Oumm3203 Etika Profesional

  • Uploaded by: BotolLihing
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Oumm3203 Etika Profesional as PDF for free.

More details

  • Words: 3,395
  • Pages: 20
Loading documents preview...
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

OUMM3203 ETIKA PROFESIONAL JANUARI 2016

NAMA

:

RAYMOND FLORENTIUS

NO. MATRIKULASI

:

780911125171001

NO. KAD PENGENALAN

:

780911125171

NO. TELEFON

:

0143771222

E-MEL

:

[email protected]

NAMA TUTOR ONLINE

:

SURIANOM BINTI MISKAM

PUSAT PEMBELAJARAN

:

OUM KENINGAU

OUMM3203 (780911125171001)2

ISI KANDUNGAN MUKA PERKARA

SURAT

1.0

PENGENALAN

3

1.1

Maksud undang-undang

3

1.2

Ciri-ciri undang-undang

4-6

2.0

3.0

4.0

HUBUNGAN ANTARA UNDANG-UNDANG DENGAN STANDARD MORAL

7-9

PROSES-PROSES PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG

10

3.1

Proses Individu

10-13

3.2

Proses Kumpulan

13-14

3.3

Proses Sosial

14-15

3.4

Proses Politik

15-16

PENILAIAN TENTANG PROSES PEMBENTUKAN UNDANGUNDANG

17-18

5.0

PENUTUP

19

6.0

RUJUKAN

20

1.0

PENGENALAN

OUMM3203 (780911125171001)3

1.1

Maksud undang-undang Ahli-ahli falsafah undang-undang seperti Aristolte, JJ Rousseau dan Finnis

mendefinasikan undang-undang sebagai suatu peraturan-peraturan yang membolehkan dan menegah sesuatu kelakuan atau tindakan. Undang-undang diadakan oleh pihak berkuasa untuk melindungi masyarakat supaya mereka hidup secara aman. Pihak berkuasa berhak mengeluarkan arahan-arahan dan membuat undang-undang baru untuk kebaikan awam. Undang-undang mestilah untuk kebaikan awam iaitu mewujudkan ketenteraman awam, kesihatan awam, kelakuan moral dan keadilan semulajadi. Austin, Kelsen, Bentham dan Hart pula mendefinasikan bahawa undang-undang adalah peraturan-peraturan yang diadakan oleh pihak pemerintah dan jika pelanggaran undang-undang berlaku, maka pihak pemerintah boleh mengenakan hukuman. Secara umumnya undang-undang ialah set peraturan yang ditubuhkan oleh masyarakat untuk mengawal kelakuan dalam masyarakat tersebut. Set peraturan ini, sama ada disetujui umum atau dibuat melalui badan perundangan (badan statut- akta, enakmen, ordinan) bertujuan untuk melindungi, mengaturkan dan memelihara hak seseorang serta mewujudkan keharmonian sosial. Secara lebih terperinci, undang-undang boleh didefinisikan sebagai set peraturan universal yang konsisten, diterbitkan dengan meluas, secara umumnya diterima dan kebiasaannya dikuatkuasakan. Terdapat cara-cara tertentu di mana orang ramai dikehendaki berkelakuan mengikut norma dalam perhubungan mereka dengan orang lain dalam sesebuah masyarakat. Mereka dikehendaki bertindak dengan cara tertentu dengan sebenarnya; bukan setakat menjangka, mencadangkan atau diarah untuk bertindak sebegitu.

1.2

Ciri-ciri undang-undang

OUMM3203 (780911125171001)4

Dalam undang-undang, terdapat elemen mendesak yang mendefinisikan apa yang mesti kita lakukan. Selain itu, terdapat juga ciri-ciri lain yang membentuk undang-undang. Rajah 1.1 berikut menunjukkan lima ciri dalam undang-undang.

