Esei Hsb334

  • Uploaded by: HELLEN ANNES MARTIN
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Esei Hsb334 as PDF for free.

More details

  • Words: 3,100
  • Pages: 14
Loading documents preview...
1.0 PENGENALAN

15 Ogos 1947 merupakan tarikh yang mencatatkan sejarah buat negara India. Bukan sahaja mencapai kemerdekaan, namun tarikh ini juga menandakan pembahagian India kepada dua negara yang berdaulat iaitu India dan Pakistan. Pembahagian ini terjadi setelah hampir dua ratus tahun British menduduki India sejak kemerosotan kuasa Moghul sejak awal kurun ke-18 yang membuka ruang bagi Inggeris untuk memperkukuhkan kedudukan mereka seterusnya mengasaskan empayar British.1 Pada dasarnya, setelah pemisahan berlaku, India diduduki oleh orang

Hindu

manakala

Pakistan

didiami

oleh

masyarakat

Muslim.

Dalam membincangkan tentang pembahagian India yang memisahkan penduduk Hindu dan Muslim, wujud persoalan tentang pihak manakah yang patut dipertanggungjawabkan atas berlakunya pemisahan politik ini.

Justeru, penulisan ini akan membincangkan tentang sejauhmana pemisahan politik yang berlaku di India adalah disebabkan oleh pihak pentadbir British. Penegasan penulis dalam hal ini ialah, penulis bersetuju bahawa pihak pentadbir British adalah pihak yang bertanggungjawab mengorak langkah ke arah pemisahan India kerana telah menyemai semangat pemisahan melalui dasar-dasar pro-muslim dalam kalangan penduduk Islam. Hasil daripada benih-benih pemisahan yang disemai oleh British di India, langkah ke arah politik pemisahan disempurnakan oleh tindak-tanduk parti seperti Kongres Kebangsaan India dan Liga Muslim serta pemimpin-pemimpin Hindu-Muslim yang tertentu. Penulis akan membincangkan

M. Rajantheran dan Md. Afandi Hj. Awang, “Nasionalis atau Komunalis: Sir Syed Ahmad Khan dan Mahatma Gandhi dalam Sejarah Moden India”, Jurnal Jati, 9 (Disember 2004), hlm. 89. 1

1

dasar-dasar pro-muslim yang dilaksanakan oleh British serta tindak-tanduk parti Kongres Kebangsaan India, Liga Muslim dan para pemimpin yang terlibat. 2.0 DASAR-DASAR PRO-MUSLIM YANG DIAMALKAN OLEH BRITISH

Dasar-dasar pro-muslim oleh British dapat dilihat selepas berlakunya Dahagi India 1857. Pada peringkat awal setelah Dahagi India dapat dibendung, Inggeris dikatakan begitu marah terhadap orang Islam kerana beranggapan pemberontakan tersebut dicetuskan oleh orang Islam.

2

Sikap British terhadap orang Islam

kemudiannya berubah apabila orang India melalui Kongres mempergiatkan perjuangan nasionalisme mereka dan memperlihatkan bibit-bibit radikalisme. Perubahan sikap British terhadap orang Islam adalah untuk menawan hati orang Islam dan

menghalang

‘mempergunakan’

penyertaan orang

Islam

mereka untuk

dalam

perjuangan

mengimbangi

Kongres

pengaruh

serta

Kongres.

3

Sebagaimana yang dilakukan oleh British di negara-negara jajahan lain, British telah menyemai benih-benih perpecahan dalam kalangan masyarakat Hindu dan Muslim.

2.1 DASAR PEMBAHAGIAN BENGAL 1905 OLEH LORD CURZON Pada tahun 1905, Bengal telah dibahagikan kepada dua wilayah (Bengal Barat dan Bengal Timur) oleh Lord Curzon bertujuan untuk melicinkan pentadbiran Bengal yang dikatakan terlalu besar untuk ditadbir kerana mempunyai populasi lebih 80 juta orang.4 Bahagian timur Bengal dicantumkan dengan Assam dan diduduki oleh orang Islam sementara bahagian barat Bengal majoriti didiami oleh orang Hindu. Pada sudut K. Anbalakan, “Politik Pemisahan dan Pembentukan Pakistan”, Jurnal Ilmu Kemanusiaan, Vol. 1 (Oktober 1994), hlm. 43. 2

3

Ibid.

