Penulisan Ilmiah

  • Uploaded by: Amalin Rahim
  • 0
  • 0
  • January 2021
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penulisan Ilmiah as PDF for free.

More details

  • Words: 1,422
  • Pages: 7
Loading documents preview...
PENULISAN ILMIAH 1.0

PENGENALAN

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan rangka kerja aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang disediakan oleh guru

untuk beberapa waktu pelajaran.

Sebelum merancang dan melaksanakan PdPc, seseorang guru perlulah

mengkaji dan

mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam, memilih kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran yang sesuai, merancang pengajarannya, menentukan strategi PdPc, menyediakan bahan bantu pengajaran dan menyediakan penilaian. RPH biasanya mengandungi tiga peringkat iaitu peringkat perancangan sebelum pengajaran, peringkat perlaksanaan pengajaran serta peringkat penilaian. Pada peringkat perancangan sebelum mengajar, dua perkara penting yang perlu dikenalpasti adalah isi kandungan yang bersesuaian dengan tahap keupayaan murid serta penetapan objektif pembelajaran. Dalam merancang isi kandungan, guru perlu memahami terlebih dahulu konsep-konsep asas yang seharusnya dikuasai untuk membolehkan seseorang dapat mempelajari sesuatu topik tersebut. Seterusnya, cara mengajar dirancang berpandukan kepada objektif pembelajaran. Oleh itu, guru perlu memikirkan aktiviti atau langkah pengajaran yang sesuai untuk mencapai objektif yang ditetapkan dan murid dinilai secara berterusan. RPH juga merupakan satu rekod khas yang disediakan oleh guru sebelum menjalankan sesi PdPc di sekolah. Selain itu, RPH ini merupakan satu garis panduan kepada guru dalam menjamin pencapaian objektif bagi sesuatu sesi PdPc yang dijalankan. RPH ini penting bagi guru sebagai persediaan mengajar supaya dapat melaksanakan semua yang dirancang secara sistematik dan teratur Tambahan pula, melalui Rancangan Pengajaran Harian ini guru dapat meningkatkan keyakinan diri dalam mengajar mengikut seperti yang telah dirancangkan. Ini dapat membantu dalam kelancaran penyampaian input sesuatu sesi PdPc.

2.0

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Perkara-perkara penting dalam penulisan Rancangan Pengajaran Harian ialah Hari,

Tarikh, Matapelajaran, Kelas, Masa, Tajuk, Objektif, Kemahiran yang ingin dicapai, Aktiviti dan Refleksi. Oleh itu, sebelum menyediakan strategi PdPc bagi pengajaran subjek Reka Bentuk dan Teknologi, guru perlu memberi pertimbangan aktiviti yang sesuai sebelum, semasa, dan selepas PdPc yang diajar. PdPc yang dijalankan ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti secara terancang bagi mencapai objektif yang ditentukan. Guru boleh merancang strategi PdPc dengan pelbagai kaedah atau aktiviti. Berdasarkan RPH yang saya rancang, bagi mengajar subjek Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 iaitu Tajuk Penghasilan Projek, pertama sekali guru perlu merancang satu aktiviti PdPc berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah dengan berpandukann kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang telah disesuaikan dan mengikut keselarasan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT). Standard Kandungan yang telah dipilih dalam sesi PdPc yang dirancang ini adalah Standard Kandungan 4.1 Menghasilkan projek berasaskan bahan bukan logam dengan litar elektrik dan guru memberi fokus kepada Standard Pembelajaran 4.1.4 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang

