Pengnalan Kpd Ulum Al-quran

  • Uploaded by: yusri_mym88
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pengnalan Kpd Ulum Al-quran as PDF for free.

More details

  • Words: 29,662
  • Pages: 158
Loading documents preview...
Fakulti Sains Sosial Gunaan

ADSQ1103

Pengenalan kepada Ulum Al-Quran

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

ADSQ1103 PENGENALAN KEPADA ULUM AL-QURAN Sahlawati Abu Bakar

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Pengarah Projek:

Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil Assoc Prof Dr Mohd Yusuf Ahmad Open University Malaysia

Penulis Modul:

Sahlawati Abu Bakar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Penyederhana:

Mohd Jamaludin Muhammad Open University Malaysia

Dibangunkan oleh:

Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi Open University Malaysia

Edisi Pertama, April 2014 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), April 2014, ADSQ1103 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Hak Cipta Cipta © Open Open University University Malaysia Malaysia (OUM) (OUM) Hak

Isi Kandungan Panduan Kursus

ix-xv

Topik 1

Definisi al-Quran dan Sejarah Perkembangan Ulum al-Quran 1 1.1 Definisi al-Quran 2 1.1.1 Al-Quran dari Segi Bahasa 3 1.1.2 Al-Quran dari Segi Istilah 5 1.2 Perbezaan antara al-Quran, Hadis Kudsi dan Hadis Nabawi 6 1.2.1 Perbezaan antara al-Quran dan Hadis Kudsi 6 1.2.2 Perbezaan antara Hadis Kudsi dan Hadis Nabawi 7 1.3 Sejarah Perkembangan Ulum al-Quran 8 1.3.1 Definisi Ulum al-Quran 9 1.3.2 Kepentingan Ulum al-Quran 9 1.3.3 Sejarah Penulisan Ulum al-Quran 10 1.3.4 Bidang Perbahasan Ulum al-Quran 15 Rumusan 16 Kata Kunci 16 Rujukan 17

Topik 2

Nama dan Sifat-sifat al-Quran 2.1 Nama-nama al-Quran 2.2 Sifat-sifat al-Quran 2.3 Faedah Mempelajari al-Quran 2.3.1 Dalil dari al-Quran 2.3.2 Dalil dari Hadis Rumusan Kata Kunci Rujukan

18 18 22 27 27 29 33 34 34

Topik 3

Wahyu 3.1 Pengertian Wahyu 3.1.1 Wahyu dari Segi Bahasa 3.1.2 Wahyu dari Segi Istilah 3.2 Jenis-jenis Wahyu 3.2.1 Wahyu Allah s.w.t. kepada Malaikat 3.2.2 Wahyu Allah s.w.t. kepada Para Rasul 3.3 Kepentingan Wahyu dalam Kehidupan Manusia

35 35 36 38 38 39 41 47

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

iv



ISI KANDUNGAN

Rumusan Kata Kunci Rujukan

50 51 51

Topik 4

Penurunan al-Quran 52 4.1 Pengertian Nuzul al-Quran 53 4.1.1 Nuzul al-Quran dari Segi Bahasa 53 4.1.2 Nuzul al-Quran dari Segi Istilah 54 4.2 Peringkat Penurunan al-Quran 56 4.2.1 Peringkat Pertama ă Secara Serentak 56 4.2.2 Hikmah Penurunan al-Quran Secara Serentak 57 4.2.3 Peringkat Kedua ă Secara Beransur-Ansur 58 4.2.4 Hikmah Penurunan al-Quran Secara Beransur-Ansur 59 4.3 Ayat Pertama dan Terakhir Diturunkan 62 4.3.1 Ayat Pertama Diturunkan 62 4.3.2 Ayat Terakhir Diturunkan 64 4.4 Sebab Nuzul 67 4.4.1 Pengertian Sebab Nuzul 67 4.4.2 Pembahagian Sebab Nuzul 67 Rumusan 69 Kata Kunci 70 Rujukan 70

Topik 5

Pengumpulan dan Penulisan al-Quran 5.1 Maksud Pengumpulan al-Quran 5.2 Pengumpulan dan Penulisan al-Quran pada Zaman Rasulullah s.a.w. 5.2.1 Pengumpulan al-Quran Bermaksud Menghafaznya 5.2.2 Pengumpulan al-Quran Bermaksud Penulisan 5.3 Pengumpulan al-Quran pada Zaman Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. 5.3.1 Sebab Pengumpulan 5.3.2 Cara Pengumpulan 5.4 Penulisan al-Quran pada Zaman Usman Bin ÂAffan r.a. 5.4.1 Sebab Penulisan 5.4.2 Cara Penulisan 5.4.3 Perbezaan Pengumpulan al-Quran pada Zaman Saidina Abu Bakar dan Saidina Usman

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

71 72 72 73 73 75 75 77 78 78 79 80

ISI KANDUNGAN



v

5.5

Penulisan al-Quran pada Zaman Umayyah Sehingga Sekarang 5.5.1 Pada Zaman Umayyah 5.5.2 Pada Zaman Sekarang Rumusan Kata Kunci Rujukan

81 81 82 85 86 86

Topik 6

Ayat-ayat Makki dan Madani 6.1 Maksud Makki dan Madani 6.2 Ciri-ciri Makki dan Madani 6.2.1 Ciri-ciri Makki 6.2.2 Ciri-ciri Madani 6.3 Kriteria Makki dan Madani 6.3.1 Aspek Gaya Bahasa 6.3.2 Aspek Topik 6.4 Faedah Mengetahui Makki dan Madani 6.5 Karya-karya Mengenai Makki dan Madani Rumusan Kata Kunci Rujukan

87 88 89 89 90 91 91 92 93 94 96 96 97

Topik 7

Sejarah Qiraat al-Quran 7.1 Pengertian Qiraat 7.2 Tujuh Jenis Qiraat 7.3 Faedah Kepelbagaian Qiraat 7.4 Tajwid dan Adab Membaca al-Quran 7.4.1 Ilmu Tajwid al-Quran 7.4.2 Adab Membaca al-Quran Rumusan Kata Kunci Rujukan

98 98 99 102 104 104 106 109 110 110

Topik 8

Tafsir dan Takwil 8.1 Pengertian Tafsir dan Takwil 8.2 Perbezaan Tafsir dan Takwil 8.3 Ilmu-ilmu yang Perlu Dipelajari oleh Pentafsir al-Quran 8.4 Syarat-syarat dan Adab Pentafsir 8.4.1 Syarat-syarat Pentafsir 8.4.2 Adab Pentafsir Rumusan Kata Kunci Rujukan

111 111 113 114 116 116 117 119 120 120

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

vi



ISI KANDUNGAN

Topik 9

Sejarah Perkembangan Ilmu Tafsir 9.1 Tafsir pada Zaman Rasulullah s.a.w. 9.2 Tafsir pada Zaman Sahabat r.a. 9.2.1 Sumber Tafsir 9.2.2 Ciri-ciri Tafsir 9.3 Tafsir pada Zaman TabiÊin 9.3.1 Sumber Tafsir 9.3.2 Ciri-ciri Tafsir 9.4 Tafsir pada Zaman Tadwin Rujukan Kata Kunci Rujukan

121 122 123 124 125 126 126 126 127 129 129 130

Topik 10

Kitab-kitab Tafsir 10.1 Tafsir bi al-MaÊthur 10.1.1 Definisi Tafsir bi al-MaÊthur 10.1.2 Hukum Tafsir bi al-MaÊthur 10.1.3 Kitab-kitab Tafsir bi al-MaÊthur 10.2 Tafsir bi al-RaÊyi 10.2.1 Definisi Tafsir bi al-RaÊyi 10.2.2 Hukum Tafsir bi al-RaÊyi 10.2.3 Pembahagian Tafsir bi al-RaÊyi 10.2.4 Kitab-kitab Tafsir bi al-RaÊyi Rumusan Kata Kunci Rujukan

131 131 132 134 134 135 135 135 136 137 138 139 139

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

PANDUAN KURSUS



ix

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN ADSQ1103 Pengenalan kepada Ulum al-Quran adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Sosial Gunaan di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Diploma Pengajian Islam (Pendidikan). Modul ini bertujuan untuk membincangkan pengenalan kepada cabang-cabang ilmu al-Quran. Kupasan ilmu-ilmu ini bermula dari memberikan maksud al-Quran sehinggalah proses penurunan dan pengumpulannya. Perbincangan juga meliputi aspek tafsir dan takwil seterusnya perkembangan ilmu tafsir dan pembahagian tafsir. Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

x

 PANDUAN KURSUS

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1. Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran Aktiviti Pembelajaran

Jam Pembelajaran

Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam perbincangan awal

3

Membaca modul

60

Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial

10

Perbincangan atas talian

12

Ulang kaji

15

Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan

20

JUMLAH MASA PEMBELAJARAN

120

OBJEKTIF KURSUS Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menjelaskan pengertian ulum al-Quran;

2.

Menerangkan sejarah perkembangan ulum al-Quran;

3.

Menjelaskan aspek wahyu dan qiraat tujuh; dan

4.

Menghuraikan dasar-dasar ilmu al-Quran yang mencakupi ayat Makki dan Madani, sebab-sebab nuzul al-Quran, pengumpulan al-Quran, tafsir, takwil dan lain-lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

PANDUAN KURSUS



xi

SINOPSIS KURSUS Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti yang disenaraikan berikut: Topik 1 merupakan topik pengenalan kepada modul ini. Ia membincangkan mengenai definisi al-Quran dari segi bahasa dan istilah dan perbezaan antara al-Quran, hadis Nabawi dan hadis Kudsi. Topik ini juga akan menyentuh mengenai pengertian ulum al-Quran serta sejarah perkembangan ulum al-Quran bermula dari zaman Rasulullah s.a.w. sehingga ke zaman sahabat dan tabiÊin. Topik 2 membincangkan nama-nama dan sifat-sifat al-Quran berserta dalil serta faedah dan manfaat mempelajari al-Quran menerusi keterangan dari al-Quran dan hadis. Topik 3 membincangkan definisi wahyu dari segi bahasa dan istilah, jenis-jenis wahyu sama ada yang disampaikan kepada malaikat atau para Rasul, penulispenulis wahyu serta kepentingan wahyu dalam kehidupan manusia. Topik 4 mengemukakan perbincangan mengenai pengertian nuzul al-Quran dan seterusnya mengenal pasti peringkat-peringkat penurunan al-Quran. Topik ini juga membahaskan pendapat ulama mengenai ayat pertama dan terakhir diturunkan, sebab nuzul dan pembahagiannya. Topik 5 membahaskan bagaimana al-Quran dikumpul dan ditulis pada tiga zaman utama iaitu zaman Rasulullah s.a.w., zaman Saidina Abu Bakar r.a. dan zaman Usman bin ÂAffan r.a. serta perkembangan penulisan al-Quran pada zaman Umayyah sehingga sekarang. Topik 6 membincangkan mengenai maksud Makki dan Madani dan ciri-ciri serta kriterianya. Dikemukakan juga karya-karya yang ditulis berkaitan ilmu ini dan faedah mempelajarinya. Topik 7 membincangkan jenis-jenis qiraat dan perawinya, maksud tajwid dan faedah mempelajarinya juga adab sebelum, semasa dan selepas membaca al-Quran. Topik 8 membahaskan pengertian tafsir dan takwil dan perbezaan antara keduanya serta penjelasan mengenai ilmu-ilmu yang perlu oleh pentafsir al-Quran serta syarat-syarat dan adab pentafsir.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

xii

 PANDUAN KURSUS

Topik 9 mengupas peringkat-peringkat perkembangan ilmu tafsir bermula dari zaman Rasulullah s.a.w., sahabat, tabiÊin hingga ke zaman sekarang dan sekali gus menganalisa perubahan-perubahan yang berlaku terhadap tafsir pada setiap zaman tersebut. Pada setiap zaman dikemukakan sumber-sumber tafsir dan ciricirinya. Topik 10 berkaitan perbincangan mengenai tafsir iaitu pembahagian tafsir kepada tafsir bi al-MaÊthur dan tafsir bi al-RaÊyi. Topik ini menjelaskan definisi kedua-dua jenis tafsir ini dan hukumnya serta contoh kitab tafsir bi al-MaÊthur dan kitab tafsir bi al-RaÊyi.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut: Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik. Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalansoalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalansoalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri. Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

PANDUAN KURSUS

 xiii

Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagianbahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS Tiada prasyarat kelulusan daripada kursus lain diperlukan bagi menjalani kursus ini.

KAEDAH PENILAIAN Penilaian bagi kursus ini boleh disenaraikan seperti berikut: (a)

Penilaian berterusan (Tugasan)

40%

(b)

Peperiksaan Akhir

60%

JUMLAH

100%

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

xiv

 PANDUAN KURSUS

RUJUKAN Abdul Rahman Abdul Ghani. (2003). Pengantar ilmu tajwid. Selangor: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Al-Nawawi. (1999). Al-tibyan fi adab hamlatul Quran. Beirut: Muassasah alRayyan. Dr. Muhammad ibn ÂAbdul Rahman al-SyayiÊ. (1997). Al-makkiy wa al-madaniy fi al-Quran al-karim. Riyadh: Maktabah al-Malik Fahd. Fauzi Deraman. (2001). Pengantar usul tafsir. Kuala Lumpur: Intel Multimedia and Publication. Ghanim Qadduri al-Hamd. (2003). Muhadarat fi ulum al-Quran. Jordan: Dar ÂAmmar. Ibnu Kathir. (1994). Tafsir al-Quran al-ÂAzim. Juz 1. Kaherah: Dar al-Hadis. Ibnu Taimiyah. (1997). Muqadimah fi usul al-tafsir. Amman: Dar ÂAmar. Jalaluddin Abdul Rahman al-Suyuti. (2004). Al-itqan fi Âulum al-Quran. Kaherah: Dar al-Hadith. MannaÊ Qattan. (1998). Mabahith fi ulum al-Quran. Beirut: Muassasah al-Risalah. Mohd. Yusuf Ahmad. (2005). Sejarah dan kaedah pendidikan Al-Quran. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Mohd. Yusuf Ahmad. (2007). Pengajian Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Muhammad Abdul ÂAzim al-Zarqany. (2003). Manahil al-ÂIrfan fi Âulum alQuran. Beirut: Dar al-Fikr. Muhammad Abu Syahbah. (1992). Al-madkhal li dirasat al-Quran al-Karim. Beirut: Dar al-Jail. Muhammad Ali al-Sabuni. (2003). Al-tibyan fi ulum al-Quran. Kaherah: Dar alSabuni. Muhammad Hussin al-Zahabi. (1976). Al-tafsir wa al-mufassirun. Mesir: Kuliyyah al-Azhar al-Syarif. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

PANDUAN KURSUS

Muhammad

Jamaluddin Al-Qasimi al-Dimasyqi. Âulumuddin. Kuala Lumpur: Darul Fajr.

(2006).

Intipati



xv

ihyaÊ

Muhammad Khazir al-Majali. (2003). Al-Wajiz fi Âulum al-kitab al-ÂAziz. Kuala Lumpur: Muassasah al-Bayan. Muhyiddin Abi Zakaria al-Nawawi. (1999). Al-tibyan fi adab hamlah al-Quran. Beirut: Muassasah al-Rayyan. Sofiah Shamsuddin. (2006). Al-madkhal ila Dirasat Âulum al-Quran. Selangor: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Subhi al-Saleh. (1988). Mabahith fi ulum al-Quran. Beirut: Dar al-ÂIlm al-Malayin. Yusuf al-Qaradhawi. (1996). Bagaimana berinteraksi dengan al-Sunnah. Jakarta: Pustaka al-Kautsar. Yusuf al-Qaradhawi. (1999). Bagaimana berinteraksi dengan al-Quran. Jakarta: Pustaka al-Kautsar.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS) Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest, SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

xvi

 PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik



1

Definisi al-Quran dan Sejarah Perkembangan Ulum al-Quran

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Mendefinisikan al-Quran dari segi bahasa dan istilah;

2.

Membezakan antara al-Quran, hadis Kudsi dan hadis Nabawi;

3.

Menjelaskan pengertian ulum al-Quran;

4.

Menghuraikan sejarah perkembangan ulum al-Quran; dan

5.

Mengenal pasti bidang perbahasan ulum al-Quran.

 PENGENALAN Assalamualaikum dan selamat bertemu dalam modul Ulum al-Quran. Kita akan mulakan modul ini dengan perbincangan tentang definisi al-Quran dan sejarah perkembangan ulum al-Quran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

2

 TOPIK 1

DEFINISI AL-QURAN DAN SEJARAH PERKEMBANGAN ULUM AL-QURAN

Al-Quran adalah sebuah kitab suci kepada seluruh umat Islam dan ianya mengandungi kalam Allah s.w.t. yang diturunkan kepada Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Sebagai umat Islam kita mestilah beriman dengan al-Quran dan yakin bahawa ia merupakan kitab yang membimbing manusia ke jalan yang benar. Dalam topik ini anda akan mempelajari definisi al-Quran dari segi bahasa dan istilah dan perbezaan antara al-Quran, hadis Nabawi dan hadis Kudsi. Anda juga akan dapat mengetahui mengenai pengertian ulum al-Quran serta sejarah perkembangan ulum al-Quran bermula dari zaman Rasulullah s.a.w sehingga ke zaman sahabat dan tabiÊin. Topik ini juga akan membincangkan mengenai skop perbahasan ulum al-Quran yang merangkumi segala ilmu berkaitan al-Quran.

1.1

DEFINISI AL-QURAN

Kita semua telah sedia maklum bahawa orang yang beriman wajib mempercayai kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada nabi-nabi yang terpilih seperti yang terkandung dalam rukun iman. Salah satu kitab tersebut ialah al-Quran yang diturunkan melalui malaikat Jibril a.s. kepada Rasulullah sa.w. pada bulan Ramadan. Untuk lebih memahami kitab ini marilah kita teliti maksud al-Quran dari segi bahasa dan istilah. Rajah 1.1 menunjukkan contoh sebuah al-Quran.

Rajah 1.1: Al-Quran adalah kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Jibril a.s.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

1.1.1

DEFINISI AL-QURAN DAN SEJARAH PERKEMBANGAN ULUM AL-QURAN 

3

Al-Quran dari Segi Bahasa

Adakah anda tahu maksud al-Quran? Adakah anda tahu pandangan ulama muktabar tentang al-Quran? Kalimah atau lafaz al-Quran yang diambil daripada perkataan qaraÊa bererti mengumpulkan dan menghimpunkan dan qiraÊah pula bererti menghimpunkan huruf dan kata-kata antara satu dengan yang lain. Al-Quran pada asasnya seperti qiraah kata terbitan qaraÊa, qiraÊatan, qurÊanan (MannaÊ al-Qattan, 1998). Namun begitu para ulama mempunyai pelbagai pendapat mengenai takrif al-Quran dari segi bahasa. Sebahagian daripada mereka mengatakan lafaz al-Quran itu tidak berhamzah dan sebahagian yang lain pula mengatakan berhamzah. Mari kita lihat satu persatu mengenai pendapat tersebut. Mereka yang berpendapat lafaz al-Quran itu tidak berhamzah ialah Imam al-SyafiÊi, Al-FarraÊ dan Al-AsyÊari (Subhi al-Saleh, 1988). (a)

Imam al-SyafiÊi Menurut Imam al-SyafiÊi lafaz al-Quran ialah nama khusus yang digunakan untuk al-Quran seperti Taurat dan Injil. Ia tidak berhamzah dan bukan diambil daripada qaraÊta atau mana-mana perkataan lain.

(b)

Al-FarraÊ Al-FarraÊ (pakar bahasa Arab) menyatakan bahawa al-Quran diambil daripada perkataan qaraÊin iaitu jamak daripada perkataan qarinah yang memberi maksud keterangan. Ini adalah kerana sebahagian ayat menjadi keterangan bagi sebahagian yang lain.

(c)

Al-AsyÊari Al-AsyÊari pula berpendapat lafaz al-Quran diambil daripada perkataan qarana sekiranya berhimpun dengan yang lain, kerana surah dan ayat terhimpun dan terkumpul antara satu dengan yang lain.

Mereka yang berpendapat lafaz al-Quran itu berhamzah pula ialah Al-Zujaj dan Al-Lihyani: (a)

Al-Zujaj Menurut al-Zujaj lafaz al-Quran berhamzah diambil daripada perkataan al-qarÊu bermaksud al-jamÊu iaitu kumpul.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

4

(b)

 TOPIK 1

DEFINISI AL-QURAN DAN SEJARAH PERKEMBANGAN ULUM AL-QURAN

Al-Lihyani Al-Lihyani pula mengatakan lafaz al-Quran kata terbitan diambil daripada perkataan qaraÊa bermasuk baca.

Jadual 1.1 meringkaskan maksud al-Quran dari segi bahasa. Jadual 1.1: Maksud al-Quran dari Segi Bahasa Asal Kalimah

Ulama

Berhamzah/Tanpa Hamzah

Maksud Bahasa

Al-SyafiÊi

Tiada

Tanpa hamzah

Kalam Allah s.w.t yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Al-FarraÊ

QaraÊin

Tanpa hamzah

Keterangan

Al-AsyÊari

Qarana

Tanpa hamzah

Himpunan

Al-Zujaj

Al-qarÊu

Berhamzah

Kumpulan

Al-Lihyani

QaraÊa

Berhamzah

Bacaan

Setelah meneliti kesemua maksud al-Quran dari segi bahasa tadi kita bolehlah membuat kesimpulan bahawa al-Quran ialah kata terbitan qaraÊa yang bermaksud bacaan dan ini adalah pendapat yang paling masyhur. Firman Allah s.w.t.:

∩⊇∇∪ …çμtΡ#u™öè% ôìÎ7¨?$$sù çμ≈tΡù&ts% #sŒÎ*sù ∩⊇∠∪ …çμtΡ#u™öè%uρ …çμyè÷Ηsd $uΖøŠn=tã ¨βÎ) Maksudnya:

Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu). Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu. al-Qiyamah (75): 17-18

AKTIVITI 1.1 Nyatakan kitab-kitab lain yang diturunkan oleh Allah s.w.t. berserta nama-nama Nabi yang menerima kitab-kitab tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

DEFINISI AL-QURAN DAN SEJARAH PERKEMBANGAN ULUM AL-QURAN 

1.1.2

5

Al-Quran dari Segi Istilah

Kita semua pasti bahawa al-Quran itu adalah kalam Allah s.w.t. dan ia tidak sama dengan kalam yang lain. Ulama usul, fiqh dan bahasa Arab bersepakat al-Quran dari segi istilah bermaksud kalam Allah s.w.t yang melemahkan, yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang termaktub di dalam mushaf, dipindahkan secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah (Subhi al-Saleh, 1988). Jadual 1.2 menjelaskan maksud al-Quran dari segi istilah. Jadual 1.2: Penjelasan Maksud al-Quran dari Segi Istilah Istilah

Maksud

Kalam

Semua perkataan, namun bila digabungkan dengan kalimah Allah terkecuali daripadanya kalam yang lain seperti kata-kata manusia, jin dan haiwan.

Yang melemahkan

Sebagai mukjizat bagi Rasulullah s.a.w. iaitu satu bentuk cabaran kepada orang kafir untuk membawa seumpama al-Quran walaupun dengan satu surah.

Yang diturunkan

Cara diturunkan al-Quran iaitu wahyu yang disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. melalui perantaraan Jibril a.s. dan berbeza dengan cara penurunan kitab-kitab yang lain seperti Taurat, Injil dan Zabur.

Yang termaktub di dalam mushaf

Sebagai isyarat penulisan al-Quran yang sistematik yang dilakukan pada zaman Saidina Usman bin ÂAffan r.a. Beliau telah menyalin kembali beberapa naskhah mushaf yang dikumpulkan pada zaman Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a.

Dipindahkan secara mutawatir

Al-Quran dipindahkan dari satu generasi ke generasi berikutnya secara mutawatir. Iaitu sekumpulan yang ramai menyampaikannya kepada sekumpulan ramai manusia yang mustahil bagi mereka yang ramai ini untuk berdusta.

Membacanya adalah ibadah

Perintah membaca al-Quran di dalam solat dan selainnya dalam bentuk ibadah. Ini adalah keistimewaan al-Quran berbanding dengan kalam yang lain walaupun kalam Rasulullah s.a.w. seperti hadis-hadis Nabawi dan Kudsi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

6

 TOPIK 1

DEFINISI AL-QURAN DAN SEJARAH PERKEMBANGAN ULUM AL-QURAN

Rumusan menarik yang boleh difahami dan dihayati daripada takrifan literasi ini secara jelas menampakkan tuntutan agar manusia sentiasa berinteraksi dengan al-Quran dengan cara memperbanyakkan bacaan, memahami makna kalimah dan uslub bahasa al-Quran dan menjiwai tafsiran yang diberikan oleh golongan ulama-ulama muktabar.

AKTIVITI 1.2 1.

Apakah perbezaan antara al-Quran dengan kitab Samawi yang lain?

2.

Bandingkan antara kalam Allah s.w.t. dengan kalam manusia, jin dan haiwan.

1.2

PERBEZAAN ANTARA AL-QURAN, HADIS KUDSI DAN HADIS NABAWI

Subtopik ini akan membincangkan perbezaan antara al-Quran, hadis Kudsi dan hadis Nabawi dengan lebih lanjut.

1.2.1

Perbezaan antara al-Quran dan Hadis Kudsi

Tahukan anda bahawa al-Quran berbeza dengan hadis? Bolehkah anda membezakan antara al-Quran dan hadis Kudsi? Meskipun hadis Kudsi kesemuanya dari pengucapan Rasulullah s.a.w. anda boleh membezakan antara keduanya dengan beberapa aspek seperti berikut (rujuk Jadual 1.3):

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

DEFINISI AL-QURAN DAN SEJARAH PERKEMBANGAN ULUM AL-QURAN 

7

Jadual 1.3: Perbezaan antara al-Quran dan Hadis Kudsi Sumber MannaÊ Qattan (1998)

Sofiah Shamsuddin (2006)

1.2.2

Al-Quran 

Al-Quran ialah kalam Allah s.w.t. yang diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. dengan lafaz dan maknanya.



Al-Quran hanya dinisbahkan kepada Allah s.w.t. maka kita akan berkata „Allah s.w.t. berfirman...‰ apabila hendak membacakan ayat al-Quran.



Membaca al-Quran adalah ibadah dan diwajibkan membacanya dalam solat.



Keseluruhan isi al-Quran dinukilkan secara mutawatir iaitu diyakini kesahihannya.

Hadis Kudsi 

Manakala hadis Kudsi maknanya dari Allah s.w.t. dan lafaznya dari Rasulullah s.a.w. Hadis Kudsi ialah wahyu dalam makna tetapi bukan dalam lafaz.



Manakala hadis Kudsi diriwayatkan dengan disandarkan kepada firman Allah s.w.t. Maka kita akan menyatakan „Rasulullah s.a.w. bersabda mengenai apa yang diriwayatkan dari Tuhannya...‰.



Manakala hadis Kudsi tidak disuruh membacanya dalam solat dan pahala membacanya adalah secara umum sahaja.



Manakala hadis-hadis Kudsi kebanyakannya adalah khabar ahad yang kadangkalanya berstatus sahih, hasan ataupun daif.

Perbezaan antara Hadis Kudsi dan Hadis Nabawi

Bolehkah anda membezakan antara hadis Kudsi dan hadis Nabawi? Sebahagian ulama muktabar menjelaskan perbezaan antara keduanya adalah seperti berikut: (a)

Hadis Kudsi maknanya dari Allah s.w.t. dan lafaznya dari Rasulullah s.a.w. Manakala hadis Nabawi lafaz dan maknanya dari Rasulullah s.a.w. Namun begitu kedua-duanya adalah wahyu kerana apa yang dikeluarkan dari mulut Baginda s.a.w. kesemuanya adalah wahyu dari Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t: Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

8

 TOPIK 1

DEFINISI AL-QURAN DAN SEJARAH PERKEMBANGAN ULUM AL-QURAN

∩⊆∪ 4©yrθム֩óruρ ωÎ) uθèδ ÷βÎ) ∩⊂∪ #“θu oλù;$# Ç⎯tã ß,ÏÜΖtƒ $tΒuρ Maksudnya:

Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadaNya. al-Najm (53): 3-4 (b)

Hadis Kudsi diriwayatkan dengan disandarkan kepada Allah s.w.t. maka kita akan menyatakan „Rasulullah s.a.w. bersabda mengenai apa yang diriwayatkan dari Tuhannya...‰. Manakala, hadis Nabawi tidak diriwayatkan sedemikian tetapi dengan menyatakan „Rasulullah s.a.w. bersabda...‰.

SEMAK KENDIRI 1.1 Berikan contoh hadis Kudsi dan hadis Nabawi serta nyatakan perbezaannya. Kita wajib membaca al-Quran dalam solat. Apakah ayat yang wajib dibaca di dalam al-Quran? Berikan dalilnya.

AKTIVITI 1.3 Pada pendapat anda, mengapakah al-Quran adalah kitab yang terpelihara daripada sebarang penyelewengan berbanding kitab Samawi yang lain?

1.3

SEJARAH PERKEMBANGAN ULUM AL-QURAN

Sebelum kita menyelusuri sejarah perkembangan ulum al-Quran marilah kita terlebih dahulu memahami maksud ulum al-Quran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

1.3.1

DEFINISI AL-QURAN DAN SEJARAH PERKEMBANGAN ULUM AL-QURAN 

9

Definisi Ulum al-Quran

Perkataan ulum al-Quran terdiri daripada dua perkataan iaitu ulum dan al-Quran. Perkataan ulum adalah jamak bagi perkataan ilmu yang bermaksud pemahaman dan pengetahuan. Apabila perkataan ini digabungkan dengan al-Quran ia boleh membawa maksud dari segi istilah iaitu ilmu yang membahaskan tentang aspek-aspek berkaitan al-Quran seperti sebab penurunannya, pengumpulannya, al-Makki dan al-Madani, nasikh mansukh, muhkam mutasyabih dan segala yang lain mengenai al-Quran (MannaÊ Qattan, 1998). Ulum al-Quran juga boleh didefinisikan sebagai segala ilmu dan pengetahuan yang bersangkutan dengan al-Quran (Abu Syahbah, 1992). Oleh yang demikian kita boleh membuat kesimpulan di sini bahawa ulum al-Quran itu meliputi segala ilmu yang berkaitan al-Quran sama ada daripada aspek cara penurunannya, pengumpulannya, pembacaan dan qiraatnya serta pentafsiran dan pemahaman ayat-ayatnya.

1.3.2

Kepentingan Ulum al-Quran

Tahukah anda bahawa ulum al-Quran adalah salah satu ilmu yang penting dan berfaedah? Syeikh Muhammad Abu Syahbah (1992) di dalam kitabnya Al-Madkhal li Dirasat al-Quran al-Karim menjelaskan kepentingan ulum al-Quran seperti berikut: (a)

Membantu mempelajari al-Quran al-Karim dan memahaminya dengan lebih jelas serta mengeluarkan hukum dan pengajaran darinya. Cuba anda fikirkan bagaimana seseorang itu boleh mempelajari dan menafsirkan al-Quran sekiranya dia tidak mengetahui bagaimana al-Quran diturunkan? Bagaimana pula dengan tertib surah, nasikh mansukh, mutlaq muqayyad dan segala yang berkaitan dengan al-Quran? Sudah pasti dengan mengetahui ulum al-Quran seseorang itu akan dapat memahami dan menafsirkan al-Quran dengan lebih mudah dan jelas.

(b)

Para pengkaji ilmu ini mempunyai senjata yang kuat bagi menentang musuh-musuh Islam yang cuba memutarbelitkan isi kandungan al-Quran. Ini adalah kerana para ulama al-Quran mengetahui selok-belok isi al-Quran dan mampu menandingi segala anasir jahat oleh musuh Islam mengenai al-Quran. Mempertahankan al-Quran daripada diselewengkan adalah tanggungjawab umat Islam. Maka ilmu ini menjadi satu cara yang praktikal dalam memelihara dan menjaga kesucian kitab yang mulia ini. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

10  TOPIK 1 DEFINISI AL-QURAN DAN SEJARAH PERKEMBANGAN ULUM AL-QURAN

(c)

Para pengkaji ilmu ini adalah mereka yang sangat bertuah kerana menguasai ilmu-ilmu al-Quran. Melalui ulum al-Quran ini mereka akan memperolehi kebijakan dan kecerdikan dengan apa yang berkaitan al-Quran dan mampu membentuk keperibadian yang tinggi dan terpuji.