4

A.C. Niemeijer, The Khilafat Movement in India 1919-1924, Netherlands: The Hague, 1972, hlm. 49.

2

yang lain, pembahagian Bengal bertujuan menempatkan golongan Muslim di sebuah wilayah yang majoritinya orang Islam. Lord Curzon telah menyakinkan orang Islam bahawa pemisahan tersebut adalah bertujuan untuk memelihara kepentingan orang Islam. Sikap British ini adalah hasil daripada kesetiaan yang ditunjukkan oleh orang Muslim terhadap kerajaan British. 5 Dikatakan bahawa idea pemisahan oleh Lord Curzon ini mendapat sambutan yang baik daripada orang Muslim. Sebaliknya, orang Hindu menentang pembahagian Bengal dan beranggapan tindakan pemisahan ini adalah bertujuan melumpuhkan pergerakan nasionalisme.6 Jelas dapat dilihat dasar pembahagian Bengal oleh Lord Curzon ini adalah dasar yang pro-Muslim kerana menyokong

pembentukan

wilayah

yang

majoritinya

orang

Islam.

Walaubagaimanapun pada tahun 1911, penarikan balik dasar Curzon oleh raja England menandakan Kongres berjaya dalam perjuangan menyatukan semula Bengal dan cantuman semula ini melahirkan rasa kekecewaan orang Islam kerana berpendapat orang Hindu berjaya melancarkan perjuangan militan sementara orang Islam terpaksa mengasingkan diri dan berdiam diri.7

2.2 DASAR PENGIKTIRAFAN ORANG ISLAM OLEH LORD MINTO Pada 1906 ketika perlembagaan India sedang dirangka oleh British, satu rombongan orang Islam pimpinan Agha Khan bertemu dengan Lord Minto yang pada

5

A.C. Niemeijer, The Khilafat Movement in India 1919-1924, Netherlands: The Hague, 1972, hlm. 49.

6

V. D. Mahajan, History of Modern India (1919-1982), New Delhi: S. Chand & Company Ltd, 1983, hlm. 259. K. Anbalakan, “Politik Pemisahan dan Pembentukan Pakistan”, Jurnal Ilmu Kemanusiaan, Vol. 1 (Oktober 1994), hlm. 46. 7

3

ketika itu merupakan wizurai India.8 Rombongan ini menuntut agar penduduk Islam diberikan layanan berasingan dan dianggap sebagai komuniti yang terpisah daripada penduduk Hindu. Hasil daripada pertemuan tersebut, Lord Minto telah memberi jaminan untuk mengiktiraf kedudukan orang Islam di India dan beberapa buah kerusi di semua majlis perundangan negeri akan diperuntukkan bagi orang Islam.9

Sesungguhnya tindakan Agha Khan meminta bantuan daripada pihak British adalah sesuai dengan keinginan British yang sedang mencari sekutu bagi mengimbangi pengaruh Kongres Kebangsaan India yang semakin kukuh. 10 Hasilnya, pada tahun 1906 Liga Muslim telah diasaskan. Jelas dapat dilihat bahawa dasar British ini merupakan dasar pro-Muslim kerana hasil daripada jaminan dan pengiktirafan ke atas orang Islam, Liga Muslim telah diasaskan secara rasmi dan ini turut menunjukkan bahawa orang Islam mulai memperjuangkan kelangsungan politik mereka di India. Penting untuk diketahui bahawa sebelum penubuhan Liga Muslim, tidak wujud satu pertubuhan tunggal yang mewakili orang Islam di India.

2.3 DASAR REFORMASI MORLEY-MINTO 1909

Antara dasar pro-Muslim

yang lain dapat dilihat melalui Reformasi

Minto-Morley atau juga dikenali sebagai The Indian Council Act 1909. Reformasi ini diasaskan oleh Lord Minto yang merupakan Gabenor-Jeneral India dan Lord Monley,

8

Ibid.