UNDANG-UNDANG Konsisten

Menyeluruh

Diterima

Diterbitkan

Dikuatkuasa

Rajah 1.1 : Lima ciri undang-undang Peraturan ini menjelaskan bagaimana kita bertingkahlaku dalam berinteraksi dengan ahli masyarakat yang lain. Ia adalah keperluan untuk bertingkahlaku yang dinyatakan, bukannya sekadar harapan atau cadangan atau permintaan. Dalam kata lain, undang-undang ialah apa yang mesti kita lakukan. Berikut adalah butiran setiap ciri tersebut secara lebih terperinci. 1.2.1

Konsisten Tuntutan sama ada boleh atau tidak boleh dilakukan harus konsisten untuk

membolehkan diterima sebagai sebahafian daripada undang-undang. Iaitu, sekiranya terdapat dua tuntutan yang saling bertentangan kedua-duanya tidak boleh diterima sebagai undang-undang kerana jelas orang ramai tidak mungkin dapat mematuhi kedua-duanya serentak.

1.2.2

Menyeluruh

OUMM3203 (780911125171001)5

Tuntutan sama ada boleh atau tidak boleh dilakukan, harus menyeluruh atau boleh diterima oleh semua orang yang mempunyai ciri-ciri yang sama atau berhadapan dengan set suasana yang sama. 1.2.3

Diterbitkan Tuntutan sama ada boleh atau tidak boleh dilakukan, haruslah diterbit dan

dicetak jadi ia boleh diterima masyarakat. Sudah pasti tidak semua orang mempunyai masa untuk membaca dan memahami semua yang diterbitkan itu. Bagaimanapun ahliahli professional terlatih seperti peguam, boleh menginterpretasi dan menerangkan tentang undang-undang kerana itu tidak mengendahkan undang-undang bukanlah satu alasan yang boleh diterima. 1.2.4

Diterima Tuntutan sama ada boleh atau tidak boleh dilakukan harus dipatuhi sekiranya

kebanyakkan ahli masyarakat tidak dapat mematuhi undang-undang itu secara sukarela maka mereka harus dipaksa mematuhinya. 1.2.5

Dikuatkuasakan Tuntutan sama ada boleh atau tidak boleh dilakukan harus dikuatkuasakan.

Ahli-ahli masyarakat harus memahami dan ia akan dipaksa untuk mematuhi undangundang sekiranya mereka tidak ingin mematuhinya secara sukarela. Mereka juga harus sedar bahawa sekiranya mereka tidak mematuhi undang-undang dan ia telah dicatat dan dibuktikan, maka mereka akan kehilangan keselesaan, masa, wang, kebebasan dan hidup mereka. Sesuatu yang wajib ada dalam undang-undang ialah ia harus menjelaskan kepada rakyat tentang apa yang akan berlaku sekiranya mereka tidak mematuhi undang-undang. Set peraturan yang konsisten, menyeluruh, diterbitkan, diterima dan dikuatkuasakan ini (apa yang kita panggil undang-undang), disokong oleh rangka kerja yang mengandungi institusi sosial yang pakar seperti pada Jadual 1.1 di bawah:

OUMM3203 (780911125171001)6

Jadual 1.1 : Rangka kerja pakar-pakar institusi sosial INSTITUSI SOSIAL Badan Penggubal Undang-undang (Dewan

TANGGUNGJAWAB Menggubal undang-undang

Rakyat/Negara) Peguam dan Pengerusi Perundangan Mahkamah dan agensinya Polis

Menerangkan tentang undang-undang Mentafsir undang-undang Menguatkuasakan undang-undang

Mahkamah keadilan seringkali kelihatan mengabaikan keperluan untuk kekal konsisten dan menyeluruh dan lebih penumpuan kepada ‘menang kes’ dan bukannya untuk ‘menegakkan keadilan’. Tindakan penguatkuasaan oleh pihak polis juga sering dilihat sambil lewa dan hanya cuba menjaga keamanan dan bukannya mengekalkan keadilan. Kita harus akui bahawa: 

Menguatkuasakan undang-undang adalah tugas yang susah dan seringkali



membahayakan. Menafsirkan undang-undang seperti kes-kes mahkamah, seringkali melibatkan jumlah wang banyak dan potensi untuk mendapatkan wang jumlah yang besar, mengakibatkan konsep undang-undang sebagai peraturan yang diterbit dan diterima seringkali menyimpang.