1.3.3

Sejarah Penulisan Ulum al-Quran

Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. berdasarkan kepada peristiwa dan keadaan. Selepas diturunkan, manusia berhajat kepada penjelasan dan penerangan ayat-ayatnya. Oleh yang demikian ia membawa kepada kemunculan ulum al-Quran yang boleh dibahagikan tahap perkembangannya kepada tiga peringkat, iaitu:

Rajah 1.2: Tiga peringkat perkembangan ulum al-Quran

Sekarang, mari kita bincang ketiga-tiga peringkat tersebut dengan lebih lanjut. (a)

Peringkat Pertama: Ulum al-Quran Sebelum Zaman Penulisan Ia bermula pada zaman Rasulullah s.a.w. dan sahabat. Ketika al-Quran diturunkan, Baginda s.a.w. akan menghuraikan ayat-ayat yang memerlukan huraian. Manakala para sahabat Baginda pula akan sentiasa merujuk kepada Rasulullah s.a.w. ketika mereka mengalami kesukaran dalam memahami sesuatu ayat. Sekiranya diajukan kepada Baginda s.a.w. soalan berkaitan cara menerima al-Quran, maka tercetuslah perbahasan mengenai penurunan al-Quran. Sekiranya terdapat pula galakan mengenai tilawah dan hafazan al-Quran, maka muncullah perbincangan mengenai tajwid dan qiraat (Ghanim Qadduriy, 2003). Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

DEFINISI AL-QURAN DAN SEJARAH PERKEMBANGAN ULUM AL-QURAN  11

Namun begitu segala perbahasan dan perbincangan tersebut tidak ditulis dengan rasmi kerana tiada keperluan kepada perkara tersebut. Ini disebabkan al-Quran masih lagi diturunkan dan Rasulullah s.a.w. masih hidup untuk dijadikan tempat rujukan para sahabat. Tambahan pula Rasulullah s.a.w. melarang menulis selain daripada al-Quran kerana dikhuatiri akan terkeliru antara al-Quran dengan penulisan yang lain. Ini berdasarkan kepada dalil daripada hadis Nabi s.a.w.:

‫ ﻭﺣﺪﺛﻮﺍ ﻋﲏ ﻭﻻ‬،‫ ﻭﻣﻦ ﻛﺘﺐ ﻋﲏ ﻏﲑ ﺍﻟﻘﺮﺀﺍﻥ ﻓﻠﻴﻤﺤﻪ‬،‫)) ﻻ ﺗﻜﺘﺒﻮﺍ ﻋﲏ‬ (( ‫ ﻭﻣﻦ ﻛﺬﺏ ﻋﻠ ﱠﻲ ﻣﺘﻌﻤﺪﺍ ﻓﻠﻴﺘﺒﻮﺃ ﻣﻘﻌﺪﻩ ﻣﻦ ﺍﻟﻨﺎﺭ‬،‫ﺣﺮﺝ‬ Maksudnya:

Janganlah kamu semua menulis (apa yang keluar) daripadaku, sesiapa yang menulis daripadaku selain al-Quran maka hendaklah dia memadamnya. Ambillah hadisku, tiada kesalahan. Sesiapa yang berdusta kepadaku dengan sengaja, maka disediakan tempatnya di neraka. Riwayat Muslim Pada zaman Usman bin ÂAffan berlakunya penyalinan semula al-Quran dan beliau telah menggunakan Rasm Uthmani dalam penulisan al-Quran. Oleh itu bolehlah dikatakan bermulanya ulum al-Quran ini pada zaman Khalifah Usman ketika ilmu rasm al-Quran mula diperkenalkan (MannaÊ Qattan, 1998). (b)

Peringkat Kedua: Ulum al-Quran pada Zaman Penulisan Penulisan pelbagai cabang ilmu bermula pada kurun kedua hijrah dan antaranya ialah ilmu tafsir. Para ulama mengumpulkan hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w., para sahabat dan tabiÊin mengenai tafsiran al-Quran. Pada permulaannya penulisan ini diletakkan di dalam salah satu bab daripada bab-bab hadis. Kemudian barulah diasingkan tafsir daripada hadis yang menyebabkan kemunculan metode tafsir bi al-maÊthur dan bi al-raÊyi. Para ulama yang menulis karya-karya ulum al-Quran ini boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: (i)

Mereka yang menulis dengan memfokuskan satu ilmu sahaja daripada Ulum al-Quran seperti Ali ibn al-Madini yang menulis kitab Asbab al-Nuzul, Abu ÂAbid al-Qasim ibn Salam menulis kitab Al-Nasikh wa al-Mansukh, Muhammad ibn SaÊid al-Hufiy menulis Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

12  TOPIK 1 DEFINISI AL-QURAN DAN SEJARAH PERKEMBANGAN ULUM AL-QURAN

kitab I'rab al-Quran, Al-Rummani menulis kitab mengenai I'jaz al-Quran, Ibn Qutaybah menulis kitab Majaz al-Quran, Ibn Qayyim al-Jauziyah menulis kitab Aqsam al-Quran serta Abu al-Hasan al-Mawardi menulis kitab mengenai Amthal al-Quran (Abu Syahbah, 1992). (ii)

Golongan ulama yang menulis ulum al-Quran secara menyeluruh meliputi kebanyakan ilmu berkaitan al-Quran. Contohnya, Ibn Qayyim al-Jauziyah yang dianggap kitab pertama dalam jenis ini iatu kitab Funun al-Afnan fi ÂAjaib Ulum al-Quran. Selain beliau terdapat juga ulama lain yang menulis kitab ulum al-Quran secara menyeluruh seperti Badr al-Din al-Zarkasyi menulis kitab berjudul Al-Burhan fi Ulum al-Quran dan Imam al-Suyuti menulis kitab Al-Itqan fi Ulum al-Quran yang membahaskan hampir 80 topik perbahasan ulum al-Quran.

Untuk lebih jelas lagi mari kita lihat penulisan ulum al-Quran mengikut kurun yang dijelaskan di dalam Jadual 1.4. Jadual 1.4: Penulisan Ulum al-Quran Kurun Kedua Nama Pengarang

Nama Kitab

ÂAtao ibn Muslim

Al-Nasikh wa al-Mansukh

Muqatil ibn Sulayman al-Balkhi

Ayat al-Ahkam

Yahya ibn Salam

Al-Tasorif fi al-Isybah wa al-Nazair Kurun Ketiga

Nama Pengarang

Nama Kitab

Ali ibn al-Madini

Asbab al-Nuzul

Ibn Qutaibah

Gharib al-Quran dan Musykil al-Quran

Abu ÂAbid al-Qasim ibn Salam

Al-Nasikh wa al-Mansukh Kurun Keempat

Nama Pengarang

Nama Kitab

Ibn al-Marzaban

Al-Hawi fu Ulum al-Quran

Abu Bakar al-Sajastani

Gharib al-Quran

Ibn al-Anbari

ÂAjaib Ulum al-Quran

Muhammad ibn ÂAli al-Adfuwi

Al-IstighnaÊ fi Ulum al-Quran Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

DEFINISI AL-QURAN DAN SEJARAH PERKEMBANGAN ULUM AL-QURAN  13

Kurun Kelima Nama Pengarang

Nama Kitab

Abu Bakar al-Baqilani

ÂIjaz al-Quran

ÂAli ibn Ibrahim al-Hufi

Al-Burhan fi Ulum al-Quran

Al-Mawardi

Amthal al-Quran

Al-Wahidi al-Nisaburi

Asbab al-Nuzul Kurun Keenam

Nama Pengarang

Nama Kitab

Ibn al-Jauzi

Funun al-Afnan fi Ulum al-Quran dan Al-Mujtaba fi ÂUlum tataÊallaq bi al-Quran Kurun Ketujuh Nama Pengarang

Nama Kitab

ÂIlm al-Din al-Sakhawi

Jamal al-QurraÊ

Abu Syamah al-Maqdisi

Al-Mursyid al-Wajiz fi Âulum tataÊallaq bi al-Quran al-ÂAziz Kurun Kelapan

Nama Pengarang

Nama Kitab

Badr al-Din al-Zarkasyi

Al-Burhan fi Ulum al-Quran Kurun Kesembilan

Nama Pengarang

Nama Kitab

Jalal al-Din al-Balqini

MawaqiÊ al-Ulum min MawaqiÊ al-Nujum

Muhammad ibn Sulaiman al-Kafiji

Al-Taysir fi QawaÊid al-Tafsir

(c)

Peringkat Ketiga: Ulum al-Quran pada Zaman Kini Penulisan dan kajian mengenai ulum al-Quran terus berkembang selepas kurun ke-9 sehinggalah ke hari ini. Para ulama secara proaktif menulis dan menerbitkan buku-buku ulum al-Quran dengan pelbagai tujuan dan kaedah. Antaranya ialah Imam al-Suyuti yang menulis kitab al-Itqan fi Ulum al-Quran, Muhammad Abdul ÂAzim al-Zarqani menulis kitab Manahil al-ÂIrfan fi Ulum al-Quran, Muhammad Ali Salameh menulis kitab Manhaj al-Furqan fi Ulum al-Quran dan Dr. Subhi Salih yang menulis kitab Mabahith fi Ulum al-Quran. Mereka ini menulis kitab-kitab ulum al-Quran yang meliputi ilmu-ilmu berkaitan al-Quran. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

14  TOPIK 1 DEFINISI AL-QURAN DAN SEJARAH PERKEMBANGAN ULUM AL-QURAN

Terdapat juga ulama yang menggunakan kaedah pengkhususan ilmu al-Quran dalam kitab mereka seperti Dr. Muhammad Abdullah Diraz dengan kitabnya yang berjudul al-NabaÊ al-ÂAzim, Dr. Mustafa Zaid menulis kitab al-Naskh fi al-Quran, Dr. Muhammad Abdul Rahman al-SyaÊi menulis kitab al-Makki wa al-Madani fi al-Quran al-Karim dan sebagainya. Usaha dan kegiatan penulisan ini bukan sahaja dipelopori oleh orang Islam, bahkan turut juga dilakukan oleh orang-orang orientalis seperti kitab yang masyhur berjudul Tarikh al-Quran yang dikarang oleh Theodore Noldeke seorang orientalis Jerman. Cetakan pertama kitab ini diterbitkan pada tahun 1860 dan dikatakan sebagai kitab yang menjadi asas setiap perbahasan ulum al-Quran di Eropah (Ghanim Qadduri, 2003). Selain kitab ini terdapat seorang lagi orientalis yang mengarang kitab berkaitan al-Quran iaitu Goldziher dengan judulnya Mazahib al-Tafsir al-Islami dan Regis Blachere yang menulis kitab berjudul Al-Quran: Nuzuluhu, Tadwinuhu, Tarjamatuhu wa TaÊthiruhu. Kitabkitab ini telah diterjemahkan oleh ulama Arab dan dijadikan rujukan oleh pengkaji-pengkaji al-Quran. Seorang penulis berbangsa Perancis, Maurice Bucaille, juga telah menulis sebuah kitab yang tidak kurang hebatnya berjudul Al-Taurat wa Al-Injil wa Al-Quran wa al-ÂIlm. Pada kurun ke-14 terdapat beberapa lagi ulama yang telah menghasilkan karyakarya ulum al-Quran. Antaranya ialah Syeikh Waliullah al-Dahlawi dengan karyanya yang berjudul Al-Fauz al-Kabir fi Usul al-Tafsir, Tahir al-Jazairi menulis kitab Al-Tibyan li baÊd al-Mabahith al-MuataÊlliwah bi al-Quran, MannaÊ Khalil al-Qattan dengan kitabnya berjudul Mabahith fi Ulum al-Quran, Muhammad al-Dusuki menulis kitab Fi Tarikh al-Quran wa Ulumih dan yang lain-lain. Sehingga kini penulisan ulum al-Quran masih berterusan dan berkembang di seluruh pelusuk dunia. Wajarlah al-Quran itu diiktiraf sebagai sebuah kitab mukjizat yang bersesuaian dengan seluruh zaman. Penyelidikan, kajian dan karya-karya berkaitan al-Quran tidak akan berhenti selagi mana ia masih dibaca, dihayati dan dianalisis bagi mendapatkan kefahaman dan penjelasan mengenai kalam Allah s.w.t. itu.

SEMAK KENDIRI 1.2 1.

Berikan perbandingan antara penulisan al-Quran pada peringkat kedua dan ketiga.

2.

Siapakah ulama yang pertama menulis kitab tafsir al-Quran dengan lengkap? Nyatakan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

1.3.4

DEFINISI AL-QURAN DAN SEJARAH PERKEMBANGAN ULUM AL-QURAN  15

Bidang Perbahasan Ulum al-Quran

Setelah anda mengetahui sejarah penulisan al-Quran mari kita lihat pula bidang atau skop perbahasan ulum al-Quran. Ia boleh dibahagikan kepada empat topik utama, iaitu: (a)

Segala apa yang berkaitan al-Quran itu sendiri seperti cara penurunannya dan penerimaannya oleh Rasulullah s.a.w.;

(b)

Pengumpulan, penyusunan dan penulisan al-Quran dalam bentuk mushaf;

(c)

Tilawah dan qiraat al-Quran; dan

(d)

Tafsir al-Quran dan cara memahami ayat-ayatnya.

Secara umumya pula perbahasan ulum al-Quran meliputi: (a)

Al-Makki dan Al-Madani;

(b)

Sebab penurunan;

(c)

Tujuh huruf dan qiraat;

(d)

Pengumpulan dan penyusunan al-Quran;

(e)

Tajwid dan adab tilawah;

(f)

Al-Nasikh dan al-Mansukh;

(g)

ÂIjaz al-Quran;

(h)

Al-Muhkam dan al-Mutasyabih;

(i)

Terjemahan al-Quran;

(j)

Tafsir al-Quran;

dan lain-lain lagi aspek yang mempunyai kaitan dengan al-Quran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

16  TOPIK 1 DEFINISI AL-QURAN DAN SEJARAH PERKEMBANGAN ULUM AL-QURAN

SEMAK KENDIRI 1.3 1.

Jelaskan sebab-sebab golongan orientalis menulis buku-buku berkaitan al-Quran.

2.

Nyatakan peranan ilmu tajwid dalam pemahaman al-Quran.

3.

Senaraikan kitab-kitab Ulum al-Quran yang ditulis oleh para ulama Nusantara.



Al-Quran ialah kalam Allah s.w.t. yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w., mengandungi kemukjizatan, disampaikan secara mutawatir dan membacanya ialah ibadah.



Al-Quran berbeza dengan hadis Kudsi dan hadis Nabawi dari aspek sumber lafaz dan makna.



Ulum al-Quran ialah segala ilmu yang berkaitan al-Quran.



Melalui ulum al-Quran seseorang itu dapat memahami isi kandungan al-Quran dengan lebih jelas.



Ilmu ini telah mula dibicarakan sejak zaman Rasulullah s.a.w. serta para sahabat dan terus berkembang dari semasa ke semasa sehinggalah ke hari ini.

Hadis Nabawi

Nasikh

Hadis Kudsi

Orientalis

Injil

Qiraat

Madani

Sahabat

Makki

Tafsir bi al-MaÊthur

Mansukh

Tafsir bi al-RaÊyi

Mutawatir

Taurat Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

DEFINISI AL-QURAN DAN SEJARAH PERKEMBANGAN ULUM AL-QURAN  17

Ghanim Qadduri al-Hamd. (2003). Muhadarat fi ulum al-Quran. Jordan: Dar ÂAmmar. MannaÊ Qattan. (1998). Mabahith fi ulum al-Quran. Beirut: Muassah al-Risalah. Muhammad Abu Syahbah. (1992). Al-Madkhal li Dirasat al-Quran al-Karim. Beirut: Dar al-Jail. Subhi al-Saleh. (1988). Mabahith fi ulum al-Quran. Beirut: Dar al-ÂIlm al-Malayin.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik



2

Nama dan Sifat-sifat al-Quran

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menyatakan nama-nama al-Quran;

2.

Mengenal pasti sifat-sifat al-Quran;

3.

Menghuraikan faedah mempelajari al-Quran; dan

4.

Mengamalkan faedah mempelajari al-Quran dalam kehidupan.

 PENGENALAN Tahukah anda al-Quran mempunyai pelbagai nama yang melambangkan kehebatan, keagungan dan ketinggian kedudukannya? Al-Quran mempunyai pelbagai nama yang lain bersesuaian dengan keagungan dan ketinggian kedudukannya. Nama-nama ini telah dijelaskan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran sendiri. Selain itu al-Quran juga mempunyai beberapa sifat yang amat istimewa. Dalam topik ini, anda akan mempelajari nama-nama dan sifat-sifat al-Quran berserta dalil. Anda juga akan dapat mengetahui faedah dan manfaat mempelajari al-Quran menerusi keterangan dari al-Quran dan hadis.

2.1

NAMA-NAMA AL-QURAN

Sekarang mari kita lihat nama-nama bagi al-Quran, seperti yang telah dinyatakan di dalam Rajah 2.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

NAMA DAN SIFAT-SIFAT AL-QURAN

 19

Rajah 2.1: Antara nama al-Quran

Mari kita lihat nama-nama tersebut satu persatu. (a)

Al-Quran Al-Quran (disebut sebanyak 70 kali di dalam al-Quran). Firman Allah s.w.t.:

ãβ#u™öà)ø9$# ÏμŠÏù tΑÌ“Ρé& ü“Ï%©!$# tβ$ŸÒtΒu‘ ãöκy− Maksudnya:

(Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran... Al-Baqarah(2): 185 Firman Allah s.w.t.:

tβθè=yϑ÷ètƒ t⎦⎪Ï%©!$# t⎦⎫ÏΖÏΒ÷σßϑø9$# çÅe³u;ãƒuρ ãΠuθø%r& š†Ïφ ©ÉL¯=Ï9 “ωöκu‰ tβ#u™öà)ø9$# #x‹≈yδ ¨βÎ) ∩®∪ #ZÎ6x. #\ô_r& öΝçλm; ¨βr& ÏM≈ysÎ=≈¢Á9$# Maksudnya:

Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang menggembirakan kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. Al-IsraÊ (17): 9

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

20 

(b)

TOPIK 2

NAMA DAN SIFAT-SIFAT AL-QURAN

Al-Kitab Al-Kitab yang bermaksud tertulis. Firman Allah s.w.t.:

∩⊄∪ z⎯ŠÉ)−Fßϑù=Ïj9 “W‰èδ ¡ Ïμ‹Ïù ¡ |=÷ƒu‘ Ÿω Ü=≈tGÅ6ø9$# y7Ï9≡sŒ Maksudnya:

Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Al-Baqarah (2): 2 Firman Allah s.w.t.:

∩⊇⊃∪ šχθè=É)÷ès? Ÿξsùr& ( öΝä.ãø.ÏŒ ÏμŠÏù $Y6≈tGÅ2 öΝä3ö‹s9Î) !$uΖø9t“Ρr& ô‰s)s9 Maksudnya:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu sebuah Kitab (al-Quran) Yang mengandungi perkara yang menimbulkan sebutan baik dan kelebihan untuk kamu, maka mengapa kamu tidak memahaminya (dan bersyukur akan nikmat yang besar itu)? Al-AnbiyaÊ (21): 10 (c)

Al-Furqan Al-Furqan yang bermaksud membezakan iaitu membezakan antara yang hak dengan yang batil. Firman Allah s.w.t.:

∩⊇∪ #·ƒÉ‹tΡ š⎥⎫Ïϑn=≈yèù=Ï9 tβθä3u‹Ï9 ⎯Íνωö6tã 4’n?tã tβ$s%öàø9$# tΑ¨“tΡ “Ï%©!$# x8u‘$t6s? Maksudnya:

Maha berkat Tuhan yang menurunkan al-Furqan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam. Al-Furqan (25): 1

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

NAMA DAN SIFAT-SIFAT AL-QURAN

 21

Firman Allah s.w.t.:

óΟßγs9 «!$# ÏM≈tƒ$t↔Î/ (#ρãxx. t⎦⎪Ï%©!$# ¨βÎ) 3 tβ$s%öàø9$# tΑt“Ρr&uρ Ĩ$¨Ψ=Ïj9 “W‰èδ ã≅ö7s% ⎯ÏΒ ∩⊆∪ BΘ$s)ÏFΡ$# ρèŒ Ö“ƒÍ•tã ª!$#uρ 3 Ó‰ƒÏ‰x© Ò>#x‹tã Maksudnya:

Sebelum (al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. dan ia juga yang menurunkan al-Furqan (yang membezakan antara yang benar dengan yang palsu). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah). Ali-Imran (3): 4 (d)

Al-Zikr Al-Zikr yang bermaksud peringatan iaitu memberikan peringatan dan pengajaran kepada manusia. Firman Allah s.w.t.:

∩®∪ tβθÝàÏ≈ptm: …çμs9 $¯ΡÎ)uρ tø.Ïe%!$# $uΖø9¨“tΡ ß⎯øtwΥ $¯ΡÎ) Maksudnya:

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. Al-Hijr (15): 9 Firman Allah s.w.t.:

öΝÍκös9Î) tΑÌh“çΡ $tΒ Ä¨$¨Ζ=Ï9 t⎦Îi⎫t7çFÏ9 tò2Ïe%!$# y7ø‹s9Î) !$uΖø9t“Ρr&uρ 3 Ìç/–“9$#uρ ÏM≈uΖÉit7ø9$$Î/ ∩⊆⊆∪ šχρã©3xtGtƒ öΝßγ¯=yès9uρ Maksudnya:

(Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab suci (yang menjadi panduan); dan Kami pula turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

22 

TOPIK 2

NAMA DAN SIFAT-SIFAT AL-QURAN

menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya. Al-Nahl (16): 44 (e)

Al-Tanzil Al-Tanzil yang bermaksud diturunkan. Firman Allah s.w.t.:

∩⊇®⊄∪ t⎦⎫ÏΗs>≈yèø9$# Éb>u‘ ã≅ƒÍ”∴tGs9 …çμ¯ΡÎ)uρ Maksudnya:

Dan Sesungguhnya al-Quran (yang antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah, Tuhan sekalian alam. Al-SyuaÊraÊ (26): 192 Firman Allah s.w.t.:

∩∇⊃∪ t⎦⎫ÏΗs>≈yèø9$# Éb>§‘ ⎯ÏiΒ ×≅ƒÍ”∴s? Maksudnya:

Al-Quran itu diturunkan dari Allah, Tuhan sekalian alam. Al-WaqiÊah (56): 80

2.2

SIFAT-SIFAT AL-QURAN

Setelah anda mengetahui nama-nama al-Quran, teliti pula sifat-sifatnya yang istimewa.

Rajah 2.2: Sifat istimewa al-Quran Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

NAMA DAN SIFAT-SIFAT AL-QURAN

 23

Sekarang, mari kita bincang sifat-sifat tersebut satu persatu. (a)

Nur Nur yang bermaksud cahaya. Firman Allah s.w.t.:

∩⊇∠⊆∪ $YΨÎ6•Β #Y‘θçΡ öΝä3ö‹s9Î) !$uΖø9t“Ρr&uρ öΝä3În/§‘ ⎯ÏiΒ Ö⎯≈yδöç/ Νä.u™!%y` ô‰s% â¨$¨Ζ9$# $pκš‰r'¯≈tƒ Maksudnya:

Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak). Al-NisaÊ (4): 174 (b)

Huda Huda yang bermaksud petunjuk. Firman Allah s.w.t.:

Í‘ρ߉Á9$# ’Îû $yϑÏj9 Ö™!$xÏ©uρ öΝà6În/§‘ ⎯ÏiΒ ×πsàÏãöθ¨Β Νä3ø?u™!$y_ ô‰s% â¨$¨Ζ9$# $pκš‰r'¯≈tƒ ∩∈∠∪ t⎦⎫ÏΨÏΒ÷σßϑù=Ïj9 ×πuΗ÷qu‘uρ “Y‰èδuρ Maksudnya:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. Yunus (10): 57 (c)

SyifaÊ SyifaÊ yang bermaksud penawar. Firman Allah s.w.t.:

Í‘ρ߉Á9$# ’Îû $yϑÏj9 Ö™!$xÏ©uρ öΝà6În/§‘ ⎯ÏiΒ ×πsàÏãöθ¨Β Νä3ø?u™!$y_ ô‰s% â¨$¨Ζ9$# $pκš‰r'¯≈tƒ ∩∈∠∪ t⎦⎫ÏΨÏΒ÷σßϑù=Ïj9 ×πuΗ÷qu‘uρ “Y‰èδuρ Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

24 

TOPIK 2

NAMA DAN SIFAT-SIFAT AL-QURAN

Maksudnya:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. Yunus (10): 57 (d)

Mubarak Mubarak yang bermaksud yang diberkati. Firman Allah s.w.t.:

3“tà)ø9$# ¨Πé& u‘É‹ΖçFÏ9uρ Ïμ÷ƒ‰ y tƒ t⎦÷⎫t/ “Ï%©!$# ä−Ïd‰|Á•Β Ô8u‘$t6ãΒ çμ≈oΨø9t“Ρr& ë=≈tGÏ. #x‹≈yδuρ öΝÍκÍEŸξ|¹ 4’n?tã öΝèδuρ ( ⎯ÏμÎ/ tβθãΖÏΒ÷σムÍοtÅzFψ$$Î/ tβθãΖÏΒ÷σムt⎦⎪Ï%©!$#uρ 4 $oλm;öθm y ô⎯tΒuρ ∩®⊄∪ tβθÝàÏù$ptä† Maksudnya:

Dan ini ialah Kitab (al-Quran) yang Kami turunkan, yang mengandungi berkat (banyak faedah dan manfaatnya), lagi mengesahkan kebenaran (Kitab-kitab Suci) yang diturunkan sebelumnya, dan supaya engkau memberi peringatan kepada penduduk „Ummul-Qura‰ (Mekah) serta orang-orang yang tinggal di kelilingnya; dan orang-orang yang beriman kepada hari akhirat, mereka beriman kepada al-Quran, dan mereka tetap mengerjakan dan memelihara solat mereka. Al-AnÊam (6): 92 (e)

Mubin Mubin yang bermaksud yang menerangkan. Firman Allah s.w.t.:

$£ϑÏiΒ #ZÏWŸ2 öΝä3s9 Ú⎥Îi⎫t7ム$oΨä9θß™u‘ öΝà2u™!$y_ ô‰s% É=≈tGÅ6ø9$# Ÿ≅÷δr'¯≈tƒ Νà2u™!%y` ô‰s% 4 9ÏVŸ2 ∅tã (#θà÷ètƒuρ É=≈tGÅ6ø9$# z⎯ÏΒ šχθàøƒéB öΝçFΨà2 ∩⊇∈∪ Ñ⎥⎫Î7•Β Ò=≈tGÅ2uρ Ö‘θçΡ «!$# š∅ÏiΒ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

NAMA DAN SIFAT-SIFAT AL-QURAN

 25

Maksudnya:

Wahai ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad s.a.w.) dengan menerangkan kepada kamu banyak daripada (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. Al-Maidah (5): 15 (f)

Busyra Busyra yang bermaksud berita gembira. Firman Allah s.w.t.:

$]%Ïd‰|ÁãΒ «!$# ÈβøŒÎ*Î/ y7Î6ù=s% 4’n?tã …çμs9¨“tΡ …çμ¯ΡÎ*sù Ÿ≅ƒÎö9ÉfÏj9 #xρ߉tã šχ%x. ⎯tΒ ö≅è% ∩®∠∪ t⎦⎫ÏΨÏΒ÷σßϑù=Ï9 2”uô³ç0uρ “Y‰èδuρ Ïμ÷ƒy‰tƒ š⎥÷⎫t/ $yϑÏj9 Maksudnya:

Katakanlah (Wahai Muhammad): „Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman‰. Al-Baqarah (2): 97 (g)

ÂAziz ÂAziz yang bermaksud yang perkasa. Firman Allah s.w.t.:

∩⊆⊇∪ Ö“ƒÌ“tã ë=≈tGÅ3s9 …çμ¯ΡÎ)uρ ( öΝèδu™!%y` $£ϑs9 Ìø.Ïe%!$$Î/ (#ρãxx. t⎦⎪Ï%©!$# ¨βÎ) Maksudnya:

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar terhadap al-Quran ketika sampainya kepada mereka, (akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi); sedang al-Quran itu, demi sesungguhnya sebuah Kitab suci yang perkasa (tidak dapat ditandingi). Fussilat (41): 41

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

26 

(h)

TOPIK 2

NAMA DAN SIFAT-SIFAT AL-QURAN

Majid Majid yang bermaksud mulia. Firman Allah s.w.t.:

∩⊄⊇∪ Ó‰‹Åg¤Χ ×β#u™öè% uθèδ ö≅t/ Maksudnya:

(Sebenarnya apa yang Engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; Al-Buruj (85): 21 (i)

Basyir Basyir yang bermaksud menggembirakan dan nazir iaitu memberikan peringatan dan amaran kepada manusia. Firman Allah s.w.t.:

#\ƒÉ‹tΡρu #Zϱo0

∩⊂∪ tβθßϑn=ôètƒ 5Θöθs)Ïj9 $|‹Î/ttã $ºΡ#u™öè% …çμçG≈tƒ#u™ ôMn=Å_Áèù Ò=≈tGÏ. ∩⊆∪ tβθãèyϑó¡o„ Ÿω ôΜßγsù öΝèδçsYò2r& uÚtôãr'sù

Maksudnya:

Sebuah Kitab Yang dijelaskan ayat-ayatNya satu persatu; Iaitu al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya. Ia membawa berita yang menggembirakan (bagi orang-orang yang beriman) dan membawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar); dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar (tidak mahu mengetahui dan memahaminya), maka dengan sebab itu mereka tidak menerima dan tidak mematuhiNya. Fussilat (41): 3-4

AKTIVITI 2.1 Bincangkan pendapat ulama mengenai perbezaan antara nama dan sifat al-Quran. Pada pendapat anda, adakah ia sama atau berbeza?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

NAMA DAN SIFAT-SIFAT AL-QURAN

 27

SEMAK KENDIRI 2.1 1.

Mengapakah al-Quran disifatkan sebagai huda atau petunjuk? Jelaskan.

2.

Terangkan perbezaan antara sifat basyir dan nazir bagi al-Quran.

2.3

FAEDAH MEMPELAJARI AL-QURAN

Kelebihan orang yang membaca, mempelajari dan mengajarkan al-Quran banyak disebutkan oleh para ulama seperti Imam al-Suyuti (2004), Imam al-Ghazali (2006), Imam al-Nawawi (1999) serta Dr. Yusuf al-Qaradhawi (2000) di dalam kitab masing-masing. Anda boleh memahami faedah dan kelebihan ini dan selepas itu mengamalkannya melalui dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis.

2.3.1

Dalil dari al-Quran

Allah s.w.t. berfirman di dalam al-Quran mengenai ganjaran orang yang membaca kitabnya. Antaranya ialah firman Allah s.w.t.:

#uÅ  öΝßγ≈uΖø%y—‘u $£ϑÏΒ (#θà)xΡr&uρ nο4θn=¢Á9$# (#θãΒ$s%r&uρ «!$# |=≈tGÏ. šχθè=÷Gtƒ t⎦⎪Ï%©!$# ¨βÎ) ⎯ÏiΒ Νèδy‰ƒÌ“tƒuρ öΝèδu‘θã_é& óΟßγuŠÏjùuθã‹Ï9

∩⊄®∪ u‘θç7s? ⎯©9 Zοt≈pgÏB šχθã_ötƒ ZπuŠÏΡŸξtãuρ ∩⊂⊃∪ Ö‘θà6x© Ö‘θàxî …çμ¯ΡÎ) 4 ÿ⎯Ï&Î#ôÒsù

Maksudnya:

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya). Fatir (35): 29-30 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

28 

TOPIK 2

NAMA DAN SIFAT-SIFAT AL-QURAN

Firman Allah s.w.t. lagi yang memuji segolongan ahli kitab:

öΝèδuρ È≅ø‹©9$# u™!$tΡ#u™ «!$# ÏM≈tƒ#u™ tβθè=÷Gtƒ ×πyϑÍ←!$s% ×π¨Βé& É=≈tGÅ3ø9$# È≅÷δr& ô⎯ÏiΒ 3 [™!#uθy™ (#θÝ¡øŠs9 * ∩⊇⊇⊂∪ tβρ߉àfó¡o„ Maksudnya:

Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Antaranya ada golongan yang (telah memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada agama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang). AliÊ Imran (3): 113 Firman Allah s.w.t.:

∩⊄⊃⊆∪ tβθçΗxqöè? öΝä3ª=yès9 (#θçFÅÁΡr&uρ …çμs9 (#θãèÏϑtGó™$$sù ãβ#u™öà)ø9$# ˜Ìè% #sŒÎ)uρ Maksudnya:

Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat. Al-ÂAraf (7): 204 Firman Allah s.w.t.:

∩⊄⊆∪ !$yγä9$xø%r& A>θè=è% 4’n?tã ôΘr& šχ#u™öà)ø9$# tβρã−/y‰tGtƒ Ÿξsùr& Maksudnya:

Maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalang mereka daripada menerima ajaran al-Quran)? Muhammad (47): 24 Maka itulah dia beberapa ayat al-Quran yang boleh anda jadikan pendorong ke arah memperbanyakkan membaca al-Quran dan menghayati serta mengamalkan isi kandungannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

2.3.2

NAMA DAN SIFAT-SIFAT AL-QURAN

 29

Dalil dari Hadis

Terlalu banyak hadis yang diriwayatkan mengenai kelebihan membaca, mempelajari dan mengajarkan al-Quran. Antaranya ialah: (a)

Uthman bin ÂAffan r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:

‫ﺧﲑﻛﻢ ﻣﻦ ﺗﻌﻠﻢ ﺍﻟﻘﺮﺁﻥ ﻭﻋﻠﻤﻪ‬ Maksudnya:

„Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya (kepada orang lain)‰. Riwayat al-Bukhari (b)

Daripada ÂAisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:

‫ﺍﻟﺬﻱ ﻳﻘﺮﺃ ﺍﻟﻘﺮﺁﻥ ﻭﻫﻮ ﻣﺎﻫﺮ ﺑﻪ ﻣﻊ ﺍﻟﺴﻔﺮﺓ ﺍﻟﻜﺮﺍﻡ ﺍﻟﱪﺭﺓ ﻭﺍﻟﺬﻱ ﻳﻘﺮﺃ ﺍﻟﻘﺮﺁﻥ ﻭﻫﻮ‬ ‫ﻳﺘﺘﻌﺘﻊ ﻓﻴﻪ ﻭﻫﻮ ﻋﻠﻴﻪ ﺷﺎﻕ ﻟﻪ ﺃﺟﺮﺍﻥ‬ Maksudnya:

„Orang yang membaca al-Quran dan dia adalah seorang yang mahir, maka dia akan bersama malaikat penulis yang mulia lagi berbakti. Manakala sesiapa yang membaca al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap dan susah, maka dia akan memperolehi dua ganjaran‰. Riwayat al-Bukhari dan Muslim Orang yang susah membaca al-Quran mendapat dua pahala iaitu satu pahala kerana bacaannya dan satu lagi kerana usaha dan kesukarannya membaca. (c)

Daripada Ibnu MasÊud r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:

‫ ﻻ ﺃﻗﻮﻝ ﺍﱂ ﺣﺮﻑ‬،‫ﻣﻦ ﻗﺮﺃ ﺣﺮﻓﺎ ﻣﻦ ﻛﺘﺎﺏ ﺍﷲ ﻓﻠﻪ ﺣﺴﻨﺔ ﻭﺍﳊﺴﻨﺔ ﺑﻌﺸﺮ ﺃﻣﺜﺎﳍﺎ‬ ‫ﻭﻟﻜﻦ ﺃﻟﻒ ﺣﺮﻑ ﻭﻻﻡ ﺣﺮﻑ ﻭﻣﻴﻢ ﺣﺮﻑ‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

30 

TOPIK 2

NAMA DAN SIFAT-SIFAT AL-QURAN

Maksudnya:

„Sesiapa membaca satu huruf daripada kitab Allah maka dia akan memperolehi satu kebaikan, dan satu kebaikan itu akan digandakan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. Riwayat al-Tirmizi

