Oumm 3203 Etika Profesional

  • Uploaded by: sharilnizal
  • 0
  • 0
  • February 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Oumm 3203 Etika Profesional as PDF for free.

More details

  • Words: 40,697
  • Pages: 211
Loading documents preview...
OUM Business School

OUMM3203

Etika Professional

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

OUMM3203 ETIKA PROFESIONAL Dr Ho Jo Ann Dr Tee Keng Kok

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Pengarah Projek:

Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil Prof Dr Wardah Mohamad Open University Malaysia

Penulis Modul:

Dr Ho Jo Ann Universiti Putra Malaysia Dr Tee Keng Kok Open University Malaysia

Penyederhana:

Tuan Fatma Tuan Sulaiman Open University Malaysia

Penterjemah:

Ayub Nasir

Dibangunkan oleh:

Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi Open University Malaysia

Edisi Pertama, Ogos 2013 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), Ogos 2013, OUMM3203 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Copyright © Open Open University University Malaysia Malaysia (OUM) (OUM) Copyright

Isi Kandungan Panduan Kursus Topik 1

Topik 2

ix–xv

Pertimbangan Moral dan Teori Etika 1.1 Pertimbangan Moral dan Teori Etika 1.1.1 Definisi Etika 1.1.2 Definisi Etika Perniagaan 1.1.3 Definisi Etika Profesional 1.1.4 Mengapa Perniagaan Harus Beretika? 1.1.5 Pembentukan Etika Individu 1.2 Falsafah Normatif dan Relativisme Etika 1.3 Prinsip-prinsip Etika 1.3.1 Undang-undang Abadi 1.3.2 Teori Etika Klasik Teleologi: Utilitarianisme 1.3.3 Teori Etika Klasik Deontologi: Universalisme 1.3.4 Teori Keadilan Teragih 1.3.5 Teori Kebebasan Peribadi 1.4 Kesimpulan ke Atas Falsafah Normatif sebagai Asas Pilihan Moral 1.4.1 Peraturan Keemasan 1.4.2 Hak Kantian Rumusan Kata Kunci

1 2 3 3 4 4 5 7 9 10 12 14 15 17

Hubungan Pihak Berkepentingan 2.1 Konsep Pihak Berkepentingan 2.1.1 Klasifikasi Pihak Berkepentingan 2.1.2 Sokongan Terhadap Konsep Pihak Berkepentingan 2.2 Pengurusan Pihak Berkepentingan 2.2.1 Mengenal Pasti Pihak Berkepentingan Firma yang Relevan 2.2.2 Kuasa Pihak Berkepentingan 2.2.3 Kesahan Pihak Berkepentingan 2.2.4 Kesegeraan Pihak Berkepentingan 2.3 Tanggungjawab Firma Terhadap Pihak Berkepentingannya 2.4 Mengurus Hubungan Pihak Berkepentingan Rumusan Kata Kunci

25 26 26 28 30

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

19 20 20 23 24

31 32 34 34 35 36 37 38

iv



Topik 3

Topik 4

ISI KANDUNGAN

Sifat Etika dalam Perniagaan Moden 3.1 Masalah Etika sebagai Masalah Pengurusan 3.2 Ciri-ciri Masalah Etika dalam Pengurusan 3.2.1 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat yang Berpanjangan 3.2.2 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Alternatif yang Pelbagai 3.2.3 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Hasil yang Bercampur 3.2.4 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat yang Tidak Pasti 3.2.5 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Implikasi Peribadi 3.3 Contoh-contoh Masalah Etika dalam Pengurusan 3.4 Analisis Masalah Etika dalam Pengurusan 3.5 Etika dalam Islam 3.5.1 Suatu Mesej Universal 3.5.2 Syariah 3.5.3 Perdagangan dan Perniagaan 3.5.4 Ajaran-Ajaran Amalan Ekonomi 3.5.5 Kewajipan Kewarakan 3.5.6 Kesimpulan Rumusan Kata Kunci

43 44 48 50 51 51 53 54 55 56 57 58

Etika Pengurusan dan Kedaulatan Undang-undang 4.1 Kedaulatan Undang-undang 4.2 Undang-undang sebagai Panduan kepada Pilihan Moral 4.3 Contoh Pilihan Moral 4.4 Undang-undang sebagai Kombinasi Keputusan Moral 4.5 Definisi Undang-undang 4.6 Hubungan antara Undang-undang dan Piawaian Moral 4.7 Pembentukan Undang-undang 4.7.1 Proses Individu 4.7.2 Proses Kumpulan 4.7.3 Proses Sosial 4.7.4 Proses Politik 4.8 Kedaulatan Undang-undang sebagai Asas Pilihan Moral Rumusan Kata Kunci

59 61 61 63 65 66 69 72 72 75 77 78 79 81 82

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

39 40 40 41 41 42 43

ISI KANDUNGAN

Topik 5



Pendekatan Organisasi dalam Menambah Baik Kelakuan Etika 5.1 Menambah Baik Iklim Etika dalam Organisasi 5.1.1 Kod Etika 5.1.2 Kedudukan Ombudsman 5.1.3 Talian Penting Etika 5.1.4 Latihan Etika 5.2 Punca Struktur Kelakuan Tidak Beretika 5.3 Penyelesaian Terhadap Punca Struktur Kelakuan Tidak Beretika 5.4 Tanggungjawab Etika Pihak Pengurusan Rumusan Kata Kunci

v

83 85 85 88 89 90 91 92 93 95 96

Topik 6

Tanggungjawab Sosial dan Organisasi 6.1 Pandangan Sejarah Terhadap Tanggungjawab Sosial 6.1.1 Era Keusahawanan 6.1.2 Era Kemelesetan 6.1.3 Era Sosial 6.2 Lingkungan Tanggungjawab Sosial 6.3 Hujah Tanggungjawab Sosial 6.4 Pendekatan Organisasi ke Arah Tanggungjawab Sosial 6.5 Kerajaan dan Tanggungjawab Sosial 6.6 Bagaimana Kerajaan Mempengaruhi Organisasi? 6.7 Bagaimana Organisasi Mempengaruhi Kerajaan? 6.8 Mengurus Tanggungjawab Sosial 6.9 Menilai Tanggungjawab Sosial 6.9.1 Audit Sosial Rumusan Kata Kunci

97 99 99 101 102 103 106 107 109 110 111 112 114 114 118 118

Topik 7

Tadbir Urus Korporat 7.1 Apakah Tadbir Urus Korporat? 7.1.1 Komponen Tadbir Urus Korporat 7.2 Perspektif Tadbir Urus Korporat 7.3 Perkaitan Tadbir Urus Korporat dengan Pengurusan Atasan 7.4 Mengapa Perlu Mempelajari Tadbir Urus Korporat? 7.5 Kod Tadbir Urus Korporat 7.6 Masa Depan Tadbir Urus Korporat Rumusan Kata Kunci

119 120 121 122 124 124 125 129 131 132

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

vi



ISI KANDUNGAN

Topik 8

Dimensi Moral Sistem Ekonomi 8.1 Sistem Ekonomi 8.2 Pekerjaan dan Upah 8.2.1 Hak Moral Pekerjaan 8.2.2 Amalan Pengambilan Pekerja yang Adil 8.2.3 Tindakan Afirmatif dan Layanan Utama 8.2.4 Upah 8.2.5 Gaji Sama untuk Pekerjaan yang Sama 8.2.6 Gaji Sama untuk Pekerjaan yang Setara 8.2.7 Pembahagian Pulangan ke Atas Sumber 8.3 Pemeringkatan dan Penarafan 8.4 Implikasi Etika Terhadap Penilaian Prestasi Rumusan Kata Kunci

133 134 135 137 139 141 142 143 144 145 146 147 149 150

Topik 9

Kakitangan dan Tempat Kerja 9.1 Menghormati Hak Kebersendirian Kakitangan 9.2 Penyalahgunaan Bahan 9.3 Penganiayaan Kakitangan Rumusan Kata Kunci

151 152 155 157 159 160

Topik 10

Kesetiaan kepada Syarikat 10.1 Maksud Kesetiaan 10.2 Peniupan Wisel 10.2.1 Peniupan Wisel Dalaman 10.2.2 Peniupan Wisel Luaran 10.3 Alasan Moral bagi Memecat Peniup Wisel 10.4 Kesetiaan yang Salah Rumusan Kata Kunci

161 163 165 166 168 170 171 172 173

Jawapan

174

Rujukan

191

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

PANDUAN KURSUS

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

PANDUAN KURSUS



ix

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN OUMM3203 Etika Profesional ialah salah satu kursus yang di tawarkan oleh Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Open University Malaysia (OUM). Kursus ini bernilai 3 jam kredit yang akan diliputi selama 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITUJUKAN? Kursus ini adalah kursus wajib bagi semua pelajar OUM. Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN Berdasarkan piawai OUM yang memerlukan pelajar mengumpulkan masa sebanyak 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit, maka kursus yang bernilai 3 jam kredit ini memerlukan tumpuan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran penggunaan masa adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

x



PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran Aktiviti Pembelajaran

Jam

Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam perbincangan awal

3

Membaca modul

60

Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial

10

Perbincangan atas talian

12

Ulang kaji

15

Menyiapkan tugasan, ujian dan peperiksaan

20

Jumlah Masa Pembelajaran

120

OBJEKTIF KURSUS Objektif kursus ini ialah untuk: 1.

Membincangkan isu-isu etika yang berkaitan dengan amalan perniagaan dan profesional;

2.

Menerangkan perspektif etika yang berbeza dan mengaplikasikan teoriteorinya;

3.

Menghuraikan konsep dan perspektif pihak berkepentingan;

4.

Menjelaskan masa depan tadbir urus korporat;

5.

Menerangkan undang-undang sebagai gabungan keputusan moral;

6.

Membincangkan punca kelakuan tidak beretika dalam organisasi dan cadangan untuk mengatasinya; dan

7.

Membincangkan pengurusan yang baik, hak pekerjaan dan bagaimana sistem ekonomi berurusan dengan peluang yang berkaitan dengan pekerjaan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

PANDUAN KURSUS



xi

SINOPSIS KURSUS Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti mana yang disenaraikan berikut: Topik 1 bertujuan memperkenalkan pelajar kepada konsep-konsep asas dan teori-teori moral, sejarah perkembangan teori etika serta mengaplikasikan teoriteori etika secara kritikal ke atas masalah-masalah sosial semasa untuk menentukan betul atau salah dengan bersistematik. Topik 2 memfokus kepada hubungan pihak berkepentingan. Pihak berkepentingan adalah individu atau kumpulan yang boleh memberi dan menerima akibat daripada tindakan, keputusan, polisi serta matlamat sesebuah organisasi. Pihak berkepentingan boleh dikategorikan kepada pemegang berkepentingan pasaran dan bukan pasaran. Topik 3 membicarakan masalah mencapai keseimbangan antara prestasi ekonomi dengan prestasi sosial organisasi apabila berhadapan dengan sesuatu dilema etika. Topik ini juga membincangkan etika dalam perspektif Islam. Topik 4 meneliti isu-isu bersangkutan undang-undang sebagai panduan bagi keputusan dan tindakan pengurusan serta proses-proses yang terlibat dalam pembentukan undang-undang. Topik 5 memfokus kepada kelakuan tidak beretika serta sebab-sebab ia berlaku dalam organisasi. Tanggungjawab pihak pengurusan kanan juga dibincangkan. Topik 6 mendedahkan pelajar kepada konsep dan kesan tanggungjawab sosial korporat serta kaedah mengurusnya dengan berkesan. Topik 7 membincangkan tadbir urus korporat, definisi dan kepentingan mempelajarinya serta masa depan tadbir urus korporat. Topik 8 menggariskan sistem-sistem ekonomi umum dalam menangani isu-isu berkaitan pekerjaan. Topik 9 memperincikan hak kebersendirian kakitangan dan perkara-perkara yang boleh membawa kepada pencabulan hak tersebut. Topik 10 membincangkan maksud kesetiaan kakitangan kepada syarikat atau organisasi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

xii



PANDUAN KURSUS

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut: Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik. Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalansoalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalansoalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri. Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya. Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

PANDUAN KURSUS



xiii

Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS Tiada pengetahuan asas diperlukan.

KAEDAH PENILAIAN Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN Amrullah, A. M. A. K. (1982). Tafsir al-Azhar. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd. Boo, S. L., & Kumar, D. (2010). Pakatan questions Sime DarbyÊs corporate governance. The malaysian insider. Dicapai dari http:// www. themalaysianinsider.com/malaysia/article/pakatan-questions-sime-darbyscorporate-governance/. Carroll, A. B., & Buchholtz, A. K. (2006). Business and society: Ethics and stakeholder management (6th ed.). Ohio: South-Western. Donaldson, T., & Preston, L. (1995). The stakeholder theory of the corporation: Concepts, evidence, implications. Academy of Management Review 20(1), pp. 65–91. Elkington, J. (1997). Cannibals with forks: The triple bottom line of 21st century business. Oxford: Capstone Publishing. Elkington, J. (1999). Triple bottom-line reporting: Looking for balance. Australian CPA, 69(2), pp. 18–21. Ferrell, O. C., Thorne, D. M., & Ferrell, L. (2011). Social responsibility and business (4th ed.). Canada: South-Western, Cengage Learning.

Copyright © Open Open University University Malaysia Malaysia (OUM) (OUM) Copyright

xiv 

PANDUAN KURSUS

Freeman, R. E. (1984). Strategic management: A stakeholder approach. Boston: Pitman Publishing. Friedman, M. (1970). The social responsibility of business is to increase its profits. Dicapai dari http://www.colorado.edu/studentgroups/libertarians/issues/ friedman-soc-resp-business.html Friedman, M., & Friedman, R. D. (1962). Capitalism and freedom. Chicago: Chicago University Press. Global Reporting Initiative. (2007). About GRI. Dicapai dari www.global reporting.org Hosmer, L. (1991). The ethics of management (2nd ed.). Boston: Irwin. Institute for Global Ethics. (2006). Cooked books, fried reputation: Study, ethics newsline. Ethics Newsline. Lawrence, A. T., & Weber, J. (2011). Business and society: Stakeholders, ethics and public policy (13th ed.). Singapore: McGraw-Hill. Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators. (2010). About MAICSA. Dicapai dari http://www.maicsa.org.my Malaysian Institute of Corporate Governance. (2008). Company profile. Dicapai dari http://www.micg.net Mitchell, R. K., Agle, B. R., & Wood, D. J. (1997). Toward a theory of stakeholder identification and salience: Defining the principle of who and what really counts. The Academy of Management Review, 22(4), pp. 853–886. Securities Commission Malaysia. (2007). Malaysian Code of Corporate Governance (Revised 2007). Dicapai dari http://www.sc.com.my Securities Commission Malaysia. dari http://www.sc.com.my

(2010).

About

us.

Dicapai

Thorne, D. M., Ferrell, O. C., & Ferrell, L. (2008). Business and society (3th ed.). Boston: Houghton Mifflin. Wheeler, D., & Sillanpaa, M. (1997). The stakeholder corporation: A blueprint for maximising stakeholder value. London: Pitman Publishing.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

PANDUAN KURSUS



xv

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS) Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest, SpringerLink, Books247, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

xvi 

PANDUAN KURSUS

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Topik  Pertimbangan

1

Moral dan Teori Etika

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menyatakan definisi etika dari sudut perniagaan dan profesional;

2.

Menerangkan lima faktor yang terlibat dalam pembentukan etika individu;

3.

Menerangkan falsafah normatif dengan relativisme etika;

4.

Membezakan kesemua sistem etika yang utama; dan

5.

Mengguna pakai teori etika yang relevan dengan isu etika yang timbul dalam amalan perniagaan dan profesional.

 PENGENALAN Apakah yang terlintas di fikiran anda apabila seseorang menyebut perkataan „etika‰? Anda mungkin mempunyai jawapannya. Mari kita lihat dahulu apa yang akan kita pelajari dalam topik ini. Dalam topik ini, anda akan didedahkan kepada konsep-konsep asas dan teoriteori moral; sejarah perkembangan teori tersebut serta pengkajian sistematik ke arah menentukan betul-salah atau baik-buruk sesuatu perkara. Konsep dan teori ini kemudian diaplikasikan untuk membantu anda menyelesaikan dilemadilema dalam pengurusan semasa.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

2



1.1

TOPIK 1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

Adakah anda sedar bahawa masalah etika yang berkaitan dengan pengurusan sesebuah organisasi adalah sangat kompleks? Malah masalah tersebut boleh menjadi lebih kompleks dengan penglibatan faktor-faktor berikut iaitu: (a)

Akibat yang berpanjangan;

(b)

Alternatif yang pelbagai;

(c)

Hasil yang bercampur;

(d)

Akibat yang tidak pasti; dan

(e)

Implikasi peribadi.

Faktor-faktor ini akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam Topik 3 nanti. Sekarang mari kita sambung kembali pembelajaran kita tentang masalah etika. Tahukah anda bahawa masalah etika bersifat merebak? Oleh kerana itu pengurus perlu membuat keputusan dan mengambil tindakan yang boleh memberi kesan kepada orang lain. Keputusan dan tindakan pengurus perlu ditangani dan analisis moral harus dilakukan apabila: (a)

Ia memberi kesan negatif kepada orang lain; atau

(b)

Ia memudaratkan atau mencederakan orang lain yang di luar kawalan mereka

Dalam subtopik-subtopik berikutnya, anda akan didedahkan dengan definisi etika secara umum, dari sudut etika perniagaan dan etika profesional. Seterusnya, anda akan mempelajari sebab-sebab perniagaan harus beretika dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan etika individu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

1.1.1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA



3

Definisi Etika

Apakah maksud etika? Umumnya etika boleh didefinisikan sebagai prinsip tingkah laku individu yang diterima dari segi moral. Etika juga bermaksud kepercayaan peribadi seseorang individu tentang kelakuan yang baik dan buruk.

Walaupun definisi ringkas ini menyampaikan intipati etika, namun terdapat tiga implikasi yang perlu diberi pertimbangan lanjut iaitu: (a)

Etika didefinisikan oleh individu. Hanya orang sahaja mempunyai etika, sedangkan organisasi tidak mempunyai etika;

(b)

Apa yang membentuk kelakuan beretika boleh berbeza antara seorang dengan yang lain; dan

(c)

Etika bersifat relatif; ia bukan mutlak. Ini bermaksud bahawa walaupun sesuatu kelakuan itu dianggap beretika mengikut kaca mata orang yang melihat, ia biasanya perlu akur kepada norma-norma sosial yang diterima umum.

1.1.2

Definisi Etika Perniagaan

Secara umumnya etika merujuk kepada tanggapan baik atau buruk (Lawrence dan Weber, 2011). Bagaimana pula dengan etika perniagaan? Etika perniagaan merujuk kepada aplikasi nilai dan idea terhadap isu-isu yang timbul dalam konteks perniagaan.

Sedarkah anda bahawa etika perniagaan ini tidak banyak bezanya dengan tanggapan etika umum? Sebagai contoh, jika kita menganggap berbohong itu sebagai tidak beretika, maka sesiapa yang berbohong kepada pihak berkepentingannya tentang produk atau prestasi kewangan syarikatnya telah bertindak tanpa etika dalam perniagaan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

4



1.1.3

TOPIK 1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

Definisi Etika Profesional

Bagaimana pula dengan etika profesional? Adakah anda tahu maksudnya? Berikut adalah maksud etika profesional. Etika profesional menunjuk kepada nilai-nilai moral yang dibentuk oleh sekumpulan orang yang terlatih dalam bidang yang sama untuk mengawal prestasi tugas atau penggunaan sumber mereka.

Golongan profesional menerapkan peraturan-peraturan dan nilai-nilai budaya profesional mereka sama seperti menerap nilai masyarakat. Mereka mematuhi secara refleksif peraturan-peraturan dan nilai-nilai profesional apabila memutuskan bagaimana mereka harus berkelakuan. Sesetengah organisasi mempunyai banyak kumpulan kakitangan profesional (seperti jururawat, peguam, penyelidik, doktor dan akauntan) di mana kelakuan mereka dikawal oleh etika profesional. Etika profesional membantu membentuk budaya organisasi dan menetapkan nilai-nilai yang dipakai oleh ahlinya dalam urusan mereka dengan para pihak berkepentingan. Kebanyakan kumpulan profesional dibenarkan menguatkuasa piawai etika profesion masing-masing. Malah, kumpulan profesional (seperti doktor dan peguam) boleh diharamkan daripada menjalankan praktik mereka jika mereka didapati mencabuli peraturan profesional mereka.

AKTIVITI 1.1 1.

Berikan maksud etika menurut pandangan anda.

2.

Bagaimanakah etika memberi kesan kepada hidup anda? Berikan beberapa contoh.

1.1.4

Mengapa Perniagaan Harus Beretika?

Sedarkah anda bahawa etika memainkan peranan penting dalam perniagaan? Ini adalah kerana ia diperlukan dalam semua aktiviti perniagaan. Terdapat dua faktor utama mengapa perniagaan harus beretika. Dua faktor tersebut diterangkan dalam Jadual 1.1 berikut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA



5

Jadual 1.1: Dua Faktor Utama yang Mengharuskan Perniagaan Beretika Faktor

Huraian

Pengaruh Signifikan ke atas Persekitaran dan Pihak berkepentingan

Tindakan perniagaan boleh memberi kesan kepada persekitaran semula jadi serta pihak berkepentingan organisasi seperti pelanggan, kakitangan dan komuniti. Memandangkan perniagaan boleh mempunyai pengaruh yang besar ke atas mereka, organisasi harus bertanggungjawab dan beretika dalam tindakannya.

Mempertingkatkan Prestasi Perniagaan

Etika perniagaan mempertingkatkan prestasi perniagaan sesebuah organisasi. Sesuatu perniagaan perlu sedar dan tahu bahawa tindakan beretika boleh memberi kesan langsung kepada keuntungan (Lawrence & Weber, 2011). Sebaliknya, organisasi boleh menerima kesan buruk apabila ia bersikap tidak beretika.

Berikut adalah satu contoh yang menunjukkan kesan perniagaan yang tidak beretika.

Suatu kajian oleh University of Washington mendapati bahawa nilai pasaran syarikat-syarikat yang tidak menyatakan maklumat akaun mereka dengan tepat telah merosot 41% apabila kesalahan mereka disedari. Ini adalah kerana firma-firma yang tidak jujur mudah hilang pelanggan dan akan menghadapi kos pembiayaan kewangan yang lebih tinggi. Sumber: Institute for Global Ethics (2006)

1.1.5

Pembentukan Etika Individu

Apakah yang menjadikan sesetengah individu beretika dan sesetengah yang lain tidak? Mengapa sesetengah orang jujur, manakala yang lain tidak? Terdapat lima faktor yang memainkan peranan penting dalam pembentukan etika individu. Faktor-faktor ini disenaraikan dalam Rajah 1.1 berikut.

Rajah 1.1: Lima faktor yang membentuk etika individu Copyright © Open University Malaysia (OUM)

6



TOPIK 1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

Berikut adalah penerangan lanjut bagi kelima-lima faktor ini. (a)

Pengaruh Keluarga Sedarkah anda bahawa individu mula membentuk piawai etika mereka sejak dari zaman kanak-kanak lagi? Kanak-kanak membentuk piawai etika mereka apabila persepsi mereka mula bertindak balas terhadap kelakuan ibu bapa mereka. Kanak-kanak lebih berkemungkinan akan menerap piawaian etika yang tinggi apabila mereka melihat ahli keluarga mereka berpegang kepada piawaian yang tinggi (seperti bercakap benar). Serta menerima ganjaran kerana mengikutinya, dan dihukum jika ingkar kepada piawaian tersebut. Sebaliknya, jika ahli keluarga terlibat dengan kelakuan tidak beretika (seperti tidak bercakap benar), dan membiarkan anak-anak mereka melakukan perkara yang sama, maka kanak-kanak tersebut berkemungkinan akan membentuk piawaian etika yang lebih rendah.

(b)

Pengaruh Rakan Sebaya Apabila kanak-kanak memasuki sekolah, mereka dipengaruhi oleh rakanrakan sebaya yang berinteraksi dengan mereka setiap hari. Sebagai contoh, jika rakan sebaya seorang kanak-kanak yang terlibat dengan kegiatan mencuri barangan kedai, melakukan vandalisme atau menyalahguna dadah, maka kanak-kanak itu mungkin mengambil keputusan untuk melakukan perkara yang sama. Sebaliknya, jika rakan-rakannya mempunyai piawaian etika yang lebih tinggi dan menolak kelakuan tersebut, kanak-kanak berkenaan mungkin akan menerap piawaian tinggi ini.

(c)

Pengalaman Hidup Pelbagai peristiwa positif mahu pun negatif membentuk kehidupan manusia dan mempengaruhi kepercayaan dan kelakuan etika kita. Peristiwa-peristiwa ini merupakan sebahagian daripada proses pembesaran dan menjadikan kita lebih matang. Sebagai contoh, seseorang yang mencuri dan tidak tertangkap tidak akan berasa kesal dan akan terus mencuri. Walau bagaimanapun, seseorang yang telah tertangkap mungkin berasa sangat bersalah sehingga mengubah piawaian etikanya dan memastikan dirinya tidak lagi mencuri pada masa akan datang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

(d)

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA



7

Nilai dan Moral Peribadi Nilai dan moral juga mempengaruhi piawaian etika seseorang. Sebagai contoh, seseorang yang menjadikan wang dan kemajuan peribadi sebagai keutamaan tertingginya akan menyerapkan kod etika peribadi yang bersifat mengejar kekayaan. Dengan itu, ia akan cuba mendapatkan ganjaran yang diingini dengan tidak menghiraukan kesannya terhadap orang lain tanpa sebarang belas kasihan. Sebaliknya, bagi seseorang yang memberi keutamaan kepada keluarganya, dia akan menyerap suatu piawai etika yang berbeza.

(e)

Faktor Keadaan Akhir sekali, mari kita lihat faktor keadaan sebagai faktor terakhir dalam mempengaruhi etika individu. Kadangkala tanpa disangka-sangka, manusia mendapati diri mereka dalam keadaan yang mendesak mereka bertindak bertentangan dengan pertimbangan baik mereka. Sebagai contoh, terdapat sesetengah orang yang melakukan pemalsuan akaun perbelanjaan kerana kesempitan wang. Pernyataan ini bukan bertujuan untuk mewajarkan ketidakjujuran mereka, tetapi menjelaskan konteks untuk kita memahami mengapa individu kadangkala boleh berkelakuan tidak beretika apabila mereka tiada pilihan lain.

AKTIVITI 1.2 Faktor manakah dalam Rajah 1.1 tadi paling pembentukan etika diri anda? Berikan dua contoh.

1.2

mempengaruhi

FALSAFAH NORMATIF DAN RELATIVISME ETIKA

Pertama sekali, tahukah anda apakah maksud falsafah? Falsafah ialah kajian tentang pemikiran dan kelakuan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

8



TOPIK 1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

Sekarang mari kita pelajari pula tentang falsafah normatif. Tahukah anda bahawa pertimbangan moral memerlukan pemahaman tentang falsafah normatif? Apakah yang dimaksudkan dengan falsafah normatif? Falsafah normatif adalah kajian tentang pemikiran dan kelakuan yang betul, iaitu bagaimana kita harus berkelakuan.

Tahukah anda bahawa ahli-ahli falsafah telah mula melihat bidang falsafah normatif sejak lebih 2,400 tahun yang lalu? Ahli-ahli falsafah telah mula melihat bidang falsafah normatif sejak zaman Plato lagi. Mereka cuba mewujudkan suatu proses pemikiran logik berdasarkan kepada prinsip yang tiada pertikaian untuk menentukan sama ada sesuatu tindakan boleh dianggap seperti berikut: (a)

„Betul‰ atau „salah‰;

(b)

„Baik‰ atau „buruk‰; dan

(c)

„Adil‰ atau „tidak adil‰.

Isu yang perlu difahami seterusnya untuk menjelaskan teknik-teknik pertimbangan moral adalah berkenaan relativisme etika. Sebelum kita pergi jauh, mari kita pelajari dahulu apakah maksud relativisme etika. Relativisme etika menyatakan bahawa prinsip-prinsip etika harus didefinisikan mengikut tempoh waktu dalam sejarah, tradisi masyarakat, keadaan-keadaan istimewa sesuatu perlakuan atau pendapat peribadi.

Persoalan dasar relativisme etika adalah sama ada terdapat prinsip-prinsip universal yang objektif di mana seseorang boleh mendirikan suatu sistem kepercayaan etika untuk diaplikasi ke atas mana-mana kumpulan, dalam semua budaya dan pada bila-bila masa. Dalam erti kata lain, menurut pandangan ini maksud yang diberikan terhadap etika adalah relatif kepada masa, tempat, keadaan dan orang yang terlibat. Ini adalah kerana piawaian kelakuan moral adalah berbeza antara kumpulan berlainan dalam satu budaya, antara budaya yang berlainan dan juga antara waktu yang berlainan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA



9

Sebagai contoh, mari kita ambil piawaian moral bagi memutuskan tahap keselamatan produk di Malaysia. Pada masa kini, piawaian ini berbeza antara pemimpin kumpulan pengguna dengan eksekutif syarikat di industri utama. Kemungkinan juga piawaian keselamatan produk jauh lebih berbeza di antara negara Malaysia dengan Amerika Syarikat, atau antara zaman sekarang berbanding akhir abad ke-19.

SEMAK KENDIRI 1.1 Terangkan dengan ringkas istilah-istilah berikut: (a)

Falsafah normatif; dan

(b)

Relativisme etika.

1.3

PRINSIP-PRINSIP ETIKA

Secara universal, kita sedar bahawa kita mempunyai tanggungjawab terhadap orang lain dalam masyarakat dan terikat dengan konsep betul-salah dalam kelakuan kita terhadap orang lain. Oleh itu, kita perlu mewujudkan kaedah analitis yang konsisten untuk mengklasifikasikan tindakan kita sebagai „betul‰ atau „salah‰. Jika kita tidak dapat melakukannya, ia bukan kerana kita tidak mencuba. Seperti yang telah digambarkan lebih awal, sejarah intelektual sejak 2,400 tahun lalu dipenuhi dengan percubaan untuk mewajarkan piawaian moral dan membentuk sistem-sistem etika. Ini adalah kerana tiada satu sistem pun yang dianggap sempurna. Walau bagaimanapun, terdapat sekurang-kurangnya lima teori utama yang berkait dan relevan kepada keputusan-keputusan pengurusan. Rajah 1.2 berikut menyenaraikan kelima-lima teori tersebut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

10



TOPIK 1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

Rajah 1.2: Lima teori utama yang mempunyai kaitan secara langsung dan relevan kepada keputusan-keputusan pengurusan

Mari kita pelajari kelima-lima teori ini dengan lebih lanjut dalam subtopiksubtopik seterusnya.

1.3.1

Undang-Undang Abadi

Ramai pemimpin agama serta sesetengah ahli falsafah seperti Thomas Aquinas dan Thomas Jefferson percaya bahawa terdapat suatu undang-undang yang dipanggil „Undang-undang Abadi‰ (juga dikenali sebagai „Undang-undang Semula Jadi‰) yang terbentuk dari kehendak Tuhan. Undang-undang tersebut jelas terdapat dalam keadaan semula jadi dan termaktub dalam kitab-kitab suci. Ia boleh dikenal pasti dan diterokai oleh sesiapa yang sanggup meluangkan masa mengkaji salah satu di antara alam semula jadi atau kitab suci. Thomas Jefferson, orang pertama yang menyokong pemikiran humanisme sekular, percaya bahawa kebenaran undang-undang ini adalah suatu „hakikat yang nyata‰. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA



11

Jika orang mempunyai hak untuk „hidup, bebas dan mencari kebahagiaan‰, maka mereka juga mempunyai kewajipan bagi memastikan hak yang sama kepada orang lain. Pemimpin agama lebih cenderung menekankan sumber kebenaran berdasarkan kitab suci berbanding pertimbangan logik. Walau bagaimanapun, mereka juga percaya bahawa kedudukan undangundang tersebut tidak berubah-ubah, dan bahawa hak dan kewajipan itu jelas; jika kita disayangi, maka kita mesti menyayangi orang lain. Pertukaran yang saling bersilang ini diringkaskan dalam teologi Kristian melalui Peraturan keemasan, „Lakukan kepada orang lain seperti mana anda ingin orang lain lakukan terhadap anda.‰

Dalam frasa terkenal beliau tadi, Thomas Jefferson mengatakan bahawa hak itu „tidak terpisah‰ dan kewajipan boleh diterbitkan daripada hak tersebut dengan mudah. Namun, adakah wujud kesilapan dalam Undang-Undang Abadi atau Semula Jadi (yang ditafsirkan sama ada oleh pemimpin agama atau ahli-ahli falsafah normatif) sebagai asas sistem etika dalam pengurusan? Jawapannya tiada. Walau bagaimanapun terdapat pelbagai tafsiran yang boleh ditimbulkan melalui undang-undang ini. Tiada seorang pun ahli teori Undang-Undang Abadi dan hanya segelintir penulis-penulis agama yang bersetuju dengan peruntukan kebenaran mengikut kitab suci atau pertimbangan logik secara tepat. Setiap agama menyediakan piawaian moral untuk pengikut-pengikutnya dan ramai antara mereka mematuhi piawaian tersebut dalam kehidupan seharian. Walau bagaimanapun, piawaian adalah berbeza-beza mengikut kumpulan berlainan dan tiada suatu cara yang berupaya menentukan piawaian mana yang „betul‰ atau „terbaik‰ atau „sesuai‰ bagi sesuatu masyarakat tanpa disangkal. Begitu juga bagi Peraturan keemasan yang tampak mudah, elegan dan wajar sebagai panduan hidup, tidak boleh diaplikasi secara universal pada setiap masa.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

12



1.3.2

TOPIK 1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

Teori Etika Klasik Teleologi: Utilitarianisme

Pertama sekali, apakah yang dimaksudkan dengan teleologi? Teleologi merupakan perkataan terbitan daripada istilah Greek yang bermaksud hasil atau keputusan. Oleh itu, pendekatan teleologi ke atas etika pengurusan menekankan kebergantungan penuh kepada hasil dan bukannya kepada niat tindakan seseorang. Sesetengah ahli falsafah tradisi Barat paling berpengaruh seperti Jeremy Bentham dan J. S. Mill percaya bahawa nilai moral kelakuan peribadi boleh ditentukan hanya oleh akibat kelakuan berkenaan. Oleh itu, sesuatu tindakan atau keputusan adalah „betul‰ jika ia mendatangkan faedah kepada orang ramai. Sebaliknya, ia adalah „salah‰ andai kata ia membawa kepada kerosakan atau kemudaratan sebagai akibat. Objektif di sini adalah, nilai moral kelakuan peribadi boleh ditentukan dengan cara melihat berapa banyak faedahnya kepada orang ramai (semaksimum mungkin) di samping melihat berapa banyak kerosakan atau kemudaratan (seminimum mungkin) yang akan timbul. Secara umumnya, kehidupan memerlukan lebih daripada faedah kebendaan. Persahabatan, pengetahuan, kesihatan dan lain-lain kepuasan dalam hidup harus juga diambil kira. Selain itu, jumlah besar kepuasan atau faedah kepada semua pihak dalam masyarakat juga perlu dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, bukan semua faedah bersifat positif sepenuhnya kerana terdapat juga kos-kos negatif dan akibat buruk yang mengiringi setiap tindakan di mana ia perlu diambil kira untuk mewujudkan keseimbangan. Kos-kos negatif dan akibat buruk termasuklah rasa kesakitan, kematian, kejahilan, keterasingan dan kesedihan yang dialami. Jumlah besar faedah dan kos ini perlu diambil kira, kemudian dikira pula baki di antara kedua-duanya sebagai akibat bersih. Rajah 1.3 berikut memberikan dua contoh kos negatif; terasing dan sedih.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

(a) Terasing Sumber: http://www.pharmacyescrow.com/



13

(b) Sedih Sumber: http://ilovemyself.net

Rajah 1.3: Akibat-akibat buruk kos negatif

Sistem etika teleologi yang memfokuskan kepada baki bersih akibat berbanding dengan niat seseorang individu ini dinamakan sebagai utilitarianisme. Utilitarianisme sering dikaitkan dengan Jeremy Bentham (1748–1832), seorang ahli fikir British. Nama bagi falsafah ini terbit daripada perkataan utility di mana pada abad ke-18 merujuk kepada tahap kebergunaan barangan rumah atau haiwan belaan. Dalam Teori Mikroekonomi, ia mengukur tahap keutamaan yang kita beri terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan relatif kepada harganya. Dalam Teori Utilitarianisme, istilah utiliti ini merujuk kepada persepsi kita terhadap faedah dan kos bersih berkaitan sesuatu tindakan. Perlu diingat bahawa utilitarianisme adalah berbeza dengan konsep analisis kos/faedah ekonomi kerana pengagihan kos dan faedahnya juga perlu diambil kira. Ia merupakan akibat bersih kepada masyarakat, dan setiap individu dalam masyarakat perlu diambil kira dan diberi perhatian sama rata dalam pengagihan. Dalam erti kata lain, „Kebaikan terbanyak untuk golongan terbanyak‰ lebih diutamakan dalam Teori Utilitarianisme berbanding dengan „kebaikan terbanyak untuk golongan yang lebih kecil dan elit.‰

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

14



TOPIK 1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

Namun terdapat kekurangan dalam teori ini. Kekurangannya ialah kemungkinan berlakunya eksploitasi. Dalam kebanyakan kes, di mana tiada pihak yang menerima mudarat yang besar dan ukuran kewangan boleh digunakan terhadap kos dan faedah, Teori Utilitarianisme adalah satu bentuk analisis yang mudah dan berguna. Walau bagaimanapun, kemungkinan memberi justifikasi kepada faedah segolongan besar penduduk majoriti dengan mengorbankan atau memudaratkan golongan minoriti yang kecil akan sentiasa wujud. Oleh itu, Teori Utilitarianisme dianggap gagal kerana tiga faktor berikut: (a)

Dalam realiti, ia berkaitan dengan dua prinsip: „kebaikan terbanyak‰ dan „golongan terbanyak‰. Terdapat situasi di mana kedua-dua prinsip ini akan berkonflik apabila kita menghadapi sesuatu keputusan penting. Maka, kita tidak mempunyai cara untuk menentukan tindakan mana yang „betul‰ atau „sesuai‰.

(b)

Kita mungkin dapat bersetuju bahawa sesetengah tindakan sememangnya salah, walaupun faedahnya kepada segolongan besar majoriti jelas terlihat. Sebagai contoh, membunuh seorang kanak-kanak yang tidak bersalah demi kebahagiaan seluruh umat manusia. Tiada sesiapa pun yang harus menerima perbuatan yang sekejam itu.

(c)

Adalah mustahil untuk mengimbangi faedah kepada golongan majoriti dengan pengorbanan golongan minoriti.

1.3.3

Teori Etika Klasik Deontologi: Universalisme

Tahukah anda bahawa perkataan deontologi berasal daripada istilah Greek? Ia merujuk kepada tugas atau kewajipan seorang individu. Pendekatan deontologi terhadap etika pengurusan pada dasarnya adalah berlawanan dengan Teori Teleologi. Ini dinyatakan jelas dalam definisinya. Teori Deontologi menyatakan bahawa nilai moral sesuatu tindakan tidak boleh bergantung kepada akibat kerana akibat tidak jelas dan tidak menentu semasa keputusan untuk bertindak diambil. Sebaliknya, nilai moral sesuatu tindakan haruslah bergantung kepada niat orang yang membuat keputusan atau mengambil tindakan itu sendiri.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA



15

Sebagai contoh, jika anda inginkan yang terbaik untuk orang lain, maka tindakan moral anda perlulah yang terpuji, walaupun anda seorang individu yang kurang menarik dan kurang cekap serta dianggap sering melakukan perkara yang salah. Biasanya niat yang baik ini akan menghasilkan akibat yang berguna. Niat peribadi boleh diterjemahkan menjadi tugas atau kewajipan kerana jika kita benar-benar inginkan kebaikan untuk orang lain, maka kita akan sentiasa bertindak dengan cara yang memastikan hasil yang berfaedah. Cara-cara tersebut dilihat sebagai tugas wajib ke atas diri kita dan bukan suatu pilihan. Tugas peribadi kita adalah bersifat universal, dan boleh diaplikasi ke atas semua orang. Oleh kerana itu, sebahagian besar Teori Deontologi juga diistilahkan sebagai universalisme. Tugas pertama universalisme adalah melayani orang lain sebagai matlamat akhir dan bukan sebagai alat atau cara. Orang lain harus dilihat sebagai matlamat tersendiri yang berharga, bermaruah dan harus dihormati, dan bukannya sebagai alat yang bersifat insani untuk mencapai matlamat sendiri. Selaras dengan kewajipan peribadi, tiada tindakan boleh dikira „betul‰; sekiranya ia tidak mempedulikan nilai moral manusia lain yang begitu besar. Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan dalam teori ini. Tahukah anda apakah kekurangan teori ini? Terdapat dua kekurangan dalam teori ini iaitu: (a)

Ia adalah satu kaedah pertimbangkan moral yang berguna tetapi ia tidak mempunyai sebarang keutamaan dan darjah; dan

(b)

Adalah sukar melayani orang lain sebagai matlamat dan bukan sebagai alat untuk sepanjang masa, terutamanya apabila ramai yang „bekerja‰ sebagai alat atau cara ke arah pencapaian matlamat peribadi kita. Sebagai contoh, peniaga runcit adalah cara untuk kita mendapatkan barangan runcit; pelanggan adalah kaedah mata pencarian untuk hidup; dan kakitangan adalah sumber untuk mengendalikan kilang-kilang.

1.3.4

Teori Keadilan Teragih

Sedarkah anda bahawa kedua-dua teori klasik yang telah anda pelajari tadi (utilitarianisme dan universalisme) tidak boleh digunakan untuk mempertimbangkan kesemua tindakan moral dalam semua keadaan? Oleh itu, terdapat dua sistem etika moden yang berdasarkan nilai dan bukannya prinsip telah dibangunkan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

16



TOPIK 1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

Teori pertama ialah Teori Keadilan Teragih yang telah diutarakan oleh John Rawls. Ia berasaskan kepada keutamaan satu nilai tunggal secara eksplisit iaitu keadilan. Keadilan dirasakan sebagai sifat kebaikan pertama institusi sosial, seperti mana kebenaran adalah sifat kebaikan pertama bagi sistem pemikiran. John Rawls (1971) mencadangkan bahawa masyarakat dan institusi-institusi yang terdapat dalamnya boleh dijelaskan melalui dua elemen berikut (Jadual 1.2). Jadual 1.2: Dua Elemen yang Menjelaskan Masyarakat dan Institusi yang Terdapat dalam Masyarakat Elemen

Huraian

Kerjasama

Kerjasama timbul kerana individu tahu bahawa usaha bersama akan menjana lebih banyak faedah berbanding usaha berseorangan.