Tetapi kita melihat undang-undang sebagai satu konsep yang ideal, yang mengandungi peraturan-peraturan yang konsisten dan menyeluruh, dalam menjadi panduan kepada keputusan pengurusan. Undang-undang bukanlah suatu realiti yang cacat.

2.0

HUBUNGAN ANTARA UNDANG-UNDANG DENGAN STANDARD MORAL

OUMM3203 (780911125171001)7

BAGI sesebuah masyarakat yang bertamadun, perbincangan mengenai soal moral ataupun akhlak tidak dapat dielakkan, walaupun ia sering menimbulkan kontroversi. Ini berlaku kerana apabila manusia mula hidup bermasyarakat, peraturan terpaksa diwujudkan bagi menentukan hak dan tanggungjawab. Darinya lahirlah adat resam yang menggariskan kaedah Kesimpulan dalam1 menguruskan perhubungan di antara individu dan masyarakat dan di sebaliknya. Apabila masyarakat mempunyai persamaan sama ada dari segi bangsa atau sempadan Sebahagian negara yang besar lebih keperluan tetap dan undang-undang terjamin, makaadalah timbullah bertindih. keperluan Namun untuk begitu, mengadakan ia tidak undang-undang menduplikasi sepenuhnya yang boleh piawaian diterima. moral Undang-undang yang mungkin seterusnya wujud terjalin dalam masyarakat. dari budaya dan Sebagai adat resam contoh, yang adalah perlu jelas dikuatkuasakan bahawa seseorang untuk menjamin yang keselamatan mencabuli undang-undang dan kesejahteraan negara masyarakat yang serta melarang negaraperbuatan yang telah merompak ditubuhkan.bank juga mencabuli piawaian moral yang menegah perbuatan Undang-undang mencuri. Adalah sebagaimana mudah untuk yang disebutkan menunjukkan sebelum bahawa ini,undang-undang mungkin dilihat berkaitan sebagai satu kelakuan set peraturan seks, penggunaan yang menyeluruh dadah, liabiliti danproduk konsisten dan pematuhan yang mengatur kontrak kelakuan itu serupa menerima dengan peraturan-peraturan kepercayaan moral yang ini sebagai mungkinmewakili dipegang pandangan oleh golongan moral majoriti ahli-ahli dalammasyarakat masyarakat.secara Kita keseluruhannya. boleh bersetuju bahawa dalam sesebuah masyarakat berdemokrasi, keperluan undangundang mencerminkan nilai-nilai asas warganya. Oleh itu, kita boleh mengatakan bahawa kehendak undang-undang bertindih dengan piawaian Ruang-ruang pertindihan antara  Sekiranya kita boleh menerimanya, maka kitamoral. ada ukuran tertentu untuk dijadikan undang-undang prinsip moral digambarkan dalam Rajah 2.1 berikut. panduan dengan dalam tindakan dan ini keputusan pengurusan walaupun ukuran ini mungkin berada pada tahap yang minima. 

Sekiranya kita tidak dapat menerima set peraturan ini sebagai wakil penilaian moral secara keseluruhan masyarakat, maka kita perlu mencari tempat lain yang sesuai dengan ukuran kita.

Dalam menimbangkan hubungkait yang mungkin wujud di antara penilaian moral dan tuntutan undang-undang bertulis, tiga kesimpulan boleh dicapai dengan agak mudah dan Rajah 2.1: Pertindihan antara piawaian moral dengan kehendak undang-undang. dengan segera seperti berikut: Walau bagaimanapun, ruang yang bertindih adalah tidak penuh. Terdapat sesetengah undang-undang yang tiada kaitan moral iaitu tanpa sebarang nilai moral. Sebagai contoh, keperluan memandu di sebelah kiri jalan raya tidak semestinya betul atau pun salah; yang penting adalah ia mendapat persetujuan semua untuk memandu pada sebelah jalan yang mana. Keadaan pertindihan yang terakhir menunjukkan bahawa terdapat piawaian moral yang tidak mempunyai sebarang ketetapan undang-undang. Contohnya, kita semua membantah perbuatan berbohong kerana ia bertentangan dengan piawaian moral kita. Walau bagaimanapun, bercakap benar tidak dikehendaki oleh undang-undang melainkan setelah mengangkat sumpah di mahkamah dan dalam beberapa keadaan lain seperti kontrak pekerjaan dan penjualan harta.