(d)

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

‫ﺍﻗﺮﺃﻭﺍ ﺍﻟﻘﺮﺁﻥ ﻓﺈﻧﻪ ﻳﺄﰐ ﻳﻮﻡ ﺍﻟﻘﻴﺎﻣﺔ ﺷﻔﻴﻌﺎﻷﺻﺤﺎﺑﻪ‬ Maksudnya:

„Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada tuannya‰. Riwayat Muslim (e)

Daripada Ibnu Umar r.a. daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya:

،‫ ﺭﺟﻞ ﺁﺗﺎﻩ ﺍﷲ ﺍﻟﻘﺮﺁﻥ ﻓﻬﻮ ﻳﻘﻮﻡ ﺑﻪ ﺁﻧﺎﺀ ﺍﻟﻠﻴﻞ ﻭﺁﻧﺎﺀ ﺍﻟﻨﻬﺎﺭ‬،‫ﻻ ﺣﺴﺪ ﺇﻻ ﰲ ﺍﺛﻨﲔ‬ ‫ﻭﺭﺟﻞ ﺁﺗﺎﻩ ﺍﷲ ﻣﺎﻻ ﻓﻬﻮ ﻳﻨﻔﻘﻪ ﺁﻧﺎﺀ ﺍﻟﻠﻴﻞ ﻭﺁﻧﺎﺀ ﺍﻟﻨﻬﺎﺭ‬ Maksudnya:

„Tiada kedengkian (hasad) melainkan pada dua perkara: seorang lelaki yang dikurniakan al-Quran oleh Allah s.w.t. lalu dia membacanya sepanjang malam dan siang, dan seorang lelaki yang dikurniakan harta yang banyak oleh Allah s.w.t. lalu dia menginfakkannya dalam kebenaran sepanjang malam dan siang‰. Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

(f)

NAMA DAN SIFAT-SIFAT AL-QURAN

 31

Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

‫ﺇﻥ ﺍﻟﺬﻱ ﻟﻴﺲ ﰲ ﺟﻮﻓﻪ ﺷﻲﺀ ﻣﻦ ﺍﻟﻘﺮﺁﻥ ﻛﺎﻟﺒﻴﺖ ﺍﳋﺮﺏ‬ Maksudnya:

„Sesungguhnya orang yang dalam hatinya tidak mengandungi al-Quran umpama sebuah rumah yang roboh‰. Riwayat al-Tirmizi (g)

Daripada Abu Musa al-ÂAsyÊari katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

،‫ﻣﺜﻞ ﺍﳌﺆﻣﻦ ﺍﻟﺬﻱ ﻳﻘﺮﺃ ﺍﻟﻘﺮﺁﻥ ﻣﺜﻞ ﺍﻷﺗﺮﺟﺔ ﺭﳛﻬﺎ ﻃﻴﺐ ﻭﻃﻌﻤﻬﺎ ﻃﻴﺐ‬ ‫ﻭﻣﺜﻞ ﺍﳌﺆﻣﻦ ﺍﻟﺬﻱ ﻻ ﻳﻘﺮﺃ ﺍﻟﻘﺮﺁﻥ ﻣﺜﻞ ﺍﻟﺘﻤﺮﺓ ﻻ ﺭﻳﺢ ﳍﺎ ﻭﻃﻌﻤﻬﺎ ﻃﻴﺐ‬ ‫ ﻭﻣﺜﻞ ﺍﳌﻨﺎﻓﻖ ﺍﻟﺬﻱ ﻳﻘﺮﺃ ﺍﻟﻘﺮﺁﻥ ﻣﺜﻞ ﺍﻟﺮﳛﺎﻧﺔ ﺭﳛﻬﺎ ﻃﻴﺐ ﻭﻃﻌﻤﻬﺎ‬،‫ﺣﻠﻮ‬ ‫ ﻭﻣﺜﻞ ﺍﳌﻨﺎﻓﻖ ﺍﻟﺬﻱ ﻻ ﻳﻘﺮﺃ ﺍﻟﻘﺮﺁﻥ ﻛﻤﺜﻞ ﺍﳊﻨﻈﻠﺔ ﻟﻴﺲ ﳍﺎ ﺭﻳﺢ‬،‫ﻣﺮ‬ .‫ﻭﻃﻌﻤﻬﺎ ﻣﺮ‬ Maksudnya:

„Orang mukmin yang membaca al-Quran umpama buah limau, baunya harum dan rasanya lazat. Orang mukmin yang tidak membaca al-Quran umpama buah kurma yang tidak berbau tetapi rasanya sedap dan manis. Orang munafik yang membaca al-Quran umpama buah raihanah, baunya sedap tetapi rasanya pahit dan orang munafik yang tidak membaca al-Quran umpama petola, ia tidak berbau dan rasanya pahit‰. Riwayat al-Bukhari dan Muslim (h)

Daripada Abdullah bin MasÊud meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda:

‫ ﻭﺇﻥ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﻘﺮﺁﻥ ﻣﺄﺩﺑﺔ ﺍﷲ‬،‫ﺍﻗﺮﺀﻭﺍ ﺍﻟﻘﺮﺁﻥ ﻓﺈﻥ ﺍﷲ ﺗﻌﺎﱃ ﻻ ﻳﻌﺬﺏ ﻗﻠﺒﺎ ﻭﻋﻰ ﺍﻟﻘﺮﺁﻥ‬ .‫ ﻭﻣﻦ ﺃﺣﺐ ﺍﻟﻘﺮﺁﻥ ﻓﻠﻴﺒﺸﺮ‬،‫ﻓﻤﻦ ﺩﺧﻞ ﻓﻴﻪ ﻓﻬﻮ ﺁﻣﻦ‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

32 

TOPIK 2

NAMA DAN SIFAT-SIFAT AL-QURAN

Maksudnya:

„Bacalah al-Quran, sesungguhnya Allah s.w.t. tidak akan mengazab hati yang menyimpan al-Quran. Sesungguhnya al-Quran adalah hidangan Allah. Sesiapa yang memasukinya, maka dia berada dalam keadaan aman; sesiapa yang menyintai al-Quran, maka bergembiralah‰. Riwayat al-Darimi (i)

Kelebihan membaca al-Quran bukan sahaja kepada pembacanya bahkan Allah s.w.t. juga memberikan ganjaran kepada ibu bapanya. Daripada Muaz bin Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

‫ﻣﻦ ﻗﺮﺃ ﺍﻟﻘﺮﺁﻥ ﻭﻋﻤﻞ ﲟﺎ ﻓﻴﻪ ﺃﻟﺒﺲ ﺍﷲ ﻭﺍﻟﺪﻳﻪ ﺗﺎﺟﺎ ﻳﻮﻡ ﺍﻟﻘﻴﺎﻣﺔ ﺿﻮﺅﻩ ﺃﺣﺴﻦ ﻣﻦ‬ ‫ﺿﻮﺀ ﺍﻟﺸﻤﺲ ﰲ ﺑﻴﻮﺕ ﺍﻟﺪﻧﻴﺎ ﻓﻤﺎ ﻇﻨﻜﻢ ﺑﺎﻟﺬﻱ ﻋﻤﻞ ﻬﺑﺬﺍ‬ Maksudnya:

„Sesiapa yang membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya Allah s.w.t. akan memakaikan kedua ibu bapanya satu mahkota pada hari kiamat kelak. Cahaya mahkota itu lebih indah daripada cahaya matahari pada rumah-rumah dunia. Maka apakah pandangan kamu tentang balasan yang akan diperolehi oleh orang yang membacanya sendiri? Riwayat Abu Daud (j)

Abu Hurairah berkata: „Sesungguhnya rumah yang di dalamnya dibacakan al-Quran maka ia terasa lapang bagi anggotanya, banyak kebaikannya, para malaikat mengelilinginya dan syaitan-syaitan keluar darinya. Dan rumah yang tidak dibacakan al-Quran maka ia terasa sempit bagi anggotanya, sedikit kebaikannya, para malaikat keluar darinya dan syaitan-syaitan mengelilinginya‰.

AKTIVITI 2.2 1.

Mengapakah orang yang hatinya tidak mengandungi al-Quran diibaratkan seperti rumah yang roboh? Jelaskan.

2.

Kaitkan hadis-hadis mengenai kelebihan membaca al-Quran dengan amalan seharian anda dalam mendampingi al-Quran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

NAMA DAN SIFAT-SIFAT AL-QURAN

 33

SEMAK KENDIRI 2.2 1.

Jelaskan pendapat ulama mengenai masalah membaca al-Quran dengan berlagu.

2.

Surah-surah di dalam al-Quran mempunyai kelebihannya yang tersendiri untuk dibaca. Berikan tiga contoh surah dan kelebihannya dengan dalil.



Al-Quran mempunyai pelbagai nama seperti al-Kitab, al-Furqan, al-Zikr dan al-Tanzil.



Sifat-sifat al-Quran sangat istimewa sesuai dengan tujuan ia diturunkan.



„Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran mengajarkannya kepada orang lain‰, maksud sabda Rasulullah s.a.w.



Orang yang membaca al-Quran akan mendapat sepuluh kali ganda kebaikan bagi satu huruf yang dibacanya.



Al-Quran akan memberikan syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

dan

34 

TOPIK 2

NAMA DAN SIFAT-SIFAT AL-QURAN

Ahli kitab

Majid

Al-Furqan

Mubarak

Al-Kitab

Mubin

Al-Tanzil

Nazir

Al-Zikr

Nur

Aziz

Raihanah

Basyir

Syafaat

Busyra

Syifa'

Huda

Jalaluddin Abdul Rahman al-Suyuti. (2004). Al-Itqan fi ulum al-Quran. Kaherah: Dar al-Hadith. MannaÊ Qattan. (1998). Mabahith fi ulum al-Quran. Beirut: Muassah al-Risalah. Muhammad

Jamaluddin

Al-Qasimi

al-Dimasyqi.

(2006).

Intipati

IhyaÊ

ÂUlumuddin. Kuala Lumpur: Darul Fajr. Muhyiddin Abi Zakaria al-Nawawi. (1999). Al-Tibyan fi Adab Hamlah al-Quran. Beirut: Muassasah al-Rayyan. Yusuf al-Qaradhawi. (1999). Bagaimana berinteraksi dengan al-Quran. Jakarta: Pustaka al-Kautsar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik



Wahyu

3

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Mendefinisikan wahyu dari segi bahasa dan istilah;

2.

Menjelaskan jenis-jenis wahyu;

3.

Mengenal pasti beberapa tokoh penulis wahyu; dan

4.

Membincangkan kepentingan wahyu dalam kehidupan manusia.

 PENGENALAN Selamat bertemu kembali. Mari kita teruskan penerokaan kita ke dalam ilmuilmu al-Quran dengan membahaskan tajuk yang sangat penting bagi mengenali al-Quran iaitu wahyu. Wahyu merupakan pemberitahuan Allah s.w.t. kepada Nabi dan Rasulnya bagi menjalankan perintah dan seruanNya. Dalam topik ini, anda akan mempelajari definisi wahyu dari segi bahasa dan istilah. Selain itu anda juga akan dapat mengenal pasti jenis-jenis wahyu, sama ada yang disampaikan kepada malaikat atau para Rasul, penulis-penulis wahyu serta kepentingan wahyu dalam kehidupan manusia.

3.1

PENGERTIAN WAHYU

Pengertian wahyu boleh difahami dari segi bahasa dan istilah. Cuba anda teliti dan fahami maksud wahyu dari segi bahasa terlebih dahulu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

36 

TOPIK 3

3.1.1

WAHYU

Wahyu dari Segi Bahasa

Wahyu bermaksud isyarat yang cepat dan tersembunyi. Oleh itu, wahyu ialah pemberitahuan secara tersembunyi dan cepat yang khusus ditujukan kepada orang yang diberitahu tanpa diketahui orang lain (MannaÊ al-Qattan, 1998). Pengertian wahyu dari segi bahasa meliputi: (a)

Ilham fitrah bagi manusia seperti wahyu kepada ibu Nabi Musa a.s.; seperti firman Allah s.w.t.:

( Ïμ‹ÏèÅÊö‘r& ÷βr& #©y›θãΒ ÏdΘé& #’n<Î) !$uΖøŠym÷ρr&uρ Maksudnya:

Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: „Susukanlah dia‰ Al-Qasas(28): 7 (b)

Ilham yang berupa naluri bagi haiwan seperti wahyu kepada lebah. Firman Allah s.w.t.:

$£ϑÏΒuρ Ìyf¤±9$# z⎯ÏΒuρ $Y?θã‹ç/ ÉΑ$t6Ågø:$# z⎯ÏΒ “ɋσªB$# Èβr& È≅øtª[“$# ’n<Î) y7•/u‘ 4‘ym÷ρr&uρ ∩∉∇∪ tβθä©Ì÷ètƒ Maksudnya:

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: „Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Al-Nahl(16): 68 (c)

Isyarat yang cepat dalam bentuk simbol dan tanda seperti isyarat Nabi Zakaria. Firman Allah s.w.t.:

∩⊇⊇∪ $|‹Ï±tãuρ Zοtõ3ç/ (#θßsÎm7y™ βr& öΝÍκös9Î) #©yr÷ρr'sù É>#tósÏϑø9$# z⎯ÏΒ ⎯ÏμÏΒöθs% 4’n?tã yltsƒm Maksudnya:

Maka dia pun keluar mendapatkan kaumnya dari Mihrab (tempat sembahyangnya), lalu ia memberi isyarat kepada mereka: „Hendaklah kamu bertasbih (mengerjakan ibadat kepada Allah) pagi dan petang‰. Mariam(19): 11 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

(d)

WAHYU



37

Bisikan dan tipu daya syaitan bertujuan menjadikan yang buruk kelihatan indah dalam diri manusia. Firman Allah s.w.t.:

öΝßγàÒ÷èt/ ©ÇrθムÇd⎯Éfø9$#uρ ħΡM}$# t⎦⎫ÏÜ≈u‹x© #xρ߉tã @c©É
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh daripada kalangan syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (daripada perbuatan yang kufur dan dusta) itu. Al-AnÊam(6): 112 (e)

Sesuatu perintah yang disampaikan Allah s.w.t. kepada para malaikatnya untuk dilaksanakan. Firman Allah s.w.t.:

’Îû ’Å+ø9é'y™ 4 (#θãΖtΒ#u™ š⎥⎪Ï%©!$# (#θçGÎm;sWsù öΝä3yètΒ ’ÎoΤr& Ïπs3Íׯ≈n=yϑø9$# ’n<Î) y7•/u‘ ©ÇrθムøŒÎ) öΝåκ÷]ÏΒ (#θç/ÎôÑ$#uρ É−$oΨôãF{$# s−öθùs (#θç/ÎôÑ$$sù |=ôã”9$# (#ρãxx. š⎥⎪Ï%©!$# É>θè=è% ∩⊇⊄∪ 5β$uΖt/ ¨≅à2 Maksudnya:

(Ingatlah) ketika Tuhanmu mewahyukan kepada malaikat: „Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka tetapkanlah (hati) orang-orang yang beriman. Aku akan mengisi hati orang-orang yang kafir dengan perasaan gerun; oleh itu, pancunglah leher mereka (musuh) dan potonglah tiap-tiap anggota mereka‰. Al-Anfal(8): 12

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

38 

TOPIK 3

WAHYU

Selepas anda meneliti maksud wahyu jelaslah bahawa di dalam al-Quran terdapat penggunaan kalimah wahyu yang membawa pelbagai makna dari segi bahasa bersesuaian dengan tujuan wahyu itu diberikan dan kepada siapa ia ditujukan. Anda mestilah dapat membezakan maksud wahyu dan penggunaannya di dalam ayat-ayat al-Quran. Sekarang mari kita lihat pula pengertian wahyu dari segi istilah.

3.1.2

Wahyu dari Segi Istilah

Wahyu dari segi istilah ditakrifkan sebagai (Sofiah Shamsuddin, 2006): (a)

Pemberitahuan Allah s.w.t. kepada seorang Nabi daripada Nabi-Nabinya dengan hukum syarie dan sebagainya.

(b)

Kalam Allah s.w.t. yang diturunkan kepada seorang Nabi dengan cara yang tersembunyi dan pantas.

Takrif yang pertama bagi wahyu adalah merupakan masdar iaitu al-wahy manakala takrif yang kedua merupakan ism mafÊul iaitu al-muha. Muhammad Rasyid Redha mentakrifkan wahyu sebagai pengetahuan yang didapati seseorang dari dalam dirinya dengan keyakinan bahawa ia dari Allah s.w.t. sama ada melalui perantara ataupun tidak; suara yang didengarinya atau tanpa suara (MannaÊ al-Qattan, 1998).

3.2

JENIS-JENIS WAHYU

Wahyu boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu wahyu Allah s.w.t. yang diberikan kepada malaikat atau para Rasul. Kedua-dua jenis wahyu ini berbeza antara satu dengan yang lain. Mari kita lihat jenis-jenis ini satu persatu dan caracara ia disampaikan kepada penerima wahyu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

3.2.1

WAHYU



39

Wahyu Allah s.w.t. kepada Malaikat

Ia boleh berlaku dalam beberapa cara: (a)

Allah s.w.t. berkata-kata kepada malaikat seperti yang diterangkan dalam firman Allah s.w.t.:

$pκÏù ã≅yèøgrBr& (#þθä9$s% ( Zπx‹Î=yz ÇÚö‘F{$# ’Îû ×≅Ïã%y` ’ÎoΤÎ) Ïπs3Íׯ≈n=yϑù=Ï9 š•/u‘ tΑ$s% øŒÎ)uρ tΑ$s% ( y7s9 â¨Ïd‰s)çΡuρ x8ωôϑpt¿2 ßxÎm7|¡çΡ ß⎯øtwΥuρ u™!$tΒÏe$!$# à7Ïó¡o„uρ $pκÏù ߉šøム⎯tΒ ∩⊂⊃∪ tβθßϑn=÷ès? Ÿω $tΒ ãΝn=ôãr& þ’ÎoΤÎ) Maksudnya:

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat; „Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi‰. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): „Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?‰. Tuhan berfirman: „Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya‰. Al-Baqarah(2): 30 Dalam ayat yang lain Allah s.w.t. berfirman:

’Îû ’Å+ø9é'y™ 4 (#θãΖtΒ#u™ š⎥⎪Ï%©!$# (#θçGÎm;sWsù öΝä3yètΒ ’ÎoΤr& Ïπs3Íׯ≈n=yϑø9$# ’n<Î) y7•/u‘ ©ÇrθムøŒÎ) öΝåκ÷]ÏΒ (#θç/ÎôÑ$#uρ É−$oΨôãF{$# s−öθùs (#θç/ÎôÑ$$sù |=ôã”9$# (#ρãxx. š⎥⎪Ï%©!$# É>θè=è% ∩⊇⊄∪ 5β$uΖt/ ¨≅à2 Maksudnya:

Ketika Tuhanmu mewahyukan kepada malaikat: „Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka tetapkanlah (hati) orangorang yang beriman. Aku akan mengisi hati orang-orang yang kafir dengan perasaan gerun; oleh itu, pancunglah leher mereka (musuh) dan potonglah tiap-tiap anggota mereka‰. Al-Anfal(8): 12 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

40 

TOPIK 3

WAHYU

Ayat-ayat tersebut jelas menunjukkan bahawa Allah s.w.t. berbicara kepada para malaikat tanpa perantaraan dengan kalam yang difahami oleh para malaikat itu. Perkara ini diperkukuhkan lagi dengan hadis dari Nawas bin SamÊan r.a. berkata: Rasulullah sa.w. bersabda:

‫ ﺃﺧﺬﺕ ﺍﻟﺴﻤﻮﺍﺕ ﻣﻨﻪ‬،‫ﺇﺫﺍ ﺃﺭﺍﺩ ﺍﷲ ﺗﻌﺎﱃ ﺃﻥ ﻳﻮﺣﻲ ﺑﺎﻷﻣﺮ ﺗﻜﻠﹼﻢ ﺑﺎﻟﻮﺣﻲ‬ ‫ ﻓﺈﺫﺍ ﲰﻊ ﺫﻟﻚ‬،‫ ﺷﺪﻳﺪﺓ ﺧﻮﻓﺎ ﻣﻦ ﺍﷲ ﻋﺰ ﻭﺟﻞ‬-‫ ﺃﻭ ﻗﺎﻝ ﺭﻋﺪﺓ‬-‫ﺭﺟﻔﺔ‬ ‫ ﻓﻴﻜﻮﻥ ﺃﻭﻝ ﻣﻦ ﻳﺮﻓﻊ ﺭﺃﺳﻪ‬،‫ﺃﻫﻞ ﺍﻟﺴﻤﻮﺍﺕ ﺻﻌﻘﻮﺍ ﻭﺧﺮﻭﺍ ﷲ ﺳﺠﺪﺍ‬ ‫ ﻛﻠﻤﺎ‬،‫ ﰒ ﳝﺮ ﺟﱪﻳﻞ ﻋﻠﻰ ﺍﳌﻼﺋﻜﺔ‬،‫ ﻓﻴﻜﻠﻤﻪ ﺍﷲ ﻣﻦ ﻭﺣﻴﻪ ﲟﺎ ﺃﺭﺍﺩ‬،‫ﺟﱪﻳﻞ‬ :‫ ﻣﺎﺫﺍ ﻗﺎﻝ ﺭﺑﻨﺎ ﻳﺎ ﺟﱪﻳﻞ؟ ﻓﻴﻘﻮﻝ ﺟﱪﻳﻞ‬،‫ﻣﺮ ﺑﺴﻤﺎﺀ ﺳﺄﻟﻪ ﻣﻼﺋﻜﺘﻬﺎ‬ ،‫ ﻓﻴﻘﻮﻟﻮﻥ ﻛﻠﻬﻢ ﻣﺜﻞ ﻣﺎ ﻗﺎﻝ ﺟﱪﻳﻞ‬،{ çÎ6s3ø9$# ’Í?yèø9$# uθèδuρ ( ¨,s y ø9$# #θä9$s%} .‫ﻓﻴﻨﺘﻬﻲ ﺟﱪﻳﻞ ﺑﺎﻟﻮﺣﻲ ﺇﱃ ﺣﻴﺚ ﺃﻣﺮﻩ ﺍﷲ ﻋﺰ ﻭﺟﻞ‬ Maksudnya:

Apabila Allah s.w.t. berkehendak memberikan wahyu mengenai sesuatu urusan Dia berbicara melalui wahyu, maka langit pun bergetarlah dengan getaran ă atau goncangan ă yang dahsyat kerana takut kepada Allah s.w.t. Apabila penghuni langit mendengar hal itu maka pengsanlah mereka dan duduk bersujud kepada Allah s.w.t. Pertama sekali mengangkat muka dalam kalangan mereka adalah Jibril, maka Allah s.w.t. membicarakan wahyu itu kepada Jibril menurut apa yang dikehendakiNya. Kemudian Jibril berjalan melintasi para malaikat. Setiap kali dia melalui satu langit bertanyalah malaikat di langit itu, „Apakah yang telah dikatakan oleh Tuhan kita wahai Jibril?‰ Jibril menjawab, „Dia mengatakan yang hak dan Dialah yang Maha Tinggi dan Maha Besar‰. Para malaikat pun mengatakan seperti apa yang dikatakan Jibril, lalu Jibril menyampaikan wahyu itu seperti yang diperintahkan Allah azza wajalla. Hadis riwayat al-Tabrani Hadis ini menjelaskan bagaimana wahyu disampaikan kepada malaikat iaitu pada permulaannya Allah s.w.t. berbicara dan kemudian malaikat mendengarnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

(b)

WAHYU



41

Wahyu dalam bentuk al-Quran yang diterima oleh Jibril di Luh Mahfuz. Ini menerangkan keadaan al-Quran itu telah lengkap ditulis di Luh Mahfuz dan Jibril hanyalah menghafaznya. Firman Allah s.w.t.:

∩⊄⊄∪ ¤âθàøt¤Χ 8yöθs9 ’Îû ∩⊄⊇∪ Ó‰‹Åg¤Χ ×β#u™öè% uθèδ ö≅t/ Maksudnya:

Bahkan ialah al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; pada Luh Mahfuz. Al-Buruj(85): 21-22 Oleh yang demikian para ulama berpendapat mengenai cara turunnya wahyu yang berupa al-Quran dengan beberapa pendapat (MannaÊ al-Qattan, 1998): (i)

Jibril menerimanya secara pendengaran dari Allah s.w.t. dengan lafaznya yang khusus;

(ii)

Jibril menghafaznya dari Luh Mahfuz; dan

(iii)

Maknanya disampaikan kepada Jibril dan lafaznya daripada Jibril atau daripada Muhammad s.a.w.

Berdasarkan ketiga-tiga pendapat ini, pendapat yang pertama adalah yang benar dan dijadikan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Kita akan membahaskan dengan lebih mendalam cara penurunan al-Quran ini di dalam Topik 4 nanti.

3.2.2

Wahyu Allah s.w.t. kepada Para Rasul

Allah s.w.t. berfirman di dalam al-Quran mengenai cara wahyu disampaikan kepada Rasul:

Zωθß™u‘ Ÿ≅Å™öム÷ρr& A>$pgÉo Ç›!#u‘uρ ⎯ÏΒ ÷ρr& $·‹ômuρ ωÎ) ª!$# çμyϑÏk=s3ムβr& A|³u;Ï9 tβ%x. $tΒuρ * ∩∈⊇∪ ÒΟŠÅ6ym ;’Í?tã …çμ¯ΡÎ) 4 â™!$t±o„ $tΒ ⎯ÏμÏΡøŒÎ*Î/ z©Çrθã‹sù Maksudnya:

Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

42 

TOPIK 3

WAHYU

kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha tinggi keadaannya, lagi Maha Bijaksana. Al-Syura(42): 51 Marilah kita lihat dan teliti Rajah 3.1 berikut bagi mendapatkan gambaran secara menyeluruh mengenai bentuk wahyu yang diterima oleh para Rasul.

Rajah 3.1: Cara wahyu kepada para Rasul

Berdasarkan Rajah 3.1, wahyu disampaikan kepada Rasul dalam dua cara iaitu dengan perantaraan dan tanpa perantaraan. Mari kita bincang cara-cara ini dengan lebih lanjut. (a)

Melalui Perantaraan Melalui perantaraan adalah melalui malaikat Jibril iaitu malaikat yang ditugaskan menyampaikan wahyu. Wahyu yang disampaikan dengan cara ini boleh berlaku dengan empat keadaan, iaitu: (i)

Bunyi Loceng Seperti bunyi loceng dan ia merupakan keadaan yang paling sukar bagi Nabi. Dalilnya hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a. bahawa Harith bin Hisyam r.a. bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai hal itu. Baginda s.a.w. menjawab:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

WAHYU



43

‫ ﻓﻴﻔﺼﻢ ﻋﻨّﻲ‬،ّ‫ ﻭﻫﻮ ﺃﺷﺪﻩ ﻋﻠﻲ‬،‫ﺃﺣﻴﺎﻧﺎ ﻳﺄﺗﻴﲏ ﻣﺜﻞ ﺻﻠﺼﻠﺔ ﺍﳉﺮﺱ‬ ‫ ﻭﺃﺣﻴﺎﻧﺎ ﻳﺘﻤﺜﻞ ﱄ ﺍﳌﻠﻚ ﺭﺟﻼ ﻓُﻴ ﹶﻜﱢﻠ ُﻤﻨﹺﻲ‬.‫ﺖ ﻋﻨﻪ ﻣﺎ ﻗﺎﻝ‬ ُ ‫ﻭﻗﺪ ﻭﻋﻴ‬ .‫ﻓﺄﻋﻰ ﻣﺎ ﻳﻘﻮﻝ‬ Maksudnya:

Kadang-kadang ia datang kepadaku bagaikan bunyi goncangan loceng, dan itulah yang paling berat bagiku. Lalu ia pergi dan aku memahami apa yang dikatakannya. Kadang-kadang malaikat menjelma dalam rupa seorang lelaki lalu ia berbicara kepadaku dan aku pun memahami apa yang dia katakan. Riwayat al-Bukhari (ii)

Jelmaan dalam Bentuk Manusia Malaikat menjelma dalam bentuk manusia. Dalilnya adalah sama seperti riwayat Aisyah r.a. mengenai pertanyaan Harith bin Hisyam kepada Rasulullah s.a.w. cara wahyu disampaikan kepada Baginda.

(iii)

Dalam Bentuk Asal Bentuk asal malaikat. Keadaan ini berlaku ketika Rasulullah s.a.w. menerima wahyu yang pertama di gua HiraÊ dan ketika Baginda melihat malaikat yang berada di atas Kursi di antara langit dan bumi. Dalilnya hadis Abu Salamah daripada Jabir berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. menceritakan tentang wahyu. Sabda Baginda:

‫ ﻓﺈﺫﺍ ﺍﳌﻠﻚ‬.‫ﺖ ﺻﻮﺗﺎ ﻣﻦ ﺍﻟﺴﻤﺎﺀ ﻓﺮﻓﻌﺖ ﺭﺃﺳﻲ‬ ُ ‫ﺑﻴﻨﻤﺎ ﺃﻧﺎ ﺃﻣﺸﻲ ﲰﻌ‬ ،‫ﺍﻟﺬﻱ ﺟﺎﺀﱐ ﲝﺮﺍﺀ ﺟﺎﻟﺲ ﻋﻠﻰ ﻛﺮﺳﻲ ﺑﲔ ﺍﻟﺴﻤﺎﺀ ﻭﺍﻷﺭﺽ‬ .{‫ ﻓﺄﻧﺰﻝ ﺍﷲ ﺗﻌﺎﱃ} ﻳﺎﺃﻳﻬﺎ ﺍﳌﺪﺛﺮ‬،‫ ﺯﻣﻠﻮﱐ ﻓﺪﺛﺮﻭﱐ‬:‫ﻓﺮﺟﻌﺖُ ﻓﻘﻠﺖ‬ Maksudnya:

Ketika aku sedang berjalan aku mendengar suara dari langit lalu aku mengangkat kepalaku. Tiba-tiba aku melihat malaikat yang datang kepadaku di gua HiraÊ sedang duduk di atas Kursi di antara langit dan bumi. Aku pulang dan berkata: Selimutkanku, maka isteriku menyelimutkanku. Lalu Allah s.w.t. menurunkan {‫} ﻳﺎﺃﻳﻬﺎ ﺍﳌﺪﺛﺮ‬.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

44 

TOPIK 3

(iv)

WAHYU

Bunyi Dengungan Lebah Seperti bunyi dengungan lebah. Dalilnya ialah seperti yang dikatakan oleh Umar bin al-Khattab r.a., „Sekiranya wahyu diturunkan kepada Rasulullah sa.w. akan dapat didengari oleh Baginda seperti dengungan lebah‰. Riwayat Ahmad

Aisyah r.a. juga meriwayatkan apa yang dialami oleh Rasulullah s.a.w. adalah sesuatu yang sukar. Katanya:

‫ﺼ ُﻢ ﻋﻨﻪ ﻭﺇﻥ‬ ِ ‫ ﹶﻓَﻴﻔ‬،‫ﻭﻟﻘﺪ ﺭﺃﻳﺘُﻪ ﻳﻨﺰﻝ ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻟﻮﺣﻲ ﰲ ﺍﻟﻴﻮﻡ ﺍﻟﺸﺪﻳﺪ ﺍﻟﱪﺩ‬ ‫ﺼ ُﺪ ﻋَﺮَﻗﹰﺎ‬ ‫ﺟﺒﻴﻨﻪ ﹶﻟَﻴﺘَﻔ ﱠ‬ Maksudnya:

Aku pernah melihat ketika wahyu diturunkan kepadanya pada suatu hari yang amat dingin. Maka apabila malaikat berlalu pergi darinya, peluh pun mengalir dari dahi Rasulullah s.a.w. Riwayat al-Bukhari Perlu dijelaskan di sini bahawa al-Quran diturunkan dengan perantaraan Jibril dan kemudian Rasulullah s.a.w. membacakannya kepada para sahabat. Antara penulis wahyu yang telah dilantik oleh Baginda untuk menulis al-Quran ialah Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman bin ÂAffan, Ali bin Abi Talib, MuaÊwiyah, Ubay bin KaÊab, Zaid bin Thabit, Khalid bin al-Walid dan Thabit bin Qiys (Subhi al-Saleh, 1988).

SEMAK KENDIRI 3.1 Bincangkan perbezaan wahyu yang diterima oleh ibu Musa a.s. dan wahyu bagaikan dengungan lebah.