9

David Page, Prelude to Partition: The Indian Muslims and the Imperial System of Control 1920-1932, Delhi: Oxford University Press, 1982, hlm. 260. K. Anbalakan, “Politik Pemisahan dan Pembentukan Pakistan”, Jurnal Ilmu Kemanusiaan, Vol. 1 (Oktober 1994), hlm. 45. 10

4

Setiausaha Negara. Sebagai meresponi tuntutan masyarakat India yang menginginkan hak untuk mentadbir negara sendiri, pihak Kabinet Liberal di London telah bersetuju untuk melakukan pembaharuan dalam pentadbiran India. Reformasi ini melibatkan penubuhan dewan legislatif di semua wilayah dan ahli-ahli dewan dipilih oleh penduduk yang diwakili serta melibatkan kumpulan-kumpulan minoriti seperti orang Islam, Sikh, pemilik tanah, pengusaha teh dan sebagainya. Antara pembaharuan yang memperlihatkan dasar pro-Muslim British ialah pemberian elektorat berasingan kepada orang Islam yang boleh dikatakan sebagai kemenangan bagi Liga Muslim.11

Seperti mana yang telah dijanjikan ketika memberi jaminan kepada rombongan Agha Khan, Lord Minto telah mengiktiraf kedudukan orang Islam sebagai komuniti berasingan semasa memperkenalkan reformasi perlembagaan di bawah Akta Majlis India 1909.12 Buat pertama kalinya, orang Islam telah diberikan kerusi khas di semua majlis perundangan negeri yang mana kerusi-kerusi ini hanya boleh ditandingi oleh orang Islam sahaja dan pengundi baginya juga datang daripada orang Islam sahaja. 13 Menurut K. Anbalakan, melalui tawaran ini pihak Inggeris telah secara rasminya tetapi tanpa disedari telah mengorak langkah ke arah pembahagian India.14 Hal ini turut disokong oleh pernyataan V.D. Mahajan yang menyatakan; “If Curzon’s Partition of Bengal on the communal base partly gave a territorial identity to the Muslims, Minto’s separate electorate gave them a distinct political identity.”

11

Uma Kaura, Muslims and Indian Nationalism: The Emergence of the Demand for India’s Partition 1928-1940, New Delhi: Manohar, 1977, hlm. 18. K. Anbalakan, “Politik Pemisahan dan Pembentukan Pakistan”, Jurnal Ilmu Kemanusiaan, Vol. 1 (Oktober 1994), hlm. 45. 12

13

Ibid.

14

Ibid., hlm. 46.

5

2.4 DASAR KOMPROMI LORD LOUIS MOUNTBATTEN 1947 Sesungguhnya usaha British yang membawa ke arah pemisahan India bukan sahaja pada peringkat menyemai semangat pemisahan dalam kalangan orang Islam. Hal ini demikian kerana, terdapat peranan penting oleh pentadbir British iaitu Lord Mountbatten pada tempoh India hampir mencapai kemerdekaan yang akhirnya membawa

kepada

kemerdekaan

dua

wilayah

iaitu

India

dan

Pakistan.

Lord Mountbatten, viceroy terakhir India yang menggantikan Lord Wavell pada tahun 1947 telah bertanggungjawab terhadap pemisahan India dan Pakistan. Pada Mac 1947 ketika perhubungan etnik antara Hindu dan Muslim dalam keadaan tegang, beliau membentuk kompromi di antara Kongres Kebangsaan India dan Liga Muslim.15

Lord Mountbatten telah mengumumkan prosedur untuk memindahkan kuasa iaitu daripada kerajaan British kepada rakyat India. Dalam pada itu, beliau memberikan dua pilihan sama ada Hindu dan Muslim bersatu di dalam satu negara atau kedua-duanya membentuk dua unit politik yang berasingan.16 Hasilnya, pada Julai 1947, British meluluskan Akta Kemerdekaan India yang menetapkan India akan mendapat kemerdekaan pada 15 Ogos 1947 dengan kewujudan dua entiti politik yang berasingan iaitu India dan Pakistan. 17 Jelasnya, pentadbir British sememangnya berperanan dalam isu pemisahan politik bermula daripada usaha menyemai semangat

15

R. Rajakrishnan., M. Rajantheran, Pengantar Tamadun India, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti, 1994, hlm. 148. 16

R. Rajakrishnan., M. Rajantheran, Pengantar Tamadun India, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti, 1994, hlm. 148. 17

C.H. Philips & Mary Doreen Wainwright, (eds.), The Partition of India: Policies and Perspective (1935-1947), Cambridge: MIT Press, 1970, hlm. 125.