OUMM3203 (780911125171001)8

Kesimpulan 2 Keperluan undang-undang lebih cenderung ke arah negatif, manakala piawaian moral selalunya lebih positif. Mengikut undang-undang, kita dilarang menyerang, merompak atau memfitnah antara satu sama lain. Namun begitu, kita tidak dikehendaki membantu orang lain walaupun dalam keadaan terdesak. Sebagai contoh, undang-undang tidak menegaskan supaya kita mesti membantu seorang kanak-kanak daripada mati lemas. Dalam situasi ini, kesimpulan piawaian moral majoriti boleh dibuat bahawa penduduk dewasa di mana-mana negara akan membantu seorang kanak-kanak daripada mati lemas setakat mana yang mereka terdaya.

OUMM3203 (780911125171001)9

Kesimpulan 3 Keperluan undang-undang didapati sedikit ketinggalan berbanding piawaian moral masyarakat. Hamba abdi merupakan satu contoh yang paling tidak menyenangkan. Walau bagaimanapun, diskriminasi jantina dan bangsa, pencemaran alam sekitar dan rasuah semuanya boleh menunjukkan masalah moral yang boleh diatasi oleh undang-undang. Para penyokong kedaulatan undang-undang mengatakan bahawa kelengahan yang terdapat antara konsensus moral dengan penggubalan undang-undang yang melarang tidak semestinya menandakan kurangnya hubungan antara kedua-duanya. Sebaliknya, mereka mengatakan bahawa ia mengesahkan adanya hubungan tersebut apabila undang-undang mengawal diskriminasi, pencemaran dan rasuah akhirnya diluluskan.

3.0

PROSES-PROSES PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG

OUMM3203 (780911125171001)10

Undang-undang dibentuk melalui beberapa proses seperti yang digambarkan dalam Rajah 3.1 berikut.

PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG Proses Individu Proses Kumpulan Proses Sosial

Proses Politik

Rajah 3.1 : Empat proses pembentukan undang-undang. 3.1

Proses Individu Undang-undang adalah sesuatu yang dinamik kerana peraturan sentiasa berubah-ubah

mengikut masa. Fikirkan tentang perubahan yang telah wujud dalam undang-undang yang menguruskan pekerjaan, kita akan dapati memang wujud kelambatan masa di antara perubahan dalam ukuran moral dan tuntutan undang-undang. Contohnya perkara-perkara yang dianggap sah di sisi undang-undang 20 tahun dahulu (seperti diskriminasi bangsa dan jantina dalam pengambilan pekerja atau pembuangan sisa kimia ke tasik dan sungai) kini dianggap melanggar undang-undang. Persoalan adakah perubahan dalam undang-undang ini datang dari perubahanperubahan dalam standard (ukuran) moral majoriti rakyat melalui proses sosial dan politik, dan seterusnya adalah undang-undang itu mewakili ukuran moral masyarakat kita secara keseluruhannya. Proses-proses sosial dan politik melalui perubahan ukuran moral manusia diinstitusikan menjadi suatu rangka perundangan yang rasmi untuk masyarakat adalah proses yang panjang dan kompleks. Proses-proses ini boleh diringkaskan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2 berikut:

OUMM3203 (780911125171001)11

Rajah 3.2 : Proses-proses bagaimana norma, kepercayaan dan nilai diinstitusikan menjadi undang-undang.