(b)

Tanpa Perantaraan Tanpa perantaraan malaikat iaitu secara terus dari Allah s.w.t. kepada para Rasul. Wahyu yang disampaikan dengan cara ini boleh berlaku dalam dua keadaan:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

(i)

WAHYU



45

Mimpi yang Benar Mimpi yang benar dalam tidur. Dalilnya daripada Aisyah r.a. yang berkata:

‫ﺃﻭﻝ ﻣﺎ ﺑﺪﺉ ﺑﻪ ﺍﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﺍﻟﺮﺅﻳﺎ ﺍﻟﺼﺎﳊﺔ ﰲ ﺍﻟﻨﻮﻡ ﻓﻜﺎﻥ ﻻ‬ .‫ﻳﺮﻯ ﺭﺅﻳﺎ ﺇﻻ ﺟﺎﺀﺕ ﻣﺜﻞ ﻓﻠﻖ ﺍﻟﺼﺒﺢ‬ Maksudnya:

Sesungguhnya apa yang mula-mula berlaku kepada Rasulullah s.a.w. adalah mendapat mimpi yang benar ketika tidur. Baginda tidak bermimpi kecuali ia datang bagaikan terangnya waktu pagi. Riwayat al-Bukhari dan Muslim Mimpi yang benar bagi Nabi adalah wahyu dan perintah yang wajib diikuti sepertimana yang berlaku kepada Nabi Ibrahim a.s. yang bermimpi menyembelih anaknya Ismail. Firman Allah s.w.t.:

3“u‘r& þ’ÎoΤÎ) ¢©o_ç6≈tƒ tΑ$s% z©÷ë¡¡9$# çμyètΒ xn=t/ $¬Ηs>sù ∩⊇⊃⊇∪ 5ΟŠÎ=ym AΟ≈n=äóÎ/ çμ≈tΡö¤±t6ùs ( ãtΒ÷σè? $tΒ ö≅yèøù$# ÏMt/r'¯≈tƒ tΑ$s% 4 2”ts? #sŒ$tΒ öÝàΡ$$sù y7çtr2øŒr& þ’ÎoΤr& ÏΘ$uΖyϑø9$# ’Îû È⎦⎫Î7yfù=Ï9 …ã&©#s?uρ $yϑn=ó™r& !$£ϑn=sù ∩⊇⊃⊄∪ t⎦⎪ÎÉ9≈¢Á9$# z⎯ÏΒ ª!$# u™!$x© βÎ) þ’ÎΤ߉ÉftFy™ y7Ï9≡x‹x. $¯ΡÎ) 4 !$tƒö™”9$# |Mø%£‰|¹ ô‰s% ∩⊇⊃⊆∪ ÞΟŠÏδ≡tö/Î*¯≈tƒ βr& çμ≈oΨ÷ƒy‰≈tΡuρ ∩⊇⊃⊂∪ ∩⊇⊃∉∪ ß⎦⎫Î7ßϑø9$# (#àσ¯≈n=t7ø9$# uθçλ;m #x‹≈yδ χÎ) ∩⊇⊃∈∪ t⎦⎫ÏΖÅ¡ósßϑø9$# “Ì“øgwΥ íΝ≈n=y™ ∩⊇⊃∇∪ t⎦⎪ÌÅzFψ$# ’Îû Ïμø‹n=tã $oΨø.ts?uρ ∩⊇⊃∠∪ 5ΟŠÏàtã ?xö/É‹Î/ çμ≈oΨ÷ƒy‰sùuρ ∩⊇⊃®∪ zΟŠÏδ≡tö/Î) #’n?tã

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

46 

TOPIK 3

WAHYU

Maksudnya:

Lalu Kami berikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar. Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: „Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?‰. Anaknya menjawab: „Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; InsyaAllah, ayah akan mendapati daku dalam kalangan orang-orang yang sabar‰. Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim ă dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami), serta Kami menyerunya: „Wahai Ibrahim! „Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu‰. Demikianlah sebenarnya kami membalas orangorang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Al-Saffat(37): 101-109 (ii)

Dari Belakang Tabir Kalam Allah s.w.t. dari sebalik tabir. Ia terjadi kepada Nabi Musa a.s. Firman Allah s.w.t.:

4 šø‹s9Î) öÝàΡr& þ’ÎΤÍ‘r& Éb>u‘ tΑ$s% …çμš/u‘ …çμyϑ¯=x.uρ $uΖÏF≈s)ŠÏϑÏ9 4©y›θãΒ u™!%y` $£ϑs9uρ Maksudnya:

Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: „Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaKu (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu‰. Al-AÊraf(7): 143 Firman Allah s.w.t.:

öΝßγóÁÝÁø)tΡ öΝ©9 Wξß™â‘uρ ã≅ö6s% ⎯ÏΒ šø‹n=tã öΝßγ≈oΨóÁ|Ás% ô‰s% Wξß™â‘uρ ∩⊇∉⊆∪ $VϑŠÎ=ò6s? 4©y›θãΒ ª!$# zΝ¯=x.uρ 4 šø‹n=tã Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

WAHYU



47

Maksudnya:

Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul yang telah kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini, dan Rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu. dan Allah telah berkatakata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung tanpa perantaraan). Al-NisaÊ(4):164 Allah s.w.t. juga telah berbicara secara langsung dengan Rasulullah s.a.w. pada malam Israk dan Mikraj ketika menerima kefarduan ibadah solat bagi umatnya. Selesailah sudah perbincangan kita mengenai jenis-jenis wahyu dan cara ia disampaikan. Sekarang marilah kita teruskan dengan melihat kepentingan wahyu dalam kehidupan manusia.

SEMAK KENDIRI 3.2 1.

Bagaimanakah keadaan Jibril ketika dia menyampaikan al-Quran kepada Rasulullah s.a.w.?

2.

Huraikan cara wahyu disampaikan kepada para Rasul.

AKTIVITI 3.1 Pada pendapat anda, mengapakah al-Quran dikatakan perkataan yang berat seperti dalam ayat 5 surah al-Muzammil? Bincangkan.

3.3

KEPENTINGAN WAHYU DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Wahyu berperanan dalam menetapkan kepercayaan umat Islam tentang hakikat dan kebenarannya. Oleh itu, tidak hairanlah terdapat segolongan manusia yang cuba menafikan turunnya wahyu dan mempertikaikan kebenarannya. Mari kita perhatikan kepentingan wahyu dalam kehidupan manusia seperti yang telah dibincangkan oleh Al-Zarqany (2003) dan Subhi al-Saleh (1988). Rajah 3.2 menyatakan beberapa faktor kepentingan wahyu dalam kehidupan manusia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

48 

TOPIK 3

WAHYU

Rajah 3.2: Faktor-faktor kepentingan wahyu dalam kehidupan manusia

Sekarang, mari kita bincang faktor-faktor kepentingan wahyu dalam kehidupan manusia dengan lebih lanjut. (a)

Wahyu adalah Datang dari Allah sw.t. Bukan Manusia Membenarkan bahawa wahyu adalah datang dari Allah s.w.t. bukan kehendak dan kemampuan manusia. Ia bersesuaian dengan firman Allah s.w.t. mengenai perkara-perkara ghaib. Firman Allah s.w.t.:

ß⎯≈oΗ÷q§9$# uθèδ ( Íοy‰≈y㤱9$#uρ É=ø‹tóø9$# ÞΟÎ=≈tã ( uθèδ ωÎ) tμ≈s9Î) Iω “Ï%©!$# ª!$# uθèδ ∩⊄⊄∪ ÞΟŠÏm§9$# Maksudnya:

Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan dia; yang mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Al-Hasyr(59): 22 Antara sebab Allah s.w.t. merahsiakan perkara-perkara ghaib ialah untuk menguji tahap keimanan manusia dan seterusnya mengukuhkan iman dan ketakwaan kepadaNya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

(b)

WAHYU



49

Pengaruh Malaikat kepada Rasul dalam Menyampaikan Wahyu Maksudnya malaikat mampu memberikan kesan dan pengaruh kepada Rasul ketika menyampaikan wahyu. Manakala Rasul juga mampu menerima kesan tersebut. Ini adalah kerana kesesuaian daya menyampaikan dan memberikan pengaruh oleh malaikat dan daya menerima oleh Rasul dan kerana kedua-duanya memiliki jiwa yang bersih dan suci. Keadaan ini sekali gus menyangkal dakwaan sekumpulan pakar yang menganggap menerima wahyu adalah sama seperti dihipnosis atau dipukau. Namun ia adalah tidak sama sekali kerana orang yang dipukau berada dalam keadaan tidak sedar.

(c)

Ilmu Kemajuan Moden Tidak Dapat Menandingi Kehebatan Wahyu Sebagai contoh pada zaman moden ini anda boleh melihat kemajuan komunikasi seperti telefon, mikrofon, radio, internet dan sebagainya. Melalui alat-alat ini manusia boleh berkomunikasi dengan orang yang jauh dan mendapatkan pelbagai maklumat yang dikehendaki. Justeru kehebatan dan ketinggian ilmu Allah s.w.t. dalam menyampaikan wahyu sebenarnya jauh lebih hebat kerana ia telah terjadi beribu tahun yang lalu. Alat-alat ini diciptakan oleh manusia dan mempunyai kelemahankelemahannya daripada aspek kesahihan berita dan ketepatannya. Namun, wahyu yang disampaikan oleh Allah s.w.t. tiada cacat celanya kerana ia dipelihara dengan baik dan cara yang digunakan tidak memungkinkan ia boleh diselewengkan.

(d)

Galakan Membaca dan Menuntut Ilmu Kita telah maklum bahawa wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. ialah suruhan membaca iaitu dalam ayat 1 hingga 5 surah al-ÂAlaq. Kita semua mestilah memahami dengan mendalam maksud suruhan ini kerana ia diperintahkan kepada seorang Rasul yang tidak boleh membaca dan menulis. Perintah ini jelas menunjukkan kepentingan membaca dan menuntut ilmu walaupun bagi orang yang tidak berkebolehan berbuat demikian.

(e)

Kepentingan Ilmu dan Berfikir Berpandukan Wahyu Wahyu yang diturunkan membimbing akal dan fikiran manusia supaya mengikut kehendak syarak. Ini adalah kerana menggunakan akal sematamata adalah tidak tepat dan benar dan kadangkala terdorong oleh hawa nafsu. Prinsip wahyu adalah berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah bagi digunakan oleh akal untuk melihat dalil kewujudan dan kebesaran Allah s.w.t. Sesuai dengan firman Allah s.w.t. mengenai kebenaran wahyu yang diterima Rasulullah s.a.w.:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

50 

TOPIK 3

WAHYU

∩⊆∪ 4©yrθム֩óruρ ωÎ) uθèδ ÷βÎ) ∩⊂∪ #“uθλo ù;$# Ç⎯tã ß,ÏÜΖtƒ $tΒuρ Maksudnya:

Dan dia tidak memperkatakan menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. Al-Najm(53): 3-4

SEMAK KENDIRI 3.3 Apakah maksud hipnosis? Bezakan antara wahyu dan hipnosis.

AKTIVITI 3.2 1.

Wahyu boleh memandu akal dalam berfikir dengan benar. Bincangkan dengan rakan-rakan anda dengan lebih terperinci berserta contoh-contoh yang relevan.

2.

Apakah hikmah di sebalik penurunan ayat suruhan membaca kepada Rasulullah s.a.w. yang bersifat ummi?



Wahyu dari segi bahasa boleh membawa pelbagai maksud sesuai dengan penggunaannya di dalam al-Quran.



Wahyu dari segi istilah bermaksud Kalam Allah s.w.t. yang disampaikan kepada NabiNya dengan cara tersembunyi dan pantas.



Jenis-jenis wahyu boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu yang disampaikan kepada malaikat dan kepada Rasul.



Allah s.w.t. berkata-kata dengan kalam yang difahami oleh malaikat dalam menyampaikan wahyu kepadanya.



Para Rasul menerima wahyu sama ada melalui perantaraan atau tanpa perantaraan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

WAHYU



51



Wahyu yang disampaikan melalui perantaraan adalah dengan cara mendengar bunyi goncangan loceng, malaikat menyerupai lelaki, malaikat datang dalam bentuk asalnya dan seperti bunyi dengungan lebah.



Wahyu yang disampaikan terus kepada para Rasul tanpa perantaraan adalah dengan cara mimpi yang benar dalam tidur dan kalam Allah s.w.t. daripada sebalik hijab.



Wahyu mempunyai banyak kepentingan kepada manusia terutamanya dari aspek ilmu pengetahuan.

Ahli Sunnah wal Jamaah

Kursi

Ghaib

Luh Mahfuz

Hipnosis

Malaikat

Ilham

Masdar

Ism mafÊul

Perantaraan

Jibril

Ummi

Kalam Allah

Wahyu

MannaÊ Qattan. (1998). Mabahith fi ulum al-Quran. Beirut: Muassah al-Risalah. Muhammad Abdul ÂAzim al-Zarqany. (2003). Manahil al-ÂIrfan fi Âulum al-Quran. Beirut: Dar al-Fikr. Sofiah Shamsuddin. (2006). Al-Madkhal ila dirasat Âulum al-Quran. Selangor: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Subhi al-Saleh. (1998). Mabahith fi Âulum al-Quran. Beirut: Dar al-ÂIlm li al-Malayiin.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik



4

Penurunan al-Quran

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menjelaskan pengertian nuzul al-Quran dari segi bahasa dan istilah;

2.

Mengenal pasti peringkat penurunan al-Quran;

3.

Menyatakan ayat pertama dan terakhir diturunkan;

4.

Menjelaskan pengertian sebab nuzul; dan

5.

Menghuraikan pembahagian sebab nuzul.

 PENGENALAN Topik ini adalah bahagian yang paling penting dalam perbahasan ulum al-Quran kerana ia merupakan asas terhadap keimanan kepada al-Quran itu sendiri. Ia juga asas dalam membenarkan kenabian Muhammad s.a.w. dan kebenaran Islam. Setiap 15 Ramadan umat Islam meraikan sambutan Nuzul al-Quran dengan penuh penghayatan dan ini menunjukkan peristiwa ini begitu signifikan dalam kehidupan kita. Bagi membincangkan topik ini dengan lebih mendalam lagi anda akan memahami terlebih dahulu pengertian nuzul al-Quran dan seterusnya mengenal pasti peringkat-peringkat penurunan al-Quran. Kita juga akan menilai pendapat ulama mengenai ayat pertama dan terakhir diturunkan. Topik ini akan menyentuh sedikit mengenai sebab nuzul dan pembahagiannya yang mempunyai kaitan dengan perbahasan mengenai penurunan al-Quran secara keseluruhannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

4.1

PENURUNAN AL-QURAN



53

PENGERTIAN NUZUL AL-QURAN

Nuzul al-Quran atau penurunan al-Quran boleh difahami pengertiannya dari segi bahasa dan istilah. Kita akan bincang pengertian tersebut di dalam subtopik berikutnya.

4.1.1

Nuzul al-Quran dari Segi Bahasa

Perkataan nuzul dan pecahannya banyak digunakan di dalam al-Quran dan hadis. Contohnya firman Allah s.w.t.:

∩⊇⊃∈∪ #\ƒÉ‹tΡuρ #ZÅe³u;ãΒ ωÎ) y7≈oΨù=y™ö‘r& !$tΒuρ 3 tΑt“tΡ Èd,ptø:$$Î/uρ çμ≈oΨø9t“Ρr& Èd,ptø:$$Î/uρ Maksudnya:

Dan dengan cara yang sungguh layak serta berhikmat Kami turunkan al-Quran, dan dengan meliputi segala kebenaran ia diturunkan; dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa berita gembira (bagi orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Al-IsraÊ(17): 105 Juga dinyatakan di dalam hadis:

‫ﺇﻥ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﻘﺮﺁﻥ ﺃﹸﻧﺰﻝ ﻋﻠﻰ ﺳﺒﻌﺔ ﺃﺣﺮﻑ‬ Maksudnya:

Sesungguhnya al-Quran ini diturunkan dalam tujuh huruf. Namun demikian dari segi bahasa perkataan nuzul boleh dimaksudkan sebagai (Al-Zarqany, 2003): (a)

Turun dari atas atau tempat yang tinggi, seperti turun seseorang dari gunung. Firman Allah s.w.t. di dalam al-Quran yang menggunakan maksud ini:

z⎯ÏΒ $uΖø9t“Ρr&uρ 4 ⎯ÏμÏGyϑômu‘ ô“y‰tƒ š⎥÷⎫t/ #Mô³ç0 yx≈tƒÌh9$# Ÿ≅y™ö‘r& ü“Ï%©!$# uθèδuρ ∩⊆∇∪ #Y‘θßγsÛ [™!$tΒ Ï™!$yϑ¡¡9$# Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

54 

TOPIK 4

PENURUNAN AL-QURAN

Maksudnya:

Dan Dialah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya, dan Kami menurunkan dari langit air yang bersih suci. Al-Furqan(25): 48 (b)

Menuju dan menempati suatu tempat. Firman Allah s.w.t.:

∩⊄®∪ t⎦,Î!Í”∴ßϑø9$# çöyz |MΡr&uρ %Z.u‘$t7•Β Zωu”∴ãΒ ©Í_ø9Ì“Ρr& Éb>§‘ ≅è%uρ Maksudnya:

„Dan berdoalah dengan berkata: ÂWahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempatÊ Al-Mukminun(23): 29 Namun demikian pengertian nuzul dari segi bahasa ini tidak boleh dimaksudkan dengan penurunan al-Quran. Ini adalah kerana kedua-dua maksud itu mesti ada benda dan tempat, sedangkan al-Quran bukan benda dan bukan turun dari sesuatu tempat. Al-Quran tidak boleh membawa maksud yang hakiki ini tetapi hanyalah maksud majazi. Kita akan memahami maksud majazi ini dalam pengertian nuzul al-Quran dari segi istilah.

4.1.2

Nuzul al-Quran dari Segi Istilah

Bagi mengaitkan maksud hakiki dan majazi bagi nuzul al-Quran kita boleh memberikan pengertiannya seperti berikut (Sofiah, 2006): (a)

Maksud penurunan al-Quran ialah yang membawanya turun iaitu al-Ruh al-Amin malaikat Jibril a.s. Dalilnya firman Allah s.w.t.:

Aβ$|¡Î=Î/ ∩⊇®⊆∪ t⎦⎪Í‘É‹Ζßϑø9$# z⎯ÏΒ tβθä3tGÏ9 y7Î7ù=s% 4’n?tã ∩⊇®⊂∪ ß⎦⎫ÏΒF{$# ßyρ”9$# ÏμÎ/ tΑt“tΡ ∩⊇®∈∪ &⎦⎫Î7•Β
TOPIK 4

PENURUNAN AL-QURAN



55

Maksudnya:

Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah ke dalam hatimu, supaya engkau (Wahai Muhammad) menjadi seorang daripada pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (Ia diturunkan) dalam bahasa Arab yang fasih serta terang nyata. Al-SyuÊaraÊ(26): 193-195 Dalam ayat ini, penurunan itu adalah al-Quran yang diturunkan oleh Jibril a.s. ke dalam hati Rasulullah s.a.w. (b)

Maksud penurunan al-Quran ialah pemberitahuan (iÊlam). Perkataan al-inzal banyak digunakan menggantikan perkataan al-Âilam bagi mencakupi makna kemuliaan dan kedudukannya. Firman Allah s.w.t.:

∩⊇⊃∈∪ #\ƒÉ‹tΡuρ #ZÅe³u;ãΒ ωÎ) y7≈oΨù=y™ö‘r& !$tΒuρ 3 tΑt“tΡ Èd,ptø:$$Î/uρ çμ≈oΨø9t“Ρr& Èd,ptø:$$Î/uρ Maksudnya:

Dan dengan cara yang sungguh layak serta berhikmah Kami turunkan al-Quran, dan dengan meliputi segala kebenaran ia diturunkan; dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa berita gembira (bagi orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Al-IsraÊ(17): 105 Menurut Al-Zarqany (2003) perkataan inzal boleh ditakwilkan dengan Âilam (pemberitahuan) dengan tiga sebab, iaitu: (i)

Al-Quran adalah kalam dan boleh ditakwilkan menurunkannya dengan maksud memberitahunya iaitu yang berkaitan dengan makna kalam itu dan memahaminya.

(ii)

Al-Quran yang ditempatkan di Luh Mahfuz dan kemudiannya diturunkan ke langit dunia serta hati Rasulullah s.a.w. adalah pemberitahuan terhadap makhluk yang berada di alam langit (di atas) dan alam bumi (di bawah).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

56 

TOPIK 4

(iii)

PENURUNAN AL-QURAN

Penafsiran menurunkan dengan maksud memberitahunya adalah sejajar dengan pelbagai pengertian al-Quran dan tahap-tahap penurunannya.

SEMAK KENDIRI 4.1 Jelaskan pengertian nuzul al-Quran dari segi bahasa dan istilah.

4.2

PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN

Peringkat penurunan al-Quran boleh dibahagikan kepada dua tahap, peringkat pertama secara serentak atau sekali gus dan peringkat kedua adalah secara beransur-ansur.

4.2.1

Peringkat Pertama – Secara Serentak

Peringkat pertama penurunan al-Quran adalah secara serentak dari Luh Mahfuz ke langit dunia. Dalilnya adalah seperti berikut: Firman Allah s.w.t.:

3“y‰ßγø9$# z⎯ÏiΒ ;M≈oΨÉit/uρ Ĩ$¨Ψ=Ïj9 ”W‰èδ ãβ#u™öà)ø9$# ÏμŠÏù tΑÌ“Ρé& ü“Ï%©!$# tβ$ŸÒtΒu‘ ãöκy− 4 Èβ$s%öàø9$#uρ Maksudnya:

Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Al-Baqarah(2): 185 Firman Allah s.w.t. lagi:

∩⊇∪ Í‘ô‰s)ø9$# Ï's#ø‹s9 ’Îû çμ≈oΨø9t“Ρr& !$¯ΡÎ) Maksudnya:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam LailatulQadar. Al-Qadr(97): 1 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

PENURUNAN AL-QURAN



57

Serta FirmanNya lagi:

∩⊂∪ z⎯ƒÍ‘É‹ΖãΒ $¨Ζä. $¯ΡÎ) 4 >πx.t≈t6•Β 7's#ø‹s9 ’Îû çμ≈oΨø9t“Ρr& !$¯ΡÎ) Maksudnya:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat. Al-Dukhan(44): 3 Ketiga-tiga ayat ini menjelaskan penurunan al-Quran secara sekali gus dan tidak terdapat sebarang percanggahan antaranya. Malam yang diberkati adalah Lailatul Qadar dan ia berada dalam bulan Ramadan. Diriwayatkan oleh al-Hakim, al-Baihaqi dan al-Nasai daripada Ibnu Abbas berkata: „Al-Quran diturunkan secara serentak ke langit dunia pada Lailatul Qadar, kemudian diturunkan selepas itu dalam tempoh 20 tahun‰. Tempoh al-Quran diturunkan secara beransur-ansur akan dibincangkan dalam bahagian berikutnya.

4.2.2

Hikmah Penurunan al-Quran Secara Serentak

Antara hikmah al-Quran diturunkan secara serentak ialah: (a)

Mengagungkan darjat al-Quran dan Rasulullah s.a.w. Ia merupakan pemasyhuran kepada penduduk langit bahawa kitab ini adalah yang terakhir diturunkan kepada Rasul yang terakhir.

(b)

Rahsia kemukjizatan al-Quran yang telah siap tersusun di Luh Mahfuz (Sofiah, 2006). Malaikat Jibril menyampaikan wahyu mengikut ketetapan Allah s.w.t. dan berupaya meletakkan ayat-ayat yang pada tempat yang betul walaupun ia disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. tidak mengikut tertib mushaf.

(c)

Menyamakan kelebihan Rasulullah s.a.w. dengan Nabi Musa a.s. daripada aspek menerima kitab dengan sekali gus. Ia dapat menyangkal pendapat ahli kitab yang mengagungkan kitab mereka berbanding al-Quran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

58 

TOPIK 4

4.2.3

PENURUNAN AL-QURAN

Peringkat Kedua – Secara Beransur-Ansur

Selepas al-Quran diturunkan secara serentak ke Baitul Izzah di langit dunia ia diturunkan pula secara beransur-ansur ke dalam hati Rasulullah s.a.w. mengikut peristiwa dan kesesuaiannya. Ulama mempunyai pelbagai pendapat mengenai tempoh masa penurunan ini. Ada yang mengatakan selama 20 tahun, 23 tahun dan 25 tahun bergantung pada tempoh Baginda s.a.w. berada di Mekah dan Madinah. Namun Jumhur Ulama telah bersepakat bahawa tempohnya adalah selama 23 tahun iaitu 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah (MannaÊ al-Qattan, 1998). Terdapat banyak dalil daripada al-Quran yang membuktikan al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat. Firman Allah s.w.t.:

∩⊇⊃∉∪ WξƒÍ”∴s? çμ≈oΨø9¨“tΡuρ ;]õ3ãΒ 4’n?tã Ĩ$¨Ζ9$# ’n?tã …çνr&tø)tGÏ9 çμ≈oΨø%tsù $ZΡ#u™öè%uρ Maksudnya:

Dan al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransuransur. Al-IsraÊ(17): 106

tβθä3tGÏ9 y7Î7ù=s% 4’n?tã ∩⊇®⊂∪ ß⎦⎫ÏΒF{$# ßyρ”9$# ÏμÎ/ tΑt“tΡ ∩⊇®⊄∪ t⎦⎫ÏΗs>≈yèø9$# Éb>u‘ ã≅ƒÍ”∴tGs9 …çμ¯ΡÎ)uρ ∩⊇®∈∪ &⎦⎫Î7•Β
Dan sesungguhnya al-Quran (yang antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah ke dalam hatimu, supaya Engkau (Wahai Muhammad) menjadi seorang daripada pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (Ia diturunkan) dalam bahasa Arab yang fasih serta terang nyata. Al-SyuÊaraÊ(26): 192-195

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

PENURUNAN AL-QURAN



59

∩⊄∪ ÉΟ‹Å3ptø:$# Í“ƒÍ“yèø9$# «!$# z⎯ÏΒ É=≈tGÅ3ø9$# ã≅ƒÍ”∴s? Maksudnya:

Turunnya al-Quran ini, dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Al-Jathiyah(45): 2

$yϑÏj9 $]%Ïd‰|ÁãΒ «!$# ÈβøŒÎ*Î/ y7Î6ù=s% 4’n?tã …çμs9¨“tΡ …çμ¯ΡÎ*sù Ÿ≅ƒÎö9ÉfÏj9 #xρ߉tã šχ%x. ⎯tΒ ö≅è% ∩®∠∪ t⎦⎫ÏΨÏΒ÷σßϑù=Ï9 2”uô³ç0uρ “Y‰èδuρ Ïμ÷ƒy‰tƒ š⎥÷⎫t/ Maksudnya:

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman". Al-Baqarah(2): 97

4.2.4

Hikmah Penurunan al-Quran Secara BeransurAnsur

Sebagai seorang yang beragama Islam anda mestilah mengetahui tujuan dan maqasid al-Quran iaitu menyebarkan al-Din dan menukar cara hidup jahiliyyah kepada cara hidup yang islamiyyah. Oleh itu marilah kita teliti dan hayati hikmah penurunan al-Quran secara beransur-ansur. (a)

Mengukuhkan Jiwa Rasulullah s.a.w. dalam Menyampaikan Dakwah Ketika Baginda menjalankan misi dakwah beliau seringkali berhadapan dengan cabaran dan tentangan orang kafir. Penurunan ayat-ayat al-Quran secara beransur-ansur bersesuaian dengan keadaan dakwah Rasulullah s.a.w. boleh meniupkan semangat dan motivasi kepada Baginda untuk terus berjuang. Firman Allah s.w.t.:

|MÎm7s[ãΖÏ9 y7Ï9≡x‹Ÿ2 4 Zοy‰Ïn≡uρ \'s#÷Ηäd ãβ#u™öà)ø9$# Ïμø‹n=tã tΑÌh“çΡ Ÿωöθ9s (#ρãxx. t⎦⎪Ï%©!$# tΑ$s%uρ ∩⊂⊄∪ Wξ‹Ï?ös? çμ≈oΨù=¨?u‘uρ ( x8yŠ#xσèù ⎯ÏμÎ/ Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

60 

TOPIK 4

PENURUNAN AL-QURAN

Maksudnya:

Dan orang-orang yang kafir berkata: „Mengapa tidak diturunkan al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekali gus)?‰ Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (Wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu. Al-Furqan(25): 32 Firman Allah s.w.t. lagi:

’Îû x8u™!%y`uρ 4 x8yŠ#xσèù ⎯ÏμÎ/ àMÎm7sVçΡ $tΒ È≅ß™”9$# Ï™!$t6/Ρ&r ô⎯ÏΒ y7ø‹n=tã Èà)¯Ρ yξä.uρ ∩⊇⊄⊃∪ t⎦⎫ÏΨÏΒ÷σßϑù=Ï9 3“tø.ÏŒuρ ×πsàÏãöθtΒuρ ‘,ysø9$# ÍνÉ‹≈yδ Maksudnya:

Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman. Hud(11): 120 Al-Quran juga menyuruh Rasulullah s.a.w. bersabar menghadapi kerenah orang-orang kafir dan celaan mereka sepertimana bersabarnya para Rasul sebelumnya. Firman Allah s.w.t.:

È≅ß™”9$# z⎯ÏΒ ÏΘ÷“yèø9$# (#θä9'ρé& uy9|¹ $yϑx. ÷É9ô¹$$sù Maksudnya:

Maka bersabarlah Engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul „Ulil-Azmi‰ (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasulrasul (yang terdahulu daripada mu) Al-Ahqaf(46): 35 Begitulah al-Quran berperanan dalam menenangkan dan menetapkan hati Rasulullah s.a.w. di saat berhadapan dengan musuh Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

(b)

PENURUNAN AL-QURAN



61

Memudahkan untuk Menghafaz dan Memahami al-Quran Ini adalah kerana al-Quran diturunkan dengan kebijaksanaan Allah s.w.t. kepada umat yang ummi iaitu tidak boleh membaca dan menulis. Maka sudah tentulah menjadi kesukaran bagi umat ketika itu untuk menghafaz al-Quran sekiranya diturunkan sekali gus. Turunnya ayat-ayat al-Quran secara berperingkat membantu mereka menghafaz dan memahami ayatayat itu kerana mereka dikurniakan oleh Allah s.w.t. dengan kekuatan ingatan dan hafazan. Firman Allah s.w.t.:

öΝÍκÏj.t“ãƒuρ ⎯ÏμÏG≈tƒ#u™ öΝÍκön=tã (#θè=÷Ftƒ öΝåκ÷]ÏiΒ Zωθß™u‘ z⎯↵Íh‹ÏiΒW{$# ’Îû y]yèt/ “Ï%©!$# uθèδ ∩⊄∪ &⎦⎫Î7•Β 9≅≈n=|Ê ’Å∀s9 ã≅ö6%s ⎯ÏΒ (#θçΡ%x. βÎ)uρ sπyϑõ3Ïtø:$#uρ |=≈tGÅ3ø9$# ãΝßγßϑÏk=yèãƒuρ Maksudnya:

Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w.) daripada bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah dan membersihkan mereka (daripada iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (al-Quran) dan Hikmah dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. Al-Jumuah(62): 2 Kaedah mengajar al-Quran secara sedikit demi sedikit juga dipraktikkan oleh para sahabat (MannaÊ Qattan, 1998) seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu ÂAsakir daripada Abu Nadhrah berkata, „Abu SaÊid al-Khudri mengajar kami al-Quran sebanyak lima ayat pada waktu tengah hari, lima ayat pada waktu malam dan beliau memberitahu bahawa Jibril menurunkan al-Quran sebanyak lima ayat, lima ayat (pada setiap kali penurunan)‰. (c)

Menetapkan Hukum Bersesuaian dengan Keadaan dan Peristiwa Al-Quran diturunkan pada asasnya ialah untuk menangani perkaraperkara yang berkaitan aqidah seperti keimanan terhadap Allah s.w.t., para malaikat, kitab-kitab, para Rasul dan hari akhirat. Ia juga menitikberatkan soal akhlak dan syariat. Oleh itu penetapan sesuatu hukum syarak dilakukan secara berperingkat setelah kefarduan tentang asas agama dan rukun-rukun Islam mantap dan kukuh dalam diri umat Islam. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

62 

TOPIK 4

PENURUNAN AL-QURAN

Sebagai contoh ayat mengenai usul muamalat adalah ayat Makkiyyah dan perincian hukumnya seperti hutang dan pengharaman riba adalah Madaniyyah. Begitu juga dengan ayat-ayat asas hubungan kekeluargaan adalah Makkiyyah manakala ayat mengenai hak-hak suami isteri dan kewajipan kehidupan berkeluarga adalah Madaniyyah.

AKTIVITI 4.1 1.

Berikan analisis anda terhadap hikmah penurunan al-Quran secara beransur-ansur daripada aspek tarbiyah.

2.

Bincangkan hikmah pengharaman arak secara berperingkat.

SEMAK KENDIRI 4.2 1.

Jelaskan maksud Luh Mahfuz dan Baitul ÂIzzah.

2.

Bincangkan bersama rakan-rakan anda mengenai penurunan al-Quran secara beransur-ansur.

4.3

AYAT PERTAMA DAN TERAKHIR DITURUNKAN

Para pelajar sekalian, adalah amat penting untuk anda mengetahui apakah ayat pertama dan terakhir yang diturunkan serta pendapat-pendapat ulama mengenainya. Pengetahuan mengenai ayat pertama dan terakhir al-Quran yang diturunkan ini akan memberikan faedah dalam menjelaskan ketelitian al-Quran bagi menentukan kedudukan ayat-ayatnya.

4.3.1

Ayat Pertama Diturunkan

Walaupun ulama berselisih pendapat mengenai ayat pertama yang diturunkan, namun hanya ada empat sahaja pendapat yang boleh dibincangkan dan diteliti. (a)

Pendapat pertama iaitu pendapat yang paling sahih ialah ayat 1 hingga 5 surah al-ÂAlaq:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

PENURUNAN AL-QURAN



63

y7š/u‘uρ ù&tø%$# ∩⊄∪ @,n=tã ô⎯ÏΒ z⎯≈|¡ΣM}$# t,n=y{ ∩⊇∪ t,n=y{ “Ï%©!$# y7În/u‘ ÉΟó™$$Î/ ù&tø%$# ∩∈∪ ÷Λs>÷ètƒ óΟs9 $tΒ z⎯≈|¡ΣM}$# zΟ¯=tæ ∩⊆∪ ÉΟn=s)ø9$$Î/ zΟ¯=tæ “Ï%©!$# ∩⊂∪ ãΠtø.F{$# Maksudnya:

Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al-ÂAlaq(96): 1-5 Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari ÂAisyah r.a. berkata, „Sesungguhnya apa yang mula-mula terjadi kepada Rasulullah s.a.w. adalah mimpi yang benar ketika tidur. Dia melihat mimpi itu datang seperti terangnya waktu pagi. Kemudian dia suka menyendiri. Dia pergi ke gua HiraÊ untuk beribadah selama beberapa malam dan membawa bekalan. Apabila bekalan telah habis dia akan pulang dan Khadijah akan menyediakan bekalan yang baru. Di gua HiraÊ dia menerima kebenaran apabila datang kepadanya malaikat dan berkata, „Bacalah!‰ Rasulullah s.a.w. menceritakan, „Aku menjawab, aku tidak pandai membaca.‰ Malaikat tersebut kemudian memelukku sehingga aku berasa sangat sukar. Lalu aku dilepaskan dan dia berkata lagi, „Bacalah!‰ Maka aku pun menjawab, „Aku tidak pandai membaca‰. Lalu dia memelukku untuk kali yang kedua sehingga aku berasa sangat sukar. Kemudian dia melepaskan pelukan dan berkata, „Bacalah!‰ Aku menjawab, „Aku tidak pandai membaca.‰ Maka dia memelukku untuk kali yang ketiga sehingga aku berasa kesukaran kemudian dia berkata, „Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang telah menciptakan... sehingga ayat apa yang tidak diketahuinya (ayat 1 hingga 5 surah al-ÂAlaq). (b)

Pendapat kedua ialah {‫}ﻳﺄﻳﻬﺎ ﺍﳌﺪﺛﺮ‬ Pendapat ini bersandarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman dia berkata, „Aku telah bertanya kepada Jabir bin Abdullah: Apakah ayat al-Quran yang diturunkan dahulu? Beliau menjawab: {‫}ﻳﺄﻳﻬﺎ ﺍﳌﺪﺛﺮ‬. Aku

bertanya lagi: Atau adakah {‫ ?}ﺍﻗﺮﺃ‬Dia menjawab: Aku beritahu kepada kamu apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kami. Sabda Baginda, „Ketika aku berada di gua HiraÊ dan apabila telah selesai Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

64 

TOPIK 4

PENURUNAN AL-QURAN

urusanku aku keluar menyelusuri lembah. Aku melihat ke depan, ke belakang, ke kanan dan ke kiriku. Kemudian aku mendongak ke atas langit. Tiba-tiba aku melihat dia (Jibril). Aku merasa sangat gementar. Maka aku pulang menemui Khadijah dan memintanya menyelimutkanku. Khadijah pun melakukan demikian. Maka Allah s.w.t. menurunkan ayat: {‫ ﻗﻢ ﻓﺄﻧﺬﺭ‬.‫}ﻳﺄﻳﻬﺎ ﺍﳌﺪﺛﺮ‬. Mengenai hadis Jabir ini dapatlah dijelaskan bahawa pertanyaan beliau adalah mengenai surah yang diturunkan secara penuh. Hadis ini juga terkemudian dari hadis Aisyah. Terdapat juga hadis lain yang menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w. menjelaskan ketika berbicara mengenai terputusnya wahyu bahawa malaikat yang datang kepadanya adalah yang datang pada kali pertama di gua HiraÊ. Oleh itu ayat al-Quran yang pertama diturunkan ialah {‫ }ﺍﻗﺮﺃ‬dan surah pertama yang diturunkan dengan lengkap ialah {‫}ﻳﺄﻳﻬﺎ ﺍﳌﺪﺛﺮ‬.

