannya dapat diserap atau diminimunkan dengan penggunaan tenaga alternatif. Risiko penggunaan tenaga alternatif kepada negara ialah menjejaskan ekologi. Pembinaan stesen jana kuasa hidroelektrik memerlukan kawasan yang cukup luas seperti Empangan Kenyir.Pembinaan ini akan memusnahkan flora dan fauna, sekaligus mendatangkan risiko kemusnahan khazanah alam.Risiko kebocoran stesen jana kuasa loji 68

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

nuklear juga boleh menjejaskan alam sekitar yang amat teruk.Misalnya,kebocoran loji nuklear Fukushima di Jepun mengakibatkan banyak kemusnahan pada alam sekeling merupakan sebab Malaysia tidak menggunakan sumber tenaga nuklear. Risiko penggunaan tenaga alternatif kepada negara ialah menjejaskan kesihatan. Penjanaan kuasa berasaskan nuklear juga berisiko menjejaskan kesihatan merupaan sebab utama Malaysia ragu-ragu menggunakan sumber tenaga ini.Misalnya,kesan sinaran radioaktif akibat kebocoran boleh menyebabkan kerosakan sel dan pertumbuhan sel yang terbantut.Mutasi genetik,kecacatan, kanser, leukemia merupakan antara risiko sekiranya kebocoran loji nuklear berlaku.Misalnya,kebocoran loji nuklear Chernobyl di Russia mengakibatkan banyak kehilangan nyawa dan kecacatan genetik kepada rakyat Russia yang terselamat. Kesimpulannya,Malaysia dianugerahi dengan kekayaan sumber alam yang boleh dieksploitasi untuk membekalkan sumber tenaga baharu.Namun kerajaan juga perlu menjalankan pelbagai langkah persediaan bagi menangani risiko pengguna sumber tenaga ini agar tidak membawa malapetaka kepada rakyat Malaysia.

69

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 34: Peningkatan penduduk dunia bukanlah faktor utama penggunaan sumber tenaga alternatif.Huraikan. Penggunaan sumber tenaga alternatif penting pada hari ini.Terdapat beberapa factor yang mendorong kepada penggunaan sumber tenaga alternatif. Faktor peningkatan jumlah penduduk dunia yang mencecah 7 billion telah menggalakkan penggunaan sumber tenaga alternatif.Hal ini demikian kerana sumber bahan api biasa seperti minyak dan arang kayu semakin terhad.Negara yang padat penduduk seperti India telah lama menggunakan sumber tenaga alternatif daripada biomass dan biogas.Sumber tenaga ini diperoleh daripada sisa pertanian dan penternakan yang telah diproses untuk menjana sumber tenaga bagi kegunaan setempat. Faktor yang menggalakkan penggunaan sumber tenaga alternatif ialah faktor kelebihan yang ada pada sumber tenaga alternatif.Antara kelebihannya ialah tidak akan kekurangan kerana sumbernya adalah asli dan tidak kehabisan.Sumber tenaga alternatif juga boleh dikitar semula seperti sumber air yang boleh disimpan dan diguna berulang kali untuk membentuk kuasa hidroelektrik.Selain itu,sumber tenaga alternatif juga tidak mencemarkan alam sekitar. Faktor yang menggalakkan penggunaan sumber tenaga alternatif ialah faktor kesan buruk yang terdapat pada sumber tenaga asli.Antara kesan buruk tersebut ialah mengalami krisis kepupusan kerana sumbernya seperti minyak dan arang kayu mudah kehabisan.Sumber tenaga asli tidak boleh dikitar semula.Bahan api boleh digunakan sekali sahaja mengikut kuantiti yang diperlukan.Sumber tenaga alternatif juga didapati mencemarkan alam sekitar. Faktor yang menggalakkan penggunaan sumber tenaga alternatif ialah faktor peningkatan kegiatan ekonomi dunia.Kegiatan ekonomi seperti perindustrian,pertanian atau perlombongan memerlukan banyak tenaga.Hal ini akan menyebabkan sumber asli kehabisan.Malaysia antara negara yang menggunakan tenaga hidroelektrik dengan aktif dalam sektor pertanian.Jepun pula menggunakan tenaga nuklear untuk meningkatkan industri.Bekalannya pula sentiasa dapat memenuhi permintaan dunia. Faktor yang menggalakkan penggunaan sumber tenaga alternatif ialah faktor kos yang murah.Sebagai contoh,Empangan Bakun di Sarawak dan Empangan Tasik Kenyir di Terengganu merupakan pengeluar tenaga hidroelektrik yang terbesar di Malaysia.Empangan 70

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

ini akan dapat menjana tenaga elektrik yang murah.bersih dan efisien kepada seluruh negara.Di Jepun,hasil daripada penggunaan tenaga nuklear menyebabkan kos elektrik adalah sangat murah. Kesimpulannya,penggunaan sumber tenaga alternatif hari ini amat menguntungkan sesebuah negara jika digunakan dengan sebaik-baiknya.Oleh itu,pendedahan tentang sumber tenaga ini perlu dilakukan segera.

71

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 35: Malaysia seperti negara membangun yang lain dalam proses menuju negara maju terpaksa menghadapi pelbagai ancaman di peringkat antarabangsa.Huraikan.

Dasar luar Malaysia yang agak terbuka menyebabkan ancaman yang dihadapi adalah dalam pelbagai bentuk. Ancaman di peringkat antarabangsa yang dialami Malaysia ialah ancaman kemasukan pendatang asing (PATI).Pendatang asing datang daripada beberapa buah negara seperti Bangladesh dan Pakistan.Mereka datang dengan pelbagai tujuan.Kedatangan mereka akan memberi kesan ke atas sosial dan ekonomi negara.Mereka akan merebut pekerjaan dengan penduduk tempatan selain menimbulkan masalah dalam masyarakat. Ancaman di peringkat antarabangsa yang dialami Malaysia ialah ancaman pengedaran dadah antarabangsa.Dadah menjadi ancaman dan musuh nombor satu negara.Dadah dibawa masuk ke dalam negara melalui pelbagai cara antaranya melalui penyeludupan di sempadan negara dan keldai dadah.Dadah boleh mengancam negara dari pelbagai aspek iaitu menjejaskan imej negara dan menjejaskan kesihatan penduduk seperti meningkatkan penyakit AIDS dan HIV. Ancaman di peringkat antarabangsa yang dialami Malaysia ialah ancaman keganasan di selatan Thailand.Malaysia membantah tindakan tentera Thailand yang membunuh 87 orang yang beragama Islam di selatan Thailand.Pergolakan dan pengeboman di Tak Bai dan Pekan di Selatan Thailand menjadikan kawasan Selatan Thailand tidak selamat dikunjungi oleh rakyat Malaysia.Perkara ini boleh menjejaskan sektor pelancongan kedua-dua buah negara dan hubungan antara penduduk Islam Malaysia di utara dan penduduk Islam di Selatan Thailand. Ancaman di peringkat antarabangsa yang dialami Malaysia ialah ancaman aktiviti pemerdagangan manusia.Negara terancam berikutan jenayah pemerdagangan manusia menjadikan Malaysia sebagai negara transit untuk kegiatan ini dan buktinya Malaysia dikategorikan sebagai negara berkedudukan ke-16 di dunia sebagai berprestasi buruk dalam menangani isu ini.Perkara ini ternyata menjejaskan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Implikasi daripada ancaman jenayah pemerdagangan manusia ini juga boleh menjejaskan ekonomi negara dan menjejaskan hubungan diplomatik antara negara.

72

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Ancaman di peringkat antarabangsa yang dialami Malaysia ialah ancaman pencerobohan negara.Tindakan 100 orang tentera Kesultanan Sulu dari Selatan Filipina yang menyeledup masuk ke Lahad Datu Sabah atas alasan menuntut hak ke atas tanah mereka mengancam keselamatan Malaysia.Pihak Malaysia mempertahankan tanah itu kerana dikatakan hak milik Sabah yang sah.Rundingan ini telah berkembang menjadi pertembungan senjata sehingga lebih 6 tentera Malaysia terkorban.Serangan di Lahad Datu yang menjadi konflik antara pengganas Sulu dengan Malaysia ternyata mengancam keselamatan rakyat Sabah. Kesimpulannya, Malaysia sentiasa terdedah dengan pelbagai cabaran di peringkat antarabangsa.Oleh itu,Malaysia harus sentiasa bersiap sedia dalam keadaan apa jua sekalipun agar dapat menangani ancaman yang menimpa Malaysia di peringkat antarabangsa.