OUMM3203 (780911125171001)12

Setiap individu mempunyai set norma, kepercayaan dan nilai masing-masing yang sama sama membentuk piawaian moral mereka seperti yang dijelaskan dalam Jadual 3.1 berikut: Jadual 3.1 : Piawaian Moral Individu Piawaian

Penerangan

Moral Norma adalah kriteria kelakuan. Ia adalah cara bagaimana seseorang Norma

individu menjangka semua orang akan bertindak apabila menghadapi sesuatu keadaan. Kepercayaan adalah kriteria ppemikiran. Kepercayaan berbeza daripada norma di mana ia tidak melibatkan tindakan (tiada kelakuan yang nyata terhadap orang lain). Ia adalah satu cara pemikiran abstrak yang biasanya

Kepercayaan

menyokong norma individu. Ia merupakan cara seseorang individu menjangka orang lain akan berfikir tentang konsep-konsep tertentu. Sebagai contoh, jika anda yakin terhadap konsep demokrasi berasaskan rakyat, maka anda akan menjangka orang lain juga akan mengenali nilai konsep tersebut dan menerimanya sebagai suatu bentuk kerajaan. Nilai adalah suatu pemeringkatan atau peringkat keutamaan yang diberikan

oleh

seseorang

terhadap

norma

dan

kepercayaannya.

Kebanyakan orang tidak menganggap kesemua norma dan kepercayaan Nilai

mereka sebagai sama penting. Sesetengah orang percaya bahawa norma dan kepercayaannya adalah lebih penting daripada orang lain. Norma dan kepercayaan yang penting merupakan “nilai-nilai” atau sanjungan tinggi yang diletakkan seseorang pada sesuatu perkara. Nilai seringkali adalah kontroversi. Kenapa? Kerana mungkin norma dan kepercayaan

yang dipegang sepenuhnya oleh seseorang akan bertentangan dengan norma dan kepercayaan yang juga dipegang kukuh oleh orang lain pula. Umumnya akan wujud sedikit tolak ansur kerana setiap orang terikat kepada kriteria-kriterianya terhadap:  

Kelakuan (cara mana seseorang itu patut berkelakuan) Kepercayaan (cara mana seseorang itu patut berfikir)

OUMM3203 (780911125171001)13

Kita hidup dalam masyarakat majmuk dengan pelbagai tradisi budaya dan dalam sebuah negara sekular di mana agama bebas diamalkan, maka kita harus menerima hakikat bahawa norma, kepercayaan dan nilai akan berbeza di antara individu. Perbezaan ini mungkin akan mencetuskan konflik. 3.2

Proses Kumpulan Setiap orang membentuk set norma, kepercayaan dan nilai mereka melalui

pendekatan terhadap:   

Konteks budaya / agama Konteks sosial / politik Konteks ekonomi / teknologi

Konteks di sini bermaksud maklumat latar belakang atau persekitaran sesuatu suasana. Setiap masyarakat mempunyai latarbelakang atau persekitaran yang tergabung jalin hasil daripada:      

Ajaran agama Tradisi budaya Kedudukan ekonomi Pembangunan teknologi Organisasi sosial Proses Politik Jalinan antara konteks-konteks yang dijadikan pilihan oleh individu terhadap norma,

kepercayaan dan nilai dibentuk sebegini rupa untuk memastikan yang semua faktor itu berhubung kait / berinteraksi. Perkembangan teknologi komunikasi memberi kesan kepada perubahan politik dalam pentadbiran, yang berterusan menyebabkan perubahan ekonomi dalam corak perbelanjaan dan percukaian dan akhirnya akan memberi kesan dalam perubahan budaya dalam gaya hidup seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.3 di bawah.

Rajah 3.3 : Interaksi empat faktor konteks yang berhubung kait. Seperti yang boleh dilihat dalam Rajah 3.3, perubahan teknologi komunikasi

telah

membawa perubahan dalam kuasa politik. Perubahan politik pula menyebabkan perubahan