6

pemisahan sehinggalah kepada pemindahan kuasa pentadbiran, dasar British berbentuk pro-Muslim sehingga menyebabkan terjadi pemisahan mutlak.

3.0 TINDAK-TANDUK PARTI DAN MENYEMPURNAKAN PEMISAHAN INDIA

PEMIMPIN

YANG

Dua parti yang terlibat dalam isu pemisahan India ialah Kongres Kebangsaan India dan Liga Muslim. Kedua-dua parti ini memainkan peranan dalam menyempurnakan benih pemisahan yang disemai oleh para pentadbir British. Pada dasarnya, Kongres ditubuhkan pada tahun 1885 oleh Allan Octavian Hume dan keanggotaannya terdiri daripada golongan India yang berpendidikan Barat sementara Liga Muslim ditubuhkan pada tahun 1906 oleh Agha Khan setelah beliau dan rombongannya bertemu dengan Lord Minto. Sama seperti Kongres, pucuk pimpinan Liga Muslim terdiri daripada golongan yang berpendidikan Barat seperti golongan zamindar, tuan tanah dan profesional dan bersikap pro-British, berbeza dengan golongan ulama yang anti-British.18 3.1 GERAKAN KHILAFAT Antara isu kontroversial melibatkan Kongres dan Liga Muslim yang memperlihatkan tindak-tanduk ke arah penyempurnaan pemisahan India adalah gerakan Khilafat (1919-1924). Pada amnya, gerakan Khilafat adalah tindakbalas orang Islam di India berikutan tindakan British yang keras terhadap Turki dan sistem Khalifah. Gerakan ini telah dicetuskan oleh beberapa tokoh kaum muslimin India

K. Anbalakan, “Politik Pemisahan dan Pembentukan Pakistan”, Jurnal Ilmu Kemanusiaan, Vol. 1 (Oktober 1994), hlm. 46. 18

7

yang mengusung isu Pan-Islamisme seperti Maulana Abdul Bari, Maulana Muhammad Ali dan Maulana Shaukat Ali.19

Perbincangan mengenai gerakan Khilafat ini pada dasarnya boleh dilihat dari dua sudut iaitu yang pertama, gerakan ini memperlihatkan adanya usaha ke arah pemupukan perpaduan kerana Gandhi memutuskan untuk berjuang bersama-sama dengan orang Islam kerana beliau percaya semangat persaudaraan akan dapat disemai dan kesepaduan itu akan membolehkan mereka bersama-sama menentang penjajahan British.20 Oleh itu, Gandhi telah melancarkan Pergerakan Tidak Bekerjasama yang menggunakan konsep satyagraha dengan pihak British pada tahun 1920.21

Walau bagaimanapun, di sisi yang lain penyertaan Kongres dan Pergerakan Tidak Bekerjasama dalam Gerakan Khilafat tidak membawa kesan yang signifikan terhadap isu Khilafat kerana ternyata perpaduan yang diusahakan oleh Gandhi hanya dari segi luaran sahaja. Hakikatnya kedua-dua kaum ini memperjuangkan kepentingan masing-masing.22 Ada pandangan yang menyatakan kerjasama ini wujud disebabkan adanya kepentingan-kepentingan tertentu dari setiap pihak. Gerakan Khilafat menggunakan Kongres dan Pergerakan Tidak Bekerjasama sebagai alat gertakan British berkaitan dengan hal kekhalifahan Turki dan juga sebagai langkah untuk menjamin masa depan