Konflik

Konflik tidak dapat dielak kerana biasanya manusia mementingkan keadilan dalam pembahagian faedah-faedah yang boleh didapati. Setiap orang lebih suka bahagian faedah yang lebih besar berbanding dengan yang lebih kecil. Mereka juga akan menyokong suatu sistem agihan yang memastikan mereka mendapat pembahagian yang lebih besar. Sistem-sistem ini mempunyai asas pembahagian sama ada secara sama rata untuk semua orang, berasaskan keperluan, usaha, sumbangan atau pun kecekapan seseorang.

Kebanyakan sistem ekonomi moden menggunakan kelima-lima prinsip tersebut; sama rata, keperluan, usaha, sumbangan dan kecekapan. Sebagai contoh, pendidikan awam pada teorinya diagih sama rata, bantuan kebajikan diasaskan kepada keperluan, komisyen jualan diberikan atas usaha, penghormatan awam diberikan atas sumbangan manakala gaji pengurus pula diberi atas tahap kecekapan mereka. Kebanyakan orang biasanya tidak akan memilih kesamarataan yang mutlak sebagai asas pengagihan faedah. Ini adalah kerana mereka tahu bahawa sesetengah mereka akan lebih berusaha, memiliki kemahiran yang lebih tinggi dan seterusnya. Mereka juga tidak akan setuju dengan ketidaksamarataan yang mutlak berasaskan usaha, kemahiran atau kecekapan kerana mereka tidak tahu siapa antara mereka yang memiliki kualiti berkenaan untuk menerima lebih faedah atau kurang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA



17

Sebaliknya, mereka akan membentuk satu konsep ketidaksamarataan bersyarat di mana perbezaan faedah perlu dijustifikasikan. Mereka akan mencadangkan suatu peraturan untuk memastikan agar perbezaan faedah mempunyai justifikasi hanya apabila ia menghasilkan faedah yang seimbang untuk semua, terutamanya untuk anggota masyarakat yang paling kekurangan. Walau bagaimanapun, terdapat juga kekurangan dalam teori ini. Kekurangan ini bergantung sepenuhnya kepada penerimaan saranan di mana kerjasama masyarakat merupakan asas bagi pembahagian kesemua faedah ekonomi dan sosial manakala usaha individu tidak ditekankan atau diambil peduli.

1.3.5

Teori Kebebasan Peribadi

Teori Kebebasan Peribadi adalah satu sistem etika yang dicadangkan oleh Robert Nozick (1974). Sistem ini lebih mendasar kepada keutamaan suatu nilai tunggal berbanding sesuatu prinsip iaitu kebebasan. Kebebasan dianggap sebagai keperluan pertama masyarakat. Sesuatu institusi atau undang-undang yang mencabuli kebebasan individu harus ditolak, walaupun ia boleh menghasilkan lebih banyak kebahagiaan dan faedah untuk orang lain. Nozick bersetuju bahawa masyarakat adalah sebuah persatuan antara individu dan kerjasama antara individu ini adalah perlu untuk mendapat keuntungan ekonomi. Pemilikan (pendapatan, kekayaan dan lain-lain yang menjadi asas hormat-kendiri) setiap individu itu diperoleh daripada orang lain melalui pertukaran barangan atau perkhidmatan, atau pun hadiah yang diterima. Corak pemilikan sedia ada mungkin telah diwujudkan melalui mana-mana prinsip pembahagian (secara sama rata, berdasarkan keperluan, usaha, sumbangan atau kecekapan). Walau bagaimanapun, corak ini akan berubah melalui proses pemindahan. Pemindahan dengan pertukaran atau pemberian, boleh dikira „adil‰ selagi ia dilakukan secara sukarela. Kebebasan peribadi boleh dikembangkan dari suatu sistem pasaran bagi pertukaran pemilikan menjadi suatu sistem penilaian kelakuan. Individu mesti dibenarkan membuat keputusan berpengetahuan apabila memilih antara beberapa tindakan alternatif yang membawa kepada kebajikan mereka sendiri. Pilihan ini akan dianggap adil, betul dan sesuai asalkan peluang yang sama diberikan juga kepada orang lain. Keadilan bergantung kepada peluang membuat pilihan dan pertukaran yang sama, bukan kepada peruntukan kekayaan atau pendapatan yang sama.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

18



TOPIK 1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan bagi teori ini. Apakah kekurangan tersebut? Kekurangannya adalah kerana ia berasaskan suatu definisi kebebasan yang sempit, iaitu terhad kepada hak negatif untuk tidak dicerobohi orang lain. Hak untuk hidup, misalnya, adalah hak untuk tidak dibunuh oleh orang lain. Namun, ia juga merangkumi hak untuk terus hidup dengan mendapat sejumlah minimum makanan, tempat berlindung, pakaian dan bantuan perubatan yang lebih berpuncakan inisiatif peribadi berbanding kerjasama sosial.

SEMAK KENDIRI 1.2 Dengan menggunakan suatu peta minda, ringkaskan lima teori etika berikut: (a)

Teori Undang-Undang Abadi (Undang-Undang Semula Jadi);

(b)

Teori Etika Klasik Teleologi: Utilitarianisme;

(c)

Teori Etika Klasik Deontologi: Universalisme;

(d)

Teori Keadilan Teragih; dan

(e)

Teori Kebebasan Peribadi.

Selesaikan latihan berikut untuk menyemak pemahaman anda.

LATIHAN 1.1 1.

Bandingkan ciri-ciri utilitarianisme dengan universalisme sebagai teori etika.

2.

Bincangkan kelemahan setiap teori etika yang telah anda pelajari.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

1.4

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA



19

KESIMPULAN KE ATAS FALSAFAH NORMATIF SEBAGAI ASAS PILIHAN MORAL

Seperti yang dijelaskan dalam subtopik 1.3 tadi, terdapat lima teori etika utama. Sedarkah anda bahawa walaupun teori-teori tersebut tidak berkonflik pada lahirnya, namun teori-teori ini tidak dapat diselaraskan untuk menjadi sesuatu yang konsisten secara menyeluruh? Ini adalah kerana setiap teori menyatakan hanya sebahagian daripada kebenaran; dan setiap teori tidak lengkap atau tidak memadai sebagai cara untuk mempertimbangkan moral yang terkandung dalam tindakan atau keputusan individu. Jadi, apakah maksud ayat dalam perenggan pertama tadi kepada para pengurus? Implikasi utama kepada pengurus ialah, tiada suatu sistem kepercayaan yang mempunyai piawaian kelakuan moral atau kaedah pertimbangan moral yang terbit secara rasional untuk mereka jadikan panduan ke arah mencapai keputusan etika yang sukar. Bagaimana pula kesimpulan tentang kelima-lima teori ini dengan kita? Apakah yang harus kita lakukan? Kita harus menggabungkan kelima-lima sistem etika berkenaan untuk mempertimbangkan akibat tindakan kita dan bukannya hanya merujuk kepada satu teori sahaja. Namun pertimbangan moral yang memakai kesemua lima teori bukanlah suatu perkara ringkas dan mudah, tetapi berguna terutama sekali apabila digabungkan dengan analisis ekonomi dan undang-undang. Seterusnya sebelum kita mengakhiri topik pertama ini, mari kita beralih kepada dua perspektif etika yang signifikan untuk dipraktikkan iaitu: (a)

Peraturan Keemasan; dan

(b)

Hak Kantian.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

20



TOPIK 1

1.4.1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

Peraturan Keemasan

Tahukah anda bahawa Peraturan Emas adalah prinsip Kristian berdasarkan ayat daripada kitab Bible. Ayat tersebut bermaksud „Lakukan kepada orang lain seperti mana anda ingin orang lain lakukan kepada anda‰. Prinsip ini juga didapati pada kebanyakan agama di dunia. Prinsip ini memerlukan kita mengenal pasti pelbagai langkah tindakan. Kemudian kita akan memilih hanya satu tindakan yang terbaik di mana tindakan tersebut dapat melayan orang lain dengan cara seperti yang ingin kita terima daripada orang lain. Bagi bidang perniagaan, istilah „orang lain‰ ini merujuk kepada pihak berkepentingan. Pihak berkepentingan ini termasuklah pelabur, rakan niaga, kakitangan, kesatuan-kesatuan, para pelanggan dan pembekal organisasi serta pihak kerajaan.

1.4.2

Hak Kantian

Untuk makluman anda, hak Kantian diterbitkan daripada pandangan ahli falsafah, Immanuel Kant (1785). Perspektif ini mengandaikan bahawa dalam alam semesta moral, setiap orang mempunyai hak asasi, seperti yang dijelaskan dalam Jadual 1.3 berikut. Jadual 1.3: Hak Kantian Hak

Penerangan

Keizinan bebas

Hak diperlakukan mengikut pengetahuan dan persetujuan mereka sendiri.

Kebersendirian

Hak melakukan apa yang mereka mahu dalam hidup peribadi mereka dan berhak untuk menentukan sejauh mana aktiviti peribadi mereka didedahkan.

Kebebasan Nurani

Hak menolak apa yang mencabuli kepercayaan moral mereka kerana kepercayaan ini mencerminkan norma-norma yang diterima umum.

Kebebasan Mengkritik

Hak mengkritik etika organisasi dengan hemat, asalkan kritikan mereka tidak mencabuli hak individu lain dalam organisasi.

Keadilan

Jika manusia percaya hak mereka telah dicabuli, mereka berhak untuk dibicarakan secara adil dan saksama.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA



21

Mengikut pandangan etika ini, tindakan moral yang tepat ialah tindakan yang meminimumkan pencabulan hak-hak tersebut. Oleh itu untuk menyelesaikan sesuatu dilema etika menurut pandangan ini, seseorang perlu mempertimbangkan sejauh mana pihak berkepentingan akan terjejas dan sejauh mana hak mereka boleh tercabul oleh tindakannya.

AKTIVITI 1.3 Pada pandangan anda, adakah organisasi anda mendukung hak peribadi yang diketengahkan oleh Kant? Bincangkan sesama rakan anda di dalam kelas.

LATIHAN 1.2 1.

Apakah maksud etika? Bagaimana etika individu terbentuk?

2.

Huraikan beberapa Immanuel Kant.

3.

Adakah anda bersetuju dengan Peraturan Keemasan? Bagaimana ia berbeza dengan ajaran Islam?

4.

Pada pendapat anda, apakah faktor paling penting yang mempengaruhi pembentukan etika individu?

hak

peribadi

yang

ditunjukkan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

oleh

22



TOPIK 1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

AKTIVITI 1.4 Baca kes kajian berikut:

Anda seorang juruanalisis di sebuah organisasi yang membuat penilaian ke atas syarikat-syarikat untuk tujuan gabungan dan pemerolehan. Jika anda memalsukan sebahagian angka-angka dalam kenyataan kewangan syarikat berkenaan, ia akan dilihat berpotensi untuk di ambil alih. Organisasi anda pula akan menerima bayaran yang besar daripada syarikat pemeroleh. Harapan anda untuk dinaikan gaji serta pangkat juga sangat cerah. Berikut adalah beberapa petunjuk tentang akibat yang baik serta buruk untuk dipertimbangkan: 

Keuntungan organisasi anda akan meningkat dan membolehkannya membayar gaji yang lebih besar kepada kakitangan serta dividen yang lebih tinggi kepada pemegang saham.



Kepentingan kewangan dan kerjaya anda akan bertambah baik.



Syarikat pemeroleh akan mendapati bahawa kedudukan kewangan syarikat yang diperoleh tidak berdaya maju dan ia mungkin menanggung kerugian yang teruk sebagai akibatnya.



Reputasi dan prospek jangka-panjang organisasi anda akan terjejas sekiranya penipuan anda diketahui.

Reputasi dan masa depan anda akan turut terjejas.

Dengan mengaplikasikan mana-mana teori etika yang relevan yang anda telah dipelajari, terangkan bagaimana anda menilai dan memutuskan kes ini? Bincangkan dengan rakan sekelas anda.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA



23



Secara umumnya etika merujuk kepada kepercayaan peribadi individu tentang kelakuan yang betul dan salah.



Terdapat lima faktor yang membentuk etika individu. Lima faktor tersebut ialah pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, pengalaman hidup, nilai dan moral peribadi dan faktor keadaan.



Pertimbangan moral memerlukan pemahaman tentang falsafah normatif. Falsafah normatif adalah kajian tentang pemikiran dan kelakuan yang betul; iaitu bagaimana kita harus berkelakuan. Relativisme etika pula merujuk kepada prinsip-prinsip etika di mana ia harus didefinisikan mengikut tempoh waktu dalam sejarah, tradisi masyarakat, keadaan-keadaan istimewa sesuatu perlakuan atau pendapat peribadi.



Undang-Undang Abadi merujuk kepada piawaian moral yang terkandung dalam kitab-kitab suci atau alam semula jadi dan difahamkan kepada pemimpin-pemimpin agama atau ahli falsafah kemanusiaan. Ia mempunyai kepercayaan bahawa undang-undang tersebut tidak berubah dan sah digunakan untuk sepanjang masa.



Teori Utilitarianisme menyatakan bahawa akibat sesuatu keputusan atau tindakan adalah paling penting dan hasilnya harus dijadikan pertimbangan utama dalam perlakuan kita terhadap orang lain. Prinsip yang perlu diikuti ialah kemurahan hati: di mana sesuatu keputusan atau tindakan itu dianggap betul, sesuai dan baik hanya apabila ia menjana jumlah faedah yang terbanyak untuk golongan orang terbanyak dengan jumlah kos atau kemudaratan yang paling sedikit terhadap golongan lain.



Sementara itu, Teori Universalisme mengatakan bahawa niat sesuatu keputusan atau tindakan itu penting, kerana kita tidak dapat menjangka dan menilai kesemua akibat yang boleh berlaku. Prinsip untuk diikuti adalah bersifat konsisten di mana suatu keputusan atau tindakan dianggap betul, sesuai dan baik hanya apabila kita dapat meyakinkan semua orang yang menghadapi keadaan yang sama untuk mengambil keputusan atau tindakan yang sama.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

24



TOPIK 1

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA



Teori Keadilan Teragih pula lebih mendasar kepada keutamaan suatu nilai tunggal (iaitu keadilan), berbanding suatu prinsip tunggal. Kepercayaan kepada keutamaan keadilan mengarah kita untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan yang dijangka akan menghasilkan faedah yang mengimbangi semua pihak, terutamanya anggota masyarakat yang paling kekurangan.



Kebebasan Peribadi juga berdasarkan keutamaan suatu nilai tunggal (iaitu kebebasan), lebih daripada suatu prinsip tunggal. Kepercayaan kepada keutamaan kebebasan akan mengarah kita untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan yang menghasilkan kebahagiaan yang lebih besar dan pertambahan faedah untuk semua.



Pertimbangan moral menyediakan alasan dan sebab untuk menentukan sama ada sesuatu tindakan adalah betul atau salah dari segi moral. Sesetengah ahli falsafah menyatakan bahawa terdapat satu piawaian moral universal bagi setiap orang (fahaman moral yang mutlak), dan sesetengah lagi mengatakan tidak terdapat piawaian yang demikian (relativisme etika).



Sesetengah ahli moral berpegang pada prinsip bahawa tindakan tertentu adalah salah. Namun, yang lain percaya bahawa tiada tindakan yang tidak bermoral padanya kerana persekitaran dan keadaan sosial memainkan peranan untuk menentukan sama ada tindakan tersebut betul atau salah.

Etika

Keadilan Teragih

Etika individu

Peraturan Keemasan

Etika perniagaan

Pertimbangan moral

Etika profesional

Relativisme etika

Falsafah normatif

Undang-undang abadi

Hak kantian

Universalisme

Kebebasan peribadi

Utilitarianisme

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Topik  Hubungan

2

Pihak Berkepentingan

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Mengenal pasti dua jenis pihak berkepentingan primer dan sekunder;

2.

Membincangkan mengapa organisasi perlu menyokong konsep pihak berkepentingan berdasarkan hujah normatif, instrumental dan deskriptif;

3.

Membincangkan konsep pengurusan pihak berkepentingan;

4.

Mengenal pasti pihak berkepentingan berdasarkan tiga elemen; dan

5.

Menerangkan tanggungjawab berkepentingannya.

firma

organisasi

yang

terhadap

relevan pihak

 PENGENALAN Topik kedua ini akan membincangkan konsep pihak berkepentingan. Terdapat dua kategori pihak berkepentingan yang akan disentuh dalam topik ini. Selain itu, kita juga akan menyentuh berkenaan konsep pengurusan pihak berkepentingan dan pengurusan hubungan mereka.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

26



2.1

TOPIK 2

HUBUNGAN PEMEGANG KEPENTINGNAN

KONSEP PIHAK BERKEPENTINGAN

Sebelum kita mendalami definisi dan konsep pihak berkepentingan, mari kita fahamkan dahulu definisi „kepentingan‰. Kepentingan bermaksud suatu tuntutan atau bahagian dalam sesuatu kerja atau usaha.

Sesebuah organisasi besar mempunyai banyak pihak berkepentingan. Dari sudut perniagaan, definisi yang diberikan untuk pihak berkepentingan adalah seperti berikut: Pihak berkepentingan ialah individu atau kumpulan yang boleh menjejaskan atau terjejas oleh tindakan, keputusan, polisi, amalan atau matlamat sesebuah organisasi. (Freeman, 1984)

2.1.1

Klasifikasi Pihak Berkepentingan

Umumnya, terdapat dua kategori pihak berkepentingan berdasarkan kepada jenis perhubungan mereka dengan organisasi. Wheeler dan Sillanpa (1997) telah mengkategorikan pihak berkepentingan kepada dua iaitu: (a)

Pihak berkepentingan pasaran; dan

(b)

Pihak berkepentingan bukan-pasaran.

Mari kita lihat setiap kategori tersebut dengan lebih terperinci. (a)

Pihak Berkepentingan Pasaran/Primer Pertama sekali, apakah maksud pihak berkepentingan pasaran/primer?

Pihak berkepentingan pasaran adalah individu atau kumpulan yang mempunyai kepentingan langsung dalam sebuah organisasi serta terlibat dengan transaksi ekonomi dengan organisasi tersebut sambil ia menghasilkan barangan dan perkhidmatan. (Lawrence & Weber, 2011)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

HUBUNGAN PEMEGANG KEPENTINGNAN



27

Pihak berkepentingan primer termasuklah pelanggan, pemegang saham, pembekal, pemiutang dan kakitangan. Sebagai contoh, seorang pemegang saham dianggap sebagai pihak berkepentingan primer kerana dia menyumbang modal kepada organisasi dalam bentuk pelaburan dan ini dibalas dengan dividen. Oleh itu, pemegang saham boleh mempengaruhi polisi organisasi kerana ia boleh memilih ahli-ahli lembaga pengarah organisasi. Mereka juga mempunyai hak mengundi ke atas keputusankeputusan firma seperti berkenaan penggabungan dan pemerolehan. (b)

Pihak Berkepentingan Bukan-Pasaran/Sekunder Bagaimana pula dengan maksud pihak berkepentingan bukan-pasaran atau sekunder?

Pihak berkepentingan bukan-pasaran termasuklah individu atau kumpulan yang tidak terlibat secara langsung dalam transaksi ekonomi dengan organisasi tetapi boleh terjejas atau boleh menjejaskan tindakannya. (Lawrence & Weber, 2011)

Pihak berkepentingan sekunder terdiri daripada komuniti, media, kumpulan sokongan perniagaan, kerajaan dan orang awam. Pihak media boleh memberi kesan kepada organisasi melalui berita yang diterbitkan dalam akhbar atau majalah. Manakala bagi pihak komuniti pula, ia boleh terjejas oleh polisi dan keputusan organisasi. Sebagai contoh, kesihatan sebuah komuniti boleh terancam apabila sebuah firma mengambil keputusan untuk membuang sisa toksiknya ke dalam sungai atau anak sungai yang diguna oleh komuniti. Sebaliknya, komuniti boleh menjejaskan operasi organisasi apabila ia menolak atau pun membantah rancangan organisasi untuk menjalankan operasi dalam kawasannya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

28

TOPIK 2



HUBUNGAN PEMEGANG KEPENTINGNAN

Jadual 2.1 berikut menunjukkan beberapa contoh pihak berkepentingan pasaran dan bukan-pasaran. Jadual 2.1: Contoh Pihak berkepentingan Pasaran dan Bukan-Pasaran Pihak Berkepentingan Pasaran

Pihak Berkepentingan Bukan-pasaran

Kakitangan/pekerja

Komuniti setempat

Pemilik/Pemegang stok/Pemegang saham

Aktivis sosial

Pelanggan

Media

Pembekal

Kumpulan sokongan perniagaan (contohnya, pertubuhan perdagangan)

Pesaing

Kerajaan

Peruncit/Pemborong

Kerajaan pusat, negeri dan tempatan

Pemiutang

Orang awam

SEMAK KENDIRI 2.1 1.

Nyatakan maksud pihak berkepentingan.

2.

Senaraikan dua jenis pihak berkepentingan.

2.1.2

Sokongan Terhadap Konsep Pihak Berkepentingan

Donaldson dan Preston (1995) telah mengenal pasti tiga hujah terhadap konsep pihak berkepentingan. Oleh itu, organisasi harus mengikuti konsep pihak berkepentingan berdasarkan tiga hujah ini. (a)

Hujah Deskriptif Apakah maksud hujah deskriptif? Berikut adalah maksud hujah deskriptif daripada Donaldson dan Preston.

Hujah deskriptif menjelaskan bagaimana berinteraksi dengan pihak berkepentingannya.

organisasi

mengurus

dan

(Donaldson & Preston, 1995)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

HUBUNGAN PEMEGANG KEPENTINGNAN



29

Mengurus berkait rapat dengan prestasi, terutamanya prestasi kewangan. Walaupun prestasi kewangan sesebuah organisasi itu penting, organisasi masih perlu mengambil berat beberapa aspek berikut: (i)

Menghasilkan pelanggannya;

produk

yang

selamat

dan

inovatif

untuk

(ii)

Menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk kakitangannya; dan

(iii) Mematuhi peraturan-peraturan kerajaan. (b)

Hujah Normatif Apakah pula maksud hujah normatif? Berikut adalah huraian tentang hujah ini daripada Lawrence dan Weber.

Hujah normatif mengatakan bahawa mengambil berat tentang pihak berkepentingan merupakan suatu perkara betul yang dilakukan oleh organisasi. Oleh kerana organisasi mempunyai kuasa dan sumber yang banyak, mereka mempunyai tanggungjawab terhadap semua yang terjejas oleh tindakannya. (Lawrence & Weber, 2011)

(c)

Hujah Instrumental Akhir sekali, mari kita pelajari apakah yang dimaksudkan dengan hujah instrumental.

Hujah instrumental mengatakan bahawa teori pihak berkepentingan adalah satu strategi korporat yang berkesan. Syarikat yang mengambil kira hak dan kebimbangan pemegang kepentingan mereka biasanya akan berprestasi lebih baik dalam jangka panjang berbanding syarikat yang tidak. (Lawrence & Weber, 2011)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

30



TOPIK 2

HUBUNGAN PEMEGANG KEPENTINGNAN

AKTIVITI 2.1 Bincangkan mengapa organisasi harus mematuhi pandangan pihak berkepentingan berdasarkan hujah-hujah berikut: (a)

Deskriptif;

(b)

Normatif; dan

(c)

Instrumental.

LATIHAN 2.1 1.

Apakah perbezaan antara pihak berkepentingan pasaran dengan pihak berkepentingan bukan-pasaran?

2.

Baca situasi berikut:

Anda ialah seorang pengeluar minuman buah-buahan. Anda baru saja mendapat tahu bahawa beberapa pelanggan anda telah jatuh sakit selepas meminum produk anda. Anda mengesyaki bahawa minuman itu tidak dipasteurkan dengan betul. Anda perlu memastikan insiden ini hanya mengakibatkan kerosakan minimum kepada reputasi anda. Kenal pasti pihak-pihak berkepentingan yang terjejas oleh insiden tersebut.

2.2

PENGURUSAN PIHAK BERKEPENTINGAN

Anda tentu sedar bahawa sesebuah organisasi mempunyai tanggungjawab terhadap ramai pihak berkepentingannya. Oleh itu, para pengurus hendaklah mengurus hubungan dengan pihak berkepentingan syarikat mereka secara baik. Pengurusan pihak berkepentingan menjadi semakin penting kerana pengurus mendapati bahawa kumpulan pihak berkepentingan mereka harus secara relatifnya berpuas hati dengan firma sebelum firma tersebut boleh mencapai objektifnya (Carroll & Buchholtz, 2006).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

HUBUNGAN PEMEGANG KEPENTINGNAN



31

Tahukah anda apakah maksud pengurusan pihak berkepentingan? Mari kita lihat maksudnya. Pengurusan pihak berkepentingan merujuk kepada proses mengurus jangkaan individu-individu dan kumpulan-kumpulan yang mempunyai kepentingan dalam organisasi atau boleh terjejas oleh aktiviti organisasi.

Organisasi yang ingin melaksanakan pengurusan pihak berkepentingan mesti terlebih dahulu mengenal pasti pihak berkepentingan mana yang relevan kepadanya. Kita akan bincangkan cara bagaimana mengenal pasti pihak berkepentingan yang relevan dalam subtopik seterusnya.

LATIHAN 2.2 Adakah anda fikir penting bagi sesebuah organisasi melibatkan diri dalam pengurusan pihak berkepentingan? Berikan sebab-sebab untuk jawapan anda.

2.2.1

Mengenal Pasti Pihak berkepentingan Firma yang Relevan

Sebuah organisasi perlu mengenal pasti pihak berkepentingannya yang relevan. Dalam Subtopik 2.1.1 yang lalu kita telah membincangkan dua jenis pihak berkepentingan. Masihkah anda ingat? Walau bagaimanapun, bukan semua pihak berkepentingan yang telah anda pelajari tadi relevan kepada sesebuah organisasi. Sebagai contoh, syarikat seperti Amazon atau Dell yang menjual produknya secara langsung secara atas talian kepada pelanggan tidak mempunyai peruncit atau pengedar. Bagi syarikat Nestle pula, ia menjual sebahagian besar produknya melalui rangkaian pasar raya dan kedai-kedai runcit. Oleh itu, pengedar merupakan pihak berkepentingan yang penting bagi syarikat ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

32



TOPIK 2

HUBUNGAN PEMEGANG KEPENTINGNAN

Jadi, bagaimanakah pihak berkepentingan yang relevan kepada organisasi dikenal pasti? Untuk mengenal pasti pihak berkepentingan yang relevan kepada organisasi, pengurus mesti memahami ciri-ciri pihak berkepentingannya. Seorang pengurus boleh mengenal pasti pihak-pihak yang relevan sebagai pihak berkepentingan berdasarkan elemen-elemen berikut: (a)

Kuasa pihak berkepentingan;

(b)

Kesahan pihak berkepentingan; dan

(c)

Kesegeraan pihak berkepentingan.

2.2.2

Kuasa Pihak Berkepentingan

Apakah yang dimaksudkan dengan istilah kuasa pihak berkepentingan? Berikut adalah maksudnya daripada Lawrence dan Weber. Kuasa pemegang kepentingan merujuk kepada kebolehan menggunakan sumber untuk mewujudkan sesuatu peristiwa atau mendapatkan sesuatu yang diingini. (Lawrence & Weber, 2011)

Pihak berkepentingan boleh mempunyai kuasa yang dikategorikan kepada tiga iaitu kuasa paksaan, utilitarian atau simbolik. (a)

Kuasa Paksaan Apakah maksud kuasa paksaan?

Kuasa paksaan adalah kuasa yang melibatkan penggunaan kuasa fizikal atau keganasan. (Thorne, Ferrell & Ferrell, 2008)

Kumpulan pihak berkepentingan seperti aktivis alam sekitar boleh mempunyai kuasa paksaan apabila mereka membantah polisi atau tindakan organisasi dengan memusnahkan kemudahan organisasi semasa melakukan bantahan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

HUBUNGAN PEMEGANG KEPENTINGNAN



33

Rajah 2.1 berikut menunjukkan satu contoh kuasa paksaan.

Rajah 2.1: Beberapa orang pencinta alam sekitar berhimpun untuk memberi sokongan terhadap perjuangan menyelamatkan Bumi Sumber: http://static.guim.co.uk

(b)

Kuasa Utilitarian Bagaimana pihak berkepentingan boleh mempunyai kuasa utilitarian? Pihak berkepentingan boleh mempunyai kuasa utilitarian apabila mereka berkuasa untuk mengawal sumber organisasi seperti kewangan atau bahan mentah (Thorne et al., 2008).

(c)

Kuasa Simbolik Bagaimana pula dengan kuasa simbolik? Pihak berkepentingan boleh memiliki kuasa simbolik apabila mereka mempunyai akses atau boleh menggunakan simbol-simbol atau prestij (Thorne et al., 2008). Sebagai contoh, surat yang ditulis oleh seorang menteri menggunakan kepala surat kementerian akan mempunyai kuasa simbolik berbanding surat biasa. Selain itu, Internet juga boleh menjadi satu bentuk kuasa simbolik apabila ia dapat menguasai perhatian media atau kerajaan.

AKTIVITI 2.2 Kenal pasti sekurang-kurangnya lima pihak berkepentingan organisasi anda. Terangkan jenis-jenis kuasa yang mereka miliki ke atas organisasi anda.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

34



2.2.3

TOPIK 2

HUBUNGAN PEMEGANG KEPENTINGNAN

Kesahan Pihak Berkepentingan

Tahukah anda apakah maksud istilah kesahan pihak berkepentingan? Berikut adalah penerangan yang menerangkan maksudnya. Kesahan pihak berkepentingan merujuk kepada sama ada tuntutan pihak berkepentingan boleh dijustifikasi atau sesuai dengan sesuatu konteks. Sesuatu tuntutan oleh pihak berkepentingan boleh dikira sah apabila ia dianggap munasabah oleh pihak berkepentingan lain serta masyarakat. (Thorne et al., 2008)

Sebagai contoh, adalah sah bagi para pelanggan untuk mengharap supaya organisasi menghasilkan produk yang selamat dimakan. Oleh itu, organisasi akan mengambil berat kebimbangan pengguna jika mereka menghadapi kritikan ramai terhadap bahan makanan yang tidak sihat. Bagi pihak pemegang saham, pelabur institusi dan ahli lembaga pengarah, mereka juga mempunyai tuntutan yang sah kerana mereka adalah tuan punya organisasi berdasarkan saham yang dimiliki.

2.2.4

Kesegeraan Pihak Berkepentingan

Apakah yang dimaksudkan dengan kesegeraan? Kesegeraan merujuk kepada berapa pantas organisasi perlu bertindak balas terhadap keperluan pemegang kepentingan.

Lebih tinggi kuasa yang dimiliki pihak berkepentingan, maka lebih tinggi kesahan isu mereka. Seterusnya, organisasi turut perlu bertindak balas lebih pantas terhadap isu yang ditimbulkan oleh mereka.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

HUBUNGAN PEMEGANG KEPENTINGNAN



35

Menurut Mitchell, Agel dan Wood (1997), kesegeraan sesuatu isu itu bergantung kepada dua faktor. Dua faktor tersebut dihuraikan dalam Rajah 2.2 berikut.

Rajah 2.2: Dua faktor penentu tindakan segera

SEMAK KENDIRI 2.2 Terangkan dengan ringkas elemen-elemen berikut: (a)

Kuasa pihak berkepentingan;

(b)

Kesahan pihak berkepentingan; dan

(c)

Kesegeraan pihak berkepentingan.

2.3

TANGGUNGJAWAB FIRMA TERHADAP PIHAK BERKEPENTINGANNYA

Apabila pengurus telah mengenal pasti pihak berkepentingan organisasi yang relevan, persoalan logik seterusnya adalah apakah tanggungjawab firma terhadap pihak berkepentingan berkenaan? Tanggungjawab organisasi terhadap pihak berkepentingan boleh dianggap sebagai tanggungjawab sosial korporat (TSK) firma yang akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam Topik 6 nanti.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

36

TOPIK 2



HUBUNGAN PEMEGANG KEPENTINGNAN

Tahukah anda bahawa tanggungjawab sosial sebuah organisasi merangkumi tanggungjawab ekonomi, undang-undang, etika dan dermawan? Empat tanggungjawab ini diterangkan dengan lebih lanjut dalam Jadual 2.2 berikut. Jadual 2.2: Tanggungjawab Sosial Organisasi Terhadap Pihak berkepentingannya Tanggungjawab

Penerangan  Berkeuntungan; dengan cara memaksimumkan jualan dan meminimumkan kos.

Ekonomi

 Memberi pulangan pelaburan yang memadai dan menarik. Undang-undang

 Mematuhi semua undang-undang dan peraturan seperti undang-undang alam sekitar, pekerjaan dan pengguna.

Etika

 Melakukan perkara yang betul, adil dan saksama. Menekankan kepimpinan etika dalam organisasi.  Melaksanakan kehendak minimum undang-undang.

Dermawan

 Mempamerkan sifat warga korporat yang baik; melibatkan diri dengan aktiviti sukarela.  Menyokong komuniti dengan menyediakan program-program pendidikan, khidmat kesihatan, budaya dan seni. Sumber: Carroll & Bichholtz (2006)

AKTIVITI 2.3 Andaikan anda memiliki sebuah firma. Terangkan tanggungjawab organisasi anda terhadap pihak berkepentingannya. Berikan beberapa contoh untuk menyokong penerangan anda.

2.4

MENGURUS HUBUNGAN PIHAK BERKEPENTINGAN

Akhir sekali, mari kita pelajari bagaimana mengurus hubungan dengan pihak berkepentingan. Tahukah anda terdapat beberapa langkah strategik yang boleh membawa kepada kejayaan organisasi dalam mengurus hubungan dengan pihak berkepentingan mereka? Carroll dan Buchholtz (2006) telah mengenal pasti tiga langkah strategik tersebut seperti yang dijelaskan dalam Jadual 2.3 berikut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

HUBUNGAN PEMEGANG KEPENTINGNAN

37



Jadual 2.3: Tiga Langkah Strategik untuk Kejayaan Hubungan Organisasi dengan Pihak Berkepentingan Langkah

Huraian

Integrasikan pengurusan pihak berkepentingan ke dalam falsafah, nilai dan visi firma

Kenal pasti misi, nilai dan norma organisasi. Kemudian, tentukan kumpulan pihak berkepentingan serta isu mana yang relevan kepada organisasi.

Bentuk penyataan visi atau nilai yang merangkumi pihak berkepentingan

Perkukuhkan komitmen organisasi terhadap berkepentingan melalui suatu kenyataan awam.

Laksanakan suatu sistem pengukuran prestasi pihak berkepentingan

Sistem sebegini harus boleh diaudit, diintegrasi dan dipantau apabila hubungan pihak berkepentingan bertambah baik. Pengukuran menandakan niat yang serius untuk mencapai sesuatu hasil. Kewujudan sistem ini juga akan memastikan supaya komitmen pihak berkepentingan kepada organisasi dapat dikekalkan.

pihak

LATIHAN 2.3 Sebutkan sama ada kenyataan berikut adalah benar atau pun palsu: 1.

Pemegang kepentingan terbahagi kepada dua kategori; primer dan sekunder.

2.

Sebuah organisasi hanya mempunyai tanggungjawab ekonomi, undang-undang dan etika terhadap pihak berkepentingannya.



Pihak berkepentingan adalah individu atau kumpulan yang boleh menjejaskan atau boleh terjejas oleh tindakan, keputusan, polisi dan amalan sesebuah organisasi.



Pihak berkepentingan boleh dikategorikan kepada dua iaitu pihak berkepentingan pasaran dan pihak berkepentingan bukan-pasaran.



Organisasi harus mengikut konsep pihak berkepentingan berdasarkan hujahhujah daripada tiga teori pihak berkepentingan; hujah deskriptif, hujah normatif dan hujah instrumental. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

38



TOPIK 2

HUBUNGAN PEMEGANG KEPENTINGNAN



Para pengurus hendaklah berhubung baik dengan pihak berkepentingan organisasi mereka. Kegagalan memenuhi keperluan pihak berkepentingan akan merosakkan reputasi firma dan akhirnya menjejaskan keuntungannya.



Sebuah organisasi mesti mengenal pasti pihak berkepentingan mereka dengan jelas untuk memastikan kesinambungan organisasi.



Seorang pengurus boleh mengenal pasti pihak berkepentingan firma yang relevan berdasarkan tiga elemen berikut: kuasa, kesahan dan kesegeraan para pihak berkepentingan.



Tanggungjawab organisasi terhadap pihak berkepentingannya merangkumi tanggungawab ekonomi, undang-undang, etika dan dermawan.



Langkah-langkah strategik yang boleh membawa kepada kejayaan organisasi dalam mengurus perhubungan mereka dengan pihak berkepentingan ialah: –

Integrasikan pengurusan pihak berkepentingan ke dalam falsafah, nilai dan visi firma;



Bentuk penyataan berkepentingan; dan



Laksanakan suatu sistem pengukuran prestasi pihak berkepentingan.

visi

atau

nilai

yang

merangkumi

pihak

Hujah deskriptif

Kuasa pihak berkepentingan

Hujah instrumental

Pihak berkepentingan

Hujah normatif

Pihak berkepentingan bukan-pasaran

Kesahan pihak berkepentingan

Pihak berkepentingan pasaran

Kesegeraan pihak berkepentingan

Pengurusan pihak berkepentingan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Topik  Sifat Etika

3

dalam Perniagaan Moden

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menjelaskan beberapa masalah etika dalam pengurusan;

2.

Menjelaskan lima ciri masalah etika dalam pengurusan;

3.

Menghuraikan tiga kaedah menganalisis masalah etika dalam pengurusan; dan

4.

Membincangkan etika dari perspektif Islam.

 PENGENALAN Topik ketiga ini akan meneliti pelbagai cara yang boleh digunapakai oleh organisasi untuk mencapai keseimbangan antara prestasi ekonomi dan prestasi sosial apabila berhadapan dengan dilema etika. Anda akan mempelajari ciri-ciri masalah etika, melihat beberapa contoh masalah etika pada masa kini dan bagaimana menganalisis masalah etika dalam pengurusan. Akhir sekali, anda juga akan mempelajari bagaimana etika dinilai dari sudut perspektif Islam.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

40



3.1

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

MASALAH ETIKA SEBAGAI MASALAH PENGURUSAN

Sedarkah anda bahawa masalah etika adalah masalah pengurusan? Ini adalah kerana ia merupakan konflik antara prestasi ekonomi dengan prestasi sosial organisasi. Oleh itu, suatu imbangan yang „betul‰ atau „sesuai‰ antara keduadua prestasi ini perlu diwujudkan. Namun, untuk mencapai keseimbangan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah kerana akan wujud dilema pengurusan. Subtopik seterusnya akan membincangkan dengan lebih lanjut ciri-ciri masalah etika dalam pengurusan.

3.2

CIRI-CIRI MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN

Menurut Hosmer (1991), terdapat lima ciri masalah etika dalam pengurusan seperti yang disenaraikan dalam Rajah 3.1 berikut.

Rajah 3.1: Lima ciri masalah etika dalam pengurusan

Mari kita lihat setiap ciri tersebut dengan lebih terperinci dalam Subtopik 3.2.1 hingga Subtopik 3.2.5. Huraian dalam subtopik-subtopik tersebut adalah berdasarkan buku „The Ethics of Management‰ oleh LaRue Tone Hosmer (1991).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

3.2.1

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN



41

Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat yang Berpanjangan

Sedarkah anda bahawa hasil daripada keputusan dan tindakan para pengurus itu tidak terhenti pada satu peringkat sahaja? Sebaliknya, ia adalah berpanjangan sehingga ke seluruh lapisan masyarakat, dan pemanjangan inilah menjadi asas kepada hujah etika. Hujah ini mengatakan bahawa keputusan pengurus mempunyai impak ke atas mereka yang berada di dalam organisasi dan juga di luar organisasi iaitu masyarakat. Oleh kerana impak di luar organisasi adalah di luar kawalan mereka, para pengurus perlu mempertimbangkan setiap keputusan mereka dengan teliti dan serius. Sebagai contoh: (a)

Rasuah mengubah proses-proses kerajaan;

(b)

Pencemaran menjejaskan kesihatan persekitaran; dan

(c)

Produk tidak selamat memusnahkan nyawa.

Kebanyakan orang dapat mengenali akibat jangka panjang yang terhasil daripada tindakan pengurus tanpa banyak bantahan. Jika terdapat bantahan, ia biasanya timbul daripada kewujudan alternatif yang pelbagai, hasil yang bercampur, akibat yang tidak pasti dan implikasi peribadi. Ciri-ciri alternatif ini akan menambah kerumitan proses pembuatan keputusan berkenaan tindakan tersebut. Oleh itu, mari kita pelajari dengan lebih lanjut empat lagi ciri masalah etika yang memainkan peranan signifikan dalam pengurusan sebuah organisasi.

3.2.2

Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Alternatif yang Pelbagai

Umumnya, isu-isu etika dalam pengurusan diandaikan sebagai suatu dikotomi ‒ terbahagi kepada pilihan sama ada „ya‰ atau „tidak‰ sahaja ‒ tanpa sebarang alternatif lain. Sebagai contoh, sesetengah orang menganggap bahawa organisasi menghadapi persoalan yang berbentuk jelas dan mudah seperti berikut: (a)

Haruskah pengurus memberi rasuah atau tidak?

(b)

Haruskah kilang mencemar udara atau tidak?

(c)

Haruskah syarikat mengeluarkan produk tidak selamat atau sebaliknya? Copyright © Open University Malaysia (OUM)

42



TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

Walau bagaimanapun, persoalan-persoalan tadi tidak menunjukkan situasi sebenar yang dihadapi dalam organisasi perniagaan. Walaupun rangka kerja dikotomi menyampaikan isu-isu etika dengan jelas, ia tidak mencerminkan dilema yang dihadapi oleh pengurus secara tepat. Oleh itu terdapat pelbagai alternatif yang perlu dipertimbangkan apabila membuat pilihan etika.

3.2.3

Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Hasil yang Bercampur

Isu-isu etika dalam pengurusan umumnya dianggap (pada sebahagian besarnya) sebagai bersifat antitesis di mana pulangan kewangan adalah bertentangan secara langsung dengan kos sosial. Sebagai contoh: (a)

Merasuah secara tidak langsung. Namun dapat mengekalkan jumlah jualan barangan import kerana barangan boleh diterima dengan segera;

(b)

Mencemar udara atau air. Namun dapat mengelak kos memasang dan mengendali peralatan kawal pencemaran; dan

(c)

Reka bentuk suatu produk yang kurang selamat. Namun dapat mengurangkan kos bahan dan tenaga kerja pengeluaran.