73

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 36:Negara-negara rantau ASEAN dijangkakan menghadapi persaingan dalam memasarkan produk masing-masing apabila Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dilaksanakan. Beberapa langkah perlu dilaksanakan untuk menangani masalah ini. Bincangkan. AFTA merupakan suatu sistem perdagangan untuk memaksimumkan penggunaan pasaran ASEAN secara meluas oleh pengeluar dan pedagang .Pelaksanaan AFTA terdapat beberapa masalah dan langkah-langkah perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Masalah yang berlaku kesan daripada AFTA ialah lambakan barang di pasaran.Pengaliran barang berlaku secara bebas kerana kadar tarif rendah.Malaysia tidak dapat menghalang kemasukan barangan

negara

ASEAN

lain

masuk

ke

Malaysia

berikutan

perjanjian

AFTA

yang

ditandatangani.Kadar takrif yang rendah merangsang barang dari dalam dan luar rantau ASEAN memasuki pasaran sehingga menyebabkan berlakunya lambakan.Misalnya, berlaku lambakan buahbuahan dari Thailand di Malaysia sehingga mengancam industri buah-buahan tempatan. Masalah yang berlaku kesan daripada AFTA ialah persaingan sesama negara Asia Tenggara. Negara yang mempunyai penduduk ramai dapat menghasilkan barang dalam kos yang rendah.Misalnya, barangan dari Vietnam yang sama kualitinya namun harga lebih murah berikutan kos upah pekerja yang murah.Industri kecil dan sederhana tempatan turut terjejas kesan daripada AFTA.Misalnya,barangan berkualiti dari negara asia tenggara lain seperti jenama NIKE dapat diperolehi dengan harga lebih murah yang boleh menjejaskan PKS tempatan. Langkah negara ASEAN dalam menangani masalah persaingan memasarkan produk kesan daripada AFTA ialah meningkatkan pengeluaran.Meningkatkan pengeluaran untuk memenuhi permintaan yang banyak juga merupakan langkah yang baik.Misalnya,barangan seperti beras di Malaysia mendapat permintaan dari negara Singapura dalam kuantiti yang banyak.Jika pengeluaran beras tempatan dipertingkatkan maka masalah persaingan Malaysia dengan negara Thailand dan Indonesia dapat diatasi.Faktor jarak merupakan sebab mengapa Singapura lebih suka berdagang beras dengan Malaysia. Langkah negara ASEAN dalam menangani masalah persaingan memasarkan produk kesan daripada AFTA ialah melalui penggunaan teknologi moden.Pengusaha perlu menguasai kemahiran dalam teknologi pengeluaran dan pemasaran.Misalnya,industri makanan seperti keropok Leko yang terkenal di Terengganu boleh memperbanyakkan pengeluaran melalui penggunaan teknologi mesin yang ternyata lebih cepat berbanding cara tradisional.Kos upah pekerja juga dapat dijimatkan jika teknologi moden digunakan.Misalnya,melalui penggunaan teknologi mesin keperluan untuk mengupah tenaga manusia tidak diperlukan.

74

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Langkah negara ASEAN dalam menangani masalah persaingan memasarkan produk kesan daripada AFTA ialah melalui penyelidikan dan pembangunan produk.Kajian pembangunan produk melalui kaedah sains dan teknologi dapat membantu dalam mempertingkatkan kualiti pengeluaran. Penyelidikan dapat membantu pengusaha firma mengawal pengeluaran dan penggunaan sumber secara optimum bagi menghasilkan produk yang lebih berkualiti.Malaysia ada menggunakan kaedah penyelidikan ini bagi menghasilkan minyak sawit yang lebih baik berbanding Indonesia dan buktinya minyak sawit Malaysia lebih banyak mendapat permintaan. Kesimpulannya,persediaan mental dan spiritual dapat membantu penduduk ASEAN menghadapi AFTA agar dapat menangani kemungkinan wujud perubahan dalam perbelanjaan hidup walaupun sistem dagangan serantau ini mampu menarik pelabur asing

75

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 37: Kenaikan harga barangan keperluan hidup mencabar keupayaan masyarakat antarabangsa termasuk Malaysia berkait rapat dengan pelbagai faktor di peringkat global. Oleh itu, Malaysia perlu mengambil langkah proaktif mengatasi cabaran ini. Kenaikan harga barangan keperluan hidup memberi kesan yang buruk kepada masyarakat Malaysia dan antarabangsa.Banyak faktor-faktor global yang berada luar kemampuan kita dalam isu kenaikan harga barangan namun pelbagai usaha di peringkat nasional tetap dilakukan untuk mengurangkan implikasinya. Kenaikan harga barangan keperluan hidup berpunca daripada faktor perubahan cuaca dunia.Perubahan cuaca dunia akibat daripada pemanasan global di negara-negara pengeluar makanan menyebabkan peningkatan harga barangan termasuk gandum.Musim kemarau yang berpanjangan menyebabkan beberapa wilayah tanaman gandum di Kanada kering kontang sehingga merosakkan hasil pertanian dan ini menyebabkan harga hasil pertanian menjadi mahal kerana permintaan yang banyak.Perubahan cuaca dunia juga boleh menyebabkan berlakunya bencana banjir yang boleh menyebabkan pengurangan pengeluaran barangan. Kenaikan harga barangan keperluan hidup berpunca daripada faktor pertambahan penduduk dunia.Peningkatan jumlah penduduk dunia yang tidak seimbang dengan pengeluaran barangan menyebabkan berlaku permintaan yang tinggi terhadap barangan keperluan. Pertambahan ini akan mendesak kepada permintaan keperluan barangan yang tinggi dan menyebabkan berlakunya kenaikan harga barangan.Kenaikan harga barangan global

juga

berpunca

daripada

jangka

hayat

hidup

penduduk

dunia

semakin

meningkat.Jangka hayat penduduk dunia yang semakin panjang boleh meningkatkan permintaan keperluan harian. Kenaikan harga barangan keperluan hidup berpunca daripada faktor kenaikan harga bahan mentah.Peningkatan harga minyak dunia membawa kepada kenaikan kos pengangkutan bagi mengangkut barang makanan dan keperluan.Pergolakan di Asia Barat dan perberhentian penghantaran minyak oleh Iran ke Britain dan Peranchis membuatkan harga bahan petroleum menjadi tidak stabil dan memberi kesan kepada kenaikan harga barangan keperluan.Bagi mengelakkan kesan kenaikan harga petroleum ini,kerajaan Malaysia memberikan subsidi sebanyak RM 7.61 bilion setahun.

76

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Kenaikan harga barangan keperluan hidup boleh diatasi Malaysia melalui langkah pengawalan harga dan bekalan.Kawalan harga barangan keperluan dilaksanakan bagi mengelakkan manipulasi harga oleh peniaga.Kawalan harga boleh dilakukan melalui Akta Kawalan Harga 1946 bagi memastikan barangan tertentu mencukupi dan dijual dengan harga yang munasabah. Aktiviti pemantauan melalui pihak penguatkuasa perlu diakukan bagi mengelakkan kegiatan menyorok barangan yang akan menyebabkan kenaikan harga. Kenaikan harga barangan keperluan hidup boleh diatasi Malaysia melalui langkah kawalan barangan import.Langkah kawalan mengimport barangan keperluan makanan dari nusantara boleh mengatasi kenaikan harga barangan.Import barangan makanan hanya dibenarkan apabila berlaku kekurangan bekalan dalam negara untuk mengelakkan berlaku bekalan berlebihan.Langkah mengawal barangan import secara berlebihan boleh melindungi industri pengeluaran barangan tempatan.Langkah ini juga memudahkan kerajaan mengawal harga barangan keperluan. Kenaikan harga keperluan barangan memberi impak negatif kepada masyarakat dunia termasuklah Malaysia.Oleh itu,kerajaan Malaysia perlu merangka langkah-langkah yang lebih mampan dalam mengatasi masalah kenaikan harga barangan keperluan agar dapat mengurangkan beban rakyat.