OUMM3203 (780911125171001)14

ekonomi ke atas corak perbelanjaan dan percukaian berlaku. Akhirnya, perubahan-perubahan ini menghasilkan perubahan budaya gaya hidup. Namun begitu, perhubungan sebenar antara faktor ekonomi, teknologi, sosial, politik, budaya dan agama tidak diketahui secara tepat. Gabungan pengaruh faktor-faktor ke atas norma, kepercayaan dan nilai individu juga tidak dapat dijangka dengan jelas. Walau bagaimanapun, perhubungan dan pengaruh ini boleh dilihat dengan mudah dalam contoh berikut. Perubahan status kaum wanita pada masa kini terhasil daripada: a) Peralihan aktiviti ekonomi-Daripada pembuatan berat dan perlombongan kepada industri berasaskan pengetahuan dan perkhidmatan; b) Pembangunan teknologi dalam kaedah mengawal kelahiran yang lebih baik; dan c) Perkembangan sosial melalui peluang-peluang pendidikan. 3.3

Proses Sosial Semua individu tidak terdedah kepada faktor-faktor ekonomi, teknologi, sosial,

politik, budaya dan agama yang sama. Pendedahan-pendedahan ini datang dari:    

Kedudukan Individu Unit Keluarga Rakan sebaya dan Organisasi rasmi Dalam sesebuah masyarakat demokrasi, norma, kepercayaan dan nilai individu yang

berubah-ubah mempunyai impak yang nyata walaupun lewat. Impak ini kelihatan seperti terhasil daripada kedua-dua proses sosial dan politik. Pada dasarnya, proses sosial melibatkan perhimpunan kuasa. Seseorang yang berpegang kepada norma, kepercayaan dan nilai yang sama, lazimnya cenderung untuk bersatu dalam kumpulan-kumpulan kecil. Ini adalah kerana menjadi kebiasaan bagi seseorang untuk menyertai orang lain yang berpandangan sama. Kumpulan

OUMM3203 (780911125171001)15

kumpulan kecil ini secara umumnya merupakan sebahagian daripada organisasi yang lebih besar seperti: a) b) c) d) e) f)

Firma perniagaan; Kesatuan sekerja; Parti politik; Badan amal; Institusi agama; dan Persatuan veteran. Selaras dengan peredaran masa, organisasi-organisasi yang lebih besar ini akan

mencapai suatu kompromi dalam norma, kepercayaan dan nilai yang mereka pegang atau berpecah menjadi organisasi-organisasi yang lebih kecil supaya boleh berkompromi. Terdapat teori-teori alternatif tentang cara bagaimana kompromi ini terbentuk seperti: a) Keputusan autokratik; b) Penyesuaian birokratik; dan c) Penubuhan kesatuan campuran atau pilihan kolektif. 3.4

Proses Politik Proses-proses politik di mana norma, kepercayaan dan nilai dipegang oleh organisasi,

kumpulan-kumpulan dan individu-individu diinstitusikan menjadi undang-undang pada asasnya boleh dilihat sebagai kaedah-kaedah untuk menyelesaikan konflik. Organisasi, kumpulan-kumpulan dan individu-individu sudah tentu mempunyai pandangan berbeza terhadap:    

Kepimpinan ketua kerajaan Tolak ansur institusi Rundingan badan perundangan;dan Tekanan dari pengundi Dalam sistem perwakilan, wakil-wakil rakyat dipertanggungjawabkan ke atas

pembentukan undang-undang dalam sistem perwakilan. Bagaimanapun, perbezaan kawasan pembahagian penduduk dan sektor ekonomi menyebabkan isu-isu yang timbul tidak akan sama. Maka gabungan harus dibentuk untuk meluluskan undang-undang. Orang ramai

OUMM3203 (780911125171001)16

pastinya boleh menyatakan pandangan mereka terhadap undang-undang yang berpotensi dengan mengundi pentadbir dan penggubal undang-undang mereka, atau secara langsung melalui tinjauan umum, surat menyurat dan melalui media.