Seperti juga rangka kerja dikotomi, model antitesis menilai akibat dengan cara menunjukkan isu-isu etika melalui fokus yang jelas. Namun ia tidak menggambarkan dilema pengurusan secara tepat. Faedah-faedah sosial dan kos serta pendapatan dan perbelanjaan kewangan juga perlu diambil kira kerana ia berhubung kait dengan kesemua alternatif dalam pilihan etika.

AKTIVITI 3.1 Anda adalah pemilik sebuah organisasi. Anda berhasrat untuk membangunkan suatu produk yang canggih untuk memenuhi keperluan masyarakat. Untuk menghasilkan produk tersebut, organisasi anda perlu menjalankan beberapa ujian yang akan mencemar kualiti udara. Bagaimanakah cara anda menangani situasi ini berdasarkan ciri „alternatif yang pelbagai‰ untuk membuat pilihan etika?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

3.2.4

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN



43

Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat yang Tidak Pasti

Umum berpendapat bahawa isu-isu etika dalam pengurusan adalah bersifat bebas daripada risiko serta ketidakpastian di mana akibat bagi setiap alternatif boleh diketahui. Sebagai contoh: (a)

Jika merasuah, syarikat akan menerima barangan yang diimport dengan segera;

(b)

Jika melabur dengan membeli peralatan kawal-pencemaran, pencemaran akan dikurangkan; dan

(c)

Jika menghasilkan produk paling selamat, sejumlah kos tambahan tertentu perlu ditambah bagi setiap unit.

Model berketentuan yang sedemikian iaitu tanpa kebarangkalian akan memudahkan proses menganalisis. Namun ia tidak menjelaskan dilema pengurusan secara tepat. Sebagai contoh, ia tidak menyatakan akibatnya jika keputusan untuk tidak merasuah pegawai kastam diambil. Selain itu, akibat bagi kebanyakan pilihan etika juga tidak dijelaskan.

3.2.5

Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Implikasi Peribadi

Anda tentu sedar bahawa kebanyakan keputusan etika mempunyai implikasi peribadi. Mengikut fikiran umum, sebahagian besar isu-isu etika dalam pengurusan adalah bersifat bukan peribadi dan terpisah daripada kehidupan dan kerjaya para pengurus. Kebanyakan orang percaya bahawa keputusan yang dianggap beretika dalam sesuatu operasi boleh mengurangkan keuntungan syarikat tetapi tidak menjejaskan gaji pegawai-pegawai eksekutif atau peluang kenaikan pangkat mereka. Walau bagaimanapun, kawalan pengurusan telah direka bentuk untuk mencatat prestasi kewangan operasi dan bukannya kualiti etika terhadap keputusankeputusan yang diambil ke arah mencapai prestasi kewangan tersebut. Kebanyakan sistem insentif juga adalah berdasarkan kawalan yang sama. Sebagai contoh: (a)

Laporan suku tahunan yang menguntungkan serta menyenangkan akan diterima jika hasil jualan barangan import dapat dikekalkan pada paras yang dijangka, walaupun jumlah perbelanjaan meningkat sedikit akibat memberi rasuah. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

44



(b)

Pulangan pelaburan modal akan lebih hampir kepada peratusan yang dirancang jika pemasangan peralatan mengawal pencemaran ditangguhkan.

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

Suatu model yang bersifat bukan peribadi tentu memudahkan proses membuat keputusan ke atas isu-isu etika, tetapi ia tidak menjelaskan dilema pengurusan secara tepat. Faedah dan kos kepada individu, termasuk faedah dan kos kewangan dan sosial, adalah berkait dengan kebanyakan alternatif keputusan etika. Anda telah pun selesai mempelajari lima ciri masalah etika dalam pengurusan. Sebelum kita beralih ke subtopik seterusnya, cuba anda buat latihan berikut untuk menambah pemahaman anda.

LATIHAN 3.1 1.

Bagaimanakah masalah etika timbul dalam pengurusan? Terangkan bagaimana anda mengatasi sesuatu masalah etika dengan menggunakan satu contoh.

2.

Senaraikan ciri-ciri masalah etika dalam pengurusan.

3.3

CONTOH-CONTOH MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN

Apakah contoh-contoh yang boleh menggambarkan masalah etika? Mari kita lihat beberapa isu yang menimbulkan masalah dalam etika. Anda harus ingat bahawa kandungan moral setiap masalah adalah berbeza. Malah kita juga akan berbeza pendapat mengenainya. Piawaian moral antara individu adalah berbeza-beza kerana sistem kepercayaan etika, nilai atau keutamaan, keyakinan terhadap perkara yang dianggap penting dan asas piawaian moral mereka juga adalah berbeza. Kepercayaan ini bergantung kepada latar belakang keluarga, warisan budaya, pengalaman pendidikan setiap orang dan faktor-faktor lain.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN



45

Namun perbezaan kepercayaan etika adalah tidak penting untuk kita bincangkan dalam topik ini. Perkara yang lebih penting adalah mengakui bahawa ia boleh mendatangkan kesan buruk kepada ramai orang. Ia boleh mencedera atau memudaratkan orang lain dengan cara yang di luar kawalan mereka yang berpegang kepada kepercayaan etika tersebut. Keadaan cedera atau mudarat yang tidak terkawal ini merupakan elemen asas dalam dilema etika pengurusan. Keadaan tersebut wujud dalam contoh-contoh berikut: (a)

Paras Harga Harga dilihat sebagai suatu keputusan ekonomi yang berdasarkan kos dan permintaan. Walau bagaimanapun, paras harga boleh mendatangkan kesan buruk kepada sesetengah pelanggan. Dalam industri perbankan contohnya, gabungan faktor pengurangan kawal selia kerajaan dengan faktor persaingan antara firma khidmat kewangan lain telah memberi impak yang pelbagai. Firma kewangan biasanya membayar kadar faedah yang sederhana tinggi ke atas wang simpanan pelanggan. Walau bagaimanapun, manfaat kadar faedah tersebut dinikmati terutamanya oleh pelanggan yang mempunyai jumlah simpanan yang besar. Untuk mengimbangi pertambahan faedah yang perlu dibayar bagi menarik penyimpan besar serta mencerminkan kos sebenar perkhidmatan, kebanyakan bank telah menaikkan yuran yang dikenakan kepada pelanggan kecil.

(b)

Mesej Pengiklanan Tahukah anda bahawa dalam pengiklanan, kebenaran adalah suatu isu yang kompleks? Terdapat dua situasi yang mengurangkan keberkesanan mesej pengiklanan iaitu: (i)

Iklan televisyen atau majalah yang menyampaikan kebenaran secara tegar (setiap kenyataan disokong oleh kajian saintifik) adalah membosankan dan mungkin tidak berkesan.

(ii)

Iklan televisyen atau majalah yang langsung tiada kebenaran (dengan diiringi dakwaan yang melulu dan berlebihan) adalah menyalahi undang-undang dan tidak berkesan.

Sedarkah anda bahawa terdapat pelbagai tahap kebenaran dan penipuan yang berbeza-beza antara dua situasi ekstrem tadi? Walau bagaimanapun masalah utama dalam mesej pengiklanan adalah untuk menggariskan had yang sesuai antara dua tindakan ekstrem tersebut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

46



(c)

Promosi Produk Tahukah anda bahawa promosi juga adalah satu bentuk pengiklanan? Terdapat juga promosi yang berbentuk tawaran hadiah-hadiah „percuma‰ dan potongan harga untuk menarik pelanggan.

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

Contohnya seperti yang dilakukan dalam industri penerbangan. Sebagai langkah menghadapi impak pembatalan kawal selia kerajaan ke atas industri penerbangan, syarikat-syarikat penerbangan telah melaksanakan promosi produk dalam bentuk penerbangan tambahan dan penginapan percutian. Promosi ini ditawarkan kepada penumpang-penumpang yang „kerap terbang‰ melebihi suatu jarak penerbangan tahunan yang ditetapkan oleh pihak syarikat penerbangan berkenaan. Kebanyakan penumpang yang kerap terbang adalah untuk tujuan perniagaan. Faedah diberikan kepada penumpang yang memilih syarikat penerbangan dan membayar harga tiket mereka; bukannya kepada syarikat yang menjana jumlah trafik (jumlah penumpang serta jarak penerbangan terbanyak). Kos bagi faedah-faedah ini ditanggung oleh penumpangpenumpang biasa yang tidak kerap menggunakan khidmat penerbangan. (d)

Keadaan Tempat Kerja Bagi ramai tenaga kerja kasar dan perkeranian, keadaan tempat kerja mereka adalah tidak ideal. Paras suhu, kelembapan atau bunyi bising mungkin terlalu tinggi; pengalihan udara dan cahaya mungkin tidak memadai disertai dengan asap dan debu di sesetengah tempat kerja. Walaupun undang-undang negeri dan persekutuan telah mengharamkan keadaan mudarat serta bahaya ini, masih terdapat banyak ruang untuk memperbaiki keadaan tempat kerja golongan berkenaan.

(e)

Khidmat Pelanggan Sejak beberapa tahun ini, kualiti produk yang menurun merupakan masalah dalam banyak industri. Sebagai contoh, penurunan kualiti dalam industri automobil telah menghasilkan produk yang kurang efektif di mana terdapat bermacam-macam kecacatan ketara yang boleh mengakibatkan masalah besar kepada pembeli. Ini mengakibatkan pengguna tidak dapat bergantung kepada kenderaan mereka bagi tujuan pengangkutan pergi dan balik kerja atau temu janji perubatan, membeli-belah, perjumpaan keluarga dan lain-lain.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

(f)

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN



47

Pengurangan Tenaga Kerja Terdapat banyak syarikat besar bertindak mengurangkan saiz dan kos operasi untuk membentuk suatu pasukan pengurusan yang lebih „kecil, padat dan hebat„. Pada umumnya, operasi mengurangkan pekerja merupakan tindak balas terhadap tekanan persaingan. Walau bagaimanapun, ia merupakan kos kepada pekerja-pekerja yang terpaksa diberhentikan.

(g)

Pencemaran Alam Sekitar Walaupun umum mengetahui bahawa pembuangan sisa toksik boleh mengakibatkan kemusnahan alam sekitar dan bertentangan dengan undang-undang, kesalahan ini masih dilakukan oleh sesetengah syarikat dengan meluas.

(h)

Hubungan Komuniti Sebuah syarikat besar dalam sesebuah komuniti setempat memiliki kuasa ekonomi yang besar. Lebih-lebih lagi jika ia mempunyai banyak kilangkilang di lokasi lain dan berupaya memindahkan kerja atau pekerjaan di antara pelbagai lokasi. Oleh itu, kuasa ekonomi ini sering digunakan untuk menuntut potongan cukai. Ini akan memberi impak langsung ke atas penduduk komuniti setempat apabila kadar cukai mereka dinaikkan atau perkhidmatan dikurangkan.

(i)

Hubungan Pembekal Firma pengeluar yang lebih besar mempunyai kuasa ekonomi dalam komuniti di mana mereka beroperasi. Selain itu, mereka juga berkuasa ke atas pembekal-pembekal kecil yang membekalkan bahan mentah, alat-alat bahagian dan bekalan umum kepada mereka. Berdasarkan huraian ini, kita dapat simpulkan bahawa kuasa ekonomi merupakan suatu konsep yang sukar didefinisikan tetapi mudah dikenali.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

48



3.4

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

ANALISIS MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN

Bagaimanakah caranya kita menguruskan masalah-masalah yang berkaitan dengan etika? Anda mungkin menganggap sesetengah contoh yang telah disebut dalam Subtopik 3.3 tadi sebagai situasi yang mudah diurus, manakala bagi sesetengah yang lain sebagai contoh penyalahgunaan kuasa atau kedudukan yang melampau. Namun keputusan-keputusan etika adalah lebih sukar untuk dibuat apabila seseorang itu terlibat secara langsung dalam situasi berkenaan. Keputusan etika bukanlah pilihan antara betul atau salah yang mudah dibuat. Ia merupakan suatu pertimbangan kompleks untuk mengimbangi prestasi ekonomi sesebuah organisasi dengan prestasi sosialnya. Keseimbangan ini perlu wujud. Jadi, bagaimanakah caranya untuk mewujudkan keseimbangan ini? Kita boleh mencapainya melalui tiga kaedah analisis yang relevan bagi menyelesaikan dilema etika dalam pengurusan (Rajah 3.2).

Rajah 3.2: Tiga kaedah analisis masalah etika dalam pengurusan

Mari kita lihat bagaimana tiga kaedah ini diaplikasikan untuk mewujudkan keseimbangan antara prestasi ekonomi dengan sosial dengan menggunakan contoh pengurangan tenaga kerja dan penutupan kilang. Tiga kaedah analisis ini digunakan untuk menyelesaikan dilema etika dalam pengurusan seperti yang dihuraikan dalam Jadual 3.1 berikut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN



49

Jadual 3.1: Kaedah Analisis Masalah Etika Kaedah Analisis Ekonomi

Penerangan Kita boleh melihat masalah etika dari sudut pendekatan mikroekonomi; iaitu dengan bergantung kepada kuasa-kuasa pasaran yang bersifat bukan peribadi untuk memutuskan antara prestasi ekonomi dan sosial. Adalah tidak menyenangkan jika para pekerja hilang pekerjaan apabila pengurangan tenaga kerja dan penutupan kilang berlaku. Walau bagaimanapun, terdapat pasaran buruh di mana pekerja boleh diambil bekerja semula dengan syarat mereka sanggup menyesuaikan permintaan ganjaran mereka dengan keadaan pasaran. Kepercayaan dasar kaedah ini adalah bahawa sebuah ekonomi pasaran itu mempunyai jumlah sumber yang terhad. Apabila pengguna dibekalkan barangan berkualiti paling tinggi pada kos yang paling rendah, maka sumber-sumber telah digunakan dengan paling cekap serta berkesan.

Analisis UndangUndang

Kita boleh juga melihat masalah etika melalui pendekatan rangka kerja undang-undang; iaitu bergantung kepada kuasa-kuasa sosial yang bersifat bukan-peribadi untuk menentukan yang mana „betul‰ dan „salah‰. Pengurangan tenaga kerja dan penutupan kilang memang tidak menyenangkan, tetapi masyarakat tidak pernah merasakan bahawa ia begitu memudaratkan orang-orang yang terlibat sehingga memerlukan suatu undang-undang untuk mencegahnya. Sekiranya ia menjadi satu masalah besar, undang-undang boleh dibentuk untuk menangani situasi tersebut. Kepercayaan yang menjadi dasar kaedah ini ialah bahawa sebuah masyarakat berdemokrasi boleh menubuhkan peraturannya sendiri. Jika orang-orang dan organisasi mematuhi peraturannya, anggota masyarakat berkenaan akan mendapat perhatian seberapa adil yang mungkin.

Analisis Etika

Kita boleh melihat masalah etika menggunakan struktur falsafah normatif; iaitu bergantung kepada prinsip-prinsip asas untuk memutuskan antara „betul‰ dan „salah‰. Kita boleh mengira „kebaikan terbanyak untuk golongan terbanyak‰ dan menggunakannya sebagai dasar keputusan apabila pengurangan tenaga kerja dan penutupan kilang berlaku. Kepercayaan dasarnya adalah jika semua lelaki dan wanita yang rasional dalam sesebuah masyarakat bertindak atas prinsip kemurahan hati atau sifat konsisten yang sama, maka anggota masyarakat berkenaan akan mendapat perhatian seberapa adil yang mungkin.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

50



TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

Sekarang mari kita cuba aplikasikan apa yang telah dipelajari dalam subtopik ini kepada soalan-soalan berikut.

LATIHAN 3.2 1.

Apakah tiga kaedah yang digunakan untuk menganalisis masalah etika dalam pengurusan? Terangkan secara ringkas setiap satu kaedah analisis berkenaan.

2.

Senaraikan tiga masalah etika dalam pengurusan.

3.5

ETIKA DALAM ISLAM

Akhir sekali, mari kita pelajari tentang etika dari sudut perspektif Islam. Ini adalah kerana kita perlu melihat etika dari perspektif lain dan tidak hanya melihatnya dari satu perspektif tunggal sahaja. Terdapat dua kaedah yang boleh digunakan untuk menerangkan aspek utama pemikiran etika dalam Islam secara terperinci iaitu: (a)

Kaedah sejarah atau mendatar yang menjejaki perkembangannya mengikut garisan kronologi; atau

(b)

Kaedah analitik atau skema yang menjelaskan tema-tema etika utama secara menegak.

Kadangkala terdapat juga individu yang mempersoalkan sama ada terdapat perkara yang boleh dipanggil sebagai "etika Islam". Ini adalah kerana mereka agak kabur tentang tahap perundangan dan ritualisme dalam agama serta institusi hidup umat Islam. Mereka juga hairan mengapa sumbangan para penulis Islam dalam isu etika tidak setanding dengan sumbangan orang lain dalam bidang kesusasteraan, linguistik, falsafah, sejarah, teologi dan sains. Sebenarnya ada bahan etika dalam pemikiran Islam di mana terdapat usaha yang sederhana untuk membawanya ke aliran semasa.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

3.5.1

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN



51

Suatu Mesej Universal

Terdapat tiga teras kepercayaan dalam pendekatan Islam yang menyeluruh. Tiga teras tersebut dijelaskan dalam Rajah 3.3 berikut.

Rajah 3.3: Tiga teras dalam pendekatan Islam yang menyeluruh

Disebabkan oleh teras-teras tersebut, Islam dianggap sebagai universal dan abadi. Oleh itu, ia sesuai untuk semua orang di mana jua mereka berada. Islam bukan suatu agama baru tetapi adalah sambungan wahyu Tuhan sejak zaman Nabi Ibrahim a.h. sehinggalah kepada nabi terakhir yang diutus untuk umat manusia, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Dalam al-QurÊan ada dinyatakan secara eksplisit bahawa Islam adalah penyambung serta penutup agama Maha Pencipta untuk manusia.

3.5.2

Syariah

Sebelum kita membincangkan aspek-aspek etika dalam Islam, mari kita lihat dahulu apakah yang dimaksudkan dengan syariah. Syariah ialah undang-undang Islam berdasarkan al-QurÊan.

Panduan etika adalah paling terangkum dan universal dalam hukum syariah. Panduan ini terkandung dalam al-QurÊan yang menghendaki seorang Muslim sentiasa (dalam semua keadaan) bertindak sopan, baik hati dan menjauhi salah laku.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

52



TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

Tahukah anda bahawa pengertian panduan yang menyeluruh ini adalah serupa dengan apa yang disebut oleh Aristotle? Menurut Aristotle, „Jangan memudaratkan orang lain dan berurusanlah dengan mereka seperti mana seseorang ingin orang lain berurusan dengannya‰. Mesej asas Maha Pencipta boleh didapati dalam semua wahyuNya kepada umat manusia seperti: (a)

Peraturan Kristian; Peraturan Keemasan yang terkenal dari kitab New

Testament: „Lakukan kepada orang lain seperti mana anda ingin orang lain lakukan kepada anda‰. (b)

Peraturan Islam:

„Tiada siapa antara kamu adalah beriman sehinggalah ia menghendaki untuk saudaranya apa yang ia sendiri kehendaki‰. (c)

Peraturan Buddhisme:

„Jangan menyakiti orang lain dengan cara yang kamu sendiri dapati menyakitkan‰. (d)

Peraturan agama Yahudi:

„Apa yang kamu benci, jangan lakukan ke atas sesama manusia. Itulah seluruh agama; lain-lainnya adalah ulasan‰.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN



53

Selain pengajaran asas yang sama dikongsi dengan tradisi etika ulung lain, syariah mengatur kebanyakan aspek perhubungan; dari perhubungan Maha Pencipta dengan manusia sehinggalah perkara-perkara intim dalam perhubungan antara perseorangan. Oleh kerana syariah merupakan suatu sistem perundangan yang komprehensif, peraturan menterjemah dan teknik-teknik menterjemah adalah penting. Ini adalah kerana terdapat beberapa pendirian dan mazhab yang telah dibangunkan di kalangan umat Islam sejak berkurun-kurun lepas bersumberkan al-Qur'an dan hadis.

3.5.3

Perdagangan dan Perniagaan

Perdagangan dan perniagaan adalah dua aktiviti penting dalam tradisi etika Islam. Perkembangan dakwah Islam adalah melalui individu di mana ini merupakan satu hasil penting daripada aktiviti perdagangan. Orang-orang Arab beragama Islam yang terkenal dalam perdagangan. Kelebihan mereka dalam bidang pelayaran, pembinaan kapal, astronomi dan alat ukuran saintifik membuatkan perdagangan Arab dan Islam berkembang dan tersebar ke seluruh dunia. Selain itu, kedudukan dunia Islam pada peringkat awal berada di tengah-tengah laluan perdagangan dari Mediterranean, Teluk Parsi, Afrika Timur, Benua Kecil India sehingga ke negara China. Disebabkan hubungan perdagangan ini, sejumlah besar perkataan Arab berkaitan perdagangan telah diserap ke dalam pelbagai bahasa Barat. Perlu diingat bahawa pedagang Arab tidak mungkin berjaya tanpa satu pegangan yang kukuh. Mereka berjaya mengembangkan kepercayaan serta perdagangan mereka dengan mengamalkan apa yang kini kita kenali sebagai etika perniagaan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

54



3.5.4

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

Ajaran-Ajaran Amalan Ekonomi

Sedarkah anda bahawa tanpa suatu kesatuan dalam kuasa perundangan dan kehakiman di kalangan umat Islam, amalan akan menjadi berbeza? Malah penguatkuasaan perundangan dan kehakiman juga boleh dikatakan tidak wujud. Ini adalah kerana kepelbagaian antara umat Islam telah menghasilkan adat, kelakuan dan jangkaan yang berbeza-beza terhadap hubungan perniagaan. Secara umumnya pengertian ekonomi dan perniagaan Islam mempunyai banyak persamaan dengan pendekatan ekonomi pasaran berasaskan perusahaan bebas dan sektor swasta di mana mereka tidak mengenepikan hak masyarakat untuk mengenakan sesuatu sekatan demi kebaikan bersama. Syariah mengakui hak memiliki harta persendirian tetapi mengekalkan hak komuniti dalam apa yang disebut sebagai eminent domain atau kepentingan bersama. Sebenarnya, salah satu pertimbangan penting etika tentang harta adalah mengizinkan penggunaan harta tetapi melarang salahguna dan pembazirannya. Dalam sebuah hadis oleh Nabi Muhammad s.a.w., Baginda mengatakan bahawa 9/10 daripada kurniaan Tuhan, termasuk pendapatan, boleh didapati daripada perdagangan. Kenyataan ini jelas menerangkan dorongan umat Islam sejak berkurun-kurun dahulu untuk memenuhi keperluan ekonomi mereka melalui perdagangan. Mereka bukan hanya meraih keuntungan sebagai sesuatu yang sah, tetapi juga sebagai satu cara yang baik untuk melibatkan diri dalam apa jua jenis industri. Walaupun mengusahakan keuntungan merupakan sebahagian besar aktiviti umat Islam, ia haruslah diperoleh melalui cara yang dibenarkan. Keuntungan tidak boleh melampaui kewajipan persaudaraan, perpaduan dan amal jariah. Untung juga tertakluk kepada keperluan berzakat, iaitu satu bentuk cukai yang dikenakan ke atas umat Islam. Syariah membezakan peraturan berkelakuan antara „halal‰ dan „haram‰, iaitu yang mana dibenarkan dan yang mana dilarang. Perbezaan antara „halal‰ dan „haram‰ juga menetapkan antara perkara yang sah dan tidak sah. Contoh keuntungan yang diharamkan boleh ditunjukkan melalui amalan ribaÊ (usury), iaitu tambahan yang dikenakan ke atas hutang atau pertukaran barangan apabila tempohnya ditangguh. Ia juga membawa maksud pengambilan suatu kadar faedah yang telah ditetapkan terlebih dahulu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN



55

Seorang Muslim dibenarkan mengambil untung hanya daripada hasil kerjanya, atau modal yang risikonya ditanggung bersama. Oleh itu, berjudi adalah dilarang kerana mendapat untung dari kesusahan atau kesengsaraan orang lain dan ia adalah berdosa.

3.5.5

Kewajipan Kewarakan

Menunaikan kewajipan secara jujur adalah bertepatan dengan prinsip-prinsip etika perniagaan dalam Islam. Ia bukan hanya dituntut tetapi tidak boleh dipisahkan daripada kewajipan umum sebagai seorang Muslim seperti yang telah diterangkan dalam ayat 177, surah al-Baqarah.

„Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, – kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian.‰ Perjanjian adalah ikatan paling penting antara sesama Muslim, serta antara Muslim dengan bukan Muslim seperti yang disebut dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w. berikut:

„Penjual dan pembeli mempunyai pilihan (untuk membatalkan perjanjian), selagi mereka belum berpisah; kemudian jika kedua mereka bercakap benar dan menyatakannya, urus niaga mereka akan diberkati, tetapi jika mereka berahsia dan bercakap bohong, keberkatan ke atas urus niaga mereka akan dihapuskan.‰ Sumber: http://aaiil.org/text/had/manhad/ch22had.shtml 

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

56



TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

Oleh itu, sebarang kecacatan pada barang yang dijual mestilah dinyatakan. Sekiranya terdapat kecacatan yang tersembunyi, kontrak atau perjanjian yang dibuat adalah terbatal. Nabi Muhammad s.a.w. seterusnya mengatakan bahawa: „Pedagang yang paling benar dan jujur adalah bersama nabi dan merekamereka yang benar dan syahid.‰ Oleh itu, menunaikan kewajipan dengan jujur dan bertepatan dengan prinsipprinsip etika perniagaan bukan sahaja dituntut tetapi tidak boleh dipisahkan daripada kewajipan umum seorang Muslim. Menunaikan kewajipan juga merangkumi kepercayaan bersifat lurus dan tidak mengambil kesempatan yang tidak wajar ke atas orang lain. Keadilan dianggap sebagai alat serta matlamat, tanpa mengira realiti praktikalnya. Kejujuran pula bukan hanya suatu kebaikan tetapi suatu sifat yang dituntut ke atas setiap Muslim.

3.5.6

Kesimpulan

Kualiti serta sifat yang telah disebut dalam subtopik-subtopik lepas adalah sangat signifikan kerana Nabi Muhammad s.a.w. sendiri merupakan seorang pedagang yang hidupnya harus dicontohi. Lima belas abad yang lalu, Islam adalah suatu revolusi rohaniah, sosial dan undang-undang. Potensinya untuk mempengaruhi kemajuan dengan positif tetap tidak berubah. Ini merupakan kepercayaan golongan Muslim liberal yang sedar dan tidak mempunyai pandangan regresif terhadap agama dan sejarah. Sesungguhnya Islam, semasa zaman kegemilanganya dari abad ke-7 sehingga 12, tidak menindas dan tidak regresif. Sebaliknya, ia adalah suatu kuasa progresif, yang bersifat kemanusiaan dan mengajak manusia ke arah pembaharuan dan keadilan. Para cendekiawan Islam daripada pelbagai latar belakang tidak menganggap Islam sebagi suatu agama yang berkembang, tetapi sebagai agama dan sistem perundangan di mana aplikasinya perlu dikembangkan. Sesungguhnya, dengan peruntukan al-QurÊan dan tafsirannya yang berdisiplin tinggi, Islam boleh menyediakan penyelesaian bagi masalah-masalah ekonomi, etika dan sosial semasa yang terdapat dalam masyarakat Islam.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN



57

LATIHAN 3.3 1.

Bagaimanakah caranya untuk mencapai keseimbangan antara prestasi ekonomi dan sosial apabila berhadapan dengan suatu dilema etika? Berikan satu contoh dan aplikasikan kaedah-kaedah analitik untuk menganalisisnya berdasarkan maklumat yang telah anda pelajari.

2.

„Masalah etika dalam pengurusan adalah kompleks disebabkan akibat yang berpanjangan, alternatif yang pelbagai, kesudahan yang bercampur, akibat yang tidak pasti dan implikasi peribadi.‰ Bincangkan pernyataan ini.



Kebanyakan keputusan etika mempunyai (i) akibat yang berpanjangan, (ii) alternatif yang pelbagai, (iii) hasil yang bercampur, (iv) akibat yang tidak pasti dan (v) implikasi peribadi.



Piawaian moral berbeza di antara individu kerana sistem-sistem kepercayaan etika, nilai atau keutamaan, keyakinan orang-orang tentang apa yang dianggap penting yang menjadi dasar piawaian moral mereka turut berbeza.



Terdapat tiga kaedah analisis yang boleh membantu kita mencapai imbangan yang sesuai antara prestasi ekonomi dengan sosial, iaitu: –

Ekonomi (berdasarkan kuasa-kuasa pasaran yang bersifat bukanperibadi);



Undang-Undang (berdasarkan kuasa-kuasa sosial yang bersifat bukanperibadi); dan



Etika (berdasarkan prinsip dan nilai peribadi).



Prinsip-prinsip panduan utama berkenaan isu-isu etika Islam terkandung dalam syariah.



Syariah mengatur kebanyakan aspek perhubungan, dari perhubungan Maha Pencipta dengan manusia sehingga perkara-perkara intim dalam perhubungan antara perseorangan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

58



TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

Akibat yang berpanjangan

Analisis undang-undang

Akibat yang tidak pasti

Implikasi peribadi

Alternatif yang pelbagai

Hasil yang bercampur

Analisis ekonomi

Masalah etika

Analisis etika

Syariah

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Topik

4



Etika Pengurusan dan Kedaulatan Undang-undang

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menyatakan maksud dan kepentingan undang-undang;

2.

Membincangkan bagaimana undang-undang boleh digunakan tindakan sebagai panduan keputusan dengan pengurusan apabila berhadapan dengan dilema etika;

3.

Menjelaskan lima ciri dalam undang-undang;

4.

Menerangkan hubungan antara undang-undang piawaian moral; dan

5.

Menghuraikan empat proses dalam pembentukan undang-undang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

60



TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

 PENGENALAN Pernahkah anda menghadapi situasi di mana anda perlu memutuskan antara dua pilihan yang sukar seperti yang digambarkan dalam Rajah 4.1?

Rajah 4.1: Dilema etika Sumber: http://www.cartoonstock.com

Pernahkah anda mendengar istilah dilema moral? Apakah maksudnya? Rajah 4.1 menggambarkan dilema etika atau dilema moral yang dihadapi oleh seorang pakar psikiatri. Walaupun dia berasa bahawa pesakitnya memerlukan rehat yang cukup, namun, dia bimbang tentang caj yang perlu dikenakannya; lebih lama pesakit berada di bilik kaunselingnya, maka lebih tinggi jumlah yang perlu dibayar oleh pesakit. Oleh itu, topik keempat ini akan memfokuskan kepada isu-isu yang berkaitan dengan undang-undang sebagai panduan untuk pengurus dalam membuat keputusan dan tindakan apabila berhadapan dengan dilema etika. Isu-isu yang berkaitan dengan undang-undang yang akan dibincangkan dalam topik ini ialah: (a)

Kedaulatan undang-undang;

(b)

Undang-undang sebagai panduan pilihan moral;

(c)

Ciri-ciri undang-undang;

(d)

Keperluan undang-undang dan piawaian moral;

(e)

Pembentukan undang-undang; dan

(f)

Kedaulatan undang-undang sebagai asas pilihan moral. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

4.1

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 

61

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Subtopik pertama ini akan membincangkan kepentingan undang-undang sebagai asas bagi keputusan pengurusan apabila dilema etika berlaku. Oleh itu, kita perlu mengetahui apakah maksud undang-undang secara umum. Undang-undang ialah set peraturan yang ditubuhkan oleh masyarakat untuk mengawal kelakuan dalam masyarakat tersebut.

Berdasarkan definisi umum undang-undang, kita boleh menggunakannya sebagai asas apabila menghadapi konflik dalam organisasi iaitu ketika perlu memilih antara prestasi ekonomi dengan prestasi sosial. Kita harus menyerahkan kepada undang-undang untuk memutuskan sebarang keputusan, terutamanya dalam sesebuah masyarakat berdemokrasi di mana undang-undang itu jelas mewakili keputusan kolektif seluruh anggota masyarakat. Kita harus mematuhi keputusan kolektif ini dan tidak mencuba untuk menegakkan pendapat sendiri. Terdapat pelbagai contoh undang-undang yang mencerminkan keputusan-keputusan moral kolektif ini untuk rujukan anda.

4.2

UNDANG-UNDANG SEBAGAI PANDUAN KEPADA PILIHAN MORAL

Sedarkah anda bahawa sebagai pengurus, anda tidak boleh bergantung kepada ketetapan pasaran sebagai panduan bagi anda membuat keputusan dan tindakan pengurusan dalam sesuatu dilema etika? Bagaimana pula dengan undangundang? Bolehkah kita bergantung kepadanya? Anda perlu sedar bahawa hujah undang-undang sangat berbeza daripada ketetapan pasaran. Mari kita lihat apa yang dimaksudkan dengan istilah „hujah undang-undang‰. Hujah undang-undang merujuk kepada set peraturan yang tertubuh dalam sesebuah masyarakat. Peraturan-peraturan ini mencerminkan pilihan kolektif anggota masyarakat berhubung sebarang keputusan dan tindakan yang memberi kesan kepada kebajikannya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

62



TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Hujah ini boleh diaplikasikan. Sebagai contoh, mari kita lihat aplikasinya terhadap seorang pegawai bank. Contoh Halim merupakan seorang pegawai bank. Dia perlu membuat keputusan sama ada untuk: (a)

Meluluskan pinjaman berisiko tinggi kepada syarikat tempatan kecil pada kadar faedah yang dihadkan oleh undang-undang; atau

(b)

Memberi pinjaman yang sama jumlahnya kepada syarikat besar dari luar yang berisiko lebih rendah, pada kadar faedah yang sama. Kadar pulangan (faedah) sudah pasti lebih tinggi apabila mengambil kira pengurangan kos pentadbiran pinjaman yang biasanya dinikmati oleh syarikat-syarikat besar yang dibiayai dengan baik.

AKTIVITI 4.1 Andaikan anda adalah pegawai bank dalam Contoh tadi. Bagaimanakah anda membuat keputusan jika benar-benar ingin bersandar kepada hujah undang-undang?

Dalam kes ini, masyarakat telah menetapkan bahawa caj faedah yang berlebihan adalah lebih buruk berbanding dengan sokongan daripada pihak tempatan yang terhad. Oleh itu, pinjaman harus diberi kepada firma luar tersebut. Namun, patutkah kita membantah ketetapan ini? Ini adalah kerana kita percaya bahawa pembentukan syarikat-syarikat usahawan kecil harus digalakkan untuk kebaikan masyarakat. Orang sering memperkatakan bahawa: (a)

Jika kita tidak suka kepada tindakan tertentu sesebuah syarikat, kita harus cuba meluluskan undang-undang sama ada untuk menghalang tindakan tersebut atau menggalakkan sesuatu tindakan alternatif; dan

(b)

Jika undang-undang berkenaan tidak dapat diluluskan melalui prosesproses demokrasi, maka kita harus menerima keadaan seadanya.

Tanggapannya di sini adalah bahawa kita harus bergantung kepada undangundang dalam membuat keputusan dan bersetuju bahawa sesuatu tindakan itu adalah „betul‰ jika bertepatan dengan undang-undang dan „salah‰ jika tidak. Kita juga harus memahami bahawa ketetapan betul atau salah ini boleh diubah untuk mencerminkan pandangan majoriti. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 

63

Dalam contoh di atas (tentang bank yang enggan memberi pinjaman kepada syarikat berisiko tinggi dalam komuniti tempatan), undang-undang untuk membetulkan keadaan adalah agak mudah digubal. Setiap bank di dalam negeri atau negara boleh dipaksa melalui kuasa undang-undang supaya melabur beberapa peratus dananya dalam komuniti di mana dana penyimpanpenyimpannya terkumpul.

4.3

CONTOH PILIHAN MORAL

Sekarang mari kita rujuk kembali kepada Contoh tadi di mana pegawai berkenaan perlu membuat keputusan sama ada bank harus melabur dalam syarikat tempatan berisiko tinggi yang dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan serta faedah-faedah lain kepada komuniti atau sebaliknya. Mari kita lihat beberapa situasi berikut dalam membuat pilihan moral: (a)

Komuniti setempat berada di dalam satu kawasan yang kadar penganggurannya adalah tinggi dan sangat memerlukan peluang-peluang pekerjaan baru. Syarikat kecil yang dicadangkan adalah yang berada dalam industri yang berasaskan buruh dengan kadar pertumbuhan yang tinggi dan tenaga kerja yang besar;

(b)

Pelaburan alternatif adalah sebuah syarikat besar di sebuah bandar perindustrian. Ia berasaskan modal dan kurang menyediakan peluang pekerjaan;

(c)

Produk syarikat tempatan yang dicadangkan adalah barangan penjagaan kesihatan yang sangat diperlukan bagi mengurangkan kesakitan dan penderitaan yang dialami oleh pesakit-pesakit tua di seluruh negara. Sementara itu, produk pelaburan alternatif adalah barisan pakej makanan berkalori tinggi dan rendah nilai pemakanannya; dan

(d)

Dana yang biasanya disediakan melalui badan „Pentadbiran Perniagaan Kecil‰ untuk syarikat-syarikat kecil telah banyak dikurangkan sejak beberapa tahun lepas. Tambahan pula, jaminan kerajaan atau subsidi faedah tidak disediakan untuk syarikat kecil.

Berdasarkan situasi-situasi tadi, kita kini berhadapan dengan dilema etika yang klasik; memilih antara prestasi ekonomi atau kewajipan sosial yang dirumitkan pula oleh akibat yang berpanjangan, akibat yang tidak pasti dan implikasinya terhadap kerjaya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

64



TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Bagaimanakah keputusan yang harus diambil oleh pihak bank dalam dilema sebegini? Jika ia mengambil keputusan untuk bersetuju membantu syarikatsyarikat kecil, ia perlu menghadapi perkara-perkara berikut: (a)

Undang-undang membataskan mengimbangi risikonya;

pulangan

yang

memadai

(b)

Tiada jaminan kerajaan atau subsidi faedah disediakan; dan

(c)

Pegawai-pegawai bank dikehendaki oleh undang-undang meminimumkan risiko kepada para penyimpannya.

untuk

supaya

Walaupun mempunyai nilai sosial, kebanyakan bank akan menolak pinjaman yang berisiko tinggi tanpa memberi sebarang penjelasan. Mereka akan mengesyorkan supaya peminjam yang berpotensi untuk mencari dana di tempat lain. Walau bagaimanapun, persoalan dalam kes ini bukanlah sama ada pihak bank harus memberi pinjaman bernilai sosial yang tidak menjana ekonomi. Tiada bank yang mampu untuk memberi pinjaman kepada semua orang dan berjaya kekal dalam perniagaan. Pada masa yang sama, bank tidak boleh terlalu tegas dalam pemberian pinjaman dengan meminggirkan keperluan masyarakat di mana ia beroperasi. Suatu had perlu wujud untuk mengimbangkan antara kedua-duanya. Persoalannya ialah bagaimana seseorang boleh mencapai imbangan tersebut? Mari kukuhkan kefahaman anda dengan Aktiviti 4.2 berikut.

AKTIVITI 4.2 1.

„Undang-undang boleh digunakan sebagai panduan bagi keputusan dan tindakan pengurusan apabila berhadapan dengan dilema etika.‰ Bincangkan kenyataan ini bersama rakan sekelas.

2.

Menggunakan contoh sendiri, terangkan bagaimana keseimbangan antara prestasi ekonomi dengan sosial sesebuah organisasi boleh dicapai.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

4.4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 

65

UNDANG-UNDANG SEBAGAI KOMBINASI KEPUTUSAN MORAL

Sebelum kita meneruskan pelajaran, mari kita teliti kenyataan berikut. „Jika kita ingin melampaui asas peraturan undang-undang dalam keputusan dan tindakan kita sendiri, kita boleh berbuat sedemikian. Walau bagaimanapun, apabila kita melampaui undang-undang, ini bermakna bahawa kita telah mematuhi piawaian moral sendiri yang tidak selaras dengan kehendak penduduk majoriti. Kita hidup dalam sebuah masyarakat yang berdemokrasi. Oleh itu, jika kita tidak menyukai sesuatu yang kita lakukan, kita perlu mendapatkan pengundi majoriti untuk meluluskan suatu undang-undang bagi menyekat perkara tersebut. Sementara itu, kita perlu akur dengan kehendak penduduk majoriti.‰

Bagaimana kita mengulas pernyataan tadi? Jika kita tidak dapat memberi ulasan yang logik dan meyakinkan, adakah kita terpaksa menerima kedaulatan undangundang sebagai kata putus dalam kebanyakan dilema moral? Bagi menjawab soalan-soalan ini, kita perlu: (a)

Pertamanya, mendefinisikan undang-undang untuk memastikan bahawa kita sedang membincangkan konsep yang sama; dan

(b)

Keduanya, meneliti proses-proses yang terlibat dalam pembentukan undang-undang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

66



4.5

TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

CIRI-CIRI UNDANG-UNDANG

Sebelum kita teruskan, mari kita lihat dahulu definisi undang-undang secara lebih terperinci. Undang-undang boleh didefinisikan sebagai set peraturan universal yang konsisten, diterbitkan dengan meluas, secara umumnya diterima dan kebiasaannya dikuatkuasakan.

Terdapat cara-cara tertentu di mana orang ramai dikehendaki berkelakuan mengikut norma dalam perhubungan mereka dengan orang lain dalam sesebuah masyarakat. Mereka dikehendaki bertindak dengan cara tertentu dengan sebenarnya; bukan setakat menjangka, mencadangkan atau diarah untuk bertindak sebegitu. Dalam undang-undang, terdapat elemen mendesak yang mendefinisikan apa yang mesti kita lakukan. Selain itu, terdapat juga ciri-ciri lain yang membentuk undang-undang. Rajah 4.2 berikut menunjukkan lima ciri dalam undang-undang.

Rajah 4.2: Lima ciri undang-undang

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 

67

Mari kita pelajari dengan lebih lanjut kelima-lima ciri ini dalam Jadual 4.1 berikut. Jadual 4.1: Lima Ciri Undang-undang Ciri-ciri

Penerangan

Konsisten

Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak hendaklah konsisten untuk menjadi undang-undang. Sebagai contoh, jika terdapat dua keperluan yang bercanggah antara satu sama lain, kedua-dua keperluan tidak boleh ditakrifkan sebagai undangundang kerana seseorang pasti tidak dapat mematuhi keduaduanya sekali.

Universal

Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak hendaklah juga bersifat universal iaitu dapat digunakan oleh semua orang yang memiliki sifat yang sama serta menghadapi set keadaan yang sama.