(c)

Pendapat yang ketiga ialah surah al-Fatihah. Mungkin yang dimaksudkan ialah surah yang terawal diturunkan secara lengkap.

(d)

Pendapat yang keempat ialah {‫}ﺑﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻟﺮﲪﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ‬. Ini adalah kerana

basmalah turun di setiap permulaan surah, kecuali surah at-Taubah. Dalil bagi pendapat ketiga dan keempat adalah bersandarkan kepada hadishadis yang bertaraf mursal yang tidak kuat untuk dijadikan hujah. Ia tidak dapat menandingi pendapat pertama yang bersandarkan kepada hadis Aisyah iaitu pendapat yang sahih dan masyhur.

4.3.2

Ayat Terakhir Diturunkan

Terdapat banyak pendapat ulama mengenai ayat terakhir yang diturunkan. Ada yang menyenaraikan sehingga 10 pendapat. Namun, memadailah bagi anda mengetahui sebahagiannya sahaja sebagai pengenalan kepada tajuk ini. (a)

Pendapat Pertama Pendapat pertama mengatakan ayat 278 surah al-Baqarah yang menyentuh persoalan riba.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

PENURUNAN AL-QURAN



65

ΟçFΖä. βÎ) (##θt/Ìh9$# z⎯ÏΒ u’Å+t/ $tΒ (#ρâ‘sŒuρ ©!$# (#θà)®?$# (#θãΖtΒ#u™ š⎥⎪Ï%©!$# $y㕃r'¯≈tƒ ∩⊄∠∇∪ t⎦⎫ÏΖÏΒ÷σ•Β Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Al-Baqarah: 278 (b)

Pendapat Kedua Pendapat kedua mengatakan ayat 281 surah al-Baqarah.

ôMt6|¡Ÿ2 $¨Β <§øtΡ ‘≅ä. 4†¯ûuθè? §ΝèO ( «!$# ’n<Î) ÏμŠÏù šχθãèy_öè? $YΒöθtƒ (#θà)¨?$#uρ ∩⊄∇⊇∪ tβθãΚn=ôàムŸω öΝèδuρ Maksudnya:

Jumhur berpendapat ayat ini yang paling akhir diturunkan kerana Allah s.w.t. menurunkan ayat ini sembilan malam sebelum kewafatan Rasulullah s.a.w. iaitu tempoh yang paling singkat berbanding ayat-ayat yang lain. Al-Baqarah: 281 (c)

Pendapat Ketiga Pendapat ketiga mengatakan ayat membincangkan persoalan hutang.

282

surah

al-Baqarah

yang

4 çνθç7çFò2$$sù ‘wΚ|¡•Β 9≅y_r& #’n<Î) A⎦ø⎪y‰Î/ Λä⎢Ζtƒ#y‰s? #sŒÎ) (#þθãΖtΒ#u™ š⎥⎪Ï%©!$# $y㕃r'¯≈tƒ Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu. Al-Baqarah: 282

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

66 

(d)

TOPIK 4

PENURUNAN AL-QURAN

Pendapat Keempat Pendapat keempat mengatakan ayat 176 surah al-NisaÊ yang membahaskan isu al-kalaalah.

4 Ï's#≈n=s3ø9$# ’Îû öΝà6‹ÏFøムª!$# È≅è% y7tΡθçFøtGó¡o„ Maksudnya:

Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalaalah). Al-NisaÊ: 176 (e)

Pendapat Kelima Pendapat kelima mengatakan ayat 3 surah al-Maidah yang menjelaskan mengenai kesempurnaan agama.

zΝ≈n=ó™M}$# ãΝä3s9 àMŠÅÊu‘uρ ©ÉLyϑ÷èÏΡ öΝä3ø‹n=tæ àMôϑoÿøCr&uρ öΝä3oΨƒÏŠ öΝä3s9 àMù=yϑø.r& tΠöθu‹ø9$# 4 $YΨƒÏŠ Maksudnya:

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Al-Maidah: 3

AKTIVITI 4.2 1.

Mengapakah ayat 281 surah al-Baqarah dikatakan ayat yang terakhir diturunkan dan bukannya ayat 3 surah al-Maidah? Bincangkan.

2.

Nyatakan pendapat-pendapat yang lain mengenai ayat yang terakhir diturunkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

4.4

PENURUNAN AL-QURAN



67

SEBAB NUZUL

Pengetahuan mengenai sebab nuzul membolehkan anda memahami pentafsiran sesuatu ayat dengan lebih jelas. Oleh itu amatlah penting untuk anda mempunyai serba sedikit ilmu mengenai sebab nuzul. Namun demikian apa yang anda akan pelajari dalam bahagian ini adalah sebahagian kecil sahaja daripada tajuk sebab nuzul sebagai asas pemahaman. Ini adalah kerana perbahasan mengenai sebab nuzul adalah sangat luas dan mendalam.

4.4.1

Pengertian Sebab Nuzul

Sebab nuzul bermaksud turunnya satu ayat atau beberapa ayat atau surah adalah disebabkan sesuatu peristiwa atau keadaan. Mari kita lihat pengertiannya menurut beberapa ulama (rujuk Jadual 4.1). Jadual 4.1: Pengertian Nuzul oleh Beberapa Ulama Ulama

Pengertian

Dr. Muhammad Khazir al-Majali (2003)

Sebab nuzul adalah berlakunya satu perkara dan disebabkan perkara itu diturunkan ayat atau surah. Perkara ini sama ada sesuatu peristiwa mengenai individu atau masyarakat ataupun sesuatu persoalan yang diutarakan kepada Nabi s.a.w.

Subhi al-Saleh (1998)

Turun ayat atau ayat-ayat untuk menerangkan sesuatu atau memberikan jawapan atau menerangkan hukum pada masa ianya terjadi.

MannaÊ al-Qattan (1998)

Sebab nuzul ialah sesuatu perkara yang terjadi dan kerananya al-Quran diturunkan pada masa itu sama ada ia satu peristiwa atau persoalan.

4.4.2

Pembahagian Sebab Nuzul

Berdasarkan pengertian sebab nuzul, kita boleh membahagikan ayat atau surah yang diturunkan kepada dua bahagian, iaitu: (a)

Apabila terjadinya sesuatu peristiwa maka turunlah ayat al-Quran mengenai peristiwa tersebut. Contohnya peristiwa yang menyebabkan turunnya surah al-Lahab.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

68 

(b)

TOPIK 4

PENURUNAN AL-QURAN

Apabila Rasulullah s.a.w. diajukan pertanyaan mengenai sesuatu hal, maka turunlah ayat al-Quran menjawab persoalan itu dan menerangkan hukumnya. Contohnya persoalan yang diajukan oleh Khawlah binti ThaÊlabah yang diziharkan oleh suaminya ÂAus bin Samit.

Pembahagian al-Quran berdasarkan sebab nuzul juga boleh dikategorikan kepada dua bahagian yang umum (Khazir al-Majali, 2003): (a)

Bahagian al-Quran yang diturunkan tanpa sebab nuzul mengikut kebijaksanaan Allah s.w.t. Ia diturunkan bagi tujuan tarbiyah kepada umat dan hidayah Allah s.w.t. kepada makhluknya. Boleh dikatakan bahagian ini lebih dominan daripada bahagian ayat yang mempunyai sebab nuzul dan kebiasaannya bagi ayat-ayat Makkiyyah.

(b)

Bahagian al-Quran yang diturunkan dengan sebab nuzul. Kebiasaannya bagi ayat-ayat Madaniyyah yang membahaskan persoalan syariat.

SEMAK KENDIRI 4.3 1.

Kemukakan pendapat yang masyhur mengenai ayat terakhir yang diturunkan.

2.

Jelaskan faedah mengetahui sebab nuzul.

AKTIVITI 4.3 1.

Senaraikan buku-buku mengenai sebab nuzul berserta nama pengarangnya.

2.

Semasa sesi tutorial bincangkan dengan rakan-rakan anda mengenai sebab turun surah al-Lahab dan sebab turun ayat yang menjawab persoalan Khawlah binti ThaÊlabah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

PENURUNAN AL-QURAN



69



Penurunan al-Quran bermaksud pemberitahuan Allah s.w.t. mengenai kalamNya untuk difahami.



Al-Quran turun secara serentak dari Luh Mahfiz ke Baitul ÂIzzah di langit dunia pada malam yang diberkati iaitu Lailatul Qadar dalam bulan Ramadan.



Hikmah penurunan al-Quran secara serentak adalah untuk mengagungkan darjat kitab ini dan sekali gus mengangkat kedudukan Rasulullah s.a.w.



Selepas diturunkan secara serentak, al-Quran kemudiannya diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun ke dalam hati Rasulullah s.a.w.



Terdapat banyak hikmah penurunan al-Quran secara beransur-ansur dan yang utamanya ialah untuk memberikan semangat dan dorongan kepada Rasulullah s.a.w. dalam berdakwah.



Ayat yang pertama diturunkan ialah ayat 1 hingga 5 surah al-ÂAlaq.



Ayat yang terakhir diturunkan ialah ayat 281 surah al-Baqarah kerana ayat ini diturunkan dalam tempoh yang singkat sebelum kewafatan Baginda s.a.w.



Sebab nuzul ialah turunnya ayat atau surah yang menjelaskan sesuatu peristiwa atau menjawab persoalan pada masa ia terjadi.



Pembahagian al-Quran berdasarkan sebab nuzul boleh dikategorikan kepada dua bahagian yang umum iaitu tanpa sebab nuzul dan dengan sebab nuzul.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

70 

TOPIK 4

PENURUNAN AL-QURAN

ÂIlam

Makkiyyah

Ahli Kitab

Maksud hakiki

Baitul ÂIzzah

Maksud majazi

Dakwah

Nuzul al-Quran

Gua HiraÊ

Peristiwa

Inzal

Persoalan

Lailatul Qadar

Sebab nuzul

Luh Mahfuz

Ummi

Madaniyyah

MannaÊ Qattan. (1998). Mabahith fi ulum al-Quran. Beirut: Muassah al-Risalah. Muhammad Abdul ÂAzim al-Zarqany. (2003). Manahil al-ÂIrfan fi Âulum al-Quran. Beirut: Dar al-Fikr. Muhammad Khazir al-Majali. (2003). Al-Wajiz fi Âulum al-Kitab al-ÂAziz. Kuala Lumpur: Muassasah al-Bayan. Sofiah Shamsuddin. (2006). Al-Madkhal ila dirasat Âulum al-Quran. Selangor: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Subhi al-Saleh. (1998). Mabahith fi Âulum al-Quran. Beirut: Dar al-ÂIlm li al-Malayiin.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik



5

Pengumpulan dan Penulisan al-Quran

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menjelaskan maksud pengumpulan al-Quran;

2.

Mengenal pasti cara pengumpulan dan penulisan al-Quran pada zaman Rasulullah s.a.w.;

3.

Menjelaskan sebab dan cara pengumpulan al-Quran pada zaman Saidina Abu Bakar r.a.;

4.

Menghuraikan sebab dan cara pengumpulan al-Quran pada zaman Usman bin ÂAffan r.a.; dan

5.

Membincangkan perkembangan penulisan al-Quran pada zaman Umayyah sehingga zaman sekarang.

 PENGENALAN Topik ini adalah kesinambungan topik sebelumnya iaitu membahaskan bagaimana al-Quran dikumpul dan ditulis pada tiga zaman utama iaitu zaman Rasulullah s.a.w., zaman Saidina Abu Bakar dan zaman Usman bin ÂAffan. Dalam topik ini anda akan terlebih dahulu akan dijelaskan maksud pengumpulan al-Quran dan seterusnya mengenal pasti cara pengumpulan dan penulisan al-Quran pada ketiga-tiga zaman. Anda juga akan dapat mempelajari perbezaan pengumpulan al-Quran pada zaman Saidina Abu Bakar dan Usman. Pada akhir topik ini kita akan membincangkan perkembangan penulisan alQuran pada zaman Umayyah sehingga sekarang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

72 

5.1

TOPIK 5

PENGUMPULAN DAN PENULISAN AL-QURAN

MAKSUD PENGUMPULAN AL-QURAN

Pengumpulan al-Quran boleh membawa dua maksud; pengumpulan bermaksud menghafalnya dan pengumpulan bermaksud penulisan. Pengumpulan al-Quran bermaksud menghafalnya dalam hati sepertimana yang dinyatakan oleh Allah s.w.t. dalam firmanNya yang ditujukan kepada Nabi s.a.w.:

#sŒÎ*sù ∩⊇∠∪ …çμtΡ#u™öè%uρ …çμyè÷Ηsd $uΖøŠn=tã ¨βÎ) ∩⊇∉∪ ÿ⎯ÏμÎ/ Ÿ≅yf÷ètGÏ9 y7tΡ$|¡Ï9 ⎯ÏμÎ/ õ8ÌhptéB Ÿω ∩⊇®∪ …çμtΡ$uŠt/ $uΖøŠn=tã ¨βÎ) §ΝèO ∩⊇∇∪ …çμtΡ#u™öè% ôìÎ7¨?$$sù çμ≈tΡù&ts% Maksudnya:

Janganlah Engkau (Wahai Muhammad) ă kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu ă menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu). Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan). Al-Qiyamah(75): 16-19 Penulisan al-Quran pula bermaksud ialah secara keseluruhannya sama ada menulis ayat-ayat atau surah dalam keadaan terpisah-pisah, atau tersusun ayat dan surah sahaja di dalam satu atau lebih mushaf. Keadaan yang kedua ini akan dijelaskan di dalam bahagian berikutnya.

5.2

PENGUMPULAN DAN PENULISAN AL-QURAN PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W.

Pada zaman Rasulullah s.a.w. terdapat dua cara pengumpulan al-Quran iaitu dengan menghafaznya dan menulisnya. Mari kita sama-sama fahami keduakedua cara ini dalam perbincangan seterusnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

5.2.1

PENGUMPULAN DAN PENULISAN AL-QURAN



73

Pengumpulan al-Quran Bermaksud Menghafaznya

Rasulullah s.a.w. merupakan hafiz al-Quran yang pertama (Saiyidul Huffaz) dan menjadi ikutan yang terbaik dalam menghafaz al-Quran dalam kalangan para sahabat. Namun seperti yang telah kita pelajari al-Quran diturunkan selama 23 tahun dan semasa proses penurunannya, kadangkala hanya satu ayat sahaja yang diturunkan dan kadangkala sampai sepuluh ayat. Setiap kali ayat diturunkan ia akan terus dihafaz oleh Baginda s.a.w. dan para sahabat. Bangsa Arab merupakan bangsa yang mempunyai daya ingatan yang kuat. Oleh kerana kebolehan mereka yang luar biasa dalam menghafaz, sesiapa sahaja yang memeluk Islam boleh terus menghafaz al-Quran sejak ia diturunkan (Mohd. Yusuf, 2005). Hampir kesemua para sahabat mampu menghafaz al-Quran sama ada sebahagiannya atau keseluruhannya. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam kitab Sahihnya bahawa terdapat tujuh orang dalam kalangan sahabat yang hafiz. Mereka ialah Abdullah bin MasÊud, Salim bin MuÊaqqal, Muaz bin Jabal, Ubay bin KaÊab, Zaid bin Thabit, Abu Zaid bin al-Sakan dan Abu DardaÊ. Rasulullah s.a.w. sentiasa menggalakkan para sahabat untuk menghafaz al-Quran. Oleh itu al-Quran pada zaman Baginda telah banyak terkumpul dan terhimpun dalam dada para penghafaz al-Quran dalam kalangan sahabat. Begitulah cara ia dikumpulkan pada ketika itu melalui hafazan dan kekal menjadi cara yang terbaik sepanjang zaman.

5.2.2

Pengumpulan al-Quran Bermaksud Penulisan

Pada zaman Rasulullah s.a.w. tumpuan utama adalah kepada hafazan al-Quran dan bukan kepada penulisan kerana al-Quran diturunkan dengan hikmah dan kebijaksanaan Allah s.w.t. kepada Nabi yang ummi dan umat yang ummiyyin. Tambahan pula peralatan menulis pada ketika itu amat terhad dan sukar diperolehi menyebabkan kecenderungan mereka adalah lebih kepada hafazan berbanding penulisan. Namun demikian ia tidaklah bermaksud al-Quran tidak ditulis sama sekali pada zaman Rasulullah s.a.w. Ini terbukti apabila Baginda s.a.w. telah melantik beberapa orang penulis wahyu dalam kalangan sahabat seperti Ali, Muawiyah, Ubay bin KaÊab dan Zaid bin Thabit. Apabila turunnya ayat al-Quran Baginda s.a.w. akan memerintahkan mereka menulisnya dengan panduan daripada beliau untuk meletakkan ayat-ayat di dalam surahnya yang betul. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

74 

TOPIK 5

PENGUMPULAN DAN PENULISAN AL-QURAN

Di samping itu terdapat sebahagian sahabat yang menulis al-Quran dengan kemahuan mereka sendiri tanpa disuruh oleh Rasulullah s.a.w. Mereka menulisnya di atas pelepah kurma, kulit binatang, batu, tulang dan alat-alat lain yang sesuai digunakan pada waktu itu. Para sahabat sentiasa merujuk kepada Rasulullah s.a.w. mengenai hafazan dan penulisan al-Quran (MannaÊ al-Qattan, 1998). Apabila turunnya wahyu ia akan segera dihafaz oleh para qurraÊ dan ditulis oleh para penulis. Namun pada ketika itu tiada keperluan untuk meletakkannya di dalam satu mushaf. Ini disebabkan oleh faktor-faktor berikut: (a)

Nabi masih menerima wahyu dari semasa ke semasa;

(b)

Terdapat ayat yang menasikhkan ayat yang turun sebelumnya; dan

(c)

Susunan atau tertib penulisan tidak mengikut tertib penurunan tetapi setiap ayat yang turun dituliskan di tempat yang sesuai dengan petunjuk Nabi s.a.w.

Apabila Rasulullah s.a.w. wafat al-Quran telah terkumpul dalam dada para sahabat dan tertulis di dalam lembaran-lembaran dengan lengkap tetapi tidak terkumpul di dalam satu mushaf. Imam al-Zarkasyi berkata, „Al-Quran tidak dituliskan di dalam satu mushaf pada zaman Nabi s.a.w. supaya ia tidak berubah pada setiap waktu. Oleh sebab itu penulisannya dilakukan setelah al-Quran selesai turun kesemuanya iaitu setelah wafatnya Rasulullah s.a.w. (MannaÊ al-Qattan, 1998). Usaha pengumpulan dan penulisan semula al-Quran kemudiannya dilakukan oleh KhulafaÊ al-Rasyidin sesuai dengan janji Allah s.w.t. untuk memelihara al-Quran. Perkara ini akan dibincangkan di dalam bahagian seterusnya.

SEMAK KENDIRI 5.1 Berikan perbezaan pengumpulan al-Quran dengan cara hafazan dan penulisan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

5.3

PENGUMPULAN DAN PENULISAN AL-QURAN



75

PENGUMPULAN AL-QURAN PADA ZAMAN SAIDINA ABU BAKAR AL-SIDDIQ R.A.

Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. khalifah pertama yang dilantik ialah Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. Beliau menjalankan urusan pemerintahan dan menghadapi pelbagai cabaran dalam memastikan agama Islam dapat dipertahankan. Antara cabaran beliau yang berat ialah mengumpulkan al-Quran di dalam satu mushaf. Mari kita bincangkan dengan lebih mendalam lagi sebab yang mendorong Saidina Abu Bakar r.a. dan para sahabat melakukan usaha ini.

5.3.1

Sebab Pengumpulan

Kita telah ketahui al-Quran sudah lengkap ditulis pada zaman Nabi s.a.w. tetapi masih berserakan pada kepingan kulit, tulang dan sebagainya. Kemudian Saidina Abu Bakar r.a. memerintahkan agar lembaran-lembaran itu dikumpulkan di dalam satu mushaf. Ini disebabkan oleh satu peristiwa besar yang beliau hadapi dalam pemerintahannya iaitu kemurtadan sebahagian besar orang Arab. Beliau telah menghantar pasukan untuk memerangi orang-orang yang murtad dan telah menyebabkan berlakunya peperangan Yamamah pada tahun 12H. Dalam peperangan itu seramai lebih kurang 70 orang sahabat yang terdiri daripada para huffaz dan qurraÊ telah mati syahid. Saidina Umar al-Khattab berasa risau dengan keadaan ini kerana peperangan ini telah menyebabkan ramai qari yang gugur dan sekiranya berlaku peperangan-peperangan yang lain akan bertambah ramai lagilah para penghafaz yang terbunuh sehingga al-Quran akan hilang bersama-sama mereka. Justeru Saidina Umar al-Khattab bertemu dengan Saidina Abu Bakar r.a. untuk mencadangkan supaya al-Quran dikumpulkan. Peristiwa ini ada diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitabnya yang menyebut bahawa Zaid bin Thabit berkata, „Abu Bakar telah memanggilku untuk memberitahu mengenai berita

korban peperangan Yamamah. Ketika itu Saidina Umar sudah pun ada bersamanya. Lalu Abu Bakar berkata: „Umar telah datang kepadaku dan mengatakan bahawa perang di Yamamah telah mengorbankan ramai daripada kalangan penghafaz al-Quran dan beliau bimbang akan ramai lagi para penghafaz yang akan terbunuh di tempat-tempat yang lain sehingga sebahagian besar al-Quran akan hilang. Beliau mencadangkan kepadaku untuk memerintahkan seseorang bagi mengumpulkan al-Quran. Maka aku katakan kepadanya bagaimana kita hendak melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w? Tetapi Umar menjawab: „Demi Allah, usaha ini adalah satu perkara yang baik‰. Beliau sentiasa datang memujukku sehinggalah Allah s.w.t. membuka hatiku untuk bersetuju‰. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

76 

TOPIK 5

PENGUMPULAN DAN PENULISAN AL-QURAN

Zaid berkata lagi, „Abu Bakar berkata kepadaku: Sesungguhnya engkau adalah

seorang pemuda yang bijak dan kami tidak meragui kemampuanmu. Engkau juga menulis wahyu untuk Rasulullah s.a.w. maka cari dan kumpulkanlah al-Quran. Kata Zaid lagi, „Demi Allah, sekiranya mereka memintaku untuk memindahkan gunung adalah lebih mudah daripada perintah mengumpulkan alQuran. Oleh itu aku bertanya kepada mereka: Mengapa kamu berdua melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.? Abu Bakar menjawab: Demi Allah perkara itu adalah baik. Abu Bakar tetap memujukku sehingga Allah s.w.t. membuka hatiku seperti Dia membuka hati Abu Bakar. Justeru itu aku mula mengumpulkan al-Quran dari pelepah kurma, kepingan-kepingan batu dan hafazan para huffaz sehingga akhirnya aku mendapatkan akhir surah at-Taubah ada bersama Abu Khuzamah al-Ansari seorang sahaja iaitu ayat:

ëȃÌym óΟšGÏΨtã $tΒ Ïμø‹n=tã ͕tã öΝà6Å¡àΡr& ô⎯ÏiΒ Ñ^θß™u‘ öΝà2u™!%y` ‰ ô s)s9 Iω ª!$# š_É<ó¡ym ö≅à)sù (#öθ©9uθs? βÎ*sù ∩⊇⊄∇∪ ÒΟŠÏm§‘ Ô∃ρâ™u‘ š⎥⎫ÏΖÏΒ÷σßϑø9$$Î/ Νà6ø‹n=tæ ∩⊇⊄®∪ ÉΟŠÏàyèø9$# ĸöyèø9$# >u‘ uθèδuρ ( àMù=2uθs? Ïμø‹n=tã ( uθèδ ωÎ) tμ≈s9Î) Maksudnya:

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): „cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.‰ At-Taubah(9) 128-129 Selepas dikumpulkan oleh Zaid naskhah al-Quran itu disimpan di rumah Saidina Abu Bakar al-Siddiq sehingga beliau meninggal. Kemudian disimpan pula oleh Saidina Umar sehingga beliau meninggal dan seterusnya berada dalam simpanan Hafsah binti Umar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

5.3.2

PENGUMPULAN DAN PENULISAN AL-QURAN



77

Cara Pengumpulan

Berdasarkan riwayat daripada Imam al-Bukhari tadi kita boleh mendapatkan maklumat mengenai cara Zaid mengumpulkan al-Quran. Zaid sangat teliti dan berhati-hati dalam melakukan usaha ini. Kenyataan Zaid „Aku mendapatkan akhir surah al-Taubah ada bersama Abu Khuzamah al-Ansari seorang sahaja‰ bermaksud bahawa beliau mendapatkan ayat tersebut dalam keadaan tertulis oleh Abu Khuzamah al-Ansari. Ini menunjukkan beliau berpegang pada kedua-dua hafazan dan tulisan. Dengan kata lain, beliau tidak akan menerima ayat-ayat yang dihafaz tanpa sokongan daripada penulisan atau catatan mengenai ayat-ayat tersebut. Ibnu Abu Daud meriwayatkan melalui Yahya bin Abdul Rahman bin Hatib yang mengatakan: Umar berkata, „Sesiapa yang menerima daripada Rasulullah sesuatu dari al-Quran hendaklah ia menyampaikannya‰. Mereka menulis al-Quran pada lembaran kertas, kayu dan pelepah tamar dan Zaid tidak menerima daripada seseorang mengenai al-Quran tanpa penyaksian dua orang saksi (MannaÊ al-Qattan, 1998). Ini menunjukkan Zaid tidak akan berpuas hati dengan penulisan semata-mata tanpa penyaksian daripada orang yang mendengarnya secara langsung daripada Rasulullah s.a.w. Dua orang saksi ini bermaksud mereka menyaksikan catatan itu ditulis di hadapan Rasulullah s.a.w. Abu Syamah berkata, „Zaid tidak menulis al-Quran kecuali diambil dari sumber yang asal yang dicatat di hadapan Nabi dan bukan sekadar hafazan sahaja‰. Oleh yang demikian jelas di sini bahawa Zaid telah melakukan satu usaha yang amat besar dalam mengumpul dan menulis al-Quran. Beliau menggunakan dua kaedah iaitu melalui catatan atau penulisan dan hafazan para sahabat bagi memastikan ketepatan ayat yang ditulis.

AKTIVITI 5.1 1.

Bincangkan bersama rakan-rakan anda sebab utama mendorong Saidina Abu Bakar mengumpulkan al-Quran.

yang

2.

Ketika diminta untuk mengumpulkan al-Quran, Zaid telah berkata, „Demi Allah, sekiranya mereka memintaku untuk memindahkan

gunung adalah lebih mudah daripada perintah mengumpulkan al-Quran‰. Apakah maksud kata-katanya ini?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

78 

TOPIK 5

PENGUMPULAN DAN PENULISAN AL-QURAN

SEMAK KENDIRI 5.2 Bandingkan cara al-Quran ditulis pada zaman Rasulullah s.a.w. dan zaman Saidina Abu Bakar.

5.4

PENULISAN AL-QURAN PADA ZAMAN USMAN BIN ‘AFFAN R.A.

Para pelajar sekalian, para ulama berpendapat bahawa al-Quran telah dikumpulkan dengan lengkap pada zaman Saidina Abu Bakar. Namun perkara ini tidak terhenti setakat pada zaman beliau sahaja kerana pada zaman Saidina Usman timbul permasalahan yang lain kerana al-Quran tidak disusun dalam satu mushaf. Para sahabat mempunyai mushaf masing-masing seperti mushaf Ali, mushaf Ubay dan mushaf Ibnu MasÊud dan mushaf-mushaf ini tidak ditulis dengan kemas seperti mushaf Abu Bakar. Ini menyebabkan wujudnya perbezaan cara bacaan kerana para pembaca al-Quran membaca mengikut susunan mushaf dan cara bacaan sahabat yang pelbagai. Mari kita bincangkan dengan lebih lanjut lagi sebab Saidina Usman menyalin semula al-Quran dan menulisnya dalam satu mushaf sahaja.

5.4.1

Sebab Penulisan

Pada zaman Khalifah Usman bin Affan penyebaran Islam bertambah luas dan para pembaca al-Quran tersebar ke pelbagai wilayah jajahan Islam. Penduduk di setiap wilayah membaca al-Quran mengikut qari yang diutus ke wilayah mereka. Sebagai contoh, penduduk Syam membaca mengikut bacaan Ubay bin KaÊab, penduduk Kufah pula mengikut bacaan Ibnu MasÊud dan penduduk yang lain membaca mengikut bacaan Abu Musa al-AshÊari (Mohd. Yusuf, 2005). Cara pembacaan ini berbeza-beza mengikut qari yang membaca mengikut perbezaan huruf dalam penurunan al-Quran. Kadangkala apabila penduduk dari wilayah yang berbeza berkumpul di satu tempat yang sama mereka akan berasa pelik dengan bacaan sesama mereka. Sehinggakan timbul pergaduhan kerana hendak mempertahankan bacaan masing-masing adalah yang baik dan menyalahkan bacaan yang lain. Permasalahan ini menjadi lebih serius lagi apabila berlakunya peperangan Armenia dan Azerbaijan dengan penduduk Iraq pada tahun 25H. Dalam peperangan tersebut seorang sahabat bernama Huzaifah bin al-Yaman telah Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

PENGUMPULAN DAN PENULISAN AL-QURAN



79

menyaksikan perselisihan dan persengketaan dalam kalangan orang Islam kerana berlainan bacaan al-Quran. Sebahagian bacaan mereka bercampur dengan kesalahan tetapi masing-masing mempertahankannya serta menolak bacaan yang lain; bahkan sehingga ke tahap mengkafirkan antara satu sama lain. Oleh yang demikian Huzaifah terus berjumpa dengan Khalifah Usman untuk melaporkan keadaan tersebut. Beliau mencadangkan supaya tindakan sewajarnya diambil bagi menyelamatkan keadaan dan mencegah berlakunya pergaduhan yang besar dalam kalangan umat Islam. Tindakan tersebut ialah menulis semula al-Quran dalam satu mushaf sahaja dan menyalinnya dalam beberapa salinan untuk dihantar ke wilayah-wilayah Islam. Semua orang Islam hendaklah membaca al-Quran mengikut yang tertulis. Apabila mendengar cadangan Huzaifah, Khalifah Usman bersetuju menulis semula al-Quran demi menyelamatkan dan menyatukan umat Islam dalam bacaan al-Quran (Mohd. Yusuf, 2005). Kesimpulannya sebab al-Quran ditulis pada zaman Saidina Usman ialah berlakunya perbezaan bacaan al-Quran yang menyebabkan persengketaan dalam kalangan umat Islam.

5.4.2

Cara Penulisan

Mushaf Abu Bakar merupakan mushaf yang paling kemas dan baik susunannya berbanding dengan mushaf sahabat yang lain. Ini kerana mushaf yang lain tidak dikumpul dengan tertib dan mengandungi ayat-ayat yang bacaannya tidak dimansukh. Oleh kerana itu, perkara pertama yang dilakukan oleh Usman untuk menyalin semula al-Quran ialah meminjam mushaf Abu Bakar yang disimpan oleh Hafsah binti Umar. Kemudian beliau melantik jawatankuasa penulisan yang terdiri daripada Abdullah bin Zubair, Said bin al-ÂAs, Abdul Rahman bin al-Harith dan diketuai oleh Zaid bin Thabit. Mereka disuruh oleh Saidina Usman supaya menyalin semula mushaf Abu Bakar dengan baik dan sekiranya terdapat perbezaan pada bahasanya maka mereka hendaklah menulisnya dalam bahasa Quraisy kerana al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab Quraisy (Al-Sabuni, 2003). Al-Quran pada ketika ini ditulis tanpa titik dan baris untuk meraikan qiraat yang tujuh maka ia boleh dibaca dengan tujuh jenis bacaan. Jawatankuasa itu melaksanakan perintah Khalifah dan apabila telah selesai menyalinnya ke beberapa mushaf Saidina Usman mengembalikan mushaf yang asal kepada Hafsah. Menurut Imam al-Suyuti penulisan ini dibuat dalam lima naskhah untuk dihantar ke bandar-bandar besar Islam seperti di Kufah, Basrah, Mekah, Yaman dan Madinah dan dinamakan sebagai Mushaf al-Imam (Al-Suyuti, 2004). Ada pendapat lain mengatakan terdapat enam naskhah yang Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

80 

TOPIK 5

PENGUMPULAN DAN PENULISAN AL-QURAN

dihantar ke Mekah, Kufah, Basrah, Syam dan Madinah serta satu naskhah yang disimpan sendiri oleh Saidina Usman. Mushaf-mushaf lain yang ada ditulis sendiri oleh sahabat pada hayat Rasulullah s.a.w. atau selepasnya hendaklah dibakar. Semua orang diperintahkan membaca al-Quran sebagaimana mushaf yang disalin oleh Zaid dan tiga orang sahabat yang lain. Mushaf inilah yang dinamakan sebagai Mushaf Uthmani yang dibaca sehingga sekarang. Mushaf ini kemudiannya ditambah titik dan baris pada zaman Umayyah yang akan dibincangkan pada bahagian seterusnya.