4.0

PENILAIAN TENTANG PROSES PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG Umum melihat undang-undang sebagai dasar kepada keputusan pengurusan apabila

berhadapan dengan sesuatu dilema etika. Justeru, undang-undang merupakan satu set peraturan yang konsisten dan digubal oleh masyarakat dalam mengawal kelakuan sesebuah masyarakat. Dalam erti kata lain, undang-undang memainkan peranan yang penting dalam

OUMM3203 (780911125171001)17

kehidupan manusia. Salah satu daripada kepentingan undang-undang ialah mengatur pelbagai perjalanan hidup manusia tidak mengira pangkat, warna kulit, agama, bangsa, ideologi politik dan sebagainya. Ini terbukti apabila undang-undang itu sendiri mengatur dan menentukan peranan institusi atau badan kerajaan dalam sesebuah negara. Di negara kita, undang-undang yang digunakan berteraskan sistem perundangan ‘Common Law’. Undang-undang tertinggi iaitu Perlembagaan Malaysia menggariskan rangka perundangan dan hak-hak warganegara Malaysia. Undang-undang persekutuan digubal oleh Parlimen Malaysia berkaitan dengan seluruh negara. Terdapat juga undangundang negeri yang digubal Dewan Undangan Negeri (DUN) dan berkaitan dengan negeri berkenaan. Perlembagaan Malaysia juga membenarkan sistem kehakiman berganda yang unik iaitu undang-undang sekular dan undang-undang syariah. Sementara itu, undang-undang juga berperanan sebagai ejen keamanan dan kesejahteraaan. Undang-undang digunakan untuk mengawal masyarakat daripada melakukan sebarang tindakan yang salah dan memudaratkan diri dan orang ramai. melanggar

Individu yang

undang-undang akan dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatan

mereka. Hukuman tersebut dibuat bertujuan untuk memberi pengajaran kepada si pelaku dan orang ramai. Oleh itu, hak-hak dan kebebasan setiap individu akan terpelihara dan akhirnya satu bentuk kehidupan sosial dan poitik yang stabil dapat diwujudkan dalam masyarakat. Namun, apa yang paling penting adalah undang-undang dapat dijadikan sebagai panduan pilihan moral. Ini bermaksud seseorang individu di dalam sesebuah masyarakat perlu merujuk kepada undang-undang apabila berhadapan dengan dilema etika sama ada di dalam atau di luar organisasi.

Setiap individu yang tinggal di dalam negara Malaysia

tertakluk di bawah undang-undangnya. Undang-undang ini boleh dijadikan panduan untuk bertindak apabila berlaku situasi seperti berikut. Dalam situasi pengaruh keluarga, jika ibu bapa yang membesar anak-anaknya dengan cara yang tidak sepatutnya seperti mendera mereka, jika didapati bersalah mereka anak dikenakan hukuman yang setimpal. Secara tidak langsung, kebajikan anak-anaknya akan diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat jika anak-anak mereka tidak mempunyai saudara mara terdekat yang boleh menjaga mereka. Selain itu, undang-undang juga boleh dijadikan panduan untuk bertindak apabila berhadapan dengan dilema etika dalam pengaruh rakan. Di mana jika penyalahgunaan kuasa yang telah diberikan seperti penyelewengan dari perjanjian yang telah dibuat atau ditandatangani secara rasmi dan bertulis. Dalam undang-undang, Jenayah pecah amanah ini telah diperuntukkan di bawah Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang mana perkataan amanah

OUMM3203 (780911125171001)18

dalam peruntukan ini merujuk kepada semua kejadian yang mana seseorang yang telah diamanahkan itu menyalahgunakan atau menjadikan harta itu seperti kepunyaannya sendiri. Secara keseluruhannya, kesan daripada gejala pecah amanah ini boleh mengakibatkan runtuhnya institusi dalam sesebuah negara itu sendiri sama ada dari segi ekonomi, sosial mahupun politik kerana melibatkan golongan yang professional dan mempunyai pendidikan yang tinggi. Sekiranya tidak diatasi secara berkesan akan memberikan pelbagai masalah lain yang akan timbul. Sementara itu, dalam bercakap soal undang-undang dari segi faktor pengalaman hidup, kita tidak akan terlepas dari dikenakan tindakan. Antaranya ialah seperti kesalahan membuang sampah merata-rata, memiliki bahan lucah, mencuri dan sebagainya. hukuman yang dikenakan bagi kesalahan membuang sampah merata-rata ialah Seksyen 47 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672). Bagi kesalahan memiliki bahan lucah pula, hukuman yang boleh dikenakan ialah Seksyen 922 Kanun Keseksaan (menyimpan video lucah) dan Seksyen 5 (1) ( A ) Akta Penapisan Filem 2002 (memiliki video lucah). Sementara itu, bagi kesalahan mencuri, hukuman yang dikenakan ialah maka akta 574 seksyen 378 dan seksyen 379 Akta 574.