digunakan

untuk membina projek iaitu pita pengukur, pembaris keluli, sesiku L, pensel tukang kayu, gunting serba guna, gergaji puting, gergaji rencong manual (manual mitre saw), apit G, gerudi mudah alih, gerimit, tukul Warrington, tukul kuku kambing, pemotong sisi dan pelucut wayar dan Standard Pembelajaran 4.1.5 Menyatakan bahan pengikat dan pencantum seperti paku, skru, glu, bol dan nat. Dalam RPH ini saya mengaplikasikan dua Standard Pembelajaran dalam satu sesi PdPc yang dijalankan. Pada akhir pengajaran ini juga, objektif yang ingin dicapai adalah murid akan dapat menyatakan 5 nama dan fungsi alatan tangan dan menyatakan semua bahan pengikat dan pencantum. Terdapat beberapa bahan media yang akan digunakan dalam pengajaran ini seperti slaid powerpoint, video, dan alat-alat bantu mengajar yang disediakan oleh guru bagi tajuk pembelajaran ini agar memudahkan lagi proses PdPc yang dijalankan. Bagi mencapai objektif dalam pengajaran ini, langkah-langkah aktivti dalam pengajaran tersebut perlu disusun dan dirancang dengan tepat agar proses PdPc dapat dilakukan dengan berkesan. Jadual di bawah menunjukkan penerangan bagi RPH yang telah dirancang.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran

: Reka Bentuk dan Teknologi

Tarikh

: 9 April 2018

Masa

: 10.45 pagi – 11.45 pagi (60 minit)

Kelas

: 4 Amanah

Bilangan Murid

: Hadir : 25 Orang

Tajuk

: 4. 0 Penghasilan Projek

Pengetahuan Sedia Ada

: Murid pernah melihat alat pertukangan di rumah.

Standard Kandungan

: 4.1 Menghasilkan projek berasaskan bahan bukan logam dengan litar elektrik.

Standard Pembelajaran

: 4.1.4 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang digunakan untuk membina projek iaitu pita pengukur, pembaris keluli, sesiku L, pensel tukang kayu, gunting serba guna, gergaji puting, gergaji rencong manual (manual mitre saw), apit G, gerudi mudah alih, gerimit, tukul Warrington, tukul kuku kambing, pemotong sisi dan pelucut wayar.

Tidak Hadir: 0

: 4.1.5 Menyatakan bahan pengikat dan pencantum seperti paku, skru, glu, bol dan nat Objektif Pembelajaran

: Pada akhir PdPC murid akan dapat : 1. Menyatakan 5 nama dan fungsi alat tangan. 2. Menyatakan semua bahan pengikat dan pencantum.

KBAT

: Membina pemahaman dan pengetahuan berdasarkan pengalaman sedia ada

baru

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM: Nilai murni - Bertnaggungjawab EK4 – Pengetahuan tentang teknologi Kreativiti – Menjana idea BBM

:Slaid powerpoint, video, alatan tangan, Roda Impian, kertas Mah Jong, marker pen, pelekat, LCD, dan projektor.

Langkah

Isi Pelajaran

Aktiviti PdPc

Catatan

/Masa 1. Guru menayangkan video

BBM: Video

Set Induksi

Tontonan video

(5 minit)

cerita pendek

cerita pendek Handy Manny -

KBAT:

Handy Manny -

“Susanna’s Dollhouse” dan

Menjana idea

“Susanna’s

meminta murid menonton video

Dollhouse”.

tersebut. https://www.youtube.com/watch ?v=zLQUeEDyb7A 2. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai video tersebut. Soalan: -

Apakah yang anda faham tentang video tersebut?

-

Apakah yang digunakan oleh Handy untuk memasang Dollhouse tersebut?

3. Murid dikaitkan tentang apa yang akan dipelajari pada hari ini. Langkah 1

Guru

(15 minit)

menunjukkan alatan tangan

1. Guru mempamerkan beberapa alatan tangan di atas meja. 2. Guru meminta murid

BBM: Alatan tangan sebenar

sebenar kepada

menyatakan nama-nama alatan

Nilai: Yakin

murid dan cara

tersebut serta mengenal pasti

diri, berani

menggunakan

fungsinya.

KBAT:

alatan tangan

3. Guru bertanya kepada murid

dengan teknik

bagaimana cara memotong

yang betul

wayar dan alatan tangan yang

bersama bahan

manakah paling sesuai.

yang disediakan.

4. Guru meminta seorang wakil murid untuk ke hadapan bagi menunjukkan cara memotong wayar dengan betul dengan bimbingan guru sambil diperhatikan oleh murid lain.