Diterbitkan

Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak hendaklah diterbitkan dan dicetak supaya semua orang dalam masyarakat dapat mengaksesnya walaupun tidak semua mempunyai masa untuk membaca atau memahami segala yang diterbitkan. Walau bagaimanapun, ahli profesional terlatih seperti peguam boleh diminta untuk menterjemah dan menerangkan mana-mana undang-undang. Oleh itu, kejahilan terhadap undang-undang bukan suatu alasan yang boleh diterima.

Diterima

Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak dengan cara yang ditetapkan hendaklah dipatuhi. Jika terdapat anggota masyarakat yang tidak mengikuti undang-undang secara sukarela, mereka akan dipaksa supaya mengikutinya.

Dikuatkuasakan

Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak dengan cara tertentu hendaklah dikuatkuasakan. Anggota masyarakat hendaklah faham bahawa mereka akan dipaksa mematuhi undangundang jika mereka enggan patuh dengan sukarela. Setiap orang hendaklah sedar bahawa jika mereka melanggar undang-undang, mereka akan kehilangan kemudahan, masa, wang, kebebasan atau nyawa apabila pelanggaran mereka diketahui dan dibuktikan. Terdapat elemen yang mendesak pada undang-undang. Ia juga mempunyai elemen yang menentukan kerana ia menetapkan apa yang akan berlaku sekiranya kita tidak mematuhi peraturan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

68



TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Set peraturan yang konsisten, universal, diterbitkan, diterima dan dikuatkuasakan ini disokong oleh rangka kerja institusi-institusi sosial yang sangat khusus, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.2 berikut. Jadual 4.2: Institusi-institusi Sosial dan Tanggungjawab Institusi Sosial

Tanggungjawab

Badan perundangan dan majlis

Membentuk undang-undang

Peguam dan pembantu guaman

Menerangkan undang-undang

Mahkamah dan agensi

Mentafsirkan undang-undang

Polis

Menguatkuasakan undang-undang

Sifat berlawan dalam perhubungan di mahkamah perbicaraan dilihat seperti tidak menghiraukan peruntukan ciri-ciri konsisten dan universal. Ia sebaliknya lebih memfokus kepada mencapai kemenangan dan bukannya keadilan. Tindakan polis untuk menguatkuasakan undang-undang juga sering kelihatan bersifat sewenang-wenang dan lebih tertumpu kepada menjaga keamanan berbanding mengekalkan kesaksamaan. Oleh itu, kita harus menerima bahawa: (a)

Menguatkuasakan undang-undang adalah satu tugas yang sukar dan kadangkala berbahaya; dan

(b)

Mentafsir undang-undang seperti dalam kes mahkamah, sering melibatkan pemberian jumlah wang yang besar. Potensi untuk mendapat atau kehilangan jumlah tersebut telah memutarbalikkan konsep undang-undang sebagai suatu set peraturan yang diterbitkan dan diterima pakai.

Walau bagaimanapun, kita melihat undang-undang sebagai konsep peraturan ideal yang konsisten dan universal untuk dijadikan panduan dalam keputusan pengurusan, bukan sebagai suatu realiti yang mempunyai kecacatan.

SEMAK KENDIRI 4.1 Senaraikan lima ciri undang-undang. Jelaskan setiap ciri tersebut secara ringkas.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

4.6

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 

69

HUBUNGAN ANTARA UNDANG-UNDANG DAN PIAWAIAN MORAL

Seperti yang telah kita sebutkan dahulu, undang-undang boleh dilihat sebagai satu set peraturan ideal yang universal dan konsisten bagi mengawal kelakuan manusia dalam masyarakat. Persoalannya adalah sama ada kita boleh menerima peraturan ini sebagai mewakili keputusan moral kolektif anggota masyarakat atau tidak. (a)

Jika boleh, maka kita mempunyai satu piawaian sebagai panduan kepada keputusan dan tindakan pengurusan, walaupun piawaian ini berada pada paras yang minimum; dan

(b)

Jika tidak boleh, maka kita hendaklah mencari kaedah lain untuk mendapatkan piawaian yang kita perlukan.

Dalam mempertimbangkan kemungkinan-kemungkinan dalam hubungan antara keputusan moral dan kehendak undang-undang, tiga kesimpulan boleh dicapai dengan agak mudah seperti berikut: Kesimpulan 1 Sebahagian besar keperluan undang-undang adalah bertindih. Namun begitu, ia tidak menduplikasi sepenuhnya piawaian moral yang mungkin wujud dalam masyarakat. Sebagai contoh, adalah jelas bahawa seseorang yang mencabuli undang-undang negara yang melarang perbuatan merompak bank juga mencabuli piawaian moral yang menegah perbuatan mencuri. Adalah mudah untuk menunjukkan bahawa undang-undang berkaitan kelakuan seks, penggunaan dadah, liabiliti produk dan pematuhan kontrak itu serupa dengan kepercayaan moral yang mungkin dipegang oleh golongan majoriti dalam masyarakat. Kita boleh bersetuju bahawa dalam sesebuah masyarakat berdemokrasi, keperluan undang-undang mencerminkan nilai-nilai asas warganya. Oleh itu, kita boleh mengatakan bahawa kehendak undang-undang bertindih dengan piawaian moral. Ruang-ruang pertindihan antara undangundang dengan prinsip moral ini digambarkan dalam Rajah 4.3 berikut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

70



TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Rajah 4.3: Pertindihan antara piawaian moral dengan kehendak undang-undang

Walau bagaimanapun, ruang yang bertindih adalah tidak penuh. Terdapat sesetengah undang-undang yang tiada kaitan moral iaitu tanpa sebarang nilai moral. Sebagai contoh, keperluan memandu di sebelah kiri jalan raya tidak semestinya betul atau pun salah; yang penting adalah ia mendapat persetujuan semua untuk memandu pada sebelah jalan yang mana. Keadaan pertindihan yang terakhir menunjukkan bahawa terdapat piawaian moral yang tidak mempunyai sebarang ketetapan undang-undang. Contohnya, kita semua membantah perbuatan berbohong kerana ia bertentangan dengan piawaian moral kita. Walau bagaimanapun, bercakap benar tidak dikehendaki oleh undang-undang melainkan setelah mengangkat sumpah di mahkamah dan dalam beberapa keadaan lain seperti kontrak pekerjaan dan penjualan harta. Kesimpulan 2 Keperluan undang-undang lebih cenderung ke arah negatif, manakala piawaian moral selalunya lebih positif. Mengikut undang-undang, kita dilarang menyerang, merompak atau memfitnah antara satu sama lain. Namun begitu, kita tidak dikehendaki membantu orang lain walaupun dalam keadaan terdesak. Sebagai contoh, undang-undang tidak menegaskan supaya kita mesti membantu seorang kanak-kanak daripada mati lemas. Dalam situasi ini, kesimpulan piawaian moral majoriti boleh dibuat bahawa penduduk dewasa di mana-mana negara akan membantu seorang kanak-kanak daripada mati lemas setakat mana yang mereka terdaya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 

71

Kesimpulan 3 Keperluan undang-undang didapati sedikit ketinggalan berbanding piawaian moral masyarakat. Hamba abdi merupakan satu contoh yang paling tidak menyenangkan. Walau bagaimanapun, diskriminasi jantina dan bangsa, pencemaran alam sekitar dan rasuah semuanya boleh menunjukkan masalah moral yang boleh diatasi oleh undang-undang. Para penyokong kedaulatan undang-undang mengatakan bahawa kelengahan yang terdapat antara konsensus moral dengan penggubalan undang-undang yang melarang tidak semestinya menandakan kurangnya hubungan antara kedua-duanya. Sebaliknya, mereka mengatakan bahawa ia mengesahkan adanya hubungan tersebut apabila undang-undang mengawal diskriminasi, pencemaran dan rasuah akhirnya diluluskan.

SEMAK KENDIRI 4.2 Berdasarkan pemahaman anda tentang hubungan antara undangundang dengan piawaian moral, berikan dua contoh bagi: (a)

Kelakuan yang diterima di sisi undang-undang dan moral; dan

(b)

Kelakuan yang tidak diterima di sisi undang-undang dan moral.

Untuk menguji kefahaman anda, cuba jawab latihan berikut:

LATIHAN 4.1 1.

Definisikan istilah „undang-undang‰.

2.

Bincangkan ciri-ciri asas undang-undang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

72



4.7

TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang dibentuk melalui beberapa proses seperti yang digambarkan dalam Rajah 4.4 berikut.

Rajah 4.4: Empat proses pembentukan undang-undang

Kita akan meneliti setiap proses ini dengan lebih lanjut dalam subtopik-subtopik seterusnya.

4.7.1

Proses Individu

Tahukah anda bahawa undang-undang merupakan suatu entiti yang jelas sifat dinamiknya kerana peraturan yang termaktub di dalamnya berubah-ubah mengikut peredaran masa? Cuba anda fikirkan perubahan-perubahan yang telah berlaku dalam undang-undang bagi mengawal pekerjaan. Seperti yang telah dijelaskan dahulu, terdapat kelengahan masa antara perubahan piawaian moral dengan keperluan undang-undang. Dengan itu, tindakan yang dianggap tidak melanggar undang-undang 20 tahun yang lalu (seperti diskriminasi bangsa dan jantina dalam pengambilan pekerja baru atau pembuangan sisa kimia ke dalam tasik dan anak sungai), kini merupakan perbuatan yang menyalahi undangundang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 

73

Persoalannya adalah sama ada perubahan dalam undang-undang ini telah menyebabkan perubahan piawaian moral penduduk majoriti melalui prosesproses sosial dan politik turut sama berlaku. Selain itu, adakah undang-undang itu mewakili piawaian moral kolektif masyarakat secara keseluruhannya atau tidak. Proses-proses sosial dan politik berlaku melalui perubahan moral individu. Ia kemudiannya menjadi rangka kerja perundangan formal masyarakat. Ini merupakan satu proses yang panjang serta kompleks. Walau bagaimanapun, proses-proses ini boleh diringkaskan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.5 berikut:

Rajah 4.5: Proses-proses bagaimana norma, kepercayaan dan nilai diinstitusikan menjadi undang-undang

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

74



TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Setiap individu mempunyai set norma, kepercayaan dan nilai masing-masing yang sama-sama membentuk piawaian moral mereka seperti yang dijelaskan dalam Jadual 4.4 berikut: Jadual 4.4: Piawaian Moral Individu Piawaian Moral

Penerangan

Norma

Norma adalah kriteria kelakuan. Ia adalah cara bagaimana seseorang individu menjangka semua orang akan bertindak apabila menghadapi sesuatu keadaan.

Kepercayaan

Kepercayaan adalah kriteria pemikiran. Kepercayaan berbeza daripada norma di mana ia tidak melibatkan tindakan (tiada kelakuan yang nyata terhadap orang lain). Ia adalah satu cara pemikiran abstrak yang biasanya menyokong norma individu. Ia merupakan cara seseorang individu menjangka orang lain akan berfikir tentang konsep-konsep tertentu. Sebagai contoh, jika anda yakin terhadap konsep demokrasi berasaskan rakyat, maka anda akan menjangka orang lain juga akan mengenali nilai konsep tersebut dan menerimanya sebagai suatu bentuk kerajaan.

Nilai

Nilai adalah suatu pemeringkatan atau peringkat keutamaan yang diberikan oleh seseorang terhadap norma dan kepercayaannya. Kebanyakan orang tidak menganggap kesemua norma dan kepercayaan mereka sebagai sama penting. Sesetengah orang percaya bahawa norma dan kepercayaannya adalah lebih penting daripada orang lain. Norma dan kepercayaan yang penting merupakan „nilai-nilai‰ atau sanjungan tinggi yang diletakkan seseorang pada sesuatu perkara.

Tahukah anda bahawa nilai sering mempunyai kontroversi? Tahukah anda sebabnya? Ini adalah kerana sesuatu norma atau kepercayaan yang disanjung tinggi oleh seseorang boleh berkonflik dengan norma dan kepercayaan yang disanjung tinggi oleh orang lain. Umumnya, terdapat hanya sedikit toleransi atau kompromi dalam hal ini kerana setiap orang meletakkan kepentingan yang tinggi kepada kriteria mereka seperti: (a)

Kelakuan (cara-cara bagaimana seseorang harus bertindak); dan

(b)

Kepercayaan (cara-cara bagaimana seseorang harus berfikir).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 

75

Sebagai contoh, mari kita ambil sebuah negara sekular yang mempunyai masyarakat majmuk dengan pelbagai tradisi budaya. Dalam negara ini, tidak terdapat satu pun agama warisan yang diterima atau disokong sepenuhnya. Akibatnya, penduduk negara tersebut terpaksa menjalani hidup dengan norma, kepercayaan dan nilai yang berbeza-beza antara individu. Perbezaan inilah yang boleh membawa kepada pelbagai konflik.

SEMAK KENDIRI 4.3 Terangkan istilah-istilah berikut dengan ringkas: (a)

Norma;

(b)

Kepercayaan; dan

(c)

Nilai.

4.7.2

Proses Kumpulan

Sebelum kita mempelajari dengan lebih lanjut tentang proses kumpulan, mari kita pelajari dahulu tentang konteks. Konteks dalam proses kumpulan membawa maksud latar belakang umum atau persekitaran sekeliling sesuatu keadaan. Ia memainkan peranan yang signifikan dalam norma, kepercayaan dan nilai seseorang individu. Setiap individu membentuk set norma, kepercayaan dan nilainya sendiri melalui konteks-konteks berikut: (a)

Budaya atau agama;

(b)

Sosial atau politik; dan

(c)

Ekonomi atau teknologi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

76



TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Bagi setiap masyarakat pula, mereka mempunyai konteks yang terdiri daripada pelbagai faktor yang berhubung kait. Faktor-faktor ini disenaraikan dalam Rajah 4.6 berikut:

Rajah 4.6: Enam faktor konteks yang saling berhubung kait

Sifat konteks yang saling berhubung kait (dalam pemilihan norma, kepercayaan dan nilai individu) memastikan kesemua faktor berinteraksi antara satu sama lain. Mari kita lihat satu contoh dalam Rajah 4.7 berikut:

Rajah 4.7: Interaksi empat faktor konteks yang berhubung kait

Seperti yang boleh dilihat dalam Rajah 4.7, perubahan teknologi komunikasi telah membawa perubahan dalam kuasa politik. Perubahan politik pula menyebabkan perubahan ekonomi ke atas corak perbelanjaan dan percukaian berlaku. Akhirnya, perubahan-perubahan ini menghasilkan perubahan budaya gaya hidup. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 

77

Namun begitu, perhubungan sebenar antara faktor ekonomi, teknologi, sosial, politik, budaya dan agama tidak diketahui secara tepat. Gabungan pengaruh faktor-faktor ke atas norma, kepercayaan dan nilai individu juga tidak dapat dijangka dengan jelas. Walau bagaimanapun, perhubungan dan pengaruh ini boleh dilihat dengan mudah dalam contoh berikut. Perubahan status kaum wanita pada masa kini terhasil daripada: (a)

Peralihan aktiviti ekonomi ‒ Daripada pembuatan berat dan perlombongan kepada industri berasaskan pengetahuan dan perkhidmatan;

(b)

Pembangunan teknologi dalam kaedah mengawal kelahiran yang lebih baik; dan

(c)

Perkembangan sosial melalui peluang-peluang pendidikan.

4.7.3

Proses Sosial

Sedarkah anda bahawa individu dalam sesebuah masyarakat tidak terdedah kepada faktor-faktor ekonomi, teknologi, sosial, politik, budaya dan agama secara sama? Perbezaan pendedahan tersebut berpunca daripada: (a)

Kedudukan individu;

(b)

Unit keluarga;

(c)

Kumpulan rakan sebaya; dan

(d)

Organisasi-organisasi formal.

Dalam sesebuah masyarakat demokrasi, norma, kepercayaan dan nilai individu yang berubah-ubah mempunyai impak yang nyata walaupun lewat. Impak ini kelihatan seperti terhasil daripada kedua-dua proses sosial dan politik. Pada dasarnya, proses sosial melibatkan perhimpunan kuasa. Seseorang yang berpegang kepada norma, kepercayaan dan nilai yang sama, lazimnya cenderung untuk bersatu dalam kumpulan-kumpulan kecil. Ini adalah kerana menjadi kebiasaan bagi seseorang untuk menyertai orang lain yang berpandangan sama. Kumpulan-kumpulan kecil ini secara umumnya merupakan sebahagian daripada organisasi yang lebih besar seperti: (a)

Firma perniagaan;

(b)

Kesatuan sekerja; Copyright © Open University Malaysia (OUM)

78



(c)

Parti politik;

(d)

Badan amal;

(e)

Institusi agama; dan

(f)

Persatuan veteran.

TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Selaras dengan peredaran masa, organisasi-organisasi yang lebih besar ini akan mencapai suatu kompromi dalam norma, kepercayaan dan nilai yang mereka pegang atau berpecah menjadi organisasi-organisasi yang lebih kecil supaya boleh berkompromi. Terdapat teori-teori alternatif tentang cara bagaimana kompromi ini terbentuk seperti: (a)

Keputusan autokratik;

(b)

Penyesuaian birokratik; dan

(c)

Penubuhan kesatuan campuran atau pilihan kolektif.

4.7.4

Proses Politik

Tahukah anda bahawa proses politik di mana norma, kepercayaan dan nilai yang dipegang oleh organisasi, kumpulan dan individu yang diwartakan menjadi undang-undang boleh dilihat sebagai satu cara untuk mengatasi konflik? Ini adalah kerana organisasi, kumpulan dan individu secara jelas mempunyai pendapat yang berbeza tentang norma (apa yang harus dilakukan) dan kepercayaan (apa yang harus dicapai pada masa hadapan). Perbezaan pandangan ini perlu disesuaikan menjadi peraturan yang konsisten dan universal supaya berkesan. Oleh itu, terdapat teori-teori alternatif yang boleh digunakan untuk membuat penyesuaian terhadap perbezaan-perbezaan ini iaitu: (a)

Kepimpinan ketua kerajaan;

(b)

Kompromi institusi;

(c)

Rundingan badan perundangan; dan

(d)

Desakan para pengundi.

Bagi wakil-wakil rakyat yang terpilih, mereka diberi tanggungjawab formal untuk menggubal undang-undang dalam sesuatu sistem perwakilan. Walau bagaimanapun, isu-isu yang timbul adalah berbeza mengikut kawasan dalam negara, segmen penduduk dan sektor ekonomi. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 

79

Oleh itu, gabungan perlu dibentuk untuk meluluskan kebanyakan undangundang. Orang awam boleh secara langsung menyatakan pendapat mereka terhadap undang-undang yang dicadangkan dengan mengundi sesetengah pegawai pentadbir dan kesemua ahli penggubal undang-undang. Pendapat mereka boleh juga disampaikan secara tidak langsung melalui kaji selidik awam, surat dan media.

4.8

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG SEBAGAI ASAS PILIHAN MORAL

Akhir sekali, sebelum kita mengakhiri topik keempat ini, mari kita simpulkan hubungan undang-undang dengan moral atau etika. Persoalan utama yang perlu difikirkan adalah sama ada proses-proses sosial dan politik yang panjang serta kompleks ini benar-benar dapat menggabungkan piawaian moral peribadi para penduduk majoriti untuk dijadikan keperluan undang-undang yang universal atau tidak. Pandangan bahawa undang-undang mewakili keputusan moral yang kolektif, sudah pastinya menarik. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa masalah apabila piawaian moral individu dipindahkan kepada undang-undang yang universal. Ini dapat dilihat pada peringkat proses sosial dan politik. Mari kita lihat masalah-masalah tersebut seperti yang diterangkan dalam Jadual 4.5 berikut: Jadual 4.5: Masalah Piawaian Moral dan Penerangan Masalah Piawaian Moral

Penerangan

Piawaian moral anggota masyarakat mungkin berdasarkan maklumat yang tidak memadai berbanding isu-isu kelakuan korporat.

 Kebanyakan orang ternyata tidak sedar tentang pembayaran rasuah yang besar sehinggalah kes Lockheed terdedah.  Ramai orang mungkin tidak sedar betapa besarnya masalah pembuangan sisa toksik di mana dianggarkan 440 juta tan metrik sisa toksik terhasil setiap tahun.  Oleh itu, adalah sukar untuk piawaian moral individu mempengaruhi undang-undang tanpa maklumat yang relevan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

80



TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Piawaian moral individu mungkin menjadi lemah semasa pembentukan kumpulan-kumpulan kecil.

 Seseorang yang sama norma, kepercayaan dan nilai adalah cenderung untuk bersekutu dalam kumpulan-kumpulan kecil. Namun begitu, piawaian mereka tidak sentiasa serupa secara tepat, maka kompromi perlu dicapai.  Seterusnya, banyak kumpulan-kumpulan kecil bertindak berasaskan motif selain moral kerana faedah ekonomi dan prestij profesional sering memainkan peranan yang lebih besar.  Oleh yang demikian, adalah sukar bagi piawaian moral peribadi mempengaruhi undang-undang jika ia tidak disampaikan dengan tepat.

Piawaian moral anggota masyarakat mungkin disalah erti dalam konsensus organisasi-organisasi besar.

 Banyak organisasi yang berkongsi norma, kepercayaan dan nilai yang sama. Walau bagaimanapun, tiada bukti yang menunjukkan bahawa setiap individu dan setiap kumpulan dalam organisasi mempunyai pengaruh yang sama dalam menentukan sesuatu konsensus.  Ini boleh dilihat dalam norma, kepercayaan dan nilai dalam kebanyakan organisasi yang bukan berasaskan keuntungan seperti rumah sakit dan universiti, di mana piawaian profesional (pakar perubatan dan fakulti) kerap mengatasi keadaan.

Piawaian moral anggota masyarakat mungkin disalah erti dalam pembentukan undangundang.

 Perkara ini serupa seperti yang disebut di atas tentang pembentukan konsensus organisasi tetapi ia lebih berskala besar.  Tidak terdapat jaminan bahawa semua organisasi mempunyai pengaruh yang sama atau jumlah pengaruh mengikut saiz masing-masing dalam menentukan undang-undang.  Ini dapat dilihat dalam peruntukan undang-undang percukaian yang sering memihak kepada organisasi tertentu sahaja.

Keperluan undang-undang yang dibentuk melalui proses politik sering kali tidak lengkap atau tidak tepat dan perlu disokong oleh keputusan mahkamah atau tindakan agensi pentadbiran.

 Ini boleh dilihat dalam kes-kes liabiliti produk dan ulasan tentang kesamarataan peluang pekerjaan. Maksud dan aplikasi undang-undang perlu dijelaskan di luar proses perundangan.  Oleh itu, adalah sukar bagi piawaian moral peribadi mempengaruhi undang-undang jika ia tidak diambil kira dalam proses pembentukan undang-undang atau hanya diambil kira secara tidak langsung dalam dua proses berkenaan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 

81

Sebagai penutup, mari kita cuba latihan berikut:

LATIHAN 4.2 1.

Pembentukan undang-undang melibatkan proses-proses yang sangat kompleks dan menyusahkan. Apakah proses-proses ini?

2.

Padankan institusi sosial berikut dengan tanggungjawab mereka. Institusi Sosial

Tanggungjawab

Badan perundangan dan majlismajlis

Mentafsirkan undang-undang

Peguam dan pembantu guaman

Menguatkuasa undang-undang

Mahkamah dan agensi-agensi

Membentuk undang-undang

Polis

Menerangkan undang-undang



Undang-undang adalah set peraturan universal yang konsisten ditubuhkan untuk mengawal kelakuan dalam masyarakat. Peraturan ini diterbitkan dengan meluas, umumnya diterima dan kebiasaannya dikuatkuasakan.



Terdapat lima ciri dalam definisi undang-undang iaitu konsisten, universal, diterbitkan, diterima dan dikuatkuasakan.



Peraturan yang ditubuhkan oleh masyarakat ini mencerminkan pilihan kolektif anggotanya tentang sebarang keputusan dan tindakan yang memberi kesan ke atas kebajikannya.



Terdapat pertindihan antara piawaian moral dengan keperluan undangundang sesebuah masyarakat seperti undang-undang negara yang melarang merompak bank dan piawaian moral yang menegah mencuri.



Terdapat rangkaian empat proses dalam pembentukan undang-undang iaitu proses individu, proses kumpulan, proses sosial dan proses politik.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

82





TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Sesetengah perubahan dalam norma, kepercayaan dan nilai individu anggota sesebuah masyarakat boleh dilihat dalam perubahan undang-undang yang dilaksanakan.

Hujah undang-undang

Norma

Kepercayaan

Piawaian moral

Keperluan undang-undang

Pilihan moral

Konteks

Undang-undang

Nilai

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Topik

5



Pendekatan Organisasi dalam Menambah Baik Kelakuan Etika

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Membincangkan empat pendekatan dalam menambah baik iklim etika;

2.

Mengenal pasti punca kelakuan tidak beretika dalam organisasi;

3.

Mengenal pasti kaedah bagi mengatasi masalah kelakuan tidak beretika dalam organisasi; dan

4.

Membincangkan tanggungjawab pengurusan dalam menangani masalah etika.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

84



TOPIK 5

PENDEKATAN ORGANISASI DALAM MENAMBAH BAIK KELAKUAN ETIKA

 PENGENALAN

Rajah 5.1: Situasi kelakuan tidak beretika

Apa yang anda fikirkan setelah melihat Rajah 5.1 tadi? Adakah anda merasakan bahawa tindakan meminta wang atau rasuah sama seperti melanggar kod-kod etika yang telah disediakan dalam sesebuah organisasi? Kita boleh mengandaikan bahawa eksekutif-eksekutif kanan di kebanyakan firma perniagaan ingin kakitangan mereka bertindak mengikut apa yang mereka anggap sebagai „betul‰, „sesuai‰ dan „adil‰. Kita juga yakin bahawa mereka ingin kakitangan mereka bertindak tanpa menyinggung penduduk majoriti dan tidak menimbulkan publisiti buruk oleh pihak media. Namun begitu, kelakuan tidak beretika masih kerap terjadi. Mengapa ia terjadi dan apa yang boleh dilakukan untuk mencegahnya? Dalam topik kelima ini, kita akan meneliti beberapa cara mencegah kelakuan tidak beretika dan membincangkan punca-punca serta jalan penyelesaiannya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

5.1

PENDEKATAN ORGANISASI DALAM MENAMBAH BAIK KELAKUAN ETIKA



85

MENAMBAH BAIK IKLIM ETIKA DALAM ORGANISASI

Tahukah anda bahawa pengurusan atasan boleh menggunakan pelbagai pendekatan etika untuk menambah baik iklim etika sesebuah organisasi? Terdapat empat pendekatan yang boleh dipraktikkan seperti yang disenaraikan dalam Rajah 5.2 berikut:

Rajah 5.2: Empat pendekatan untuk menambah baik iklim etika dalam organisasi

Kita akan mempelajari setiap pendekatan ini dengan lebih lanjut dalam subtopik seterusnya. Selain itu, kita juga akan melihat bagaimana pendekatan ini digunakan dalam menambah baik persekitaran etika organisasi.

5.1.1

Kod Etika

Apakah definisi bagi kod etika? Mari kita lihat definisi yang diberikan. Kod etika adalah pernyataan tentang norma dan kepercayaan sesebuah organisasi.

Norma dan kepercayaan ini biasanya dicadang, dibincang dan didefinisikan oleh eksekutif-eksekutif kanan organisasi sebelum ia diterbit dan diedarkan kepada semua kakitangan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

86



TOPIK 5

PENDEKATAN ORGANISASI DALAM MENAMBAH BAIK KELAKUAN ETIKA

Sekarang, mari kita lihat apakah kod etika bagi norma dan kepercayaan dengan merujuk Jadual 5.1 berikut: Jadual 5.1: Kod Etika bagi Norma dan Kepercayaan Aspek Definisi

Norma

Kepercayaan

Norma ialah piawaian kelakuan. Ia adalah cara bagaimana pihak pengurusan kanan organisasi mahu kakitangan mereka bertindak apabila berhadapan dengan situasi tertentu.

Kepercayaan ialah piawaian pemikiran. Ia adalah cara pemikiran yang perlu digunakan oleh kakitangan menurut pihak pengurusan kanan organisasi. Walau bagaimanapun, ia bukanlah satu bentuk penapisan. Ia bertujuan menggalakkan cara pemikiran dan corak sikap ke arah kelakuan yang diinginkan.

Bentuk yang dinyatakan

Norma adalah kod etika yang umumnya dinyatakan sebagai suatu siri kenyataan negatif. Ini adalah kerana secara umumnya, kita lebih mudah menyenaraikan secara tepat perkara-perkara yang tidak harus dilakukan, berbanding dengan perkaraperkara yang harus dilakukan.

Kepercayaan kepada kod etika umumnya dinyatakan dalam bentuk positif.

Contoh

 Kakitangan syarikat tidak boleh menerima hadiah peribadi melebihi nilai RM25 daripada mana-mana rakan/sekutu perniagaan.

 Tanggungjawab utama kita adalah kepada pelanggan kita.

 Kakitangan mungkin perlu membayar kos makanan, jamuan atau aktiviti yang melebihi nilai RM25.

 Kita ingin menyediakan perkhidmatan yang baik untuk komuniti di mana kita beroperasi.

Adakah kod-kod etika ini dianggap berjaya? Dapatkah ia membantu menyampaikan piawaian moral yang dipilih oleh lembaga pengarah dan presiden syarikat kepada semua kakitangannya? Jawapan sebenarnya ialah tidak.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

PENDEKATAN ORGANISASI DALAM MENAMBAH BAIK KELAKUAN ETIKA



87

Mengapa ini berlaku? Masalah ini berlaku kerana norma dan kepercayaan organisasi adalah relatif kepada pelbagai kumpulan (kakitangan, pelanggan, pembekal, pengedar, pemegang saham dan orang awam). Ia tidak mungkin dapat dinyatakan secara jelas dan eksplisit tanpa menyinggung salah satu kumpulan tersebut. Sebagai contoh, tidak mungkin sebuah syarikat boleh mengatakan bahawa ia menganggap kakitangannya lebih penting untuk kejayaan firma berbanding dengan pemegang saham. Dengan mengatakan sebegitu, syarikat telah menandakan bahawa keuntungan dan dividen adalah perkara yang kedua terpenting. Ia bercanggah dengan matlamat kebanyakan organisasi perniagaan. Akibatnya, kod-kod etika biasanya ditulis dalam bentuk umum, di mana ia mencatatkan kewajipan kepada setiap kumpulan tanpa menyebut pihak mana yang lebih penting dalam sesuatu keadaan. Kesukaran mentakrifkan kod-kod etika wujud kerana ia tidak menetapkan keutamaan antara norma dan kepercayaan. Keutamaan merupakan nilai sebenar sesebuah firma. Sebagai contoh, jualan dan keuntungan di salah satu bahagian sebuah firma didapati merosot. Oleh itu, firma akan menghadapi persoalan sama ada ia harus mengurangkan kakitangan pengurusan pertengahan untuk menjimatkan kos overhednya (keputusan pengecilan yang klasik). Salah satu bahagian dalam kod etika pula mengatakan bahawa firma perlu menghormati kakitangannya, manakala bahagian lain pula mengatakan ia menjangkakan pencapaian keuntungan yang „saksama‰. Bagaimana harus kita memutuskan tindakan mana yang terbaik? Apakah dia „kesaksamaan‰ yang dimaksudkan dalam situasi ini? Malangnya, kod etika tidak dapat memberikan jawapan yang terbaik. Dilema etika merupakan konflik antara prestasi ekonomi dengan sosial. Prestasi sosial dinyatakan sebagai kewajipan terhadap kakitangan, pelanggan, pembekal, pengedar dan orang awam. Walaupun kod-kod etika boleh menyatakan secara umum kewajipan terhadap kumpulan-kumpulan tersebut mengikut pertimbangan pihak pengurusan kanan, namun, ia tidak dapat membantu pengurus-pengurus peringkat pertengahan atau bawahan untuk membuat pilihan antara kumpulan atau antara prestasi ekonomi dengan sosial.

AKTIVITI 5.1 Berikan dua contoh kepercayaan positif yang harus dimiliki organisasi. Bincangkan bersama rakan sekelas anda.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

88



5.1.2

TOPIK 5

PENDEKATAN ORGANISASI DALAM MENAMBAH BAIK KELAKUAN ETIKA

Jawatan Ombudsman

Pernahkah anda mendengar perkataan ombudsman? Apakah maksudnya? Ombudsman ialah seseorang dalam sesebuah organisasi; kebiasaannya seorang pengurus yang lebih tua, dihormati dan hampir bersara. Dia dilepaskan daripada tanggungjawab operasi dan diberi tugas memberi kaunseling kepada kakitangan yang lebih muda berkenaan masalah kerjaya, kesukaran yang dihadapi dalam organisasi dan isu-isu etika.

Tahukah anda bahawa istilah „ombudsman‰ berasal daripada bahasa Sweden? Dalam bahasa Sweden, ia bermaksud: Seorang agen kerajaan dalam negara yang telah dilantik khas untuk menyiasat aduan-aduan individu warga negara terhadap pegawai-pegawai awam disebabkan oleh penyalahgunaan kuasa atau bersikap tidak mengambil peduli. Selalunya, ombudsman boleh melampaui tugas kaunseling atau penyiasatan dan bertindak secara tidak formal untuk menyelesaikan masalah.

Adakah jawatan ombudsman ini berjaya? Sebenarnya tidak juga. Masalah yang timbul adalah kakitangan yang melaporkan sesuatu insiden itu sebenarnya tidak terlepas daripada pembabitan. Kita boleh mengandaikan bahawa ombudsman secara umumnya bersikap berhati-hati dalam perbualannya dengan seseorang pesalah laku. Namun begitu, sumber maklumat ombudsman (iaitu pengadu asal) biasanya jelas diketahui. Dia semestinya seseorang dalam organisasi yang mempunyai maklumat tentang amalan salah tersebut dan merasa bersalah jika ia berdiam diri. Kebiasaannya, pemberi maklumat adalah seseorang yang telah berhubung dengan pesalah laku tentang kesalahannya. Ombudsman tidak perlu mengambil tahu tentang hukuman tetapi pemberi maklumat selalunya akan berasa bimbang jika terbabit.

AKTIVITI 5.2 Pada pendapat anda, bolehkah seorang ombudsman memainkan peranan yang berkesan dalam menyelesaikan kes-kes yang melibatkan isu etika? Terangkan sebab-sebab anda. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

5.1.3

PENDEKATAN ORGANISASI DALAM MENAMBAH BAIK KELAKUAN ETIKA



89

Talian Penting Etika

Kadangkala kakitangan mungkin menghadapi isu etika tetapi keberatan untuk mengutarakannya kepada pengurus atau rakan sekerja mereka. Bagi kakitangan yang tidak mahu dilihat berada bersama pegawai etika, talian penting etika boleh menyediakan saluran untuk melapor atau bertanyakan berkenaan etika tanpa mendedahkan identiti mereka. Sebagai contoh, syarikat Telekom Malaysia (TM) telah menyediakan talian penting etika yang beroperasi 24 jam sehari untuk kakitangan mendapatkan nasihat tentang isu-isu atau kebimbangan berkaitan etika. Talian penting etika ini boleh menjadi satu pendekatan yang berkesan untuk merahsiakan identiti pemanggil di samping mengumpul maklumat-maklumat penting yang diperlukan untuk menyelesaikan aduan atau tuduhan berkaitan dengan etika. Mari kita lihat satu contoh lagi dalam Rajah 5.3 berikut.

Rajah 5.3: Paparan skrin talian penting etika bagi organisasi Ernst & Young Sumber: http://secure.ethicspoint.com

Syarikat korporat terkenal Ernst & Young menyediakan kemudahan melalui rangkaian Internet dengan mewujudkan talian penting etika bagi kakitangan mereka yang ingin melaporkan kelakuan yang mungkin tidak beretika, menyalahi undang-undang, mencabuli piawaian profesional atau tidak menepati kod-kod kelakuan organisasi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

90



5.1.4

TOPIK 5

PENDEKATAN ORGANISASI DALAM MENAMBAH BAIK KELAKUAN ETIKA

Latihan Etika

Sesuatu program pematuhan oleh organisasi perlu diwartakan sebagai program latihan etika dan sistem komunikasi untuk mendidik kakitangan tentang piawaian etika syarikat. Latihan etika ini kebiasaannya melibatkan kuliah untuk para pengurus dan disampaikan oleh jurulatih syarikat. Untuk memberi kesan yang baik, latihan etika harus dikaitkan dengan situasi sebenar yang dialami oleh kakitangan sewaktu bekerja, agar penyelesaian yang terbaik dapat dihasilkan. Umumnya, program latihan etika harus mendidik kakitangan organisasi tentang polisi dan jangkaan, peraturan dan undang-undang yang relevan, serta piawaian sosial am. Latihan etika yang berkesan akan turut menyedarkan kakitangan tentang sumber-sumber sedia ada, sistem-sistem sokongan, kakitangan yang boleh membantu berkaitan etika dan khidmat nasihat guaman. Menurut Thorne, Ferrell dan Ferrell (2008), sesuatu latihan etika organisasi mempunyai tiga matlamat. Matlamat latihan etika adalah bertujuan untuk memastikan supaya kakitangan: (a)

Mengenali situasi-situasi yang memerlukan keputusan etika;

(b)

Memahami nilai dan budaya organisasi; dan

(c)

Menilai impak keputusan etika ke atas syarikat.

SEMAK KENDIRI 5.1 Apakah empat pendekatan etika yang boleh digunakan bagi menangani persekitaran etika organisasi? Bincangkan dengan ringkas bagi setiap pendekatan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

5.2

PENDEKATAN ORGANISASI DALAM MENAMBAH BAIK KELAKUAN ETIKA



91

PUNCA KELAKUAN TIDAK BERETIKA

Kita telah mempelajari bahawa kod-kod etika kelakuan mahupun ombudsman tidak dapat memastikan piawaian moral yang dipilih oleh presiden dan lembaga pengarah sesebuah syarikat dipatuhi oleh seluruh warga firma. Oleh itu, kita perlu beralih dan mengenal pasti punca-punca bagi kelakuan yang tidak beretika dan menimbang sama ada punca-punca berkenaan boleh dihapuskan. Sebagai contoh, mari kita lihat organisasi-organisasi besar seperti General Electric, General Dynamics, E. F. Hutton dan Thorp Division di syarikat ITT. Tahukah anda bahawa organisasi-organisasi ini mempunyai masalah etika? Mari kita cuba fahami faktor-faktor yang menyebabkan para pengurus produk di General Electric menipu kerajaan dan mengapa pula para pengurus kawasan di E. F. Hutton menipu bank. Pengurus-pengurus organisasi besar ini telah menipu kerajaan, bank dan pelanggan tetapi mereka tidak menerima sebarang manfaat langsung daripada tindakan tidak beretika mereka. Ini bukanlah suatu kelakuan ketidakjujuran oleh pengurus kerana tiada bayaran balasan, pakej percutian atau hadiah yang terlibat. Walau bagaimanapun, individu-individu terbabit telah menerima manfaat secara tidak langsung. Oleh itu, kita perlu memahami manfaat tidak langsung ini kerana ia merupakan punca bagi kelakuan tidak beretika dalam organisasi. Kebanyakan syarikat besar hari ini menjalankan pelbagai kegiatan perniagaan dalam pelbagai bahagian. Struktur yang mempunyai banyak bahagian sebegini umumnya bersifat terpencar atau berpecah, di mana kuasa keputusan produk, pasaran dan proses diserahkan kepada pengurus bahagian masing-masing yang bertanggungjawab ke atas prestasi ekonominya. Namun, terdapat dua masalah utama dalam struktur organisasi yang terbahagi dan terpencar ini iaitu: (a)

Perhubungan antara bahagian (seperti bahagian produk, pasaran, proses atau teknologi) adalah tidak efisien dan tidak dapat digunakan sebagai asas mencapai ekonomi skala atau ekonomi skop akibat sifat mereka yang terasing; dan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

92



(b)

Pengurusan korporat dalam sesuatu struktur yang terpencar memiliki hanya sedikit kuasa kawalan ke atas strategi bahagian-bahagian, melainkan setelah berlaku sesuatu kejayaan atau kegagalan yang menonjol. Fungsi mereka terhad setakat langkah kajian semula yang tidak berkesan. Masalah ini telah membawa perubahan ke atas kaedah mengurus kepelbagaian, bermula sekitar tahun 1975.

TOPIK 5

PENDEKATAN ORGANISASI DALAM MENAMBAH BAIK KELAKUAN ETIKA

Sebelum kita ke bahagian seterusnya, mari kita cuba latihan berikut:

LATIHAN 5.1 1.

Apakah kod etika?

2.

Adakah kod etika berkesan? Nyatakan sebab-sebab anda.

3.

Adakah anda fikir latihan etika berkesan dalam menambah baik kelakuan etika seseorang kakitangan? Nyatakan sebab anda.

4.

Apakah punca-punca struktur bagi kelakuan tidak beretika?

5.3

PENYELESAIAN TERHADAP PUNCA STRUKTUR KELAKUAN TIDAK BERETIKA

Apakah yang boleh anda lakukan untuk menghapuskan punca struktur yang menyebabkan kelakuan tidak beretika dalam organisasi? Malangnya, tidak banyak yang boleh dilakukan. Dalam topik sebelum ini, kita telah mempelajari bahawa individu tidak mempunyai sesuatu cara yang terbaik untuk mencapai keputusan apabila berhadapan dengan dilema etika. Teknik pelbagai analisis (menggunakan pertimbangan berbentuk ekonomi, undang-undang dan etika) kelihatan membantu dalam menjelaskan isu dan keputusan-keputusan yang „sesuai‰, „betul‰ dan „adil‰. Walau bagaimanapun, proses tersebut tidak menjamin kesepakatan kerana nilai dan keutamaan yang timbul akibat pengaruh ekonomi, undang-undang dan etika berbeza-beza antara warga organisasi. Oleh itu, tidak terdapat cara yang cukup memuaskan bagi mengubah sistem-sistem perancangan, kawalan dan motivasi untuk memastikan piawaian moral eksekutif-eksekutif kanan diikuti.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

PENDEKATAN ORGANISASI DALAM MENAMBAH BAIK KELAKUAN ETIKA



93

Kita boleh bersikap kurang mementingkan pengukuran prestasi kewangan (seperti hasil jualan, kos berubah, perbelanjaan tetap dan keuntungan suku tahunan) dan lebih menekankan pengukuran numerik (seperti aduan pelanggan, penurunan kualiti, ketidakhadiran pekerja, sikap komuniti dan kelengahan bertindak balas kepada pertanyaan tentang dividen). Walau bagaimanapun, langkah-langkah ini sahaja tidak akan menyelesaikan masalah pengurusan yang mewakili konflik antara prestasi ekonomi dengan prestasi sosial sesebuah organisasi. Apakah yang anda fikir akan berlaku jika konflik ini tidak ditangani dan diselesaikan oleh eksekutif-eksekutif kanan firma dengan baik? Jika ia tidak dapat diselesaikan dengan baik oleh eksekutif-eksekutif kanan firma, pengurus peringkat pertengahan dan operasi kebiasaannya akan lebih cenderung untuk mencapai prestasi ekonomi organisasi. Ini adalah kerana sistem-sistem pengurusan sekarang mengukur prestasi berdasarkan kriteria ekonomi yang akan menentukan masa depan mereka.