19

David Page, Prelude to Partition: The Indian Muslims and the Imperial System of Control 1920-1932, Delhi: Oxford University Press, 1982, hlm. 21-22. M. Rajantheran dan Md. Afandi Hj. Awang, “Nasionalis atau Komunalis: Sir Syed Ahmad Khan dan Mahatma Gandhi dalam Sejarah Moden India”, Jurnal Jati, 9 (Disember 2004), hlm. 98. 20

K. Anbalakan, “Politik Pemisahan dan Pembentukan Pakistan”, Jurnal Ilmu Kemanusiaan, Vol. 1 (Oktober 1994), hlm. 47. 21

22

David Page, Prelude to Partition, ms. 94.

8

kaum Islam di India. Manakala, Kongres menggunakan gerakan Khilafat untuk membuktikan terbentuknya nasionalisme di India.23 Walau bagaimanapun, gerakan Khilafat telah gagal. Meskipun pada peringkat ini idea mewujudkan Pakistan belum muncul, namun tidak dapat dinafikan tindak-tanduk Kongres dan Liga Muslim dalam isu gerakan Khilafat sebenarnya mendorong kepada perkembangan politik pemisahan India.

3.2 PENAFIAN HAK MINORITI OLEH KONGRES Antara isu yang mendorong tindak-tanduk ke arah politik pemisahan ialah berkenaan penafian hak-hak minoriti (Islam) di India oleh Kongres. Berikutan kebimbangan tentang masa depan orang Islam sekiranya pemerintahan British digantikan oleh India, Jinnah berpendapat bahawa Kongres perlu memberikan jaminan masa depan orang Islam dalam bentuk peruntukan kerusi dalam dewan perundangan dan jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam.24 Jinnah telah berjaya memperolehi jaminan tersebut melalui Pakatan Lucknow 1916 yang mana orang Muslim mempunyai perwakilan satu pertiga dalam kerajaan pusat, bahkan Liga Muslim menjatuhkan tuntutan ke atas Punjab dan Bengal sebagai pertukaran untuk kerusi tambahan perwakilan yang mewakili orang Islam dari kawasan minoriti.25

Walau bagaimanapun, Laporan Nehru oleh Kongres kemudiannya pada tahun 1928 bercadang untuk menggantikan elektorat berasingan bagi orang Islam dengan 23

A.C. Niemeijer, The Khilafat Movement in India 1919-1924, Netherlands: The Hague, 1972, hlm. 173. 24

A.M. Zaidi, Evolution of Muslim Political Thought in India, V. 1, (From Syed to the Emergence of Jinnah), New Delhi: Michiko & Panjathan, 1975, hlm. 257. 25

Uma Kaura, Muslims and Indian Nationalism: The Emergence of the Demand for India’s Partition 1928-1940, New Delhi: Manohar, 1977, hlm. 20.

9

peruntukan kerusi di dewan-dewan perundangan negeri di mana mereka adalah minoriti mengikut jumlah mereka di negeri berkenaan. Keputusan ini tidak dipersetujui oleh Jinnah dan menuntut tidak kurang daripada sepertiga dari kerusi perundangan.26 Namun, Kongres enggan mengiktiraf hak-hak minoriti dan hal ini menyebabkan Jinnah mula cenderung ke arah politik pemisahan.

Oleh itu, hujah ini

menyokong penegasan penulis yang menyatakan bahawa tindak-tanduk Kongres dan Liga Muslim (dalam hal ini ialah Kongres) menyumbang ke arah penyempurnaan pemisahan India.

3.3 PERANAN ALI JINNAH

Muhammad Ali Jinnah merupakan pemimpin Muslim yang pada awalnya menyertai Kongres. Peranan Ali Jinnah dalam menyempurnakan pemisahan India dapat dilihat apabila beliau membuat keputusan untuk keluar daripada Kongres kerana kecewa dengan tindakan Kongres yang menafikan hak orang Islam dalam dewan perundangan.27 Fasa tersebut memperlihatkan the parting ways antara Jinnah dengan pemimpin-pemimpin Kongres yang lain. Beliau kemudiannya telah menyertai Liga Muslim. Jinnah kemudiannya menggunakan laporan-laporan jawatankuasa untuk memburuk-burukkan Kongres sebagai Hindu Raj yang mengabaikan kepentingan orang Islam di India.28