5.4.3

Perbezaan Pengumpulan al-Quran pada Zaman Saidina Abu Bakar dan Saidina Usman

Sebelum kita membincangkan perkembangan penulisan al-Quran pada zaman Umayyah, marilah kita rumuskan perbezaan pengumpulan al-Quran pada zaman Saidina Abu Bakar dan Saidina Usman. Terdapat beberapa perbezaan pengumpulan al-Quran pada kedua-dua zaman ini seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 5.1. Jadual 5.1: Tiga Perbezaan Utama dalam Pengumpulan al-Quran pada Zaman Saidina Abu Bakar dan Saidina Usman Saidina Abu Bakar

Saidina Usman Sebab Pengumpulan



Saidina Abu Bakar mengumpulkan al-Quran kerana kebimbangan beliau ramainya para penghafaz al-Quran yang syahid akan menyebabkan al-Quran turut hilang bersama mereka.



Manakala beliau menulis kembali al-Quran kerana banyaknya perbezaan bacaan al-Quran dalam kalangan umat Islam dan mereka bertelagah kerana perkara ini.

Cara Pengumpulan 

Saidina Abu Bakar mengumpulkan al-Quran dengan memindahkan semula tulisan atau catatan al-Quran yang berserakan pada pelepah tamar, tulang dan kulit dalam satu mushaf. Ayat-ayat dan surah-surahnya tersusun serta merangkumi tujuh huruf sebagaimana al-Quran diturunkan.



Manakala pengumpulan yang dilakukan Saidina Usman adalah menyalinnya dalam satu huruf dari mushaf asal iaitu mushaf Abu Bakar.

Penggunaaan Huruf 

Mushaf Abu Bakar menggunakan tujuh huruf al-Quran yang diturunkan.



Mushaf Uthmani hanya menggunakan satu huruf sahaja.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

PENGUMPULAN DAN PENULISAN AL-QURAN



81

AKTIVITI 4.2 1.

Mengapakah Zaid bin Thabit dipilih sebagai ketua penulisan al-Quran pada zaman Saidina Abu Bakar dan Saidina Usman? Bincangkan.

2.

Huraikan perbezaan pengumpulan al-Quran pada zaman Saidina Abu Bakar dan Saidina Usman.

5.5

PENULISAN AL-QURAN PADA ZAMAN UMAYYAH SEHINGGA SEKARANG

Al-Quran telah siap disalin dan ditulis dalam satu mushaf pada zaman Saidina Usman. Namun demikian ia tidak mempunyai titik dan baris. Usaha ini dilakukan pada zaman Muawiyah bin Abi Sufian.

5.5.1

Pada Zaman Umayyah

Al-Quran diletakkan titik dan baris bertujuan memudahkan orang bukan Arab membaca al-Quran. Usaha meletakkan titik dan baris ini dilakukan sejak akhir zaman pemerintahan Ali bin Abi Talib atau dalam zaman Muawiyah bin Abi Sufian. Ia dilakukan oleh Abu al-Aswad al-Duali dan berlarutan sehingga zaman Abdul Malik bin Marwan (Mohd. Yusuf, 2005). Pada pemerintahan Abdul Malik ini juga diletakkan titik bagi huruf-huruf yang serupa seperti nun, ba, ta dan tha. Usaha ini dilakukan oleh dua orang ahli bahasa iaitu Nasrun bin ÂAsim al-Laithy dan Yahaya bin YaÊmar al-ÂAdwany. Kemudian usaha ini disempurnakan lagi oleh Sheikh Khalil bin Ahmad pada zaman pemerintahan Abbasiah. Usaha memperkemaskan lagi Rasm Uthmani ini tidak sempurna dalam satu tempoh masa sahaja, bahkan berterusan dibuat penambahbaikkan secara berperingkat daripada satu generasi ke generasi lain. Apabila membangunnya sesuatu zaman, bertambahlah keperluan manusia kepada memudahkan rasm ini. Abu Abdul Rahman merupakan orang yang pertama meletakkan tanda hamzah, tasydid, isymam dan raum. Abu Hatim al-Sajastany pula menulis sebuah kitab mengenai titik dan baris al-Quran sehingga hampir sempurna penulisan Rasm Uthmani. Pada akhir kurun 3H rasm ini telah sampai ke tahap yang sempurna dan baik (Subhi al-Saleh, 1988).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

82 

TOPIK 5

PENGUMPULAN DAN PENULISAN AL-QURAN

Penambahbaikkan Rasm Uthmani telah melalui tiga proses (rujuk Rajah 5.1):

Rajah 5.1: Tiga proses penambahbaikkan Rasm Uthmani

5.5.2

Pada Zaman Sekarang

Berbeza dengan zaman Umayyah dan zaman sebelumnya, kini al-Quran telah pun sempurna dan kemas ditulis menggunakan Rasm Uthmani. Namun di Malaysia dan negara-negara sekitarnya terdapat segolongan umat Islam yang tidak menggunakan al-Quran rasm ini. Sebagai contoh, ada yang menggunakan al-Quran al-Majid dan al-Quran al-Karim untuk membaca al-Quran. Walau bagaimanapun, usaha kerajaan dan badan-badan pertubuhan Islam yang berkaitan al-Quran menyebarkan maklumat mengenai al-Quran Rasm Uthmani dan penggunaannya menyebabkan ia semakin digunakan dengan meluas dalam kalangan masyarakat. Pada masa kini tiada lagi penambahbaikkan rasm tetapi lebih tumpuan diberi kepada penjagaan dan pemeliharaan al-Quran. Berikut adalah beberapa langkah yang telah dilakukan oleh umat Islam sekarang dalam usaha memelihara dan memudahkan pembacaan al-Quran (rujuk Rajah 5.2):

Rajah 5.2: Langkah-langkah dalam usaha memelihara dan memudahkan pembacaan al-Quran

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

PENGUMPULAN DAN PENULISAN AL-QURAN



83

Sekarang, mari kita bincang langkah-langkah tersebut satu persatu. (a)

Pembukuan Mushaf Banyak al-Quran yang ditulis kembali dan diberi corak serta tulisan yang lebih menarik. Di Malaysia, pelbagai pihak telah melakukan beberapa inisiatif bagi mempelbagaikan bentuk penulisan al-Quran seperti Mushaf Malaysia, Al-Quran Waqaf dan IbtidaÊ, Al-Quran bertajwid dan lain-lain. Antara badan yang melakukan pencetakan dan pembukuan al-Quran ialah Yayasan Restu dan Percetakan Saufi yang juga membuat kerja-kerja pelupusan al-Quran.

(b)

Penubuhan Sekolah dan Maahad Tahfiz Penjagaan al-Quran melalui hafazan seperti pada zaman Rasulullah s.a.w. juga berlaku pada zaman sekarang. Kaedah ini memberikan kesan yang optimum kerana hafazan al-Quran dalam dada para huffaz merupakan pemeliharaan al-Quran yang terbaik. Penubuhan sekolah dan maahad tahfiz yang banyak di seluruh dunia membuktikan Allah memelihara al-Quran dengan lahirnya lebih ramai para penghafaz al-Quran daripada generasi ke generasi.

(c)

Terjemahan al-Quran Penterjemahan al-Quran ke bahasa lain seperti bahasa Malaysia, bahasa Cina, bahasa Urdu, bahasa Inggeris, bahasa Perancis dan lain-lain akan menjadikan al-Quran mudah untuk difahami. Melalui kaedah ini orang yang bukan berbangsa Arab terutamanya yang baru memeluk Islam akan lebih dapat mendalami isi al-Quran dan seterusnya menjadikan bacaan al-Quran lebih tersebar luas.

(d)

Al-Quran Digital Al-Quran pada suatu ketika hanya boleh didapati dalam bentuk mushaf yang bercetak. Namun kini seiring dengan kemajuan teknologi ia sudah boleh didapati dalam bentuk digital seperti CD, pen elektronik, MP3, Read pen, e-book, Ipod Quran dan sebagainya. Para pembaca al-Quran boleh membaca dan mendengar al-Quran dengan mudah serta mempelajari teknik tilawah yang betul.

(e)

Pemeliharaan Melalui Akta Di Malaysia, satu akta telah digubal bertujuan memelihara kesucian al-Quran dan menjaganya daripada diubah iaitu Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (Akta 326). Di bawah seksyen 5 akta ini satu lesen iaitu Lesen Mencetak atau Menerbit Teks al-Quran dikeluarkan bagi mana-mana individu atau syarikat yang ingin mencetak atau menerbit teks al-Quran. Selain itu, Majlis Fatwa Kebangsaan juga berperanan dalam meneliti segala Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

84 

TOPIK 5

PENGUMPULAN DAN PENULISAN AL-QURAN

hal yang berkaitan al-Quran termasuk memutuskan pengharaman penulisan al-Quran dengan tulisan bukan Arab atau bukan sistem tulisan al-Quran. Di samping itu terdapat juga Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran di Kementerian Dalam Negeri yang berfungsi mengawal dan memastikan semua bahan penerbitan dan teks al-Quran yang dicetak, diterbit, diimport dan diedar di dalam negara tidak mengandungi bahanbahan negatif yang tidak diingini dan tidak mengandungi kesilapan yang boleh menjejaskan al-Quran sehingga memudaratkan keselamatan negara, ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat. Segala usaha yang dilakukan dan kaedah yang digunakan adalah semata-mata untuk menjaga kesucian dan keagungan al-Quran. Ia juga bukti al-Quran adalah kitab yang syumul dan sentiasa dibaca merentasi zaman semenjak zaman Rasulullah s.a.w. lagi.

AKTIVITI 4.3 Semasa sesi tutorial, bincangkan dengan rakan-rakan anda mengenai kelebihan dan kekurangan al-Quran digital berbanding mushaf al-Quran yang dicetak.

SEMAK KENDIRI 4.3 1.

Ringkaskan isi kandungan Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (Akta 326).

2.

Berikan contoh al-Quran yang ditulis pada zaman Saidina Usman sebelum diletak titik dan baris.

3.

Nyatakan perbezaan penulisan al-Quran Rasm Uthmani dan bukan Rasm Uthmani.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

PENGUMPULAN DAN PENULISAN AL-QURAN



85



Pengumpulan al-Quran bermaksud hafazan atau penulisan.



Al-Quran pada zaman Rasulullah s.a.w. dihafaz dalam dada para sahabat dan ditulis oleh para penulis wahyu yang dilantik oleh Baginda.



Pada zaman Saidina Abu Bakar, al-Quran dikumpul dan disalin ke dalam satu mushaf kerana berlakunya peperangan yang mengorbankan ramai huffaz dan qurraÊ.



Saidina Abu Bakar telah melantik Zaid bin Thabit untuk mengetuai penulisan al-Quran pada zaman beliau.



Penulisan al-Quran pada zaman Saidina Usman adalah disebabkan perbezaan bacaan al-Quran dalam kalangan umat Islam.



Al-Quran yang ditulis pada zaman Saidina Usman menggunakan rasm yang dikenali sebagai Rasm Uthmani.



Pada zaman Umayyah, al-Quran diberikan titik dan baris dan seterusnya dibuat penambahbaikkan pada zaman Khalifah Marwan.



Sehingga kini al-Quran terus dipercantikkan dengan corak dan hiasan yang indah untuk menarik orang Islam membacanya.



Al-Quran akan terus dipelihara dengan pelbagai cara dan kaedah sehinggalah hari kiamat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

86 

TOPIK 5

PENGUMPULAN DAN PENULISAN AL-QURAN

Batu

Pelepah tamar

Hafiz

Quraisy

Huffaz

QurraÊ

KhulafaÊ al-Rasyidun

Saiyidul Huffaz

Kufah

Syam

Kulit binatang

Tulang

Murtad

Ummi

Mushaf

Ummiyyin

Jalaluddin Abdul Rahman al-Suyuti. (2004). Al-Itqan fi Âulum al-Quran. Kaherah: Dar al-Hadith. MannaÊ Qattan. (1998). Mabahith fi ulum al-Quran. Beirut: Muassah al-Risalah. Mohd. Yusuf Ahmad. (2005). Sejarah dan kaedah pendidikan al-Quran. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Muhammad Ali al-Sabuni. (2003). Al-Tibyan fi ulum al-Quran. Kaherah: Dar al-Sabuni. Subhi al-Saleh. (1998). Mabahith fi Âulum al-Quran. Beirut: Dar al-ÂIlm li al-Malayiin.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik  Ayat-ayat

6

Makki dan Madani

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menjelaskan maksud Makki dan Madani;

2.

Mengenal pasti ciri-ciri Makki dan Madani;

3.

Menjelaskan kriteria Makki dan Madani;

4.

Menghuraikan faedah mengetahui Makki dan Madani; dan

5.

Menerangkan karya-karya dalam bidang Makki dan Madani.

 PENGENALAN Topik yang keenam ini merupakan salah satu topik yang agak mudah dan senang untuk dipelajari. Ia adalah ilmu yang telah selesai perbahasannya kerana ulama kini tidak lagi mempunyai kemusykilan mengenai penetapan ayat-ayat Makki dan Madani. Namun begitu ilmu ini mempunyai faedah dan kepentingan untuk dipelajari. Topik ini akan membincangkan mengenai maksud Makki dan Madani dan ciriciri serta kriterianya. Selain itu anda juga akan dapat mengetahui karya-karya yang ditulis berkaitan ilmu ini dan faedah mempelajarinya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

88 

6.1

TOPIK 6

AYAT-AYAT MAKKI DAN MADANI

MAKSUD MAKKI DAN MADANI

Para ulama mempunyai pendapat masing-masing bagi memberikan pengertian Makki dan Madani. Mari kita perhatikan pendapat-pendapat ini untuk maksud Makki dan Madani yang didasarkan kepada keadaan yang tertentu (rujuk Jadual 6.1). Jadual 6.1: Takrif Makki dan Madani Mengikut Keadaan Tertentu Sumber

Takrif

MannaÊ al-Qattan (1998)

Pendapat pertama yang berdasarkan kepada waktu penurunan. Oleh itu Makki ialah ayat atau surah yang diturunkan sebelum hijrah meskipun bukan di Mekah dan Madani ialah yang diturunkan selepas hijrah sekalipun bukan di Madinah

Muhammad ibn Abd al-Rahman (1997)

Pendapat kedua yang berdasarkan kepada tempat penurunan. Oleh itu Makki ialah yang diturunkan di Mekah dan kawasan sekitarnya seperti Mina, Arafah dan Hudaibiyah sekalipun diturunkan selepas hijrah. Manakala Madani pula ialah yang diturunkan di Madinah dan kawasan sekitarnya seperti Uhud, QubaÊ dan Badar sekalipun diturunkan sebelum hijrah

Al-Suyuti (2004)

Pendapat ketiga yang berdasarkan sasaran kepada golongan yang tertentu. Oleh itu Makki ialah yang diturunkan sasarannya kepada penduduk Mekah dan Madani ialah yang diturunkan sasarannya kepada penduduk Madinah. Maka daripada takrif yang ketiga ini dikatakan ayat yang mengandungi lafaz (‫ )يا أيھا الناس‬ialah Makki dan ayat yang mengandungi lafaz (‫ )يا أيھا الذين آمنوا‬ialah Madani

Daripada ketiga-tiga takrif ini para ulama mengutamakan pendapat pertama iaitu yang berdasarkan kepada waktu penurunan. Ini adalah kerana ia lebih konsisten daripada pendapat yang lain. Hasil analisis ulama mendapati tidak semestinya ayat yang diturunkan di Mekah ialah Makki kerana terdapat ayat yang diturunkan di situ ialah Madani dan sebaliknya. Begitu juga terdapat surah Makki yang mengandungi lafaz (‫ )يا أيھا الذين آمنوا‬dan surah Madani yang mengandungi lafaz (‫ )يا أيھا الناس‬. Jadual 6.2 menjelaskan kesimpulan ketiga-tiga takrif Makki dan Madani mengikut faktor-faktor.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

AYAT-AYAT MAKKI DAN MADANI

 89

Jadual 6.2: Kesimpulan Takrif Makki dan Madani Mengikut Faktor-faktor Faktor

Makki

Madani

Waktu

Diturunkan sebelum hijrah

Diturunkan selepas hijrah

Tempat

Diturunkan di Mekah

Diturunkan di Madinah

Sasaran

Kepada penduduk Mekah

Kepada penduduk Madinah

6.2

CIRI-CIRI MAKKI DAN MADANI

Bolehkah kita mengenal pasti ayat-ayat Makki dan Madani? Sudah pasti boleh kerana para ulama telah menggariskan ciri-ciri tertentu bagi mengenali ayat-ayat Makki dan Madani. Sekarang mari kita perhatikan ciri-ciri tersebut.

6.2.1

Ciri-ciri Makki

Amnya, terdapat lapan ciri-ciri Makki yang diambil daripada kitab Mabahith fi ÂUlum al-Quran oleh MannaÊ al-Qattan (1988) dan kitab Al-Makki wa al-Madani fi al-Quran al-Karim oleh Dr. Muhammab ibn Abd al-Rahman (1997), iaitu: (a)

Setiap surah yang mengandungi sajadah. Di dalam al-Quran terdapat sebanyak 14 ayat yang disunatkan sujud sajadah.

(b)

Setiap surah yang mengandungi lafaz (‫)ك الﱠ‬. Lafaz ini hanya terdapat di bahagian separuh akhir al-Quran. Ia disebut sebanyak 33 kali di dalam 15 surah di dalam al-Quran.

(c)

Setiap surah yang mempunyai perkataan (‫ )وم ا أدراك‬dalam bentuk pertanyaan. Disebut sebanyak 13 kali di dalam 10 surah di dalam al-Quran.

(d)

Setiap surah yang dimulakan dengan huruf-huruf hijaiyyah seperti (‫)ال م‬, (‫ )الر‬dan (‫ )حم‬kecuali surah al-Baqarah dan Ali ÂImran.

(e)

Setiap surah yang dimulakan dengan lafaz (‫)الحم د‬. Terdapat lima surah Makkiyyah yang dimulakan dengan lafaz ini iaitu surah al-Fatihah, al-AnÊam, al-Kahfi, SabaÊ dan Fatir.

(f)

Setiap surah yang mengandungi lafaz (‫ )ي ا أيھ ا الن اس‬dan tidak mengandungi lafaz (‫)يا أيھا الذين آمنوا‬.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

90 

TOPIK 6

AYAT-AYAT MAKKI DAN MADANI

(g)

Setiap surah yang membahaskan kisah Nabi Adam a.s. dan Iblis kecuali surah al-Baqarah.

(h)

Setiap surah yang membincangkan kisah para Nabi dan umat-umat terdahulu.

6.2.2

Ciri-ciri Madani

Amnya, terdapat tujuh ciri-ciri Madani, iaitu: (a)

Setiap surah yang mengandungi kefarduan atau hudud seperti qisas, mencuri, zina, qazaf dan lain-lain.

(b)

Setiap surah yang menyebut perihal orang-orang munafik kecuali surah al-ÂAnkabut.

(c)

Setiap surah yang mengandungi lafaz (‫ )ي ا أيھ ا ال ذين آمن وا‬dan tidak mengandungi lafaz (‫) يا أيھا الناس‬.

(d)

Setiap surah yang mengandungi perdebatan dengan ahli kitab.

(e)

Setiap surah yang membahaskan mengenai jihad, galakan melakukan dan hukumnya.

(f)

Setiap surah yang membincangkan persoalan nikah dan cerai.

(g)

Setiap surah yang menyebut isu riba seperti yang disebut sebanyak lima kali di dalam surah al-Baqarah, sekali di dalam surah Ali ÂImran dan sekali di dalam surah al-NisaÊ.

AKTIVITI 6.1 Bincangkan bersama rakan-rakan anda semasa sesi tutorial mengenai perbezaan antara ciri-ciri Makki dan Madani.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

6.3

AYAT-AYAT MAKKI DAN MADANI

 91

KRITERIA MAKKI DAN MADANI

Setelah meneliti ciri-ciri khusus Makki dan Madani, mari kita lihat pula kriteria umum Makki dan Madani daripada dua aspek iaitu aspek gaya bahasa dan topik perbincangan.

6.3.1

Aspek Gaya Bahasa

Jadual 6.3 menjelaskan antara kriteria umum surah Makki dan surah Madani dari aspek gaya bahasanya: Jadual 6.3: Kriteria Umum Surah Makki dan Surah Madani daripada Aspek Gaya Bahasanya Surah Makki

Surah Madani



Ayat-ayat dan surah-surahnya pendek. Suku kata dan penyataannya singkat serta memberikan kesan yang kuat dan keras.



Banyak mengandungi sumpah dan perumpamaan.



Menzahirkan gaya bahasa yang berbentuk meyakinkan dan penegasan serta pengulangan perkataan dan kalimah seperti di dalam surah alRahman.



Penekanan gaya bahasa yang mengandungi perintah, larangan, persoalan dan harapan.



Suku kata dan ayatnya panjang bagi memantapkan syariat dan menjelaskan tujuannya.



Mengandungi seruan kepada ahli kitab (‫) يا أھل الكتاب‬dan Bani Israil (‫)يا بني إسرائيل‬.



Kebanyakannya mengandungi seruan kepada keimanan (‫)يا أيھا الذين آمنوا‬.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

92 

6.3.2

TOPIK 6

AYAT-AYAT MAKKI DAN MADANI

Aspek Topik

Tema atau topik perbincangan surah Makkiyyah berbeza dengan surah Madaniyyah (rujuk jadual 6.4). Jadual 6.4: Kriteria Umum Surah Makkiyyah dan Surah Madaniyyah daripada Aspek Topik Surah Makkiyyah

Surah Madaniyyah



Seruan kepada tauhid dan beribadah hanya kepada Allah s.w.t., menghapuskan syirik, memerangi penyembahan patung dan berhala dan pembuktian mengenai risalah.



Mengandungi seruan kepada beriman dengan hari akhirat, kebangkitan selepas mati, gambaran syurga serta nikmatnya dan neraka serta azabnya dan persediaan manusia menghadapi hari pembalasan.



Perbahasan al-Quran mengenai penciptaan alam oleh Allah s.w.t. dan kekuasaannya supaya manusia dapat melihat tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t. di dalam dirinya dan di alam semesta.



Membincangkan asal kejadian manusia dari perut ibunya atau dari bapanya Nabi Adam a.s. dan Hawa.



Menyebutkan kisah para Nabi dan umat terdahulu sebagai pengajaran dan motivasi bagi Rasulullah s.a.w. ketika berdakwah.



Perletakan dasar-dasar umum undangundang dan hukum hakam, adab serta kelebihan beramal. Juga menyingkap dosa orang musyrik dalam penumpahan darah, makan harta anak yatim, menanam anak perempuan hidup-hidup serta amalan jahiliyyah yang lain.



Menjelaskan hal ibadah, muamalah, hudud, kekeluargaan, waris, jihad, kaedah hukum dan masalah perundangan.



Seruan kepada ahli kitab daripada kalangan Yahudi dan Nasrani dan ajakan kepada mereka untuk memeluk Islam. Juga penjelasan mengenai penyelewengan mereka terhadap kitab Allah s.w.t.



Perincian masalah ibadah seperti solat, puasa, haji dan lain-lain.



Menyingkap perilaku orang munafik, tipu dayanya, sifat-sifatnya dan bahayanya golongan ini kepada umat Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

AYAT-AYAT MAKKI DAN MADANI

 93

AKTIVITI 6.2 1.

Berikan contoh ayat Makki dan Madani yang melihatkan perbezaaan gaya bahasanya.

2.

Berikan contoh-contoh ayat Makkiyyah dan Madaniyyah yang melihatkan topik-topik perbahasannya.

SEMAK KENDIRI 6.1 Bandingkan antara topik perbincangan Makki dan Madani.

6.4

FAEDAH MENGETAHUI MAKKI DAN MADANI

Para pelajar sekalian, meskipun Makki dan Madani ini sudah tidak banyak perbahasan mengenainya, ia adalah salah satu topik yang penting dalam ulum al-Quran. Antara kepentingan atau faedah mempelajari dan mengetahuinya adalah seperti berikut: (a)

Sebagai alat membantu mentafsirkan al-Quran kerana dengan mengetahui tempat dan keadaan ayat itu diturunkan tafsiran akan lebih tepat dan benar. Seorang pentafsir yang telah memahami persekitaran ayat yang diturunkan akan dapat memberikan tafsiran yang menyeluruh dan sempurna.

(b)

Menghayati gaya bahasa al-Quran untuk dimanfaatkan dalam urusan berdakwah kerana setiap ayat mengandungi situasi yang berbeza. Ciri-ciri dan gaya bahasa Makki dan Madani memberikan panduan kepada para pendakwah untuk menggunakan uslub yang bersesuaian dalam berdakwah. Ketika permulaan dakwah mungkin sesuai menggunakan uslub Makki dan selepas itu untuk pemantapan dan pemerkasaan pula menggunakan uslub Madani.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

94 

TOPIK 6

AYAT-AYAT MAKKI DAN MADANI

(c)

Seorang pentafsir juga boleh menentukan nasikh dan mansukh ayat berdasarkan Makki dan Madani melalui ketetapan ayat yang mana diturunkan dahulu dan yang mana diturunkan kemudian.

(d)

Melalui Makki dan Madani kita dapat mengetahui sirah hidup Rasulullah s.a.w. Ini adalah kerana penurunan wahyu adalah selaras dengan perjalanan dakwah Baginda sama ada semasa di Mekah atau di Madinah mahupun sebelum atau selepas hijrah. Ia dicatatkan di dalam al-Quran dengan jelas bermula dari penurunan wahyu yang pertama sehinggalah ayat yang terakhir diturunkan.

SEMAK KENDIRI 6.2 Ringkaskan faedah-faedah mengetahui Makki dan Madani.

6.5

KARYA-KARYA MENGENAI MAKKI DAN MADANI

Para ulama memberikan perhatian dan penelitian bagi mengkaji surah-surah Makki dan Madani. Oleh itu mereka telah menulis karya-karya khusus mengenai Makki dan Madani. Antaranya adalah seperti yang dinyatakan di dalam Rajah 6.1:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

AYAT-AYAT MAKKI DAN MADANI

 95

Rajah 6.1: Karya-karya khusus mengenai Makki dan Madani

AKTIVITI 6.3 Semasa sesi tutorial, bincangkan dengan rakan-rakan anda mengenai perhatian dan ketelitian para ulama terhadap surah Makki dan Madani.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

96 

TOPIK 6

AYAT-AYAT MAKKI DAN MADANI



Para ulama memberikan maksud Makki dan Madani berdasarkan tiga faktor iaitu waktu, tempat dan golongan sasaran.



Berdasarkan waktu penurunan Makki ialah ayat yang diturunkan sebelum hijrah dan Madani ialah yang diturunkan selepas hijrah, definisi ini lebih tepat dan konsisten berbanding definisi yang lain.



Berdasarkan tempat pula Makki ialah yang diturunkan di Mekah manakala Madani ialah yang diturunkan di Madinah.



Berdasarkan golongan sasaran, Makki ialah yang diturunkan kepada penduduk Mekah dan Madani pula ialah yang diturunkan kepada penduduk Madinah.



Ayat-ayat dan surah-surah Makki dan Madani mempunyai ciri-ciri, kriteria gaya bahasa dan topik yang tertentu.



Para ulama memberikan perhatian dan kepentingan dalam menganalisa Makki dan Madani seterusnya menghasilkan karya-karya yang khusus untuk bidang ini.

Badar

Makki

Hijrah

Makkiyyah

Hudaibiyah

Mina

Kufah

Uhud

Madani

Uslub

Madaniyyah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

AYAT-AYAT MAKKI DAN MADANI

 97

Dr. Muhammad ibn ÂAbdul Rahman al-SyayiÊ. (1997). Al-Makkiy wa al-Madaniy fi al-Quran al-Karim. Riyadh: Maktabah al-Malik Fahd. Jalaluddin Abdul Rahman al-Suyuti. (2004). Al-Itqan fi Âulum al-Quran. Kaherah: Dar al-Hadith. MannaÊ Qattan. (1998). Mabahith fi ulum al-Quran. Beirut: Muassah al-Risalah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik



7

Sejarah Qiraat al-Quran

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menjelaskan pengertian qiraat;

2.

Mengenal pasti tujuh jenis qiraat;

3.

Menerangkan faedah kepelbagaian qiraat;

4.

Menjelaskan maksud tajwid al-Quran; dan

5.

Menghuraikan adab membaca al-Quran.

 PENGENALAN Selamat bertemu kembali. Para pelajar sekalian, topik yang akan anda pelajari ini merupakan perbincangan mengenai qiraat dan ilmu tajwid serta adab membaca al-Quran. Dalam topik ini anda akan didedahkan pada beberapa jenis qiraat dan perawinya, maksud tajwid dan faedah mempelajarinya juga adab sebelum, semasa dan selepas membaca al-Quran.

7.1

PENGERTIAN QIRAAT

Apakah yang dimaksudkan dengan qiraat? Mari kita fahami maksudnya dari segi bahasa dan istilah. Dari segi bahasa perkataan qiraat adalah jamak daripada perkataan qiraah yang bermaksud bacaan. Dari segi istilah pula ia membawa pengertian satu cara daripada beberapa cara sebutan al-Quran oleh seorang Imam QurraÊ yang berbeza sebutannya dengan Imam yang lain dan sanad-sanadnya bersambung kepada Rasulullah s.a.w. (Al-Sobuni, 2003). Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

SEJARAH QIRAAT AL-QURAN



99

Bilakah bermulanya ilmu qiraat ini? Ia bermula semenjak penurunan al-Quran kepada Rasulullah s.a.w. ketika ayat al-Quran dipindahkan melalui cara talaqqi dan musyafahah dari bibir para ulama dan huffaz. Para sahabat telah bertalaqqi bersama Rasulullah s.a.w. dan menerima bacaan daripada Baginda. Proses ini berterusan dari satu zaman ke satu zaman dan dianggap sebagai sunnah yang berterusan. Walau bagaimanapun, para sahabat berbeza cara dalam mengambil al-Quran daripada Rasulullah s.a.w. Ada yang mengambil dengan satu huruf sahaja, ada yang mengambil dengan dua huruf dan ada yang lebih daripada itu. Oleh yang demikian para tabiÊin juga berbeza qiraat apabila mengambilnya daripada para sahabat. Para tabiÊ tabiÊin pula berbeza mengambilnya daripada tabiÊin sehinggalah kepada para imam-imam qurraÊ yang masyhur juga mengambil bacaan yang tertentu sahaja dan mengembangkannya (Al-Zarqany, 2003). Imam-imam qiraat yang pelbagai ini akan kita bincangkan selanjutnya.

SEMAK KENDIRI 7.1 Jelaskan pengertian qiraat dari segi bahasa dan istilah.

7.2

TUJUH JENIS QIRAAT

Terdapat beberapa jumlah qiraat seperti qiraat 7, 10 dan 14. Namun yang masyhur ialah qiraat tujuh. Qiraat tujuh imam ini lebih masyhur daripada yang lain kerana periwayat qiraat mereka sangat ramai. Ketika komitmen dan perhatian generasi selepasnya menurun mereka berusaha untuk membataskan qiraat yang sesuai dengan khat mushaf serta mempermudahkan penghafalan dan pendabitan qiraatnya. Oleh yang demikian qiraat tujuh ini dipilih berdasarkan imam setiap negeri tanpa mengabaikan penukilan qiraat imam selain yang tujuh tersebut (MannaÊ Qattan, 1998). Para imam qiraat yang tujuh itu adalah (rujuk Rajah 7.1): (a)

Ibnu Kathir Iaitu Abu Muhammad, Abdullah ibn Kathir seorang imam qiraat di Mekah. Beliau merupakan seorang tabiÊin dan telah mengambil riwayat daripada sahabat Abdullah ibn Zubair, Abu Ayyub al-Ansari dan Anas ibn Malik. Beliau meninggal dunia di Mekah pada tahun 120H. Perawinya ialah al-Bazzi dan Qanbul.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

100  TOPIK 7 SEJARAH QIRAAT AL-QURAN

(b)

NafiÊ Iaitu NafiÊ ibn ÂAbdul Rahman ibn Abi NaÊim al-Laithi seorang imam qiraat dari Madinah. Beliau meninggal dunia pada tahun 169H. Perawinya ialah Qalun dan Warasy.

(c)

Abu ÂAmru Iaitu Abu ÂAmru Zabban ibn al-ÂAlaÊ ibn ÂAmmar dari Basrah. Beliau meninggal dunia di Kufah pada tahun 154H. Perawinya ialah al-Duri dan al-Susi.

(d)

Ibnu ÂAmir Iaitu Abdullah al-Yahsobi seorang kadi di Damsyik pada zaman Khalifah al-Walid ibn Abdul Malik. Beliau merupakan seorang tabiÊin yang mengambil riwayat daripada al-Mughirah ibn Abi Syihab al-Makhzumi daripada Usman ibn ÂAffan daripada Rasulullah s.a.w. Beliau meninggal dunia pada tahun 118H di Damsyik. Perawinya ialah Hisyam dan Ibn Zakwan (Al-Sobuni, 2003).

(e)

Hamzah Iaitu Hamzah ibn Habib ibn ÂAmmarah dari Kufah. Beliau meninggal dunia ketika pemerintahan Khalifah Abu JaÊfar al-Mansur di Hulwan pada tahun 156H. Perawinya ialah Khalaf dan Khallad.

(f)

ÂAsim Iaitu ÂAsim ibn AbNajwad dari Kufah. Beliau meninggal dunia pada tahun 127H. Perawinya ialah SyuÊbah dan Hafs.

(g)

Al-KisaÊi Iaitu Ali ibn Hamzah yang juga berasal dari Kufah. Beliau meninggal dunia pada tahun 189H. Perawinya ialah Abu al-Harith dan al-Duri.