AKTIVITI 5.3 Jika anda sebagai pengurus yang perlu menyelesaikan masalah kelakuan tidak beretika dalam organisasi anda, bagaimanakah anda akan melakukannya? Bincangkan dengan rakan sekelas anda.

5.4

TANGGUNGJAWAB ETIKA PIHAK PENGURUSAN

Akhir sekali, mari kita pelajari tanggungjawab etika pihak pengurusan. Sebelum itu, mari bayangkan diri anda sebagai seorang eksekutif kanan sebuah firma. Bagaimanakah anda menangani dan menyelesaikan konflik antara prestasi ekonomi dan sosial? Penyelesaian konflik perlu dilakukan sebagai sebahagian daripada proses perancangan strategik. Isu-isu etika pula perlu dijadikan sebahagian proses tersebut dan bukannya diketepikan atau diserahkan kepada peringkat operasi. Bagi persoalan-persoalan etika yang sukar pula, ia hendaklah dikemukakan kepada para pengurus bahagian dan eksekutif-eksekutif korporat hendaklah memberikan jawapan beretika yang tepat terhadap persoalanpersoalan tersebut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

94



TOPIK 5

PENDEKATAN ORGANISASI DALAM MENAMBAH BAIK KELAKUAN ETIKA

Oleh itu, sebagai seorang eksekutif korporat, bagaimana harus anda menjawab persoalan-persoalan yang sukar seperti berikut: (a)

„Salah satu klien utama kita mendesak untuk meletakkan pernyataan yang tidak tepat dalam iklan mereka. Haruskah kita terus berurusan dengan mereka?‰

(b)

„Kita boleh mengurangkan kos dengan menyingkirkan pengedar-pengedar borong yang telah membantu kita mengembangkan pasaran. Haruskah kita mula menghantar produk-produk terus ke stor untuk dijual?‰

Pada dasarnya, respons anda harus mempunyai komponen-komponen berikut: (a)

Keperibadian Keperibadian yang tinggi diperlukan untuk menghadapi isu-isu yang mempunyai impak sosial berkaitan setiap keputusan alternatif.

(b)

Keberanian Keberanian diperlukan untuk menilai dengan teliti setiap alternatif mengikut kaedah pertimbangan ekonomi, undang-undang dan etika.

Selain itu, kita juga memerlukan keperibadian yang tinggi untuk mengenal pasti kos-kos peribadi yang berkaitan dengan setiap alternatif yang dipilih dan keberanian untuk menanggungnya. Walau bagaimanapun, orang lain mungkin tidak bersetuju dengan keputusan tersebut disebabkan oleh perbezaan-perbezaan berikut: (a)

Perbezaan perspektif di dalam firma; atau

(b)

Perbezaan kepercayaan terhadap kepentingan hasil ekonomi, keperluan undang-undang, prinsip-prinsip moral (bermurah hati dan bersifat konsisten), nilai-nilai moral keadilan dan kebebasan.

Terdapat banyak akibat ekonomi, undang-undang dan etika, keperluan, prinsip dan nilai terhadap diri kita tetapi kesemuanya bersifat tidak teratur dengan jelas. Namun begitu, ia bukan suatu alasan untuk kita mengelak daripada membuat keputusan yang beretika dalam pengurusan. Kita hendaklah membuat keputusan berdasarkan rasa tanggungjawab kita terhadap orang lain kerana itulah dugaan terhadap keperibadian kita dan menjadi ukuran keberanian kita.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

PENDEKATAN ORGANISASI DALAM MENAMBAH BAIK KELAKUAN ETIKA



95

SEMAK KENDIRI 5.2 Bagaimanakah respons pihak pengurusan dalam menangani masalah etika dalam sesebuah organisasi? Terangkan.

Mari uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut:

LATIHAN 5.2 Apakah yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan punca-punca struktur terhadap kelakuan tidak beretika yang wujud dalam organisasi?



Terdapat empat pendekatan utama dalam menangani iklim etika sesebuah organisasi iaitu kod etika, jawatan ombudsman, talian penting etika dan latihan etika.



Kod etika adalah senarai pernyataan yang mengandungi norma-norma dan kepercayaan-kepercayaan sesebuah organisasi yang diterbit dan diedarkan kepada seluruh warga firma.



Ombudsman kebiasaannya ialah seseorang yang sudah berumur dan dihormati dalam organisasi. Dia telah dilepaskan daripada tanggungjawab operasi dan ditugaskan untuk memberi kaunseling kepada kakitangan yang lebih muda tentang isu-isu etika.



Pembahagian dan pemencaran kuasa dipercayai menjadi punca utama terhadap kelakuan-kelakuan yang tidak beretika.



Penyelesaian bagi kelakuan tidak beretika adalah dengan mengurangkan kepentingan yang diletakkan ke atas ukuran prestasi kewangan dan lebih menekankan ukuran numerik.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

96

Ć



TOPIK 5

PENDEKATAN ORGANISASI DALAM MENAMBAH BAIK KELAKUAN ETIKA

Pihak pengurusan hendaklah mengambil keputusan berkaitan kelakuan tidak beretika berdasarkan rasa tanggungjawab kepada orang lain kerana ia merupakan dugaan dan ujian terhadap keperibadian serta ukuran keberanian mereka.

Kepercayaan

Ombudsman

Kod etika

Pembahagian

Latihan etika

Pemencaran kuasa

Norma

Talian penting etika

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Topik



6

Tanggungjawab Sosial dan Organisasi

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menjelaskan tiga era tanggungjawab sosial;

dalam

perkembangan

pemikiran

2.

Menerangkan tiga lingkungan tanggungjawab sosial organisasi;

3.

Membincangkan hujah-hujah yang menyokong serta membantah tanggungjawab sosial; dan

4.

Menerangkan bagaimana kerajaan dan organisasi mempengaruhi antara satu sama lain.

 PENGENALAN Setelah memahami prinsip-prinsip etika pada peringkat individu, mari kita alihkan fokus kita terhadap amalan-amalan terbaik organisasi, mengikut perspektif pemegang kepentingan. Tahukah anda bahawa salah satu amalan terbaik korporat adalah tanggungjawab sosial korporat? Apakah maksudnya? Mari kita lihat Rajah 6.1 berikut untuk memahami maksud istilah „tanggungjawab sosial korporat‰ dengan lebih jelas.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

98



TOPIK 6

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI

Rajah 6.1: Piramid tanggungjawab sosial Sumber: http://bclc.chamberpost.com

Seperti mana yang kita dapat lihat dalam Rajah 6.1, tanggungjawab sosial korporat berkisar kepada empat tanggungjawab utama iaitu ekonomi, undangundang, etika dan kedermawanan. Apakah maksud tanggungjawab sosial korporat? Berikut adalah definisi tanggungjawab sosial korporat secara lebih terperinci. Tanggungjawab sosial korporat ialah suatu aktiviti organisasi untuk menepati jangkaan pihak berkepentingan, sama ada mereka berada dalam sektor swasta atau awam, bersaiz besar atau kecil, pada sesuatu peringkat strategik ekonomi, undang-undang, etika atau tanggungjawab terhadap masyarakat. Ia adalah suatu set kewajipan organisasi untuk melindungi dan memberi kepada masyarakat di mana ia berfungsi. (Ferrell, Thorne & Ferrell, 2011) Seperti yang diterangkan tadi, tanggungjawab sosial korporat adalah satu set kewajipan organisasi untuk melindungi dan memberi kepada masyarakat di mana ia berfungsi. Dalam topik keenam ini, kita akan melihat aspek-aspek yang berkaitan tanggungjawab sosial seperti pandangan sejarah, pendekatanpendekatan organisasi, pengaruh kerajaan dan organisasi ke atas satu sama lain, pengurusan dan audit sosial.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

6.1

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI 

99

PANDANGAN SEJARAH TERHADAP TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Sedarkah anda bahawa pandangan terhadap tanggungjawab sosial yang dipegang oleh organisasi, kerajaan dan orang awam secara umumnya telah banyak sekali berubah sejak 100 tahun yang lepas? Walau bagaimanapun, terdapat tiga titik perubahan kritikal yang dapat dikenal pasti dalam sejarah perkembangan pemikiran tanggungjawab sosial. Tiga titik perubahan ini dinyatakan dalam Rajah 6.2 berikut:

Rajah 6.2: Perkembangan pemikiran tanggungjawab sosial

Mari kita lihat setiap era tanggungjawab sosial ini dengan lebih terperinci dalam subtopik-subtopik seterusnya.

6.1.1

Era Keusahawanan

Tahukah anda bahawa era keusahawanan bermula di Amerika pada akhir abad ke-19? Pada masa itu, pemimpin ternama industri seperti John D. Rockefeller, Cornelius Vanderbilt, J. P. Morgan dan Andrew Carnegie telah mengumpul kekayaan dan membina empayar dalam industri minyak, kereta api, perbankan dan keluli. Sebelum era ini, perniagaan adalah secara kecil-kecilan. Tokoh-tokoh inilah merupakan eksekutif-eksekutif pertama yang memiliki kuasa dan pengaruh sehingga ke seluruh negara. Malangnya, usahawan-usahawan awal ini banyak menyalahgunakan kuasa yang mereka miliki melalui amalan-amalan yang tidak bertanggungjawab. Amalanamalan ini diterangkan dalam Jadual 6.1 berikut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

100 

TOPIK 6

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI

Jadual 6.1: Amalan Tidak Bertanggungjawab Usahawan-usahawan Awal Amalan Usahawan Awal Sekat Masuk Kerja

Penerangan Merupakan satu taktik menyekat pekerjaan. Majikan menggunakannya untuk menghalang kesatuan sekerja atau mendapatkan kelebihan pengaruh dalam sesuatu pertikaian dengan pekerja. Ia sering dilakukan dengan menyekat kakitangan daripada memasuki tempat kerja. Ia boleh juga dilaksanakan dengan menghalang pelaksanaan tugas, memberhentikan pekerja atau mengambil pekerja-pekerja pengganti yang bukan ahli kesatuan. (Sumber: http://www.britannica.com)

Polisi Mendiskriminasi Harga

Merupakan tindakan mengenakan harga yang tidak berpatutan bagi produk atau perkhidmatan. Sesetengah kumpulan pengguna, misalnya, mungkin dikenakan harga yang berlainan untuk produk atau perkhidmatan yang sama. Penyedia perkhidmatan menggunakan diskriminasi harga untuk mengambil kesempatan ke atas status ekonomi individu iaitu keupayaan dan kesanggupan mereka membayar. (Sumber: http://www.globecon.org)

Sogokan

Merupakan bayaran atau tawaran perkhidmatan yang bertujuan untuk mempengaruhi atau mendapatkan sesuatu daripada organisasi atau seseorang. Sogokan berkait rapat dengan rasuah. (Sumber: http://www.wisegeek.com)

Peras Ugut

Merupakan tindakan memeras wang atau sesuatu barangan yang berharga daripada seseorang dengan mengancam untuk mendedahkan sesuatu perlakuan atau maklumat yang mengaibkan. (Sumber: http://www.answers.com)

Mengelak Cukai

Amalan yang menyalahi undang-undang di mana seseorang, organisasi atau syarikat yang sengaja mengelak daripada membayar sejumlah cukai sebenar yang perlu ditanggung. Tuduhan jenayah dan hukuman yang berat akan dikenakan ke atas mereka yang didapati mengelak cukai. (Sumber: http://www.investopedia.com)

Akhirnya, bantahan daripada pegawai-pegawai awam dan para pemimpin lain telah memaksa kerajaan persekutuan meluluskan undang-undang untuk mengharamkan sesetengah amalan perniagaan dan mengenakan sekatan ke atas yang lain. Undang-undang ini adalah penting kerana ia mengiktiraf wujudnya perhubungan antara perniagaan, kerajaan dan masyarakat. Ia juga menunjukkan bahawa perniagaan mempunyai peranan dalam masyarakat, selain memaksimumkan keuntungan sahaja. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

6.1.2

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI  101

Era Kemelesetan

Perubahan pandangan terhadap tanggungjawab sosial terus berkembang sepanjang awal abad ke-20 walaupun tidak ketara. Walau bagaimanapun, pandangan ini telah berubah secara mendadak semasa Era Kemelesetan pada tahun 1930an. Ketika itu, organisasi-organisasi besar telah mendominasi ekonomi Amerika dan ramai orang mengkritik amalan kewangan mereka yang tidak bertanggungjawab dan telah mengakibatkan kejatuhan pasaran saham pada tahun 1929. Oleh itu, kerajaan telah meluluskan beberapa undang-undang untuk melindungi para pelabur dan perniagaan kecil dengan mengikuti sebahagian daripada Program Penyelesaian Baru (New Deal Programme) yang dibangunkan oleh Franklin D. Roosevelt. Apakah itu Program Penyelesaian Baru? Program Urusan Baru adalah satu program yang diketengahkan oleh Presiden Amerika yang ke-32, Franklin D. Roosevelt untuk menangani masalah ekonomi di Amerika. Pada tahun 1929, pasaran saham Amerika telah jatuh teruk, menyebabkan kesan domino pada seluruh ekonomi Amerika. Sebagai tambahan kepada pergelutan ekonomi, negaranya juga menghadapi beberapa isu besar dalam sektor perladangan. Ramai rakyat Amerika mendapati diri mereka telah jatuh miskin dalam waktu yang singkat. Ini telah mencetuskan pergolakan sosial dan menambah kerumitan dalam negara yang sedang mengalami masalah. Roosevelt merasakan bahawa negaranya memerlukan tiga perkara penting untuk menangani masalah ini iaitu pertolongan, pemulihan dan pembaharuan. Program Penyelesaian Baru diperkenalkan pada 1930s adalah satu siri pembaharuan sosial, ekonomi dan kerajaan yang dimulakan oleh Roosevelt. Ia memfokus ke arah memberi bantuan kepada rakyat Amerika yang menganggur dan sektor pembuatan yang menghadapi masalah. Ia juga bertujuan untuk memulihkan ekonomi serta memperbaharui sistem kewangan negara bagi mencegah berulangnya Era Kemelesetan. Pada masa itu, Program Penyelesaian Baru menghadapi kritikan daripada sesetengah pihak di samping pujian daripada pihak lain. Apabila ditinjau kembali, Program Penyelesaian Baru merupakan satu peristiwa utama dalam sejarah Amerika kerana ia berupaya membentuk landskap dan sikap rakyat Amerika. (Sumber: http://www.wisegeek.com)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

102 

TOPIK 6

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI

Kemudian, Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran (Securities and Exchange Commission) telah ditubuhkan pada tahun 1934 untuk mengawal penjualan sekuriti dan membendung amalan pasaran saham yang tidak adil. Melalui langkah-langkah ini, tanggungjawab sosial organisasi telah menjadi semakin jelas dan nyata. Paling penting, tindakan baru kerajaan yang mendesak organisasi memainkan peranan aktif dalam mempertingkatkan kebajikan umum rakyat Amerika telah berupaya mengubah keadaan ini.

6.1.3

Era Sosial

Tahukah anda bahawa era dalam sejarah Amerika yang disifatkan sebagai perkembangan besar dalam tanggungjawab sosial dikenali sebagai Era Sosial? Era ini berlaku pada tahun 1960an. Gerakan menuntut hak awam dan bantahan meluas terhadap Perang Vietnam telah meningkatkan kesedaran orang ramai untuk meneliti nilai, keutamaan dan matlamat negara mereka. Para pelajar serta aktivis telah menuduh perniagaanperniagaan besar seperti McDonnell-Douglas dan DuPont cuba mempromosi dan memanjangkan lagi Perang Vietnam untuk meningkatkan keuntungan syarikat. Perkembangan ini telah menimbulkan dua persoalan penting dalam arah aliran perkembangan tanggungjawab sosial iaitu: (a)

Kepada siapa harus organisasi perniagaan bertanggungjawab?

(b)

Siapa yang akhirnya harus dipertanggungjawabkan mengenai amalanamalan organisasi?

Kedua-dua soalan penting ini akan dijawab dalam subtopik seterusnya.

AKTIVITI 6.1 Lakarkan satu peta minda yang menunjukkan perkembangan pemikiran tanggungjawab sosial. Huraikan butir-butir peta minda tersebut secara terperinci.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

6.2

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI  103

LINGKUNGAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Tahukah anda bahawa ada beberapa lingkungan utama dalam tanggungjawab sosial? Umumnya, organisasi boleh menunaikan tanggungjawab sosial mereka dalam tiga lingkungan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.3 berikut.

Rajah 6.3: Tiga lingkungan tanggungjawab sosial organisasi

Ketiga-tiga lingkungan ini diterangkan dengan lebih lanjut seperti berikut. (a)

Konstituen Siapakah ahli konstituen organisasi? Ahli konstituen organisasi terdiri daripada seseorang dan organisasi lain yang terjejas secara langsung akibat daripada amalan sesebuah organisasi. Mereka juga mempunyai kepentingan dalam prestasinya. Konstituen utama adalah kerajaan negeri dan pusat, pemiutang, pelanggan, pembekal, pekerja, kumpulan berkepentingan, mahkamah dan pelabur. Setiap perkara yang dilakukan organisasi akan memberi kesan kepada kepentingan pemilik dan pelabur organisasi. Apabila pengurus firma didapati melakukan jenayah atau mencabul piawaian etika, laporan buruk media dan bantahan orang ramai akan menjejaskan keuntungan firma, harga saham dan seterusnya. Organisasi yang bertanggungjawab secara sosial dalam urusan mereka akan mengambil berat ke atas kakitangan mereka secara adil, menjadikan mereka ahli sepasukan dan menghormati maruah serta keperluan asas mereka. Oleh itu, untuk mengekalkan tanggungjawab sosial terhadap pelabur, para pengurus harus: (i)

Mengekalkan prosedur perakaunan yang sesuai;

(ii)

Menyediakan maklumat semasa serta jangkaan mengenai prestasi kewangan firma yang sesuai untuk pemegang-pemegang saham; dan

(iii) Menguruskan organisasi dengan cara yang dapat melindungi hak dan pelaburan pemegang saham. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

104 

(b)

TOPIK 6

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI

Persekitaran Semula Jadi Organisasi Lingkungan kritikal kedua organisasi adalah persekitaran semula jadi. Tidak lama dahulu, banyak organisasi kerap membuang kumbahan, bahan sisa pembuatan dan sampah ke dalam sungai, udara dan juga kawasan kosong. Pada masa ini, banyak undang-undang telah diluluskan untuk mengawal pembuangan bahan sisa. Terdapat banyak kejadian, di mana organisasi dapat melihat sendiri akibat buruk tindakan mereka dan ini telah menjadikan mereka lebih bertanggungjawab sosial dalam mengendalikan bahan cemar industri mereka. Rajah 6.4 berikut menunjukkan limpahan sisa mentah yang dibuang ke dalam medium air. Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini mencemarkan sungai dan membahayakan kehidupan organisma di dalamnya walaupun hakikatnya tindakan begini dilarang ketat oleh undang-undang di seluruh dunia.

Rajah 6.4: Limpahan sisa mentah Sumber: http://www.i8not.net

Syarikat-syarikat perlu membangunkan kaedah ekonomi yang mampu mengelak terjadinya hujan asid, pengurangan lapisan ozon dan pemanasan global. Mereka perlu mencari kaedah alternatif untuk mengendalikan bahan kumbahan, sisa berbahaya dan sampah sarap biasa. Syarikat juga perlu membentuk polisi-polisi keselamatan yang dapat mengurangkan kemalangan yang boleh mengakibatkan kemusnahan persekitaran.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI  105

Rajah 6.5 berikut menunjukkan sebab dan akibat pemanasan global yang mengancam kehidupan organisma bumi ini. Pemanasan global selalunya disebabkan oleh pengeluaran asap kilang yang mengandungi peratusan karbon dioksida yang tinggi. Selain itu, haba yang dilepaskan ke dalam atmosfera mengakibatkan litupan air batu menjadi nipis dan mudah cair; ini membuatkan bumi mudah diancam bahaya jika dibiarkan berterusan.

Rajah 6.5: Sebab dan akibat pemanasan global

Syarikat juga boleh mengamalkan kegiatan lain untuk menjalankan tanggungjawab mereka terhadap persekitaran semula jadi. Antaranya adalah dengan: (i)

Menyumbang kepada badan amal, organisasi yang bersifat dermawan, yayasan dan persatuan bukan berasaskan keuntungan;

(ii)

Menyokong muzium, simfoni, radio dan televisyen awam; dan

(iii) Memainkan peranan pendidikan awam. (c)

untuk

menambah

baik

kesihatan

dan

Kebajikan Umum Masyarakat Akhir sekali, sesetengah masyarakat merasakan bahawa organisasi harus juga mempromosikan kebajikan umum masyarakat sebagai tambahan kepada tanggungjawab mereka terhadap konstituen dan persekitaran semula jadi. Selain itu, ada juga yang percaya bahawa organisasi harus bertindak dengan betul atau pun sekurang-kurangnya tidak menyumbang kepada ketidaksaksamaan dalam politik. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

106 

TOPIK 6

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI

SEMAK KENDIRI 6.1 1.

Jelaskan secara ringkas tiga era tanggungjawab sosial.

2.

Terangkan secara terperinci tiga lingkungan tanggungjawab sosial tersebut.

6.3

HUJAH TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Secara realitinya, hanya terdapat sedikit bantahan terhadap keperluan organisasi untuk bertindak secara bertanggungjawab. Mereka bukan hanya perlu bertanggungjawab kepada konstituen mereka sahaja tetapi juga kepada persekitaran semula jadi dan masyarakat umum di mana mereka beroperasi. Namun begitu, beberapa hujah yang meyakinkan telah diutarakan oleh pihak tertentu yang membantah tafsiran tanggungjawab sosial yang dianggap terlalu luas. Sebahagian daripada hujah utama oleh kedua-dua belah pihak dalam perbahasan ini telah diringkaskan dalam Jadual 6.2 berikut: Jadual 6.2: Hujah-hujah yang Menyokong dan Membantah Tanggungjawab Sosial Menyokong

Membantah

Perniagaan menimbulkan masalah dan harus membantu mengatasinya.

Tujuan perniagaan adalah menjana keuntungan bagi pemiliknya.

Syarikat juga adalah warganegara dalam masyarakat.

Penglibatan dalam program sosial akan memberi pengaruh yang terlalu besar terhadap perniagaan.

Perniagaan selalunya memiliki sumber yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah.

Terdapat potensi konflik kepentingan.

Tanggungjawab sosial boleh meningkatkan keuntungan.

Perniagaan kurang memiliki kepakaran dalam menguruskan program-program sosial.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

untuk para

TOPIK 6

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI  107

Walaupun setiap hujah yang diringkaskan dalam Jadual 6.2 tadi telah menerangkan dengan jelas kelakuan bertanggungjawab sosial organisasi, terdapat satu lagi sebab asas yang menyokongnya iaitu keuntungan itu sendiri. Organisasi yang menyumbang kepada masyarakat, di mana tindakan mereka boleh dilihat dengan jelas, dapat memperkukuhkan reputasi dan menguasai bahagian pasaran yang lebih besar bagi produk mereka.

AKTIVITI 6.2 Senaraikan hujah-hujah yang menyokong dan membantah tanggungjawab sosial. Sertakan juga satu contoh bagi setiap hujah tersebut.

6.4

PENDEKATAN ORGANISASI KE ARAH TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Sesetengah orang menyokong peranan sosial yang lebih besar bagi organisasi, manakala yang lain berhujah bahawa peranan sosial mereka sudah terlalu besar. Pada masa yang sama, organisasi juga mempunyai pendekatan tanggungjawab sosial sendiri yang luas seperti yang digambarkan dalam Rajah 6.6 berikut:

Rajah 6.6: Pendekatan tanggungjawab sosial organisasi

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

108 

TOPIK 6

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI

Seperti mana yang ditunjukkan dalam Rajah 6.6, terdapat empat pendekatan yang boleh digunakan oleh organisasi berkaitan dengan tanggungjawab sosial. Pendekatan-pendekatan ini terletak secara sehala antara tahap amalan tanggungjawab sosial yang terendah dengan tertinggi. Huraian lanjut bagi setiap pendekatan tanggungjawab sosial ini dihuraikan dalam Jadual 6.3 berikut: Jadual 6.3: Empat Pendekatan Tanggungjawab Sosial Pendekatan Organisasi

Penerangan

Halangan Sosial

Pendekatan ini mempunyai darjah tanggungjawab sosial yang paling rendah. Sejumlah kecil organisasi yang menggunakan pendekatan ini biasanya menyelesaikan masalah sosial atau persekitaran dengan cara yang paling minimum. Apabila melintasi garis etika atau undang-undang yang memisahkan antara amalan yang diterima dengan yang tidak diterima, mereka biasanya akan bertindak balas dengan menafikan atau menutup tindakan buruk mereka.

Kewajipan Sosial

Pendekatan ini melibatkan organisasi mematuhi segala kehendak undang-undang dalam menyelesaikan masalah sosial atau persekitaran tetapi tidak lebih daripada itu. Pendekatan ini paling konsisten dengan hujah yang membantah tanggungjawab sosial seperti diterangkan dahulu. Pengurus organisasi sebegini biasanya menegaskan bahawa tugas mereka adalah menjana keuntungan.

Tindak Balas Sosial

Pendekatan ini melibatkan pematuhan kepada keperluan undangundang dan etika serta melebihi keperluan dalam kes-kes tertentu. Firma sebegini bersetuju menyertai program-program sosial yang terhad secara sukarela. Walau bagaimanapun, mereka perlu diyakinkan bahawa program berkenaan wajar menerima bantuan.

Sumbangan Sosial

Pendekatan ini mempunyai darjah tanggungjawab sosial yang paling tinggi. Ia jauh melebihi keperluan minimum dan melibatkan carian peluang-peluang untuk menyumbang kepada masyarakat secara proaktif. Firma yang menggunakan pendekatan ini berpegang kepada hujah-hujah yang menyokong tanggungjawab sosial. Mereka melihat diri mereka sebagai warganegara dalam masyarakat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

6.5

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI  109

KERAJAAN DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Anda tentu sedar bahawa terdapat perhubungan dua hala antara organisasi dengan kerajaan. Dalam hubungan dua hala ini, organisasi dan kerajaan menggunakan beberapa kaedah dalam usaha mereka untuk mempengaruhi satu sama lain, seperti mana yang digambarkan dalam Rajah 6.7 berikut:

Rajah 6.7: Bagaimana organisasi dan kerajaan mempengaruhi antara satu sama lain

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

110 

6.6

TOPIK 6

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI

BAGAIMANA KERAJAAN MEMPENGARUHI ORGANISASI?

Secara umumnya, kerajaan mempengaruhi organisasi melalui peraturanperaturan langsung dan tidak langsung. Sebelum kita menghuraikan lebih lanjut bagaimana kerajaan mempengaruhi organisasi, mari kita pelajari dahulu definisi peraturan. Peraturan adalah penubuhan undang-undang serta peraturan yang menetapkan apa yang organisasi boleh atau tidak boleh lakukan dalam keadaan tertentu.

Seterusnya, pengaruh kerajaan terhadap organisasi boleh digambarkan seperti Rajah 6.8 berikut:

Rajah 6.8: Dua peraturan kerajaan yang mempengaruhi organisasi

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

6.7

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI  111

BAGAIMANA ORGANISASI MEMPENGARUHI KERAJAAN?

Bagaimana pula organisasi mempengaruhi kerajaan? Terdapat empat kaedah utama yang digunakan oleh organisasi untuk menangani desakan kerajaan ke arah tanggungjawab sosial yang lebih tinggi. Empat kaedah ini diterangkan dengan lebih lanjut dalam Jadual 6.4 berikut: Jadual 6.4: Empat Kaedah Organisasi dalam Mempengaruhi Kerajaan Kaedah Organisasi

Penerangan

Kenalan Peribadi

Ramai eksekutif korporat dan pemimpin politik berada dalam kumpulan sosial yang sama. Oleh itu, kenalan dan rangkaian peribadi menyediakan satu kaedah untuk mempengaruhi. Seorang eksekutif perniagaan mungkin boleh menghubungi seorang ahli politik kenalannya secara terus dan menyampaikan keadaannya berkaitan sesuatu undang-undang yang sedang dalam pertimbangan.

Melobi

Merupakan satu cubaan oleh individu atau kumpulan untuk mempengaruhi undang-undang. Seorang pelobi boleh mewakili sebuah organisasi dalam badan perundangan untuk mempengaruhi keputusannya.

Jawatankuasa Bertindak Politik

Jawatankuasa ini merupakan organisasi khas yang ditubuhkan untuk mendapat dan membahagikan wang kepada calon politik. Ini adalah kerana syarikat-syarikat dilarang oleh undang-undang daripada membuat sumbangan terus kepada kempen politik. Oleh itu, kakitangan syarikat digalakkan memberi sumbangan kepada Jawatankuasa Bertindak Politik tertentu yang menyokong calon yang berpendirian politik serupa dengan mereka. Seterusnya, Jawatankuasa Bertindak Politik sendiri akan menyalurkan sumbangan kepada caloncalon negeri dan pusat secara keseluruhan.

Pertolongan

Organisasi kadangkala bergantung kepada pertolongan dan lain-lain taktik berpengaruh untuk mendapatkan sokongan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

112 

6.8

TOPIK 6

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI

MENGURUS TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Secara umumnya, terdapat beberapa kesulitan yang boleh timbul apabila pengurus gagal mengikuti piawaian etika yang tinggi atau apabila syarikat cuba mengelak kewajipan mereka di sisi undang-undang. Oleh itu, organisasi perlu menggunakan suatu pendekatan tanggungjawab sosial yang selaras dengan kaedah yang digunakan untuk membangunkan strategistrategi perniagaan mereka yang lain. Mereka harus melihat tanggungjawab sosial sebagai satu cabaran utama yang memerlukan perancangan, keputusan, pertimbangan dan penilaian yang teliti. Mereka boleh mencapainya melalui dua pendekatan iaitu pendekatan formal dan tidak formal, seperti mana yang digambarkan dalam Rajah 6.9 berikut:

Rajah 6.9: Pendekatan formal dan tidak formal bagi organisasi

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI  113

Jadual 6.5 menghuraikan dengan lebih lanjut pendekatan formal yang boleh digunakan oleh organisasi untuk menguruskan tanggungjawab sosial mereka. Jadual 6.5: Pendekatan Formal Organisasi Pendekatan Formal

Penerangan

Pematuhan Undangundang

Ia merujuk kepada sejauh mana organisasi mematuhi undangundang pada peringkat majlis tempatan, negeri, negara dan antarabangsa. Tugas mengurus pematuhan undang-undang biasanya diserahkan kepada pengurus-pengurus fungsian yang sesuai.

Pematuhan Etika

Ia merujuk kepada sejauh mana warga organisasi berkelakuan mengikuti piawaian asas etika (dan undang-undang). Banyak organisasi turut menubuhkan jawatankuasa etika masingmasing. Ia mungkin ditugaskan untuk mengkaji semula cadangan-cadangan projek baru, membantu menilai strategi baru pengambilan pekerja atau menilai rancangan baru terhadap persekitaran.

Pemberian Derma

Merupakan pemberian dana atau lain-lain hadiah kepada program-program amal dan lain-lain. Malangnya, dalam zaman pengurangan kos sekarang ini, banyak syarikat telah mengehadkan pemberian hadiah amal sejak beberapa tahun yang lepas sebagai langkah mengurangkan bajet.

Bagi pendekatan tidak formal pula, penerangan lanjut dinyatakan dalam Jadual 6.6 berikut: Jadual 6.6: Pendekatan Tidak Formal Organisasi Pendekatan Tidak Formal

Penerangan

Kepimpinan dan Budaya Organisasi

Amalan kepimpinan dan budaya organisasi banyak membantu ke arah mendefinisikan pendirian tanggungjawab sosial yang digunakan oleh organisasi serta warganya. Oleh yang demikian, kepimpinan dan budaya yang sesuai adalah penting dalam mengurus sesebuah organisasi secara tidak formal.

Peniupan Wisel

Peniupan wisel ialah pendedahan oleh seorang kakitangan mengenai kelakuan tidak beretika atau menyalahi undangundang dalam sesebuah organisasi. Peniup wisel boleh melakukannya melalui beberapa saluran. Mereka juga boleh dipecat atas usaha mereka untuk mendedahkan salah laku tersebut. Walau bagaimanapun, banyak organisasi mengalualukan sumbangan mereka. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

114 

6.9

TOPIK 6

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI

MENILAI TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Akhir sekali, mari kita pelajari bagaimana tanggungjawab sosial organisasi dinilai. Sesebuah organisasi yang bersungguh-sungguh terhadap tanggungjawab sosial, perlu memastikan bahawa usahanya boleh menghasilkan faedah yang diingini. Pada dasarnya, ia perlu mengaplikasikan konsep kawalan terhadap tanggungjawab sosial mereka. Banyak organisasi menghendaki kakitangan mereka membaca garis panduan atau kod etika dan menandatangani persetujuan mereka untuk mematuhinya. Organisasi juga harus menilai bagaimana ia bertindak balas terhadap kelakuan-kelakuan yang boleh dipersoalkan di sisi undang-undang atau etika.

6.9.1

Audit Sosial

Sedarkah anda bahawa terdapat sesetengah organisasi yang melaksanakan audit sosial? Apakah maksud „audit sosial‰? Mari kita teliti penerangan seterusnya untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai istilah ini. Audit sosial korporat ialah suatu analisis formal dan lengkap ke atas keberkesanan prestasi sosial firma. Ia merupakan satu alat untuk menilai tanggungjawab sosial, di mana ia menghendaki organisasi mendefinisikan kesemua matlamat sosialnya dengan jelas. Ia juga menganalisis sumber-sumber yang ditumpukan kepada setiap matlamat, menentukan sebaik mana matlamat dicapai dan mencadangkan perkara mana yang perlu diberi perhatian tambahan. Dalam erti kata lain, audit sosial merupakan satu proses menilai dan melaporkan prestasi perniagaan daripada segi ekonomi, undang-undang, etika dan dermawan yang merupakan tanggungjawab sosial mengikut jangkaan pihak berkepentingan. Audit sosial menyediakan alat untuk digunakan oleh syarikat dalam mengenal pasti dan mengukur impaknya ke atas pemegang saham, menyampaikan maklumat secara dalaman dan luaran, dan mengaplikasikan maklumat ini untuk menambah baik perkara-perkara yang diutamakan oleh pihak berkepentingan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI  115

Terdapat pelbagai garis panduan tanggungjawab sosial yang boleh digunakan. Salah satu garis panduan tanggungjawab sosial yang terkini ialah „ISO 26000 Panduan Tanggungjawab Sosial‰ (ISO 26000 Guidance for Social Responsibility). Walau bagaimanapun, ISO 26000 hanya bersifat sebagai panduan dan bukannya untuk tujuan pengiktirafan. Berikut adalah kandungan ISO 26000. ISO 26000: 2010 menyediakan panduan untuk semua jenis perniagaan tanpa mengira saiz atau lokasi, berkenaan dengan perkara berikut: (a)

Konsep, istilah dan definisi berhubung tanggungjawab sosial;

(b)

Latar belakang, arah aliran dan ciri-ciri tanggungjawab sosial;

(c)

Prinsip dan amalan berkaitan tanggungjawab sosial;

(d)

Perkara-perkara asas dan isu-isu dalam tanggungjawab sosial;

(e)

Mengintegrasi, melaksana dan mempromosikan kelakuan bertanggungjawab sosial dalam seluruh organisasi serta lingkungan pengaruhnya melalui polisi dan amalannya;

(f)

Mengenal pasti dan mengurus pihak berkepentingan; dan

(g)

Menyampaikan komitmen, prestasi dan lain-lain maklumat berkaitan tanggungjawab sosial.

ISO 26000: 2010 bertujuan untuk membantu organisasi dalam menyumbang kepada pembangunan berkekalan. Panduan ini bertujuan untuk menggalakkan mereka melebihi pematuhan undang-undang, mengetahui bahawa pematuhan undang-undang adalah kewajipan asas mana-mana organisasi dan merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial mereka. Ia bertujuan untuk mempromosi kefahaman umum dalam bidang tanggungjawab sosial dan sebagai pelengkap kepada alat-alat dan inisiatif tanggungjawab sosial lain; bukan untuk menggantikannya. Organisasi dinasihatkan mempertimbangkan kepelbagaian masyarakat, persekitaran, undang-undang, budaya, politik dan organisasi serta perbezaan dalam keadaan ekonomi, di samping menyelaraskannya dengan norma kelakuan antarabangsa dalam mengaplikasikan ISO 26000: 2010. Untuk maklumat lanjut mengenai ISO 26000, anda boleh lawati laman web http://www.iso.org/iso/catalogue_detail

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

116 

TOPIK 6

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI

Tahukah anda bahawa audit sosial berada hanya selangkah di belakang penilaian tunggal prestasi syarikat yang berdasarkan pencapaian kewangan? Selain itu, audit sosial juga menggalakkan syarikat melihat pencapaianpencapaian sosial, persekitaran dan ekonomi melalui pelbagai kaedah, contohnya seperti Triple Bottom Line (Elkington, 1997, 1999). Contoh-contoh ukuran bukan kewangan lain adalah Six Sigma dan Balanced Scorecard. Bagaimana dengan faedah audit sosial kepada syarikat? Terdapat beberapa faedah audit sosial kepada syarikat seperti: (a)

Mencapai prestasi sosial yang sebaik mungkin;

(b)

Memudahkan penambahbaikan dan pembelajaran organisasi;

(c)

Menambah baik perhubungan dengan pihak berkepentingan melalui dialog;

(d)

Membantu organisasi mengenal pasti risiko dan liabiliti yang berpotensi;

(e)

Membantu menyelaraskan program-program dalam seluruh firma; dan

(f)

Membenarkan syarikat menilai impak ke atas persekitaran, komuniti dan masyarakat.

Secara ideal, keputusan audit sosial adalah suatu laporan sosial. Laporan sosial korporat ialah laporan prestasi sosial korporat. Ia melaporkan apa yang telah atau pun tidak dicapai pada akhir setiap tahun kewangan. Setakat ini, tiada sesuatu piawaian formal bagi menyediakan laporan. Walau bagaimanapun, Inisiatif Laporan Global (Global Reporting Initiatives) telah memperkenalkan salah satu panduan laporan sosial yang paling menyeluruh. Anda boleh merujuk kepada laman web www.globalreporting.org untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya. Tahukah anda bahawa laporan sosial boleh menjadi sebahagian daripada laporan tahunan ataupun sebagai satu laporan tersendiri? Pada tahun 2007, Bursa Malaysia telah mewajibkan laporan sosial korporat ke atas semua syarikat awam tersenarai di Malaysia. Ini adalah kerana laporan sosial memberi faedah kepada syarikat seperti: (a)

Memudahkan pengurusan reputasi;

(b)

Menggalakkan sikap bertanggungjawab; dan

(c)

Meningkatkan ketelusan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI  117

Dengan itu, pemegang saham dan para pelabur akan berupaya membuat keputusan berpengetahuan dalam mempertimbangkan sama ada syarikat telah mencapai matlamat serta nilai-nilai penting yang telah ditetapkan atau sebaliknya. Sebagai penutup, cuba selesaikan latihan berikut untuk menyemak kefahaman anda mengenai kandungan Topik 6.

SEMAK KENDIRI 6.2 1.

Bagaimanakah kerajaan dan organisasi mempengaruhi antara satu sama lain dalam hal berkaitan tanggungjawab sosial?

2.

Terangkan secara ringkas tentang peraturan-peraturan langsung dan tidak langsung kerajaan.

3.

Terangkan secara ringkas tentang pendekatan formal dan tidak formal organisasi dalam mengurus tanggungjawab sosial.

4.

Apakah maksud „audit sosial‰?

LATIHAN 6.1 1.

Ringkaskan pandangan asas tentang sejarah tanggungjawab sosial.

2.

Apakah hujah-hujah yang menyokong tanggungjawab sosial korporat?

3.

Apakah cara-cara yang biasa digunakan oleh kerajaan untuk mempengaruhi organisasi? Sebaliknya, bagaimana pula organisasi mempengaruhi kerajaan?

4.

Apakah pendekatan-pendekatan formal yang boleh digunakan oleh organisasi untuk mengurus tanggungjawab sosial mereka?

serta

membantah

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

118 

TOPIK 6

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI



Terdapat tiga era tanggungjawab sosial yang keusahawanan, era kemelesetan dan era sosial.

berlainan

iaitu



Organisasi melaksanakan tanggungjawab sosial mereka dalam tiga lingkungan ‒ konstituen, persekitaran semula jadi dan kebajikan umum masyarakat.



Hujah-hujah yang menyokong tanggungjawab sosial mengatakan bahawa tanggungjawab sosial boleh meningkatkan keuntungan, syarikat adalah warganegara dalam sesebuah masyarakat dan perniagaan selalunya memiliki sumber yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah.



Manakala hujah-hujah yang membantah tanggungjawab sosial mengatakan bahawa perniagaan kurang kepakaran untuk mengurus program-program sosial, wujud potensi konflik kepentingan dan tujuan perniagaan adalah untuk menjana keuntungan bagi para pemilik.



Terdapat empat pendekatan organisasi iaitu sumbangan sosial, tindak balas sosial, kewajipan sosial dan halangan sosial.



Kerajaan mempengaruhi organisasi melalui peraturan-peraturan langsung dan tidak langsung.



Terdapat empat kaedah utama yang digunakan oleh organisasi dalam menangani tekanan kerajaan supaya lebih bertanggungjawab sosial iaitu kenalan peribadi, melobi, jawatankuasa bertindak politik dan pertolongan.

Audit sosial

Peraturan

Halangan sosial

Sumbangan sosial

Kerajaan

Tanggungjawab sosial korporat

Kewajipan sosial

Tindak balas sosial

Organisasi

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

era

Topik  Tadbir Urus

7

Korporat

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menerangkan maksud tadbir urus korporat;

2.

Mengenal pasti tiga komponen dalam definisi tadbir urus korporat;

3.

Menjelaskan dua perspektif tadbir urus korporat; dan

4.

Mentafsir amalan baik korporat berdasarkan Kod Tadbir Urus Korporat.