Mengaplikasi

Langkah 2

Tayangan slaid

(10 minit)

bergambar

BBM: Slaid 1. Guru menayangkan slaid

bergambar

melalui

bergambar melalui powerpoint

Nilai:

powerpoint.

yang mengandungi nama serta

Berdisiplin,

fungsi alatan tangan.

mendengar

2. Murid diminta secara sukarela

arahan guru

untuk mengenal pasti nama dan fungsi alatan tangan tersebut berdasarkan gambar yang disediakan dengan “klik” jawapan di paparan skrin laptop. 3. Sekiranya murid tersebut “klik” pada jawapan yang betul, maka audio dan paparan jawapan dikeluarkan yang menunjukkan jawapan tersebut adalah betul. 4. Sekiranya murid “klik” pada jawapan yang salah, maka audio berbunyi berbeza dan tidak memaparkan jawapan yang menunjukkan jawapan tersebut adalah salah. Langkah 3

Murid ditunjukkan

(10 minit)

beberapa jenis

powerpoint yang mengandungi

bahan pengikat

gambar jenis bahan pengikat

dan pencantum

dan pencantum.

serta kegunaannya.

1. Guru menayangkan slaid

2. Guru memberi penerangan tentang jenis dan kegunaan bahan pengikat dan pencantum tersebut kepada murid. 3. Murid diminta untuk mengenal pasti nama jenis bahan pengikat dan pencantum tersebut dengan bersoal jawab

BBM: Slaid powerpoint

bersama guru. Penilaian

Melakukan aktiviti

(15 minit)

Pembelajaran

1. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.

Abad Ke-21 iaitu

BBM: Kertas mah jong,

2. Tajuk yang sama diberikan

marker pen,

aktiviti “Three

kepada semua kumpulan iaitu

dan pelekat

Strays, One Stay”

“Perbezaan Antara Alatan

Nilai:

Tangan dan Bahan Pengikat”

Bekerjasama

menggunakan peta i-Think.

,

3. Seorang pelajar akan 'stay' di

Komunikasi

meja pembentangan sebagai

KBAT:

'guru muda'.

Menjana idea

4. Manakala pelajar lain yang juga dari kumpulan yang sama akan 'stray' (berkeliaran) ke stesyen lain bagi mendapatkan ilmu daripada pembentangan kumpulan lain.

Rumusan

Guru dan murid

(5 minit)

merumuskan isi

1. Murid disoal oleh guru tentang apa yang telah dipelajari.

pelajaran.

Teknik: Soal jawab

2. Murid dipilih secara rawak untuk menerangkan kembali kegunaan alatan tangan dan bahan pengikat serta pencantum. 3. Murid diterapkan nilai berdikari dalam kehidupan seharian. 4. Guru merumus isi pelajaran secara keseluruhan.

Refleksi:

______ murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan. ______

murid

yang

tidak

mencapai

objektif

PdPc ditunda kerana____________________________ .

diberi

bimbingan.

3.0

KESIMPULAN Kesimpulannya, Rancangan Pengajaran Harian ini dibina sebagai panduan para guru

untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai apa yang diobjektifkan dalam sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Rancangan ini sangat penting dan berguna agar guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada murid. Ia juga penting untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas dengan meliputi strategi atau kaedah pengajaran yang diaplikasikan oleh guru, bahan bantu mengajar yang digunakan serta pemilihan aktiviti yang sesuai dengan tajuk pengajaran. Bahan bantu mengajar yang digunakan juga boleh diaplikasikan dalam pelbagai bentuk terutamanya berdasarkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang akan memudahkan lagi proses PdPc yang dijalankan disamping dapat membantu pelajar dalam menguasai sesuatu perkara selaras dengan Pembelajaran Abad Ke-21 yang sangat mementingan kemenjadian murid secara total dengan meliputi JERIS iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial.

Related Documents

Penulisan Ilmiah
January 2021 1
Wacana Penulisan
January 2021 0
Wacana Penulisan
January 2021 0
Kebenaran Ilmiah
January 2021 1
Makalah Ilmiah
February 2021 1

More Documents from "Vinshop Id"