Selain daripada itu terdapat qiraat 10 iaitu tambahan tiga lagi daripada yang tujuh tadi. Qiraat tersebut ialah YaÊqub, Abu JaÊfar dan Khalaf. Manakala qiraat 14 pula ditambah empat daripada yang sepuluh ini iaitu qiraat al-Hasan al-Basri, Ibnu Muhaisin, Yahya al-Yazidi dan al-Syanbuzi (Al-Zarqany,2003). Qiraat ini dibahagikan berdasarkan imam-imam qiraat yang masyhur. Ia juga boleh dibahagikan berdasarkan kesahihan riwayatnya seperti qiraat mutawatirah, masyhurah, ahad, syaz, maudhuÊ dan yang menyerupai mudarraj. Imam al-Suyuti (2004) berkata di dalam kitabnya al-Itqan bahawa orang yang pertama menyusun kitab tentang qiraat ialah Abu ÂUbaid al-Qasim bin Salam. Selepas beliau turut melakukannya ialah Ahmad bin Jubair al-Kufi, Ismail bin Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

SEJARAH QIRAAT AL-QURAN

 101

Ishaq al-Maliki, Abu JaÊfar bin Jarir al-Tabari, Abu Bakar Muhammad bin Ahmad bin Umar al-Dajuni dan Abu Bakar bin Mujahid. Imam-imam qiraat ini sebenarnya sangat ramai dan tidak terkira jumlahnya. Abu Abdullah al-Zahabi telah menyusun tabaqat (sejarah hidup) mereka dan kemudian diikuti oleh Abu al-Khair bin Jaziri.

Rajah 7.1: Qiraat tujuh

AKTIVITI 7.1 1.

Bilakah bermulanya kemunculan ilmu qiraat? Bincangkan.

2.

Bincangkan bersama rakan-rakan anda mengenai cara bacaan qiraat tujuh.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

102  TOPIK 7 SEJARAH QIRAAT AL-QURAN

SEMAK KENDIRI 7.2 Huraikan sebab qiraat 7 dipilih sebagai qiraat yang masyhur berbanding qiraat 10 dan 14.

7.3

FAEDAH KEPELBAGAIAN QIRAAT

Kepelbagaian qiraat ini memberikan beberapa faedah. Antaranya seperti yang dijelaskan oleh MannaÊ Qattan (1993) dan al-Zarqany (2003): (a)

Satu petunjuk bahawa Allah s.w.t. menjaga dan memelihara kitabNya daripada segala bentuk perubahan dan penyelewengan walaupun terdapat pelbagai bacaan yang berbeza-beza.

(b)

Meringankan dan memudahkan umat Islam membaca al-Quran.

(c)

Bukti kemukjizatan al-Quran dari segi kepadatan makna kerana setiap qiraat menunjukkan hukum syarak yang tertentu tanpa perlu pengulangan lafaz. Contohnya, ayat 6 surah al-Maidah:

4 È⎦÷⎫t6÷ès3ø9$# ’n<Î) öΝà6n=ã_ö‘r&uρ öΝä3Å™ρâ™ãÎ/ (#θßs|¡øΒ$#uρ Dengan menasabkan dan mengkhafadkan perkataan Νà6n=ã_ö‘r&uρ. Dalam qiraat yang menasabkan terdapat penjelasan tentang hukum membasuh kaki kerana ia disambungkan dengan kata kerja ghasala. Manakala qiraat yang khafad menjelaskan hukum menyapu kasut dalam keadaan tertentu kerana disambungkan dengan kata kerja masaha.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

(d)

SEJARAH QIRAAT AL-QURAN

 103

Penjelasan kepada qiraat lain yang umum. Contohnya lafaz βößγôÜtƒ dalam surah al-Baqarah ayat 222:

( tβößγôÜtƒ 4©®Lym £⎯èδθç/tø)s? Ÿωuρ dibaca dengan takhfif dan tasydid. Qiraat yang tasydid menjelaskan makna qiraat dengan takhfif seperti pendapat jumhur ulama. (e)

Menyatukan umat Islam dalam satu lisan iaitu lisan Quraisy yang diturunkan dengannya al-Quran. Melalui kesatuan ini lisan-lisan yang lain dapat juga dimuliakan dalam kalangan bangsa Arab yang pelbagai.

(f)

Menjelaskan maksud lafaz yang mubham seperti firman Allah s.w.t. dalam surah al-QariÊah ayat 5:

∩∈∪ Â\θàΖyϑø9$# Ç⎯ôγÏèø9$$Ÿ2 ãΑ$t6Éfø9$# ãβθä3s?uρ Juga dibaca ((‫ )) ﻛﺎﻟﺼﻮﻑ ﺍﳌﻨﻔــﻮﺵ‬maka qiraat yang kedua ini menerangkan maksud al-Âihn ialah alÊsauf. Sebagai kesimpulannya, kepelbagaian qiraat ini memberikan bukti yang jelas dan kukuh bahawa al-Quran ialah kalam Allah s.w.t. dan membenarkan apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Perbezaan qiraat ini tidak membawa kepada kekurangan atau pertambahan dalam al-Quran; bahkan membenarkan, menjelaskan dan membuktikan antara satu ayat dengan ayat yang lain.

SEMAK KENDIRI 7.3 Jelaskan faedah-faedah kepelbagaian qiraat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

104  TOPIK 7 SEJARAH QIRAAT AL-QURAN

7.4

TAJWID DAN ADAB MEMBACA AL-QURAN

Selain ilmu qiraat, ilmu tajwid juga merupakan ilmu yang amat penting untuk dipelajari. Para ulama dahulu dan sekarang memberikan perhatian yang amat mendalam terhadap ilmu ini. Perihal ini akan kita bincangkan di dalam subtopik berikutnya.

7.4.1

Ilmu Tajwid al-Quran

Tajwid dari segi bahasa ialah mengelokkan sesuatu. Manakala dari segi istilah pula para ulama telah memberikan definisi tajwid iaitu memberikan hak-hak kepada huruf dan tertibnya, mengembalikan huruf kepada makhraj dan asalnya serta menghaluskan pengucapan dengan cara yang sempurna tanpa berlebihlebihan (MannaÊ Qattan, 1998). Tajwid sebagai satu disiplin ilmu boleh diperoleh bukan sekadar teori tetapi menerusi latihan, amali dan praktikal. Dalam hal ini, Imam Ibnu Jaziri menyatakan bahawa „Aku tidak mengetahui cara yang paling efektif untuk menguasai ilmu tajwid selain daripada latihan lisan dan mengulang-ulang lafaz yang diterima daripada orang yang baik bacaannya. Kaedah tajwid itu ialah yang berkaitan cara waqaf, imalah, idgham, penguasaan hamzah, tarqiq, tafkhim dan makhraj huruf‰ (Al-Suyuti, 2004). Hukum mempelajari tajwid adalah fardu kifayah, sementara mengamalkannya ialah fardu ain bagi setiap muslimin dan muslimat yang mukallaf. Dalil yang mewajibkan beramal dengan hukum tajwid ini ada terdapat di dalam al-Quran, hadis dan ijmak ulama. Firman Allah s.w.t.:

∩⊆∪ ¸ξ‹Ï?ös? tβ#u™öà)ø9$# È≅Ïo?u‘uρ Ïμø‹n=tã ÷ŠÎ— ÷ρr& Maksudnya:

Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah al-Quran dengan „tartil‰. Al-Muzammil(73) : 4

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

SEJARAH QIRAAT AL-QURAN

 105

FirmanNya lagi:

ÿ⎯ÏμÏ?uρŸξÏ? ¨,ym …çμtΡθè=÷Gtƒ |=≈tGÅ3ø9$# ãΝßγ≈oΨ÷s?#u™ t⎦⎪Ï%©!$# Maksudnya:

Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya.) Al-Baqarah(2): 121 Dalil daripada hadis: Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah r.a.:

‫ ﺇﻥ ﺍﷲ ﺗﻌﺎﱃ‬:‫ ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ‬،‫)) ﻋﻦ ﺯﻳﺪ ﺑﻦ ﺛﺎﺑﺖ ﻗﺎﻝ‬ (( ‫ﻀﺎ ﻛﻤﺎ ﺃﻧﺰﻝ‬  ‫ﳛﺐ ﺃﻥ ﻳُﻘﺮﺍﺀ ﺍﻟﻘﺮﺀﺍ ﹸﻥ ﹶﻏ‬ Maksudnya:

Daripada Zaid bin Thabit r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t. menyukai hambanya membaca al-Quran secara tepat sebagaimana ia diturunkan. Dalil daripada ijmak: Telah bersepakat ulama salaf dan khalaf tentang kewajipan mengamalkan hukum-hukum tajwid ketika membaca al-Quran. Ibnu al-Jazari telah menjelaskan dalam matan al-Jazariyyah yang bermaksud: Mengambil (mengamalkan) ilmu tajwid adalah merupakan suatu kewajipan. Barangsiapa yang tidak mentajwidkan al-Quran ia akan berdosa. Abdul Rahman (2003)

Para ulama menganggap membaca al-Quran tanpa tajwid adalah satu kesalahan (lahn). Terdapat dua jenis kesalahan membaca al-Quran iaitu kesalahan nyata (Al-Lahn al-Jaly) dan kesalahan tersembunyi (Al-Lahn al-Khafy). Kesalahan yang nyata ialah kesalahan mengenai lafaz sama ada berubah makna ataupun tidak. Kesalahan ini dapat diketahui oleh sesiapa sahaja yang boleh membaca al-Quran sama ada yang mahir ataupun tidak. Jumhur ulama menghukumkan jenis kesalahan ini sebagai haram. Malah sekiranya ia dilakukan ketika membaca surah al-Fatihah sewaktu solat, hukum solatnya adalah tidak sah. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

106  TOPIK 7 SEJARAH QIRAAT AL-QURAN

Sebaliknya, kesalahan yang tersembunyi ialah kesalahan yang tiada kaitan dengan lafaz bacaan dan hanya berkaitan dengan kaedah atau teknik bacaan sahaja seperti meninggalkan ghunnah dan sebagainya. Kesalahan ini hanya dapat dikesan dan diketahui oleh pakar-pakar tajwid sahaja. Ia dihukumkan makruh oleh para ulama salaf tetapi para ulama khalaf tetap menghukumkannya haram. Sekiranya anda mempelajari ilmu tajwid anda akan dapat memperoleh faedahfaedah berikut (Abdul Rahman, 2003): (a)

Membaca al-Quran dengan hukum-hukum tajwid yang betul;

(b)

Memelihara kalimah-kalimah al-Quran daripada sebarang penambahan, kekurangan atau perubahan pada huruf-hurufnya;

(c)

Mengetahui jenis-jenis kesalahan yang perlu dijauhi ketika membaca al-Quran;

(d)

Mengetahui beberapa jenis bacaan yang wajib dan harus dalam al-Quran;

(e)

Memahami dengan sebenar-benarnya tentang kepentingan dan keutamaan mengamalkan hukum-hukum tajwid dalam pembacaan al-Quran; dan

(f)

Mengetahui cara waqaf dan ibtidaÊ yang tepat dan betul.

7.4.2

Adab Membaca al-Quran

Adab membaca al-Quran boleh dibahagikan kepada tiga keadaan iaitu sebelum, semasa dan selepas membaca al-Quran. (a)

Adab Sebelum Membaca al-Quran (i)

Menyucikan diri daripada kekotoran dan hadas, sesuai dengan firman Allah s.w.t.:

∩∠®∪ tβρã£γsÜßϑø9$# ωÎ) ÿ…çμ¡yϑtƒ ω Maksudnya:

Tidak disentuh melainkan oleh orang-orang yang diakui bersih suci. Al-WaqiÊah(56): 79

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

(b)

SEJARAH QIRAAT AL-QURAN

(ii)

Bersugi dan membersihkan mulut.

(iii)

Mencari tempat yang suci dan bersih.

(iv)

Sentiasa berwuduk.

(v)

Menutup aurat.

(vi)

Duduk menghadap kiblat dan bersopan.

 107

Adab Semasa Membaca al-Quran (i)

Memulakan dengan membaca taÊawwuz. Firman Allah s.w.t.:

∩®∇∪ ÉΟŠÅ_§9$# Ç⎯≈sÜø‹¤±9$# z⎯ÏΒ «!$$Î/ õ‹ÏètGó™$$sù tβ#u™öà)ø9$# |Nù&ts% #sŒÎ*sù Maksudnya:

Oleh itu, apabila engkau membaca al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah daripada hasutan syaitan yang direjam. Al-Nahl(16): 98

(c)

(ii)

Memulakan bacaan surah dengan Basmalah kecuali surah at-Taubah.

(iii)

Membaca dengan memelihara hukum tajwid.

(iv)

Menjaga adab ketika membaca.

(v)

Menjaga waqaf dan ibtidaÊ.

Adab Selepas Membaca al-Quran (i)

Meletakkan al-Quran di tempat yang suci dan sesuai untuk mengelakkan terpijak dan sebagainya.

(ii)

Mengamalkan segala perintah yang ada di dalam al-Quran.

(iii)

Sentiasa menjadikan bacaan al-Quran sebagai amalan harian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

108  TOPIK 7 SEJARAH QIRAAT AL-QURAN

Imam al-Nawawi (1999) turut membincangkan mengenai adab-adab bersama al-Quran dalam kitabnya Al-Tibyan fi Adab Hamlatul Quran: (i)

Mengulang ayat untuk tadabbur. Firman Allah s.w.t.:

4 tβ#u™öà)ø9$# tβρã−/y‰tFtƒ Ÿξsùr& Maksudnya:

Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi al-Quran? Al-NisaÊ(4): 82 (ii)

Menangis ketika membaca al-Quran seperti mana firman Allah s.w.t.:

#sŒÎ) ÿ⎯Ï&Î#ö6s% ⎯ÏΒ zΝù=Ïèø9$# (#θè?ρé& t⎦⎪Ï%©!$# ¨βÎ) 4 (#þθãΖÏΒ÷σè? Ÿω ÷ρr& ÿ⎯ÏμÎ/ (#θãΖÏΒ#u™ ö≅è% ∩⊇⊃∠∪ #Y‰¤fß™ Èβ$s%øŒF|Ï9 tβρ”σs† öΝÍκön=tã 4‘n=÷FムMaksudnya:

Katakanlah (Wahai Muhammad kepada orang-orang yang ingkar itu): "Sama ada kamu beriman kepada al-Quran atau tidak (tidaklah menjadi hal) kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk). Al-IsraÊ(17): 107 (iii)

Bergilir-gilir membaca al-Quran atau dipanggil bertadarrus.

(iv)

Meninggikan suara ketika membaca bergantung pada kesesuaian tempat. Sekiranya perlu dikuatkan misalnya di dalam kelas pengajian, maka kuatkanlah suara dan jika tidak perlu seperti membaca sendiri di dalam masjid maka perlahankanlah kerana dikhuatiri membawa kepada riak.

(v)

Sunat memperelokkan suara. Ini bermakna membaca dengan cara dan kaedah yang terbaik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

SEJARAH QIRAAT AL-QURAN

 109

AKTIVITI 7.2 Semasa sesi tutorial, bincangkan dengan rakan-rakan anda mengenai contoh-contoh kesalahan yang nyata dan tersembunyi.

SEMAK KENDIRI 7.4 1.

Jelaskan adab semasa membaca al-Quran seperti yang diajarkan oleh sunnah Rasulullah s.a.w.

2.

Apakah maksud Bincangkan.

bertadabbur

ketika

membaca

al-Quran?



Qiraat bermaksud satu cara daripada beberapa cara sebutan al-Quran oleh seorang Imam QurraÊ yang berbeza sebutannya dengan Imam yang lain dan sanad-sanadnya bersambung kepada Rasulullah s.a.w.



Qiraat bermula semenjak penurunan al-Quran kepada Rasulullah s.a.w. ketika ayat al-Quran dipindahkan melalui cara talaqqi dan musyafahah dari bibir para ulama dan huffaz.



Terdapat tujuh jenis qiraat imam yang masyhur iaitu Ibnu Kathir, NafiÊ, Abu ÂAmru, Ibnu ÂAmir, Hamzah, ÂAsim dan KisaÊi.



Orang yang pertama menyusun kitab tentang qiraat ialah Abu ÂUbaid al-Qasim bin Salam.



Terdapat banyak faedah kepelbagaian qiraat antaranya ialah sebagai satu petunjuk bahawa Allah s.w.t. menjaga dan memelihara kitabNya dan meringankan dan memudahkan umat Islam membaca al-Quran.



Tajwid bermaksud memberikan hak-hak kepada huruf dan tertibnya, mengembalikan huruf kepada makhraj dan asalnya serta menghaluskan pengucapan dengan cara yang sempurna tanpa berlebih-lebihan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

110  TOPIK 7 SEJARAH QIRAAT AL-QURAN



Terdapat dua jenis kesalahan membaca al-Quran iaitu yang nyata dan yang tersembunyi.



Orang yang membaca al-Quran mestilah memelihara adab sebelum, semasa dan selepas membaca al-Quran.

ÂAsim

NafiÊ

Abu ÂAmru

Qiraat

Al-Lahn al-Jaly

Qiraat 14

Al-Lahn al-Khafy

Qiraat 10

Hamzah

Qiraat 7

Ibnu ÂAmir

Tadabbur

Ibnu Katir

Tajwid

KisaÊi

Abdul Rahman Abdul Ghani. (2003). Pengantar ilmu tajwid. Selangor: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Al-Nawawi. (1999). Al-Tibyan fi adab hamlatul Quran. Beirut: Muassasah al-Rayyan. Jalaluddin Abdul Rahman al-Suyuti. (2004). Al-Itqan fi Âulum al-Quran. Kaherah: Dar al-Hadith. MannaÊ Qattan. (1998). Mabahith fi ulum al-Quran. Beirut: Muassah al-Risalah. Muhammad ÂAli al-Sobuni. (2003). Al-Tibyan fi Âulum al-Quran. Kaherah: Dar al-Sobuni. Muhammad Abdul ÂAzim al-Zarqany. (2003). Manahil al-ÂIrfan fi Âulum al-Quran. Beirut: Dar al-Fikr. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik



8

Tafsir dan Takwil

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menyatakan pengertian tafsir dan takwil;

2.

Membezakan antara tafsir dan takwil;

3.

Menghuraikan ilmu-ilmu yang perlu oleh pentafsir al-Quran; dan

4.

Menerangkan syarat-syarat dan adab pentafsir.

 PENGENALAN Pada topik kelapan ini anda akan mempelajari ilmu yang berkaitan dengan cabang ulum al-Quran. Ramai dalam kalangan para ulama yang membahaskan mengenai tafsir dan takwil dalam kitab ulum al-Quran masing-masing. Dalam topik ini anda akan meneliti perbahasan mengenai pengertian tafsir dan takwil dan perbezaan antara keduanya. Anda juga turut diberikan penjelasan mengenai ilmu-ilmu yang perlu bagi pentafsir al-Quran serta syarat-syarat dan adab pentafsir.

8.1

PENGERTIAN TAFSIR DAN TAKWIL

Perkataan tafsir dan takwil boleh difahami melalui pengertiannya dari segi bahasa dan istilah. Tafsir dari segi bahasa bermaksud penjelasan dan penerangan. Seperti firman Allah s.w.t.:

∩⊂⊂∪ #·Å¡øs? z⎯|¡ômr&uρ Èd,ysø9$$Î/ y7≈oΨ÷∞Å_ ωÎ) @≅sVyϑÎ/ y7tΡθè?ù'tƒ Ÿωuρ Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

112  TOPIK 8 TAFSIR DAN TAKWIL

Maksudnya:

Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya. Al-Furqan(25): 35 Perkataan al-tafsir diambil daripada kata al-fasr yang bermaksud memberitahu dan menyingkap (Al-Zahabi, 1976). Tafsir dari segi istilah secara asasnya menurut sebahagian ulama ialah menjelaskan kalam Allah s.w.t. atau penerangan mengenai lafaz-lafaz al-Quran. Menurut Abu Hayyan, tafsir ialah ilmu yang membahaskan mengenai cara pengucapan lafaz-lafaz al-Quran, petunjuk-petunjuknya, hukum-hukumnya yang tersendiri atau yang tersusun dan makna-makna yang memungkinkan baginya (Al-Zahabi, 1976). Menurut al-Zarkasyi tafsir adalah ilmu untuk memahami kitab Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan menjelaskan maknanya serta mengeluarkan hukum dan hikmahnya. Menurut al-Zarqany pula tafsir ialah ilmu yang membahaskan mengenai al-Quran daripada aspek petunjuknya terhadap maksud Allah menurut kemampuan manusia. Manakala takwil dari segi bahasa berasal daripada perkataan awwal yang bermaksud rujuk. Apabila seseorang ahli tafsir mentafsirkan ayat dia seolah-olah merujuk ayat kepada apa yang memberikan makna. Sebahagian ulama berpendapat takwil mempunyai maksud yang sama dengan tafsir (Al-Sobuni, 2003). Dari segi istilah ulama mutaqaddimin memberikan takwil makna yang sama dengan tafsir. Oleh yang demikian kita akan mendapati Ibnu Jarir al-Tabari di dalam kitab tafsirnya menggunakan perkataan takwil dalam mentafsirkan ayat al-Quran. Maka takwil ialah mentarjihkan ayat yang mengandungi beberapa maksud.

AKTIVITI 8.1 Jelaskan pengertian tafsir dan takwil dari segi bahasa dan istilah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

8.2

TAFSIR DAN TAKWIL

 113

PERBEZAAN TAFSIR DAN TAKWIL

Berdasarkan pengertian tafsir dan takwil, ulama mempunyai pelbagai pendapat mengenai perbezaan antara keduanya. Terdapat ulama yang percaya tiada perbezaan antara keduanya. Misalnya ulama tafsir mutaqaddimin bersepakat tafsir dan takwil membawa maksud yang sama. Bagi ulama lain pula terdapat perbezaan antara keduanya seperti berikut: (a)

Tafsir menjelaskan makna-makna yang zahir daripada al-Quran serta petunjuk terhadap maksud bagi Allah s.w.t. Takwil ialah makna yang diistinbat daripada ayat-ayat al-Quran

(b)

Tafsir lebih umum daripada takwil. Tafsir banyak digunakan pada lafaz dan takwil pula pada makna.

(c)

Tafsir ialah apa yang telah jelas di dalam al-Quran, manakala takwil ialah kesimpulan yang dibuat oleh ulama. Oleh itu sebahagian ulama mengatakan tafsir ialah apa yang berkaitan dengan riwayah, sedangkan takwil adalah yang berkaitan dengan dirayah.

Kesimpulannya sebahagian ulama menyatakan tafsir dan takwil adalah sama dan sebahagian yang lain menyatakan keduanya berbeza.

AKTIVITI 8.2 Berikan contoh ulama tafsir yang menggunakan pentafsiran dan pentakwilan dalam kitab tafsir beliau.

SEMAK KENDIRI 8.1 Bincangkan bersama rakan-rakan anda mengenai perbezaan antara tafsir dan takwil.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

114  TOPIK 8 TAFSIR DAN TAKWIL

8.3

ILMU-ILMU YANG PERLU DIPELAJARI OLEH PENTAFSIR AL-QURAN

Para ulama telah menetapkan beberapa ilmu yang perlu ada bagi sesiapa yang hendak mentafsirkan al-Quran dengan pendapatnya. Ini supaya tafsirannya boleh diterima dan mengelakkan ulama daripada melakukan kesalahan serta menyatakan sesuatu mengenai kalam Allah s.w.t. tanpa ilmu. Dr. Muhammad Hussin al-Zahabi mengenal pasti 15 ilmu yang mesti dipelajari oleh pentafsir al-Quran iaitu (rujuk Rajah 8.1):

Rajah 8.1: 15 ilmu yang mesti dipelajari oleh pentafsir al-Quran

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

TAFSIR DAN TAKWIL

 115

Sekarang, mari kita bincang ilmu-ilmu tersebut satu persatu. (a)

Ilmu Lughah Supaya pentafsir boleh menjelaskan perkataan-perkataan dengan tepat.

(b)

Ilmu Nahu Ini penting kerana sesuatu makna itu akan berubah apabila berubahnya iÊrab.

(c)

Ilmu Sarof Melaluinya akan dapat mengetahui mengenai susunan ayat dan sighah.

(d)

Isytiqaq Iaitu pengetahuan mengenai pecahan kata-kata supaya dapat mengetahui asal sesuatu perkataan.

(e)

Ilmu Balaghah yang Pertama ă al-MaÊani Al-MaÊani yang melaluinya dapat mengetahui susunan kata-kata yang khusus daripada aspek pertambahan makna.

(f)

Ilmu Balaghah yang Kedua ă al-Bayan Al-Bayan yang melaluinya dapat mengetahui susunan kata-kata yang khusus daripada aspek perbezaan makna.

(g)

Ilmu Balaghah yang Ketiga ă al-BadiÊ Al-BadiÊ yang melaluinya dapat mengetahui bentuk keindahan kata-kata.

(h)

Ilmu Qiraat Supaya dapat memilih bacaan yang lebih tepat.

(i)

Ilmu Usuluddin Supaya ahli tafsir dapat memastikan kata-kata yang benar, harus dan mustahil bagi Allah s.w.t.

(j)

Ilmu Usul Fiqh Supaya dapat mengetahui kaedah mengistinbat hukum daripada ayat.

(k)

Ilmu Asbab Nuzul Supaya kefahaman mengenai ayat menjadi lebih tepat dan jelas.

(l)

Ilmu Qasas Dengan mengetahui kisah dengan terperinci akan memberikan penditilan bagi yang kurang jelas. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

116  TOPIK 8 TAFSIR DAN TAKWIL

(m)

Ilmu Nasikh dan Mansukh Sesiapa yang tiada ilmu ini berkemungkinan akan mengeluarkan hukum yang telah dimansukhkan.

(n)

Ilmu Mengenai Hadis-hadis Supaya dapat menjelaskan tafsir yang kurang jelas kerana hadis dapat membantu memberikan penerangan tambahan.

(o)

Ilmu Bakat Semula Jadi Iaitu ilmu yang diwariskan oleh Allah s.w.t. bagi yang mengamalkan ilmu yang dimilikinya. Seperti firman Allah s.w.t.:

∩⊄∇⊄∪ ÒΟŠÎ=tæ >™ó©x« Èe≅à6Î/ ª!$#uρ 3 ª!$# ãΝà6ßϑÏk=yèãƒuρ ( ©!$# (#θà)¨?$#uρ 3 Juga sabda Nabi s.a.w.:

(( ‫)) ﻣﻦ ﻋﻤﻞ ﲟﺎ ﻋﻠﻢ ﻭﺭﺛﻪ ﺍﷲ ﻋﻠﻢ ﻣﺎ ﱂ ﻳﻌﻠﻢ‬ Itulah kesemua ilmu yang perlu ada bagi seorang pentafsir untuk mentafsirkan kalam Allah s.w.t. supaya tafsirannya terpelihara daripada kesalahan dan kesesatan.

SEMAK KENDIRI 8.2 Jelaskan ilmu-ilmu yang perlu dipelajari oleh seorang ahli tafsir bagi mentafsirkan al-Quran dengan tepat.

8.4

SYARAT-SYARAT DAN ADAB PENTAFSIR

Selain ilmu-ilmu yang perlu dipelajari terdapat juga syarat-syarat dan adab yang perlu ada pada seorang ahli tafsir.

8.4.1

Syarat-syarat Pentafsir

Mari kita lihat beberapa syarat yang perlu ada bagi seorang ahli tafsir seperti yang telah digariskan oleh para ulama. Antaranya ialah MannaÊ Qattan (1998).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

TAFSIR DAN TAKWIL

 117

(a)

Akidah yang benar. Syarat ini adalah yang utama kerana akidah yang tidak terpesong akan menentukan ayat-ayat yang ditafsirkan selari dengan ajaran Islam dan mazhab yang tepat.

(b)

Bersih daripada hawa nafsu. Ahli tafsir yang cenderung mengikut hawa nafsu akan mentafsirkan al-Quran untuk membela pegangan mazhabnya sahaja seperti yang dilakukan oleh golongan Qadariah, SyiÊah Rafidah, MuÊtazilah dan yang lain-lain lagi.

(c)

Mentafsirkan terlebih dahulu al-Quran dengan al-Quran kerana sesuatu ayat yang umum akan diperincikan pada ayat yang lain.

(d)

Mentafsirkan al-Quran dengan sunnah kerana ia akan menjelaskan ayat al-Quran yang kurang jelas.

(e)

Sekiranya tidak didapati daripada sunnah maka mestilah diteliti pendapat para sahabat kerana mereka adalah golongan yang paling arif dalam pentafsiran. Tambahan pula, mereka telah menyaksikan sendiri penurunan al-Quran.

(f)

Sekiranya tidak ada pentafsiran dalam al-Quran, sunnah dan pendapat para sahabat maka hendaklah pula dilihat pendapat tabiÊin. Para tabiÊin ada yang mengambil tafsiran keseluruhannya daripada para sahabat dan ada juga yang sekadar melakukan istinbat sahaja.

(g)

Mempunyai pengetahuan bahasa Arab yang baik. Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab amat memerlukan para pengkajinya memahami kosa kata dan lafaz-lafaz dengan kefahaman yang tepat.

8.4.2

Adab Pentafsir

Selepas anda mempelajari syarat yang perlu ada pada seorang ahli tafsir sekarang mari kita teliti adabnya pula. (a)

Berniat baik dan tujuan yang benar. Sesiapa yang mempunyai ilmu syariah semestinya mempunyai niat dan tujuan untuk berbuat baik kepada umat Islam dan memanfaatkan manusia.

(b)

Berakhlak baik. Seorang ahli tafsir akan menjadi teladan dan ikutan dalam perbuatan yang mulia sejajar dengan tafsirannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

118  TOPIK 8 TAFSIR DAN TAKWIL

(c)

Taat dan beramal. Ilmu akan lebih diterima daripada orang yang mengamalkannya dan sebaliknya akan ditolak daripada orang yang berperangai buruk dan tidak beramal dengannya.

(d)

Berlaku jujur dan teliti dalam pentafsiran sehingga ahli tafsir tidak akan menulis dan bercakap mengenai sesuatu melainkan setelah melakukan penelitian.

(e)

Tawaduk dan lemah lembut serta tidak bersikap sombong dengan ilmu yang dimilikinya.

(f)

Berjiwa mulia serta menjauhkan diri daripada perkara keduniaan.

(g)

Bersikap tenang dalam percakapan serta tidak tergesa-gesa dalam membuat penjelasan.

(h)

Mendahulukan orang yang lebih utama dalam pentafsiran terutamanya yang lebih berilmu dan berusia.

(i)

Mengikut kaedah pentafsiran yang teratur seperti memulakan dengan menyatakan asbab nuzul, makna perkataan, menerangkan aspek balaghah dan iÊrab dan menjelaskan makna umum ayat serta kaitannya dengan kehidupan.

Sebagai kesimpulannya syarat-syarat dan adab pentafsir ini jelas menunjukkan sikap ambil berat dan hati-hati para ulama dalam mentafsirkan al-Quran sesuai dengan kedudukannya yang tinggi.

AKTIVITI 8.3 1.

Mengapakah seorang ahli tafsir itu perlu mempunyai pengetahuan yang baik dalam bahasa Arab? Jelaskan.

2.

Adab bagi seorang ahli tafsir ialah beramal dengan ilmu yang dipelajari. Bincangkan.

SEMAK KENDIRI 8.3 Huraikan syarat-syarat dan adab bagi ahli tafsir.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

TAFSIR DAN TAKWIL

 119



Tafsir dari segi bahasa bermaksud penjelasan dan penerangan.



Tafsir dari segi istilah ialah memahami al-Quran menurut kemampuan manusia.



Takwil dari segi bahasa ialah rujuk, manakala dari segi istilah ialah mentarjihkan ayat yang mengandungi beberapa maksud.



Sebahagian ulama berpendapat tafsir dan takwil adalah sama, manakala sebahagian yang lain berpendapat keduanya adalah berbeza.



Terdapat 15 ilmu yang perlu dipelajari oleh seorang ahli tafsir yang membolehkannya mentafsirkan al-Quran dengan lebih tepat dan benar.



Ahli tafsir perlu memenuhi beberapa syarat untuk menjadikan dirinya lebih mantap dalam mentafsirkan al-Quran.



Antara adab yang perlu ada dalam diri seorang ahli tafsir ialah berniat baik, berakhlak mulia, jujur, tawaduk, lemah lembut dan bersikap tenang dalam perbicaraan.

Adab

Nasikh Mansukh

Akhlak

Qasas

Al-BadiÊ

Qiraat

Al-Bayan

Sarof

Al-MaÊani

Syarat

Asbab nuzul

Takwil

Balaghah

Tafsir

IÊrab

Tarjih

Isytiqaq

Tawaduk

Lughah

Usul Fiqh

Nahu

Usuluddin Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

120  TOPIK 8 TAFSIR DAN TAKWIL

MannaÊ Qattan. (1998). Mabahith fi ulum al-Quran. Beirut: Muassah al-Risalah. Muhammad ÂAli al-Sobuni. (2003). Al-Tibyan fi Âulum al-Quran. Kaherah: Dar al-Sobuni. Muhammad Abdul ÂAzim al-Zarqany. (2003). Manahil al-ÂIrfan fi Âulum al-Quran. Beirut: Dar al-Fikr. Muhammad Hussin al-Zahabi. (1976). Al-Tafsir wa al-Mufassirun. Mesir: Kuliyyah al-Azhar al-Syarif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik



9

Sejarah Perkembangan Ilmu Tafsir

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menjelaskan permulaan tafsir pada zaman Rasulullah s.a.w.;

2.

Membezakan antara tafsir pada zaman sahabat dan tabiÊin;

3.

Mengemukakan sumber-sumber dan ciri-ciri tafsir pada setiap zaman; dan

4.

Menghuraikan perkembangan tafsir pada zaman tadwin.