 PENGENALAN Pernahkah anda mendengar istilah „tadbir urus korporat‰? Apakah maksudnya? Untuk makluman anda, istilah ini kadangkala digunakan oleh organisasi apabila ingin menekankan kepentingan yang diletakkan ke atas pengurusan syarikat. Seterusnya, perbincangan kita akan melihat kepada aspek-aspek berikut untuk mempelajari tadbir urus korporat dengan lebih lanjut: (a)

Definisi tadbir urus korporat;

(b)

Komponen dalam definisi tadbir urus korporat;

(c)

Perspektif tadbir urus korporat;

(d)

Perkaitan tadbir urus korporat dengan pihak pengurus atasan;

(e)

Kepentingan mempelajari tadbir urus korporat;

(f)

Kod tadbir urus korporat; dan

(g)

Masa depan tadbir urus korporat. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

120  TOPIK 7 TADBIR URUS KORPORAT

7.1

APAKAH TADBIR URUS KORPORAT?

Tahukah anda bahawa syarikat-syarikat perlu sentiasa berwaspada mengenai amalan korporat mereka untuk bertindak balas terhadap dunia perniagaan yang dinamik? Ini adalah sangat penting memandangkan pelbagai kejadian boleh berlaku, di mana akhirnya syarikat didapati terlibat dengan amalan-amalan kontroversi. Antara syarikat yang pernah terlibat dalam kontroversi adalah syarikat Enron, American International Group (AIG), Transmile dan Sime Darby. Oleh kerana mereka merupakan syarikat awam tersenarai, maka mereka perlu bertanggungjawab terutamanya terhadap pihak berkepentingan dan pemegang saham mereka. Justeru itu, pengurus atasan hendaklah mempertingkatkan amalan baik untuk menunaikan kontrak sosial mereka, iaitu menepati jangkaan masyarakat. Sebelum kita meneliti tadbir urus korporat dengan lebih lanjut, mari kita lihat dahulu definisinya.   Tadbir urus korporat ialah satu sistem penyeliaan, kebertanggungjawaban dan kawalan yang formal ke atas keputusan, operasi dan tindakan korporat yang perlu diwujudkan untuk mendapatkan komoditi yang sangat diperlukan oleh syarikat iaitu kepercayaan pihak berkepentingan secara berterusan. (Ferrell, 2011; Thorne, 2010)

Perkembangan fenomena tadbir urus adalah merupakan akibat secara langsung kesan daripada kemajuan masyarakat, kebolehdapatan maklumat dan sifat aktivis pemegang saham.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

7.1.1

TADBIR URUS KORPORAT

 121

Komponen Tadbir Urus Korporat

Berdasarkan definisi tadbir urus korporat yang telah kita pelajari tadi, kita boleh mengenal pasti tiga komponen dalam tadbir urus korporat seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.1 berikut:

Rajah 7.1: Tiga Komponen tadbir urus korporat

Sekarang mari kita lihat ketiga-tiga komponen tersebut dengan lebih terperinci. (a)

Penyeliaan Secara ringkasnya, penyeliaan merujuk kepada langkah-langkah sekatan serta imbangan. Oleh itu, penyeliaan membenarkan keputusan pengurusan disoal dan dicabar untuk mengurangkan risiko salah urusan. Sebagai contoh, kewajaran melabur dalam sebuah projek baru boleh dipersoalkan dan pihak pengurus atasan perlu menjawab isu-isu yang ditimbulkan berkaitan projek tersebut. Objektif utama penyeliaan adalah untuk meminimumkan salah guna kuasa pihak atasan.

(b)

Kebertanggungjawaban Kebertanggungjawaban merujuk kepada bagaimana keputusan pihak pengurusan diselaraskan dengan hala tuju strategik yang telah dinyatakan oleh syarikat. Secara ringkasnya, adakah pihak pengurusan bertindak berdasarkan misi atau visi yang dinyatakan? Atas janji yang dibuat kepada pihak awam, pihak pengurusan perlu dipertanggungjawabkan jika tidak mahu kehilangan kepercayaan mereka. Sebagai contoh, syarikat perkilangan telah berjanji untuk mengurangkan pengeluaran karbonnya. Soalan yang akan diketengahkan adalah „Sudahkah syarikat mengambil tindakan atau memulakan usaha untuk menunaikan janji mereka?‰ Jika belum, syarikat boleh dipertanggungjawabkan ke atas janji yang tidak ditepatinya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

122  TOPIK 7 TADBIR URUS KORPORAT

(c)

Kawalan Kawalan ialah satu proses audit dan menambah baik keputusan dan tindakan organisasi. Pada peringkat ini, prestasi sebenar organisasi akan dibandingkan dengan bajet, piawaian atau matlamat yang telah ditetapkan. Akhir sekali, apakah tujuan tadbir urus korporat? Tujuan tadbir urus korporat adalah untuk mengimbangi kuasa, menangani kesilapankesilapan, mengurangkan risiko dan mengelak salah-laku agar dapat mencapai integriti.

SEMAK KENDIRI 7.1 1.

Menggunakan perkataan anda sendiri, berikan definisi tadbir urus korporat.

2.

Terangkan dengan ringkas komponen-komponen tadbir urus korporat.

7.2

PERSPEKTIF TADBIR URUS KORPORAT

Tahukah anda bahawa tadbir urus korporat boleh dilihat daripada dua perspektif yang berbeza? Dua perspektif ini ditunjukkan dalam Rajah 7.2 berikut:

Rajah 7.2: Perspektif-perspektif tadbir urus korporat

Untuk makluman anda, semua perbincangan, keputusan dan tindakan yang dibuat oleh organisasi perlu berdasarkan perspektif-perspektif ini. Oleh itu, pengurus atasan hendaklah mempunyai perspektif tadbir urus korporat yang jelas untuk dijadikan pegangan. Daripada perspektif pemegang saham pula, dorongan bagi amalan baik tadbir urus korporat adalah kepentingan pemegang saham. Sebagai pemilik syarikat, tujuan tadbir urus korporat adalah untuk memelihara kepentingan pemegang saham. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

TADBIR URUS KORPORAT

 123

Menurut Friedman (1962, 1970), rasionalnya adalah kerana pemegang saham merupakan pemilik syarikat. Oleh itu, syarikat harus bertanggungjawab terhadap pemegang saham. Sebagai contoh, jika pemegang saham berasa senang dengan keputusan dan tindakan pengurus atasan dalam membersihkan sekeping tanah untuk tujuan pembangunan, pengurus atasan boleh meneruskan prosesnya. Kepentingan pihak lain adalah kepentingan sekunder. Walau bagaimanapun, daripada perspektif pihak berkepentingan, dorongan tadbir urus korporat adalah pemegang berkepentingan. Ini adalah kerana pihak berkepentingan juga melabur untuk kejayaan firma. Satu lagi hujah adalah semua keputusan dan tindakan korporat boleh memberi kesan kepada pihak berkepentingan dan sebaliknya, pihak berkepentingan boleh menjejaskan keputusan dan tindakan syarikat (Freeman, 1984). Sebagai contoh, jika syarikat terlibat dalam perdagangan dalaman, situasi berikut mungkin berlaku: (a)

Pemegang saham mungkin menanggung kerugian;

(b)

Kakitangan mungkin hilang pekerjaan; dan

(c)

Pelanggan mungkin tidak mendapat perkhidmatan yang seharusnya diterima.

Akibatnya, kakitangan yang setia akan meninggalkan syarikat dan pelanggan yang setia pula mungkin berhenti membeli atau menggunakan produk-produk dan perkhidmatan syarikat. Ini menandakan betapa pentingnya perhubungan yang refleksif antara perniagaan dan pihak berkepentingan.

AKTIVITI 7.1 Daripada perspektif pemegang berkepentingan, jika organisasi mengambil keputusan untuk mengehadkan bajet, apakah yang berlaku kepada pihak berkepentingannya? Bincangkan perkara ini bersama rakan sekelas.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

124  TOPIK 7 TADBIR URUS KORPORAT

7.3

PERKAITAN TADBIR URUS KORPORAT DENGAN PENGURUSAN ATASAN

Dalam sesebuah organisasi, sebahagian besar keputusan, tindakan dan operasi korporat adalah tanggungjawab pengurus atasan. Oleh itu, kebanyakan tugas tadbir urus korporat terletak pada pengurus atasan iaitu lembaga pengarah. Siapakah lembaga pengarah? Lembaga pengarah dan pengurusan atasan adalah fidusiari kepada pemegang berkepentingan. Mereka adalah individu-individu yang dipilih untuk memegang kedudukan yang dipercayai, di mana mereka perlu menumpukan perhatian dan kesetiaan demi kepentingan terbaik organisasi. Apabila pengurus atasan bertindak dengan berhati-hati, mereka akan membuat keputusan dengan berpengetahuan serta cermat. Keputusan-keputusan ini boleh melibatkan penggabungan, pemerolehan dan pelaburan sehinggalah kepada keputusan untuk menutup atau menjual unit-unit perniagaan yang kurang menguntungkan. Selain itu, pengurus atasan dan lembaga pengarah juga perlu bersifat setia; mereka perlu membuat keputusan yang dapat memelihara kepentingan syarikat serta pemegang sahamnya. Ini hanya berlaku apabila mereka mempunyai sifat kesetiaan. Sebagai contoh, dalam keputusan ganjaran kumpulan eksekutif (pengurusan atasan), mereka perlu mempertimbangkan sama ada keputusan tersebut akan memanfaatkan kumpulan tertentu sahaja atau syarikat secara keseluruhan. Syarikat yang mempunyai amalan baik tadbir urus akan membuat keputusan berdasarkan kesudahan yang terbaik untuk syarikat.

7.4

MENGAPA PERLU MEMPELAJARI TADBIR URUS KORPORAT?

Setelah mengetahui apakah tadbir urus korporat dan perkara-perkara yang terkandung di dalamnya, soalan seterusnya adalah mengapa ia begitu penting untuk dipelajari? Tadbir urus korporat begitu penting untuk dipelajari kerana ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab korporat syarikat untuk mematuhi amalan-amalan yang dianggap bersesuaian. Sebagai pemilik syarikat, pengurus atasan mempunyai tanggungjawab dan harus dipertanggungjawabkan oleh pemegang-pemegang saham. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

TADBIR URUS KORPORAT

 125

Sebagai tambahan, kejadian-kejadian penyelewengan telah menarik perhatian semua pihak untuk meneliti operasi syarikat. Pihak-pihak yang meneliti ini tidak terhad hanya kepada pemegang saham tetapi termasuk juga pelabur-pelabur berpotensi, kerajaan, media serta industri. Oleh itu, syarikat atau organisasi tidak mampu untuk menjejaskan reputasi mereka yang sangat diperlukan apabila menghadapi persaingan yang sengit.

SEMAK KENDIRI 7.2 1.

Huraikan secara ringkas dua perspektif tadbir urus korporat.

2.

Terangkan mengapa seseorang perlu mempelajari tadbir urus korporat.

7.5

KOD TADBIR URUS KORPORAT

Tahukah anda bahawa Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (juga dikenali sebagai Kod) telah dibentuk dan dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti (Suruhanjaya Sekuriti, 2010)? Suruhanjaya Sekuriti telah ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti, 1993. Ia adalah badan berkanun biaya kendiri dengan diberi kuasa menyiasat serta menguatkuasakan. Ia melaporkan kepada Menteri Kewangan dan penyata akaunnya dibentangkan di Parlimen pada setiap tahun. Sebagai agensi kerajaan, Suruhanjaya Sekuriti melindungi hak pemegang saham dengan memastikan pasaran saham dikendalikan dengan adil dan maklumat pelaburan didedahkan secara lengkap. Objektifnya adalah untuk memberi para pelabur lebih banyak maklumat yang berguna kerana ia merupakan salah satu cara terbaik untuk melindungi kepentingan mereka.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

126  TOPIK 7 TADBIR URUS KORPORAT

Apakah fungsi pengawalan Suruhanjaya Sekuriti? menunjukkan fungsi pengawalan Suruhanjaya Sekuriti.

Rajah

7.3

Rajah 7.3: Sembilan fungsi pengawalan Suruhanjaya Sekuriti

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

berikut

TOPIK 7

TADBIR URUS KORPORAT

 127

Seterusnya, kita beralih kepada Kod. Tahukah anda bahawa ia mula diterbitkan pada tahun 2000 dan meliputi tiga lingkungan utama? Tiga lingkungan tersebut ialah: (a)

Pengarah Kod meliputi pelantikan, formaliti dan ketelusan para pengarah.

(b)

Pemegang Saham Kod menekankan maklumat untuk keputusan pelaburan dan mesyuarat agung tahunan.

(c)

Kebertanggungjawaban dan Audit Ini merujuk kepada kawalan dalaman dan perhubungan juruaudit.

Apakah tujuan Kod? Tujuan Kod adalah untuk membentuk rangka kerja tadbir urus yang optimum. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu: (a)

Prinsip-prinsip tadbir urus korporat; dan

(b)

Amalan terbaik tadbir urus korporat.

Bagi Kod versi tahun 2007, ia telah disemak semula dan tertumpu kepada usaha memperkukuhkan lagi lembaga pengarah dan jawatankuasa audit. Ia memfokus kepada kriteria kelayakan ahli lembaga pengarah untuk memastikan keberkesanan lembaga dalam menunaikan tanggungjawabnya. Untuk maklumat lanjut mengenai Kod versi 2007 ini, anda boleh merujuk kepada laman web http://www.sc.com.my/eng/html/cg/cg2007.pdf. Walau bagaimanapun, kita perlu sedar bahawa pematuhan Kod bukanlah sesuatu yang mandatori. Pematuhan ini tidak dikawal untuk mengelak ia digunakan sebagai satu latihan menanda senarai semak. Kelonggaran ini bertujuan untuk mempromosi langkah kawal kendiri apabila bertindak balas dengan amalan terbaik pasaran. Di bawah Peraturan Penyenaraian Bursa Malaysia, syarikat-syarikat hendaklah menyertakan kenyataan bagaimana mereka mengaplikasikan prinsip dan amalan terbaik seperti yang disebut dalam Kod. Dalam erti kata lain, syarikat hendaklah mendedahkan bagaimana ia telah mematuhi Kod. Kegagalan menjelaskannya akan mengakibatkan syarikat terpaksa memberikan sebab-sebabnya. Matlamatnya adalah untuk menyediakan maklumat prestasi syarikat kepada para pelabur, sama ada berkaitan kewangan ataupun tadbir urus syarikat di mana mereka boleh membuat keputusan yang wajar.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

128  TOPIK 7 TADBIR URUS KORPORAT

Tahukah anda terdapat dua lagi organisasi yang menyokong amalan terbaik tadbir urus korporat di Malaysia? Dua organisasi tersebut ialah: (a)

Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia atau Malaysian Institute of Corporate Governance (MICG) merupakan syarikat bukan bersifat keuntungan yang telah ditubuhkan pada tahun 1998. Salah satu objektif Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia adalah untuk menjadi pertubuhan utama dalam mempromosi amalan terbaik dan pembangunan tadbir urus korporat melalui program pendidikan berterusan bagi penjawat kanan korporat seperti pengarah syarikat, ketua pegawai eksekutif, setiausaha syarikat, penasihat syarikat, juruaudit syarikat, akauntan, peguam, ahli jawatankuasa audit dan pelabur (Institut Tadbir Urus Korporat, 2007–2008). Bagi misi Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia pula, ia adalah seperti mana yang disenaraikan dalam Rajah 7.4 berikut:

Rajah 7.4: Enam misi Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia

(b)

Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators (MAICSA) ditubuhkan pada tahun 1958 dengan tujuan untuk menghasilkan setiausaha syarikat yang berkelayakan serta memastikan sikap profesionalisme anggotanya (Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators, 2010).

Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators berusaha untuk mengekalkan piawaian integriti dan etika tertinggi dalam kalangan anggota profesionnya. Ia juga bertujuan untuk menjadi pemangkin perubahan dengan melibatkan diri secara aktif dalam mempertingkatkan tadbir urus bidang korporat. Sebagai tambahan, ia juga berusaha untuk Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

TADBIR URUS KORPORAT

 129

memperjuangkan amalan terbaik tadbir urus korporat dan kepentingannya melalui pendidikan sektor korporat Malaysia. Mari kita lihat Rajah 7.5 berikut yang menyenaraikan tiga misi Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators.

Rajah 7.5: Tiga misi Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators

LATIHAN 7.1 Bincangkan bagaimana Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG) dan Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators (MAICSA) membantu memupuk amalan baik tadbir urus korporat di Malaysia.

AKTIVITI 7.2 Sila layari laman web Suruhanjaya Sekuriti di www.sc.com.my dan Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia di http://micg.org.my. Cari bagaimana mereka menggalakkan amalan tadbir urus korporat yang baik di Malaysia.

7.6

MASA DEPAN TADBIR URUS KORPORAT

Akhir sekali, mari kita bincangkan masa depan tadbir urus korporat. Sedarkah anda bahawa tadbir urus korporat akan menjadi suatu bahagian yang signifikan dalam pengurusan korporat di masa akan datang? Untuk mengurus syarikat dengan cekap dan berkesan, ia mestilah dipandu oleh prinsip-prinsip dan amalan terbaik tadbir urus korporat dengan bersungguh-sungguh.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

130  TOPIK 7 TADBIR URUS KORPORAT

Oleh yang demikian, dalam usaha membentuk tadbir urus korporat dengan baik, pihak pengurusan harus mengambil kira aspek-aspek yang menunjukkan faedah mengamalkannya seperti yang dihuraikan dalam Jadual 7.1 berikut: Jadual 7.1: Aspek-aspek yang Menunjukkan Faedah Mengamalkan Tadbir Urus Korporat yang Baik Aspek

Huraian

Penglibatan Lembaga Pengarah

Lembaga pengarah dipertanggungjawabkan untuk membangunkan misi dan visi syarikat dengan mengambil kira kepentingan pihak pemegang berkepentingan secara cermat. Dalam arena perniagaan, lembaga pengarah perlu sedar bahawa syarikat tidak beroperasi secara terasing.

Melakukan Penilaian Kendiri

Selain itu, ahli lembaga pengarah dikehendaki menilai kendiri prestasi mereka. Ia bertujuan untuk mencerminkan keberkesanan lembaga dalam mentadbir syarikat. Dengan melakukan penilaian kendiri, mereka akan sedar bagaimana relevannya mereka dalam proses pembuatan keputusan. Pemilihan ahli lembaga secara formal juga semakin meningkat.

Peningkatan Peranan Jawatankuasa Pencalonan

Seperti yang dijelaskan dalam versi semak semula Kod 2007, peranan jawatankuasa pencalonan telah dipertingkatkan. Berdasarkan kaedah operasi jawatankuasa ahli lembaga, mereka biasanya bertugas secara bebas dan ini menjejaskan fungsi penyeliaan tadbir urus korporat. Dengan peningkatan peranan ini, fungsi ahli lembaga dijangka akan lebih berkesan sebagai suatu pasukan.

Penerangan yang jelas

Lebih banyak maklumat dijangka dapat diberikan dalam laporan tahunan syarikat. Syarikat diharapkan memberi lebih banyak penerangan mengenai keputusan yang diambil untuk menjustifikasikan tindakan mereka. Laporan juga diharapkan mengandungi bukan sahaja maklumat pencapaian tetapi juga kelemahan serta kegagalan mereka.

Peralihan Model

Peralihan kepada model pihak berkepentingan dan bukan model pemegang saham akan menjadikannya lebih berkesan.

Menjalankan Latihan dan Seminar

Suatu siri latihan dan seminar perlu dianjurkan untuk syarikat bagi memberi kesedaran tentang betapa pentingnya mereka mempunyai pandangan yang luas terhadap siapa yang harus dipertanggungjawabkan.

Sokongan Pengurusan yang Lebih Besar

Sokongan pengurusan yang lebih besar terhadap tadbir urus korporat akan wujud apabila timbul kesedaran tentang kepentingan amalan baik tadbir urus korporat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

TADBIR URUS KORPORAT

 131

Pemegang Saham dan Pihak Berkepentingan yang Berpengetahuan

Pemegang saham dan pemegang berkepentingan lain perlu lebih berpengetahuan serta lebih berpelajaran. Ini akan membuatkan mereka lebih sensitif terhadap peristiwa-peristiwa semasa dalam dunia perniagaan.

Penglibatan Kerajaan yang Lebih Tinggi

Penglibatan serta kehadiran pihak kerajaan juga akan bertambah untuk menggalakkan amalan baik tadbir urus korporat dalam usaha mencapai pembaharuan ekonomi. Amalan baik tadbir urus korporat akan memastikan sokongan berterusan bagi perniagaan dan seterusnya akan membantu memperkukuhkan ekonomi negara.

AKTIVITI 7.3 Sila layari laman web Bursa Malaysia di www.bursamalaysia. com/market untuk mengetahui peranannya dalam mempromosikan tadbir urus korporat di Malaysia.

LATIHAN 7.2 Bincangkan aspek-aspek yang pihak pengurusan harus ambil kira untuk membentuk tadbir urus korporat yang baik.



Tadbir urus korporat adalah suatu sistem penyeliaan, kebertanggungjawaban dan kawalan yang formal ke atas keputusan, operasi dan tindakan korporat.



Terdapat tiga komponen dalam definisi tadbir urus korporat iaitu penyeliaan, kebertanggungjawaban dan kawalan.



Terdapat dua perspektif tadbir urus korporat, iaitu: ‒

Perspektif pemegang saham; dan



Perspektif pihak berkepentingan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

132  TOPIK 7 TADBIR URUS KORPORAT



Lembaga pengarah dan pengurusan atasan merupakan fidusiari kepada para pemegang saham. Mereka adalah orang-orang yang diletakkan dalam kedudukan yang boleh dipercayai untuk bertindak dengan penuh tanggungjawab dan kesetiaan demi kepentingan organisasi.



Di Malaysia, selain Suruhanjaya Sekuriti, terdapat juga organisasi lain yang menyokong amalan baik tadbir urus korporat. Antaranya ialah Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia dan Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators.

Fidusiari

Pihak berkepentingan

Institut Tadbir Urus Korporat (MICG)

Pemegang saham

Kebertanggungjawaban

Pengarah

Kod Tadbir Urus Korporat

Pengurusan atasan

Lembaga pengarah

Suruhanjaya Sekuriti

Malaysian Institute of Chartered

Tadbir urus korporat

Secretaries and Administrators (MAICSA)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Topik  Dimensi

8

Moral Sistem Ekonomi

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menyatakan maksud sistem ekonomi;

2.

Menerangkan kepentingan etika dalam penilaian prestasi pekerja;

3.

Menerangkan lima garis panduan etika utama bagi penilaian prestasi pekerja; dan

4.

Membandingkan antara „tindakan afirmatif‰ dengan „layanan utama‰.

 PENGENALAN Pernahkah anda mendengar istilah „sistem ekonomi‰? Secara umumnya, sistem ekonomi ialah suatu proses berterusan di mana orang ramai bertukar barangan dan perkhidmatan peribadi untuk menyokong kepentingan kemanusiaannya yang luas. Sementara itu, dimensi moral bagi suatu sistem ekonomi adalah di mana sumber-sumbernya dituai dan dimanipulasikan, barangan dan perkhidmatannya ditukar dan diagih berdasarkan kegunaannya kepada orang ramai. Dalam topik kelapan ini, kita akan mempelajari sistem ekonomi, pekerjaan dan upah, pemeringkatan dan perkadaran prestasi pekerja, dan implikasi etika terhadap penilaian prestasi pekerja.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

134  TOPIK 8 DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI

8.1

SISTEM EKONOMI

Secara umumnya, setiap orang memerlukan sumber fizikal untuk memenuhi keperluan fisiologi, psikologi, teknologi, estetik, intelek dan rohaniah untuk membangun sebagai manusia. Sistem ekonomi menyediakan kemudahan kaedah yang sangat penting untuk memperoleh sumber-sumber berkenaan. Sumber-sumber asli boleh didapati dengan banyak secara semula jadi; tiada sesiapa yang mempunyai hak tunggal ke atasnya. Keperluan, kebolehan dan kesanggupan individu untuk berusaha akan menentukan bagaimana produkproduk berasaskan sumber ini dihasilkan dan seterusnya diedarkan. Dalam perkara ini, kesamaan atau kesamarataan pembahagian sumber-sumber bukan sesuatu yang dituntut moral. Apa yang dikehendaki adalah agar semua manusia mempunyai peluang yang sama untuk mendapat dan menggunakan sumbersumber yang ada. Pada masa yang sama, setiap orang juga mempunyai hak ke atas sesuatu bahagian sumber yang minimum. Sistem ekonomi yang moralnya kukuh akan memastikan perkara-perkara berikut berlaku: (a)

Keadilan dalam mendapatkan sumber, keadilan dalam pertukaran dan pengagihan barangan, dan keadilan dalam perkhidmatan;

(b)

Melarang sebarang halangan buatan manusia seperti mendiskriminasi tanpa alasan yang relevan di mana ia mengganggu kemudahan orang lain untuk mendapatkan sumber; dan

(c)

Tiada mana-mana kumpulan individu dalam sistem yang memiliki bahagian sumber dengan tidak seimbang; semua orang mempunyai hak saksama ke atas sesuatu bahagian.

Masyarakat mempunyai kewajipan menggunakan kerajaan dan agensi-agensi sosial untuk mengagih semula sumber-sumber apabila terdapat pembahagian sumber yang tidak adil dalam sistem ekonomi. Tahukah anda bahawa sebaik mana kakitangan diupah, kebiasaannya bergantung kepada sebaik mana pula mereka dinilai oleh majikan mereka? Semua kakitangan tertakluk kepada suatu proses penilaian formal atau tidak formal. Syarikat-syarikat besar biasanya menggunakan sistem pemeringkatan dan perkadaran yang membandingkan antara kakitangan-kakitangan unit perniagaan dan membayar gaji merit kepada mereka yang didapati melakukan tugas dengan lebih baik dan menyumbang lebih banyak kepada organisasi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI

 135

SEMAK KENDIRI 8.1 Berikan definisi istilah „sistem ekonomi‰ dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

8.2

PEKERJAAN DAN UPAH

Sedarkah anda betapa pentingnya mempunyai pengurus yang baik? Rajah 8.1 menunjukkan kriteria seorang pengurus yang baik walaupun ia disampaikan secara sindiran. Mengapakah penting bagi sesebuah organisasi mempunyai pengurus yang baik?

Rajah 8.1: Bagaimana untuk menjadi pengurus yang baik Sumber: http://geekandpoke.typepad.com Copyright © Open University Malaysia (OUM)

136  TOPIK 8 DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI

Pengurus yang baik akan berupaya menarik individu-individu ke dalam syarikat, mengekalkan pusing ganti yang rendah, mendapatkan kesetiaan mereka terhadap syarikat untuk mencapai objektif, seterusnya mengekal dan meningkatkan tahap produktiviti dengan sebaik mungkin. Bagi organisasi pula, jika ia mahu mengekalkan kakitangan yang baik, ia perlu menawarkan gaji yang berdaya saing di samping perlindungan insurans kesihatan, skim simpanan dan pencen sebagai sebahagian daripada pakej upah asas. Selain itu, pengurus juga perlu melakukan perkara-perkara berikut bagi memotivasi dan memuaskan hati kakitangan: (a)

Menyediakan latihan sambil bekerja dan latihan luar waktu bekerja untuk mereka;

(b)

Memberikan mereka maklum balas tentang prestasi kerja yang berkesan;

(c)

Membenarkan mereka menyertai proses pembuatan keputusan yang memberi kesan ke atas struktur dan objektif kerja mereka, dan juga menerangkan bagaimana prestasi kerja mereka akan diukur;

(d)

Menyediakan peluang untuk mereka maju ke jawatan yang bergaji serta bertanggungjawab lebih tinggi; dan

(e)

Menyediakan keadaan tempat kerja yang selamat untuk mereka.

Walaupun amalan yang disebutkan tadi merupakan kaedah „pengurusan baik‰, ia juga mempunyai satu dimensi moral. Pengurus syarikat boleh mengabaikan atau menyalahgunakannya demi keuntungan syarikat. Namun begitu, tindakan ini adalah salah daripada segi moral kerana ia melibatkan kemudaratan atau ketidakadilan kepada individu serta kegagalan menghormati mereka dengan sewajarnya. Oleh itu, dalam bahagian seterusnya, kita akan mempelajari aspek-aspek penting berikut iaitu: (a)

Hak moral pekerjaan;

(b)

Amalan pengambilan pekerja yang adil;

(c)

Tindakan afirmatif dan layanan utama;

(d)

Upah pekerja;

(e)

Gaji sama untuk pekerjaan yang sama;

(f)

Gaji sama untuk pekerjaan yang setara; dan

(g)

Pembahagian pulangan ke atas sumber. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI

 137

SEMAK KENDIRI 8.2 Senaraikan faktor-faktor yang menunjukkan pengurusan yang baik. Bincangkan setiap faktor tersebut dengan ringkas.

8.2.1

Hak Moral Pekerjaan

Hak dan tuntutan moral apakah yang dimiliki oleh kakitangan terhadap majikan mereka berhubung pekerjaan? Sedarkah anda mengenai apa yang telah berlaku sejak 10 tahun yang lepas dalam bidang pekerjaan? Banyak kilang dan industri telah mengambil keputusan untuk menutup, memindahkan operasi atau mengurangkan tenaga kerja mereka. Ini mengakibatkan ramai orang yang kehilangan pekerjaan, selain terpaksa mencari dan memulakan kerja dengan majikan baru (mungkin juga terpaksa memilih kerjaya yang berlainan sama sekali). Malah, di sebalik kerugian ekonomi, sesetengah mereka turut mengalami tamparan psikologi terhadap harga diri mereka. Mari kita teliti Rajah 8.2 yang menggambarkan kesan penutupan, pemindahan dan penyusutan kilang serta industri yang berlaku di Amerika.

Rajah 8.2: Kesan penutupan, pemindahan dan penyusutan kilang dan industri di Amerika Syarikat Copyright © Open University Malaysia (OUM)

138  TOPIK 8 DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI

Sesetengah orang mengatakan bahawa individu yang terlibat dalam penutupan, pemindahan dan pengurangan tenaga kerja juga mengalami pencabulan hak pekerjaan di sisi undang-undang. Walau bagaimanapun, persoalannya adalah sama ada terdapat suatu hak moral yang boleh dibuktikan, seterusnya kepada siapa tuntutan harus dituju. Kita semua dilahirkan dalam suatu sistem ekonomi, walaupun jenis sistem mungkin berbeza daripada segi asasnya. Sistem-sistem ini boleh berbeza antara yang mengamalkan kaedah-kaedah primitif sehinggalah kepada yang menjalankan urus niaga kompleks seperti dalam masyarakat berorientasikan industri dan teknologi. Kebanyakan mereka yang berada dalam negara perindustrian mendapatkan sumber-sumber bahan melalui „pekerjaan‰ atau „bekerja‰, bukan melalui berkebun atau berburu. Seperti yang telah diterangkan dahulu, setiap manusia mempunyai hak memperoleh dan menggunakan sebahagian sumber bahan untuk memastikan kita dapat hidup pada satu tahap kesejahteraan fizikal serta psikologi yang baik. Oleh yang demikian, jika kebanyakan orang tertakluk kepada sistem ekonomi di mana pekerjaan adalah cara untuk mendapatkan sumber-sumber penting ini, maka mereka harus mempunyai hak moral ke atas pekerjaannya dan sistem ekonomi pula bertanggungjawab menyediakan pekerjaan. Dalam sesebuah sistem ekonomi kapitalis utama seperti di Amerika, kebanyakan peluang pekerjaan ditawarkan oleh sektor swasta. Oleh itu, tanggungjawab moral untuk menyediakan pekerjaan terletak pada majikan-majikan swasta. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan tadi? Bagaimanakah pernyataan tersebut terhadap soalan berikut? Adakah perniagaan mempunyai kewajipan moral untuk mengambil sejumlah minimum pekerja bagi mengekalkan pekerjaan pada satu tahap yang memuaskan dalam masyarakat di mana mereka beroperasi?   Jawapannya adalah „tidak‰. Ini adalah kerana masyarakat berkenaan menggunakan sistem ekonomi yang memerlukan kebebasan luas dalam perusahaan komersilnya untuk menjana tahap kemakmuran kebendaan yang maksimum bagi anggotanya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI

 139

Dalam sesuatu sistem kapitalis, kebebasan ini termasuklah hak untuk: (a)

Mengambil dan mengekalkan pekerja mengikut memenuhi permintaan sesuatu perniagaan; dan

keperluan

untuk

(b) Beroperasi dengan cekap pada tahap keuntungan yang memuaskan.   Ia juga dilihat meliputi pengambilan pekerja yang memiliki pendidikan, kemahiran dan ciri-ciri personaliti yang dianggap paling sesuai dengan jenis operasi sesebuah perniagaan. Salah satu andaian yang dibuat di sini adalah bahawa keputusan untuk hidup di bawah sistem kapitalis merupakan pilihan bebas oleh anggota masyarakat, sama ada melalui proses langsung demokrasi atau kontrak sosial yang tidak langsung. Dalam erti kata lain, dengan terus menjalani hidup di bawah sistem tersebut tanpa bantahan politik, mereka secara tidak langsung telah menyatakan pilihan mereka. Berdasarkan andaian ini, majikan mempunyai kebebasan untuk mengambil dan mengekalkan pekerja yang mereka anggap sesuai. Selain itu, masyarakat di mana mereka beroperasi juga tidak mempunyai tuntutan moral ke atas mana-mana pekerjaan yang ditawarkan oleh sektor swasta.

8.2.2

Amalan Pengambilan Pekerja yang Adil

Ahli-ahli teori etika melihat amalan pengambilan pekerja yang adil daripada tiga sudut yang berbeza iaitu: (a)

Undang-undang Semula Jadi Penyokong moral undang-undang semula jadi (atau sesiapa yang berpegang kepada teori moral berasaskan hak) akan menunjukkan bahawa amalan pemilihan pekerja berdasarkan bangsa, jantina, umur atau agama adalah tidak bermoral dan mencabuli hak setiap orang untuk dihormati. Akibatnya, majikan-majikan harus memastikan mereka tidak mendiskriminasi berdasarkan ciri-ciri yang tiada kaitan dengan prestasi pekerjaan individu.

(b)

Utilitarian Penyokong utilitarian mempunyai kesimpulan yang sama seperti ahli undang-undang semula jadi, walaupun pertimbangan mereka bergantung kepada akibat keseluruhan amalan berkenaan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

140  TOPIK 8 DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI

(c)

Relativisme Budaya Penyokong relativisme budaya berhujah bahawa jika tidak terdapat undang-undang yang melarang diskriminasi, maka polisi pengambilan pekerja dan kenaikan pangkat haruslah mengikut adat yang diterima pakai dalam sesebuah masyarakat.

Kita telah melihat tiga pandangan ahli teori berhubung amalan pengambilan pekerja yang adil. Oleh itu, mari kita beralih pula kepada satu lagi aspek yang berkaitan iaitu amalan anti diskriminasi. Mari kita fikirkan isu berikut: Adakah agensi-agensi pekerjaan bersikap tidak bermoral jika mereka menuruti amalan anti diskriminasi tetapi enggan menghantar pemohonpemohon daripada kumpulan minoriti dan lain-lain pemohon untuk ditemuduga bagi memenuhi jawatan yang mereka layak? Adakah kerjasama mereka formal atau penting dalam contoh ini. Mari kita lihat pandangan yang diketengahkan oleh ahli-ahli teori etika berhubung persoalan tadi daripada sudut: (a)

Undang-undang Semula Jadi Penyokong undang-undang semula jadi akan menganggapnya sebagai penglibatan tidak bermoral secara langsung kerana mereka telah bersetuju menjadi lanjutan kepada pejabat pekerjaan klien mereka. Oleh itu, tindakan mereka adalah suatu diskriminasi langsung yang sememangnya tidak bermoral.

(b)

Utilitarian Sebaliknya, pihak utilitarian mempertimbangkan akibat daripada tindakan agensi-agensi terbabit seperti kemungkinan kehilangan klien kerana enggan bekerjasama menentang diskriminasi. Mereka juga cuba menentukan sama ada suatu keadaan yang lebih baik boleh terhasil jika amalan tersebut dipatuhi.

(c)

Relativisme Budaya Penyokong relativisme budaya pula akan menyetujui pematuhan kepada kehendak sesebuah syarikat majikan sekiranya diskriminasi adalah amalan sosial yang diterima dan tidak menyalahi undang-undang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

8.2.3

DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI

 141

Tindakan Afirmatif dan Layanan Utama

Terdapat banyak tafsiran bagi istilah „tindakan afirmatif‰ dan salah satunya adalah seperti berikut: Tindakan afirmatif boleh melibatkan langkah menetapkan suatu angka spesifik bagi pengambilan anggota kumpulan minoriti untuk memenuhi jawatan-jawatan bagi suatu tempoh tertentu. Ia menetapkan pembahagian jawatan yang selaras dengan pecahan jumlah penduduk dalam masyarakat. Ia menyasarkan pencapaian prinsip menyeluruh di mana peluang pekerjaan dan kenaikan pangkat adalah terbuka untuk semua, tanpa mengira jantina, bangsa, agama, umur atau keupayaan.

Terdapat kemungkinan besar kumpulan undang-undang semula jadi dan kumpulan utilitarian akan bersetuju bahawa setiap orang harus mempunyai peluang yang sama untuk bersaing bagi mendapatkan mana-mana pekerjaan yang mereka layak. Ini dikuatkan dengan sokongan daripada dua kumpulan tersebut terhadap pendekatan tindakan afirmatif ini. Sementara itu bagi kumpulan relativisme, budaya akan bergantung kepada adat-adat yang diamalkan masyarakat dan semestinya menyetujui idea peluang sama rata. Sekarang, mari kita beralih kepada satu lagi istilah penting yang berbeza daripada tindakan afirmatif. Pernahkah anda mendengar istilah „layanan utama‰ atau lebih dikenali sebagai „menetapkan kuota‰? Layanan utama bermaksud amalan mengutamakan anggota kumpulan minoriti berbanding anggota kumpulan bukan minoriti dalam pengambilan pekerja atau kenaikan pangkat. 

Layanan utama merupakan bentuk tindakan yang mengulangi kesalahan yang ingin diperbetulkan iaitu memilih seseorang berdasarkan sepenuhnya kepada ciri-ciri yang tiada kaitan dengan prestasi fungsi atau pekerjaan. Amalan menetapkan kuota spesifik bagi kumpulan minoriti boleh dianggap sebagai tindakan yang tidak bermoral.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

142  TOPIK 8 DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI

Oleh itu, bagi mengekang isu layanan utama, terdapat tiga aspek yang perlu dilaksanakan untuk menanganinya iaitu: (a)

Menggunakan polisi peluang sama rata yang berdaya maju;

(b)

Memilih pekerja berdasarkan sepenuhnya kepada kelayakan mereka terhadap sesuatu jawatan, melainkan jika terdapat alasan yang kukuh untuk melakukan sebaliknya; dan

(c)

Mengamalkan layanan utama untuk sesuatu jangka waktu yang tetap.

Sebagai kesimpulan, apakah perbezaan antara tindakan afirmatif dengan layanan utama? Mari kita lihat Rajah 8.3 berikut yang menjelaskan perbezaan tersebut:

Rajah 8.3: Perbandingan antara tindakan afirmatif dengan layanan utama

8.2.4

Upah

Secara umumnya, majikan akan mengkaji soalan-soalan berikut untuk menetapkan upah. (a)

Berapakah upah yang layak diterima oleh kakitangan secara moralnya?

(b)

Adakah mereka layak menerima tahap faedah tertentu sebagai tambahan kepada upah asas?

Upah kakitangan umumnya ditetapkan oleh pasaran buruh; ia merupakan satu jumlah yang memadai untuk menarik dan mengekalkan individu-individu yang produktif. Tahukah anda terdapat perbezaan upah antara perniagaan besar dengan perniagaan kecil? Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI

 143

(a)

Dalam industri besar, andaian umum adalah bahawa gaji yang berdaya saing merangkumi upah asas dan bonus serta ditambah pula dengan pelbagai faedah seperti cuti bergaji, percutian, cuti sakit, insurans perubatan dan pergigian, skim simpanan dan pencen; dan

(b)

Sebaliknya, bagi perniagaan/organisasi kecil, upah selalunya adalah satu jumlah yang mampu dibayar oleh majikan, manakala bonus dan faedah adalah sesuatu yang belum pasti dapat diberi dalam pakej berkenaan.

Pekerjaan merupakan cara kakitangan mendapatkan sebahagian sumber bahan yang saksama. Pada dasarnya, pekerjaan mereka harus menyediakan upah dan faedah pada tahap yang dapat memastikan mereka boleh hidup dalam keadaan serba minimum tetapi memuaskan. Dalam apa jua keadaan, oleh kerana sesuatu perniagaan/organisasi tidak mungkin membayar upah melebihi jumlah yang mereka mampu, jumlah yang kurang bagi masyarakat memenuhi keperluan hidup pada tahap yang memuaskan akan disalurkan oleh kerajaan sebagai satu langkah pembahagian yang adil. Jumlah tersebut adalah berdasarkan statistik ekonomi yang sesuai seperti „jumlah yang memadai untuk kehidupan sebuah keluarga seramai empat orang‰.

AKTIVITI 8.1 Semasa krisis ekonomi di Malaysia pada tahun 1997, banyak organisasi terpaksa mengurangkan aktiviti perniagaan mereka sehingga mengakibatkan ramai yang kehilangan pekerjaan. Bincangkan pernyataan di atas dalam hubungan dengan hak moral ke atas pekerjaan.

8.2.5

Gaji Sama untuk Pekerjaan yang Sama

Tahukah anda bahawa prinsip „gaji sama untuk pekerjaan yang sama‰ telah dijadikan sebahagian daripada undang-undang buruh Amerika pada masa kini? Prinsip ini mengatakan bahawa individu-individu yang melakukan jenis pekerjaan yang sama mesti dibayar gaji yang sama.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

144  TOPIK 8 DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI

Walau bagaimanapun, prinsip ini tidak diambil kira apabila kakitangan boleh bekerja dengan lebih pantas atau lebih cekap daripada kakitangan lain, di mana bayaran gaji yang lebih tinggi boleh dijustifikasikan. Bangsa, jantina, umur dan kekurangan upaya tidak menjadi faktor ke atas gaji selagi ia melibatkan pekerjaan yang sama. Adakah keadilan sosial menghendaki kakitangan yang mempunyai tanggungan (ahli keluarga yang perlu dijaga) dibayar melebihi individu yang tiada tanggungan (bujang) tetapi melakukan jumlah pekerjaan yang sama? Persoalan ini adalah sesuatu yang kompleks untuk dijawab kerana: (a)

Tidak mungkin layanan tidak sama rata ini dapat diterima di Amerika;

(b)

Mereka yang bujang pasti akan berhujah bahawa majikan hanya perlu membayar gaji yang ditetapkan oleh pasaran untuk pekerjaan tertentu. Syarikat majikan tidak seharusnya terlibat dalam urusan menegakkan keadilan sosial; dan

(c)

Sekiranya keadilan teragih adil menjadi isu, maka kewajipannya terletak pada masyarakat. Program-program khas kebajikan atau subsidi keluarga mungkin diperlukan dan tanggungjawabnya harus dikongsi bersama oleh setiap orang dalam komuniti secara adil dan saksama.