77

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 38 : Usaha memindahkan produk negara secara haram ke negara jiran merupakan masalah yang dihadapi oleh negara sejak sekian lama. Situasi ini tidak seharusnya dibiar berlanjutan. Antara masalah besar negara yang turut menjejaskan pendapatan negara ialah usaha membawa keluar produk secara haram bagi dibawa masuk ke negara jiran untuk kegunaan di negara berkenaan.Aktiviti ini turut mengancam keselamatan negara dan punca kepada pemindahan secara haram ini harus ditangani dengan segera agar tidak berlanjutan. Sebab utama berlaku pemindahan produk Malaysia secara haram ialah perbezaan harga barangan antara dua buah negara.Harga barang yang rendah di sesebuah negara membuatkan ada usaha untuk membawa keluar barangan berkenaan untuk dijual di negara jiran yang lebih tinggi harganya.Sebagai contoh,harga beras di Thailand yang rendah membawa kepada penyeludupan beras dari Thailand memasuki Malaysia.Begitu juga sebaliknya,harga minyak petrol yang lebih rendah di Malaysia membuatkan berlaku penyeludupan petrol ke Thailand. Sebab utama berlaku pemindahan produk Malaysia secara haram ialah kekurangan sumber di salah sebuah negara.Apabila berlaku kekurangan sumber,maka harga barangan akan meningkat. Peningkatan harga di negara yang berkongsi sempadan darat,memudahkan barangan dibawa menyeberangi sempadan secara tidak sah bagi memenuhi kekurangan barangan.Kekurangan sumber ini perlu ditampung apatah lagi kalau melibatkan barang kepeluan makanan.Situasi ini seolah-olah ‘memaksa’aktiviti penyeludupan berlaku. Sebab utama berlaku pemindahan produk Malaysia secara haram adalah disebabkan undangundang setiap negara berbeza.Malaysia melarang eksport kayu balak mentah atau yang belum diproses. Ada negara jiran yang membenarkan berbuat demikian.Perbezaan undang-undang ini menyebabkan berlaku penyeludupan kayu balak mentah yang belum diproses dari hutan Malaysia.Penyeludupan ini bagi memenuhi permintaan kayu balak mentah di pasaran antarabangsa. Pemindahan produk negara secara haram tidak harus dibiarkan kerana menjejaskan imej negara.Hal ini kerana situasi ini dilihat seolah-olah negara membenarkan jualan barangan dari negara jiran walaupun tanpa kebenaran.Penyeludupan menggambarkan ketidakupayaan negara menangani masalah.Penyeludupan juga melibatkan baranga tiruan,maka akan berlaku lambakan barangan kerana barangan tersebut boleh dibawa masuk tanpa dikenakan cukai.Situasi ini merugikan negara kerana barangan dalam negara menghadapi saingan secara tidak wajar. Pemindahan produk negara secara haram tidak harus dibiarkan kerana boleh merugikan peruntukan subsidi negara.Sebahagian produk yang diseludup melibatkan barangan yang telah disubsidi.Contohnya,petroleum dan minyak masak yang diseludup masuk ke negara jiran dan dijual

78

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

dengan harga yang mahal.Hasrat kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat terjejas berikutan wujud kebocoran keluar kos yang ditampung oleh kerajaan untuk kebajikan rakyat.Sasaran untuk meringankan beban rakyat atau meningkatkan daya beli rakyat tidak akan mencapai kesan yang menyeluruh. Kesimpulannya,jenayah memindahkan produk secara haram semakin membimbangkan dan mengancam kedaulatan negara.Justeru langkah berkesan perlu dirangka yang mungkin juga akan melibatkan kesepakatan antara dua negara agar masalah pemindahan produk secara haram dapat diatasi.

79

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 39:Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu memainkan peranan yang penting dalam membawa keamanan dan kesejahteraan masyarakat antarabangsa, namun masih terdapat beberapa kelemahan terhadap pertubuhan dunia ini. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan pada tahun 1945 selepas Perang Dunia Kedua.PBB berperanan menjaga keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia namun ada pandangan negatif terhadapnya Peranan PBB ialah mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat dunia .PBB ada menyediakan pelan pendamaian antara negara yang bersengketa atau perang .Misalnya, Kofi Annan ada menyediakan pelan pendamaian di antara Israel dan Palestin iaitu gencatan senjata dalam tempoh tertentu.PBB turut menyediakan pasukan tentera pengaman untuk menguatkuasakan gencatan senjata. Misalnya, PBB pernah menghantar tentera pengaman ke Bosnia Herzegovina ketika krisis perang Serbia dan Bosnia Herzegovina. Peranan

PBB

ialah

membantu

mengatasi

masalah

sosial

sesebuah

negara

anggota.Terdapat negara anggota yang menghadapi masalah seperti bencana alam,kebuluran dan kesihatan.Misalnya, PBB pernah menghantar tentera dan anggotanya ke Acheh Indonesia bagi membantu Indonesia menangani masalah bencana alam Tsunami.PBB turut menghulurkan bantuan melalui Majlis PBB dan agensinya. Contohnya, Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) menghulurkan bantuan makanan manakala Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjaga aspek kesihatan. Peranan PBB ialah memelihara kemajuan sosial dan budaya dunia.PBB memainkan peranan penting dalam melindungi kebudayaan yang terdapat dalam sesebuah negara.Contohnya,PBB memberi pengiktirafan kepada Georgetown di Pulau Pinang sebagai tapak warisan dunia.Malaysia juga turut mendapat manfaat daripada usaha ini melalui sumbangan PBB untuk memelihara kawasan tapak warisan dunia.Misalnya,PBB memberi sumbangan tenaga kepakaran dalam bidang arkeologi bagi membantu ahli arkeologi tempatan bagi memelihara tapak arkeologi di Lenggong,Perak. Kelemahan PBB ialah tidak berjaya membawa kestabilan dan keamanan berkekalan .PBB dipengaruhi oleh Majlis Keselamatan yang masih menggunakan kuasa veto anggota tetap majlis. Misalnya,proses siasatan terhadap kejadian tembak pesawat MH-17 milik Malaysia berakhir begitu sahaja apabila Russia menggunakan kuasa vetonya untuk menghalang proses siasatan.Terdapat negara anggota yang melindungi negara tertentu.Contohnya,Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto untuk menolak resolusi Majlis Keselamatan agar dikenakan tindakan terhadap Israel yang menindas penduduk Palestin.

80

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Kelemahan PBB ialah negara anggota membelakangkan keputusan PBB.Sesetengah negara anggota membelakangkan ketetapan PBB.Contohnya,pencerobohan tentera Amerika Syarikat, Britain dan sekutunya terhadap Iraq dan Afghanistan dilakukan tanpa restu PBB.PBB tidak mampu menghalang peperangan antara dua buah negara atas nama memelihara kedaulatan wilayah masingmasing.Misalnya, seperti yang terjadi di tebing barat yang melibatkan Palestin dan Israel. Kesimpulannya,PBB memiliki kejayaan dan kelemahan tertentu.Justeru,badan PBB harus bekerjasama dan meningkatkan hubungan antara negara anggota agar setiap dasar yang direncanakan PBB dapat dilaksanakan dengan sebaiknya bagi memberi manfaat kepada negara anggota.

81

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 40 : Banyak kelemahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB) dan agensinya dalam menjaga keamanan dunia. Malaysia telah mencadangkan beberapa langkah bagi meningkatkan keberkesanan PBB. Jelaskan pernyataan di atas. Keupayaan PBB kini diragui keberkesanannya dalam menjaga keamanan dunia dan cadangan daripada negara anggota seperti negara Malaysia untuk memperbaiki kelemahan tersebut harus dipertimbangkan. Kelemahan PBB dan agensinya dalam menjaga keamanan dunia ialah dalam menyelesaikan konflik dunia dengan kewujudan kuasa veto.Kuasa mutlak kepada negara yang memilikinya sama ada menerima atau menolak keputusan yang dibuat Majlis Keselamatan PBB.Kuasa pembatal ini membolehkan sebarang kritikan dan keputusan terhadap sesuatu isu diketepikan.Majlis Keselamatan sebagai majlis paling berkuasa PBB dipergunakan oleh kuasa besar dunia melalui kuasa veto yang dimiliki.Kuasa veto juga menjadi penghalang kepada undian yang dilakukan di PBB. Kelemahan PBB dan agensinya dalam menjaga keamanan dunia ialah masalah kewangan. Hutang PBB yang besar sedangkan operasinya memerlukan belanja besar menggoncang keupayaan pertubuhan ini.Kegagalan negara anggota,membayar sumbangan kepada badan berkenaan seperti Amerika yang melibatkan tunggakan hutang yang besar menjejaskan operasi PBB.Kos pengurusan yang tinggi bagi mengendalikan pejabat yang terletak di seluruh dunia melemahkan keupayaan bertindak PBB.Kelemahan ini menjadikan PBB dilihat mengikut telunjuk kuasa besar seperti Russia. Kelemahan PBB juga dilihat kepada ketidaksepakatan negara anggota.Kedegilan negara yang menceroboh seperti Israel di Palestin dan penindasan ke atas negara membangun banyak dibantah negara anggota.Misalnya,Perjanjian Am Mengenai Perdagangan dan Tarif (GATT) menggambarkan sikap berat sebelah PBB terhadap negara anggota sedang membagun dan miskin.Penyalahgunaan kuasa berlaku oleh negara kuasa besar seperti Amerika.Negara ini menggunakan Program Pembangunan PBB (UNDP) untuk menyebarkan nilai mereka kepada masyarakat dunia walaupun terdapat bantahan Langkah yang dicadangkan Malaysia bagi meningkatkan keberkesanan PBB adalah dengan

menambahkan

PBB.Menambahkan

bilangan

bilangan

anggota

anggota

tetap

tetap juga

dalam

Majlis

merupakan

Keselamatan

antara

cadangan

Malaysia.Penambahan negara anggota tidak tetap dari benua asia akan mengimbangi 82

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

kedudukan negara anggota tetap yang tidak seimbang antara benua.Penambahan juga diharapkan dapat mengimbangi kecenderungan dan keupayaan mempengaruhi anggota lain dalam membuat ketetapan.Misalnya,cadangan Malaysia untuk memasukkan Jepun sebagai anggota tetap bagi mewakili semua benua. Langkah yang dicadangkan Malaysia bagi meningkatkan keberkesanan PBB adalah melalui penstrukturan semula.Penstrukturan boleh dibuat dengan memperkecil organisasi PBB dan pasukan pengaman bagi menjimatkan kos operasi.Antara langkah yang dicadangkan adalah dengan menggabungkan unit dan organisasi PBB yang memperlihatkan pertindihan atau kurang perlu mengikut tuntutan keadaan.Penstrukturan semula juga melibatkan perjawatan yang bertindih dan kurang fungsinya.Misalnya,seperti jawatan di bahagian Suruhanjaya Orang-orang Pelarian yang kurang berfungsi dalam menyelesaikan masalah perlarian. Kesimpulannya, jasa PBB tidak boleh dinafikan namun kos unit operasi yang besar dilihat tidak berbaloi sekiranya konflik gagal ditangani.Usaha meningkatkan semula maruah dan keupayaan PBB mestilah dilakukan agar dapat membela nasib negara yang lemah.