26

David Page, Prelude to Partition: The Indian Muslims and the Imperial System of Control 1920-1932, Delhi: Oxford University Press, 1982, hlm. 145. 27

R. Rajakrishnan., M. Rajantheran, Pengantar Tamadun India, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti, 1994, hlm. 150. K. Anbalakan, “Politik Pemisahan dan Pembentukan Pakistan”, Jurnal Ilmu Kemanusiaan, Vol. 1 (Oktober 1994), hlm. 52. 28

10

Hasilnya, Liga Muslim semakin mendapat kepercayaan dan muncul sebagai parti tunggal orang Islam di India. Pemimpin-pemimpin Islam mulai meletak jawatan daripada Kongres dan menyertai Liga Muslim. Ali Jinnah kemudiannya menyeru mereka untuk meraikan Deliverance Day 1939 sempena perletakan jawatan tersebut dan orang Islam seluruh dunia menyambutnya dengan baik. Hal ini memberi kekuatan kepada Jinnah yang akhirnya membentangkan Resolusi Pakistan di Lahore pada tahun 1947.29 Jelaslah bahawa Ali Jinnah sebagai pemimpin melalui tindak-tanduknya telah menyempurnakan pemisahan India.

3.4 TEORI TWO NATION OLEH SYED AHMAD KHAN Antara pemimpin yang terlibat dalam idea pemisahan India ialah Syed Ahmad Khan yang dikatakan pengasas kepada Two Nation Theory. Peranan beliau dapat dilihat selepas berlakunya Dahagi India 1857 dengan mengambil langkah mengubah sikap British terhadap Islam. British memandang Islam sebagai musuh kerana beranggapan orang Islam yang mencetuskan kebangkitan tersebut.30

Syed Ahmad Khan merupakan seorang yang pro-British dan telah berjaya mengasaskan Muhammadan Anglo-Oriental College di Aligarh.31 Syed Ahmad Khan menyatakan bahawa India bukan sebuah negara sebaliknya dua buah negara dan orang Hindu dan Muslim tidak boleh berkongsi kuasa di dalamnya. Satu pihak harus

K. Anbalakan, “Politik Pemisahan dan Pembentukan Pakistan”, Jurnal Ilmu Kemanusiaan, Vol. 1 (Oktober 1994), hlm. 56. 29

30

V. D. Mahajan, History of Modern India (1919-1982), New Delhi: S. Chand & Company Ltd, 1983, hlm. 59. K. Anbalakan, “Politik Pemisahan dan Pembentukan Pakistan”, Jurnal Ilmu Kemanusiaan, Vol. 1 (Oktober 1994), hlm. 50. 31

11

menjadi pemerintah dan satu pihak yang lain menjadi pengikut.32 Pandangan Syed Ahmad Khan ini secara asasnya mendapat tentangan daripada pemimpin Islam aliran Deoband yang mendakwa beliau telah mencemarkan Islam dengan memasukkan idea-idea materialisme dan menuduhnya sebagai seorang kafir.33 Namun idea ini dikatakan berkembang menjadi pemikiran komunal.34 Dalam pada itu, Syed Ahmad Khan

turut

menggambarkan

Kongres

sebagai

parti

orang

Hindu

yang

memperjuangkan kepentingan orang Hindu sahaja. Kesan daripada sentimen dan teori beliau, sebilangan besar masyarakat Islam mengasingkan diri daripada pergerakan nasionalisme yang dianjurkan oleh Kongres. Ringkasnya, teori Syed Ahmad Khan ini turut memainkan peranan dalam membawa India ke arah pemisahan kerana idea ini kemudiannya diteruskan oleh Iqbal.