8.2.6

Gaji Sama untuk Pekerjaan yang Setara

Semenjak kebelakangan ini, tanggapan „gaji sama untuk pekerjaan yang setara‰ telah mempengaruhi beberapa buah negeri di Amerika. Mereka membayar gaji yang sama kepada kakitangan awam sekiranya pekerjaan mereka melibatkan tanggungjawab yang berbeza tetapi memerlukan tahap pendidikan, kemahiran, pengetahuan dan pengalaman relatif yang sama seperti pencantas pokok dan pemandu lori. Adakah anda fikir bahawa gaji sama untuk pekerjaan yang setara ini merupakan suatu tuntutan keadilan? Jawapannya adalah tidak. Ini adalah kerana pasaran masih menjadi penentu yang paling efisien untuk memperuntukkan pekerjaan. Walaupun keperluan kemahiran dan pengetahuan kelihatan serupa bagi kebanyakan pekerjaan, faktor-faktor lain (contohnya, waktu kerja yang panjang, faktor risiko yang berbeza-beza dan persekitaran fizikal) juga perlu dipertimbangkan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI

 145

Apa yang dikehendaki moral adalah supaya tiada mana-mana kumpulan individu yang tersisih daripada mendapat pekerjaan-pekerjaan yang bergaji tinggi berasaskan alasan yang tidak relevan. Pendekatan menentukan gaji dengan cara ini timbul akibat pembayaran gaji lebih rendah yang dibayar kepada kaum wanita untuk pelbagai pekerjaan yang memerlukan tahap kemahiran dan pengetahuan yang sama seperti kaum lelaki. Jika kaum wanita disisihkan daripada pekerjaan-pekerjaan ini hanya atas dasar perbezaan jantina, maka amalan diskriminasi ini hendaklah diperbetulkan untuk memberi peluang sama rata kepada mereka.

AKTIVITI 8.2 Apakah pendapat anda tentang prinsip „Gaji sama untuk pekerjaan yang sama‰ dan „Gaji sama untuk pekerjaan yang setara‰? Bincangkan bersama rakan sekelas anda.

8.2.7

Pembahagian Pulangan ke Atas Sumber

Sedarkah anda bahawa terdapat hubungan antara jumlah sumber bahan yang digunakan syarikat dengan kewajipan mengagihkan pulangan yang didapati daripada sumber tersebut kepada anggota masyarakat? Pulangan ini tidak hanya bergantung kepada jumlah sumber yang digunakan tetapi juga sebaik mana syarikat menguruskannya dan bagaimana produktif para pekerjanya. Oleh yang demikian, para pengurus dan pekerja mempunyai hak pembahagian pulangan yang „saksama‰ berdasarkan sumbangan mereka kepada kejayaan perusahaan. Pengurus atasan biasanya menganggap diri mereka sebagai penyumbang terbesar dan menjangka akan menerima bahagian terbesar upah dan bonus yang akan dibayar oleh syarikat. Pemegang saham juga seharusnya berhak mendapat bahagian yang wajar daripada jumlah pulangan syarikat. Mereka mempunyai tuntutan pertama ke atas pulangan serta hak ke atas bahagian yang terbesar. Melalui pelaburan mereka, pemegang saham dapat mengakses sumber-sumber dan ini memberikan mereka hak untuk mendapat bahagian pulangan yang sewajarnya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

146  TOPIK 8 DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI

SEMAK KENDIRI 8.3 Berdasarkan amalan pengambilan pekerja yang adil, terangkan pandangan ahli-ahli teori berkenaan amalan tersebut daripada sudut: (a)

Undang-undang semula jadi;

(b)

Utilitarian; dan

(c)

Relativisme budaya.

8.3

PEMERINGKATAN DAN PENARAFAN

Secara umumnya, kadar sebaik mana kakitangan diupah adalah bergantung kepada sebaik mana tanggapan penyelia mereka ke atas kerja yang mereka lakukan. Walaupun prestasi kerja dan potensi untuk maju bukan perkara yang serupa, seseorang yang berupaya mengendali tanggungjawab tambahan tidak akan dinaikkan pangkat dalam syarikat tanpa prestasi yang baik dalam tugas semasa yang diberikan. Semua kakitangan adalah tertakluk kepada penilaian prestasi, sama ada secara formal atau tidak formal. Bagaimanakah penilaian dilakukan? Sedarkah anda bahawa terdapat perbezaan kaedah penilaian antara organisasi besar dengan kecil? Mari kita lihat Jadual 8.1 berikut untuk mengetahui jawapannya. Jadual 8.1: Perbezaan antara Kaedah Penilaian Organisasi Kecil dengan Organisasi Besar Organisasi Kecil

Kaedah Penilaian Tidak Formal Dalam perniagaan kecil, majikan umumnya boleh melakukan pemerhatian ke atas prestasi kakitangan mereka secara langsung. Proses penilaiannya bukan sesuatu yang terlalu rumit.

Besar

Penilaian Formal Syarikat-syarikat besar (terutamanya organisasi yang mempunyai ramai kakitangan pengurusan) akan menggred, memeringkat dan memberikan perkadaran kakitangan daripada pelbagai unit organisasi dengan membandingkan prestasi mereka dengan rakan sekerja. Kakitangan yang dianggap berprestasi lebih tinggi pada peringkat yang sama dalam sesuatu unit akan menerima gaji yang lebih baik.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI

 147

AKTIVITI 8.3 Apakah kriteria-kriteria yang digunakan oleh pengurus atasan dalam mengukur prestasi kakitangan?

8.4

IMPLIKASI ETIKA TERHADAP PENILAIAN PRESTASI

Akhir sekali, mari kita teliti implikasi etika terhadap penilaian prestasi. Kebanyakan orang menyatakan bahawa maruah dan nilai mereka sebagai individu dinilai melalui pekerjaan masing-masing. Pekerjaan memberi mereka satu cara untuk mencapai matlamat peribadi dan menyumbang kepada kesejahteraan diri mereka, keluarga serta masyarakat. Pengiktirafan awam terhadap pekerjaan mereka, sama ada secara formal atau tidak formal yang diterima daripada komuniti di mana mereka berada ialah bahagian penting imej kendiri bagi menandakan „siapa diri mereka‰. Tiada pendapat yang lebih penting pada mereka selain tanggapan majikan mengenai prestasi kerja mereka. Oleh itu, para pengurus mempunyai kewajipan menyediakan penilaian prestasi yang kukuh. Sekiranya kakitangan mempertikaikan keadilan ganjaran mereka, maka semangat serta prestasi kerja mereka akan terjejas. Walau bagaimanapun, terdapat dimensi moral kepada tanggungjawab ini. Kita perlu mempertimbangkan impak penilaian ke atas individu-individu yang dinilai dan persepsi harga diri yang ditunjukkan melalui pengukuran oleh penyelia mereka. Pelan penilaian syarikat yang menggariskan peraturan-peraturan asas bagi penilaian prestasi merupakan suatu kontrak moral dengan kakitangan kerana ia adalah suatu janji. Ia biasanya menunjukkan sejauh mana seseorang individu telah mencapai piawaian yang telah ditetapkan dalam pelan penilaian untuk menentukan jumlah upah yang akan dibayar. Penyelia yang gagal mengikuti pelan penilaian akan berlaku tidak adil terhadap kakitangan bawahan yang mempunyai hak untuk dinilai mengikut ketetapan dan piawaian.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

148  TOPIK 8 DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI

Terdapat beberapa garis panduan asas yang perlu dipatuhi untuk memastikan layanan beretika diberikan terhadap kakitangan ketika proses penilaian dibuat. Garis panduan ini dapat dilihat dalam Jadual 8.2 berikut: Jadual 8.2: Garis Panduan Utama bagi Penilaian Prestasi Garis Panduan

Penerangan

Penetapan Objektif

Kakitangan bawahan perlu mempunyai objektif yang jelas dan tetap untuk sesuatu tempoh penilaian. Mereka juga perlu memberi input sendiri mengenai objektif yang ditetapkan.

Mendapatkan Maklum Balas

Kakitangan mempunyai hak untuk mendapat maklum balas ke atas prestasi mereka secara berkala. Adalah tidak adil jika seseorang itu diberitahu mengenai prestasi rendah mereka hanya pada akhir tempoh penilaian. Seseorang kakitangan bawahan hendaklah dimaklumkan mengenai prestasi mereka yang lemah atau tidak memuaskan. Adalah tidak bertimbang rasa dan tidak adil jika seseorang itu dibiarkan menganggap mereka telah bekerja dengan baik, sedangkan ia adalah sebaliknya.

Menggunakan Kriteria yang Sah

Penilaian mesti diukur berasaskan kriteria yang sah. Adalah tidak adil jika pengukuran prestasi kakitangan dilakukan dengan menggunakan suatu kaedah yang sebahagian besarnya tidak berkaitan dengan operasi yang dikendalikan.

Mempunyai Maklumat Penting Mengenai Kakitangan

Hanya mereka yang mempunyai pengetahuan yang baik ke atas tugas kakitangan dibenarkan menilai prestasi mereka. Pada sesi penilaian, penyelia perlu menyediakan maklumat yang tepat mengenai pencapaian dan kegagalan kakitangan. Penilai yang bergantung kepada maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap mengenai insiden-insiden melibatkan kakitangan dalam tempoh penilaian boleh mengakibatkan kakitangan gagal dalam persaingan ganjaran berbanding dengan mereka yang disokong dengan maklumat lengkap.

Kakitangan Bawahan Mempunyai Hak Menambah Baik

Kakitangan bawahan mempunyai hak untuk diberi kaunseling, tunjuk ajar dan latihan bagi membantu mereka menambah baik prestasi.

Walaupun garis-garis panduan yang ditunjukkan dalam Jadual 8.2 tadi kelihatan sebagai kemahiran asas pengurusan yang baik, ia penting untuk diamalkan kerana ia memberi kesan langsung ke atas manusia yang mempunyai maruah dan ia berhak untuk mendapatkan layanan secara adil dan hormat. Sebagai penutup, mari kita cuba latihan berikut untuk menguji kefahaman terhadap topik ini. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI

 149

LATIHAN 8.1 1.

Apakah hak dan tuntutan moral yang dimiliki oleh kakitangan ke atas majikan mereka dalam konteks pekerjaan dan upah?

2.

Buat perbandingan antara „tindakan afirmatif‰ dengan „layanan utama‰.

3.

Apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan apabila menilai prestasi kakitangan?

4.

„Sistem penilaian prestasi mempunyai satu dimensi moral‰. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini? Berikan alasan anda.

5.

Berikan garis-garis panduan bagi penilaian prestasi. 



Sistem ekonomi adalah suatu proses yang berterusan di mana manusia bertukar bahan/barangan dan perkhidmatan peribadi untuk menyokong kepentingan kemanusiaan yang luas.



Jika pengurus ingin mengambil dan mengekalkan pekerja yang produktif dan setia, mereka perlu menawarkan gaji dan faedah yang berdaya saing, latihan dan maklum balas prestasi yang memadai, peluang kenaikan pangkat, kaedah mengatasi ketidakadilan yang saksama tanpa membimbangkan tindakan balas, dan suasana kerja yang selamat.



Pengurus dan pembantu mereka mempunyai kewajipan untuk mengamalkan pengambilan pekerja secara adil dan mengelakkan diskriminasi terhadap manusia berdasarkan jantina, bangsa, umur dan keupayaan kerana ciri-ciri ini adalah tidak relevan dalam pekerjaan.



Tindakan afirmatif adalah urusan peluang pekerjaan dan kenaikan pangkat. Ia terbuka untuk semua, tanpa mengambil kira jantina, bangsa, umur dan ciri-ciri lain yang tidak relevan.



Layanan utama ialah amalan pengambilan pekerja dan kenaikan pangkat yang lebih mengutamakan anggota kumpulan minoriti berbanding mereka daripada kumpulan bukan minoriti. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

150  TOPIK 8 DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI



Para pengurus, pekerja dan pemegang saham mempunyai hak menuntut bahagian yang sepatutnya bagi mereka mengikut usaha masing-masing dalam menggunakan sumber secara cekap dan produktif bagi sesebuah perusahaan.



Semua kakitangan adalah tertakluk kepada proses penilaian yang formal atau tidak formal. Walau bagaimanapun, sistem penilaian prestasi mempunyai dimensi etika. Kebanyakan orang menyatakan bahawa maruah dan nilai mereka dapat dinilai melalui pekerjaan dan pengiktirafan awam secara formal atau tidak formal, mengesahkan harga diri mereka.



Terdapat lima garis panduan etika utama berhubung penilaian prestasi. Lima garis panduan etika tersebut adalah: –

Mempunyai hak menambah baik diri.



Mendapatkan maklum balas;



Menggunakan kriteria yang sah;



Menyediakan maklumat yang penting berkenaan kakitangan; dan



Menetapkan objektif;



Mempunyai hak menambah baik diri.

Gaji sama

Sistem ekonomi

Layanan utama

Sumber bahan

Pekerjaan

Tindakan afirmatif

Pengambilan pekerja secara adil

Undang-undang semula jadi

Penilaian prestasi

Upah

Relativisme budaya

Utilitarian

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Topik



9

Kakitangan dan Tempat Kerja

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menjelaskan bagaimana melindungi hak kebersendirian kakitangan dan syarikat;

2.

Mengenal pasti alasan-alasan moral dalam langkah-langkah syarikat sebelum mengambil pekerja; dan

3.

Mengenal pasti kejadian-kejadian yang mengakibatkan pencabulan hak kebersendirian.

 PENGENALAN Tahukah anda semasa temu duga, penemu duga boleh meminta pemohon supaya menjalani ujian dadah? Mengapa ujian itu perlu? Apakah rasional di sebalik permintaan ini? Ujian saringan boleh dibuat kerana syarikat ingin melindungi diri, kakitangan dan pelanggan daripada keburukan yang boleh dielakkan. Oleh itu, mereka percaya bahawa mereka perlu mengetahui sejarah peribadi dan tabiat kakitangan mereka agar dapat melindungi organisasi daripada masalah penipuan, kecurian maklumat atau lain-lain kemudaratan akibat tingkah laku kakitangan di bawah pengaruh arak atau dadah. Namun, adakah syarikat mempunyai hak ke atas maklumat tersebut demi kepentingannya sendiri? Adakah ia suatu pencerobohan yang tidak wajar terhadap hak kebersendirian kakitangan jika ia dilakukan? Kita akan mengetahui jawapan bagi isu-isu ini dalam subtopik-subtopik seterusnya. Mari kita teruskan! Copyright © Open University Malaysia (OUM)

152 

9.1

TOPIK 9

KAKITANGAN DAN TEMPAT KERJA

MENGHORMATI HAK KEBERSENDIRIAN KAKITANGAN

Secara dasarnya, setiap syarikat mempunyai hak untuk melindungi diri daripada penipuan, kecurian maklumat dan rahsia perdagangan, kerosakan ke atas kemudahan serta kemudaratan kepada kakitangan, pelanggan dan orang awam yang berurusan dengan syarikat. Oleh kerana kakitangan berpotensi sebagai punca kemudaratan tersebut, para pengurus selalunya perlu menyelidiki sejarah peribadi calon pekerja mereka. Sesetengah syarikat menggunakan ujian pra-pekerjaan untuk mengetahui tahap kejujuran bakal kakitangan mereka. Sebagai contoh, pada suatu masa dahulu, ujian poligraf telah digunakan oleh banyak syarikat sebagai alat saringan pra-pekerjaan (Rajah 9.1). Ia digunakan untuk mengetahui tahap kejujuran seseorang. Walau bagaimanapun, penggunaan alat tersebut kini dilarang oleh undang-undang.

Rajah 9.1: Ujian poligraf Sumber: http://www.akhbarassociates.com

Para pengurus juga ingin memantau ataupun cuba menyekat aktiviti peribadi pekerja yang bekerja dengan mereka untuk memastikan mereka tidak menjadi ancaman kepada perniagaan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9

KAKITANGAN DAN TEMPAT KERJA  153

Namun, terdapat dua persoalan penting yang boleh dipersoalkan terhadap tindakan-tindakan tersebut iaitu: (a)

Sejauh manakah para pengurus boleh menceroboh hak kebersendirian calon kakitangan atau kakitangan sedia ada demi kepentingan syarikat?

(b)

Adakah hak syarikat untuk melindungi diri akan sentiasa mengatasi hak kebersendirian kakitangan?

AKTIVITI 9.1 Cuba anda tanya pengurus sumber manusia di tempat anda tentang sejauh manakah majikan anda boleh menjalankan ujian ke atas kakitangannya. Bandingkan maklumat yang anda dapati dengan rakan sekelas. Kemudian, ringkaskan dapatan anda menggunakan peta minda. Selain itu, syarikat-syarikat juga boleh memasang alat-alat canggih seperti televisyen litar tertutup (CCTV) atau perisian komputer untuk memantau gerakgeri kakitangan mereka di pejabat dan dalam rangkaian komputer. Rajah 9.2 menunjukkan rakaman melalui televisyen litar tertutup di suatu organisasi.

Rajah 9.2: Memantau gerak-geri kakitangan melalui televisyen litar tertutup Sumber: http://isafesoft.com Copyright © Open University Malaysia (OUM)

154 

TOPIK 9

KAKITANGAN DAN TEMPAT KERJA

Pemasangan kamera ini membolehkan kakitangannya sewaktu bekerja.

majikan

memantau

gerak-geri

AKTIVITI 9.2 Bincangkan soalan-soalan berikut: (a)

Sejauh manakah majikan boleh menceroboh hak kebersendirian bakal kakitangan atau kakitangan sedia ada demi kepentingan organisasi?

(b)

Adakah hak organisasi untuk melindungi diri sendiri sentiasa mengatasi hak kebersendirian kakitangan?

AKTIVITI 9.3 Terdapat kes-kes di Malaysia di mana majikan didapati menyelidik kehidupan sosial kakitangan mereka melalui aplikasi jaringan sosial seperti Facebook.

Sumber: http://itblog.ws

Adakah amalan ini boleh diterima? Bincangkan perkara ini daripada sudut gangguan ke atas hak kebersendirian kakitangan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9

9.2

KAKITANGAN DAN TEMPAT KERJA  155

PENYALAHGUNAAN BAHAN

Anda tentu bersetuju bahawa tiada syarikat yang ingin berada dalam keadaan di mana kakitangan mereka tidak dapat menjalankan tugas akibat pengaruh arak atau dadah. Disebabkan penyalahgunaan arak dan dadah yang berleluasa pada masa ini, ramai majikan bimbang jika pekerja yang diambil oleh mereka ialah penagih dadah atau arak. Oleh itu, ujian penyalahgunaan bahan berkenaan sudah menjadi suatu keperluan pra-pekerjaan di banyak syarikat perniagaan. Namun, wujud persoalan sama ada syarikat mempunyai hak moral untuk mengenakan ujian tersebut atau tidak. Hak kebersendirian kakitangan supaya tidak dicerobohi bukan sesuatu yang mutlak kerana seseorang itu tidak mungkin boleh mengetepikannya. Demi kepentingan untuk membuktikan kepada majikan bahawa mereka bukan ancaman kepada syarikat, pemohon pekerjaan boleh bersetuju untuk menjalani ujian dadah atau arak. Bagi pihak syarikat, mereka mempunyai justifikasi moral apabila menghendaki pemohon pekerjaan menjalani ujian dadah atau arak sebagai langkah perlindungan, terutamanya apabila keselamatan pelanggan dan kakitangan lain dianggap terancam. Namun, terdapat garis panduan yang perlu dipatuhi di mana syarikat yang menghendaki ujian tersebut perlu memastikan bahawa: (a) Ujian adalah tepat dan bagi pemohon yang mempunyai kes perubatan, mereka perlu dibenarkan untuk menunjukkan bukti bahawa mereka menggunakan dadah mengikut preskripsi perubatan yang sah; dan (b) Keputusan ujian disimpan sebagai sulit. Capaian terhadap maklumat tersebut hanya dibenarkan kepada pihak-pihak yang sah dan perlu sahaja. Sekiranya langkah beringat ini tidak dapat dipatuhi walaupun keadaannya munasabah, maka syarikat tiada hak untuk meminta ujian berkenaan dilaksanakan. Terdapat dua persoalan penting berhubung ujian dadah atau arak ke atas kakitangan. Dua persoalan tersebut dihuraikan seperti berikut:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

156 

(a)

TOPIK 9

KAKITANGAN DAN TEMPAT KERJA

Bagaimanakah ujian ke atas kakitangan yang sedia ada di syarikat dilakukan? (i) Ujian ini memerlukan penyelia-penyelia terlatih dalam teknikteknik mengenali tanda-tanda penyalahgunaan. (ii)

Selain itu, ia juga bermaksud menjalankan ujian „selepas fakta‰ di mana terdapat kakitangan yang terlibat dalam sesuatu kemalangan yang telah memudaratkan orang lain atau mengakibatkan kerosakan harta benda yang meluas.

(iii) Bagi majikan, bukanlah sesuatu yang menyenangkan apabila mendapat tahu bahawa kakitangan mereka khayal atau mabuk dan mengakibatkan kemalangan kapal terbang, kereta api atau bas. Kesimpulan yang menyedihkan ini menerangkan mengapa majikan kadangkala menjalankan ujian rawak ke atas semua kakitangan yang memegang jawatan di mana risiko untuk memudaratkan orang lain atau harta benda adalah tinggi, sekiranya mereka melakukan kesilapan. (b)

Adakah ujian rawak ke atas kakitangan mempunyai justifikasi moral? Prinsip „sebab barangkali‰ dianggap boleh digunakan. Ini bermakna ujian dadah atau arak hanya dibenarkan jika majikan mengesyaki bahawa prestasi kakitangan adalah sah terjejas oleh penggunaan bahan berkenaan. Walau bagaimanapun, hanya dua keadaan yang dapat menjustifikasikan sebarang ujian ke atas kakitangan iaitu: (i)

Syak dan sahkan bahawa kakitangan menyalahgunakan arak atau dadah; atau

tertentu

telah

(ii)

Mempunyai bukti statistik yang sah bahawa kejadian penyalahgunaan arak atau dadah dalam kalangan kakitangan yang disyaki adalah signifikan.

Ujian rawak boleh digunakan terutamanya dalam pekerjaan di mana keselamatan kakitangan lain, pelanggan atau orang awam akan terancam oleh prestasi pekerja yang tidak cekap. Jika ia dapat memastikan keputusan yang memuaskan, maka ia mempunyai justifikasi moral dengan syarat, semua kakitangan tertakluk kepadanya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9

KAKITANGAN DAN TEMPAT KERJA  157

SEMAK KENDIRI 9.1 Apakah faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum sesebuah organisasi mengenakan ujian penyalahgunaan arak atau dadah ke atas kakitangannya? Senaraikan.

9.3

PENGANIAYAAN KAKITANGAN

Akhir sekali, mari kita pelajari tentang penganiayaan kakitangan. Pernahkah anda menghadapi situasi di mana majikan anda memarahi anda dengan suara yang lantang dan kuat di hadapan rakan-rakan sekerja anda kerana sangat berang dan tidak dapat mengawal emosinya? Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.3, ia mungkin bukan perkara yang luar biasa bagi seorang ketua yang naik berang memarahi kakitangan bawahan mereka dengan cara yang agak beremosi.

Rajah 9.3: Seorang majikan sedang memarahi kakitangannya

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

158 

TOPIK 9

KAKITANGAN DAN TEMPAT KERJA

Seorang ketua boleh memarahi kakitangan bawahannya di atas beberapa sebab, kebiasaannya kerana kegagalan atau kesalahan mereka yang berkaitan dengan kerja. Walau bagaimanapun, jika kakitangan turut diancam untuk diberhentikan kerja atas alasan-alasan berikut, ia menjadi sesuatu yang serius: (a)

Tidak bersetuju untuk memalsukan penyata-penyata kewangan;

(b)

Menolak desakan seksual;

(c)

Tidak mengelak daripada dilantik menjadi juri; atau

(d)

Enggan menipu bagi pihak kesatuan sekerja atau syarikat.

Alasan-alasan tadi melibatkan pencabulan hak kebersendirian yang jelas. Walaupun kakitangan perlu diberitahu jika prestasi kerja mereka tidak memuaskan, ia tidak bermakna bahawa kakitangan atau pengurus yang tiada kaitan kerja secara langsung dengannya atau tidak mungkin akan menjadi penyelianya, mempunyai hak untuk mengetahui tentangnya juga. Semua orang berhak memelihara reputasi yang baik di khalayak ramai. Menggunakan ancaman untuk memaksa kakitangan supaya melanggar undangundang adalah juga satu bentuk pelanggaran hak kebersendirian. Ia dianggap seperti menceroboh ke dalam jiwa seseorang dan meletakkannya dalam keadaan yang bertentangan dengan undang-undang. Bagi penyokong moral undang-undang semula jadi atau penyokong moral berasaskan hak, kejadian-kejadian ini adalah bukti penganiayaan kakitangan, pencabulan maruah dan kehormatan manusia. Oleh itu, ia dianggap tidak bermoral. Bagi penyokong utilitarian, mereka juga tidak mungkin akan mengatakan bahawa amalan-amalan ini mempunyai justifikasi moral dan boleh menghasilkan akibat baik pada keseluruhannya. Akhir sekali, bagi penyokong relativisme budaya, mereka juga tidak mungkin mempercayai wujudnya adat sebegini di tempat kerja dalam mana-mana masyarakat di dunia sebagai normal dan bermoral. Sebagai penutup, cuba anda jawab soalan-soalan berikut untuk memperkukuhkan pemahaman anda mengenai Topik 9 ini:

SEMAK KENDIRI 9.2 Apakah aspek-aspek yang boleh dianggap sebagai pencerobohan ke atas hak kebersendirian kakitangan?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9

KAKITANGAN DAN TEMPAT KERJA  159

LATIHAN 9.1 1.

Menggunakan perkataan sendiri, jelaskan pemahaman anda tentang „hak kebersendirian kakitangan‰.

2.

Sebagai seorang pengurus sumber manusia di sebuah syarikat, apakah persediaan anda sebelum mengambil seseorang calon sebagai pekerja baru di tempat anda?

3.

Terangkan apakah keadaan yang membenarkan ujian arak atau dadah ke atas kakitangan mempunyai justifikasi moral?



Kakitangan mempunyai hak kebersendirian mereka; tiada sesiapa (walaupun majikan) berhak untuk mencerobohi hak kebersendirian ini.



Syarikat ingin melindungi diri, kakitangan dan pelanggan mereka daripada kemudaratan yang boleh dielak.



Syarikat perlu mengetahui butir-butir peribadi calon/pekerja seperti sejarah dan tabiat kakitangan mereka untuk melindungi syarikat daripada penipuan, kecurian dan tingkah laku kakitangan yang boleh mendatangkan mudarat.



Ujian rawak untuk mengesan penyalahgunaan bahan terlarang boleh dijustifikasikan daripada segi moral, jika terdapat syak dan bukti yang sah menunjukkan terdapat sejumlah besar kakitangan yang mungkin terlibat dengan arak atau dadah.



Memarahi kakitangan di khalayak ramai di atas sebab prestasi kerja yang lemah adalah suatu pencabulan hak kebersendirian mereka. Semua orang mempunyai hak untuk memelihara nama baik mereka di khalayak ramai. Oleh itu, hanya mereka yang perlu sahaja harus mengetahui mengenai prestasi seseorang.



Mengancam seseorang kerana enggan melakukan sesuatu perkara yang menyalahi moral atau undang-undang adalah pencerobohan terhadap jiwa/kerohanian seseorang dan seterusnya menghadapkannya dengan masalah undang-undang. Ini juga merupakan satu pencabulan ke atas hak kebersendirian.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

160 



TOPIK 9

KAKITANGAN DAN TEMPAT KERJA

Penyokong moral undang-undang semula jadi menganggap sebarang penganiayaan ke atas kakitangan adalah salah daripada segi moral, manakala penyokong utilitarian akan mendapatinya berjustifikasi hanya dalam keadaan ekstrem jika ia boleh menghasilkan kebaikan yang menyeluruh. Bagi penyokong relativisme budaya, mereka perlu memastikan bahawa komuniti yang terlibat dalam penganiayaan boleh bertoleransi dengan isu tersebut.

Kebersendirian kakitangan

Ujian dadah

Penganiayaan kakitangan

Ujian poligraf

Penyalahgunaan bahan

Ujian rawak

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Topik



10

Kesetiaan kepada Syarikat

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menyatakan konsep kesetiaan kepada syarikat;

2.

Membezakan peniupan wisel dalaman dengan luaran;

3.

Menerangkan keadaan yang membenarkan peniupan wisel dalaman dan luaran; dan

4.

Membincangkan kesan kesetiaan yang salah keatas operasi harian syarikat.

 PENGENALAN Mari kita mulakan topik terakhir ini dengan melihat Rajah 10.1. Apakah yang boleh anda katakan mengenainya?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

162 

TOPIK 10

KESETIAAN KEPADA SYARIKAT

Rajah 10.1: Upacara perkahwinan Sumber: http://www.nomoho.org

Rajah 10.1 menunjukkan satu upacara perkahwinan di mana pengantin lelaki dan wanita berlari dengan gembira selepas selesainya upacara perkahwinan mereka. Semasa upacara, pengantin lelaki dan wanita telah mengisytiharkan lafaz cinta mereka, selain lafaz taat setia kepada pasangannya. Ini adalah kerana kesetiaan merupakan elemen yang sangat penting bagi suatu perkahwinan yang bahagia. Bagaimana pula dengan kesetiaan di tempat kerja? Adakah anda fikir kesetiaan juga merupakan perkara yang penting di tempat kerja? Dalam perniagaan, majikan turut menghargai dan mengharapkan kesetiaan kakitangan mereka. Kesetiaan di sini merujuk kepada kewajipan moral kakitangan dalam menjalankan tugas dengan cekap, mematuhi arahan yang sah daripada penyelia mereka, menyimpan maklumat sulit dan rahsia syarikat, dan mengelak sebarang tingkah laku yang bertentangan dengan hak kepentingan syarikat. Oleh itu, topik kesepuluh ini akan membincangkan beberapa aspek yang berkaitan dengan konsep „kesetiaan‰ iaitu: (a)

Kesetiaan kepada majikan;

(b)

Peniupan wisel;

(c)

Pandangan moral terhadap pemecatan peniup wisel; dan

(d)

Kesetiaan yang salah. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10

10.1

KESETIAAN KEPADA SYARIKAT  163

MAKSUD KESETIAAN

Seperti mana yang telah dinyatakan sebelum ini, kesetiaan adalah sesuatu yang dikehendaki oleh majikan daripada seseorang kakitangan. Apakah yang dimaksudkan dengan kesetiaan kepada majikan? Mari kita lihat huraian berikut yang menerangkan maksud kesetiaan secara terperinci: Kesetiaan menunjukkan kewajipan moral kakitangan untuk melakukan perkara berikut: (a)

Menjalankan tugas dengan cekap;

(b)

Mematuhi arahan sah daripada penyelia;

(c)

Menyimpan maklumat sulit dan rahsia perdagangan syarikat; dan

(d)

Menjauhi sebarang tingkah laku yang bertentangan dengan hak kepentingan syarikat.

Tahukah anda bahawa kesetiaan adalah suatu kebaikan yang dihargai, sekurangkurangnya pada pertimbangan majikan? Sebaik sahaja seseorang diterima bekerja dengan sesebuah syarikat, ia dianggap bertanggungjawab untuk setia kepada syarikat dan hendaklah kekal setia selagi ia masih bekerja dengan syarikat tersebut. Dalam sesetengah keadaan, kesetiaan perlu dikekalkan walaupun selepas kakitangan meninggalkan syarikat. Adakah kesetiaan kepada majikan merupakan kewajipan moral? Jawapannya bergantung kepada bagaimana anda mendefinisikan kesetiaan tersebut. Jika ia bermaksud bahawa individu-individu dijangka melakukan tugas pada sesuatu tahap kecekapan yang boleh diterima atau melakukan apa yang diarah oleh penyelia mereka, sama ada mengikut deskripsi kerja atau arahan seharian, maka kesetiaan adalah kewajipan moral kerana jangkaan ini merupakan intipati kontrak pekerjaan. Selain itu, pekerja juga perlu memahami bahawa mereka harus menyimpan rahsia sulit perdagangan, pelan pemasaran, keputusan strategik dan maklumat kakitangan syarikat. Ini juga bermakna bahawa kakitangan tidak akan berkongsi maklumat sulit ini dengan pihak luar syarikat, sama ada mereka itu rakan, ahli keluarga atau media. Bagi pengurus yang mencabuli syarat-syarat kontrak pekerjaan, mereka tertakluk kepada tindakan disiplin syarikat termasuklah pemecatan seperti mana yang sering diingatkan dalam dokumen-dokumen rasmi syarikat. Selain itu, Copyright © Open University Malaysia (OUM)

164 

TOPIK 10

KESETIAAN KEPADA SYARIKAT

pengurus yang mendedahkan maklumat syarikat kepada pihak luar boleh didakwa oleh syarikat mengikut undang-undang atas alasan menuntut ganti rugi. Oleh itu, jelaslah kepada kita betapa pentingnya kesetiaan dan mengapa ia dianggap sebagai kewajipan moral. Oleh itu, pengurus tidak seharusnya menjalankan aktiviti yang bertentangan dengan kepentingan syarikat; melainkan setelah menerima kebenaran daripada syarikat atas alasan yang kukuh. Selain itu, pengurus tidak seharusnya menawarkan khidmat rundingan selepas waktu kerja kepada syarikat pesaing. Mereka juga tidak boleh mendaftarkan hak paten ke atas sesuatu reka cipta syarikat atau menjual proses-proses teknikal yang telah dibangunkan berasaskan maklumat yang terbit secara langsung daripada pekerjaan mereka atau menggunakan bahan dan kemudahan syarikat majikan untuk kepentingan sendiri. Berikut adalah dua soalan penting berkaitan dengan kesetiaan bagi bakal-bakal pengurus iaitu: (a)

Adakah terdapat sesuatu had kepada sekatan-sekatan ini?

(b)

Bolehkah syarikat memaksa pengurus menandatangani perjanjian yang dilihat sebagai sekatan yang terlalu mengawal aktiviti-aktiviti luar mereka?

Hak syarikat untuk mengenakan sekatan yang terlalu tegas boleh dipertikaikan. Walau bagaimanapun, bagi akauntan, pakar pengurusan, jurutera atau pakar sumber manusia yang menawarkan kepakaran profesional mereka kepada orang luar atau organisasi yang bukan pesaing (malahan bukan bakal klien), masih boleh diterima.

AKTIVITI 10.1 1.

Pada pendapat anda, apakah cara yang paling berkesan bagi sesebuah syarikat memastikan kakitangannya kekal setia?

2.

Layani website: http://www.ups.com/europe/ch/news/speech/gerloyalty.html Terangkan bagaimana kesetiaan di tempat kerja boleh diterjemahkan menjadi prestasi keseluruhan yang lebih baik bagi sesebuah syarikat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10

KESETIAAN KEPADA SYARIKAT  165

SEMAK KENDIRI 10.1 Apakah maksud kesetiaan kepada majikan? Terangkan secara ringkas.

10.2

PENIUPAN WISEL

Pernahkah anda mendengar istilah peniup wisel? Siapakah peniup wisel? Berikut adalah definisi bagi peniup wisel dalam dunia perniagaan. Peniup wisel merupakan seseorang yang melaporkan salah laku undangundang atau moral oleh rakan sekerja, penyelia atau pegawai syarikat.

Rajah 10.2 menunjukkan bagaimana seorang peniup wisel boleh mendapat kedudukan yang signifikan dalam sesebuah organisasi melalui tindakannya meniup wisel.

Rajah 10.2: Peniup wisel mungkin boleh menjawat jawatan yang signifikan dalam organisasi melalui tindakannya Sumber: http://www.cartoonstock.com Copyright © Open University Malaysia (OUM)

166 

TOPIK 10

KESETIAAN KEPADA SYARIKAT

Tahukah anda bahawa peniupan wisel boleh dibahagikan kepada dua kategori? Dua kategori tersebut dihuraikan dalam Jadual 10.1 berikut: Jadual 10.1: Dua Kategori Peniupan Wisel Kategori

Huraian

Peniupan Dalaman

Wisel

Berlaku apabila tuduhan dibuat melalui saluran penyeliaan atau lain-lain saluran yang telah disediakan dalam syarikat.

Peniupan Luaran

Wisel

Berlaku apabila tuduhan dilaporkan kepada individu atau agensi di luar syarikat seperti pihak berkuasa kerajaan atau media.

Justifikasi yang paling memungkinkan tindakan meniup wisel ini adalah apabila seseorang dalam sesebuah syarikat melakukan atau membiarkan sesuatu aktiviti yang memudaratkan kakitangan, pemegang saham atau orang awam berlaku. Oleh itu, satu-satunya cara untuk menghentikan aktiviti tersebut ialah dengan memberitahu penyelia yang bertanggungjawab dalam syarikat mengenainya. Jika saluran ini tersekat, seseorang itu boleh membuat laporan kepada pihak berkuasa atau media. Namun begitu, terdapat dua persoalan yang perlu dinilai dalam perkara ini iaitu: (a)

Bilakah peniupan wisel mempunyai justifikasi moral?

(b)

Adakah ia kewajipan moral?

Jawapan kepada dua soalan tersebut adalah berbeza-beza. Ia bergantung sama ada peniupan wisel merupakan peniupan wisel dalaman atau luaran. Kita akan mempelajarinya dengan lebih lanjut dalam subtopik seterusnya.

10.2.1

Peniupan Wisel Dalaman

Cuba bayangkan diri anda sebagai seorang eksekutif di sebuah syarikat besar. Andaikan anda mempunyai sebab yang kukuh untuk mengesyaki pengurus di firma anda telah melakukan kesalahan berikut: (a)

Memalsukan akaun perbelanjaan syarikat;

(b)

Mengambil rasuah daripada pembekal;

(c)

Menggunakan sumber atau peralatan syarikat untuk tujuan peribadi;

(d)

Mencuri bekalan dan bahan daripada syarikat; atau

(e)

Bekerja untuk pesaing. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10

KESETIAAN KEPADA SYARIKAT  167

Anda tentu mahu meniup wisel ke atas pengurus tersebut yang jelas telah melanggar undang-undang sebagai tanda kesetiaan anda kepada syarikat. Walau bagaimanapun, wujud persoalan adakah anda dibenarkan meniup wisel ke atas individu tersebut yang merupakan pengurus firma di tempat anda bekerja? Jawapannya sudah pasti „ya‰, asalkan anda mematuhi beberapa peringatan seperti yang digariskan dalam Jadual 10.2 berikut: Jadual 10.2: Garis Panduan untuk Menjustifikasikan Peniupan Wisel Dalaman Kriteria Justifikasi

Penerangan

Kemudaratan yang Signifikan

Ia harus terbukti bahawa kemudaratan kepada syarikat adalah signifikan.

Fakta yang Tepat

Peniup wisel perlu mengesahkan faktanya. Salah tuduh boleh merosakkan reputasi yang tertuduh walaupun kemudiannya dibuktikan sebagai palsu.

Sudah Diketahui oleh Pihak Pengurusan

Peniup wisel harus cuba memastikan sama ada aktiviti orang yang disyaki sudah diketahui oleh pengurus atasan, mungkin daripada hasil audit atau siasatan berasingan oleh pihak keselamatan syarikat.

Jangkaan yang Munasabah

Harus terdapat jangkaan yang munasabah bahawa tindakan meniup-wisel akan berkesan; penyelia pada orang yang disyaki akan dapat menghentikan salah laku kerana sama-sama meyakini bahawa kesalahan tersebut adalah serius.

Impak ke Atas Diri Sendiri

Peniup wisel perlu mempertimbangkan kerosakan ke atas reputasi dan masa depan sendiri dalam perniagaan. Pelbagai soalan boleh timbul seperti adakah tindakannya akan dilihat sebagai tanda kesetiaan atau perkara remeh, satu tindakan membalas dendam atau peluang untuk mencemar pesaing demi kenaikan pangkat? Adakah peniup wisel akan dilabel sebagai pengacau walau sebaik mana tujuannya?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

168 

TOPIK 10

KESETIAAN KEPADA SYARIKAT

Kewajipan Moral

Akhir sekali, peniup wisel perlu tahu bahawa dalam sesetengah keadaan seperti menggunakan peralatan syarikat untuk tujuan peribadi, teguran secara bersemuka sudah memadai untuk menghentikan salah laku berkenaan. Adakah ia kewajipan moral bagi seorang pengurus untuk meniup wisel? Untuk menjawabnya, kita harus menentukan terlebih dahulu siapakah yang mempunyai kewajipan utama untuk mengawas dan menyiasat sebarang tindakan kakitangan yang menimbulkan kesangsian. Misalnya, seorang pengurus telah menandatangani perjanjian dengan syarikat untuk memperakui tanggungjawabnya untuk melaporkan semua kejadian yang dirasakan berkemungkinan melibatkan salah laku melalui saluran yang disediakan. Maka, ia adalah kewajipan moral untuk meniup wisel apabila timbul keadaan yang memerlukannya. Walau bagaimanapun, perjanjian formal yang begitu eksplisit jarang digunakan.

AKTIVITI 10.2 Terangkan apakah tindakan yang akan diambil sekiranya anda mengesyaki seorang pengurus di syarikat anda bersikap tidak setia?

10.2.2

Peniupan Wisel Luaran

Seseorang pengurus yang melaporkan salah laku syarikat kepada pihak berkuasa kerajaan atau media dianggap telah melakukan peniupan wisel luaran. Bilakah anda fikir peniupan wisel luaran dibenarkan? Adakah ia suatu kewajipan?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10

KESETIAAN KEPADA SYARIKAT  169

Jawapan kepada dua persoalan tersebut boleh dirujuk pada Jadual 10.3. Garis panduan ini merupakan tambahan kepada garis panduan yang digunakan untuk menjustifikasikan peniupan wisel dalaman. Ia perlu ditepati sebelum peniupan wisel luaran dilakukan. Jadual 10.3: Garis Panduan bagi Menjustifikasikan Peniupan Wisel Luaran Kriteria Justifikasi

Penerangan

Laporan Dalaman ke Atas Salah Laku

Pastikan bahawa usaha melaporkan salah laku telah dibuat mengikut saluran dalaman organisasi. Syarikat yang terlibat harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan sebelum meniup wisel kepada pihak luar.