 PENGENALAN Ilmu tafsir al-Quran telah muncul sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi. Ia boleh juga dikatakan bermula serentak dengan bermulanya penurunan al-Quran kepada Rasulullah s.a.w. Baginda merupakan orang yang bertanggungjawab memberikan penjelasan bagi segala kemusykilan dalam memahami isi kandungan al-Quran. Selepas itu ilmu tafsir berkembang berterusan dari zaman ke zaman sehinggalah ke hari ini. Topik ini akan mengupas peringkat-peringkat perkembangan ilmu tafsir bermula dari zaman Rasulullah s.a.w., sahabat, tabiÊin hingga ke zaman sekarang dan sekali gus menganalisa perubahan-perubahan yang berlaku terhadap tafsir pada setiap zaman tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

122  TOPIK 9 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR

9.1

TAFSIR PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W.

Para pelajar sekalian, ketahuilah bahawa Rasulullah s.a.w. dapat memahami al-Quran secara menyeluruh dan terperinci. Ini kerana selain menerima wahyu dari Allah s.w.t. Baginda juga memikul tanggungjawab untuk memberikan penjelasan yang terkandung di dalam al-Quran. Firman Allah s.w.t.:

$uΖøŠn=tã ¨βÎ) §ΝèO ∩⊇∇∪ …çμtΡ#u™öè% ôìÎ7¨?$$sù çμ≈tΡù&ts% #sŒÎ*sù ∩⊇∠∪ …çμtΡ#u™öè%uρ …çμyè÷Ηsd $uΖøŠn=tã ¨βÎ) ∩⊇®∪ …çμtΡ$uŠt/ Maksudnya:

Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaan (pada lidahmu). Oleh itu Kami telah menyempurnakan bacaannya, maka bacalah menurut bacaannya itu. Kemudian sesungguhnya pada Kamilah terserah urusan menjelaskan urusan kandungannya. Al-Qiyamah(75): 17-19 Oleh yang demikian tidak timbul sebarang masalah berkaitan pemahaman dan pentafsiran ayat-ayat al-Quran pada zaman Rasulullah s.a.w. kerana para sahabat dapat terus bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Sumber tafsir adalah al-Quran dan Rasulullah s.a.w. Ilmu tafsir pada zaman Rasulullah s.a.w. tidak berkembang pesat kerana hanya Rasulullah s.a.w. sahaja yang pada ketika itu memberikan penjelasan mengenai ayat-ayat al-Quran. Persoalannya adakah kesemua ayat-ayat al-Quran ditafsirkan oleh Rasulullah s.a.w.? Terdapat dua golongan ulama yang menjawab soalan ini. Pendapat pertama berpendapat bahawa Rasulullah s.a.w. menjelaskan semua ayat yang terdapat di dalam al-Quran. Golongan ini dipelopori oleh Ibnu Taimiyah (Ibnu Taimiyah, 1997). Manakala pendapat kedua pula berpendapat Rasulullah s.a.w. tidak menjelaskan kesemua ayat al-Quran kecuali sebahagian kecil sahaja. Bagi mencapai kesepakatan kedua-dua pendapat sama ada Rasulullah s.a.w. menjelaskan semua ayat al-Quran ataupun tidak bolehlah diambil pendapat Ibn Abbas di dalam muqaddimah tafsir Ibnu Kathir yang mengklasifikasikan tafsir kepada empat bahagian, iaitu (Ibnu Kathir, 1994): Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR

 123

(a)

Tafsir yang dapat diketahui oleh masyarakat Arab melalui penelitian terhadap ayat-ayat al-Quran;

(b)

Tafsir yang dapat diketahui oleh semua umat Islam;

(c)

Tafsir yang dapat diketahui oleh golongan ulama sahaja; dan

(d)

Tafsir yang hanya diketahui oleh Allah s.w.t. sahaja.

Oleh yang demikian dapatlah difahami di sini bahawa Rasulullah s.a.w. menjelaskan sebahagian besar daripada al-Quran dan kemudian diteruskan oleh para sahabat bagi sebahagian lagi yang tidak dijelaskan oleh Baginda.

AKTIVITI 9.1 Bincangkan bersama rakan-rakan anda, kaedah pentafsiran al-Quran dengan al-Quran berserta contoh.

9.2

TAFSIR PADA ZAMAN SAHABAT R.A.

Para sahabat r.a. mempunyai tahap pemahaman yang berbeza-beza terhadap tafsiran ayat-ayat al-Quran. Wujudnya perbezaan ini disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah perbezaan dari sudut keupayaan bahasa Arab dan balaghah, keakraban mereka dalam berdampingan dengan Rasulullah s.a.w. kerana sahabat yang sering bersama-sama Rasulullah s.a.w. akan dapat mengetahui banyak tafsiran daripada yang lain, perbezaan dalam mengetahui asbab al-nuzul ayat, dan perbezaan dalam tahap pencapaian ilmu dan kecerdasan akal (Al-Zahabi, 1976). Justeru itu jumlah pentafsiran dalam kalangan sahabat tidak sama antara satu dengan yang lain. Ada antara mereka yang banyak melakukan pentafsiran dan ada pula yang sedikit sahaja. Antara para sahabat yang banyak mentafsirkan ayat-ayat al-Quran ialah Khalifah ar-Rasyidin, Ibn MasÊud, Ibn Abbas, Ubay bin Kaab, Zaid bin Thabit, Abu Musa al-AsyÊari dan Abdullah bin al-Zubair. Walau bagaimanapun antara khalifah yang empat itu, hanya Ali bin Abu Talib merupakan sahabat yang paling banyak riwayatnya dalam tafsir. Ini kerana selain daripada beliau, khalifah-khalifah yang lain sibuk dengan urusan pentadbiran. Mereka juga tidak banyak riwayat dalam tafsir sebab faktor usia (meninggal dunia dalam tempoh usia yang agak singkat) (Fauzi Deraman, 2001).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

124  TOPIK 9 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR

Selain daripada sepuluh orang sahabat tersebut terdapat juga dalam kalangan sahabat yang bercakap mengenai tafsir tetapi dalam jumlah yang sedikit. Mereka ialah Anas bin Malik, Abu Hurairah, Abdullah bin Umar, Abdullah bin ÂAmru bin al-ÂAs dan Aisyah.

9.2.1

Sumber Tafsir

Empat sumber tafsir pada zaman sahabat r.a. adalah: (a)

Al-Quran Ini merupakan bentuk pentafsiran al-Quran dengan al-Quran dan ia merupakan cara yang terbaik sekali kerana ayat yang umum akan diterangkan secara khusus oleh ayat yang lain dan seumpamanya.

(b)

Nabi s.a.w. Sekiranya tidak dijumpai tafsiran ayat di dalam al-Quran maka para sahabat akan merujuk kepada hadis Rasulullah s.a.w.

(c)

Ijtihad dan Kekuatan Pemahaman Sekiranya tidak terdapat tafsiran di dalam ayat al-Quran dan juga diperolehi daripada Rasulullah s.a.w., para sahabat akan berijtihad. Kebanyakan daripada mereka menggunakan kaedah ini untuk mentafsirkan ayat-ayat al-Quran dengan berpandukan kepada pengetahuan mereka yang mendalam terhadap uslub dan balaghah Arab, mengetahui latar belakang masyarakat Arab, mengetahui asbab al-nuzul, mengetahui hal ehwal ahli kitab dan mempunyai kekuatan kefahaman yang mendalam.

(d)

Ahli Kitab Para sahabat menggunakan ahli kitab sebagai rujukan untuk tafsir kerana al-Quran mempunyai persamaan dengan kitab Taurat dalam beberapa aspek terutamanya yang berkaitan dengan kisah para Nabi dan umat-umat terdahulu. Walau bagaimanapun metode yang digunakan oleh al-Quran dalam menerangkan kisah-kisah ini berlainan dengan metode kitab-kitab terdahulu. Ini kerana al-Quran tidak menyatakan kisah-kisah tersebut secara terperinci kerana pengkisahan tersebut hanyalah bertujuan untuk diambil iktibar dan pengajaran oleh pembacanya. Oleh yang demikian, para sahabat akan merujuk kepada ahli kitab yang sudah memeluk Islam seperti Abdullah bin Salam, KaÊab al-Ahbar dan lain-lain untuk memperolehi cerita-cerita yang terperinci bagi sumber tafsiran mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9

9.2.2

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR

 125

Ciri-ciri Tafsir

Antara ciri-ciri tafsir pada zaman sahabat r.a. adalah: (a)

Al-Quran pada zaman ini masih lagi tidak ditafsirkan secara menyeluruh tetapi hanya ditafsirkan sebahagian sahaja. Ini kerana para sahabat dapat memahami kebanyakan daripada ayat-ayat al-Quran kerana kepakaran bahasa Arab mereka dan masih lagi dapat berdampingan dengan Rasulullah s.a.w.

(b)

Kurangnya perselisihan dalam kalangan sahabat dalam memahami ayatayat al-Quran.

(c)

Kebanyakan sahabat hanya membuat tafsiran ayat secara ijmali dan tidak secara terperinci sekadar untuk memahami ayat-ayat yang musykil sahaja.

(d)

Kebatasan istinbat untuk hukum fiqh dan ketidakwujudan tafsiran yang cenderung kepada mazhab tertentu.

(e)

Tidak ada lagi pembukuan tafsir kerana ini hanya berlaku pada abad yang kedua.

(f)

Pentafsiran adalah mengikut bentuk hadis bahkan ia pada zaman ini merupakan satu cabang daripada ilmu hadis.

AKTIVITI 9.2 Bincangkan bersama rakan-rakan anda, contoh pentafsiran sahabat dalam kitab-kitab tafsir.

SEMAK KENDIRI 9.1 Huraikan sumber tafsir pada zaman sahabat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

126  TOPIK 9 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR

9.3

TAFSIR PADA ZAMAN TABI’IN

Tafsir pada zaman ini bermula setelah habisnya zaman sahabat. Kebanyakan kitab tafsir diriwayatkan oleh para tabiÊin melalui kaedah ijtihad dan kurang yang menggunakan al-Quran dan hadis (MannaÊ Qattan, 1998). Pada zaman tabiÊin, empayar pemerintahan Islam semakin berkembang luas. Sejajar dengan itu, ramai dalam kalangan tabiÊin yang belajar ilmu tafsir melalui guru-guru mereka dari kalangan sahabat. Antara madrasah tafsir yang masyhur ialah madrasah tafsir di Mekah yang dipelopori oleh Ibnu Abbas dan anak-anak muridnya iaitu Said bin Jabir, Mujahid, Ikrimah, Tawus bin Kaysan dan ÂAtaÊ Bin Abu Rabah. Selain itu terdapat juga madrasah tafsir di Madinah yang dipelopori oleh Ubay bin Kaab. Antara anak muridnya ialah Zaid bin Aslam, Abu al-ÂAliyah dan Muhammad bin Kaab. Manakala di Iraq terdapat juga madrasah tafsir yang dipelopori oleh Ibnu MasÊud dan anak-anak muridnya seperti ÂAlqamah bin Qays, Masruq, Al-Hassan al-Basri dan Qatadah bin DiÊamah al-Sudusi.

9.3.1

Sumber Tafsir

Lima sumber tafsir pada zaman tabiÊin adalah: (a)

Al-Quran;

(b)

Al-Hadis;

(c)

Kata-kata sahabat;

(d)

Ahli kitab; dan

(e)

Ijtihad.

9.3.2

Ciri-ciri Tafsir

Antara ciri-ciri tafsir pada zaman tabiÊin adalah: (a)

Penyerapan unsur-unsur Israiliyyat dan Nasraniyyat ke dalam tafsir kerana semakin ramai dalam kalangan ahli kitab yang masuk Islam.

(b)

Penyampaian tafsir masih lagi menggunakan kaedah talaqqi dan riwayah tetapi hanya dalam bentuk yang umum berbeza dengan zaman sahabat yang membuatnya secara terperinci. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR

 127

(c)

Munculnya tafsiran yang cenderung mengikut kefahaman mazhab tertentu maka pada zaman ini sudah ada tafsiran yang khusus dibuat mengikut aliran mazhab mufassir.

(d)

Banyaknya perbezaan dan perselisihan pendapat dalam kalangan tabiÊin dalam pentafsiran ayat.

SEMAK KENDIRI 9.2 Jelaskan ciri-ciri tafsir pada zaman tabiÊin.

9.4

TAFSIR PADA ZAMAN TADWIN

Zaman tadwin atau pembukuan tafsir bermula selepas zaman tabiÊin atau pada akhir zaman Bani Umaiyah dan permulaan zaman bani Abasiyah. Seperti yang telah diterangkan, tafsir pada zaman sebelum ini adalah menggunakan kaedah riwayah di mana para sahabat akan meriwayatkan tafsir daripada Rasulullah s.a.w. dan para tabiÊin pula akan meriwayatkannya daripada sahabat. Bermulanya pembukuan tafsir adalah mengikut salah satu daripada bab-bab yang terkandung di dalam kitab hadis. Ini bermaksud tafsir hanyalah satu bab kecil sahaja di dalam kitab hadis dan ia tidak ditulis secara khusus merangkumi kesemua surah di dalam al-Quran. Selepas dari itu tafsir telah dipisahkan daripada kitab hadis dan ditulis secara menyeluruh meliputi kesemua ayat di dalam al-Quran dan mengikut tertibnya. Pembukuan ini telah dilakukan oleh segolongan ulama tafsir seperti Ibn Majah, Ibn Jarir al-Tabari, Ibn Abi Hatim dan al-Hakim. Pada peringkat seterusnya pentafsiran dilakukan dengan memotong dan meninggalkan sanad. Kesannya berlakulah percampuran antara tafsir yang sahih dan tidak sahih. Selain itu muncullah tafsiran-tafsiran yang palsu dan pemahaman unsur-unsur Israiliyyat. Bidang tafsir semakin berkembang pesat sejajar dengan perkembangan dakwah Islam dan penguasaan politik. Kebanyakan ahli tafsir tidak hanya sekadar mengambil riwayat-riwayat daripada sahabat dan tabiÊin tetapi mentafsir al-Quran dengan menggunakan ijtihad semata-mata. Ada juga dalam kalangan mereka yang mentafsir al-Quran mengikut aspek-aspek tertentu seperti ilmu bahasa dan balaghah; Tafsir Kasyaf oleh al-Zamakhsyari dan Tafsir al MaÊani Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

128  TOPIK 9 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR

al-Quran oleh al-Zujaj. Tafsir yang meninjau aspek hukum pula; Tafsir al-Qurtubi oleh al-Qurtubi dan Ahkam al-Quran oleh al-Jasas. Ilmu tafsir dan penulisan kitab-kitab tafsir berkembang pesat sehinggalah ke hari ini. Ulama tafsir telah membahagikan kaedah pentafsiran al-Quran kepada dua cara: Tafsir al-MaÊthur dan Tafsir Al-RaÊyi. Antara kitab tafsir al-MaÊthur ialah Bahr al-Ulum oleh Abu Laith al-Samarkandi JamiÊ al-Bayan fi Tafsir al-Quran oleh Ibn Jarir al-Tabari, Tafsir al-Quran al-Azim oleh Ibn Kathir dan Fath al-Qadir oleh al-Syaukani. Manakala kitab-kitab tafsir al-RaÊyi yang masyhur pula adalah seperti Mafatih al-Ghaib oleh Fakhruddin al-Razi, Anwar al-Tanzil wa Asrar al-TaÊwil oleh al-Baidawi dan Lubab al-TaÊwil fi MaÊani Tanzil oleh al-Khazin. Kedua-dua jenis tafsir ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam topik seterusnya. Pada hari ini semakin banyak kitab tafsir yang ditulis oleh ahli-ahli tafsir yang bertujuan memenuhi kehendak semasa. Antara kitab tafsir zaman sekarang yang ditulis ialah Tafsir al-Munir oleh Wahbah al-Zuhayli, Aysar a-Tafasir oleh Abu Bakar al-Jazairi, Safwah al-Tafasir oleh Muhammad Ali al-Sobuni, al-Asas fi al-Tafsir oleh Said Hawa dan lain-lain lagi.

AKTIVITI 9.3 Mengapakah unsur-unsur Israiliyyat menyerap masuk ke dalam tafsir al-Quran? Bincangkan.

SEMAK KENDIRI 9.3 1.

Nyatakan sebab-sebab kemunculan tafsir mazhab tertentu.

mengikut

aliran

2.

Huraikan syarat-syarat bagi seorang ahli tafsir menerima tafsiran yang bersumberkan ahli kitab.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR

 129



Ilmu tafsir al-Quran mengalami pelbagai perubahan dari satu zaman ke zaman yang lain.



Bermula dari zaman Rasulullah s.a.w. lagi tafsir al-Quran telah mula wujud sesuai dengan tugas Rasulullah s.a.w. sebagai penerima wahyu dari Allah s.w.t.



Selepas itu ia berkembang lagi dari zaman sahabat ke tabiÊin. Pada keduadua zaman ini tafsir menerima banyak lagi perubahan dan peningkatan dari sudut penambahan sumber dan kaedah.



Setiap zaman mempunyai sumber dan ciri-ciri tafsir yang tertentu dan ia membezakan satu zaman dengan yang lain.



Pada zaman tadwin bidang tafsir al-Quran semakin berkembang dan banyak kitab tafsir yang dihasilkan oleh ulama tafsir tersohor.



Sehinggalah ke hari ini bidang tafsir al-Quran masih lagi dikaji dan diselidik oleh ahli-ahli tafsir kontemporari.

Ahli kitab

Nasraniyyat

Aliran mazhab

Sahabat

Ijmali

Sanad

Ijtihad

TabiÊin

Israiliyyat

Tadwin

Madrasah tafsir

Talaqqi

Masyarakat Arab

Wahyu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

130  TOPIK 9 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR

Fauzi Deraman. (2001). Pengantar usul tafsir. Kuala Lumpur: Intel Multimedia and Publication. Ibnu Kathir. (1994). Tafsir al-Quran al-ÂAzim. Juz 1. Kaherah: Dar al-Hadis. Ibnu Taimiyah.(1997). Muqadimah fi usul al-Tafsir. Amman: Dar ÂAmar. MannaÊ Qattan. (1998). Mabahith fi ulum al-Quran. Beirut: Muassasah al-Risalah. Muhammad Hussin al-Zahabi. (1976). Al-Tafsir wa al-Mufassirun. Mesir: Kuliyyah al-Azhar al-Syarif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik



10

Kitab-kitab Tafsir

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menjelaskan definisi tafsir bi al-MaÊthur dan tafsir bi al-RaÊyi;

2.

Menghuraikan hukum tafsir bi al-MaÊthur dan tafsir bi al-RaÊyi;

3.

Mengemukakan contoh-contoh kitab tafsir bi al-MaÊthur dan tafsir bi al-RaÊyi; dan

4.

Menjelaskan pembahagian tafsir bi al-RaÊyi.

 PENGENALAN Para pelajar sekalian, pada topik sebelum ini kita telah membincangkan mengenai sejarah perkembangan tafsir. Ia bermula pada zaman Rasulullah s.a.w. sehinggalah pada zaman tadwin. Topik terakhir ini merupakan kesinambungan perbincangan mengenai tafsir iaitu pembahagian tafsir kepada tafsir bi al-MaÊthur dan tafsir bi al-RaÊyi. Anda akan dapat mengetahui mengenai definisi kedua-dua jenis tafsir ini dan hukumnya dalam topik ini. Selain itu anda juga akan dapat mempelajari beberapa contoh kitab tafsir bi al-MaÊthur dan kitab tafsir bi al-RaÊyi.

10.1

TAFSIR BI AL-MA’THUR

Tafsir bi al-MaÊthur juga dinamakan sebagi tafsir riwayah. Mari kita sama-sama semak maksud tafsir bi al-MaÊthur, hukum dan contoh-contoh kitabnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

132  TOPIK 10 KITAB-KITAB TAFSIR

10.1.1

Definisi Tafsir bi al-Ma’thur

Tafsir bi al-MaÊthur ialah tafsir yang menerangkan ayat-ayat al-Quran dengan al-Quran, atau dengan sunnah, atau dengan perkataan sahabat dan tabiÊin. Para ulama tafsir tidak boleh berijtihad untuk menjelaskan sesuatu makna tanpa ada dasar dan mestilah terlebih dahulu melihat kepada athar-athar mengenai makna ayat seterusnya mengemukakan tafsiran bagi ayat yang berkaitan (MannaÊ Qatttan, 1998). Antara contoh tafsir bi al-MaÊthur ialah seperti berikut: (a)

Tafsir al-Quran dengan al-Quran Sebagai contoh firman Allah s.w.t.:

ÉΟ≈yè÷ΡF{$# èπyϑŠÍκu5 Νä3s9 ôM¯=Ïmé& Maksudnya:

Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan sebagainya). Al-Maidah(5): 1 Ditafsirkan pada ayat yang ketiga:

ÍƒÌ“Ψσø:$# ãΝøtm:uρ ãΠ¤$!$#uρ èπtGøŠyϑø9$# ãΝä3ø‹n=tæ ôMtΒÌhãm Maksudnya:

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang Yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya). Al-Maidah(5): 3 Imam al-Zarkasyi berkata: „Sebaik-baik kaedah pentafsiran ialah tafsiran al-Quran dengan al-Quran‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10

(b)

KITAB-KITAB TAFSIR



133

Tafsir al-Quran dengan Sunnah Seperti contoh daripada ÂUqbah bin ÂAmir berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda di atas mimbar dan membaca ayat:

;ο§θè% ⎯ÏiΒ ΟçF÷èsÜtGó™$# $¨Β Νßγs9 (#ρ‘‰Ïãr&uρ Maksudnya:

Persiapkanlah semua kekuatan yang kalian miliki. (Hadis riwayat Muslim) Baginda kemudiannya menjelaskan maksud kekuatan (quwwah) ialah memanah. (c)

Tafsir al-Quran dengan Kata-kata Sahabat Seperti yang diriwayatkan bahawa dua orang lelaki datang bertemu dengan Ibnu Umar dan bertanya kepadanya mengenai ayat 30 surah al-AnbiyaÊ:

( $yϑßγ≈oΨø)tFxsù $Z)ø?u‘ $tFtΡ%Ÿ2 uÚö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# ¨βr& (#ÿρãxx. t⎦⎪Ï%©!$# ttƒ óΟs9ρu r& ∩⊂⊃∪ tβθãΖÏΒ÷σムŸξsùr& ( @c©yr >™ó©x« ¨≅ä. Ï™!$yϑø9$# z⎯ÏΒ $oΨù=yèy_uρ Maksudnya:

Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asalnya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? Al-Anbiya(21): 30 Maka berkata Ibnu Umar, „Pergilah kamu bertanya kepada Ibnu Abbas kemudian khabarkan kepadaku kata-kata beliau‰. Mereka pergi berjumpa Ibnu Abbas dan beliau menerangkan ayat tadi bahawa maksud langit yang bercantum adalah kerana tiada hujan dan bumi yang bercantum kerana tiada tumbuhan maka dipisahkan kedua-duanya dengan hujan dan tumbuhan. Setelah itu mereka kembali menemui Ibnu Umar dan menyampaikan kata-kata Ibnu Abbas tersebut. Maka berkata Ibnu Umar, „Sangat menakjubkan tafsiran Ibnu Abbas terhadap al-Quran. Sesungguhnya sekarang aku mengetahui bahawa beliau adalah seorang yang sangat alim‰. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

134  TOPIK 10 KITAB-KITAB TAFSIR

Tidak diragukan lagi tafsir bi al-MaÊthur yang diambil daripada sahabat mempunyai kedudukannya yang tersendiri. Jumhur ulama berpendapat tafsir para sahabat berstatus marfuÊ iaitu yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w.

10.1.2

Hukum Tafsir bi al-Ma’thur

Tafsir bi al-MaÊthur adalah tafsir yang wajib diikuti dan dipegang kerana ia adalah cara untuk mendapatkan maklumat yang benar dan terpelihara daripada kesesatan dalam memahami kitab Allah s.w.t. Ibnu Jarir al-Tabari pernah berkata: „Berdasarkan penjelasan Allah s.w.t. nyatalah bahawa terdapat ayat-ayat yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. yang tidak diketahui takwilannya kecuali dengan penjelasan daripada Baginda...‰ (MannaÊ Qattan, 1998). Jelaslah kepada kita bahawa tafsir bi al-MaÊthur merupakan kaedah utama dalam memahami al-Quran kerana sumbernya adalah jelas dan pasti.

10.1.3

Kitab-kitab Tafsir bi al-Ma’thur

Jadual 10.1 menyatakan beberapa kitab tafsir dalam kelompok ini sebagai panduan. Jadual 10.1: Kitab-kitab Tafsir bi al-MaÊthur Nama Kitab

Nama Pengarang

JamiÊ al-Bayan Âan TaÊwil Ayi al-Quran

Ibnu Jarir al-Tabari

Bahr al-ÂUlum

Abu al-Laith al-Samarqandi

Al-Dar al-Manthur fi al-Tafsir bi al-MaÊthur

Jalaluddin al-Suyuti

Tafsir al-Quran al-Karim

Ibnu Kathir

MaÊalim al-Tanzil

Abu Muhammad Hussin al-Baghawi

Al-Kasyf al-Bayan Âan Tafsir al-Quran

Abu Ishaq al-ThaÊlabi

Al-Jawahir al-Hisan fi Tafsir al-Quran

ÂAbd al-Rahman al-ThaÊalabi

Fath al-Qadir

Al-Syauqani

Al-Mihrar al-Wajiz fi Tafsir al-Kitab alÂAziz

Ibnu ÂAtiyah al-Andalusi

Tafsir Ibnu Abi Hatim

Ibnu Abi Hatim

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10

KITAB-KITAB TAFSIR



135

AKTIVITI 10.1 Pilih salah satu daripada kitab tafsir bi al-MaÊthur dan jelaskan biografi penulis kitab tersebut serta kaedah beliau menafsirkan al-Quran.

10.2

TAFSIR BI AL-RA’YI

Tafsir bi al-RaÊyi merupakan kaedah pentafsiran al-Quran yang juga digunakan oleh ulama tafsir selain kaedah bi al-MaÊthur. Mari kita teliti definisi tafsir bi al-Mathur dan seterusnya menilai hukum menggunakan kaedah ini dalam pentafsiran al-Quran.

10.2.1

Definisi Tafsir bi al-Ra’yi

Tafsir bi al-RaÊyi bermaksud tafsir yang menggunakan ijtihad iaitu seorang ahli tafsir hanya berpegang kepada kefahamannya sendiri dan raÊyu semata dalam menjelaskan makna ayat al-Quran. Ijtihad dan pandangan peribadi semata-mata akan menyebabkan penyelewengan terhadap al-Quran (MannaÊ Qattan, 1998). Kebanyakan orang yang melakukan pentafsiran dengan cara ini ialah mereka yang taksub dengan mazhab yang batil dan ahli bidÊah. Mereka mempergunakan al-Quran untuk ditafsirkan demi kepentingan peribadi tanpa berdasarkan penafsiran ulama salaf, sahabat dan tabiÊin. Golongan ini telah menulis sejumlah kitab tafsir menurut dasar mazhab-mazhab mereka seperti tafsir karya Abdul Rahman bin Kaisan al-Asam, Al-JubaÊi, Abdul Jabbar, Al-Rummani, Zamakhsyari dan sebagainya.

10.2.2

Hukum Tafsir bi al-Ra’yi

Penafsiran al-Quran dengan pandangan dan ijtihad tanpa dasar dan sumber yang sahih adalah haram dan tidak boleh dilakukan. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t.:

tβ%x. y7Íׯ≈s9'ρé& ‘≅ä. yŠ#xσàø9$#uρ u|Çt7ø9$#uρ yìôϑ¡¡9$# ¨βÎ) 4 íΟù=Ïæ ⎯ÏμÎ/ y7s9 }§øŠs9 $tΒ ß#ø)s? Ÿωuρ ∩⊂∉∪ Zωθä↔ó¡tΒ çμ÷Ψtã Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

136  TOPIK 10 KITAB-KITAB TAFSIR

Maksudnya:

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. Al-IsraÊ(17): 36 Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

(( ‫)) ﻣﻦ ﻗﺎﻝ ﰲ ﺍﻟﻘﺮﺀﺍﻥ ﺑﺮﺃﻳﻪ ﺃﻭ ﲟﺎ ﱂ ﻳﻌﻠﻢ ﻓﻠﻴﺘﺒﻮﺃ ﻣﻘﻌﺪﻩ ﻣﻦ ﺍﻟﻨﺎﺭ‬ Maksudnya:

Sesiapa yang berkata tentang al-Quran menurut pandangannya atau apa yang tidak diketahuinya maka dia telah menempah tempat di neraka. Riwayat Tirmizi, Nasai dan Abu Daud Pada lafaz yang lain, sabda Baginda lagi:

(( ‫)) ﻣﻦ ﻗﺎﻝ ﰲ ﺍﻟﻘﺮﺀﺍﻥ ﺑﺮﺃﻳﻪ ﻓﺄﺻﺎﺏ ﻓﻘﺪ ﺃﺧﻄﺄ‬ Maksudnya:

Sesiapa yang berkata mengenai al-Quran dengan pendapatnya walaupun ternyata benar dia telah melakukan kesalahan. Justeru ulama salaf enggan menafsirkan al-Quran dengan sesuatu yang tidak mereka ketahui. Daripada Yahya bin SaÊid diriwayatkan daripada SaÊid bin Musayyab apabila dia ditanya tentang tafsiran sesuatu ayat maka dia akan menjawab, „Kami tidak akan mengatakan sesuatu pun tentang al-Quran.‰

10.2.3

Pembahagian Tafsir bi al-Ra’yi

Para ulama telah membahagikan tafsir bi al-RaÊyi kepada dua bahagian, iaitu: (a)

Tafsir bi al-RaÊyi al-mamduh (yang Dipuji atau Dibenarkan) Iaitu tafsir yang bertepatan dengan asas-asas syarak, perundangan, usul al-fiqh, ulum al-hadis dan sebagainya. Pentafsir juga mestilah mempunyai kemahiran bahasa Arab yang mantap serta tidak bertentangan dengan sumber yang sahih dan akal yang sejahtera. Tafsiran yang dibuat oleh seorang pentafsir hendaklah tidak mengikut hawa nafsu serta dia sudah memiliki syarat dan ilmu yang diperlukan oleh seorang mufassir. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10

(b)

KITAB-KITAB TAFSIR



137

Tafsir bi al-RaÊyi al-mazmum (yang Dicela) Iaitu tafsir yang tidak boleh diterima dan dipegang kerana bersandarkan hawa nafsu, sumber yang tidak sahih atau menyokong mazhab yang sesat. Ia dilakukan oleh orang-orang yang tidak berkelayakan dalam menafsirkan al-Quran serta tanpa asas yang jelas.

Kesimpulannya, para ahli tafsir boleh menggunakan ijtihad dalam menafsirkan ayat-ayat al-Quran kerana ia juga dilakukan oleh para sahabat. Namun segala pandangan mereka mestilah berdasarkan sumber yang sahih dengan dalil yang kukuh dan tepat serta tidak cenderung kepada mazhab atau golongan tertentu. Mereka mestilah terlebih dahulu memahami dengan mendalam ilmu al-Quran dan syariat serta tidak berkata sesuatu mengenai al-Quran tanpa ilmu.

10.2.4

Kitab-kitab Tafsir bi al-Ra’yi

Jadual 10.2 menyatakan beberapa kitab tafsir dalam kelompok ini sebagai panduan. Jadual 10.2: Kitab-kitab Tafsir bi al-RaÊyi Nama Kitab

Nama Pengarang

Al-Kasyaf min Haqaiq Ghawamid al-Tanzil wa ÂUyun al-Aqawil fi wujuh al-TaÊwil

Al-Zamakhsyari

Mafatih al-Ghaib

Fakhruddin al-Razi

Madarik al-Tanzil wa Haqaiq al-TaÊwil

Al-Nasafi

Lubab al-TaÊwil fi MaÊani al-Tanzil

Al-Khazin

Al-Bahr al-Muhit

Abu Hayyan

Anwar al-Tanzil wa Asrar al-TaÊwil

Al-Baidawi

Tafsir Jalalain

Jalaluddin al-Mahalli dan Jalaluddin al-Suyuti

Al-JamiÊ li Ahkam al-Quran

Al-Qurtubi

Ruh al-MaÊani fi Tafsir al-Quran al-ÂAzim wa SabÊu al-Mathani

Al-Alusi

Gharaib al-Quran wa Raghaib al-Furqan

Al-Nisaburi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

138  TOPIK 10 KITAB-KITAB TAFSIR

AKTIVITI 10.2 Pilih salah satu daripada kitab tafsir bi al-RaÊyi dan jelaskan biografi penulis kitab tersebut serta kaedah beliau menafsirkan al-Quran.

SEMAK KENDIRI 10.1 Huraikan perbezaan tafsir bi al-MaÊthur dan tafsir bi al-RaÊyi daripada aspek definisi dan hukum.



Kitab tafsir al-Quran terbahagi kepada dua iaitu tafsir bi al-MaÊthur dan tafsir bi al-RaÊyi.



Tafsir bi al-MaÊthur ialah cara menafsirkan al-Quran dengan al-Quran atau dengan sunnah atau dengan kata-kata sahabat.



Tafsir bi al-MaÊthur adalah tafsir yang wajib diikuti dan dipegang.



Tafsir bi al-RaÊyi ialah menafsirkan al-Quran dengan ijtihad dan pandangan ahli tafsir.



Haram menafsirkan al-Quran dengan pandangan dan ijtihad tanpa dasar dan sumber yang sahih.



Tafsir bi al-RaÊyi terbahagi kepada dua bahagian iaitu mamduh (yang dipuji) dan mazmum (yang dicela).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10

KITAB-KITAB TAFSIR

Ibnu Abbas

Sahabat

Ijtihad

TabiÊin

Mamduh

Tafsir bi al-MaÊthur

Mazhab

Tafsir bi al-RaÊyi

Mazmum

Taksub

Riwayah

Ulama salaf



139

MannaÊ Qattan. (1998). Mabahith fi ulum al-Quran. Beirut: Muassasah al-Risalah. Muhammad Hussin al-Zahabi. (1976). Al-Tafsir wa al-Mufassirun. Mesir: Kuliyyah al-Azhar al-Syarif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

MODULE FEEDBACK MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to: 1.

E-mail your comment or feedback to [email protected]

OR 2.

Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you. Centre for Instructional Design and Technology (Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi ) Tel No.:

03-27732578

Fax No.:

03-26978702

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Related Documents

Numerik Alquran
January 2021 1
Psikologi Alquran
February 2021 1
Ulum Hadith
January 2021 4
Lp Post Sc + Kpd
January 2021 4