83

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 41: Pengeluaran bekalan makanan dunia semakin kurang.Keperluan asas utama dunia ini juga sedang menghadapi peningkatan harga yang serius.Bincangkan. Dunia kini sedang berhadapan dengan masalah pengeluaran makanan semakin berkurang disebabkan beberapa faktor.Kekurangan ini turut menyebabkan peningkatan harga barangan keperluan asas ini di samping sebab-sebab lain. Faktor pengeluaran makanan semakin berkurang disebabkan oleh perubahan iklim dunia.Perubahan iklim akibat pemanasan global menyebabkan beberapa wilayah tanaman gandum di Kanada kering kontang dan menjejaskan pengeluaran gandum.Salji tebal berpanjangan di China menyebabkan industri tanaman sayur-sayuran di China turut terjejas.Cuaca panas berpanjangan di utara Eropah telah menyebabkan tanaman rosak seperti di negara Demnark. Faktor pengeluaran makanan semakin berkurang disebabkan oleh bencana alam.Letupan gunung berapi di Indonesia ternyata menjejaskan tanaman padi bukit di negara tersebut.Bencana alam seperti Tsunami di Jepun turut menjejaskan sumber bahan makanan marin kepada Jepun berikutan nelayan Jepun tidak dapat turun laut untuk menangkap ikan.Gempa bumi di Mexico yang berlaku baru-baru ini menyebabkan masyarakat petani yang mahir banyak yang meninggal sehingga menjejaskan tanaman pertanian untuk bekalan makanan Faktor pengeluaran makanan semakin berkurang disebabkan oleh serangan penyakit dan serangan serangga perosak.Belalang juta menyerang secara besar-besaran dengan kadar yang cepat ke atas tanaman makanan bijirin seperti oat di Amerika Syarikat menyebabkan hasil tanaman ini banyak yang musnah.Serangan penyakit lembu gila di New Zealand turut menjejaskan bekalan makanan daging dunia yang turut menjejaskan Malaysia sebagai antara negara pengimport.Serangan perosak seperti bena putih terhadap tanaman padi turut menjejaskan bekalan makanan di Thailand. Harga bekalan makanan meningkat disebabkan oleh kos pengeluaran semakin bertambah.Kenaikan harga barangan import pertanian seperti baja dan racun menyebabkan petani terpaksa menaikkan harga hasil pertanian bagi menampung kos yang tinggi.Kos pengedaran pengeluaran makanan juga semakin bertambah berikutan pelbagai cukai yang dikenakan negara masing-masing.Kenaikan harga minyak juga menyebabkan pengeluar dan pengedar barangan makanan terpaksa menaikkan kos bagi menanggung kos penghantaran. 84

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Harga bekalan makanan meningkat disebabkan oleh tanaman untuk bahan api.Permintaan yang tinggi biodiesel daripada minyak sawit telah menyebabkan petani beralih untuk menanam tanaman komersial berbanding tanaman untuk tujuan bekalan makanan.Begitu juga dengan tanaman bijirin ditanam secara meluas bagi permintaan sumber tenaga biofuel yang mengurangkan lagi bekalan makanan seperti oat dan gandum.Hasil pengeluaran tanaman berkurangan dan permintaan yang tinggi menyebabkan berlaku kenaikan harga sehingga membawa kepada masalah inflasi. Kesimpulannya,pengeluaran makanan dunia yang berkurang dan harganya yang semakin meninkat di pasaran dunia harus segera diatasi setiap kerajaan di dunia agar dapat mengurangi masalah ini.

85

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 42 : Kehadiran warga asing di Malaysia disebabkan tuntutan dalam bidangbidang tertentu dalam pembangunan ekonomi negara namun kehadiran golongan ini boleh menggugat masyarakat dan negara. Warga asing yang berada di Malaysia terlibat secara langsung dalam pelbagai bidang dan kehadiran mereka menimbulkan masalah kepada masyarakat dan negara. Kehadiran warga asing di Malaysia disebabkan terlibat dalam beberapa bidang sebagai tenaga kerja dalam pelbagai sektor di Malaysia.Kehadiran warga asing di Malaysia menjadi keperluan sumber tenaga mahir dan separa mahir dalam sektor ekonomi.Kemasukan warga asing sebagai tenaga kerja mahir dan professional dalam pelbagai bidang seperti sektor perubatan amat diperlukan bagi mengisi kekosongan yang gagal dipenuhi pekerja tempatan.Kehadiran warga asing di Malaysia juga menjadi keperluan sebagai tenaga kerja tidak mahir seperti pembantu rumah dan buruh ladang. Kehadiran warga asing di Malaysia disebabkan terlibat dalam beberapa bidang sebagai keperluan dalam bidang pendidikan.Kehadiran warga asing di Malaysia terlibat sebagai pelajar.Mereka melanjutkan pelajaran sepenuh masa di universiti-universiti tempatan yang kebanyakkannya daripada Afrika,India dan Myanmar.Seterusnya,kehadiran warga asing sebagai tenaga kerja dalam pendidikan.Golongan ini berada di Malaysia sebagai tenaga pengajar yang diimport untuk membantu perkembangan pendidikan negara sebagai guru Bahasa Inggeris dan pensyarah-pensyarah di universiti. Kebanjiran warga asing telah meningkatkan kadar kes jenayah di Malaysia.Warga asing terlibat dalam kes-kes rompakan,pergaduhan, dan pembunuhan disebabkan keinginan untuk hidup mewah membahayakan rakyat Malaysia.Seterusnya,kemasukan warga asing yang terdiri daripada golongan wanita boleh menyebabkan berlakunya aktiviti perdagangan seks berleluasa dalam kalangan masyarakat hari ini.Warga asing golongan wanita terlibat dalam aktiviti pelacuran kerana masalah tekanan gaji rendah dan keinginan untuk hidup mewah. Kebanjiran warga asing boleh menjejaskan ekonomi Malaysia.Warga asing yang memasuki Malaysia sebagai pekerja asing sah dan haram boleh menyebabkan berlakunya pengaliran wang keluar negara.Pekerja asing yang memperoleh pendapatan di Malaysia akan menghantar wang ke negara asal mereka dan ini memberikan kesan kepada aliran keluar pendapatan negara.Warga asing yang memasuki Malaysia sebagai pekerja haram akan 86

MODUL P 3

membebankan

ARIFF BIN ABDUL HAMID

perbelanjaan

negara.Kerajaan

Malaysia

SMK KANOWIT

terpaksa

mengeluarkan

kos

perbelanjaan bagi menghantar mereka pulang sehingga menjejaskan kewangan negara. Kebanjiran warga asing boleh menjejaskan imej Malaysia di peringkat antarabangsa.Peningkatan kadar jenayah yang dilakukan warga asing di Malaysia menunjukkan negara lemah dalam mentadbir dan memelihara keselamatan awam ternyata menjejaskan imej negara.Kebanjiran warga asing turut menjejaskan imej negara kepada pelancong asing.Warga asing yang memasuki Malaysia secara haram akan menghadapi masalah tempat tinggal sehingga mewujudkan penempatan setinggan yang kotor.Keadaan ini boleh menyebabkan pelancong asing menganggap Malaysia negara yang miskin dan mengamalkan hidup tidak sihat. Kesimpulannya,kebanjiran warga asing dalam bidang-bidang tertentu perlulah ditangani oleh pihak kerajaan secara tegas agar dapat memastikan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Malaysia seluruhnya terpelihara.