3.5 IDEOLOGI PEMBENTUKAN PAKISTAN OLEH SIR MUHAMMAD IQBAL Muhammad Iqbal yang merupakan seorang penyair dan pernah menjadi Presiden Liga Muslim pada tahun 1930 turut berperanan ke arah penyempurnaan pemisahan India melalui ideologinya. Beliau menyatakan bahawa pembentukan sebuah negara yang majoritinya orang Islam adalah perlu untuk menjaga kepentingan orang Islam daripada dicerobohi oleh orang Hindu. 35 Ideologi beliau adalah berkisar kepada pemusatan kawasan iaitu Punjab, sempadan provinsi barat hingga ke timur, Sind, Baluchistan

menjadi

sebuah

yang

berasingan

daripada

India

yang

32

Ibid.

33

Hamid Dalwai, Muslim Politics in India, Bombay: Nachiketa Publications, 1968, hlm. 32.

asal.

34

Komunal diertikan sebagai satu perkara yang dilakukan secara berkongsi atau dibuat oleh semua ahli masyarakat itu. Komunal dalam pengertian conflict membawa maksud konflik yang terjadi antara masyarakat yang berbeza terutamanya antara mereka yang berlainan agama atau asal usul etnik. 35

V. D. Mahajan, History of Modern India (1919-1982), New Delhi: S. Chand & Company Ltd, 1983, hlm. 260.

12

Percival Spear dalam A History of India menyatakan peranan Iqbal seperti yang berikut: “It was at this time that the poet Sir Muhammad Iqbal came forward in 1930 with a proposal for a separate Muslim homeland in the northwest. In his treasured poems and widely read philosophic writings he had already provided a young Islam with an ideology more vigorous and acceptable than the Sayyid’s rather dated occidentalism and Anglicism. Independence and self reliance were his theme.

3.6 IDEA PEMISAHAN OLEH JAWAHARLAL NEHRU Pandit Jawaharlal Nehru merupakan antara pemimpin utama Kongres dan dikatakan sebagai penerus Gandhi. Pada awal penglibatan dalam politik negara India, beliau percaya bahawa perpaduan antara kaum akan dapat dicapai di India namun pandangannya berubah setelah rusuhan kaum berlaku di Bengal. Tindakan Nehru yang membawa kepada penyempurnaan pemisahan India adalah apabila beliau menyelesaikan keadaan rusuhan kaum dengan bersetuju bahawa kawasan-kawasan yang ramai penduduk beragama Islam dikeluarkan dari India dan dijadikan sebagai sebuah negara merdeka yang berdaulat.36 Jelaslah bahawa sebagai seorang pemimpin, tindak-tanduk Nehru telah membawa kepada pemisahan India 1947. 3.0 KESIMPULAN Berbalik kepada fokus perbincangan berkenaan isu pemisahan India, tidak dapat dinafikan pemisahan politik ini terjadi disebabkan oleh peranan tiga pihak iaitu British yang diwakili oleh para pentadbirnya, parti Kongres Kebangsaan India dan Liga Muslim serta para pemimpin Hindu-Muslim. Pada asasnya, terdapat lebih ramai lagi key players yang memainkan peranan dalam menyempurnakan pemisahan India,

36

C.H. Philips & Mary Doreen Wainwright, (eds.), The Partition of India: Policies and Perspective (1935-1947), Cambridge: MIT Press, 1970, hlm. 183-184.

13

namun para pemimpin yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah antara yang signifikan dalam sejarah pemisahan tersebut. Sesungguhnya kemerdekaan India adalah peristiwa bersejarah yang meninggalkan impak kepada masyarakat India kerana sebuah negara yang berdaulat telah terbahagi kepada dua entiti yang berbeza disebabkan oleh dasar pecah dan perintah oleh British, bahkan penghijrahan secara besar-besaran orang Muslim ke Pakistan telah mengakibatkan banyak jiwa terkorban. Ringkasnya, India mencapai kemerdekaan pada 14 Ogos 1947 dan Pakistan pada 15 Ogos 1947.

14

Related Documents

Esei Hsb334
January 2021 2
Esei 4 Hobi Saya
February 2021 1
Esei Edup 3023
February 2021 2
5 Skema Esei Usm
January 2021 0

More Documents from "ainzulkifli"

Esei Hsb334
January 2021 2
January 2021 5
February 2021 4
Campo De Batalla
January 2021 3