Agensi Luaran

Agensi-agensi luaran seperti juruaudit atau badan pengawalan awam lain terbukti tidak berupaya atau tidak sanggup melaporkan salah laku berkenaan.

Kemudaratan yang Signifikan

Salah laku (seperti penipuan, penyelewengan, keadaan kerja tidak selamat atau pembuangan bahan bahaya yang menyalahi undang-undang) yang mengakibatkan kemudaratan signifikan kepada pemegang saham, kakitangan atau pihak awam merupakan isu yang perlu diatasi.

Tahap Kemudaratan

Tahap kemudaratan yang akan dialami syarikat akibat peniupan wisel harus sepadan dengan kemudaratan akibat salah laku.

Perlu diingatkan bahawa peniupan wisel luaran hanya boleh dilakukan setelah syarat-syarat dalam Jadual 10.3 telah ditepati. Persoalan seterusnya ialah bilakah ia menjadi kewajipan moral? Kewajipan utama untuk mencegah dan menghentikan salah laku terletak pada peringkat penyeliaan. Lebih besar tanggungjawab yang dipegang oleh seseorang pengurus, lebih besar juga kewajipannya. Pengurus mempunyai kewajipan untuk melaporkan salah laku kepada pihak luar hanya apabila melibatkan kemudaratan yang serius dan terbukti bahawa peringkat-peringkat penyeliaan sedia ada dalam syarikat telah gagal menghentikannya. Di Amerika, kakitangan kerajaan yang meniup wisel dilindungi oleh undangundang daripada sebarang tindakan. Kerajaan menganggap bahawa peniup wisel menunjukkan darjah kesetiaan yang tinggi apabila mereka melaporkan salah laku. Walau bagaimanapun, dalam sektor swasta, peniup wisel dilihat sebagai sedikit lebih baik daripada seorang „pemberi maklumat‰.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

170 

TOPIK 10

KESETIAAN KEPADA SYARIKAT

Mari uji pemahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut:

SEMAK KENDIRI 10.2 Terangkan secara ringkas dua jenis peniupan wisel.

LATIHAN 10.1 Bezakan antara peniupan wisel dalaman dan luaran. Apakah sebabsebab ia diperlukan?

10.3

ALASAN MORAL BAGI MEMECAT PENIUP WISEL

Adakah anda fikir bahawa syarikat mempunyai alasan tersendiri untuk memecat, menurunkan pangkat atau menyekat kerjaya peniup wisel? Jawapannya „tidak‰. Ini adalah kerana selagi peniup wisel melaporkan kes salah laku sebenar melalui saluran yang disediakan atau kepada pihak luar (sebagai langkah terakhir), syarikat tidak mempunyai alasan untuk mengambil tindakan disiplin ke atas mereka. Walau bagaimanapun, terdapat pengecualian. Sesebuah syarikat mempunyai justifikasi untuk mengambil tindakan terhadap kakitangan peniup wisel jika dia: (a)

Berbohong mengenai kes tersebut; sengaja menyalah lapor untuk menggambarkannya seolah-olah lebih/sangat serius daripada keadaan yang sebenarnya;

(b)

Bertindak kerana ingin membalas dendam ke atas rakan sekerja atau penyelia;

(c)

Bertindak kerana membantah polisi baru syarikat yang dianggap tidak mendatangkan kebaikan; dan

(d)

Mencemarkan nama baik rakan sekerja yang bersaing untuk mengejar kenaikan pangkat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10

KESETIAAN KEPADA SYARIKAT  171

Perlu diingat bahawa peniup wisel (dalaman atau luaran) melakukan sesuatu yang terpuji daripada segi moral jika ia bertindak untuk mencegah kemudaratan kepada individu atau persekitaran iaitu kemudaratan yang tidak dapat dijustifikasikan oleh pegawai-pegawai syarikat. Oleh itu, tindakan membalas dendam terhadap seseorang yang melakukan sesuatu perkara yang bermoral atau mengekang kebenaran untuk memuaskan hati pihak atasan pengurusan merupakan langkah yang tidak adil dan tidak bermoral.

10.4

KESETIAAN YANG SALAH

Akhir sekali, mari kita bincangkan bagaimana kesetiaan menjadi sesuatu yang salah. Kadangkala, para pengurus percaya bahawa kesetiaan kepada ketua bermakna menutupi kesilapan-kesilapan besar atau pun salah laku mereka. Kepercayaan ini ternyata palsu. Seseorang pengurus perlu mempunyai tanggungjawab fidusiari kepada para pemilik perniagaan. Oleh yang demikian, tindakan menutup salah laku penyelia yang memudaratkan mana-mana kepentingan pemilik secara serius adalah satu pencabulan ke atas tanggungjawab tersebut. Bagi seseorang kakitangan bawahan, dia perlu melaksanakan arahan yang sah daripada penyelianya dan memaklumkan kepadanya mengenai kemajuan kerja atau tugas tersebut. Kakitangan bawahan mungkin juga mempunyai kewajipan untuk memaklumkan kepada penyelia mengenai tindakan individu atau kumpulan lain yang boleh menjejaskan operasi penyelianya. Walau bagaimanapun, salah laku penyelianya tetap perlu dilaporkan dan tidak harus diketepikan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

172 

TOPIK 10

KESETIAAN KEPADA SYARIKAT

Sebagai penutup, mari kita uji sejauh mana pemahaman anda terhadap topik ini dengan menjawab soalan-soalan berikut:

LATIHAN 10.2 1.

Nyatakan maksud „kesetiaan kepada syarikat‰.

2.

Dalam keadaan apakah yang membuatkan peniupan wisel dalaman mempunyai justifikasi moral?

3.

„Kesetiaan yang digambarkan sebagai menutup kesilapan atau salah laku pihak atasan adalah satu kepercayaan yang palsu terhadap kesetiaan‰. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini? Bincangkan.



Majikan menghargai dan mengharapkan kesetiaan daripada kakitangan mereka.



Kesetiaan merupakan kewajipan moral bagi pekerja. Untuk setia terhadap majikan, mereka perlu menjalankan tugas dengan cekap, mematuhi arahan yang sah oleh penyelia, menyimpan maklumat sulit syarikat dan rahsia perdagangan, dan mengelak tingkah laku yang bertentangan dengan hak kepentingan syarikat.



Majikan tidak harus meminta para pengurus menunjukkan kesetiaan mereka dengan melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang atau tidak bermoral, terlibat dalam pengiklanan yang memperdayakan atau mengganggu, menurunkan pangkat atau memecat kakitangan atas sebabsebab yang tiada kaitan dengan kerja.



Kewajipan meniup wisel dalaman bergantung sama ada seseorang itu mempunyai tanggungjawab utama untuk mengetahui dan menyiasat tindakan kakitangan yang boleh menimbulkan kesangsian atau tidak.



Penyelia terdekat kepada kakitangan perlu berwaspada terhadap tindakan kakitangan bawahan yang menimbulkan keraguan serius. Bahagian keselamatan syarikat, jika ada, bertanggungjawab untuk melindungi aset syarikat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10

KESETIAAN KEPADA SYARIKAT  173



Keputusan untuk meniup wisel luaran kepada mana-mana pihak luar boleh dijustifikasikan setelah semua syarat peniupan wisel dalaman ditepati dan pihak pengurusan syarikat masih enggan mengambil tindakan memulihkan kemudaratan ke atas kepentingan pemegang saham, kakitangan atau orang awam walaupun setelah mengetahuinya.



Tiada justifikasi moral untuk memecat peniup wisel yang mendedahkan kes salah laku yang mengakibatkan kemudaratan kepada orang ramai atau persekitaran dan ia tidak dapat dicegah melalui saluran biasa syarikat. Memecat mereka bermakna kita telah berlaku zalim kerana telah menghukum mereka di atas sebab melakukan sesuatu yang betul daripada segi moral.



Kesetiaan boleh menjadi satu perkara yang salah jika pekerja bertindak menutup kesilapan atau salah laku penyelianya.

Kesetiaan

Peniup wisel

Peniupan wisel

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Jawapan TOPIK 1: PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA Latihan 1.1 1.

Dalam teori utilitarian, istilah tersebut merujuk kepada persepsi kita terhadap faedah dan kos bersih akibat sesuatu tindakan. Utilitarianisme berbeza dari konsep analisis kos/faedah ekonomi di mana pengagihan kos dan faedah perlu juga diambil kira. Ia merupakan faedah bersih kepada masyarakat, dan setiap individu dalam masyarakat perlu diambil kira dan diberi perhatian yang sama rata dalam pengagihannya. Teori deontologi/universalisme menyebut bahawa nilai moral sesuatu tindakan tidak boleh bergantung kepada akibat kerana akibat sukar ditentukan serta tidak pasti ketika keputusan bertindak diambil. Nilai moral sesuatu tindakan sebaliknya harus bergantung kepada niat orang yang membuat keputusan atau menjalankan tindakan berkenaan. Jika anda inginkan yang terbaik untuk orang lain, maka tindakan moral anda adalah dipuji, walaupun anda seorang individu yang kurang menarik dan kurang cekap serta dianggap sering melakukan perkara yang salah.

2.

Kelemahan sesetengah teori etika (a)

Undang-undang Abadi Setiap agama menyediakan piawaian moral untuk pengikutnya dan ramai pengikut yang mematuhi piawaian ini dalam kehidupan seharian. Walaubagaimanapun, piawaian berbeza-beza mengikut kumpulan berlainan dan tidak terdapat sesuatu cara yang berupaya menentukan piawaian mana yang „betul‰ atau „terbaik‰ atau „sesuai‰ bagi masyarakat tanpa disangkal. Peraturan Emas yang begitu mudah, elegan dan wajar sebagai panduan hidup juga tidak boleh diaplikasi secara universal pada semua masa.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

JAWAPAN  175

(b)

Utilitarianisme Utilitarianisme gagal disebabkan oleh faktor berikut: (i)

Dalam realiti, ia berkaitan dengan dua prinsip: „kebaikan terbanyak‰ dan „golongan terbanyak‰. Terdapat situasi di mana kedua-dua prinsip ini akan berkonflik apabila kita menghadapi sesuatu keputusan penting. Maka, kita tidak mempunyai cara untuk menentukan tindakan mana yang „betul‰ atau „sesuai‰.

(ii)

Kita mungkin dapat bersetuju bahawa sesetengah tindakan sememangnya salah, walaupun faedahnya kepada segolongan besar majoriti jelas terlihat. Sebagai contoh, membunuh seorang kanak-kanak yang tidak bersalah demi kebahagiaan seluruh umat manusia. Tiada sesiapa pun yang harus menerima perbuatan yang sekejam itu.

(iii) Adalah mustahil untuk mengimbangi faedah kepada golongan majoriti dengan pengorbanan golongan minoriti. (c)

(d)

Universalisme (i)

Ia adalah satu kaedah pertimbangkan moral yang berguna tetapi ia tidak mempunyai sebarang keutamaan dan darjah.

(ii)

Adalah sukar melayani orang lain sebagai matlamat dan bukan sebagai alat untuk sepanjang masa, terutamanya apabila ramai yang bertugas sebagai alat atau cara ke arah pencapaian matlamat peribadi kita. Pekedai adalah cara untuk mendapatkan barangan runcit; pelanggan adalah kaedah mata pencarian untuk hidup; dan kakitangan adalah sumber untuk mengendalikan kilang-kilang kita.

Teori Keadilan Teragih Ia bergantung sepenuhnya kepada penerimaan saranan bahawa kerjasama masyarakat dijadikan asas pembahagian bagi kesemua faedah ekonomi dan sosial. Usaha individu tidak ditekankan atau diambil peduli.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

176  JAWAPAN

(e)

Teori Kebebasan Peribadi Ia berdasarkan suatu definisi kebebasan yang sempit, iaitu terhad kepada hak negatif untuk tidak dicerobohi orang lain. Hak untuk hidup, misalannya, adalah hak untuk tidak dibunuh oleh orang lain. Walaubagaimanapun, ia boleh juga merangkumi hak untuk terus hidup dengan mendapat sejumlah minimum makanan, tempat berlindung, pakaian dan bantuan perubatan, yang lebih berpuncakan inisiatif peribadi berbanding kerjasama sosial.

Latihan 1.2 1.

Etika umumnya boleh didefinisikan sebagai prinsip-prinsip tingkahlaku individu yang diterima dari segi moral. Etika juga bermaksud kepercayaan peribadi seseorang individu mengenai kelakuan yang baik dan buruk. Etika individu terbentuk melalui berbagai faktor. Rujuk Rajah 1.1: Lima faktor yang membentuk etika individu.

2.

Menurut Immanuel Kant, dalam alam semesta moral, setiap orang mempunyai hak asasi tertentu – bebas memberi izin; kebersendirian; kebebasan nurani; kebebasan mengkritik; dan keadilan. Rujuk Jadual 1.3: Hak Kantian.

3.

Peraturan Keemasan adalah prinsip Kristian berdasarkan ayat kitab Bible, „Lakukan kepada orang lain seperti mana anda ingin orang lain lakukan kepada anda‰. Prinsip ini juga didapati pada kebanyakan agama dunia, jika tidak kesemuanya. Ia memerlukan kita mengenalpasti berbagai langkah tindakan dan memilih satu yang dapat melayani orang lain dengan cara seperti yang kita ingin dilayani. Dalam istilah perniagaan, „orang lain‰ merujuk kepada pihak-pihak berkepentingan. Pihak berkepentingan termasuk pelabur, rakan niaga, kakitangan, kesatuan-kesatuan, para pelanggan dan pembekal organisasi serta pihak kerajaan. Menurut ajaran Islam, orang Muslim juga dikehendaki melakukan yang terbaik terhadap orang lain terutamanya berhubung menjalankan tugas dalam organisasi. Sebagai kakitangan, mereka telah diupah untuk melakukan tugas. Oleh itu, mereka hendaklah melakukannya dengan terbaik.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

JAWAPAN  177

4.

Rujuk Rajah 1.1: Faktor yang membentuk etika individu. Pelajar perlu membincangkan faktor mana yang paling penting dan berikan sebab-sebab bagi jawapan.

TOPIK 2: HUBUNGAN PIHAK BERKEPENTINGAN Latihan 2.1 1.

Pihak berkepentingan pasaran adalah individu atau kumpulan yang mempunyai kepentingan langsung di dalam sebuah organisasi serta terlibat dengan transaksi ekonomi dengan organisasi sambil ia menghasilkan barangan dan perkhidmatan. Pihak berkepentingan bukan-pasaran termasuk individu atau kumpulan yang tidak terlibat secara langsung dalam transaksi ekonomi dengan organisasi tetapi boleh terjejas atau boleh menjejaskan tindakannya.

2.

Pelanggan, kakitangan.

Latihan 2.2 Ya, pengurusan pihak berkepentingan sangat penting. Pengurusan pihak berkepentingan merujuk kepada proses mengurus jangkaan individu-individu dan kumpulan-kumpulan yang mempunyai kepentingan dalam organisasi atau boleh terjejas oleh aktiviti organisasi. Kegagalan menangani kebimbangan pihak berkepentingan boleh merosakkan reputasi sebuah firma dan akhirnya menjejaskan keuntungan.

Latihan 2.3 2.3 1.

Benar

2.

Palsu, satu lagi tanggungjawab adalah tanggungjawab kedermawanan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

178  JAWAPAN

TOPIK 3: SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN Latihan 3.1 1.

Masalah etika adalah masalah pengurusan kerana ia merupakan konflik antara prestasi ekonomi dengan prestasi sosial organisasi. Suatu imbangan yang betul atau sesuai di antara kedua-dua prestasi ini harus ada. Oleh itu, dilema pengurusan adalah untuk mencapai keseimbangan tersebut.

2.

Ciri-ciri masalah etika dalam pengurusan: (a)

Akibat yang berpanjangan

(b)

Alternatif yang pelbagai

(c)

Hasil yang bercampur

(d)

Akibat yang tidak pasti

(e)

Implikasi peribadi

Latihan 3.2 1.

2.

(a)

Analisis ekonomi

(b)

Analisis undang-undang

(c)

Analisis etika

Contoh masalah-masalah etika: (a)

Paras harga

(b)

Mesej pengiklanan

(c)

Promosi produk

(d)

Keadaan tempat kerja

(e)

Khidmat pelanggan

(f)

Pengurangan Tenaga Kerja

(g)

Pencemaran alam sekitar

(h)

Hubungan komuniti

(i)

Hubungan pembekal Copyright © Open University Malaysia (OUM)

JAWAPAN  179

Latihan 3.3 1.

Mengekalkan kualiti produk. Sesetengah pihak berkepentingan mahukan produk dihasilkan dalam tempoh yang singkat. Ini akan menjejaskan kualiti produk. Walaupun aktiviti ini bertentangan dengan undangundang, ia masih luas berlaku.

2.

Perbincangan hendaklah merangkumi kesemua ciri masalah etika dalam pengurusan, iaitu: (a)

Kebanyakan masalah etika mempunyai akibat yang berpanjangan

(b)

Kebanyakan masalah etika mempunyai alternatif yang pelbagai

(c)

Kebanyakan masalah etika mempunyai hasil yang bercampur

(d)

Kebanyakan masalah etika mempunyai akibat yang tidak pasti

(e)

Kebanyakan masalah etika mempunyai implikasi peribadi

TOPIK 4: ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG Latihan 4.1 1.

Undang-undang ialah suatu set peraturan yang ditubuhkan oleh masyarakat untuk mengawal kelakuan dalam masyarakat tersebut. Undang-undang boleh didefinisikan sebagai suatu set peraturan universal yang konsisten, luas diterbitkan, umumnya diterima dan biasanya dikuatkuasakan.

2.

Ciri-ciri undang-undang: (a)

Konsisten Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak hendaklah konsisten untuk menjadi undang-undang. Sebagai contoh, jika terdapat dua keperluan yang bercanggah antara satu sama lain, kedua-dua keperluan tidak boleh ditakrifkan sebagai undang-undang kerana orang-orang pasti tidak dapat mematuhi kedua-duanya sekali.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

180  JAWAPAN

(b)

Universal Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak hendaklah juga bersifat universal, iaitu dapat digunakan oleh semua orang yang memiliki sifat yang sama serta menghadapi set keadaan yang sama.

(c)

Diterbitkan Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak hendaklah diterbitkan dan dicetak supaya semua orang dalam masyarakat dapat mengaksesnya, walaupun tidak semua mempunyai masa untuk membaca atau memahami segala yang diterbitkan. Walaubagaimanapun, ahli profesional terlatih seperti peguam boleh diminta untuk menterjemah dan menerangkan mana-mana undangundang. Oleh itu, kejahilan kepada undang-undang bukan suatu alasan yang diterima.

(d)

Diterima Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak dengan cara yang ditetapkan hendaklah dipatuhi. Jika terdapat anggota masyarakat yang tidak mengikuti undang-undang secara sukarela, mereka akan dipaksa supaya mengikutinya.

(e)

Dikuatkuasa Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak dengan cara tertentu hendaklah dikuatkuasakan. Anggota masyarakat hendaklah faham bahawa mereka akan dipaksa mematuhi undang-undang jika mereka enggan patuh dengan sukarela. Orang-orang hendaklah sedar bahawa jika mereka melanggar undang-undang, mereka akan kehilangan kemudahan, masa, wang, kebebasan atau nyawa apabila pelanggaran mereka diketahui dan dibuktikan. Terdapat elemen yang mendesak pada undang-undang. Ia juga mempunyai elemen yang menentukan kerana ia menetapkan apa yang akan berlaku sekiranya kita tidak mematuhi peraturan.

Latihan 4.2 1.

Pelajar hendaklah membincangkan proses-proses yang terlibat dalam pembentukan undang-undang, yang termasuk: (a)

Proses individu

(b)

Proses kumpulan

(c)

Proses sosial

(d)

Proses politik Copyright © Open University Malaysia (OUM)

JAWAPAN  181

2.

Institusi sosial dan tanggungjawab mereka: Institusi Sosial

Tanggungjawab

Badan perundangan dan majlis-majlis

Membentuk undang-undang

Peguam dan pembantu guaman

Menerangkan undang-undang

Mahkamah dan agensi-agensi

Mentafsirkan undang-undang

Polis

Menguatkuasa undang-undang

TOPIK 5: PENDEKATAN ORGANISASI DALAM MENAMBAH BAIK KELAKUAN ETIKA Latihan 5.1 1.

Kod etika adalah pernyataan mengenai norma dan kepercayaan sebuah organisasi.

2.

Kod etika sebenarnya tidak berjaya. Masalahnya adalah kerana norma dan kepercayaan organisasi relatif kepada berbagai kumpulan konstituen (iaitu kakitangan, pelanggan, pembekal, pengedar, pemegang saham dan orang awam) tidak mungkin dapat dinyatakan secara jelas dan eksplisit tanpa menyinggung salah satu kumpulan tersebut. Sebagai contoh, tidak mungkin sebuah syarikat boleh mengatakan bahawa ia menganggap kakitangannya lebih penting untuk kejayaan firma berbanding pemegang saham. Dengan mengatakan begitu, syarikat telah menandakan bahawa keuntungan dan dividen adalah perkara kedua terpenting. Ia bercanggah dengan matlamat kebanyakan organisasi perniagaan. Akibatnya kod-kod etika biasanya ditulis dalam bentuk umum, mencatatkan kewajipan kepada setiap kumpulan tanpa menyebut pihak mana yang lebih penting dalam sesuatu keadaan. Asas kesukaran kod-kod etika adalah ia tidak menetapkan keutamaan di antara norma dan kepercayaan. Keutamaan merupakan nilai sebenar sesebuah firma.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

182  JAWAPAN

3.

Latihan etika biasanya melibatkan kuliah untuk para pengurus dan disampaikan oleh jurulatih syarikat. Untuk memberi kesan yang baik, latihan etika harus dikaitkan dengan situasi sebenar yang dialami kakitangan sewaktu kerja serta penyelesaian etika yang mungkin boleh digunakan. Suatu program latihan etika harus mendidik kakitangan organisasi mengenai polisi dan jangkaan, peraturan dan undang-undang yang relevan, serta piawaian sosial am. Suatu latihan etika yang berkesan akan turut menyedarkan kakitangan mengenai sumber-sumber sedia ada, sistem-sistem sokongan, kakitangan yang boleh membantu berkaitan etika dan khidmat nasihat guaman.

4.

Punca struktur dalam masalah etika adalah pembahagian dan pemencaran dalam struktur sebuah organisasi.

Latihan 5.2 Tidak terdapat cara yang cukup memuaskan bagi mengubah sistem-sistem perancangan, kawalan dan motivasi untuk memastikan piawaian moral eksekutif-eksekutif kanan diikuti. Apa yang boleh kita lakukan adalah menggunakan teknik pelbagai-analisis (menggunakan pertimbangan berbentuk ekonomi, undang-undang dan etika) yang kelihatan membantu dalam menjelaskan isu dan keputusan-keputusan yang sesuai, betul dan adil. Walaubagaimanapun, proses tersebut tidak menjamin kesepakatan kerana nilai dan keutamaan yang timbul akibat pengaruh ekonomi, undang-undang dan etika berbeza-beza di antara warga organisasi. Kaedah lain adalah dengan kurang mementingkan pengukuran prestasi kewangan (seperti hasil jualan, kos berubah, perbelanjaan tetap dan keuntungan suku-tahunan) dan lebih menekankan pengukuran numerik (seperti aduan pelanggan, penurunan kualiti, ketidakhadiran pekerja, sikap komuniti dan kelengahan bertindak balas kepada pertanyaan mengenai dividen).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

JAWAPAN  183

TOPIK 6: TANGGUNGJAWAB SOSIAL Latihan 6.1 1.

Terdapat tiga titik perubahan kritikal dalam perkembangan pemikiran mengenai tanggungjawab sosial: (a)

Era Keusahawanan

(b)

Era Kemelesetan

(c)

Era Sosial

2. Menyokong

Membantah

1.

Perniagaan menimbulkan masalah dan harus membantu mengatasinya

1.

Tujuan perniagaan adalah untuk menjana untung bagi para pemiliknya

2.

Syarikat juga adalah warganegara dalam masyarakat

2.

Penglibatan dalam program sosial akan memberi pengaruh yang terlalu besar kepada perniagaan

3.

Perniagaan selalunya memiliki sumber yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah

3.

Terdapat potensi konflik kepentingan

4.

Tanggungjawab sosial boleh meningkatkan keuntungan

4.

Perniagaan kurang memiliki kepakaran mengurus programprogram sosial

3.

Rujuk Rajah 6.8 dan Jadual 6.4: Bagaimana organisasi dan kerajaan mempengaruhi satu sama lain.

4.

Rujuk Jadual 6.5: Pendekatan Formal Organisasi untuk melihat pendekatan-pendekatan formal yang organisasi boleh gunakan bagi mengurus tanggungjawab sosial.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

184  JAWAPAN

TOPIK 7: TADBIR URUS KORPORAT Latihan 7.1 Selain Suruhanjaya Sekuriti yang memainkan peranan penting dalam mempromosi amalan tadbir urus korporat di Malaysia, terdapat dua lagi badan yang menyokong amalan baik tadbir urus korporat. Mereka adalah: (a)

Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia atau Malaysian Institute of Corporate Governance (MICG), yang telah ditubuhkan pada tahun 1998, ialah sebuah syarikat bukan-membuat untung. Salah satu objektif MICG adalah untuk menjadi sebuah pertubuhan utama dalam mempromosi amalan terbaik dan pembangunan tadbir urus korporat melalui program pendidikan berterusan bagi penjawat kanan korporat seperti pengarahpengarah syarikat, ketua pegawai eksekutif, setiausaha syarikat, penasihat syarikat, juruaudit syarikat, akauntan, peguam, ahli jawatankuasa audit dan pelabur (Institut Tadbir Urus Korporat, 2007-2008). Rujuk Rajah 7.4: Enam misi Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia.

(b)

Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators Ditubuhkan pada tahun 1958, Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators (MAICSA) bertujuan menghasilkan setiausaha syarikat yang berkelayakan serta memastikan sikap profesionalisme anggotanya (Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators, 2000). MAICSA berusaha untuk mengekalkan piawaian integriti dan etika tertinggi di kalangan anggota profesionnya. Ia juga bertujuan untuk menjadi pemangkin perubahan dengan melibatkan diri secara aktif dalam mempertingkatkan tabdir urus dalam bidang korporat. Sebagai tambahan, ia juga berusaha untuk memperjuangkan amalan terbaik tadbir urus korporat dan kepentingannya melalui pendidikan sektor korporat Malaysia. Rujuk Rajah 7.5: Tiga misi Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

JAWAPAN  185

Latihan 7.2 Untuk membentuk tadbir urus korporat yang baik dalam sebuah organisasi, pihak pengurusan harus mengambil kira aspek-aspek berikut: (a)

Penglibatan Lembaga Pengarah Lembaga pengarah dipertanggungjawab untuk membangunkan misi dan visi syarikat dengan mengambil kira kepentingan pihak pihak berkepentingan secara cermat. Dalam arena perniagaan, lembaga pengarah perlu sedar bahawa syarikat tidak beroperasi secara terasing.

(b)

Melakukan Penilaian-Kendiri Selain itu, ahli lembaga pengarah dikehendaki menilai-kendiri prestasi mereka. Ia bertujuan untuk mencerminkan keberkesanan lembaga dalam mentadbir syarikat. Dengan melakukan penilaian-kendiri, mereka akan sedar bagaimana relevannya mereka dalam proses pembuatan keputusan. Pemilihan ahli lembaga secara formal juga semakin meningkat.

(c)

Peningkatan Peranan Jawatankuasa Pencalonan Seperti yang dijelaskan dalam versi semak-semula Kod, 2007, peranan jawatankuasa pencalonan telah dipertingkatkan. Berdasarkan kaedah operasi berjawatankuasa ahli lembaga, mereka biasanya bertugas secara bebas dan ini menjejaskan fungsi penyeliaan tadbir urus korporat. Dengan peningkatan peranan ini, lembaga dijangka akan lebih berkesan sebagai suatu pasukan.

(d)

Penerangan yang jelas Lebih banyak maklumat dijangka dapat diberikan dalam laporan tahunan syarikat. Syarikat diharapkan memberi lebih banyak penerangan mengenai keputusan yang mereka ambil untuk menjustifikasikan tindakan mereka. Laporan juga diharapkan mengandungi bukan sahaja maklumat pencapaian tetapi juga kelemahan serta kegagalan mereka.

(e)

Peralihan Model Peralihan kepada model pihak berkepentingan dan bukan model pemegang saham akan lebih ketara.

(f)

Menjalankan Latihan dan Seminar Suatu siri latihan dan seminar dianjurkan untuk syarikat bagi memberi kesedaran mengenai betapa pentingnya mempunyai pandangan lebih luas kepada siapa mereka harus bertanggungjawab.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

186  JAWAPAN

(g)

Sokongan Pengurusan yang Lebih Besar Sokongan pengurusan yang lebih besar terhadap tadbir urus korporat akan wujud apabila timbul kesedaran mengenai kepentingan amalan baik tadbir urus korporat.

(h)

Pemegang Saham dan Pihak Berkepentingan yang Berpengetahuan Pemegang saham dan ihak erkepentingan lain akan lebih berpengetahuan serta lebih berpelajaran. Mereka juga akan lebih sensitif terhadap peristiwaperistiwa semasa dalam dunia perniagaan.

(i)

Penglibatan Kerajaan yang Lebih Tinggi Penglibatan serta kehadiran pihak kerajaan juga akan bertambah untuk menggalakkan amalan baik tadbir urus korporat dalam usaha mencapai pembaharuan ekonomi. Amalan baik tadbir urus korporat akan memastikan sokongan berterusan bagi perniagaan, yang seterusnya akan membantu memperkukuhkan ekonomi negara.

TOPIK 8: DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI Latihan 8.1 1.

Setiap manusia mempunyai hak memperoleh dan mengguna sebahagian sumber bahan untuk memastikan kita dapat hidup pada satu tahap kesejahteraan fisikal serta psikologi yang baik. Oleh yang demikian, jika kebanyakan orang tertakluk kepada satu sistem ekonomi di mana pekerjaan adalah cara untuk mendapatkan sumber-sumber penting ini, maka mereka harus mempunyai suatu hak moral ke atas pekerjaannya; di mana sistem ekonomi bertanggungjawab menyediakan pekerjaan. Dalam sesebuah sistem ekonomi kapitalis utama seperti di Amerika Syarikat, kebanyakan peluang pekerjaan ditawarkan oleh sektor swasta. Oleh itu, tanggungjawab moral untuk menyediakan pekerjaan terletak pada majikan-majikan swasta. Dalam sesuatu sistem kapitalis, kebebasan ini termasuk hak untuk: (a)

Mengambil dan mengekalkan pekerja-pekerja mengikut keperluan untuk memenuhi permintaan sesuatu perniagaan

(b)

Beroperasi dengan cekap pada tahap keuntungan yang memuaskan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

JAWAPAN  187

Berdasarkan andaian ini, majikan mempunyai kebebasan untuk mengambil dan mengekalkan pekerja yang mereka anggap sesuai. Masyarakat di mana mereka beroperasi juga tidak mempunyai tuntutan moral ke atas manamana pekerjaan yang ditawarkan oleh sektor swasta. 2.

Tindakan afirmatif boleh melibatkan langkah menetapkan suatu angka spesifik bagi pengambilan anggota kumpulan minoriti untuk memenuhi jawatan-jawatan bagi suatu tempoh tertentu. Ia mengarah kepada pembahagian jawatan yang selaras dengan pecahan jumlah penduduk dalam masyarakat seterusnya mencapai prinsip menyeluruh di mana peluang pekerjaan dan kenaikan pangkat adalah terbuka untuk semua, tanpa mengira jantina, bangsa, agama, umur atau kurang upaya. Layanan utama bermaksud amalan mengutamakan anggota kumpulan minoriti berbanding anggota kumpulan bukan-minoriti dalam pengambilan kerja atau kenaikkan pangkat. Layanan utama merupakan bentuk tindakan yang mengulangi kesalahan yang ingin diperbetulkan, iaitu memilih seseorang berdasarkan sepenuhnya kepada ciri-ciri yang tiada kaitan dengan prestasi fungsi atau pekerjaan. Menetapkan sesuatu kuota spesifik bagi kumpulan minoriti boleh dianggap sebagai satu tindakan yang tidak bermoral.

3.

Ya, kenyataan bahawa sistem penilaian prestasi mempunyai dimensi etika adalah dipersetujui. Terdapat satu dimensi moral kepada tanggungjawab ini. Kita perlu mempertimbangkan impak penilaian ke atas orang-orang yang dinilai dan persepsi harga-diri yang ditunjukkan melalui pengukuran oleh penyelia mereka. Pelan penilaian syarikat yang menggariskan peraturan-peraturan asas bagi penilaian prestasi merupakan suatu kontrak moral dengan kakitangan kerana ia adalah suatu janji. Ia biasanya menunjukkan sejauh mana seorang individu telah mencapai piawaian yang telah ditetapkan dalam pelan penilaian untuk menentukan jumlah upah yang akan dibayar. Seorang penyelia yang gagal mengikuti pelan penilaian akan berlaku tidak adil terhadap kakitangan bawahan yang mempunyai hak untuk dinilai mengikut ketetapan dan piawaian. Untuk memastikan layanan beretika kepada kakitangan dalam proses penilaian, beberapa garis panduan asas perlu dipatuhi.

4.

Rujuk Jadual 8.2: Garis Panduan Utama Bagi Penilaian Prestasi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

188  JAWAPAN

TOPIK 9: KAKITANGAN DAN TEMPAT KERJA Latihan 9.1 1.

Setiap kakitangan mempunyai hak kebersendirian. Walaubagaimanapun, majikan juga mempunyai hak untuk melindungi diri mereka. Oleh itu, mereka percaya mereka perlu mengetahui sejarah peribadi dan tabiat kakitangan mereka supaya terlindung daripada masalah penipuan, kecurian maklumat atau lain-lain kemudaratan akibat tingkah laku kakitangan yang di bawah pengaruh arak atau dadah. Kakitangan perlu diberitahu jika prestasi kerja mereka tidak memuaskan. Namun begitu, ia tidak bermakna bahawa kakitangan atau pengurus yang tiada kaitan kerja secara langsung dengannya, atau tidak mungkin akan menjadi penyelianya, mempunyai hak untuk mengetahui. Semua orang berhak memelihara reputasi yang baik di khalayak ramai. Menggunakan ancaman untuk memaksa kakitangan supaya melanggar undang-undang adalah juga satu bentuk pelanggaran hak kebersendirian. Ia menceroboh ke dalam hati nurani seseorang dan meletakkannya dalam keadaan yang bertentangan dengan undang-undang. Bagi penyokong moral undangundang semula jadi atau penyokong moral berasaskan-hak, kejadiankejadian ini adalah bukti penganiayaan kakitangan, pencabulan maruah dan kehormatan manusia. Oleh itu, ia dianggap tidak bermoral. Penyokong utilitarian juga tidak mungkin akan mengatakan bahawa amalan-amalan ini mempunyai justifikasi moral dan boleh menghasilkan akibat baik pada keseluruhannya. Bagi penyokong relativisme budaya pula, tidak mungkin adat mana-mana masyarakat di dunia akan menerima layanan sebegini di tempat kerja.

2.

Menggunakan ujian pra-pekerjaan untuk mengukur tahap kejujuran kakitangan, dan menguji kebolehan calon.

3.

Prinsip „sebab barangkali‰ dianggap boleh digunakan. Ini bermakna ujian dadah atau arak hanya dibenarkan jika majikan mengesyaki bahawa prestasi kakitangan adalah sah terjejas oleh penggunaan bahan berkenaan. Walaubagaimanapun, hanya dua keadaan yang dapat menjustifikasi sebarang ujian ke atas kakitangan, iaitu: (a)

Mengesyak dengan sah bahawa menyalahguna arak atau dadah; atau

kakitangan

tertentu

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

telah

JAWAPAN  189

(b)

Mempunyai bukti statistik yang sah bahawa kejadian penyalahgunaan arak atau dadah di kalangan kakitangan yang disyaki adalah signifikan.

Ujian rawak boleh digunakan terutamanya dalam pekerjaan di mana keselamatan kakitangan lain, pelanggan atau orang awam akan terancam oleh prestasi kerja yang tidak cekap. Jika ia dapat memastikan keputusan yang memuaskan, maka ia mempunyai justifikasi moral dengan syarat semua kakitangan sama tertakluk kepadanya.

TOPIK 10: KESETIAAN KEPADA SYARIKAT Latihan 10.1 (a)

Peniupan wisel Dalaman Kategori pertama berlaku apabila tuduhan dibuat melalui saluran penyeliaan atau lain-lain saluran yang telah disediakan dalam syarikat.

(b)

Peniupan wisel Luaran Kategori kedua pula berlaku apabila tuduhan dilaporkan kepada orangorang atau agensi-agensi di luar syarikat, seperti pihak berkuasa kerajaan atau media.

Syarikat memerlukan peniup wisel apabila terdapat keadaan di mana seseorang dalam syarikat terlibat atau membiarkan sesuatu aktiviti yang akan memudaratkan kakitangan, pemegang saham atau orang awam. Satu-satunya cara untuk menghentikan aktiviti tersebut adalah dengan memaklumkannya kepada penyelia yang bertanggungjawab dalam syarikat. Jika saluran ini tersekat, seseorang itu boleh membuat laporan kepada pihak berkuasa atau media.

Latihan 10.2 1.

Kesetiaan di sini merujuk kepada kewajipan moral kakitangan dalam menjalankan tugas dengan cekap, mematuhi arahan yang sah dari penyelia mereka, menyimpan sulit maklumat dan rahsia syarikat, dan mengelak sebarang tingkah laku yang bertentangan dengan hak kepentingan syarikat.

2.

Rujuk Jadual 10.2: Garis Panduan untuk Menjustifikasi Peniupan Wisel Dalaman.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

190  JAWAPAN

3.

Kepercayaan ini ternyata palsu. Seorang pengurus mempunyai tanggungjawab fidusiari kepada para pemilik perniagaan. Oleh yang demikian, menutupi tindakan penyelia yang memudaratkan mana-mana kepentingan pemilik secara serius adalah satu pencabulan ke atas tanggungjawab tersebut. Seorang kakitangan bawahan perlu melaksanakan arahan sah dari penyelianya dan memaklumkan kepadanya mengenai kemajuan kerja atau tugas. Kakitangan bawahan mungkin juga mempunyai kewajipan untuk memaklumkan kepada penyelia mengenai tindakan orang atau kumpulan lain yang boleh menjejaskan operasi bosnya. Walaubagaimanapun, salah laku bosnya tidak seharusnya diketepikan. Salahlaku berkenaan harus dilaporkan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Rujukan Amrullah, A. M. A. K. (1982). Tafsir al-Azhar. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.

Blackmail. Answers Corporation. (2013). http://www.answers.com/topic/blackmail

Dicapai

dari

Boo, S. L., & Kumar, D. (2010). Pakatan questions Sime DarbyÊs corporate governance. The Malaysian Insider. Dicapai dari http:// www. themalaysianinsider.com/malaysia/article/pakatan-questions-sime-darbyscorporate-governance/. Carroll, A. B., & Buchholtz, A. K. (2006). Business and society: Ethics and stakeholder management (6th ed.). Ohio: South-Western. Donaldson, T., & Preston, L. (1995). The stakeholder theory of the corporation: Concepts, evidence, implications. Academy of Management Review 20(1), pp. 65–91. Elkington, J. (1997). Cannibals with forks: The triple bottom line of 21st century business. Oxford: Capstone Publishing. Elkington, J. (1999). Triple bottom-line reporting: Looking for balance. Australian CPA, 69(2), pp. 18–21. Encyclopaedia Britannica, Inc. (2013). Lockout. Dicapai http://global.britannica.com/EBchecked/topic/345839/lockout

dari

Ferrell, O. C., Thorne, D. M., & Ferrell, L. (2011). Social responsibility and business (4th ed.). Canada: South-Western, Cengage Learning. Freeman, R. E. (1984). Strategic management: A stakeholder approach. Boston: Pitman Publishing. Friedman, M. (1970). The social responsibility of business is to increase its profits. Dicapai dari http://www.colorado.edu/studentgroups/libertarians/issues/ friedman-soc-resp-business.html. Friedman, M., & Friedman, R. D. (1962). Capitalism and freedom. Chicago: Chicago University Press. Copyright © Open University Malaysia (OUM)

192  RUJUKAN

Global Reporting Initiative. (2007). About GRI. Dicapai dari www.global reporting.org. Globecon. (2009). What is „discrimination‰ all about – Sorting out some Dicapai dari http://www.globecon.org/en/globeconarguments. weekly/march-2009.html Hosmer, L. (1991). The ethics of management (2nd ed.). Boston: Irwin. Institute for Global Ethics. (2006). Cooked books, fried reputation: Study, ethics newsline. Ethics Newsline. Investopedia US. (2013). Tax evasion. http://www.investopedia.com/terms/t/taxevasion.asp

Dicapai

dari

Lawrence, A. T., & Weber, J. (2011). Business and society: Stakeholders, ethics and public policy (13th ed.). Singapore: McGraw-Hill. Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators. (2010). About MAICSA. Dicapai dari http://www.maicsa.org.my. Malaysian Institute of Corporate Governance. (2008). Company profile. Dicapai dari http://www.micg.net. Mitchell, R. K., Agle, B. R., & Wood, D. J. (1997). Toward a theory of stakeholder identification and salience: Defining the principle of who and what really counts. The Academy of Management Review, 22(4), pp. 853–886. Securities Commission Malaysia. (2007). Malaysian Code of Corporate Governance (Revised 2007). Dicapai dari http://www.sc.com.my. Securities Commission Malaysia. http://www.sc.com.my.

(2010).

About

us.

Dicapai

dari

Thorne, D. M., Ferrell, O. C., & Ferrell, L. (2008). Business and society (3th ed.). Boston: Houghton Mifflin. Wheeler, D., & Sillanpaa, M. (1997). The stakeholder corporation: A blueprint for maximising stakeholder value. London: Pitman Publishing.

What are kickbacks? wiseGEEK. (2013). http://www.wisegeek.com/what-are-kickbacks.htm wiseGEEK. (2013). What was the new deal? http://www.wisegeek.org/what-was-the-new-deal.htm

Dicapai

Dicapai

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

dari

dari

MODULE FEEDBACK MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to: 1.

E-mail your comment or feedback to [email protected]

OR 2.

Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you. Centre for Instructional Design and Technology (Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi ) Tel No.:

03-27732578

Fax No.:

03-26978702

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Related Documents

Oumm 3203 Etika Profesional
February 2021 0
Ethics Oumm-3203
January 2021 0
Oumm3203 Etika Profesional
January 2021 16
Etika
January 2021 3
Etika Teknik
January 2021 0
Etica Profesional
January 2021 1

More Documents from "ibra511"

Oumm 3203 Etika Profesional
February 2021 0