87

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 43 : Negara-negara di dunia sering berminat menjadi tuan rumah dalam pertandingan sukan bertaraf dunia termasuk Malaysia kerana banyak kesan yang diperoleh negara apabila menjadi penganjur kejohanan sukan antarabangsa. Malaysia

seringkali

mengajurkan

pelbagai

kejohanan

sukan

bertaraf

antarabangsa.Penganjuran sukan bertaraf antarabangsa mempunyai pelbagai manfaat dan kesan negatif kepada negara. Kesan positif penganjuran sukan antarabangsa kepada Malaysia ialah boleh menjadi sumber ekonomi kepada negara.Kemasukan penonton, penyokong, peserta, dan pelancong sukan

dalam

negara

memberi

pulangan

lumayan

melalui

tukaran

wang

asing.Contohnya,melalui perbelanjaan mereka di dalam negara apabila menggunakan perkhidmatan pengangkutan dan perhotelan.Penganjuran sukan antarabangsa boleh memajukan

industri

hiliran

berasaskan

sukan.Industri

hiliran

seperti

industri

pengiklanan,penyiaran dan pembuatan cenderamata sukan mendatangkan pendapatan kepada negara. Kesan positif penganjuran sukan antarabangsa kepada Malaysia ialah boleh memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.Aktiviti sukan telah memberi peluang tenaga kerja secara professional kepada penduduk tempatan.Sebagai contoh,penglibatan tenaga penduduk tempatan secara professional menjadi ahli sukan dan pegawai sukan telah mewujudkan peluang pekerjaan tetap.Kemajuan industri sukan seperti pengeluar dan pengedar peralatan sukan juga menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.Pembukaan kilang dan kedai peralatan sukan luar negara di Malaysia seperti Reebook dan Adidas memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Kesan positif penganjuran sukan antarabangsa kepada Malaysia ialah boleh meningkatkan kemajuan mutu sukan negara.Penganjuran sukan antarabangsa boleh meningkatkan teknologi sukan. Contohnya, penggunaan teknologi dalam penyiaran, pembinaan, stadium atau prasarana sukan, dan peralatan sukan boleh meningkatkan mutu sukan.Penganjuran sukan antarabangsa boleh meningkatkan pengurusan sukan.Contohnya, melalui perkongsian idea, teknik, dan kepakaran professional pengurusan sukan. Kesan negatif penganjuran sukan antarabangsa kepada Malaysia ialah pengajuran sukan antarabangsa memberi kesan negatif kepada ekonomi negara.Penganjuran sukan antarabangsa menyebabkan berlakunya pembaziran wang kerajaan.Misalnya,kerajaan 88

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk menyediakan pelbagai perkara ketika menguruskan penganjuran sukan seperti kebajikan atlet.Penganjuran sukan antarabangsa juga melibatkan peningkatan kos penyediaan dan pembiayaan prasarana sukan.Contohnya, prasarana sukan seperti stadium dan penyediaan pelbagai peralatan sukan. Kesan negatif penganjuran sukan antarabangsa kepada Malaysia ialah penularan budaya hidup tidak sihat dalam kalangan penduduk tempatan.Sikap penyokong yang ekstrim dalam kalangan pasukan sukan akan mempengaruhi penduduk tempatan untuk mencontohi tindakan mereka. Contohnya, tindakan ganas apabila tidak boleh menerima pasukan yang disokong kalah sudah menular kepada penyokong dan peminat sukan negara.Pengaruh hidup barat boleh menular dalam kalangan penduduk tempatan.Pergaulan bebas di antara pelancong sukan dan cara berpakaian ketika temasya sukan antarabangsa menjadi teladan kepada golongan remaja tempatan. Kesimpulannya,penganjuran sukan antarabangsa mempunyai pelbagai kesan positif dan negatif.Justeru,pihak kerajaan perlu mengawal kesan-kesan negatif penganjuran sukan ini agar kemudaratan tidak serius kepada penduduk dan negara.

89

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 44 : Hubungan diplomatik Malaysia dan China telah menjangkau 41 tahun (2015) daripada hubungan dagangan dan diplomatik antarabangsa kepada hubungan strategik antarabangsa kini. Jelaskan rasional peningkatan hubungan ini kepada negara Malaysia. Sejarah awal hubungan diplomatik antarabangsa dengan negara China bermula di zaman kepimpinan Tun Abdul Razak Hussain pada tahun 1974.Malaysia mempunyai rasional daripada hubungan dagangan dan diplomatik kepada hubungan strategik dengan negara China. Rasional hubungan strategik Malaysia dengan China ialah kemelesetan ekonomi global terutamanya Amerika Syarikat dan Jepun.Ekonomi Amerika Syarikat masih belum pulih sepenuhnya

dan

pertumbuhan

ekonomi

Jepun

berada

dalam

keadaan

kurang

memberangsangkan.Krisis kewangan Kesatuan Eropah telah menggugat pakatan ekonomi tunggal tersebut dan negara China adalah merupakan rakan dagang baru yang baik.Ekonomi China terus bertahan dan bakal mengambil alih peranan Amerika Syarikat.Hubungan dagang dengan China akan meningkatkan daya eksport negara. Rasional hubungan strategik Malaysia dengan China ialah China mempunyai pasaran ekonomi yang luas.China mempunyai pasaran ekonomi yang meluas.Buktinya,dengan jumlah penduduk terbesar dunia,pasaran China amat besar untuk dikongsi oleh Malaysia.Banyak negara beralih kepada China sebagai rakan dagangan.Misalnya,negara asia tenggara lain seperti Thailand dan Indonesia turut menjadikan China sebagai rakan dagang melalui kerjasama negara ASEAN dengan negara China. Rasional hubungan strategik Malaysia dengan China ialah mengurangkan konflik pertikaian Kepulauan Spartly dengan China.Ketegangan dengan China dalam isu Kepulauan Spratly dan Paracel dapat diredakan melalui hubungan yang lebih erat.Misalnya,melalui hubungan ekonomi banyak peluang pelaburan dapat diterokai bersama antara dua negara.Malaysia tidak seharusnya menjadi mangsa kepada tindakan ekonomi China sebagaimana Filipina ekoran ketegangan berhubung perebutan pulau yang dipertikai. Rasional hubungan strategik Malaysia dengan China ialah sejarah hubungan sosial antara Malaysia dan China.Sejarah jalinan hubungan sosial penduduk di Malaysia dengan China memudahkan Malaysia menjalankan kerjasama strategik dalam bidang yang baharu seperti pendidikan dan perubatan.Misalnya,China bersedia membuka universiti pertama di Malaysia dengan menggunakan Bahasa lnggeris sebagai bahasa pengantar merupakan satu kemajuan kepada negara dalam penyediaan peluang pendidikan bertaraf antarabangsa.Sikap keterbukaan China menerima pelajar Malaysia dan dua buah universitinya menawarkan kursus bahasa Melayu membuka lembaran baharu dalam hubungan dua negara.

90

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Rasional hubungan strategik Malaysia dengan China ialah peningkatan pengaruh Amerika Syarikat di rantau Asia.China dalam menghadapi provokasi kuasa Amerika Syarikat cuba menempatkan kembali pengaruhnya di rantau ini memerlukan sahabat baru seperti negara Malaysia. Situasi ini sepatutnya disambut oleh Malaysia untuk menjalinkan hubungan lebih erat dengan China. Pendekatan Malaysia dalam meningkatkan hubungan dengan China lebih kepada urusan perdagangan.Banyak barangan China yang dipasarkan ke Malaysia berikutan harganya yang murah melalui ASEAN+3. Kesimpulannya,Malaysia juga perlu mengambil langkah yang lebih strategik dalam menjalinkan hubungan diplomatik dengan China dan negara-negara besar yang lain agar dapat mengukuhkan lagi kemajuan dan kekuatan negara.

91

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 45 : Kemajuan sains dan teknologi sukan dunia hari ini telah meningkatkan kemajuan sukan di negara-negara membangun termasuk Malaysia. Jelaskan. Kemajuan sains dan teknologi memainkan peranan penting ke arah meningkatkan mutu sukan di kebanyakan negara membangun termasuk Malaysia. Kemajuan sains dan teknologi sukan boleh meningkatkan kemajuan sukan negara melalui program latihan yang saintifik dan sistematik.Penciptaan peralatan mesin latihan moden boleh membantu ahli-ahli sukan membuat latihan dengan berkesan.Alat-alat mekanik dan elektronik termasuk alat komputer digunakan untuk meningkatkan prestasi ahli sukan semasa menjalani latihan.Pengetahuan dalam bio mekanik iaitu kajian tentang daya dan gerakan tubuh badan akan membantu ahli sukan melakukan sesuatu gerakan dengan cekap dan pantas seperti imbangan dalam gimnastik. Kemajuan sains dan teknologi sukan boleh meningkatkan kemajuan sukan negara melalui pembuatan peralatan sukan.Penggunaan peralatan sukan berteknologi tinggi yang memenuhi spesifikasi dapat menjadi penentu kepada kemenangan sesuatu pertandingan. Contohnya,penciptaan baju renang perenang Australia dihasilkan daripada gabungan pembuatan moden dan aplikasi sains termaju yang banyak membantu perenang mereka menjadi kuasa besar renang dunia.Penggunaan teknologi komputer boleh membantu penciptaan alat sukan yang canggih seperti pakaian berintangan yang berupaya meningkatkan prestasi ahli sukan. Kemajuan sains dan teknologi sukan boleh meningkatkan kemajuan sukan negara melalui sains perubatan.Ujian perubatan dapat memastikan para atlit yang mempunyai kecergasan

yang

dibenarkan

mengambil

bahagian

dalam

jenis

sukan

seperti

tinju.Contohnya,ujian kecergasan kardiovaskular dapat menghindarkan atlit daripada kecederaan serius.Kemajuan dalam bidang pencerakinan dadah adalah penting untuk menjamin kecemerlangan tulen dalam arena sukan.Pencerakinan perubatan yang berkesan dapat mencegah para atlit daripada mengambil ubat mengandungi dadah seperti steroid anabolic. Kemajuan sains dan teknologi sukan boleh meningkatkan kemajuan sukan negara melalui sains permakanan.Prestasi fizikal atlet adalah berkait rapat dengan corak pemakanannya.Pengambilan diet yang betul atau seimbang akan melancarkan sistem tubuh badan dan menghasilkan tenaga yang berterusan serta membantu pemulihan segera.Kajian 92

