Esei Edup 3023

  • Uploaded by: RiaKrishnamoorthi
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Esei Edup 3023 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,364
  • Pages: 12
Loading documents preview...
1.0 PENGENALAN Perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada sifat yang awal. Menurut Santrock (2008), perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Jadi, perkembangan terbahagi kepada banyak bahagian, iaitu fizikal, kognitif, bahasa, sosio emosi, dan kendiri. Saya memberi perhatian terhadap perkembangan kognitif sahaja. Terdapat dua teori yang menerang lebih teliti tentang perkembangan kognitif. Antaranya teori ahli psikologi Switzerland iaitu Jean Piaget dan ahli psikologi Rusia iaitu Lev Vygotsky. Teori-teori ini telah memainkan peranan penting dalam membantu memahami cara kanakkanak berfikir dan bagaimana guru boleh memainkan peranannya untuk membantu murid mencapai perkembangan kognitif yang optimum.

1.1

KONSEP PERKEMBANGAN KOGNITIF Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2008), kemahiran kognitif merupakan

kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkaraperkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan,

mengkategori,

merancang,

menaakul,

menyelesaikan

masalah,

mencipta,

berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup bagi seseorang individu. Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan,. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka.

Piaget juga telah mengenalpasti empat faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu iaitu kematangan biologi, interaksi individu dengan persekitaran, pengalaman sosial dan keseimbangan. Menurut Piaget, proses belajar seseorang akan mengikuti pola dan tahap-tahap perkembangannya sesuai dengan umurnya. Pola dan tahap-tahap ini bersifat hirarkhis, maksudnya harus dilalui berdasarkan urutan tertentu dan seseorang tidak boleh belajar sesuatu yang berada di luar tahap kognitifnya. Piaget membahagikan tahap-tahap perkembangan kognitif ini menjadi empat, iaitu peringkat deria motor, peringkat praoperasi, peringkat operasi konkrit dan peringkat operasi formal.

2.0 LATAR BELAKANG MURID Dalam kajian ini, saya memilih seorang kanak-kanak untuk menguji perkembangan kognitifnya yang berada dalam peringkat operasi konkrit iaitu kanak-kanak dalam lingkungan 7 hingga 11 tahun. Kanak-kanak tersebut bernama Dharani a/l Sarma yang berumur 11 tahun. Dia belajar di Sekolah Jenis Kebangsanan (Tamil) Bedong. Nama bapa murid tersebut ialah Sarma a/l Sivanjalam yang bekerja sebagai mekanik dan ibunya Murugammah a/p Ramalingam yang bekerja sebagai pembantu di universiti Aimst. Murid tersebut anak bongsu dalam keluarganya. Beliau mempunyai seorang kakak yang bernama Gayathiri dan abang yang bernama Linges. Adik-beradik murid tersebut tidak bersekolah dan dia sahaja belajar di sekolah pada masa sekarang. Murid tersebut juga akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun seterusnya iaitu 2016. Dia tidak pernah ke pusat tuisyen sebagai kelas tambahan. Hobi dia adalah melukis, membuat buku latihan, menonton kartun, berbual-bual dan sebagainya.

3.0 AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Sebanyak

empat

aktiviti

saya

telah

menjalankan

untuk

mengukur

tahap

perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut. Antara aktivitinya ialah tanah liat yang sama besar telah digunakan. Kemudiannya ia telah ditukar bentuk tanpa sebarang penambahan ataupun pengurangan. Seterusnya, biskut empat segi A telah dipotong kepada 2 kepingan manakala kepingan B tidak mengubahnya. Aktiviti yang ketiga adalah Gelas A dan Gelas B yang diisi air yang sama banyak. Kemudiannya air dari Gelas B dituang ke dalam Gelas C bagi mengkaji pemahaman kanak-kanak terhadap isi padu air. Aktiviti yang keempat adalah barisan manik A yang disusun rapat dan barisan manik B disusun jauh berdepan adik Dharani.

3.1 HASIL PEMERHATIAN

Aktiviti pertama yang saya telah menjalankan dengan menggunakan tanah liat untuk menguji tahap kognitif adik Dharani. Saya telah meletak tanah liat dalam saiz yang sama berdepan kanak-kanak tersebut dengan cepatnya menunjukkan bahawa kedua-duanya adalah sama saiz. Beberapa minit kemudian, saya menukarkan bentuk tanah liat kepada berbentuk bulat tetapi satu pendek dan satu lagi panjang. Tanah liat yang digunakan masih sama dan tiada sebarang unsur tambah atau tolak tetapi hanya cara bentuk sahaja dimodifikasi. Persoalan yang ditujukan kepada kanak-kanak tersebut ialah “adakah kedua-