5.0

PENUTUP Akhir sekali, mari kita simpulkan hubungan undang-undang dengan moral atau etika.

Persoalan utama yang perlu difikirkan adalah sama ada proses-proses sosial dan politik yang panjang serta kompleks ini benar-benar dapat menggabungkan piawaian moral peribadi para penduduk majoriti untuk dijadikan keperluan undang-undang yang universal atau tidak.

OUMM3203 (780911125171001)19

Pandangan bahawa undang-undang mewakili keputusan moral yang kolektif, sudah pastinya menarik. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa masalah apabila piawaian moral individu dipindahkan kepada undang-undang yang universal. Ini dapat dilihat pada peringkat proses sosial dan politik. Bagi sesebuah masyarakat yang bertamadun, perbincangan mengenai soal moral ataupun akhlak tidak dapat dielakkan, walaupun ia sering menimbulkan kontroversi. Ini berlaku kerana apabila manusia mula hidup bermasyarakat, peraturan terpaksa diwujudkan bagi menentukan hak dan tanggungjawab. Darinya lahirlah adat resam yang menggariskan kaedah dalam menguruskan perhubungan di antara individu dan masyarakat dan di sebaliknya. Apabila masyarakat mempunyai persamaan sama ada dari segi bangsa atau sempadan negara yang lebih tetap dan terjamin, maka timbullah keperluan untuk mengadakan undangundang yang boleh diterima. Undang-undang seterusnya terjalin dari budaya dan adat resam yang perlu dikuatkuasakan untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat serta negara yang telah ditubuhkan. Dalam hubungan ini kita perlu melihat bagaimana moral dan undang-undang mempunyai hubungan yang bertaut. Adakala hubungan tersebut jelas dan adakalanya juga kabur. Oleh kerana undang-undang dan moral mempunyai kaitan yang rapat maka ia menjadi unsur penting dalam kehidupan harian manusia bagi menjamin kesempurnaan dan kesejahteraan.

6.0

RUJUKAN

Amin Ahmad. (Februari 2014). Artikel : Polis Syariah, moral dan undang-undang. [Online] : http://lead.my/2014/02/03/polis-syariah-moral-dan-undang-undang/

OUMM3203 (780911125171001)20

Bashir Ahmad Mallal. (2002). The Malayan Law Journal, Volume 1. Malaya Publishing House Limited. (2002). Dr Ho Jo Ann, Dr Tee Keng Kok. OUMM3203 Professional Ethics. Third Edition. Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor. (2013). Evan Sycamnias. What is law. and do we really need it ? A brief overview. [Online]: http://www.uplink.com.au/lawlibrary/Documents/Docs/Doc31.html. Hafid-penyabar Blogspot. (06 Disember 2011). Proses Pembentukan Undang-undang. [Online]:

http://hafid-penyabar.blogspot.sg/2011/12/proses-pembentukan-undang-

undang.html. Lembaga Administrasi Negara (Indonesia). (2004). Etika dalam penyelenggaraan negara: tinjauan atas strategi pengembangannya dalam penyelenggaraan pemerintahan. Lembaga Administrasi Negara. (2004). Utusan Online. (03 Januari 1999). Moral dan undang-undang - Jangan gadai maruah dan negara

untuk

keseronokan

hari

ini.

[Online]

:

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0103&pub=Utusan_Malaysia &sec=Rencana&pg=ot_04.htm.

Related Documents

Oumm3203 Etika Profesional
January 2021 16
Oumm 3203 Etika Profesional
February 2021 0
Oumm3203
January 2021 3
Oumm3203
January 2021 27
Etika
January 2021 3
Etika Teknik
January 2021 0

More Documents from "Christopher Balalembang"

Oumm3203 Etika Profesional
January 2021 16