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

sains pemakanan boleh menentukan kuantiti zat makanan seperti protein dan vitamin yang optimum untuk ahli sukan bagi menyediakan

nutrient untuk atlit supaya prestasi atlet

konsisten serta meningkat. Kemajuan sains dan teknologi sukan boleh meningkatkan kemajuan sukan negara melalui

kemajuan

ICT.Teknologi

ICT

melalui

teknologi

jalur

lebar

seperti

internet,rangkaian dan satelit komunikasi membolehkan maklumat sesuatu pertandingan di peringkat antarabangsa diperolehi dengan cepat.Penyiaran acara sukan secara langsung dari serata dunia seperti pertandingan bola sepak antarabangsa membolehkan pemain-pemain bola sepak negara mengetahui teknik bola sepak moden hari ini dan mempelajari skil kemahiran pemain antarabangsa.ICT boleh mempopularkan sesuatu sukan dan boleh mendatangkan sumber pendapatan kepada ahli-ahli sukan melalui hak penyiaran. Kesimpulannya,semua pihak terutama pihak kerajaan harus memainkan peranan dalam menggalakkan perkembangan sains dan teknologi dalam sukan di Malaysia agar taraf sukan di negara kita dapat dipertingkatkan.

93

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 46 : ASEAN dikenali sebagai pertubuhan bagi mewujudkan keamanan dan kestabilan serantau. Namun begitu, pelbagai cabaran dalaman dan luaran dihadapi oleh negara anggota pertubuhan ini. Huraikan.

ASEAN banyak memberi manfaat kepada Malaysia namun begitu terdapat cabaran dalaman dan luaran yang dihadapi oleh negara anggota pertubuhan ini. Cabaran dalaman yang dihadapi ASEAN ialah sikap bertentangan negara anggota.Keputusan Singapura membenarkan penggunaan kemudahan ketenteraan kepada Amerika Syarikat merumitkan hubungan Singapura dengan negara ASEAN lain.Tindakan Singapura ini ternyata bertentangan dengan dasar promosi ASEAN yang telah dipersetujui bersama iaitu sebagai Kawasan Aman,Bebas dan Berkecuali.Singapura juga mendapat khidmat pakar ketenteraan Israel dalam mempersiapkan angkatan tenteranya yang merumitkan hubungan dengan negara ASEAN seperti Malaysia dan Brunei yang tidak berhubungan baik dengan negara Israel. Cabaran dalaman yang dihadapi ASEAN ialah kerana ketidakstabilan politik dalaman sebilangan negara anggota.Selatan Thailand telah lama menjadi onar kepada hubungan antara anggota ASEAN.Tindakan kerajaan Thailand membunuh rakyat Thailand yang beragama Islam dalam peristiwa Tak Bai mengeruhkan hubungan dengan Malaysia.Selatan Filipina juga menghadapi masalah yang sama.Tindakan penduduk selatan Filipina menceroboh perairan Sabah dan menculik pelancong di Sipadan memburukan lagi hubungan Malaysia dengan Filipina. Cabaran luaran yang dihadapi ASEAN ialah kemunculan kumpulan ekonomi Kesatuan Eropah (EU).Kesatuan Eropah mengamalkan skim tarif mata wang yang sama serta tidak menggalakkan pelaburan asing.Perkara ini menyukarkan ASEAN untuk berdagang dengan negara eropah kerana sistem mata wang EURO sahaja diterima jika ingin berdagang dengan negara eropah.Kemunculan kumpulan ekonomi ini menjadikan ekonomi antara dua kumpulan negara akan lebih tertutup menjadi cabaran kepada memantapkan lagi kerjasama ekonomi dalam kalangan negara anggota. Cabaran luaran yang dihadapi ASEAN ialah perebutan Maritim.Perebutan beberapa kepulauan yang masih belum disahkan merumitkan lagi keadaan.Kepulauan Spartly menjadi rebutan antara China,Vietnam,Malaysia,Filipina,dan Indonesia mengeruhkan lagi hubungan 94

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

negara yang terlibat.Boleh wujud ketegangan sehingga membawa ancaman fizikal terhadap ketenteraan kerana pulau Spratly terletak pada kedudukan yang strategik dan kaya dengan sumber alam.Perebutan disebabkan kedudukan pulau yang didakwa termasuk dalam kawasan perairan dan terdapat pelbagai kepentingan di kepulauan tersebut seperti sumber asli. Cabaran luaran yang dihadapi ASEAN ialah pengkalan tentera asing.Pembinaan pengkalan asing di beberapa kawasan di Asia Tenggara ternyata melanggar perjanjian yang dibuat di dalam ASEAN.Misalnya,pembinaan pengkalan asing tersebut ternyata melanggar persetujuan asal matlamat penubuhan ASEAN dan persetujuan konsep ZOPFAN.Negara ASEAN yang memberi kebenaran kepada negara asing untuk membina pengkalan tentera dilihat mempunyai kekuatan tentera asing berbanding negara anggota lain.Misalnya, pengkalan tentera asing Amerika Syarikat di Singapura dan Filipina. Kesimpulannya,pertubuhan ASEAN banyak memberi manfaat kepada Malaysia namun ada negara ASEAN lain yang sengaja melanggar perjanjian bersama memberi cabaran kepada negara ASEAN lain.Justeru,pihak kerajaan Malaysia harus lebih lantang bersuara agar setiap persetujuan dipatuhi semua negara anggota ASEAN.

95

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 47 : Sejak mencapai kemerdekaan,Malaysia telah menyertai tiga pertubuhan serantau iaitu ASA,MAPHILINDO dan ASEAN dan pada asasnya adalah demi kepentingan politik,ekonomi atau sosial.Hubungan dalam ASEAN bagaimanapun sering tercabar dalam usaha memajukan ekonomi serantau.Jelaskan. ASEAN sehingga kini berjaya memupuk kerjasama yang aktif demi kepentingan bersama dalam bidang politik,ekonomi,sosial dan kebudayaan antara negara anggota.Namun begitu,pertubuhan serantau ini masih menghadapi cabaran terutamanya untuk memajukan ekonomi serantau. Cabaran ASEAN dalam memajukan ekonomi ialah persaingan dalam pasaran komoditi.Negara anggota ASEAN mengeluarkan produk pertanian yang sama seperti getah, kelapa,koko dan minyak sawit kerana memiliki persaaan iklim dan cuaca.Negara-negara anggota berusaha merebut pasaran yang sama pada peringkat antarabangsa.Apabila AFTA diwujudkan,masing-masing akan mementingkan kepentingan komoditi negara sendiri demi menjana

pendapatan

negara

yang

pastinya

akan

menyebabkan

berlakunya

ketidakadilan.Tanpa penyelesaian yang bijak oleh pemimpin negara anggota,persaingan ini boleh mengeruhkan hubungan negara anggota. Cabaran ASEAN dalam memajukan ekonomi ialah kemunculan kumpulan ekonomi serantau.Kesatuan Eropah (EU) mengamalkan skim tariff mata wang yang sama (Euro) serta tidak menggalakkan pelaburan asing ke negara itu.Kmeunculan NAFTA (Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico) merancang skim tariff yang sama untuk turut menggugat ASEAN.Kemunculan kumpulan ekonomi ini menjadikan ekonomi antara dua kumpulan negara akan lebih tertutup dan sukar ditembusi.Negara ASEAN menghadapi cabaran untuk memasarkan produk mereka di pasaran antarabangsa. Cabaran ASEAN dalam memajukan ekonomi ialah pengurangan permintaan pasaran dunia ke atas produk ASEAN.Pengurangan permintaan terhadap sumber bahan mentah seperti bijih timah dan getah asli menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara-negara ASEAN.Negara-negara ASEAN terpaksa memberi perhatian kepada pengeluaran sektor perkilangan dan perkhidmatan untuk bersaing.Namun begitu,negara maju mempunyai kelebihan dari segi kos pengeluaran dan kecanggihan teknologi.Pengeluaran dan pemasaran produk yang sama menyebabkan persaingan yang sengit bukan sahaja dalam kalangan negara ASEAN tetapi dengan negara maju lain.