dua tanah liat ini sama?”. Adik tersebut menyatakan bahawa kedua-duanya adalah sama dari segi saiz tetapi bentuknya sahaja berbeza. Aktiviti kedua yang menilai perkembangan kognitif kanak-kanak ialah menentukan kuantiti biskut. Saya telah menyediakan beberapa biskut empat segi dan 1 pinggan untuk aktiviti ini. Saya telah memberikan arahan yang jelas sebelum memulakan aktiviti tersebut. Arahan saya adalah ringkas dan mudah difahami oleh kanak-kanak tersebut. Selepas adik Dharani memahami arahan yang telah say nyatakan, saya memulakan aktiviti saya. Saya meletakkan satu biskut depan adik tersebut dan dua biskut depan saya. Saya tanya soalan “ kedua-dua biskut ini sama atau tidak?”. Kanak- kanak tersebut mengatakan bahawa tidak sama kerana kuantitinya beza iaitu saya mempunyai dua biskut dan dia mempunyai satu sahaja. Selepas itu, saya telah membahagikan biskut yang berdepan adik tersebut kepada dua. Dua biskut yang ada pada saya yang diletakkan bersebelahan. Gambar rajah disertakan pada lampiran iaitu gambar rajah 1.4. Pemerhatian pada kali ini, Dharani menyatakan bahawa bilangan dua biskut ada pada saya dan dia adalah tidak sama kerana saya masih pegang dua biskut dan dia pegang satu biskut tetapi dibahagikan kepada dua bahagian. Aktiviti seterusnya melibatkan prinsip keterbalikkan. Saya telah menyediakan tiga biji gelas yang dua berbentuk sama, Gelas A dan B dan satu lagi berbentuk lain, Gelas C. Saya mengisikan Gelas A dan B dengan paras air yang sama berdepan kanak-kanak tersebut. Apabila gelas A dan gelas B disediakan dengan paras air yang sama adik Dharani telah menyatakan bahawa air dalam kedua-dua bekas tersebut adalah sama banyak. Kemudiannya, air dalam gelas B dituang ke dalam Gelas C yang lebih panjang dan tirus. Lalu paras air dalam gelas C pula kelihatan lebih tinggi berbanding gelas A. Walaupun berbeza, adki Dharani boleh mengenal pasti perbezaannya dengan lebih jelas. Dia mengatakan bahawa paras air dalam Gelas A dan Gelas C adalah sama, hanya bentuk gelas sahaja berbeza.

Aktiviti terakhir adalah pengekalan kuantiti manik. Saya telah menyusun dua barisan manik yang mengandungi 5 manik dalam setiap barisan di depan kanak-kanak tersebut. Adik diberi masa untuk memerhati situasi tersebut. Gambar rajah 1.3 disertakan dalam lampiran. Seterusnya, saya telah menjarakkan manik pada salah satu baris tersebut. Soalan ditujukan bahawa bilangan manik pada kedua-dua belah adalah sama ataupun yang manakah lebih banyak. Dharani mengatakan bahawa kedua-dua barisan manik adalah sama dan jarak antara manik sahaja yang berbeza.

4.0 HASIL DAPATAN KAJIAN Secara umumnya, kanak-kanak peringkat ini boleh menerima pandangan orang lain. Ketika menyelesaikan sesuatu masalah, kanak-kanak akan mempertimbangkan semua aspek masalah itu. Dengan kata lain, pemusatan permerhatian mula berkurangan. Selain dari itu, kanak-kanak mula memahami perkaitan antara dua situasi yang berlainan. Menurut Piaget, proses kebalikan mula difahami oleh kanak-kanak ini. Di peringkat sekolah rendah, pemikiran kanak-kanak menjadi fleksibel, dapat berfikir mengikut peraturan-peraturan logik atau melakukan

operasi mental secara tersusun. Sungguhpun begitu, di peringkat ini

kanak-kanak hanya berjaya melaksanakan kebolehan logic ini dalam keadaan konkrit atau menggunakan objek maujud. Ini dapat dilihat apabila kanak-kanak memperolehi konsep keabadian atas kuantiti sesuatu bahan walaupun bahan itu mengalami perubahan yang ketara.

Aktiviti pertama yang saya jalankan di bawah proses menaakul. Kanak-kanak tersebut dapat membezakan bilangan biskut. Ini berkait rapat dengan teori Piaget iaitu mereka dapat berfikir secara logik dan rasional. Berdasarkan uji kaji paras air dalam gelas yang berlainan label seperti gelas A, B dan C Dharani boleh menyatakan yang paras air dalam kedua-dua gelas adalah sama kerana tiada penambahan atau pengurangan dilakukan walaupun hanya bentuk bekas C mengalami perubahan.

Teori yang dikemukan oleh Piaget menyatakan bahawa kanak-kanak pada peringkat ini sudah boleh menguasai konsep pengekalan. Maka, berdasarkan dapatan yang saya perolehi melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah tahap perkembangan pemikiran setiap kanak-kanak adalah berlainan. Aktiviti akhirnya adalah pengekalan kuantiti manik. Daripada pendapatan kajian ini boleh dikatakan bahawa mereka lebih fokus kepada keadaan fizikal. Apabila manik dianjak mereka mengatakan bahawa baris itu sama sahaja .Ini menjadi bukti Teori Perkembangan Jean Piaget.

Dengan melakukan empat aktiviti ini saya berasa kanak-kanak telah mencapai tahap pemikiran sepenuhnya. Kanak-kanak yang dipilih ini dapat berfikir logik dan rasional.Dia juga lebih fokus kepada keadaan fizikal sesuatu situasi. Dia memahami situasi yang diberikan dan dapat fikir rasional dalam menentukan jawapan.

5.0 KESIMPULAN Kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit dapat menguasai konsep kebalikan, pengekalan, isipadu, percambahan, perkaitan logik, kuantitatif dan kualitatif serta klasifikasi. Di peringkat awal, kanak-kanak dapat dilihat dari segi kemajuan dalam kebolehan mereka untuk mengelaskan objek berdasarkan satu perspektif yang tertentu. Umpamanya, mereka dapat memerhatikan perbezaan dan persamaan yang wujud pada masa yang sama.

(1298 patah perkataan)

LAMPIRAN

KANAK-KANAK YANG DIUJI

BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN

Tanah liat

Manik

Biskut empat segi AKTIVITI 1

AKTIVITI 2

AKTIVITI 3

AKTIVITI 4

Related Documents

Esei Edup 3023
February 2021 2
Esei Hsb334
January 2021 2
Esei 4 Hobi Saya
February 2021 1
5 Skema Esei Usm
January 2021 0

More Documents from "Najihah Syahira Shaari"

Esei Edup 3023
February 2021 2