96

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Cabaran ASEAN dalam memajukan ekonomi ialah pergantungan kepada negara maju.Negara ASEAN bergantung kepada pasaran luar negara seperti Eropah.Negara ASEAN bergantung teknologi moden dari negara Jepun dan Korea Selatan.Negara ASEAN juga masih memerlukan pelaburan modal asing untuk memajukan sektor perindustrian dan dan perkhidmatan.Contohnya,Syarikat Samsumg dan Sony yang banyak membuka pelaburan syarikat mereka di negara-negara ASEAN. Cabaran ASEAN dalam memajukan ekonomi ialah negara-negara ASEAN masih dibebani hutang luar negara yang tinggi.Kegawatan ekonomi dunia telah menjejaskan kedudukan ekonomi negara anggota ASEAN.Negara Indonesia dan Thailand dibebani oleh hutang luar negara.Negara-negara ini terpaksa meminjam wang dari IMF ketika era kegawatan ekonomi dunia.Kesannya,negara-negara ini masih belum dapat membayar hutang tersebut dan terpaksa mengikut pelan pembangunan ekonomi yang disarankan oleh IMF yang dikuasai negara Amerika Syarikat dan Britain. Kesimpulannya,pemimpin-pemimpin ASEAN telah lama berusaha memperbaiki bentuk dan corak hubungan antara mereka dalam aspek ekonomi agar dapat mengukuhkan kerjasama dan penyelarasan dalam sektor ekonomi.

97

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 48 : ASEAN sehingga kini berjaya memupuk kerjasama yang aktif demi kepentingan negara anggota.Namun begitu,pertubuhan serantau ini masih menghadapi cabaran untuk mengekalkan keamanan serta kestabilan serantau. ASEAN sehingga kini berjaya memupuk kerjasama yang aktif demi kepentingan bersama dalam bidang politik,ekonomi,sosial dan kebudayaan antara negara anggota.Namun begitu,pertubuhan serantau ini masih menghadapi cabaran terutamanya untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau. Cabaran ASEAN dalam mengekalkan keamanan serta kestabilan serantau ialah persaingan pengaruh kuasa besar di Asia Tenggara.Penglibatan Amerika Syarikat di rantau Asia Pasifik semakin ditingkatkan melalui strategi Pangsi Pasifik.Amerika Syarikat telah lama bertapak di rantau Asia Tenggara seperti Singapura dan Filipina.Misalnya, Amerika Syarikat juga telah menggandakan bantuan kepada Filipina bagi meningkatkan keupayaan

tentera

Filipina

bagi

menghadapi

kuasa

China.Peristiwa-peristiwa

ini

menunjukkan berlakunya perluasan kuasa besar di Asia Tenggara yang boleh mewujudkan konflik. Cabaran ASEAN dalam mengekalkan keamanan serta kestabilan serantau ialah konflik tuntutan bertindih ke atas wilayah tertentu.Terdapat banyak pulau di sekitar Asia Tenggara yang menjadi rebutan negara-negara Asia Tenggara.Misalnya,Kepulauan Spratly. Pulau Batu Putih dan Pulau Pisang.Sebagai contoh,tuntutan bertindih ke atas Pulau Pisang antara Malaysia dan Singapura.Manakala,Pulau Spratly pula melibatkan Malaysia, Filipina, Vietnam, Brunei dan China.Situasi ini akan mewujudkan konflik sesama ASEAN dan juga China. Cabaran ASEAN dalam mengekalkan keamanan serta kestabilan serantau ialah masalah politik dalaman negara-negara anggota.Negara Myanmar masih belum mengamalkan demokrasi dan diperintah oleh junta tentera.Kerakusan tentera Myanmar amat jelas kelihatan apabila mereka menyerang sekumpulan sami Buddha yang mengadakan demonstrasi jalanan untuk membantah pengurangan subsidi petrol sehingga membebankan rakyat.Pergolakan di Selatan Thai berlaku disebabkan oleh krisis majoriti etnik Melayu beragama Islam yang menuntut hak mereka yang meletakkan wilayah selatan Thailand dalam keadaan tegang.

98

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Cabaran ASEAN dalam mengekalkan keamanan serta kestabilan serantau ialah ancaman anasir puak pelampau dan lanun.Ancaman anasir luar juga boleh menggugat keamanan dan kestabilan serantau.Sebagai,contoh pencerobohan Lahad Datu di Sabah oleh pengganas Sulu.Masalah lanun di perairan negara-negara ASEAN juga semakin kritikal.Aktiviti kumpulan Abu Sayyaf dan pemisah Moro di Mindanao juga merupakan cabaran kepada ASEAN. Cabaran ASEAN dalam mengekalkan keamanan serta kestabilan serantau ialah masalah pendatang tanpa izin (PATI).Pendatang tanpa izin ini dating melalui agensiagensi haram dan terpaksa menyusup masuk melalui lorong tikus.Pelbagai masalah yang timbul terhadap negara yang dituju iaitu masalah sosial dan pelacuran.Kerajaan terpaksa berbelanja lebih untuk menghantar mereka kembali ke negara asal mereka.Isu penghantaran semula PATI dan pemutihan menyebabkan perselisihan antara negara boleh berlaku. Kesimpulannya.pemimpin-pemimpin ASEAN telah lama berusaha memperbaiki bentuk dan corak hubungan antara mereka dalam aspek mengekalkan keamanan serta kestabilan serantau agar dapat mengukuhkan kerjasama dan penyelarasan dalam sektor berkaitan.

99

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 49: Malaysia dan negara-negara lain dalam pertubuhan ASEAN saling bekerjasama dalam pelbagai aspek.Huraikan. ASEAN merupakan satu kumpulan kerjasama serantau yang telah menjadi satu pertubuhan yang dihormati oleh masyarakat dunia.Banyak bentuk kerjasama yang dilaksanakan oleh anggota ASEAN pada era globalisasi ini. Kerjasama yang dijalankan Malaysia dan negara-negara ASEAN lain ialah kerjasama ekonomi.Malaysia dan negara-negara ASEAN lain ada menandatangani perjanjian AFTA (Asean Free Trade Area) bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi.Semua sekatan ekonomi atau kewangan yang wujud sebelum ini boleh dihapuskan atau dikurangkan supaya kegiatan ekonomi sesama negara anggota menjadi lebih mudah.Usaha memudahkan urusan ekonomi berupaya untuk menjadikan suasana menjalankan aktiviti ekonomi di rantau ini lebih menarik buat pelabur asing yang lainnya. Kerjasama yang dijalankan Malaysia dan negara-negara ASEAN lain ialah kerjasama

dalam

aspek

keselamatan.Malaysia

dan

negara

ASEAN

lain

ada

menandatangani perjanjian di dalam Forum Serantau ASEAN(ARF).Perjanjian ini membolehkan tentera setiap anggota bukan sahaja boleh melaksanakan latihan bersama-sama tetapi juga boleh bertukar-tukar informasi mengenai sesuatu perkara yang boleh mengancam kestabilan dan keamanan serantau.Tahap kerjasama yang tinggi akan menjadikan kawasan rantau ini lebih selamat berbanding dengan kawasan-kawasan dunia lain yang sering bergolak. Kerjasama yang dijalankan Malaysia dan negara-negara ASEAN lain ialah kerjasama

dalam

bidang

pendidikan.Malaysia

dan

negara

ASEAN

lain

ada

menandatangani perjanjian SEAMEO dalam kerjasama bidang pendidikan.Perjanjian ini menggalakkan kerjasama dan bantuan antara satu lama lain dalam pelbagai bidang termasuk latihan dan penyelidikan bagi menjalinkan kerjasama dalam bidang pendidikan sains dan teknologi.ASEAN juga ada menubuhkan pusat pendidikan di negara Singapura. Misalnya,pusat Kajian Bahasa Inggeris di Singapura (RELC). Kerjasama yang dijalankan Malaysia dan negara-negara ASEAN lain ialah kerjasama dalam bidang pelancongan.Semua pelancong dari negara anggota tidak perlu menulis maklumat diri mereka apabila melepasi pemeriksaan imigresen setiap negara di rantau ini.Kerjasama sebegini pasti menjadikan urusan melancong ke negara rantau Asia 100

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Tenggara menjadi lebih mudah lalu menggalakkan pertumbuhan sektor ini.Akibatnya,industri pelancongan rantau ini akan menyumbangkan sumber kewangan kepada setiap kerajaan di rantau ini yang berguna untuk membiayai projek pembangunan. Kerjasama yang dijalankan Malaysia dan negara-negara ASEAN lain ialah kerjasama dalam bidang sukan.Malaysia dan negara ASEAN lain menggunakan kerjasama dalam bidang sukan dalam mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi seperti Olimpik.ASEAN juga menggunakan sukan untuk merapatkan hubungan antara negara melalui semangat kesukanan di samping menggalakkan pelancongan sukan dalam kalangan negara anggota.Misalnya,melalui pengajuran temasya Sukan SEA. Kesimpulannya,semua negara di rantau ini perlu melihat kesan jangka panjang berbanding jangka pendek lalu berusaha menghapuskan sebarang prasangka kerjasama antara negara ASEAN agar semua kerjasama dapat membawa impak positif.

101

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 50 : ASEAN telah membentuk Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) sebagai langkah perdana ke arah meningkatkan tahap keselamatan serantau, namun terdapat usaha-usaha lain yang berterusan untuk mencapai hasrat tersebut. Bincangkan. Antara

usaha

yang

dilakukan

oleh

Pertubuhan

Negara-negara

Asia

Tenggara(ASEAN) untuk memelihara keamanan dan keselamatan di rantau Asia Tenggara ialah pembentukan ZOPFAN.Namun demikian, pelbagai inisiatif lain telah diambil oleh pemimpin-pemimpin ASEAN untuk merealisasikan impian tersebut. Langkah perdana ASEAN ke arah meningkatkan tahap keselamatan serantau adalah dengan mencetuskan konsep ZOPFAN.ZOPFAN bermatlamat menjaga keamanan serantau dan setiap pertikaian diselesaikan secara aman tanpa campur tangan asing.ZOPFAN menjadi kawalan kepada negara anggota supaya tidak memohon bantuan negara luar ketika berdepan krisis kerana tindakan tersebut akan menyebabkan negara tersebut terpaksa berpihak kepada kuasa besar yang memberi bantuanSituasi ini membuatkan negara ASEAN berhati-hati dalam mengurus konflik agar tidak membelakangkan konsep ZOPFAN. Langkah perdana ASEAN ke arah meningkatkan tahap keselamatan serantau adalah dengan mengisytiharkan Zon Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ).Negara kuasa besar tidak dapat menggunakan keupayaan dalam memiliki senjata nuklear sebagai helah untuk menempatkan pengaruh mereka di Asia Tenggara kesan daripada SEANWFZ.Ketegasan ASEAN dalam hal ini merendahkan risiko berlaku konflik berkaitan nuklear seperti penghasilan senjata nuklear.Perkara ini secara tidak langsung dapat mengelakkan berlaku risiko kemusnahan yang besar di rantau Asia Tenggara. Langkah perdana ASEAN ke arah meningkatkan tahap keselamatan serantau adalah dengan bertukar-tukar maklumat dan risikan.Kerjasama dalam pertukaran maklumat dan risikan telah membawa kepada penangkapan anggota pertubuhan yang berkaitan keganasan sama ada di Malaysia dan Indonesia.Walaupun pendekatan berbeza antara negara dalam usaha menangani keganasan,tetapi maklumat dan risikan yang dikongsi membolehkan setiap negara melakukan tindakan sewajarnya.Kesepakatan ini menjadikan gerakan keganasan di Asia Tenggara terbantut dan terkawal. Langkah perdana ASEAN ke arah meningkatkan tahap keselamatan serantau adalah dengan menerima Gagasan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM).Konsep GMM 102

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

yang berlandaskan keamanan amat mengecam keganasan dan puak pelampau sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran pemimpin dan masyarakat ASEAN.Konsep gagasan yang menolak perang dalam menghadapi sebarang krisis berjaya meresap ke dalam minda masyarakat ASEAN.Pemimpin yang cenderung menggunakan pendekatan militeri akan tergugat dan ditolak oleh rakyat.Justeru keamanan di ASEAN lebih terjamin. Langkah perdana ASEAN ke arah meningkatkan tahap keselamatan serantau adalah dengan mewujudkan Piagam ASEAN.Prinsip utama dalam piagam ASEAN ialah melindungi keselamatan bersama demi mengekalkan keamanan.Semua negara Asia Tenggara bersepakat mengukuhkan demokrasi dan mempromosikan hak asasi manusia di Asia Tenggara.Piagam ASEAN menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan ancaman dalam bentuk yang bercanggah dengan undang-undang antarabangsa.Negara Malaysia dan negara Asia Tenggara lain menggunakan penyelesaian secara diplomasi untuk menghadapi sebarang konflik. Kesimpulannya,Malaysia dan negara-negara anggota ASEAN yang lain akan mendokong prinsip ASEAN dan bekerjasama dalam pelbagai aspek agar kestabilan serantau dapat diwujudkan.

103

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

Soalan 51: Usia ASEAN kini hampir mencecah 47 tahun dan sepanjang tempoh tersebut,ASEAN

menghadapi

pelbagai

cabaran

dan

rintangan

dalam usaha

menyelesaikan konflik yang wujud dalam kalangan negara anggotanya.Jelaskan amalan

semangat

ASEAN

yang

dipraktikkan

oleh

Malaysia

dalam

usaha

menyelesaikan konflik serantau. Banyak isu dan konflik yang berlaku antara negara anggota merangkumi isu politik,ekonomi dan sosial.Namun demikian,segala konflik yang wujud berjaya ditangani dan diselesaikan melalui semangat ASEAN Amalan semangat ASEAN yang dipraktikkan oleh Malaysia dalam usaha menyelesaikan konflik serantau adalah dengan menyelesaikan isu sempadan mengikut undang-undang antarabangsa.Konflik pertindihan sempadan antara Malaysia dan Singapura iaitu Pulau Batu Putih telah dirujuk kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).Atas amalan semangat ASEAN,kedua-dua negara bersetuju menerima sebarang keputusan oleh ICJ berhubung pertikaian.Hasilnya Pulau Batu Putih menjadi milik Singapura. Amalan semangat ASEAN yang dipraktikkan oleh Malaysia dalam usaha menyelesaikan konflik serantau adalah dengan mengadakan projek usaha sama mencari gali minyak.Isu pertindihan sempadan Malaysia dan Thailand berlaku di kawasan yang mempunyai sumber minyak.Atas amalan semangat ASEAN, kedua-dua isu ini berjaya diselesaikan melalui permuafakatan.Hasilnya projek usaha sama mencari gali minyak dan hasil dikongsi bersama. Amalan semangat ASEAN yang dipraktikkan oleh Malaysia dalam usaha menyelesaikan konflik serantau adalah dengan mengadakan rundingan damai di Selatan Filipina.Konflik di selatan Filipina memberi tempias kepada Malaysia seperti terpaksa menanggung kos akibat pelarian dan pencerobohan.Peranan Malaysia amat besar dalam rundingan ini bagi menamatkan konflik berdarah selama 42 tahun iaitu dengan menjadi orang tengah.Hasilnya,Perjanjian Komprehensif Bangsamoro (CAB) antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) ditandatangani. Amalan semangat ASEAN yang dipraktikkan oleh Malaysia dalam usaha menyelesaikan konflik serantau adalah dengan membantu proses pendemokrasian Myanmar.Malaysia berperanan aktif dalam peralihan kuasa daripada junta tentara kepada 104

MODUL P 3

ARIFF BIN ABDUL HAMID

SMK KANOWIT

pemimpin demokrasi.Wakil PBB dari Malaysia telah dihantar ke Myanmar untuk berunding dengan junta tentara.Pendekatan sederhana digunakan terhadap junta tentara agar dapat melembutkan tindakan junta.Pendekatan melalui rundingan dan tidak memencilkan junta dalam semangat ASEAN berjaya menyelesaikan kemelut ini. Amalan semangat ASEAN yang dipraktikkan oleh Malaysia dalam usaha menyelesaikan konflik serantau adalah dengan menangani isu pelanunan secara bersama anggota ASEAN.Isu pelanunan di kawasan Selat Melaka bersempadan dengan Indonesia telah wujud sejak berkurun-kurun lamanya.Kawasan aktif kegiatan lanun terutama dalam kawasan Indonesia mengancam kapal dagang yang menggunakan selat Melaka.Malaysia telah meningkatkan kerjasama dengan Indonesia untuk memantau dan mengawal kegiatan lanun seperti rondaan bersama dan penempatan polis marin dan anggota bersenjata. Kesimpulannya,setiap anggota ASEAN harus mempraktikkan amalan semangat ASEAN dalam menyelesaikan konflik dan pertikaian yang wujud agar dapat diselesaikan dengan cepat dan berkesan.

105

Related Documents

Modul 1-9 Lengkap
January 2021 1
Esei Hsb334
January 2021 2
Am
February 2021 3

More Documents from "Ignacio Marti"